Jumaat, 30 April 2010

Mesti tandatangan perjanjian dahulu - penduduk

Oleh Masdar Wahid 

KUALA LUMPUR : Seramai 8,000 penduduk Kenyah daripada empat rumah panjang di Belaga, Sarawak menyerahkan resolusi kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) agar membangunkan tanah pusaka mereka untuk generasi akan datang.
Setiausaha Ahli Jawatankuasa penduduk itu, Lebu Kulit, menjelaskan, mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan tanah mereka terlebih dahulu harus berbincang dan menandatangani perjanjain persefahaman dengan ahli jawatankuasa tersebut.
“Kita mengalu-alukan pihak yang berminat untuk membangunkan (tamah pusakan kami) tetapi mereka (pada masa yang sama) haruslah berbincang dan memeterai perjanjian persefahaman dengan ahli jawatankuasa (yang mereka telah bentuk) dahulu,” katanya.
Resolusi tersebut diserahkan kepada Superintendan JTS Kapit, Alfian Bawi pada majlis ringkas di Uma Bakah Belaga, semalam.
Turut menghadiri majlis itu ialah Naib Pengerusi Edin Anyie dan beberapa ketua kaum daripada keempat-empat rumah panjang terbabit.
Melalui jawatankuasa bersama, Dennis berkata, penduduk Kenyah di Belaga akan dapat membangun seperti kaum-kaum lain.
“Kita boleh membangunkan tanah ini seperti orang lain di negeri ini sekiranya tuntutan ini dipenuhi.
Nenek moyang kami telah diberikan tanah pada awal 1950-an semasa pemerintahan Brooke dan kita memiliki peta yang membuktikan tanah ini memang kepunyaan nenek moyang kami,” kata Dennis.
“Kita akan mengambil setiap peluang perniagaan yang berkaitan seperti penternakan ikan dan pelancongan setelah siapnya Empangan (Hidroelektrik) Bakun nanti,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA