![]() Sokongan masyarakat India kepada MIC diragui. Wakil India dalam PRU 12 tewas dengan teruk – malah Presidennya sendiri Samy Vellu tewas dalam PRU tersebut. Ini hakikat dan belum ada isyarat jelas bahawa masyarakat India menerima MIC. MCA telah berubah – sedang mencuba untuk mengadakan reformasi dalaman namun MIC masih terikat – masih dengan idealisme Samy Vellu yang semakin usang di makan masa. Namun desakan komuniti India agar ada representasi sekurang-kurangnya Timbalan Menteri disuarakan. Dalam menyuarakan itu – usaha mengubah wadah perjuangan India melalui MIC hambar. Desakan untuk Samy Vellu meletak jawatan memang kelihatan sungguhpun beliau berjaya mempertahankan kerusi Presidennya. Mungkin pada Samy Vellu keputusan merosot BN khususnya MIC adalah kerana penolakan rakyat kepada UMNO dan bukan kesalahan MIC dan MCA. Bagi Samy Vellu mungkin itu sebabnya. UMNO dilanda kemelut – Abdullah Badawi di serang dan di pohon untuk melepaskan jawatan ketika itu dan UMNO dilanda dengan pelbagai masalah kepimpinan. Itu punca MIC di tolak – mungkin itu persepsi Samy Vellu dan parti lain dalam komponen BN. Namun UMNO sungguhpun merudum keputusan BN dalam PRU 12 – tetap di terima dan tetap berjaya memperoleh tempat di mata pengundi. Tak tahu apa akan jadi pada pemilihan PRU 13 nanti. Namun desakan komuniti India itu perlu juga di teruskan kepada perubahan MIC. MIC perlu diterajui oleh kepimpinan baru – yang lebih di terima secara menyeluruh dan bukan hanya mereka dalam MIC. Mereka punyai masalah label elit – sama seperti MCA. Mereka seolah jauh dari rakyat dan atas itulah komuniti India memilih wadah lain untuk orang India. Mungkin sudah sampai masa desakan perubahan dalam MIC di gesa bukan untuk mendapatkan tempat secara automatik – seperti mendapat keistimewaan semata-mata berasaskan komuniti yang mereka sendiri tidak setuju. Ahli MIC perlu buktikan – India masih menyokong MIC – kalau tidak lupakan desakan bertanding di Hulu Selangor. UMNO REFORM |
Khamis, 1 April 2010
Kaum India desak jawatan Timbalan Menteri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA