Isnin, 28 Disember 2009

Kafir yang adil, Muslim yang zalim!

Salam Pencerahan!

“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang Kafir menjadi wali (Pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, maka lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka…” (3:28)

Sebenarnya saya tidak benci mendengar Firman Allah ini. Tetapi saya begitu benci dengan segelintir para pembacanya.

Mereka selalu menjadikan ayat ini untuk menolak seorang pemimpin Kafir walaupun dikenali khalayak sebagai seorang yang adil.

Mereka selalu menjadikan ayat ini sebagai tiket halal melantik seorang pemimpin Melayu yang Islam pada namanya sahaja.

Inilah yang saya sedari dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Atas emosi dan kepentingan Melayu, seorang pemimpin PAS negeri itu sanggup menafikan hak seorang pemimpin Kafir yang layak untuk memangku CEO PKNS.

Sedangkan Tuhan sendiri mengarahkan Pesuruh-Nya menunaikan hak kepada pemegang kunci Kaabah yang Kafir disebabkan keadilan orang itu (4:58).

Kelmarin, saya mendapat tahu sekumpulan pemuda pula yang dipercayai dari PAS Kawasan Gombak pula beriya-iya mahu parti umat Islam itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan Melayu,

Sesungguhnya ia adalah suatu kezaliman Muslim yang tidak Islam. Mujur rakyat yang Islam dan tidak Muslim menolak desakan itu secara massa.

Supaya adil menafsirkan ayat 28 dari Surah Ali Iimran seperti di atas, maka masyarakat sekarang perlu terlebih dahulu menjadi masyarat Nubuwwah (era Kenabian).

Pada zaman Nubuwwah, orang yang Muslim betul-betul adil, sedangkan orang yang Kafir atau lebih tepat disebut Musyrik pula betul-betul zalim.

Di zaman sekarang, orang Muslim di antara adil-zalim. Begitu juga orang kafir, di antara yang zalim-adil.

Disebabkan demikian, kita boleh menemui pemimpin yang adil di kalangan umat Islam dan bukan Islam.

Disebabkan demikian juga, kita mendapati ada juga orang Kafir yang adil walaupun tidak menganut Islam; di kalangan masyarat Islam yang adil belaka.

Orang yang adil itu ada yang duduk di dalam Pas dan tidak kerana orang Kafir juga ada yang bersifat adil.

Begitu juga dengan orang yang zalim, sudah tentu ada di dalam Pas kerana orang Muslim juga ada yang berlaku Zalim.

Mungkin sebab itulah lahirnya Muallafatul Qulub atau Orang Kafir yang hatinya dan tindakannya dah dekat dengan Islam wujud dalam kamus kehidupan Umat Islam secara bernegara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kewajaran Kafir yang Adil ini, elok dirujuk dalam Fiqh Zakat oleh al-Imam Sheikh Dr. Yusof bin Abdullah al-Qaradhowi.

Kalau tidak salah dogma ini, mungkin kerana itu jugalah seorang Mujddid Islam, Badi’uzzaman Said Nusri pernah menyinggung, “Aku pergi ke Barat, Aku melihat Islam tanpa penganut…”

Adakah aliran spiritual kita sekarang telah lain, atau kita sebenarnya hidup pada zaman yang salah? – Yang Muslim benar-benar adil dan yang Kafir benar-benar zalim.

Elok kita kembali Hidup pada zaman Nabi, baru berhak kita berkata begini dan begini.

Elok juga kalau kita tidak terlalu mementingkan kedudukan asobiyyah Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh Umno, kerana itu pun tidak ada paza zaman Nabi.

Kalau ada yang mahu berlaku zalim, elok dilihat sebagai Muslim yang zalim, kerana mudah untuk kita menolak mereka ini dalam Muktamar kita akan datang kelak.

“KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN”

Zainulfaqar Yaacob

UMNO Pengkhianat Islam dan Melayu. Masihkah PAS Mahu Mempercayai Mereka?

Pertama sekali, UMNO adalah pengkhianat kepada Melayu. Semenjak Merdeka 1957, UMNO tidak memulakan apa-apa langkah membantu Melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Hanya setelah orang Melayu menolak UMNO pada tahun 1969, barulah terhegeh-hegeh UMNO melaksanakan program yang dipersetujui oleh Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

Hasil perlaksanaan keputusan KEB 1 dan 2 ( atau lebih dikenali sebagai DEB) maka terangkatlah majoriti orang Melayu dari paras miskin tegar. Namun, DEB kemudiannya digunakan untuk mengkayakan elit Melayu dan UMNOPUTRA menyebabkan objektif DEB yang utama ( ekuiti bumiputra 33.33%) sampai sekarang tidak di capai. Data terakhir yang saya tengok, ekuiti Bumi tersekat di paras 17% dan itu pun majoritinya terletak dalam tangan badan-badan berkanun. Adapun ekuiti dalam tangan melayu persendirian tidak lebih dari 7%.

UMNO wajib menjawab, mengapa bagi Rancangan Malaysia Ke Lapan, hanya 20% perbelanjaan kerajaan pergi pada orang atau syarikat Bumiputra sedangkan yang lain itu pergi kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputra? Sedangkan wang RMK-8 adalah wang kerajaan yang mana ketua Kerajaan adalah UMNO. Keputusan perbelanjaan dibuat oleh UMNO dan bukannya oleh taikoon Cina. Mengapa majoriti perbelanjaan RMK8 pergi kepada syarikat Bukan Bumiputra? (Nak tengok bukti, sila rujuk kepada kertas kerja yang disediakan oleh Effendi Nawawi).

Kita juga jangan lupa siapa yang lepaskan Singapura. Bukankah UMNO yang melepaskan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Padahal pada waktu mereka melepaskan Singapura, mereka telahpun meng “ISA” kan raaammaaaiii pimpinan-pimpinan PAS i.e. Dr Burhanuddin Helmi, Prof Dzulkifli Muhammad, Pak Nik Lah dsbnya. Tapi pemimpin-pemimpin masa tu bachul tak berani nak tangkap Lee Kuan Yew bawah ISA. Sedangkan PAP ni adalah parti komponen Perikatan.

Juga selepas penubuhan UMNO, mereka telah menjalankan polisi ekonomi penjajah bagi memudahkan penjajah meneruskan rompakan harta kekayaan tanah air kita tanpa halangan.Hasilnya menyebabkan orang Melayu mengamuk dan menolak UMNO pada 1969. Barulah UMNO terhegeh2 nak laksanakan keputusan Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2.

UMNO Khianati Islam


Dari penubuhan UMNO sendiri UMNO telah menjalankan program “Loteri UMNO”. Itu jelas satu penghinaan kepada Islam dan UMNO dengan senang hati melakukannya.

UMNO juga menaja polisi mengizinkan arak dijual untuk keuntungan seperti yang berlaku sekarang ini di Malaysia. Sedangkan di negeri2 Scandinavia, yang mana tiada peruntukan Islam-Sebagai-Agama-Rasmi dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk keuntungan. Hanya sekardar mengisi keperluan domestik. Tapi UMNO siap lantik orang Melayu sebagai Lembaga Pengarah syarikat2 Arak ini. Jelas UMNO adalah munafik.

Juga, UMNO penghalang kepada perlaksaan syariat Islam yang utama di Malaysia. Kalau lah tidak disebabkan mahkamah2 syariah di Malaysia ditubuhkan sebelum Merdeka, nescaya Malaysia sudah menjadi seperti Turki atau Indonesia sehingga nama Allah tidak boleh disebut dalam majlis-majlis rasmi.

Secara mudahnya, sila rujuk artikel saya di sini bagi mendapat maklumat yang lebih mendalam.

Secara mudahnya, UMNO memang pengkhianat kepada Islam kerana telah menghalalkan benda yang haram dan mengizinkan umat Islam di Malaysia bergelumang dengan benda maksiat. UMNO adalah sebab utama maksiat berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia.

Jadi, adakah PAS masih mahu memurahkan diri berselingkuh dan duduk satu kelambu dengan UMNO setelah begitu lama UMNO berjasa menghancurkan umat Islam dan Melayu?

Tulang Besi

MACC wants PI Bala to write formally

By G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Dec 28 — The Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC) is seeking a formal request from private investigator P. Balasubramaniam to enable the graft busters to probe allegations he has made about the circumstances surrounding the death of Altantuya Shaariibuu.

The missing private detective has made a series of sensational claims that Najib knew murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu and his brother Nazim and a businessman linked to the prime minister’s wife made him retract a statutory declaration on the case.

Earlier this month, Balasubramaniam (picture), who is now overseas, had said he was prepared to give a statement to MACC.

The MACC had, in a letter dated Dec 17 to the private detective's lawyer Americk Sidhu, asked Balasubramaniam to deal formally with the agency.

"The MACC have contacted me by sending a letter to my office in KL requesting that I correspond with them on a formal basis before they respond to my original offer of arranging an appointment for them to interview Bala.

"Their letter to my office was dated 17th Dec and arrived on the 21st," Americk said in an email response to The Malaysian Insider.

Balasubramaniam had expressed his intention to cooperate with MACC in an email to the agency earlier this month. On Dec 4, PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin lodged a police report over Balasubramaniam's allegations and handed over a recording of an interview with the private investigator to the authorities.

After a number of blogs and news portals published the interview conducted with Balasubramaniam and his lawyers in Singapore, a number of Pakatan Rakyat (PR) leaders had lodged reports with the MACC.

Balasubramaniam, in his original email to MACC, had listed down conditions for his questioning by the authorities, including a requirement that it be conducted either in Singapore or London.

Asked today if he thought the MACC's response was positive, Americk said:

"I am not sure whether we can consider the MACC's response as positive as all they have asked is for me to reiterate what I have stated earlier in a formal format.

"In this day and age I am not sure why the MACC consider an email not 'formal'."

Datuk Seri Najib Razak has frostily ignored Balasubramaniam’s claims that his architect brother was allegedly involved in the private investigator’s disappearance and payoff for his silence in the Altantuya murder case.

The Umno president has previously denied knowing Altantuya, who was killed in October 2006, despite claims by Bala and popularised by fugitive blogger Raja Petra Kamarudin. Najib’s close friend, political analyst Abdul Razak Baginda, was acquitted of charges of plotting her murder while two elite policemen are to hang for the offence. They are appealing the sentence.

In an interview with Bala carried in Raja Petra’s Malaysia-Today.net news portal, the private investigator claimed he met architect Nazim, a younger brother of Najib, last year.

Bala claimed the meeting had been arranged by a carpet businessman identified as Deepak Jaikishan, whom the investigator claimed was a close associate of Datin Seri Rosmah Mansor, the PM’s wife.

He also alleged that he was offered RM5 million to retract his first statutory declaration and that his family was threatened if he did not do it.

The former Special Branch policeman further claimed he was forced to sign a second pre-prepared statutory declaration which he claims to have never read and was paid RM750,000 after he disappeared.

So far, no one knows the whereabouts of the private investigator but he claimed he returned three times to Malaysia this year since fleeing in July 2008 after issuing contradictory statutory declarations. Police are seeking him although he claimed to have given them his statement in Bangkok before travelling to India.

Pakatan Rakyat has used the Altantuya case in some of its campaigns in the nine by-elections since Election 2008, winning seven in most opposition-held constituencies. The only Barisan Nasional seat it wrested effectively was the Kuala Terengganu parliamentary seat.

Siapa yang jahat, Dr Ridhuan Tee – Hidayat Saifudin

DIS 28 – Saya percaya Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk paranoid dan pesimis dengan penganut agama lain. Seruan Allah SWT lewat Surah Al-Kafiruun ayat 6: “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Saya bukan dalam kapasiti terbaik untuk membidas apa yang dinukilkan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah melalui tulisannya yang kelihatan mencetuskan polemik di Mingguan Malaysia dan blog beliau. Pun begitu, tulisan saya ini lebih bersifat pandangan seorang lay-man ke atas nukilan kontroversial seorang ahli akademik yang bersifat keliru lagi mengelirukan.

Marah benar Dr Ridhuan Tee kepada sebuah Parti yang disifatkannya Ultra Kiasu (pelik juga,kenapa tidak halakan saja kepada parti tersebut, kenapa perlu label melabel?). Ianya bermula apabila berlaku serangan ke atas Utusan Malaysia yang disifatkan Dr Ridhuan satu perbuatan yang jahat. Saya tidak tahu,apakah menjadi seorang dai’e di Malaysia disyaratkan untuk mempertahankan yang bathil yang diwartakan melalui media massa pemerintah.

Apatah tindakan Utusan Malaysia yang menghenyak kepimpinan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan itu dikira tidak jahat, sedangkan kesemua kerajaan negeri tersebut dibentuk melalui undi rakyat dalam Pilihanraya meskipun Pilihanraya itu boleh dipertikaikan ketelusannya.

Kalaulah parti “ultra kiasu” mempertikaikan kontrak sosial Perlembagaan dikatakan jahat, Utusan juga saya sifatkan jahat kerana bersifat mengadu domba perspektif rakyat ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang sah dipilih rakyat, sekaligus mencabul prinsip federalisme yang diperincikan melalui Perlembagaan Persekutuan!

Saya kerap juga membaca Roket atau Suara Keadilan, sebagaimana saya kerap membaca Berita Harian dan Utusan Malaysia. Tidak pula saya jumpa mana-mana artikel dalam Roket mahupun Suara Keadilan,yang saya lihat mencabar Islam secara langsung, apatah lagi mencabar Perlembagaan.

Kurang sesuai bagi Dr Ridhuan Tee, apabila melempar kritikan tanpa menspesifikkan kepada bentuk tuduhan dan siapa yang disasarkan. Sekadar berselindung di sebalik label “ultra kiasu” hanya membuktikan Ridhuan Tee tidak ada keberanian untuk menulis dan “mempertahankan yang hak”. Kalau hikmah yang dipertaruhkan beliau, ia tersasar jauh hakikatnya.

Diserang tindakan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor berikutan tindakan beliau membawa Santa Claus berjumpa Menteri Besar Selangor.

Aduh! Takkan ini standard pertikaian hujah seorang ahli akademik Muslim, hanya berkisar soal Santa Claus? Kalau membawa Santa Claus itu mencemar akidah, maka Dr Ridhuan patut menggesa Majlis Fatwa mengharamkan semua saluran televisyen daripada menyiarkan mana-mana filem barat yang berkisar Santa Claus, dan juga mengharamkan mana-mana pusat membeli belah atau premis perniagaan membawa mana-mana maskot Santa Claus di ruang legar premis mereka yang memungkinkan umat Islam terpengaruh di situ.

Aduhai! Apakah jumud benar umat Islam Malaysia sehingga terpaksa dilindung dengan elemen sedemikian? Kenapa tidak dipertikaikan adat bersanding yang tebal dalam masyarakat Muslim yang jelas-jelas bertentangan dengan akidah? Apa pula pendirian Dr Ridhuan Tee dengan upacara khurafat mengalung bunga di Tugu Negara yang sahih haram mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan? Ini sekadar mengambil beberapa contoh.

Saya akui, isu perkauman masih menjadi jajaan politik di Malaysia. Tetapi apakah Dr Ridhuan Tee bersetuju bahawa dengan menjaja agenda ketuanan Melayu yang melampau sehingga melampaui sempadan sikap dan pemikiran masyarakat itu satu bentuk jajaan politik yang sihat. Redhuan Tee menulis, yang jelas memperlihatkan sikap beliau yang sebenar dalam menulis sebuah artikel yang lompong:

Mereka sengaja mahu menguji Umno yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen dan perpecahan Melayu Islam yang amat menyakitkan.

Saya berpendirian, Melayu bukan Umno dan Umno bukan Melayu.

Melayu tidak semestinya Umno, dan Umno tidak memungkinkan kekuatan atau kelemahan Melayu. Frasa tersebut mungkin benar pada satu ketika dahulu, sewaktu Malaysia menjajat tangga kemerdekaan yang memerlukan Melayu bersatu di bawah satu wadah. Pun begitu keadaan tersebut berubah kini. Harus diakui bahawa antara faktor yang melemahkan Melayu ialah Umno sendiri. Umnolah yang mempelopori usaha menekan Melayu “Non-Umno” sebagaimana yang dilakukan di Kelantan dan Terengganu sejak tahun 1959 sewaktu kedua negeri ini ditawan Pas. Pada mereka, asal saja bukan Umno, wajiblah ia ditekan.

Samalah halnya dengan apa yang berlaku di Kelantan kini perihal petroleum, dana peruntukan dan sebagainya. Jika betul Umno bela Melayu, tidak timbul isu Pas memerintah di Kelantan. Kelantan menyaksikan Melayu membentuk komuniti Melayu antara yang terbesar di Malaysia. Tetapi mereka tetap ditindas, kerana mereka Melayu “Non-Umno”.

Lihat bagaimana dahulu mantan Menteri Pelancongan membatalkan semua Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri Pakatan Rakyat. Jangan lupa bagaimana Menteri Pertanian dan Asas Tani mengeluarkan arahan menghalang mana-mana pegawai pertanian untuk menghadiri mesyuarat di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Hanya kerana “Non-Umno”, hak rakyat di negeri-negeri ini dipinggirkan demi kuasa politik.

Dahulu di Kelantan pernah dipopularkan satu Slogan “Umno Kuat Islam Kuat”. Islam mazhab mana yang membenarkan penindasan sesama Muslim demi kuasa, saya kurang arif. Mungkin Dr Ridhuan Tee ada jawapannya.

Dr Ridhuan Tee juga mungkin perlu didedahkan dengan muafakat Pakatan Rakyat lewat Konvensyen pertama mereka pada 19 Disember lepas, yang jelas menyaksikan bahawa Islam kekal berdiri teguh sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan menjamin agama-agama lain bebas diamalkan sebagaimana yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Saya melihat Pakatan Rakyat juga mengambil satu langkah proaktif apabila komited untuk mewujudkan mekanisme penyelesaian masalah-masalah agama di Malaysia supaya tidak diselenggara secara semberono atau blanket-approach.

Saya menunggu hujah lanjut daripada Dr Ridhuan Tee secara spesifik di mana dan dalam keadaan yang bagaimana “parti ultra kiasu” ini mahukan agama lain setaraf dengan agama Islam. Kalaulah isu perbezaan dana peruntukan masjid dan rumah ibadat agama lain jadi isu yang memanaskan Dr Ridhuan Tee, saya kira beliau gagal memahami konsep adil dalam Islam.

Apakah atas nama Islam maka kita boleh membenarkan ketidakadilan berlaku ke atas agama lain? Sekali lagi saya bertanya, Islam mazhab mana yang membenarkan? Tak salah kalau kerajaan memperuntukkan jumlah yang bersesuaian dengan kapasiti non-muslim Malaysia. yang penting, sesuai, asal saja ia menepati dan menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Mustahil Dr Ridhuan mempunyai masalah pemahaman frasa dan interpretasi.

Dr Ridhuan Tee juga mempertikaikan kononnya Pulau Pinang “seolah-olah bukan Pulau melayu lagi”. Saya berpengalaman berkali-kali ke Pulau Pinang. Sejak di bawah pemerintahan Gerakan-BN lagi Pulau Pinang memang begitu realitinya. Kenapa disalahkan kerajaan baru yang memerintah setahun jagung? Kenapa tidak ditunding jari kepada mereka yang mewariskan masalah sedemikian lama tanpa ada penyelesaian tuntas?

Saya hanya mampu tersenyum apabila Dr Ridhuan membangkitkan soal “pengorbanan” Umno apabila memberikan kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan. Beliau lupa, siapa yang menyumbangkan saham paling besar ke atas persempadanan semula pada tahun 2004 yang menyaksikan kebanyakan kerusi majoriti Melayu dipecahkan menjadi kerusi yang mempunyai pola pengundi bercampur, atas satu alasan sahaja: mengekang kemenangan pembangkang hasil daripada undi protes masyarakat Melayu dek kerana kes Anwar Ibrahim sebagaimana yang terhasil dalam keputusan Pilihanraya Umum 1999.

Saya masih ingat angkuhnya kata-kata Menteri yang bertanggungjawab sewaktu membahaskan pindaan persempadanan tersebut. Kata beliau, hanya parti yang gagal mengaut undi pelbagai kaum sahaja yang takut dengan persempadanan semula tersebut. Nah, 8 Mac 2008 menyaksikan siapa sebenarnya yang harus takut di saat masyarakat Malaysia sudah mula memecahkan tembok perkauman sempit.

Tuntasnya, saya tidak melihat artikel Dr Ridhuan ini satu artikel yang mencerahkan. Pun begitu ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tidak ada akhbar yang benar-benar bebas daripada ideologi politik di Malaysia. sebagaimana Harakah menjadi suara Pas dan Suara Keadilan bagi Keadilan, demikianlah Utusan yang menjadi suara bagi Umno. Tetapi dalam keadaan ia berdiri sebagai akhbar perdana, maka bukan sesuatu yang bijak untuk mewujudkan provokasi atas nama “berterus terang” sebagaimana yang dipertahankan oleh Dr Ridhuan Tee.

Mempertahankan agama dan bangsa dengan melabel orang lain adalah jahat, saya kira sangat memalukan. Jika benar mereka itu jahat, maka sewajarnya Utusan memperbetulkan dengan artikel dan kupasan ilmiah daripada ahli akademik seperti Dr Ridhuan, bukannya membalas kejahatan dengan adu domba yang provokatif dan memperlihatkan kemengkalan fikir.

Saya jujurnya sedih, Dr Ridhuan yang satu ketika dilihat antara mutiara yang menyinar melalui pandangan bernas beliau dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam satu ketika dahulu, kini seolah-olah nanar dalam mencari arah tuju. Ada yang berpandangan beliau mahu menjadi “Ultra-Melayu: lebih Melayu daripada Melayu”, tetapi saya tidak mahu sampai ke tahap itu.

*Penulis turut berblog di nahdah.wordpress.com

SPRM Cadang Lantik Pegawai Pendakwa Bebas..! Pegawai yang ramai dibayar gaji tu buat apa...???

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang melantik pengarah undang-undang dan pendakwa bebas bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan suruhanjaya berkenaan.

Melalui cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Makmal Rasuah di bawah enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) memerangi jenayah itu, pengarah bebas itu berkuasa memutuskan sesuatu kes tanpa merujuk kepada Peguam Negara.

Ketua Pasukan Pembantu makmal, Abdul Samat Kasah berkata, pegawai baru itu akan menentukan sama ada kes-kes tertentu perlu diteruskan ke mahkamah atau tidak.

“Ini bukan usaha mengambil alih kuasa Peguam Negara. Kuasa mutlak untuk mendakwa masih di bawah Peguam Negara dan cadangan ini tidak bertentangan dengan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan akhir masih oleh Peguam Negara. Apa pun jika keputusan wakil SPRM itu diubah, jawatankuasa kerja akan meneliti keputusan Peguam Negara sebelum meminta penjelasan," katanya kepada The Star di sini.

Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Peguam Negara berkuasa memulakan tindakan undang-undang, mengendalikan atau membatalkan mana-mana prosiding dalam mahkamah sivil.

Abdul Samat yang juga Penolong Pesuruhjaya SPRM berkata, wakil bebas itu akan berperanan sebagai pengimbang dalam suruhanjaya berkenaan.

Orang awam akan melihat kita lebih telus serta tiada campurtangan, ujarnya sambil memberitahu bahawa bekas-bekas hakim, peguam kanan atau firma guaman boleh dipertimbangkan mengisi jawatan tersebut.

“Ia jawatan kontrak. Kita tidak akan pilih mereka dari Pejabat Peguam Negara kerana akan dilihat bahawa dia akan dibayangi Peguam Negara dan tidak berani membuat keputusan sendiri,” tambahnya.

Pada masa ini, jawatan pengarah undang-undang dan pendakawaan dilantik di kalangan wakil dari Pejabat Peguam Negara.

Kata Abdul Samat, idea ini sedang diuji keberkesanannya dalam inkues Teoh Beng Hock apabila peguam Tan Hock Chuan dilantik mewakili Pejabat Peguam Negara.

Ditanya, bila kajian itu akan selesai sebelum dilaksanakan, beliau berkata, tiada had masa ditetapkan.

“Kami perlu melihat implikasi perundangan tapi kami berusaha keras untuk melaksanakan cadangan itu," tegasnya.

MiG-29 - ha.ha...masa sape beli benda ni...??? Melayu mudah lupa ma..!!!

Dr Mahathir Mohamad

1. Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.

2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.

4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.

8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.

9. Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.

10. Saya harap keputusan untuk kondem MiG-29 dibatal dan kita baikpulih pesawat ini.


NUJ Mahu Kerajaan Dengar Semua Pihak Sebelum Pinda ISA

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen bagi meraih input dari orang awam sebelum pindaan keatas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibahaskan di Parlimen.

Setiausaha Agung V Anbalagan berkata usaha pemindaan tidak sewajarnya ekslusif kepada segelintir pihak semata-mata kerana rakyat Malaysia seluruhnya terkesan dengan kewujudan akta ini.

Sebelum ini, seorang wartawan dibawah naungan NUJ pernah ditahan dibawah ISA selepas melaporkan ucapan berbaur perkauman seorang pemimpin Umno Pulau Pinang.

Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein berkata enam kumpulan berkepentingan yang ditemui kerajaan menyokong pindaan ISA ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, NUJ membidas kenyataan itu dan kesal kerajaan tidak menjemput kesatuan wartawan kebangsaan itu dalam perbincaan tersebut.

Anbalagan menambah NUJ tidak boleh menyokong mahupun menolak cadangan pindaan ini kerana tidak dimaklumkan kandungan usul yang dibuat.

Kes mahkamah 2009 diselaputi kontroversi

Oleh FARADIZA

Kes-kes mahkamah melibatkan jawatan menteri besar Perak, tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan inkues Teoh Beng Hock adalah di antara beberapa kes tahun 2009 yang menjadi tajuk utama dan diselaputi kontroversi.

Kes kontroversi pertama yang menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar untuk sekian lama ialah apabila tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di negeri Perak, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Othman (Behrang), Hee Yit Foong (Jelapang) meletak jawatan dan mengisytihar sebagai Adun Bebas yang pro Barisan Nasional (BN).

Apabila BN mendakwa memperoleh majoriti dalam Dun Perak, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang baru, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tanpa membuang masa, Nizar membawa kes rampasan kuasa BN di negeri itu ke mahkamah dan menamakan Zambry, menteri besar lantikan BN itu sebagai defendan. Nizar memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal bulan Februari untuk mendapatkan pengiktirafan beliau adalah menteri besar Perak yang sah dan memohon injunksi supaya Zambry dan agen-agennya ditegah dari menjalankan tugas sebagai menteri besar.

Hakim mahkamah tinggi, Abdul Aziz pada 11 Mei lalu mengisytiharkan Nizar adalah menteri besar yang sah dan kemudian keputusan ini telah dibatalkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada keesokan harinya, dalam tempuh beberapa jam sahaja, waktu
paling singkat dalam sejarah kehakiman negara.

Nizar memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dan kes ini akan melangkah ke tahun 2010. Sementara itu, Zambry bebas bergerak seolah-olah beliau adalah menteri besar yang sah walaupun kes mahkamah belum selesai.

Kes tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Keadilan Anwar ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan masih belum berakhir dan menjadi satu lagi kes yang penuh kontroversi.

Tiada bukti tusukan ke dalam dubur Saiful, hujah para peguam Anwar berdasarkan laporan pakar-pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi. Anwar memfailkan kes Qazaf terhadap Saiful dan kes bersambung pada 5 Januari ini.

Kes Qazaf memerlukan empat orang saksi yang adil yang menyaksikan kejadian itu berlaku dan pihak yang menuduh boleh dikenakan sebatan mengikut undang-undang syariah jika gagal membawa saksi.

Dalam satu wawancara khas, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qaradawi berkata beliau yakin Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Sementara itu, kes saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menggelarnya homoseksual masih tertangguh kerana Answar memfailkan afidavitnya dalam bahasa Inggeris.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menetapkan 1 Mac depan untuk mendengar rayuannya bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Turut menjadi topik utama ialah kes setiausaha politik Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai lalu setelah di soal siasat semalaman oleh para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cara kematian Teoh dianggap kontroversi sehingga kuburnya terpaksa di gali semula. Kerajaan negeri Selangor mendapatkan pakar pathologis dunia dari Thailand Dr Porntip Rosasunand, yang yakin 80% beliau dibunuh.

Keputusan mahkamah yang dianggap kontroversial ialah apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa saksi-saksi hanya boleh disiasat pada waktu pejabat. Kini SPRM boleh menyiasat tanpa mengira waktu dan timbul kebimbangan tragedi yang menimpa Teoh akan menimpa orang lain.

Imej SPRM juga tercalar ekoran kegagalan badan itu mensabitkan beberapa nama besar, bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusoff dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab bagi kesalahan rasuah.

Badan itu bagaimanapun telah memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk merayu terhadap pembebasan Mirza yang kembali memegang jawatannya itu selepas perbicaraan itu.

Dalam skandal PKFZ, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O C Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang terhadap tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM254.85 juta.

Sementara Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Stephen Abok dan Bernard Tan dari BTA Architect, didakwa dengan dua tuduhan menipu LPK melibatkan RM4.8 juta dan RM1.3 juta.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lebih ramai lagi akan dibawa ke muka pengadilan tetapi sehingga berita ini ditulis tiada nama-nama besar yang didakwa walau pun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menamakan seorang bekas menteri harus
disiasat.

Setakat ini, LPK telah memfailkan saman RM920 juta terhadap KDSB untuk mendapatkan semula sebahagian dari kerugiannya itu.

Manakala Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memfailkan saman fitnah RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga anggota Parlimen Bintulu.

Kes orang keempat yang ditahan, bekas kakitangan KDSB, Law Jenn Dong, yang didakwa bersama Tan atas sembilan tuduhan menipu LPK untuk pembayaran sebanyak RM46.1 juta. Kes Law akan didengar pada 4 Januari ini.

Pemuda Pas Selangor buat laporan polis terhadap Wan Hilman

Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung tindakan sekumpulan pemuda yang didakwa menyamar sebagai ahli parti yang dipercayai mahu mensabotaj parti itu dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

Laporan itu dibuat oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib di Shah Alam tengah hari ini.

Beliau menggesa polis menyiasat perhimpunan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS) di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayob menafikan kumpulan itu adalah ahli dan penyokong Pas.

beberapa pemimpin Pas yang lain mendakwa, ia adalah strategi kotor Umno yang ‘mengupah’ kumpulan pemuda berkenaan untuk mengadudombakan parti dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Semengtara itu, Malaysian Insider melaporkan setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Matsom berkata kumpulan itu, yang dianggarkan kira-kira 20 orang telah menyamar sebagai ahli dan penyokong PAS sehingga mencalar imej parti tersebut.
“Kami membuat aduan berhubung dua perkara,” kata beliau.

Pertama, membabitkan ketua kumpulan itu Wan Hilman Abdul Rahim yang mendakwa dia sebagai ahli PAS kawasan Gombak.

“Kami buat siasatan di PAS kawasan Gombak dan juga di ibu pejabat mendapati dia (Wan Hilman) bukan ahli PAS… kami mendapati dia menyamar sebagai ahli PAS,” katanya lagi.
Kedua, kata Khairul Fahmi, pihaknya juga meminta polis agar menyiasat kerana mereka membuat kenyataan berunsur fitnah dengan meminta PAS keluar dari PR.

“Dia membuat satu kenyataan fitnah PAS … ini kenyataan yang serius, kami memandang berat,” katanya lagi.

Mengenai tindakan susulan, kata Khairul Fahmi, pihaknya akan melihat perkembangan sama ada perlu mengambil tindakan perundangan terhadap Wan Hilman.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada PR negeri dengan segera.
Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Wan Hilman dipetik berkata pihaknya merasakan rakan sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Mereka tidak sempat menyerahkan memorandum semalam kerana pejabat ditutup.
Sebaliknya mereka bercadang untuk menyerahkannya Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pagi ini di pejabatnya di sini.

Bagaimanapun sehingga 3 petang tadi mereka tidak menyerahkan sebarang dokumen.
Ia disahkan oleh Khairul Fahmi dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir sendiri.

“Kami belum menerima apa-apa memorandum setakat ini,” kata Roslan Shahir.
Laporan Harakah Daily kelmarin yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam semalam.
Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu…,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.

Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS ketika wujud spekulasi Umno-BN akan mengambil alih negeri itu bulan depan.

Wan Hilman yang mengaku dirinya ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS kawal kebebasan, elak selisih faham

Oleh Beh Kay Hieng

pas_logo PAS berhasrat untuk mengawal had kebebasan para pemimpinnya dari membuat kenyataan awam bagi mengelak perselisihan faham di antara komponen-komponen parti Pakatan Rakyat pada masa depan.

Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, hari Rabu lalu mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin parti kini telah mengenal pasti terdapatnya kes tata tertib yang kuat melibatkan dua pemimpinnya.

khalid samadKhalid Samad, (gambar) salah seorang tokoh yang dijangka akan dihadapkan di depan panel jawatankuasa disiplin berkata, "saya tidak melakukan sebarang kesalahan ketika meluahkan pendapat mengenai beberapa isu." Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, "bagaimanapun saya akan menerima apa-apa keputusan jika saya didapati bersalah."

Pada bulan November lalu, jawatankuasa berkenaan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa pemimpin Selangor kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap mencemar nama baik pemimpin kerajaan negeri dan pimpinan tertinggi PAS.

Mengenai cadangan mengehadkan kebebasan mengeluarkan kenyataan awam adalah ekoran dari siasatan terhadap beliau, Khalid berkata, "saya tidak fikir begitu.

"Ini kerana kenyataan daripada seorang berjawatan Yang Dipertua PAS tidaklah begitu penting dan memberi kesan berbanding dengan kenyataan daripada para pemimpin di peringkat perhubungan negeri dan ahli jawatankuasa pusat," ujar beliau.

Seorang lagi tokoh yang sedang disiasat ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Jawatankuasa disiplin telah menetapkan tarikh 7 dan 9 Januari ini bagi menjalankan soal siasat.

2,000 pelabur rugi RM26 juta angkara orang tengah

oleh Ahmad Qayyum

DSC_0867 - Kelihatan pelabur-pelabur yang berang berkumpul di hadapan bangunan pejabat pemasaran, menuntut wang mereka dikembalikan, di Bandar Ipoh Raya di sini semalam.IPOH – Sekumpulan pelabur dari Ipoh hampa apabila hasrat mereka untuk mendapatkan semula wang pelaburan berjumlah RM26 juta lebur gara-gara orang tengah.

Orang tengah yang mengaku dirinya sebagai Presiden Cawangan Syarikat Genuine Starlight Sdn Bhd (SGS) telah menipu kami semua melalui pemalsuan dokumen dengan harapan perjanjiannya untuk membantu.

Menurut Richard Ferdinand, 34, berkata kami sudah hilang harapan untuk mendapatkan pembelaan serta mengharapkan media pula memain peranan membongkar kegiatan licik orang tengah ini.

“Saya bersama hampir 100 pelabur lain yang mendakwa ditipu oleh ‘orang tengah’ dikenali dengan nama P Nathan, 38, berkumpul di hadapan bangunan Syarikat Genuine Starlight, terletak di Wisma NUPW di sini, sejak jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, bilangan sebenar pelabur yang ditipu dianggarkan lebih 2,000 dengan pelbagai latar belakang kerjaya.

“Apabila kami membawa perkara ini kepada pihak berkuasa seperti PDRM dan BNM, kami pula dipersalahkan kononnya terlalu bodoh kerana percaya dengan ‘penipu’ itu sedangkan kami telah menyiasat semua dokumentasinya ternyata ianya asli.”

“Saya juga berasa kesal kerana segala aduan yang dibuat kepada pihak-pihak berkaitan, tiada sebarang tindakan diambil,”katanya ketika menghubungi FreeMalaysiaToday, di sini, tadi.

Richard berkata, kejadian yang berlaku pada 15 Mac 2008 itu bermula apabila beliau dan pelabur-pelabur lainnya terbaca iklan pada kain rentang yang menyatakan faedah serta kebaikan melabur di SGS.

“Setelah pasti dengan segala syarat serta yakin dengan dokumen yang ditunjukkan benar-benar asli, saya serta rakan-rakan pelabur telah membuat pelaburan yang dijanjikan pulangan sebanyak tujuh peratus setiap bulan.”

“Pada waktu itu mereka ditawarkan dengan nilai RM 4,900 bagi satu lot saham dan naik kepada RM6,900 setiap lot selepas tiga bulan,”tegasnya.

Katanya, beliau yang baru belajar bermain saham membeli lima lot saham untuk Projek Rumpair Laut Sakaran dan sempat merasa faedah pulangan yang kecil sahaja nilainya.

Bagaimanapun, taktik Nathan katanya, mulai terserlah apabila selang beberapa bulan, lelaki itu memaklumkan kepada para pelabur bahawa syarikat berkenaan telah mengubah polisi dan mereka akan menerima dividen terkumpul setiap tiga bulan sekali untuk tempoh masa yang sama.

Meskipun akur dengan polisi baru itu, mereka dikejutkan lagi dengan pengumuman daripada Nanthan yang memberitahu bahawa syarikat Fresh Palms International Sdn Bhd (FPI- sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pelaburan itu) pula telah memutuskan untuk memberikan hanya satu dividen sebagai insentif dan pulangan sebanyak tiga kali ganda kepada pelabur-pelabur dalam masa enam bulan sesudah sesuatu pelaburan dibuat.

“Malangnya, kami tidak menerima apa-apa sijil syer seperti yang dijanjikannya namun diberitahu bahawa Nathan telah meletak jawaytn sebagai pengarah dalam SGS pada 13 Oktober 2008 untuk menubuhkan sebuah syarikat Loyal Sunrich Sdn Bhd atas kepentingannya.”

“Perkara itu katanya telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelabur dan mereka bertindak mencari Nathan namun sehingga kini, masih tidak ketemu menyebabkan mereka benar-benar rungsi terutamanya memikirkan wang yang banyak telah dilaburkan, lesap tanpa sebarang bukti,”katanya.

Justeru katanya rata-rata pelabur yang tertipu itu mengharapkan supaya tindakan segera dan tegas dikenakan ke atas Nanthan agar

Penghargaan Buat Seniman Muda - Faisal Mustaffa

Seringkali galeri-galeri ternama sering memanggil artis-artis yang bernama untuk menghiasi galeri mereka. Dengan adanya nama-nama besar sebegini, harga-harganya juga sudah tentu mahal.

Artis-artis muda pula tidak diberikan banyak peluang untuk mempamerkan hasil-hasil mereka. Alasan yang diterima oleh pengusaha-pengusaha galeri - "mereka ni siapa?"

Jadi, bagaimanakah artis-artis muda ini dapat bertapak sekiranya tidak diberi peluang langsung? Adakah penggemar-penggemar lukisan hanya mahu mengumpul lukisan artis-artis bernama sahaja?

Nilai sebuah lukisan itu amat subjektif. Seseorang itu mungkin tidak dapat menghargai sesebuah lukisan itu tetapi dianggap sesuatu yang amat bernilai bagi orang yang lain. Terpulang kepada sesebuah galeri itu meletakkan harga kepada sesebuah hasil seni itu.

Dalam aspek mualmalat, sesebuah kontrak itu termaktub apabila ada akad; maknanya kedua pihak, penjual dan pembeli setuju dengan harga yang diletakkan. Sekiranya tidak, kontrak tidak akan termaktub dan urusan jual-beli tidak berlaku.

Dari segi ekonomi pula, sesebuah permintaan (demand) itu wujud sekiranya ada tawaran (supply). Bagaimana pembeli mahu mendapatkan sesebuah lukisan atau sekurang-kurangnya diberi peluang untuk menilai sekiranya pengusaha galeri itu sendiri yang tidak memberi peluang?

Pemasalahan sebeginilah menjadi cabaran kepada pemilik RA Fine Arts Gallery, Raja Ahmad Aminullah untuk mengumpul seramai 42 pelukis muda yang rata-ratanya tidak ada nama di dalam industri seni tampak dan mengumpulkannya dalam satu pameran; "Seni Muda / Young Art".

Pameran yang dirasmikan oleh peguam hak asasi manusia muda, Amer Hamzah Arshad itu akan berlangsung di galeri tersebut di Jalan Tun Razak bermula 24 Disember 2009 sehingga 5 Januari 2010.

Amer yang menyambut baik usaha yang dibuat RA Fine Arts juga merupakan pertama kali merasmikan sesebuah pameran lukisan sungguhpun tidak menyangkal sebagai salah seorang pengumpul pelbagai hasil seni termasuk lukisan.

Di dalam ucapannya, Amer menegaskan mengenai lukisan sebagai salah satu platform untuk berekspressi dan merupakan hak asasi setiap insan.

Seni sebagai cabang Hak Asasi

Seni ialah sebahagian daripada hak asasi manusia tidak mengira latarbelakang; kepercayaan, bangsa, keturunan dan budaya.

Menurut Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, setiap daripada kita bebas untuk berfikir mengenai apa yang kita fikirkan patut untuk diketengahkan. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya. Setiap daripada kita juga bebas untuk berkongsi ide-ide tersebut dengan yang lain sungguhpun mereka itu daripada Negara asing (artikel 19).

Di Malaysia, kebebasan untuk bersuara dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 10 (1) (a) yang mana menjadi kitab utama alam perundangan Negara. Namun, hak tersebut bukannya hak mutlak di mana ia diperuntukkan seperti yang dinyatakan di dalam Artikel 10(2) dan (4) dalam Perlembagaan yang sama.

Di Negara ini, sungguhpun Perlembagaan memberi kebebasan kepada setiap rakyatnya untuk bersuara, tetapi terdapat beberapa akta yang bercanggah dengan kebebasan tersebut seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Sungguhpun hak untuk kebebasan bersuara kekal sebagai suatu yang imperatif, ia menjadi suatu yang sama penting yang perlu diambilkira terutama sekali dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya.

Lukisan dan arca adalah sebahagian daripada cabang seni yang secara nalurinya juga memberi lapangan kepada artis untuk meluahkan isi hati mereka.

Seni melingkungi pemikiran, tubuh, nyawa, kapasiti intelek, emosi gerak hati; yang mana keseluruhannya penting sebelum sesebuah hasil kerja disiapkan – pemikiran menjadi faktor kritikal yang mempengaruhi potensi.

Namun kita berada di dalam keadaan kemungkiran mental di mana ia mengganggu artis dalam menggunakan pemikiran, tubuh dan nyawa lantas gagal untuk untuk menterjemahkannya melalui kapasiti yang ada.

Selain itu, sektor perbadanan di mana wang dan ekonomi menjadi keutamaan, atau kerajaan yang mengongkong interpretasi budaya. Terdapat juga pihak ketiga; galeri, pengurus, penerbit, broker atau promoter yang bertindak bagi pihak artis, agen penjual bahan-bahan seni serta menyediakan tempat untuk "bersuara".

Selain lukisan, "Seni Muda / Young Art" juga mempamerkan skulptur dan instalasi artis-artis muda. Di antaranya ialah Lisa Suriani, Abdul Hanif, Anisa Abdullah, Mia Farizza dan Noriza Arzain.

Kesemua lukisan-lukisan yang dipamerkan dijual pada harga tidak melebihi RM1000 tidak kira saiz lukisan. Itu yang menjadikan setiap daripada kita mampu untuk memiliki lukisan dan menjadikan seni itu bukan sebuah aset eksklusif.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

GMI terkejut menteri kata semua sokong kekal ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa semua pihak sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin itu tidak menggambarkan persetujuan semua pihak kerana pertemuan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melibatkan semua pihak.

GMI khususnya dan beberapa badan bukan kerajaan yang lantang menuntut ISA dimansuhkan seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga tidak dipanggil menghadiri sesi Pertemuan Awam dengan KDN bagi berbincang mengenai akta tersebut.

"Banyak prsoalan yang timbul daripada kenyataan Datuk Seri Hishamuddin itu. Yang dikatakan sepakat (ISA dikekalkan) itu siapa? Siapa yang terlibat dalam pertemuan itu?

"Setahu saya badan bukan kerajaan seperti GMI, SUARAM dan JIM yang ke depan dalam isu ini tidak dipanggil. Bagaimana dengan bekas tahanan ISA, ahli keluarga, peguam yang ada pandangan berbeza dan meluas dalam isu ini?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Syed Ibrahim turut berkata, Hishamudin juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam melihat akta ini secara menyeluruh apabila gagal menunaikan janji untuk membentang dan membahaskan pindaan mengenai ISA pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kenapa akta ini hanya akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang? Menteri tidak tunaikan janjinya. Sedangkan masa Datuk Seri Najib baru jadi PM, beliau minta ISA dikaji kemudian dibentangkan.

"Kalau betul kerajaan mengambil kira pandangan rakyat, mereka sepatutnya berusaha untuk membentangkan mengenai ISA baru-baru ini, bukan melengah-lengahkannya,"tegasnya.

Beliau turut mendakwa, kenyataan Hishamuddin untuk meminda ISA hanya sekadar untuk menawan kembali rakyat yang 'atas pagar' agar kembali memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dengan menabur pelbagai janji manis.

Namun kata Syed Ibrahim, pada hakikatnya tiada sebarang perubahan berlaku sejak dari awal akta ini ditubuhkan sehinggalah usianya sudah mencecah 40 tahun kini.

"Saya yakin ini semua cara untuk menawan orang atas pagar dengan menunjukkan kononnya perubahan telah berlaku, kerajaan ambil kira pandangan rakyat, tapi hakikatnya tidak ada sebarang perubahan yang berlaku dalam ISA. Ia kekal 100 peratus.

"Sesiapa sahaja boleh ditahan di bawah akta ini pada ketika ini. Sekarang ini masih ada lagi sembilan orang yang ditahan dan salah seorangnya sudah lebih tujuh tahun dalam tahanan.

"Tapi itu semua orang tidak nampak sebab kerajaan pandai menyembunyikan perkara sebenar," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyokong Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia yang menggesa kerajaan melantik sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mendapatkan maklum balas awam sebelum pindaan terhadap ISA dibahaskan di Parlimen.

Menurutnya, isu besar yang melibatkan hak asasi rakyat itu harus segera dibawa ke parlimen untuk diselesaikan.

"Saya bersetuju dengan cadangan NUJ itu. Memang perkara ini perlu ditangani di peringkat Parlimen. Apa-apa perubahan ianya perlu dibincangkan di Parlimen kerana undang digubal di peringkat Parlimen. Kalau dari segi jawatankuasa tindakan, teknikal mesti dijawab di Parlimen supaya skop perbincangan boleh diperluas.

"ISA ini kuasa eksekutif. Kami sangsi apabila pihak yang buat kajian ialah badan eksekutif, dan buat keputusan pun badan yang sama," ujarnya.

Setiausaha Agung NUJ, V.Anbalagan Sabtu lalu dilaporkan sebagai berkata, perbincangan mengenai pindaan kepada akta itu tidak harus tertumpu kepada satu kumpulan kecil.

Beliau turut mendakwa, sebagai kumpulan berkepentingan, NUJ tidak dipelawa ke sebarang perbincangan oleh KDN ataupun pendapatnya diminta.

Beliau menyebut sebagai contoh penahanan seorang wartawan selama 18 jam tahun lepas berhubung sebuah artikel.

Sementara itu, GMI ujar Syed Ibrahim, tetap dengan pendirian menuntut kerajaan memansuhkan terus akta zalim itu meskipun usaha-usaha yang dilakukan ini tidak diendahkan pihak kerajaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, GMI sedang dalam perbincangan untuk mengadakan satu sesi pertemuan dengan semua ahli parlimen sebagai platform untuk menyampaikan maklumat berkenaan ISA serta sebab ia perlu dimansuhkan, bukan dipinda seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ianya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mungkin akan adakan sesi (perbincangan) dengan semua ahli parlimen tapi saya percaya yang akan datang cuma ahli Parlimen pembangkang sahaja. Kami kena bincang dengan Ketua Pembangkang (Anwar)khususnya supaya ia dapat diadakan," katanya.

Beliau turut menyeru Hishamuddin khususnya agar memberikan ruang kepada GMI untuk memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai kepentingan ISA dimansuhkan.

GMI tegasnya sentiasa bersedia untuk berdialog dengan pihak KDN demi memastikan ISA dimansuhkan.

"Hishamuddin tolong bagi ruang kepada GMI.Walaupun sebelum ini beliau tidak layan permintaan kami untuk mengadakan pertemuan, tapi kami sentiasa bersedia. Panggil kami, kami sedia datang. Selain demonstasi, kita masih ada ruang untuk berdiskusi dan berdialaog," katanya.

Khamis lalu, Hishamuddin berkata, pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Hishammuddin berkata, berikutan pertemuan dan perbincangan awam dengan kumpulan-kumpulan sasaran, Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang kini berada di peringkat akhir kajian semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan semasa sesi berkenaan sebelum pindaan dibentangkan di Parlimen.

Stail Umno, stail MCA

Seronok juga membaca posting terbaru Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker bertajuk "Calling Pakatan bluff...With 1puff...!" yang dilaporkan oleh akhbar parti itu, The Star hari ini dalam berita bertajuk "DAP can’t stand up to PAS on council polls pledge, says Ti". Nampaknya cara beliau berlawan dengan Pakatan Rakyat (PR) setaraf dengan cybertropper Umno. Umno tuduh PAS jadi alat DAP. MCA dan parti-parti yang didominasi kaum Cina di dalam Barisan Nasional (BN) pula menuduh DAP menjadi alat PAS.

Umno tak jadi alat tauke Cina kot? (Ti pernah mendedahkan, "Many personalities in Umno and Mca were said to be under his payroll") Saya hanya bertanya. Maklumlah di zaman tauke jadi Pengerusi BNBBC.

Persoalannya, adakah para pemimpin PR menyimpan angan-angan bahawa rakyat, terutama orang-orang Melayu, tak akan dibodohkan oleh stail peperangan Umno, MCA dan puak-puak BN itu tanpa mereka buat kerja sungguh-sungguh untuk melawan balik?

Tak payah ajarlah. Mereka lebih tahu. Mereka juga tahu bahawa puak-puak BN sangat konsisten dengan stail peperangan yang mereka nampak sangat berkesan itu.

Apa pun, yang lebih seronok lagi untuk ditonton ialah bagaimana DAP akan menggelejat susulan berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam". Saya menjangka DAP akan nafi habis-habisan kalaupun tak hentam habis-habisan dakwaan Tok Guru Mursyidul Am itu.

DAP perlu membina kubu awal dari serangan MCA dan parti-parti lain di dalam BN untuk membuktikan bahawa ia, sama seperti Umno, tak boleh dan tak boleh dan tak boleh terima penubuhan negara Islam. Tunggu sahajalah. Mungkin hangat balik ni.

Atas keyakinan bahawa segala sistem dan perundangan Islam memerlukan wilayah untuk membolehkan perlaksanaannya, saya sokong Fasal 5 Perlembagaan PAS yang menegaskan azam untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" serta "mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara".

Saya sokong kenyataan Tok Guru itu dengan harapan agar diteruskan lagi perdebatan mengenai hak demokratik PAS yang terkandung adalam Fasal 5 perlembagaan parti itu. Saya tidak bercakap mengenai content atau kandungan Fasal 5 Perlembagaan PAS itu. Yang saya tekankan ialah hak demokratik PAS untuk memperjuangkan tujuan parti itu seperti yang terkandung dalam fasal tersebut.

Jangan risau, jika para pemimpin PR tak bodoh dan tak malas untuk menangani apa jua isu, ia tak akan jadi masalah kepada PR. Rakyat tak bodoh nak menilai pro dan kontranya.

Yang jadi masalah ialah para pemimpin politik yang tak habis-habis menganggap rakyat juga bodoh macam depa.

Berita yang dirujuk:
DAP can’t stand up to PAS on council polls pledge, says Ti
PETALING JAYA: The DAP’s failure to deliver its promise of bringing back local council elections shows that the party does not have the political muscle to deal with PAS, which is not in favour of the agenda.

MCA central committee member Datuk Ti Lian Ker, taking a swipe at Pakatan Rakyat parties in his blog, said the DAP’s failure to fulfil its election promise had been expected and described it as a PAS “victory” over DAP.

“The DAP cannot and will not stand up to PAS since DAP needs PAS much more than PAS needs them,” he said in his blog posting at tilianker.blogspot.com yesterday.

Ti added that PAS had slowly and conscientiously asserted its political will over DAP.

“PAS’ political psyche as the ‘big brother’ is latent and potent, lurking to burst out in the open,” he said.

He added that it was now finally revealed that DAP and PKR were merely posturing to please civil activists to gain popularity and win votes.

He said the DAP was not as combative as it claimed to be and had “kow-towed” to PAS in a miserable manner.

“At least the MCA does not make promises it cannot keep. The MCA has played its role as a moderating force against extremism and radicalism,” Ti said.

DAP secretary-general Lim Guan Eng recently said Pakatan parties were not against the idea of local council elections but had reached “an understanding” that the measure advocated now was to build up transparent local authorities to serve the people well.

Lim said the decision to scrap the idea of local council elections saw strong views from all parties concerned but the issue was ironed out by way of a consensus.

Pakatan, in its 2008 election manifesto to the people, promised to hold local council elections if it came into power.

ADA CADANG LOGO BN DITUKAR..SAYA ADA CADANGAN..!!!

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Aha..saya ada beberapa cadangan bagi logo baru BN :

1. Dulu kan ada iklan 1Malaysia macam ais kacang. Jadi elok juga logo BN yang baru macam ni...



2. Logo BN ni O.K juga. Melambangkan kesenyapan rakyat 1Malaysia.



3. Logo ini melambangkan persahabatan spesies yang sewaktu dengannya.



4. Logo ini dicadangkan kerana BN selalu mencetuskan berita dan cerita yang pelik-pelik spt. enjin hilang dalam sedar, bangunan runtuh dll.



5. Logo basikal amat tepat sekali dengan slogan UMNO Juara Rakyat. Jadi, logo basikal ini melambangkan BN berjiwa rakyat.



6. BN melambangkan rojak..macam-macam ada..rasuah, runtuh, hilang, dll. OK jugak kan...



Amacam....pilihlah mana-mana yang menarik... pada PRU13 nanti pasti BN akan menang.

ar_rawa

BERITA BERGAMBAR - RASHIA TERBUKA !

nota:
kelmarin ahli pas berdemo.
mereka menuntut parti pas
keluar dari pakatan.
tapi cukup pelik.
para demonstran menutup muka bila digambari.

berita bergambar ini memberi tahu kenapa
para demonstran menutup muka kah kah kah !

Tukar Tiub

Logo Baru Untuk Beer-eNd..???

KOTA KINABALU, 28 Dis (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman web beliau, www.keruak.com.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen Barisan Nasional dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN.

-- BERNAMA

* - kah kah kah...amacam ada OK ka KO kalau tukaq Dacing lama p logo / gambaq penimbang camni...??? Kah kah kiokkkkk....

--
Ahakksss......

"Dacing" Dah Tak Relevan

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Salleh, yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen BN dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita,"
kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN. BERNAMA

Ulasan GB

Ada dua isu. Yang pertama, tukar lambang dacing degan lambang yang ada kaitan dengan 1Mlaysia dan perkataan BN saja
Yang kedua, keahlian terus, ertinya tak melalui parti-parti komponen yang terlalu banyak politiking.

Itu cadangan penjenamaan semula parti "dacing" dari Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Ertinya dacing dah outdated. Tak relevan. Selepas ini ahli-ahli parti dacing akan tersipu-sipu malu nak kibarkan dacing, ia telah usang dan boleh dilongkangkan.

Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan Ibrahim

Keputusan Jawatankuasa disiplin PAS untuk memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad merupakan proses biasa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, kata Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen mengenai kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," katanya ketika dihubungi Harkahdaily petang tadi.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pihak jawatankuasa, ujarnya, akan menghantar surat rasmi dalam masa terdekat ini kepada Hasan dan Khalid bagi meminta mereka hadir memberikan keterangan pada tarikh yang telah dipersetujui.

Menurutnya, Khalid akan dipanggil memberi keterangan pada 7 Januari, diikuti Hasan pada 9 Januari, iaitu dua hari berikutnya.

"Kita akan hantar surat rasmi kepada mereka berdua untuk hadir pada hari tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim juga berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan Hasan dan Khalid yang bersedia untuk dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.

Ditanya hukuman yang mungkin dikenakan kepada kedua-duanya, beliau berkata perkara itu tidak boleh ditentukan lagi kerana mereka belum dibuktikan bersalah.

"Kita tidak boleh cakap apa-apa lagi berhubung hukuman yang akan dikenakan kerana sekarang ini baru dalam proses mendengar keterangan.

"Bila cakap pasal hukuman, seolah-olah mereka memang bersalah. Sedangkan mereka masih belum diputuskan sebagai bersalah," tegasnya.

Hasan disiasat berhubung tindak tanduknya yang didakwa boleh menjejaskan Pakatan Rakyat manakala Khalid pula disiasat kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

Nik Aziz umum rombakan Pejabat MB esok?

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Dis 28 – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangaka mengumumkan rombakan Pejabat Mentri Besar Kelantan esok membabitkan dua pegawai kanannya.

The Malaysian Insider difahamkan notis menggugurkan setiausaha akhbar dan setiausaha politik beliau sudah dikeluarkan hari ini. Ia dijangka akan diketahui secara rasmi apabila Dewan Harian Perhubungan PAS, yang akan dipengerusikan oleh Nik Aziz, mengadakan mesyuaratnya esok.

Semalam, setiausaha politik Nik Aziz, Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub ketika dihubungi The Malaysian Insider menafikan pihaknya ada menerima makluman berkaitan perubahan kedudukan mereka.

Laporan-laporan blog semalam menyebut mereka akan digantikan mulai Jumaat ini. Bagaimanapun notis penggantian mereka akan berkuat kuasa awal Februari, kata sumber.

Dalam pada itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim ketika dihubungi memberitahu beliau ada mendengar perkara tersebut tetapi tidak “melihatnya secara hitam putih.”

“Kalau benar, kemungkinan Tok Guru akan mengumumkan apabila diadakan mesyuarat Dewan Harian, yang kita adakan setiap Selasa,” katanya.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kelaboran ini menambah, jika tindakan itu menjadi kenyataan ia merupakan perkara biasa.

“Bukan sesuatu yang luar biasa. Selaku Mentri Besar, Tok Guru ada bidang kuasa untuk menukar dan menggantikan pegawai-pegawainya... bukan sesuatu yang pelik,” kata beliau lagi.

Mentri Besar Kelantan disebut-sebut akan membuat rombakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mengharungi cabaran tahun 2010 ekoran beberapa isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Keputusan menggugurkan beliau dikaitkan dengan perkembangan pentadbiran negeri itu termasuk isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didesak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK).

Ariffahmi akan meninggalkan PMBK Mac depan.

Laporan blog juga mendakwa keputusan menggantikan Anual berkait dengan hubungan beliau dengan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun kebenaran itu menjadi tanda tanya memandangkan Husam juga mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz.

Anual pernah didakwa oleh anak Nik Aziz sebagai antara pegawai yang memberikan nasihat yang salah kepada Mursyidul Am PAS itu dan cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Subsidiari GLC didakwa seleweng RM160 juta

PUTRAJAYA, Dis 28 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat mengenai dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membabitkan kira-kira RM160 juta.

Setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1 Malaysia Ezaruddin Abd Rahman berkata kelab itu menerima maklumat bahawa penyelewengan yang dilakukan dalam anak syarikat GLC yang berusia lebih 50 tahun itu dikesan sejak 2006.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai dakwaan penyelewengan itu kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM Azlin Mohd Ali di pejabat SPRM di sini untuk siasatan.

Memorandum itu antara lain mendakwa pemberian tender yang tidak mengikut prosedur dan syarikat yang diberikan tender tersebut merupakan syarikat di mana seorang daripada anggota Lembaga Pengarah GLC itu mempunyai kepentingan di dalamnya.

Memorandum itu turut mendakwa mesin yang dibekalkan oleh syarikat tersebut juga menimbulkan masalah dan kerugian.

Ezaruddin berkata pihaknya juga akan menyerahkan memorandum itu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Kelab Belia Graduan 1Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada golongan profesional muda pelbagai bidang di seluruh negara yang ditubuhkan pada 10 Nov lepas dan kini mempunyai 8,000 anggota. – Bernama

Kelantan sedia pinda undang-undang bolehkan bukan Melayu jadi MB

KOTA BARU, Dis 28 – Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Mentri Besar negeri itu.

Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990.

“Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Mentri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

“Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

“Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi mentri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama,” katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. – Bernama

Ean Yong terkejut sikap ketua polis S'gor

Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah melahirkan rasa terkejutnya terhadap polis Selangor yang mendakwa beliau mengarahkan polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Dalam ucapan tersebut, Guan Eng meluahkan pendapat bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan ucapan tersebut dianggap sebagai cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam oleh pihak polis," katanya hari ini.

"Sebenarnya (dalam) kenyataan di Malaysiakini, saya hanya menyeru kepada pihak polis supaya menghentikan siasatan ke atas Guan Eng dengan serta-merta, kerana rakyat ingin polis menyiasat kisah sebenar kematian Teoh."

Bekas ketua Teoh itu, yang mati dalam keadaan kontroversi Julai lalu sewaktu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengulas kenyataan ketua polis Selangor semalam.

Datuk Khalid Abu Bakar dipetik berkata polis ingin mengambil keterangan daripada Ean Yong, juga ADUN Seri Kembangan, bagi membantu siasatan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ean Yong menambah, beliau sedia disiasat polis berhubung kenyataannya itu.

"Jika polis mendapati saranan (saya) sebegini keterlaluan, mereka boleh membuat keputusan dengan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya ingin menegaskan bahawa walaupun saya merupakan seorang ahli exco, tetapi saya langsung tiada sebarang kuasa untuk mengarahkan pihak polis untuk membuat sesuatu. Hanya menteri dalam negeri atau perdana menteri mempunyai kuasa tersebut."Sementara itu seorang lagi wakil rakyat DAP mempertikaikan kenyataan Khalid itu yang disifatkan tindakan "berat sebelah".

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempersoalkan tindakan itu dengan alasan Khalid tidak mengambil tindakan sama – polis sendiri membuat aduan – terhadap peserta dan penganjur demonstrasi mengarakkan kepala lembu, Ogos lalu.

"Jika polis ingin dilihat sebagai menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, saksama dan tidak berat sebelah, maka kedua-dua persoalan di atas tidak harus berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lau, yang juga setiausaha DAP Selangor, turut mempersoalkan sikap polis terhadap aduan-aduan beliau sendiri berhubung kenyataan menghasut oleh wakil-wakil Umno semasa di perhimpunan agung beberapa tahun yang lepas?

"Mengapakah tidak boleh polis Selangor melakukan (tindakan) yang sama apabila golongan sayap kanan dan ekstremis perkauman Umno mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat menghasut?" katanya.

Shahidan buktikan hubungan rapatnya dengan Dr Asri

Terbukti hubungan mereka berdua memang rapat. Ketika Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar Perlis, beliau telah melantik Datuk Dr Asri Zainul Abidin sebagai mufti. Walaupun Shahidan bukannya MB Perlis lagi dan Asri juga bukan lagi mufti Perlis, terbukti hubungan itu masih rapat apabila Shahidan menyertai Konvensyen Sunnah Kali ke 5 anjuran Institut Al Qayyim yang diadakan di Mengkuang, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Institut ini mempunyai hubungan rapat dengan Asri.

Di majlis itu, dengan berjubah dan berkopiah putih, Shahidan menyertai majlis itu sebagai tanda sokongan beliau kepada perjuangan yang dibawa oleh Asri dalam isu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Shahidan yang ditemui selepas konvensyen tersebut berkata Konvensyen Sunnah ini amat penting diadakan dari masa ke semasa.

"Apa yang saya lihat ialah komitmen yang ditunjukkan oleh NGO yang menganjurkan konvensyen ini tanpa adanya bantuan daripada pihak kerajaan maupun pihak berkuasa agama tetapi berjaya untuk menjana minda dan memberi pendedahan secara ilmiah kepada masyarakat betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini menjadi teras ikutan dan panduan dalam amalan kehidupan seharian terutamanya dalam konteks masyarakat negara ini.

"Semasa saya menjadi MB dahulu pernah perkara ini diutarakan supaya Konvensyen Sunnah ini diadakan kerap dalam masa setahun," kata Shahidan.

Katanya, Malaysia mempunyai begitu ramai para ilmuan dan cendekiawan dalam bidang agama termasuklah mereka yang mendapat pendidikan daripada Timur Tengah. Mereka semua dapat digarap supaya ia dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, agama dan negara, katanya.

"Islam tanpa pembaharuan akan terdedah kepada perkara bidaah yang akan merosakkan agama," kata Shahidan.

Menyentuh mengenai dakwaan beberapa imam masjid di negeri Perlis yang dikatakan meletakkan jawatan kerana berlakunya percanggahan dalam fahaman mazhab beliau berkata imam yang meletakkan jawatan dalam negeri Perlis ada pelbagai sebab dan alasan yang tersendiri.

"Jika ada imam-imam yang enggan menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka ingin mengikut fahaman yang bertentangan sudah pasti mereka mesti berhenti daripada memegang jawatan tersebut," katanya.

Katanya, sekiranya beliau masih menjadi pemerintah sekali pun dia tidak akan mengambil imam yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini untuk berada dibawah pentadbiran saya maupun dimana-mana sahaja.

Imam yang telah menggunakan media sebagai tempat mereka mengeluarkan pandangan adalah orang yang tidak layak untuk menjadi imam, tambahnya.

"Mereka ini juga telah cuba untuk mengubah apa yang telah lama dipraktikkan di negeri Perlis dan di masjid-masjid berkenaan yang sememangnya mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Negeri Perlis adalah sebuah negeri yang terbuka untuk memberi pandangan dan pendapat sekiranya berlakunya percanggahan mengenai apa jua isu yang membabitkan fahaman mazhab dan agama," tambah beliau.

Desakan keluar Pakatan seperti usaha kudeta di Perak – PJ Perak

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain tidak menolak kemungkinan demontrasi 21 pemuda mendesak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat di Selangor merupakan suatu usaha menjatuhkan kerajaan negeri itu.

“Saya tak tolak kemungkinan ia suatu usaha mereka (Umno) untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, seperti kudita yang mereka buat di Perak,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily tengahari tadi.

“Semacam di Perak, mereka (Umno) cuba adakan pelbagai helah dan demonstrasi, modul ini yang kita lihat di Perak sejak Umno tak perintah kerajaan negeri itu lagi,” katanya.

Selain menyamakan demontrasi tersebut dengan demonstrasi mengarak kepala lembu September lalu, beliau mengganggap demonstrasi tersebut dilakukan oleh segelintir yang kecewa melihat PAS bersama-sama Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 8 Mac tahun lalu.

“Sama seperti demonstrasi kepala lembu berdarah sebelum ini, perhimpunan ini mungkin didalangi mereka yang kecewa apabila Umno (dan) BN gagal menguasai (kerajaan negeri) Selangor,” jelasnya.

Sekiranya anggapan tersebut benar, beliau menasihatkan kepemimpinan PAS negeri serta Pakatan Rakyat Selangor supaya tidak cepat melatah dengan aksi-aksi pemuda terbabit.

“Saya lihat PAS dan Pakatan sepatutnya tidak mudah melatah dengan permainan mereka (Umno) ini yang sengaja mencari isu (dan) jalan (tektik) walaupun tidak bermoral asalkan boleh boleh rampas Selangor seperti mereka kudeta Perak,” jelasnya.

“Keduanya, PAS dan Pakatan Rakyat sepatutnya lebih usaha mengeratkan persefahaman, semacam yang dituntut dalam Konvensyen (Pakatan Rakyat) baru-baru ini,” tambahnya.

Semalam, lebih 21 pemuda melancarkan demonstrasi kerana mengganggap PKR dan DAP mengetepikan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat ketika mentadbir negeri itu.

Mereka yang diketuai Wan Hilman Abdul Halim dilaporkan mahu menyerah memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Mohd Hassan pagi tadi, namun gagal.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya mengarahkan Badan Perhubungan PAS Selangor supaya menyiasat dalang di sebalik perhimpunan misteri tersebut.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menegaskan bahawa mereka yang terbabit sebenarnya tidak mewakili PAS negeri itu.