Ahad, 15 Ogos 2010

Melayu ramai di rumah orang tua...!! Dimanakah anak Melayu..?????


BIARPUN penghuni rumah penjagaan orang-orang tua terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi Melayu paling ramai ditinggalkan anak-anak dan ahli keluarga. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bagai satu sindrom berterusan, warga emas di kalangan kaum Melayu merupakan kumpulan yang paling ramai ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua di seluruh negara.
Untuk rekod, bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2007 hingga Jun tahun ini, seramai 3,864 warga emas Melayu ditempatkan di 11 institusi penjagaan seluruh negara.
Kaum-kaum lain turut berbuat demikian namun hanya mencatatkan sebanyak 2,591 bagi kaum Cina dan 1,905 orang (kaum India) bagi tempoh sama.
Menurut Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh, dalam tempoh sebulan, secara purata pihaknya menerima kemasukan 20 orang warga tua pelbagai kaum di rumah penjagaan warga emas kelolaan pihaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA