Selasa, 22 Disember 2009

Pas Kena Buat Hisbah Penilaian Terhadap Ahli Parlimen Pas, Adun Dan Exco

Pas perlu buat kajian yang lebih mendalam atau menghisbah seluruh Ahli Parlimen Pas, Adun dan Exco Pas sebelum dan selepas menang pilihanraya pru-12 supaya nampak lebih telus dan bersih sebagai memenuhi dasar Pas yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar Pas. Perkara berikut wajib di ambil kira;

1- Sebagai Ahli Parlimen berapa kekayaan yang mereka perolehi sebelum dan selepas menang pilihanraya. Jika jadi kaya selepas menang pilihanraya, daripada sumber mana kekayaan itu datang. Bagaimana mereka dapat perolehi rumah mewah dan kereta mewah sedangkan mereka hanya sebagai Ahli Parlimen sahaja. Jika sebelumnya mereka adalah ahli perniagaan itu boleh diterima tapi jika tidak ada apa-apa perniagaan setelah menang itu mesti disiasat. Jika tidak hanya umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

2-Sebagai Adun di peringkat negeri tanpa ada sebarang jawatan lain sebelum menang pilihanraya hanya orang biasa tapi tiba-tiba dah menang mampu hidup mewah itu juga boleh dipertikaikan hasil harta yang mereka perolehi. Mampu milik rumah ratusan ribu ringgit, daripada sumber mana mereka perolehi.

3-Begitu juga yang menjawat jawatan Exco sudah tentu ujiannnya lebih besar kerana mereka bertanggungjawab dalam meluluskan satu-satu projek di peringkat negeri. Adakah mereka ikut prosedur atau hanya sekadar meluluskan saja satu-satu projek kerana habuan besar sedang menunggu di belakang pintu. Jangan hanya mengutamakan kontraktor yang pro Umno dan jadi kasihan kepada mereka yang sudah 52 tahun membolot projek kerajaan negeri tapi menyisihkan kontraktor baru yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor dan Kedah.

Kita sering diperdengarkan dengan sejarah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khatab, Khalifah Osman, Saidina Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran dan pemerintahan yang dijadikan bahan kempen dalam ceramah tapi jika yang sebaliknya terjadi amat malang bagi Pas sebagai sebuah Parti Islam.

Siapakah yang lebih telus dalam tiga parti utama Pakatan Rakyat dalam memerangi rasuah? Adakah Pas, Dap atau PKR. Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lepas ketiga-tiga parti itu istihar jihad perangi rasuah, semoga ianya akan jadi kenyataan dan bukan hanya khayalan semata-mata.

Rakyat yang sudah muak dengan Umno-bn hanya mahukan perubahan dalam pemerintahan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bukannya melihat Pakatan Rakyat dan Umno-bn sama saja dalam bab rasuah. -misaimerah

Ulasan GB

MP PAS perlu menunjukkan contoh teladan kepada MP-MP yang lain, terlebih lagi kepada pengundinya dan kepada rakyat seluruhnya.

Itu arahan. Arahan siapa? Arahan dari Allah dan RasulNya.

Firmanullah
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu"
Al-Maidah 1

Sabda Rasulullah s.a.w.

Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut oleh Allah supaya memimpin rakyatnya yang ia mati kerana tiba ajalnya padahal ia telah melakukan kecurangan dalam pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.

Cukup kat situ.

Yang kedua, bagi menghadapi pemrintahaan BN era Najib, MP PAS perlu mempunyai tahap kerja yang lebih baik dari kepimpinan Najib. MP PAS perlu bukan sahaja menunujukkan mutu kerja yang terbaik, tetapi juga prestasi yang cemerlang. Rakyat akan membandingkan pencapaian MP PR dengan MP BN. Rakyat kurang mengerti untuk membanding dasar, yang dilihat Najib ada KPI, ada NKRA, ada 1 Malaysia. Kita tidak boleh setiap masa memperkecilkan idea-idea itu jika kita sendiri tidak mampu melahirkan alternatif lain kerana rakyat memandang itu hasil idea Najib yang dijadikan dasar kerajaan pimpinannya walaupun ada diantara idea itu hanya auta belaka. Hanya gempak pada nama tapi isinya tiada.

Rakyat tidak dapat menerima MP-MP yang tahap kerjanya "mediocre". Yang ponteng. Yang hanya pandai berceramah tapi tak pandai bekerja, yang hanya pandai berpakaian segak tetapi rupa-rupanya bebal, yang diharapkan membela mereka, tetapi rupa-rupanya hanya membela perut dan masa depan politiknya sendiri.

Jadi hubaya-hubaya. Kita dipandang dan dinilai dari segala arah.

Contoh akauntabiliti awam

Orang kata, bila seseorang itu menggelejat tak ketahuan darat dan laut apabila dikemukakan soalan tertentu kepadanya, ia tak ubah seperti pengakuan bersalah (lihat video ihsan Malaysiakini di bawah). Kalau tak ada apa yang nak disembunyikan, jawab sahajalah. Lagi baik kalau dia kata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap si penuduh.

Tetapi apa boleh buat, dewi suci Umno boleh buat apa sahaja termasuk mengetepikan akauntabiliti awam. Dengan contoh akauntabiliti awam sedemikian dalam kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, anda masih fikir kita tak perlu tukar kerajaan?

Mengapa tak jawab seperti Tun Dr Mahathir Mohamad?

Apa pun dalam fikiran kita dan apa juga cerita yang kita dengar, kurang-kurang pun kita boleh baca laporan berikut dalam berita Malaysiakini bertajuk "Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion":Justify Full
Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan.

Mengulas tindakan menahan buku tersebut di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang "perlindungan" daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.
Berkaitan:
Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip' (Malaysiakini 22/12/09)
Rosmah has no time for lies, gossip (Malaysiakini 22/12/09)
Dr M threatens to sue Mkini, Kit Siang, Wain (Malaysiakini 22/12/09)



Najib’s new economic model by end Feb 2010



PUTRAJAYA, Dec 22 — The country’s new economic model will be announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the end of February next year.
He said the new economic model will form the basis and direction of the country’s economy in the future.
“It is a comprehensive model as it does not only cover the economy but encompasses all aspects of a nation’s role.
“I will table it in February next year after it gets the approval of the cabinet ministers,” Najib said. — Bernama

Persidangan Dewan Negara Ditangguh ....!!! Jadi dah rubber stamp la projek 1Malaya...????



KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara mesyuarat ketiga, penggal kedua Parlimen ke-12, selama lapan hari, yang berakhir hari ini telah meluluskan tujuh rang undang-undang baru dan pindaan kepada 12 akta yang sedia ada.
Sejak persidangan bermula 9 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010, Rang Undang-Undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008, Rang Undang-Undang Kewangan (No.2) 2009, Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009.
Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009, Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009 dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009.
Dewan Negara juga meluluskan pindaan kepada Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008.
Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan)2009, Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009dan Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009.
Enam rang undang-undang pindaan yang lain adalah Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009, Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009.
Persidangan Dewan Negara ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan. - BERNAMA

Enjin Hilang: Tiada Pegawai Kanan TUDM Terlibat ...!!! Ha..ha...Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) jauh lebih pro la beb...????



KUALA LUMPUR: Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.
Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas jika ada pegawai peringkat atasan yang terlibat.
"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat.
"Tapi jika didapati ada, sama ada secara langsung ataupun tidak, maka tindakan akan diambil," katanya selepas merasmikan bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.
Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.
Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.
Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.
Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.
Selain itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan mendedahkan mengenai peralatan lain berkaitan yang turut hilang apabila kes ini dibicarakan di mahkamah.
"Kita akan menyebutkan apakah barangan lain selain enjin yang turut hilang jika ada selepas pihak polis bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan.
"Maklumat terpeinci akan di kemukakan sebagai bahan bukti ketika di mahkamah nanti.
"Setakat ini maklumat rasmi yang bolehkan berikan ialah enjin sahaja, yang lain-lain itu akan kita maklumkan di mahkamah," katanya.
Menurut Ahmad Zahid lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti penglibatan sebuah syarikat yang menjadi dalang kepada kes berkenaan.
"Kita telah kenal pasti syarikat itu, mereka berpangkalan di Malaysia, tetapi mempunyai cawangan di negara jiran.
"Mereka ini tidak pernah mendapat kontrak daripada TUDM," katanya.
Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan penglibatan syarikat tersebut kerana didalangi kakitangan dalaman TUDM yang berkemungkinan mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.
Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya telah diarahkan oleh pejabat Peguam Negara untuk menyerahkan butir terperinci yang diperlukan untuk tujuan siasatan.
"Setakat ini yang terbaru kita telah mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya TUDM berikan butir-butir lebih lanjut mengenai enjin yang hilang itu serta dokumen-dokumen yang berkaitan.
"Perdana Menteri juga telah mengarahkan saya supaya menyerahkan penyiasatan ini sepenuhnya kepada pihak polis.
"Dan selepas ini kita serahkan kepada Peguam Negara untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Ditanya mengenai saranan pihak pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat mengenai kes ini, beliau berkata: "Mereka perlu percayakan polis, mereka profesional, dan mereka dah siasat banyak kes-kes besar lain.
"Saya percaya mereka akan lakukan secara profesional," katanya.

MB Jawab Isu Bukit Botak

Ahli Parlimen Selayang, William Leong telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor dan exco untuk mengkaji semula keputusan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih tanah Bukit Botak. Ujarnya kerajaan negeri telah berjanji untuk membenarkan penduduk melantik pemaju untuk menyambung semula projek perumahan Bukit Botak yang terbengkalai sekian lama.
“ Saya juga maklumkan ini kepada Menteri Besar, tapi malangnya Menteri Besar dan kerajaan telah memutuskan untuk mengambil balik. Saya merayu kepada Menteri Besar dan exco mengkaji semula dan mempertimbangkan perasaan penduduk dan cari jalan lain yang ada untuk menyelesaikan perkara ini” ujar William Leong ketika dihubungi oleh Tv Selangor.
Menurut William, kerajaan negeri harus lebih rasional memandangkan tanah Bukit Botak telah menjadi hak penduduk yang telah membayar premium sejak 2005.
Mengulas teguran ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah pengambil-alihan tanah Bukit Botak adalah perlu supaya projek Bukit Botak dapat diselesaikan dengan pantas dan tersusun.
“ Masalah Bukit Botak ialah saya ingat masyarakat belum faham usaha yang ingin dilakukan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri mendapati banyak masalah untuk melaksanakan projek Bukit Botak. Masalah ini ialah pemaju yang diminta untuk menyelesaikan ialah tidak dapat membantu menyelesaikan masalah mereka” katanya.
Khalid sebelum ini meminta William mendapatkan persetujuan daripada penduduk sama ada mahu melantik pemaju sendiri untuk meneruskan projek berkenaan.
Namun setelah meneliti, Khalid mendapati beberapa perkara perlu diambil kira dan jalan terbaik hanyalah dengan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih tanah berkenaan.
“ Yang ketiga ialah terdapat perjanjian yang dinamakan construction agreement untuk membina, antara pemaju yang telah lari dengan pemilik-pemilik tanah. Mereka telah membuat perjanjian dan perjanjian itu hanya boleh dilupuskan apabila kerajaan negeri mengambil alih tanah tersebut” tambahnya lagi.
Malah ujar Khalid lagi, sekiranya penduduk bertegas, maka pemaju lantikan mereka perlu membayar RM48 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang telah mengeluarkan dana bagi meneruskan projek perumahan Bukit Botak.
“ Oleh itu kerajaan negeri berjanji, walaupun kerajaan negeri dikatakan mengambil alih tanah pemilik-pemilik tanah, kerajaan negeri tidak akan menjadikan pemilik-pemilik tanah itu mempunyai hak ke atas tanah tersebut. Kedua kerajaan negeri berjanji, kos-kos jika kerajaan negeri diminta untuk menyelesaikan masalah ini, seperti kos insfrastruktur yang telah dibuat ataupun yang telah digunakan untuk membina jalan oleh PKNS yang berjumlah RM 48 juta tersebut, juga kalau kerajaan negeri menguruskan perkara itu, tidak akan diambil kira” katanya.
Malah kerajaan negeri ujar Khalid, tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripada projek ini.
“ Jadi kerajaan negeri saya anggap mereka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya seperti pemaju-pemaju yang seperti dulunya berjanji tetapi sudah lari”.

Pemimpin Sunnah Wal Jamaah Tegas Anwar Tidak Bersalah



Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.
Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.
Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.
Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.
“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.
Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.
“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.
Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB

Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam


Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu  fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.
Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.
“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.
“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.
Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.
Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.
“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.
“Anwar mempunyai hak syarak  untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata  Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.
Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.
“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB

Budaya ‘makan kawan’ punca Umno / Gerakan berebut - Dr Mansur

 Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 22 Disember : Pertelingkahan berhubung siapa paling layak menerajui komponen BN antara Gerakan dan Umno di Pulau Pinang membuktikan budaya kesepakatan yang diamalkan selama ini hanya bersifat retorik semata-mata. Sebaliknya parti-parti tersebut saling tidak menyenangi antara satu sama lain sehingga sanggup 'makan kawan' apabila berada dalam keadaan terdesak.
" Seharusnya dalam urusan pentadbiran parti, semangat kerjasama penting bagi menjamin kekuatan dan kelangsungan parti di masa bukannya bercakaran bila saat kehilangan kuasa,"
Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Osman ketika dihubungi Era Pakatan. Beliau diminta mengulas perebutan antara Umno dan Gerakan berhubung jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, yang kini disandang oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas ketua menteri yang juga presiden Gerakan – parti yang menerajuinya selama lebih 35 tahun.

Menurut beliau, seharusnya Umno Pulau Pinang membantu rakan mereka yang di dalam kesusahan dan bukannya menambah kesulitan dalam parti.Tindakan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa berganding bahu dan membantu antara satu dengan yang lain.

"Kita dapat lihat tiada semangat kerjasama dalam parti BN. Budaya kawan makan kawan ni sebenarnya sudah menjadi amalan BN sejak sekian lama. Perebutan kuasa dikalangan ahli sendiri jelas menunjukkan perpecahan yang berlaku dalam BN sendiri.
"Ini juga antara bukti bahawa gabungan BN amat rapuh dan hanya bersandar kepada dasar perkauman sempit. Apabila rakyat membuka mata serta melihat skop politik yang lebih menyeluruh dalam kontek masyarakat pelbagai kaum komponen BN menjadi semakin kehilangan arah.
"Bukan sahaja di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain juga akan mengalami keadaan sebegini apabila masing-masing tidak lagi meyakini antara satu sama lain," jelas Dr Mansur.

Tindakan Umno yang menuntut jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang jelas menunjukkan yang mereka inginkan kuasa tanpa ada langkah kerjasama untuk merampas negeri itu. Namun, tindakan itu jelasnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kedudukannya ketika ini. Pakatan Rakyat sentiasa bekerjasama dalam merampas pemerintahan pusat yang diterajui BN ketika ini.

Semalam, Pemuda MIC Pulau Pinang menyokong cadangan  agar pengerusi BN di negeri itu diambil alih oleh Umno, bukan lagi di tangan Gerakan, dalam usaha mereka merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Tindakan ini jelas menunjukkan perpecahan dalam Umno, MIC dan MCA pulau Pinang ketika ini. 

1Pakatan registration: Hadi clarifies

KUALA LUMPUR - PAS president Abdul Hadi Awang has clarified his stand on the 1Pakatan issue, saying his recent remarks meant that Pakatan Rakyat cannot yet be formally registered as the application is still being considered by the Registrar of Societies.
hadi awang 1.jpgAS newspaper Harakah quoted Hadi's political secretary, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar, as saying that the clarification was made to allay any confusion that may have arisen from the president's statement.
"I was contacted by Hadi, who told me that what he had meant to say was 'the formation of the Pakatan Rakyat party, which was agreed to by the three parties in the coalition, cannot yet be formally registered as it is still in the process of being considered for approval by the ROS'," said Ahmad Shamsury.
Hadi met bloggers
Hadi, speaking at a media conference on Sunday after meeting a group of political bloggers, had reportedly said that it was pas-dap-pkr.pngnot necessary to rush into the registration of the coalition.
His remarks came a day after the tripartite grouping had their first convention, where they approved a framework for a common political policy.
Speculations of Islamic principles
Following his statement, several papers and portals speculated that PAS was being hesitant because of it was unsure how the policy would fit into its Islamic principles.
On Monday Opposition Leader Anwar Ibrahim told reporters that he, Hadi and DAP parliamentary leader Lim Kit Siang had already agreed to apply to the ROS for formal registration of the coalition.
Commenting on Hadi's statement, Anwar had reportedly said: "We have to read his statement in the appropriate context because the decision to register Pakatan Rakyat was in our agreement."
He claimed Hadi meant that the detailed plans to formalise the the coalition had not been agreed to yet and would take time. - Malaysian Mirror

Four held over stolen jet engines

Zahid_Hamidi_M KUALA LUMPUR:  Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (picture) says four Malaysian Armed Forces (MAF) personnel have been detained and several others have been identified as suspects in the case of the missing jet engines.
“We have placed them in specific places in the service and have taken action against them," he told reporters today. "They are

still serving in the MAF as we are awaiting investigations from the aspect of armed forces laws."
He said those detained were from the Klang Valley but had links to Butterworth.
He said a company here which buys aircraft engines and has a branch in a neighbouring country was also being investigated.
"The investigation is being done comprehensively and I do not think the aircraft maintenance company is involved directly as it involves a purchasing company that is based here and has a branch in a neighbouring country, he said.
"I think the company has an international network. The engines and equipment are believed to have been sent to a South American country."
He also disclosed that more pieces of equipment had been found missing and that a meeting of the Armed Forces Council would be held soon to discuss the issue.
He said action would be taken against top officers overseeing the fighter jets at the time when the engines were stolen, although he told reporters on Sunday that only low-ranking officers were involved in the scandal.
Describing the thieves as "traitors to the nation" and disclosing that the theft was an inside job, he said he could not confirm whether the engine had fallen into the hands of terrorists.
He said the matter has been handed over completely to the police and that the Attorney-General had released a statement saying the investigations would be complemented with legal proceedings.
“However, I do not want bloggers to try to distort any facts with all sorts of speculation and analysis on the matter," he said. "The Prime Minister and I will constantly monitor the investigation findings.”
He said that although the records and inventory system of the RMAF were in order, traitors would find ways and means to circumvent them just to make a profit.
Asked whether any original equipment manufacturers had contacted the government over the missing engines, Zahid said none had called Malaysia but the ministry had received the technical details of the engine and of other missing parts.
He said the fighter jet was not in the store during the theft but was on its way for maintenance and the culprits had monitored the movement of the jet before the engine was stolen.
He said  his ministry would step up its surveillance on such movements from now on.
A brigadier-general and 40 other armed forces personnel have been sacked over the incident.

Pertandingan satu lawan satu untuk tawan Sabah - Dr Jeffrey

  Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR 22 Dis: Pimpinan PR Sabah yakin akan berjaya menawan negeri tersebut sekiranya strategi satu lawan satu dapat dilaksanakan dalam pilihanraya Umum akan datang.
"Kita kini menuju kehadapan dan sebarang perkara yang berlaku sebelum ini merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi sebagai ahli politik."kata Naib Presiden PKR, Datuk Jeffrey Kitingan.
Menurut Jeffrey, PKR Sabah tidak lagi mahu menolah kebelakang kerana fokus utama pada masa ini ialah bagaimana memperkasakan keahlian parti dipelbagai peringkat bagi memastikan kemenangan PKR dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) di seterusnya menawan Sabah pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, perkembangan terkini di Sabah sejurus setelah tamatnya Konvensyen PR pada 19 Disember lalumenunjukkan rakyat pelbagi kaum semakin menunjukkan sokongan berterusan terhadap parti khususnya melalui gerak kerja yang dilakukan dari segi keahlian dan sokongan di peringkat Pantai Timur dan pedalaman Sabah.
“Bagi PKR negeri misalnya, kita memberi jaminan bahawa perbincangan aktif sesama parti komponen PR dan parti pembangkang lain di Sabah yang berminat bahawa pertandingan satu lawan satu akan dilaksanakan pada PRU akan datang bagi memastikan BN tumbang di Sabah,” katanya ketika dihubungi.
Beliau memberitahu, perkara berkaitan pembahagian kerusi pembangkang di Sabah akan diselesaikan dengan segera dan langkah awal yang aktif akan diatur bermula Januari ini.
Beliau turut menyambut baik berhubung semangat perjanjian Malaysia yang diumumkan oleh PR di Shah Alam 19 Disember lalu yang menjamin hak tanah adat Orang Asal di Sabah dan Sarawak selain royalty 20 peratus diberikan kepada Sabah dan Sarawak jika PR berjaya menawan kedua-dua negeri itu pada PRU akan datang.
Berhubung laporan media yang dimilki keluarga Ketua Menteri Sabah yang melaporkan beliau tidak gembira selepas Konvensyen PKR Sabah Ahad lalu, beliau menyifatkan itu adalah mainan media berkenaan yang tidak senang dengan perpaduan PKR negeri sejak dulu lagi.
Beliau yang kesal dengan laporan itu menegaskan beliau bukan sahaja masih kekal sebagai orang penting PKR malah menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan lebih erat dengan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini selain komited membantu PKR Sarawak pada pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka berlaku tahun hadapan.
Dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, BN memenangi 59 kerusi DUN dan satu oleh DAP. Manakala kerusi Parlimen pula BN mengusai 24 kerusi Parlimen dan satu DAP. Kekalahan teruk PR lalu disebabkan berlaku beberapa pertarungan beberapa penjuru antara sesama pembangkang dan bebas.

Tubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen atau Suruhanjaya DiRaja

Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi (gambar kiri) patut menubuhkan satu Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen atau Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dengan lebih mendalam kes dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang.
Tindakan segera mengaji semula berkesannya perlaksanaan sistem pengurusan penyenggaraan Angkatan Tentera Malaysia mesti diambil oleh Ketua Audit Negara untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau berlakunya penyelewengan dan pembaziran wang awam.
Menurut Menteri Pertahanan, satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan untuk berbincang isu itu tetapi penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen atau Suruhanjaya DiRaja mesti diambil berat supaya siasatan boleh bermula dengan segera.
Demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara, Kementerian Pertahanan harus memberi kerjasama yang sepenuhnya dan akur kepada hasil siasatan walaupun bukan dari pihak Kementerian Pertahanan dan tidak menolak penubuhan satu jawatankuasa atau suruhanjaya atas alasan rahsia rasmi.
Oleh sebab peruntukan Bajet Pengurusan untuk Kementerian Pertahanan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM10.65 bilion dan Bajet Pembangunan adalah RM2.35 bilion, pihak kerajaan harus bertanggungjawab sepenuhnya dan memberi kerjasama supaya siasatan boleh dijalankan dengan lebih tulus dan berkesan.
*Kenyataan media oleh Liew Chin Tong selaku ahli parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Empangan Baram: "Sumpah dari neraka"

Ini bukan anugerah daripada Tuhan, tetapi sumpah dari neraka.  Penduduk di lembah Sungai Baram gagal untuk memahami, bagaimana empangan yang menceroboh tempat kediaman mereka sejak zaman nenek moyang lagi menjadi "anugerah Tuhan" dalam mulut Yang Berhormat.
Tiada dasar yang lengkap digubal untuk menjamin mereka yang dipaksa pindah.  Orang asli yang kehilangan tanah bagaikan kehilangan akar, menjadi mangsa yang terkorban dalam laungan slogan pembangunan oleh kerajaan.
Walaupun tinggal jauh di pedalaman, orang asli yang duduk di lembah Sungai Baram tahu sedikit sebanyak mengenai projek Empangan Bakun.  Maka, untuk sesetengah daripada mereka, penyelesaian dengan perpindahan dan pampasan tidak diterima sama sekali.
Lihat kepada 1,700 keluarga atau hampir 10 ribu penduduk yang terpaksa berpindah ke Sungai Asap kerana Empangan Bakun, mereka lebih sanggup untuk mengekalkan status quo.
Mengumpulkan penduduk yang berselerak di hulu Sungai Rejang ke Sungai Asap, setiap keluarga mendapat sebuah rumah dengan tanah, malah bekalan air dan elektrik.  Tawaran sedemikian seolah-olah seiring dengan langkah menuju ke "tamadun moden", tetapi akhirnya, penduduk kaum asli lebih sanggup untuk meninggalkan kawasan penempatan semula itu, dan kembali ke halaman rumah asal mereka.
Pengajaran dari Empangan Bakun
Philip Jau yang membantah Empangan Baram berkata, menurut Borneo Post pada 6 November, setelah bekas wakil rakyat, Nyipa Batok melihat keadaan Sungai Asap sekarang, beliau menukar pendiriannya yang sebelum ini menyokong Empangan Bakun.  "Beliau memberitahu kerajaan, mereka yang berpindah ke Sungai Asap tidak mempunyai masa depan.  Masa depan mereka gelap.  Kerajaan tidak mengotakan janji."

Pada masa yang sama, ketika Philip Jau (gambar kiri) ditemuramah MerdekaReview berkata, menurut perjanjian antara penduduk dengan kerajaan, penghuni yang berpindah ke Sungai Asap tidak perlu membayar bil bekalan air dan elektrik.  Di samping itu, mereka boleh mendapat rumah yang percuma.  Namun, mereka kini perlu membayar pinjaman rumah sebanyak RM52,000.
"Orang di kawasan Murum memaklumkan kepada saya, ramai orang yang berpindah ke Sungai Asap telah meninggalkan tempat itu sebelum hutang dijelaskan.  Kerana mereka langsung tidak mampu untuk membiayai bil elektrik dan air, apatah lagi pinjaman rumah?"  Sememangnya, selain gagal menjelaskan hutang, pertumbuhan populasi secara mendadak turut menyumbang kepada perpindahan penduduk dari Sungai Asap.
Menurut laporan yang dikemukakan oleh Colin Nicholas dari Center for Orang Asli Concerns pada tahun 2001, penduduk kampung telah bertumbuh dengan kadar yang tinggi, iaitu 40% sehingga tahun 2001.  Rumah yang diperuntukkan kepada orang asli tidak mencukupi.  Selain itu, laporan tersebut juga mendakwa bahawa tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada orang asli untuk kegunaan pertanian tidak sesuai untuk tanaman kerana tanahnya tidak subur.
Oleh itu, Philip Jau berkata, "Isu perpindahan langsung tidak wujud, kerana kami tak mahu empangan!"  Walaupun projek empangan belum dimulakan secara rasminya, tetapi penghuni di lembah Sungai Baram telah memulakan kempen bantahan.
"Sumpah dari neraka"
Pada 16 September tahun ini, sempena ulang tahun ke-46 Hari Malaysia, Philip Jau bersama 14 orang kaum asli dan ADUN Padungan PKR, Dominic Ng telah memprotes di pejabat kerajaan negeri untuk menyerahkan memorandum, tetapi berakhir dengan penangkapan yang menjadi sindiran sinis kepada penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.
Pada masa yang sama, penghuni mendapati bahawa sebelum pembinaan empangan dimulakan, malah sebelum kerajaan memaklumkan kepada rakyat, syarikat kontraktor yang membuat kajian telah memagari tempat tersebut.  Projek empangan tetap dengan langkahnya tanpa mengendahkan hak rakyat untuk mengetahui.
Philip Jau mencadangkan kepada kerajaan, "Hentikanlah segera usaha untuk mencari  tempat pembinaan empangan.  Jangan bazirkan wang lagi.  Biarlah wang dibelanjakan di tempat yang memanfaatkan rakyat, misalnya membina lebih banyak empangan mikro."
Kampung yang didiami Philip Jau dibekalkan dengan air dan elektrik 24 jam.  Tetapi lebih daripada 50 perkampungan di lembah Sungai Baram adalah tempat yang tiada bekalan elektrik dan air.  Malah, di tempat masuk ke kawasan hulu Sungai Baram, iaitu pekan Lapok, peniaga hanya dapat mengumpul air hujan dan menjana elektrik sendiri.
Persamaan yang dikongsi dalam pekan dan kampung ini adalah, tong air besar berwarna biru yang boleh menampung dua atau tiga orang dewasa; dan penjana elektrik yang membingitkan telinga.  Malah, kampung yang lebih miskin seperti Penan, hanya mampu menangguk air perigi dan menyalakan lilin.
Long Pillah yang terletak di sebelah syarikat Samling, walaupun tidak dimasukkan ke dalam kawasan yang mungkin ditenggelami, tetapi berada di sebelah jalan menuju kawasan waduk air.  Menurut perancangan, Long Pillah juga perlu dipindahkan.
Long Pillah ialah satu kawasan rumah panjang kaum Kayan, memiliki sebuah sekolah rendah yang mengekalkan rekod kelulusan UPSR pada paras 70% ke atas setiap tahun.  Sekolah komuniti ini terletak di atas bukit, kecil tapi cantik.  Sebelum hari cuti, muridnya bergotong-royong membersihkan bilik darjah mereka, dengan megahnya menyanyikan lagu sekolahnya.  Sekolah rendah yang menjadi titik pertemuan orang kampung ini akan terbiar begitu sahaja kerana empangan.
Maka tidak hairan apabila Philip Jau membidas hujah ADUN Telang Usan, Lihan Jok, "Beliau kata Empangan Baram adalah anugerah daripada Tuhan.  Bagi saya, ini satu sumpah, sumpah yang datang dari neraka!"
Kandungan projek tidak telus
Tetapi, ada juga ketua kampung yang enggan tampil ke depan untuk menentang "sumpah" ini.  Philip Jau yakin bahawa semua penduduk lembah Sungai Baram menolak empangan, namun disebabkan tekanan kerajaan mahupun kepentingan yang menggodai, sesetengahnya memilih untuk mendiamkan diri atau membantu kerajaan untuk memperdayakan rakyat di akar umbi.
Setakat ini, Philip Jau yang berulang-alik di kawasan tengah dan hulu Sungai Baram telah berjaya mengumpul lebih daripada 3,000 tandatangan untuk membantah Empangan Baram.  Malah, Empangan Murum yang bakal dimulakan telah menerima tentangan daripada 70% hingga 80% penduduk.
"Menurut laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), projek empangan Murum diketengahkan sejak tahun 1985, namun segala-galanya beroperasi dalam kegelapan... sehinggalah diumumkan pada tahun 2007 kepada khalayak... Mereka langsung tidak mahu diketahui rakyat!" kata Philip Jau.
Tinjauan kedua-dua projek di Empangan Murum dan Empangan Baram dipertanggungjawabkan kepada China Three Gorges Project Corporation.  "Isu ini terbongkar ketika mereka berunding dengan corporation tersebut."
Memandangkan Malaysia antara negara yang menandatangani Deklarasi PBB tentang Hak-hak Masyarakat Asli (UN Declaration on the Rights of Indigenous Peoples), Philip Jau menganggap kerajaan perlu meneliti kandungan deklarasi tersebut.
"Apa-apa pun sebelum dilaksanakan perlu direstui rakyat, " katanya.  Kaum asli yang mempunyai Native Customary Land Rights berhak untuk menolak penggunaan tanah oleh kerajaan untuk pembinaan empangan.  Philip Jau menambah, "Apa yang kami mahu bukanlah banyak, kami hanya mahu hak kami dipandang berat (kerajaan), mengiktiraf apa yang dimiliki kami.  Jangan musnahkan segala-galanya." (Bahagian ketiga, tamat)
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.  Laporan ini ditulis berdasarkan lawatan wartawan ke kawasan yang menerima kesan daripada pembinaan empangan di Sarawak.

Sidang akhbar Rosmah terencat dengan soalan ‘cepumas’

rosmah  Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor (gambar) terus diasak dengan soalan yang ‘melemaskannya’ menyebabkan sidang akhbar yang diadakannya terus ditamatkan serta merta.
Isu terbaru pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai Ogos tahun lalu, yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Tian Chua.
Sebelum ini, pada sidang akhbar di Singapura, Rosmah juga ditanya mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadapnya, yang dipercayai mengenai pendedahan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan ‘kehilangan’ nya yang misteri serta pembunuhan model mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.
Hari ini sekali lagi, beliau disergah dengan soalan ‘cepumas’. Apabila pemberita bertanyakan hal pemindahan wang berkenaan, sidang media itu terus ditamatkan.
"Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. tanyalah soalan yang relevan yang lebih besar untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar yang terhenti separuh jalan selepas majlis pemberian bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.
Hadir sama menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Pada 17 Disember lalu, Tian Chua mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak RM600,000 kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.
Ahli Parlimen Batu itu, mendakwa mempunyai dokumen mengenai pemindahan wang itu oleh pihak yang tidak disebutkannya.
Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Polis akan siasat 50 juta lesap

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan mengenai kehilangan sebuah lagi enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Malah beliau berkata, pihaknya sememangnya menjalankan siasatan berhubung kehilangan kedua-dua enjin tersebut yang masing-masing berharga RM50 juta.

"Ia bukan perkara baru, memang selama ini kita siasat kehilangan bagi kedua-dua enjin itu.

"Bukan
bermakna ada lagi kehilangan, memang kita dapat laporan mengenai kehilangan kedua-duanya... siasatan kita pun berdasarkan dua laporan polis berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.

Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21
A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.

Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.

Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.

Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.

Sementara di
minta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan yang tidak lengkap, beliau berkata pihaknya akur dengan perkara tersebut.

"Tak apalah, arahan supaya kita kemaskan siastan, kita akan kemaskanlah.

"Ia bukan satu masalah kepada polis, kita akan lakukan yang terbaik," katanya.

Sabtu lalu media melaporkan kehilangan enjin pesawat tempur berkenaan bersama dokumen mengandungi butiran penyenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin dari simpanannya di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Dua Enjin Pesawat Lesap, Apa Kata Nizar?

Tragedi kehilangan dua enjin pesawat tempur , F-5E, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang hilang masing-masing berharga RM50 juta secara jelas memperlihatkan kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertahanan apabila jelas tragedi itu berlaku sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Nizar berkata, rakyat seharusnya membuka mata berhubung isu ini dan sedar bahawa Najib telah mengabaikan tanggungjawab yang diberi .

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Berita Harian hari ini bahawa bukan hanya satu enjin pesawat tempur, F-5E yang hilang tetapi dua.

Memetik laporan berkenaan, enjin kedua itu hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara Kuala Lumpur dua tahun lalu dan hanya disedari pada Mei 2008. Bagaimanapun, laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Laporan itu menyebut, kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pengkalan operasi pesawat itu untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara.

Nizar tidak menolak kemungkinan bahawa terdapatnya usaha untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat ini yang hanya dilaporkan setelah didedahkan pihak tertentu.

“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya.

Enjin pertama pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu disedari hilang pada 2007 bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Kehilangan kedua-dua enjin pesawat ini dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM.

Ulasan GB

Kerana terlalu sibuk merompak negeri Perak waktu itu, sampaikan MAFIA yang ada dalam Kementerian Pertahanan sendiri yang merompak enjin-enjin pesawat tak disedari sewaktu Najib sendiri jadi menterinya.

Kalau di luarnegara, menteri sebegini sudah letak jawatan. Bukan macam kenyataan Zahid hari ini menyatakan perkara itu biasa berlaku di luarnegara. Satu helah untuk menutup pekung.

Tuhan itu Maha Adil. Kita tunggukan.
"Famaiya'mal mithqallazzaratain khairraiyaroh
wamaiya'mal mithqallazazratain syarraiyaroh"

Mahathir: Saya sedia disiasat, tak perlu lindungan kerajaan



Oleh G Manimaran
PETALING JAYA, Dis 22 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik syor diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan kerugian lebih RM100 bilion menerusi projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.
Malah beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu, dibenarkan untuk jualan di Malaysia.
“Jika kerajaan menahan buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan,” kata beliau dalam blognya hari ini.
Buku itu ditulis oleh Barry Wain dan dikatakan masih tersadai di Kastam Diraja Malaysia.
“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya,” kata beliau yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir berkata suruhanjaya sedemikian tidak seharusnya terdiri daripada anggota yang dinamakan oleh kerajaan semata-mata, tetapi juga mereka yang layak termasuk rakyat asing dan anggota Transparency International.
“Suruhanjaya ini tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap seorang perdana menteri sahaja tetapi juga rejim Tun Abdullah Ahmad Badawi (pengganti Dr Mahathir),” katanya.
Bekas presiden itu berkata siasatan jika diadakan ia harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 bilion yang dibayar ketika pentadbiran Abdullah telah dibelanjakan.
“Apakah projek yang telah dibiayai dengan wang sebanyak ini dan kos projek-projek berkenaan,” katanya lagi.
Malah kata beliau siasatan harus merangkumi kerugian dialami apabila kerajaan membatalkan jambatan bengkok dan laluan kereta api Johor Baru ke Padang Besar.
Dr Mahathir juga mahu siasatan memfokus kos projek hidroelektrik Bakun, jambatan kedua Pulau Pinang serta prosedur diguna pakai dalam memberikan kontrak projek berkenaan.
“Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan akan menggambarkan komitmen Najib dalam menangani rasuah,” kata beliau.
Justeru kata Dr Mahathir, dalam usaha suruhanjaya diraja menjalankan tugasnya dengan baik ia wajar diberikan akses kepada semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tahun 1981 hingga 2009.
“Tidak harus ada sebarang usaha menutup (kes).
“Barry Wain (penulis) juga harus menyediakan bukti dokumen bagi menunjukkan jumlah wang yang hilang akibat (pentadbiran) saya,” katanya.
Bergantung pada hasil suruhanjaya itu, kata Dr Mahathir, beliau akan menyaman Wain, Lim dan Malaysiakini.com.
Jumlah saman itu akan ditentukan kemudian, kata Dr Mahathir.

Politik dunia Islam 2009: 10 berita utama - Haris Zalkapli


Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009, kepada konflik di Yaman yang semakin merebak ke seluruh wilayah negara itu dan jiran. Berikut 10 berita dan pemain utama dalam dunia Islam, yang memberi kesan besar kepada negara terbabit, dunia Islam secara keseluruhan dan politik dunia.

1. Serangan terhadap Gaza, Palestin


Dunia Islam memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan konflik di Gaza, perang mempertemukan kekuatan tidak seimbang tentera Israel dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain di wilayah Palestin dikuasai Hamas ini. Perang bermula pada Disember 2008. Awal 2009, Israel memulakan serangan darat selepas seminggu serangan udara. Perang berakhir pada 18 Januari, dua hari sebelum presiden baharu Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah. Hampir 1,500 warga Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kemusnahan hampir AS$2 bilion. Israel turut menyerang masjid, sekolah dan tempat-tempat awam, membunuh semua termasuk kanak-kanak. Tidak lama selepas perang, Israel memilih sebuah kerajaan dikuasai parti berhaluan kanan. Demonstrasi diadakan di seluruh dunia membantah tindakan Israel. Reaksi di dunia Islam termasuk boikot terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald's, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain.

2. Dasar luar baharu Turki


Negara yang sedang menggerakkan dasar luar baharu, Turki, bertindak pragmatik dalam menangani isu Gaza melalui satu tindakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam forum di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, menaikkan imej Turki ketika dunia Arab dilihat gagal bertindak. Di bawah arkitek dasar luar baharu Ahmet Davutoglu, akademik hubungan antarabangsa berpengalaman luas, Turki mengaktifkan usaha baharu membina hubungan baik dengan negara-negara jiran termasuk Armenia dan Syria dan cuba membina ruang pengaruh, berdasarkan fahaman pan-Turkisme atau apa yang disifatkan pemerhati sebagai perspektif "neo-Uthmaniyah" Ahmet. Ahmet, yang pengalamannya termasuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Beykent Istanbul, disebut sebagai "Henry Kissinger Turki" yang kini menjadi tokoh penting parti pemerintah, AKP.

3. Konflik Yaman


Menjelang Ramadan tahun lalu, Yaman menyaksikan bermulanya konflik melibatkan kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh dengan pemberontak Houthi di utara. Kini, setelah tiba bulan Muharram 1431, konflik di Yaman semakin meluas dan meningkat dari segi intensitinya, apabila AS mula terlibat dalam serangan terhadap kumpulan al-Qaeda di negara ini, kumpulan dikenali sebagai al-Qaeda di Semenanjung Arab (al-Qaeda in the Arabian Peninsula, AQAP) menggabungkan al-Qaeda Yaman dengan Arab Saudi. Negara dilanda masalah sumber air dan hidrokarbon ini juga berdepan kebangkitan kumpulan pemisah Marxist di selatan. Penglibatan Saudi menyerang Houthi juga menambahkan kerumitan konflik ini, yang kini telah menyebabkan lebih 170,000 menjadi pelarian di dalam negara. Peranan Iran dan Saudi memperlihatkan dimensi persaingan kuasa serantau dalam konflik ini.

4. Pilihan raya presiden dan isu nuklear Iran


Iran mengadakan pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu, dengan keputusan penyandang Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan. Walau bagaimanapun, keputusan ini ditentang hebat Mir Hossein Mousavi dan ribuan penyokongnya, menggegarkan republik Islam yang berpandukan kepada ide Wilayatul Faqih yang menetapkan kuasa kepada para ulama. Kebangkitan digelar "revolusi hijau" oleh kem Mir Hossein mendapat kredibiliti dan imej yang positif bagi sesetengah pihak kerana warna hijau yang digunakan - yang dikaitkan dengan Islam dan Nabi Muhammad saw - sebagai simbol gerakan menentang pemerintah Iran. Pemerintah Iran masih berdepan cabaran getir penentangan ini, yang mendapatkan simpati apabila Ayatullah Hossein Ali Montazeri meninggal dunia pada 20 Disember lalu. Pada masa yang sama, Iran terus berdepan cabaran berhubung isu nuklearnya apabila sikap kerajaan baharu AS tidak berubah walaupun sedia berunding.

5. Afghanistan-Pakistan dan Taliban

Afghanistan dan Pakistan ditangani sebagai satu oleh sebahagian besar komuniti dasar luar AS, ekoran hubungan rapat kumpulan Taliban di kedua-dua negara dan kaitan rapat geografi kedua-dua negara dalam konflik di Afghanistan. Afghanistan kini menjadi satu agenda dasar luar penting bagi Obama, yang meluluskan 30,000 anggota tentera untuk dihantar ke negara ini. AS kini mempunyai kehadiran yang besar di Asia Tengah. Pada masa sama, Presiden hamid Karzai baharu melengkapkan anggota kabinetnya, yang dikritik ramai sebagai tidak memenuhi janji memerangi korupsi dan pada masa sama memberikan kuasa kepada pihak-pihak tidak sepatutnya. Kedatangan lebih ramai tentera AS dan pemerintahan Hamid yang tidak bersih dan bebas bakal meneruskan ketidaktentuan di Afghanistan. Kedatangan lebih ramai anggota tentera mampu meningkatkan lagi konflik dengan kumpulan militan.

6. Lanun dan kehadiran kuasa asing di Somalia


Penculikan dan rampasan kapal oleh lanun Somalia yang mula berleluasa pada 2008 terus berlaku pada 2009, dan menarik kedatangan tentera-tentera laut asing termasuk Jepun dan Rusia, menjadikan kawasan perairan Somalia yang strategik itu semakin tegang. Kawasan Teluk Aden bersempadan Laut Merah - dihubungkan laluan sempit Bab al-Mandeeb di tengah-tengah antara Djibouti dan Eritrea dengan Yaman - ialah satu laluan penting dalam perdagangan antarabangsa. AS juga menjalankan operasi pesawat tanpa juruterbang di kawasan perairan ini. Kawasan ini terletak tidak jauh daripada Yaman, satu lagi kawasan panas yang menjadi salah satu sumber senjata bagi lanun Somalia. Selain itu, tentera AS dan Iran juga meningkatkan kehadiran di kawasan perairan ini, mengaitkannya dengan isu lanun dan juga ketidakstabilan di Tanduk Afrika dan Yaman.

7. Pilihan raya Lubnan

Lubnan menjadi medan persaingan kuasa-kuasa asing sejak sekian lama, dan pilihan raya pada 7 Jun 2009 menunjukkan realiti ini kekal dalam permainan politik Lubnan. Kumpulan 14 Mac yang pro-Barat memenangi 71 daripada 128 kerusi, yang dibahagikan kepada 64 untuk Muslim dan 64 Kristian, susunan diwarisi daripada penjajahan Barat yang memberi kelebihan kepada Kristian. Saad Hariri dan kumpulan 14 Mac mendapat sokongan kuat AS, Arab Saudi dan Mesir, manakala Hizbullah dan Amal disokong Iran dan Syria. Kumpulan diketuai Hizbullah yang disebut-sebut akan menang tidak berjaya merealisasikan jangkaan itu, tetapi Lubnan meneruskan penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang dilaksanakan penggal lepas, proses yang hanya selesai beberapa minggu lalu, dengan Saad mengetuai kerajaan baharu.

8. Uyghur di Xinjiang

Wilayah Xinjiang menyaksikan kebangkitan rakyat berketurunan Uyghur memprotes layanan buruk kerajaan China dan dominasi kaum Cina han di wilayah tersebut. Di sini dapat diperhatikan perana Turki menggerakan kaum Uyghur daripada rumpun bangsa Turki sebagai sebahagian agendanya meluaskan ruang pengaruh. Ankara dan Beijing bertikam lidah dalam hal ini, dengan Turki berperanan sebagai pembela nasib Uyghur ketika China dilihat di seluruh dunia sebagai penindas. Dengan sokongan Turki dan AS, Rebiya Kader, tokoh Uyghur berpangkalan di Washington muncul sebagai ikon kaum tertindas ini, hampir menyamai peranan dimainkan Dalai Lama bagi Tibet. Perkembangan ini, yang berlanjutan selama beberapa bulan, menyumbang dalam menjadikan perjuangan Uyghur menuntut kebebasan dalam hal berkaitan agama dan budaya menjadi perhatian dunia Islam untuk satu tempoh.

9. Libya dan pembebasan Abdel Baset al-Megrahi


Abdel Baset al-Megrahi, disabit bersalah dalam pembunuhan 270 orang akibat pengeboman pesawat AS, Pan Am 103 di ruang udara Lockerbia, Scotland pada 21 Disember, 1988. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Negaranya, Libya, menjadi tumpuan negara-negara Barat terbabit dan diletakkan sebagai satu musuh utama untuk satu tempoh yang panjang. Pada 20 Ogos lalu, beliau dibebaskan atas dasar kemanusiaan kerana dinilai doktor menghidap kanser prostat dan hanya akan hidup kurang tiga bulan lagi. Satu debat politik antarabangsa berlangsung ekoran tindakan kerajaan Scotland ini. Abdel Baset masih berusaha membersihkan namanya daripada tuduhan terlibat dalam pengeboman itu. Keadaan sekitar pembebasan Abdel Baset mengundang pelbagai spekulasi berhubung rundingan pembebasan beliau melibatkan kerajaan terbabit.

10. Islamofobia di Eropah

Di Dresden, timur Jerman, pada 11 November lalu, Alexander Wiens, pembunuh Marwa al-Sherbini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Wiens disabit membunuh Marwa akibat prejudisnya terhadap wanita Muslim berasal Mesir itu. Beberapa minggu lalu, di Switzerland, usaha mengharamkan menara masjid di negara itu mendapat sokongan 57 peratus pengundi negara Eropah itu. Sentimen itu sampai ke Belanda dan Jerman, apabila ahli-ahli politik berhaluan kanan di sana melahirkan sentimen yang sama. Sebelum itu, di Cologne, Jerman dan di utara London, Inggeris, protes terhadap masjid telah berlaku, memperlihatkan sentimen yang semakin disuarakan di Eropah, walaupun tidak kelihatan mendapat sokongan popular. Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang potensi ancaman kepada kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di Eropah.

'Kontraktor OKU' punca binaan runtuh: NGO


Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh dan retak, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuk pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata Presiden Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Bumbung sebuah masjid di Kemaman pula yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Lepas jawatan untuk jaga nama baik parti- Dr Rosli..!!! Keputusan tepat..lebih baik dan tegas dari menantu MB...!!! Ada Berani....????


Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 22 Dis: Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.


Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.

Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.

“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.

“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.

Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu  melalui wali hakim.

Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.

“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan  kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.

Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.

“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.

Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.

Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit  memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.

Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

“Jika gagal berbuat demikian, saya akan memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka dengan segera kerana telah memfitnah saya,”ujarnya.

Tambah Rosli lagi, biarpun beliau melepaskan kesemua jawatannya, beliau masih kekal sebagai ahli parti PAS.

Bagaimanapun berhubung masa depan nya dalam bidang politik, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan dan ahli parti untuk menentukannya kelak.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan semua ahli parti jika masaalah peribadinya telah sedikit mencalarkan imej atau mendatangkan masaalah kepada PAS.

Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.

Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.

“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.

“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.

Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu  melalui wali hakim.

Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.

“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan  kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.

Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.

“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.

Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.

Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit  memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.

Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

“Jika gagal berbuat demikian, saya akan memulakan tindakan undang-undang ke atas mereka dengan segera kerana telah memfitnah saya,”ujarnya.

Tambah Rosli lagi, biarpun beliau melepaskan kesemua jawatannya, beliau masih kekal sebagai ahli parti PAS.

Bagaimanapun berhubung masa depan nya dalam bidang politik, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan dan ahli parti untuk menentukannya kelak.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan semua ahli parti jika masaalah peribadinya telah sedikit mencalarkan imej atau mendatangkan masaalah kepada PAS.

Baggage

Ada orang yang cepat merasa dia menjadi baggage atau bebanan kepada parti. Ada yang tak faham-faham atau buat-buat tak faham, termasuk yang menumpang tuah. Jenis keras pedal. Maklumlah, bukan senang nak dapat buat kebun atas kepala ahli keluarga yang jadi pembesar. Hasilnya tentu lumayan.

Dalam berita bertajuk "Pemimpin kanan Pemuda PAS letak jawatan", Malaysiakini hari ini melaporkan:
...beliau ingin berundur dengan alasan tidak mahu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu itu menjejaskan imej PAS.
Itu jenis yang cepat sedar dan mengutamakan imej dan tanggapan umum terhadap parti. Malangnya, yang lebih ramai dan banyak sungguh dalam PAS ialah jenis pemimpin yang buat-buat tak sedar bahawa dia sebenarnya sudah menjadi bebanan kepada parti.

Bukan sahaja buat-buat sedar malah dia tak malu sikit pun seolah-olah mukanya sudah ditempek kulit babi.

Patutkah dibaling kasut ke kepala batu pemimpin seperti itu?

Berkaitan:
Dr Rosli, Ilyani diperintah tidak tinggal bersama (Utusan Malaysia 22/12/09)
Perkahwinan Pemuda Pas, isteri diragui
Sinar Harian (22/12/09): Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.

Pernyataan tuntutan membatalkan perkahwinan terhadap kedua-dua defendan berkenaan difailkan Peguam Syarie plaintif, Mohd Zaki Zainal Abidin.

Peguam plaintif, Mohd Zaki berkata, plaintif juga tidak bersetuju permintaan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu dikatakan berkahwin pada 26 Disember 2008 di Masjid Subang Airport, Subang Selangor dengan defendan kedua.

“Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat.

“Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku,” katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

“Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.

Mahkamah memerintahkan tarikh perbicaraan pada 26 April 2010.

Kita sudah bersedia untuk menggantikan BN pada 2011 - Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa partinya membuat persediaan mulai sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pihaknya meramalkan kemungkinan diadakan pertengahan 2011.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertamanya di sini semalam.

Mandat semasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kecuali Sarawak hanya akan berakhir April 2013.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya Akta Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun tersebut.

"Kami tidak bodoh, kami tahu bagaimana mereka bertindak. Mereka tidak akan mengadakan pilihan raya selepas melaksanakan GST," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.

Lim dalam ucapannya pagi ini mengulangi pendirian Pakatan Rakyat dalam isu tersebut dengan mengatakan bahawa ia akan membebankan rakyat akhirnya.

"Jadi kita mesti bersedia untuk mengubah kerajaan BN yang korup dan kita sudah bersedia," katanya.