Khamis, 10 Disember 2009

Gerakan kecewa, tuntut penjelasan Umno batal hukuman Ahmad



Oleh G Manimaran PETALING JAYA, Dis 10 — Gerakan Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Umno membatalkan hukuman penggantungan ke atas Datuk Ahmad Ismail yang turut dilucutkan hak-hak beliau dalam parti selama tiga tahun tahun lalu ekoran kenyataannya menyinggung perasaan kaum Cina.
“Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan membatalkan hukuman penggantungan terhadap Ahmad Ismail oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno,” kata Gerakan Pulau Pinang dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pun begitu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen petang tadi enggan mengulas isu itu melainkan hanya berkata, “Adakah isu ini sesuatu yang signifikan?”
Gerakan Pulau Pinang menambah, keputusan MT Umno yang dicapai Jumaat lalu juga kelihatan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.
Kata Gerakan, meskipun ia merupakan urusan dalaman Umno, parti itu perlu memberi penjelasan kepada orang ramai memandangkan isu berkenaan meningkatkan keprihatinan banyak pihak.
“Kami akan terus memainkan peranan kami di bawah mekanisme semasa demi kebaikan orang ramai,” katanya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi, Ahmad memberitahu beliau tidak akan memohon maaf selagi Gerakan enggan berbuat demikian.
“Gerakan yang perlu memohon maaf kepada saya. Bukan saya memohon maaf kepada mereka,” kata Ahmad.
Ahmad memberitahu Gerakan yang pada awalnya mengeluarkan kenyataan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) mahu memutuskan hubungan dan tidak memerlukan kerjasama Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bukit Bendera.
“Kalau mereka tidak mahu kerjasama saya (sebagaimana dikatakan dulu), saya berharap mereka akan memohon maaf kepada saya jika mereka masih mahukan kerjasama Umno Bukit Bendera,” katanya.
Semalam DAP mencabar MCA dan Gerakan keluar dari BN berikutan pembatalan penggantungan terhadap Ahmad.
Pada Sept 9 2008, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Gerakan Pulau Pinang telah memutuskan sedemikian ekoran sidang akhbar Ahmad sehari sebelum itu di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar Koh yang ketika itu merupakan pemangku presiden parti itu.
Koh yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, telah membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat.”
Menurut Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN
Pada satu ceramah Ogos 23 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Hanya SPRM yang 'Dapat' Membersihkan Ariffahmi

Ariffahmi di dalam sekelip mata menjadi terkenal di Malaysia. Beliau menjadi terkenal bukan sebab dia sebagai CEO PMBK yang dikatakan kontroversi itu atau bukan sebab beliau seorang jurutera kerana samada orang UMNO, PAS , PKR atau DAP ramai yang berprofesion jurutera dan menjadi CEO di mana-mana firma.

Beliau menjadi terkenal bukan kerana dia yang dikatakan ber'balah' dengan seorang blogger otai, beliau menjadi terkenal adalah semata-mata kerana beliau adalah seorang MENANTU kepada TGNA.

Jikalau beliau bukan MENANTU kepada TGNA, walaupun beliau seorang ahli PAS, beliau tidak akan terkenal atau di'layan' sebegitu rupa.

Peribadinya masih disentuh, masih diungkit oleh UMNO mahupun PAS sendiri.

Paling terkini, beliau diungkit oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz, kerana lewat melepaskan jawatan CEOnya.[sumber]

'Point' saya di sini, ialah betapa besarnya pengaruh TGNA kepada rakyat Kelantan khasnya dan PAS amnya.

Saya tidak berhajat memperkatakan apa implikasi Ariffahmi lewat menyerahkan jawatan CEO sehingga Mac 2010 kepada PAS Kelantan khasnya dan PAS pusat amnya kerana anda lebih arif tentang segala akibatnya.

Saya amat berharap kes ini diselesaikan segera oleh SPRM. Selagi SPRM tidak membersihkan namanya, selagi itu kes ini akan berpanjangan sehingga PRU13. Selagi itu TGNA diberi tekanan oleh musuh politik.

Yang pasti pihak yang menuai keuntungan daripada kemelut ini ialah musuh politik PAS yang mendapat maklumat serta 'promosi' serta 'coverage' dengan percuma.

Kisah saudagar monyet

Suatu masa dahulu, di sebuah perkampungan, ada seorang saudagar telah mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa dia akan membeli monyet dengan harga RM10 setiap ekor.

Memandangkan terdapat banyak monyet di sekitar kampung mereka, maka mereka pun mulalah menangkap monyet.

Saudagar tersebut membeli berjuta ekor dengan harga RM10 setiap ekor.Tidak lama kemudian bekalan pun semakin berkurangan dan orang kampung berhenti menangkap kerana agak susah untuk menangkapnya.

Saudagar tersebut menaikan harga ke RM 20 seekor dan penduduk kampung pun mula menangkap semula monyet.

Lama kelamaan, semakin kurang dan payah untuk mendapatkan monyet dan orang kampung pun mula kembali membuat kerja–kerja pertanian.Tawaran semakin meningkat dan kini RM 25 bagi setiap ekor ; akan tetapi untuk melihat seekor pun terlalu sukar apa tah lagi untuk menangkapnya..

Saudagar tersebut pun mengumumkan dengan tawaran RM 50 bagi setiap ekor.Bagaimana pun dia terpaksa pergi ke bandar untuk urusan tertentu dan mewakilkan seorang pembantu untuk urusan membeli monyet di situ.

Dalam masa ketiadaan saudagar tersebut , pembantu tadi memberi cadangan kepada orang kampung dengan berkata:

“Bagaimana kalau semua monyet-monyet saudagar yang ada dalam kurungan besar ini saya jual kepada anda semua dengan harga RM 35 seekor dan apabila saudagar itu kembali nanti, anda boleh jual semula kepadanya dengan RM 50!

Orang-orang kampung semuanya bersetuju kerana akan beroleh keuntungan besar. Mereka semua mengeluarkan wang simpanan masing-masing untuk membeli semua monyet-monyet saudagar itu.

Selepas itu, orang-orang kampung tidak dapat melihat pembantu dan saudagar tersebut lagi . Mereka hanya dapat melihat monyet dan monyet dapat melihat mereka.

Moral cerita : Sama-sama lah kita beringat, apabila membeli sesuatu ; jangan lalai dan leka hingga diri kita sendiri yang kena jual!

Anwar “Who the Big Fishes …??”


Seems the authorities are beginning to rope in the culprits who has been oversiphoning the rakyats money in the PKFZ scandal. The inital costs of 2 billion spiralled to 4.6 billion for the massive 400-hectare integrated cargo distribution hub.
The question in everyones mouth and not only Anwar the opposition leadersmind is,”Who is next and also the bigger players should not be allowed to escape..??? “
Anwar further added,” We welcome this although it is a small move. I hope this is not the beginning of a cover-up on the issue.” All the major tabloids local and foreign and internet blogs will be covering the latest developments. If  the Government does come down hard on those found to have played a part in the Scandal it will elevate the country and certainly boost foreign confidence and bring back losts investments.
The fun ride for some is beginning to come to an end and those unfortunate scapegoats will be hoping that they will not be the ONLY ONES..

PAC digesa siasat RM10 bilion Khazanah- Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar petang tadi memohon Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat peruntukan dana RM10 bilion dalam pakej ransangan ekonomi yang diberikan pada Khazanah Nasional Berhad tahun lepas.

Permintaan Mahfuz itu ekoran Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini yang berjanji menyediakan lebih 70 ribu peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, projek 'pasang siap' serta pelaburan khusus di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) melalui pakej tersebut.

"Saya mahu suatu siasatan dibuat ke atas Khazanah Nasional, saya nak tahu projek apa (yang dibuat), di mana (impak pembangunan) dan sejauh mana projek tersebut sedang dilaksanakan," gesa Mahfuz.

Beliau turut mempersoal tentang penyusutan 1.2 peratus ekonomi negara.

"Mengapa boleh ada penyusutan ekonomi negara sebanyak 1.2 peratus untuk suku tahun ketiga tahun ini, sedangkan Khazanah menjanjikan pelbagai projek pasang siap dengan ransanga ekonomi ini, sepatutnya penyusutan ini tidak berlaku."

"Apakah langkah pemantauan yang diambil oleh Khazanah untuk pantau RM10 bilion ini? Ada ketelusankah di dalamnya (pengurusan dana) dan bagaimana ia menguntungkan rakyat," soal Mahfuz lagi.

Beliau yang juga Naip Presiden PAS berkata, ada pihak berpendapat peruntukan dana tersebut untuk meransang saham beberapa anak syarikat Khazanah sendiri di dalam Bursa Saham Malaysia.

Beliau turut memberikan contoh, sejumlah wang tertentu dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan untuk menyelamatkan ValueCap Sendirian Berhad.

Tambahnya lagi, kerajaan juga memperuntukan banyak dana untuk meransang ekonomi nasional sebelum ini, namun rakyat tidak merasai impak ekonomi dan pembangunan dari pakej ransangan tersebut.

Dana-dana yang dimaksudkan termasuk pemberian RM2 bilion kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk membina terminal pengangkutan tambang murah di KLIA.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukan dana RM250 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Telekom Malaysia Berhad turut mendapat RM2 bilion untuk penyediaan sistem jalur lebar berkelajuan tinggi dan RM480 juta kepada PLUS Berhad kerana tidak menaikan tol.

Selepas membuat kenyataan tersebut, Mahfuz menyampaikan suatu memorandum kepada Azmi.

Ketagih dengan Petronas, Ekonomi negara makin teruk-Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat.

“Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.”

Beliau yang juga ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun.

“Penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun, ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

“Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.”

Dakwanya lagi, ketagihan tersebut disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan dan pengurusan kerajaan sendiri.

“Kalau projek pembinaan yang asalnya RM4 bilion boleh jadi RM4.5 bilion kerana boros, ketirisan dan rasuah, kerajaan tiada jalan lain kecuali menggunakan dana Petronas melebihi kadar yang sepatutnya.”

“Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.”

Beliau turut meminta Petronas bersikap lebih telus dan tidak melayan ketagihan beberapa pemimpin Umno BN yang dianggap boros, mengamalkan rasuah dan ketirisan dalam menguruskan perbendaharaan negara.

Biro Tatanegara... Gunalah wang UMNO-BN!

Lim Hong Siang

 
Kerajaan UMNO-Barisan Nasional diselar kerana membiayai perbelanjaan Biro Tatanegara (BTN) yang beroperasi untuk menjaga kepentingan parti politiknya dengan menggunakan wang rakyat.  Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu forum yang dianjurkan, kelmarin.
"BTN ini untuk kursus untuk rakyat Malaysia, bukan kursus untuk ahli UMNO.  Kalau kursus ini untuk ahli UMNO, saya tak kisah pun.  Kalau dia kursus untuk ahli UMNO, dia kata orang Cina beginilah, begitulah... macam perhimpunan dia, saya tak kisahlah, dia punya parti," kata Suhaizan bin Kaiat.
Wang rakyat untuk kepentingan parti
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS (gambar kanan) ini kemudian menyambung, "tapi masalahnya, dia gunakan peruntukan sebanyak RM550 juta dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2009, tetapi dia digunakan untuk mendoktrinisasi atas kepentingan parti politik tertentu, itu masalahnya."
Pendirian ini dikongsi bersama oleh dua orang ahli panel yang lain, iaitu Amirudin Shari selaku ADUN Batu Caves merangkap Pembantu EXCO kepada Menteri Besar Selangor, dan Johari bin Abdul selaku ahli parlimen Sungai Petani, Kedah.
Malah, Johari Abdul kemudiannya mendedahkan bahawa, daripada Bajet 2010 yang memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM183 bilion, RM62 juta diperuntukkan untuk BTN pada tahun 2010.  Johari Abdul kemudiannya menghitung, seandainya pembinaan sebuah sekolah agama rakyat memerlukan RM2 juta, maka peruntukan BTN itu boleh digunakan untuk membina 30 buah sekolah agama, atau membantu sekolah Tamil dan Cina yang kekurangan peralatan.
Pandangan-pandangan ini dilontarkan dalam satu forum bertajuk "Adakah Biro Tatanegara Relevan Untuk Perpaduan Negara?", anjuran bersama Youth For Change (Y4C) dan Biro Penerangan Angkatan Muda Keadilan pada 8 Disember di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.
Pembangkang=Musuh Negara?
Suhaizan bin Kaiat berkongsi bagaimana kursus BTN digunakan untuk "memerangi" pembangkang, seolah-olah pembangkang itu musuh negara, "padahal pembangkang hanyalah musuh kepada UMNO-BN".
Sementara itu, Amirudin Shari (gambar kiri), yang merupakan salah seorang ADUN muda PR yang mempelopori usaha mendesak agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang mahasiswa untuk menghadiri program BTN, mengulas bagaimana kursus BTN menyemai "kemelayuan" ke dalam jiwa peserta program.
"Kononnya tanggungjawab untuk membela Melayu ini, berakhir kepada satu keputusan (di mana Melayu) terpaksa kompromi dengan perkara-perkara seperti rasuah, sebab dia (perasuah) Melayu... terpaksa kompromi dengan seorang yang zalim, kerana dia Melayu," kata Amirudin Shari.
Amirudin Shari sempat membidas bahawa kursus BTN yang digunakan untuk menyemai semangat perkauman, di samping menjadi alat untuk menyerang pembangkang secara habis-habisan, sebenarnya melambangkan kehancuran dan betapa rapuhnya slogan "1Malaysia" yang dilaungkan PM Najib Abdul Razak.
BTN: Anwar vs Pak Lah
Bagaimanapun, Johari Abdul menjadi tumpuan forum apabila bekas pengarah BTN ini tampil untuk "bertaubat", dan menceritakan asal-usul BTN yang memperlihatkan bagaimana modulnya direka dan diubahsuai mengikut zaman, menjelaskan penyemaian "semangat perkauman" dan "permusuhan terhadap pembangkang" sebagaimana yang diulas oleh kedua-dua orang ahli panel sebelum ini.
Menurut Johari Abdul, BTN ialah satu agensi kerajaan yang ditubuhkan seawal tahun 1974, oleh PM ketika itu, Abdul Razak, dan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.  Pengarah pertama BTN (ketika itu tidak digelar BTN) adalah Abdullah Ahmad Badawi, yang menjadi PM kelima pada tahun 2003.
"Di antara tujuan asasnya ialah memerangi kebangkitan islamization di universiti.  Pengaruh kumpulan Islam di universiti, khususnya Universiti Malaya amat kuat, yang dikepalai Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parlimen sekarang) pada ketika itu," katanya.
Sambil berseloroh beliau berkata pertembungan antara Anwar dengan Abdullah bukan perkara baru, tetapi bermula seawal tahun 1970-an.  Johari Abdul menyambung, "unit belia ini ditukar menjadi BTN pada awal tahun 1980-an, dengan fungsi yang agak jelas pada waktu itu."
"Fungsinya ialah di samping menanamkan semangat ketuanan Melayu, kononnya negara ini, Melayunya tak cukup, the Malayness is not enoughSo kena ada satu department yang cerita dekat Melayu, 'look here, you are Malay.  Dan because you are Malay, you must be Tuan of this country, walaupun you malas ke, tak buat kerja.  But it is ok, you are tuan-lah'.  Tuan yang malas pun tak apa, tapi tuan." ujarnya.
Johari masuk ke pejabat BTN pada tahun 1986, walaupun mula terlibat dengan menghadiri kursus BTN pada tahun 1976 sebagai pemimpin pelajar UM.  Beliau menerangkan bahawa fungsi kurikulum pada ketika itu adalah "menerangkan kepada Melayu bahawa kamu Melayu."
Naikkan Semangat Melayu
Pada tahun 1986, apabila Johari masuk ke BTN sebagai pegawai dan mengepalai satu jabatan, anjakan telah berlaku.  Menurut Johari, analisis mereka menunjukkan hampir 80% hingga 90% Melayu mendapat biasiswa kerajaan, atau dermasiswa, tetapi prestasi mereka dalam bidang akademik tidak begitu baik.
Maka ketika itu, program BTN disesuaikan untuk menghimpunkan Melayu, dan menaikkan semangat mereka.  Antaranya, menurut Johari "...kami ingatkan mereka bahawa sebagai Melayu, bukan sahaja perlu cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga mesti ingat, there is no two way for it.  Kamu diamanahkan orang kampung..."
Johari kemudiannya menuding jari kepada PM ketika itu, iaitu Mahathir Mohamad.  Johari berkata, Mahathir merasakan BTN mesti bergerak satu langkah ke depan untuk memberikan latihan kepada pemuda-pemuda UMNO, dan di situ masalanya bermula.
"Sebab itu, kursus yang dilakukan dari tahun 1980-an dan dibawa sampai sekarang, kursus yang mempertahankan kerajaan UNMO-BN at what cost, whatever cost, dengan mengatakan bahawa kalau hancurnya, runtuhnya, ranapnya UMNO dan BN, maka nasib orang Melayu will finish," jelas Johari Abdul.
Beliau mengakui bahawa dirinya juga percaya dengan apa yang cuba disemaikan ke dalam minda peserta program BTN ketika itu, "nyawa orang Melayu cuma ada pada UMNO.  Matinya UMNO berkuburlah orang Melayu."
BTN mempertahankan UMNO-BN
Namun, perubahan berlaku dalam dirinya setelah melanjutkan pelajarannya di England, apabila beliau mula mengimbas dan menilai perbuatan diri yang lalu.
"Lebih daripada setengah juta yang telah lalui kursus saya.  Dan saya telah beritahu mereka whatever cost UMNO dan BN kena dipertahankan.  Tetapi yang kita cuba selindungi, we are not telling the truth to them It is not the non-Malay yang akan menghancurkan orang Melayu.  Orang Melayu sendiri yang akan menghancurkan orang Melayu. That's the fact," kata Johari Abdul (gambar kiri) yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau membuat pengakuan secara terbuka, "dosa saya yang pertama ialah saya tidak memberitahu kebenarannya," apabila menceritakan bagaimana beliau terpaksa berperanan sebagai burung kakak tua yang sentiasa mengagung-agungkan pemimpin, walaupun secara sedar pemimpin-pemimpin ini melakukan bermacam-macam maksiat
"...Mungkinlah dia (pemimpin) curi RM200 juta, ok lah kut...berbanding dengan jasanya.  Beberapa tahun selepas tu, curi lagi RM800 juta, ok lah kut..." Johari menceritakan pengalamannya yang berkhidmat kepada Mahathir yang pada masa itu menggunakan BTN untuk tujuan personalnya.
1998: Fitnah dan serangan peribadi
Walau bagaimanapun, Johari Abdul menegaskan bahawa kaedah fitnah dan serangan peribadi tidak digunakan, sekurang-kurangnya ketika beliau menyandang jawatannya sehingga tahun 1990.
"Satu benda yang saya jelas, sekurang-kurangnya saya di situ hingga tahun 1990, kaedah untuk memfitnah tidak digunakan," katanya sambil menuduh bahawa BN mengerah seluruh kekuatan BTN untuk menyerang Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain, selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri itu pada tahun 1998.
Johari yang kini mendakwa dirinya sudah "bertaubat' itu berkata, antara mereka mengambil keputusan untuk melawan Mahathir (gambar kanan) lantaran pemecatan Anwar Ibrahim, telah berkata kepada diri bahawa "enough is enough" (cukup cukuplah).
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Ini iklan punggung atau iklan potong???



Baru baru ini Dato Azhar ,Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang mengemparkan negara dengan kelakuan'lucah' menunjukkan punggung dan di gantung dari menghadiri DUN. Iklan terbaru dari Firefly mengambarkan perangai 'kurang Ajar'' yang mewarisi UMNO.

Iklan ni telah berada di pasaran sejak beberapa minggu yang lalu , dan ia seperti terlepas pandang pihak berwajib . ataupon publisiti murahan FireFly.

Kita bukan hairan ''punggung'' paramugari Firefly di pertontonkan. yang kita hairan kenapa pilih ''punggung'' yang macam tong dram di jadikan tatapan umum yang memalukan Firefly dan 1Malaysia.

Lagi cerita YamSeng... Apa Hj Ahmad kata?

Aku dapat komen ini daripada shout box pagi tadi setelah posting bertajuk 'YamSeng' dipublishkan.

Begini kata dia....

hj ahmad: itu bukan arak..sy ade disitu...kite jgn tabur fitnah dlm berjuang.. matlamat tdk halalkan cara.. sekian.

Tuan Hj Ahmad kena faham... persepsi terbentuk akibat tindakan yang kita buat atau perlakukan yang kita pamerkan kepada umum.

Apabila orang toast dan pegang gelas yang berisi air berwarna macam tu, persepsi orang apa??Tentu minuman keras.... tambahan pulak, Najib pada ketika itu berada di luar lingakaran buadaya Islam kita. Dan... takkan pulak nak air teh atau zapple ada di dalam gelas tersebut.

Warna air.... gelas dan cara mereka toast semua menimbulkan persepsi yang Najib minum arak terutama pulak dalam majlis formal seumpama itu. Kita tidak boleh mengelakkan diri kita dari mempunyai persepsi. It comes naturally.

Itu bukan fitnah, itu persepsi awal. Persepsi negatif... kesan daripada apa yang kita nampak Najib sedang lakukan.

Namun... persepsi boleh berubah melalui maklumat yang kita peroleh atau apabila berlakunya perubahan tingkah laku atau tindakan kita.

Oleh itu, setelah mendapat komen daripada Hj Ahmad yang mengakui dia berada di situ pada masa kejadian itu berlaku dan air di dalam gelas itu bukan arak, bolehkah persepsi kita berubah?

Kita hanya berdepan dengan kata Hj Ahmad dan gamabr yang kita lihat. Bolehkah kita percaya apa yang Hj Ahmad dakwa, sedangkan kita tak kenal pun siapa dia?? Dia mungkin berkata begitu kerana dia penyokong Najib dan nak selamatkan maruah dan imej Najib. Jadi, persepsi mungkin tetap sama tetapi sebagai manusia yang ada akal budi, kita boleh berbaik sangka terhadap apa yang kita lihat dalam gambar itu.

Tak da salahnya kalau kita berbaik sangka, seperti kawan kita di sini dan di sini. Namun berbaik sangka pun ada limitnya. Rasa sceptical itu tetap ada, kerana kita manusia biasa. Oleh sebab, sebagai manusia kita ada kelemahan, maka sekiranya persepsi kita tersasar dan ia jadi fitnah... maka maaf jua dipinta.

Sebat Kartika.. Sebat Najib!!

Oleh: M3M
cheers-najib1
Kartika Sari Dewi Sukarno, seorang wanita Melayu yang telah ditangkap minum arak di Kuantan dan dijatuhi hukuman RM5,000 dan enam kali sebatan rotan, selepas disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu mengambil minuman keras.
Semua pihak menyangkakan yang dia akan membuat rayuan ke atas hukuman tersebut, tetapi terkejut apabila dia bertindak sebaliknya. Ramai yang membantah hukuman tersebut dengan alasan ia tidak adil, tidak saksama dan menindas wanita. Ada juga pemimpin negara meminta, memujuk dan mengesyorkan agar dia mengemukan rayuan tetapi dia enggan. Apakah mereka betul-betul ikhlas, bersimpati dengannya… atau ada udang di sebalik batu??
Malangnya, pihak berkuasa telah menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut dengan alasan, sistem yang ada, belum bersedia untuk melaksanakannya. Belum bersedia atau mengelak untuk melaksanakannya?? Biar orang lupa… lepas tu, terus diamkan saja??
Namun, hingga sekarang, kes Kartika tak ada khabar berita. Tak tahu apa kesudahannya. Atau… apakah ia akan terus lenyap begitu sahaja!!! Macam… lenyapnya si Bala dahulu??
Kartika dihukum kerana minum arak. Sekarang PM Satu Malaysia, Najib Razak dengan terang-terangan kelihatan sedang me’yamseng’kan minuman di tangannya, ketika bersama dengan PM Thailand ketika kunjungan rasminya ke Narathiwat baru-baru ini.
Memanglah dalam gambar, kita tak nampak dia minum… tapi apakah setelah ber’yamseng’ dia akan tuang dan buang minuman itu ke dalam longkang?? Pastinya, minuman tersebut akan ditonggangnya ke dalam mulutnya. Menjamu tetamu dengan arak sudah menjadi budaya bagi negara bukan Islam. So, bukankah Najib ini glokal?? Semestinya! Sebab itu, kalau masuk kandang lembu… dia pasti akan menguak dan kalau masuk kandang kambing pula, dia akan mengembek…
Kartika minum arak…. timbul polemik. Najib minum arak?? Semuanya lembik!! Mana dia ulamak UMNO?? Mana dia suara para mufti?? Hello…. Harussani!! Hello…. Noh Gadut!! Mengapa membisu?? Ular-ular dalam semak ni, sudah lembik kena katuk, kot??
Sekiranya Najib ditangkap minum minuman keras di Malaysia, apakah pihak berkuasa di sini berani menangkap dan mengheretnya ke mahkamah. Apakah dia juga akan disebat seperti apa yang berlaku pada Kartika??
Sepatutnya, begitulah. Kartika kena sebat…. Najib pun mesti kena sebat juga. Aha… cuba bayangkan, suasana Najib menghadapi hukuman sebat di khalayak ramai. Pasti dapat publisiti Satu Dunia. Fuiyoo…. PM Satu Malaysia kena sebat, sebab minum arak. Sudah pasti media terkenal dari seluruh pelusuk dunia akan berkerumun di Malaysia. Maka.. dengan sendirinya, ia dapat mempromosikan konsep Satu Malaysia ke seantero dunia!!
Tapi… jangan haraplah ia akan terjadi begitu pada Najib. Tak mana beraninya, penguatkuasa agama kita nak mencekup Najib. Tambah pulak sekarang, dia PM. Ada kuasa beb!! Ingat peristiwa manis dia di Port Dickson, semasa dia jadi menteri dulu?? Kes itu senyap… sebab ada cover-up. Tidak ada khabar berita selepas itu. Tak dengar pun kes itu dibicarakan di Mahkamah Syariah??
Keduanya… Najib mana ada guts macam Kartika. Berani buat… tetapi, nak tanggung akibatnya?? Eleehhh… tak berani tanggung punya!!! Yang dia berani buat ialah minta pihak berkuasa melindunginya. Lembu-lembu kenyang ni pulak… akan patuh tanpa banyak soal. Your wish is my command TUAN!!
Inilah Malaysia. Sistem perundangannya sudah hilang integriti dan kredibilitinya. Penangkapan… penyiasatan… pendakwaan…. hukuman, semuanya selektif!! Double standard!!! Orang yang kaya dan punya kuasa… pasti akan bebas begitu saja tetapi orang biasa seperti Kartika…. pasti akan kena punya!!
Hassan Ali, bagaimana pula?? Pemimpin UMNO Melayu-Islam ini… pegang gelas arak dan cheers…..!!! Tak mau komen apa-apa?? Bukankah Hassan Ali yang beriya-iya mahu membanteras penjualan arak di premis-premis perniagaan yang bermajoriti Melayu. Isu arak menjadi prioriti dia sebagai pemimpin muslim. Alhamdulillah… cantik sangatlah tu.
Tetapi… buatlah dengan cara yang lebih berhemah dan dengan penuh persefahaman… tanpa menafikan hak kaum lain. Kita masyarakat majmuk dan kaum-kaum lain juga, ada hak mereka, yang kita kena ambil kira. Musyawarahlah dulu dengan rakan kongsi… Itu etika dan adat berkawan. Takkan pakar motivasi tak tahu kot??
Oleh sebab… dia sangat mengambil berat tentang penggunaan arak di kalangan kaum Melayu-Islam, mengapa dia membisu tanpa apa-apa komen, apabila pemimpin Melayu-Islam ini, minum arak secara openly?? Bukankah parti Melayu-Islam yang dipimpin oleh pemimpin Melayu-Islam ini, yang dia dan gang UGnya hadapkan sangat untuk mereka adakan kerjasama…. dalam sebuah gagasan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan?? Apabila ada pilihan raya…. ada pulak isu dan kenyataan sensasi daripadanya. Elehh…. say something ler!!
Najib… Najib… pemimin Islam parti Melayu-Islam tapi minum arak. Inilah dia satu contoh, para pemimpin UMNO, yang gagal ditarbiahkan oleh ‘agama’ yang bernama Islam Hadhari, bawaan Dolah Badawi. Islam Hadhari…. arak haram… minum arak tak haram??? Islam Hadhari, satu kegagalan. Kegagalan itu, mungkin menjadi sebab, mengapa Islam Hadhari selepas Dolah Badawi…. sudah hampir mati.
Ha ha ha…. entah-entah dah mati pun kot??

Terkini ! - Jawapan TG Hj. Abd. Hadi.

Tok Guru Hj Hadi (TGHH) sebenarnya telah lama menjawab segala apa yang terbuku dihati blogger-blogger yang masih lagi memutar-belit isu UG dan beberapa isu lain, agar menampakkan bahawa PAS itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

Malangnya, ini hanya berlaku di Malaysia. Isu-isu lapok dicungkilkan kembali dan di'spin' agar matlamat si 'zalim' tercapai. Pelajar dan rakyat kita di UK telah lama faham dan jelas isu-isu tersebut. Tanpa masalah.

Isu-isu yang dijana semula untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pihak tertentu sebenarnya pernah dijawab secara tuntas oleh TGHH. Beberapa video jawapan yang dipetik dari sebuah channel youtube: "Islamic Home Media (IHMedia)" telah lama tersiar sejak 15 Jun 2009, sepatutnya menjadi salah satu rujukan asas kepada penggemar politik tanah-air.

Diharap pihak webmaster menjadikan video-video tersebut sebagai 'Sticky Video' dimuka depan blog anda semua, supaya tiada lagi isu-isu berbangkit dan di'spin' oleh puak-puak bathil, yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin PAS dan mengeji Presiden tanpa hujah yang tuntas. Kepada pengunjung, anda semua disaran menonton semua bahan media tersebut, terutama Part 7 (dimana isu UG disebut).

Sebanyak lebih daripada 13 soalan dijawab oleh TG Presiden, semuanya bersifat ilmiah. Dari isu bahasa, isu demokrasi pilihanraya dan lain-lain lagi. Dan diharap perkara-perkara bathil tidak lagi disemarakan didalam blog-blog pemfitnah (samada pembawa, pembuat, mahupun pembuka atau muqaddimah kepada fitnah!). Sesungguhnya benar, pembawa berita bathil adalah dekat dengan neraka!





Siasat Segera 'Mr Political Toll'

SETIAUSAHA Politik, Najib Razak, Shafei Abdullah (foto) nampaknya semakin mendapat perhatian. Tiba-tiba saja nama Shafei meletup dan mengisi ruag-ruang blog dan media massa pro pembangkang. Pendedahan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengenai ‘kegiatan’ Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju itu dikira boleh menganggui kehidupan Shafei yang sebelum ini dikatakan tenang dan tidak diganggu oleh sesiapa.

Dinding dan tembok yang mengeliling hidup Shafei sebagai setiausaha politik Perdana Menteri dikatakan begitu kebal dan kukuh. Tidak siapa berani menyentuh dan mengusiknya. Tetapi sejak pendedahan dibuat Wee Choo Keong itu kekebalan itu sudah mula roboh dan terusik.

“Eloklah biar dia (Shafei) merasa sedikit. Selama ini dia merasakan dialah raja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini,” demikian kata salah seorang aktivis Umno bahagian Wangsa Maju yang kurang senang dengan sikap dan pembawaan Shafei. Aktivis ini rupanya seronok bila mendengar Wee Choo Keong mendedahkan 'kegiatan' Shafei di Parlimen.

“Setahu saya Datuk Seri Najib juga tidak kisah, tidak akan membela setiausahanya ini.,” begitulah kata aktivis itu yang memberi maklumat di sekitar isu Shafei ekoran pendedahan Wee Choo Keong itu. Aktivis ini berada di Parlimen ketika menghubungi saya memaklumkan keadaan itu. Di Parlimen menurutnya ramai ahli Parlimen memperkatakan tentang Shafei dan rata-rata terkejut dengan apa yang berlaku.

Tambah aktivis itu mungkin Najib juga setuju dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju itu. Setidak-tidaknya Shafei akan memahasabah dirinya dan tidak merasakan dialah paling kuat dan berkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Dalam pada itu, Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak Malaysia) turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera ke atas Shafei.
Pengerusinya, Nazree Yunus dalam satu kenyataan yang diemailkan ke blog ini mengharapkan skandal melibat Shafei seperti didedahkan Wee Choo Keong itu dapat diadili sebaik mungkin.

Kata Nazree keperluan siasatan ini kerana pendedahan itu dibuat secara langsung di Parlimen.
Sementara itu kes membabitkan Shafei ini juga mendapat perhatian Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Ketuanya Kamaruzaman Mohamad telah membuat aduan berhubung kes berkenana kepada SPRM.

Adalah diharap SPRM akan menyegerakan siasatan ke atas setiausaha politik PM itu tanpa ada banyak ‘birokarsi’.

Oleh MSO

Peruntukan BTN Cecah RM 550 Juta


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Peruntukan untuk pengurusan Biro Tata Negara (BTN) mencecah hampir RM 548 juta dalam tempoh 10 tahun. Jumlah ini benar-benar mengejutkan dan membazir dari sudut perbelanjaan Negara.
Menurut beliau, untuk tahun 2009 sahaja, kerajaan telah membelanjakan RM 74,023,100 bagi menanggung kos pengurusan dan perlaksanaan BTN di seluruh Malaysia.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir berkata, peruntukkan yang disalurkan kepada BTN benar-benar membazir dan keterlaluan. Kerajaan Persekutuan katanya boleh menyalurkan wang tersebut dalam menyelesaikan pelabagai kemelut yang dihadapi rakyat kini.
“Perbelanjaan tersebut boleh disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan, contohnya dalam membantu menyelesaikan kelemut air yang dihadapi Wilayah Persekutuan Labuan ketika ini,” jelas Shazni.
Peruntukkan ini jelas menjejaskan wang sudah tentunya dating dari rakyat sendiri. Shazni dalam kenyataannya meminta Barisan Nasional dan kroni-kroninya menghapuskan BTN yang benar-benar ‘membakar’ duit rakyat demi kepentingan dan agenda mereka sendiri.
“Jika benar Kerajaan hendak teruskan BTN, Kerajaan disarankan menggunakan duit Barisan Nasional sendiri tanpa mengusik duit rakyat. Kerajaan juga boleh menjadikan program itu sebagai salah satu program Barisan Nasional yang hanya dihadiri kroni-kroninya sahaja,” jelasnya lagi ketika dihubungi Erapakatan.
BTN menjadi isu panas seketika ini kerana modul dan pendekatan yang digunakan bersifat perkauman dan mencaci pemimpin-pemimpin pembangkang. Setelah Selangor dan Pulau pinang mengharamkan pelajar dan kakitangannya mengikuti BTN, kini Kelantan juga mengikut jejak langkah mereka dengan menghalang kakitangannya menghadiri BTN.

Konvensyen PR : Satu lambang rasmi menjelang PRU 13

Oleh Masdar Wahid
Logo Konvensyen Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: Segala masalah dalaman parti jangan sesekali dibangkitkan dan didedahkan kepada media khususnya yang dimiliki rejim BN dan kita seharusnya berusaha menutup segala ruang yang boleh dimanipulasi oleh mereka.
Demikian respon Ahli Parlimen (MP) Kepong, Dr. Tan Seng Giaw sebagai mengulas fokus penting yang perlu ditekankan oleh pimpinan PR pada Konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) 19 Disember ini.
Seng Giaw berkata, media yang dimiliki rejim BN akan mencari apa jua ruang dan masalah dalam PR untuk dijadikan subjek berita walhal perkara kecil sehinggalah kedudukan PR sedikit terjejas kesan mainan persepsi tersebut.
Menurutnya, sudah menjadi kelaziman media rejim Umno/BN untuk membesar-besarkan cerita dan berita dalaman PR seterusnya digambarkan sebagai krisis walhal perkara itu hanyalah kecil.
“Kadang-kadang sesuatu perbezaan pendapat yang wujud bagi sesetengah pemimpin dalam PR sebenarnya baik kerana kita tidak menutup ruang perbincangan malah mengamalkan semangat demokrasi di mana setiap parti komponen mempunyai ruang untuk bersuara.
Namun, media BN tetap memanipulasinya sebagai pergesaran atau pergaduahan besar sehinggakan rakyat boleh terpengaruh dan ini tidak baik untuk imej PR,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.
Beliau menambah, perkara lain yang juga mesti menjadi fokus pengisian dalam konvensyen itu ialah perlunya pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat menunjukan integriti yang tinggi kerana rakyat akan terus menilai bagaimana kita mentadbir sebelum diberi peluang memerintah Malaysia selepas ini.
Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konvensyen itu kelak akan mengishtiharkan perkara-perkara dasar yang menjadi pegangan bersama setiap komponen PR selain berusaha untuk mendaftarkan gabungan itu di bawah satu lambang.
Menurutnya, walaupun PR akan ada lambang bersama dan digunakan buat pertama kalinya pada pilihan raya umum akan datang namun, setiap parti komponen akan mengekalkan lambang parti masing-masing kerana ia ada nilai bagi sesetengah segmen dalam masyarakat.
Berkaitan manifesto, beliau memberitahu, sudah pastinya PR akan menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat terutamanya dari segi ekonomi dan kebajikan memandangkan di bawah pemerintahan rejim BN pengurusan ekonomi negara gagal diuruskan dengan baik dan indeks rasuah kian parah memburukkan lagi keadaan itu,” katanya.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, selepas permbentangan kertas kerja oleh setiap pimpinan PR pada konvensyen itu, hadirin akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan sebelum satu resolusi diputuskan sebagai persiapan menjelang PRU 13.

Perkauman Sempit Bukan Amalan Islam – Harun Din




Thursday, 10 December 2009 2:12 PM Oleh Roziyah Mahamad
PERKAUMAN sempit dan hanya memperjuangkan bangsanya dilarang dan ditentang Islam sebagai agama yang sememangnya mengakui kewujudan bangsa lain. Hal ini ditekankan oleh Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Harun Din kepada wartawan Erapakatan.
Menurut beliau, Islam sendiri  mengakui kewujudan bangsa lain dan sentiasa hidup dalam suasana tolong menolong dan bantu membantu.
“Dalam Al-Quran sendiri jelas disebut dan maksudnya : ‘Sesungguhnya kami jadikan kamu berpuak-puak, berkhabilah-khabilah dan berbangsa-bangsa untuk kamu kenal mengenali antara satu dengan yang lain dan sesungguhnya yang palin mulia diantara kamu adalah orang yang paling bertakwa’ ,” jelas Harun Din.
Beliau juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W sendiri menolak perkauman. Hadisnya juga ada menyebut :
‘Bukan daripada golongan kami orang yang menyeru perkauman (assabiyah) dan bukan dar golongan kami orang yang berjuang untuk perkauman dan bukan dari golongan kami orang yang bermati-matian kerana perkauman.’
Harun juga menegaskan dalam perjuangan Islam di Malaysia, siapa juga boleh menjadi pemimpin asalkan Islamnya terserlah. Islam sendiri katanya tidak meletakkan perkauman sebagai asas perjuangan.
Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang kini memegang tampuk pemerintahan dilihat semakin mengamalkan sifat perkauman di Malaysia. Hal ini terbukti apabila Biro Tata Negara yang dikatakan menyusupkan sentiment perkauman kepada para pesertanya.
Terkini, Utusan Malaysia pula dalam ruangannya cuba menyiarkan rencana yang bersifat perkauman dan cuba menghina kaum India di Malaysia.

Pendapatan Petronas Jatuh: Ekonomi Negara Terima Tempias


Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR: Pendapatan Petronas mencatatkan kejatuhan dengan jumlah RM 59 billion berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan mereka. Hal ini bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara telah berkurangan sekitar 57%. Ini telah dijelaskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya.
Kejatuhan pendapatan petronas ini mungkin akan memberi impak yang besar kepada ekonomi Negara sendiri amnya.
Sepanjang 5 tahun ini, Petronas  adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan Petronas merupakan 44.9% dari pendapatan Negara.
“Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya.
Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang Petronas yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.” Jelas Anwar lagi.
Beliau sebagai berkata, untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan Petronas merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap Petronas ini telah  mengaburi rakyat Malaysia dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka bagi memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.
“Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional,” jelas Anwar lagi.
Anwar dalam blognya menyeru kerajaan Barisan Nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan Petronas terhadap prestasi ekonomi Negara.
Anwar berpendirian adalah baik bagi negara Negara sekiranya Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.

Isu royalti: Hanipa cabar Nazri tunjuk bukti

 nazri-aziz
Kerajaan Kelantan mahu selesaikan isu pemberian royalti secara perbincangan di antara kerajaan dengan kerajaan, demikan ulas Pengerusi Lajnah Undang-undang Pas yang juga peguam, Hanipa Maidin mengenai cabaran Menteri di Jabatan  Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz(gambar,kiri) supaya kes royalti itu di bawa ke mahkamah.
Beliau yang juga AJK Pas pusat berkata, pengalaman kes saman di Terengganu menjadi rujukan sebelum sesuatu tindakan yang lebih drastik dan berkesan diambil.
"Kita nak minta Nazri tunjukkan bukti bahawa tiada royalti atau bayaran tunai yang ditulis dalam perjanjian yang dibuat di antara Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh (Hamzah) dengan Kerajaan Kelantan.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap sistem kehakiman, dia tak sepatutnya cakap begitu. .Ku Li
"Ku Li (gambar,kanan) pun sebut, budak sekolah pun boleh faham perjanjian yang ditulis tu. Ada ke ditulis ‘wang ehsan’ dalam perjanjian itu? Perjanjian yang dibuat di antara Ku Li dan Kerajaan Kelantan jelas,  ibarat ’sudah terang lagi bersuluh’ bahawa perjanjian itu menyebut royalti dan mesti dibayar secara tunai," katanya.
Beliau yang juga  AJK Pas pusat hairan apa kena-mengena pihak ketiga iaitu jabatan persekutuan atau mana-mana jabatan yang di bawah Kerajaan Persekutuan dengan perjanjian itu?
"Dalam perjanjian itu tidak ada disebut jabatan persekutuan, selain Kerajaan Kelantan. Minta Nazri tunjukkan?" katanya.
hanipahHanipa (gambar,kiri) mempersoalkan kenapa ketika BN memerintah Terengganu, royalti wujud dan diberikan kepada Kerajaan Terengganu. Dan kenapa bila Pas memerintah dari 1999-2004, ia ditukar kepada ‘wang ehsan’ dan diberikan kepada jabatan persekutuan?
Akibatnya Terengganu kekal negeri termiskin di negara ini walaupun, RM7 bilion wang royalti sudah disalurkan sepanjang pemerintahan Umno.
Sementara itu, Ku Li pernah mengingatkan Kerajaan Persekutuan mesti membayar royalti itu kepada Kerajaan Kelantan kerana implikasinya akan melampaui sempadan negara ini.
Beliau juga akan menjelajah Kelantan untuk menerangkan kepada rakyat negeri itu mengenai royalti yang dibuat dalam perjanjian itu yang jduga dinamakan perjanjian royalti petroleum.
Ahli Parlimen Gua Musang yang juga pemimpin Umno yang sangat dihormati itu juga sedang menimbang untuk mengetuai kaukus parlimen bagi menyelesaikan isu royalti ini.

Mahathir ‘rosakkan’ partinya sendiri

Oleh FARADIZA
mahathir-mohamad Parti Umno sedang menuju kehancuran dan mereka yang bertanggungjawab memusnahkan parti perkauman itu adalah mereka (ahli- ahli Umno) sendiri.
"Yang mengepalai jalan kemusnahan ini ialah bekas presidennya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," (gambar) kata Ahli Parlimen Keadilan – Indera Mahkota, Azan Ismail.
Ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini, beliau berkata, Dr Mahathir yang menerajui tampuk pemerintahan negara merosakkan apa yang beliau bina selama ini dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.

Terbaru katanya, perang mulut beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.  Nazri menuduh Mahathir sebagai ‘bapa’ segala rasis. Mahathir pula mencabar Nazri supaya meletak jawatan jika beliau (Nazri) anti-rasis.
"Dalam blog.chedet.com, blog beliau sendiri, Dr. Mahathir menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya," kata beliau.
Azan berkata, "dengan berkata demikian, sebenarnya beliau (Dr Mahathir) merujuk kepada dirinya sendiri kerana beliaulah satu- satunya perdana menteri yang memerintah paling lama, 23 tahun.
"Ketika pemerintahannya, Malaysia telah mengalami kerugian lebih RM100 bilion akibat penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dalam projek-projek mewah, pembaziran awam, tender rundingan terus dan berbagai lagi," jelas beliau.
Beliau menerangkan, "kesan dari pemerintahannya, Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak kompetitif, kos operasi perniagaan meningkat, indeks rasuah meningkat, jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negara-negara jiran."
Dr Mahathir yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tali barut Amerika Syarikat, sebenarnya beliaulah yang bekerjasama rapat dengan Amerika.
Dalam buku terbitan terbaru, "Malaysian Maverick" – Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain, mendedahkan beberapa perjanjian sulit di antara Mahathir dengan Caspar Weinberg, bekas setiausaha pertahanan Amerika.
Wain menceritakan bagaimana Dr Mahathir menandatangani perjanjian itu  pada tahun 1984 untuk memberi kebenaran kepada Washington akses kepada sekolah latihan ketenteraan dalam hutan di Johor.
Perjanjian itu juga membenarkan Amerika menubuhkan sebuah dermaga baikpulih kapal di Lumut dan membenarkan Amerika menyediakan kemudahan baikpulih pesawat pengangkutan ketenteraan di luar Kuala Lumpur.
Kata Wain dalam bukunya, dalam usaha Dr Mahathir untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara moden maka tidak dinafikan beliau menjadi ‘ketagih’ kepada kuasa.
Untuk mengekalkan kuasa, duduk lebih lama di kerusinya dan menabur bakti kepada mereka yang berjasa kata Wain, beliau mengukuhkan parti dominan Umno sebagai mesin wang bagi membantu mencetuskan apa yang beliau sebut "politik wang" dan "rasuah".
Malahan politik dan bisnes sudah bercampur aduk dan menjadi ramuan yang baik sekali.  Parti Umno kemudiannya mempunyai konglomerat yang jari-jemarinya menjangkau segala bidang ekonomi.
"Bagi Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara", kata Wain dalam bukunya.

Taktik padam Skandal PKFZ – Anwar

Oleh Fazallah Pit

20090630172709_anwar1Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penahanan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi, hanya satu permulaan kecil.
Sekalipun menyambut baik langkah itu, beliau bimbang ia cuma satu taktik bagi memadamkan skandal berkenaan sebagaimana kes Perwaja sebelum ini.
“Seperti kes Perwaja, ada permulaan kecil tapi jerung-jerung besar tak tertangkap. Langkah awal itu jangan pula untuk memadamkan cerita PKFZ.

“Cerita PKFZ tidak boleh padam selagi ia tak diselesaikan dengan baik,” tegas beliau pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari ini.
OC Phang dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, sama ada untuk memperoleh perintah reman atau pendakwaan.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kerajaan perlu lebih bersungguh-sungguh dalam siasatan kes berkenaan bagi merungkai skandal terbesar negara itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menganggap perkembangan itu cuma berkaitan usaha kecil dalam permasalahan besar (small piece of a larger picture) skandal berkenaan.
Beliau yang turut mengalu-alukan usaha yang membawa penahanan itu, juga menganggap kesungguhan politik (political will) perlu bagi membersihkan skandal itu.
“Jika tidak, tindakan kerajaan hanya menyentuh permukaan masalah sahaja. Tidak lebih dari itu,” katanya yang mengadakan sidang media  lebih awal.

SPRM digesa siasat isu salah laku setpol Najib

Dakwaan salah laku setiausaha politik perdana menteri, Datuk shafie Abdullah, diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), antaranya campur tangan dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan aduan itu kepada dua pegawai SPRM Kuala Lumpur, Hasan Yahya dan Mohd Yahya Mohd Rashid.

Kamaruzaman Mohamad berkata aduannya itu "cuma diterima sebagai maklumat" dan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan dahulu sebelum ia membuka kertas siasatan.

"Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut sama ada ia jadi kes atau tidak," katanya.

"Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di Parlimen."

Isnin lalu, ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa Shafie - yang juga ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan ketua bahagian Wangsa Maju, menyalahgunakan kedudukannya sebagai setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak.

Dalam aduannya, Kamaruzaman mendakwa Shafie turut: - menggunakan pengaruhnya untuk melantik ahli jawatankuasa sebuah surau di Setapak,

- membantu rakan mendapat kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),

- menamakan isterinya sebagai proksi dalam lembaga pengarah sebuah syarikat pemaju, dan,

- terlibat dalam urusan pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di Sri Hartamas.

Ibrahim Ali kata Nga Kor Ming biadap dan cuba menyalakan api dalam sekam.


Kenyataan itu dibuat Ibrahim setelah Nga Kor Ming mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa yang sama, kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.

Kata Ibrahim lagi, "Dia boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid.

"Apabila itu berlaku, apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," [sumber]

Saya bertanya pada beberapa rakan saya yang berbangsa Melayu tentang apa yang dikatakan oleh Ibrahim itu.

Kesemua mereka bersetuju, Nga Kor Ming ada hak untuk bertanya kerana penganut agama lain juga berhak mendapat peruntukan untuk membina rumah ibadat mereka kerana mereka juga menyumbang pada hasil Negara.

Tidak ada salahnya Nga Kor Ming menyatakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membina masjid kerana dari situ, rakyat akan dapat menilai; sejauhmanakah kerajaan telah berlaku adil pada semua penganut agama di Negara ini.

Bagaimanapun, Nga Kor Ming ataupun sumber berita itu tidak pula menyatakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina tempat ibadah bagi bukan Islam dari tempoh 2000-2008. Jadi, kita tidak tahu; adakah kerajaan telah berlaku adil atau tidak dalam hal ini.

Jika benar kerajaan tidak memberikan langsung sebarang peruntukan dalam tempoh itu, maka itu adalah tindakan yang sangat tidak adil.

Tindakan sembrono Ibrahim Ali melabelkan Nga sebagai biadap adalah sangat tidak wajar. Kenyataannya itu akan membuatkan bukan Islam bertambah benci pada penganut Islam di Negara ini. Maka, beliaulah yang sewajarnya dilabelkan sebagai penghasut dan dimasukkan ke dalam ISA yang disokongnya selama ini.

Ironinya, Ibrahim Ali yang kononnya mengaku sebagai pejuang Melayu Islam sendiri telah menggerakkan konco-konconya untuk berdemontrasi di Kota Bahru bagi menjatuhkan Nik Aziz, pemimpin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hmm.. Patutlah ada yang berkata; buruk benor rupa orang yang gila talak!

Bloggers upahan Mukhriz mahu menguasai Kabinet dan PM?


Sememangnya telah diduga dua bloggers upahan Mukhriz Tun Mahahthir ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin dan seperti yang dijangkakan ini berlaku apabila ada angin yang bertiup yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Menteri Penuh mahupun Timbalan Menteri.
Seperti biasa angin angin ini akan bertiup dahulu, rahsia kerajaan akan terbocor dan bloggers ini akan mengambil peluang untuk menghasut orang orang tertentu untuk menyingkir semua mereka mereka yang berbau Pak Lah.
Mangsa yang pernah menerima nasib malang ini seperti Rashid yang diurakan akan dilantik sebagai SU Akhbar TPM, Omar Ong yang akan dilantik sebagai Board Director Petronas. Datuk Ahmad Zaki Zahid yang di ura urakan akan dilantik sebagai CEO MRCB. Bloggers ini lah yang akan memberikan pandangan dan bloggers inilah yang cuba menghalang. namun tidak semua yang dilakukannya berjaya. Mereka gagal menghalang Sdr Omar Ong walaupun desakan demi desakan tetapi mereka gagal juga.
Mereka yang suka melainkan isu ini adalah bloggers yang rapat dengan Tun Mahahtir , Big Dog , Sdr Zakir . Sedangkan Sdr Zakir ini adalah sepupu kepada Omar Ong tetapi oleh kerana telah terhutang budi dengan Tun Mahathir dan juga Mukhriz , Zakir terpaksa mencincang sepupunya sendiri.
Zakir sememang dikatakan tidak sebulu dan tidak boleh menerima langsung budak budak tingkat empat dan jika boleh Zakir mahu menghapuskan budak budak tingkat empat ini sampai ke cucu cicit mereka. Sebenarnya budak tingkat empat ini langsung tidak mengenali si Zakir ini. Mereka langsung tidak pernah usik keluarga, anak atau isteri Zakir. tetapi oleh kerana Zakir ini banyak termakan budi dengan Tun dan juga Mukhriz, beliau terpaksa memusuhi semua kaum kerabat tingkat empat.
Apa juga agenda Zakir, itu hak dia. Tapi Zakir tidak boleh mengarah atau memberi arahan kepada Perdana Menteri mahu pun kabinet. Biar kabinet yang menentukan. Zakir bukan antara yang akan menentukan kabinet Najib. Dan Najib juga tidaklah mahu dikatakan mendengar cakap cakap bloggers. Najib tahu apa yang beliau lakukan demi kebaikan negara dan bangsa. Najib juga tentu mahukan sokongan padu dari keseluruhan ahli UMNO.Tiada sebabnya KJ tidak boleh dilantik menjadi Menteri jika dia layak. Jika ketua Pemuda MCA, Ketua Pemuda Wanita dan Ketua Puteri UMNO layak dilantik sebagai menteri dan timbalan, kenapa KJ tidak layak? Ketua Pemuda PPP yang kontroversi juga layak untuk dilantik sebagai timbalan menteri , kenapa KJ tidak layak? Apa koman sangat ke ketua Pemuda UMNO ?
KJ menang bertanding secarta sah, Dia layak bertanding kerana dibenarkan untuk bertanding, jika tidak kenapa benarkan KJ bertanding. setelah dia menang kenapa mahu ada diskriminasi terhadap beliau. Beliau bertanding secara Gentelman dan menang secara Gentelman.
Mengenai pencacai Parpukari, Mesin fotostate yang hanya menyalurkan berita cilok itu bukanlah masalah besar sangat.. Dia berjaya mengaut duit Mukhriz dengan maki dan carutnya. Jika pancacai macam ini diambil kira sebagai penasihat kepada PM , jawabnya PRU13 kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada kerajaan BN.

Oleh : Man Toba (www.kpmu.net)

Mencari damai, akhirnya kusut !

Oleh : dato'(anaksengat)
Kemelut di Kelantan sepatutnya semakin mereda setelah pimpinan utama PAS yang terdiri dari Presiden dan beberapa pimpinan utama menemui TGNA. Nasihat yang pastinya dari keputusan bersama itu sememangnya dilihat mampu mengurangkan kekalutan di Kelantan khususnya di PMB. Ia nasihat yang boleh dipatuhi dan diengkari. Namun menerima nasihat adalah satu tuntutan sepertimana memberi nasihat... TGNA memilih menerima sebagai tanda tawadhuknya beliau...

Namun nasihat kedua yang datang sebelum selesai nasihat pertama mungkin akan mengeruhkan suasana. Mahfuz diberitakan menasihatkan Arif Fahmi agar segera meletakkan jawatan melalui TGNA. . Tidak dipastikan sejauh mana kaedah nasihat atau desakan Mahfuz disampaikan. Apa yang jelas Rombongan Presiden yang terdiri dari timbalan Mursyidul am, Naib Presiden dan bendahari telah bertemu dengan TGNA dan berbincang dengannya yang melahirkan nasihat awal. Sungguh beradab cara menasihat seorang Presiden bersama rombongan kerana menghormati TGNA sebagai Mursyidul am.

Tidak jelas sejauh mana keperluan desakan agar seorang ketua pegawai eksekutif segera meletakkan jawatan. Beliau di nasihatkan dan beliau boleh membuat pilihan bila masa yang sesuai melepaskan jawatan. Apatah lagi ketua utama yang juga menteri Besar tidak membantah. Kelantan tentunya dibawah kawalan dan pengetahuan TGNA sebagai Menteri Besar. Barangkali di atas kesedaran bahawa TGNA lebih mengetahui dan berhak terhadap isu Kelantan, Presiden memilih membawa rombongan PAS Pusat . Itu tanda penghormatan. Tak tahu pula atas tujuan apa Mahfuz yang mencelah ditengah ? Rasanya dia tidak bersama rombongan Presiden menelui TGNA.

Sewajarnya pemimpin PAS lebih bijak dalam menyelesaikan masalah. Jangan penyelesaian menambahkan kekusutan. Isu yang sudah diredakan dibangkitkan pula oleh seorang pemimpin PAS. Apakah ia sengaja di hidupkan semula atau sekadar nak membuat kenyataan . Kita sememangnya akur Mahfuz seorang yang suka membuat kenyataan akhbar yang kadang kadang tidak melambangkan kebijaksanaan apatah lagi dalam zaman akhbar dan dunia maklumat yang terlalu banyak membawa fitnah. Tidakkah pimpinan telah menasihatkan agar dikurangkan sesuatu yang boleh dijadikan isu oleh musuh?

Apakah Mahfuz merasakan TGNA seakan tidak bijak membiarkan Arif Fahmi melewatkan perletakkan jawatan tersebut. Apa dan siapa sumber mahfuz hingga merasakan perlu menasihatkan TGNA sedemikian rupa.? Mengapa mesti ditambah tekanan kepada TGNA? Bukankah Mahfuz yang menasihatkan agar tidak diberi tekanan kepada TGNA agar meletakkan jawatan? Tidakkah nasihat ini beerti TGNA tak mampu mengemudi PMB dan maksudnya TGNA perlu meletakkan jawatan???

Apa ni Tuan Mahfuz???? Di satu masa nasihat agar jangan beri tekanan kepada TGNA namun di satu masa memberi tekanan kepada TGNA. Walaupun mungkin ia dinafikan sebagai tekanan... tapi mencampuri urusan orang lain adalah tanda kita rasa lebih bijak.... dan mengannggap orang itu tak bijak. Tidak mampu menangani masalah beerti perlu meletak jawatan? siapa menekan siapa sekarang???

Semoga selepas ini Mahfuz lebih cermat membuat kenyataan dan mencampuri urusan orang lain. Beliau adalah Naib Presiden dan bukan lagi ketua penerangan.

TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU (Cantik punya statement)


Apa akan terjadi agaknya bila kata-kata itu, TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU! diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP. Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar lagi?

Bila Penasihat GERAKAN sendiri yang bercakap begitu.. mana menghilang ahli-ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) yang bersemangat membela nasib melayu hari itu?

Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut.

"Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi.(darisungaiderhaka.blogspot.com)


Pagar makan padi? — Stephen Tan Ban Cheng


If Umno is not racist, why does it maintain an indoctrination agency like the Biro Tata Negara (BTN) which inculcates in young Malay minds the idea of Ketuanan Melayu and wariness of the other races? (For more on the BTN, read Dr Azly Rahman's chapter On the Problem of Ketuanan Melayu and the Work of the Biro Tata Negara in the book “Multiethnic Malaysia”.) — Kee Thuan Chye on Oct 18, 2009.
The raging public furore over the BTN underlines the naked inability of all component parties of the Barisan Nasional (BN) to restrain and moderate the unhealthy inclinations of a former Prime Minister.
It is now known that since the late 1980s the publicly-funded BTN, or the National Civics Bureau, has been allegedly indoctrinating Ketuanan Melayu or racial supremacy among Malay Malaysians. Worse still, the BTN, funded by our taxes, has also allegedly been instilling hatred against Chinese Malaysians.
In the movie “The Power of One: Rainmaker”, it was stated very clearly that “an ideology that attacks those who least threaten it will not outlast its own generation.” In this instance, Ketuanan Melayu can only be justified if the Chinese Malaysians are conflated into one identity that it never was, is or will be.
Clearly, the Chinese — forget for a while about those in Malaysia — are linguistically divided into various dialect groups, economically divided into various social classes and religiously divided into as many religions as can be found in the world.
In Malaysia, it is an unstated rule for years on end since Merdeka or independence in 1957 that there was a distinctive division between the Malaysian-born or Peranakans such as the Babas and Nyonyas on the one hand and the sin kheks (or new arrivals) on the other, although the sands of time have papered over this cleavage.
Clearly, the Chinese have been dissipated along lines that mark their different dialect groups, social class and religious inclinations. So, except for their supposed cultural affinity, how does a Chinese community threaten anyone when there is no community per se?
Nevertheless, according to a recent The Malaysian Insider report headlined “Inner details of BTN reveal past transgressions” bylined Shazwan Mustafa Kamal, the BTN has allegedly been stereotyping the various races as if each is a single entity, demonising opposition PKR leaders as spies for the Jews, demonising the opposition DAP as a communist party with close ties to Singapore and demonising the opposition PAS as Islamic militants.
Here is the classic case of naming, blaming and shaming people as a “group” without any perceived members of the group present and without those named, blamed and shamed having any recourse to respond at all. Where has the idea of upholding the pride and dignity of every Malaysian gone? Awry? And why? And even so, at the very expense of each and every Malaysian taxpayer, oblivious to the fact that has been recurring for perhaps 20 or more years!
And here comes the crunch. In another report headlined “Dr M transformed BTN to a super-racist agency, says former director”, The Malaysian Insider quoted Datuk Johari Abdul, a former BTN director who is now the PKR Member of Parliament for Sungai Petani, as stating that “it was former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad who transformed the BTN into a full-fledged racist indoctrination agency.”
Originally, Johari said, the BTN was headed by Abdullah Ahmad Badawi, then a civil servant. Abdullah, now a Tun, left the public service for the political arena where he eventually succeeded Dr Mahathir as the 5th Prime Minister on Oct 31, 2003. Dr Mahathir was Prime Minister for 23 years from July 16, 1981.
It is well known that today Abdullah has become the arch-rival of his predecessor after being hounded out of office on April 3, 2009. Abdullah enjoyed the second shortest tenure of five years and five months among the Malaysian prime ministers to date.
The 2nd Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein, was in office for five years three months from Sept 22, 1970 till Jan 14, 1976. His untimely demise shortened what political observers agreed would otherwise have been a long tenure. The 3rd Prime Minister, Tun Hussein Onn, was in office for five years six months from Jan 15, 1976 till July 16, 1981.
Since independence on Aug 31, 1957, the Peninsular Malaysian-based parties comprising the MCA and the MIC, together with the trend-setting Umno, had ruled the then Malaya as the Alliance until 1963 when the federation was enlarged into Malaysia by including Singapore and the East Malaysian states of Sabah and Sarawak.
In 1976, the Alliance, already incorporating the East Malaysian political parties since the formation of Malaysia in 1963, was enlarged into the BN through the inclusion of hitherto opposition Peninsular Malaysian-based parties such as the Gerakan Rakyat Malaysia and the People’s Progressive Party.
That the Biro Tata Negara had been transformed in the late 1980s — obviously, after Dr Mahathir consolidated his grip on the premiership following the resignation of his first Deputy Prime Minister Tun Musa Hitam on March 16, 1986 — without even a hint of opposition from these BN components constitutes eloquent testimony to the naked inability of all component parties to restrain and moderate the unhealthy inclinations of a former Prime Minister.
This cowardly acquiescense to the existence of this ugly ogre standing in the way of our nation-building efforts for perhaps 20 years or more must be contrasted with the forthright courage of those who have exposed this detriment.
Among others in my thoughts are ordinary Malaysians such as petroleum chemist and environmental pollution-control specialist Mariam Mokhtar, who hails from Ipoh and describes herself as someone who “values change but respects culture”, and PAS member Suhaizan Kaiat, who revealed that the party had as early as 2006 pushed for a revamp of the BTN.
Ordinary Malaysians must thank other Malaysians who have courageously spoken out against the hatred and indignity that was freely spewed out during the courses they attended. Ordinary Malaysians must recall what a former High Court Judge, Datuk Ian Chin, said when he exposed the existence of a “boot camp” in The Star on Nov 29 last year.
Among other things that Chin said on the eve of leaving the Bench on Dec 1 last year was that “former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had made thinly veiled threats against judges at the Judges Conference in 1997.” The former judge said Dr Mahathir threatened to sack judges who did not support him, although Dr Mahathir subsequently denied the claims.
At least two more dignitaries come to mind: former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah and Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz. Both have been forthrightly courageous in wanting the revamp of the BTN. Tengku Razaleigh recalled how he was victimised and demonised when he was in the opposition Semangat ’46 in the October 1990 general election.

Nazri, as a current holder of political office, at least has the guts to call a spade a spade, despite having to contend with the likes of Dr Mahathir.
Amidst all these exchanges, what must not be lost on Malaysians is that the culture of public service that used to be the hallmark of these BN component parties has been more than compromised by our relentless march towards authoritarianism.
From the time of our 1st Prime Minister, our beloved Bapa Merdeka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, our political leaders had begun as our protectors in a democracy. They were also the protectors of our democracy. Over the years, there has been a succession of leaders.
Have some of our leaders become our predators in an authoritarian system? Has the pagar jaga the padi or has the pagar makan the padi? Put in the English language, has the fence guarded the rice grains or has it eaten them?
As a nation, we enjoyed the checks and balances of power in our democracy, we rejoiced in the rule of law and we thrived in the doctrine of proportionality. Indeed, we Malaysians bathed in the fragrant juice of all the freedoms that democracy offered — freedom of faith, freedom of association, freedom of expression, et al.
We enjoyed the politics of consultation, compromise, cooperation and consensus just as we rejected the politics of confrontation, conflict and chaos. Our political parties were fundamental expressions of our democracy. Like all democracies, our political parties are supposed to be bottom-up democratic bodies. Have they now become top-down authoritarian outfits?
As in all democracies, these bottom-up bodies complement the role of our top-down civil service. Therein lies one of the secret intricacies of democracy. Therein also lies the way to ensure that the system does not produce the excesses of other systems that rob their people of their pride and dignity.
After March 8, 2008, Malaysians know the power of their ballot. Through the informed exercise of the ballot, we ensure that the dignity of all our fellow Malaysians is respected. This respect for fellow Malaysians must never be trampled upon, as it was trampled upon when the wind of arbitrariness blew off the candle that epitomised the life of Teoh Beng Hock.
Indeed, the dignity of any Malaysian, however humble he or she is, must always be upheld. And it can only be upheld if we Malaysians reject the hatred and indignity that the present BTN represents and put in its place the love and dignity that this nation must embrace.
Stephen Tan, a 59-year-old journalist-turned-lawyer with a small practice in his hometown of Penang, is a keen observer of Malaysian and world politics. He graduated with double degrees in law and political science from the University of Canterbury, Christchurch, at the ripe old age of 48.

Kes salah laku setpol PM ke SPRM

Pemuda PAS Wilayah telah menghantar laporan dan memohon siasatan terhadap beberapa kes salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk shafie Abdullah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad menyerahkan laporan itu kepada pegawai bertugas, En Mohd Yahya Mohd Rashid dihadapan Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, En Hasan Yahya.

Walaubagaimanapun, menurut Kamaruzaman laporan tersebut cuma diterima sebagai maklumat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan sebelum memaklumkan semula sama ada perlu membuka kertas siasatan ataupun tidak.

“Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut samada ia jadi kes atau tidak.

“Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di parlimen” tegas beliau.

Laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan tersebut turut dilampirkan salinan hansard parlimen bertarikh 7 Disember 2009, muka surat 35-38 yang mengandungi butiran-butiran ucapan Ahli Parlimen Wangasa Maju YB Wee Choo Keong.

Pada tarikh sama Sidang Parlimen, Wee Choo Keong telah mendedahkan bahawa Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Antaranya beliau mendakwa Shafie telah menggunakan pengaruhnya menghalang penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari mengambil tindakan meroboh Restoran Rashatini yang dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan.

Restoran terbabit merupakan premis haram kerana didirikan di atas tanah rizab DBKL.

Shafie juga turut di dakwa membantu menggunakan pengaruh beliau bagi membolehkan restoran tersebut mendapatkan peralatan dan kerusi milik DBKL secara percuma.

Selain kes itu, Shafie juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

Beliau juga pernah didakwa menggunakan pengaruhnya membantu rakan karibnya, John Tee, Pengarah Urusan Syarikat Evergreen Sdn Bhd bagi mendapatkan kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Beberapa kes salahguna kuasa beliau yang lain termasuklah menjadikan isterinya sebagai proksi dalam senarai lembaga Pengarah Syarikat Bukit Kiara Development Sdn bhd untuk memudahkan beliau menyalurkan projek-projek kerajaan.

Beliau juga didakwa memperolehi 30 lot tapak Pasar Malam Uptown Danau Kota menggunakan pengaruhnya dan terlibat di dalam kelulusan “development order” untuk membina shoopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan di dalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

Lagi artikel Utusan diadu kepada polis

Pemuda MIC menyeret seorang pengarang kanan Utusan Malaysia yang melabelkan India sebagai kaum yang suka buat kecoh dalam satu artikelnya semalam kepada polis hari ini.

Biro Integrasi Kaum parti itu membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di balai polis Sentul, Kuala Lumpur pagi ini.

Artikel tersebut menceritakan betapa kelam-kabutnya kehidupan di India yang dianggap telah mendarah daging dalam kaum tersebut, termasuk India di negara ini.

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.

"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising," artikel tersebut dipetik.

Penulis menceritakan pengalamannya berada di Hyderabad baru-baru ini sebelum mengecam tindakan pemimpin DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu.

Zaini kini berdepan tindakan saman oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok berhubung artikelnya 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang mengulas isu azan - kontroversi yang menyeret ahli parlimen DAP itu dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Apa yang tidak perkauman? — Aznan Bakar



Seorang teman bertanya, apa yang tidak mempunyai unsur perkauman di negara ini? Katanya, segalanya berkisar sekitar kaum dan berbaur perkauman. Bermula daripada saat dilahirkan, sampai mati setiap individu di Malaysia sarat dengan jati diri berasaskan kaum.
Itu merupakan realiti yang tidak dapat disangkal. Sejak merdeka hingga sekarang, negara dibina dan dibangunkan bersama dengan unsur ini.
Cuma Malaysia bernasib baik kerana kaum-kaumnya yang berbeza ini mempunyai semangat toleransi yang tinggi.
Mereka sanggup mengetepikan perbezaan kaum, agama dan budaya. Sebaliknya sedia untuk bekerjasama bagi memastikan negara berada di landasan yang betul untuk maju.
Ia diperkuatkan lagi dengan iltizam dan keazaman pemimpin untuk memastikan perbezaan itu tidak digunakan ke arah keburukan tetapi lebih kepada kebaikan hingga menjadi contoh kepada negara lain.
Cuba fikir dan renung sejenak nilai yang terdapat pada setiap individu yang bernama Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan di negara ini.
Apabila dilahir, anak-anak dinamakan mengikut kaum masing-masing. Kaum menjadi identiti mereka bukan negara.
Malaysia tidak seperti Thailand dan Indonesia di mana nama mencerminkan rakyatnya.
Di Indonesia biar Jawa, Minang, Madura atau pendatang Cina dan India, nama mereka hampir sama.
Begitu juga di Thailand, rakyat keturunan Cina yang menguasai ekonomi negara itu namanya mencerminkan dia adalah warga Thailand.
Tetapi di Malaysia perkara itu tidak berlaku. Daripada nama kita sudah tahu kaum seseorang itu. Dan daripada nama kita akan dibezakan mengikut kaum.
Apabila anak sudah besar dan mula memasuki alam prasekolah, ibu bapa akan memilih untuk menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan yang berasaskan kaum.
Orang Melayu menghantar ke tadika Melayu atau Islam. Cina dan India pula ke tadika yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Keputusan yang dibuat ini ada unsur perkauman. Mungkin tidak ada prasangka, tetapi pertimbangan perkauman tetap ada.
Begitu juga apabila tiba untuk masuk ke alam persekolahan yang sebenar. Masing-masing memilih untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasaskan kaum masing-masing.
Sebab itu di Malaysia ada sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah mubaligh Kristian.
Atas dasar apa semua sekolah ini wujud kalau tidak atas dasar perkauman?
Begitu juga dalam kehidupan seharian. Setiap kaum dibezakan dengan nilai dan identiti kaum masing-masing.
Yang menariknya perbezaan itu tidak pernah digunakan untuk mencetuskan sengketa yang merugikan semua.
Cuma apabila ada pemimpin yang mula mengungkit isu-isu berhubung kaum lain, ia menimbulkan sedikit ketegangan.
Di Malaysia semua pihak berjuang untuk mempertahankan hak dan kepentingan kaum masing-masing. Tetapi jangan sampai ke tahap menyinggung perasaan kaum lain.
Apabila ada pemimpin yang menggunakan isu berkaitan kaum ini untuk kepentingan politik mereka maka sudah tentu perbezaan sedia ada akan menjadi besar dan ketara.
Pemimpin politik yang menuduh lawannya bersikap perkauman dan mengungkit isu sensitif, sebenarnya dalam dirinya sendiri sarat dengan perkauman.
Mempersoalkan ketuanan Melayu misalnya merupakan satu sikap perkauman yang bertujuan menimbulkan kebencian.
Soal ini mungkin tidak termaktub dalam Perlembagaan. Kerana yang ada ialah hak istimewa orang Melayu.
Tetapi setiap rakyat tanpa mengira kaum sejak merdeka dulu faham, ia bukan bermaksud Melayu menjadi tuan kepada kaum lain dan kaum lain menjadi hamba kepada Melayu.
Ia telah diperjelaskan berkali-kali, namun tetap ada pihak yang mempertikaikan, kenapa? Kalau kaum lain menjadi hamba kepada Melayu, kenapa majoriti golongan profesional di negara ini seperti doktor, peguam, jurutera dan arkitek terdiri daripada bukan Melayu?
Kenapa ahli perniagaan yang kaya raya dapat memiliki satelit dan membina bangunan pencakar langit bukan orang Melayu?
Sebab itu apabila ada pemimpin menuduh lawan mereka mengamalkan perkauman, hingga membangkitkan hal-hal sensitif, sebenarnya merekalah yang bersikap demikian.
Ia ibarat periuk mengatakan kuali hitam.
Memang dalam politik negara ini ia tidak terlepas daripada elemen perkauman. Setiap kaum berkumpul membentuk parti politik yang mewakili kaum mereka dan kemudian bergabung membentuk parti yang lebih besar dan menubuhkan kerajaan.
Kewujudan parti-parti lain yang didakwa mewakili semua kaum juga sebenarnya sarat dengan agenda perkauman.
DAP misalnya, walaupun ia mendakwa mewakili semua kaum, tetapi sebenarnya ia lebih banyak memperjuangkan hal yang berkaitan dengan kaum Cina.
Sebab itu sepanjang penubuhannya parti itu pemimpin tertingginya mesti dari kalangan kaum Cina.
Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi peneraju pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan?
Walaupun ia dilihat mempunyai kombinasi daripada pelbagai kaum namun ia masih bergerak atas platform perkauman. Pemimpin yang berasal dari kaum tertentu lebih cenderung memperjuangkan nasib kaum mereka sahaja.
Perkara itu boleh dilihat kepada insiden-insiden yang berlaku di Parlimen. Apabila ia membabitkan kepentingan kaum tertentu ia akan dibawa dan diseret hingga ke Parlimen.
Mengapa Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming mempersoalkan hal pembinaan masjid jika ia tidak mempunyai unsur perkauman?
Tidakkah beliau sedar bahawa struktur rumah ibadat yang terbesar di Pulau Pinang atau mungkin juga di Malaysia bukannya masjid?
Begitu juga di kawasan Gombak, rumah ibadat yang terbesar ialah kuil Hindu di Batu Cave, bukannya masjid. Tetapi ia tidak pernah dibangkit dan diungkit oleh orang Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.
Kenapa apabila yang berkaitan dengan masjid dibangkitkan sebegitu rupa di Parlimen? Untuk tujuan apa?
Realiti bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum perlu diterima. Maknanya elemen perkauman pasti ada. Cuma ia perlu diuruskan secara bijak oleh para pemimpin dari semua peringkat tanpa mengira parti.
Jangan menggunakan unsur-unsur perkauman ini untuk kepentingan politik sempit semata-mata. Akibatnya cukup buruk.
Jika selama 50 tahun ini kita boleh bertolak ansur dengan perbezaan yang ada. Boleh tinggal, hidup dan mengecapi kemakmuran bersama, maka ia sepatutnya dikekalkan sampai bila-bila. — Utusan Malaysia