Bedah siasat terhadap masalah yang melanda PasOleh Hussin Abdul Aziz
Yang merosakkan Pas
Ust Zolkharnain Abidin, exco Dewan Ulama Pas Pusat, telah menggariskan tiga perkara yang pasti meruntuhkan Pas: (1) agenda melayu, (2) berkerjasama dengan umno, dan (3) curang dalam persetiaan dalam Pakatan.
Ketiga2 perkara tersebut begitu sinonim dengan ‘Unity Government (UG)’ yang dilontarkan TGHH. Ust Zol, diawal isu UG, adalah salah seorang yang mempertahankan TGHH. Masa berlalu. Setelah melalui peredaran masa dan melihat sendiri peristiwa yang terlakar, beliau sedar betapa tiga perkara yang berkait rapat di antara satu sama lain adalah penyebab Pas musnah.
Unity Government (UG)
UG, sama ada pro atau kontra, sokong atau anti, telah diberi liputan oleh serba manikam media. Apa yang cuba disentuh di sini ialah berkaitan penutupan isu UG. Sudah berapa kali ia ditutup? Terakhir, pada 28 Okotober 2009, semasa sidang media TGHH selepas mesyurat khas menggantikan muktamar khas saranan TGNA. Pertama kali ia ditutup ialah selepas pertemuan dua tok guru di Kota Bharu pertengahan 2008. Tidak terlintaskah di kepala kita, bagaimana isu yang sudah ditutup perlu ditutup lagi dan lagi dan lagi?
JK Disiplin Pas
Di antara keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Khas pada 28 Oktober 2009 ialah menubuhkan JK Disiplin bagi menyiasat Pas Selangor, (tidak ada kaitan sedikit pun dengan sebab2 TGNA mencadangkan Mesyuarat Khas Luarbiasa). Apakah akan berakhir isu UG lantaran tertubuhnya JK Disiplin Pas yang diputuskan itu? Mampukah ia merungkai dan menyelesaikan masalah yang berpunca dari tiga perkara yang disentuh oleh Ust Zol?
Dapatkah JK Disiplin, yang penubuhannya dikatakan tidak mengikut Perlembagaan itu, menyelesaikan isu UG?
Kenapa Pas Selangor, bukan orang yang dinamakan oleh TGNA? Kenapa tidak Pas Pusat, sedangkan di sana ada nama2 yang disebut TGNA? Yang di Pusat tak boleh sentuh, ada immunity. Manakala yang di Selangor pula? (1) Untuk berlaku adil kepada Hassan Ali. (2) Kalau ‘orang’ kita kena siasat, kita pun kena siasat ‘orang’ depa? Kalau ‘orang’ kita kena pecat, ‘orang’ dia pun kena pecat. Kita kena wujudkan kuasa timbal balas. Geliga, geliga…
Muktamar Khas Luarbiasa
TGNA, melalui blognya telah menyentuh dengan panjang lebar isu di tangan sehingga menyarankan diadakan Muktamar Khas Luarbiasa. Perhatikan luahan TGNA:
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
Blog Tok Guru
Tiga perkara besar yang disentuh TGNA ialah,
(1) PAS perlu mengambil langkah drastik terhadap Hassan Ali,
(2) TGHH dan Nasharuddin Mat Isa pro-Umno, dan
(3) Nasharuddin membela Hassan Ali secara terbuka.
Bagaimanakah TGNA boleh membuat konklusi sedemikian? Sudah tentu hujah yang digunapakai oleh TGNA bukan dipungut dari kedai2 kopi dan tanpa tanggungjawab. Ia pasti berdasarkan maklumat yang sohih lagi dipercayai yang kemudiannya dibenarkan (confirm) oleh tindakan2 mereka yang disabitkan. Besar kemungkinan perubahan Ust Zol dari mempertahankan TGHH kepada sebaliknya bertitik tolak dari sini. Bukankah ketiga2 perkara yang beliau lihat merosakkan Pas adalah berkait rapat dengan isu UG?
Seminar Khas Ganti Muktamar Khas Luarbiasa
Mesyuarat Khas juga mengambil keputusan mengadakan Seminar Khas Politik bagi menggantikan Muktamar Khas Luarbiasa saranan TGNA. Sepertimana yang semua sedia maklum tiga kertas kerja telah berjaya dibahaskan. Namun, ia tidak berjaya menghapuskan isu UG dan mereka2 yang disebut oleh TGNA terlepas begitu sahaja. Sedangkan Mesyuarat Khas Luarbiasa itu bertujuan mengambil tindakan terhadapa mereka. Manakala Seminar Khas lebih tertumpu kepada membahas kertaskerja2 Prof Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah.
Apa yang ditimbulkan oleh wakil Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi, menjelaskan segala2nya:
"tumpuan Seminar Memperkasakan Parti ini saya kira bukan Profesor Aziz Bari. Kalau kita fikir Profesor Aziz Bari itu sudah silap. Tumpuan kita yang utama bersusur-galur daripada Unity Government... yang dilontarkan begitu sahaja, dan ditutup begitu sahaja tanpa apa-apa taklimat kepada kita...."
"Bila dilontarkan begitu sahaja dan tidak dijelaskan secara... bertanggungjawab, oleh sesiapa sahaja, dan dibincangkan secara bertanggungjawab di peringkat sepatutnya, maka benda tu berderet sehinggalah sampai seminar hari ini," (http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10429).
Kebimbangan Athirah
Kesimpulan “benda tu (UG) berderet sehinggalah sampai seminar hari ini,” adalah satu pernyataan kebimbangan seolah2 isu UG tidak bernoktah. Ini telah disambut oleh Ust Zol dengan “Perkara2 yang merosakkan Pas”nya. Pandangan Athirah ini pasti turut dikongsi bersama oleh ramai ahli Pas walaupun tidak semua.
Ini diperkukuhkan pula dengan “Pas tidak bermusuh dengan Umno” dan “sedia berbincang” menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009, sehari selepas Maal Hijrah.
Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa
Entah apa pula selepas ini. Sekiranya masih ada, Muktamar Khas Luarbiasa yang disarankan oleh TGNA pada 22 Oktober 2009, bukan sahaja perlu diadakan, malah dengan kadar segera. Jangan pula terikut rasmi mi segera, jika tidak dimasakpun, masih lagi dipanggil mi segera.
Quote of the Year
“Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.”- TGHH, Konvensyen Blogger, 20 Disember 2009.
("Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.”)
Wallahu’alam























