SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Jumaat, 1 Januari 2010

Guna nama Allah: Khalid setuju keputusan Mahkamah

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.

"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.

Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja.

"Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.

Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.

Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.

Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.

Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.

Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

1 comments:

  1. Allah adalah nama khas bukan nama umum.

    Jgn salah tafsir maksud Allah tadi untuk semua.

    Allah yg dimaksudkan di dalam islam ialah Allah bersifat dgn sifat 20 puluh.


    Allah yg dimaksudkan oleh orang keristian hanya setakat panggilan mengantikan perkataan "God" atau "Tuhan" yang lebig umum.

    Allah disini bukan setakat nama pada bahasa tetapi mesti dilihat dpd sudut akidah.

    "Jesus adalah jesus bukan Allah kerana kedua-duanya mempunyai definasi yg berbeza dpd "Siapa yg didifahami dalam hati kita"

    Apa penting sangat kpd Herald nak guna sebutan Allah dlm penerbitan mereka. Apa yg takuti ialah kekeliruan pada kanak-kanak spt di Manado indonesia. Bagi mereka Allah kristian dan islam sama sahaja. Ingat islam bukan setakat guna "Allah" tetapi dgn syahadah dan akidah.

    saya takut ini adalah satu lagi "serangan halus kaum kristian/yahudi' menyesat Islam Melayu. Bukan sgt nak berdkayah kristian.


    kalu gitu di Jepun.. Org Jepun pun merayakan sambutan krismas sebagai satu perayaan, bukan kepercayaan.

    Cuba Tuan YB Khalid beriak. God adalah nama am . God bagi org yg mengucapkan khalimah syahadah tuhan/god nya mesti bersifat dgn sifat dua puluh.. bagaimana dgn nama Allah bagi umat kristian, adakah kewujudannya sama dgn sifat 20 puluh yg pada Allah yg kita kenali.

    Tujuan mereka hanya nak kelirukan akidah umat islam terutama generasi mudan dan kanak-kanak.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA