Rabu, 9 Disember 2009

Bajet Pahang tak perlu dibentang semula, MB koyak lampiran



KUANTAN, Dis 9 — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri ini tidak perlu membentangkan semula Bajet 2010 kerana kesilapan pada bajet yang dibentangkan pada 20 November lalu hanyalah pada lampiran ringkasan Penyata Kewangan Negeri Pahang yang dikepilkan dalam Bajet 2010.

Beliau berkata lampiran penyata yang dimasukkan dalam Bajet 2010 yang dibentangkannya itu adalah bagi memudahkan anggota Dewan Undangan Negeri membuat rujukan, sedangkan lampiran itu sebenarnya tidak perlu dimasukkan kerana laporan penyata kewangan yang penuh telah disediakan berasingan.

“(Sedangkan) Penyata Kewangan Negeri Kewangan 2008 yang dibentangkan pada sidang itu telah diaudit dan telah disahkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam yang meminta kerajaan negeri membentangkan semula bajet itu jika berlaku kesilapan dalam pembentangan bajet berkenaan.

Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail di parlimen semalam yang mempersoalkan tarikh lampiran itu yang sepatutnya ditulis tahun 2009 dan bukannya 2008.

Adnan berkata selepas mendengar taklimat Pegawai Kewangan Negeri Datuk Norzan Ahmad dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Mat Zara'ai Alias, kesilapan tarikh itu tidak menjejaskan pembentangan bajet dan sidang dewan yang berlangsung baru-baru ini.

“Apa yang penting ialah `iran ringkasan penyata kewangan yang disisipkan dalam buku Bajet 2010.

“Tahun depan kita tak masukkan lagi lampiran ringkasan penyata kewangan ini, anggota Dewan kena tengok buku laporan Penyata Kewangan Negeri Pahang,” katanya. — Bernama

Kebocoran Paip Air Punca Tragedi Bukit Antarabangsa


Laporan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa mendedahkan tragedi yang meragut lima nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah itu berpunca daripada kebocoran paip air.

Saluran paip yang bocor itu terletak sepanjang jajaran rumah terbengkalai di Taman Bukit Mewah yang menyaksikan kemusnahan paling teruk dalam kejadian 6 Disember tahun lalu.

Berdasarkan laporan ini, TV Selangor difahamkan berlakunya tiga siri gelinciran tanah setiap 3 hingga 5 minit.

Hasilnya mengakibatkan keruntuhan tanah seluas 4 hektar, dan meragut lima nyawa selain memusnahkan 14 buah rumah.

Laporan tersebut adalah hasil siasatan yang dijalankan jawatankuasa khas yang ditubuhkan diketuai oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun Malaysia Jabatan Kerja Raya (JKR-CKC).

Dalam laporan berkenaan, JKR mencadangkan agar sistem perparitan dalam tanah ditanam di kawasan resapan air dengan kadar kemendapan yang tinggi.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norziatulshima Tajjudin berkata, 50 naskah laporan berkenaan yang disediakan pihaknya habis dijual sebaik sahaja kaunter dibuka jam 8 pagi tadi.

Sehubungan itu, Norziatulshima menyarankan agar pihak yang ingin mendapatkan laporan tersebut membuat tempahan dengan MPAJ dan ianya akan diedarkan pada minggu hadapan.

"Next penjualan tu kita tengok mungkin dalam minggu depan. Kita tengok setakat ni baru 4 orang.

"Selalunya bergantung pada permintaan sebab kita pun tak tahukan berapa ramai yang nak. Lebih senang kalu dia buat tempahan,"katanya.

Antara pembeli laporan tersebut terdiri daripada pemaju hartanah dan individu.





Nak gi mana tu?...hmmm malu la nak jawab, minta tolong menteri wilayah jawabkanlah


Taxi Driver: Nak ke mana cik?



Penumpang : Saya nak ke bandar Sunway. Dekat jer, rumah saya kat Jalan Puki Mak U Lah...



Taxi Driver : Cik, kita ni orang Melayu. Tak boleh ke gunakan bahasa yang lebih sopan?



Penumpang : Nak sopan macam mana lagi bang? Dah memang itu nama jalannya.



Taxi Driver :!@#%^&*(

Bahasa menunjukkan bangsa....ada menteri pun tidur

Species Rasis Sudah Bebas!!

MCA dan Gerakan telah terkena jangkitan penyakit yang didiagnosekan oleh Dr Mahadhir iaitu "Melayu Mudah Lupa" . Oleh sebab, kali ini yang terkena penyakit ini ialah majoritinya kaum Cina dalam MCA dan Gerakan, maka apa kata kita namakan pula penyakit ini "Cina Sudah Lupa"

"Kaum Cina adalah pendatang" Oleh itu, mereka tidak layak mendapat hak yang sama. Itu adalah kata-kata manusia bernama Ahmad Ismail yang dijangkiti virus rasis. Fuullaaamaak..... havoc isu ini dulu. MCA mengamuk... Gerakan mengamuk!! Kaum Cina di Malaysia rasa seolah-olah mereka diperlakukan seperti warganegara kelas kedua.

Semua ini berlaku kerana orang Melayu berjenama UMNO yang sengaja membiak virus rasis dalam diri mereka, berasa marah kerana Ketuanan Melayu dicabar. Maka, mengamuklah rasis-rasis Melayu-UMNO ini, dengan mengoyak-ngoyakkan gambar pemimpin-pemimpin Cina dalam GERAKAN. Koyak gambar boleh mempertahankan Ketuanan Melayu yang sudah layu.??Hi hi hi.... piiigiirrraahh!!!

Kerana desakan-desakan daripada MCA dan GERAKAN maka, Ahmad Ismail telah digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun. Tapi, belum pun tamat tempoh hukuman, dia dibebaskan. Ha ha ha ha.... kerana berkelakuan baik kot!!

Si rasis yang bikin havoc sudah bebas.... tetapi, yang peliknya, bagaimana MCA dan GERAKAN.... boleh diam membisu. Tak berbunyi!! Takkan lupa kot.... sedangkan virus-virus rasis sedang menyerang Dr Mahadhir serta Nazri Aziz dalam isu BTN.

Ataupun.... mereka terlalu sibuk hingga boleh lupa. MCA dengan masalah dalaman yang belum ada kesudahannya dan Toh Tsu Koon pulak sibuk dengan KPI para menteri kabinet dapur Najib.

Apakah sindrom Satu Malaysia yang telah membuatkan mereka lupa?? Maklumlah.... prestasi mesti diutamakan.... kalau tidak nanti, terlepas pulak jawatan menteri!!

MCA... GERAKAN.... apa sudah jadi?? Apa tunggu lagi?? UMNO telah membuktikan yang ia membela pemimpin rasis, kerana... dia juga parti rasis. Tak mau larikah keluar dari itu parti Barisan Najis atau kita tukarkan namanya kepada Barisan Rasis.

Atau... kita gabungkan dia menjadi lebih dramatik... BARISAN NAJIS RASIS!!!

Umno Kena Jawab Soalan Ini

Ada dua soalan menarik yang dikemukakan oleh Nga Kor Meng, MP Taiping yang patut dijawab oleh Umno.
Pertama, bagaimana rakyat Malaysia boleh menghayati konsep 1 Malaysia dan ketuanan Melayu sedangkan konsep itu tidak memperlihatkan kesaksamaan dari segi bangsa?
Kedua, adakah konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah selari dengan impian bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya?
Semua orang tahu, ketuanan Melayu hanyalah retorik Umno sahaja. Ianya dilaungkan sungguh-sungguh semasa Umno kurang mendapat sokongan orang Melayu.
Kini, ketika Umno semakin hilang sokongan bukan Melayu, parti itu mempromosikan pula konsep 1 Malaysia, konsep yang lebih lunak berbanding ketuanan Melayu yang agak rasis.
Ringkasnya, semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.
Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.
Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.
Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?
Semasa Umno bermusuh dengan orang Melayu, Umno berbohong dengan konsep ketuanan Melayu dan semasa Umno bermusuh dengan DAP, Umno berbohong dengan konsep 1 Malaysia.
Apa yang benar? Umno hanya tidak bermusuh dengan (sebahagian) Melayu Umno dan tidak bermusuh dengan (sebahagian) bukan Melayu yang menyokong Umno.
Mengapa pula sebahagian? Kerana ada ahli Umno sendiri yang tidak mengundi Umno. Kalau Umno tidak bermusuh dengan orang Umno, tentu tidak akan ada ahli Umno yang tidak mengundi Umno.
Ramai orang Melayu yang melarat, bukan kerana mereka tidak layak menerima bantuan tetapi kerana mereka bukan Umno.
Dulu, semasa borang buku teks sekolah perlukan tandatangan JKKK Umno, ramai anak Melayu yang tidak ditandatangani borang itu oleh JKKK. Anak Melayu begitu dapat buku teks dengan ihsan guru sahaja. Bolehkah orang Melayu melupakan kezaliman Umno itu?
Hari ini, Umno tidak memberikan hak rakyat Kelantan, royalti. Bolehkah 30 tahun lagi rakyat Kelantan melupakan kezaliman Umno ini?
Kalau apa yang dibuat oleh Umno kepada orang Melayu 10 atau 20 tahun lalu, masih diingati oleh orang Melayu kini, maknanya kezaliman Umno hari ini akan tetap dikenang oleh generasi 20 dan 30 tahun akan datang.
Maksudnya, hari ini orang Melayu benci Umno. 20 atau 30 tahun lagi pun, orang Melayu benci Umno.
Umno juga pernah bermusuh dengan bukan Melayu. Semak balik kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika krisis parti itu dengan MCA. Apatah lagi tindakan pemimpin-pemimpin Umno terhadap orang bukan Melayu DAP.
Kalau orang Melayu tidak boleh melupakan kejahatan Umno, tentu itu juga perasaan orang bukan Melayu kepada Umno. Kebencian kepada Umno oleh orang Melayu dan bukan Melayu tidak pernah pudar. Kenapa? Kerana Umno menipu mereka dengan slogan yang diciptanya, ketuanan Melayu dan 1 Malaysia.

Sembilan Letupan Bom Di Selatan Thailand Sambut Ketibaan 1Malaysia...!!!

Wajah 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) beramah mesra dengan imam-imam dari Wilayah Selatan Thai ketika hadir pada Majlis Penamaan Jambatan Persahabatan di Kampung Buketa, Narathiwat (Selatan Thailand) si sini. Najib dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand berakhir hari ini. 

BANGKOK: Dua orang terbunuh dan 17 cedera akibat sembilan letupan bom dan beberapa serangan dengan senjata api di tiga wilayah di selatan Thailand semasa kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand ke wilayah yang bergolak itu hari ini.
Seorang jurucakap tentera Thailand berkata, enam daripada letupan bom itu berlaku di Yala dan meragut nyawa seorang anggota pasukan pemusnah bom.
Pegawai berkenaan terbunuh apabila sebutir bom meletup ketika sekumpulan anggota polis dan tentera menyiasat kes letupan sebelumnya, yang mencederakan dua anggota tentera.
Beberapa letupan bom berlaku di daerah Khopo di Pattani dan di Narathiwat serta mencederakan dua anggota tentera ketika mereka cuba mengalihkan sepanduk dalam tulisan jawi dan bahasa Melayu yang menyebut bahawa Pattani adalah sebahagian daripada Malaysia.
Seorang lelaki yang sedang memandu kereta pula ditembak mati oleh dua lelaki di Pattani.
Keganasan itu, termasuk serangan terhadap anggota tentera yang mengawal keselamatan guru dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, berlaku ketika Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva mengiringi Najib melakukan kunjungan separuh hari ke Narathiwat.
Mereka menghadiri satu majlis bagi menamanakan semula jambatan yang menghubungkan Bukit Bunga di Jeli dan Ban Buketa di Narathiwat sebagai Jambatan Persahabatan.
Selepas majlis itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Institut Islam Attarkiah di pusat bandar Narathiwat, sebelum menamatkan kunjungan dengan melawat Ban Rotunbatu, sebuah perkampungan yang dibuka oleh kerajaan Thailand bagi balu anggota tentera yang terkorban dalam sengketa selama lima tahun di wilayah berkenaan.
Kerajaan Thailand mengerahkan beribu-ribu anggota tentera bagi menjaga keselamatan dua pemimpin berkenaan serta anggota rombongan mereka.
Di Bangkok, Najib berkata Malaysia tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Thailand atau mencadangkan kepada kerajaan Thailand perkara yang perlu dilakukan bagi menamatkan sengketa berkenaan, tetapi menyatakan tentang kesediaan Malaysia menawarkan bantuan bagi mewujudkan penyelesaian berkekalan di wilayah yang bergolak itu.
Lebih 3,600 orang terkorban sejak kumpulan pemisah melancarkan semula kempen mereka pada Januari 2005 bagi menuntut kemerdekaan tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam -- Narathiwat, Pattani dan Yala -- yang bersempadan dengan Malaysia. BERNAMA
WAJAH 2 

YAM SENG...!!! CHEERS..!!!!



1500 sertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember

Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam. Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

"Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa," kata kenyataan itu.

"Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia," kata kenyataan itu lagi.

Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.

Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.

Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.

"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"katanya.

"Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.

Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.

"Cina Kaum Pendatang" – MCA, GERAKAN Dicabar Keluar BN

MCA dan Gerakan dicabar keluar dari Barisan Nasional (BN) berikutan pembatalan penggantungan bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengeluar kenyataan “Cina adalah kaum pendatang.”

Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran (gambar) menganggap MCA dan Gerakan sebagai parti tidak berprinsip jika kekal dalam BN walaupun tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Apa pendirian Gerakan dan MCA dalam hal ini? Adakah mereka berani membuat keputusan meninggalkan BN. Itu yang patut dibuat jika mereka ada prinsip.

“Saya tidak hairan dengan keputusan Umno. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan Gerakan dan MCA dulu yang mahu menghukum Ahmad.

“Kini semuanya kabur,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, sambil mendesak Umno membuat pengumuman rasmi mengenai isu itu.

September tahun lalu, Ahmad digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun kerana menyentuh sensitiviti kaum, tapi dibatal Jumaat lalu.

Pembatalan itu dibuat Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) manakala Ahmad sudah dimaklumkan perkembangan itu tetapi tiada pengumuman rasmi setakat ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula berkata, pembatalan itu meningkat imej rasis Umno dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

Beliau tertanya-tanya pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Koh Tsu Koon yang terlibat secara langsung dalam pertelagahan dengan Ahmad Ismail.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, apa pendirian Tsu Koon? Dan, apa sebenarnya mesej yang mahu disampai melalui keputusan itu?” katanya.

Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan penggantungan itu ditarik balik bagi mengukuhkan konsep Ketuanan Melayu.

Menyifatkan keputusan itu mengecewakan banyak pihak, beliau mendapati Umno cuba memulihkan individu yang didapati bersalah dalam kelakuan mereka semata-mata atas dasar kepentingan politik. -FMT

Penggantungan Ahmad Ismail ditarik balik



Umno Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menarik balik penggantungan Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun dari September kerana mengeluarkan kenyataan sensitif semasa berkempen.

Setiausaha Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau menyambut baik keputusan penarikan balik penggantungan Ahmad kerana beliau (Ahmad) masih merupakan orang penting bagi Umno, lapor Bernama."Saya percaya Majlis Tertinggi parti telah menimbangkan perkara itu secara serius sebelum membuat keputusan itu dan Umno Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan kepulangan Ahmad," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dilaporkan berkata Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu, memutuskan untuk menarik balik penggantungan Ahmad.
Tengku Adnan mengesahkan perkara itu ketika menjawab SMS yang dihantar Malaysiakini kepadanya mengenai keputusan tersebut.

Ahmad, bekas Ketua Umno Bukit Bendera, semasa dihubungi berkata beliau bersyukur kerana perjuangan parti kembali ke landasan dan mengucapkan terima kasih kepada presiden dan timbalan presiden parti atas pertimbangan mereka.

Beliau digantung daripada parti selama tiga tahun dari September berikutan kritikan orang ramai selepas beliau menganggap bukan Melayu sebagai "pendatang" semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.Pada 10 September lalu, MT memutuskan Ahmad digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun, ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Ariffahmi abaikan nasihat Mahfuz?


Menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatannya enggan mendengar nasihat Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menggesa peneraju utama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak lagi campur tangan dalam urusan penting syarikat terbabit.

Difahamkan, ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Razak, semalam mengeluarkan memo dalaman, mengarahkan semua urusan harian terus dilaporkan seperti biasa kepadanya sehingga tarikh pengundurannya pada Mac tahun depan.

"Segala urusan rasmi dan urusan surat-menyurat perlu dilapor dan dialamatkan kepada ketua pegawai eksekutif untuk sebarang tindakan susulan.

"Prosedur ini akan berkekalan sehingga tarikh akhir perkhidmatan saya pada 7 Rabiulakhir 1413H, bersamaan dengan 23 Mac 2010," memo yang ditandatangan Abdul Ariffahmi dipetik.

Ia diedarkan sehari selepas Mahfuz menggesa Nik Aziz, sebagai pengerusi PMBK, mengarahkan menantunya berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal-soal kewangan atau projek.

Ahli parlimen itu berkata, kedudukan Abdul Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta bagi memelihara etika korporat PMBK.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada memo ini, yang turut diterima Malaysiakini pagi tadi, dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan pemimpin kanan PAS itu.

Abdul Ariffahmi enggan mengulas perkara ini ketika dihubungi tadi.

Beliau, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, memaklumkan untuk menghantar notis peletakan jawatannya di PMBK pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk meletakkan jawatan 23 November lalu.

Katanya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk berbuat demikian seperti dalam syarat pelantikannya, selain ingin menyiapkan kerja-kerja sedia ada dan bagi membolehkan menteri besar mencari penggantinya.

Tidak jelas memo satu halaman Abdul Ariffahmi itu ditujukan kepada siapa kerana ia hanya bertulis "senarai edaran" dalam bahagian penerimanya.

Bagaimanapun, memo itu mengingatkan, arahan itu mesti dipatuhi semua pengurus dan kakitangan PMBK serta anak syarikatnya.

Satu salinan memorandum itu turut dilampirkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Mahfuz Pertahan Cadangan Demi Kebaikan PAS-Nik Aziz



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahankan cadangannya yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, segera melepaskan jawatannya demi kebaikan parti.
Mahfuz berkata saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya dilakukan demi cinta dan sayangnya terhadap parti serta Mursyidul Am PAS.
"Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz)... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Bagi meredakan polemik itu, Mahfuz berkata pengunduran segera Ariffahmi adalah tindakan paling tepat.
Isnin lepas, Mahfuz dalam kenyataannya menyebut adalah perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK, berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji, tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.
Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata tindakan Ariffahmi menghantar notis tiga bulan kepada perbadanan itu boleh menimbulkan kontroversi dan digunakan sebagai senjata untuk mencemuh Nik Aziz dan parti oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun cadangan Mahfuz itu mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak dan menyifatkan Naib Presiden PAS itu cuba mengajar Nik Aziz dalam isu berkenaan.
Cadangan itu juga dilihat sebagai satu tekanan baru kepada Ariffahmi dan Nik Aziz.
Mahfuz berkata beliau tidak mahu melihat Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej Menteri Besar itu sebagai seorang Tok Guru, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.
"Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS," katanya. BERNAMA

Kelantan Sahut Cabaran Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah



KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.
"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamed Nazri supaya Kelantan mengemukakan tuntutan itu di mahkamah berbanding usaha retorik Nik Aziz berdoa yang bukanbukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat.
Pada 4 Nov lalu, Najib mengumumkan untuk memberi wang ehsan tahun depan kepada kerajaan negeri itu sebagai menggantikan royalti minyak dan gas.
Bagaimanapun, Nik Aziz tidak bersetuju dengan kaedah itu sebaliknya akan terus berdoa supaya Tuhan membuka pintu hatinya dan pemimpin kerajaan Pusat yang lain supaya menjelaskan tuntutan itu dalam bentuk royalti dan jika kaedah itu tidak berjaya beliau meminta Tuhan menimpa bala kepada mereka.
Mengenai isu menantunya, Nik Aziz berkata terserah kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman untuk menentukan masa bagi melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah PAS Pusat dua kali memberikan peringatan terhadap perletakan jawatan itu.
"Sebagai pegawai kerajaan, dia (Abd Ariffahmi) tahu apa yang patut dibuat, sebab bila seseorang pegawai kerajaan akan berhenti tentu ada penggantinya dan ia tidak semudah yang kita jangka," katanya.
Nik Aziz mengulas mengenai saranan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta beliau mempercepatkan proses peletakan jawatan menantunya sebagaimana yang diputuskan oleh pimpinan PAS pusat sebelum ini. BERNAMA

Royalti: Nazri tidak perlu khuatir - Rizal Tahir


KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sidang media siang tadi memberitahu Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu khuatir kerana sudah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membawa isu tuntutan royalti ke mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang meminta kerajaan Kelantan menuntutnya di mahkamah berbanding kaedah berdoa yang disifatkannya sebagai doa bukan-bukan.

Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya pagi tadi juga berkata, kerajaan negeri sedang mengusahakan mengikut saluran perundangan setelah melihat tuntutan royalti tidak dapat diselesaikan dengan cara baik dengan kerajaan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa ‘bingung’ berhubung cadang terbaru menteri itu, sedangkan sebelum ini Nazri antara yang bersetuju untuk berdebat berhubung perkara yang sama.

“Sekali nak ajak berdebat, sekali suruh bawa  ke mahkamah, mana satu yang dia nak ni? Kacau dibuatnya," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang meneliti dari segenap aspek, supaya hak tersebut dapat dikembalikan kepada rakyat negeri itu.

“Kalau nak bawa tuntutan tu ke mahkamah,  kita kena ikut peraturan,  tak boleh buat sesuka hati sahaja. Cabarannya ni hak mana dia nak? Debat atau mahkamah?  Kalau mahkamah bukan sahaja dia yang nak? Kita pun nak, tetapi ada kaedah dia,”ujar Mursyidul Am Pas itu.

Saya Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Tun Mahathir - Nazri



KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.
Katanya walaupun pelbagai pihak mengkritik kenyataannya itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir kerana berpendapat modul baru BTN haruslah selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang...dulu tak kiralah, tapi dipinda, itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator, oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan bahawa kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.
"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya?
"Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.
Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya.
"Jangan anggap yang saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita, dengan itu beliau perlu menerima hakikat yang beliau juga terbuka kepada kritikan," katanya.
Mohamed Nazri juga berkata yang beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.
Ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan daripada keduadua belah pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai.
"Malahan pembangkang juga saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka. Ini zaman teknologi maklumat, bagaimana anda nak sembunyi? Apa salahnya saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka?," katanya.
Semalam Muhyiddin berkata adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap dan tidak dilihat berdebat atau berpolemik secara terbuka mengenai agensiagensi kerajaan seperti BTN.
Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah.
"Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia," katanya.BERNAMA

"Mari selesai cara adik beradik" - Timbalan Pesuruhjaya Pas III K'tan




PETALING JAYA: Isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan tidak perlu dibawa hingga ke peringkat mahkamah kerana masih terdapat ruang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi menyelesaikan perkara berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan 'anak-beranak'.
"Buat apa nak bawa sampai masuk mahkamah, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik," kata beliau.
Jelasnya, kerajaan negeri masih menaruh harapan agar satu perbincangan khusus dapat diadakan dengan perdana menteri berhubung isu tuntutan royalti minyak ini.
"Baru-baru ini kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan kepada perdana menteri untuk diadakan satu rundingan berhubung isu ini.
"Kita harap sangat agar diberikan satu ruang untuk diadakan perbincangan tersebut, cara bersemuka lebih molek.
"Malah ini adalah isu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, selesaikanlah ikut cara anak-beranak, Kelantan pun sebahagian daripada Malaysia," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.
Mohamed Nazri dilaporkan berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik antaranya tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap perdana menteri dan kerajaan pusat.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya "pecah perut" sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.
Pada 4 November lepas, Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat kepada Kelantan yang akan bermula tahun depan.
Sehubungan itu Mohd Amar berkata, kepimpinan PAS Kelantan merasakan masih terlalu awal untuk membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.
"Sekarang bukan masanya lagi... masih terlalu awal, kita tidak akan terburu-buru tentang isu ini," ujarnya.

Yes, you are!! No,I'm not!!! Both of you, are... bodoh!!


Ooohhh...rupanya Che Det dengan Nazri ini ada dendam sejak dahulu kala lagi. Berdendamnya demer berdua, kononnya ada kaitan dengan anak pompuan Che det yang bernama Marina. Teman terbaca ini dalam satu blog tapi dah lupa yang mana satu. Entah betul... entah tidak, wallahu'alam...

Pasai bebudak.... bapak budak masuk campur. Bapak budak pulak... jenis yang berdendam. Ater, dendam kesumat itulah yang terbawa-bawa hingga demer berlaga sampai ke hari ini. Lepas satu isu... ke satu isu... asyik nak bertembung ajer. Tak boleh nak sependapat.

Kali ini demer berperang mulut pasal isu BTN. Yang sorang kata, BTN udah tak boleh pakai sebab tak selari dengan konsep One Malaysia Najib. Ia mengapi-apikan semangat perkauman. Tetapi yang sorang lagi pulak kata... BTN masih relevan kerana ia memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.

Malangnya bagi Che Det.... ramai yang tak sependapat dengan dia. Bukan setakat si Nazri ajer. Ramai lawan satu!! Ramai yang dah tahu tembelang BTN, malah ramai yang telah mengalami apa yang berlaku dalam kursus-kursus BTN. Sebab itu, orang semua kata, masa era dialah, BTN mula memperkudakan BTN untuk kepentingan politik pihak berkuasa..... Ya, semasa dia berada di kerusi nombor satu negara. Dia tahu BTN boleh diperkuda... sebab itu dia pertahankannya. Dia bercakap melalui pengalaman.

Nazri tuduh Che Det racist... Che Det tuduh Nazri racist. Aha.... sebenarnya kedua-duanya racist kerana mereka sama-sama menganggotai parti yang racist.... UMNO!!!

Lantaran itu... kalau tak nak dilabelkan sebagai racist, dua-dua keluar daripada UMNO dan duduk diam-diam. Habis ceriter!! Tak payah lagi nak menyibuk hal-hal Satu Malaysia.

Che Det dan Nazri... hangpa sama saja. Dua-dua serupa. Cuma tak seiras jer. Yang bezanya, sorang muda... sorang tua, serang ada rambut... sorang botak, sorang dah tak laku... sorang dok masih cuba cari populariti. Ha ha ha... Tapi, bab RACIST..... hangpa sama, hangpa serupa!!

Itulah dia BTN, sebuah entiti yang kini menimbulkan kontroversi. Namun... ramai berpendapat yang ia patut dimatikan atau diganti dengan sesuatu yang lebih telus tentatifnya.

As for Che Det... let him be. Dia nak cakap apa.... biaq pi situ. Apa dia cakap pun, dah tak laku!! Bagi chance la dekat dia sebelum dia 'pergi'.... Tak lama lagi tu.

As for Nazri pulak... lantak ke dia ler. Selagi dia berada dalam UMNO... parti yang racist, bermakna memang dia pun racist. Kalau tidak, dia takkan berada dalam situ, dulu.... kini... dan selamanya!!

INI BOS MESTI TAHU..!!

BUAT BISNESS BOSS MESTI TAHU - ATAU BISNESS BOSS ?




PARLIAMENT SIASAT SETPOL NAJIB
-malaysiakini

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Najib Razak di dewan itu semalam.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.

PEMUDA PAS MAHU SETIAUSAHA POLITIK PM DIGANTUNG TUGAS – harakah daily

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat Perdana Menteri wajar menggantung tugas Setiausaha Politiknya, Shafie Abdullah sepanjang waktu siasatan dijalankan jawatankuasa Khas ditubuh parlimen.

Ketuanya Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu, selain bagi melancarkan proses siasatan, tindakan tersebut juga dilihat terbaik dan pernah ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semasa Pegawai Khas beliau Yahya Sahri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Parlimen semalam memutuskan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa beliau telah "dihalang" oleh Shafie di dewan itu semalam.

DPPWP juga menyokong penuh cadangan Wee supaya Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kepentingan beliau dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd, Bukit Kiara Development Sdn Bhd dan Maju Bangun Sdn Bhd, dimana ke semua syarikat ini terlibat dalam beberapa tender projek kerajaan.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BOSS SENYAP AJE… kah kah kah..

kah kah kah… PASAL APA BOSS SENYAP ?... kah kah kah…

kah kah kah… BOSS BUSZZZZZZZ KE?... kah kah kah…

woit… DULU KATA DOLAH BUSZZZZZZ…. kah kah kah…

kah kah kah… SEKARANG PUN SEMUA SUDAH BUSZZZZZZZ….. kah kah kah…

woit... BTN TARAAAAAK KOMEN...WHAT STORY...kah kah kah

Tukar Tiub

Bila artis mengkritik doa TGNA !

klik untuk pembesaran imej

Oleh : albanjari
Wak bukan mahu mempertikaikan apa yang Hj. Aznil tulis di ruang kolum minggu lalu. Walaupun pada hakikatnya, hujah yang disampaikan beliau jelas dangkalnya, tetapi sekurang2nya beliau berani menulis dan mempersoalkan doa TGNA itu dari kacamatanya.

1 soalan sebelum wak meneruskan penulisan ini. Soalan ini ditujukan kepada Hj. Aznil, dalam isu yang beliau tulis, mengapa beliau tidak menganalisis serta mengulas doa TGNA secara keseluruhan, bukan sekadar ambil sekerat-sekerat, Kenapa beliau tidak ulas dan sebut doa-doa TGNA yang meminta dan memohon kepada Allah swt. diperbetulkan jalan berfikir PM supaya menerima Islam yang syamil ?

Dari sudut islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh islam !

Malah jika kita membuka himpunan hadis dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini,
" Wahai Tuhan, tolong balas bala, keatas orang yang zalim". Maksud doa yang hampir sama ini juga terkandung dalam Qunut Nazilah yang berbunyi " Wahai Tuhan, musnahkanlah golongan kafir dan munafik",
dan kita juga wajar untuk faham bahawa selain dari orang kafir yang nyata, orang munafik juga ramai. Menafikan hak yang wajar dinikmati oleh seorang hamba yang lain adalah dikira zalim. Begitu juga dalam soal royalti minyak Kelantan. Isu ini sangat jelas lagi terang. Tidak perlu berlampu suluh untuk menyatakan bahawa itu memang sudah mutlak hak kerajaan Kelantan. Mengapa mahu ditahan-tahan dengan seribu alasan.

Apakah hal ini tidak diketahui oleh PM, dan salahkan bagi TGNA mengangkat tangan menadah doa kepada Allah diatas sikap zalim pemerintah berkaitan isu royalti ini ? Ini bukan soal politik Hj. Aznil oi, ini soal hak dan kezaliman pemerintah.

Pesan wak, jangan menjadi zalim dan menzalimi diri sendiri ketika menulis, buat Hj. Aznil cuba fahamkan maksud Hadis dibawah yang bermaksud,
" Takutlah kamu kepada doa yang dizalimi, biarpun dia itu seorang kafir, sesungguhnya diantara Allah dan si kafir (yang dizalimi) yang berdoa itu tiada hijab(halangan) antaranya", (sahih Al-Jaamii:119)
Jika sudah begitu kata maksud hadis terhadap doa orang kafir kepada Allah, apatah lagi doa orang mukmin disisi Allah ? Memang wajar media perdana sensasikan isu doa ini, kerana jelas 'ketakutan' yang berganda-ganda bukan sahaja kepada 'mereka-mereka' itu, malah bukan setakat artis digunakan, mufti juga turut dihumban sama untuk melontarkan bahawa doa itu tidak islamik dalam konteks negara ini. Ia disensasikan kerana 'doa' itu jika dimakbulkan pasti akan menimpa tubuh badan dan kepala jemala mereka yang sebenarnya. Mereka ketakutan !

(*) Untuk Hj. Aznil, wak minta tuan 'kunci' hadis akhir yang dituliskan itu buat renungan haji, bukan sekadar mengunci lirik di Astro. Ingat tu !

Lanun bakal mengganas lagi!!


Dulu BN rampas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dengan cara paling keji dan paling tidak demokratik. Kini lanun yang sama mahu merampas dan merompak kesejahteraan rakyat Satu Malaysia pulak.

Kehidupan rakyat yang sememangnya kurang sejahtera, akan dirompak wang mereka pula oleh Piem Satu Malaysia. Yang kaya dan berada tidak akan berasa apa-apa... tetapi, bagi yang miskin dan sederhana... pasti akan menderita.

Dalam keadaan hidup rakyat dihimpit kesusahan akibat keadaan ekonomi tenat, mereka akan dihimpit lagi apabila GST, yang khabarnya akan dilaksanakan pada tahun 2010. GST akan menjadi alat atau instrumen untuk kerajaan Satu Malaysia merompak wang dari rakyatnya sendiri.

Kecuali bahan makan asas.... lain-lain barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai. Maknanya... rakyat terpaksa membayar lebih kepada hampir semua barangan kecuali keperluan makanan asas.

Ini bermakna kos sara hidup kita yang sememangnya sudah tinggi, akan melambung lebih tinggi lagi. Taraf hidup pun pastinya akan merosot. Malangnya nasib kita rakyat Satu Malaysia berada di bawah pemerintahan Piem Satu Malaysia, lanun yang bakal merompak wang kita semua, ikut suka hati mak bapak dia saja.

Apakah dia begitu terdesak sehingga sanggup merompak wang kita?? Apakah pendapatan rakyat Satu Malaysia sudah cukup tinggi untuk dia melaksanakan GST?? Ngeri.... ngeri.... Tahun 2010 akan menjadi tahun yang mengerikan!!

Ada orang kata GST maknanya... Go Squeeze Them!! Tepat sekali... tetapi yang malangnya, kita yang kena perah. Wang daripada titik peluh kita yang akan mereka perah. Apabila kerajaan susah.... wang rakyat diperah tetapi dalam keadaan kerajaan senang-lenang, rakyat mereka tak pandang. Sebaliknya, kantung diri dan kroni yang mereka penuhkan dengan wang. Memang dasar lanun!!

Sebab itu, rakyat jangan bagi muka dengan kerajaan seumpama ini. Kita mesti ajar mereka. dalam PRU 13 nanti, kita buang mereka daripada tampuk kuasa. Biar mereka tahu siapa yang berkuasa. Rakyat atau mereka??

Oleh itu, tunjukkan dan gunakan kuasa kita untuk nyahkan mereka. Tanpa mereka, kita akan lebih sejahtera.

Memupuk Nilai Intelektualis-Kepimpinan


Oleh HASMI HASHIM
Lama sudah hamba mencari; baru kini hamba mendapat.
Ya, apa kata kita mengenyampingkan seketika isu-isu politik harian, atau daily politic yang merantai ke pinggang-pinggang masyarakat kita sehingga kadang terasa begitu menyesakkan.
Ayuhlah sesaat kita sama-sama melihat kepada punca pergelutan zaman ini; persoalan yang lebih mendasar, yang sedang dideritai oleh bangsa. Apakah akar-akar permasalahannya?
Minggu sudah, 4 Disember 2009, muncul sebuah esei yang ditulis saudara Rozaini Mohd Rosli di portal-opini PerakExpress ini. Tulisan itu berjudul “Gerakan Intelligensia Malaysia (”GIM”) belum berupaya mempengaruhi massa”. Isinya, mengenai peranan cendiakawan dalam politik.
Sehingga saat saya menuliskan reaksi kepada esei berkenaan, komen di bawahnya hanya ada 2, meski sudah 4-5 hari tersiar. Saya yakin, Rozaini boleh sahaja menuliskan sesuatu untuk memancing komen yang menderu; tetapi nampaknya sekali itu beliau tak mengambil langkah populis di atas isu yang sensasi.
Penulisan, seperti juga politik, tidak salah untuk jadi popular ~ hanya dicelah-celah riuh rendah (kadang kala terlajak sehingga menjadi maki-hamun) dan hiruk pikuk politik, perlu juga perenungan lebih mendalam dan jernih agar kita bisa meneruskan agenda perubahan dengan tampan.
Peranan dan jiwa besar sedemikian dengan sendiri lebih menghampiri maksud sepotong pesanan al-Quran: “Dan, hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar…”
Ada perkataan “kebaikan” yang lebih awal sebelum disusuli seruan untuk mengajak melakukan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Kebaikan, tidak dibayangkan bermula dengan jumlah yang ramai ~ begitu juga fitrah perubahan. Ia, sering bermula dengan “di antara kamu” dan “segolongan umat” sepertimana isyarat dalam ayat 104 surah Ali Imran itu tadi.
Intelektual, sering bukan terdiri daripada golongan majoriti. Kerana ia minoriti, kerana ia tak lain hanya untuk berpaut kepada kebenaran hujah, ilmu dan idealisme; maka mengutip kesedaran Rozaini, di arena politik, akan selalu ada “conspirasy of silent” terhadap kaum intelektual. Tujuannya, kata beliau, bagi status quo dapat kekal.
Contoh “conspiracy of silent” adalah apa yang pernah tertimpa ke atas [allahyarham] Dr Syed Hussein Alatas. Beliau sekurang-kurangnya menuliskan dua buku untuk menjawab langsung dan tidak langsung pandangan Dr Mahathir Mohammad. Paling popular ialah buku “Mitos Pribumi Malas” yang jadi kilasan terhadap buku “Dilema Melayu”.
Apakah yang dilakukan Dr Mahathir selepas itu? Tak lain, hanya dengan mendiamkan sahaja: silent. Dia, bolehlah generasi hari ini menganggapnya tak berani sama sekali menjawab hujah yang dikemuka Dr Syed Hussein ~ sedangkan kita tahu, Dr Syed Hussein juga pernah bertindak sebagai seorang politisi.
Di mata orang politik seperti Dr Mahathir, sesiapapun adalah pesaing; dan pesaing juga pada bila-bila masa boleh bermakna musuh…
Tanjung labuh berlombong,
Ada raksasa terkinja-kinja;
Asal bodoh hujungnya sombong,
Hilang kuasa habislah ia
.
Walau ada beberapa hal yang barangkali saya sendiri tak bersetuju dengan Dr Syed Hussein, tetapi bukan calang-calang rekod beliau yang menubuhkan Parti Gerakan, dengan dasar utamanya sebagai parti pelbagai-kaum. Pernah menang dan menawan pula Pulau Pinang. Hanya, dengan komplot yang diatur “ahli politik biasa” itu, maka sesuatu dilakukan untuk menyisihkan dan membunuh terus karier politik Dr Syed Hussein.
Serangan di dalam Gerakan ditaja. Parti itu kemudiannya memutuskan untuk menyertai Barisan Nasional; keputusan yang sangat tak dipersetujui dan ditentang habis-habisan oleh Dr Syed Hussein sendiri sebagai salah seorang pelopor parti. Beliau kalah.
Bagi saya, beliau kalah bukan kerana beliau ‘tak kuat’, tetapi kerana barangkali beliau tak tergamak ‘membunuh’ sepertimana kelakuan lawan-lawannya yang ‘lemah’, yang tak berlatar ilmu dan pemikiran sebagai landasan politik. Hanya tak lebih sebagai apa yang kita sebut “political animal” dengan politik adalah rimba-belantaranya.
“Orang politik itu”, menang. Memang. Tetapi, apakah dengan kemenangan yang sedemikian, persoalan lebih besar, iaitu politik sebagai alat menciptakan tamadun dan demi mengangkat derajat manusia dapat tercapai? Wallahualam
Sepatah kata Ronggowarsito, penyair Jawa dengan puisinya yang terkenal itu “Jaman Edan” (”Zaman Gila”): “Namun telah menjadi ketetapan Allah | Betapa untungnya orang yang lalai | Lebih bahagia orang yang menjaga kesadaran”.
Yang pasti, politik jarang sekali mahu digunakan sebagai medium paling ampuh demi pembinaan tamadun dan demi mendahulukan kemaslahatan manusia. Politik-kekuasaan sering dipusatkan kepada diri politikus itu sendiri, untuk populariti, pangkat dan kemudiannya untuk apa lagi kalau bukan wang ringgit.
Penyisihan, konspirasi terhadap golongan bijak pandai dan moderat juga berlaku, misalnya kepada [allahyarham] Datuk Asri Muda, mantan Presiden Pas.
Pada siang 23 Oktober 1982, di dalam dewan Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); di dalam Muktamar Tahunan Pas ke-28, terdengar laungan lantang “marakbar Asri”: “mampuslah Asri”. Slogan itu, berselang seli dengan kalimat “Allahuakhbar“. Dilontar konsep “kepimpinan ulamak”, dan dari sana, Asri ditumbangkan.
Asri ditumbangkan bukan dengan cara persaingan idea dan gagasan, tetapi dengan politik intrik berslogan “marakbar Asri”. Dengan itu, terbayang seolah-olah Asri jadi ‘agen’ Amerika. Tidak lagi Islamis, kerana, slogan itu asalnya adalah dipungut menjelang Revolusi Iran, iaitu “marakbar Amerika”. “Mampuslah Amerika”. Selepas lebih 20 tahun, kita yang hidup hari ini mulai tak dapat menerima bagaimana nakal politik yang cuba mengaitkan Asri-dengan-Amerika.
Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa rencana menyisih golongan politik-intelektual juga tertimpa kepada sekian ramai tokoh lain; seperti Datuk Onn Jaafar yang ditikam dari belakang oleh kaum elit fuedal berdarah biru; yang tak mahu darah rakyat biasa memimpin negara ini selepas merdeka. Tertimpa juga ke atas Mohd Natsir di Indonesia; malah kepada Muhammad Hatta, seorang tokoh yang jauh lebih gemilang pemikiran serta demokratik berbanding Seokarno sendiri.
Antara kesedaran utama yang tersurat di bawah tulisan Rozaini sebenarnya tak lain ialah: politik harus dipandu oleh pemikiran dan aturan main yang matang. Itulah “politik pencerahan”. Politik yang berpandu nafsu sarakah adalah politik jahiliah. Itulah “politik gelap”.
Keresahan atau keinsafan sepertimana yang menghurungi pandangan sedemikian, saya terpa akan berpenghujung kepada persoalan asas, iaitu: kepada siapa nasib bangsa dan umat hendak kita serahkan?
Setidak-tidaknya inilah budaya politik baru yang membezakan kita dengan politik lapuk rejim sebelum ini. Umno, misalnya menjadi parti yang langsung tidak mengutamakan diskusi, perbincangan terbuka apatah lagi pemikiran. Yang wujud tak lebih sekadar propaganda murahan.
Lihat sahaja kala pertandingan Ketua Pemuda Umno menjelang Mac lalu; yang wujud semata-mata perebutan kuasa dan slogan-slogan kosong. Tak ada langsung kesedaran untuk membawa idea dan gagasan lebih besar.
Tak ada, misalnya seperti di Amerika dalam apa yang dikenali sebagai “Presidential Debate”, atau “Debat Kepresidenan” antara calon-calon yang bertanding. Dalam budaya kampus tahun 70-an, ada apa yang dikenali sebagai “speaker conner”, dan terkubur apabila wujudnya Auku.
Di pentas debat terbuka sedemikian, maka masing-masing dapat membuat bukan sahaja penonjolan karisma, tetapi juga mengemuka gagasan untuk dinilai oleh umum. Masakan jawatan setinggi ketua sayap pemuda pusat, tetapi tanpa debat antara calon-calonnya.
Ya, tak perlu pisau yang disembunyikan di belakang… Mata mari bertentang mata.
Politik mengatur di belakang tabir atau “intrik”, wajar dikurangi kalaupun tak boleh dikikis terus. Sebuah aturan main lebih matang perlu diwujudkan.
Kerana tak mahu mengulangi penyakit Umno-BN; kita perlu juga merenungi saranan Rozaini bersama generasi muda yang insaf agar cendiakawan harus ada tekad terjun ke kancah perjuangan; kita juga berharap agar politikus yang ada itu sendiri wajar juga sama menginsafi untuk mengilap upaya intelektualisma.
Tak perlulah menyorok belati di lipat kain, kerana belum tahu lagi belati mana lebih tajam berbisa matanya.

