Rabu, 23 Disember 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat: Paradigma baru politik negara

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan.  Sudah tentu UMNO dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan.  Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan.  Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya.  Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain.  Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam.
Yang paling ketara dan jelas ialah Pakatan Rakyat; DAP, KeAdilan dan PAS, telahpun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok - menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari dengan kehendak agama dan kepercayaan kita; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat; dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa.  Ini adalah paradigma baru dalam politik negara.
Apa yang bakal menjadi cabaran kepada kita bukanlah menangani dakyah UMNO (walaupun ini memang perlu dilakukan) tetapi seperti kata Pemuda PAS, kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja.  Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut.  Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza.
Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina.  Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil.  Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi.  Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.  Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia.  Kita perlu buktikan muafakat sejati di antara kaum.  Kita perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama.  Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua.
Perkembangan dunia hari ini akan membawa perubahan nilai di negara kita.  Usaha-usaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan taraf hidup mesti dibawa bersama dengan hak-hak keadilan, demokrasi dan kebebasan.  Nilai inilah yang berpihak kepada kita.
Jika kita kuat berkerja, hasilnya juga lumayan.  Tetapi bukanlah untuk orang-orang politik mendapat kuasa.  Lebih penting hasil ini adalah untuk rakyat menikmati pembaharuan yang kita perjuangkan.  Kita bukanlah mahu berubah semata-mata untuk perubahan.  Tetapi kita berubah untuk menjadikan negara dan masyarakat kita berada di tahap lebih baik.
Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa semakin ramai orang-orang Melayu Islam telah menyedari bahawa masyarakat yang bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi merupakan tuntutan utama dalam Islam.  Apa jua label atau slogan yang dilaung-laungkan tidak akan sama apabila dibandingkan dengan amalan sebenar yang berteraskan nila-nilai murni yang dituntut.  Itu adalah Islam sebenar dan bukanlah hanya bercakap pasal hal-hal Islam.  Inilah juga merupakan teras empat perkara pokok yang mahu diperjuangkan atas nama Pakatan Rakyat.
*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat.

Skandal menteri-Artis ke lembaga disiplin UMNO?



Isu hadiah kereta mewah RM1.5 juta seorang anggota Kabinet lelaki kepada artis pujaannya telah perbualan hangat bukan sahaja dalam dunia media malah perkara ini dipandang serius oleh pimpinan Umno.
Seorang pemimpin tinggi parti berkata secara peribadi kepada Suara Keadilan menteri kanan tersebut perlu membuat penjelasan supaya imej dan nama baik Umno tidak terjejas.

Dalam nada yang lebih serius pemimpin itu tidak menolak kemungkinan isu tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno untuk dibincangkan dan diambil tindakan lanjut.
Sebuah blog pro-Umno sebelum ini telah mendedahkan identiti serta artis terbabit dan menggesa menteri kanan tersebut segera membersihkan nama beliau.
Berdasarkan komentar selamatkanumno.blogspot.com pemimpin Umno itu berasa tidak yakin skandal menteri-artis itu akan mendapat perhatian pucuk pimpinan parti kerana ia mungkin melibatkan juga Perdana Menteri.
Isu hadiah mewah menteri kanan tersebut menjadi perbualan mulut wartawan media hiburan tempatan apabila artis popular itu dikatakan “menayangkan” kereta barunya kepada rakan artis dan wartawan.

Misteri hilang Enjin: Keselamatan Negara Terbukti Lemah

 Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 23 Disember : Penglibatan Pegawai Lain-lain Pangkat (LLP) dalam kehilangan enjin pesawat tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyerlahkan kelemahan sistem pertahanan negara ini. Malaysia kini terdedah dengan pengkhianatan daripada pegawai bawahan yang sewenang-wenangnya dapat melakukan pengkhianatan melibatkan keselamatan negara.

Hal ini ditegaskan Ahli Parlimen (MP) Machang, Saifuddin Nasution ketika dihubungi Era Pakatan.

Menurut beliau, sukar untuk rakyat menerima perbuatan ini dilakukkan oleh pegawai bawahan kerana ia melibatkan enjin yang beharga jutaan ringgit. Hal ini bermakna dokumen-dokumen dan urusan penting mengenai keselamatan negara tidak dilindungi dan terdedah. Beliau berpendapat, jika pegawai bawahan yang terlibat, sistem pertahanan negara tidak dilindungi secara total.

"Sukar untuk kita menerima kenyataan ini kerana keselamatan negara kini mungkin akan terdedah kepada pengkhianatan yang lebih besar lagi," jelas Saifuddin.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat dalam kehilangan enjin pesawat ini. Beliau juga menekankan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM yang berniali lebih RM50 juta.
"Dimanakah logiknya sehingga hal yang membabitkan enjin pesawat yang bernilai jutaan ringgit tidak diketahui oleh pegawai atasan. Ini menunjukkan tidak ada pihak atasan yang bertanggungjawab berhubung inventuri hak kerajaan.
"Apakh ini juga membuktikan semua kementerian dalam kerajaan menggunakan prosidur yang sama sehingga tiada pihak atasan yang terlibat atau apakah ada usaha untuk melindungi pihak atasan ini," kata Saifuddin yang juga Pengarah Pilihanraya Pusat, PKR.
Mengulas mengenai kenyataan Ahmad Zahid yang menyuruh semua pihak supaya percaya kepada siatan pihak polis sahaja tanpa perlu menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

"Saya berpendapat Suruhanjaya penting kerana tidak memadai polis sahaja dalam menyelesaikan isu ini. Hal ini kerana ia melibatkan pengkhianatan negara. Isu ini adalah isu besar melibatkan keselamatan negara. Akibat perkara ini Malaysia menerima imej buruk di mata dunia luar.
"Mengapa kerajaan dilihat begitu fobia dengan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sesuatu kes sedangkan semua pihak menyedari keberkesanan suruhanraja diraja. Apakah ada agenda dan perkara besar yang cuba di lindungi oleh kerajaan ," jelas Saiffudin lagi.

Bagi Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pula berpendapat kenyataan Ahmad Zahid ini hanyalah untuk mengaburi mata rakyat.
"Hal ini kerana sudah tentu individu di peringkat atasan yang terlibat dalam hal ini. Kerana itulah Kerajaan Pusat mengelak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja.
"Inilah helah yang selalu digunakan untuk menutup sesuatu kes dari pengetahuan rakyat. Kalau benar Perdana Menteri mahu mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran, inilah masanya untuk dibuktikan bagi memastikan kementerian yang pernah di terajui Najib benar-benar bebas dari sebarang penyelewengan.
"Jangan hanya berani menuduh ikan-ikan bilis dan pegawai bawahan sedangkan pegawai-pegawai atasan di lindungi," katanya yang juga Adun Pasir Panjang

"Tapi Suruhanjaya Diraja jika ditubuhkan tidak mempunyai apa-apa fungsi. Hal ini kerana sudah tentu ada campurtangan dari pihak lain untuk mempermainkan isu ini," jelas Nizar.

BN takut sekiranya 18 tahun layak mengundi

Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 23 Disember : Kerajaan Barisan Nasional (BN) gusar sekiranya pimpinan Negara akan bertukar tangan sekiranya had umur mengundi dikurangkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Jika had mengundi dikurangkan, sudah pasti ramai rakyat daripada kalangan orang muda yang akan berpihak kepada pembangkang.
Hal ini ditegaskan oleh   Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook ketika dihubungi Era Pakatan.
Menurut Antony, tahap umur 18 tahun sudah boleh diitirafkan sebagai sudah dewasa dan mampu berfikir dengan wajar. Jika dilihat dari undang-undang yang sedia ada juga sudah menganggap tahap umur 18 tahun sebagai sudah dewasa dan mampu membuat keputusan.
“Pada usia 18 tahun sudah mampu menyuarakan pandangan dan hala tuju Negara. Mereka sudah bijak memilih apa yang mereka mahukan dalam Negara. Kerajaan mungkin gusar orang muda sudah mampu menilai segala yang berlaku. Sudah tentu ramai orang muda ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Antony berkata, beliau sudah lama menyuarakan hasrat ini, namun ia langsung diketepikan pihak Kerajaan. Baginya suara anak-anak muda ini amat penting dan mampu menyampaikan suara rakyat yang sebenarnya.
"Usia 18 tahun adalah suara sebenar dari golongan muda yang perlu diambl perhatian. Mereka adalah generasi paling produktif dalam menentukan halatuju hidup mereka dan sekiranya halatuju ini tidak di arah kepada sesuatu yang berguna untuk masa depan mereka maka mereka akan hanyut.
"Umno/BN telah menggunakan remaja berusia 18 tahun ke atas dalam pelbagai program termasuk program khidmat negara yang semata-mata bermotifkan agenda perjuangan BN. PR juga seharusnya menggerakkan usaha ke arah memberikan lebih banyak peluang kepada pelapis muda ini untuk cenderong ke arah masa depan negara yang lebih terurus," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Ketika Konvensyen PR pada 19 Disember lalu, Anthony menyarankan supaya had umur 18 tahun dibenarkan untuk membuang undi apabila PR berjaya menawan pentdbiran Putrajaya nanti. Menurut Anthony terdapat hampir 4 juta pengindi baru sekiranya usia 18 tahun dibenarkan untuk mengundi.

PR perintah TOL lupus dalam 7 tahun

Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR 23 Dis: Rakyat negara ini akan menikmati pakej percuma ketika menggunakan seluruh lebuhraya selepas 7 tahun memerintah negara. Perkara ini seperti mana tercatat dalam persetujuan bersama Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 19 Disember lalu.
Sekretariat Kementerian Kewangan Pakatan Rakyat, Dr. Zulkifly Ahmad berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai kerana PR melaksanakan dasar kepimpinan yang berintegriti, pro rakyat dan urus tadbir yang baik bagi memastikan kesejahteraan rakyat negara ini terbela.
Menurutnya, jika PR diberi peluang untuk memerintah Malaysia pada PRU ke 13, pihaknya akan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS) dan semua konsesi tol seluruh negara.
“Dasar penswastaan oleh rejim BN terutamanya di era Mahathirisme telah menghasilkan kesan yang buruk kepada rakyat kerana segala projek dilaksanakan ada kaitan dengan kroni dan kepentingan politik BN semata-mata.
"Segala kos telah di ambil perkiraan untuk manfaat semua pihak dalam BN dan pemimpin-pemimpin mereka maka tidak ada jalan lain bagi pihak konsesi selain menaikkan tarif tol yang akhirnya amat membebankan rakyat.
Oleh itu, Insya’allah, sebaik sahaja kita menduduki Putrajaya, kita akan mengkaji keseluruhan projek penswastaan di negara ini termasuk penswastaan air bagi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen (MP) Kuala Selangor memberitahu, dasar menghapuskan tol itu munasabah untuk dicapai dan dilaksanakan kerana ia telah diperhalusi, diteliti dan dirunding secara kolektif oleh golongan yang arif mengenainya dalam PR.
Beliau memberi contoh kerajaan Selangor yang dipimpin oleh PR berupaya untuk mengurangkan cukai air tetapi dihalang oleh rejim BN yang masih memerintah kerajaan persekutuan.
Sehubungan itu, Zulkifly berharap rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada PR agar cita-cita bersama untuk melihat negara ini diurus tadbir dengan baik dapat direalisasikan dengan jayanya.
Terdahulu, dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu, PR antara lain menyatakan bahawa dengan merunding semula segala perjanjian tol di negara ini termasuklah Projek Lebuharaya Utara Selatan (PLUS), tol di Malaysia mampu dilupuskan dalam tempoh tujuh tahun melalui urus tadbir negara yang telus, berintegriti dan bebas dari ketirisan kebocoran.
Ketua Pengarah Audit Negara sebelum ini melaporkan negara kehilangan RM 28 Bilion setahun akibat pelbagai ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.

UMNO Pulau Pinang Lebih Layak Jadi Pembangkang Berwibawa

Gembira dan bersyukur rasanya apabila UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi BN (sebut Barisan Nasional) dari Gerakan (Parti Gerakan Rakyat) atas prestasi Gerakan selama tiga dekad gagal dalam mentadbir negeri itu sehingga jatuh ke tangan pembangkang.
Di dalam sebuah Negara demokrasi, pembangunan mestilah berdasarkan kepada pembangkang yang mampu bersifat kritikal bagi memberi check and balance dalam urustadbir baik.  Pembangkang perlu bersikap proaktif dan memantau setiap langkah pemerintah.  Namun, perkara ini tidak diperlihatkan di Pulau Pinang.
Masalah yang berlaku di Pulau Pinang ialah bila mana Pengerusi BN sebagai pembangkang ialah dari Gerakan manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dari UMNO.  Ini kerana Gerakan tidak mempunyai wakil DUN di Pulau Pinang.
Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin UMNO Negeri dengan alasan jawatan itu telah disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
Kenyataan tersebut sememangnya telah memakan diri sendiri.  Zahid Hamidi menyangkal kenyataan Koh dengan mengatakan bahawa Negara ini bukannya coup d'etat (pengambilan kuasa dengan tidak berlandaskan perlembagaan).

Selepas cadangan itu diperbesarkan oleh media, Gerakan mula cuba menunjukkan taring mereka yang tumpul.  Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow memberi amaran untuk jangan memperlekehkan pihaknya dengan menuntut agar diserahkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang disandang mereka sejak lebih tiga dekad lalu.  Beliau juga berkata pihaknya kini memainkan penting dalam usaha merampas balik kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.
Alasan UMNO untuk ambil alih
Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut jawatan tersebut berkata bahawa tuntutan itu wajar kerana UMNO mempunyai bilangan Adun terbanyak di peringkat negeri iaitu 11 orang dan tiada wakil dari komponen BN yang lain termasuk Gerakan.
Di dalam politik, sungguh banyak kebetulannya.  Zahid Hamidi bersuara mengenai hal ini hampir setiap hari sehinggakan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO menasihati supaya kedua-duanya, Zahid dan Tsu Koon tidak lagi membincangkan perkara itu lagi.
Gembar-gembur ini berlaku apabila umum didedahkan dengan berita kehilangan enjin General Electric J85-21A untuk pesawat pejuang 1-penumpang F-5E Tiger dari Lapangan Udara Sungei Besi baru-baru ini.  Kita juga dikejutkan bahawa rupa-rupanya bukan sebuah tetapi dua telah kehilangan pada tahun 2007 di Butterworth ketika Najib Razak menyandang portfolio Menteri Pertahanan.
Tiba-tiba kedua-duanya bersuara tentang isu Pulau Pinang. Umum ketahui bahawa Gerakan tidak mahir dalam politik rabun-merabun dan menjadi seekor lagi kambing hitam UMNO.
Apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Gerakan akan memakan diri sendiri. Pemangku Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar kiri) berkata kepada media pada 21 Disember, "Jadi, untuk mengatakan Gerakan tidak aktif adalah satu kenyataan sangat mengarut".
Persoalannya, apakah desakan drastik yang dibuat Gerakan sejak tumbang pada 8 Mac?  Antara lain, mereka mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghormati bangsa lain dengan mempamer tanda jalan dalam pelbagai bahasa.  Adakah itu desakan terbaik yang dapat dilakukan Gerakan?  Apakah tugas semudah itu tidak dapat dibuat Gerakan selama bertakhta selama 35 tahun?  Sekelip mata sahaja Timbalan Ketua Menteri, Ramasamy mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggantikan tanda-tanda jalan kepada bahasa lain.  Dan Gerakan terus senyap.

Beza Gerakan dan UMNO

Gerakan sebuah parti berbilang kaum manakala UMNO parti untuk bangsa Melayu dan membuka keahlian kepada mamak seperti Senator Shahrizat Abdul Jalil yang kemudiannya diberi jawatan tertinggi dalam sayap wanita.

Oleh itu, Gerakan akan mempunyai masalah untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat.  Sekiranya rakyat memilih parti berbilang kaum, apakah rasionalnya menukar pangkah kepada Gerakan?  Pengundi akan ternyata memangkah UMNO sekiranya mereka bersifat perkauman.
Gerakan juga mempunyai pendirian berbeza mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (sebut akta zalim) yang meminta agar akta tersebut dipinda.  UMNO mahu ianya dikekalkan.  Gerakan telah membuat pendirian selamat tetapi mereka tidak menyedari pendirian tersebut tidak kuat memenangi hati rakyat.  Mereka seharusnya bersifat tegas; kekal atau mansuh terus.

Begitu juga dengan pendirian mereka tentang kebebasan bersuara.  Mereka kononnya menyokong prinsip kebebasan tetapi bersetuju beberapa buku diharamkan.  Kes yang jelas ialah apabila buku Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism terbitan Sisters in Islam diharamkan.
Koh Tsu Koon (gambar kiri) yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui pintu belakang dengan memasuki Dewan Negara juga menghadapi masalah sebagai menteri.
Beliau yang tidak menyedari bahawa beliau hanya seorang senator cuba menunjuk kehebatan dengan bersuara di Dewan Rakyat.  Tetapi tidak menyedari di dalam Peraturan Tetap Dewan, senator tidak dibenarkan berucap sekiranya bukan mengenai portfolionya.  Dia dikritik hebat kerana tidak muncul di Dewan Rakyat untuk menjawab masalah kementeriannya dan beliau juga jarang hadir di sessi Dewan Negara.  Beliau ternyata gagal dalam KPI-nya sendiri.

Lihat bagaimana reaksi UMNO.  Mereka sanggup mendesak Koh Tsu Koon, Teng Hock Nan (Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan) dan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera Chia Kwang Chye untuk memohon maaf kepadanya.  Kes merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail yang menyifatkan kenyataan bukan Melayu sebagai pendatang.

Ahmad Ismail didapati bersalah oleh Jawatakuasa Disiplin UMNO dengan digantung selama tiga tahun selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi ditarik balik awal bulan ini.  Inilah permainan kabur-mengabur yang dikehendaki dalam Parti seperti UMNO dalam memenangi Melayu.
Pada waktu itu, penyokong Ahmad Ismail (gambar kanan) secara berani mengoyakkan poster Pengerusi BN tanda marah.
Jadi, bagi memperkuatkan kerajaan dan manfaat rakyat, Gerakan gagal dalam mempamerkan sifat proaktif mereka dan memberi kesenangan amat kepada kerajaan negeri yang ada sekarang.  Khuatir dengan kelemahan Gerakan akan menjadi seperti Kerajaan Persekutuan yang berkuasa lebih separuh abad dan dibusukkan dengan pelbagai amalan rasuah.
*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Pakatan Rakyat harus dipantau

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Konvensyen pertamanya pada 19 Disember, yang berlangsung untuk lebih daripada lapan jam.
Kira-kira 1,500 orang mengangkat tangan untuk meluluskan Dasar Pakatan Rakyat, sementara Anwar Ibrahim diterima sebagai ketua umum Pakatan Rakyat.  Jika dilihat pada namanya, Dasar PR boleh dianggap sebagai dasar pemerintahan pada masa depan. Dengan kata lain, seandainya PR memerintah, maka dasar inilah yang akan dilaksanakan.
Dasar PR yang setebal 31 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian, pertama, Demokrasi Telus dan Tulen; kedua, Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil; ketiga, Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan; dan keempat, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
Namun, setelah ditelaah, Dasar Pakatan Rakyat bukanlah satu dokumen dasar pemerintahan yang "sangat terkedepan", masih bersikap "reserve" terhadap banyak "status quo" yang berakar umbi dalam sistem negara Malaysia.  Dasar PR ini hanya menumpu kepada pembaikan dasar, pembetulan penyelewengan BN, atau melengkapkan apa yang belum disempurnakan BN.
Antara yang paling menjadi tumpuan media, malah kritikan NGO terhadap Dasar PR ini adalah ketidakhadiran perkara "memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan", yang hanya digantikan dengan "mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik" yang kabur.
Ada sebabnya di sebalik kekecewaan rakyat lantaran PR tidak menyebut "pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan".  Sebelum dan selepas PRU ke-12, dengan kelantangan yang berbeza, ketiga-tiga parti komponen melaungkan slogan "memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan".  Antaranya, DAP boleh dikatakan kelihatan paling bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu ini.
Tanpa diduga, setelah PR berjaya mencipta sejarah dengan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen, malah memerintah di lima buah negeri pada PRU ke-12, PR mula berdolak dalih dalam isu ini.  PR bukan sahaja tidak mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, malah melanjutkan model BN yang mengagihkan kuota lantikan ahli majlis daerah mengikut parti komponen.

Dalam konvensyen pada Sabtu lalu, DAP seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawabnya kerana tidak menyebut perkara pilihan raya kerajaan tempatan dalam Dasar Pakatan Rakyat.  Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menggulung perbahasan berkata, beliau yakin dapat memujuk pakatan (terutamanya PAS) bahawa mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan itu adalah satu kemestian.
Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar kiri) berkata pakatan yang terdiri daripada tiga parti ini tidak dapat memenuhi tuntutan semua orang.  Menurut beliau, DAP selama ini menyarankan agar pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, tetapi terpaksa berkompromi setelah rundingan ketiga-tiga parti.  DAP terpaksa akur untuk menggantikannya dengan "mengukuhkan istilah demokrasi kerajaan tempatan" yang mencakupi pilihan raya kerajaan tempatan.
Niat DAP untuk mencuci tangan dalam hal ini amat jelas.  Namun, rakyat mungkin masih belum lupa, mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang yang didominasi DAP, malah diketuai Lim Guan Eng sendiri tidak memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan dalam tempoh 21 bulan yang lepas, malah tiada jadual waktu dikemukakan dalam usaha mengembalikan undi ketiga ini?
Malah, rakyat mungkin masih belum terlupa, di negeri Perak yang didominasi DAP sebelum rampasan kuasa oleh BN, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai pernah cuba mengadakan pemilihan Ketua Kampung di Kampung Baru Gunung Rapat, tetapi tidak disokong oleh EXCO Kanan Perak ketika itu, Ngeh Koo Ham yang juga dari DAP.
Sememangnya, tanggungjawab bahawa Dasar PR yang tidak menyebut "pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan" tidak harus dipikul oleh DAP secara bersendirian.  Sebagaimana yang dikatakan oleh ADUN Subang Jaya, Selangor DAP, Hannah Yeoh (gambar kanan), "Jalan PR pada hari ini dibuka oleh rakyat".
Sebagai pakatan politik yang memegang tampuk kuasa dengan laungan reformasi, PR harus menampilkan tekad politik yang lebih teguh untuk menunaikan janji manifesto.  Hanya dengan demikian, PR yang pernah sekali "tercakap besar" dengan rancangan rampasan kuasanya pada 16 September itu boleh terus mendapat kepercayaan rakyat.
Alasan yang diberikan oleh PR tidak lain tidak bukan sekatan daripada Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976, dan kemungkinan halangan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  PR nampaknya tidak sedar bahawa alasan sedemikian sebenarnya hanya mendedahkan bahawa tuntutan manifesto ketiga-tiga parti ketika PRU ini adalah janji-janji yang ditabur tanpa meneliti keadaan sebenar.
Antara tugas penting untuk PR menuju ke arah memerintah adalah memperolehi kepercayaan dan keyakinan rakyat.  Namun, dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan ini, PR lebih sanggup untuk mengukuhkan persepsi yang di-stereotype-kan oleh BN, bahawa pembangkang suka menabur janji sewenang-wenangnya.
Lim Guan Eng pula berkata, "Pakatan yang terdiri daripada tiga parti tidak dapat memenuhi (tuntutan) semua orang".  Walaupun kenyatanan ini diakui sebagai realiti, namun seandainya "realiti" ini menjadi alasan gagalnya PR untuk menggubal dasar tertentu dan menjana reformasi, maka bukankah Barisan Nasional yang terdiri daripada 13 parti politik yang sarat dengan pelbagai aliran dan puak, boleh menggunakan alasan yang sama?  Dengan itu, di manakah kewajaran PR untuk menyeru agar pengundi menolak BN dan memilih PR?
Dasar PR telah dihidangkan.  Tetapi sejauh manakah tekad politik PR untuk mengotakan janji-janji yang ditabur di dalam manifesto masih perlu dipantau dan diberi tekanan, seandainya PR berjaya memerintah di peringkat persekutuan pada PRU yang akan datang.  Jangan pula PR sekali lagi memberi alasan "gagal memenuhi semua orang"!

Is Wee Ka Siong next?

KUALA LUMPUR - Speculation is rife that the next big fish to be hauled up and charged over the PKFZ scandal is Deputy Education Minister Dr Wee Ka Siong.
According to a local news web portal, Malaysia Today, "leaked documents" deposited with the prosecuting authorities had linked Wee, who is MCA Youth chief, to the scandal through his involvement in a consulting firm known as Hijau Sekitar Sdn Bhd.
pkfz-wee-ka-siong.jpgThe web portal alleges that documents show that Hijau Sekitar Sdn Bhd did consultancy work for Wijaya Baru Sdn Bhd on "the feasibility of a new port facility on reclaimed land at the mouth of Selat Lumut in Port Klang" in 2006.
Wijaya Baru, it said, is the parent company of Kuala Dimensi Sdn Bhd, the turnkey contractor which" made PKFZ into a goldmine."
Further, the news portal claimed that Hijau Sekitar, established in 1992, is owned by Wee Ka Siong, who has 49,998 shares. The remaining shareholders are one Lim Kit Siong (50,001 shares) and Wong Woon Ping (1 share).
oc-phang-charged.jpgOn Dec 10, the former Port Klang Authority general manager, OC Phang was charged in the Klang Sessions Court with three counts of criminal breach of trust.
Also charged were were Bernard Tan of BTA Architect on two counts of CBT and 26 counts of cheating, Kuala Dimensi chief operations officer Stephen Abok with two counts of CBT amounting to RM5.4mil. and Law Jenn Dong,the former project director of the PKFZ turnkey contractor,with 24 counts of corruption.
Seven boxes of documents
However, according to the report, the plans by Wee and two of his cohorts went awry after Transport Minister and MCA president Ong Tee Keat "messed up the grand design by opening the can of worms" that became known as the PKFZ scandal.
The report further says that the Attorney-General's Chambers and the MACC "are now poring through seven boxes of documents, seized from the Port Klang Authority's office on Dec 4, to determine the extent of how much Wee breached the Official Secrets Act by acting on classified information."
Highly-placed sources said Wee will also be charged for economic plunder and grand larceny in the first two weeks of 2010, the web portal reported.

Blog Telah Berjaya Mengagalkan Rancangan Menyatukan UMNO Dengan PAS


Dalam kehangatan Konvensyen Blogger PAS yang masih dirasai sampai hari ini, saya terpanggil untuk membuat sedikit komen berkaitan dengan jasa blogger kepada perjuangan Islam dan perjuangan menentang kezaliman dan korupsi di Malaysia.

13 Mei DAN KERAJAAN CAMPURAN UMNO-PAS

UMNO sudah kalah selepas 2008. Mereka sudah tersungkur. Dan seperti tahun 1969, mereka kembali melutut kepada PAS untuk menyelamatkan mereka.
Peristiwa 13 Mei adalah peristiwa yang menyayat hati. Pembunuhan ke atas orang-orang Cina adalah kezaliman yang besar. Ini kerana keadaaan ekonomi orang Melayu pada masa itu terhimpit bukan kerana bangsa Cina. Ia adalah kerana kelemahan UMNO.
Di waktu peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia mengalami peningkatan ekonomi yang amat baik. Ia kerana harga komoditi Getah dan Bijih Timah amat tinggi pada waktu itu. Ia menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang amat besar di Malaysia.
MALANGNYA, segala kekayaan di Malaysia pada masa itu masih berada dalam tangan penjajah Inggeris. Orang-orang Cina tampak seperti lebih kaya hanya kerena orang-orang Cina biasanya duduk di kawasan-kawasan bandar. Dan orang-orang Cina adalah bangsa yang kuat bekerja dan kuat berusaha.

Namun, kekayaan negara tidak dapat digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan melarat pada masa itu. Kerana kekayaan negara kita pada masa itu telah diangkut balik ke England oleh penjajah Inggeris.
Ini adalah rahsia yang UMNO tidak pernah beritahu kepada orang-orang Melayu pada masa itu. Selama selepas Merdeka, UMNO telah menjadi penjaga kepada kepentingan Inggeris di Malaysia serta memastikan penjajah Inggeris tidak dihalang dari merompak harta kekayaan negara kita ini.

Keputusan pilihanraya 1969 amat mengecewakan UMNO. UMNO hilang dua negeri (Selangor dan Perak) serta hampir hilang 2/3 di Parlimen. PAS boleh menang di Parlimen Parit melalui calonnya, Haji Hashim Gera (bapa kepada Setiausaha PKR sekarang ini, Dato Salehuddin Hashim). Biasanya, apabila berlaku undi protes dari orang Melayu, maka kerusi Parlimen Parit akan jatuh pada PAS. Itulah indicator saya.
UMNO menyedari orang-orang Melayu marah dengan mereka dan sanggup mengundi protes terhadap UMNO dalam pilihanraya 1969. Maka, peristiwa 13 Mei telah diciptakan (mengikut Tunku Abdul Rahman sendiri) bagi menyelamatkan pemerintahan UMNO di Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah dari bangsa Cina yang tidak berdosa.

Hakikatnya orang Melayu melarat pada masa itu atas kelemahan UMNO yang menjadi agen British dan barua syarikat-syarikat British yang telah mengaut kekayaan negara ini. Tapi, dengan peristiwa 13 Mei 1969 pemerintahan UMNO berjaya diselamatkan.
Namun, untuk mengembalikan keyakinan orang MElayu pada UMNO, itu adalah satu tugas yang lebih rumit. Maka, pada suatu hari datanglah Arwah Tun Razak dengan helikopternya melawat Dato Asri di Kota Baru Kelantan.

Dan tidak berapa bulan selepas itu, tertubuhlah kerajaan campuran UMNO-PAS di Kelantan dan seterusnya tertubuhlah Barisan Nasional. Iya, PAS adalah ahli pertama menganggotai Barisan Nasional.

Maka, setelah PAS menyelamatkan imej UMNO di kalangan orang Melayu, 3 tahun selepas penubuhan Barisan Nasional, situasi telah dicipta supaya PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Setelah madu habis dihisap, sepah pula dibuang. Itulah dia nasib PAS.

Alasan utama pembuangan PAS dari Barisan Nasional adalah apabila sebuah cawangan UMNO di Johor telah mengambil keputusan untuk membubarkan cawangan tersebut dan menukar cawangan tersebut kepada cawangan PAS. Arwah Dato’ Asri berhujjah bahawa kalau tidak diizinkan ia berlaku, penduduk kampung tersebut mahu menubuhkan cawangan DAP.

Itu sahaja.

PAS, setelah ditendang, menjadi seperti melukut di tepi gantang. Orang Melayu kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional selepas PAS ditendang. Program-program yang diperjuangkan PAS, biasiswa dsbnya, digunakan oleh UMNO untuk mengekalkan kekuasaan UMNO.

Dengan kata lain, PAS telah berjasa besar menyelamatkan UMNO dari pupus. Hayat UMNO bersambung sampai hari ini di atas pengorbanan besar PAS selepas 1969.

BLOGGER MEMAIN PERANAN BESAR

Yang mula mendedahkan perbincangan dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO dengan pimpinan-pimpinan UMNO adalah blogger, bukan akhbar.
Ahli-ahli PAS mendapat tahu perselingkuhan ini melalui para blogger. Hasilnya, berlaku penolakan yang besar di kalangan ahli dan pimpinan-pimpinan peringkat pertengahan. Ia mengagalkan usaha pimpinan2 PAS yang pro-UMNO ini membawa PAS bersatu dengan UMNO.

Kalaulah pada 1969 dahulu ada blog, saya yakin PAS tidak akan masuk Barisan Nasional. Segala usaha perbincangan dan perselingkuhan berlaku dalam gelap.

Kata Ustaz Amaluddin Darus:
Amaluddin Darus telah membuat komentar tentang perjalanan PAS di zaman Kerajaan Campuran-kemudian Barisan Nasional dan selepasnya, antara lain beliau mencatat pada m/s 37-40:

Malangnya, perjuangan PAS bertambah merosot, dan setelah melalui suasana selepas pilihanraya 1969 yang diikuti dengan pengisytiharan darurat dan lahirnya Majlis Gerakan Negara, bermulalah pinang-meminang di antara UMNO dan PAS bagi maksud akan mengadakan kerajaan campuran.

Justera kerana istiadat pinang meminang ini dijalankan secara bisik-bisik di dalam dan di luar negeri, maka sekalipun saya pada masa itu (1972?) berkedudukan sebagai ahli Jawatankuasa Agung PAS, Namun secara resmi baru diberitahu yaitu apabila segala syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan Perikatan, dengan berselindung di sebalik kata-kata perpaduan dan persefahaman di antara Melayu dengan Melayu, yaitu antara PAS dengan UMNO.

Semuanya telah dirundingkan. Dato Mohd.Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Dato Asri, di Petaling Jaya.


Di waktu itu kalau sudah ada blog, nescaya perbincangan secara rahsia seperti ini dapat didedahkan awal dan percubaaan untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dapat dihalang. Seterusnya PAS akan berjaya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan menggantikan UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu dan Islam di Malaysia.
Ini kerana sejurus selepas PRU 2008, perbincangan dalam gelap telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang pro UMNO. Sama seperti selepas PRU 1969. Dan, takdir tuhan, perbicangan tersebut mula didedahkan oleh Al Fadhil Bakar Haq@ Penarik Beca.

Blog2 yang mulanya menjadi pendokong PAS, sedikit demi sedikit mengubah arah dan akhirnya majoriti blog bergabung menentang usaha berkhalwat dalam gelap antara pimpinan2 PAS pro UMNO ini dengan UMNO sendiri.

Pihak pimpinan2 PAS pro UMNO terpaksa mengubah helah. PAda mulanya, mereka sebut, MUZAKARAH, lepas tu KERAJAANG PERPADUANG dsbnya. Alasan demi alasan tapi intinya tetap sama, yakni mahu bekerjasama dengan UMNO.

Untuk menutup malu, puak2 pro UMNO dalam PAS membuat beberapa tuduhan liar:
a. Bloggers menyebar fitnah. Walaupun benda yang bloggers sebut tu benar dan fakta, tapi ia tetap fitnah.
b. Bloggers memecah belahkan parti kerana bercakap benar???
c. Bloggers tidak hormat Presiden. Kalau tak hormat baik keluar parti (macam parti ni bapak dia punya)
d. Bloggers takda akhlak jemaah
e. Bloggers tak wala’


Semua ni tuduhan-tuduhan orang yang lemah akal fikiran kerana mereka tak belajar sejarah. Mereka tak suka orang nak menyedarkan mereka dari ditipu. Mereka suka ditipu dan diperdaya orang. Bila ada yang mahu menyedarkan mereka, mereka marah pada orang yang cuba menyedarkan mereka.

Sekarang ni tumpuan kemarahan pimpinan2 PAS adalah kepada blogger2. Sama seperti kepimpinan2 UMNO sebelum 2008, pimpinan2 PAS ini pula sedang memusuhi serta cuba menjatuhkan imej blogger.

Saya memuji kerajaan Negeri Kelantan kerana mereka tidak mahu mengikut angin PAS Pusat. Kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan menjadikan blog sebagai sumber muhasabah yang utama.

Saya baru dapat maklumat (tunggu kesahihan maklumat ini kelak) bahawa isu peniaga Baazar Tok Guru telah dibawa ke dalam mesyuarat exco oleh Tok Guru sendiri. Dan mesyuarat Exco mengambil keputusan untuk menolak keputusan yang dibuat oleh PMBK dan kembali kepada tawaran asal yang dibuat Tok Guru dahulu.

Dan semua masalaah2 yang dinaikan dalam blog berkaitan Kelantan sekarang ini dibincangkan dalam mesyuarat Exco (mana yang ada asas la, kalau dari blog UMNO buat apa nak bincang, fitnah aje).

Kalau begini trend Kerajaan Negeri Kelantan, alamat lagi 50 tahun pun UMNO akan menonggeng kat Kelantan. Kerajaan Negeri yang dengar cakap blogger adalah kerajaan negeri yang sensitif dengan perasaan rakyat jelatannya.

Kalau tak dapat selesai masaalah pun takpa, sekurangnya kerajaan negeri boleh bersimpati dengan nasib rakyat yang menderita. Itu pun dah cukup. Masaalah tidak akan dipendam tetapi akan cuba diselesaikan hasil dari tindakan para blogger.
Sedih di PAS Pusat, blog cuba di kaitkan dengan fitnah. Kertas Kerja kedua Konvensyen Blogger pun pasal fitnah dan blog.

Padahal blog yang kuat sebar fitnah akan tersisih dengan sendiri. Masyarakat blog ni masyarakat yang membaca dan berfikir. Susah nak tipu diorang.

Sepatutnya PAS Pusat dan Presiden PAS kena ikut jejak langkah Tok Guru. Saya jamin populariti PResiden akan melonjak naik selepas itu.

Tulang Besi

Sikap Dr. Rosli wajar dipuji- Ahmad Baihaqi



KOTA BHARU, 23 Dis: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika dihubungi melahirkan rasa bangga terhadap bekas Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Rosli Allani Abdul Kader yang sanggup meletak jawatan kerana tidak mahu mengaitkan parti dengan masaalah peribadi.


Menurutnya, tindakan itu sebenarnya amat wajar dipuji walaupun ianya bukan bermakna sebagai tiket untuk membuktikan bekas anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS itu telah melakukan kesalahan.

“Bagaimanapun berhubung masaalah peribadi yang dihadapinya kini kita memang benar-benar simpatilah dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas berhubung kesediaan Rosli untuk terus bersama parti walaupun melepaskan kesemua jawatannya, beliau berkata hasrat itu amat wajar dipuji biarpun berhadapan dengan masaalah peribadi, namun beliau tetapi istiqamah dalam perjuangan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, memberitahu beliau belum menerima surat perletakan jawatan dari bekas Rosli.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu bagaimanapun memberitahu, sebelum beliau (Rosli) mengumumkan perletakkan jawatannya semalam, pada malamnya Rosli ada menghubunginya mengenai hasratnya untuk melepaskan jawatan.

“Selepas itu dan sehingga sekarang, saya belum lagi menerima sebarang surat perletakkan jawatan sebagaimana yang dimaksudkan,” ujarnya.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini ketika diminta mengulas berhubung perkara itu bagaimanapun enggang mengulas lanjut.

Menurutnya, ia adalah masaalah peribadi dan amat wajar diselesaikan secara peribadi.

Semalam, Rosli yang juga bekas Pegawai Khas salah seorang anggota exco kerajaan negeri mengistiharkan perletakkan semua jawatan yang disandangnya sewaktu sidang medianya.

Dr Rosli sebelum ini telah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Kecurian Enjin F-5E memalukan negara- Nik Aziz



KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini.

Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, injin berkenaan tidak akan dicuri sekiranya tidak mengamalkan rasuah atau melindungi kes berkenaan dari pengetahuan umum untuk tujuan tertentu.

“Senyap ni sebenarnya satu kecelakaan pada rakyat dan kerajaan, kenapa selepas dua tahun perkara itu berlaku yangmana Menteri Pertahanan sewaktu itu dipegang oleh orang lain, baru sekarang terdedah,”ujarnya.

“Betullah kata Tun Mahathir Umno ni perasuah, bahkan ianya sudah buruk sampai ke usus serta tidak boleh dibaiki lagi,  macamana sebuah perkara yang begitu sensitif, injin kapal terbang TUDM boleh dicuri,”ujarnya.

Katanya, rayat sebenarnya harus mengakui Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara kerana telah terpalit pelbagai masaalah individu, parti, rasuah, korupsi dan seumpamanya.

“Sudah sampai masanya rakyat menghukum pemimpin BN sekarang dengan menolak parti mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kudis kita naik ke kaki kita boleh berubat, tetapi naik sampai naik ke kaki tak boleh nak ubati lagi macam Umno yang semakin parah, sudah tidak ada gunanya lagi,”ujarnya.

Royalti Belum DiKembalikan - MB Terengganu..!!! Dah tau Najib dan Big mama kaki belit.....yang hanpa percaya pasai ape..????



Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini mendengar penjelasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang menyatakan, rundingan pembayaran royalti minyak masih belum selesai.

Dengan itu mengesahkan bahawa pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu masih tertangguh.

Dengan pengakuan Ahmad itu juga, sekaligus membuktikan penyerahan cek yang dikatakan pembayaran royalti berjumlah RM400 juta oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada tahun lalu adalah tidak benar dan hanyalah lakonan semata-mata.

Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.

"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.

"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung,"ujarnya

Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.

"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.

Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.

Sumber Bernama memetik Ahmad berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.

"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.

Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu. BO

Apabila si bodoh mengepalai agama


Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Dalam banyak hal, sering terjadi orang bodoh mengepalai orang cerdik. Di mana-mana, bila orang bodoh menjadi kepala, maka si cerdik menjadi ekornya. Maka, salahlah bidalan Melayu: ‘Si bodoh makanan si cerdik.’ Kini, ia harus ditukar: ‘Si bodoh memakan si cerdik.’
Dunia hari ini menyaksikan, banyak negara dipimpin oleh manusia bodoh. Bodoh dalam erti kata, mereka bertindak merugikan rakyat, bodoh kerana mereka menjahanamkan negara dan bodoh kerana mereka berkuasa dan bertindak zalim bagaikan tiada penamatnya kekuasaan mereka. Hanya orang bodoh sahajalah yang akan mengaut kekayaan duniawi semahu-mahunya, kerana orang cerdik tahu semua itu akan tinggal kenangan dan jadi warisan sahaja bila kematian menjelma. Sebab itu ada hadis berbunyi: “Manusia paling cerdik ialah mereka yang paling banyak ingat kepada mati.”
Orang bodohlah kini yang menguasai Malaysia dan mengepalai agama. Mereka sangka mereka cerdik, tapi tidak. Mereka bodoh lagi membodohkan orang lain. Para mufti dan tok alim yang hafal al-Quran, hafal hadis dan hafal segala usul fikah dan macam-macam kaedah ilmu lain, hanya menjadi pak turut kepada si bodoh. Sebabnya, si bodoh ada kuasa. Si bodoh boleh menjatuhkan si cerdik bila-bila masa dia suka. Maka, si cerdik pun jadi ekor…macam bidalan orang-orang tua: ‘Anjing yang tercawat ekornya.’ Nampak sahaja tuannya balik…mulalah si anjing menerpa dan ekornya pun terkodek-kodek…alahai kesiannya…manalah tahu, ada tulang saki-baki makanan si tuan yang akan dicampakkan kepadanya.
Banyak sungguh pekerjaan si bodoh kepala agama di negara ini yang menjahanamkan agama. Jika nak disenaraikan, banyak sangat. Ia termasuklah apabila mereka menghalang sesuatu yang agama suruh dan menyuruh sesuatu yang agama larang. Agama larang arak, mereka minum, jual dan buka kilang arak. Agama suruh adil, mereka zalim dan menzalimi sesama umat. Inilah sikap bodoh mereka yang keterlaluan. Mereka pun berkata, mereka bertindak sekian-sekian adalah demi kepentingan bangsa dan agama. Merekalah pemelihara agama dan merekalah ketua agama. Nampak macam merekalah orang yang sayang kepada agama. Lucu…realitinya, mereka adalah si jahil agama, mereka memang bodoh dalam hukum-hakam agama dan mereka dalam banyak hal pun memamh sering membelakangkan agama…tetapi tanpa segan-silu mendabik dada: ‘Akulah pembela agama!’
Akibatnya, keindahan agama hilang dimomokkan oleh golongan ketua agama yang bodoh lagi sombong ini. Islam jadi cacat di tangan mereka. Islam jadi hodoh dan capek dibuat mereka. Islam nampak tak sempurna langsung. Islam jadi agama sempit dan agama picisan. Islam jadi entah apa-apa diselewengkan mereka. Kerana, kebodohan merekalah yang menjadikan Islam begitu. Sayangnya…orang-orang alim yang mengaji agama hingga PhD pun hanya melihat sahaja. Mereka tak berani menegur…mereka diam. Kata orang-orang tua: ‘Diam tandanya reda.’ Anak dara, diamnya tandanya suka. Tok alim diam tandanya apa? Nak masuk neraka?!
Maka, makin bertambahlah kebodohan sang kepala agama. Jika dahulu suaranya jarang berkokok, kini asyik menggelupur sahaja. Itu dan ini, semua mahu disentuhnya. Kononnya, dia kepala agama dan dia mesti tahu segala. Sayangnya, dia tak sedar dia jahil lagi bodoh dan itu menyebabkan banyak tindakannnya salah dan alpa. Sepatutnya, dia merujuk kepada orang alim. Jika mahu dia boleh sahaja menggajikan tok-tok alim mengajarnya agama. Mula kembali dari alif, ba dan ta. Mula balik buka kitab Sifat 20 dan Kerukunan Ibadah. Buka balik kitab akhlak segala.
Sebabnya, bila kepala agama dah alim, barulah layak dia mendabik dirinya kepala agama. Barulah cocok dia didepankan, menjadi imam solat, menjadi imam tarawih dan kepala tahlil aruah…jika tidak, dia tidak lebih kepala agama yang bodoh dan hanya mengaminkan doa. Doa si cerdik yang tercawat-cawat ekornya…ya…yang sering tercawat-cawat ekornya! Kasihan mereka berdua…si tercawat ekor dan si kepala agama…kedua-duanya habuan neraka…nau’zubillah!
Catatan: Aku tulis ni sebab sedih sangat tengok orang-orang agama yang diam seribu bahasa di depan ketua depa sedang depa tahu itu salah dan wajib diperbetulkan! Mafhum hadis nabi: “Ulamak suk (dunia) itulah yang akan menggelincirkan umat di dunia dan pemimpin itulah yang akan mewarnai agama rakyatnya.”

PAS Selangor Bakal Kalah Disemua Kawasan Campuran Dalam PRU13?

Apakah PAS bakal kalah dalam kesemua kerusi DUN yang mempunyai campuran penduduk Melayu, Cina dan India dalam pilihanraya akan datang?

Dalam PRU 12 lalu, dikerusi yang mempunyai majoriti penduduk Melayu, PAS tewas kesemuanya kepada Umno. PAS hanya memenangi lapan kerusi dikawasan yang mempunyai penduduk pelbagai bangsa.

Oleh kerana PAS Selangor yang diketuai oleh Hasan Ali meneruskan garis “Taliban” dan berminat untuk “berkahwin” dengan Umno, tidak mustahil mereka akan kalah dikesemua lapan kerusi yang mereka ada sekarang.Rata-rata rakyat bukan Melayu tidak akan melupakan tindakan Hasan Ali dan PAS Selangor sepanjang pemerintahan PR di Selangor.

Malahan, ramai anak-anak muda Melayu juga tidak akan memberikan undi kepada PAS kerana parti tersebut terutama pemudanya lebih berminat untuk mengharamkan konsert daripada melawan rasuah.

Baca analisis penuh di bawah.

Perkara ini tidak mustahil berlaku. Sindrom PRU 2004 tidak mustahil berulang. Masih ingat PRU 2004?

Apatah lagi dikala negara diperintah oleh seseorang yang tidak akan melepaskan kuasanya semudah dengan pilihanraya. -Amin Iskandar


PAS Selangor at a crossroads?

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, Dec 23 — PAS may end up the biggest losers in Selangor come the next general elections.

The Islamic party, which won eight out of the 56 state seats in Election 2008, in mostly urban or semi-urban constituencies, stands to lose the support of non-Muslims who make up between 20 and 40 per of voters in these constituencies, according to its own ground reports.

PAS contested a further 12 seats in predominantly rural Malay majority constituencies but lost all of them to Umno.

A PAS state lawmaker, who did not want to be named, told The Malaysian Insider that the support the party received from non-Muslims is dissipating.

“I don’t even know if I can retain my own seat in the next general elections.

“I’m on the ground, we meet the non-Malays and know they are not happy,” he said, adding that their main grouse is against the state Pas leadership, which has invited one controversy after another.

Earlier this year, PAS Commissioner Datuk Dr Hasan Ali proposed a beer ban for Muslim-majority areas and moved to empower mosques officials to arrest Muslims caught drinking.

Although PAS attempted to explain that the proposals, which were eventually not implemented, would only affect Muslims, it triggered uneasiness among non-Muslims and created the perception that the party was pushing a hard-line Islamic agenda.

Non-muslims make up 47 per cent of Selangor ‘s population.

Worse still, Hasan has repeatedly clashed with his Pakatan Rakyat (PR) partners.

He made an open challenge in the media calling for his State Executive colleague, Ronnie Liu, to resign for allegedly ordering the Shah Alam City Council (MBSA) to return beer seized illegally from a 7-Eleven outlet.

More recently he caused another stir by undermining the authority of the special select committee for competency, accountability and transparency (Selcat) which was investigating abuse of state funds by former Barisan Nasional (BN) lawmakers just before the general elections last year.

Hasan accused Speaker Teng Chang Khim, who heads the state government watchdog, of bullying civil servants during a public inquiry into the misuse of funds.

“I think we are going to be in trouble if there is no change in direction or in the state leadership,” said the Pas lawmaker.

Ibrahim Suffian from the Merdeka Center for Independent Research who spoke to The Malaysian Insider did not, however, completely share the lawmaker’s pessimism.

“Overall PAS is gaining more support from non-Muslims, more so now after last week’s PR Convention when they reiterated their stand with the coalition.”

Before the March 8 general elections, non-Malay sentiment was to vote for any party which was not in the ruling BN coalition including PAS despite the reservations they might have had about the Islamic party.

In subsequent by-elections, Chinese and Indians, especially in Perak, willingly voted for PAS.

However, in Selangor, he could not discount the negative publicity generated by Pas Selangor including forcing their values on non-Muslims.

“Their urban seats could be in jeopardy.”

Whether Selangor PAS continues to clash with their PR partners and alienate non-Muslims could depend on the party’s disciplinary committee.

Hasan, along with his one-time deputy, Shah Alam MP Khalid Samad, who has openly criticised the former’s policies have been hauled up before the committee for “jeopardizing the party’s image.”

Both men have responded to show-cause letters and the disciplinary committee is expected to decide on the next course of action today.

The committee could decide there is no case to answer, which would lead to status quo in the state leadership, or opt to suspend or remove Hasan as state commissioner, but this is unlikely because of his close links to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who appointed him in the first place.

The most likely outcome could be a face-saving slap on the wrist for either Hasan or for both men.

However, a party insider said this may be enough to get the state leadership to toe the line. -Malaysian Insider


Ulasan GB

Renungilah. Dan pandangan umum menyatakan bukan sahaja PAS Selangor akan bermasalah, tetapi juga negeri-negeri yang pemimpin PAS bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan dulu akan menghadapi masalah termasuk Terengganu dan Pahang.

Forum Pemikiran Politik & Dakwah TG Nik Aziz pada Sabtu lepas di Bangi. Ada apa-apa yang istimewa ke ??

oleh ali Bagan Utrama
Den amik gambar banner pakai kamera adik den. Tarikh dan masa adalah benar seperti yang tertera. Kemalangan yang berlaku di Bagan sudah diteladani. Ha Ha Ha. Boleh klik kat semua gambar yang ada kat entry ni untuk super duper besar. Entry lain pun boleh.

Salam satu Malaysia. Sepatutnya penulis menghadiri Konvokesyen PR, tiba-tiba diingatkan tentang forum ni. Disebabkan rumah penulis dekat dengan Bangi, maka ke Bangi la kito. Nabi pun ada ajar, kalau nak amik lauk, amik yang paling hampir dengan mu. So, penulis pergi yang paling dekatlah. Lauk tu bai. Ha Ha Ha. Di mana rumah penulis ?? Di Area Fifty One la.

Panelis dan pengganti panelis

Kalau lihat banner, tak payah diajar, tentulah yang hadir ialah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah, paling dibenci oleh Nik Amalina, Yb Hussam Musa dan Ust. Riduan Md. Noor, pentaksub tegar TG Hadi. Alih-alih ...


Woi den salah tompek ko ni. Ado 2 mangkuk tak datang. Tapi diganti dengan cawan. Husam sakit lalu diganti oleh orang yang paling dibenci Ariffahmi, Annual Bakri Haron yang juga dikenali sebagai "pembantu-pembantu sesat ayahanda" oleh Nik Abduh. Mamat ni bikin Salam Kamunting takdo sorang pun pertikai. Den buat salam satu Malaysia, satu Malaysia kritik den. Sobab dio pakai kupiah putih anak tok guru korang double standard dengan den, kamon la. Manakala Ust. Riduan Md. Nor diganti oleh Prof. Madya Badlihisham M. Nasir. Anak M.Nasir tu bai. Ha Ha Ha. Kalau Dr. Abu pun diganti orang memang den claim duit minyak kat penganjur. Minyak mahal woi. Dari Area 51 ke Bangi abih 5 liter minyak pegi balik. Itu tak termasuk duit tol(Tahan Orang Lalu).

Den pujilah usaha-usaha yang orang Bangi buat bagi menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Ini adalah forum ke-4. Yang datang pun ramai. Makwe-makwe dari UKM pun banyak yang hadir. Diaorang tak reti malu ko, asyik kenyit mato kek den. Macam tu ke diaorang respek orang tampan. Tak patut. Sepatutnya "Bang, bila saya boleh masuk meminang ni. Tak sabar la dengan abang". Tak sabar apo tu bai.

Keunikkan TGNA yang tidak terdapat pada insan lain

Forum ni bagus. Selain memuji TG Nik Aziz, banyak ilmu-ilmu baru den dapat. Annual Bakri Haron mendedahkan bahawa TG Nik Aziz(TGNA) tidak pernah pakai dompet. TGNA hanya pakai sampul surat sebagai dompet. Wow, sesuatu yang baru bagi orang lain tetapi tidak bagi den. Cumo den tak pakai sampul suratla. Beliau juga mendedahkan bahawa TGNA tidak pernah lupa solat dhuha 2+2 rakaat. TGNA bagi beliau seorang yang direct dan simple. TGNA suka tanya soalan-soalan yang simple tetapi menikam. Contoh, baru-baru ini selepas sesi usrah bersama TGNA, TGNA telah mengadakan survey dikalangan ahli usrah. Soalan ditulis dikertas. Berapa kali anda membuat solat tahajud, setiap hari, kadang-kadang atau tak pernah langsung. Lalu kertas diedarkan kepada anak usrah. Soalan seringkas itu pun susah bagi sesetengah orang nak menjawabnya.

Survey Dr. Abu Hasan Hasbullah

Jikalau Mawi dikenali sebagai Raja SMS, Dr. Abu pula den gelarkan sebagai Raja Survey. Rupanya dia buat survey lagi. Ingatkan abis seminar khas dah takde survey. Ado lagi bai. Kali ni survey pasal Kelantan dan populariti TGNA dikalangan remaja Melayu yang bekerja dikilang. Kalau survey pasal Kelantan, Dr. Abu mendedahkan bahawa pembelanjaan isi rumah orang Kelantan amat tinggi. Ringkas cite, orang Kelantan ni kaya raya. Beliau juga mendedahkan semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, buat pertama kalinya TESCO Kelantan kehabisan barang dan stock. Siap buat pengumuman oleh TESCO, "Pliss la, barang kami dah abis bai. Tolong boli kek tompek lain. Stock untuk bulan dopan pun korang dah sapu." Tidak pernah dalam sejarah super market kat Malaysia buat pengumuman barang dah abis. Huiyoo. Bapak kaya orang Kelantan nih.


Bila Dr. Abu dah bukak laptop, faham-faham la korang. Dia tengah baca carta pai la tu. Agak hati den la. Dalam surveynya tentang populariti TGNA, beliau mendedahkan bahawa, dikalangan pekerja kilang remaja Melayu, hampir 70% sokong dan suka TGNA. Bila tang TG Hadi, survey tu terbalik. Kira 30% sokong Hadi. Ini kalau TG Hadi tak paham, den tak tahu nak kato apo lagi bai. Patutlah Ust. Riduan Md. Nor tak datang. Takut kena tibai kot. Ha Ha Ha. Dr. Abu membuat remarks, bahawa PAS bertahan selama ini kerana sosok TGNA dan bukan kerana kepimpinan Ulamak. Anak M.Nasir bantah. Sukati ko la bai. Dr. Abu bawak fact and figure, anak M.Nasir bawak air liur. Lepas tu buat muka cam bagus. Bonci lak den. Takpe-takpe. Ini demokrasi. Kita layan. Ha Ha Ha.

TGNA pandai berpublisiti

Dr. Abu mengakui kebijaksanaan TGNA mendapatkan liputan media arus perdana. Mana mungkin media arus perdana membuat liputan atau publisiti kepada PAS. Tapi TGNA pandai bikin publisiti untuk dirinya dan PAS lalu disiarkan oleh media mainstream. Contoh, bila TGNA kata "Tuhan Samseng". Berhari-hari media memberikan publisiti percuma kepada TGNA dan PAS. Lalu publik tidak akan lupa kepada PAS. Isu tajaan pergi haji misalnya, ia diperkatakan oleh media selama 17 hari. Bagi media baru, sebanyak 25 ribu blog berbicara isu yang sama. Pandai tak TGNA tackle media ?? Pandai la bai. Dr. Abu mendedahkan bahawa crisis is business . TGNA pandai dalam bab ni. Tang point ni den teruja kojap. Selamo ni orang kapitalis je yang pandai buat duit bila datang krisis. "Ooo orang politik pun boleh sobab nak dapatkan publisiti sobab market dia pengundi," kato hati den. Orang Jemapoh kena ulas sikit bondo ni. TGNA pakar dalam bab nak dapatkan publisiti dari media yang tak pernah berpihak kepada beliau.

Pengaplikasian ilmu-ilmu Islam

Selain dari itu, Dr. Abu membuat satu lagi bold remark iaitu TGNA ini adalah satu-satunya ulamak yang mempunyai wilayah pemerintahannya sendiri selepas jatuhnya Empayar Islam terakhir iaitu Ottomon atau Othmaniyyah oleh Sultan Abdul Hamid II. Cuba namakan ulamak-ulamak yang anda kenal, Hasan Al-Banna, Abu Ala Al Mawdudi, Al-Qardhawi, Fathi Yakan dll kesemuanya tidak mempunyai wilayah untuk mempraktikkan ilmu yang ada di dada. Ia habis di medan ceramah dan di dalam kuliah-kuliah pengajian. Tetapi tidak bagi TGNA. Ia mempunyai wilayah untuk mengimplimentasikan ilmu-ilmu yang ada di dadanya. Adalah Dr. Abu sebut tentang sejarah Melayu lama di Pagoh. Den tak berapa nak tangkap sobab perut den dah lapar. Dari potang semalam sampai pagi hari ni den bolem jamah papo. Ok kita terus pada sesi soalan.

Pengalaman Dr. Abu sendiri

Tapi sebelum tu, dulu den ingat(persepsi la ni) Dr. Abu power bab future studies dan kurang ambil berat tentang sejarah. Tetapi persepsi itu diruntuhkan bila melihat beliau beraksi di Astro Awani 7-8 bulan lepas. Den dah lupo Astro Awani tu diskusi bab apo. Sebelum sesi soalan, Dr. Abu telah mendedahkan beliau juga telah menggunakan polisi crisis is business kepada dirinya sendiri. Beliau telah bikin panas bila mengkritik habis-habisan filem Sepet dalam paper. Disebabkan itu Rais Yatim yang ketika itu Menteri Penerangan telah melantik beliau sebagai ahli(Lembaga kot) Finas. "Rais Yatim kenal mana saya ni jika tidak dek kerana kritikan saya pada filem Sepet," kata Dr. Abu sambil poyo. Hoii dah lapar ni, terus pada sesi soalan.


Sesi soalan


Sesi soalan panas sikit la walaupun duduk dalam air-cond. Panas untuk Annual Bakri la sebab dia Setiausaha Politik TGNA. "Anta kah yang dikatakan sebagai pembantu sesat TGNA yang memberikan pendapat yang salah kepada Tok Guru". Haa ambik kau. Boleh tahan gak soalan orang Bangi ni. Sapa suruh jadi S/U. Ha Ha Ha. Tapi Annual Bakri ni jawab relax je. Annual Bakri kata TGNA ni a very good listener person. TGNA dengar pendapat semua orang. Dengar pendapat dia dan para S/U yang lain, dengar pendapat kesemua ahli exco dan juga dengar pendapat ahli dewan harian PAS Kelantan. TGNA gaul semua pendapat itu, kemudian baru dia keluarkan pendapat dia. Si Annual Bakri ni pun poyo gak. Kejap cakap engrish, kejap cakap klate. Kejap slow, kejap pitching dia tinggi. Boleh tahan gak mamat ni bila berbicara. Dialah yang banyak buat lawak jenaka pagi tu. "Bakpo la hino rambut krinting ambo nih," kata Annual Bakri poyo.

Ariffahmi & Kelantan

"Boleh saudara terangkan tentang isu Ariffahmi," tanya penanya. Bula mato semua orang pada Annual Bakri. Orang Bangi jangan buat memain bai. Semua celik IT. Tapi Annual Bakri tenang menjawab soalan tu. Dia pun terangkan yang perlantikkan dibuat on merit. Dia ada Ir. Dia ada pengalaman. Kira si Annual Bakri ni puji si Ariffahmi bagi mempertahankan TGNA. Lepas tu Annual Bakri kaitkan dengan Saidina Abu Bakar sebagai bapa mertua Nabi yang juga Khalifah Islam pertama. Saidina Uthman adalah menantu Nabi dan juga Khalifah Islam ketiga. Audien terpesona dengan cerita Annual Bakri. Walhal den sonang je nak patahkan hujah Annual Bakri, baginda wafat tak tinggalkan wasiat nak lantik siapa jadi Khalifah. Semua lantikkan dibuat selepas nabi wafat. Tapi kira okla si Anual Bakri ni menipu. Kira dia banyak belajar dari Mustafa Ali. Kira menipu untuk mempertahankan maruah TGNA dan Ariffahmi. Padahal Ariffahmi banyak memfitnah Annual Bakri melalui blogger yang diupah olehnya. Sila klik link ini. Jika Sheikh Azidi dikatakan budak Husam, Ariffahmi mempunyai barisan blogger bagi mempertahankan dia. Lebih dari sorang tu bai. Power tak power si Arif ni. Terbaru yang masuk sebagai barisan blogger Ariffahmi ialah Nik Amalina iaitu isterinya sendiri. Dayus betul menggunakan isteri sebagai perisai. KJ takde pun nak gunakan Nori. Takde suruh bukak blog pun. KJ lebih lelaki dari Ariffahmi. Kombang hidung den kojap. Bangga sebagai anak N9. Apa pun den puji Annual Bakri kerana tidak menggunakan medan yang terbentang luas kepadanya untuk mengkritik balik Ariffahmi malah memujinya lagi. Dalam hati siapa yang tahu.

Soalan khas untuk Dr. Abu

Soalan khas untuk Dr.Abu hanya ada satu. Itu pun den yang tanya. Ha Ha Ha. Nak letak kat facebook ke ?? Karang Dr. Abu kenal sapa Ali Baganutama. Payah pulak. Soalan den ringkas je. Hukum hudud sesuai atau tidak dilaksanakan di Malaysia. Soalan den ringkas tapi jawapan dia panjang. Bermula di pergunungan Austria pada tahun 1223(kot?), para paderi berbincang dan bla bla bla. Secular bermula dari ajaran Kristian, agama dijaga oleh para paderi bla bla bla. Tapi bab gunung tu den ado raso lucu. Jauh betul para paderi ni berdiskusi. Atas gunung tu bai. Paderi ni suko main salji kek atas gunung tu ko ?? Punyalah panjang last-last jawapan beliau ialah kena laksana sebab ia adalah perintah dalam Quran. Sangat kontradik dengan surat den kepada Suhaizan Kayat. Klik untuk lihat surat. Atau Dr. Abu tidak boleh memberi jawapan sebenar kerana berada di rumah yang salah ?? Tak kisah lah tu. Malam karang den tanyo kek Dr. Yusuf Qardhawi. Selama ni baco buku Qardhawi, den nak tanya face to face dengan Qardhawi. Kok dapekla. Maso den abih tanya soalan kek Dr. Abu semua orang bula mata pandang den. Tadi diaorang bula mato pandang Annual Bakri, sekarang bula mato pandang den. Biasalah nak glamer kena cipta krisis. Ha Ha Ha.

Artikulasi & Makan

Akhirnya, Dr. Abu sebagai tambahan berkata, TGNA sepanjang dia hidup tidak pernah berkata tentang sesuatu perkara atau isu dengan dimulakan dengan perkataan atau ayat "Saya percaya...", "Saya rasa...", "Saya akan kaji...," dan sama waktu dengannya. Statement Dr.Abu ini diiyakan oleh Annual Bakri. Jawapan TGNA kepada wartawan atau kepada orang lain adalah solid dan menyakinkan. Tiada keraguan dalam ayatnya. Ini menunjukkan TGNA berpengetahuan luas dan yakin terhadap jawapannya sendiri. Dr. Abu mengatakan bahawa dalam PAS jarang ada pemimpin PAS yang pandai berartikulasi(pandai bercakap-cakap atau petah berkata-kata) seperti TGNA. Majlis selesai tepat pada pukul 1 tengahari. Den ingat ado makan-makan. Adoihai. Takdo makan bai. Surau ni lagi bosar dari masjid tompek den, takkan takdo makan. Huhuhu. Lapar perut den maso solat zuhur. Apapun tahniah kepada Surau An-Nur(lebih dikenali sebagai surau harun din) Bandar Baru Bangi kerana menganjur forum sebegini. Nak ramai kono ado makan. Mesti ramai punya.

Isu qazaf: Ketua Kesatuan Ulama Sedunia bela Anwar?



PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.
“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.
“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.
“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.
Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.
“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?
“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.
Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.
Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.
Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Nik Aziz: PAS kaji semula calon luar tanding di Kelantan



KOTA BARU, Dis 23 — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mencetuskan ‘kehangatan’ dalam PAS dua bulan lalu dengan meminta agar diadakan muktamar agung khas bagi menyingkirkan pemimpin-pemimpin bermasalah hari ini melontar pendirian baru.
Kata Nik Aziz, PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.
“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.
Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum  akan datang.
Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di  Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.
Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: “Ikut dialah, itu masalah peribadi.”
Semalam, Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas ekoran masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.
Rosli adalah juga orang yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata : “Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail.”
“Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (PAS) pusat,” katanya.

MB Terengganu: Sumpah saya tidak seleweng



KUALA TERENGGANU, Dis 23 — Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini dikejutkan dengan lafaz sumpah Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi menafikan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau.
Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.
“Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.
“Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat,” katanya.
Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam
pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.
Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.
Sepanjang persidangan sejak tiga hari lepas, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.
Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya.
“Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar dewan.
“Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas, kalau buat tuduhan yang mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang yang berkenaan kerana fitnah. Jangan guna hak istimewa dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan,” katanya.
Sebelum itu, Ahmad berkata sektor pelancongan akan dijadikan sebagai sumber ekonomi penting negeri Terengganu pada masa akan datang untuk mengelak kebergantungan kepada hasil royalti minyak daripada kerajaan pusat.
Katanya kerajaan perlu mencari alternatif jangka masa panjang untuk menjana ekonomi negeri itu kerana minyak di perairan Terengganu akan habis pada suatu hari nanti.
“Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus daripadanya diperoleh melalui sumber kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak lama lagi, Insya-Allah akan menjadi wang royalti.
“Untuk itu usaha yang perlu kita lakukan ialah menjana pendapatan negeri pada masa depan melalui sektor pelancongan dan ia akan diletakkan sebagai tulang belakang ekonomi Terengganu,” kata Ahmad. — Bernama

'Mengapa bapa saya saja pertahan PAS?'

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.

Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.

Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.

Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.

Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.

'Publisiti murahan'


"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat?

"Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.

Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan.

"Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.

Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.

Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi.

Kerajaan sembunyikan pembaziran RM2.4 juta wang rakyat


Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan isu pelupusan dakwat kekal bernilai RM2.4 juta yang tidak digunakan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu daripada pengetahuan umum.

Dr. Hatta yang merupakan salah seorang jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, tindakan kerajaan itu jelas berniat untuk menyembunyikan pembaziran yang dilakukan apabila ianya hanya diketahui umum setelah dibangkitkan pada Persidangan Dewan Negara baru-baru ini.

"Dalam hal ini kita pun tidak sedar bahawa dakwat ini telah dilupuskan begitu sahaja sehinggalah ia ditimbulkan di Dewan Negara baru-baru ini.Jadi ertinya kerajaan cuba menyembunyikan isu ini. Mereka seboleh mungkin mahu menyorokkan isu ini,"

"Jelas ini satu pembaziran akibat perancangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak bijak dalam merancang perbelanjaan wang rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut mempersoal keberkesanan tindakan tersebut sedangkan katanya ianya boleh dijual semula bagi mengelakkan pembaziran.

"Siapakah yang akan bertanggungjawab di atas kehilangan wang kerajaan sebanyak RM2.4 juta ini dan kenapakah dakwat itu tidak boleh dikembalikan dan tidak dijual semula untuk mengelakkan pembaziran,"katanya.

Perkara ini juga tegasnya menunjukkan Kementerian berkenaaan gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang baik.

Ini melibatkan KPI Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPR.Kalau  dalam kes biasa dalam mana-mana jabatan kerajaan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang gagal dalam merencanakan penggunaan  wang kerajaan," tegasnya.

Bagaimanapun beliau berkata, meskipun dakwat itu telah dilupuskan, BERSIH akan tetap menuntut penggunaan dakwat kekal dalam PRU ke-13 nanti.

"Untuk pilihanraya akan datang, BERSIH akan terus menuntut penggunaan dakwat kekal ini. Kita akan mendesak agar SPR membeli dakwat yang baru dan membenarkan penggunaannya," katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata, dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lepas.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegenai keputusan yang dibuat terhadap dakwat kekal yang telah dibeli dan kemudian mahu dijual semula sehingg tarikh luputnya telah berlalu.

Pada PRU ke-12 yang lalu, SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal setelah dituntut BRSIH, namun membatalkannya  di saat akhir menjelang hari pengundian atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau.

Namun sehingga sekarang, kerajaan masih gagal membuktikan kebenaran akwaan tersebut malah tida tangkapan spesifik dibuat terhadap individu yang didakwa melakukan kesalahan itu.