Selasa, 29 Disember 2009

Calon luar: MB mahu teruskan tradisi, Ketua Ulama Kelantan nafi

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 29 — Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud Iraqi menafikan yang beliau pernah membuat kenyataan agar PAS negeri itu hanya memberi keutamaan kepada calon tempatan pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nilk Mat pula berkata beliau akan meneruskan tradisi yang telah diamalkan sekian lama.

“Saya tidak pernah buat kenyataan surat khabar tentang itu. Tapi pelik tiba-tiba keluar dalam surat khabar.

“Sebab itu saya kata tumbuh tak berdahan,” kata Mohammad Daud pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.

Sehubungan itu beliau meminta akhbar bertanggungjawab membuat pembetulan supaya ia tidak terus dibicarakan.

Kata Mohammad Daud, beliau juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana wakil media sebelum berita tersebut disiarkan.

“Saya amat kecewa dengan wartawan yang bersikap begini. Ini satu pekerjaan yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi wartawan atau penulis mesti beramanah,” katanya.

Baru-baru ini kenyataan Ketua Dewan Ulama itu mendapat liputan meluas akhbar tempatan sekali gus mendorong Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, turut mengulas kenyataan tersebut akan dikaji.

Pemimpin kanan PAS, yang bukan anak Kelantan, tetapi menang di negeri itu termasuklah timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa (Bachok), naib presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan bendahari agung Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Sementara itu Nik Aziz berkata, “saya hormat pada kenyataan itu kerana disangka benar.”

“Rupa-rupanya kenyataan palsu, bohong,” katanya.

“Saya ulang sekali lagi bahawa betul-betul kerana hormat pada Datuk Ketua Dewan Ulama PAS negeri.

“Sebab itu dalam ulasan saya mengenainya saya ambil jalan tengah, tolak tidak, terima tidak,” katanya.

Bagaimanapun tegas Nik Aziz pada asasnya beliau lebih suka meneruskan tradisi sebelumnya tanpa mengira calon luar atau tempatan.

“Luar negeri, tidak luar negeri, itu bukan prinsip Islam,” katanya yang akan meneruskan tradisi pemilihan calon sebagaimana mekanisme yang telah ditetapkan sebelum ini.

Aduan polis Lim terhadap pegawai kanan RTM

Kerajaan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya kerana didakwa menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya baru-baru ini.

Ng Wei Aik, setiausaha politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, berkata beliau telah diarah oleh Lim membuat laporan polis berhubung artikel Ibrahim dalam laman blognya duniatiger.blogspot.com, yang bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' pada Sabtu lalu.

"Ibrahim mendakwa terdapat seorang pekerja di pejabat ketua menteri telah mengugutnya, akan tetapi, kami telah mengadakan siasatan dan tidak ada seorang pun yang bekerja di pejabat ketua menteri mengenali beliau," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Pulau Pinang hari ini.

Ng berkata jika benar individu itu wujud, ketua menteri akan mengambil tindakan, tetapi jika palsu, Ibrahim perlu meletak jawatan kerana kesalahannya itu. BERNAMA

Berita Berkaitan :-

ADA ORANG NAK PENJARAKAN SAYA

Ini pandangan seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng

Awak ingat RTM tu awak punya, atau UMNO yg punya ke, atau BN punya ker. RTM rakyat punya. Awak perlu berlaku adil. Jawatan awak untuk rakyat seluruh Malaysia, bukan untuk orang UMNO sahaja. Awak perlu jadi pengarah untuk orang umno, bn, pas, dap, pkr dll.

Awak ingat senang2 nak tuduh orang main bontotawak ingat senang2 nak tuduh orang cari publisitiawak ingat senang2 nak main isu perkauman dengan tanamkan kebencian pembaca awak terhadap orang Cina.Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini.

Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.

Lim Guan Eng kata dia amat kenal awak. Sama belajar di High School Melaka, tingakatan 5. Dia aliran sains awak aliran sastera. Awak bernasib baik sebab anak bumiputera masuk ITM, Mass Communication. Tetapi pelajaran awak di ITM pun tak ler hebat.Awak tu takder ler pandai mana pun. laporan mengenai diri awak sudah pun disiapkan untuk didedahkan kepada umum di dalam satu sidang media nanti di komtar, penang.

Sikap biadab dan prejudis seorang Ketua Pengarah RTM terhadap rakyat berbangsa Cina.-

dari kawan sekelas awak semasa di High School jugak. Saya kini di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

(Renungan Rimau : Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, saya juga bukan seorang yang rasis. Saya sayangkan negara ini. Saya tidak mahu negara ini huru-hara kerana angkara pihak yang ada kepentingan peribadi atau tertentu. Bagi saya, keamanan dan keharmonian adalah perkara utama tidak kira siapa yang menjadi pemimpin. Jika ada pemimpin yang suka menghuru-harakan negara ini dengan menabur pelbagai perasaan perkauman atau menyakitkan hati orang Melayu, saya akan menyuarakannya. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan bangsa Melayu ada maruah dan tidak dikotak-katikkan. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan negara ini sentiasa selamat dan aman. Biarlah saya hanya seorang saja yang akan menentang pihak yang kurang ajar tetapi saya sanggup demi maruah bangsa dan negara. Saya bukan peguam tetapi saya seorang wartawan yang cintakan bangsa dan negaranya. Seorang wartawan yang akan bersuara dan tidak takut dengan ugutan atau ancaman untuk memenjarakan saya. Apakah ahli politik saja yang boleh bersuara? Apakah wartawan tidak boleh menyatakan pandangan peribadi untuk memastikan negara ini sentiasa aman dan harmoni. Tidak payahlah membuat ugutan kerana saya juga pernah tidak ada kerja dan kehilangan kerja.Ia adalah satu proses dalam kehidupan. Seperti juga ahli politik yang adakalanya menang dalam pilihanraya. Kemudian kalah dan kemudian pegang jawatan. Ada yang naik dan ada yang turun. Biarlah kita bodoh tetapi kita adalah falsafah hidup. Bukan kerana jawatan kita sanggup menghalalkan matlamat. Rezeki ditentukan oleh tuhan. Percayalah. Jika tiada rezeki, nak buat apa. Saya sanggup menjadi satu-satunya orang Melayu yang berani bersuara. Yakinlah, saya tidak pernah rugi untuk menyatakan kebenaran. Orang lain, tidak tahulah.)

Watak-watak 'garang, lembut' dalam politik kita

Oleh - Rahman Shaari

Mohd Jamil Mukmin (Datuk), penulis buku Gerakan Islam di Malaysia, memberikan pandangan yang menarik mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Katanya, walaupun Pakatan Rakyat ialah pakatan Pas, DAP dan PKR, namun penentunya ialah individu, bukan parti. Penentunya ialah Anwar Ibrahim, tokoh yang cerdik dan bergaya garang. Pakatan itu tidak wujud jika Anwar tidak berperanan.

Saya amat cepat memahami kata-kata Mohd Jamil, kerana hakikatnya memang ketara. Sebelum pilihan raya 2008, Pas dan DAP renggang. Anwar mengambil peranan penting dalam mendekatkan parti-parti itu, dan hasilnya ialah pembangkang menjadi kuat. Pas seolah-olah mengetepikan hasrat untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pun kelihatan seperti tiada kaitan dengan 'Malaysian Malaysia'. PKR sendiri dapat berdiri kukuh tanpa ideologi.

Anwar berjaya memanggil Pas dan DAP mendekatinya. Maka Pas dan DAP kelihatan seperti adik beradik, dan kemudiannya UMNO kelihatan seperti musuh Pas. Secara tidak langsung, Anwar berjaya mempengaruhi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hingga berkali-kali Nik Abdul Aziz mengatakan UMNO mesti dijauhi Pas. Berita Minggu 20 Disember 2009 menyiarkan kata-kata Nik Aziz, bahawa kerjasama Pas, DAP dan PKR sesuai dengan akidah. Saya kira, susah juga untuk orang biasa sampai ke tahap akidah sedemikian. Namun, apabila difikirkan bahawa politik adalah serba mungkin, kita terima pandangan dan penyuaraan Nik Abdul Aziz sebagai satu taktik yang mungkin berkesan.

Keakraban Pas, DAP dan PKR memang kita akui buat masa kini. Saya percaya, dan saya kira semua orang tahu, bahawa seperti yang disebutkan oleh Jamil Mukmin, Anwar Ibrahim memiliki keistimewaan dalam mengakrabkan ketiga-tiganya. Beliau berilmu, dan amat praktikal. Pandangan-pandangan Nik Aziz yang kerap berlainan dan dramatik itu juga banyak membantu Anwar. Kerajaan Perpaduan anjuran Datuk Seri Abdul Hadi Awang kian diketepikan, sekurang-kurangnya buat masa ini. Kita yakin, semua ini akan berubah pula nanti, kerana seperti yang dikatakan Abdul Hadi, yang ditolak kini akan diterima pada masa depan.

Bila Kaduk Naik Junjung..

Politiking Dalaman PAS, Antara Kadok Dan Sireh

Oleh Ustaz Zorkharnain Abidin

Berdepan dengan Umno dalam politik tidak punya masalah besar. PAS punya jentera sendiri sampai ke peringkat paling bawah berbanding Umno yang sangat bergantung kepada jentera kerajaan.

Umno berjaya menjadi kerajaan pun adalah kerana kongkongannya ke atas SPR. Hakikatnya Umno hanya gah pada ‘merahnya’ sahaja tetapi kosong di dalam, kelam.

Apa yang sulit, kesat dan berat bagi PAS ialah politiking dalaman. Kadang-kadang, di sesetengah negeri, pemimpin PAS negeri berkenaan lebih menumpukan politiking dalaman sehingga agenda politik menghadapai Umno sedikit terabai.

Upaya, masa, tenaga, fikiran, kemudahan, tumpuan dihabiskan untuk jatuh-menjatuh, singkir-menyingkir, aib-mengaib dan banyak lagi sesama sendiri. Sedangkan jika semuanya itu digunakan untuk berhadapan dengan Umno, mustahil Umno tidak dapat ditumpaskan dalam PRU 13 akan datang.

Saya tidak pelik kalau politiking dalaman ini berlaku di negeri yang PAS memerintah. Tentunya setiap individu atau kelompok di situ punya agenda masing-masing. Pertembungan idealisme dan tindakan tentu berlaku, itu biasa sahaja. Kadang-kadang pertembungan itu mematangkan tanpa menafikan ia juga boleh meruntuhkan.

Apa yang pelik ialah apabila ini berlaku di negeri yang PAS tidak sekuat mana, tenaga tidak seramai mana dan strategi politik tidak sehebat mana pun. Dalam keadaan begitu, masih wujud gerakan singkir-menyingkir, jatuh-menjatuh, aib-mengaib dan godam-menggodam.

Ini berpunca daripada orang yang merasa dirinya hebat, berkuasa dan serba berupaya. Sepatutnya perasaan itu dihalakan untuk berdepan dengan Umno bukan untuk berpolitiking secara dalaman.

Tidak ada untung apa-apa apabila ada anggota parti, apatah lagi yang masih berada di barisan pimpinan, disingkir atau dipetiaiskan. Setiap anggota parti, secabuk mana pun, dia perlu digilap sebagai aset, bukannya menyingkirkan anggota yang pada suatu ketika pernah menjadi aset.


PAS bukan milik individu tertentu, tetapi milik ahli dan penyokongnya. Kini ia menjadi milik rakyat. Mengurus PAS bukan seperti mengurus sebuah jentera menuai padi milik sendiri. Kalau jentera itu rosak, padi di bendang tidak akan reput, kerana ada orang lain yang mempunyai jentera yang lebih baik.

PAS milik rakyat, kini menjadi harapan rakyat dan PAS berhadapan dengan ‘persepsi’ rakyat. Kalau PAS rosak, caca-merba, kucar-kacir, sedangkan mereka yang sedang menguruskan PAS pula syok sendiri, kononnya PAS kuat, tunggulah masanya PAS akan dihukum. Ingat, ‘persepsi adalah informasi’.

Kalau PAS rosak, kepada siapa lagi rakyat akan menumpang berteduh dalam situasi Umno tidak lagi dipercayai sebagai payung mereka. Ya, rakyat ada PKR dan DAP. Tetapi ingat, PAS adalah sekutu PR. Kalau PAS kuat, PKR dan DAP pun kuat, begitu sebaliknya.

Maksudnya, kalau ada pimpinan PAS yang melemahkan PAS, dia melemahkan PR. Adakah itu dilupai?

Bagi sebuah kereta, komponen yang paling kecil pun wajib dijaga dengan baik. Kita mungkin tidak memerlukan hon dalam keadaan biasa, tetapi apabila ada kenderaan di hadapan tidak bergerak ketika lampu isyarat berwarna hijau, apa yang dicari? Hon bukan! Justeru, jangan menghina dan memperkecilkan hon.


Benar kata orang tua-tua, kadok kalau naik junjung, dia merasa dirinya sireh. Tetapi sireh, walau pun menjalar di bumi, tetap kekal sebagai sireh. Dia tetap dipungut oleh pemakan sireh. Hanya pemakan sireh yang kenal mana kadok dan mana sireh.

Kadok adalah kadok, sireh adalah sireh.

Buat mereka yang mengikuti perkembangan PAS di negeri paling utara semenanjung, ‘hati boleh panas, tetapi kepala mesti dingin’.

Ulasan GB

GB tak perlu ulas tulisan di atas. Rasanya semua faham kot. Kalau tak faham, kenaler berkunjung ke Perlis berjumpa Ust Zol Al-Hafiz.

Celakalah penulis blog memburukkan pentadbiran TG Nik Aziz.

KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus diberi penumpuan.

------------------------------------------------------------

(Gambar: TG Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

-----------------------------------------------------------

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

TG Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya TG Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, TG Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, TG Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Najib tolak syor suruhanjaya siasat Dr M bazir RM100b

KOTA KINABALU, Dis 29 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata suruhanjaya diraja tidak perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

“Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja... tetapi dalam hal ini, tak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

“Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar.

“Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-14 di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya cadangan penubuhan suruhanjaya itu yang dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” tulisan Barry Wain baru-baru ini menghangatkan polemik dengan dua personaliti, Dr Mahathir dan Lim masing-masing berbalas kenyataan menerusi blog masing-masing hari ini.

Dr Mahathir mahu kerajaan memberi kerjasama dengan menubuhkan suruhanjaya diraja dengan membuka “semua buku” yang berkaitan.

“Saya mempunyai hak untuk membersihkan nama saya. Tun Abdullah (Ahmad Badawi) juga mempunyai hak untuk membersihkan nama beliau. Kerajaan seharusnya bekerjasama dan membuka semua buku (dokumen).

“Tidak harus ada sebarang langkah menutup (kes). Kerajaan telah menyatakan komitmen untuk amalkan ketelusan. Ia harus bertindak untuk menunaikan janji-janjinya,” kata bekas presiden Umno itu dalam tulisan blognya.

Dr Mahathir menafikan jumlah kerugian akibat kes-kes yang disenaraikan oleh Wain dalam bukunya boleh mencecah RM100 bilion.

“Kesemuanya sekali, saya ingat jumlah kerugian jika dijumlahkan kemungkinan mencecah RM10 bilion. Jika kita rugi RM100 bilion, kerajaan sudah tentu berada dalam masalah yang teruk.

“Walaupun kita pernah alami pertumbuhan buruk dalam beberapa tahun tetapi kerajaan tidak pernah gagal untuk memenuhi komitmen kewangan termasuk membayar balik pinjaman.

“Sebaliknya kita telah memiliki wang secukupnya untuk membayar balik hutang. Projek-projek (yang dijalankan semasa era Dr Mahathir) sudah tentu menelan banyak wang,” kata beliau merujuk kepada antaranya jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar Petronas.

Lim pula memberitahu oleh kerana Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau ada hak untuk menyamannya termasuk Wain dan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu wajarnya mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sekarang.

“Mengapa tidak Mahathir menyaman saya sekarang jika saya telah memfitnah beliau,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Dr. Mahathir bahawa jika suruhanjaya diraja ditubuhkan nanti mendapati dakwaan Wain tidak benar, beliau akan mengambil tindakan perundangan.

Dalam pada itu, Najib berkata cadangan supaya sistem keahlian terus diamalkan oleh Barisan Nasional perlu dibincang oleh semua komponen dan dikaji terlebih dahulu.

Mengulas saranan yang dibuat oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Perdana Menteri berkata beliau akan berunding dengan rakan-rakan komponen BN sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Ini bukan perkara baru, (ia) sudah disebut-sebut sebelum ini, pernah kita bincang tapi kita belum buat satu keputusan secara rasmi.

“Biarlah saya berunding dengan parti-parti komponen BN di peringkat Dewan Tertinggi terlebih dahulu. Kita kaji pro dan kontranya, buruk baiknya dan juga

kaedahnya sekiranya kita nak buat. Ini semua kita mesti fikir terlebih dahulu, kalau tidak, timbul masalah lain pula,” katanya.

Norza Tiada Kes : SPRM Jadi ‘Tukang Cuci’ Dalam BN

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR,29 Disember : SPRM dilihat bertindak menjadi 'tukang cuci' dan membersihkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sedang disiasat. Hal ini berikutan SPRM yang dikatakan menghantar surat kepada Majlis Tertinggi Umno dan menjelaskan suruhanjaya itu 'tiada kes' terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah.
Hal ini dijelaskan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa ketika dihubungi Era Pakatan.
Beliau yakin, campur tangan politik yang ada menyebabkan Norza terlepas dari SPRM. Beliau juga tidak terkejut dengan berita ini kerana selama ini SPRM sering 'doble standard' dalam siasatan mereka.
"Ini merupakan amalan SPRM, bila sesuatu kes dari parti kerajaan sampai ke tangan SPRM, orang yang didakwa akan terlepas. Hal ini berbeza dengan parti pembangkang. Orang dari parti pembangkang yang disoal siasat akan dibuktikan bersalah walaupun kadangkala kekurangan bukti," jelas Faris.
Beliau sebagai berkata, selagi SPRM berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, kredibiliti badan itu akan terus diragui dan dipertikaikan.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi SPRM telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Norza Zakaria.
Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

KUALA LUMPUR,29 Disember : SPRM dilihat bertindak menjadi 'tukang cuci' dan membersihkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sedang disiasat. Hal ini berikutan SPRM yang dikatakan menghantar surat kepada Majlis Tertinggi Umno dan menjelaskan suruhanjaya itu 'tiada kes' terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah.

Hal ini dijelaskan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa ketika dihubungi Era Pakatan.

Beliau yakin, campur tangan politik yang ada menyebabkan Norza terlepas dari SPRM. Beliau juga tidak terkejut dengan berita ini kerana selama ini SPRM sering 'doble standard' dalam siasatan mereka.

"Ini merupakan amalan SPRM, bila sesuatu kes dari parti kerajaan sampai ke tangan SPRM, orang yang didakwa akan terlepas. Hal ini berbeza dengan parti pembangkang. Orang dari parti pembangkang yang disoal siasat akan dibuktikan bersalah walaupun kadangkala kekurangan bukti," jelas Faris.

Beliau sebagai berkata, selagi SPRM berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, kredibiliti badan itu akan terus diragui dan dipertikaikan.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi SPRM telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Norza Zakaria.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

'Satanic sacrifice' rape!

KUALA LUMPUR – The tips of her long hair were burnt. Her eyes were taped shut and a parang was placed at her back as she was forcibly laid on the ground.

A teenage girl claimed that as he was put through this horrific and terrifying torture for two hours as a ‘satanic sacrifice’ three men took turns to rape her early Monday.
women-drug-mules-3.jpgThe incident allegedly happened in a bush area near a kite-flying field at Taman Metropolitan in Kepong, near here, after the 19-year-old girl was blindfolded and led to the place by the three men.
Surrendered to three men
The girl’s friends had earlied ‘surrendered’ her to the group, said to followers of a cult, to be used as their ‘sacrifice’ before the start of a satanic worship.
Malay tabloid Harian Metro, which reported the incident, quoted sources as saying that the girl had just finished her work in Subang Jaya before she was invited by her two friends, another girl and a man, both in their 20s, to take a car ride with them.
At a dark spot, a few kilometers from her work place, she was asked to get out of the car. She was then struck by one of her friends until she fainted. Her hands were tied and her eyes were taped.
She was then handed to three men, who were waiting at the site, and subsequently brought to the kite-laying field in Kepong.
The victim, who later recovered from her unconscious state, heard the group discussing about making her a sacrifice.
tattoo-1.jpgShe felt her hair burnt and sensed that her two friends later left her with the three strangers.
She was forced to lie on the ground, with a parang placed against her back.
Released at main road

She alleged that over the next two hours she was repeatedly raped. One of her captors later released her at a main road, after she was warned not to report the matter to either her family or the police.
She claimed she waited at the road for a few more hours before she was able to hitch a ride from a passing car. The driver took her to Ampang Point, from where she called a friend to fetch her. She then made a report at the Ampang police station.
Contacted by the paper, Kuala Lumpur criminal investigations opertations deputy head Asst Comm Khairi Arasa said a report has been received on the incident.
He said the case was being investigated but no arrest has been made so far. – Malaysian Mirror.
(Note: The images here are only to illustrate the story and have no relation to the events. - Ed)

Hassan Ali: GKPPNS Tidak Serah Memorandum

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata sehingga hari ini beliau tidak menerima sebarang memorandum daripada Gabungan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor(GKPPNS) berhubung desakan kumpulan itu yang meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat

Bagaimanapun katanya, sekiranya intipati memorandum itu menyentuh polisi parti, ia harus diserahkan kepada Pas Pusat.

"Tidak ada...seorang pun tidak datang menyerahkan memorandum kepada saya.Jika mereka datang sekalipun saya akan nasihatkan mereka supaya menyerahkan kepada Pas Pusat,Setiausaha Agung... bukan kepada saya"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rancangan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi di Negeri Selangor Bagi tahun 2010 di Hotel Holiday Villa, Subang, pagi tadi.

Dalam kejadian kelmarin, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gabungan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor(GKPPNS) mengadakan perhimpunan aman mendesak agar kepimpinan parti itu supaya keluar dari Pakatan Rakyat(PR) ekoran rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Dalam perhimpunan itu GKPPNS turut mengemukakan 13 perkara dalam memorandum untuk mendesak parti itu keluar dari PR.

Bagaimanapun memorandum tersebut gagal dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berikutan pejabat parti itu ditutup berikutan cuti hujung minggu.

Dalam pada itu Hassan menegaskan bahawa, kumpulan terbabit dalam perhimpunan itu sebenarnya bukan ahli Pas seperti yang dilaporkan.

"Satu perkara yang kita pasti,mereka ini bukan ahli Pas walaupun mereka mengaku mereka dari parti ini",katanya.

Shamsul : SPRM Jangan Guna Alasan Lama

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalankan di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia.

“ Saya mendesak SPRM jangan berhelah dan menggunakan tektik yang lama. Iaitu mengalih tumpuan dengan memberikan alasan-alasan yang kosong dan tidak munasabah”.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor sebagai respon daripada kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Bala sebelum ini membuat kenyataan kepada peguamnya bahawa beliau disogok wang dan diugut oleh adik Najib dan kenalan rapat isteri Perdana Menteri supaya menafikan sebarang hubungan antara Altantuya dan Najib.

Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda pada tahun 2006 untuk membayangi Altantuya ketika warga Mongolia itu berada di Malaysia.

Razak, kenalan rapat Najib, dituduh bersubahat dengan dua pegawai polis membunuh Altantuya. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Menurut Shamsul, SPRM tidak perlu mencipta pelbagai alasan bagi melengahkan kes tersebut sedang SPRM telah menerima surat daripada peguam Bala, Americk Sidhu.

“ Sepanjang pengetahuan saya, Americk Sidhu telah pun menulis surat bahawa beliau sedia membawa Bala dan sepatutnya perkara ini menuntut satu jawapan daripada SPRM. Dan bukannya komen sebegitu” tambahnya lagi.

Shamsul kesal kerana SPRM tidak mahu berdepan dengan Bala atau menyiasat dakwaannya terhadap pembabitan isteri Perdana Menteri Nazeem Razak dan penjual permaidani Deepak Jaikishnan.

“ Malah saya pertikai mengapa sehingga sekarang, saksi-saksi seperti Deepak, seperti Nazeem Razak dan Rosmah Mansor, kalau boleh kita gunakan kerana dalam CD tersebut namanya disebut, tetapi tidak dipanggil”.

Bala sebelum ini mendakwa beliau ditawarkan rasuah 5 juta ringgit dan diugut meninggalkan Malaysia selain menafikan Perdana menteri mempunyai sebarang hubungan dengan Perdana Menteri yang ketika itu menteri pertahanan.

Saya Akan Puasa Selama Tiga Bulan Kalau Husam Letak Semua Jawatan

BEBERAPA SMS saya terima bertanyakan perihal Husam bin Musa apakah benar Exco itu akan melepaskan semua jawatan? Yang menelefon bertanyakan hal itu termasuk tiga orang wakil rakyat, dua Pas seorang BN. Saya hairan kenapa pertanyaan ini timbul dan bermain dalam kepala umum. Asal timbul isu dan masalah menimpa Exco itu, beliau dikaitkan dengan tindakan nak lepas jawatan. Macam budak pulak.

Apakah senipis itu iman Husam dalam perjuangan? Bila berhadapan dengan masalah sebesar anak biri-biri pun dikaitkan dengan nak letak jawatan. Kalau tidak silap saya, cerita hendak letak jawatan ini samalah dengan cerita Anwar Ibrahim nak jadi perdana menteri. Kadang-kadang alasan dan perkembangan tidak relevan pun dikaitankan dengan peluang untuk Anwar jadi PM.

Bila timbul isu dalam negara atau melihat wajah Najib Razak berkedut saja, maka timbul spkeulasi Najib ada masalah dan akan memaksa Najib lepaskan jawatan kemudian jawatan PM akan diserahkan kepada Najib. Begitulah perihal Husam sama sensitif dengan kisah Anwar.

Jadi cerita Husam hendak letak jawatan ini sudah lapok sebenarnya. Kalau cerita begini benar sudah lebih tiga kali Husam melepas jawatan. Bukan saja jawatan Exco dan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, jawatan ketua cawangan pun telah dilepaskan. Tetapi ternyata setiap kali bergema isu ini Husam tetap berada di kerusinya. Setiap kali itu juga Husam mendapat kekuatan dan semangat baru.

Sekali pandangan isu ini sengaja direka untuk meletakkan value politik Husam sama mahal dengan Nik Aziz.

Bagi saya cerita ini tidak lebih dari satu gimik untuk orang mengenangkan Husam sahaja. Sedangkan batang tubuh sendiri tidak ada apa-apa. Orang lain kalut fikir hal Husam dia lena dan rileks bersama anak bininya di rumah bermian congkak lubang sembilan.

Maklumat terbaru kini kononnya Husam akan lepas jawatan Adun Salor dan semua jawatan dalam parti. Dari mana sumbernya entahlah. Saya jelaskan di sini bukan bermakna saya suka kalau Husam melepaskan jawatan, tidak. Bagi saya tindakan itu merugikan Pas saja dan Nik Aziz akan kehilangan seorang partner yang istimewa. Bukan saja kerana implikasi politik bakal menimpa Pas tetapi kerana kerana umum sudah tahu dan artif dengan perangai Husam dan syaksiah politiknya.

Sekiranya Husam melepas semua jawatan saya berani bernazar akan puasa selama tiga bulan berturut-turut. Bukan kerana manggak tetapi kerana menghormati berita pelik yang tidak ganjil yang kedengaran dan menjadi bahan SMS saat ini.

Di antara Husam dengan Tok Guru Nik Aziz saya rasa Nik Aziz dulu akan berhenti. Kalau ada SMS mengatakan Nik Aziz akan melepas jawatan MB dan jawatan dalam parti saya lebih yakin dan merasa lebih tersauk dek akal. Masakan kerana Annual Bakri dan Saiba Yaacob dikatakan tidak disambungkan perkhidmatan Husam nak letak jawatan? Apa kena mengena beliau dengan Annual Bakri?

Kalau Husam nak bela Annual Bakri pun masakan tindakan sebodoh itu diambil? Mengorbankan perjuangannya selama ini. Jadi kepada pengkagum Husam usahkah risau Husam tidak akan berbuat begitu. Saya berani memberi jaminan. Husam yang pernah saya kenal dia tidak akan mengambil keputusan drastik. Kalau pun ada maklumat itu dari dirinya ia tidak lebih daripada satu test market sahaja di mana dalam ujian-ujian itu beliau sering mendapat keuntungan.

Kepada media massa jangan melaporkan perkhabaran ini kalau anda tidak mahu disaman oleh Husam!
MSO

Laporan pakar sahkan Teoh dibunuh

IMG_0369BTeka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.

Teoh Beng Hock murdered

IMG_0369B KUALA LUMPUR: Teoh Beng Hock was murdered. Top Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) has sufficient evidence to prove that he was killed.

The Parti Keadilan Rakyat organ, Suara Keadilan, reports in its latest edition that her forensic report will be presented at the January 7 inquest into Teoh’s untimely death.

The weekly quotes unnamed Health Ministry sources as saying that Pornthip reached her conclusion after a second postmortem at the Sungai Buloh hospital.

The report adds that Pornthip has made known her findings to all TBHock 1 relevant groups, including the Teoh family and the Selangor government, which commissioned her services.

Teoh (picture) was the political secretary to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah. Yong is the Seri Kembangan assemblyperson and a member of DAP, a member party of the ruling coalition in Selangor.

On 15 July, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), investigating allegations of misappropriation of state allocations, raided Yong’s office. Teoh was questioned as a witness at the Selangor MACC office later that day.

At about 1.30pm the following day, a janitor found Teoh’s sprawled body on the fifth floor of the building.

The coroner’s court allowed Teoh’s remains be exhumed on Nov 21 for a second-post mortem.

Earlier in October Pornthip told coroner Azmil Mustapha Abas that based on photographs of his remains, she was 80 percent sure that Teoh was murdered.

The second autopsy was witnessed by British pathologist Prof Dr Peter Venezis acting for MACC, Dr Khairul Azman Ibrahim and Dr Prashant Naresh Samberkar.

Raja Petra could be sentenced to death under sec. 121

The following link is referred; Raja Petra urged people to abolish Sultan and form republic country

To those who had read the above article yesterday have particularly known to Raja Petra’s call to abolish the Raja-Raja Melayu in order to form a new republican country which has no King and Queen. Today I urge the Police and the Attorney General’s Chamber (AGC) to look into possible charge that could be imposed against Raja Petra Kamarudin following his seditious article written here.

Dear Attorney General of Malaysia, Raja Petra’s article has resulted in 54 radical comments which inclined to persuade people to wage war against the Yang Di-Pertuan Agong, and the Rulers of states. With Malaysia Today’s popularity are undisputedly acknowledged as one of Malaysia’s most influential website, this has constitute a threat to the Rulers of Malaysia and to the nation accordingly.

I quote;

“Malaysia will have to change, one day. And then the Malays will also have to change. All those relics of the past would soon enough be removed. But we need time for that to happen. And we are talking about the Raja-raja Melayu. So we have to allow time for the Melayu to be ready to remove their Raja-raja.”

Raja Petra’s intention was very clear to the fact that reasonable man would understand his intention to remove the Rulers by way of criminal force by referring to his article written in Malaysia Today.

Under section 121 of Penal Code Act 574, Raja Petra hereby has wages a war against the Yang di-Pertuan Agong, Malay Rulers and Yang di-Pertua Negeri.

Forget about ISA, forget about his seditious act, forget about his defamation against Datin Seri Rosmah Mansor. I hereby plead the AG to look into this matter. Raja Petra should be charged under section 121 of Penal Code which would sentence him to death or imprisonment for life.

Siddiq Azani,

Faculty of Law UiTM

Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan - Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengalu-alukan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Mursyidul Am Pas itu benar-benar ikhlas terhadap kenyataannya dan bukan hanya gimik politik, beliau seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anuar.

"Paling tidak lantik (Anuar) sebagai Timbalan Menteri Besar dan saya mahu lihat apakah mendapat sokongan daripada pimpinan Pas yang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ibrahim turut menjelaskan kenyataan Nik Aziz sudah tidak boleh diguna pakai kerana sering tidak konsisten dan berbelit-belit dan menyifatkan beliau sebagai 'ulama politik'.

"Pihak lain dituduh kroni, nepotisme tapi bila lantik keluarga sendiri, guna alasan kepimpinan Rasulullah S.A.W. Memalukan," ujarnya.

Akhbar hari ini melaporkan Kerajaan Negeri Kelantan bersedia meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan dan memberi laluan kepada bukan Melayu yang beragama Islam untuk menerajui negeri itu.

Nik Aziz berkata cadangan itu dapat memperluaskan penyebaran Islam kepada semua dan bertindak adil kepada semua kaum.

Beliau turut menjelaskan dasar Islam dalam memilih pemimpin yang baik tidak mengenal bangsa sebaliknya melalui akhlak yang sempurna.

Nik Aziz: Husam tak letak jawatan, kita semua ‘sayang dia’

Oleh Mohd Zulharman

KOTA BARU, Dis 29 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Sah setiausaha akhbar, politik Nik Aziz berhenti

Dua setiausaha kanan Menteri Besar Kelantan sah akan meninggalkan perkhidmatan atas keputusan sendiri awal tahun depan.

Setiausaha politik dan setiausaha akhbar Nik Aziz memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.

Keputusan mereka tiada kaitan dengan isu politik negeri itu, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan sebentar tadi.

Ia diura-urakan berkaitan rapat dengan pengaruh keluarga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin meluas dalam pentadbiran negeri, khususnya isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui menantunya.

Dalam keghairahan membela suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman yang didesak meninggalkan syarikat berkaitan kerajaan itu, Nik Amalina Nik Abdul Aziz pula secara terbuka menudingkan jarinya kepada PAS dan pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Tiba-tiba exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang sebelum ini dianggap anak didik Nik Abdul Aziz, mula melancarkan kritikan terselindung berhubung perlunya sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas pengaruh keluarga daripada pentadbiran negeri.

"Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008," coret Husam di blognya Cetusan Hati semalam.

"Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin- pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah."

Tidak jelas maksud "peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita..." sama ada merujuk pemimpin PAS atau pemimpin BN kerana sebelumnya Husam banyak merujuk kes yang melingkari barisan pemimpin utama negara.

Husam bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka yang mahukan perubahan tidak harus terperangkap dalam kerenah yang sama.

"Keadaan (BN) nampaknya kritikal. Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas. Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak.

"Kemuncup-kemuncup sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan," tulisnya lagi.

Exco itu juga mengingatkan betapa pada penghujung era kepemimpinan Datuk Asri Muda di Kelantan, menjelang kejatuhan negeri itu ke tangan BN, PAS mendapat jolokan negatif "parti Asri sekeluarga."

Muncul ketika ura-ura dua pegawai kanan Nik Abdul Aziz, dan desas-desus akan digantikan dengan mereka yang dekat dengan anggota keluarganya, coretan blog Husam ini menguatkan tanggapan bahawa pentadbiran Kelantan memang bergolak.

Coretan yang penuh berlapik itu bagaimanapun tidak menyebut secara jelas perkembangan politik di negerinya, sekali gus meletakkan orang ramai dalam keadaan terus berteka-teki.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam pula diura-urakan tidak akan menghadiri mesyuarat penting Dewan Harian PAS Kelantan yang dijadual 3 petang ini.

Sementara itu, setiausaha politik menteri besar Anual Bakhri Haron berkata kedudukan beliau dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Anual berkata beliau tidak ada apa-apa masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana "sebelum ini selalu bercakap kemungkinan untuk melepaskan jawatan ini".

"Saya tidak ada apa (masalah), saya sudah berkhidmat 10 tahun," katanya yang dianggap dekat dengan Husam.

Ditanya sama ada pengguguran tersebut disebabkan perkembangan dan pergolakan yang berlaku di Kelantan, Anual berkata: "Saya tidak pergi sejauh itu."

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Seperti laporan akhbar hari ini, Mohd Saiba pula mengesahkan pengguguran itu melibatkan beliau dan Anual tetapi kedua-duanya belum menerima hitam putih keputusan tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau difahamkan Anual digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak terhadapnya yang dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

MACC says PI Bala main witness in Altantuya mystery

By Neville Spykerman

MACC insists Bala write in formally before they investigate. — Reuters pic

KUALA LUMPUR, Dec 29 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today reiterated that P. Balasubramaniam must make a formal statement before any investigation can proceed on the private investigator’s allegations surrounding the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

The missing private investigator had sent an email of his allegations to the MACC after making public claims that linked Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his family to events after the 2006 murder, including being paid off to retract a sworn statement, but the anti-graft agency has yet to take action.

“We want Bala to come forward to give his statement. He is our main witness,” said MACC director of investigations, Datuk Mohd Shukri Abdull, in a short text message to The Malaysian Insider.

Mohd Shukri’s response was to claims by Bala’s lawyer, Americk Sidhu, that the MACC wanted the missing private investigator to formally write about his claims, despite a series of video interviews available at the Malaysia-Today news portal and YouTube.

He explained that they wanted to question the former special branch officer first before they question others implicated by him.

“His statement is very important before we proceed in questioning other persons,” said Mohd Shukri, who did not respond when asked if this also meant there would be no investigations if Bala did not come forward.

In the series of video interviews, Bala made sensational allegations that Najib knew Altantuya, and that his architect brother Nazim together with a businessman linked to the prime minister’s wife made him retract a statutory declaration on the case.

Bala identified the carpet businessman as Deepak Jaikishan, whom he claims is a close associate of Datin Seri Rosmah Mansor.

Two elite policemen are appealing death sentences for the murder of the Mongolian model, whose death in 2006 is still shrouded in mystery. A third accused, political analyst Abdul Razak Baginda, a close friend of the prime minister, was acquitted.

Najib has denied ever knowing Altantuya but her murder continues to provide ammunition used by the opposition against him.

NAJIB AJAK RAKYAT CAPAI TRANSFORMASI – berita hairann

Kerajaan sedang rancak bergerak melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan dan penambahbaikan menerusi gabungan pelan transformasi negara, kata Najib Razak.

Sehubungan itu, dia berkata, adalah penting untuk rakyat terus bersama beliau menghadapi 2010, sekali gus merealisasikan pelan transformasi yang dirancang.

KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH... KAH KAH KAH

KAH KAH KAH... KAH KAH KAH...KAH KAH KAH




YANG INI KE?


TRANSFORMER YANG INI ?

Tukar Tiub

Sang Menantu Melepas Lagi

Desas-desus sebelum ini yang menyatakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khary Jamaluddin dilantik timbalan menteri nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib akan disi oleh anak kelahiran Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. "Lebih kurang tapi tidak boleh umumkan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.

Pada 10 Disember lalu, Abdul Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri April tahun ini, beliau dikekalkan.

Sulaiman adalah Anggota Parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya

Nepotisma bakal menghancurkan tiang seri PAS ??? Apa peranan anda untuk menghentikan semua ini ??!!

oleh ummuasiah :

Pedih dan sedih

Hati saya sebenarnya bersalut duka dengan kisah-kisah panas terkini yang berlaku di Kelantan, sedih dan pedih...tetapi siapa lah saya...namun saya seorang rakyat Malaysia yang mahu lihat sebuah kerajaan selain dari kerajaan BN dan UMNO terus berjaya memerintah Malaysia..dan Kelantan adalah satu-satunya Negeri yang berjaya bertahan lama..di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...semua orang sayang Tok Guru, tak kira bangsa dan agama...

Namun kini semuanya seakan menjadi dan melalui satu episod mimpi ngeri sedih dan suram apabila tiba-tiba muncul watak seram yang selama ini mungkin cuma bayang-bayang di belakang semua senario yang ada...kini mereka muncul apabila dibangkitkan oleh orang disekeliling mereka yang sudah tidak sanggup melihat keadaan menjadi parah mungkin dan terus malap dan sirna akhirnya, seterusnya memberikan kesempatan untuk pihak lawan terus melenyapkan semua ketenangan yang sedia ada.

SELCATKAN

Anak-anak dan menantu....tidak berani untuk saya mengulas di sini...takut...sebab semuanya belum terbukti. Mungkin ada baiknya di SELCATkan isu PMBK di Kelantan. sebagaimana kerajaan Selangor melakukan ke atas anak syarikat negeri Selangor, kemungkinan bukti dah ada cuma hendak mencari penjelasan dan pendedahan. Habis semua terbongkar secara rasmi di dalam sesi SELCAT, bukan untuk memburukkan seseorang tetapi untuk mencari kebenaran yang terserlah.

NIK AMALINA

Akhirnya paling menyayat hati kerana saya juga wanita, seorang anak dan seorang isteri ialah apabila puteri bongsu Tuan Guru juga bangun mewarna gelapkan situasi semasa...sedih. Untuk Nik Amalina...kami semua sayangkan ayahanda mu..kami sayangkan negeri Serambi Mekah itu...peliharalah dirimu, peliharalah nama baik keluarga mu yang terkenal seluruh dunia...tiada siapa yang boleh menyekat anda untuk menulis di dalam dunia tanpa sempadan ini.......tetapi rupanya bila lagi banyak menulis secara tidak lansung lagi banyak yang terdedah mengikut persepsi setiap pembacanya.

PERJUANGAN ISTERI-ISTERI TELADAN

Saya terkenangkan senario isteri-isteri tahanan ISA sejak dari era Reformasi dahulu termasuk perjuangan Datin Seri Wan Azizah dalam membela dan memperjuangkan hak dan nasib suami mereka...Kak Aliza isteri Saari Sungib, Kak Zumrah isteri Ustaz Badrul Amin, Kak Marina isteri Raja Petra, Kak Fatimah isteri Pak Din, Bahirah isteri Ezam Md. Noor, Farah bekas isteri Lokman, Vasantha isteri Gobala Krishnan, Kak Ros bekas isteri Ghani Haroon dan ahli keluarga Tukar Tiub dan Tian Chua dan tidak dilupakan Cikgu Laila isteri Mat Sah dan semua isteri tahanan ISA yang berjuang..ooohhh...termasuk Sles Monira isteri Nik Adli bin Nik Aziz. Walaupun 3 orang dari mereka telah menjilat ludah mereka sendiri namun kenangan berjuang bersama dalam tempoh dua tahun hingga kini sungguh amat memberi kesan di hati untuk terus bangun berjuang untuk seluruh rakyat dan negara dan bukan hanya untuk diri sendiri.

PERJUANGAN RAKYAT

Perjuangan mereka menyemarakkan semangat perjuangan rakyat...sungguh manis perjuangan itu yang membolehkan semua rakyat yang turut merasai betapa suami-suami mereka ini tidak bersalah...mungkin juga tiada kaitannya namun wajar diberi perhatian dan penghargaan, bangunlah berjuang dan membela untuk membebaskan nasib suami yang dizalimi dengan sepenuh hati dan sesuci hati tanpa gangguan dan desakan dari sesiapapun tetapi atas rasa kesedaran yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan sebagaimana yang dapat kita kecapi sekarang..semuanya berjuang ke arah membina sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat dan bukannya cuba meruntuhkan sebuah kerajaaan yang baik yang sedia ada.

Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam Musa walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada...walaupun ianya bukan secara khusus beliau tulis merujuk kepada apa yang berlaku di Kelantan..tetapi kita semua boleh membuat persepsi sendiri...

KERAJAAN DAN RAKYAT

Tajuk asal di blog beliau ialah Malaysia dan diri namun di dalam laporan Malaysiakini ditulis tajuk yang lebih sedikit sensasi dan direct Utamakan Keluarga Atau Kerajaan?

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Ahhh...kita terus menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi 'in the first place'.

Moga mimpi ngeri ini segera berakhir..dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR

Tuan Guru Nik Aziz adalah milik umat dan bukan hanya milik keluarga sebagaimana juga Kelantan juga adalah milik seluruh rakyat Malaysia..bilamana ianya sedang merasai sakit seluruh pelusuk rakyat yang cintakan sebuah kerajaan rakyat merasai derita dan sakitnya...peliharalah ia dengan sebaiknya..

Secara tiba-tiba juga saya teringatkan tentang Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan anaknya Muna Izzah...saya teringatkan akan satu rencana yang pernah ditulisnya. Anak-anak yang diharapkan terus menerus menjaga dan memelihara nama baik keluarga yang terhormat.

Dan kepada Baba biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini ,dirimu tidak pernah kami lupakan dan setiap detik baba ada dalam jiwa kami dan pasti kami berdo'a kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana. AL Fatihah. baca di sini

*Penulis boleh dilawati diblog ummuasiah2001.blogspot.com

Banyak Cerita X-Files UBN Terbongkar?

BANYAK perkara misteri dan pembaziran wang rakyat telah berlaku dalam Negara Malaysia pimpinan BN. Bermula jambatan bengkok tidak siap, dibayar percuma dari wang rakyat RM300 juta kepada kontraktor ‘for nothing’. Bukankah elok RM300 juta itu diperuntukan membuat perumahan rakyat yang memerlukan? Perkara penting pembaziran wang rakyat ini tidak pun disiasat oleh SPRM.

Sepatutnya tugas SPRM menyiasat kepada Dr. Mahathir kenapa bina jambatan bengkok itu? Abdullah Ahmad Badawi juga patut disiasat kenapa hentikan pembinaan jambatan bengkok itu? Patutkah SPRM berfikir kedua-dua Mantan Perdana Menteri itu tidak bersalah dalam tindakan mereka?.

Dalam hal ini dari dua orang, mesti ada salah seorang yang bersalah? Takkanlah kedua-duanya tidak bersalah. Jadi, apa tugas SPRM? Mungkin SPRM menjalankan tugas cuma mencari kesalahan YB-YB Pakatan Rakyat sahaja?

Yang paling jenaka di abad ini, seorang peguam biasa yang nama glamournya dikenali sebagai ‘correct, correct, correct’ boleh menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Suruhanjaya Penyiasatan Awam sudah pun dilantik. Hasil siasatan Suruhanjaya mengakui ‘memang betul’ seperti rakaman telefon bimbit itu apa yang diceritakan. Kenapa perkara ini senyap sahaja? Di mana sudah peranan SPRM dalam melaksanakan keputusan Suruhanjaya Penyiasatan Awam itu?

Kematian misteri Altantuya, Razak Baginda penganalisis politik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Najib telah dibicarakan. Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri. Timbul soalan, kenapa pihak Pendakwa Raya tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan yang Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri? Di sini timbul berbagai teka-teki seolah-olah Razak Baginda sengaja mahu dilindungi?

Dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Timbul soalan, apa motif dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib itu membunuh Altantuya?

Kematian misteri Teoh Beng Hock. Mendiang bukan terbunuh hanya sebagai saksi SPRM membunuh diri, masukkah di akal seorang saksi membunuh diri di bangunan SPRM? Teoh yang akan berkahwin dan akan menikmati bulan madunya tidak lama lagi mahu membunuh diri?

Pegawai-pegawai Tabung Haji dituduh rasuah ratusan juta RM, Presiden MCA ditubuh rasuah RM10 juta, tidak pun mereka ambil langkah membunuh diri, tapi Teoh sebagai saksi pula membunuh diri sendiri. Sungguh misteri cerita ini.

Satu lagi cerita misteri yang sungguh memalukan Malaysia di mata dunia. Kecurian dua enjin jet dicuri di tempat yang ketat sekuritinya dalam kawalan tentera Malaysia. Rakyat Malaysia tidak tahu mungkin banyak lagi harta Malaysia sudah dicuri? Mungkin bukan dua enjin jet sahaja yang dicuri, tapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada umum?

Kita rasa ragu-ragu penghantaran minyak mentah kita keluar negara selamat dari dicuri atau tidak? Ia juga ada cara boleh dicuri kalau mahu mencuri? Jadi, Kerajaan UMNO/BN memang tidak selamat menjaga wang rakyat, harta Kerajaan.

Zahid Hamidi juga mungkin kurang selamat jawatannya kerana berani membongkar kecurian dua enjin jet tentera semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pertahanannya.

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (sabahkini)

Koordinator BANTAH dakwa diugut

Beberapa penggerak utama Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) didakwa menerima ugutan dari pihak yang tidak dikenali ekoran beberapa tindakan gabungan itu yang mahu sistem undian elektronik atau e-voting pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang, dibatalkan.

Terbaru dua pemimpin mereka didakwa menerima surat layang dan sms mengandungi ugutan untuk 'mengganggu' program terdekat gabungan itu iaitu forum terbuka yang akan diadakan pada 1 Januari 2010 bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pengerusinya, Mohd Aizat Salleh ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara itu.

"Dua orang koordinator BANTAH, Rafie dan Ridzuan menerima surat layang mengugut mereka membatalkan penganjuran forum Jumaat ini.

"Jika tidak, menurut surat layang terbut 'sesuatu' akan berlaku," katanya ketika dihubungi.

Forum terbuka bertajuk 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' akan menampilkan tiga orang panel iaitu Pensyarah fakulti undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, bekas aktivis mahasiswa, Chang Lih Kang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, dan seorang lagi pensyarah kejuruteraan perisian dari Universiti Malaya (UM), Dr Chiew Thiam Kian.

Bagaimanapun, Dr Chiew Thiam Kian dimaklumkan telah menarik diri dari menyertai forum tersebut.

Mengulas perkara itu, Aizat memberitahu pihaknya tidak menolak kemungkinan beliau menerima tekanan dari pihak tertentu sehingga terpaksa menaik diri.

"Kami yakin, beliau menerima tekanan dari pihak tertentu kerana beliau juga merupakan antara individu yang lantang melahirkan pandangan tidak bersetuju dengan sistem e-voting ini," katanya lagi.

Aizat juga memaklumkan BANTAH turut menerima amaran dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM agar membatalkan penganjuran forum tersebut.

Alasan HEP ujarnya kerana program tersebut tidak melalui mereka sedangkan program itu adalah anjuran bersama dengan wakil fakulti Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM).

"Sekali lagi saya mahu tegaskan, program ini adalah melalui fakulti dan tidak perlu kepada kelulusan HEP.

"Program sebelum ini yang kita buat dibawah fakulti tiada masalah pun," katanya.

Selain itu, mereka mendapati sebuah kumpulan mahasiswa sedang berkempen untuk memboikot program tersebut dan yakin ianya ditaja pihak tertentu.

Semalam, jurucakap BANTAH, Mohd Ridzuan Othman memberi jaminan program tersebut tetap akan dijalankan dan memberi amaran kepada mereka yang mahu mengganggu program tersebut agar tidak berbuat demikian.

Ridzuan juga memberitahu pihak penganjur sedang mencari pengganti kepada Dr Chiew Thiam Kian yang sudah menarik diri.

Umno sasar 661,000 pengundi baru menjelang Mac 2010..!!! Agenda hantu bermula...!!!

KUALA LUMPUR, Dis 29 - Umno sedang giat mendaftar 661,000 anggota parti itu sebagai pengundi.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha itu sedang diterajui oleh seorang lagi Naib Presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, selaku Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian Umno.

“Saya difahamkan Datuk Seri Shafie sudah berusaha ke arah itu,” kata Hishammuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, melalui SMS kepada Bernama hari ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dilaporkan telah mengarahkan semua Umno negeri membersihkan senarai keahlian masing-masing dan memastikan mereka yang layak supaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang suku tahun pertama.

Pemuda Umno pula melalui Biro Keahlian dan Pemilihan kini aktif menjalankan kempen pendaftaran bagi memastikan anggotanya yang layak mengundi dapat didaftarkan sebagai pemilih menjelang Jun tahun depan.

Pengerusi biro itu Mohd Hishamuddin Yahaya berkata sejumlah 210,743 anggota Pemuda dikesan layak mengundi.

“Berdasarkan satu kempen itu, golongan pengundi muda nyata memberi reaksi positif terhadap usaha Pemuda Umno. Kami yakin berdasarkan perkembangan semasa menerusi pelbagai program yang akan dilaksanakan bagi mendekati pengundi muda, mereka akan bersama Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam laman web Pemuda Umno.

Pergerakan Puteri Umno pula menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada 119,000 anggota pergerakan itu yang belum menjadi pemilih didaftarkan sebagai pengundi sebelum Jun tahun depan.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika dihubungi berkata sasaran itu penting dalam usaha memberi kelebihan undi kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Puteri mengambil ini secara serius dan saya telah mengarahkan Puteri negeri-negeri supaya memastikan ahli yang layak mengundi didaftarkan sebagai pemilih. Ini penting supaya mereka tahu tanggungjawab mereka,” katanya.

Puteri Umno kini mempunyai 340,000 orang anggota.

PAS - Bahagian 2 : Dasar PAS ialah ISLAM

Oleh : AB albanjary
Jelas dan nyata bagi kita sekarang, kita ingin menunaikan niat dan azam kita seperti yang disebut di awal-awal tulisan tadi dalam menentukan sikap dan pendirian kita berdasarka firman Allah ayat 56 Surah Az-Zariyat. Niat dan azam yang bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala inilah maka kita mengambil Islam sebagai dasar perjuangan dan kita maktubkan ke dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 iaitu “Dasar PAS ialah ISLAM”. Terdapat beberapa definasi yang masyhur dibuat oleh ‘ulamak-‘ulama Islam yang muktabar tentang Islam, antaranya islah;

1) Definasi Pertama

Hadith yang menyebut bahawa pada suatu hari Malaikat Jibril ‘A.S menemui Baginda Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang apa itu Islam dan dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W itu sekaligus mengajarkan sekalian manusia tentang apakah itu Islam. Hadith tersebut seperti mafhumnya :

“..Katakan kepada Ku (Wahai Muhammad) tentang Islam..? Rasulullah telah berkata : “ Islam itu, kamu mengakui bahawa tiada tuhan selai Allah, Muhammad itu Rasulullah, mendirikat solat, mengelurkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan, mengerjakan haji ke Batullahil Haram ketika engkau mampu melakukannya..”

(Hadith riwayat Muslim)

2) Definasi Kedua
Islam bererti tunduk patuh dan ta’at sepenuhnya kepada Allah yang lahir dari kesedaran, dan buka kerana terpaksa dan dipaksa. Ketundukan dan ketaata kerana terpaksa adalah merupakan semul jadi bagi setiap makhluk dan ketundukan dan ketaatan seperti ini tidak mengakibatkan timbulnya pahala atau seksa Allah Ta’ala; Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ;

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُ ۥۤ أَسۡلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ

طَوۡعً۬ا وَڪَرۡهً۬ا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ(83) 

Maksudnya:

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari yang lain dari agama Allah? Padahal kepana-Nya lah tunuk dan ta’at sekalian makhluk yang ada di langit mahupun di bumi, sama ada sukarela mahupun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.”

(Surah Ali-‘Imran : ayat 83)

Ayat di atas telah menjelaskan kepada kita bahawa semua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah, baik dari segi kejadian, kekal dan fananya, dan dalam aspek ini manusia tidak berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain.

Adapun ketundukan dan ketaatan penuh dengan penuh kesedaran adalah merupakan hakikat Islam dan dalam ketundukan dan ketaatan yang seperti ini barulah timbul adanya pahala da azab seksa. Dan sebagai bukti, ketundukan dan ketaatan kepada Allah ialah redha menerima agamanya dan segala yang terkandung dalam ajarannya yang diiringi dengan kesedaran yang sepenuhnya. Kerana itu, Islam dalam pengertian ini adalah merupakan agama Allah yang diredhai-Nya, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun kedudukan goegrafi. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ

Maksudnya;

“Sesungguhnya agama (cara hidup yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” ( Surah Ali-‘Imran : ayat 19)

Allah juga menegaskan dalam firmannya:

وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ(58)

Maksudnya:

“Da barang siapa yang mencari agama (cara hidup) selain dari agama (cara hidup) Islam, maka tidak akan diterima selama-lamanya daripadanya, dan adalah ia pada hari akhirat nanti dari kalangan orang-orang yang rugi”

(Surah Ali-‘imran : ayat 85)

Firman Allah Ta’ala ;

وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ‌ۗ

وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ(22)

Maksudnya :

“Dan barang siapa yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia sedang berusaha megerjaka kebaikan, maka sesugguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan” (Surah Luqman : ayat 22)

Firman Allah lagi:

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ(153)

Maksudnya:

“Dan sesungguhnya inilah (Islam) jalanku yang lurus, oleh kerana itu, turutilah ia; janganlah kamu turuti jalan-jalan (selain Islam) kerana (jalan-jalan) itu akan memisahka kamu dari jalan-Nya, demikianlah ia perintah bagi kamu supaya kamu takut (taqwa kepada-Nya)” (Surah Al-An’aam : ayat 153)

وَوَصَّىٰ بِہَآ إِبۡرَٲهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ (132) أَمۡ كُنتُمۡ شُہَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِى قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ ءَابَآٮِٕكَ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدً۬ا وَنَحۡنُ لَهُ ۥ مُسۡلِمُونَ(133)

Maksudnya:

“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada aak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Ya’akub (berwasiat kepada anak-anaknya) dan katanya; “Wahai anak-anakku…!!! Sesungguhya llah telah memilih amaga (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam, (Demikianlah wasiat Nabi Ya’akub, bukan sebagimana yang kamu katakana wahai orang-orng Yahudi…!!!) Kamu tidak hadir ketika Nabi Ya’akub hamper mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya; “Apakah yang kamu akan sembah (tunduk dan ta’at) sesudah aku mati?” Mereka menjawab; “Kami menyembah (patuh dan ta’at) tuhamu dan tuhan datuk neneakmu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”

(Surah Al-Baqarah : 132-133)

Firman-Nya lagi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ‌ۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ(67)

Maksudnya :

“Wahai Rasul-Rasul Allah…!!!, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepaamu dari tuhanmu, dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusannya, dan Allah jualah akan memelihara kamu dari (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak member petunjuk kepada kaum yang kafir(ingkar).” (Surah Al-Maidah : ayat 67)

Ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah S.A.W seperti yang disebutkan adalah membawa pengertian betapa apa yang diturunkan Allah S.W.T kepada Rasul-Nya ialah Al-Qur’an (Kitabullah) dan As-Sunnah Rasulullah yang di dalamnya terkandung pelbagai peraturan seperi yang disebut di atas tadi, itulah Islam.

Saman Balas RM100 Juta: Silakan Saman! - Dr Asri

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata, beliau mempersilakan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, mengemukakan notis saman balas RM100 juta terhadapnya.

"Persilakan saman....tapi sebelum itu eloklah pastikan sumber yang didengar itu sahih dan quote secara betul. Selepas itu, biar mahkamah tentukan," kata Dr Asri ketika menghubungi mStar Online berhubung isu saman balas Zamihan seperti yang dilaporkan sebuah tabloid hari ini.

Tambah Dr Asri lagi, "Itu cerita lekeh dari seorang yang tidak ada agenda dalam negara tapi memunculkan diri dengan dakwaan palsu kononnya sijil saya palsu."

Bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) ini, rakyat sendiri boleh menilai siapa Zamihan.

"Sebenarnya saya tidak ada masa nak fikirkan orang seperti beliau. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," kata Dr Asri.

Menurut sebuah laporan akhbar tabloid hari ini, Zamihan mengambil tindakan saman balas ekoran beliau menerima notis saman RM10 juta daripada bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, baru-baru ini.

Zamihan sebelum ini dikatakan menerima notis saman daripada Dr Asri melalui firma Mohamed Abdullah & Co yang memberikannya tempoh 48 jam untuk menjawab balik notis berkenaan.

Saman yang dikemukakan Dr Asri berikutan kenyataan Zamihan dalam laporan sebuah akhbar arus perdana bulan lalu yang bertajuk Jakim: Asri Palsukan Kelulusan Syariah.

Melalui notis saman dikemukakan itu, Zamihan dituntut supaya menarik balik tuduhan terhadap Dr Asri dan memohon maaf atas kenyataan dalam laporan akhbar terbabit, yang mengaitkan Dr Asri dengan pemalsuan kelayakan di bidang syariah dari Universiti Jordan dan banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.

Disebabkan laporan yang tersiar dalam akhbar perdana itu, Zamihan dituntut ganti rugi, termasuk ganti rugi teladan dan khas, yang berjumlah RM10 juta.

Zamihan mendakwa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan pemalsuan ijazah seperti disiarkan akhbar terbabit, sebaliknya ia akibat salah faham penulis berkenaan.

Berikutan itu Zamihan turut dipanggil pihak atasan Jakim untuk memberikan penjelasan dan menasihatkannya supaya menarik balik kenyataan terbabit.

Namun Zamihan menjelaskan ia adalah kenyataan peribadi dan bukannya mewakili jabatan.

Untuk rekod, Zamihan pernah disaman oleh pensyarah UKM, Dr Azwira Abdul Aziz kerana membuat dakwaan berunsur fitnah dan kes itu masih dalam perbicaraan.

Berhubung saman balas terhadap Dr Asri, Zamihan menuntut bekas Mufti Perlis itu memberi penjelasan kenapa beliau didakwa berfahaman Syiah serta mengkafirkan ulama Arab Saudi dan penduduk Makkah sebelum ini.

“Saman balas itu dibuat pada bulan ini juga (Disember) dan saya bagi tempoh untuk beliau jawab dalam masa tujuh hari, tapi selepas habis tempoh dia tidak jawab,” Zamihan, dipetik sebagai berkata.

Berikutan itu, beliau kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan susulan memfailkan kes terbabit di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam beberapa hari lagi.

Kes ini akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam beberapa hari lagi,” katanya, yang melantik firma guaman Abdul Kadir & Co untuk mewakilinya.

Zamihan mendakwa, kes saman menyaman ini berlarutan rentetan daripada kisah lama sejak 2001 iaitu selepas penerbitan dua buku tulisannya bertajuk 'Salafi Satu Penilaian' dan Menjawab Kritikan Fahaman Wahabi di Malaysia.

Najib: 2010 tahun prestasi ‘lebih baik’ buat BN

KUCHING, Dis 29 — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan menjelang 2011, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan tahun 2010 sebagai tahun pencapaian lebih baik kepada BN dengan harapan semua anggota BN peringkat pusat dan negeri bersama-sama turun padang membantu rakyat.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri masalah utama iaitu pelaksanaan kepada segala dasar dan perancangan kerajaan perlu diambil perhatian oleh semua anggota BN agar ia sampai kepada rakyat.

“Saya meletakkan azam tahun 2010 sebagai tahun prestasi yang lebih baik BN,” kata Najib (gambar) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di sini hari ini.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selain tewas di lima buah negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.

Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil oleh Najib antara satu dan dua tahun akan datang.

Najib berkata BN sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah hari ini juga akan memastikan segala peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dapat digunakan sepenuhnya selain berharap pihak kerajaan negeri memberi kerjasama menyelesaikan segala masalah pembangunan di peringkat negeri masing-masing.

Beliau turut menegaskan parti komponen BN tidak kira kecil mahupun besar termasuk SPDP yang menunjukkan prestasi cemerlang pada pilihan raya umum dan negeri yang lalu akan sentiasa diberi perhatian berat selain harapan agar prestasi tersebut dikekalkan pada masa akan datang.

Dipetik Bernama Najib menambah, BN tidak boleh menyandarkan pada pencapaian-pencapaian yang telah diperoleh pada masa-masa lampau untuk kekal berkuasa.

Sehubungan itu Najib berkata BN sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah negara ini perlu berpegang kepada dua prinsip iaitu sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan mengutamakan kehendak serta keperluan rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan.

Beliau berkata untuk menjadi kerajaan yang lebih baik, BN tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya perlu melihat apa yang harus BN buat untuk rakyat hari ini dan pada masa hadapan.

“Tidak dinafikan BN banyak sumbangan kepada rakyat sebelum ini, tapi dengan meningkatnya tahap pendidikan rakyat melalui pembangunan prasarana pendidikan yang dibangunkan oleh BN, rakyat mahu melihat apa yang akan kita (BN) buat hari ini dan masa akan datang,” kata beliau.

Najib memberitahu perubahan dalam senario politik negara turut mengubah cara rakyat negara ini berfikir sekaligus mendorong BN untuk menjadi sebuah parti yang lebih dinamik sejajar dengan kehendak semasa rakyat.

Katanya rakyat hari ini akan menjadi penentu hala tuju BN pada masa hadapan dan bukannya kepada pencapaian yang telah diperolehi pada masa lampau.

Prinsip kedua, kata Najib adalah memastikan sistem penyampaian kerajaan BN betul-betul berkesan dan sampai kepada kehendak dan keperluan rakyat di semua peringkat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata kerajaan BN dianggap sebagai kalah dalam pilihan raya walaupun pada dasarnya mereka menang jika anggotanya gagal melaksanakan apa yang telah diamanahkan oleh rakyat.

“Pembangkang tidak akan menang, tapi kita (BN) kalah pilihan raya jika gagal melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada,” katanya.

Kata beliau 1 Malaysia bukannya slogan tapi ia merupakan satu asas kepada dasar yang lebih adil serta penekanan kepada sistem nilai yang lebih baik dalam setiap sistem penyampaian kerajaan BN.

Najib berkata rakyat akan menjadi penilai terakhir kepada apa yang BN buat di bawah amalan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Next GE: 'Let police stand as candidates'

'The police should declare that they are part and parcel of the BN coalition and they should stand as candidates in the next general election. They are not neutral and they act oppressively towards the opposition.'



DAP rep stumped by 'police intimidation' charge

Azmil Tayeb: Ean Yong Hian Wah was only urging the police to stop probing Penang Chief Minister Lim Guan Eng. 'Urging' is only 'appealing', so what is so wrong?

The police have a more important role in crime prevention involving deaths and robbery. Now, with this case, we must thank the police for giving more points to Pakatan Rakyat in the coming general election.

I hope that should Pakatan walk into Putrajaya the very first agenda is to push for the IPCMC. The Selangor police chief Khalid Abu Bakar should stop these arm-twisting tactics. The rakyat have lost faith in the police, the judiciary and the MACC.

Suhaimi Said: The police should declare that they are part and parcel of the BN coalition and they should stand as candidates in the next general election. They are not neutral and they act oppressively towards the opposition.

Multi Racial: Our government service - be it from the police, state assembly staff and many other government departments - are biased towards BN. Maybe this is due to BN being in power for way too long or that they are intimidated by them.

It means these people are not professional. There are so many things that need to be changed in Malaysia. This is just only one.

KSN: The police should take DAP leader M Kulasegaran's advice which appeared in yesterday's papers in that they should investigate crime and not personalities. In short, they should be professional.

But that seems unlikely to happen under the current circumstances with the leadership of the police and the politicians they appear to take instructions from. That is the public perception as it is.


Ean Yong, police - 'Who is intimidating who?'

Snoopdog: 'Sack the whole police force and replace them?' Then what, the army, the navy and all the local governments councils? Sack them too and replace them with PKR-friendly people?

If PKR reps are not stopped in their tracks, then they will become more lawless so I say anytime they say anything, go after them.

That is the name of the game. The majority rules and the majority voted for BN. At the next election, we will vote them in again as we do not need the law of the jungle that the PKR will bring.

That's when the judiciary that will set everybody free, criminals will get away carrying guns and killing people and when criminals become more important than their victims.

Mythots: Let's not read too much into all these sideshows and continue to focus on the real issues at hand, namely, working hard to change the government in office at the next general election.

Let's face it - they have the machinery but we have the vote, so let's start using this power of our vote wisely.

Let us not rest until we have effected a change in the country's leadership at the 13th general election. Everything else is a stark reminder to the task ahead.

Kanasai: Who is this Khalid Abu Bakar? He is intimidated by just a statement? What type of courage does the Malaysian police force have? The criminals are laughing. No wonder the crime rate has never improved.

The only improvement is just the key performance indicators (KPI) of the inspector-general of police but he would be a laughing stock unless this Khalid is removed due to incompetency.

Inspectour Klueso: The clueless Inspector Clouseau in the Pink Panther series, notwithstanding his unending bumbling and fumbling actions, in the end always nails the culprits.

Unfortunately, Khalid, despite the 'Tan Sri', 'Datukship' and whatever else conferred on him, goes through the same Clouseau-like routines, but in the end, nails the wrong people.

Michael Ng: What do you expect the general public to think of our police? If we all think the police force sounds like it belongs to Umno, can you blame us? Looks like the police hands are alway busy with anything connected to the Pakatan leaders.

Bapak Toyol: Khalid, stop treating the citizens like fools. It appears you do not even know your priorities.