Rabu, 30 Disember 2009

Petronas diperah stabilkan ekonomi negara

Oleh Redzuan

KUALA LUMPUR, 30 Disember: Kemerosotan untung Petronas pada 2009 menggusarkan pemerhati ekonomi mengenai bagaimanakah Menteri Kewangan akan mendapatkan sumber dana bagi memenuhi tuntutan Bajet 2010 yang diluluskan pada 14 Disember lalu.

Sebelum ini Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertikaikan junlah sumbangan Petronas yang begitu besar sehingga melebihi 50 peratus dari hasil yang menampung bajet.

Hal itu menjadikan Malaysia bukan negara industri sebenar sebaliknya negara yang bergantung kepada sumber asli. Dengan kejatuhan 13 peratus untung Petronas seperti yang diumumkan oleh syarikat itu baru-baru ini maka peruntukan ke atas bajet negara juga akan terjejas.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menganggap fenomena tersebut hanhya menyulitkan kerajaan pada masa depan. Tambahan pula Petronas terpaksa membayar dividen kepada kerajaan walaupun perolehannya berkurangan.

“Apa yang malangnya dalam suasana ini Petronas tetap juga membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan pada 2009. Petronas terpaksa mengambil dari rezabnya sendiri untuk membayar dividen.

“Petronas juga mengeluarkan bon dan sukuk sebanyak RM15 bilion. Mengapa Petronas perlu meminjam dengan mengeluarkan bon?

“Selainj itu Petronas sejak 2005 tidak lagi membuat pelaburan kembali dari hasil keuntungan minyak. Kerajaan sudah melampau dalam memerah kewangan Petronas. Ini melambangkan pengurusan kewangan kerajaan yang tempang,” bidasnya.

Bagi Dr Dzulkifli, negara industri maju sepatutnya hanya bergantung sebanyak 20 peratus kepada hasil bumi bukannya seperti Malaysia hampir separuh dari bajetnya datang daripada hasil petroleum.

Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk siasat kes hilang enjin jet F5E

Pakatan Rakyat menolak perlaksaan ‘Program Juara Rakyat’ sebaliknya menggesa pembentukan Suruhanjaya Diraja menyiasat penyeludupan jet enjin Tentera Udara Diraja Malaysia ke tangan syarikat asing.

Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menjelaskan kebocoran keselamatan negara tidak boleh diluruskan melalui kempen propaganda pemerintah, sebaliknya ia harus dibahaskan di Parlimen dan disiasat dengan telus oleh sebuah suruhanjaya dibawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

“Saya tetap mengatakan bahawa satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat sebab perkara ini adalah kes yang melibatkan keselamatan negara yang berprofil tinggi, satu isu yang tidak boleh dipandang ringan sama sekali dan melibatkan maruah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan perlu ada suatu penyiasatan yang high handed maksudnya mesti ditangani satu Suruhanjaya Diraja yang mesti dibentuk segera," katanya.

Salehuddin berpendapat ‘Program Juara Rakyat’ adalah usaha untuk menutup kesalahan pihak tertentu.

Beliau menggesa kerajaan untuk tidak ragu-ragu mengheret pengkhianat negara yang terbabit – berpangkat tinggi mahupun awam – ke mahkamah.

“ Kempen itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana yang perlu sekarang ini adalah kes tersebut dibongkar dan didedahkan apakah punca sebenarnya perkara itu boleh berlaku hingga menyebabkan kehilangan di kawasan yang dikatakan paling selamat dalam kawasan keselamatan tentera hingga enjin pesawat boleh hilang. Itu satu perkara yang besar," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

Pakatan Rakyat tolak cadangan penamaan calon tiga hari

Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memanjangkan proses penamaan calon dari satu hari kepada tiga hari disifatkan sebagai tidak munasabah dan membuang masa.

Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menggesa SPR untuk tidak menghabiskan sumber meminda Penjalanan Pilihanraya 1981 bagi tujuan tersebut, sebaliknya merencana usaha memastikan keamanan sepanjang proses pilihanraya.

Jelasnya, Pakatan Rakyat menggesa satu peraturan khusus dirangka berhubung penyediaan tempat perhimpunan para penyokong calon pada hari penamaan.

“Mengarut dan tidak masuk akal kerana tidak pernah berlaku sebelum ini kejadian-kejadian hingga menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua parti. Tetapi yang berlaku hanyalah perlu ada satu peraturan untuk memberikan tempat yang sesuai untuk penyokong-penyokong parti politik berhimpun pada hari penamaan calon. Bukan sampai tiga hari kerana ini hanya akan membuang masa, mengarut dan tidak masuk akal," katanya.

Pemimpin Pas itu mendesak SPR supaya melihat semula tuntutan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih supaya undi pos dihapuskan, memperkenalkan dakwat khas, ketelusan perbelanjaan pilihanraya, kebebasan bersuara dan penyalahgunaan jentera kerajaan.

“Sebenarnya tidak ada perkara yang kecoh di Malaysia. Yang penting adalah tempat yang sesuai untuk berhimpun, demokrasi disuburkan, berikan hak yang sama, kemudian kawalan di peringkat keselamatan ditingkatkan. Itu akan dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

Imigresen Amerika Lembab..., Bodoh Piang..!!!!


Gua yakin dan pasti lu orang semua dah tau kisah Zambry Haram Perak kantoi di Amerika Syarikat dan kisahnya seperti laporan di bawah tu;

"Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas."

***********************
Gua cuma terkilan sikit jer dengan Kerajaan Amerika Syarikat yang kononnya tegas terhadap pengganas, rupanya lembab macam siput babi jugak, kononnya sebuah negara maju dan polis dunia yang cekap tapi macam hampeh.

Kalau dah tau nama Zambry tu tersenarai dalam pengkalan data pengganas, sepatutnya Imigresen Amerika tahan dan pegang dulu mamat tu buat seminggu dua dan kasi fakap sikit sama dia.

Taraf pengganas tu... amat merbahaya kepada dunia dan khususnya kepada negeri Perak, hantar dia lepak semalam dua di Guantanamo Bay kasi toucher cow...cow... macam toucher pengganas biar berasap lubang juboq dia..... muaaaahhhaahahh...

Ini tak..., dilepaskannya mamat tu... apa barang Amerika lepaskan pengganas, cittt.... buat malu jer.... , kalau Osama Laden lu orang cari sampai lubang cacing, ini Zambry Abdul Kadiaq lu orang lepaskan... tiunaseng punya imigresen Amerika... bodoh macam geng lembu umnGok jugak... kira setaraf la...tu... sembang jer lebih...

Ha..ha..ha... gua kalau kena kat geng puak umno ni... gua cukup berbulu betoi.... kalau boleh kasi letup bagi mampuih jer... semua tuh.....

SPR 'BENGONG' DAN BUTA KAYU

Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.

Bercakap kepada media semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

Terbukti SPR dan pimpinannya 'bengong' dan buta kayu. SPR langsung tidak berusaha untuk meminda perkara yang lebih penting di mana jika ianya dilaksanakan sudah tentu dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan professionalisme SPR.

4 perkara yang sepatutnya diambil berat oleh SPR ialah :-

1.Penggunaan Dakwat Kekal
2.Pembersihan Daftar Pemilih
3.Pemansuhan Undi Pos
4.Akses Kepada Media


Namun jelas sekali SPR tetap berdegil, bengong dan buta kayu tidak mahu meminda undang-undang pilihanraya bagi merealisasikan 4 perkara di atas.

Saya yakin SPR bukannya tidak tahu dan tidak faham akan pentingnya perkara tersebut namun di sana kemungkinan adanya tangan-tangan ghaib yang sudah tentu menjadi penghalang kepada SPR untuk membuat perubahan.

Sebab itu satu lagi perkara yang sangat penting ialah SPR mesti diletakkan di bawah parlimen bagi memastikan ia benar-benar bebas.

Molek Kalau Husam Nak Jumpa Keluarga Nik Aziz - MSO

KALAU tidak silap pendengaran dan pandangan saya dalam berita Astro Awani 7:45 tadi ada dilaporkan kesediaan Husam Musa untuk berjumpa dengan anggota keluarga Tok Guru Nik Aziz. Kita fahamlah kalau kenapa Husam perlu berjumpa dan dan merendah diri. Saya rasa saya orang paling gembira kalau ini menjadi kenyataan. Tanpa boleh disembunyikan kemelut yang menimpa Pas Kelantan kini adalah antara Husam satu pihak dengan Tok Guru satu pihak yang berwakil walikan beberapa orang keluarganya.

Dengan membelakangkan sentimen peribadi dan melihat masa depan parti Pas, saya rasa wajar kalau Husam mengambil tanggungjawab gentlemen begitu. Jalan terbaik saya kira. Mungkin ada pihak yang merasakan ia sudah terlewat untuk Husam berbuat demikian sesudah nasi hendak menjadi bubur. Mungkin ada juga yang menyifatkan Husam sudah sangat terdesak!

Tetapi dalam politik tidak ada istilah terlewat. Seseorang itu harus bijak. Kalau kamu tidak mampu untuk menentang arus kamu harus mengikut arus. If you don't beat them you must join them. Pragmatif adalah satu tindakan yang baik dalam politik. Kita harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan sesuatu.

Saya optimis kalau Husam bersemuka dengan anggota keluarga Nik Aziz masalah, kekeliruan yang bercelaru kini tidak akan terus berlaku. Dalam hubungan ini tentulah dengan anggota utama Putra Politik dan Puteri Politik Nik Aziz; Nik Abduh dan Nik Amalina. Anak-anak lain saya rasa tidak begitu berperanan dalam politik ayah mereka seperti mana disangkakan.

Kalau dulu Nik Abduh selalu dikaitkan mempengaruhi ayahnya, kini Nik Amalina pula bila Puteri Politik itu membela suaminya. Sebenarnya sejauh mana Nik Abduh mempengaruhi ayahnya masih boleh dipersoalkan. Apakah dengan beliau hanya mengatakan ada penasihat sesat itu sebagai sudah interfere dalam politik. Begitu juga apakah dengan Nik Amalina menulis penuh emosi maka ia perlu diberikan reaksi berlebihan walhal dia membelai suaminya saja.

Kalau diperhatikan, penyusunan badan perhubungan Pas Kelantan siapa yang mempengaruhi siapa? Apakah pemilihan Mohd Zaki Ibrahim sebagai Setiausaha atas telunjuk Nik Abduh atau Nik Amalina. Begitu juga dengan pengguguran Bendahari Pas satu masa dulu Dr Izani Hussein, pengguguran Ketua Penerangan, Takiyuddin Hassan adakah kerana telunjuk dan suara Nik Amalina.

Begitu juga dalam soal meletakkan calon dalam pilihan raya baik anak negeri dan orang luar siapa yang mempengaruhi Nik Aziz. Apakah Nik Abduh atau Nik Amalina? Rasanya tidak. Ada suara lain yang lebih mempengaruhi dan mengelus janggut Nik Aziz dalam hal ini. Kenyataan yang tertabir di depan mata tidak boleh dikambusi dan jangan cuba mengambusnya.

Saya sendiri tidak nampak seluas mana pengaruh Nik Abduh terhadap Nik Aziz baik dalam kerajaan dan parti. Begitu juga sejauh mana pula Nik Aziz meletakkan kepentingan keluarga terutama menjaga kepentingan Putra Politiknya itu. Saya tidak nafikan ini berlaku dan saya telah tegur, tetapi seluas mana dan sejauh mana ia menganggui urusan politik dan kerajaan. Apapun saya tetap menolak dengan sesetengah tindakan Nik Aziz yang sebegitu.

