Jumaat, 18 Disember 2009

Golongan Pengampu Jahanamkan Parti - Hadi Awang

Jangan meramaikan pengampu dalam PAS
Saidah Hairan

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh pimpinan PAS negeri Selangor supaya menjadi pemimpin berjiwa besar serta bersikap terbuka dan tidak meramaikan pengampu kerana ia akan menjahanamkan masa depan parti.

Beliau menegaskan, menjadi pemimpin mesti rela dikritik jangan takut dikritik dan jangan berdegil untuk mempertahankan diri setelah dikritik kerana itu akan menjatuhkan maruah seorang pemimpin.

Katanya, menjadi pemimpin bukan saja untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya tetapi lebih penting bertanggngjawab terhadap Allah SWT. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Seminar Memperkasa Parti Memperkukuh Pakatan PAS Selangor di dewan MBSA, Shah Alam, Sabtu lalu.

Tambah beliau, apabila sudah menjadi pemimpin jangan memutuskan hubungan dengan parti (PAS) memelihara hubungan dengan masyarakat begitu juga dengan raja kerana raja merupakan sebahagian daripada perlembagaan.

"Pemimpin perlu menjaga hubungan dengan pegawai kerajaan kerana jika hubungan tidak baik apa saja perancangan akan tergendala kerana tidak mendapat sokongan daripada mereka," tegasnya.

Walaupun PAS mengalami `pasang surut' dalam pilihan raya katanya tetapi ahli PAS mencecah satu juta orang dan keistemewaan PAS kerana mempunyai ketahanan yang hebat.

Beliau berkata, PAS berjaya memecah tembok pemisah dengan pengundi bukan Islam apabila ditubuhkan Kelab Penyokong PAS disamping mengadakan tahaluf Siyasi (persefahaman politik) dengan parti dan kumpulan bukan Islam.

Katanya sokongan daripada orang bukan Islam kepada PAS disebabkan pimpinan PAS mempunyai harga diri serta prinsip dan diatas keistimewaan itu mereka menilai keberkesanan PAS.

Menurut beliau, PAS perlu membina dan memperkukuhkan kekuatan diatas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar kekuatan Islam, dalam masa yang sama hendaklah mendapat undi bukan Islam sebaik mungkin itu realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk.

Beliau turut mengingatkan peserta seminar dengan petikan hadis bermaksud; "Barang siapa yang mencari keredaan Allah walaupun dimarah oleh manusia, Allah meredai dan Allah menjadikan semua makhlum meredainya, ..."

"Keredaan ini sangat penting dan perlu bagi kita sebagai pejuang parti Islam. Kita perlu mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah," tegasnya dihadapan pimpinan PAS Kawasan dan negeri.

Menurut beliau, PAS menjadi parti paling berpengalaman pernah menjadi pembangkang bersendirian di peringkat negeri dan pusat begitu juga memerintah kerajaan negeri secara bersendirian.

PAS juga pernah menyertai kerajaan campuran dan pernah menyertai BN di semua peringkat dan kembali bersendirian, seterusnya bekerjasama dalam bentuk angkatan perpaduan ummah dan pakatan dengan parti lain.

Justeru, ahli-ahli PAS boleh menerima keputusan pilihan raya dengan sabar dan istiqamah walaupun memakan masa dan generasi maka PAS hendaklah belajar daripada pengalaman itu secara positif.

Beliau menekankan sekarang PAS mengambil pendekatan `Tahaluf Siyasi' iaitu persefahaman politik melalui proses yang teguh di atas prinsip dan batas kebijaksanaan yang berlandaskan al-Quran dan sunnah al-Ijmak Ulamak dan Qiyas yang nyata dengan pengamatan siyasah syari'yyah mengikut Perlembagaan PAS.

"Alhamdulillah strategi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi itu berjaya merombak kesombongan yang wujud dalam BN sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan dalam BN,"tegasnya.

Selain itu beliau turut menekankan PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki dengan memainkan peranan yang lebih aktif.

Di akhir ucapan itu beliau berharap semua pencapaian yang diperolehi PAS perlu dimuhasabah kejayaan dan kelemahan di semua peringkat sama ada kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen serta memperkasakan Kelab Penyokong PAS secara aktif bagi meningkatkan kejayaan sehingga ke tahap mencapai kemenangan yang lebih besar.

Ulasan GB

Nampaknya pengampu-pengampu Presiden menerima tamparan paling keras di muka mereka dengan kenyataan di atas.

Ada kemungkinan Datuk Seri Presiden menyedari bahawa tindakan melampau pengampu-pengampunya menyebabkan integriti dan kredibilitinya tercalar teruk apabila terdapat sang pengampu ini telah terlajak jauh dengan kebebalan dan salah tafsir pengertian "wala'" dan "tsiqah" sepertimana yang dituntut di dalam 'amal jamiyy. Wala' membabi buta tanpa ilmu menjadi harakah hancur binasa lantarannya.

Kita melihat sikap Presiden yang berlapang dada menerima teguran tetapi terdapat sang pengampu yang mencemarkan imej parti sepertimana yang berlaku di dalam kes kecaman beberapa pengampu ke atas pengkritik-pengkritik parti sebelum ini. Semasa Datuk Presiden membuat keputusan untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti untuk mendengar sendiri luahan Prof Abdul Aziz Bari, pengampu ini tiba-tiba membelasah dan mengecam Professor tersebut seperti kenyataan-kenyataan Abu Bakar Chik, Idris Ahmad, Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasruddin Hassan Tantawi dan beberapa pemuka-pemuka parti sehingga Datuk Presiden sendiri menerima tempias "malu" dan "dihinakan" ekoran dari tindakan pengampu-pengampu ini.

Sehinggakan golongan pengampu ini menganjurkan Seminar Blogger hujung minggu ini nak brainwash blogger-blogger supaya menjadi pengampu seperti mereka.

Tidak cukup sekadar itu, terdapat pengampu-pengampu dari kalangan mereka terdiri dari webmaster dan blogger yang senegeri dengan Datuk Presiden sendiri menyerang habis-habisan mereka yang mengkritik pimpinan, seolah-olah hanya kumpulan mereka saja yang betul dan boleh menyertai syurga Ilahi dengan cara memaki hamun itu.

Kita melihat bagaimana pengkritik-pengkritik parti (samada ahli atau pun tidak) seperti Topeng Perak, Tulang Besi, Al-Bakistani, ManjongMari, GB sendiri, dan beberapa blogger lain telah diserang hebat oleh golongan pengampu ini. Malah Mursyidul Am PAS dan mereka yang cuba mempersetujui idea pengkritik seperti Peguam PAS, Sdra Hanipa Maidin juga diserangnya bertubi-tubi. Tidakkah betul GB umpamakan kerja mereka sebagai kerja gila?

GB dituduh dengan pelbagai gelaran, pemecah-belah parti, munafiq, agen talibarut UMNO ... Apa nak GB katakan lagi? Hanya bersyukur asalkan Allah meredhai dan menerima diri kita.

Walhal Datuk Presiden sentiasa mendengar dan menerima kritikan walau betapa tajam dan pedas. Itu lambang pemimpin berjiwa besar tetapi sayangnya ia dicemari dengan tindakan pengampu yang berjiwa kerdil yang bakal menjahanamkan parti.

Dan GB telah mencoretkan hal ini di dalam mesej sempena sambutan Maal Hijrah:-


Maal Hijrah : PAS Perlu Bersedia Menerima Perubahan

Ulasan GB

PAS kini sedang melalui proses perkembangan dan kematangan sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik sehingga timbul fenomena yang dilihat seperti ianya digoncang sekuat-kuatnya bagi melihat keutuhannya untuk mengharungi cabaran di era baru.

Zaman transisi dari sebuah organisasi dakwah yang sifatnya begitu tradisional kepada sebuah organisasi yang progresif untuk berdepan dengan cabaran-cabaran baru seperti globalisasi, ledakan teknologi maklumat, diikuti dengan kehadiran golongan masyarakat yang berdasarkan pengetahuan (k-community) dan seumpamanya memerlukan perubahan kepimpinan dan struktural.

Ia sekaligus menyaksikan sudah berlalunya zaman "zon selesa" untuk pemimpin dan organisasi parti untuk sekadar mempertahankan status quo.

Tulisan diatas GB bawa untuk sama-sama kita renungkan mengenai kepincangan yang sedang dialami oleh PAS kini, sebagai satu bahan penelitian untuk menerima seadanya apa yang berlaku kini sebagai satu "sunatullah" untuk mentransformasikan PAS kepada sebuah organisasi dakwah dan politik yang lebih berjaya.

Suka atau tidak suka, perubahan pasti berlaku. Tidak ada dua hari yang bernar-benar serupa pada manusia dan sekalian alam, begitulah kepada PAS. Kesemua faktor perubahan berlaku dengan mengakui adanya nilai konstans - iaitu dasar perjuangan yang tetap.

Hari ini tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi lagi. Kejayaan dan kegagalan, kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi dan kepimpinannya diteliti, dibedah, disiasat, dianalisa dan didokumentasikan di bilik-bilik kuliah universiti di dalam pelbagai matapelajaran di dalam bentuk "case study" dan PAS tidak terlepas darinya.

Malah dalam beberapa keadaan ia kini menjadi desertasi untuk seseorang bergelar sarjana dan pemegang PhD.

Zaman untuk merajuk, zaman untuk bersembunyi, zaman untuk mempertahankan sikap "futur" telah tersangat semalam.

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.

Sebagai entiti politik zaman baru juga PAS perlu sentiasa melakukan penyelidikan dan analisa SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Waknessess)nya sendiri. Perlu melakukan matriks pengurusan dan kajian "market share" yang diperolehi untuk mengetahui kedudukan dan status quo dirinya berbanding dengan parti-parti politik lain.

Zaman untuk mendengar ceramah retorik sudah berlalu. Contohnya, kelmarin Datuk Mahfuz Omar baru menempelak dan mendesak Ariffahmi untu meletak jawatan tetapi pada hari ini. Mahfuz sendiri boleh ditempelak untuk meletakkan jawatan kerana mementingkan urusan peribadi daripada parti. Dan langkah terbaik bagi Mahfuz ialah: senyumlah menerima kritikan itu, akur dan berterima kasih kerana peringatan serta dalamasa yang sama perbaiki diri. Kerana yang mengkritikmu itu adalah cerminan bagi dirimu sendiri. Kelmarin engkau menempelak, hari ini engkau ditempelak. Yang yang menempelak itu, "hakikat"nya adalah dari Tuhanmu, yang bukan membencimu tetapi mengasihmu. Begitulah juga pengajaran untuk pemimpin parti yang lain.

Tertinggallah mereka yang masih menguleti mimpi untuk menjadi "kerajaan yang dinanti" jika masih bertegang urat, menelan pil khayal untuk bermakian-makian menjadi penyokong yang akhinya membawa parti rebah ke bumi.

Konvensyen PR: Satu pengukuhan perjuangan


Angin Pendamai atau Winds of Peace, yang dicipta oleh penyanyi Blues Gang, Ito, akan bergema pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) esok.
Mampukah Angin Pendamai yang menjadi tema lagu konvensyen esok menjadi titik permulaan kepada penyatuan perjuangan dan matlamat berdasarkan polisi bersama sebagai langkah pertama ke arah menerajui kerajaan pusat selepas PRU13?
Resolusi yang bakal diumumkan pada konvensyen esok hasil perbincangan pelbagai peringkat beberapa bulan lalu untuk menghasilkan satu rangka persefahaman bersama, sudah boleh dianggap satu pencapaian.

Dan esok, 1,500 perwakilan dari ketiga-tiga parti yang berbeza ideologi – PAS, PKR dan DAP – yang menjadi pendokong PR akan menentukan hala tuju gagasan itu dalam memperlengkapkan diri sebagai ’bakal’ peneraju kerajaan persekutuan.
Jika dikaji keputusan PRU12 secara halus, kejayaan PR yang menghilangkan majoriti 2/3 BN di parlimen dan memenangi 5 negeri, tidak termasuk Wilayah Kuala Lumpur yang hampir disapu bersih oleh PR, dicapai bukan berteraskan satu landasan perjuangan yang sekata.
Mereka bergerak atas sentimen me’nyah’kan 2/3 majoriti parlimen BN kerana bimbang dengan pelbagai penyelewengan yang diamalkan oleh Umno-BN hingga sudah membarah, bimbang-bimbang negara akan muflis.
Usaha ke arah menyelaraskan perjuangan diteruskan. Sedikit demi sedikit, tapi dengan penuh keyakinan, mereka merapatkan jurang perbezaan yang ada bersandarkan kesedaran membina sebuah negara yang komited untuk rakyat.
Laporan Ketua Audit Negara yang memuji kecekapan pentadbiran PR di empat negeri yang di perintahnya, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, membuktikan ketelusan, kecekapan dan integriti PR sebagai kerajaan yang sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara.
.
Kesan daripada PRU12, memperlihatkan kemunculan pakatan pembangkang mampu memainkan peranan “mengawasi dan menegur” terhadap pentadbiran Umno-BNl dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, PKR dan DAP dan terus mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.
Tanpa bergerak pada satu landasan perjuangan bersama, PR sudah mampu membuktikan kewibawaan, sekalipun tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan yang sering digunakan oleh media arus perdana untuk melaga-lagakan gagasan itu.
Namun tempoh setahun setengah pemerintahan sejak PRU12 Mac tahun lalu, ia boleh dianggap pencapaian yang jauh lebih baik berbanding Umno-BN yang sudah menerajui negara ini selama 52 tahun.
Maka konvensyen sulung PR esok pastinya dinanti dengan penuh debaran, tapi lebih kepada satu harapan di kalangan rakyat yang mahukan perubahan untuk melihat ‘negara yang komited’ untuk rakyat.
Ramai tidak mengharapkan semua perjuangan dan ideologi akan dapat di ’selaraskan’ mengikut satu landasan bersama. Tapi sedikit kemajuan hasil konvensyen itu sudah cukup untuk menjadi titik permulaan meletakkan PR di landasan yang betul untuk terus bergerak atas polisi bersama dengan konsep ketuanan rakyat.
Adalah diharapkan selepas konvensyen sulung ini, PR yang kini memiliki 82 kerusi Parlimen berbanding 137 BN, mampu menghayun langkah pertama menggantikan BN. Bukankah destinasi PR ke Parlimen sebagai kerajaan persekutuan bermula dengan langkah yang pertama?

Ahli UMNO BODOH!! Kata Nazri

Ini adalah artikel yang telah disiarkan oleh Blog BigDogDotCom , Blog penyokong UMNO, mengenai seorang ahli UMNO Johor yang cuba untuk menegur Nazri Aziz yang berselisih pendapat dengan Mahadet beberapa hari yang lalu..

Hasil dari nasihatnya ialah Nazri telah mengatakan yang Ahli UMNO itu BODOH!! dan buat kali yang kedua Nazri terlupa bahawa beliau sendiri adalah ahli UMNO.. Jadi beliau juga BODOH!!..

Link ada dibawah, tapi tak payah klik la..



Kami menerima transkrip seorang ahli UMNO Johor yang mengambil inisiatif untuk menegur pemimpin Majlis Tertinggi UMNO ini tentang sikap dan tindakan tidak melambangkan kedudukan yang beliau sandang, dari perspektif masyarakat, politik dan hierarki pentadbiran.

Watak dalam interaksi sms ini ialah:

Sang Nila Utama – SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah.

DS Nazri: Y.B Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas

Kami diBigDogDotCom telah berjaya mendapatkan persetujuan SNU untuk menyiarkan interaksi sms ini agar masyarakat umum menilai sendiri sikap dan keperibadian Menteri Kabinet DiJabatan Perdana Menteri ini.

SNU: As’kum w.b.t, YB Dato’ Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato’ Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan beberapa perkara dalam isu ini.

1) Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut apabila beliau diajukan soalan oleh pemberita berikutan kenyataan pihak pembangkang mengenai module BTN yg perlu dirombak.

2) Kenyataan Tun mahathir adalah sebagai bekas seorg PM ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 yg mana kenyataan beliau didapati menyebelahi Kerajaan BN dan UMNO di bawah kementerian JPM.

3) Tidakkah Dato’ Seri sedar bahawa module BTN selama ini adalah seiring dengan kehendak dan matlamat perjuangan bangsa Melayu sepertimana yg termaktub di dalam perlembagaan UMNO yg mulia selain menanamkan semangat jati diri dan patriotisma terhadap keseluruhan rakyat Malaysia.

Ini bermakna kenyataan Dato Ser’ adalah menentang Kerajaan BN dan boleh ditafsirkan sebagai pembelot terhadap perjuangan org2Melayu Islam melalui UMNO. Justru, saya sebagai org Melayu yg beragama Islam rakyat Malaysia yg berdaulat ingin melafazkan atas nama Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa, atas darah pejuang2 Melayu yg mengalir kebumi bertuah ini krn menuntut kemerdekaan serta memilihar kedaulatan Melayu dan Islam dengan ini mengutuk sekeras2nya kenyataan yg dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Nazeri terhadap YABhg Tun Dr. Mahathir sebagaimana yang tersebut selagi mana bangsa Melayu Islam wujud di muka bumi bertuah ini.

Semuga Allah SWT memberi hidayah kpd Dato’ Seri untuk menginsafi diatas perbuatan yg dilihat sebagai petualang terhadap bangsa dan agama sendiri.

DS Nazri: Sukahati awak, saya langsung tak peduli kerana yg lemahkan kerajaan melayu ialah kritikan mahadir tak henti2. Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya!

SNU: Sememangnya org yg malas berfikir akan mengatakan kritikan Tun M adalah punca Kerajaan BN lemah. Kenapa pemimpin sperti Dato’ Seri tidak mahu mengkaji fakta2 didlm kritikan Tun M betul atau salah? Sebenarnya faktor utama yg menjadikan kerajaan BN lemah adalah pemimpin UMNO yg amalkan rasuah dan berkelakukan bongkak dengan masyarakat pengundi seperti saya. Pemimpin yg bacul pula adalah pemimpin yg cepat melatah apabila berhadapan dengan kebenaran dan lebih teruk lagi apabila disergah oleh pihak pebangkang.

