Sabtu, 8 Mei 2010

Peragut ditahan di bawah Ordinan Darurat..yang ni rakyat sokong 100%..baru betul..!!

Dua pemuda yang terbabit dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang kini ditahan selama 60 hari mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 bermula Khamis lalu sehingga polis menerima bukti lengkap untuk membuat pertuduhan terhadap mereka di mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman, berkata mereka yang masing-masing berumur 22 dan 20 tahun itu ditahan pada 25 April lalu dan kertas siasatan berhubung kes mereka sudah pun diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek pertama yang berusia 22 ditahan atas dua kesalahan iaitu meragut dan menyebabkan kematian manakala suspek kedua ditahan atas kesalahan meragut.

"Kertas siasatan mengenai kedua-dua kes meragut dan menyebabkan kematian diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa ke pertuduhan namun kerana kurangnya bukti, mereka diletakkan di bawah Ordinan Darurat," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua suspek itu ditahan pada hari sama di lokasi berasingan selepas lebih empat bulan menjadi buruan polis.

Abdul Rahim berkata, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang berusia 20 tahun dari Batu Caves yang dipercayai memainkan peranan sebagai penunggang motosikal yang mahir dalam meragut dan melarikan diri.

Sementara itu, seorang anggota polis trafik lelaki berpangkat Koperal dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar yang ditahan reman kerana dipercayai mengaibkan dua wanita, dibebaskan dengan jaminan polis.

Abdul Rahim berkata dua laporan polis diterima berhubung dakwaan dua wanita diaibkan dengan kata-kata lucah ketika sedang diperiksa dalam sekatan jalan raya di dua lokasi berasingan empat hari lepas.

Berikutan itu, anggota terbabit ditahan reman tiga hari yang berakhir semalam selepas kenyataan diambil dan kini dia ditugaskan di bahagian pentadbiran sehingga kes selesai disiasat.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan peras ugut dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA