Malaysiakini semalam melaporkan berita bertajuk "Perkasa ancam tentang EOC jika 153 dicabuli". Adakah anda rasa excited? Terasa nak tulis, "tu dia, depa dah berlawan sesama sendiri!"
Jika anda nak buat gitu, lupakanlah. Hakikat sebenar ialah seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider hari ini, "Perkasa are opportunists, says Nazri".
Bagi yang mengenali Perkasa (atau dimomok-momokkan sebagai Perkosa), lebih-lebih lagi yang mengenali Datuk Ibrahim Ali, dah lama depa rasa dan kata gitu. Tetapi, bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang kata gitu dan media pula tolong trompetkan kenyataan itu, kita rasa terima kasih sangat.
Oportunis bersuara bila dia nampak peluang untuk mendapat publisiti. Itu sahaja dan tak ada yang lain. Langsung tak ada.
Di zaman yang terlampau banyak sampah sarap politik ni, tak kira dalam parti mana pun, bila baca sesuatu berita, kenalah belajar-belajar menilainya. Bersama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. yang dikasihi menjauhkan kita dari penyakit buta perut (DBP kata, buta perut itu tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal).
PB.

0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA