Isnin, 21 Disember 2009

UMNO perjuang Islam Sebenar..???

Antara MAAL HIJRAH dan HIJRATUL RASUL pengertian yang hilang Maknanya....!

21.12.2009 Hulu Kuang :Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah meraikan satu program penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim Sekolah Budi Mulia Nurul Huda di Sek.Agama Rakyat Muhammadiah Ulu Kuang Chemor.Seramai 41 orang anak-anak yang terlibat dalam menerima sumbangan berbentuk keperluan persekolahan yang bakal tiba tahun hadapan.Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Hj Mustafa Kamil Ayub dan juga Ust Zulkifli Ibrahim mewakili PKR.

Dato Seri dalam ucapannya mengatakan bahawa sewajarnya kita memberikan penumpuan kepada anak-anak ini yang mana ia menjadi tuntutan keatas kita.Beliau memetik ingatan dari Rasullullah saw yang menyatakan bahawa dihari akhirat kelak apabila dikumpulkan semua anak-anak yatim ini tanpa mengira bangsa dan agama maka Rasullullahlah yang akan menjadi ketua bagi mereka,oleh itu janganlah kamu mengherdik mereka kerana perumpamaan bagi mereka yang mendustakan agama ialah bagi mereka yang mengherdik anak yatim.Sewajarnya bagi kita menunjukan perasaan kasih dan sayang terhadap mereka.Dato Seri turut menyentuh hal ekonomi yang mana Beliau menyatakan bahawa jika dilihat kepada dasar ekonomi yang ada sewajarnya golongan ini telah mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak lagi terpinggir dalam soal bantuan dan taraf hidup mereka.

Mengulas mengenai Tahun islam iaitu Awal Muharam Beliau turut menerangkan mengenai satu bentuk fahaman yang telah lama diajar dan dididik oleh Kerajaan yang ada dalam menyampaikan pengertian dan maksud kepada Awal Muharan itu.Jika dilihat hari ini kebanyakkan dari kita menggunakan pengertian Maal Hijrah dalam menterjemahkan kisah perpindahan Rasullullah dari Mekah ke Madinah.Namun sebenarnya ayat yang tepat yang menerangkan mengenai kisah ini ialah apa yang terkandung di dalam kitab-kitab suci al-quran dan buku-buku islam iaitu Hijratul Rasul ( perpindahan Nabi Muhammmad saw ) dan bukannya Maal Hijrah yang membawa maksud bersama Hijrah dan ia tidak menggambarkan pengertian bagi hijrah itu sendiri.Maal Hijrah juga merupakan sesuatu yang dilakuakn mengikut musim dan waktu tertentu seperti mana yang diamalkan oleh pemerintah hari ini.Ia dijadikan aktiviti tahunan bagi menggambarkan yang kononya kita menghayati erti kata Hjrah itu akan tetapi sebenarnya didalam islam itu sendiri tidak ada suruhan bagi perbuatan berbentuk anugerah mahupun yang lainnya.

Berlainan pula jika kita memahami maksud hijratul rasul yang membawa maksud suatu hari yang diingat oleh kita akan kisah dan peristiwa yang melibatkan junjungan besar nabi Muhammad saw yang diperintah oleh Allah swt untuk berpindah dari Kota Mekah ke Madinah sebagai simbolik kepada penghijrahan dari erti kata perpindahan dari jahilliah kepada islam,dari syirik kepada tauhid kepada Allah swt dan ia merupakan amalan yang berterusan dan tidak bermusim kerana demi untuk menjaga akidah islam.Apa yang dibuat kini sebenarnya tidak menggambarkan pengertian tersebut akan tetapi hanya dilakukan bagi memperlihatkan bahawa kita memahaminya namun dalam masa yang sama ia sama sekali telah memesongkan kita.Sesuai dengan ayat Allah swt yang bermaksud bahawa hijrah itu diletakan diantara iman dan juga jihad,itu sudah terang menunjukan bahawa bagi mereka yang faham akan pengertian dan maksudnya pastilah dapat memikirkan apakah iman dan jihad itu juga bermusim dan dibuat hanya pada satu keadaan dan tidak secara berterusan.Sesungguhnya ia membawa maksud bahawa Iman,Hijrah dan Jihad itu dilakukan tanpa hari perlaksanaan melainkan ia dilakukan dengan berterusan tanpa mengira waktu dan tempatnya.

Walaupun pada ketika ini hijrah yang pada fizikalnya sudah tiada akan tetapi ia diteruskan atas erti kata menukar minda masyarakat dan fahaman mereka serta menambah baik kefahaman terhadap ilmu Allah swt dan ia dilakukan secara berterusan.

Kesimpulannya bagi kita semua untuk memperhatikan sesuatu itu dengan lebih teliti agar apa yang kita lakukan dan kita fahamkan tidak terkeluar dari pengertian sebenar yang berlandaskan al-quran dan sunnah Rasullullah swt.

MPN Perak Sdr Mustafa Kamil Ayub beramah mesra dengan hadirin yang ada
Ketibaan Dato Seri Ir Hj Nizar disambut oleh Rakyat yang dari awal menunggunya
Sumbangan turut disampaikan oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub
Dato Seri Nizar bersama anak-anak yatim
Penduduk Hulu Kuang bergambar bersama Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.

Siapa punya kerja giler ni??


Berita paling gempor. Enjin jet hilang!! Sudah dua hari berita tersebar tetapi tak da chance nak komen kerana sibuk. Laptop pun, bukak buat syarat jer. Hari ini baru ada masa sikit untuk cerita pasal hal ini. Orang mungkin kata dah basi.... tapi lantak ler. Aku punya suka ler!!

Apa ke gilernya enjin jet pun boleh hilang dari tempat yang dikawal ketat. Dengor ceriter, harganya RM50 juta. Sapa punya kerja giler?? Ini pasti kerja orang 'dalam', sebab.. bukan senang nak bawak benda Allah tu keluor. Orang 'dalam' yang mana satu ya?? Yang berpangkat cokia atau yang di atas tu??

Dikhabarkan hilang pada 2007 tapi baru sekarang heboh. Tup-tup, khabornya enjin tersebut udah leboh dijual dan kini berada di AS. Aaaiiikk... pelik, macam mana boleh jadi macam tu??

Siapa dia yang pernah jadi Menteri Pertahanan antara 2007-2009?? Pasti yang kena jawab ialah Tuan Haji Zahid Hamidi , Menteri Pertahanan terkini. Siasat jangan tak siasat... Siasat hingga ke akar umbi. Jangan ada hanky panky sudah ler!! Atau... apakah lagu ' Bangau Oh Bangau' akan berkumandang ke udara gara-gara kehilangan enjin jet pejuang ini?

Satu hal lagi yang membinggungkan adalah.... apa ke heinya security di TUDM loose sesangat. Kalau isi perut jet pun demer tak boleh nak jaga keselamatannya, macam mana nak jaga keselamatan negara?? Habih ler kita komer!!

So.. ini sebenarnya, isu keselamatan negara. Bukan kecik anak punya perkara. Tuan Hj Zahid Hamidi kena bertanggungjawab. Isu yang ada kaitan dengan keselamatan negara ambil sambil lewa. Ada juga yang cadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kes kehilangan perut jet pejuang ini. Itu aku setuju sesangat. Siasat dan ambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Jangan pulak jadi macam kes si Lingam Korek-Korek-Korek, sudah ler.

Ini kes serius... Tn Hj Zahid Hamidi kena peka sikit. Jangan asyik nak menjadi lanun jer. Mentang-mentang ler masa merampas Perak dulu dia jadi orang kuat kepala lanun, la ni... dia pula sibuk nak merampas jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang daripada Gerakan. Itu pun nak berebut!! Ater, memang dasar lanun.... sesama demer pun nak rampas merampas jugak.
Woit..!!! Baik ler kamu uruskan 'rampasan senyap' enjin jet pejuang yang udah hilang dan udah kena jual itu. Ada jugak paedahnya!! Ingat.... jangan menyanyi lagu 'Bangau Oh Bangau' lagi. Udah jelak aku mendengornya!!


Najib Perlu Fahami Hati Umno Pulau Pinang

MSO
MOHD Najib Razak telah menutup isu tuntutan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang oleh Umno dengan melarang anggota komponen itu jangan debat soal itu. Semalam beliau berkata sebelum beliau memutus keputusan dan kehendak Umno Pulau Pinang itu beliau akan panggil semua pihak. Tetapi hari ini beliau sudah melarang ia dihebuhkan.

Apakah beliau akan memanggil pihak bertelagah - Gerakan dan Umno untuk menamatkan isu berkenaan atau ia sudah selesai dengan amaran bernada serius itu?

Jika Najib menutup begitu saja bermakna beliau tidak menghormati suara Umno Pulau Pinang. Sia-sia suara Umno Pulau Pinang. Sekali lagi suara Umno Pulau Pinang terpaksa diketepikan atas prinsip toleransi dan semangat BN yang tidak menguntungkan Umno. Jadi usaha Umno Pulau Pinang untuk merasai jawatan itu akan kempunan lagi.

Najib sepatutnya tidak mudah membuat keputusan itu. Beliau harus membuka ruang untuk didebatkan oleh semua pihak. Beliau harus lebih berani membenarkan ia dibahas untuk mencari kata putus. Beliau tidak perlu merasa takut dan garun dengan tindak balas Gerakan. Najib harus lebih berani untuk merombak tradisi lama yang merugikan Umno negeri berkenaan. Mungkin sikap play save yang diamalkan Najib tidak seusai dalam konteks itu.

Najib perlu faham alasan yang diberikan Umno Pulau Pinang yang inginkan jawatan itu ada munasabahnya. Kata Zahid Hamidi (foto) ia adalah untuk memantapkan BN Pulau Pinang setelah dilihat Gerakan sudah tiak berdaya lagi. Gerakan juga sepatutnya insaf dan melakukan mahasabah diri dalam hal ini. Parti itu makin terhakis di Pulau Pinang manakala DAP pula makin kuat.

Selain itu kejayaan Umno memenangi 13 kerusi di DUN Pulau Pinang juga munasabah kalau Umno bercadang untuk menguruskan BN di Pulau Pinang. Alasan penolakan oleh Koh Tsu Koon bahawa jawatan itu tradisi menjadi milik Gerakan tidak boleh diterima pakai. BN kena berubah kalau mahu menang.

Dalam pada itu apa yang saya nampak kerana Umno beriya mahukan jawatan itu kerana menyedari peranan Gerakan untuk mengembalikan kuasa sudah tidak begitu aktif. Ini dapat dilihat kepada beberapa aksi untuk mengoncangkan kerajaan DAP itu banyak dilakukan oleh Umno.

Mungkin dalam DUN Pulau Pinang Gerakan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak ada wakilnya. Tetapi Gerakan boleh mengambil bahagian di luar DUN. Kalaupun ada penyertaan Gerakan dalam siri-siri demostrasi tetapi tidak ketara.

Apakah Gerakan merasa selesa dengan kerajaan Pulau Pinang hari ini? Mereka tidak perlu gaduh atau bising-bising kerana kepentingan kaum Cina yang diperjuangkannya terus dipenuhi oleh Lim Guan Eng?

Pantas kalau Gerakan hanya mendiamkan diri dan jadi pemerhati. Sebaliknya berlainan bagi Umno. Parti itu merasakan kepentingan Melayu tidak mendapat pembelaan secukupnya. Hakikat ini boleh dilihat kepada penghijrahan orang Melayu di pulau ke tanah besar hingga ke Kedah. Kerana itulah menyebabkan Zahid memberanikan diri membuat desakan agar pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada Umno.

Sebelum menyelesaikan isu ini kepada status quo elok Najib cuba memahami apakah perasaan dan naluri orang Melayu Umno Pulau Pinang. Mereka membuat desakan itu bukan main-main tetapi kerana dapat membayangkan mengenai kedudukan mereka yang semakin tidak berharga di pulau Mutiara itu. Najiub perlu prihatin dan lebih berhati-hati bimbang akan ada orang Melayu Umno Pulau Pinang terkeduh hati dengan sikap politiknya.

Pendaftaran Pakatan Rakyat Akan Mengambil Masa




SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.
“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Demokrasi 2008 daripada Persatuan Perunding Politik Antarabangsa (IAPC).
Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tanpa mengulas panjang kenyataan Abdul Hadi itu, Anwar berkata, beberpa dokumen diperlukan untuk proses pendaftaran secara rasmi seperti yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, anugerah itu bukan miliknya semata-mata sebaliknya untuk merka dan bersamanya berkongsi idea serta visi.
Kelmarin, pakatan pembangkang meluluskan empat dasar utama pada pada konvensyen pertama mereka di sini.
Empat dasar berkenaan ialah mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara.
Ia diluluskan sebulat suara oleh kira-kita 1,500 perwakilan yang terdiri daripada wakil setiap komponen PR.

