SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Khamis, 1 April 2010

Umno-BN Terus Nafi Rakyat Pilih Ahli Majlis PBT

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 1 Apr - Kerajaan menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan atas alasan tidak ada keperluan untuk mengadakannya.
Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu pada sidang media yang diadakan di lobi Parlimen tengahari tadi bahawa kerajaan menolak melakasana pilihan raya tersebut kerana tiga sebab.
"Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya tempatan kerana undang-undang tersebut sudah dilupuskan selepas Darurat 1964.
"Kedua kos yang akan ditampung tinggi kerana pada Pilihan Raya Umum tahun 2008 sebanyak 222 kawasan Parlimen sejumlah RM142 Juta dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Selain itu ia akan memerlukan tenaga kerja yang besar untuk mengadakan pilihan raya itu.
"Kerajaan juga tidak mahu ada ketidakseimbangan kerana di bandar majoritinya bukan Bumiputera manakala di luar bandar majoritinya Bumiputera," kata Lajim.
Beliau juga Ahli Parlimen Beaufort menegaskan kerajaan berpendapat tidak perlu ada pilihan raya kerana selepas 5 tahun Kerajaan Persekutuan akan mengadakan pilihan raya umum.
Sebelum ini, SPR juga menolak permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk mengadakan pilihan raya atas alasan tiada undang-undang yang untuk mengembalikan undi ketiga menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.
SPR menjelaskan kononnya pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan di bawah Seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Seksyen itu mengatakan bahawa “kesemua peruntukan dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan ataupun tidak lagi berkuat kuasa”.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA