Ahad, 27 Disember 2009

Biar Berpakat sebelum Pakatan

Konvensyen PAKATAN RAKYAT (PR)yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini berakhir dengan jayanya . Pelbagai liputan dan ulasan yang dibuat bagi mengambarkan betapa seriusnya PR untuk pergi ke Putrajaya bagi mengantikan BN yang semakin hari semakin menemui pengakhirannya.

Begitulah sunnatullah dalam pentadbiran negara. Parti memerintah tidak akan selama-lamanya memerintah. Manakala parti pembangkang tidak akan selama-lamanya membangkang. Suatu ketika keadaan ini akan menjadi sebaliknya. Itulah realiti yang dapat dilihat sekarang.

Yang tinggal kepada manusia ialah kebertanggungjawaban dan amanah yang telah dipikul. Adakah amanah tersebut dipikul dengan sebaik-baiknya atau dijadikan sebagai tempat menunjukkan kesombongan dan kekuasaan.

Seminar Pemerkasaan Parti Islam Semalaysia (PAS) pun berakhir dengan jayanya. segala cadangan dan kritikan perwakilan di ambil serius sebagai jalan untuk memulihkan kekuatan parti.

Jawatankuasa disiplin pula telah diaktifkan dengan sepenuhnya bagi menyiasat setiap dakwaan yang merosakkan parti. Inilah antara permintaan yang telah dicadangkan oleh hampir semua perwakilan dalam seminar tersebut.

Walaupun seminar sudah pun berakhir dengan niat dan tekad untuk memperkasakan parti dan ketepikan segala perbezaan, tetapi suasana berlaku adalah sebaliknya.

Isu Politik Kelantan menjadi isu pertama yang dipanaskan oleh sesama sendiri. CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan menjadi kerusi panas dan popular sehingga 1Malaysia.

Mungkinlah disebabkan kerana Menteri Besar Kelantan melantik menantunya sendiri sebagai CEO. Ariffahmi menjadi nama yang begitu popular dikalangan rakyat Malaysia. Yang lebih menampakkan popularnya ialah kenyataan pimpinan PAS tempatan yang saling bercanggah antara satu sama lain. Perpecahan dianggap satu populariti.

Sebelum ini, Tuan Guru Musyidul Am telah diasak oleh musuh dengan isu samseng, mencarut, doa laknat dan sebagainya. semua isu ini dapat ditangani dengan baik dengan sebab pimpinan bersatu. Bahkan Tuan Guru begitu bersemangat untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan dan kejahilan UMNO terhadap Islam.

Itu isu yang membabitkan serangan musuh. Isu Ariffahmi adalah isu dalaman yang sedang diperbesarkan-besarkan oleh musuh. Kenapa pimpinan tempatan dan pusat seolah-olah bertelagah sesama sendiri dan meluahkannya melalui media arus perdana.

Bukankah isu ini telah diselesaikan sebaik sahaja Presiden berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan.!

Ini merupakan satu tekanan yang kuat buat Tuan Guru Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan. Kalau serangan dari BN sahaja tidak menimbulkan masalah kerana ianya memang sentiasa terjadi. Tapi kalau serangan dalaman, ianya agak membebankan.

Ya, mungkin hujjah demokrasi menjadi asas dalam kritikan ini. tapi adakah itu perlu dalam keadaan media arus perdana tidak berpihak kepada PR.?. bukankah isu ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu diwar-warkan kepada media. Ataupun pengwar-waran ini berniat untuk pukul menantu sindir mertua?. penulis tidak berniat untuk bersangka sampai ke situ.

Ini belum lagi termasuk isu Selangor yang dianggap bergolak. Pesuruhjaya (PJ) PAS selangor begitu hebat dikritik kerana beberapan tindakannya yang dianggap merugikan PR. Bahkan Presiden dipersalahkan kerana masih mengekalkan PJ Selangor yang sedia ada sekarang ini.

Yang lebih dahsyat keputusan mesyuarat dibocorkan yang kononnya presiden terus berdegil untuk mengekalkan PJ selangor walaupun majoriti tidak bersetuju (penulis tidak pasti sejauh mana kebenarannya). bagi penulis setiap keputusan mesyuarat wajib dihormati walaupun keputusan tersebut tidak memuaskan hati individu.

ini semua antara ketidaksepakatan yang semakin jelas kelihatan dan sentiasa diperbesarkan melalui media-media alternatif. ini semua mungkin antara penyebab kekalahan dan kemerosotan PAS dalam Pilihanraya Umum ke13.

Kalau kita boleh mengetepikan perbezaan dalam rakan Pakatan dengan penuh sabar dan berhemah, kenapa kita tidak boleh mengetepikan perbezaan pandangan sesama sendiri.

Kalau kita boleh bertolak ansur dengan rakan Pakatan dalam isu calon pilihanraya dengan penuh bijaksana, kenapa kita tidak boleh bertolak ansur sesama sendiri dalam perkara strategi.

Kalau kita mengharapkan agar rakan-rakan Pakatan menyelesaikan segala permasalah Pakatan secara muafakat tanpa war-warkan kepada media. kenapa kita tidak melaksanakannya dalam parti kita.

Apakah Keteguhan PAKATAN lebih penting daripada Keteguhan Parti sendiri.

Apakah Kesepakatan PAKATAN lebih penting daripada Kesatuan parti sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

PAS dan kebebasan bersuara


Ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 19/12/09 lalu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencadangkan supaya diwujudkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Cadangan itu disuarakan bersama-sama institutional changes yang lain (lihat ucapannya di sini).

Hari ini, dalam berita bertajuk "PAS mahu ‘kawal’ kenyataan media elak imej negatif," Malaysian Insider melaporkan:
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan media, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat liputan media massa.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan media.
Sambil mengakui bahawa kenyataan media juga merupakan perantara antara PAS dan rakyat negara ini, kaedah yang paling popular di dalam PAS untuk membolehkan para pemimpinnya 'reach the masses' ialah melalui ceramah-ceramah umum. Malah, ceramah bukan sahaja menjadi tradisi PAS malah ia boleh dianggap menjadi sebahagian dari diri PAS sendiri.

Mungkin satu hari nanti, kita akan baca pula berita seperti berikut:
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan umum melalui ceramah-ceramah, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat pelbagai kenyataan yang dibuat melalui ceramah-ceramah umum.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan di dalam ceramah-ceramah umum.
Selepas itu, mungkin kita akan baca pula kenyataan seperti berikut:
PAS akan menggunakan mekanisme khas yang hanya membolehken sesetengah pemimpinnya mengeluarkan kenyataan di dalam blog-blog, dipercayai usaha terbaru parti itu untuk mengawal impak kerosakan akibat penggunaan blog di dalam parti itu.

Di bawah mekanisme itu hanya pemimpin tertentu dalam PAS sahaja yang akan dibenarkan mengeluarkan kenyataan melalui blog.
Hari ini, kira-kira 20 orang berhimpun di di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam menuntut PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Jika benar mereka adalah ahli, penyokong dan pengundi PAS, saya mempertahankan hak demokratik mereka untuk bersuara walaupun saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka suarakan.

Kita berhak untuk tidak bersetuju. Tetapi kita tidak berhak untuk menyekat hak mereka untuk berhimpun dan bersuara.

Bagaimanapun, jika mereka berbohong bahawa mereka adalah ahli, penyokong dan pengundi PAS sedangkan hakikat sebenarnya mereka adalah babi-babi tunggangan Umno (parti mana pula yang menjadi babi tunggangan tauke-tauke, penipu-penipu dan penindas-penindas?), mampoih pi lah babi-babi tunggangan tu!

Bagi saya, Umno wajib dihambat dari kerusi kuasa. Dan, oleh kerana menghambat Umno dari kerusi kuasa hanya dapat dilakukan dengan kerjasama parti-parti utama yang ramai penyokong mereka seperti PAS, PKR dan DAP, berkerjasama dengan mereka juga wajib (Gambar di atas ihsan Malaysiakini).

Berkaitan:
Kursus membuat kenyataan media kepada pemimpin PAS (Greenboc 27/12/09)
Pemalu rupanya Pemuda Umno (Kerajaan rakyat 27/12/09)
Pelakon: Perhimpunan anjuran Umno di Shah Alam hari ini - Satu fitnah Umno (Ikut Suka Aku 27/12/09)
Mereka bukan orang PAS (Muslimeen United 27/12/09)
Kalau suka sama suka jadila.. (Misai Merah 27/12/09)
PAS to zip lips before they sink ships (Malaysian Insider 27/12/09)
Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli (Malaysiakini 27/12/09)
PAS denies association with group calling for withdrawl (Malaysian Insider 27/12/09)
Kumpulan desak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat (Malaysiakini 27/12/09)
PAS ‘supporters’ cause stir at Selangor HQ (Malaysian Insider 27/12/09)
Penyokong PAS Selangor gesa PAS keluar Pakatan (Malaysian Insider 27/12/09)
Group urges PAS to quit S'gor Pakatan (Malaysiakini 27/12/09)
PAS Selangor Didesak Keluar Pakatan Rakyat (mStar Online 27/12/09)
Penyokong PAS Selangor gesa PAS keluar pakatan pembangkang (Bernama 27/12/09)

PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi


PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi.

Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu.

Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.

"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.

Pagi tadi 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.

Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan siang tadi dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali esok.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebelum ini, Harakahdaily menerima satu maklumat melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS, memaklumkan tentang perhimpunan tersebut yang akan diadakan hari ini.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," sebahagian sms itu dipetik.

Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri itu.

Satu sumber memberitahu Harakahdaily bahwa Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy'ari Terus Dijaga Di Malaysia


Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج. Maksudnya: Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar. وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم. Maksudnya: Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka. Kemudian disebutkan: وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع. Maksudnya: Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka. Rujukan: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS) @UMNO - Minaq-jinggo






MEMORANDUM

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.

2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.

4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.

8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

11. PAS mempunyai maruah sendiri.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

Ada rakan rakan media yang berada di depan pejabat PAS Selangor sejak dari jam 9.00 pagi lagi

Jurucakap dan ketua rombongan GKPPNS, Sdr Wan Ilham Wan Abdul Ibrahim, dari Gombak. Untuk memastikan kesahehan dakwaan kumpulan ini saya menyeru kenalan2 dalam PAS untuk menyemak senarai keahlian untuk memastikan dia ini ahli PAS yang berdaftar.

WARKAH BUAT SAHABAT-SAHABAT KU PEJUANG PAS SELANGOR

Salam Sejahtera Buat Pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air Ku

Salam perjuangan berkekalan.
Sedarkah kita bahawa perjuangan kita telah dinodai.
Sedarkah kita bahawa perjuangan kita telah dicemari.
Dimanakah letaknya maruah kita!. Kita sebenarnya telah ditipu oleh Pakatan yang kita bina. Ada duri dalam daging dan duri itu makin bisa. Kita kena buang segera.
AWAS jangan terlambat.
Siapakah penipu itu? Siapakah mereka? Siapakah PKR? Siapakah DAP?
Apakah mereka pengkhianat perjuangan kita?
Ya, memang benar! Mereka pinggirkan kita.
Mereka adalah pemimpin yang tiada maruah.
Mereka menipu kita. Mereka mengkhianati agama dan bangsa kita.
Ayuh, jangan tunggu lagi. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur.
Tegakkan perjuangan kita. Daulatkan parti kita sebelum kita binasa.
Hapuskan Pakatan Rakyat! Hapuskan Pakatan Rakyat!
Kerana pakatan palsu itulah menjadikan kita terus terpinggir.
Kita diketepikan. Kita menjadi hilang maruah.
Kenapa kita harus bersatu bersama keparat DAP.
Sucikah mereka yang telah memijak kepala bangsa kita.
Kenapa kita harus bersatu dengan PKR yang jelas mengikut telunjuk DAP bagi memastikan mereka terus berkuasa walaupun terpaksa mengorbankan maruah agama dan bangsa.
Kerana mereka hanyalah dendalu. Menumpang tuah kita. Menumpah gagah kita.
Kemudian memijak bahu kita. Kita jangan jadi bodoh.
Tunjukkan kepada mereka bahawa kita masih bermaruah.

AYUH BERSATU HATILAH WAHAI PEMIMPIN DAN PEJUANG PAS SELANGOR. KITA HARUS BERSATU HATI. KITA HARUS SEPAKAT DAN SEKATA. ROBOHKAN PAKATAN KITA. KITA HARUS BERSAMA. WAHAI PEMIMPIN PAS SELANGOR, KELUARLAH DARI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SERTA MERTA, KELUAR! KELUAR! KELUAR. PAS BOLEH BERDIKARI!

ROBBBBBBBOOOOOH PAKATAN!!!!!!!!!!!!!!








foto dan berita : Minaq-jinggo.


5 tahun tsunami, kerajaan disaran sedia hub R&D canggih


Selepas lima tahun dunia menyaksikan malapetaka tsunami, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan Malaysia membuat persiapan efektif demi mendepani sebarang kemungkinan kelak.

Persiapan tersebut termasuk mennyediakan hub penyelidikan di tanah air pada Pentadbir Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) dan Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) yang berpengkalan di Amerika Syarikat

"Saya mencadangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) mencari jalan untuk menjalinkan hubungan dengan NOAA dan WMO...supaya kedua-dua pertubuhan tersebut boleh membuka hab penyelidikan di Malaysia," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kedua-dua pertubuhan tersebut mempunyai kelengkapan prasarana terkini dalam Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) dalam menghidu serta membuat persiapan kecemasan, menghadapi sebarang malapetaka.

Ujarnya, persiapa tersebut juga diperlukan, memandangkan dunia baru-baru ini gagal memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dalam Persidangan Alam Sekitar di Copenhegan.

Kegagalan MoU tersebut seharusnya mendorong Malaysia mencari alternatifnya tersendiri demi keselamatan bumi dan rakyat dari menjadi mangsa malapetaka alam.

Tambahnya lagi, penyediaann hub R&D tersebut sekali gus mendorong kerajaan membangunkan satu lagi disiplin ilmu dalam bidang-bidang 'Sains Mampan'.

Beliau yang sebelum ini dilihat banyak membangkitkan isu kemampanan alam sekitar di Parlimen, turut mengajak dunia menginsafi malapetaka Thunami yang meragut lebih 250 ribu nyawa di Kepulauan Acheh dan Kepulauan Hindi pada lima tahun lalu.

Malapetaka tersebut seharusnya menyedarkan dunia bahawa sejauhmana hebatnya pencapaian teknologi tamadun manusia, namun ianya tidak mampu menandingi kuasa Allah s.w.t.

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.

“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.

“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.

Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

The way maniacs celebrate!


GEORGE TOWN – It’s a crazy end of the year mania here. Revellers turn rowdy and go haywire in the streets of the city, beginning from its famous seafront promenade , Gurney Drive.

The police knows what to expect. Yet, when it strikes them in the face, they just cannot put theirr act together against the rowdy street rogues.

christmas-gone-wild-2.jpgFrom the way things had happened on Christmas eve and early Friday, the authorites are in for a real tough time handling the festive hooligans on New Year’s eve.

A Christmas riot

Christmas was a real riot! Revellers kicked, punched and swung their helmets at law enforcers. They smashed windshields and car screens and sprayed aerosol foams on other roadusers.

Some Rela volunteers caught a rowdy vandal who was giving a good snowspray on passing cars, but a mob of 10 others pounced on the law enforcers to free their friend.

The attack lasted several minutes and only ended ended when the Light Strike Force unit, policemen and other Rela members moved in.

Two Rela members suffered bruises on the bodies and complained of dizziness after being attacked by a mob of party makers.

Bernama TV cameraman Gary Yeap, 20, lodged a police report that he was punched in the mouth.

He said a man threatened to harm him if the footage of the wild scenes were shown on television.

And after all the rowdiness, the police reportedly detained only one vandal, a 17-year-old factory worker.

For as long as anyone in Penang can remember, Gurney Drive has always been the starting point of the wild revelries on Chirstmas and New Year’s eve.

Motorists blare their horns as they cruise through the city streets, screaming ‘Merry Christmas’ or ‘Happy New Year’, bikers ride through the traffic at a mad pace and the more daring ones ride over roofs of cars that are stuck in bumper-to-bumper crawls.

Passers-by are just too stunned to stop the the wild street ‘party.’

On Thursday, hours before the stroke of midnight, thousands had already convereged at Gurney Drive and many were already starting to behave wildly.

christmas-gone-wild-1.jpgTraffic was almost at a standstill as the road was choked with revellers.

Youths holding snowspray cans sprayed foam onto the windscreens and side windows and on passing motorcyclists.

Police warnings snubbed

Some lifted the windscreen wipers to prevent drivers from sweeping away the foam.

This had all happened despite police warnings days before the revelry that they were putting more men in the street, supported by socres of Rela volunteers and plainclothes cops.

George Town acting OCPD Supt Gan Kong Meng said five police roadblocks were also carried out.

Despite an ‘assurance ‘ that things would be more orderly this year, the police lost out to the hooligans.

Gan said more policemen would be deployed to the popular promenade as well as other ‘hot spots’ in the city come New Year’s eve.

Police officers and men recalled

Speaking to reporters on Sunday after opening a police community programme at the Midlands One Stop mall, Penang police chief Ayub Yaakob reiterated a warning that the police will take firm action against anyone causing chaos on New Year's eve on Thursday.

He said he has recalled to duty all his police officers and personnel on leave. "I hope the revellers know their limits and, at the same time, we will be rational in our action," he said. Ayub added that the police would bring along video cameras on New Year's eve and will again enlist the assistance of Rela personnel. - Malaysian Mirror

Report: RPK may be using foreign passport..!!! Bravo to Pet...!!!

(The Star) - Fugitive blogger Raja Petra Kamarudin is suspected to have exited Malaysia using a foreign passport.

Utusan Malaysia, in a report yesterday, raised the possibility that Raja Petra, known as RPK, could have used a passport from a neighbouring country to flee to Britain.

News reports have said he is currently holed up at the posh Trinity Court Apartments in Gloucester Terrace, Bayswater, in London.

According to the Utusan report, the circumstances remained a “mystery” and that the Immigration Department was puzzled.

The report said the department still considered Raja Petra to be in Malaysia as there was no record of him leaving the country.

Immigration director-general Abdul Rahman Othman said checks had been conducted at all land and air exit points.

“I can only confirm that there is no record of Raja Petra passing through our immigration checkpoint,” said Abdul Rahman.

A source told Utusan that RPK could have slipped out of the country at any time if he was using a foreign passport.

“The passport might contain Raja Petra’s new identity and can be used as it is not a fake,” said the source.

It was earlier reported that the police had managed to trace Raja Petra’s movements. He had fled to Thailand illegally before flying off to Australia.

Two arrest warrants were issued against Raja Petra after he failed to turn up in court on April 23 and May 23 for his sedition trial over an article on his website www.malaysiatoday.net allegedly defaming the Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor.

He is also accused of defaming Rosmah and two others in a statutory declaration made at the Jalan Duta Court complex on June 18 last year.

The Sessions Court later granted him a discharge not amounting to an acquittal on Nov 11 and 13, as the police had yet to serve the warrant of arrest on him.

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli


PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Kumpulan desak PAS S'gor keluar Pakatan Rakyat

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, PKR dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 orang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat Shah Alam.

Sementara itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS dari bahagian Gombak menafikan kumpulannya didalangi Umno Selangor.

Katanya, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali Isnin pagi di pejabatnya di Shah Alam. - Bernama

Tidak munasabah tiada pegawai atasan terlibat


SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tiada pegawai atasan tentera terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak masuk akal. Penulis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kenyataan itu tidak munasabah kerana pegawai pangkat rendah tidak akan mampu melarikan enjin seperti itu tanpa bantuan pihak atasan. Menurutnya, Ahmad Zahid mungkin cuba menjaga maruah dan kewibawaan pihak tentera, tetapi caranya tidak kena pada tempatnya. “Walaupun kes ini cuba dirahsiakan kepada umum, akhirnya akan terbongkar. Persoalannya apakah benar hanya pegawai lain-lain pangkat yang terlibat dengan kes itu atau ada dalang di sebaliknya? “Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, pihaknya perlu menyiasat pegawai tertinggi, termasuk jeneral, berhubung kes itu dan ini membuktikan bukan saja pegawai LLP terlibat, tetapi juga pegawai atasan,” katanya. Beliau berkata, sikap Ahmad Zahid yang cuba meletakkan kesalahan kepada pegawai rendah, seolah-olah cuba menyembunyikan kesalahan pegawai atasan. Mohd Sayuti berharap tidak ada tindakan untuk ‘melindungi jerung dan membiarkan bilis menjadi mangsa’. “Kenyataan Ahmad Zahid tidak munasabah kerana jika tiada pegawai tertinggi yang terlibat kes itu tidak akan berlaku kerana pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan,” katanya. Kelmarin, akhbar melaporkan kenyataan Ahmad Zahid bahawa pegawai atasan tentera tidak terlibat secara langsung atau tidak dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E itu. Sinar Harian.

MB Terengganu Beri Jawapan Tak Betul !


KEMAMAN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memberi jawapan yang tidak betul berkenaan kereta kerajaan yang menyelewengkan penggunaan minyak.


Menurutnya, Ahmad menjawab demikian, demi untuk menutup kelemahan pentadbirannya yang dipertikaikan oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

“Tidak betul, dia nak tutup kelemahan dia, dia kata pasal kereta konvoi, jadi kereta lain tak ada kad (indent) minyak, pasal apa jadi gitu, kereta kerajaan semua ada kad (indent) minyak,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan isu sidang DUN di sini semalam.

Menurutnya semua kereta atau kenderaan milik kerajaan memiliki kad (indent) minyak masing-masing.

Katanya beliau telah menyemak dengan pihak Jabatan Audit Negara berkenaan jawapan yang diberikan oleh Ahmad dalam Sidang DUN baru-baru ini.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf (ADUN) Mempelam telah menimbulkan isu penyelewengan pemggunaan minyak kenderaan milik kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010, Ahmad Said cuba menafikan kegitan mencuri minyak dikalangan pemandu kenderaan kerajaan yang menyeleweng dengan mengatakan kereta-kereta tersebut mengisi minyak secara beramai-ramai dan tidak mempunyai kad (indent) minyak, lalu mengisi minyak menggunakan satu kad (indent) minyak sahaja.

Jawapan Ahmad juga menolak kesahihan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dikeluarkan pada 22 Julai, 2009

”Ahmad sepatutnya mengambil tindakan mengelakkan kejadan berulang, kerana saya telah dimaklumkan oleh Bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, penyelewengan penggunaan minyak oleh kenderaan kerajaan telah berlaku sejak lama dulu,”kata Wahid dalam ceramah yang disampaikannya. BO

Sah Bukan Ahli PAS Biasa..!!! Kah..kah..berlakon jadi ahli PAS..lagak masih cara UMNO@BN..!!!



Berita "Sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka penyokong dan pengundi PAS Selangor hari ini mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah negeri itu kerana didakwa gagal memperjuangkan Islam serta nasib kaum Melayu." disiarkan juga oleh TV3 awal malam ini. Dari keseluruhan gambar yang disiarkan sahlah bahawa mereka bukanlah ahli PAS biasa. Kita kenal mereka bukan ahli PAS dari berbagai aspek. Antaranya: 1. Cara mereka berpakaian bukanlah cara pakaian ahli PAS; 2. Cara mereka melaungkan ALLAHU AKBAR bukanlah cara ahli PAS melaungkan TAKBiiR; dan 3. Ucapan wakilnya beremosi dan menyebut BANGSA MELAYU. Ahli-ahli PAS mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh dikenali sesama mereka dan amat sukar untuk ditiru oleh mereka yang bukan ahli. Orang yang tidak menghayati PAS, samasekali tidak mampu berpura-pura sebagai ahli PAS.

Polis Takut Dan Kemudian Cuba Pula Takutkan Orang Lain Dengan Ambil Kenyataan?


Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

“Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

“Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng,” katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata Lim akan disoal siasat kerana mendakwa setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Dec di Shah Alam. — Bernama

Ulasan GB

Itu demo haram 20 orang di Shah Alam kenapa Polis berdiam diri?
Kenapa ada larangan berpilih?
Letak jawatan - itu jawapan.

PAS Optimis Tawan Semula Terengganu


KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini.

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.

Nak hidup lama atau nak mati cepat??


Merokok berbahaya kepada kesihatan. Penyakit kronik akibat kesan merokok boleh membawa maut. Ada yang akan menderita sebelum mati.

Isy... tak takut ke komer-komer yang merokok ni?? Ingatlah orang yang tersayang weh? Nak ke anak komer jadi anak yatim... bini komer jadi janda... mak bapak kehilangan anak, kekasih kehilangan buah hati dan rakan kehilangan taulan?? Kesian komer... Komer dah tentu mati, tetapi orang yang ditinggalkan yang akan merana menanggung kesedihan.

Merokok tu, macam komer bakar duit, tau tak?? Jadi buat apa ler bakar duit. Dalam keadaan ekonomi tengah meleset ini, baiklah guna kesempatan ini untuk berjimat cermat dengan berhenti merokok. Duit tak terbasir dan kesihatan terpelihara.

Mulai Jumaat ini, 1 Januari, harga rokok akan naik lagi. Satu pack rokok 20 batang harga minimanya ialah RM6.40, pack 21 batang rokok RM6.70, pack 22 batang rokok RM7.05, pack 23 batang rokok RM7.35, pack 24 batang rokok RM7.70 dan pack 25 batang rokok, RM8. Itulah apa yang diumumkan hari ini.

Mak oi.... mampus!!! Giler komer. Bukan sikit duit tu weh... Ngeri aku dengornya!!

Udah-udah ler tu... Pasang tekad dan azam tahun baru untuk berhenti merokok. Aku tahu memang payah nak berhenti. Meleleh air lior. Kerajaan pun pandai. Demer tahu orang yang kaki merokok ni memang susah nak berhenti, jadi ini ler masanya demer nak gasak duit rakyat yang merokok. Ngambik kesempatan ler katakan. Ater jangan komer biorkan kerajaan ambik kesempatan ke atas komer. Jangan beli rokok.... berhenti merokok!!
Bab-bab ambik kesempatan ini, geram tu memang geram tapi.... kalau dipikirkan balik... padan muka komer yang merokok tu!!
Harga rokok naik, banyak jugak baiknya. Harap-harap ramailah yang akan berhenti merokok nanti.... termasuklah orang-orang yang aku sayangi. Udah-udahler tu sayang oi...

Nak merokok lagi?? Tak der faedahnya. Oleh itu, berhentilah merokok. Jangan zalimi diri dan keluarga anda dengan membiarkan diri dan orang tersayang menderita.

Pakatan MPs slam don over racial formula


By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Dec 27 — Pakatan Rakyat (PR) leaders lashed out today at prominent Utusan Malaysia columnist Dr Ridhuan Tee Abdullah for suggesting that Malay-Muslims have more rights because they form the majority in Malaysia.

PR leaders from PAS, PKR and DAP also took issue with the National Defence University lecturer, who is a prominent Muslim convert, for accusing non-Muslims of putting their own interests above that of the country’s.

They accused him of acting in the interests of Umno and for living in a world that no longer exists.

In his regular column in Mingguan Malaysia today, Ridhuan also put forward a formula based on the racial and religious breakdown of the country’s 27 million population, to apportion the share of what is due to each community in terms of rights, festivities and celebrations, adding that no one should question the “social contract.”

“What he is doing is not right. As a Muslim, we want to emphasize that Islam teaches justice. Everyone has rights. We do not accept a rule where only one race’s rights are protected simply because they are the majority. We cannot deny the minority,” said Khalid Samad who is the PAS Shah Alam MP.

The PAS man said that the problem with how democracy in Malaysia is understood is that it tends toward the majority rule, instead of being based on principles of justice.

“Even if there was one Buddhist in a village, he must be allowed to celebrate and practice his faith because it is his right. Just because the Malays are the majority, Islam does not say we can go around and oppress others,” stated Khalid, who sounded upset when told about the arguments made in Ridhuan’s latest article.

He added that while the original social contract of the country did provide some form of protection for Malays so that they would not be left trailing behind, that was in the past and even then that did not mean that other races were not considered as equal citizens of the country.

“It is disappointing that Ridhuan Tee is becoming more UMNO than Muslim. As a Muslim convert, he should be concentrating his efforts in trying to show the truth and justice within Islam, and not trying to win acceptance from the Malay-Muslims minorities who buy into this racist sentiment.”

Ridhuan had also taken the opportunity to hit out at people who questioned the large government allocation for mosques and the comparatively smaller sum set aside for houses of worship for other faiths, in what is understood to be a direct jab at DAP’s stand over the issue.

He also labelled DAP as an “ultra-kiasu” party, meaning that they were willing to do anything to retain their position for fear of losing it.

“Are the number of churches and the pile of houses of worship, to the extent of sinking the number mosques and suraus, not considered as rights? Have we ever prevented them from going to church every Sunday? Do not compare with the Muslims because we worship differently. We have different needs. Similarly goes the requirements for jamaah prayers.

“Hence, the concept of equal rights and the equal opportunities should be based on the formula that has been outlined in the constitution and by proportion of races (religions),” wrote Tee.

PKR Information Chief Tian Chua laughed when he was told about Ridhuan’s written outburst in Utusan, dismissing it as a desperate attempt to serve the interests of the UMNO elite.

“I personally do not feel threatened by this, I laugh ... this is desperate. Tee is not acting alone. He is making justifications for his big boss. Right now, UMNO is cornered, and they need to find some way to justify their position,” said Chua, who is the Batu MP.

The outspoken opposition lawmaker asserted that UMNO no longer had a raison d’etre, and by doing this it was a way to tell the non-Malays in the country to “not muck around with Umno, because it might unleash something nasty.”

“In the past, their (UMNO’s) language of violence and supremacy was implied more than expressed.

“Now it is so openly racist, something is wrong,” said Chua.

Pakatan Rakyat-ruled states such as Penang and Selangor were singled out by the Mingguan columnist as being under the “ultra-kiasu party” and no longer serving the interests of the Malay-Muslims, which according to him were under siege.

“Just look at the shopping malls, although Christians are only nine per cent, the Christmas and New Year 2010 celebrations are incomparable to the Hari Raya and the Islamic New Year. If you do not believe, visit the states ruled by the ultra kiasu and its allies, and the shopping malls of their allies throughout the country,” stated Ridhuan.

The DAP’s Liew Chin Tong agreed with his PR colleagues and lashed out at Ridhuan for his views and ideas which are “really behind time.”

“All this talk about race doesn’t really help anyone. We need a society which lifts everyone up. Sixty per cent of household family income is below RM3,000. Among this 60 per cent are also Malays.”

Liew, who is also Bukit Bendera MP, argued that equal opportunity was pivotal as the issue of poverty moves well beyond racial lines.

“He must be mistaken if he thinks that people all around the world thought that Malaysia was an ideal place to live in during the 1950s.

“That is why the message of Pakatan is clearer. Under the Pakatan Common Policy Platform, it is stated that in order for Malaysia to move on there is an urgent need to address the issue of equal opportunity of the lower-earning income group,” said Liew.

He also noted that Ridhuan’s article further validates the impression that UMNO is currently split between ultra conservatives and more liberal minded individuals.

Susulan 10 maut: Bas dua tingkat tidak sesuai?


IPOH, Dis 27 — Susulan tragedi nahas meragut 10 nyawa semalam Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran agar mewujudkan mekanisme kawalan dalam pengeluaran lesen bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata selain faktor kesesuaian muka bumi, pengeluaran lesen itu juga sewajarnya mengambil kira kemampuan pemandu sesuatu syarikat untuk mengendalikan bas dua tingkat.

“Kalau boleh kita adakan kawalan supaya pemilihan untuk bas dua tingkat bukan sahaja untuk memberikan pulangan dari segi lebih banyak tempat duduk, tetapi ia dikuti dengan tanggung jawab supaya pemandu yang memandunya diberi latihan yang mencukupi.

“Lokasi yang lebih sesuai untuk penggunaan bas dua tingkat juga perlu dikenal pasti supaya lokasi-lokasi yang memberi risiko yang lebih tinggi terhadap penggunaan bas dua tingkat ini boleh kita kawal dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bas dua tingkat Sani Express terbabit dalam kemalangan di KM272.8 Lebuh Raya Utara Selatan mengorbankan 10 nyawa awal pagi semalam.

Ahmad Farhan berkata walaupun bas dua tingkat secara umumnya mempunyai kestabilan yang baik jika dikendalikan dalam keadaan biasa namun ia memerlukan pemandu yang lebih berkebolehan untuk mengendalikan bas sedemikian.

“Kita tahu bahawa untuk mengendalikan bas dua tingkat memerlukan pemandu yang lebih berkebolehan. Kelajuan, dia punya pergerakan pusingan adalah berbeza berbanding bas biasa,” katanya yang mengakui bas dua tingkat lebih sesuai untuk kegunaan dalam bandar berbanding untuk perjalanan jarak jauh.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR) Datuk Suret Singh dan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Malaysia Salim Parlan.

Sementara itu Ahmad Farhan berkata Miros tidak bersetuju terhadap cadangan untuk melaksanakan larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam atau selepas tengah malam seperti yang diutarakan sesetengah pihak.

Beliau berkata kajian yang telah dijalankan oleh Miros mendapati bahawa separuh daripada pengguna perkhidmatan bas ekspres ketika ini akan terjejas jika larangan itu dikuatkuasakan.

Katanya pengguna berkenaan sama ada akan menggunakan perkhidmatan bas ekspres pada waktu yang dibenarkan ataupun akan menggunakan pengangkutan lain untuk ke destinasi masing-masing.

“Bila gunakan kenderaan lain kita khuatir mereka akan menggunakan motosikal. Itu adalah salah satu dapatan yang kita dapati dan kita tidak mahu ambil risiko itu. Kita mahu orang menggunakan pengangkutan awam yang jauh lebih selamat berbanding motosikal,” katanya.