Saya bersetuju dengan tindakan melantik Ariffahmi itu sebagai silap. Saya pernah ucapkan kepada Ustaz Yahya Othman yang Ariffahmi bakal menyusahkan Tok Guru. Ariffahmi jelas kurang senang dengan saya. Nah ternyata hari ini apa yang saya bimbang telah menjadi masalah dan polimek.

Tetapi kalau Abduh saya tidak nampak. Jika Nik Abduh menganggui politik ayahnya dan menggunakan ayahnya sudah tentu dia tidak kalah semasa berdepan dengan Abdul Latiff Abdul Rahman merebut jawatan Ketua Pemuda. Saya kira Latiff juga tidak berani menentang Abduh yang berpangkat abang itu kecuali beliau dihalak. Abduh tidak cuba menggunakan pengaruh ayahnya dan mempengaruhi ayahnya untuk mempertahannya walaupun saya ada mencadangkannya dengan meminta Nik Aziz panggil Latiff dan Abduh bersemuka bertanyakan keperluan mereka bertanding.

Saya kira kalau Husam berperanan mengelakkan pertarungan Latiff dan Abduh saya prejudis kedua-dua pihak tidak membesar dan menimbul masalah. Kalau pun Abduh tidak senang dengan politik Husam, ia tidak membesar selepas beliau kalah. Husam patutnya faham dan tahu membaca psikologi Abduh sebagai orang politik. Tetapi sayang Husam tidak nampak ini dan tidak fikir pertarungan itu bakal memberi kelukaan juga kepadanya. Mungkin kedudukannya dan kasih yang Nik Aziz beri kepadanya tidak memberi bekas kalau suatu hari Abduh dan keluarganya menyerang Husam.

Biarlah apa yang berlaku itu sudah berlaku. Persepsi yang timbul itu ada betul dan ada tidaknya. Hari ini kalau Pas Kelantan khasnya Husam hendak menyelesaikan masalah berjumpalah dengan anggota keluarga Nik Aziz. Yang menjadi masalah alias musuh kepada Husam bukan orang lain kini, tetapi keluarga Nik Aziz. Begitulah tanggapan umum dan cuba diangkat ke atas oleh Husam dan orang-orangnya.

Husam sudah mengenali musuhnya yang sebenarnya. Kini terserah kepadanya untuk menyelesaikannya. Sekali lagi Husam terlewat dalam membaca penghalang masa depan politiknya. Lama sebelum ini semasa Aceh dilanda Tsunami (2004) saya sudah menasihati Husam supaya tidak bermusuh dengan Abduh. Beliau harus mendekati Abduh kerana Abdulah bakal menjadi generasi politik kepada Tok Guru.

Tidak boleh tidak, sebagai orang politik Nik Aziz pasti mahukan zuriatnya menerusi pesaka politiknya. Dalam perhatian saya, Nik Abduh adalah orangnya. Bagaimana pun Husam cuba mendekati dan menaja abang Abduh, Nik Omar. Saya tidak tahu apakah sebab musabab kedua mereka tidak boleh duduk sekali.

Untuk mendekati dan memesrakan Husam dengan Abduh saya pernah mencadangkan supaya Husam memberi wang kepada Abduh dan minta Abduh ke Aceh bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa tsunami. Dengan cara itu hubungan mereka akan terjalin. Nik Abduh bukan ego sangat dan dia juga harus bergantung kepada dahan politik lain selain ayahnya. Beliau sendiri tahu bahawa dahan politik yang ampuh selepas ayahnya, antaranya ialah Husam.

Tetapi Husam hanya pandangan dingin saja dengan nasihat saya. Nampaknya apa yang saya bimbangkan telah menjadi kenyataan. Hari ini apabila Husam menimbulkan atau memberi mesej supaya ada pemisahan antara kepentingan keluarga dengan kepentingan negeri, (family matters dan state matters) bermakna beliau sedang berhadapan dengan risiko yang saya bimbangkan selama ini.

Kesimpulannya apabila Husam memberi jaminan bersedia berjumpa dengan anggota Nik Aziz harapnya ia menjadi kenyataan. Berjumpalah sebagai anak beranak. Sebolehnya Tok Guru ada sekali dan mendengar apakah punca menyebabkan anggota keluarganya marah kepada Husam, dan dengar juga apakah sebabnya maka Husam berkecil hati dengan keluarganya. Baik Husam dan keluarga Nik Aziz harus meletakkan kepentingan parti dan kerajaan di depan. Dan hasil perjumpaan itu nanti mestilah ada give and take. Saya mencatatkan sebegini kerana inilah saya sebenarnya.

Najib lelaki dayus??????



Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya.

Ini selaras dengan maksud hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ".

Amal ibadat suami yang dayus terserah kepada Allah SWT. Antara ciri-ciri orang dayus ialah;

i. Redha isteri tidak menutup aurat.

ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya. [sumber asal di sini] baca.... jangan tak baca....dari JAKIM
Jakim tak kata Najib dayus. Lagipun kita tak boleh kata Najib dayus.

Isteri dia tutup aurat. Kalau tak caya, cuba tengok gambar kat bawah ni:

Gambar dulu-dulu..



Gambar la ni…



Gambar yang ni.. No Komen




Baik. Apa kata Ustaz Zaharuddin tentang isu dayus ini:

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihatlah betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

"Jika demikian, ramainya lelaki dayus dikelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Untuk membaca ulasan panjang tentang dayus, sila klik di sini.

sumber asal klik disini

TG Nik Aziz pukul anak sindir menantu ???

oleh ali Bagan Utama...!!!!

Salam Sri Kondong. Hari ini den tulis santai-santai je lah. Karang den bukak rahsia, ado yang lebih celaka dari yang celaka. Den pun sebenarnya tak pernah guna word celako ni. Paling kuat den marah pun den pakai word mangkuk. Kalau den dah triple marah, den pakai word ISA SAMAD !!! Padan muko kau Isa. Dah TG Nik Aziz(tgna) pakai word tu semalam, tentulah lepas ni satu Malaysia ikut bai. Ulamak kan pewaris nabi, lepas ni boleh lah maki kawan sendiri dengan word celaka. Ha Ha Ha.

Siapa yang celaka ??


Tgna celakakan siapa sebenarnya ?? Blogger ?? Blogger yang mana satu ni bai. Den ingat tgna celakakan blogger Nik Amalina sebab dia yang mula-mula suruh Husam letak jawatan.

Alahai…hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan? Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya WAJIBKAN seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?

Mak nenek pun tahu yang dia maksudkan adalah Husam. Kenapa Nik Amalina sangat bencikan Husam ?? Adakah kerana Husam pernah menolak lamaran cinta Nik Amalina lalu terpaksa bernikah dengan Ariffahmi si hitam legam ?? Ha Ha Ha. Parpukari je yang jawab ye. Bukan sebab Husam menolak cinta Nik Amalina. Jauh sekali. Takdelah cantik sangat Nik Amalina ni kalau nak dibandingkan dengan Oprah Winfrey. Den pun tak hingin. Nik Amalina benci Husam kerana berita-berita yang dibawakan oleh Ariffahmi. Terdesak betul mamat ni. Kenapa Ariffahmi sanggup memutarbelitkan maklumat ?? Sebab jeles ?? Sebab pernah terguris hati dengan Husam atau memang Ariffahmi ni orang jahat ??

Mengeksploitasikan 2 beradik

Info-info dari Ariffahmi telah berjaya mempengaruhi Nik Abduh dan Nik Amalina. Itu yang keluar statement "Ayahanda dikelilingi pembantu-pembantu sesat" dan terbaru dari Nik Amalina ialah suruh Husam letak jawatan. Ariffahmi berjaya menimbulkan kebencian kepada Husam. Bapak respek den dengan Ariffahmi. Pandai dia memanipulasikan 2 beradik ini demi kepentingan dia. Den ucapkan tahniah kepada Ariffahmi. Anak ulamak tu dia berjaya perbodohkan. Nanti kalau Ariffahmi datang N9 memang den nak hadiahkan sejambak bunga kepada dia. Apo, ekau ingat orang hitam legam tak pandai ?? Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah memang tabik spring lah dengan si Arif ni. Dia pun tak seberani Ariffahmi.

Kantoi

Tgna akhirnya berjaya mengesan perilaku mangkuk Ariffahmi lalu berkata, "Celaka blog itu !!!". Tgna sebenarnya memaksudkan anaknya sendiri, Nik Amalina dan Nik Abduh. 2 blogger mangkuk ini telah cemerlang menjadi macai Ariffahmi. Statement tgna,"Celaka blog itu !!!" lebih tepat disandarkan kepada Nik Amalina kerana dia secara terang dan nyata menyuruh Husam letak jawatan. Tgna pukul Nik Amalina dengan statement "Celaka blog itu" kerana mahu menyindir Ariffahmi. Ariffahmi kalau tak faham den tak tahu nak cakap apo laie. Memang tak guno ekau belajar-belajar amik Ir. Tapi itu hari ade blogger cek, namo Ariffahmi tak tersenarai sebagai Ir yang berdaftar di Malaysia. Namo Nizar Jamaluddin bekas MB Perak ado tersenarai sebagai Ir di negara ini. Sila klik bai untuk mensahihkan si Arif ini benar-benar Ir atau tidak. Dah klik ke belum ni.

Kecik hati

Kenapa Ariffahmi sangat membenci Husam lalu menghasut Nik Amalina dan Nik Abduh untuk sama-sama membenci Husam secara berjemaah ?? Adakah kerana Husam lagi kacak dari Arif atau Husam sangat genius dari Arif atau Husam pernah mengurat Nik Amalina atau Nik Amalina pernah menyatakan kepada Arif yang dia pernah terluka dengan Husam atau....atau....atau....?? Banyaknye atau. Jawapannya bukan semua di atas. Habis apa sebab si Arif ni amat bencikan Husam ?? Jawapannya, kerana Ariffahmi pernah kecil hati dengan Husam. Kocik hati sobab apo tu bai ?? Mano den tahu. Poie la tanyo si Arif tu. Husam ni bila time keje, dia akan serius. Payah dia nak senyum. Itu kelemahan Husam yang den sendiri pun bonci. Tapi time keje takkan nak bergelak ketawa. Mangkuk betul la. Jadi si Arif yang berjiwa sentimental ni pernah terkena la di mana Husam buat dono je bila Arif datang atau bersama dengannya. Yolah dah ekau datang time dio tongah kojo. "Oh menantu Tok Guru datangla. Arif nak kopi ?? Cap Kapal Api atau white coffe ?? biar ambo buatkan," takkan Husam nak layan Arif macam tu. Disebabkan dia menantu tgna kita kena layan dia macam Presiden seumur hidup FAM ?? Tak dapek tu do bai. Tak kono lompang kiro dah nasib baik la tu.

Janji membuat blog

Arif kecik hati. Den faham. Tapi Husam tak layan tu sobab dia tengah bekerja. Sabar ye lah. Dia lakukan dengan serius sobab dia sayangkan empayar Islam yang sekangkang kera ini. Itu sobab dia amat serius. Publik pun dapat merasakan hasil kerjanya malah diiktiraf sebagai terbaik pula. Itu sobab bapak mertua kau pun sayang dia. Ariffahmi, meh sini kau kojap. Hari tu kau bercakap dengan blogger nak bukak satu blog sendiri. Mano blog kau ?? Copek bukak. Hah dalam blog tu kau boleh luahkan segala-segalanya. Jangan gunakan orang lain. Ini kau gunokan bini kau buat blog sebagai perisai. Mentang-mentanglah dio anak tgna. Memang ekau ni muko tak malu.

Barisan blogger Ariffahmi

Blogger Ahmed pun dah lama tak dongar cerita. Tah hape la jadi dengan budak tu pun den tak tahu. Budak tu bersungguh tolong kau tanpa mintak gaji. Yang copy paste tulisan Ahmed dalam blog dia pulak dapat gaji. Bapak kelakar. Ha Ha Ha. RM 700 tu bai. Tapi sekarang dengar dah taubat nasuha diaorang. Baguslah. Blogger Ahmed den nasihatkan sebelum mati mintaklah ampun dengan Husam dan ayahanda Alhusseyn51. Dengan Husam tu den tak kisahlah sebab ahli politik kenkadang kita kono kurang ajar banyak sebab takut dia besar kepala. Ini dengan ayahanda Alhusseyn pun kau kurang ajar. Dio tu pangkat datuk. Kau budak laie. Apa ingat kau hafal Al-Quran, kau ado lesen nak kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kau. Eh bai, Islam tak ajar, omputih pun tak ajar. Memang kurang ajar la ekau ni bai. Dahla kurang ajar, jobo lak tu.

Perkataan baru

Ha Ha Ha. Hari ini murid-murid kita belajar word baru "jobo". Senang je nak tahu makna jobo ni, cuba lihat gaya Christiano Ronaldo amik freekick. Jobo la tu. Dengan gaya terkangkang, 2 tangan di pinggang memang buat Stevan Gerrard menyampah."This fella is jobo," kata Stevan Gerrard kepada wartawan The Indian Post. Steven Gerrard belajar dengan den tu bai. Ha Ha Ha.

Salah satu aksi jobo Christiano Ronaldo

Tajuk posting pertama

Ringkas cerita, Arif ekau kono bukak juga blog. Luahkan segala-segalanya isi hati kau yang terbuku selama ini. Nak sentimental, nak buat lawak, suka hati ekau. Nyatakan segala ketidakpuasan ekau terhadap Husam. Buatlah tajuk posting yang gempak-gempak sikit. "Husam kedekut, taknak belanjo den makan, pada sapo den mahu mengadu". Itu contoh. Buatlah dalam bahasa Kelantan. Takkan nak guno bahaso den. Memang orang kobakan ekau ni takdo jatidiri. Posting lu buat sendiri. Takkan itu pun den nak ajar. Apo guno ekau belajar tinggi kat UTM. Kau bayar den USD 700 baru den sanggup buat untuk ekau. Bukan RM, USD maa. Barulah rakyat dapat menilai kenapa ekau amat bencikan Husam. Mana tahu publik sokong ekau. Pandai-pandai la bikin ayat. Tak pun ekau amik Annual Bakri kerja dengan ekau bikin ayat-ayat sastera. Dio tengah menganggur tu bai. Musti dia terima tawaran ekau.

Rahsia terbongkar

Kepada Nik Amalina, sori Arif den sound bini lu kejap. Cuba-cuba la tanya ayahanda, betul ke ayahanda pernah bagi surat meminta Husam jadi Menteri Besar Kelantan sampai 3 kali ?? 3 kali tu bai. Semenjak tahun lepas lagi surat pertama telah dihantar tgna kepada Husam. Tgna dah punya niat nak bersara. Tapi Husam tolak dengan baik. Setiap kali Husam tolak, tgna akan hantar surat memujuknya terima jawatan sebagai MB. Sampai 3 kali. Ali mana bukti kau yang tgna bagi surat suruh Husam jadi MB Kelantan ?? Mano den tahu, suruhlah Nik Amalina tanya abah dio sendiri. Takkan den nak tunjuk. Karang den tunjuk, blog ni masuk Astro Awani pulak. Nanti ado la suara-suara yang jeles kata Ali Baganutama gila rating la, nak makwe-makwe international add facebook la termasuk dari negara Gabon,(Gabon ?? negara hape tu) nak masuk top ten carta Perakex la, nak lariskan ubat air pancut la. Opps, den tak jual papo pun kat blog ni hatta ubat air pancut. Den pun pelik lah apepasal ramai blogger termasuk blogger ahli PAS seumur hidup mengiklankan ubat air pancut ?? Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Apo ekau ingat rakyat Malaysia ni semuo eh mati pucuk. Sabar yolah bai. Memang betul lah tgna sayang Husam kerana Husam ada merit menjadi pemimpin. Dah terbukti pun Husam ini menjadi pemimpin berkaliber. Pogilah tanya sendiri wahai Nik Amalina kepada ayahandamu. Kenapa Husam tolak jadi MB ?? Sebab dia nak bertanding lawan di kawasan Parlimen Perdana Menteri. Kalau dulu Pak Lah di Kepala Batas, sekarang di Pekan, Pahang untuk lawan Najib. Maybe Husam ni jobo macam Christiano Ronaldo jugak. Tapi PAS Pusat halang niat suci Husam menjadi jobo dalam Pru 2008. Ha Ha Ha. Siapa yang jobo sebenarnya ?? Husam atau Ariffahmi ?? Jawapan ada pada anda.

Gus Dur meninggal dunia..!! Takziah dari wargakerja Rakyat M arhaen...alfatihah

Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid

meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima

rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan

Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan

Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima

beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah

Bapa Ronnie Liu Penyokong dan Pengundi PAS di Pahang Hasil dari kempen beberapa kepimpinan PAS di Selangor,


Maka nama Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.

Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

PERKARA PENTING PERLU DI HAFAL DAN DI INGATI DALAM MINDA SELEPAS 2009....!!!!! IA ASAS PEMBENTUKAN MALAYSIA BARU.!


Dasar Pakatan Rakyat

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

B – Pemisahan Kuasa

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

E – Tenaga Kerja

F – Jaringan Perlindungan Sosial

G- Perumahan

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

I- Alam Sekitar

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

B – Agama

C – Pendidikan

D – Wanita dan Institusi Keluarga

E – Golongan Muda

F – Keselamatan

G – Kesihatan

H- Kebudayaan

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

B – Sabah dan Sarawak

C – Dasar Luar Negara

MUAFAKAT RAKYAT

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

B – Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

ii. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.

iii. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

iv. Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

v. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

vi. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

vii. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.

viii. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

ix. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

i. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

ii. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

iii. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

iv. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

v. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

vi. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin peluan pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

ii. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti..

iii. Menggalakkan warga neraga yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya sain negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

ii. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.

iii Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

C –Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

ii. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

iii. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang

iv. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

ii. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

iii. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

iv. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.

v. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

vi. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan

E- Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

ii. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

iii. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

iv. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

v. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

vi. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

vii. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

F – Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

ii. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

iii. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

G – Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:

i. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.

ii Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.

iii. Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;

iv. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;

v. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

vi. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.

vii. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

Penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

ii. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.

iii. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.

iv. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.

v. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.

vi. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

I- Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:

i. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

ii. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

iii. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

iv. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

v. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

ii. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

iii. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.

iv. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka

v. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.

vi. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

vii. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

B – Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir

ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

i. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.

ii. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.

iii. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

iv. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

v. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

C – Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

ii. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

iii. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

iv. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

v. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

vi. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;

vii. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

viii. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.

ix. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

x. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

xi. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

xii Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

xiii Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah(diploma berkembar).

D – Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.

ii. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

iii. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

iv. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

v. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

vi. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

vii. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

viii. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

ix. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

E – Golongan Muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.

ii. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.

iii. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

F – Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam

ii. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.

iii. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.

iv. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.

v. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.

vi. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.

vii. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

G – Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

ii. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.

iii. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

iv. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

H- Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah. Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971). Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

i. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.

ii. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.

iii. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

ii. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.

iii. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

B – Sabah dan Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa

yang memihak kepada kerajaan pusat.at sebelah, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

ii. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.

iii. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

iv. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

C – Dasar Luar Negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.

ii. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.

iii. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.

iv. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.