Pecah Perut Bakal Jadi Kenyataan...!!! "Lets cheers "..???

Doa Menteri Besar Kelantan yang dijadikan isu oleh UMNO BN nampaknya bakal dimakbul oleh Allah s.w.t. apabila hari ini dengan jelas terpapar sekeping gambar, "lets cheers", Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjiva.

Ianya dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dan Thailand sentiasa menjadi perkara utama kerana kedua-dua negara bukan hanya merupakan jiran terdekat yang berkongsi sempadan, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama.

"Kedua-dua kerajaan telah menunjukkan mereka boleh bekerjasama untuk kepentingan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata keputusan kedua-dua kerajaan pada 14 Okt 2004, untuk menandatangani perjanjian bagi membina jambatan itu adalah bukti kepada hubungan baik kedua-dua negara yang telah menghasilkan banyak projek usahasama untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan bersama.

Najib berkata demikian ketika bersama-sama Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva merasmikan jambatan itu pada majlis menamakan semula jambatan berkenaan sebagai Jambatan Persahabatan.

Di dalam gambar berkenaan, Najib selaku seorang "pemimpin beragama Islam" tidak segan silu untuk melakukan satu majlis cheers, yang ramai meyakini Najib bersama PM Thailand memegang segelas wain setiap seorang, semata-mata untuk membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara .

Ulasan GB

Rasanya betul kot ia wain. Kalau tak betul GB pohon maaf. Namun hati kecil GB masih menyatakan ia sejenis minuman keras, dan umat Islam diharamkan meminumnya.

Minum Arak, Tak Pakai Tudung, Perlu Sama Penting Bagi PAS


“Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi enggan mengulas lanjut berhubung kritikan Nik Amalina itu, tetapi secara sinis berkata:
“Saya tidak mahu komen tentang isteri orang. Tetapi kalau isteri saya, kalau saya buat kesilapan, dialah orang pertama yang akan menegur saya.”
Mengulas kritikan secara peribadi Nik Amalina terhadapnya – antaranya dengan mempertikaikan akhlak Islamnya – Syed Azidi berkata, perkara itu didengari sejak hari pertama beliau menjejakkan kaki di Kelantan pada 2007.
“Dan pada Disember 2008 Abdul Arriffahmi sendiri ada tanya saya berhubung perkara itu. Dia kata dia dengar ada orang kata.
“Saya kata, mintalah orang itu kemukakan bukti,” jelasnya yang popular dengan nama blognya itu atau kadang-kadang Sheih.
Diminta mengulas sama ada PAS masih tidak dapat menerimanya kerana tidak membawa perwatakan Islam ala PAS, seperti memakai kopiah, Syed Azidi berkata:
“Pada saya berbahaya kalau PAS balik pada imej itu. Ia akan memakan diri. Sokongan dalam pilihan raya bukan daripada ahli PAS sahaja, tetapi majoriti senyap (silent majority) yang lain.
“Mereka menyokong PAS bukan semata-mata kerana agama, tetapi prinsip. Dalam amalan demokrasi, undi peminum arak, orang tidak pakai tudung juga sama-sama penting,” katanya. Baca lanjut di sini.

Jais bertindak lagi — Khalid Samad



DIS 9 — Isu penafian tauliah di Selangor terus dipertingkatkan. Baru-baru ini Jais yang merasakan diri mereka memegang “franchise” Islam Negeri Selangor telah baru-baru ini memperlekehkan pula Saudara Akhil Hayy dengan kenyataan dari Pengarahnya bahawa Akhil Hayy “cetek ilmu agama”. Dengan kenyataan itu maka sekali gus menyatakan beliau tidak pernah dan tidak akan diberi tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Saya tidak berhajat untuk menyentuh perihal peribadi Akhil Hayy yang kebanyakkan dari kita sendiri pun tidak tahu hujung pangkal dan perkara itu juga bukan merupakan alasan mengapa tauliah tidak diberikan. Maka apakah mungkin, Pengarah Jais melihat seolah-olahnya beliau sedang berada di satu kedudukan yang begitu kukuh dan merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja dengaan sesuka hatinya tanpa adanya apa-apa implikasi terhadap dirinya. Kuasa yang diperolehinya dirasakannya mutlak tetapi hakikatnya masyarakat sedang menilainya.
Melihat tindakan Pengarah Jais yang seolah-olah mabuk kuasa ini, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya: Sedalam mana ilmu agamanya untuk menempelak Akhil Hayy sebegitu rupa? Bukankah beliau juga hanya berkelulusan ekonomi, seorang pegawai PTD, bekas DO dan pembantu politik kepada Tan Sri Muhammad Taib? Tidakkah benar bahawa beliau ditarik masuk sebagai Pengarah Jais pada zaman Khir Toyo dengan tujuan menyekat gerakan dakwah yang sedang giat berkembang di surau dan masjid di seluruh Negeri Selangor pada ketika itu yang turut menghasilkan pertambahan sokongan bagi PAS di dalam PRU yang lalu?

Tidakkah benar bahawa beliau juga yang bertindak tegas menguncikan Surau Seksyen 8 selama 8 bulan sehingga ahli Qariyah terpaksa ke Seksyen 11, 6 dan 4 untuk kegiatan keagamaan mereka? Ini dilakukan semata-mata kerana lanjutan dari Ahli Qariyah yang ingin AJK surau dipilih oleh mereka sendiri. Adakah tindakan seperti ini demi mengukuhkan pegangan ummat Islam kepada agama Islam atau hanya sekadar demi kepentingan politik Umno?
Tidakkah beliau ingin melihat usaha dakwah berkembang dan tersebar luas, mampu menarik sebanyak mungkin rakyat dari setiap lapisan masyarakat? Tidakkah beliau sedar bahawa orang seperti Akhil Hayy mampu menarik perhatian pemuda pemudi yang tidak tertarik kepada pendekatan ustaz-ustaz yang lain?
Tidakkah beliau sedar bahawa kerja dakwah ini wajib ke atas setiap Muslim? Walaupun dakwah ini perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing namun ianya perlu diusahakan. Tidakkah beliau sedar bahawa tindakan beliau menyekat usaha dakwah? Adakah itu sahaja kepakaran beliau?
Saya boleh bersetuju dengan tindakan beliau sekiranya Akhil Hayy didapati menyampaikan ajaran salah. Sekiranya tiada dan apa yang disampaikan menepati ajaran Islam maka apa salahnya? Walaupun perkara yang disampaikan adalah basic, mencintai agama, mencintai Allah dan Rasul, namun kaedahnya mungkin lebih menarik bagi sebahagian pihak dari kaedah lain. Latar belakang Akhil Hayy boleh menjadi daya penarik bagi golongan remaja untuk hadir mendengar ucapan-ucapannya. Apakah Pengarah Jais ini tidak sedar akan masalah sosial yang sedang melanda masyarakat? Ataupun beliau sekadar tidak kisah?
Sekiranya ingin diletakkan KPI kepada Pengarah Jais yang sediada, amat jelas beliau telah gagal memenuhi keperluan ummat Islam dewasa ini. Beliau tidak mempunyai wawasan dan kaedah yang jelas berhubung cara untuk menarik perhatian ummat Islam, khususnya generasi muda, untuk menghayati Islam dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Beliau juga tidak menunjukkan minat untuk menarik minat orang bukan Islam terhadap kebenaran dan kehebatan Islam. Bukan Akhil Hayy yang sepatutnya dihalang. Sepatutnya beliau yang sepatutnya dihalang dari terus merosakkan imej Islam melalui tindakan-tindakan yang mencerminkan kesempitan akalnya. — khalidsamad.com

Khairy to join the Cabinet?

