Khamis, 17 Disember 2009

Jom Shopping Bersama Bik Mama di Dubai


No wonder Dubai is in a financial mess!

Berita Lanjut Klik Sini

Inkues kes Teoh ditunda lagi, 7 Jan..!!!! ha..ha..mula nampak dah...nak ubah fakta dan bukti la tu..?? kerana siasatan forensik kedua keatas mayat Teoh tidak memihak kepada SPRM...????


Prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, di Mahkamah Majistret Shah Alam ditangguhkan sekali lagi ke 7 Januari depan.

Peguam Gobind Singh Deo, ketika dihubungi media, memberitahu kes itu akan disebut semula pada tarikh tersebut bagi membolehkan kesemua pihak terbabit memberitahu perkembangan terkini kepada mahkamah terhadap keputusan bedah siasat kedua mayat Teoh.

Pihak media difahamkan laporan bedah siasat oleh pakar patologi dari Hospital Sungai Buloh itu masih belum disiapkan.

Tarikh perbicaraan baru bagi kes itu akan ditetapkan pada 7 Januari nanti, menurut Gobind, peguam bagi keluarga Teoh.

Pada 22 November lalu, sekumpulan pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh yang diketuai Ketua Unit Patologi Dr Shahidan Md Noor selesai melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang digali semula sehari sebelum itu.

Mayat Teoh dikebumikan semula pada 24 November di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Adun Seri Kembangan, Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu. BERNAMA

Masjid: Senarai bercampur orang PAS dibatal..!!! Ha..ha... Hanya orang UMNO@BN sehaja layak jadi AJK MASJID DI MALAYSIA.....?????

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersetuju untuk membatalkan pindaan senarai nama ahli jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu.

Keputusan itu dibuat ekoran perbincangan antara Pengarah JAIP Datuk Mohamad Nor Mansur (foto, baju biru) dengan ADUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib (foto, kiri) yang mendedahkan semalam bahawa senarai nama telah dipinda dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Keputusan ini dinyatakan oleh Penghulu Mukim Slim River, Mohd Rashid Mohd Hassan, yang turut hadir dalam perjumpaan selama kira-kira sejam di pejabat Khusairi pagi tadi.

Berikutan itu, tambahnya, JAIP akan mengguna pakai semula senarai nama jawantakuasa yang telah dipersetujui pada 2 Ogos lalu.

Khusairi dilaporkan berkata beliau turut menerima laporan bahawa pertukaran nama itu turut melibatkan beberapa masjid dalam kawasan-kawasan parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Slim antara tiga kawasan DUN bawah parlimen Tanjung Malim.

ADUN itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Menurutnya, masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau.

Pertemuan lancar

Manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Mengulas lanjut, Mohd Rashid memberitahu Malaysiakini bahawa perbincangan mulai jam 11.30 pagi itu berjalan lancar dan beliau gembira kerana isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya tengok tak ada bantahan dan mereka saling bersalaman antara satu dengan lain," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Mohd Rashid berkata senarai asal nama AJK masjid, khususnya di DUN Slim, diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh, antaranya, Orang Besar Jajahan (OBJ) daerah Batang Padang, Datuk Yeop Junior Yeop Adlan; pegawai penyelaras masjid daerah Slim River, Baharudin Ishak dan enam penghulu mukim, termasuk dirinya.

Ditanya mengenai proses pelantikan jawatankuasa masjid, Mohd Rashid berkata, mereka dilantik berdasarkan kehendak masyarakat dan ahli kariah serta pandangan ketua kampung.

Ia kemudian dibawa kepada pengetahuan penghulu dan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yeop Junior sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Agama Islam Perak.

Menurut Mohd Rashid lagi, pengarah JAIP telah menemuinya sebelum mengunjungi ADUN Slim di pejabatnya bagi menjelaskan isu pindaan senarai tersebut.

Majlis penyerahan ditangguh


Katanya, beliau sendiri tidak tahu-menahu mengenai perubahan senarai nama itu kerana tidak ada lagi mesyuarat susulan selepas keputusan dibuat pada 2 Ogos lalu.

"Pertemuan saya dengan pengarah JAIP turut dihadiri oleh pegawai tadbir agama (PTA) dari Slim River dan Tapah pada jam jam 10 pagi," katanya.

Selepas itu, katanya, beliau mengikut pengarah JAIP bertemu dengan ADUN Slim.

Menurut Mohd Hassan lagi, beliau hanya menyedari mengenai pindaaan senarai tersebut pada 10 Disember, iaitu sehari sebelum majlis penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa masjid diadakan.

"Saya tengok senarai sudah lain daripada apa yang dicadangkan. Saya tengok senarai bagi setiap masjid, sudah lain dari apa yang kita bincang.

"Nama ahli jawatankuasa yang dilantik telah dibatalkan dan diganti kepada orang yang tidak sepatutnya, orang PAS," katanya.

Katanya, selepas melihat senarai nama tersebut, beliau terus menghubungi Yeop Junior dan Khusairi untuk memaklumkan kepada mereka mengenai pindaan nama pada senarai jawatankuasa terbabit.

Ekoran itu, katanya, majlis penyerahan watikah yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember lalu, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Sementara itu, ADUN Slim mengesahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengarah JAIP pagi tadi berhubung itu berkenaan."Senarai telah kembali pada yang asal," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Polis Tidak Amanah, Tuntutan Bapa Nurin Pinda Penrnyataan Didengar Rabu Depan

Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada Rabu depan permohonan Jazimin Abdul Jalil, bapa kanak-kanak yang diculik dan dibunuh, Nurin Jazlin, bagi meminda pernyataan tuntutannya untuk turut menamakan Lans Koperal Amran Arifin sebagai defendan dalam kes saman itu.

Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar, Wan Nor Salina Wan Abdullah dalam kamarnya selepas perkara itu dikemukakan di hadapannya untuk sebutan hari ini.

Ini berikutan pengakuan oleh defendan dalam kes saman itu -- Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan kerajaan Malaysia -- dalam pernyataan pembelaan mereka bahawa gambar-gambar bedah siasat Nurin diedarkan oleh Amran.

Jazimin, 35, seorang pekerja di syarikat keselamatan, mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan atas dakwaan cuai berikutan pengedaran gambar-gambar bedah siasat anak perempuannya itu dalam internet.

Beliau memohon gantirugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dengan mendakwa gambar-gambar berkenaan bersifat sulit serta peribadi dan bukan untuk tatapan umum tetapi hanya untuk tujuan penyiasatan kes Nurin. - Bernama

Ulasan GB

Adalah tidak wajar samasekali tindakan PDRM menyebarkan gambar-gambar bedah siasat Nurin yang sepatutnya diklassifikasikan sebagai sulit.

Ini bererti rakyat mempunyai hak untuk tidak bekerjasama dengan polis jika demikian buruknya sikap dan perangai polis di negara ini.

Kita Sudah Tukar

1. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat.
2. Tetapi jauh daripada menukar Obama (gambar kanan) sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan.  Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan.
3. Tetapi kita sudah tukar.  Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat.  Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.
4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear.  Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear.  Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel.  Dan Iran menjadi sasaran mereka.
5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead.  Israel mempunyai beratus senjata nuklear.
6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza.  Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear.  Kita relakan.  Secara rasmi kita tidak protes.
7. India punyai senjata nuklear.  Begitu juga Pakistan.
8. Kenapa Iran tidak boleh?  Gilakah Iran hendak lancar perang nuklear dengan dua biji bom nuklear?  Amerika Syarikat, Rusia dan Israel sudah tentu akan balas serangan Iran dengan 25,000 bom dan roket nuklear yang dimiliki mereka.  Iran akan hancur dan hilang daripada muka bumi ini.
9. Jika India, Pakistan, China, Peranchis, Britain, Amerika Syarikat dan Israel boleh memiliki senjata nuklear kenapa Iran tidak boleh?
10. Sekatan sanction sudahpun dikenakan keatas Iran.  Kita tidak membantah.  Tetapi kita tidak pernah sokong sanction.
11. Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika.
12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?
*Tulisan ini dipetik daripada blog Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Najib, UMNO dan Felda

Untuk setengah abad yang lalu, FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) memainkan peranan yang penting di tanahair Malaysia, khususnya dalam masyarakat Melayu, termasuklah bidang ekonomi, sosial, dan yang paling penting, politik.
Malah, tsunami politik 8 Mac 2008 mungkin telah mengaramkan UMNO-BN seandainya FELDA tidak wujud.  Menurut perhitungan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, FELDA memainkan peranan yang penting di kira-kira 50 kawasan parlimen.


Pengaruh FELDA terserlah, dan dilihat sebagai kubu politik UMNO.  Pengasasnya Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Abdul Razak bin Hussein yang dikenang kerana jasanya membangunkan tanah kawasan luar bandar, yang pada ketika itu didiami orang Melayu kebanyakannya.
53 tahun sudah berlalu.  FELDA kini diwarisi oleh anak Bapa Pembangunan.  "UMNO perlu berubah", demikianlah slogan yang dilaungkan sebelum menemui hasil sebenar.  Kesudahannya belum pasti.  Yang pastinya, FELDA telah berubah sebaik sahaja PM keenam, Najib Razak menerajui tampuk pimpinan kerajaan.
Felda sebagai kubu UMNO
Penguasaan terhadap FELDA memberi makna penting dalam politik Melayu.  UMNO memenangi 74 kerusi parlimen daripada 117 yang ditanding dalam PRU ke-12.  Senario ini jauh berbeza daripada kemenangannya dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, menyapu 109 kerusi parlimen, iaitu setengah daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat ketika itu.
Pada hakikatnya, UMNO perlu menguasai FELDA untuk menguasai kawasan luar bandar.  Dengan kata lain, UMNO perlu menguasai FELDA untuk mengekalkan kuasa.  Menurut seorang pegawai atasan dalam Felda Holdings Berhad, interaksi antara Najib dengan FELDA bertambah kerap setelah beliau menyandang jawatan PM.  Malah, pertemuan dengan peneroka diaturkan hampir setiap dua minggu, selagi Najib dapat meluangkan masanya.
Menurut sumber maklumat ini, selain peruntukan tanah, masyarakat peneroka juga diberi subsidi baja, bahkan menerima dividen dari masa ke masa.  Malah, sesetengah peneroka menjual baja yang diperolehi secara percuma itu sebagai "skim cepat kaya".  Jelas, Najib sedar bahawa kepentingan UMNO hanya terlindung apabila kepentingan peneroka FELDA dijaga.
FELDA sebagai kuasa ekonomi
Walau bagaimanapun, FELDA bukan sekadar berperanan untuk mengagih sumber sambil menerima undi sebagai pulangannya.  Menurut maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sayap komersial FELDA, iaitu Felda Holdings Berhad mencatat pendapatan sejumlah RM15.3 bilion, dan keuntungan bersih sejumlah RM635.7 juta pada tahun kewangan 2008.
Pada masa yang sama, syarikat tersebut memiliki wang simpanan tetap sejumlah RM 1.4 bilion, dan wang tunai serta simpanan bank sejumlah RM 222.7 juta pada akhir tahun 2008.
Selain itu, menurut laporan media, FELDA memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit, dan 7 buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit -- penanam dan pengurus tanaman yang terbesar di dunia.  Malah, FELDA menakluki 20% pasaran kelapa sawit di dunia.  Secara puratanya, pendapatan FELDA mencecah RM15 bilion setahun, dan memperolehi keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2008.
FELDA menerokai dunia global
Demikianlah hasilnya setelah setengah abad penerokaan dan pembangunan tanah di Malaysia.  Kini, FELDA merancang untuk mengembangkan sayapnya ke peringkat global mengikut jejak Petronas.
Menurut laporan media pada 2 Julai 2009, Felda Global Venture Holdings telah ditubuhkan untuk mengambil alih dan membangunkan perusahaan pelaburan komersial di bawah FELDA.  Malah, Felda Global telah mengumumkan kesediaannya untuk melabur lebih daripada RM 6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya dalam masa lima tahun yang akan datang.
Persoalannya, apakah latar belakang Felda Global?  Syarikat ini telah ditubuhkan pada Disember 2007, namun hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai 2009.  Sebelum ini, Felda Global berada dalam keadaan separuh-lelap, dan hanya bangkit apabila Najib menjadi PM secara rasmi pada April 2009.
Felda Global telah memulakan pelaburannya di luar negeri, walaupun apa yang diumumkan kepada khalayak adalah terhad.  Selain penerokaannya di peringkat global, Felda Global memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi Malaysia.  Baru-baru ini, Felda Global telah membeli Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd daripada Raja Gula, Robert Kuok dengan RM1.22 bilion.
Najib, dan konco-konconya
Cuma, siapa pula di sebalik Felda Global?  Jawapannya, Mohd Bakke Salleh (gambar kiri), orang rapat Najib yang dikhabarkan bakal mengambil alih jawatan Hassan Marican pada Februari 2010 sebagai CEO Petronas.  Bagaimanapun, pegawai khas Najib ketika beliau menjadi TPM, Omar Mustapha Ong akhirnya yang dilantik memasuki Lembaga Pengarah Petronas untuk menutup spekulasi yang tersebar.
Bakke Salleh, menguasai Felda Holdings Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global.  Jelas, perlantikannya diiringi dengan misi daripada Najib untuk membangunkan Felda Global seiring dengan Petronas.  Bakke Salleh pernah menganggotai Lembaga Pengarah Danaharta dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji pada tahun 2001, untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji.
FELDA terpesong dari matlamat asal
Misi penerokaan ke dunia global yang diamanahkan kepada Felda Global sememangnya memperlihatkan agenda politik dan kepentingan golongan tertentu di sebaliknya.  Namun, seandainya diimbas kembali matlamat asal penubuhan FELDA, kita terpaksa mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk merombak agensi ini.
FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 untuk membantu orang Melayu di luar bandar dengan rancangan penerokaan dan pembangunan tanah.  Pertanian diusahakan sebagai salah satu langkah untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.
Tetapi, FELDA semakin terpesong dari matlamat asalnya, apabila peneroka mula mencari rezeki di luar kawasan FELDA, dan menjadikan aktiviti pertanian sebagai kerja sampingan.  Keadaan ini berlaku terutamanya setelah Malaysia melalui tahun 1980-an, apabila peneroka mula pindah ke bandar untuk bekerja di kilang industri, yang pendapatannya lebih stabil berbanding dengan aktiviti pertanian.  Malah, pekerja asing diupah untuk mengusahakan tanah pertanian yang asal.
Lebih-lebih lagi, generasi kedua dan ketiga masyarakat peneroka memilih untuk mencari rezeki di bandar, apabila arus perindustrian kian menderas.  Tanah ditinggalkan kepada peneroka yang sudah lanjut usianya, malah tidak larat lagi untuk membanting tulang di kebun.
Keadaan bertambah dahsyat apabila nilai tanah melonjak berikutan proses urbanisasi.  Kawasan bandar diperluaskan.  Tanah diterokai untuk membina bangunan komersial dan perumahan.  Maka, sesetengah peneroka bandar memilih untuk menjual tanahnya dengan kebenaran kerajaan, lantas menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Realitinya, perkembangan terkini memperlihatkan bagaimana FELDA semakin hari semakin kehilangan tanah tanamannya.  Secara makronya, masyarakat Melayu mungkin mewarisi kekayaan daripada rancangan FELDA, yang sudah terpesong daripada matlamat asalnya.  Secara mikronya, Najib mungkin mewarisi legasi ayahandanya, tetapi bukan jiwanya.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Royalti: Ku Li syor kokus bukan kepartian

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, Dis 17 — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berhasrat untuk melihat pembentukan sebuah kokus bukan kepartian bagi membincangkan isu royalti minyak yang menjadi pertikaian antara Kelatan dan kerajaan persekutuan sekarang.
Ia bertentangan dengan kokus Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.
Sehubungan itu, menurut pengasas Petronas itu, beliau akan menulis kepada ahli-ahli Parlimen berhubung pandangan tersbut tidak lama lagi.
“Saya akan memberitahu anda (apabila saya menulis surat),” katanya.
“Saya belum membuat keputusan (berhubung undangan agar mengetuai kokus Pakatan Rakyat).
“Bagaimanapun saya akan menulis kepada ahli-ahli Parlimen untuk diadakan satu kokus bukan kepartian, yang tidak menggambarkan perwakilan parti (semata-mata),” kata Tengku Razaleigh kepada The Malaysian Insider di bangunan Parlimen hari ini.
Bulan lalu beliau dijemput PR agar mengetuai Jawatankuasa Kokus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.
Dalam tulisan blognya awal bulan ini Tengku Razaleigh memberitahu akan membuat keputusan dalam waktu terdekat.
Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan kokus ini.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata Tengku Razaleigh telah menerima jemputan PR.
Anwar berkata kokus ini mewakili semua parti dan akan menjemput wakil dari Umno, MCA dan lain-lain selain daripada PR.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta agar Tengku Razaleigh mempertimbangkan tawaran pembangkang itu dengan mendalam.
Sementara itu mengulas laporan akhbar tempatan bahawa beliau telah dijemput menyertai PAS, Tengku Razaleigh menafikan berita tersebut.
“Jika saya sudah menyertai PAS, sudah pasti saya sudah memanggil persidangan akhbar. Saya orang Umno,” katanya.
Laporan itu menyebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama dua pemimpin parti itu telah menjemput Tengku Razaleigh ketika menemui beliau 5 Disember di ibu negara.
Ketika ditanya sama ada beliau dijemput menyertai PAS, beliau berkata: “Mereka tidak seharusnya bertanyakan soalan itu.”

Hanya royalti dalam Akta Petroleum, bukan wang ihsan- Salahuddin


Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu.

Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, sedangkan wang ihsan tidak ada dalam akta tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, royalti terikat dengan Akta 144 dan mesti dibayar kepada negeri terbabit dua kali setahun iaitu Mac dan Ogos.

“Pembayaran dibuat Petronas pula dalam bentuk tunai dan perlu dimasukkan ke dalam akaun milik kerajaan negeri.

“Sedangkan wang insan tidak terkandung dalam akta tersebut dan ia boleh dibayar kepada sesiapa sahaja. Misalnya kalau kes di Terengganu sebelum ini pernah wang ihsan diberi kepada Ketengah.

“Di Kelantan pula kemungkinan akan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan lebih istimewa lagi duit tersebut tidak perlu diaudit,” katanya pada ceramah isu semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Tumpat di Kampung Berangan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah.

Tuntutan kerajaan Kelantan ke atas royalti mulai digegerkan Julai lalu setelah menyedari ada laporan mengenai pengeluaran minyak dan gas di perairannya berdasar laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Perangkaan yang dibuat jabatan berkenaan menyebut Kelantan, Terengganu dan Sabah mengeluarkan petroleum pada 2004 bernilai RM47 bilion.

Biar pun ada menteri dari Kelantan cuba menafikan kewujudan telaga minyak di perairan Kelantan, namun akhirnya Perdana Menteri sendiri mengakui perairan negeri terbabit mempunyai sumber minyak dan gas.

Pada persidangan parlimen pada 4 November lalu, Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Akta 144 ditulis bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bagi membantu Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanggungjawab mengasaskan kewujudan Petronas ketika itu.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional sekarang menerima tekanan hebat berkaitan isu royalti minyak apabila semua anggota parlimen Pakatan Rakyat sepakat memperjuangkannya.

“Setiap kali ada ruang kita bercakap isu royalti di Dewan Rakyat kita perjuangkan sehingga terpaksa dijawab Perdana Menteri sendiri.

“Oleh itu rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik perlu memperjuangkan tuntutan royalti minyak bagi  membolehkan ia dinikmati rakyat secara saksama,” katanya.

Menurutnya juga beliau pernah mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat isu royalti pada bila-bila masa sahaja.

Mohd Zaki berkata, sekiranya wang ihsan disalur melalui JPP rakyat Kelantan tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya.

“Ini kerana kita tahun sejak diwujudkan JPP lebih 19 tahun di sini peranannya tidak banyak membantu kerajaan negeri. Orang kampung hendak dapatkan peruntukan membaiki madrasah pun susah.

“Sebab itulah kita tetap menuntut seperti mana yang terkandung dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975,” katanya.

Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya royalti petroleum diperolehi banyak masalah rakyat dapat diselesaikan termasuk menyediakan prasarana lebih sempurna di sekolah-sekolah agama.

Katanya juga setiap tahun kerajaan negeri terpaksa menyediakan peruntukan besar kepada sektor pendidikan sehingga mencecah RM70 juta.

Salahuddin juga berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat akan memastikan Biro Tata Negara (BTN) tidak lagi diteruskan kerajaan memandangkan ia tidak membantu mencapai matlamat mewujudkan integrasi nasional.

“Apa yang diajar ketika latihan di BTN ialah membenci kaum bukan Melayu dan melemparkan tomahan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, biar pun kerajaan telah menggunakan duit rakyat begitu besar, namun perpaduan kaum tidak juga tercapai.

Kata beliau tahun hadapan sebanyak RM60 juta disediakan kerajaan kepada BTN bagi mengendalikan kursus tata negara kepada pegawai kerajaan dan pelajar.

Siapa Sebenarnya Yang Lantik J/K Disiplin Parti?

Peti email GB terus-terusan dipenuhi dengan pertanyaan dan persoalan mengenai Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS yang kini sedang menyiasat PAS Selangor yang seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily di atas arahan Tuan Presiden.

Adalah menjadi sesuatu keanehan bagaimana arahan boleh diberikan oleh Presiden kepada satu jawatankuasa yang mengikut Perlembagaan PAS, J/K Disiplin ini sepatutnya dilantik oleh Majlis Syura Ulamak.

GB telah mempersoalkan hal ini di dalam satu tulisan di blog Kelab GB tetapi tidak mendapat respons kerana masin-masing tergamam mengenai persoalan "siapa sebenarnya yang telah melantik Jawatankuasa Disiplin PAS?".

Tuan Ibrahim Tuan Man pula nampaknya telah acapkali mengeluarkan "kenyataan-kenyataan yang bias" yang tidak menampakkan beliau mempunyai kredibiliti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. GB telah juga mengulasnya di SINI.

Diperturunkan kembali tulisan GB yang lepas untuk masing-masing melakukan penilaian supaya kebenaran dan keadilan itu dapat ditegakkan seperti sepatutnya.



Lembaga Disiplin PAS Ikut Arahan Siapa?

Saya telah diminta pandangan untuk membincangkan isu mengenai Lembaga Disiplin Parti Islam SeMalaysia yang mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS.

Lembaga Disiplin PAS telah mengadakan persidangan buat pertama kalinya pada 31 Oktober lalu yang dilaporkan memulakan siasatnnya terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini mempunyai lima anggota yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Ustadz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara jawatankuas yang lain terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

Lembaga Disiplin dikatakan akan akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil setelah siasatan ke atas isu PAS Selangor itu selesai.

Persoalan kini, Lembaga Disiplin ini dibentuk oleh parti dengan kuasa pihak mana, mendengar dan mendapat arahan dari siapa serta perlu membuat cadangan kepada pihak mana.

Berdasarkan Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia, Fasal 7 Ceraian 3(c) yang menerangkan hal Hukum dan Kekuasaan Majlis Syura Ulama berbunyi:

Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.

Fasal 75(2)

Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

Pasal 75(3) berbunyi

Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari:
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga Ahli Jawatankuasa.

Fasal 75(4)

"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Fasal 75(5)

Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah
(a) Memberi amaran
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti
(c) Menggantung keahlian
(d) Memecat dari menjadi ahli

Fasal 75(6)

Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.

Fasal 77(7)

"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.

Senario yang ada kini nampaknya tidak memenuhi tuntutan seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan.

Menurut Perlembagaan PAS, hal-ehwal tatatertib(disiplin) adalah di bawah urusan Majlis Syura Ulamak yang diberi kuasa untuk menubuhkan Lembaga Disiplin yang dianggotai lima orang jawatankuasa.

Namun, semenjak isu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali timbul dan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan hal itu, Lembaga Disiplin seperti sudah lari dari peranannya yang sepatutnya menerima arahan dari Majlis Syura Ulamak, bukan dari pihak lain. Ini adalah kerana pembentukannya sepertimana yang ditunjukkan di atas dilakukan oleh Majlis Syura Ulamak. Jika perlantikan Jawatankuasa Disiplin yang ada pada hari ini bukan dari Majlis Syura Ulama, dengan sendirinya Lembaga Disiplin yang ada adalah sebuah jawatankuasa yang haram, batal dan tidak sah.

Justeru itu laporan harakahdaily bertarikh 30 Oktober 2009 bercanggah dengan Perlembagaan parti:

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.


Tidak ada arahan sepatutnya boleh dilakukan oleh Presiden atau Jawatankuasa Pusat atau mana-mana pihak ke atas Lembaga Disiplin kerana Lembaga Disiplin adalah bebas dari sebarang tekanan, manipulasi, eksploitasi, arahan atau apa-apa bentuk suruhan dari mana-mana pihak kecuali Majlis Syura Ulamak.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa PAS Pusat boleh mengambil tindakan berdasarkan Fasal 23(7)(g) tanpa melibatkan Lembaga Tatatertib

Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Fasal 75 (2) yang menyatakan "apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu" bukan memberi kuasa Setiausa Agung untuk mengarahkan tetapi adalah tugas Setiausaha Agong memaklumkan kepada Lembaga Disiplin parti.

Dari Perlembagaan PAS, jelas, bahawa Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah kuasa tertinggi di dalam parti yang bertakluk (bukan tertakluk) ke atas Lembaga Disiplin. Lembaga Disiplin PAS perlu mematuhi hal ini.


Kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin yang menyatakan "lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil" adalah tidak betul kerana mengikut perlembagaan, cadangan hendaklah dihantar terus kepada Majlis Syura Ulamak, bukan Jawatankuasa PAS Pusat kerana nantinya sebarang rayuan adalah dilakukan kepada Majlis Syura Ulamak berdasarkan kepada Fasal 75(6).




Jawatakuasa Disiplin Tidak Boleh Bias

Dato Tuan Ibrahim, selaku Pengerusi Lambaga Tatatertib (meskipun GB sehingga kini masih belum mendapat jawapan tentang pembentukan Lembaga tatatertib samada ia memenuhi kehendak Perlembagaan Parti seperti GB nyatakan di SINI) sepatutnya tidak mengeluarkan perkataan ini:

"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar,"

Sebab saya menyatakan ia tidak boleh di keluarkan, awal-awal lagi ia menunjukkan ciri bias. Kerana ianya boleh ditempelak, "tuduhan itu tak semestinya salah" dan dengan sendirinya kredibiliti dan integriti Lemabaga tatatertib boleh dipersoalkan lantarannya.

Senario yang hampir sama pernah berlaku semasa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), yang setelah menerima surat pengosongan DUN Changkat Jering dan Behrang mengeluarkan kenyataan berikut:

"Saya telah terima surat dari Speaker Perak, tetapi saya juga telah menerima surat bantahan dari ADUN-ADUN berkenaan".

Sedangkan surat-surat dari ADUN-ADUN berkenaan sepatutnya tidak dilayan kerana tiada peruntukan undang-undang untuk Pengerusi SPR berbuat demikian.

Hasilnya, keputusan tidak berpihak kepada kebenaran yang sepatutnya pilihanraya kecil diadakan, tetapi berpihak kepada konspirasi untuk mempastikan kedua-dua kerusi itu kekal kepada BN.

Jawapan yang hampir sama diberikan oleh Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) sewaktu ditanya mengenai kes rasuah bekas MB Selangor, Mohd Khir Toyo.

"Memang ada laporan tentang kes rasuah berkenaan, tetapi tiada ada bukti kukuh untuk mendakwanya".

Dan Mohd Khir Toyo bebas lepas.

Itu dua contoh "hakim" yang tidak berwibawa. Itu contoh "hakim" yang menyalahgunakan kuasa. Itu contoh "hakim" yang khianat dan durjana.

Seorang hakim tidak boleh berpihak. Seorang hakim perlu adil. Seorang hakim perlu menghukum dengan kebenaran dan keadilan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Hakim itu ada tiga macam, Satu di syurga dan dua di neraka:
1) Yang di syurga adalah hakim yang tahu kebenaran dn ia menghukum dengan kebenaran tersebut
2) Seorang lelaki yang tahu kebenaran tetapi ia menyimpang daripada kebenaran itu, maka ia ke neraka
3) Seorang lelaki yang menghukum manusia tanpa ilmu, maka ia ke neraka.
(Abu Dawud, Tarmidhi, Ibn Majah)

Sebelum ini, GB menyatakan bahawa Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib perlu dilantik oleh Majlis Syura Ulamak.

Jika jawatankuasa yang ada tidak dilantik oleh Majlis Syura Ulamak, tetapi oleh Presiden dan sebagainya, dengan sendirinya ia terbatal dan tidak berkuatkuasa.


Majlis Syura Ulamak sepastinya mengetahui bahawa Jawatankuasa Disiplin yang hendak dilantik perlu mempunyai kriteria seseorang itu mempunyai 'ilmu (dan sebaik-baiknya ada pengalaman) di dalam bidang perundangan dan penghakiman bersuaian dengan hadith yang dinukilkan tadi.

Ini diperkuatkan dengan satu hadith yang lain:

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – (Bukhari)

Ketelitian pemilihan jawatankuasa disiplin atau tatatertib perlu diberikan perhatian serius oleh parti agar kebenaran dan keadilan itu benar-benar ditegakkan.

Saya dengan ini meminta supaya persoalan mengenai ahli jawatankuasa Lembaga Tatatertib disemak semula supaya melantik mereka yang benar-benar berkeahlian memegang jawatan itu sebelum PAS hancur binasa kerananya sesuai dengan amaran hadith kedua tadi.


Mohon pencerahan dari pihak tertinggi parti sebelum sbarang kesilapan (jika ada) terlajak jauh. PAS perlu diselamatkan dari tidak mengikuti Perlembagaan Parti.

Anti-GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan Kedua- Hazayani Zakaria


Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-GST (Anti-GST Task Force) hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-GST Tony Pua berkata, pengenalan GST akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pelating Jaya Utara pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Seorang lagi Ahlijawatankuasanya, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

"kalaulah golongan berpendapatan rendah buat simpanan, golongan pendapatan tinggi pun buat simpanan, kelompok pengeksport pun buat simpanan akhirnya macammana datangnya pendapatan lebihan daripada cukai ini. Rakyat yang manjadi mangsa kerana terpaksa membayar cukai," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor juga berkata, rancangan Kerajaan melaksanakanGST disebabkan mereka sudah kehabisan sumber kewangan dan terpaksa mencari sumber ain untuk menampung hutang Kerajaan.

"Menteri cuba yakinkan rakyat cukai ini baik untuk rakyat tapi sebearnya Kerajaan sudah banyak berhutang sehingga terpaksa mencari sumber lain,"tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, pasukan Anti-GST akan meningkatkan usaha memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kesan buruk yang akan ditangggung rakyat jika GST dilaksanakan.

Ini termasuk perbincangan meja bulat parlimen melibatkan ahli parlimen dan pakar industri bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada golongan ini.

"Untuk tempoh Januari hingga MAC, Pasukan Anti GST akan meningkatkan tindakan membantah pelaksanaan cukai ini.

Kami akan mengadakan perbincangan meja bulat parlimen dengan 'industry ekspert' untuk dapatkan pandangan dan maklumbalas daripada kelompok ini.

"Kami juga akan adakan kaukus parlimen melibatkan Ahli Parlimen tentang GST," katanya lagi.

Selain itu, pasukan ini akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara melibatkan program berbentuk forum, pengedaran risalah penerangan mengenai GST.

Rakyat juga boleh memberi maklum balas mengenai GST melalui emai NOtoGST@gmail .com

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin serta berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Ahmad Husni berkata, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

Kita Doakan Kebahagiaan Bung Dan Pasangannya - Mohamad Aziz

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.
PETALING JAYA: “Kebahagiaannya (Bung) adalah kebahagiaan saya juga. Marilah kita mendoakan kebahagiaan Bung dan pasangannya."
Demikian harapan Datuk Mohamad Aziz, rakan baik Datuk Bung Mokhtar Radin yang mahu semua pihak supaya mendoakan semoga Ahli Parlimen Kinabatangan gembira dengan kehidupannya sekarang.
Pada masa yang sama, hanya perkataan ‘dah selamat’ yang terpacul daripada mulut Mohamad setelah beliau berbual dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui telefon.
“Apa yang saya boleh katakan, beliau sudah selamat. Saya tidak mempunyai maklumat lain,” kata Ahli Parlimen Sri Gading itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang enggan mengulas lanjut hanya mahu media mentafsir sendiri perkataan ‘dah selamat’ itu.
Ditanya sama ada Bung Mokhtar telah melangsungkan majlis pernikahannya dengan Zizie, Mohamad menjawab beliau tidak tahu-menahu berhubung hal itu.
Bung Mokhtar dikatakan telah bernikah dengan Zizie namun kedua-dua pasangan berkenaan menafikan perkara itu.

Desas-desus mengenai perkahwinan Zizie dan Bung Mokhtar mendapat liputan meluas media hari ini, bagaimanapun kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai kesahihan hubungan intim itu.

TIONG AKAN DI TANGKAP

INI BUKAN GAMBAR BURUNG TIONG


INI BARU BETUL GAMBAR BURUNG TIONG


AUTHORITIES TO NET PKFZ BIG FISH - malaysiakini

Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press have fingered Bintulu MP Tiong King Sing as the next person likely to be brought to book over the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

Both the sister dailies featured articles on their front pages alluding to this.

According to Nanyang, "reliable sources" told the paper that "action" would be taken against Tiong without any specifics.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… APA KHABAR DATUK AZIM…kah kah kah..

kah kah kah… LAMA TAK NAMPAK… MANA GI ?... kah kah kah..

kah kah kah… CHRISTMAS INI TAK PERGI PARIS KE ?... kah kah kah..

Tukar Tiub

Laksana GST....UBN Pasti Mati!!

Sekarang ni di mana-mana saja, tak kira di warung-warung... kedai-kedai kopi.... pejabat... kantin pejabat... kafeteria... stesen bas dan keretapi... laman-laman rumah... semua orang sibuk membicarakan tentang GST.

Percakapan tentang GST ini hangat di kalangan orang pencen, kaki tangan kerajaan, suri-suri rumah, para pelajar, para peniaga dan customer mereka dan orang yang bekerja sendiri. Dalam kalangan mereka, ada yang tahu apa itu GST dan implikasinya tetapi rata-rata orang kampung... mereka tak apa binatangnya GST tu. Jenuh pulak kita terpaksa menerangkan pada mereka. Ater.. orang bersembang demer nak menyampuk jugak!!

Ini dia sinopsis penerangan bagaimana nak bagi mereka paham...GST ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barangan dan perkhidmatan kecuali barangan keperluan harian yang asas. Cukai yang dicadangkan adalah sebanyak 4%. Maknanya harga barang dan perkhidmatan akan naik kerana nak tampung cukai yang kerajaan kenakan.

Ini adalah cara baru kerajaan nak rompak duit daripada rakyat. Cara halus... cara cekik darah!! Sebab itu, kita katakan yang kerajaan UMNO/BN ialah sebuah kerajaan LINTAH DARAT yang menghisap darah rakyat!!! Satu kerajaan yang ZALIM dan TIDAK PRIHATIN akan nasib rakyat.

Inilah yang dikatakan Satu Malaysia rakyat didahulukan!!! Aha... rakyat didahulukan untuk disembelih dan dihisab darah mereka. Ha ha ha ha ....Najib The Great Magician telah menipu dan memperdaya rakyatnya hidup-hidup.

Excuse meee??? Rakyat mana??

Oooops...!!! Sorry..... Bukan semua rakyat, tetapi... rakyat yang masih lena dan yang masih tak sedar diri serta yang merelakan diri mereka ditipu oleh Regime Najib. Apabila sudah tahu trick dan muslihat si Najib... baru terbeliak bijik mata. Oh My God.... aku tertipu rupanya!! Sedor tak per!!

Apabila mereka sudah faham dan sudah mendapat gambaran sebenar tentang GST... semuanya ternganga dan terdiam. Tak percaya... wa cakap lu!! Kecut perut.... Sudahlah sekarang ini pun mereka dah tercungkap-cungap untuk hidup.... tahun depan 2010, tak tau ler macam mana.

Entah-entah.. lagi banyak ler orang jadi perompak dan penyagak. Bapak borek anak rintik. Kerajaan jadi perompak... rakyat jadi penyamun. Dalam keadaan terdesak manusia sanggup lakukan apa saja demi survival. Merompak... menyamun.... pecah rumah.... melacur... menipu... pecah amanah... rasuah... pasti akan berleluasa. Kadar jenayah akan meningkat. Dan ini adalah antara kesan yang bakal di tempuh oleh rakyat selain penderitaan dan kesempitan hidup.

Dan sekarang... rakyat, tak kira penyokong UMNO/BN ke, sokong PR ke, atas pagar ke... semuanya dah nampak... putar belit dan putar alam Najib Satu Malaysia. Rakyat didahulukan... piiirraaaahhh!!! Yang syoknya.... banyak yang setuju kalau satu kempen anti-GST diadakan bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap bebanan perbelanjaan yang bakal mereka pikul pada 2010 nanti. Apa kata kita adakan satu demonstrasi rakyat ANTI-GST??

Say Tak Nak To GST and Say Tak Nak To Najib!!

GST punya pasal... alhamdulillah, rakyat makin benci dan meluat dengan kerajaan Satu Malaysia pimpinan Najib. Yahoooo!!! GST...GST.. Keranamu, UBN pasti akan mati!! Bila?? Dalam PRU13 nanti.

Nak bunuh diri?? Laksanakan GST!!!

Apa khabar PKFZ, Tun Lah?

Tajuk di atas tidak aka kena mengena dengan posting ini. Sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi berhenti kerja sebagai Perdana Menteri, saya tak pernah rembat dia. Biarlah tukang-tukang spin Datuk Seri Najib Tun Razak yang rembat.

Yang seronoknya, sejak belanjawan sulung Najib hampir ditolak, rajin sungguh Tun Lah datang Parlimen. Hari ni, dia datang petang. Elok dia sampai, sidang pun ditangguhkan. Sorrylah Tun Lah, tahun depan boleh datang lagi. Hari ini dah hari akhir sidang Dewan Rakyat.

Apa ayat-ayat yang hendak ditulis oleh kerajinan Tun Lah datang Parlimen itu, anda bacalah sendiri apa yang tersirat.

Walaupun Tun Lah begitu dedikasi datang ke Parlimen sejak dua hari lepas khabarnya, tukang-tukang spin Najib tetap debik dia. Nak buat lagu mana. Dulu hari Tun Lah dan anak menantunya, sekarang hari depa pulak.

Seronok tengok depa goreng Tun Lah dalam berita Malay Mail hari ini bertajuk "Mystery Mansion". Hebat tukang-tukang spin Najib. Kami tak dapat nak merasa kehebatan itu sebab kami tak perlu spin apa-apa. Kelaku Najib bercerita dengan begitu fasih. Tak payah spin dan tak perlu kemahiran untuk spin.

Apa pun, terima kasih kerana mereka begitu dedikasi mendebik Tun Lah. Kurang lah sikit kerja kita dan tak la penat sangat.

Cerita PKFZ lagu mana? Kita tunggulah Tun Lah dan Tan Sri Chan Kong Choy bercerita...

Wirautama Bukti Betapa Konsep Wala Dalam PAS ni Dah Menyimpang dan Perlu Di "Re-Tune"



Komen Tulang Besi : Suka saya baca artikel ni. Ia adalah contoh bagaimana “wala’” telah menjadi candu pada sebahagian penyokong serta aktivis PAS. Saya tahu yang Wirautama ni adalah sebahagian dari penyokong “Geng Terengganu” (macam Songkok Putih juga).

Dalam artikel ni kita lihat :
  1. Wira marah betul bila Poji serahkan 7 rakaman kepada Tok Guru Nik Aziz.
  2. Wira tuduh kumpulan di Kelantan memberi “suaka politik” pada Poji dan saya.
  3. Maka, dia menuduh orang macam Poji dan saya memecahkan perpaduan antara kedua-dua Tok Guru
Ertinya, konsep wala’ yang terkena pada Wira ni dah mengaburkan beliau sehingga beliau tidak dapat membezakan antara halal dan haram, antara benar dan salah. Bagi dia, kalau berjumpa dalam gelap dengan UMNO ni tak salah, berkempen memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat kepada ahli2 dan aktivis2 PAS tak salah, mendedahkan rahsia jemaah pada UMNO tak salah, berbohong berjumpa UMNO dalam gelap pun tak salah. Si Songkok Putih berbohong dan mengkhianati janji pun tak salah.

Yang salah apabila POJI menyerahkan BUKTI dan FAKTA kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Wira ni bukti betapa “wala’” dalam PAS ni BUKAN seperti wala’ yang diamalkan oleh para Sahabat RA serta yang diajarkan oleh Nabi SAW. Ia juga membuktikan bahwa tarbiyyah PAS Terengganu ni telah jauh menyimpang dari jalan yang sebenar dan perlu di “re-tune’ balik.

Saya menjemput Poji aka untuk menambah komen beliau juga.

Kejahatan TB dan blog Malaysiawaves dan Perisik Rakyat
Posted on Wednesday, December 16 @ 17:03:22 PST
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutih Oleh: wirautama

"Hari ini sudah ternyata bertapa jahatnya Tulang Besi dlm artikalnya di Malaysiawaves dan Perisik Rakyat dibaawah tajuk TGNA Tak Tahu Siapa Beri Nasihat Salah - Sinar Harian (dan disini ). Dengan jelas mereka (sebut mereka) cuba melaga2kan antara Pimpinan PAS lihat saja fitnah si Tulan Besi pada permulaan artikanya yg berbunyi

Nota: Ketahuilah kenyataan Presiden PAS ini adalah sebuah kenyataan yang dibuat selepas perlantikan Penolong Setiausaha PAS Pusat yang baru. Sememangnya sejak setahun dua ini, kerap dicuba menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru.

Malang bagi mereka, penasihat-penasihat Tok Guru berjaya mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan selama 20 tahun. Berapa tahunkah PAS berjaya menegkalkan pemerintahan di Terengganu hasil dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat Presiden?

Lihat pula temubual TGNA dengan wartawan malaysiakini dgn tajuk 'Saya tidak tahu salah lantik Ariffahmi', tidak kah itu mengesahkan apa yg dikata oleh TGAH. Dlm pada itu ia mengaku sebagai seorang ahli PAS yg berusrah sejak umor 12th. dan bukanlah bermaksud seperti fitnah 'tulang besi'.

Sekiranya kita lihat artikal2 TB samada di malaysiawaves atau pun perisik rakyat (TP terlibat sama) kita dapat baca mereka cuba untuk membentuk puak2 didalam PAS, TGNA akan disucikan kemudian TGAH dan pimpinannya dicelakakan. (Maaf bukan maksud saya untuk menyetuh berkaitan TGNA).

Tetapi melihat keakraban TP dgn saf kepimpinan TGNA diKelanan (melalui dakwaan telah menyampaikan 7 keping tape2 pembincangan UG), menunjukkan seolah2 mereka ini mendapat restu daripada saf pimpinan di Kelantan (yg mana aku percaya ianya tidak berlaku sama sekali). Tetapi itulah lagak mereka dlm artikal2 mereka dan PAS harus mendengar mereka sekiranya inginkan kejayaan dlm PRU13 nanti. (besornya lagak mereka itu).

Namun yg dikesalkan juga tiada satu pun Lujnah Penerengan samada peringkat negeri atau pusat berusaha untuk menangi kegiatan mereka malah diberi ruang kpd mereka dlm kegiatan2 parti dan TGNA, diKelantan terutamanya menjadikan seolah2 semua artikal2 mereka itu mendapat restu drpd saf kepimpinan Kelantan.

Kehairan timbul, amboi tak kan tiada seorg pun drpd pimpinan yg merasakan ianya ancaman kepada perpaduan PAS yg ada selama ini? Dimana Ustaz Nik Mohamad Abduh (kerana beliau aktif berblog) dan mana lagi org2 penerangan dlm parti? Tidak pernahkah dibawa berbicang masalah ini? Adakah maki hamun dan caruk maruk dlm artikal dan komen2 mereka itu cara kita? Atau mmg semua artikal mereka itu menunjukkan benar2 berlaku perpecahan antara TGNA dgn TGHA? Kerana itulah yg mereka lalukan diblog mereka menghasut pembaca blog mereka seolah2 perkara ini berlaku dan yg menjadi mangsa makian mereka ialah Presiden dan saf kepimpinan Presiden samada di pusat dan diteganu.

Disini kita mintak sapa yg saja tolong sampaikan dan panjangkan artikal mereka itu kepada saf pimpinan, dan satu kenyataan rasmi perlu dibuat bersama antara pihak TGNA dan pihak TGAH bahawa mereka itu org yg merosakkan Parti, agar jelas bahawa mereka itu melakukan pembohonan, jika tidak tau2 saja lah apa mereka akan terus lakukan..

Petronas bukan hak milik Umno — Mohd Rashidi Hasan



DIS 17 — Sumbangan besar Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak, yang menjadi sumber utama untuk membantu dan menampung ekonomi negara sangat diperakui.
Dana besar yang diperolehi bagi membantu menguruskan perbelanjaan negara tidak boleh dikatakan ia sebagai semata-mata hasil jasa Petronas.
Petronas hanyalah sebuah syarikat milik negara yang diberi amanah untuk mengeluarkan hasil minyak dan gas secara tunggal dari perairan negara dan antarabangsa.
Petronas diurustadbirkan secara profesional, namun ia dipertanggungjawabkan terus di bawah kuasa perdana menteri.
Apa pun, minyak dan gas di perairan negara dan yang dikongsi bersama beberapa negara jiran di perairan antarabangsa, adalah milik negara dan milik rakyat.
Justeru, segala hasil mahsul yang menghasilkan unjuran besar pendapatan Petronas adalah hak rakyat yang wajib diketahui rakyat.
Rakyat mahu mengetahui berapa jumlah sebenar yang diperolehi rakyat, berapa banyak royalti yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat, serta ke mana dan bagaimana ia diagihkan.
Namun sehingga kini tiada data jelas yang boleh diperolehi secara telus. Parlimen juga tidak dibentangkan akaunnya dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga tidak boleh mengauditnya.
Mengapa akaun Petronas disembunyikan, dilindungi daripada rakyat? Barangkali di sini bukan salah Petronas. Yang salahnya mengapa perdana menteri enggan membenarkan akaunnya diteliti secara telus.
Rakyat tidak mengetahui dengan jelas, di perairan negeri mana telaga minyak dan gas digali. Rakyat tidak diberitahu secara jelas dengan siapakah usaha pencarigalian itu dilakukan dan banyak mana minyak dan gas yang digali.
Jika Kelantan tidak menuntut hasil petroleum yang jelas digali dalam perairannya, nescaya tiada siapa yang tahu apakah isu sebenar yang berlaku.
Kerajaan negeri Kelantan, di bawah usaha exconya, Datuk Husam Musa berjaya melakukan pembongkaran yang mengejutkan.
Iaitu, hasil petroleum digali dari perairan Kelantan sejak 2004, tetapi hasilnya disembunyikan oleh Petronas yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.
Hasil royalti kepada Kelantan dianggarkan lebih RM1 bilion disembunyi dan didiamkan daripada Kelantan.
Mengapa mereka begitu jahat menyembunyikan hasil milik rakyat Kelantan? Di mana wang itu sekarang, dan ke mana ia dibelanjakan, akan tetap menjadi persoalan yang akan terus dibongkar.
Tidak dapat dinafikan, walaupun Petronas menjalankan urusniaga secara profesional, namun ia tetap tidak terlepas daripada diperalatkan oleh orang-orang politik, khususnya perdana menteri yang juga presiden Umno.
Sesiapa pun yang menjadi PM, boleh “mempunyai kecenderungan” untuk memanipulasikan Petronas, kerana agensi itu tertakluk sepenuhnya di bawah kuasa beliau.
Kemuncak manipulasi dan kejahatan yang paling besar dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, ketika PAS menerajui Terengganu (1999-2004).
Mahathir secara rakus menghukum rakyat Terengganu dan PAS dengan menarik balik royalti minyak selepas lebih 20 tahun dibayar kepada Terengganu secara tunai.
Royalti dibayar ketika Umno-BN menerajui kerajaan negeri, tetapi ditarik balik ketika PAS memegang tampuk kuasa.
Tindakan zalim ini tidak harus dimaafkan sama sekali. Hasil minyak bukan milik Umno-BN. Royalti minyak juga bukan duit milik Umno-BN.
Ia adalah milik rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat melalui kerajaan negeri yang sah dipilih pada setiap pilihan raya.
Hakikatnya Petronas bukan harta milik peribadi Umno-BN yang hendak dibidak sesuka hati mereka.
Justeru, kini rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Hasil yang digali Petronas menjadi bahan pertaruhan politik Umno-BN. Ia juga dijadikan bahan dendam politik terhadap PAS, dahulu di Terengganu dan kini di Kelantan.
Maka kita mengharapkan agar Petronas dan seluruh kakitangannya, supaya tidak menjadi alat politik Umno-BN, dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenar daripada rakyat.
Ingatkan hayat politik Umno-BN tidak lama. Mereka bakal ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN, menzalimi rakyat dari sudut politik dan ekonomi, akan menerima balasan yang setimpal.

RM 600,000 untuk Rosmah di Dubai : Bank Negara Lepas Tangan- Tian Chua



Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR, 17 Disember : Bank Negara dilihat lepas tangan dalam mengambil tindakan terhadap individu yang tidak dikenali yang bertanggungjwab menghantar wang sejumlah RM 600, 000 kepada Rosmah Mansor melalui pengurup wang ketika isteri Perdana Menteri itu berada di Dubai.
Hal ini dijelaskan Ahli Parlimen PKR, Tian Chua ketika dihubungi Erapakatan.com.
Menurut beliau, Bank Negara sudah mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Namun, orang yang benar-benar  bertanggungjawab langsung tidak diambil tindakan.
Bank Negara setakat ini hanya mengambil tindakan terhadap pengurup wang itu dan membiarkan pengirim wang tersebut lepas bebas. Bank Negara katanya telah mengambil tindakan terhadap 41 syarikat pengurup wang yang bertanggungjawab dan telah menarik kembali lesen perniagaan mereka.
“Kini kita sudah mendapat maklumat. Rosmah telah mengirim wang ke Dubai. Tujuan apa wang itu dihantar kita tidak pasti.  Ini merupakan satu skandal yang besar kerana ia melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri,” jelas Tian Chua.
Beliau dalam kenyataannya meminta tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Undang-undang katanya harus adil kepada semua pihak tidak kira samada dia orang kenamaan atau tidak.
Tian Chua sebelum ini sudah beberapa kali mencabar Bank Negara supaya mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang benar-benar  bertanggungjawab ini. Namun, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Bank Negara.
“Kita tak pasti samada Bank Negara tidak ambil tindakan kerana mereka ini orang kenamaan atau Bank Negara sendiri sebenarnya menghadapi tekanan dari mana-mana pihak,” jelas Tian Chua.
Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.
Terdahulu, Tian Chua mengadakan sidang media di Petaling Jaya bagi mendedahkan satu lagi skandal melibatkan isteri Perdana Menteri itu. Tian juga mendakwa bahawa terdapat dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Wang itu didakwa untuk membeli hartanah. Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah. Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, meminta pengurup wang itu menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram yang berlaku.

Perak Tubuh Seketeriat Wanita Pakatan Rakyat

Oleh Roziyah Mahamad 9 orang wakil wanita dari tiga parti gabungan Pakatan Rakyat bergambar bersama selepas penubuhan Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak.
PERAK, 17 Disember: Pakatan Rakyat (PR) Perak telah mengesahkan penubuhan Seketeriat Pakatan Rakyat bagi menguatkan gagasan PR di Perak. Penubuhan Sekretariat Wanita PR  ini juga diharapkan dapat meneruskan kesimbungan PR untuk memastikan kuasa yang dirampas oleh BN dikembalikan di Perak.
Hal ini dijelaskan Setiausaha Seketeriat PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam kenyataan media yang dihantar ke meja EraPakatan.com.
Majlis penubuhan seketeriat wanita ini telah dilangsungkan semalam kira-kira jam 8 malam bertempat di Pejabat Pakatan Rakyat Ipoh.
Menurut Khalil Idham dalam kenyataannya, hasrat penubuhan itu telah dicetuskan dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat Negeri yang lepas dan sebulat suara telah memberi kuasa dan mandate kepada beliau untuk menemukan dan menubuhkan Sekretariat itu.
Penubuhan ini dianggap sejarah baru dalam politik Perak. Turut hadir bagi menjayakan majlis itu ialah 3 wakil muslimat PAS iaitu Ketua Dewan Muslimah PAS (DMP) Negeri, Bariah Alang Sapri, Penolong SU DMP Negeri, Mazidah Ghani, dan Pengarah Pilihanraya DMP Negeri, Amizan Baharudin.
DAP pula katanya telah diwakili oleh ADUN Jalong, Leong Mee Meng, ADUN Mengelembu dan Lim Pek Her. Wanita yang mewakili PKR pula adalah SU Wanita PKR Negeri, Zuraidah Zakaria, Penolong Ketua Penerangan Wanita PKR negeri, Azlina Adnan dan Fatimah Ahmad.
“Selepas ini ketiga parti akan bermesyuarat dengan diwakili oleh 3 orang wakil bagi setiap parti dan siapakah wakilnya diserahkan kepada parti masing-masing menentukannya,” jelas Khalil Idham.
Terdahulu, PR Perak telah Berjaya menubuhkan Sekretariat Pemudanya dan pelancaran telah dilaksanakan pada 24 oktober lalu walau mendapat halangan yang ketat daripada pihak keselamatan.

Rakyat Wajib Bersatu Menentang GST – Sofi Wahab


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 17 Disember: Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.
Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST  ini.
“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi.
Beliau yang juga ADUN PAS Bukit Katil  pasti GST ini akan membebankan rakyat walaupun kerajaan telah membuat pelbagai janji manis. Kerajaan menabur janji yang rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini sekiranya ia dilaksanakan kelak.
“Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut,” jelas Sofi lagi.
Beliau sebagai berkata, sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal memberi alas an yang kukuh mengapa GST ini perlu dilaksanakan. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat  secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.
Kerajaan sebelum ini bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan. Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.
“Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat,” tegas Sofi.
Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat. Bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan Mac 2010.
Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.

Iktibar kekurangan Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat — Utusan Malaysia



DIS 17 — Gara-gara ketidakhadiran begitu ramai Ahli Parlimen kerajaan pada sesi meluluskan Bajet 2010 malam kelmarin, kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir kehilangan kuasa jika bajet itu tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Bayangkan implikasinya jika bajet itu gagal diluluskan. Kalau menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sekiranya bajet itu tidak diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.
Barangkali ramai Ahli Parlimen tidak sedar kepentingan sesi Dewan Rakyat pada malam itu yang menjalankan undian kelulusan peruntukan bajet untuk tahun hadapan.
Mereka menyangka ramai Ahli Parlimen parti pembangkang tidak hadir seperti lazimnya. Maka ramai kalangan Ahli Parlimen BN menghadiri majlis jemputan rasmi dan sebagainya.
Syukur cabaran paling getir kepada kerajaan itu berlalu dengan keputusan undi berpihak kepada BN. Itu pun dengan sokongan undi daripada Perdana Menteri dan timbalannya. Jumlah 71 Ahli Parlimen BN yang berada di luar kawasan Parlimen dan meninggalkan hanya 66 orang menimbulkan tanda tanya. Kenapa lebih separuh meninggalkan sesi undian sedangkan ia amat penting.
Apa pun, kita dapat lihat betapa komited Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergegas ke Dewan Rakyat pada malam itu untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dengan undian 66 undi menyokong berbanding 63 menolak.
Sesungguhnya, apa yang terjadi di Parlimen malam kelmarin patut diambil iktibar oleh semua Ahli Parlimen BN.
Mereka boleh dianggap berlaku tidak adil kepada Perdana Menteri yang berhempas pulas mencari formula terbaik untuk Bajet 2010, jika ia tidak diluluskan berikutan kalah dalam pengundian kerana ketidakhadiran ahli Parlimen BN sendiri.
Apa pun, kehadiran Perdana Menteri serta timbalannya pada saat genting malam kelmarin memberi mesej amat jelas kepada Ahli Parlimen BN tentang keseriusan menghadiri sidang terutamanya sesi pengundian sesuatu rang undang-undang.
Mereka harus ketepikan semua program rasmi atau peribadi, sebaliknya menumpukan kepada proses pengundian pada hari kelulusan sesuatu rang undang-undang.
BN tidak boleh sepanjang sidang bergantung pada “nasib baik”. Mereka jangan lupa soal maruah BN sebagai kerajaan yang memerintah negara ini.
Bayangkan jika Bajet 2010 gagal diluluskan. Apa akan jadi kepada kerajaan? Perbahasan bajet sejak dibentangkan Oktober lalu akan menjadi sia-sia. Lebih menyedihkan, urusan pentadbiran negara kita boleh terjejas kerana ketiadaan belanjawan.
Sebenarnya bukan satu atau dua kali tahap disiplin kehadiran Ahli Parlimen ditegur dan diperingatkan. Sejak zaman pimpinan perdana menteri yang lalu, masalah kekurangan bilangan ahli Parlimen menghadiri Sidang Dewan Rakyat sudah dikesan.
Mungkin insiden kelulusan Bajet 2010 ini diharap benar-benar membuka mata semua pihak.
Oleh itu, semua Ahli Parlimen BN perlu diingatkan bahawa kehadiran mereka di Dewan Rakyat bukan mengikut kehendak sesuka hati, sebaliknya mereka perlu ikhlas membawa mandat rakyat.

Ahli Parlimen BN wajar ambil pengajaran kes lulus Bajet 2010 — Berita Harian



DIS 17 — Bajet 2010 diluluskan di Dewan Rakyat dua hari lalu dalam suasana yang mencemaskan. Namun, kerajaan Barisan Nasional (BN) bernasib baik selepas menang dalam pengundian dengan majoriti tiga undi — 66 menyokong dan 63 menolak. Mereka yang menolak adalah daripada pembangkang.
Jika kerajaan tewas dalam undi belah bahagian itu, Bajet 2010 tidak akan lulus, sekali gus negara tidak mempunyai perbelanjaan tahun depan. Implikasinya wang yang diperuntukkan tidak boleh digunakan. Projek pembangunan tidak boleh dilaksanakan, gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar apatah lagi untuk kos operasi pentadbiran kerajaan. Itulah implikasi mengikut konvensyen demokrasi.
Lebih parah, kekalahan atau kegagalan meluluskan Rang Undang-Undang Fiskal, berdasarkan model tradisi Kerajaan Britain, yang turut diguna pakai di Malaysia sebagai anggota negara Komanwel, bererti usul undi tidak percaya. Pihak kerajaan, Ahli Parlimen BN dan penyokong mereka menyalahkan pembangkang yang dikatakan cuba mempergunakan Bajet 2010 itu bagi menggulingkan kerajaan BN.
Sebenarnya itulah kerja pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk menggugat kerajaan yang dipilih secara sah. Di mana 74 Ahli Parlimen BN yang tidak hadir di dalam dewan ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 itu untuk diluluskan. Dalam undian pada jam 11.15 malam itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergegas ke Parlimen selepas menghadiri satu majlis di ibu negara dan begitu juga Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kehadiran Ahli Parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang — 63 daripada 82 anggota. Walaupun sibuk dengan majlis rasmi lain atau temujanji yang mungkin juga tidak dapat dielakkan, susunan keutamaan kerja oleh Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri wajar dijadikan panduan.
Adalah menjadi tugas penting pembantu khas dan setiausaha sulit untuk memberitahu ketua masing-masing keutamaan yang wajib dihadiri melainkan ada perkara penting seperti kematian anggota keluarga terdekat yang tidak boleh dielakkan atau mempunyai tugas di luar negara. Jika Perdana Menteri dan timbalannya boleh hadir, tidak ada Ahli Parlimen lain boleh menghilang diri pada hari yang amat penting itu. Tidak perlulah menyalahkan pihak lain atas kesilapan sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak diduga berlaku, umpamanya, berlaku “miscommunication” berhubung waktu pengundian.
Namun, setiap anggota Parlimen tentunya sudah arif mengenai prosedur sidang dan bersiap sedia pada bila-bila masa. Itulah sebabnya waktu sidang dilanjutkan hingga tengah malam. Sikap mengambil ringan atau sengaja tidak mahu hadir dengan alasan pengundian pasti memihak kepada BN tidak semesti selalunya.
Sekarang, 74 Ahli Parlimen terpaksa menjawab persoalan di manakah mereka ketika pengundian dijalankan. Ini pengajaran berguna kepada BN. Kejadian kelulusan Bajet 2010 ini wajar dijadikan titik permulaan untuk setiap Ahli Parlimen BN supaya memberi perhatian lebih serius terhadap sidang Dewan Rakyat.

Bergolak di sebalik menang enam pilihan raya



KUALA LUMPUR, Dis 17 — Jika dilihat pada angka, barisan pakatan pembangkang menang 6-2, iaitu enam daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009.
Ia adalah bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan).
Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negri Sembilan.
Dari satu aspek, kemunculan pakatan pembangkang dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Barisan Nasional dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.
Matlamat jangka pendek adalah jelas iaitu untuk membentuk kerajaan baru, namun dalam jangka panjang, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam tidak boleh diterima DAP.
Tanggungjawab untuk membawa ketiga-tiga parti kepada pemuafakatan terletak di bahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha agar percanggahan matlamat antara Pas dan DAP tidak menggugat keutuhan pakatan tersebut.
Namun begitu, riak-riak pergolakan tetap berlaku. Suatu ketika Pengerusi DAP Karpal Singh mengancam supaya DAP menarik diri jika PAS masih mahu melaksanakan hukum Hudud dan qisas sekiranya gabungan itu berjaya mengambil alih pemerintahan negara.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula bertegas bahawa PAS juga boleh membuat kenyataan berbentuk ugutan kepada DAP dan PKR sekiranya mereka enggan menerima cara Islam yang dibawa oleh parti itu.
Dalam pada itu, parti yang menerajui pentadbiran di negeri masing-masing berdepan pelbagai isu yang menggugat kewibawaan mereka.
Antaranya di Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng berdepan dengan kemelut penduduk setinggan Kampung Buah Pala manakala Azizan di Kedah menghadapi isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sehingga wakil DAP Kedah/Perlis bertindak keluar dari gabungan di Kedah.
Di Selangor, kontroversi tercetus ekoran timbul isu moral berhubung exco kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong apabila gambar bogelnya tersiar di khalayak selain isu "kepala lembu" kerana bantahan penduduk terhadap cadangan memindahkan kuil.
Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga teruja oleh desakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya kedudukan Exco dari DAP Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melibatkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai bukan isu.
Di Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak sunyi daripada kontroversi terutama yang melibatkan menantunya yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tawaran menunai haji untuk beliau oleh sebuah syarikat swasta.
Lebih hangat lagi ialah apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin parti itu yang dikatakan merujuk kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Hasan.
Ini kerana Nik Abdul Aziz dikatakan tidak boleh menerima apa jua cadangan ke arah kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.
Di Sabah, PKR dilanda krisis kepimpinan berikutan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri oleh Anwar yang mendorong Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai naib presiden PKR.
Tetapi tamparan paling hebat bagi pakatan tersebut ialah apabila pakatan itu hilang kuasa di Perak ekoran tindakan tiga wakil rakyat iaitu dua daripada PKR dan satu dari DAP mengisytiharkan diri menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong BN pada Februari lepas.
Dalam kemelut itu, pemimpin mereka dianggap "menderhaka" dan biadap dalam tindak-tanduk mereka terutama kerana tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Ekoran itu, Karpal dengan marah menuduh Anwar tidak layak menjadi pemimpin bagi pakatan kerana mendakwa Anwar bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti.
Seterusnya kenyataan anggota Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad mengenai bai'ah atau sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika wakil rakyat mereka mengkhianati parti, juga mencetuskan kontroversi hebat.
Kontroversi yang berlarutan menimbulkan tanda tanya apakah laluan ke Putrajaya masih lagi jelas seperti dibayangkan Anwar awal tahun ini. Ketika ini Pakatan memiliki 82 kerusi Parlimen berbanding 137 BN dan tiga Bebas. — Bernama

Anwar Nafi Wujud Silap Faham Antara Parti Pakatan



KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud silap faham antara parti pakatan pembangkang berhubung isu pemilihan anggota majlis tempatan.
Menafikan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak bersetuju dengan isu berkenaan, beliau berkata mesyuarat selama tiga jam hari ini membincangkan butiran mengenai konvensyen parti pakatan yang akan diadakan di Shah Alam pada Ahad dan isu-isu perbincangan.
"Tidak betul (untuk menyatakan wujud silap faham antara parti pakatan). Saya tidak tahu bagaimana timbul dakwaan wujud jurang perbezaan pendapat yang besar antara kami.
"Contohnya pada hari ini, kami fokus kepada mukadimah dan isu pemilihan majlis tempatan merupakan perkara uang dibincangkan pada mesyuarat lepas," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal parti pakatan.
"Tetapi anda tahu kedudukan setiap parti, seperti Islam pastinya PAS mempunyai lebih kekuatan manakala pendidikan Cina, DAP pula memiliki kelebihan.
"Jadi, kami akan mencari satu formula supaya ia menjadi satu polisi yang jelas," katanya. BERNAMA