DS Nazri: Awak nak jadi Tuhan, nak hukum saya apahal….? Saya ada pandangan saya, itu hak saya, kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai…. saya tak heranlah!

SNU: Nampaknya Dato; Seri melatah apabila saya menyentuh soal rasuah sehingga menuduh saya nak jadi Tuhan jatuh hukum terhadap Dato’ Seri. Kalau Dato’ Seri tidak takut dilambung ombak kenapa hanya berani kritik Tun Mahathir tanpa berhadapan dengannya utk dapatkan penjelasan lanjut dan kenapa pula kelihatan Dato’ Seri tunduk dengan desakan pembangkang dalam isu ni…? Saya tahu la kenapa Dato’ Seri tak eran dalam hal ni dan saya yakin ramai org2 politik pun tahu.

DS Nazri: Saya bila2 masa boleh jumpa Tun. Saya tak takut siapa. Soalnya mahukah dia jumpa saya? Aturlah, beritahu saya bila dan di mana. Dan saya nak tahu apasal awak sms saya dan bukan Tun. Jadi sapa yg takut di sini.

SNU: Soalnya adakah Dato’ Seri sudah buat permohonan jumpa Tun M…? Jgn petikai kenapa saya sms Dato Seri’ dan bukan Tun M kerana isunya sekrg bukan nak tentukan siapa berani dan siapa bacul. Itu cara org yg tidak bertamadun dan tidak bermoral, kerana kita dalam UMNO tak amalkan budaya samseng dan kurang ajar.

DS Nazri: Samseng tu awak, tak tamadun, saya tak kenal awak, mana awak dapat no telefon saya? Kalau jantan awak jumpa saya di parlimen sekarang.

SNU: Etika perjuangan tak perlu petikai dari mana dapat itu dan ini. Seseorang pejuang harus sentiasa redha hadapi apa sahaja yg hadir tanpa banyak persoalan. Lagipun saya bukan nak cari gaduh atau musuh dengan mana2 pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri.


Saya hanya gunakan hak saya sepertimana Dato’ Seri gunakan hak sendiri untuk kritik Tun M. Dato’ Seri harus ingat kedudukan dan kerusi yg Dato’ Seri perolehi sekarang adalah datangnya daripda kuasa rakyat seperti saya. Untuk berjumpa Dato’ Seri, saya tiada masalah, tetapi bukan sekarang kerana saya berada di luar KL.

Insya’allah saya akan berhadapan dengan Dato’ Seri untuk menggali isi perut perjuangan yang sejati demi Melayu dan Islam.

DS Nazri: Awak bukan rakyat dan pengundi saya, saya peduli apa. Pengundi saya kenal saya. Sebab itu saya menang 4 kali. Awak tak kenal saya jangan cuba nak ugut. Saya akan tunggu awak, jangan jadi bacul. Bagi tahu saya bila, saya akan tunggu.

SNU: Memang la saya bukan pengundi di tempat Dato’ Serin tetapi saya memberi gambaran bahawa saya adalah RAKYAT serta antara pengundi yang sentiasa mengundi BN setiap kali PRU dan saya juga ahli UMNO. Tak kira la tempat mana seseorang rakyat itu mengund. Memang benar Dato’ Seri menang di tempat sendiri sebanyak 4 kali, tapi adakah majoriti yg Dato’ Seri perolehi pada PRU yang lepas meningkat naik? Adakah Dato’ Seri yakin akan sentiasa menang pada PRU seterusnya?

Jelas kelihatan sikap Dato’ Seri yang sangat bongkak dan takbur serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat prestasi BN secara menyeluruh. UMNO dan BN tidak memerlukan pemimpin yang setajat tahu memang kerusi parlimen ditempat sendiri sahaja TANPA melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk Alif Ba TA secara komprehensif.

Jika keadaan ini berterusan maka UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg tiada kualiti dan tiada arah yg jelas untuk membela bangsanya dan agamanya. Saya cadangkan Dato Seri’ segera mentertai kembali kem BTN untuk merawat jati diri sayangkan bangsa dalam diri Dato’ Seri.

DS Nazri: Tak payah nak ajar saya tentang politik. Kalau BN nak kalah pun ialah kerana Tun duk hentam kerajaan tak habis2. Awak pegi nasihat orang tua tu. Apapun bacul jumpa saya paham!

SNU: Saya bukan ajar Dato’ Seri, tapi saya terangkan pekara yang saya fikir Dato’ Seri harus tahu dan sedar mengenai UMNO, tapi malangnya Dato’ Seri sedang berada di satu dunia khalayan dan syok sendiri diatas kerusi parlimen yang dimenangi dengan majoriti yang menjunam teruk.

Menuduh faktor Tun Mahathir sebagai punca prestasi buruk BN pada PRU12 yang lepas adalah satu sikap bacul yang nyata yang Dato’ Seri harus faham. Bagaimana pula faktor Pak Lah dan menantunya KJ serta rekod buruk peribadi seseorang calon BN yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa serta moral?

Sepatutnya pemimpin seperti Dato’ Seri harus bermuhasabah diri dan insaf apa yang telah melanda BN dan UMNO disepanjang penguasaan Pak lah selama lebih kurang 5 tahun, bukannya berterusan bersikap angkuh dan bongkak. Jadi Dato’ Seri lah yang perlu dinasihat bukannya Tun Mahathir.

DS Nazri: Awak ni bukan aje bacul tapi buta! Tak baca interview Tun Daim. Apapun jangan lari, saya tak tahu awak kat mana tapi saya ada di Parlimen. Bagi tahu bila nak mari, saya akan tunggu. Apa pun, saya menteri, awak tu apa? Habuk pun takdak… bacul!!

SNU: Tak guna jadi orang yang celik dapat melihat tapi TAK NAMPAK apa yang dilihat, lebih baik jadi si “buta” sungguhpun tak dapat melihat tapi sentiasa nampak melalui hati dan akal. Saya tak pernah lari setiap kali berjuang bersama UMNO. Saya berada di JB. Antara kita tak perlu nak petikai siapa bacul sepatutnya itu bukan standard pemikiran Dato’ Seri yang bertaraf seorang Menteri.

Memang saya tahu Dato’ Seri adalah Menteri dan tak perlulah nak bandingkan dengan saya yang Dato’ Seri anggap sebagai habuk kerana bila dalam kubur nanti badan kita akan jadi habuk juga, masa tu adakah pangkat Menteri yang Dato’ Seri bangga-banggakan itu akan dapat kekalkan jasad tidak menjadi HABUK..? Berapa umur Dato’ Seri sekarang dan berapa tahun lagi kah Dato Seri mampu bertahan untuk kekal jadi Menteri?

DS Nazri: Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!

SNU: Saya juga punyai kedudukan dan berpendapatan tinggi dalam sebuah syarikat konglomerat, tapi tak perlulah saya nak nyatakan dan banggakan. Di Malaysia ramai juga peguam cabuk dan menipu, makan duit haram, tapi nasib Dato Seri’ agak baik kerana menang bertanding melalui platform UMNO dan BN lalu dapat jadi Menteri yang sedang mengalami kemerosoton undi dan sokongan rakyat. Tunggulah bila sampai waktunya apabila pangkat dan kedudukan ditelan takdir, itulah hakikat sebenar akan tiba nanti.

DS Nazri: Ha… dah nak jadi penyokong Nik Aziz, doa bala kepada orang lain, awak ni orang Pas menyamar UMNO? Tak pe saya nak masuk undi dalam dewan sekarang. Saya memang nak jumpa awak. Bagi saya tarikh, saya tunggu.

SNU: Ini nombor keahlian UMNO saya 0265XXXX, Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Negeri Johor. Jika perlu, sila la buat pengesahan. Saya merujuk kembali text saya sebelum ini, tiada satu ayat pun menunjukan saya mendokan bala kepada Dato’ Seri sepertimana Nik Aziz mendokan bala terhadap PM. Sungguh pelik, Dato’ Seri yang berkelulusan dalam bidang perundangan boleh membuat justifikasi yang lari daripada text saya sebelum ini. Selamat bersidang di dewan yang mulia. Semuga kita dapat berjumpa satu hari nanti.



Interaksi tamat, apabila Nazri tidak lagi membalas selepas text yang terakhir di atas. Kami yakin mengenai kesahihan ini kerana Nazri sebenarnya cuba untuk menyelidiki gerangan SNU ini (berbekalkan dengan no. keahlian UMNO yang diberikan dalam sms tersebut).

Kami sebagai ahli UMNO sebenarnya amat malu kerana ujud pemimpin dengan budi pekerti dan sikap sedemikian, yang dikira sebagai mengkhaianati ‘Perjuangan’, prinsip dan landasan UMNO dan Bangsa Melayu.


BigDogDotCom

Najib akan ambil tindakan tegas terhadap yang tak hadir

Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen - PM

Tindakan terhadap Ahli Parlimen BN yang gagal hadir sidang: PM


COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.
“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi.Berita Harian
…………………………………………………………………………………………………………
Presiden PAS Dan PKR juga perlu mengambil langkah-langkah yang sama atau sesuatu tindakan yang tegas terhadap MP PAS dan PKR yang tidak hadir sebagai pengajaran supaya pekara ini tidak akan berulang lagi di masa masa yang akan datang

Persidangan Pakatan Rakyat Tempa Sejarah Baru Politik Negara



19 Disember 2009 membuka tirai baru dalam judul politik tanahair.
Buat pertama kalinya, 1,500 perwakilan dari tiga parti dari jalur politik berlainan akan berhimpun dibawah satu bumbung untuk memeterai wadah umum perjuangan gagasan Pakatan Rakyat.
Mereka akan meluluskan rangka kerja dasar yang dikongsi bersama komponen gagasan ini yang akan menjadi mercu gerakan mereka menumbangkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Sesungguhnya pembentukan dokumen umum ini yang dirumuskan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP adalah satu pencapaian yang menakjubkan.
Meliputi prinsip bersama ketiga-tiga parti itu - Pas dari jalur Islamik, DAP yang cenderung kepada demokrasi sosial dan PKR yang menuruti arus liberal - rangkakerja ini adalah satu anjakan baru mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk rakyat.
Apa yang akan dicanangkan kepada perwakilan di Persidangan Kebangsaan Pakatan Rakyat adalah matlamat bersama menuju kerajaan yang lebih baik untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Di kalangan pemerhati politik, persidangan ini adalah sejarah baru politik negara, dengan para perwakilan berkongsi pengalaman bekerja dalam satu barisan sejak 21 bulan yang lepas dan cuba membentuk gagasan majmuk yang benar-benar berwibawa.
Perikatan yang dibentuk secara mendadak oleh PKR, Pas dan DAP ini mengejutkan ramai pihak dengan kejayaan menumbangkan kekuatan dua-pertiga BN pada Mac 2008. Gagasan ini turut berkuasa di lima dari 13 negeri di Malaysia.
Namun semenjak itu Pakatan Rakyat bergelut untuk menampilkan gagasan itu sebagai satu ketumbukan yang ampuh menentang BN dan aparatus gagasan perkauman itu keatas media arus perdana, agensi kerajaan dan perbendaharaan negara.
Gerombolan pengkritik dari BN tidak membuang masa menonjolkan kepincangan dalam dokumen satu wadah ini, mendakwa bahawa pakatan pembangkang di Malaysia tidak mempunyai rekod menyamai prestasi BN mengurustadbir Malaysia, mahupun kewibawaan untuk memulihkan masalah-masalah runcing dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Disebalik usaha pengkritik di ruang maya dan arus media perdana untuk meremehkan dokumen satu wadah ini, Selangor bagaimanapun bersedia untuk menganjurkan persidangan ini dan memuatkan perwakilan dari seluruh negara khususnya dari Sabah dan Sarawak.
Ucaptama dan amanat penting akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.
Persidangan ini juga akan menyaksikan logo bersama Pakatan Rakyat. Logo ini memaparkan tiga daun palem yang mewakili tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Daun palem ini mengelilingi lima kelopak bunga mewakili Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusuns.
Lagu tema persindangan ini ialah Angai Pendawai, karya Ito dari Blues Gang.

Pakatan Rakyat's Mission and Vision Statement


We believe that the higher and more fundamental values for all Malaysians -- Justice, Dignity and Mutual Respect -- should be the basis for our citizenship, identity and our common good
As Malaysians look towards the future and faces the question of what it would mean to be a Malaysian in the 21st century, our nation needs more than what we have experienced thus far in the last 52 years, in the areas  of governance, the economy, social welfare and our cultural lives.
What Malaysia needs is a regime change.  A common and truly participatory Malaysian democratic project of regime change will save us from the dangerous old politics of racism, discrimination, corruption and oppressive rule experienced over the last 52 years. The Pakatan Rakyat, responding to the rakyat’s indomitable democratic spirit and hunger for true and fundamental change, accepts the unique opportunity and mandate given by the Rakyat on March 8, 2008, to re-imagine and chart a new and decisive course in Malaysia’s history. 
To this end, the three member parties, in a spirit of mutual respect and common deliberation, taking full account of our respective political beliefs and values, have sought to transcend these differences in authoring  this common document called the Dasar Pakatan Rakyat. We believe that the higher and more fundamental values for all Malaysians -- Justice, Dignity and Mutual Respect -- should be the basis for our citizenship, identity and our common good.
We have resolved in our Dasar Pakatan Rakyat to:
1)     Put a clear and decisive end to the politics of racism and discrimination in all government policies and legislation.
2)     Restore the Supremacy of the Federal Constitution and the Rule of Law, where there will be greater democratization in all public institutions, organs of government, the courts and other law enforcement agencies .
3)     Develop a truly People’s Economy, as opposed to an economy that has benefitted cronies and those with vested interests,  where corruption and wasteful public spending will be vigorously combated. We will instill greater transparency and accountability in government and the public sector.
4)     Restore meaning to Federalism where States’ rights are defended and economic wealth will be shared on a fair and equitable basis, including tax revenues and oil royalties.
5)     Abolish the ISA and all oppressive and draconian laws that infringe every Malaysians’ fundamental liberties and human rights.
6)     Arrest the years of under-investment and bad planning in our education, transport and health-care systems, where greater resources will be mustered and better managed for their revitalization and the well-being of all Malaysians.
7)     Develop a social protection agenda to ensure all marginalized and vulnerable groups are protected and their welfare safe-guarded.
8)     Enhance greater democratic and cultural space for the flourishing of a vibrant multiculturalism and also for the arts and literature.
We are confident that all Malaysians will find these policies and much more in our Dasar Pakatan Rakyat, being a part of our sacred pact with the Rakyat, our sincere commitment to effect real and substantive changes to the daily lives of every single Malaysian citizen.
Malaysia for All
Prepared by Boon Kia Meng
On behalf of the Drafting Committee
Sekretariat Pakatan Rakyat

Ceramah sempena Maal Hijrah Dihalang Pihak berkuasa


KUALA LUMPUR, 18 Disember: Pihak berkuasa sekali lagi menghalang ceramah pihak pembangkang walaupun bukan bertemakan politik. Semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Batu telah cuba mengadakan ceramah perdana sempena sambutan Maal Hijrah yang bertempat di Kampung Batu Muda, Sentul.
Namun, usaha itu telah dihalang pihak berkuasa yang sejak dari awal lagi. Polis telah berada di kawasan itu sejak pukul 7 malam untuk menghalang sebarang percubaan PKR Batu menganjurkan ceramah.
Bagaimanapun orang ramai tetap berkumpul pada jam 9.00 malam.  Pihak polis mengarahkan mereka bersurai secara aman. Bagi mengelakkan kekecohan PKR Batu menukar ceramah otu kepada majlis mesra pemimpin bertemu rakyat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang tiba 15 minit kemudian melahirkan rasa kecewanya kerana ceramah itu terpaksa dibatalkan.
Menurut Tian, ceramah maal hijrah ini bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga untuk semua kaum di Malaysia. Kita ingin menyambut dan bersama-sama mengingati tarikh ini sebagai satu sejarah yang perlu dicontohi.
“Sebenarnya ini bukanlah ceramah biasa. Kita cuba mengambil kesempatan semperna Maal Hijrah  untuk menerangkan hijrah yang sebenarnya kepada rakyat. Kita mahu rakyat  mengambil makna hijrah ini untuk berhijrah dan menentang segala penyelewengan dan penindasan yang berlaku,” jelas Tian.
Tambahnya, masyarakat harus berhijrah dari sudut pemikiran dan jangan sentiasa menganggap diri mereka berada dalam keadaan selamat. Sedangkan telah banyak penindasan, rasuah serta penyelewengan yang berlaku di sekeliling mereka.
Beliau berpendapat, pihak polis yang hidup dalam masyarakat yang bertamadun perlu membuka ruang dan memberi peluang kepada semua pihak untuk berinteraksi. Baginya, sistem politik di Malaysia masih belum sampai ke tahap hijrah yang sebenarnya.

Sell down sparks concern of return to Mahathir era

Pua fears a return to the days when billions in projects were given to the connected. — File pic
By Lee Wei Lian PETALING JAYA, Dec 18 — The Najib administration’s decision to sell down stakes in government-linked companies (GLCs) has triggered talk that these entities would end up concentrated in the hands of politically-connected businessmen.
The country is still suffering a hangover from the days of the Tun Dr Mahathir Mohamad administration which embarked on a raft of privatisation projects such as highways and the military shipyard in Lumut to the politically-connected elite.
But as Datuk Seri Najib Razak's government attempts to cut back on the government's exposure to Khazanah Nasional's investments, The Malaysian Insider understands that there is talk of politically-connected businessmen lobbying to take over these investments, in a mirror of what happened during Dr Mahathir's time.
This week, Khazanah Nasional placed out two per cent of the stock of power utility Tenaga Nasional in a move aimed at drawing foreign funds back to the laggard stock market.
Khazanah raised RM704.7 million after placing out this week about 87 million shares in Tenaga, the country’s 6th-largest company by market capitalisation.
The Tenaga placement came after Khazanah’s recent sale of 92 million shares in PLUS Expressways. The state fund owns more than half of PLUS.
With foreign ownership of Malaysian stocks standing at slightly above 20 per cent, fund managers and analysts said that the move would draw back foreign funds, who deserted the Malaysian market during the credit crunch.
But local players are also waiting in the wings.
Asas Serba, a little-known company rumoured to be linked to Tan Sri Halim Saad, had in October proposed a RM50 billion takeover of the nation's toll concessions and there is now speculation that other businessmen close to Halim and former Finance Minister-cum-business tycoon Tun Daim Zainuddin are keen on privatising various other government entities and GLCs.
While neither Daim nor Halim have surfaced so far, according to sources, people close to them have made the case for privatising the toll concessions to the country's top leaders and influential personalities.
Najib had said that the sell down will remove the government from being in direct competition with the private sector and will involve companies under the Ministry of Finance Inc and other viable government agencies.
The opposition is already paying close attention to the moves.
The recent decision to award the construction of the Matrade convention centre to the Naza group without a competitive tender set off alarm bells within Pakatan Rakyat.
While the government has maintained that it is getting a good deal in allowing Naza to build the convention centre in exchange for 2.8 million square feet of prime land, DAP MP Tony Pua has questioned the lack of an open tender and said that he had been directed to the Prime Minister's office for his enquiries because the deal was a "privatisation" exercise.
He says there is now a fear of a return to the days where billions in privatisation projects were "dished out" to people who were connected, or who were acting on behalf of the country's political elite.
"We must prevent another episode of the Port Klang Free Zone (PKFZ) which was a privatisation project via direct negotiations mired with incompetence, abuse of power and wanton recklessness," says Pua.

Dana kempen antara janji Dasar Bersama Pakatan

Oleh G. Manimaran
PETALING JAYA, Dis 18 — Pakatan Rakyat (PR) yang akan mengadakan konvensyen sulungnya esok, yang dinantikan ramai berhubung komitmen sejak Mac 2008, berjanji mahu memperuntukkan dana kempen kepada parti-parti politik berasaskan pada peratusan undi diperoleh setiap parti dalam pilihan raya umum.
Jaminan itu diturunkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibahaskan esok.
Dokumen dasar itu akan dibahaskan oleh 1,500 perwakilan sebelum muncul dengan deklarasi 10 perkara petang esok.
Bagaimanapun soal pilihan raya tempatan, yang merupakan antara kandungan manifesto pembangkang, tidak disentuh dalam dasar tersebut.
Salinan dokumen yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut “Pakatan Rakyat akan memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihan raya umum.”
Di bawah tajuk kecil Sistem Pilihan Raya Yang Bersih, Bebas dan Adil, PR berkata pihaknya akan memastikan agar kewibawaan sistem pilihan raya yang “tempang” sekarang dipulihkan.
“Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kepincangan yang membuka ruang kepada penyelewengan,” kata dasar tersebut yang telah diluluskan penerimaannya oleh Majlis Presiden PR baru-baru ini.
Turut dijanjikan PR ialah ia akan membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
Malah kata PR pihaknya akan mengambil langkah drastik untuk menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang mengamalkan rasuah atau amalan membeli undi.
Selain itu ikatan tersebut yang kini masih menunggu pendaftarannya secara formal berjanji akan menghapuskan kelemahan-kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi dan memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri.
Malah PR juga memberi komitmen untuk menggunakan dakwat kekal yang telah dibatalkan penggunaannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Jaminan yang turut dinyatakan dalam Dasar Bersama itu ialah memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama dengan tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian pilihan raya yang bersih dan telus.
Konvensyen sulung ini yang bertemakan Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan akan berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam.
Dasar Bersama itu menyebut PR menyediakan “suatu rencana dasar dan kebajikan” untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.
Setiap parti komponen akan menghantar 500 perwakilan.

SYEIKH YUSOF AL-QARADAWI TOKOH MAAL HIJRAH


Oleh DAP Melyu
(I) Yusuf Al-Qaradawi Tokoh Maal Hijrah
Tokoh Pembaharuan Islam masa kini, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M peringkat Kebangsaan hari ini. Tokoh Maal Hijrah adalah anugerah tahunan Kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan ilmu, jasa, perkhidmatan dan dakwah.
Ini adalah kali kedua di mana tokoh ulama dari luar Negara diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia. Tokoh luar negera yang menerima anugerah itu sebelum ini ialah Dr. Wahbah Az-Zuhaili.
Yusuf adalah seorang sarjana dan pemikir intelek kontemporari pada abad ini. Di kalangan ’ulama tradisional’ beliau telah dicop sebagai tokoh ’wahabi’ lantaran pemikiran beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran Imam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.
Bersempena kedatangan beliau ke Malaysia, beberapa pihak telah mengatur program ceramah yang akan disampaikan oleh tokoh pembaharuan Islam itu. Dr. Yusuf Al-Qaradawi akan berceramah di Putrajaya International Convension Centre (PICC) pada hari Sabtu ini pukul 9 pagi. Manakala disebelah malam beliau dijemput berceramah di Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor selepas solat Maghrib.
(II) Pandangan Dr Asri Tentang Sambutan Maal Hijrah
Dr Mohd Asri Zainal Abidin mempunyai pandangan tersendiri tentang sambutan Maal Hijrah. Malah ulama muda yang kontroversi ini banyak terpengaruh dengan pandangan dan pemikiran Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam tulisan dan ceramahnya.
Berikut ialah soal-jawab bersama Dr Mohd Asri tentang sambutan Maal Hijrah yang dipetik dari laman web beliau beberapa tahun yang lalu:
Soalan: Adakah Nabi s.a.w mula berhijrah pada bulan Muharram seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia ini?
Jawapan: Sebenar ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa baginda s.a.w keluar dari rumah baginda menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur. Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yasrib ketika itu. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah.
Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram adalah tidak tepat. Sebaliknya bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram, tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun masihi.
Soalan: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?
Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.
Soalan: Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?
Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.
Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan. Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus. Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan. Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi

Isu Satu Lambang PR : Ust Zol Tak Setuju, GB Setuju




Konvensyen PR esok menjadi salah satu batu tanda penting hubungan parti-parti dalam PR. Dalam suasana Umno / BN amat berharap parti-parti dalam PR bercakaran sesama sendiri, tiba-tiba konvensyen ini berlangsung.

Sehingga kini belum ada komen pemimpin Umno / BN mengenai konvensyen ini. Mungkin mereka masih terkejut dengan kejadian di parlimen 14 Dis yang lalu.

PR guna satu lambang seperti BN? Saya harap konvensyen ini tidak mengeluarkan resolusi begitu. Kenapa?

Penting sangatkah lambang? Kecuali sistem pilihanraya kita berubah, ada cara lain selain lambang untuk membolehkan pengundi memilih parti yang mereka mahu, lambang masih sangat penting.

PAS berbeza dengan PKR dan DAP sama seperti Umno berbeza dengan MCA dan MIC. Perbezaan ini harus diiktiraf sama seperti pengiktirafan terhadap wujudnya persamaan. Apa yang mustahak, perkukuhkan keserasian dengan perbezaan yang wujud itu.

Lelaki dan perempuan berbeza tetapi mereka tidak perlu memakai baju yang sama untuk memaklumkan kepada umum bahawa mereka adalah pasangan suami isteri. Cukuplah dengan mereka menaiki kereta bersama, membeli-belah bersama, makan angin bersama, ketawa dan menangis bersama, memegang tangan anak-anak ketika berjalan bersama, itu sudah memadai.

Jiran-jiran tahu, kawan-kawan tahu, bahkan orang yang tidak mengenali mereka pun tahu bahawa mereka pasangan suami isteri bila melihat mereka begitu.

Apa yang mengikat mereka? Ya, selain dokumen perkahwinan, mereka diikat oleh kebersamaan mereka menghadapi situasi. Ada ketika mereka berkelahi, berbalah, bergaduh, tetapi kemudiannya mereka kembali bersama malah lebih intim lagi. Demi siapa? Ya, demi anak-anak, masa depan mereka.

PAS, PKR dan DAP tidak perlu menggunakan lambang yang sama. Lebih selesa, tenang kita memakai lambang sendiri seperti sekarang. Cukuplah, kita berarak bersama, kita berkempen bersama, kita bermarkas bersama, orang sudah tahu bahawa kita berkawan. Dunia sudah tahu itu semua.

Kita tidak perlu menipu rakyat seperti BN. Ke sana sini memikul dacing, tapi Umno menikam Melayu, MCA dan MIC pun tidak setara mana membela kaum mereka. Orang yang terbela ialah orang yang berkuasa, pemimpin mereka.

Dengan satu lambang itu, pada hari ini rakyat tidak kemana. Kekayaan negara mereka punggah dan difaraidkan sesama mereka. Rakyat ditipu dengan satu lambang. Satu lambang, kononnya simbol perpaduan. Akhirnya, mereka memang berpadu tetapi untuk tipu kita.

Kita tampil di hadapan rakyat dengan wajah kita. PAS, PKR dan DAP dengan wajah masing-masing. Kita suarakan idealisme kita. Fokus kita ialah rakyat, masa depan mereka.

Politik tipu rakyat dengan satu lambang tidak harus kita warisi. Kita mesti berbeza daripada BN. Kita perlu melakar wajah politik baru untuk Malaysia.

Berikan rakyat Malaysia peluang yang luas untuk menentukan masa depan mereka. Jangan ikat dan berkas mereka dengan lambang seperti BN. Andai PR berkuasa, lebih baik kita berikan rakyat Malaysia banyak pilihan, PAS, PKR dan DAP daripada kita mengikat mereka dengan dua pilihan sahaja, PR dan BN.

Rakyat akan lebih memberontak jika mereka diikat berbanding mereka diberikan banyak peluang dan pilihan.

BN telah memenjara rakyat dengan ‘dacing’. Hari ini rakyat memberontak. Ahli atau penyokong Umno tidak mampu beralih kepada parti lain dalam komponen BN, ahli atau penyokong MCA tidak beralih kepada Gerakan misalnya, kenapa? Kerana mereka jemu dengan ‘idealisme’ dacing itu. Kesudahannya mereka meninggalkan terus ‘dacing’.


PR mesti memberi peluang kepada ahli atau penyokongnya terus bersama PR sekali pun dia mungkin tidak mahu bersama dengan salah satu parti dalam PR. Bukankah itu lebih menguntungkan politik kita? Dia tidak selesa dengan A, boleh pilih B, namun masih bersama PR.

Justeru, saya tidak bersetuju PR menggunakan satu lambang sahaja. Lebih baik terbuka, lebih selesa bebas, lebih mesra beridentiti. Dada tidak sempit, fikiran tidak kusut.

Bukan saya seorang tetapi saya yakin rakyat Malaysia juga begitu. Rakyat Malaysia sudah fobia dengan satu lambang, ‘dacing’. -bongkarsauh

Ulasan GB

Demikian pendapat dan pandangan Ust. Zolkharnain.

Bagi GB, tidaklah menjadi satu masalah besar mengenai isu penggunaan satu lambang ini. Boleh ada boleh juga tiada. tetapi lebih baik ada.

Kita melihat dari sudut positif jika ianya diadakan. Ia mampu mengeratkan hubungan dalam ertikata kita berada di dalam satu bahtera yang sama - bernama Pakatan Rakyat - untuk mwujudkan semangat kekitaan yang lebih berkesan untuk menghadapi lawan.

Tiada lagi pemisahan yang didasarkan faktor keperbezaan politik kepartian samada PAS, PKR atau DAP. Sementelah lagi ketiga-tiga parti telah mampu keluar dari kepompong etnik tertentu, tak seperti BN yang setiap komponennya dilihat mewakili hanya kelompok-kelompok etnik tertentu.

Evolusi kematangan berpolitik rakyat di dalam negara kita telah menjurus ke arah penolakan parti politik "assabiyah" yang berteraskan etnik dan ini memudahkan untuk Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat tanpa mengira bangsa untuk membuat pilihan lain selain BN.

Benar kata Ust.Zol, "Cukuplah, kita berarak bersama, kita berkempen bersama, kita bermarkas bersama, orang sudah tahu bahawa kita berkawan. Dunia sudah tahu itu semua". Namun bagi GB, ia akan lebih indah dan mantap apabila setiap dari kita, tak kira PAS, PKR atau DAP menggunakan baju atau topi yang berlambang sama. Ia untuk mengukuhkan kesatuan hati, kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan bagi meruntuhkan BN.

Analogi kita berada di padang bola, dua pasukan bertarung. BN versus PR. Jadi agak tidak berapa berjaya jika BN dengan warna biru pekatnya sedangkan pemain PR menyarung jersi dengan tiga warna berbeza. Setentunya, ia memeningkan spectator (penonton), terlebih pening lagi di kalangan pemain-pemain PR sendiri.

Seperkara lagi, kita ingin menampakkan bilangan kita ramai di dalam satu-satu perhimpunan, bersesuaian imbauan firmanullah...wa addilahum masta ta'tum min quwwah... Kita tidak ingin bertelagah untuk menyatakan PAS ramai, PKR sedikit, DAP cuma seorang dua apabila ia dikenali dengan lambang-lambang yang berbeza-beza. Dengan pemakaian satu lambang tiada lagi rasa kekok apabila sesorang ahli DAP, misalnya yang ingin turut serta menyokong calon PAS atau PKR. We are all one, PR.

Apa-apa pun kita serahkannya kepada semua peserta konvensyen esok apa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

BUKU RASHIA PENIPUAN MAHATHIR DI TAHAN

BUKU INI SEDANG DITAHAN DIPERLABUHAN KLANG




KASTAM TAHAN BUKU TENTANG MAHATHIR - Asia Sentinel

Malaysian customs authorities have been holding up delivery of 800 copies of an authoritative new biography of former Prime Minister Mahathir Mohamad for the past three weeks at the Port Klang customs office.

The book, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," written by former Asian Wall Street Journal Managing Editor Barry Wain, is a warts-and-all, critical but fair account of Mahathir's 22 years in power. It is certain to become an essential study for scholars seeking to understand the onetime premier's reign and its consequences. But maybe not in Malaysia itself unless the locals buy through Barns & Noble (available Jan. 10) or Amazon (Jan. 5) for US$60.75.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…


woit…. TAHU PULAK NAK SURUK RASHIA… kah kah kah..

woit… CAKAP WIRA DUNIA KE TIGA…kah kah kah..

woit... CAKAP HEBAT ANTI AMERIKA... kah kah kah..

kah kah kah…. SENYAP SENYAP BUAT DEAL DENGAN AMERIKA… kah kah kah..

kah kah kah... DALAM BUKU INI ADA DOKUMEN... PATUTLAH BUKU INI DITAHAN...kah kah kah...

kah kah kah… AKHIRNYA FIRAUN JADI BUDAK SURUHAN AMERIKA… kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG NAK TUTUP BUNTUT... kah kah kah..

woit…INI SEMUA PROJEK EEE NAK TIPU ORANG MELAYU… kah kah kah…

nota:
sesiapa ada kawan kawan di singapura
atau luar negara sila beli dan scan masukkan
dalam net - supaya semua boleh baca kah kah kah


Tukar Tiub

Aduhhhhhhhh adakah pelan B senjata terakhir mereka?



Aduhhhhhhhhh....kali nie perihal Mahkamah Malaysia pula .Aku bukan nak pertikai keputusan Mahkamah cuma kita renungkan sahaja dan fikir fikir bersama kerana kita tak boleh nak pertikai keputusan tuan hakim kerana dia yang Arif dalam undang-undang cuma disini sejak muktakhir ini keputusan awal akan pasti berakhir dengan sebaliknya bila dibawa keMahkamah Rayuan kenapa?

Contoh Kes berprofile tinggi perebutan MB Perak antara Nizar dan Zambri bermula dengan kemenangan dimahkamah tinggi tetapi dalam masa tak sampai 24 jam ia ia ditangguh kemudian selang berapa hari ia itu pada 22 mei 2009 bertukar dengan kemenagan berpihak kepada Zambri di Mahkamah rayuan.

Kes kedua diatara speaker kedah lawan Suruhanjaya Pilihan Raya pun bergitu bermula dengan pengistiharan kekosongan dun Kota Seputih oleh Mahkamah Tinggi tetapi di Mahkamah rayuan segala galanya berakhir disebaliknya.

Terbaru kes SPRM pada mulanya juga ia diistiharkan oleh Mahkamah tinggi supaya melarang orang SPRM membuat siasatan selepas jam 5,tetapi akhirnya keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan SPRM Membuat sisatan selepas jam 5 kembali.


Kita fikir-fikirkan kenapa jadi bergini adakah ..........?

Tiada alasan Ahli Parlimen BN ‘ponteng’ sesi dewan — Kamal Ahmad



DIS 18 — Parlimen perlu dibubar seterusnya diadakan pilihan raya umum jika kerajaan gagal mendapat kelulusan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, Isnin lalu. Itulah kesan buruk gara-gara sikap ambil ringan, leka atau selesa di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Sikap sama turut menjangkiti Timbalan Menteri serta menterinya selaku “frontbencher” yang lazim lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab menyokong sesuatu rang undang-undang kepada Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan (backbencher).
Pembubaran Parlimen dan menggantikan Perdana Menteri jika bajet nasional tidak diluluskan adalah mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk anggota Komanwel.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata apabila pembentangan bajet ini tidak diambil serius oleh Yang Berhormat, terutama penyokong kerajaan, maka kerajaan terpaksa bubarkan Parlimen untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi.
Katanya, apabila Bajet 2010 itu gagal diluluskan, bermakna tahun depan tiada perbelanjaan dan ini menyukarkan kerajaan beroperasi.
“Secara konvensyen apabila itu berlaku (kerajaan kalah dalam undi), ia seperti undi tidak percaya (terhadap kerajaan yang memerintah) dan terpaksa bubar dewan,” katanya ketika ditemui.
Beliau diminta mengulas Bajet 2010 yang diluluskan dengan majoriti tiga undi di Dewan Rakyat, jam 11 malam Isnin lalu. Seramai 66 Ahli Parlimen menyokong bajet itu, manakala 63 wakil rakyat parti pembangkang menentang. BN menguasai 137 kerusi Parlimen, manakala pembangkang 82 kerusi masing-masing PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).
Pandikar Amin berkata, walaupun Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti satu undi ia tetap lulus (sah). Tetapi perkara buruk yang berlaku ialah persepsi umum tidak baik kerana kerajaan BN mempunyai 137 wakil di Parlimen berbanding 82 wakil pembangkang.
Justeru, beliau menasihatkan wakil rakyat BN mengambil iktibar daripada peristiwa itu kerana pembentangan dan kelulusan bajet perkara serius.
“Pada pendapat saya, lain kali kalau ada majlis di kawasan dan tidak begitu mustahak seperti keperluan menghadiri Dewan Rakyat untuk menyokong meluluskan bajet, maka tangguhkan majlis itu. Mungkin ada antara Yang Berhormat yang tidak faham dengan implikasi sebenar,” katanya.
Kejadian ini berlaku bagi kali kedua selepas rang undang-undang berkaitan DNA diluluskan dalam persidangan sebelum ini dengan undi 43 di pihak kerajaan dan 42 wakil rakyat parti pembangkang menentang.
“Apa dilakukan pembangkang itu memang kerja dia dan memang ada peraturan yang membolehkannya. Prosesnya, apabila seorang bangun mengusulkan sesuatu dan disokong 15 wakil rakyat lain maka usul itu akan diterima,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau menjelaskan kira-kira jam 8 malam Isnin lalu dikesan keadaan luar biasa apabila beberapa pemimpin utama dan sejumlah wakil rakyat parti pembangkang tidak berganjak dari Parlimen sedangkan jumlah wakil rakyat BN tidak seimbang.
“Saya hubungi Setiausaha BN memaklumkan perkembangan itu, termasuk Perdana Menteri yang setuju hadir,” katanya.
Berita Harian difahamkan, antara wakil rakyat BN yang terakhir hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai wakil Ahli Parlimen BN ke-64 hadir diikuti; Ahli Parlimen Tapah, Datuk K. Saravanan (65); serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (66).
Berikutan kejadian itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Whip difahamkan akan mengeluarkan surat peringatan kepada wakil rakyat BN yang tidak hadir pada malam berkenaan. Selain ramai menteri dan Timbalan Menteri tidak hadir, sebahagian bekas menteri yang masih menjadi Ahli Parlimen turut tidak hadir dan ketidakhadiran mereka dalam sesi lain turut ketara. Namun kedatangan Ahli Parlimen di kalangan ‘Backbencher’ dilaporkan memuaskan.
Ditanya setakat mana kesan tindakan mereka yang tidak hadir pada hari itu, Nazri berkata: “Saya hendak ingatkan benda ini serius. Jangan main-main kerana ia boleh berlaku lagi. Kita tidak boleh pertahankan (kerajaan) kerana konvensyen di negara lain jika undi dibuat dan kerajaan kalah itu petanda (buruk dan Parlimen dibubarkan). Rakyat pula akan melihat ini sebagai kurang kepercayaan (terhadap kerajaan).
“Kalaulah hari itu kita kalah, pembangkang akan mengatakan ini sebenarnya undi tidak percaya bukan saja daripada kalangan wakil rakyat pembangkang, malah Ahli Parlimen BN yang tidak hadir.”
Ditanya cadangan untuk memastikan sejumlah Ahli Parlimen sentiasa ada di Dewan Rakyat, Nazri akan mencadangkan kepada kerajaan supaya dilaksanakan “sistem kawan” (buddy system) yang mana dua Ahli Parlimen akan digandingkan dan seorang atau kedua-duanya mesti menghadiri persidangan.
“Kita ada 137 Ahli Parlimen dan jika sistem itu dilaksanakan sekurang-kurangnya ada 70 penyokong kerajaan di Dewan Rakyat sepanjang masa,” katanya.
Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Shahrir Samad, kesal dengan kejadian itu dengan menggambarkan dua perkara buruk iaitu pertama, kerajaan terpaksa dibubarkan dan berlaku perubahan Perdana Menteri.
“Pilihan kepada Perdana Menteri ialah meletakkan jawatan dan mengadakan pilihan raya,” katanya yang turut kesal sikap timbalan menteri dan menteri yang tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk diluluskan.
“Kita tidak boleh salahkan 100 peratus kepada ahli backbencher, tetapi kalangan frontbencher (menteri dan timbalan menteri) juga kena bertanggungjawab yang sama kerana mereka golongan yang faham peranan Parlimen. Pemimpin yang menang dalam parti dan kini duduk dalam kabinet jangan fikir itulah tahap cita-cita mereka. Mereka mesti ada tanggungjawab baru, besar dan berat.
“Sebenarnya tiada sebab mengatakan kita tidak tahu sebab semua Ahli Parlimen diberikan agenda sidang lebih awal. Apatah lagi kalangan menteri dan timbalan menteri ada pegawai yang bertanggungjawab menasihatkan mereka, termasuk pentingnya hadir ketika pembentangan rang undang-undang kewangan, termasuk bajet,” katanya.
Shahrir turut mencadangkan taklimat sebelum sidang diadakan lebih awal dan perlu mengambil masa lebih lama berbanding satu atau satu setengah jam yang diadakan setiap pagi Isnin. — Berita Harian

Naib Ketua AMK ditahan Polis

 Oleh Masdar Wahid
Kuala Lumpur : Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar (Jonah), ditahan polis ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai di Masjid Shah Alam sebentar tadi. Beliau mengedarkan risalah mendesak agar Mahkamah Syariah meneruskan tindakan Qazaf ke atas Saiful.

Saiful sebelum ini telah mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun Anwar telah membawa kes tersebut ke mahkamah syariah Kuala Lumpur. Tuduhan liwat jika dibicarakan di mahkamah syariah mewajibkan penuduh (Saiful) membawa empat saksi untuk membuktikan perbuatan liwat berlaku.

Malangnya dalam jawapan Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Dewan Rakyat minggu lalu bahawa mahkamah syariah hanya akan membicarakan kes Anwar setelah mahkamah sivil melakukannya terlebih dahulu. AMK melihat perkara itu melanggar perlembagaan peruntukan 121(1A) yang meletakkan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

Oleh itu AMK melancarkan kempen ke seluruh negara mendesak agar Anwar dibicarakan di mahkamah syariah

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok

SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.

Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil  pelbagai jenis media dari suluruh dunia.

Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.

Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini.

Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni.

Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.
Antara kandungannya adalah:
1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.

2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat

4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.

5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.

6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.

7) Bangunkan agenda keselamatan sosial

8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya.

Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga.

Ekonomi terbuka Najib dikritik Jomo


(Harakah Daily) - Ahli ekonomi terkemuka KS jomo secara tidak langsung mengkritik dasar ekonomi terbuka yang mula  diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jomo yang kini bertugas sebagai penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata dasar ekonomi  terbuka yang membolehkan liberalisasi kewangan negara tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kini.

Sebaliknya beliau menjelaskan dasar ekonomi tersebut hanya menyumbang kepada peningkatan harga pasaran saham dan hartanah yang boleh melambung tinggi dan kemudiannya merudum secara tiba-tiba.

Jomo (gambar) berkata sedemikian semasa memberi syarahan yang bertajuk “adakah malaysia menggambil iktibar dari kesan krisis  ekonomi yang lepas”, yang berlangsung di Hotel Singgahsana  di sini malam semalam.

Program tersebut dianggarkan dihadiri seramai 200 orang. Ia dianjurkan oleh Gerak Budaya dan Pusat Maklumat Strategik dan Pembangunan Penyelidikan (SIRD). Penganjur bersama adalah Youth4 Change.

Jomo berkata dasar tersebut mungkin disokong oleh golongan  berpendapatan kelas pertengahan yang melabur di dalam pasaran saham tetapi menurutnya dasar tersebut tidak menyumbang kepada “ekonomi sebenar”.

Beliau memberi contoh kejayaan syarikat-syarikat tempatan dalam memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit yang telah ditapis sebagai satu kejayaan yang menyumbang kepada ekonomi
sebenar  negara ini.

Katanya lagi, minyak sawit untuk kegunaan memasak keluaran Malaysia kini tidak “menyebabkan siling dapur berjelaga”.

“Inilah contoh-contoh kejayaan kejuruteraan Malaysia membawa perubahan kepada ekonomi (sebenar),” tambahnya lagi.

Jomo berkata perubahan ke arah dasar ekonomi terbuka kini adalah hasil kerja para pelobi yang bergerak aktif diperingkat antarabangsa.

Katanya usaha-usaha tersebut amat giat dijalankan sehingga dasar-dasar yang bertujuan untuk melindungi kepentingan negara seperti yang telah diamalkan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr  Mahathir Mohamad “dicampak begitu sahaja”.

“Perkara-perkara seperti ini jarang-jarang sekali didebatkan di parlimen,”katanya.

Jomo juga membangkitkan kecenderungan kerajaan di bawah pimpinan Najib untuk bergantung kepada pengunaan dan perbelanjaan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi sebagai “satu strategik yang tidak ampuh”.

Katanya kecenderungan tersebut akan menjadikan impian negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 akan terpaksa ditangguh “sekurang-kurangnya selama satu dekad lagi”.

Di antara perubahan dasar ekonomi yang diperkenalkan Najib adalah liberalisasi 27 subsektor dan sektor kewangan, pengeluaran lesen bank-bank komersil baharu untuk rakyat asing menyertai sektor kewangan negara, pertumbuhan kewangan Islam, serta memansuhkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) membabitkan ekuiti Bumiputera.

Dasar ekonomi terbukanya juga dijangka mengurangkan pemilikan ekuiti bumiputra dari paras 18 peratus sekarang kepada sekitar hanya 12 peratus.

Sementara itu pemilikan ekuiti di kalangan pihak asing dijangka meninggkat sehingga 70 peratus.

Tindakan terhadap ahli parlimen BN ponteng


Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai ahli parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 awal minggu ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil memandang serius perkara itu, perdana menteri dilaporkan berkata arahan sudah diberikan supaya semua timbalan menteri dan ahli parlimen hadir pada persidangan itu.

"Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya.

"Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen," Najib dipetik berkata pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen malam tadi.

Beliau mengulas majoriti tiga undi saja bagi meluluskan Bajet 2010 menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam Isnin lalu.

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Pertimbangan Yang Wajar Untuk Masa Depan

PETALING JAYA: Esok (Sabtu), tiga parti terbesar di luar Barisan Nasional (BN) iaitu PAS, PKR dan DAP akan berhimpun di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari jam 8 pagi hingga 6 petang untuk mengesahkan kewujudan mereka sebagai sebuah pakatan yang formal sepertimana BN. Syabas dan tahniah kepada Pakatan Rakyat. Sama ada nama ini akan kekal dalam format yang formal nanti atau digantikan dengan nama lain adalah tidak relevan buat masa ini.
Dengan cogankata “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”, konvensyen yang julung-julung kalinya akan diadakan itu setidak-tidaknya memperlihatkan iltizam ketiga-tiga parti ini untuk menjadi pesaing BN yang serius menjelang pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dengan berbaik sangka bahawa pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan tidak akan mengalami sebarang ‘hiccup’ atau tersedu dan diluluskan oleh pejabat Pendaftaran Malaysia, maka lanskap politik Malaysia tidak akan sama lagi selepas ini.
Menjelang pilihan raya akan datang, iaitu yang ke-13, politik Malaysia akan menjadi sepertimana politik Amerika - dalam konteks kerajaan alternatif.
Walaupun Amerika dikenali sebagai bapa demokrasi tetapi hakikatnya ialah hanya dua buah parti sahaja yang mendominasi lanskap politik nasionalnya. Parti-parti itu ialah Demokrat yang kini menguasai White House dan parti Republikan yang sebelum ini menduduki White House. Dan begitu juga di Senat.
Sebelum pilihan raya yang lalu, iaitu yang ke-12, PAS, PKR dan DAP tidak berhasrat untuk menduduki Putrajaya. Mereka hanya hendak menjadi pembangkang yang kuat sahaja.
Malah ketika merasmikan Konvensyen PKR Sarawak minggu lalu, Anwar Ibrahim sendiri mengakui yang parti itu tidak teliti ketika meletakkan calon mereka pada pilihanraya yang lalu. Mungkin kerana tidak menyangka akan menang di lima negeri. Dan pada setengah-setengah tempat, calon yang dilabelkan sebagai ‘tangkap muat’ sahaja ini menang.
BN dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen dan lima negeri dikuasai sama ada oleh PAS, PKR atau DAP.
Oleh kerana set minda mereka hanya untuk menjadi pembangkang yang kuat, ketiga-tiga parti ini sama ada tidak terfikir ataupun belum bersedia berfungsi sebagai sebuah gabungan yang formal.
Sebab itulah, hari ini kita dapati, negeri-negeri yang diperintah oleh parti-parti ini seperti ada ‘pertembungan’ dan masalah di sana-sini. Mereka seringkali mengeluarkan arahan atau kenyataan yang bercanggah kerana tidak ada satu polisi atau dasar yang dikongsi bersama secara formal.
Hakikat ini disedari. Jika tidak maka konvensyen sepertimana yang akan diadakan Sabtu ini tidak akan terjadi.
Malah gabungan tiga parti ini juga telah muncul dengan logo baru mereka iaitu bunga raya yang dikelilingi oleh tiga imej manusia yang berpegangan tangan erat sebagai satu pakatan.
Dan berdasarkan iklan yang dipaparkan dalam laman blog Anwar sendiri, nampaknya pakatan baru yang formal ini sudahpun mempunyai mottonya iaitU 3B - BERPADU, BERUBAH, BERKAT.
Lahiriahnya, pada kulit, semuanya sudah tersedia. Yang belum diketahui lagi ialah dasarnya dan halatujunya. Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong berkata, konvensyen pertama PR ini akan diraikan secara besar-besaran. Ia melambangkan satu kemunculan kuasa baru dalam politik negara.
Hakikatnya ialah, ia bukan lagi satu perlambangan tetapi satu realiti baru.
Rakyat pada keseluruhannya, tidak kira sama ada yang berkecuali atau yang menjadi anggota mana-mana parti politik ingin mengetahui apakah dasar yang akan dibawa oleh gabungan baru ini.
Ini kerana di atas kertas, PAS, PKR dan DAP mempunyai halatuju yang berbeza.
Jika gabungan ini hendak berjaya, nampaknya mereka kenalah bersedia mengenepikan perbezaan ini demi masa depan dan survival gabungan.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan para pemimpin mereka menjelang konvensyen ini, nampaknya mereka sanggup mengenepikan apa jua perbezaan yang selama ini menjadi batu penghalang.
Dan jika konvensyen ini berjaya menerima satu dasar bersama yang mampu menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia, maka BN mempunyai sebab untuk merasa tercabar sebagai satu-satunya gabungan parti politik yang memerintah Malaysia sejak merdeka.
Cuma tidak sepertimana BN yang menyaksikan Umno sebagai tunggak atau tulang belakangnya, gabungan baru ini masih belum jelas siapakah yang bakal menjadi parti yang dominan.
Jika pakatan ini ada kelemahannya maka inilah kelemahannya yang sebenar - iaitu tidak ada satu parti dominan yang menjadi tunggak gabungan.
Parti yang menjadi dominan dalam sesebuah gabungan ada baiknya. Ia menawarkan kestabilan dalam pemerintahan dan tidak mudah menjadi mangsa ‘peras ugut’ oleh parti kecil.
Inilah yang seringkali berlaku di India dan juga Pakistan. Kerajaan gabungan yang sama kuat atau tiada parti yang dominan tidak bertahan lama. Tumbang selepas enam atau 12 bulan memerintah.
Namun begitu dalam konteks PR, adalah terlalu awal untuk menentukan ini semua.
Jika esok, ketiga-tiga wakil parti yang berucap dan perwakilan yang berbahas hanya mengulangi perkara yang serupa, maka di penghujung konvensyen ia akan menjadi sekadar satu retorika semata-mata.
Yang kita semua hendak tahu dan nanti-nantikan ialah apakah dia dasar yang akan diterimapakai oleh gabungan baru yang formal ini.
Contohnya, rakyat Malaysia sudah jelak keesokan paginya, Karpal Singh berkata “langkah mayat saya dahulu jika hendak buat sebuah negara Islam” dan Haji Hadi dan Nik Aziz pula berkata mereka tetap dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam ala Iran.
Jika kenyataan-kenyataan seperti ini terus dilaungkan, maka tidak ada gunakan konvensyen ini diadakan.
Juga adalah satu pertanyaan yang munasabah, apakah sikap dan pendirian gabungan ini terhadap keistimewaan hak-hak orang Melayu memandangkan kaum Melayu Adalah kaum dominan atau majoriti Malaysia. Begitu juga pendirian gabungan ini ke atas bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, agama rasmi negara dan lain-lain aspek penting yang selama ini menjadi tonggak kepada negara kita Malaysia.
Ini semua merupakan pertanyaan dan perasaan ingin tahu yang rasional kerana sebagai pengundi kita semua berhak mengetahui dengan jelas apakah yang hendak ditawarkan oleh gabungan baru ini bagi masa depan rakyat Malaysia.
Hanya dengan itu barulah kita semua boleh membuat satu pertimbangan yang wajar untuk masa depan negara ini.
Selamat Bersidang...