SD Idid
KUALA LUMPUR – A Cabinet reshuffle is on the cards and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar, left out when Najib Abdul Razak took over as prime minister, is expected to be included in the new lineup.
The political scene had been buzzing about a revamp even before Tourism deputy minister Sulaiman Abdul Rahman Taib quit his post last week.

khairy-noh-omar-yackop-shabery-sabri.jpgSpeculation had been rife earlier that Najib wants a new line-up after monitoring the performance of the Cabinet in his first six months in office.

The talk subsided after Najib said recently that he was not changing his earlier selection – albeit minor changes among the deputy posts.

Still, not many people are taking his word seriously and the expectation is high for him to have a more creditable force to back his ‘1Malaysia’ motto.

Heads will roll
Sulaiman’s resignation, it is said, has strengthened Najib’s cause to have more trustworthy and loyal people around him and those he can depend on to do their job with less excuses and controversies.

The recent onslaught by Minister in the PM’s Department Nazri Aziz against Dr Mahathir Mohamad over the former prime minister’s defence of the Biro Tata Negara (BTN) programme, has not gone down well with some Umno stalwarts who may want to see Nazri evicted from his seat.

Aside Nazri, the talk earlier is that among the heads that will roll are that of Higher Education Minister Khaled Nordin, Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ismail Sabri Yaakob and another Minister in the PM’s Department, Nor Mohamad Yakcop.

Others, who may be replaced, according to earlier news on the grapevine, are Agriculture and Agro-based Industry Minister Noh Omar and Youth and Sports Minister Ahmad Shabery Chik.

While almost all component parties of the Barisan Nasional are embroiled in disputes that make their leaders look rotten, it is understood that Najib may not include in his revamp anyone outside Umno, of which he is president, to preserve the seat distribution status quo.

Wider selection from Umno
Picking replacements from the Umno fold is easy as Najib would have a wider choice to choose from although there are not many iconic leaders left in the party.

However, the one to watch is Khairy who, it is said, is interested in the Youth and Sports portfolio. After all, he is the Umno Youth head, a Football Association of Malaysia vice-president and a co-founder of the MyTeam soccer team that was selected from a soccer talent search show.

 When he was sidestepped for a Cabinet post, Khairy had bravely said he did not mind being on the outside as it would give him more room to strengthen and unite the Youth movement.

However, it is learnt, it had left him sulking because his peers, Umno Youth deputy chief Razali Ibrahim and executive committee member Mukhriz Mahathir had leapt over him to become deputy ministers.

But the Oxford University graduate, who is a son of a former diplomat and son-in-law of former PM Abdullah Ahmad Badawi, is said to have already come to terms with the fact that in politics, one of the virtues is ‘patience.’

ahmad-zahid-hamidi 2.jpgHe had learned this from his father-in-law and close friends like Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi, a former Umno Youth leader who waited for over a decade to become a full minister.

Interestingly, Zahid, currently the first vice-president, is also seen as a prospective prime minister, given his years of being coached by Najib.
Not easy to move higher

However, it is also known that being No 3 (after president and deputy president) does not mean a guarantee to move higher up the ladder. Under Mahathir not all the veeps managed to move higher and three deputies did not make it to No 1.

Nevertheless, Zahid’s loyalty to the party and his long connection to Najib put him in better stead than others – except, maybe, the PM’s cousin, Home Minister Hishammuddin  Hussein - to take the pivotal post

That’s another story but what it probably means to Khairy is that he has to ‘make hay while the sun shines’ and make good as a Youth leader for as long as he is wanted there.

It is learnt that that he had accompanied Zahid on an overseas trip after the Bagan Pinang by-election last month and was given a ‘pep talk’ by his friend to boost the self-confidence that had slacked in Khairy.

Whether Najib had nudged Zahid into giving the motivation to Khairy is not clear but, according to some sources, the duo’s trip abroad had boosted the hopes of the Umno Youth chief that he is at last being considered for a Cabinet assignment.

Taken aback at report

Meanwhile, sources close to Khairy said that the Umno Youth Chief had reacted with shock to the Malaysian Mirror story.
"The news is a shocker!" said Khairy to a close source.

"I'm was shocked to read the report by the Malaysian Mirror, although on my side, there is nothing to be excited about."

He said whatever the outcome, it is all under the 1Malaysia spirit, and the people's needs have to be attended to first, recognition in any form comes later.

"Whether I am appointed as a minister or not, it does not matter. What matters most is that as an MP for Rembau, I'm serving my constituency and as the Umno Youth wing chief, I will ensure that the moment is relevant to the nation building under the 1Malaysia concept." Malaysian Mirror

Kutip hutang dari Talam untuk rakyat

khalid ibrahim10Kesediaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengambil alih tanggungjawab untuk memungut hutang dari syarikat pemaju Talam Corporation Bhd bernilai RM391 juta adalah untuk kepentingan rakyat.
Berucap di forum bertajuk “Menyelamatkan Perolehan Hutang Rakyat Selangor”, di Shah Alam semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, langkah mengambil alih kutipan hutang dari Talam adalah ekoran dari projek-projek pembangunan  hartanah yang dijalankan secara usahasama dengan Talam oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri sejak 10 tahun lalu.”
“Jangan salah anggap. Ia bukanlah satu bentuk “penyelamat” (bail-out) tetapi langkah mendapatkan kembali sejumlah wang tersebut,” katanya.

Menurut Khalid, kini Menteri Besar Incorporated akan melaksanakan rancangan untuk memastikan Talam melunaskan hutangnya. Semua kutipan hutang akan disalurkan ke dalam dana yang disatukan di bawah kerajaan
negeri.
Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan projek-projek perumahan dengan Talam ialah Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Permodalan Negeri Selangor Bhd dan Yayasan Pendidikan Selangor.
Pada 9 November lalu, Dewan Negeri Selangor meluluskan bajet tambahan sebanyak RM391 juta untuk Menteri Besar Inc. untuk membeli hutang Talam dari kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataannya, Khalid berkata dalam kes-kes yang terdahulu, hutang-hutang ini tidak dizahirkan atau tidak direkodkan dengan baik dalam penyata kewangan anak-anak syarikat sebagai pemiutang. Ini sangat penting dalam perakaunan.
Beliau menegaskan bahawa tidak ada usaha dari kerajaan negeri di bawah Umno-Barisan Nasional yang terdahulu untuk mencatat dan menuntut hutang-hutang ini.
“Kerajaan negeri, melalui anak-anak syarikat ini, menanggung risiko untuk melupuskan hutang-hutang ini (write-off), jika langkah sewajarnya tidak diambil,” jelas beliau.

Nazri: Dr M is ‘father of all racism’

Nazri said he would never resign because of the former PM. — File pic
By Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR, