Jumaat, 25 Disember 2009

Angkara Umno lagi , ajk masjid letak jawatan


Kira-kira 1000 jemaah yang bersolat Jumaat di Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka tergamam apabila semua jawatankuasanya kecuali bilal 1, meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu diumum oleh Imam 1, Shuib sejurus selepas solat jumaat dengan memberi alasan sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.
Mereka yang meletak jawatan ialah imam 1, imam 2, Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa surau/masjid berkenaan.

Memetik laporan dalam Tkodaily, semua jemaah dapat menghidu keputusan meletak jawatan itu adalah angkara campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh bilal 1 yang juga pengerusi surau.
Ahli kariah mendakwa bilal 1 itu ialah orang kuat Umno yang selama ini melobi untuk jawatan berkenaan.
Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan.
Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.
Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat kepada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka.
Semua yang meletak jawatan itu cukup disenangi penduduk dan kariah. Mereka telah berkhidmat di surau berkenaan lebih 9 tahun.
Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.
 

Al-Qaradawi: Tokoh Tajdid




KEDATANGAN Dr Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia amat dialu-alukan. Walaupun saya tidak sempat mengikuti ucapan beliau pagi semalam yang khabarnya berkaitan buku terbarunya Fiqh al-Jihad, tetapi saya telah pun membeli buku tersebut sejak dua bulan lepas. Buku tersebut merupakan karya terbesar beliau selepas Fiqh al-Zakah. Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi.
Bukan kerana namanya, tetapi kerana kesarjanaannya. Buku-bukunya mempunyai nilai analisis dan kebebasan akal dari sebarang fanatik mazhab. Beliau adalah tokoh tajdid yang menyeru kepada keluasan fekah dan kemerdekaan minda dari ketaksuban pandangan tokoh kepada penilaian setiap pendapat dengan adil berteraskan al-Quran dan a-Sunnah.
Dalam buku terbarunya itu beliau menyebut tentang kaedah dalam penulisannya: “Mengambil manfaat dari khazanah fekah islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam yang lain.
Bahkan kita menganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk dia menyelami dasarnya, membongkar simpanannya, menggali setiap penjurunya, membandingkan antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, satu dalil dengan dalil yang lain tanpa taksub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab. Bahkan kadang-kala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian pendapat Malik, kemudian pendapat Syafii, kemudian pendapat Ahmad, kemudian pendapat Daud (maksudnya Daud al-Zahiri-pen). Bahkan mungkin dalam beberapa perkara kecil kita keluar dari mazhab sunni kepada mazhab Zaidiyyah, ataupun Ja’fariyyah ataupun Ibadiyyah jika kita dapati penyelesaian masalah dalamnya.
Mungkin juga kita akan mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab al-Auza’i, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari. Bahkan kita kadang kala akan keluar dari kesemua mazhab itu pergi ke dataran luas fekah para sahabat Nabi s.a.w, tabi’iin, dan atba’ al-tabi’in yang mana mereka ini tiada mempunyai sebarang mazhab yang diikuti. Mereka seperti al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, ‘Aishah, Mu’adz, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan para sahabat r.ahum yang lain.
Demikian juga murid-murid mereka seperti mereka yang dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah yang lain yang para sahabah dan murid-murid mereka bertebaran. Antaranya; Sa’id bin al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, Mujahid, Ata`, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakha’i, al-Laith bin Sa’d dan selain mereka…” (Fiqh al-Jihad, 1/24, Kaherah: Maktab Wahbah).
Saya fikir jika ada orang yang ingin berpegang dengan keluasan mazhab atau intelektualisma yang seperti itu di Malaysia tentu akan ada yang menuduh ini puak ‘derhaka mazhab’, tidak beradab dengan jasa orang-orang lama kita, keluar mazhab Syafi’i, rasa terlalu pandai dan berbagai lagi. Bahkan lebih trajik; wahabi dan sesat. Sebab itulah barangkali pandangan-pandangan agama kita membeku dan generasi baru tidak dapat melihat keluasan Islam akibat kesempitan jendela fikir kita.
Kita kononnya ini menghormati khazanah agama di Tanah Melayu sehingga kita melarang orang lain meneliti pandangan luar mazhab, padahal kita lupa tindakan seperti itu menyebabkan kita menyisihkan sekian banyak khazanah kesarjanaan dari berbagai-bagai aliran pemikiran dalam umat ini. Bukan salah bermazhab, tetapi salahnya itu fanatik mazhab sehingga menganggap setiap yang luar itu salah dan enggan menilai lagi pendapat yang dipakai hanya kerana ‘ini mazhab kita!!’.
Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi ketika memperkatakan tentang Manhaj Mu’asir li al-Fatwa (Kaedah Semasa Dalam Fatwa) menyebut perkara pertama adalah “Membebaskan diri dari fanatik dan taklid”. Beliau menyebut: “Pertama, membebaskan diri dari fanatik mazhab dan mengikut secara buta tuli kepada si fulan dan si fulan, samada dia dalam kalangan ulama terdahulu atau kemudian. Dikatakan “ tidak bertaklid itu melainkan seorang fanatik atau dungu”.
Aku tidak rela untuk diriku salah satu dari sifat tersebut. Membebaskan diri dari fanatik mazhab itulah sebenarnya merupakan penghormatan yang sepenuhnya kepada para imam dan fakih (ahli fekah). Tidak bertaklid kepada mereka bukanlah merendahkan kedudukan mereka, sebaliknya itulah yang menepati jalan mereka, juga melaksanakan wasiat mereka agar tidak bertaklid kepada mereka. Kita mengambil agama dari sumber yang mereka ambil (al-Quran dan al-Sunnah).
Juga tidak bertalkid kepada mereka bukanlah bererti mengabaikan fekah dan warisan mereka. Sebaliknya, sewajarnya merujuk dan mengambil faedah daripadanya, dari pelbagai aliran tanpa berat sebelah ataupun fanatik. Pendirian seperti ini tidak mensyaratkan seorang sarjana muslim yang berdikari kefahamannya itu mesti sampai ke peringkat ijtihad mutlak seperti para imam yang terdahulu.” ( al-Qaradawi, al-Fatwa bain al-Indibad wa al-Tasaiyub, m.s 101, Beirut: al-Maktab al-Islami).
Ungkapan kemerdekaan ilmu dan kebebasan diri dari kongkongan taksub amat dimusuhi oleh sesetengah pihak. Oleh kerana sejak sekian lama mereka dipayung oleh rasa fanatik lalu mereka tidak akan bertanya atau mempersoalkan lagi apa yang dilontarkan oleh guru mereka sehingga pemikiran agama menjadi longlai dan dihakiskan oleh cabaran zaman.
Namun kelompok agama ini tetap ingin mewarisi takhta ‘empayar agama’ yang tokoh-tokohnya tidak boleh dipersoal, atau pandangan mereka dibincang semula, maka mereka pun mengeluarkan fatwa ‘siapa keluar mazhab dia sesat’, atau ‘siapa banyak tanya atau mengkritik pandangan kita atau kebiasaan kita dia biadap’, bahkan siapa yang cuba memahami Islam di luar dari yang kita terangkan maka ‘dia sesat dan terkeluar dari Ahlus Sunnah’.
Seakan bagi mereka ini para sarjana Islam dari mazhab-mazhab yang lain kesemuanya sesat dan bukan Ahlus Sunnah sehingga kita dilarang memahami dan berpegang dengan kajian mereka! Hal ini bertambah buruk apabila aliran tarekat turut berkembang dalam negara kita kebelakangan ini. Ramai dalam kalangan tarekat yang memegang tradisi ‘jangan tanya, ikut saja’ amat marah melihat gerakan pembaharuan yang meminta agar fungsi akal dihidupkan dalam mengikuti agama ini. Islam adalah agama fitrah dan waras. Akal mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam sehingga orang gila atau belum sempurna akalnya tidak diletakkan atas neraca dosa dan pahala.
Ibn Taimiyyah
Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).
Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan ‘malas berfikir’. Kata al-Qaradawi dalam al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah: “Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).
Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu..”. Di Malaysia, kelompok anti-Ibn Taimiyyah bersarang di sesetengah pondok, jabatan agama dan beberapa institusi yang lain. Ada yang keluar dalam TV dan akhbar menyesatkan Ibn Taimiyyah, bahkan mengkafirkannya. Jika mereka baca karya al-Qaradawi tentu tuduhan yang sama akan dikenakan kepada beliau.
Maka al-Qaradawi juga tidak terlepas dari berbagai tohmahan. Beliau pernah dituduh sebagai liberalis, wahabis dan berbagai lagi. Tuduhan itu datang dari berbagai, samada kelompok fanatik mazhab, fanatik tarekat, juga yang aliran salafi jalur keras yang jumud. Bahkan ada buku yang melebelnya sebagai ‘anjing yang menyalak’. Dalam masa yang sama Barat juga melancarkan permusuhan dengan beliau. Ini kerana beliau bekerja untuk Islam, menulis, berceramah dan merancang. Sebelum al-Qaradawi menjadi ‘gergasi’ dengan nama yang besar seperti sekarang, beliau juga pernah memasuki penjara. Bahkan ketika ini pun ada negeri yang tidak membenarkan beliau masuk. Demikian hari-hari yang mesti dilalui dalam melakukan agenda dakwah dan pembaharuan. Seorang tokoh itu tetap tokoh dan akan ada yang membelanya.

Nama anggota CC MCA yang letak jawatan tidak didedah...!!! lama-lama nanti terlondeh...????

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng enggan mendedahkan senarai nama anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang telah atau tidak menghantar surat peletakan jawatan selepas tarikh akhir mereka berbuat demikian hari ini.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata beliau enggan berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan dalam usaha parti itu untuk menyelesaikan krisisnya.
"Sebaliknya urusetia ibu pejabat MCA atau saya sendiri akan memaklumkan kepada Jawatankuasa Khas Pemilihan Semula Parti yang dipengerusikan Timbalan Presiden  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," katanya.
Pada 15 Dis lalu, Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 lagi pemimpin parti telah menghantar surat meletak jawatan sebagai anggota CC yang tidak bertarikh kepada Wong.
Sekurang-kurangnya 21 daripada 30 anggota CC perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula parti diadakan.
Antara yang telah menghantar surat bersama Liow ialah Timbalan Menteri Belia dan  Sukan, Datuk Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, anggota veteran CC, Datuk Wong Mook Leong dan Naib Presiden Tan Kok Hong.
Beberapa anggota biasa CC turut menghantar surat tanpa tarikh iaitu  Lee Wei Kiat, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Senator Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Senator Datuk Alex Wong Siong Hwee.
Wong berkata jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin dan membuat keputusan tentang sebarang langkah seterusnya yang boleh diambil untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang ada. — Bernama

PPP anggap Murugiah 'Timbalan Menteri haram'...!!!! ha..ha......BN@Barang Najis.....!!!

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Presiden PPP Datuk Dr M. Kayveas memberi sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak sekolah sekitar Lembah Kelang pada majlis rumah terbuka PPP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas. Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.
"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.
Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. — Bernama

Sidang Akhbar GEGAR mengenai Royalti

KENYATAAN MEDIA OLEH GERAKAN BERTINDAK KEMBALIKAN ROYALTI RAKYAT (GEGAR)

Mengapa Kerajaan Persekutuan Mesti Mengembalikan Royalti kepada Kerajaan Negeri?

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) adalah badan NGO yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

GEGAR mendesak Kerajaan Malaysia untuk segera menunaikan janji dan tanggungjawabnya untuk membayar wang tunai kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyatnya.

Hujah utama mengapa kerajaan mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri ialah komitmen kerajaan sendiri seperti mana yang telah disebut oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak pada 12 Disember 1975 di Parlimen bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang tunai tersebut kepada negeri.

Selain itu, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi PETRONAS untuk memberi 5% royaltI kepada negeri. Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautikal.

Pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautikal adalah mengelirukan kerana Akta Dharurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

Berikut adalah lima huraian mengapa kerajaan mesti mengembalikan royalti kepada rakyat melalui kerajaan negeri:

(1) Pertama, perjanjian yang telah ditandatangani antara Menteri-menteri Besar bagi negeri-negeri di Semenanjung pada tahun 1975 dengan Pengerusi PETRONAS ketika itu, iaitu YM Tengku Razaleigh Hamzah adalah sah dan PETRONAS adalah terikat kepada perjanjian ini.

Bagi Negeri Terengganu, pemberian Royalti yang telah diberikan bermula 1978 sehinggalah ianya diubah kepada “Wang Ehsan” pada tahun tahun 2000. Persoalannya, kenapa dulu dikenali sebagai Royalti dan kenapa sekarang ianya dikenali sebagai Ehsan. Sedangkan berdasarkan kepada perjanjian, dengan terang ianya ditakrifkan sebagai Royalti dan bukan Ehsan.

Bagi negeri Kelantan, perjanjian telah ditandatangani antara Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi PETRONAS. Perjanjian ini telah mengikat kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti kepada kerajaan Kelantan sebanyak 5% setahun – dan dibayar tunai dua kali setahun. Perjanjian ini tidak pernah dibatalkan.

(2) Kedua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 seksyen 4 telah menetapkan supaya Perbadanan (PETRONAS) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak bagi negeri tersebut. Berasaskan peruntukan ini, penganugerahan wang tunai kepada negeri-negeri yang perairannya mempunyai minyak telah dibuat sejak dahulu.

(3) Ketiga, kenyataan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa negeri Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana petroleum yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri-negeri ini (luar states territorial waters’ – ukuran melebihi tiga batu nautikal seperti dalam Akta Pelantan Benua 1966) adalah tidak relevan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti ini.

Sebagai contoh, perjanjian yang telah ditandatangi oleh Menteri Besar Kelantan pada tahun 1975 dengan Pengerusi PETRONAS tidak menetapkan perkara ini sebagai syarat. Malah, berdasarkan hansard soal jawab Parlimen bertarikh 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak ketika menjawab soalan di Parlimen menjelaskan bahawa mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing sama ada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar dari tiga batu nautika. Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di Perairan Laut China Selantan sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam.

(4) Keempat, pembayaran yang sepatunya adalah royalti dan bukan wang ihsan. Perjanjian pada 1975 itu menyebut pembayaran wang tunai dan bukan wang ihsan. Wang ihsan dan royalti adalah berbeza kerana wang ihsan memberi makna pemberian simpati sedang wang royalti adalah wang yang mesti dibayar hasil daripada perjanjian dan perundingan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Wang royalti hendaklah dibayar kepada kerajaan yang mentadbir secara sah di sesebuah negeri berkenaan. Sebaliknya, pembayaran wang ihsan kepada jabatan persekutuan yang beroperasi di negeri akan membuka peluang kepada pembaziran, pertindihan dan penggunaan wang secara tidak optimum kerana perancangan dan pembangunan untuk rakyat di negeri adalah dipimpin oleh kerajaan negeri.

(5) Kelima, Kerajaan Persekutuan mestilah secara adil menegakkan konsep federalisme (Persekutuan) kepada semua negeri di Malaysia. Konsep federalism menekankan kepentingan hubungan yang harmoni dan berkesan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri setelah bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Dalam amalan federalism, negeri yang berada dalam persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan. Melalui perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

Dalam konteks ini, pemberian wang royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah bukti penegakan konsep federalism kerana kerajaan negeri berhak untuk merancang dan menentukan penggunaan wang royalti untuk kepentingan rakyat negeri berdasarkan bidang kuasa negeri.

Dengan ini, hujah pihak yang menolak pembayaran royalti iaitu minyak yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri; negeri hanya layak menuntut jika minyak ditemui dalam jarak tiga nautikal serta negeri (seperti Kelantan) tidak layak menuntut royalti minyak daripada zon ekonomi eksklusif kerana ia bukan negeri – adalah tidak dapat dipertahankan.

Kesemua fakta dan hujah di atas menunjukkan kerajaan Persekutuan tidak ada pilihan melainkan membayar royalti kepada kerajaan negeri yang berkenaan yang seharusnya menggunakannya dengan sebaik-baik untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat jelata.

Yang benar,

Dr Abdul Halim Bin Yusof

En Mohamad Fauzi Bin Abu Samah

Pengerusi Bersama
Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

25 Disember 2009
Jerteh, Terengganu.

Enjin jet TUDM hilang mungkin empat?

Oleh G Manimaran dan Zukri Aksah

PETALING JAYA, Dis 25 — Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?
Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.
"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.
Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.
"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.
"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.
"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.
Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.
"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.
Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.
Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.
Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Tidak, TG Nik Aziz Tidak Keseorangan


Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Haron menafikan kenyataan anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Amalina bahawa pimpinan negeri membiarkan Menteri Besar Kelantan berseorangan dalam mengharungi pelbagai isu.

Menurutnya, hampir setiap minggu penjumpaan bersama Nik Abdul Aziz dilakukan tetapi pihaknya tidak membuat sebarang kenyataan bagi mengelak keadaan lebih bercelaru.

Malah katanya, kenyataan Nik Amalina menerusi blog-nya sama sekali tidak membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

“Kita setiap minggu bersama Tok Guru dan hasil pertemuan itu tidak semestinya kita keluarkan kenyataan, kita serahkan kepada tok guru untuk keluarkan kenyataan supaya tidak bercanggah de-ngan pendapat lain, kita tidak mahu benda kecil jadi besar,” katanya semalam.

Anak Nik Abdul Aziz itu adalah isteri Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Oktober lalu.

Nik Amalina, anak kesembilan daripada 10 beradik, sebelum ini pernah ditegur oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dengan alasan tulisan di blognya ‘membuka pekung di dada’.

Sebelum membuka Seri Suri pada 11 Disember lalu, wanita itu pernah meluah-kan rasa hatinya berhubung kontroversi suaminya itu me-lalui blog Ahli Parlimen Pas, Dr Siti Mariah Mahmud, hujung bulan lalu.

Abdul Fatah berkata, dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku kini, adalah perlu setiap individu bermuhasabah dan tidak banyak mengulas isu yang berbangkit.

“Benda ini tidaklah besar tetapi semua pihak di kalangan parti dan kerajaan harus meredakan keadaan dan muhasabah, cari jalan yang terbaik.

“Dalam keadaan ini adalah baik mendiamkan diri. Kita serahkan kepada Tok Guru untuk menyelesaikan masalah, sama ada masalah dalaman keluarga atau politik,” katanya.

Dalam pada, Fatah berkata, tidak salah untuk Nik Amalina menulis di blognya apatah lagi membela suaminya, tetapi setiap tulisannya tidak boleh menimbulkan keadaan yang makin bercelaru.

“Menulis itu adalah kebebasan, tetapi kalau menulis menyebabkan orang lain akan membalas, saya rasa itu perlu diambil perhatian oleh penulis terutamanya keluarga Tok Guru. Dia boleh menulis tapi tulis berhati-hati tetapi jangan sampai ia berlarutan.

“Membela suami hak dia, tetapi menuduh orang lain tidak membela tok guru itu tidak betul,” katanya. -SH

Perkara-perkara Yang Merosakkan PAS


Konvensyen Pakatan Rakyat yang memperuntukkan secara jelas polisi negara termasuk kedudukan Islam dan bahasa Melayu sekiranya berkuasa, menjadikan Umno sawan. Tanpa segan silu, Umno bersedia menjadi ‘penasihat’ PAS supaya tidak menggadai prinsip perjuangan. Macamlah perjuangan Umno punya prinsip…!

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Di Pulau Pinang, Umno sibuk untuk mengambil kerusi pengerusi BN negeri. Umno nak buat apa dengan jawatan itu? Nak bela Melayu Pulau Pinang? Melayu di Terengganu, negeri terkaya itu pun Umno tidak terbela, inikan pula Melayu Pulau Pinang.

Justeru, PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga. -bongkarsauh

Ulasan GB

Itulah pandangan Ust Zolkharnain Abidin, exco Dewan Ulamak PAS.

Namun yang utama kita ialah mnyedar golongan pengampu-pengampu yang satu ketika Ustadz Zolkharnain menyifatkan sebagai penyokong yang membawa rebah. Golongan ini disifatkan sebagai golongan yang menjahanamkan PAS.

BUNG BELUM LAGI....?????



Zizie-Bung Moktar nikah? Ibu nafi tapi restu
Pelakon Zizie Izette yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.
Demikian reaksi ibu Zizie, Khaty Fauziah berhubung laporan konon anaknya sudah bernikah dengan Bung Moktar, wakil rakyat dari Sabah itu.
Malah semalam Bung Moktar juga menafikan desas-desus sudah berkahwin dengan aktres itu.
Menurut Khaty, apa yang dilaporkan dalam laman-laman web semuanya tidak benar dan sebagai ibu sudah tentu beliau paling sibuk ketika ini menyelenggarakan majlis pernikahan anaknya.
“Sumpah demi Allah, Zizie belum bernikah lagi. Kalau ada, saya akan jemput anda semua datang majlis perkahwinannya,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Pada masa yang sama, Khaty memberitahu, dia merestui Zizie untuk bernikah dengan sesiapa sahaja lelaki pilihannya termasuk Bung Moktar.
“Kalau sudah jodoh anak saya dengan beliau (Bung Moktar) saya terima seadanya.
“Ajal, maut dan pertemuan semuanya kerja Allah, siapa saya untuk menghalang semua ini daripada berlaku,” jelasnya.
Khaty yang tidak menafikan pernah beberapa kali bertemu Bung Moktar menyifatkan wakil rakyat itu sebagai seorang lelaki yang baik hati dan jujur.
“Tidak hairanlah kenapa beliau disayangi oleh masyarakat di kawasannya serta disenangi banyak pihak,” katanya menggambarkan peribadi Bung Moktar.
Ditanya sama ada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu sudah menyuarakan hasrat untuk meminang Zizie, Khaty berkata perkara itu hanya berlaku antara mereka berdua.
“Saya hanya dimaklumkan oleh Zizie bahawa Bung Moktar ada melamarnya sebagai isteri tetapi itu antara mereka berdua, tidak lagi secara rasmi melalui saya,” katanya.
Sepanjang perbualan dengannya, telefon bimbit Khaty tidak putus-putus berdering dan sebilangan besar panggilan itu diterimanya daripada wartawan yang inginkan pengesahan pernikahan anaknya itu.
Laporan itu menyebut pada pertemuan tersebut Khaty turut memohon kerjasama semua pihak agar tidak membesar-besarkan cerita peribadi anaknya.
“Saya harap semua pihak faham keadaan Zizie. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan kerana ada hati yang perlu dijaga.
“Semua orang sedia maklum, beliau (Bung Moktar) sudah berkeluarga dan ada hati yang perlu Zizie jaga. Kami tidak mahu membiarkan hati pihak lain terguris,” pinta Khaty dalam nada yang sebak.
Khaty sedar apabila anaknya dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang, sudah tentu mereka sekeluarga akan menerima tempiasnya.
Namun dalam hal ini, Khaty tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak meskipun hati kecilnya sedikit tersinggung dengan pandangan negatif setengah pihak.
“Anak saya bukannya muda lagi. Dia sudah 31 tahun, sudah matang. Selama 14 tahun bergelar artis, sudah banyak pengalaman yang dilaluinya,” katanya.
Beliau juga percaya Zizie akan membuat pelbagai pertimbangan dan mengambil kira banyak hal sebelum membuat keputusan bernikah apatah lagi dengan suami orang.
Khaty turut membawa wartawan Utusan dan Kosmo meninjau kediamannya di Bukit Antarabangsa bagi membuktikan tidak ada sebarang persiapan majlis pernikahan Zizie dengan Bung Moktar. -MI

Saya Bertanding Atas Kehendak Parti – Salahuddin




PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum lalu atas kehendak parti dan bukannya pilihan beliau sendiri.
"Saya telah diamanahkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan," katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu PAS Kelantan yang meminta pimpinan negeri meletakkan calon tempatan bertanding di kerusi Parlimen negeri itu sekaligus menolak calon dari luar.
Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.
"Saya rasa tak manis untuk saya ulas isu ini. Cukuplah setakat ini," katanya.
Semalam, Setiusaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang dipetik daripada sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata, PAS negeri akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu selaras dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini, yang bersedia meneliti cadangan berkenaan.
"Sebelum ini PAS Kelantan membuat ketetapan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti diisi anak tempatan dan kini tiba masanya kerusi Parlimen juga dikembalikan sepenuhnya kepada anak Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Mohd Zaki yang juga Timbalan Yang Dipertua DUN Kelantan berkata, berdasarkan pengalaman, semua Ahli Parlimen yang juga anak tempatan wajar bertanding di kawasan sendiri dalam usaha memperluaskan pengaruh PAS di negeri lain.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang juga Bendahari PAS ketika dihubungi enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara tersebut.
"Tiada komen, itu sahaja saya boleh kata," ujarnya.
Antara pemimpin PAS yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Salahuddin (Kubang Kerian), Dr Hatta (Kuala Krai) di samping Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kesemua mereka telah mengisi sebahagian daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan menang dalam pilihan raya umum lalu.
Selasa lalu, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud, mencadangkan supaya anak Kelantan diberi keutamaan dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum akan datang.
Mohammad dilaporkan mengambil contoh imam di masjid yang tentunya imam tempatan didahulukan sebelum mengambil imam dari luar bagi memikul tanggungjawab tersebut.

Malaysia komited pertahan nilai-nilai sebenar semua agama.

Penganut agama Katolik berdoa semasa upacara sembahyang di gerejaj katolik St. John di Bukit Nanas, Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Malaysia cukup komited mempertahankan nilai-nilai sebenar semua agama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. "Agama mengajar kita supaya bersikap toleran, prihatin dan hormat menghormati terhadap kepercayaan dan amalan pihak-pihak lain.
"Dalam masyarakat kita berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita tentang nilai-nilai yang menyatukan kita bersama," kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Gereja St Thomas di sini hari ini.
"Kita terikat oleh matlamat bersama kita sebagai 1Malaysia. Kita terikat oleh warisan bersama kita. Kita terikat oleh keperluan kita untuk bergerak maju sebagai sebuah negara bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang," kata beliau.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Perdana Menteri berkata kehadiran Idris di majlis itu membuktikan komitmen kuat kerajaan Barisan Nasional terhadap kebebasan anutan agama yang telah diamalkan di Malaysia sejak kemerdekaan negara.
Najib berkata beliau gembira mendapati rakyat memberi respon terhadap pelbagai inisiatif yang diperkenal kerajaan demi menyediakan masa depan lebih baik untuk generasi sekarang dan akan datang.
"Kempen kita 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' bukan setakat slogan. Ia komitmen untuk bertindak," tegas beliau.
Perayaan agama kini menjadi lebih bermakna untuk memberi fokus kepada membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat, kata Najib sambil menggesa rakyat menyumbang dengan murah hati.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengenalpasti semua golongan miskin tegar di seluruh negara dan akan melipatgandakan usaha membantu setiap rakyat keluar dari kitaran kemiskinan.
"Kita akan bawa pembangunan ekonomi yang cepat kepada semua kaum tanpa mengira asal etnik mereka, agama, budaya atau lokasi geografi mereka," kata beliau.
Antara yang hadir di majlis itu ialah ketua utama Gereja Mar Thoma Syria Reverend Dr Joseph Mar Thoma, dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama

Enjin jet hilang dosa kepada rakyat, kata Nik Aziz

Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Dis 25 — Pihak-pihak terlibat dalam insiden kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk dipercayai didalangi warga kerjanya telah berdosa kepada setiap rakyat negara ini, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Orang yang terlibat bukan saja berdosa dengan Tuhan, tapi berdosa juga dengan rakyat. Kalau rakyat Malaysia ini ada seramai 30 juta, maka orang itu berdosa dengan 30 juta rakyat.
“Sebab enjin itu adalah hak kerajaan dan bila sebut kerajaan ia termasuk lah semua rakyat,” kata Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Dengan nada yang sinis Nik Aziz berkata mustahil enjin itu boleh hilang dengan begitu mudah jika tidak ada dalang atau pengatur skrip di sebalik tragedi itu memandangkan prosedur kawalan ketat di pangkalan TUDM.
Baru-baru ini insiden kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM mengejutkan banyak pihak.
Sistem kawalan keselamatan negara dipandang rapuh apabila Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi mendedahkan di samping enjin beberapa peralatan kelengkapan lain juga didapati hilang.
Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan insiden tersebut sebagai memalukan negara sekali gus mempersoalkan sistem kawalan keselamatan negara.
“Jelas sekali aspek keselamatan begitu rapuh sehingga harta yang begitu penting kepada pertahanan negara boleh lesap begitu sahaja,” katanya.

PKR Pahang gerak Gelombang Oren hadapi PRU-13



Oleh G. Manimaran dan Zukri Aksah
PETALING JAYA, Dis 25 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyambut tahun baru 2010 dengan melancarkan gerakan revolusi — Gelombang Oren bagi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ia akan dimulakan di Pahang dijadikan sebagai negeri asas, kata Timbalan Pengerusi PKR negeri Azan Ismail.
“Kami akan melancarkan dengan menyambut tahun 2010 minggu depan,” katanya.
“Gagasan revolusi oren bukanlah sesuatu yang khusus untuk negara Ukraine (yang pernah gunakannya), revolusi oren adalah konsep yang sesuai untuk semua perjuangan politik dalam kerangka demokrasi.
“Di Malaysia, revolusi oren patut dilancarkan sekarang dengan tema kebangkitan anak muda,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Ekoran pelbagai kejadian sejak kebelakangan ini, nampaknya rakyat khususnya generasi masih tidur. Kita hendak mencetuskan kebangkitan baru di kalangan mereka... kita tidak perlukan slogan lagi, slogan tidak akan memberi kesan, kita mahu simbol dan gerakan baru... ini akan dinamakan Gelombang Oren,” katanya.
Idea mengenai keperluan Gelombang Oren dibangkitkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap pada konvesyen sulung Pakatan Rakyat (PR) di Shah Alam, Sabtu lalu.
Kata Shamsul Iskandar, pihaknya berharap PR akan menggunakan gerakan itu bagi memperkuatkan kedudukannya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau mahu warna oren dijadikan warga rasmi PR apabila didaftarkan kelak.
Keanggotaan PR terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Mengenai pemilihan Pahang, Azan menjelaskan, ia sangat sesuai untuk menyuntik semangat di kalangan rakyat negeri itu berbanding negeri-negeri lain.
Azan menambah ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas Pahang.
Oleh itu beliau menyeru anak-anak muda agar bangkit memulakan revolusi oren dengan meletak pilihan raya umum ke-13 sebagai sasaran terakhir.
Ditanya mengenai warna oren, Azan menjelaskan, oren adalah warna yang dekat dengan anak muda dan warna yang segar.
“Analisis saya terhadap kemenangan saya di Indera Mahkota, didapati hampir 70 peratus penyumbang kemenangan adalah anak muda. Maka wajarlah anak muda yang menjadi fokusnya untuk menggerakkan gagasan revolusi oren ini,” katanya.

PAS: Kes sah, Hasan dan Khalid dipanggil bulan depan



G. Manimaran, Adib Zalkapli dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal
PETALING JAYA, Dis 25 – Jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap dua pemimpin PAS Selangor termasuk ketua negeri Datuk Dr Hasan Ali.
Justeru, Hasan yang kini merupakan pesuruhjaya PAS negeri dan bekas timbalannya Khalid Samad akan dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut kepada jawatankuasa itu minggu pertama bulan depan.
Pengerusi jawatankuasa disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, walaupun mereka, yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid. tetapi memerlukan penjelasan lanjut.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis diberikan oleh mereka. Kami mendapati adanya kes terhadap mereka.
“Jadi, kami memutuskan untuk memanggil mereka supaya memberi penjelasan lisan berhubung beberapa aspek,” tambah beliau ketika dihubungi.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan aspek yang memerlukan penjelasan lanjut.
Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim yang juga salah seorang naib presiden PAS.
“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.
“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya.
Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti. Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.
Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.
Belum ada keputusan untuk memanggil saksi-saksi lain, kata beliau.
“Jawatankuasa disiplin akan menentukan hukuman, bukannya jawatankuasa pusat. Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat,” kata Tuan Ibrahim.
Mengenai khabar angin bahawa Hasan sudah diputuskan hukuman ketika pertemuan kelmarin, Tuan Ibrahim menafikan perkara itu.
“Kami masih di peringkat mengkaji penjelasan mereka, jadi tiada situasi demikian (hukuman sudah dijatuhkan),” katanya.
Khabar angin bahawa Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor sudah dikenakan hukuman bertiup sejak awal pagi semalam, beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin selesa mengadakan mesyuaratnya.
Spekulasi mendakwa jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan agar Hasan digantung dari parti selama dua penggal.
Hasan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau.
Bagaimanapun kelmarin Hasan memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia meletakkan jawatannya dalam parti jika perkara itu diputuskan oleh jawatankuasa disiplin.
Namun beliau berharap apa pun keputusan yang bakal dikenakan jawatankuasa disiplin, ia perlu dibuat secara adil dan tanpa sebarang muslihat.
The Malaysian Insider juga difahamkan khabar angin Hasan sudah dikenakan hukuman disebarkan oleh saingan dalam parti dalam usaha untuk mengenakan tekanan ke atas jawatankuasa disiplin agar menghukum Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia itu.
Kumpulan yang menentang kepimpinan Hasan bimbang jawatankuasa disiplin akan mengambil masa sebelum membebaskan beliau, demikian kata seorang pemimpin PAS.
Bagaimanapun dua lagi naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semasa dihubungi The Malaysian Insider lewat semalam juga menolak khabar angin sedemikian.
“Apa jua keputusan ia mesti disahkan oleh jawatankuasa pusat tetapi kami belum mendengar apa-apa,” katanya.
Salahuddin juga berpandangan sama dengan Mahfuz.
Bagaimanapun katanya, beliau “tidak pasti” sama ada jawatankuasa disiplin sudah memutuskan bentuk hukuman ke atas Hasan.
Dalam pada itu, Khalid pula ketawa besar sambil menganggap ia sebagai “jenaka” hujung tahun.
“Saya ada mendengar khabar angin ini dan ada blog yang membawa maklumat ini,” kata Khalid, juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, yang turut dihubungi lewat semalam.
Bagaimanapun kata beliau, adalah terlalu awal untuk mengatakan mengenai keputusan siasatan jawatankuasa disiplin.
Khalid mengandaikan mereka akan mengetahui keputusan jawatankuasa disiplin akhir bulan depan.
“Kita masih di peringkat awal siasatan, mereka (jawatankausa disiplin) masih meneliti laporan kami dan mereka akan mengemukakan kepada jawatankuasa pusat untuk perbahasan,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.
The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa pusat PAS akan mengadakan mesyuarat akan datang pertengahan bulan depan.

PAS have ‘strong’ case of misconduct against Hasan, Khalid



By G Manimaran, Adib Zalkapli and Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, Dec 25 — Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali and his former deputy Khalid Samad are expected to be censured for misconduct after the party disciplinary committee wraps up its probe next month.
Disciplinary committee chairman Tuan Ibrahim Tuan Man told The Malaysian Insider that they have a strong case against the two Selangor PAS leaders.
He disclosed that Hasan and Khalid, who is Shah Alam MP, will be called in for further explanation on Jan 7 and 9.
“We are satisfied with the written explanation given by them and we found that there is case against both of them. So, we decided to call them to give their verbal explanation on certain aspects,” Tuan Ibrahim told The Malaysian Insider.
However he did not say what type of further testimony was required from the two leader, who have publicly differed on policy.
“We have already informed Khalid and he agreed to cooperate with us and meet the committee on Jan 7.
“However no date has been set with Datuk Hasan and the secretariat will keep in touch with Datuk Hasan for him to meet us,” he added.
The duo are under investigation for making statements that are detrimental to the Islamist party.
Among the evidence submitted to the committee was an audio recording of a PAS leader ridiculing the Selangor Pakatan Rakyat government.
Tuan Ibrahim, who is also one of the vice president, explained that any disciplinary action against them will depend on their explanation.
“There is no decision yet whether there is a need to call other witnesses,” he further explained.
The committee has three choices; give written warning, suspend or expel from the party depending on the severity of their offences.
“The disciplinary committee will decide the sentences, not the central committee. But they can appeal to central committee,” Tuan Ibrahim said.
He also dismissed rumours that Hasan has been sentenced by the disciplinary committee during their meeting on Wednesday night.
“We are still in the mid of studying their explanation, so no such thing,” he said.
The rumour of the disciplinary action against Hasan started to emerge yesterday morning, just hours after the disciplinary committee meeting on Wednesday night.
The disciplinary committee was also said to have recommended for Hasan to be suspended from the party for two-terms.
In retaliation to the decision Hasan is alleged to be making preparations to declare himself as an independent state assemblyman.
Hasan could not be reached for his comment.
On Wednesday, Hasan told reporters that he is willing to resign from party positions if asked by the party leadership.
The Malaysian Insider also understands that rumour of Hasan’s sacking was spread by party leaders from a rival faction in an attempt to pressure the disciplinary committee to punish the Gombak Setia assemblyman.
The group who has been opposing Hasan’s leadership are worried that the disciplinary committee is buying time before acquitting him, said a party insider.
However, the other two PAS vice presidents Salahuddin Ayub and Datuk Mahfuz Omar when contacted by The Malaysian Insider dismissed the rumour, saying that they would have been informed about it.
“Whatever the decision is, it must first be approved by the central committee but we have not heard anything yet,” said Mahfuz.
Salahuddin concurred with Mahfuz but said that he was ‘unsure’ if the disciplinary committee had indeed passed a sentence against Hasan.
Meanwhile Khalid laughed and described it just a “joke” of end of the year.
“I heard about the rumours and also some blogs carrying such information,” said Khalid who is also Shah Alam PAS chief.
However he explained that it is too early to say about the outcome of the disciplinary committee’s decision.
He assumed that they should only able to know the final outcome by the end of January.
“Now we are still at preliminary stage, they (the disciplinary committee) still going through our explanation and then they have to present at the central committee meeting for debate,” he said.

Profound Perspectives From A Promising Politician


Where Mahathir’s The Malay Dilemma is shrill and emotional, Nik’s Moving Forward is cerebral and rational.  While Mahathir irritates, Nik Azmi persuades; while Mahathir excoriates, Nik conciliates.  Nik beckons us to share his dream of Malaysia.

By M. Bakri Musa

One of the least heralded consequences to the 2008 political ‘tsunami’ was the elections of many new faces.  They are mostly young, highly educated, and driven by the old idealism of public service.  They also have something else in common; they are all Pakatan candidates.  That says something of the coalition, its leadership and mission.

One of them is Nik Nazmi Ahmad, a King’s College honors law graduate who readily won Selangor’s Seri Setia state constituency.  He has now penned this book, his first, Moving Forward. Malays for the 21st Century.  It is a slim volume but he covers the major issues confronting Malays specifically and Malaysians generally, the title notwithstanding.

The subtitle may be a yawner to some, tempting them to pass over the book.  Yes, the perennial “Malay problem!”  A hundred years hence they would still be discussing it, and with the same list of usual culprits to blame:  colonialists, immigrants, our culture, and yes, our genes too!

In the 19th Century there was Munshi Abdullah who blamed our culture, specifically our kerajaan (governance) and by implication, our sultans.  For daring to suggest that we emulate some of the ways of the English, he was dismissed as a brown Mat Salleh (Englishman).  Later there was the scholar Zaaba, pursuing the same theme.  They have not “deconstructed” him, probably because they have yet to read his voluminous commentaries.

More recently there was the poet Usman Awang waxing lyrical of our noble ways and values.  He lamented that if only we were a wee bit kurang ajar (crude)!  Many heeded him and ended more than just a bit kurang ajar; but they remained backward nonetheless.  It was a poor bargain.

Nik Nazmi is a refreshing departure.  He has some profound observations and perspectives that belie his chronological and political youth.  “[T]he future of the Malays,” he writes, “cannot be separated from Malaysians in general.”  That seems obvious, but it is equally obvious that this evident truth escapes our leaders; hence their obsession with such extraneous issues as Ketuanan Melayu.  Nik also challenges the prevailing zero-sum mentality of our leaders, and implicit with our race-based political parties.

Many rate politicians by their soaring rhetoric and oratorical flourishes; I base mine on their ideas and powers of persuasion.  Nik Nazmi is a promising politician.

At the risk of discomfiting him, I am tempted to compare Nik’s book to one written nearly 40 years ago by another not-so-young politician.  It is not so much a comparison as a contrast.  Where Mahathir’s The Malay Dilemma is shrill and emotional, Nik’s Moving Forward is cerebral and rational.  While Mahathir irritates, Nik Azmi persuades; while Mahathir excoriates, Nik conciliates.  Nik beckons us to share his dream of Malaysia.

Apart from the expected territories like NEP and race-based politics, Nik Nazmi covers education, Islam, and family life, and their impact on Malays and non-Malays.
           
On NEP, Nik Nazmi hews closely to his party’s position, and that held by many Malaysians, especially young Malay professionals who are rightly fed up with the gross leakages and obscene abuses that have had such a corrosive effect on our character.  These young Malays are disgusted that their genuine achievements are constantly being questioned and tarred by the stigma of special privileges.  I am Malay too, but I am neither young nor live in Malaysia, so I am sparred of that terrible burden.

Nik (and Pakatan) would replace NEP with a race-blind, need-based policy.  I appreciate this sense of social justice but we must remind ourselves that good intentions alone do not make for effective policies.  There are realities to consider.

If it were a choice between eliminating NEP and rioting on the streets, most would make a rational choice:  Keep the damn thing!  The increasing shrill debates on the issue are a hint of things to come.  I am especially nervous when calls for eliminating NEP come from non-Malays, and wrapped in barely concealed sense of racial or cultural superiority.  The political reality is that the constitutional provisions for NEP can only be amended with the consent of the super-majority, and that means with most Malays agreeing to it.

The good news, as demonstrated by Nik Nazmi, is that more and more Malays are calling for exactly that.

More problematic is that a need-based policy would necessarily entail a massive bureaucracy, with resources diverted to administration.  I see this in America.  As Nik noted, the Nobel Laureate in Economics Amartya Sen also voiced similar reservations.

A major and valid criticism of the NEP is that, among others, it creates a class of favored Malays, the UMNO Putras.  We would be na├»ve to think that if we were to extend the policy to other races that we would not end up with an even bloated class of economic parasites, with MCA Putras and MIC Putras joining in.  Avarice and corruption are not vices peculiar only to Malays.

Those reasons notwithstanding, my reservation has more to do with modern economic insight.  While we are aware of the dangers of inequities within a society (vertical inequities), often in a plural society the greater threat is what Oxford economist Frances Stewart refers to as inter-group or horizontal inequities.

Tun Razak grasped this intuitively with his NEP, and at a time long before the concept was even on the consciousness of academic economists.  Give him credit for that.  Stewart’s observation is being validated all too frequently, the latest and most brutal being Sri Lanka.  It is also too close geographically and in many other ways to Malaysia.

A more fruitful approach would be first to plug NEP’s egregious leakages and flagrant abuses.  This is easily achievable and salable as well.  In my book The Malay Dilemma Revisited I enumerated the many ways this could be done, one being the “one bite at the apple” rule.  Anyone who has benefited from special privileges would be banned subsequently from enjoying any of its other provisions.  That prohibition would extend to his immediate family.

Then we could exclude those demonstrably affluent groups, beginning with our sultans and members of the royalty, followed by ministers and top civil servants.  There is no need for income verification or any administrative structure for we are eliminating a whole class of people, not individuals.

The objective is not to corral as many Malays as possible but to have a critical mass of Malays not dependent on the NEP.  Over time, their sense of pride would percolate down such that becoming dependent on special privileges would be viewed disdainfully.

On schools, Nik Nazmi favors a “Unified Stream” with vernacular languages included with the mandatory Malay and English.  That is definitely an improvement.  To achieve that, he suggests giving incentives to these schools.  I agree.  Those incentives must be sufficiently generous and be contingent upon demonstrated results, as for example, those schools having an integrated student body.

Even with a unified stream a large swath of Malays would be left out as they have already opted out of national schools for religious ones.  It is here where Malay minds are being wasted.  What goes on in these schools are nothing more than indoctrination masquerading as education.  Any education reform must address this glaring issue.  One immediate improvement would be to make Islamic Studies only one subject and not the consuming curriculum.  These schools must produce their share of future Malay scientists and entrepreneurs.

The prevailing paranoia and Stewart’s thesis notwithstanding, the greater threat facing Malaysia today is not inter-communal rather intra-communal – specifically intra-Malay – conflict.  The many cleavages are fast coalescing into a major fault line.  We are hopelessly divided on the interpretations of Islam, along political lines and socio-economic class, and by geographic zones.  Even on the simple matter of learning English, we are irreconcilably divided between those who consider that as an invaluable asset versus those who deem it an act of national betrayal.  These divisions are aggravated as there is no moderate center to act as a buffer.

Schisms among Malays are what Donald Horowitz refers to as “indivisible conflicts.”  They are over core values, in contrast to the more readily solvable “divisible conflicts” between Malays and non-Malays, which are essentially over the distribution of government bounties.  You could negotiate the second, but not the first.

It is a truism that once we are aware of a danger, we reduce its risks.  Malaysians are only too aware of inter-racial riots; this awareness reduces the risk.  In contrast, intra-Malay conflict is made that much more probable precisely because we are not even aware of its possibility.  Malay leaders, young and old, novice and veteran, wise and not so wise egg on their followers towards even more dangerous and acrimonious confrontations, blissfully unaware of the mortal dangers.

History reminds us that civil wars are often the most vicious of conflicts.  They are also the most difficult to end, the animosities persisting long after.  Both bear reminding.

Nik Nazmi’s otherwise thoughtful book skips one major issue:  the sultans.  This is surprising as they play such a central role in our lives and culture.  How could we urge ordinary Malays to forsake their special privilege-crutches when our sultans squat at the apex of this huge heap, supported by their golden crutches?  To Malays specifically, the sultans –as individuals and as an institution –remind us that we are still steep in our feudal ways.  And feudalism is the antithesis of modernism.

Perhaps this omission is prudent seeing how easily opposition parties’ politicians get entangled with the sultans these days!

I am glad that Nik Nazmi has found time to reflect, write and share with us his thoughts on these major issues.  Writing differs from other forms of communications, especially the one most favored by politicians:  speeches.  When you write you are alone, there are no adoring crowds egging you on.  Thus what you write reflects more accurately your inner feelings and convictions.  I wish other politicians would emulate Nik’s fine example.  That is the best way for us to size up our leaders, and for them to communicate with us.

Kenali siapa 'Pekung' tu dulu...


Tiada siapa tuduh dia buka ‘Pekung Parti’ tetapi apa yang orang perkatakan dan apa yang sebenarnya beliau sedang lakukan adalah umpama membuka ‘Pekong Sendiri’ – bukan ‘Pekong Parti sebagaimana dakwaan beliau :

Anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta tiada mana-mana pihak khususnya pemimpin PAS sendiri menganggap beliau “membuka pekung” atau membuat kenyataan “menyerang” apabila mempertahankan pendiriannya secara terbuka menerusi tulisan blog.

Nik Amalina, anak perempuan keempat Nik Aziz berkata, beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menjadi terkenal dengan menulis menerusi media baru blog.

“Saya yang dikatakan membuka pekung parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak.

“Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan. Berpadanankah dengan asakan yang saya terima?” kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik ini
. [klik disini]

Tulisan pertamanya mempertahankan suaminya yang kini masih di tengah kontroversi, menyiarkan tulisannya di sini telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang kebanyakannya menghentam beliau.Bacalah pandangan pengunjung diruang komen di blog tadi dan juga di sini .Itu sekadar sebagai tinjauan kita. Jangan mudah percaya bulat-bulat kerana mungkin orang yang sama menghantar beratus-ratus komen...nilailah sendiri.

Ariffahmi dulunya telah menggunakan beberapa bloggers untuk menegakan benang basahnya.Ust Man Pinkturtle telah menyalurkan maklumat ke blogger Ahmed - Pemburu Syahid @ Saynotomunafiqeen dan juga kepada blogger Manjung Mari.Tetapi kini mereka semua sudah senyap menyepi kerana sudah tidak sanggup lagi melayan kerenah Ariffahmi yang kaki b***ng. Ahmed Pemburu Syahid terus terbungkam - tiada entri hingga ke hari ini.

Ahmed tidak berani hendak berhujjah balik terhadap hujah saya keatasnya dan saya masih terus menunggu kalau ada.Tetapi saya sudah beri kata dua kepada Ahmed : samada tukar nama blognya kepada 'Sayestomunafiqeen' atau gi buat blog baru dan remain sebagai penulis blog annonymous sebab namanya kini sudah tercemar gara-gara mahu mempertahankan Ariffahmi. Saya tidak tahu kenapa Ahmed perlu mengambil masa yang begitu lama untuk berfikir dan membuat keputusan.Eloklah Ahmed berfikir dan berfikir dari dulu, kini dan selamanya terus berfikir.....

Ariffahmi inilah sebenarnya 'pekong'. Apabila geng bloggers diatas atau dikenali Geng Ustaz Pill Kuda sudah tidak layan Ariffahmi, dia pun cuba pula untuk membeli 4 orang bloggers di Restoran Taqwa dekat Gombak tetapi misi dan cubaannya itu hampa dan gagal. ( mission unaccomplished !)

Kini jelasnya, tiada lagi bloggers yang sanggup melindungi Ariffahmi yang pernah mendayu-dayu dengan berkali-kali merayu : "Sheih, kesihanilan ana, tolonglah ana..."

Ariffahmi dilihat sekarang ini cuba berlindung dibelakang Bapa Mertua dan Isterinya, anak Tuan Guru.

Bloggers jadi serba salah sebab bila mereka cuba belasah atau menghentam Ariffahmi, (dedah pekong) mereka dilihat seolah-olah menghentam TGNA.Dan apabila mereka menyatakan sokongan kepada TGNA, mereka pula dilihat seolah-olah menyokong Ariffahmi!

Sebab itulah,ramai bloggers (penyokong PAS) yang lebih suka menyepi diri tidak mahu mengulas isu Kelantan.Mungkin itu juga merupakan sebab ramai pemimpin PAS sendiri mengambil sikap yang sama.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut perihal anak seorang Tuan Guru ini; tetapi dalam sudut sebegini, saya lebih menghormati kedua-dua orang isteri mantan dua PM Malaysia,Pn Dr Siti Hasmah dan Pn Jeanne Abdullah yang tidak tersampuk histeria bila mana suami mereka dikecam hebat oleh sebilangan besar rakyat dengan lemparan pelbagai macam tuduhan.

DEB Gagal Sebab UMNO, Bukan Sebab Orang Cina



Faktor utama kegagalan DEB diterangkan sendiri oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty DK dalam salah satu kenyataan beliau:
“The NEP, it must be iterated, was not concerned with making all the bumiputeras earn equally, or share equally, the wealth distributed amongst them. …The intention of the NEP was to create in the bumiputera community the same division of labour and rewards as was found in the non-bumiputera communities, particularly the Chinese. … The equitableness was not to be between individuals, but between communities” (Mahathir Mohamad, 1998, The Way Forward, London: Weidenfeld & Nicolson.pp. 33-34).

Terjemahan: DEB, dan ini mesti ditekankan, tidak pernah mengambil kesah untuk memastikan kesemua Bumiputera mendapat pendapatan yang setara antara sesame Bumiputera ataupun kekayaan yang dibahagikan dengan adil di kalangan mereka.

Tujuan sebenar DEB adalah untuk mencipta “division of labor and rewards” seperti mana yang terdapat dalam bangsa-bangsa bukan Bumiputra di Malaysia terutamanya berbanding dengan kaum Cina.

Kesaksamaan dari segi pembahagian kekayaan di kalangan orang Melayu bukan jadi tujuan utama DEB tapi, lebih kepada kesaksamaan pembahagian kekayan antara kaum.


Secara mudahnya, Dr Mahathir mengaku dengan ikhlas bahawa DEB bukan program untuk mengkayakan orang Melayu tetapi untuk mengkayakan ELIT MELAYU.

Itulah sebabnya selepas 30 tahun, DEB telah menemui kegagalan yang amat nyata. Segala wang kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi serta pegangan ekuiti orang Melayu hanya berlegar di kalangan UMNOPUTRA dan elit Melayu semata-mata.

Sepatutnya UMNO dihukum atas kegagalan DEB bukannya diberikan lagi kuasa pemerintahan di atas kegagalan mereka. Tapi, nak buat macamana, orang Melayu ni pemaaf tak bertempat.

PENGALAMAN BERBORAK DENGAN DRIVER TEKSI PULAU PINANG

Beberapa bulan yang lepas saya menghadziri perkahwinan adik saya di Pulau Pinang. Dari bandara, saya mengambil teksi ke hotel tempat rombongan lelaki menginap.

Dalam perjalanan saya berborak dengan driver teksi yang kebetulan anak jati Pulau Pinang. Saya bertanyakan berkenaan program tender terbuka untuk kontrak-kontrak kelas F di Pulau Pinang. Kesemua kontrak untuk Kelas F adalah untuk Bumiputra dan di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, arahan dikeluarkan untuk semua tender Kelas F dilakukan secara tender terbuka.

Terkejut saya apabila driver teksi itu memberitahu bahawa semenjak polisi baru ini, kawan-kawan driver teksi beliau pertama kali dalam sejarah mendapat kontrak Kelas F dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau tambah lagi, bahawa kalau dulu, kontrak-kontrak ini akan disapu bersih oleh kroni-kroni UMNO (atau lebih dikenali sebagai kontraktor2 OKU).

Tapi, sekarang ini orang seperti beliau berpeluang untuk mendapat pendapat lebih sekitar RM3k-4k sebulan dengan kontrak-kontrak Kelas F yang terbuka kepada umum.

Bagi saya, inilah dia DEB sebenar dan kita melihat DEB sedang berjalan dengan baik di bawah DAP. Jelas kepada kita, selagi UMNO memerintah, DEB akan terus gagal kerana DEB pada kita tidak serupa dengan DEB yang difahami UMNO

DEFINASI DEB YANG KITA FAHAM BERLAINAN DENGAN DEFINASI DEB YANG DIFAHAMI UMNO

Bagi UMNO, DEB bererti program mengkayakan UMNO Putra dan elit Melayu. Orang kebanyakan di kalangan Melayu sebenarnya tidak berapa layak untuk mendapat DEB.
Bagi orang Melayu biasa, DEB dianggap sebagai program membantu orang Melayu. Namun, tujuan asal dan murni itu sudah tidak wujud lagi. DEB sudah menjadi alat UMNO untuk mengkayakan kepimpinan dan elit-elit mereka.

Kenapa? Kerana DEB adalah sebenarnya hasil dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang telah diadakan pada tahun 1968. Di dalam Kongress tersebut telah dihadiri oleh melayu dari UMNO, PAS, PSRM, NGO, Akademik, kumpulan agama, kumpulan sekular Melayu dan melayu yang tidak berparti.

DEB bukan projek, dan bukan program yang berasal dari UMNO. UMNO tidak membuahkan idea-idea dan program-program yang terkandung dalam DEB. DEB berasal dari Kongress Ekonomi Bumiputra 1 dan 2 yang diwakili oleh semua orang Melayu.

Dan, sekiranya tidak berlaku penolakan kepada UMNO pada tahun 1969, nescaya UMNO tidak akan mengimplementasi program DEB pun. Sebelum 1969, UMNO telah pun selesa dengan keadaan mereka yang meneruskan dasar ekonomi penjajah.
UMNO melaksanakan DEB demi survival politik mereka sahaja dan bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

Sebab itu kita lihat banyak program2 DEB telah dihapuskan UMNO i.e. biasiswa, Bank Bumiputra dsbnya. Yang tinggal hanyalah program pemilikan ekutiti dan projek kerajaan yang mana program-program ini akan diratah oleh UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu meninggalkan ramai orang Melayu kesusahan.

UMNO PARTI FEUDAL BUKAN PARTI MELAYU

Jadi tak heranlah DEB gagal. Ia bukan program UMNO. Ia adalah program yang dipaksa ke atas UMNO semata-mata.

Kerana UMNO terpaksa melaksanakan DEB, maka DEB diubah kepada program mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu selaras dengan ideologi feudal UMNO.
Sememangnya UMNO tidak kesah untuk memastikan kekayaan di kalangan orang Melayu dibahagikan dengan setara. Oleh kerana UMNO parti Feudal, maka tujuan asal DEB telah di “feudal” kan.

BAGI UMNO, KORUPSI ITULAH DEB

DEB adalah program yang mulia dan berasal dari pemikiran orang Melayu secara keseluruhan tidak kita fahaman politik dan keturunan.

Ia ikhlas bertujuan membantu orang Melayu untuk menjadi bangsa yang dihormati di tanah sendiri. Maka nya, perlaksanaan DEB mesti dilakukan dengan amanah dan cermat kerana kita harus ingat, bangsa lain juga berkorban untuk DEB ini.
Malangnya, DEB dilaksanakan oleh parti yang berfahaman feudal seperti UMNO yang menganggap tuan-tuan dalam masyarakat Melayu adalah seperti raja dan rakyat jelata Melayu keseluruhannya adalah hamba mereka.

Maka, jadilah program-program DEB dijadikan alat kepada mereka untuk menjadi kaya dan terlampau kaya. Majoriti orang Melayu hanya mendapat sisa-sisa yang dilontar oleh puak2 elit melayu ini.

Oleh sebab itu, walaupun sudah lebih 40 tahun DEB berjalan, majoriti Melayu di Malaysia akan keluar negara sekiranya diberi peluang. Perkara yang biasanya berlaku pada orang Cina dan India, sekarang ini menular kepada orang-orang Melayu.

UMNO masih seperti dulu. Menunggang DEB untuk mengkayakan kroni dan elit UMNO. Mereka berjaya meng “hijack” DEB dan memberikan DEB imej yang sangat buruk dan jijik.
Sedangkan DEB adalah program yang mulia lagi terpuji.

Demi untuk membersihkan nama DEB, maka orang Melayu WAAJIBBB menghumban UMNO dalam Laut CIna Selatan.

Tulang Besi

Salahuddin rela jika PAS Kelantan tidak beri tiket PRU-13



Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, Dis 25 — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bersikap terbuka untuk menerima apa sahaja keputusan pucuk kepimpinan PAS Kelantan sama ada mahu meletakkan lagi calon luar di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya memang diamanahkan oleh parti untuk mewakili kawasan Kubang Kerian dan saya memang terbuka, bersedia untuk menerima apa sahaja tindakan, keputusan yang bakal dibuat oleh parti (PAS Kelantan),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihaknya akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di negeri itu.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.
“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya serahkan kepada keputusan Tok Guru Menteri Besar,” kata beliau, anak kelahiran Pontian, Johor.
Salahuddin pertama kali diturunkan di Kelantan pada pilihan raya umum 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi Kubang Kerian pada Mac 2008.
Pada tahun 2004 Salahuddin merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS dan Jun lalu beliau memenangi jawatan Naib Presiden.
Selain Salahuddin, antara pemimpin luar yang kini menjadi ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Hatta, kelahiran Perak, yang dihubungi enggan mengulas manakala Nasharudin pula tidak dapat dihubungi.
Nasharudin yang turut menjadi sasaran Nik Aziz, yang meminta agar diadakan muktamar agung khas dua bulan lalu untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin kanan bermasalah, berasal dari Negeri Sembilan.

Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said

"Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.

Pas Kelantan Jangan Berfikir Ke Belakang


PILIHAN RAYA umum ke-13 masih jauh lagi. Paling cepat pun ia mungkin akan diadakan 2011 dan paling lambat 2012. Kalau Najib Razak merasakan projek 1 Malaysia berjaya dan mendapat sambutan mungkin ia boleh dipertimbangkan untuk diadakan pertengahan tahun ini. Tapi saya tidak kira dalam keadaan UBN penuh bermasalah, bernafas semput kini Najib berani mengambil risiko.
Makanya, tempoh agak sesuai ialah pada tahun 2011. Waktu itu pun kalau benih projek 1 Malasyia yang ditabur kini sudah mula cambah. Dan kalau keadaan ekonomi yang kini sedang dipupuk menjadi, maka kemungkinan pilihan raya pada 2011.