Pakatan must do better than Barisan — Lim Sue Goan



DEC 21 — Pakatan Rakyat held its first convention and introduced a common policy framework. I received a cheering SMS that evening. Many people have high expectations for Pakatan Rakyat, hoping for it to rule and change the country. But how much change can Pakatan Rakyat bring?
Pakatan Rakyat must be different from Barisan Nasional if it wants to change the country. The difference must be at least 70 per cent to 80 per cent but it can now achieve only 50 per cent.
A common platform is the future direction for Pakatan Rakyat but from the platform, we can see that there are still contradictions, not enough of boldness and openness, as well as lack of forward-looking views within Pakatan Rakyat.
One of the contradictions is “to restore local government elections” as promised by DAP. It is not mentioned in the common platform as PAS does not agree with it.
How are they going to hand state power back to the people and strengthen democracy without a local government elections?
It is good that the three component parties of Pakatan Rakyat is able to compromise and avoid split. But with different political ideas, they may end up compromising their principles and conflicts will break out sooner or later.
Therefore, the most appropriate approach is to seek the unity of ideas.
PAS President Datuk Seri Hadi Awang admitted that it is not the right time for Pakatan Rakyat to register as a coalition now as the three parties are having different political ideas.
If the contradictions are not eliminated, the people will have no confidence to allow Pakatan Rakyat to become the federal government.
From the platform, we can also see that Pakatan Rakyat still has great political scruples.
Why, when they are emphasising on ending racial politics and implementing “people-oriented national economy”, do they not promise to abolish the New Economic Policy (NEP) and related goals, including the racial quota system?
Pakatan Rakyat is afraid of losing Malay support.
Why do they mention only amendments for the Printing Presses and Publishing Act (PPPA) and the University and University College Act (UUCA) but do not promise to repeal these laws or unreasonable provisions?
Why do they only mention about “expanding the scope of Malaysian Qualifications Agency to oversee and advice local and foreign certificates that are in line with academic standards” but not directly say that they recognise the Unified Examination Certification?
We all know that the country’s economy is in a predicament; why doesn’t Pakatan Rakyat come out with forward-looking strategies so that the people can see its differences with BN?
During the open days of the government’s transformation plan, many people expressed their dissatisfaction, particularly on law and order, and corruption issues. This is a good opportunity for Pakatan Rakyat. As long as it can do better than BN, it will certainly have chances to take the federal regime.
Pakatan Rakyat has been in power in a few states. It can build its credibility by demonstrating outstanding administrative ability, such as mobilising its state resources, including local governments, to cooperate with the people and build communities with good law and order.
Through legislation, enforcement and monitoring mechanism, they can create an incorruptible society.
Pakatan Rakyat should not let the federal government bear the full responsibility to eradicate crime and corruption. Instead, it is obligated, too, to build a better society. The three parties of Pakatan Rakyat used to criticise the poor efficiency of civil services before but we seldom see them putting efforts in improving the efficiency of civil servants since they took over the state regimes.
Instead, like BN, they give only rewards but not punishment. How is Pakatan Rakyat going to change the country if its ruling ability is just the same as BN?
The general elections ended a year and nine months ago, and Pakatan Rakyat should no longer ask for the honeymoon period.
It is now the time for it to receive the people’s assessment.
Pakatan Rakyat must do better than BN to qualify itself as a substitute coalition. — mysinchew

BN pucat, PR gigit jari

Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam insiden mencemaskan itu rang undang-undang perbekalan 2010 atau bajet (belanjawan) tahunan untuk tahun hadapan lulus dengan majoriti tipis tiga undi.

Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletakjawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen.

Dalam undian yang dibuat BN mendapat 66 undi sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan 63 undi menentang rang undang-undang berkenaan. Buat masa ini BN mempunyai 140 kerusi manakala PR mempunyai 82 kerusi.

Kalau diumpamakan sebuah perlawanan bola sepak, pintu gol BN telah digegarkan sebuah sepakan kencang daripada PR. Bagaimanapun sepakan itu terkena palang dan bola muntah ke tengah padang. PR yang dalam perbahasan mengawal permainan, nyaris menjaringkan gol kemenangan. Bagaimanapun kerana BN adalah juara bertahan ia masih mampu menjaringkan gol meskipun tidak cantik. Tetapi cukup untuk menyambung nyawanya dalam liga. Ini cukup baik untuk meneruskan permainan mempertahankan kejuaraan sehingga permainan tamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Runcing

Walau apa pun yang berlaku dalam PRU itu kedudukan BN sekarang memang runcing. Pada petang Isnin itu ahli Parlimennya hilang entah ke mana, dan sebenarnya ketika perbahasan pun mereka jelas kelihatan tenggelam punca. Ahli-ahli Parlimen BN, berbanding kebanyakan Ahli Parlimen PR, jelas terlalu biasa dengan keadaan selesa yang mereka nikmati sejak merdeka. Buat pertama kali Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan bajet mereka, yang dihentam kiri dan kanan sejak dibentangkan dua bulan lalu, selamat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia nyawa kerajaan terletak di tangan parlimen, khususnya Dewan Rakyat. Jika mereka gagal mengekalkan sokongan majoriti di situ, kerajaan itu wajib meletakkan jawatan. Salah satu keadaan di mana sokongan itu perlu ditunjukkan ialah dalam pembentangan belanjawan atau bajet tahunan. Sebab itu di kebanyakan negara kesemua anggota kerajaan dan penyokongnya datang ke Parlimen.

Fenomena yang berlaku di Malaysia memang pelik. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut betapa berbanding dengan negara-negara 'Westminster' yang lain, kita dilihat ganjil kerana selepas belanjawan dibentangkan Perdana Menteri, Kabinetnya tak kisah. Mereka malah membuat lawatan – baik rasmi mahupun kerja ke luar negara. Dalam kata lain tidak pernah timbul kebimbangan yang bajet itu akan ditolak oleh Parlimen.

Tetapi dalam insiden di Dewan Rakyat Isnin lalu, apa yang bagi saya lucu ialah betapa pembangkang sendiri semacam tidak sedar tentang pentingnya peluang itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Jadi sepakan yang terkena palang tadi sebenarnya bukanlah perancangan rapi, sekadar satu cubaan.

Sehingga kini saya belum dengar apa-apa komen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai insiden bersejarah itu. Khabarnya Ahli Parlimen PKR yang paling ramai tidak hadir. Ada yang memberitahu Ahli Parlimen Pas kebanyakannya hadir. Tetapi, saya berasa aneh juga kerana ada dalam kalangan mereka yang membuat lawatan ke luar negara, sakit dan sebagainya.

Saya fikir sebagai parti yang melaung-laungkan negara Islam dan jihad perkara-perkara seperti ini tak sepatutnya menjadi alasan. Mati dalam Dewan pun tak mengapa. Tetapi BN lebih teruk lagi sebab dalam keadaan mereka bergelut dengan hidup dan mati itu ada pula Ahli Parlimen mereka yang sedang bermain cinta dan dilanda gosip!

SUMBER : SINAR HARIAN

Kung fu vs Muay Thai, BN vs Pakatan — Tay Tian Yan



DEC 21 — Chinese kung fu supporters say kung fu is profound and invincible; while Muay Thai supporters say Muay Thai is fast, ruthless and unbeatable.
Which is stronger then? It is meaningless to boast. It is best to put them in the ring.
And this time, five Muay Thai boxers are going to challenge Chinese kung fu.
The contest will be held in Foshan, Guangdong, China.
BN and Pakatan Rakyat have long been confronting each other, digging out each other’s weaknesses.
BN said that Pakatan Rakyat component parties are having their own axes to grind and they lack political experience.
Pakatan Rakyat said that there are political deviations in BN's rule. BN is showing a poor performance and it is unable to unite the people and improve the economy.
They have pointed out the vital points but failed to highlight their own capabilities.
Finally, BN introduced 110 National Key Results Areas (NKRAs) and 240 Key Performance Indicators (KPIs) to promote the government's transformation.
To show its sincerity, it showed the public the agendas and plans, inviting the people to give their feedback.
Pakatan Rakyat also launched its “Dasar Pakatan Rakyat”, presenting the three parties' common agenda to show that Pakatan Rakyat is having a consistent central idea and a governing idea of compatibility.
In addition, it also showed that Pakatan Rakyat is ready to move towards Putrajaya and become the federal government.
For martial arts fans, it is worth looking forward to the contest between Chinese kung fu and Muay Thai.
Chinese kung fu must get rid of the impression that it is all about fancy postures and Jackie Chan gags.
Meanwhile, Muay Thai must also get rid of its rashness.
Both of them have to show their true capabilities to prove their actual strength and values.
More importantly, only with genuine contact there would be contrast and they can find their own shortcomings to improve their capabilities.
Malaysians want BN and Pakatan Rakyat to show their true strength so that the public can choose between them.
BN's strength lies in its governing experience and administrative resources.
From NKRAs and KPIs, BN tries to understand the people's dissatisfaction with the government, as well as the serious problems faced by the country. They identify the deficiencies and try to overcome or improve them.
Pakatan Rakyat's strength lies in its political ideas and the public's expectations of it.
Pakatan Rakyat's platform lists moral power such as political equity, social justice and economic equality.
Chinese kung fu can learn the speed and accuracy of Muay Thai; while Muay Thai can learn the flexibility and energy of Chinese kung fu.


BN can learn the valuable ideas of Pakatan Rakyat; while Pakatan Rakyat can learn the ruling experience of BN.
Finally, both the parties may contest on a fair platform and let the people make the final decision — mysinchew.com

Gerak cadang lantik pesuruhjaya SPRM, AG lalui Parlimen


Perlantikan Ketua Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) yang baru disarankan melalui sesi penghujahan dan saringan integriti di bawah bidang kuasa Parlimen.

Pengerusi Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (Gerak) Mohd Nazree Mohd Yunus petang tadi berkata, dengan berbuat demikian mampu memperkasa Malaysia sebagai 'Good Governance'.

Jelasnya, suatu usul diperlukan pada sidang akan datang demi membolehkan semua Ahli Parlimen menyertai sesi penghujahan tentang calon-calon kedua-dua jawatan penting itu.

Ujarnya lagi, suatu saringan yang ketat dan serius turut diperlukan demi memulihara semula tanggapan awam terhadap institusi kehakiman negara dan SPRM sendiri.

Beliau juga berpendapat perlantikan melalui parlimen lebih menyerlahkan lagi budaya integriti nasional, berbanding kaedah perlantikan yang sedia ada - iaitu Perdana Menteri mencadangkan nama calon dan diperkenan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang sepatutnya tamat kontrak perjawatan Mei tahun depan, meminta ditamatkan kontrak lebih awal, iaitu pada 31 Disember ini.

Keputusan Ahmad itu dipercayai umum ekoran beberapa desakan, termasuk kes kematian Teoh Beng Hock Ogos lalu.

Pengunduran Ahmad memberi laluan kepada Datuk Abu Kassim Mohamed menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diperkenan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pun begitu, Peguam Negara Abdul Ghani Patail masih enggan berundur, walaupun banyak pihak mempertikai kredibilitinya.

Selagi kerajaan menggunakan kaedah perlantikan yang sedia ada, selagi itu masyarakat mempertikai kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan 'Good Governance' di Malaysia.

Bekas polis: Pemimpin PAS selamatkan saya di Memali...!!! Tapi Kerajaan UMNO@BN masih mahu mendera mangsa Memali...???



Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya
daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.

"Muhamad Yusof-lah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.

Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong PAS daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof, kini setiausaha perhubungan PAS Kedah.

Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. BERNAMA

Petronas jadi rakan penaja Mercedes GP



OXFORD, England 21 Dis. - Mercedes GP telah menandatangani persefahaman jangka panjang dengan gergasi petroleum Malaysia, Petronas bagi membolehkan syarikat minyak itu menjadi penaja utama pasukan Formula Satu berkenaan.
Bagaimanapun, perincian kewangan dan tempoh yang ditetapkan masih dirahsiakan dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Jenama Silver Arrows dan Petronas bakal dipamerkan pada jentera Mercedes pada penampilan pertama ketika sesi ujian pramusim di Litar Valencia Februari tahun depan. - AP

Omong Kosong Pembangkang Untuk Tawan Sarawak - Awang Tengah



KUCHING, 21 Dis (Bernama) - Impian pakatan pembangkang untuk menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang hanya sekadar untuk menaikkan semangat juang ahli-ahlinya sendiri, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Isnin.

Katanya hasrat pembangkang untuk menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di negeri itu khususnya di kawasan luar bandar telah banyak kali diwar-warkan sebelum ini.

Awang Tengah, yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata pilihan raya kecil kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Batang Ai pada April lalu yang dikatakan sebagai titik permulaan pakatan pembangkang untuk menawan Sarawak, terbukti gagal.

"Menawan Sarawak memang matlamat mereka sekian lama. Namun, ia hanya sekadar untuk terus menghidupkan semula semangat juang mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pampasan tanah kepada 303 penerima bagi Projek Empangan Bengoh dan tapak pertanian di Jalan Bau-Semadang, Kampung Bengoh, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai salah satu resolusi Pakatan Rakyat pada konvensyen pertama mereka di Shah Alam semalam untuk 'tawan Sarawak' menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Awang Tengah berkata BN Sarawak tidak terasa tergugat dengan resolusi tersebut memandangkan penduduk negeri itu mementingkan toleransi dalam politik, perpaduan kaum dan pembangunan.

"Keikhlasan dan kegigihan wakil rakyat BN Sarawak yang turun padang untuk membantu rakyat bukan gimik politik.

"Mereka faham kerjasama dan kestabilan politik yang didukung BN Sarawak, kepentingan rakyat terjaga," katanya.



-- BERNAMA

Iraq, Petronas, Japex sign deal for Gharaf oilfield

BAGHDAD, Dec 21 — Petronas and Japan Petroleum Exploration Co (Japex) signed an initial agreement today to develop Iraq’s Gharaf oilfield, in which they are expected to invest up to US$8 billion (RM27 billion).
Gharaf has estimated oil reserves of 900 million barrels, and was one of the 10 oilfields offered for development earlier this month in Iraq’s second auction of oil contracts since the 2003 US invasion.
“The total investment for the development of this field I think will be US$7 billion to US$8 billion,” Ho Wang Kin, a general manager at Petronas, told Reuters.
Petronas has a 60 percent stake in the venture, and Japex the rest. The deal is a 20-year long-term service contract, and the Asian firms will be paid a remuneration fee of US$1.49 a barrel and are promising to reach a plateau production target of 230,000 barrels a day.
The deal must now be sent for cabinet approval, and final deals are due to be signed after that.
Iraq is hoping a host of deals in the works will turn it into a major world energy player and increase output capacity to 12 million barrels a day in six or seven years, putting it close on the heels of global leader Saudi Arabia.
Output currently stands at around 2.5 million bpd as Iraq’s oil industry struggles to overcome years of war, sanctions and neglect.
Petronas also has stakes in deals to develop three other Iraqi oilfields.
Yesterday, officials from Petronas and Royal Dutch Shell signed an initial agreement with Iraq for the development of the supergiant Majnoon oilfield, which has estimated reserves of 12.6 billion barrels.
The Malaysian firm is part of a group developing the Halfaya field with 4.1 billion barrels and the smaller Badrah field, with 100 million barrels.
“Petronas has been knocking at Iraq’s door for 15 years. Finally, we have managed to open the door and take the first step into Iraq,” Wang Kin said. — Reuters

