Selasa, 15 Disember 2009

Jawatankuasa Disiplin Tidak Boleh Bias

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, MSTAR dipetik.

Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.

"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.

"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.


"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor berhubung dakwaan terbabit.

Beliau sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Hassan dan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, Jawatankuasa Disiplin PAS akan bermesyuarat pada 23 Disember depan bagi meneliti mengenai dokumen-dokumen berhubung siasatan berkenaan.

"Saya sendiri dah tengok dokumen-dokumen berkenaan, tapi kami ahli jawatankuasa perlu duduk bersama untuk meneliti secara khusus.

"Lagipun saya baru pulang menunaikan haji di Mekah dan ahli-ahli lain juga ada yang ke luar negara... sebab itu siasatan ini tertangguh sebentar," katanya.

Tambah beliau, keputusan sama ada perlu memanggil Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain untuk memberikan penjelasan akan diputuskan pada mesyuarat berkenaan.

"Bergantung pada hasil mesyuarat kita nanti, kalau ada kes terhadap beliau, mungkin kita akan panggil untuk beri penjelasan," katanya.

Ulasan GB

Dato Tuan Ibrahim, selaku Pengerusi Lambaga Tatatertib (meskipun GB sehingga kini masih belum mendapat jawapan tentang pembentukan Lembaga tatatertib samada ia memenuhi kehendak Perlembagaan Parti seperti GB nyatakan di SINI) sepatutnya tidak mengeluarkan perkataan ini:

"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar,"

Sebab saya menyatakan ia tidak boleh di keluarkan, awal-awal lagi ia menunjukkan ciri bias. Kerana ianya boleh ditempelak, "tuduhan itu tak semestinya salah" dan dengan sendirinya kredibiliti dan integriti Lemabaga tatatertib boleh dipersoalkan lantarannya.

Senario yang hampir sama pernah berlaku semasa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), yang setelah menerima surat pengosongan DUN Changkat Jering dan Behrang mengeluarkan kenyataan berikut:

"Saya telah terima surat dari Speaker Perak, tetapi saya juga telah menerima surat bantahan dari ADUN-ADUN berkenaan".

Sedangkan surat-surat dari ADUN-ADUN berkenaan sepatutnya tidak dilayan kerana tiada peruntukan undang-undang untuk Pengerusi SPR berbuat demikian.

Hasilnya, keputusan tidak berpihak kepada kebenaran yang sepatutnya pilihanraya kecil diadakan, tetapi berpihak kepada konspirasi untuk mempastikan kedua-dua kerusi itu kekal kepada BN.

Jawapan yang hampir sama diberikan oleh Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) sewaktu ditanya mengenai kes rasuah bekas MB Selangor, Mohd Khir Toyo.

"Memang ada laporan tentang kes rasuah berkenaan, tetapi tiada ada bukti kukuh untuk mendakwanya".

Dan Mohd Khir Toyo bebas lepas.

Itu dua contoh "hakim" yang tidak berwibawa. Itu contoh "hakim" yang menyalahgunakan kuasa. Itu contoh "hakim" yang khianat dan durjana.

Seorang hakim tidak boleh berpihak. Seorang hakim perlu adil. Seorang hakim perlu menghukum dengan kebenaran dan keadilan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Hakim itu ada tiga macam, Satu di syurga dan dua di neraka:
1) Yang di syurga adalah hakim yang tahu kebenaran dn ia menghukum dengan kebenaran tersebut
2) Seorang lelaki yang tahu kebenaran tetapi ia menyimpang daripada kebenaran itu, maka ia ke neraka
3) Seorang lelali yang menghukum manusia tanpa ilmu, maka ia ke neraka.
(Abu Daqud, Tarmidhi, Ibn Majah)

Sebelum ini, GB menyatakan bahawa Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib perlu dilantik oleh Majlis Syura Ulamak.

Jika jawatankuasa yang ada tidak dilantik oleh Majlis Syura Ulamak, tetapi oleh Presiden dan sebagainya, dengan sendirinya ia terbatal dan tidak berkuatkuasa.

Majlis Syura Ulamak sepastinya mengetahui bahawa Jawatankuasa Disiplin yang hendak dilantik perlu mempunyai kriteria seseorang itu mempunyai 'ilmu (dan sebaik-baiknya ada pengalaman) di dalam bidang perundangan dan penghakiman bersuaian dengan hadith yang dinukilkan tadi.

Ini diperkuatkan dengan satu hadith yang lain:

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – (Bukhari)

Ketelitian pemilihan jawatankuasa disiplin atau tatatertib perlu diberikan perhatian serius oleh parti agar kebenaran dan keadilan itu benar-benar ditegakkan.

Saya dengan ini meminta supaya persoalan mengenai ahli jawatankuasa Lembaga Tatatertib disemak semula supaya melantik mereka yang benar-benar berkeahlian memegang jawatan itu sebelum PAS hancur binasa kerananya sesuai dengan amaran hadith kedua tadi.

Jangan termakan nasi ini........ !


Cuba anda perhatika tiga bulan kebelakangan ini, media barua UMNO samada akhbar maupun TV begitu rancak dan "meriah" mengadakan berita-berita keburukan tentang kerabat BN samada MCA, Gerakan, MIC dan PPP.


Apa tujuannya ?


Kini, berita pergaduhan sesama "kongsi gelap" MCA diperbesar-besarkan. Serentak itu berita PPP berebut jawatan Presiden diwar-warkan dengan hebat.Giliran GERAKAN akan menyusul pula. Selepas itu MIC pula akan di"godam" dengan isu kuku besi Samy Velu dan anaknya.


Tunggu masa sahaja.


Sekali lagi, apa tujuannya berita-berita keburukan kerabat BN ini diperbesarkan dalam media barua mereka sendiri?


Semuanya untuk menampakkan kepada rakyat bahawa hanya UMNO sahaja yang bersih dari perpecahan. Itu sahaja. Ini namanya projek "mensucikan dan mendewakan" UMNO.


Malangnya kaum kerabat UMNO ini semuanya semacam "makan nasi kangkang" UMNO. Semuanya macam "orang bodoh dalam kebingungan". Yes men dan taat kepada UMNO.


Lihat di sini, mengapa UMNO begitu berani bebaskan hukuman gantung keahlian Ketua Bukit Bendera? Mana suara MCA dan Gerakan ? Semua bisu kerana dah kenyang makan "nasi kangkang UMNO" !


Anda lihat serangan UMNO serentak keatas semua parti politik samada ahli kerabat maupun pembangkang. Sasaranya "di tembak" serentak. Semasa UMNO serang Nga Kor Ming atas isu dana masjid, mereka bebaskan Ketua Bukit Bendera dari penggantungan ahli.


Mereka serang MCA dalam bentuk serangan keatas PKFZ. Semua yang ditangkap bukan pimpinan besar UMNO. UMNO juga main peranan agar krisis MCA dilambat-lambatkan untuk di selesaikan supaya orang MCA kehilangan pengaruh keatas BN. Biar UMNO sahaja berkuasa penuh keatas BN.


UMNO sedang membuli dan menjajah semua kerabat BN menggunakan taktik penjajah dulu, pecah dan perintah. Malangnya semuanya masih khayal kerana " makan nasi kangkang UMNO".

Isteri Liow beri keterangan hadiah kereta kepada SPRM


PUTRAJAYA – Isteri Menteri Kesihatan, Datin Seri Lee Su Loo hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, untuki memberi keterangan berhubung dakwaan menerima hadiah hari jadai sebuah kereta mewah, Alphard berharga RM600,000.
Lee memberi keterangaan selama empat jam sebelum dilihat meninggalkan SPRM kira-kira jam 2 petang.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Namun sumber memberitahu, Lee disoal-siasat mengenai kereta Alphard yang menggunakan pendaftaran WSB 15.
Isu pemberian hadiah hari jadi ini timbul selepas persengketaan di antara Liow Tiong Lai yang juga naib presiden MCA dengan presiden MCA, Ong Tee Keat, beberapa hari selepas mesyuarat khas pada Oktober lalu.
Laporan mengenai artikel itu disiarkan dalam sebuah laman web pada 14 Oktober lalu menyebut Liow menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard berharga hampir RM600,000 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu.
Artikel itu menggambarkan pembelian kereta mewah itu dibiayai oleh sebuah syarikat pembinaan Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) yang selalu memenangi senarai tender kementerian tersebut dan didakwa membayar wang pendahuluan kereta itu lebih RM300,000 beserta bayaran ansuran RM5,000 setiap bulan kepada Bank Hong Leong.
Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut pada 18 Okt yang kemudiannya menyerahkannya kepada SPRM
Liow dan isteri menafikan sebarang salah laku terhadap pemberian hadiah itu.
Liow memberitahu dia menjual kereta Toyota Harrier untuk membeli kereta terpakai Toyota Alphard berkenaan.
Beliau mengugut untuk menyaman sesiapa yang cuba memfitnahnya dengan isu berkeaan dan menyifatkannya sebagai “serious character assassination.”
Bagaimanapun, beliau berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan SPRM demi membersihkan namanya.
Liow juga memberitahu, isterinya membeli kereta berkenaan menerusi seorang kawan.
Beliau mendakwa harga kereta itu hanya RM380,000 bukan hampir RM600,000 seperti yang tersiar dalam Internet.
Liow berkata, dia menjual kereta Harriernya pada harga RM130,000 dan bakinya dibayar menerusi pinjaman bank.

Haidar Bagir: Syurga Bukan Milik Mutlak Muslim!


Haidar BagirTak seperti kebanyakan agamawan yang kita kenal, Murtadha Muthahhari jelas amat berbeza. Falsafah Islam sudah tentu dalam tangannya. Tapi, Muthahhari juga memahami falsafah barat dengan cukup baik. Sebab itu, tak hairan, dalam buku-bukunya kita mudah menemukan kejernihan kritikan darinya. Ini sekaligus mengingatkan kita sesuatu sosok yang hampir-hampir tak dimiliki dari kalangan agamawan yang lain. Bersama Haidar Bagir, Pengarah Penerbit Mizan (Indonesia), AQIL FITHRI, yang kini melakukan penyelidikan mengenai Iran dan Indonesia dalam aktivisme intelektual setelah Revolusi Islam Iran (di bawah zamalah Cendekiawan Awam Asia (API) 2009/2010 tajaan Nippon Foundation), berkesempatan untuk mewawancaranya. Menerusi tesis-nya, Mystical Experience in the Epistemology of Mulla Shadra and its Comparison with Heidegger’s Idea about Thinking (Denken), Haidar Bagir ternyata antara segelintir ‘aktivis falsafah’ yang maseh cerdas berbicara mengenai Muthahhari.
Murtadha Muthahhari antara filsuf yang menarik. Tapi, sayang tak begitu dikenal. Apapun, terlepas dari semua itu, apakah falsafah-falsafah cemerlang dari Murtadha Muthahhari yang boleh kita belajar?
Kalau dibaca buku saya yang berjudul, “Muthahhari Sang Mujahid, Sang Mujtahid,” di situ ada huraian lengkap. Pada saya, Murtadha Muthahhari ini sebetulnya adalah gabungan antara pemikir dan aktivis gerakan. Memang tak dinafikan lagi Muthahhari adalah pemikir. Namun, sama ada secara kebetulan, atau pun benar-benar demikian., Muthahhari turut terlibat dalam gerakan. Seperti dalam buku kecil saya tersebut, diungkapkan bagaimana Muthahhari memang ingin mengerakkan perubahan sosial. Berbeza sifat sebagai seorang pemikir, mereka biasanya hanya menulis dan membiarkan saja. Sebaleknya Muthahhari tak begitu, malah merasakan penting untuknya melibatkan diri dalam gerakan perubahan di Iran. Di tambah lagi, Muthahhari melihat fikiran-fikiran barat, seperti materialisme, dalam tanggapan yang sungguh-sungguh. Justeru, bagi saya, karya-karya Muthahhari mempunyai dua ciri tulisan. Pertama, tulisan yang mencerminkan untuk orang awam, dan juga tulisan yang memang memaparkannya sebagai seorang filsuf. Buku-bukunya seperti, Maghalate falsafi, Osool -e Falsafa va ravesh -e- Realism, Sharh -e- Manzume, dll, itu semua termuat dalam bangunan kefalsafahan. Jadi, jelas Muthahhari itu ada dua sisi, pemikir dan ahli gerakan. Semua ini ditulis Muthahhari sama ada sepenuhnya untuk falsafah, atau pun untuk menjawab persoalan-persoalan zaman. Pada waktunya, Muthahhari melihat, Marxisme di satu sisi dan materialisme filosofis dari sisi lain. Baginya, Marxisme itu jelas adalah materialisme. Begitu juga kapitalisme. Maka, pada saya, kecemerlangan Muthahhari adalah kerananya mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang falsafah Islam. Lebih menarik, Muthahhari mampu menyajikan itu semua dengan cara yang mudah untuk difahami. Mudahnya itu bukan hanya terdapat pada buku-buku popularnya saja, bahkan pada tulisan-tulisan falsafahnya. Ketika saya di Harvard itu, saya membaca makalah Sayyed Hossein Nasr, tentang “principiality of existence.” Tapi, waktu itu saya tak memahami persoalan tersebut. Namun, bila saya membaca pandangan Muthahhari tentang permasalahan yang sama, maka tersingkap banyak kejernihan. Mungkin juga gaya penulisan Muthahhari cocok dengan gaya pemikiran saya. Jelas, Muthahhari tak kurang kedalamannya, apatah lagi, pandangannya mudah sekali. Kerana itu, Muthahhari pada batas-batas tertentu, pemikirannya sudah menjadi sintetik. Ini bermakna, pemikiran Muthahhari bukan semata-mata analitik lagi. Selain itu, Muthahhari turut membina spektrum pemikiran. Seperti yang kita tahu, Muthahhari itu adalah pengikut mazhab Mulla Sadra. Sebab itu, tak hairan, tempias pandangan-pandangan Sadra itu hadhir dalam karya-karya falsafahnya. Inilah kekayaan dan kecerdasan yang ada pada Muthahhari. Pernah Thaba’thaba’i berkata, “sewaktunya mengajar, bila nampak kehadhiran Muthahhari, terus hatinya menari-nari kegirangan.” Ini kerana, kata Thaba’thaba’i, “apa yang disampaikannya pasti akan terakam pada Muthahhari.” Hal yang sama juga dikatakan Imam Khomeini, yang sampai menyebut, “Muthahhari adalah buah hidupnya.” Walau bagaimanapun, filsuf di Iran itu jumlahnya ramai. Namun, di sebalek yang ramai-ramai itu, Muthahhari tetap punya kelebihan tersendiri, di mana falsafah Islamnya yang tak kalah dengan filsuf manapun di Iran, malahan di dunia Islam sekalipun. Yang tak ada pada kebanyakan filsuf lain, Muthahhari berkemampuan untuk menulis dengan bahasa-bahasa aktual, relevan dan lebih mudah difahami.
Tapi, sekarang bukankah ada Ayatollah Mohammad Taqi Misbah Yazdi yang terkenal dengan Amuzesh-e Falsafeh?
Memang, kalau ada yang menyebut pengganti Murtadha Muthahhari yang paling dekat, itu barangkali Ayatollah Mohammad Taqi Misbah Yazdi. Tapi, cubalah lihat tulisan Taqi Misbah Yazdi. Bukan saja dalam karya-karya falsafah, malahan tulisan-tulisan popular juga ditulisnya dalam bahasa yang sangat kering, yang sarat wacana-analitik. Sebaleknya, Muthahhari berbeza. Muthahhari itu menulis sangat dalam, tak kurang kefalsafahannya, namun pada saat yang sama mampu kita nikmati, serta mengerakkan. Kalau Taqi Misbah Yazdi itu satu nada saja. Memang dalam. Tapi, Muthahhari bukan saja dalam, namun tentunya mudah difahami, enak dibaca, dan mengerakkan. Itu saya kira itu kelebihan-kelebihan dari Muthahhari
Salah satu hal yang mengundang perhatian dewasa ini ialah tentang pluralisme. Apakah Murtadha Mutahhari ada menyinggung wacana pluralisme, khususnya hakikat perbuatan baik bukan-Islam?
Ya, sudah tentu ada. Satu penerbit iatiu IIMAN, mereka telah menerbitkan buku yang berjudul, “Apakah Mother Theresa Masuk Syurga?” Buku tersebut sebetulnya mengutip satu bahagian dari buku Adl-e- Elahi, karya terkenal Murtadha Muthahhari itu. Pada Muthahhari memang jelas, mana-mana bukan-Islam yang baik, yang ikhlas, yang sentiasa mencari kebenaran, itu sebenarnya dapat disebut sebagai “muslim fithri.” Dan, tentu sebagai muslim fithri ini, dia juga dapat masuk syurga juga. Ini memang jelas ditulis Muthahhari dalam Adl-e- Elahi tersebut. Saya juga mengupas soal ini dalam buku kecil itu, “Muthahhari Sang Mujahid, Sang Mujtahid.”
Anda sendiri bagaimana?
Sudah tentu itu pendirian saya juga—bahawa bukan-Islam boleh saja masuk syurga!
Tapi, apa hujah-hujahnya?
Pada fikiran saya begini. Kata kafir, atau kafara itu bermakna mereka yang menyembunyikan keyakinan, to cover up. Jadi, orang kafir itu bukannya bermakna orang bukan-muslim. Menurut saya, memang ada muslim, yang memang sah-sah saja kita tahu bukan-kafir, tapi ada juga muslim yang kafir. Buktinya? Ada muslim yang percaya pada Tuhan, tapi menjadi pencuri, melakukan rasuah, dll. Pada saya, itu adalah orang kafir! Atau, paling-paling tidak, pada saatnya mencuri, rasuah, dll itu, maka pada waktu itu mereka adalah kafir. Kalau kita lihat, ada hadith yang menyebutkan, “seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.” Jadi, setiap muslim yang berzina, muslim yang mencuri, itu adalah orang kafir. Sebaleknya, bukan-Islam yang baik, yang ikhlas, yang percaya bahawa agama Nasrani itu adalah agama yang benar, lalu beramal soleh, itu menurut saya bukan orang kafir. Sekali lagi, kalau dalam bahasa Muthahhari, mereka adalah “muslim fithri.” Saya maseh ingat, Muthahhari memberikan contoh mengenai Rene Descartes. Dalam Discourse on the Method, Descartes berkata, “pada satu saat dalam perjalanan hidupnya akan menemukan agama lain yang lebih baik,” kebetulan Descartes menyebutkannya seperti di Iran, “maka, saya akan meninggalkan agama sekarang dengan agama yang baru.” Jadi, apakah orang seperti Descartes ini dihukum kafir?
Bagaimana jika seseorang itu muslim, tapi yakin dan ikhlas bahawa ateisme itu ternyata baginya adalah lebih baik, lalu kemudian memilih ateisme? Apakah ada keamanan juga untuk orang seperti itu?
Sekali lagi, jika orang itu ikhlas, kemudian tetap berbuat baik, maka boleh jadi ateis itu pun akan masuk syurga, meskipun tentu saja saya menganggapnya keliru.
Jadi, dalam persoalan baik-buruk, apa neraca yang digunakan Muthahhari?
Muthahhari ini orangnya rasional, dan jelas imannya kuat pada agama Islam. Tapi, dalam waktu yang sama, seperti yang saya katakan, Muthahhari tak boleh menerima bahawa ada orang Nasrani, atau mereka dari agama-agama lainnya, yang semua mereka itu baik, beramal-soleh, lalu kemudiannya terus dihukum neraka oleh Tuhan. Muthahhari tak dapat menerima itu. Mithalnya saya ada teman di Amerika Syarikat. Pada saya, dia sangat baik, sentiasa menolong orang yang susah, tiba-tiba dia masuk neraka. Saya kira, itu bukan sifat dari Tuhan yang kita percayai. Sebenarnya semua ini adalah common sense saja. Kalau mahu lihat dalilnya, dalam al-Qur’an jelas sekali. Mithalnya, “ laqad kafaral lazina kalu innallaha thalithu thalathah…”, iaitu, “sudah kafir bagi mereka yang berkata bahawa Tuhan itu satu dari tiga (trinity).” Dari ayat tersebut, saya boleh menafsirkan dari pelbagai sudut. Itu boleh ditafsirkan sebagai Paul dan mereka-mereka yang membuat bida’ah yang menyimpang dari ajaran Isa yang sejati. Tapi, bagi mereka yang tak mengikuti Pauline Christianity ,dan mereka-mereka yang membuat bida’ah, seperti itu tak boleh dikatakan kafir. Tuhan juga pernah berfirman, bukankah mereka yang paling dekat dengan kamu (Muhammad) itu, adalah para pendeta Nasrani. Malahan, pernah Rasulullah menyatakan seorang musyrik masuk syorga kerana budi-budi baiknya. Belum lagi ayat al-Qur’an yang menjamin keselamatan orang-orang Nashara, Yahudi, dan Shabi’in, asal saja mereka beriman dan beramal baik. Jadi, meski orang lain boleh memiliki penafsiran berbeza, kita sebenarnya tak kekurangan dalil.
Justeru, adakah ini membuktikan bahawa mana-mana agama pun adalah benar?
Bukan begitu. Keyakinan saya, sebenarnya sirat al-mustaqeem itu benar-benar agama Islam. Kalau dalam bahasa matematik, jarak terpendek antara dua titik, itu adalah Islam. Justeru, pada saya, tetap Islam itu benar. Saat saya bilang orang Nasrani yang ikhlas itu masuk syurga, saya tak menyatakan bahawa agama Nasrani itu benar. Agama Nasrani pada saya tetap menyimpang, tetap keliru, tetap salah. (Sebagaimana orang bukan-Islam menganggap Islam itu salah). Namun, dalam persoalan judgement, itu adalah persoalan lain. Maka, di sini kita harus bezakan dua aspek dari pluralisme. Satu aspek, pluralisme itu boleh diertikan sebagai semua agama adalah sama benar. Tapi, dalam aspek lain, saya boleh mengatakan bahawa semua orang boleh selamat dengan keikhlasan dan keyakinannya. Walau bagaimanapun, saya tak sesekali menyatakan bahawa semua agama itu adalah benar. Ini jelas. Maka, harus dibezakan antara kebenaran agama, dan keselamatan pemeluk agama.
Menariknya, di sini bukan saja melibatkan persoalan etika–baik-buruk– tapi turut melibatkan persoalan epistemologi, iaitu bagaimana seseorang memperoleh pengetahuan. Bila berbicara soal epistemologi, biasanya falsafah barat mendukung dua sisi, iaitu emperisme dan rasionalisme. Namun, Islam pula menambah satu lagi, iaitu intuisi, atau bahasa lain, fu’ad/qalbu. Inilah yang dinamakan sebagai epistemologi sukmani. Persoalan di sini, bagaimana tazkiyatun nafs dapat memberi pengetahuan baru? Apakah mekanisme-nya?
Nah, nanti akan terbit buku saya yang berjudul, “Mengungkap Yang Tak Terungkap.” Itu sebenarnya dari hasil disertasi doktoral saya. Dalam buku tersebut, saya menjelaskan pengalaman tasawwuf sebagai ilm hudhuri.
Barangkali anda dapat kongsi sedikit mengenai kandungan buku tersebut?
Jadi, buku ini merupakan penjelasan falsafah mengenai tasawwuf—bagaimana ada hujah bahawa kita tak boleh menolak ada pengalaman ruhani sebegitu. Namun, hal ini dapat dijelaskan menerusi al-ilm al-hudhuri. Maknanya, kita harus ada cara pandangan lain. Seperti kita tahu, ilmu hudhuri (presential knowledge) itu adalah pengetahuan yang berbeza dengan al-ilm al-husuli (knowledge by acquisition). Dalam analisis lebih jauh, setiap pemikiran, meskipun itu adalah al-ilm al-husuli, haruslah melibatkan suatu ilmu lain yang bersifat presential. Tanpa itu, tak ada pengetahuan yang dapat diperoleh. Buku saya itu juga menunjukkan bahawa pengalaman mistik itu adalah suatu instance dalam ilmu hudhuri.
Sebenarnya, apakah anda melihat dalam idea-idea Murtadha Muthahhari juga terdapat persoalan-persoalan falsafah tabii (natural philosophy), seperti masa, ruang, gerakan, dll?
Saya tak ingat ada sesuatu yang berbeza dari Mulla Sadra tentang falsafah tabii ini. Pada Mulla Sadra, gerakan tak hanya terbatas pada beberapa kategori Aristotelian yang biasa, melainkan juga terjadi pada arasy substans, iaitu harakah al-jawhariah. Murtadha Muthahhari menerapkan konsep-konsep tersebut dalam ragam tema, seperti manusia, alam, dll, meksipun dasarnya adalah harakah al-jawhariah juga.
Baiklah, barangkali soalan terakhir, apakah falsafah Murtadha Muthahhari maseh lagi penting untuk menghadapi zaman yang kental pluralisme, liberalisme, dan sebagainya ini?
Tentu sangat relevan lagi. Tentang pluralisme, kita sudah lihat konsepnya pada perbuatan baik bukan-Islam. Tentang liberalisme, pada batas-batas tertentu, Murtadha Muthahhari itu adalah liberal. Pernah dalam satu ceramahnya di Qom, Muthahhari menganjurkan supaya di Qom itu diajarkan Marxisme. Malah, sebaiknya tegas Muthahhari lagi, mestilah yang mengajar tersebut adalah yang benar-benar yakin pada Marxisme. Ini kerana, Muthahhari tak mahu kuliah tersebut diajar oleh muslim yang tak percaya pada Marxisme, kerana nanti akan berlaku kesendengan (bias). Nanti, setelah itu, baru tiba giliran kita untuk melakukan kritikan-langsung. Justeru, Muthahhari pada batas-batas tertentu, memang liberal. Walau bagaimanapun, liberalnya itu bukan dalam erti liberalisme utuh yang difahami Barat. Meskipun demikian, Muthahhari sentiasa percaya pada pertukaran pendapat tanpa batas. Bahkan, Muthahhari juga tak percaya pada pelarangan-pelarangan (censorships), dll. Sebab itu, saya kira pemikiran Muthahhari sangat relevan lagi.

Konvensyen Blogger PAS: Jangan Lahirkan Batang-Batang Pisang



Konvensyen Blogger PAS yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini tidak sepatutnya disasarkan untuk melahirkan “batang-batang pisang” dalam menghadapi serangan todak.

Dalam kesah “Temasek/Singapura Dilanggar Todak”, arakian maka dikesahkan Singapura telah dilanggar todak. Pada mulanya, Sultan telah memerintahkan para pahlawan menggunakan betis untuk menahan serangan todak. Namun taktik tu gagal kerana todak yang menyerang tidak semestinya menusuk betis asykar2 tersebut.

Maka, datanglah seorang budak memberi idea bahawa barangkali patut disusun batang pisang dan dibiar todak menusuk batang pisang tersebut. Maka, dibinalah tembok batang pisang dan akhirnya todak-todak yang menyerang tersangkut di batang-batang pisang dan dibunuh. Maka, selesailah masaalah serangan todak tersebut.

Arakian, budak yang memberi idea tersebut, maka Raja merasakan bahawa budak tersebut tersangatlah pandai dan akan mampu menjatuhkan Raja dari takhta satu masa nanti. Maka, diarahkan supaya budak tersebut dibunuh.

RIntihan Greenboc Sama-Sama Kita Alami


Saya antara yang mula2 menghantar nama saya sewaktu ura-ura mengadakan Konvensyen ini dahulu. Sila rujuk email saya pada penerangan di bawah:

“Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 9:08:49 AM
From: Abdul Rahman Abdul Talib
...
View Contact
To: penerangan.paspusat@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum,

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 memohon untuk menghadiri seminar konvensyen blogger PAS

Terima Kasih

Tulang Besi”


Seterusnya saya dapat respon dari Penerangan PAS Pusat:

“Re: Permintaan Untuk Menghadziri Konvensyen Blogger PAS
...
Sat, November 7, 2009 7:02:43 PM
From: Lajnah Penerangan Pas Pusat
...
View Contact
To: Abdul Rahman Abdul Talib
________________________________________
telah didaftarkn. “


Tapi sampai hari ni saya menunggu surat jemputan yang tidak kunjung sampai.

Benarlah kata saudara Greenboc, memang majlis konvensyen blogger ini untuk mem “BTN” kan bloggers.

Bagi saya pula, ianya adalah untuk melahirkan “batang-batang pisang” semata2 untuk melindungi pemimpin-pemimpin PAS yang telah berbohong dan kemaruk nak duduk dalam kelambu dengan UMNO.

Tuan Ibrahim Marah Pada Blogger, tapi Tak Marah Perjumpaan Dalam Gelap dan Pembohongan Pimpinan

Saya dah nampak lama dah trend Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau hanya bercakap apabila ada isu-isu yang menguntungkan geng Perpaduang. MAsa artikel Dr. Dzul yang menyentuh Perpaduan keluar dalam Harakah, beliau antara yang lantang memarahi mereka yang menyentuh isu tersebut. Padahal, artikel Dr Dzul tiada kena mengena dengan isu Kerajaang Perpaduang. Dr. Dzul cuma mahu membetulkan pemahaman konsep wala’ dalam parti.

Kita semua tahu, konsep wala’ dijaja dalam parti atas bawah untuk memaksa Ahli menerima gagasan Kerajaang Perpaduang yang sebenarnya alasan yang digunakan untuk berselingkuh dengan UMNO.

Tiba2 apabila pemimpin2 pro UMNO mula komplen pasal bloggers, Dato Tuan Ibrahim yang pertama sekali keluar bersilat menyerang para blogger. Macam-macam alasan yang digunakan tetapi dalam tidak sedar, beliau telah memburukkan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Yang hairannya sewaktu pemimpin2 PAS berjumpa dengan UMNO dalam gelap, kemudiannya berbohong berkaitan perjumpaan tersebut, kita tak dengar apa2 suara dari Dato Tuan Ibrahim?

Malahan, dari kawan2 di Mesir, mereka memberitahu bahwa Tuan Ibrahim memberitahu kepada mereka perjumpaan dalam gelap itu disokong oleh Majlis Syura Ulama. Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. (Tapi, yang ni saya cuma dapat dari cakap mulut beberapa kenalan di Mesir. Saya tidak mendengar sendiri.)

Sekarang ni, Tuan Ibrahim akan menjadi pembentang kertas kerja. Tokoh yang secara terbuka menghemtam bloggers (termasuklah bloggers itu adalah Tok Guru Nik Aziz) akan membentang kertas kerja berkaitan blog. (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/kenapa-tuan-ibrahim-menghentam-tok-guru.html)

Semua ini tak lebih sessi basuh otak dan sebar auta seperti biasa. Last2 nanti, mesti sebut pasal wala’. Saya tak heranlah pembentang kertas kerja terakhir adalah Ustaz Nasaruddin Tantawi. Tajuknya, adalah “"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah".

Tapi, bukankah Ustaz Nasaruddin pernah menuduh Dr Aziz Bari sebagai agen UMNO? Bukankah itu satu bentuk fitnah juga? Orang yang pernah mengeluarkan fitnah, mahu membentang kertas kerja menghalang orang dari menyebar fitnah.

Hairan hairan.

Akhir sekali, ingatlah, kita di dalam PAS telah dilatih untuk berkata kebenaran sekalipun kebenaran itu pahit. Jangan lah kerana ada orang yang tidak senang duduk atas pendedahan2 kita, maka kita mahu berkompromi prinsip kita.

Bloggers semuanya wala’ hanya kepada Allah dan Rasul. Yang lain2 tu, kalau mereka menyeleweng, maka wajib kita menegur sebagaimana ada sahabat yang mahu menegur Saidina Umar dengan pedang.

Tulang Besi

Pemuda PAS temui menantu Nik Aziz minggu depan



Oleh G Manimaran dan Mohd Zuharman
PETALING JAYA, Dis 15 — Dewan Pemuda PAS pusat akan mengadakan pertemuan dengan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu kedudukan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
“Saya sudah bertemu dengan beliau di Kota Baru semalam secara tidak rasmi, minum kopi dengan beliau dan telah menyatakan pandangan kami untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan situasi beliau.
“Saudara Ariffahmi akan menyatakan tarikh pertemuan dengan kami, kemungkinan minggu depan,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kepada The Malaysian Insider hari ini. Kata beliau, pertemuan itu akan diadakan di ibu negara.
Selain itu kata Nasrudin, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kedudukan Ariffahmi.
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa isu peletakan jawatan Ariffahmi sebagai CEO PMBK akan diserahkan kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut itu.
Nasrudin ketika mengulas lanjut memberitahu Dewan Pemuda PAS menerima kenyataan itu dan menganggap pendirian Hadi sebagai satu tindakan rasional.
“Sebab ia melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Lagipun difahamkan setakat ini proses itu (peletakan jawatan Ariffahmi) berjalan dengan baik,” katanya.
Isu Ariffahmi tercetus kembali apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan PMBK hanya pada Mac depan.
Ketika menjawab soalan bahawa orang lain tidak berhak campur tangan dalam perkara ini, beliau berkata PAS sentiasa akur kepada kenyataan presidennya dan berharap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.
Beliau percaya Nik Aziz berupaya menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.
“Kita yakin, kemampuannya mentadbir Kelantan selama hampir 20 tahun, takkan tidak mampu untuk atasi masalah ini,” katanya.
Baru-baru ini Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera bagi mereda kemelut sedang berkisar dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.
Sementara itu rakan sejawatan Mahfuz yang juga selaku Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu bahawa isu Ariffahmi atau PMBK tidak disentuh langsung dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa pusat Ahad lalu.
“Jadi kita harap ia tidak akan dipersepsikan sebagai satu isu,” katanya.
Ariffahmi akur kepada arahan bapa mentuanya supaya melepaskan jawatan selepas menerima nasihat pimpinan PAS pusat demi menjaga nama baik Islam dan kepimpinan PAS.

KPI Najib teruji lagi, Anwar tercicir peluang — G Manimaran




DIS 15 — Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”
“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.
Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.
Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.
Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.
Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.
Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.
Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.
Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.
Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.
Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.
Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.
Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.
Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.
Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.
PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.
Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.
Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.
BN terselamat manakala PR keciciran peluang.
Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.
Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.
Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.
Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.
Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.
Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.
Malah itu juga masalah di sebelah BN.
Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.
Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?
Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.
Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.
Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.
Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.
Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini?

mStar Online : Keputusan Permohonan Anwar Diketahui 5 Januari Ini

mStar Online : Keputusan Permohonan Anwar Diketahui 5 Januari Ini

MACC stays mum on Bala offer

ba SHAH ALAM: The Malaysian Anti-Corruption Commission is refusing to confirm whether it is accepting lawyer Americk Sidhu’s offer to present private eye P. Balasubramaniam for an interview outside Malaysia.
“I cannot make any comments on this matter,” MACC officer Abdul Rahman Bachok said when contacted by weekly newspaper Suara Keadilan. “You will have to ask the Investigations Director. Only he can give comments.”
However, the Investigations Director, Mohd Shukri Abdull, could not be contacted.
Abdul Rahman Bachok is the officer to whom Sidhu addressed his email last Dec 4 and again on Dec 10, saying he could secure Bala’s cooperation in the MACC’s investigation into allegations that people close to the Prime Minister and his wife were involved in blackmail and bribery in efforts to cover up allegations that the PM and murdered Mongolian beauty Altantuya Shaaribu knew each other. The allegations came from Bala in a recorded interview with three prominent lawyers, including Sidhu. Videos of the interview have been posted on YouTube.
Abdul Rahman telephoned Sidhu on Dec 8 to confirm that he was the one who sent the email. Apart from that communication, however, Sidhu has not received any word from either Abdul Rahman or anyone else at the MACC, fugitive blogger Raja Petra Kamarudin has reported.
Raja Petra–popularly known as RPK—suggests that the MACC is hoping that Bala is not contactable so it can close the file and declare that it is not able to proceed any further in the investigation.
On Dec 2, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth chief Shamsul Iskandar Mohamad Akin lodged a report with the MACC over Bala’s allegations. The agency asked him to help it locate Bala.
Shamsul said today he received a copy of  Sidhu’s e-mail to the MACC and he would be contacting the agency to find out what action it had taken.
As an informant, he said, he would also be asking whether all the parties named in Bala’s interview had been called in for questioning.
“Let’s give the MACC till next week,” he added.

Jawatankuasa Dewan Rakyat siasat aduan Wee



KUALA LUMPUR, 15 Dis — Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tanpa bahas untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berhubung satu perbuatan menghina majlis yang didakwa berlaku di lobi Parlimen pada 7 Dis lepas.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas majoriti anggota Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu tidak dibahas.
Pada 8 Dis lepas, Wee mendakwa dimarahi Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah selepas beliau mendedahkan campurtangan Shafie dalam urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat.
Melalui usul itu, Mohamed Nazri mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuh bagi membolehkan tindakan yang sesuai diambil berhubung perkara itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Beliau berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 80A, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, majlis telah mengambil ketetapan untuk menubuhkan
jawatankuasa berkenaan.
Mohamed Nazri turut mencadangkan agar jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Pandikar Amin dan Datuk Ronald Kiandee sebagai timbalannya.
Selain itu, enam nama lain dicadangkan sebagai anggota jawatankuasa berkenaan iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat). — Bernama

Kesediaan Bala: SPRM didesak pro-aktif

sprm-magnifyingSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak bertindak pro-aktif terhadap kesediaan P Balasubramaniam memberi keterangan mengenai pembabitan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan kaum kerabatnya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Mengulas mengenai pembabitan Najib dalam hal ini, Ketua Lujnah Undang-Undang PAS, Hanifa Maidin berkata, “jika SPRM ingin memulihkan imejnya dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kredibilitinya maka inilah masanya untuk bertindak segera.”

Hanifa yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerangkan,”jika sesuatu kes itu melibatkan pemimpin PR, belum ada aduan, baru keluar dalam website, SPRM terus melakukan siasatan sepertimana siasatan dilakukan terhadap menantu menteri besar Kelantan, Mohd Ariffahmi.
“Tetapi apabila melibatkan pemimpin tertinggi negara, walaupun ada bukti dan saksi yang sanggup memberi keterangan, SPRM masih berdiam diri,” jelas beliau.
Bala menyatakan kesanggupannya untuk memberi kerjasama kepada SPRM melalui surat  yang dikirimkan oleh peguam Bala, Americk Singh, dialamatkan kepada pegawai penyiasat badan berkenaan, Abdul Rahman Bachok pada awal bulan ini.
Akhbar mingguan, Suara Keadilan dalam keluaran terbaru (15 – 22 Disember 2009) mendedahkan bahawa pengakuan Bala itu akan menjurus kepada hubungan antara Najib dengan Altantuya dan ugutan yang dikatakan dibuat oleh adik perdana menteri, Nazim, untuk
menafikan sebarang pengetahuan mengenai hubungan itu.
Bala juga bersedia memberi keterangan mengenai pembabitan Deepak Jaikishan, seorang pengusaha permaidani yang dikaitkan dengn isteri Najib, Rosmah Mansor.
Deepak dikatakan telah menawar sogokan berjumlah RM5 juta kepada Bala untuk membuat pengakuan bersumpah untuk menafikan hubungan antara Najib-Altantuya.
Suara Keadilan memperolehi salinan surat yang dihantar oleh Americk kepada SPRM.  Bala berlindung di luar negara sejak Julai tahun lalu.

Siasat & ambil tindakan displin terhadap 5 MP PAS yang tidak hadir malam tadi. ISA SAMAD !!!

oleh ali Bagan Utama
Salam satu Parlimen. Setelah membaca laporan di sini dan di sini, tidak dapat kita sangka masih ada lagi ahli Parlimen PAS yang tidak berdisplin. Bajet 2010 yang diluluskan malam tadi adalah bajet paling mangkuk !!! Macam mana 5 ahli Parlimen PAS boleh tidak hadir sedangkan bajet ini akan menjadikan kehidupan rakyat seperti neraka untuk tahun hadapan. Ini belum cerita GST lagi ni bai.

5 ahli Parlimen ini dengan sengaja menjadikan kehidupan rakyat sengsara pada tahun depan. Mereka berlima telah dengan sengaja mempersia-siakan amanah rakyat Malaysia yang diberikan kepada mereka. Mereka berlima tidak langsung menghargai undi rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat mereka berlima. Sebagai ketua kepada JawatanKuasa Displin Parti, Tuan Ibrahim Tuan Man harus lekas selesaikan pekara ini disamping kes Hasan Ali yang sengaja cuba di'cover up' oleh beliau. Tuan Ibrahim Tuan Man, anda mesti siasat mereka berlima dan dapatkan hujah apa sebab mereka tidak hadir pada malam tadi untuk sesi pengundian undi belah bagi untuk usul Bajet 2010.

Mereka berlima telah berjaya menjadikan hidup rakyat sengsara pada tahun 2010. Mereka berlima sebenarnya adalah pewira-pewira Najib dan juga para penyokong BN. Berikut adalah wajah-wajah 5 ekor mangkuk yang berjaya menabur pasir dalam periuk nasi rakyat pada tahun 2010 nanti.

Dr.Mujahid Yusuf Rawa
P057, Parit Buntar

Dr.Che Rosli Che Mat
P101, Hulu Langat

Dr.Hatta Ramli
P031, Kuala Krai

Taib Azamudden
P016, Baling

Mahfuz Omar
P008, Pokok Sena

Jika mereka berlima tidak mempunyai alasan yang munsabah, JawatanKuasa Displin Parti PAS wajib menghukum mereka dengan diambil tindakan tatatertib sebagai pengajaran bahawa amanah yang diberikan rakyat adalah besar dan bukan pekara-pekara main-main.

*Sumber gambar dari laman web Parlimen Malaysia.

Adakah Hukuman Ini Zalim..????

Penduduk lihat hukuman rejam


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.
Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.
"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.
"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

Rosmah tidak risau dilontar tuduhan liar


Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata, sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

“Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di Singapura hari ini apabila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata apabila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat apabila pilihan raya semakin hampir.

Rosmah berada di Singapura untuk menghadiri Forum Pemimpin Wanita Asean dan beliau menyampaikan ucaptama mengenai kepimpinan wanita dalam era baru. BERNAMA

Kos Operasi Dua Kapal Selam RM290 Juta Setahun



KUALA LUMPUR: Kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR Wangsa Maju) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.
Dr Ahmad Zahid berkata, penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.
"Pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada 'capability based' yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi pada masa hadapan," katanya.
Menurut beliau, keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan musuh malah mereka akan lebih berhatihati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara ini.
Beliau berkata, kehadiran kapal selam yang canggih dalam inventori negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut.
"Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa," katanya.
Sementara itu, berhubung dengan petunjuk prestasi utama (KPI) TLDM, Dr Ahmad Zahid berkata untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut. - BERNAMA

Tuan Ibrahim: Beri Kami Ruang Siasat Hassan Ali




PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Beliau meminta agar pihaknya diberikan masa untuk membuat penelitian dengan terperinci berhubung perkara berkenaan.
"Saya harap jangan ada pihak yang buat apa-apa andaian lagi, bagilah kami ruang untuk teliti perkara ini dengan lebih mendalam.
"Jangan buat spekulasi berhubung siapa yang salah atau siapa yang betul, kita perlu buktikan dahulu dengan fakta.
"Memang ada tuduhan, tapi tuduhan itu tak semestinya benar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor berhubung dakwaan terbabit.
Beliau sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Hassan dan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, Jawatankuasa Disiplin PAS akan bermesyuarat pada 23 Disember depan bagi meneliti mengenai dokumen-dokumen berhubung siasatan berkenaan.
"Saya sendiri dah tengok dokumen-dokumen berkenaan, tapi kami ahli jawatankuasa perlu duduk bersama untuk meneliti secara khusus.
"Lagipun saya baru pulang menunaikan haji di Mekah dan ahli-ahli lain juga ada yang ke luar negara... sebab itu siasatan ini tertangguh sebentar," katanya.
Tambah beliau, keputusan sama ada perlu memanggil Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain untuk memberikan penjelasan akan diputuskan pada mesyuarat berkenaan.
"Bergantung pada hasil mesyuarat kita nanti, kalau ada kes terhadap beliau, mungkin kita akan panggil untuk beri penjelasan," katanya.

Bahana Politik Ciptaan BN : Sekolah di Perak bakal diheret sama

Oleh Roziyah Mahamad

PERAK, 15 DISEMBER: Kerajaan Negeri Perak diminta tidak mengheret  Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA)  dan Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dalam kemelut politik yang dicipta mereka sendiri.
Hal ini disuarakan Naib Ketua, Dewan Pemuda Pas Perak (DPPN Pk), Salman Haji Saleh dalam kenyataan medianya.
Salman dalam kenyataan medianya mendesak supaya SERATA dan SIS yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah SABK.
“DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan.
DPPN Pk juga meminta semua Badan Bukan Kerajaan Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut,” jelas Salman.
Salman yang mewakili DPPN Pk juga meminta agar Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah campur tangan supaya usaha Kerajaan Negeri ini tidak terlaksana.
DPPN Pk juga katanya, akan mengutus surat rasmi kepada Raja Dr Nazrin Shah yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Perak  memohon perkenan agarRaja Dr Nazrin Shah membantu dalam usaha menyelamatkan sekolah tersebut dari dikuburkan kerajaan Negeri.
“DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak menggadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri seharusnya bangga dengan kemerlangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak sendiri,” tegas Salman.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk menyerahkan sekolah SERATA dan SIS kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Kerajaan (SABK).

PAS tetap pertahan agenda hudud, negara Islam


PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud kerana ia sebahagian tuntutan agama, tegas menteri besar Kelantan.

"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.

"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga mursyidul am PAS, ketika diwawancara Malaysiakini Khamis lalu.

Beliau diminta mengulas pendirian PAS berhubung cita-cita besar parti itu apabila ia secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apabila gabungan didaftarkan.

PAS dan DAP sering bergeser berhubung isu negara Islam dan hudud sehingga memaksa DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu berpayung bawah Pakatan Rakyat bersama PKR selepas kemenangan besar mereka pada pilihan raya umum 2008.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz bagaimanapun positif bahawa perbincangan berterusan berhubung perkara itu antara tiga parti utama tersebut boleh menjernihkan keadaan.

"Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah.

"Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain," katanya.

Diminta mengulas sikap beberapa pemimpin kanan DAP yang agak lantang dengan dua agenda PAS tersebut, seperti pengerusi DAP Karparl Singh, Nik Aziz secara sinis berkata:

"Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

"Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama."


Berikut petikan wawancara berhubung isu tersebut:

Hubungan dalam parti-parti Pakatan, selalu muncul isu hudud, kerajaan Islam. Setakat mana PAS sebagai parti yang perjuangkan Islam boleh berkompromi dalam perkara ini, yang selalu menyebabkan perselisihan faham dengan DAP?

Mana ada manusia boleh hidup senang dari muda sampai ke tua. Kadang-kadang kena kudis, doktor pun berkudis juga. Jadi, lumrah alam dan dunia memang begitu. Ada syaitan-malaikat, baik-jahat, syurga-neraka.

Tidak usahlah perkara ini. Hendak sebut, (sila) sebut. Tetapi kena dengar jawapan (kami). Kalau kamu seorang sebut, (tetapi) tidak hendak dengar jawapan, mana boleh.

Islam sebut, bawa mari hujah (kamu). Awak tidak faham, (awak) boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab (dengan) hujah. Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain.

Cumanya, kita masih berpegang dan tidak akan berkompromi dengan idea negara Islam, dengan hudud?

Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat. Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja. Sembahyang pun kalau tidak betul cara ibadatnya, ditolak Allah.

Bagi kami (sebagai) pejuang Islam, semua kerja itu ibadat. Hatta ceramah pun ibadat. Orang hendak bagi duit minyak, bagi. Tidak beri, maka cicah roti denga budu. Biasalah dalam PAS ini, kerana kami dapat pahala.

Orang tolak Islam dapat pahala apa? Kita doa, itu (juga) ibadat. Orang Umno berdoa juga, doa dengan allah, Allah mana hendak terima (doa, sebab) kamu tolak Islam.

Bagaimana hasrat ini hendak jadi kenyataan sebab dalam DAP misalnya, orang mudanya agak OK tetapi orang lama macam pengerusinya Karpal Singh itu nampak keras sikit.

Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.

Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama.

Apa boleh buat? Nabi Muhammad dulu, bapa saudaranya Abu Talib membela baginda, tetapi dia tidak turut Islam. Apa boleh buat?

(Membaca hadis) Nabi kata, baginda ajar bapa saudaranya mengucap (dua kali syahadah), tetapi dia (Abu Talib) kata: 'kalau aku mengucap, aku malu.'

Malu (sebab) bapa saudara turut (ajaran) anak saudara. Biasanya anak saudara yang ikut bapa saudara. (Abu Talib kata,) 'tidak mengapalah, biar aku masuk neraka daripada tanggung malu.' Ada juga orang sebut macam itu.

Habis itu, kita akan terus beri nasihat? Berbincang?

Ya, nasihat, sebut, bincang. Saya suka sangat kalau orang tanya saya. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Tidak boleh jawab, saya kata tanya orang lainlah, saya tidak berapa faham.

Pemaju jawab tuduhan Pemuda PAS



Tapak masjid di kawasan perumahan mewah Desa Sri Hartamas, telah ditenderkan untuk pembinaan bangunan komersil, selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapati kawasan itu tidak mempunyai ahli kariah yang mencukupi untuk didirikan masjid di situ.

Perkara itu dijelaskan oleh ketua pegawai eksekutif Glomac Bhd, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor - salah sebuah daripada dua syarikat yang memajukan tanah tersebut.

Fateh Iskandar memberitahu Malaysiakini bahawa tender membina bangunan komersil itu dikeluarkan oleh MAIWP tiga tahun lalu dan ianya turut dimuatkan dalam akhbar.

"MAIWP mendapati tapak untuk masjid itu berada dalam lingkungan kurang dua kilometer daripada Masjid Wilayah Persekutuan yang berhampiran," katanya ketika diminta mengulas bantahan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berhubung penukaran status tanah tersebut.

Dewan itu menuntut MAIWP memberi penjelasan mengapa projek pembangunan dijalankan di atas tanah yang asalnya diperuntukkan untuk pembinaan masjid di Desa Sri Hartamas.

Mereka juga merasa pelik bagaimana sebuah tapak masjid boleh ditukar statusnya kepada tapak perniagaan, walhal sekeliling kawasan itu sudah mempunyai pusat perniagaan yang mencukupi dari keperluan.

Mengulas lanjut Fateh Iskandar yang juga bendahari Umno Selangor berkata, tender itu dimenangi sebuah anak syarikat Peremba Jaya Holdings Sdn Bhd, selepas 17 syarikat bersaing untuk memajukan tanah tersebut.

"Tetapi mereka ada masalah aliran tunai, kemudian mereka (MAIWP) minta kami tolong. Lepas itu barulah kami buat usahasama dengan mereka.

"Tanah itu sekarang berstatus milikan bebas. MAIWP terima wang tunai (daripada transaksi itu) tapi masih menjadi pemilik bangunan tersebut," kata Fateh Iskandar.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah sebenar yang terlibat, hasil daripada proses tender untuk membangunkan tanah di kawasan perumahan tersebut.

"Itu saya kena periksa semula," katanya lagi yang turut menjelaskan bahawa tanah itu kemudiannya telah diwartakan semula menjadi kawasan komersil.

"Ini mememakan masa hingga dua tahun lalu kerana perlu melalui proses pengesahan dari banyak peringkat hingga kepada Yang di-Pertuan Agong sebab ianya tanah untuk masjid," katanya lagi.

MAIWP pula dalam pada itu berkata mereka akan menunggu sehingga mendapat aduan rasmi dariapada PAS, sebelum memberi respons rasmi.

"Saya perlu tengok rekod dahulu," kata ketua pegawai eksekutif MAIWP, Anan C Mohamad ketika diminta bantahan dewan Pemuda itu semalam yang turut meminta penjelasan dari MAIWP mengenainya.

Hari ini, pergerakan itu pula mengumumkan akan menghantar satu memorandum kepada MAIWP berkenaan perkara tersebut esok

"Saya telah pun beri penjelasan kepada (menteri di jabatan perdana menteri) Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom," katanya lagi.

Ditanya lagi sekiranya makluman kepada Jamil itu sama dengan jawapan menteri wilayah persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Dewan Rakyat, Anan berkata: "Ya, mungkin mereka ada berbincang".

Nik Aziz sudi dilantik 'pemimpin rohani' Pakatan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

NONENik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.

Utama > News > Eksklusif Bookmark and Share Cetak Kongsi Saiz Teks: Dari mata orang asli: Pembangunan ala-pembunuhan

"Jika pun kamu beri kami tanah baru yang lebih besar, tapi apa gunanya?  Di situ tak ada pokok, tak ada buah, semuanya baru.  Kami terpaksa mulakan kehidupan yang baru.  Kami akan mati kelaparan sebelum tanaman kami berbuah!"
Rimau Abo (gambar kiri) bukan anti-pembangunan, tetapi anti pembangunan ala-pembunuhan.  Dengan tegas, ketua di Long Beku ini berkata, "(pembangunan) ini bukan untuk memajukan kami, ini untuk membunuh kami!"
Walaupun hanya mampu bertutur dalam bahasa ibundanya, tetapi Rimau Abo tidak jahil terhadap apa yang berlaku di luar dunianya.  Sebaliknya, beliau sangat jelas, orang asli yang terpaksa dipindahkan kerana Empangan Bakun dan Empangan Murum, kini akan kehilangan peluang kerja, malah sumber makanan.
Kaum asli yang asalnya hidup berselerak ini bergantung kepada buah dan pokok dalam hutan.  Namun, mereka terpaksa berpindah ke satu tempat yang dikumpulkan oleh kerajaan.
Tanah itu sumber rezeki
Tanah adalah sumber rezeki kaum Penan.  Sebelum tahun 1960-an dan 1970-an, mereka menempatkan diri sepanjang perairan.  Sejarah nomad berlanjutan beratusan tahun.  Kaum ini hanya ada bahasa, tetapi tiada tulisan.  Sejarah nomad diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, malah nama tanah adalah nama mereka.
Rimau Abo menceritakan sejarah Penan... Satu kaum yang berasal dari Penan Benalui di Kalimantan.  Mereka berpindah dari timur ke barat, bertapak di lebih daripada 10 tempat.  Long Beku ialah tapak kediaman mereka dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini.
Long Tikan, Sungai Julan, Paong, Lawen, Pawan, Keluan, Lio Busak dan Long Tela’a di Sungai Silat, Rimau Abo menyebut dengan jelas nama tempat yang menjadi lambang sejarah perpindahan kaum Penan.  "Saya menghargai tanah dan buah kami, segala-gala ini adalah nyawa kami.  Kami tak sokong (empangan), kami tak suka (empangan)."
Dalam minda kaum asli di sepanjang Sungai Baram, perpindahan dan penempatan semula bukan pilihan.  Satu-satunya pilihan ialah penamatan projek empangan.  Untuk mereka, seandainya kerajaan berdegil dengan projek ini, maka ia bagaikan pembunuhan.
Kesan pembinaan empangan
Di negeri Sarawak, sungai adalah pengangkutan darat.  Pembinaan empangan telah menenggelami kawasan bahagian hulu, tetapi memberi kesan kepada bahagian tengah dan hilir.
Apa yang boleh dijangkakan adalah, apabila empangan dibina, maka air yang mengalir ke bahagian tengah dan hilir akan berkurang secara mendadak.  Malah, pembalakan yang berleluasa sebelum ini telah memberi kesan kepada Sungai Baram.  "Pada musim kemarau tahun lalu, sampan yang menuju ke Long Lama gagal mendarat."
Penggerak utama kempen bantahan Empangan Baram, Philip Jau (gambar kiri) bukan tinggal di kampung yang dipaksa pindah.  Beliau tinggal di bahagian tengah Sungai Baram yang berhampiran dengan pekan Long Laput.  Tetapi, pembinaan empangan di bahagian hulu akan mendatangkan kesan kepada perkampungannya.  Apa yang lebih dikhuatiri penduduk, seandainya struktur empangan runtuh akibat perubahan geografi dan iklim global, penghuni di sepanjang Sungai Baram akan menerima padahnya.
"Pembinaan satu empangan yang sebegitu besar untuk menenggelami lembah Sungai Baram adalah tidak memerlukan!" Kata Philip Jau yang mengakui bahawa kewujudan empangan ini sejak satu dua tahun yang lalu secara senyap-senyap telah mencungkil ketidakpuasannya.
Philip Jau memberitahu wartawan, kegiatan pembalakan di bahagian hulu telah memberi kesan kepada ekosistem lembah Sungai Baram, yang mengakibatkan dasar sungai semakin cetek kerana hakisan tanah berlaku lantaran daripada kehilangan perlindungan tumbuh-tumbuhan.
Air sungai kini berbaur lumpur dan batu, menjurus kepada air yang tidak mencukupi untuk menampung pengangkutan dan kegunaan penghuni di sepanjang sungai, pada bahagian tengah dan hilirnya.
Empangan mikro
Setiap kampung mempunyai sebatang sungai masing-masing sebagai sumber air penghuni untuk kegunaan hidupan harian.  Long Beku tidak lagi berada di tepi Sungai Beku, maka penghuni kini terpaksa bergantung kepada air anak sungai, yang masih dianggap bersih.
Namun, air di kawasan pertembungan anak sungai dengan sungai tunjang tidak jernih.  Anak lelaki yang menangkap ikan di atas sampan gagal mendapat sebarang hasil walaupun menabur jala untuk belasan kali.
Berbanding dengan Long Beku, kaum penan yang mendiami Keluan menikmati keindahan lembah sungai.  Batu bundar (cobblestone) terbaring di sepanjang jalan.  Air Sungai Keluan yang jernih terlantar di antara lembah dan rumah panjang, di kalangan pokok Tapang yang terlindung.  Walaupun daun pokoknya berguguran, pohon tunjangnya kekal tersergam.  Namun, apabila air bah datang, lembah sungai ini akan hilang.  Hulu yang ditenggelami empangan akan meninggalkan kita batang pohon yang layu.
Ketua di Long Keluan, Jagan Assat juga menentang projek empangan.  "Kami tak mahu hydro, kami tak suka itu."  Ketua yang berdarah kaum Penan ini berusia 57 tahun ini menyatakan pendiriannya dalam bahasa kebangsaan.  Beliau berjalan tiga jam setiap hari untuk menghantar cucu dan anak perempuannya ke sekolah.
Tiada elektrik dibekalkan dalam lembah sungai ini.  Di satu sudut perkampungan ini terbinanya sebuah pondok papan, yang dalamnya tersimpan sebuah penjana elektrik yang menggunakan petrol.  Namun, penghuni tidak mempunyai banyak peralatan elektrik moden yang memerlukan elektrik.

Jagan Assat menyedari bahawa bekalan elektrik tidak semestinya datang dari penjana elektrik petrol mahupun empangan mega yang menenggelami halaman rumahnya.  "Binalah empangan mikro di Sungai Keluan, jadi tak perlulah kami bergantung kepada penjana yang selalu rosak.  Jika ada micro-dam itu, sekurang-kurangnya kami boleh membuka lampu yang kecil," katanya.
Di sebelah Long Keluan ialah Long San, yang mana bekalan elektriknya akan putus pada tengah malam.  Perjalanan kereta hanya mengambil kurang daripada 10 minit untuk sampai ke kawasan pembalakan.  Pembinaan empangan mikro masih dalam proses dan belum disiap bina.
Seandainya didalami ke bahagian hulu, kubur bekas Ketua Long San dan isterinya terlantar di bukit.  Walaupun di kawasan yang tinggi, namun kubur ini tidak dapat terelak daripada bencana ini.  Sebaik empangan disiap bina, Ketua Kenyah ini akan bersemadi di bawah air.
Pada akhir wawancara, Jagan Assat (gambar kiri) dengan tegasnya berkata, "kalau nak bina, binalah empangan mikro.  Saya lebih suka ini (empangan mikro).  Jangan bina empangan mega di sini, saya tak suka." (Bahagian kedua, bersambung)
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.  Laporan ini ditulis berdasarkan lawatan wartawan ke kawasan yang menerima kesan daripada pembinaan empangan di Sarawak.

KERETA MEWAH BUAT ARTIS LELAKI, SIAPA MENTERI KANAN !


Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. www.selamatkanumno.blogspot.com turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.

TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.