Ertinya masih ada dua tahun lagi. Masih ada ruang dan kesempatan kesemua parti memperbaiki diri dan memperkukuhkan keadaan serta mengatur strategi ampuh.
Tetapi Pas Kelantan sudah berfikir jauh mengenai hal ini bila mana sudah ada cakap-cakap mengenai pilihan raya akan datang. Pas Kelantan sudah mula membayangkan sama calon luar akan dicalonkan semula atau tidak di Kelantan pada pilihan raya akan datang.
Walaupun hal ini ditimbulkan oleh bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraq di mana wibawa politiknya boleh dipertikaikan tetapi kerana Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri ikut turut sama memberi komen maka ia dilihat sesuatu yang penting. Apa lagi dalam komen itu Nik Aziz menyebut Pas akan memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk menjadi calon.
Saya tidak faham kenapa tiba-tiba Pas Kelantan bercakap mengenai calon walaupun pilihan raya masih jauh. Rasanya tidak wajar ditimbulkan soal itu apa lagi Pas kini berdepan dengan berbagai masalah dalaman dan luaran yang harus diselesaikan segera.
Pada saya Pas tidak perlu persoalkan sama ada hendak kekal calon luar atau utamakan anak tempat. Tetapi apa yang penting menyelesaikan kemelut yang di hadapi Pas kini. Apakah Pas Kelantan khsusnya Nik Aziz sendiri tidak merasai bahawa mereka penuh bermasalah kini? Janganlah disebabkan kita dipuji siang dan malam menyebakan kita alpa kepada permasalahan yang melambak di depan kita yang akhirnya boleh memusanahkan diri dan parti.
Dalam hubungan ini pada saya, semua pihak adalah lebih baik memikirkan mengenai kedudukan Nik Aziz. Fikir dan putuskan dulu siapa yang akan mengambil alih kepimpinan Pas Kelantan. Itu lebih awla dan afdal daripada memikirkan sama ada hendak orang luar atau orang dalam bertanding di Kelantan. Kedudukan Nik Aziz dan masa depan lebih penting dari menentukan apakah import atau exsport orang orang luar.
Kalau pun Mat Iraq gatal mulut hendak bercakap soal tidak mahukan orang luar, tetapi tidak seharusnya Nik Aziz turut ‘gelenyer’ untuk mengulas. Kerana setiap apa yang diulas dan diucapkan Nik Aziz nanti ia akan menjadi isu kerana kata-katanya sangat berbiasa. Dalam hal ini lebih baik Nik Aziz memikirkan soal diri sendirinya dan tidak usahlah bercakap soal yang dibangkitkan Mat Iraq itu atau soal-soal diluar dirinya.

Yang perlu dipertimbangkan Nik Aziz kini ialah samada ada Husam Musa, Ahmad Yaaco atau pun Mohd Amar Abdullah menjadi MB. Beliau kena selesaikan ini dahulu sebelum cuba menimbangkan mengenai terima atau tolak calon luar. Kalaupun orang luar tidak bertanding di Kelantan dan isu siapa MB ini tidak selesai, ia dikira akan mendatangkan masalah kepada Kelantan. Makanya berikan keutamaan kepada masalah yang utama dulu.


Nik Aziz sendiri tidak payah berdolak dalih dan sayangkan kerusi lagi untuk melepaskan jawatan atau melakukan peralihan kausa dengan baik demi masa depan Pas. Masa tidak menanti terlalu lama untuk Nik Aziz berbuat demikian.
Alasan bimbang Pas akan berpecah kalau beliau serahkan jawatan dan kedudukan kepada orang lain tidak timbul. Sesiapa juga yang diberikan kepercayaan oleh Nik Aziz orang itu akan dihormati dan diterima sebagai ketua. Selagi mereka jujur, ikhlas dan menunjukkan perhatian tinggi kepada perjuangan orang itu akan diterima sebagai khalifah di Kelantan.
Misalnya spekulasi Pas Kelantan akan berpecah dan hancur kalau diberikan kepada Husam ia bukan mutlak. Ini hanya persepsi saja dan permainan pihak musuh. Saya percaya kalau Husam diberikan kuasa dan dilantik menjadi MB tidak ada siapa yang tergamak mencabarnya. Sebab perlantikan itu sebagai amanah. Orang yang mencabar atau sengaja menimbulkan masalah kepada pemimpin adalah mereka yang tidak amanah.
Orang Pas tidak tahu menderhaka kepada pemimpin. Mereka akan menyokong dan berkorban hatta siapa saja yang dipilih secara sah menjadi pemimpin. Hakikat ini seharusnya disedari Nik Aziz dan dijadikan senjata untuk beliau menolak pelbagai teori dan fatwa karut yang disampaikan kepadanya.
Demikian juga kalau diserahkan kepada Ahmad Yaaob, Mohd Amar atau sesiapa saja. Ahli Pas sedia mendokongnya. Cuma jangan saja diserahkan kepada mereka yang jelas tidak berkupayaan dan mempunyai tracak rekod dalam kepimpinan, seperti Abdul Fatah Haron, Ustaz Abdul Halim (To Uban) dan lain-lainnya. Melampaulah bagi orang Pas kalau bersedia untuk menyokong pak pandir atau pak dogol sebagai pemimpin!
Apa yang hendak ditegaskan di sini kebimbangan yang mungkin bersarang di dada Nik Aziz itu, kononya orang tidak akan sokong calon pilihannya dan menyebabkan Pas akan berpecah, hanya ilusi beliau saja. Atau ianya satu momokkan untuk melihat Pas kekal seperti hari ini di mana ia memudahkan musuh menganyang Pas. Selagi Nik Aziz beristiqamah dengan ilusi itu maka gembiralan musuh.
Perkara inilah yang seharusnya dilihat dan diusahakan oleh Mat Daud Iraq, menyakinkan Tok Guru untuk berundur dan bukannya membawa isu relevan atau tidak orang luar bertanding di Kelantan. Masa dan waktu Mat Iraq menimbulkan isu tidak kena. Ia seumpama orang tolol tidak tahu membaca waktu. Cara Mat Iraq itu samalah dengan sikap orang yang berbicara soal babi, tetapi Mat Daud berbicara soal badak; orang rebus ubi Mat Daud tak dak (ubi).
Hari ini terdapat empat wakil rakyat Kelantan - semuanya ahli parlimen dari luar. Mereka ialah Nasarudin Mat Isa (Bachok) Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Sallahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Saifuddin Nasution Ismail (Machang). Kecuali Saifuddin tiga mereka itu mewakili Pas dan merupakan pemimpin tertinggi.

Sallahuddin ialah Naib Presiden Pas, Dr Hatta Bendahari manakala Nasaurddin Timbalan Presiden Pas. Sementara Saifuddin pula Pengarah Pilihan raya Dan Staretgi Keadilan. Apabila hanya mereka yang merupakan calon dari luar maka tentulah sasaran dalam isu itu kepada mereka.

Apakah hambatan bagi Mat Daud dan Nik Aziz berhubung calon luar ini? Perbicaraan mengenainya rasa tidak sesuai. Dalam konteks Pas kini menjadi parti nasional dan global, dan baru selesai melangsungkan konvensyen Pakatan Rakyat, seharusnya Mat Iraq dan Nik Aziz sendiri tidak terkapit dengan sikap kadaerahan. Apa bezanya orang luar dengan anak tempatan. Anihnya dalam sesuatu hal Nik Aziz jauh ke angkasa tetapi dalam soal calon ini beliau kembali bertapa di lubang tempayang politiknya.
Yang perlu ditinjau di sini ialah pencapaian dan peranan mereka seagai anggota Parlimen. Jangan beza dan pisahkan sempadan pensyariatan mereka. Perhatikan apakah yang mereka lakukan di Parlimen. Sehingga ini pada saya kehadalan mereka berempat di Parlimen tidak terkalah. Mereka malahan lebih aktif dan responsif mengenai isu-isu yang timbul berbanding dengan ahli Parlimen lokal sendiri.
Cubalah tengok handsard Parlimen siapa yang banyak bercakap, membawa suara rakyat, mencambahkan idea dan isu dalam membangkitkan kepentingan rakyat di Parlimen, isu ketidakadilan, royalti petroleum dan sebagainya. Apakah Wan Rahim Abdullah (Kota Bharu), Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chpa), Muhammad Hussin (Pasir Putih), Abdul Aziz Kader (Ketereh), Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang) ataupun Sallahuddin Ayub (Kubang Kerian), Hatta Ramli (Kuala Krai) Nasarudin Mat Isa (Bachok) atau Saifuddin Nasution (Machang).
Kita kena ukur dengan akal bukannya ukur dengan sentiman dan semangat kedaerahan yang bolos kerana ia tidak akan membawa kita ke mana.
Kalaupun wakil rakyat itu anak tempatan tetapi tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian KPI yang baik ia tidak memberi apa-apa kebaikan dan keuntungan kepada Pas dan rakyat. Bahkan mereka ini perlu ditukar dengan orang luar yang berketrampilan.
Mungkin kalau menuntut anak tempatan untuk kerusi DUN ada benarnya. Sebabnya kemenangan DUN panting untuk membolehkan Pas menguasai negeri. Lagipun menurut perlembagaan tubuh Kerajaan Kelantan hanya anak Kelantan saja boleh menjadi MB.
Adalah diharap isu-isu soal calon luar dan calon tempatan ini tidak ditimbulkan lagi apa lagi dalaam saat Pas sedang menuju era perubahan ke arah memerintah Malaysia. Sesiapa pun boleh menjadi pemimpin di mana saja selagi dia layak dan beriman dan bertakwa. Kalau dilihat kepada sejarah Islam, penguasaan empayar Islam di seluruh dunia leih 1500 tahun dulu bukannya dicapai oleh anak tempatan tetapi oleh pemimpin luar yang beriman dan bertakwa. 

MSO