Kesepakatan pembangkang? — Zulkiflee Bakar



DIS 21 — Jika di dalam PAS masih ada di kalangan pemimpin atau ahlinya yang masih mencurigai Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan perpaduan, maka mulai kelmarin mereka harus menghapuskan prasangka itu.
Kalau di dalam PAS masih ada ahlinya, tidak yakin bahawa Presiden PAS tersebut mahu mengukuhkan kerjasama dengan pakatan pembangkang bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, maka mulai kelmarin mereka sudah boleh yakin.
Malah kalau di kalangan ahli dan penyokong PAS masih ada yang berpegang kepada ucapan dasar Abdul Hadi pada muktamar lalu bahawa “Islam memimpin perubahan” melalui kepimpinan PAS maka lupakanlah.
Penulis mengetengahkan perkara-perkara ini kerana mulai kelmarin, sebaik sahaja Abdul Hadi menurunkan tandatangan di kertas yang menggariskan permuafakatan pakatan pembangkang di konvensyen pertama mereka di Shah Alam, maka perjuangan Islam PAS kini di persimpangan.
Ia kerana melalui permuafakatan tersebut, sama ada PKR, DAP mahupun PAS hanya mempunyai satu sahaja matlamat perjuangan. Masing-masing tidak boleh lagi bercakap soal dasar asal perjuangan mereka. Kalau itu dilakukan bermakna mereka ingkar dengan persefahaman yang sudah dicapai.
Kita tidak pasti sama ada hendak mengucapkan tahniah atau berkata kasihan kepada PAS yang akhirnya terpaksa akur dengan kehendak politik PKR dan DAP. Tanpa PAS sedari, PKR dan DAP telah berjaya "memerangkap" parti itu untuk melupakan dasar perjuangannya.
Lihat sahaja apa yang digariskan dalam resolusi permuafakatan tersebut. Ia sudah ibarat manifesto awal pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Tiada lagi istilah "negara berkebajikan". Tiada lagi pembentukan negara Islam dan tiada lagi pelaksanaan undang-undang Islam.
Hanya satu sahaja sebutan perkataan Islam dalam resolusi berkenaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Melalui permuafakatan itu, ia sekali gus mengikat PAS untuk terus berjuang bersamasama PKR dan DAP. Selepas ini PAS tidak boleh berkata apa-apa lagi kerana semuanya sudah dipersetujui secara bersama.
Walaupun di konvensyen tersebut tidak diisytiharkan secara rasmi pembentukan satu parti yang bakal menyaksikan ketiga-tiga parti berjuang dalam satu lambang dan satu manifesto, hakikatnya resolusi tersebutlah petanda awal bentuk manifesto yang akan digunakan oleh ketiga-tiga parti pada PRU13.
Persoalannya, apakah yang akan berlaku kepada perjuangan PAS selepas ini?
Mungkinkah kita boleh mengucapkan tahniah kepada PAS kerana setelah sekian lama, walaupun mampu berdiri sendiri sebagai parti Islam, akhirnya PAS menerima realiti politik Malaysia bahawa jika mereka mahu mendapat sokongan kaum lain, mereka perlu menerima bantuan parti sekular.
Jika sebelum ini mereka mengecam Umno sebagai sekular kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi sekarang mereka sendiri terpaksa mengikut jejak tersebut.
Bagi Umno, ia tidak ada masalah kerana walaupun ia parti induk Melayu namun sejak dulu lagi ia turut memperjuangkan nasib kaum lain.
Tetapi PAS akan dilihat tidak berpendirian kerana setelah sekian lama bertungkus-lumus memperjuangkan dasar Islam, akhirnya ia terpaksa mengalah kerana begitu yakin hanya bekerjasama dengan PKR dan DAP sahaja mereka mampu membentuk kerajaan. Namun setakat ini, ia hanya baru impian.
Kasihan PAS kerana ternyata sekali PKR dan DAP terlalu bijak dalam berpolitik bagi memerangkap PAS tanpa sedikit pun PAS sedari. Keghairahan PAS untuk menunjukkan kesetiaannya kepada pakatan pembangkang akhirnya memakan diri.
PAS harus sedar bahawa mereka sudah berada dalam genggaman PKR dan DAP, selepas ini PAS hanya perlu mengikut sahaja apa juga yang diputuskan oleh pakatan pembangkang.
PAS juga harus bersedia mengerahkan segala tenaga parti itu untuk turut memastikan kemenangan PKR dan DAP kerana bukankah ''kalian sudah sepakat''.
Lagipun PAS ingin sekali bersama memenuhi impian Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP bagi menawan Putrajaya sekaligus membolehkan Anwar mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Tidak apa PAS akan menjadi pengikut setia kepada pakatan pembangkang kerana matlamat PAS sebenarnya ialah mahu menumbangkan BN kerana bukankah di konvensyen itu Abdul Hadi berkata, ''Pakatan rakyat yang diwujudkan berasaskan masyarakat majmuk mahu menyelamatkan rakyat negara ini (daripada pemerintahan BN)...''
Oleh itu, selepas ini ahli dan penyokong PAS yang begitu teruja dan taksub mahukan PAS memperkukuhkan hubungan dengan pakatan pembangkang tidak boleh mengeluh lagi, kalau mereka dipermain dan diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP.
Doakan sahaja perjuangan PAS bersama pakatan pembangkang akan berjaya walaupun kita tahu di dalam politik segala-galanya boleh berlaku.
Lagipun apa salahnya kalau PAS yang merupakan parti Melayu kedua terbesar selepas Umno hendak berbaik-baik dengan PKR yang hari demi hari para pemimpinnya terus berusaha menggugat satu demi satu institusi Melayu.
Atau apa silapnya kalau PAS bekerjasama dengan DAP yang satu ketika dulu cukup menentang penubuhan negara Islam dan pasti sampai bila-bila pun akan tetap menentangnya.
Tahniah juga kepada PAS kerana mempunyai satu keberanian luar biasa untuk mempertaruhkan kewibawaannya memandangkan selepas ini PAS tidak boleh lagi menarik diri daripada pakatan pembangkang.
Jika mereka berbuat demikian PKR dan DAP akan menjaja di seluruh tanah air bahawa PAS adalah parti yang tiada pendirian.
Namun apa pun, adalah wajar jika kita menanti langkah PAS seterusnya selepas “tangan sudah diikat” oleh PKR dan DAP. Kita ingin mendengar apakah hujah pemimpin-pemimpin PAS mengenai kedudukan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu sejak tahun 1951.
Tetapi kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa dalam pilihan raya umum nanti yang pastinya jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PAS sama sekali tidak akan melebihi kerusi yang diperuntukan kepada PKR dan DAP.
Ia memandangkan PKR dan DAP mahu Anwar menjadi Perdana Menteri bukannya Abdul Hadi atau mana-mana pemimpin Pas. Lebih kasihan lagi kepada PAS, kalau mereka terpaksa “sedekah” kerusi di kubu mereka kepada PKR.
Kalau itu berlaku PAS tidak boleh berbuat apa-apa kerana yang mengatur perjalanan dan menentukan segala-galanya dalam pakatan pembangkang bukannya PAS tetapi PKR dan DAP. Seperti biasa PAS yang hakikat jauh lebih besar dan berpengaruh hanya menjadi “pak turut” kepada kehendak kedua-dua parti berkenaan. Kasihan PAS! — Utusan Malaysia
Penulis ialah Pengarang Rencana, Mingguan Malaysia.

Daftar Pakatan: Hadi mungkin salah faham, kata Anwar



Oleh Shazwan Mustafa Kamal
SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.
Ia kini dalam proses pendaftaran.
Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.
“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.
Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.
Semalam Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Anwar claims Hadi was misunderstood..!!! Wala' Tuan Guru..???

By Shazwan Mustafa Kamal
Anwar (centre) says Hadi’s (right) comments yesterday were not taken in context. — file pic
SHAH ALAM, Dec 21 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was forced today to play down Datuk Seri Hadi Awang’s remarks yesterday which suggested PAS was not in a hurry to have Pakatan Rakyat registered, claiming his opposition colleague had been misunderstood. “We have to read his statement in the appropriate context because the decision to register Pakatan Rakyat was in our agreement,” said Anwar, who is also MP for Permatang Pauh.
The PKR de facto leader went through great pains to explain that a misunderstanding had happened, and that Hadi, himself and DAP parliamentary leader Lim Kit Siang had already consented to apply to the Registrar of Societies (RoS) for formal registration of the opposition coalition.
Anwar claimed that Hadi’s contention was that the detailed plans of the formalisation had not been agreed to yet and would take time.
Yesterday, Hadi had suggested that the PR coalition was in no hurry to be formally registered, in remarks that appear to indicate PAS’ ideological differences with its political partners remained an obstacle.
“We do not want to act in a hurry to register Pakatan,” Hadi said.
“Pakatan does not necessarily have to become a single party. What is important is for us to bring out what we have in common, and to put off things which we do not agree on,” he was quoted as saying after a special meeting with political bloggers yesterday.
Hadi’s remarks came just a day after the PR coalition held its first ever convention. A common policy framework was also tabled at the convention.
His comments suggested PAS may still have doubts about joining a formal coalition.
This prompted Anwar to go into damage control today.
“There was a misunderstanding here. It is not that it is to be formalised based on the preliminary terms of reference and constitution, which have not been resolved.
“So I think there’s no problem with that, because as far as we are concerned, we are committed to register,” said Anwar.
“What Hadi has said is that because whenever we try to hasten it (the registering process) the RoS will slow it down,” he said.
Anwar also added that, for the time being, PR’s focus would be to concentrate on its policies, and not the formalising of the coalition.

Perhentian bas Kuala Berang pula runtuh - Terengganu Darul Runtuh....????

Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di Hulu Terengganu, hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu panel penyambung penghadang cahaya tersebut dipercayai tercabut menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini. Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.
(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)
Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.
Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.
(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)
Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".
Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.
Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.
Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

Sidang DUN Trengganu Panas : MB Diasak Wakil Rakyat UMNO


Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sebelum ini disifatkan agak "muram", Isnin bertukar rancak dan sekali sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri, Bernama dipetik.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di Bukit Besi yang terletak di Dungun.

Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ.

"Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu. Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu menahu tentang perkara tersebut," kata Din.

Ahmad berkata kerajaan Terengganu bercadang untuk membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.

Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.

Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.

Muka2 MP Yang Boikot Najib!

MENTERI


Sembrong – Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok,Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi


Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim


Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor


Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany


Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin


Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon

AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI


Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri


Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang - Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan


K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin


Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong


Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli


Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan


Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang


Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing

..Kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!! Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA!

Sumber, Info Corner

Malaysia Negara Islam, Najib Islam ke?




Cuba kita kembali ke era tahun 1990-an apakah kenyataan yang dikeluaran oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Utusan Malaysia pada 20 April 1993? Adakah saudara masih ingat atau pada adik-adik yang ketika itu masih bersekolah?


Betulkah Malaysia ini negara Islam tetapi mengapa pemimpin UMNO menolak Islam serta mempermainkan agama Islam dengan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa takut dalam diri kepda Tuhan? Negara Islamkah Malaysia ini?


Inilah kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia pada suatu masa dahulu sebelum menjadi Perdana Menteri. Entah sembahyang atau tidak Najib ketika itu atau hanya bertopengkan nama sahaja sebagai orang Islam sebaliknya menentang Islam. Kenyataan beliau ialah :


”Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.” (Dato’Seri Najb Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 April 1993)


Gagalnya Islam ciptaan UMNO sebagai Islam Hadhari apabila Islam Hadhari hanya bertahan sehingga tahun 2008 sejak diasaskan pada tahun 2004 oleh Tun Abdullah Badawi. Ini menunjukkan Islam bawaan UMNO bersifat rektorik dan boleh berubah mengikut musim setelah berlaku pucuk pimpinan teringgi dalam negara.


Ketika Najib belum menjadi PM 1Malaysia, beliau telah menghina Islam terutamanya kepada kerajaan PAS Kelantan pada ketika itu di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan ada tahun 1990 sehingga sekarang berkaitan isu hukum hudud.



UMNO sememangnya takut hukum hudud kerana pemimpin mereka memang ketagih akan kedurjaan dunia seperti penindasan kepada rakyat seperti duit rakyat diambil sewenang-wenangnya. Maka undang-undang sekular dipertahankan agar cara ’halal’ menindas rakyat dilakukan dengan bermaharajalela.


Berikut adalah penghinaan Najib kepada Islam serta rakyat Kelantan mengenai hukm hudud dan mengatakan hudud akan menghuru harakan keadaan di Kelantan:


”Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, pepecahan dikalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan pepecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” (Ucapan Dato Najib Razak, 20 April 1992 kepada para wartawan, pita rakaman).


Sehingga hari ini rakyat Kelantan hidup dalam keadaan aman dan tenteram di bawah kerajaan pimpinan Tok Guru. Huru hara berlaku hanya apabila UMNO tidak dapat hidup senang. Mereka seperti cacing tersepit kepanasan.

People want MACC to catch big fish, not small fry


(The Star) - The time has come for real action from the Government to fight corruption instead of pussy-footing around, said Transparency International Malaysia president Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.
He said if the Government continued talking without real action, people would get frustrated and disillusioned and eventually they would lash back via the ballot box.

“Don’t pussy-foot,” he said when commenting on recommendations in fighting graft at the two-day Government Transformation Pro gramme open day last week.

Many members of the public who attended the programme had questioned why the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was only interested in catching the “small fry” and did not seemed to be interested in catching the jerung (sharks).

Corruption Lab leader Datuk Hashim Nordin, who is special officer to Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz, in his reply had said it was a lot harder to catch the big fish as they tended to be more sophisticated and more professional in their acts.

Ramon said the programme had generated some good recommendations, including calls for the MACC to investigate politicians and businessmen and those who were living beyond their means without waiting for public complaints and for it to report directly to Parliament.

He said the law would have to be amended quickly to reflect the Government’s urgency in fighting corruption.

He said until the “big fish” were taken to court and punished, people would continue to doubt the commission’s sincerity.

Ramon, who is MACC panel of presentation and consultation chairman, said so far no top political leaders have been charged and convicted for corruption.

Citing the Port Klang Free Zone scandal as an example, he said although former Port Klang Authority general manager Datin Paduka O.C. Phang was charged in court, she was not the real “big fish” as there were people in higher levels.

Social Care Foundation chairman Tan Sri Robert Phang concurred that in the PKFZ scandal, bigwigs were named by the Public Account Committee but none of them were brought to court.

“Those implicated must be given a chance to explain in the court, not in Parliament. The rakyat want to know the whole truth.”

He said the PKFZ scandal was an acid test for the Government and there was a need for political will to be executed without fear and favour.

Malaysian Crime Prevention Foundation vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye also said that despite many Government announcements to fight corruption, the people have yet to see real results.

Rasuah: Mana tindakan ke atas tokoh politik, ahli perniagaan?

logo-SPRMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak segera menyiasat tokoh-tokoh politik dan ahli-ahli perniagaan yang hidup mewah melebihi kemampuan masing-masing dari segi kewangan.
"SPRM hendaklah menyiasat mereka ini dan jangan tunggu aduan daripada orang ramai  dan perkara ini harus dilapor terus kepada Parlimen," kata Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.
Mengulas usaha kerajaan untuk memerangi rasuah pada Program Transformasi Kerajaan di Kuala Lumpur yang tamat semalam, beliau berkata, "sebahagian anggota masyarakat mempertikai langkah SPRM kerana hanya menangkap "ikan bilis" dan kelihatan tidak
berminat untuk menangkap "jerung".

"Sehingga SPRM menangkap "jerung-jerung" ini dan didakwa di mahkamah serta dijatuhkan hukuman, orang ramai terus berasa sangsi tentang keikhlasan suruhanjaya itu," terang beliau.
Ramon yang juga pengerusi panel penyampaian dan rundingan SPRM berkata, setakat ini tidak ada tokoh politik yang didakwa dan dijatuhkan hukuman kerana rasuah.
"Sebagai contoh katanya, dalam skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) hanya bekas pengurus besar LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) O C Phang yang didakwa di mahkamah.  Phang bukanlah "ikan jerung" kerana ada lagi mereka yang lebih tinggi kedudukannya daripada beliau," jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Prihatin Sosial, Tan Sri Robert Phang berkata, "dalam skandal PKFZ, nama-nama "ikan jerung" telah disebut hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara tetapi tidak ada sesiapa yang didakwa di mahkamah."
"Skandal PKFZ menjadi ujian getir buat kerajaan dan perlu kepada kesungguhan politik untuk bertindak tanpa bimbang dan pilih kasih," ujar beliau.
 

Ahli parlimen BN lebih pentingkan projek


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan anggota-anggota parlimen Barisan Nasional (BN) lebih mementingkan projek sehingga ramai tidak hadir pada persidangan parlimen.

Mursyidul Am PAS itu berkata, mereka bukan menjalankan tanggungjawab untuk memperjuangkan isu rakyat, sebaliknya menjaga poket sendiri.

“Kerana itu wakil rakyat mereka tidak pedulikan nasib rakyat, sebaliknya lebih pentingkan makan angin, berniaga dan banyak urusan luar dan bukannya menjaga kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini seramai 70 anggota parlimen BN tidak hadir ketika undi belah bagi meluluskan Bajet 2010 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak.

Bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini dengan hanya kelebihan tiga undi, di mana 63 anggota parlimen menolak manakala 66 lagi anggota parlimen menyokong.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, wakil rakyat Umno sebagai wakil rakyat korporat kerana mereka tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab.

Katanya, wakil rakyat BN bukan menjaga kepentingan rakyat, sebaliknya lebih bersifat korporat menyebabkan mereka mengambil mudah tanggungjawab untuk membawa masalah rakyat ke Parlimen.

“Bila kepentingan diri lebih besar berbanding hak rakyat ditambah pula mereka bertanding untuk mencari kesenangan, maka tidak perlunya hadir di persidangan Parlimen,” ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa begitu ramai anggota parlimen BN tidak hadir sedangkan tugas mereka menghadiri persidangan parlimen bagi membahas isu bagi kepentingan rakyat.

“Ini membuktikan Umno telah jauh menyimpang dari perjuangan politik. Rakyat yang memilih mereka hanya sia-sia sahaja kerana tidak menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana sebahagian besar wakil rakyat Pakatan Rakyat khususnya PAS sentiasa istiqamah hadir pada persidangan parlimen.

Hanya lima yang tidak hadir di kalangan wakil rakyat PAS kerana mempunyai urusan lain ketika itu.

Desakan Umno Rugikan BN Pulau Pinang - Penganalisis



PETALING JAYA: Desakan Umno Pulau Pinang supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri hanya akan lebih merugikan dan membahayakan kedudukan BN.
Beberapa penganalisis politik berpendapat, status quo BN di negeri itu perlu dikekalkan bagi memastikan masa depan yang lebih cerah parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Pensyarah Sains Politik, Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, secara realistiknya amalan politik berdasarkan kaum masih lagi diamalkan.
Menurut beliau, sukar bagi Umno untuk meraih sokongan terutamanya masyarakat bukan Melayu di Pulau Pinang bagi menyokong parti itu untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
"Memanglah nampak janggal kerana Gerakan tidak mempunyai kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Umno.
"Namun secara realistiknya saya kira status quo perlu dikekalkan kalau BN benar-benar mengharapkan Pulau Pinang kembali ke tangan mereka," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan Umno Pulau Pinang itu supaya jawatan Pengerusi BN negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan diserahkan kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN di sana.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Umno negeri itu yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Umno memenangi 11 kerusi di DUN dan dua kerusi di Parlimen.
Selain itu Ghazali berkata, dalam situasi politik sekarang ini terutamanya kebangkitan parti pembangkang, sukar bagi BN untuk melakukan rombakan atau perubahan terutamanya apabila melibatkan jawatan pengerusi parti peringkat negeri.
"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk buat tuntutan apa-apa, pembangkang hanya menunggu ruang untuk bertindak kalau BN tersalah langkah.
"Sebab itu apa yang penting pada ketika ini ialah semua pihak dalam perlu bersatu bagi meraih sokongan rakyat agar kembali menyokong mereka.
"Setiap komponen perlu memainkan peranan yang penting tanpa mengira kelebihan parti masing-masing pada ketika ini," katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat, keterujaan Umno untuk mengetuai BN di Pulau Pinang hanya akan meletakkan parti itu diambang bahaya.
"Formulanya mudah, kalau Umno terus menerus meminta jawatan Pengerusi BN di Pulau Pinang, Gerakan sudah pasti akan berkecil hati.
"Bila dah merajuk, kecil hati... banyak perkara yang tidak disangka-sangka boleh terjadi.
"Siapa tahu Gerakan akan ambil tindakan tinggalkan BN... ini semua boleh berlaku terutamanya dalam situasi politik yang tak menentu ini," katanya.
Justeru katanya, BN perlu berhati-hati dalam menangani isu ini.
Menurut Ahmad Nizamuddin lagi, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu mengadakan rundingan segera dengan Umno dan Gerakan Pulau Pinang bagi mengelakkan perbincangan terbuka terus berlanjutan.
"Datuk Seri Najib perlu segera panggil mereka yang berkenan untuk adakan perbincangan, buat rundingan secara permuafakatan," katanya.
Selain itu beliau turut menasihatkan Umno Pulau Pinang supaya tidak terlalu beremosi hingga mengguris hati rakan komponennya.
"Janganlah emosi sangat, Umno perlu hormati perjanjian yang dipegang selama ini.
"Tak bolehlah selepas mereka (Gerakan) lemah, Umno nak rampas kedudukan itu sekarang.
"Kalau nak (jawatan) mintalah dengan cara yang elok, jangan paksa" katanya.

"Bermuafakat dalam perbezaan": Konvensyen PR langkah besar Sistem Dua Parti

Konvensyen Pakatan Rakyat pertama yang diadakan pada 19 Disember, dilihat sebagai langkah penting ke arah Sistem Dua Parti oleh media cetak bahasa Cina.  Walaupun Dasar Pakatan Rakyat dianggap mengelak dari sesetengah isu pokok dan kurang sempurna, namun rata-rata menyambut baik usaha PR untuk bermuafakat dalam perbezaan.
Gambar ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti komponen PR, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng (atau Lim Kit Siang) dan Abdul Hadi Awang berpegang tangan dipaparkan di kesemua akhbar Cina.  Malah, China Press pada 20 Disember menonjolkan gambar Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berpelukan dengan Presiden PAS Hadi Awang, yang dianggapnya sebagai tumpuan media.
China Press memetik kata-kata Nik Aziz, "Sangat jijik bila hampiri UMNO", untuk ditonjolkan sebagai tajuk besar pada muka surat A12.  Interaksi antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan pemimpin PAS juga dilaporkan, dengan tajuk "Berselisih dengan pemimpin PAS? Karpal: Tiada masalah hubungan."
Sin Chew: Titik tolak baru PR
Lidah pengarang Sin Chew Daily pada 21 Disember menulis, "suasana konvensyen adalah harmoni dan dilihat bersepadu.  Apa yang kurang adalah, PR jelas mengelak dari isu-isu dalaman yang mustahak, sekadar menuding jari ke arah Barisan Nasional, memberi persepsi bahawa ianya superficial, dan menyapu masalah ke dalam carpet."
"Dalam reformasi politik pula, PR dianggap kurang terbuka dan berani, misalnya pilihan raya kerajaan tempatan tidak diterap ke dalam dasar."  Lidah pengarang ini menyaran agar Dasar PR memasukkan penyelesaian yang lebih pragmatik, yang dapat memperlihatkan kemampuan memerintah dan berubah, termasuklah pengurusan ekonomi, reformasi sistem pendidikan, pemindaan akta yang tidak relevan dan sebagainya, untuk menyempurnakan dasar PR.
Malah, Sin Chew menganggap PR menunjukkan fenomena merosot sementara BN di bawah pimpinan PM Najib Razak kini semakin terkeluar dari bayang PRU ke-12.  Media ini bertanggapan bahawa gagasan "1Malaysia", malah Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Najib untuk Program Transformasi Kerajaan semakin disenangi,dan Najib mula mengembalikan sokongan rakyat.
Justeru itu, Sin Chew menganggap PR perlu mengatasi program tranformasi BN melalui dasar dan tindakan, menunaikan janji untuk mengekalkan sokongan.
Empat penetapan
Sin Chew Daily, turut menyiarkan tiga artikel kolum yang mengulas Konvensyen PR.  Antaranya, Lim Mun Fah menganggap konvensyen ini memberi makna besar kerana menetapkan empat perkara, iaitu:
Pertama, untuk menewaskan UMNO, PR mesti mengelakkan diri dari politik perkauman sempit;
Kedua, PAS tetap setia dengan PR, dan memperlihatkan tekad untuk mengambil alih kerajaan persekutuan bersama DAP dan PKR;
Ketiga, mengiktiraf kedudukan Anwar sebagai pemimpin tertinggi PR;
Keempat, mengetepikan perbezaan antara ketiga-tiga parti, mengambil pendekatan "bersepakat dalam perbezaaan".
Lim Mun Fah menyebut kelemahan yang ada pada ketiga-tiga parti PR, dan menganggap "perbezaan idealisme" adalah cabaran terbesar buat PR pada masa depan.
Di samping itu, Lim Sue Goan pula mempertikaikan PR yang masih kabur dengan dasarnya, dalam artikel kolumnya yang disiarkan Sin Chew Daily pada hari ini.  "Mengapa hanya menyebut meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi tidak janji untuk memansuhkan akta zalim ini atau perkara yang tidak wajar dalam akta ini?" tanya Lim Sue Goan.
Lim Sue Goan terus mempersoalkan, "Mengapa hanya menyebut 'meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima', tetapi tidak menyatakan terus pengiktirafan terhadap sijil Sekolah Menengah Persendirian Cina?"
"Kita tahu ekonomi negara kini terjerumus dalam kemelut.  Mengapa PR tidak mengemukakan strategi yang berwawasan, agar dilihat berbeza dengan UMNO?" pertikai Lim.
Nanyang: Langkah besar ke arah Sistem Dua Parti
Nanyang Siang pula, menganggap konvensyen PR ini sebagai langkah besar ke arah Sistem Dua Parti.  Dalam satu artikel di ruang kolum, penulisnya menilai model kerjasama dan operasi PR, lebih "progresif" daripada BN yang terdiri daripada 14 buah parti, dan ditubuhkan puluhan tahun yang lalu.
Malah, perhubungan antara parti komponen lebih mudah berbanding dengan BN yang menyanjung "dasar pecah dan perintah" (misalnya memasukkan dua parti yang bertunjangkan masyarakat Cina).  Dengan itu, kadar berlakunya pergelutan dalaman di PR akan berkurang secara semulajadinya.
Konvensyen berlangsung dengan lancar, malah mengelak daripada isu "negara Islam", menunjukkan bahawa ketiga-tiga parti telah mencapai muafakat untuk "bersepakat dalam perbezaan", terutamanya antara DAP dan PAS yang jauh berbeza ideologi politiknya.
Dengan kata lain, kolumnis ini menganggap PR masih mampu duduk bersama, berganding bahu menuju ke arah matlamat memerintah di kerajaan pusat, walaupun banyak perselisihan yang berlaku selepas PRU pada 8 Mac 2008.


*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 20 dan 21 Disember 2009, berkisar pada Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.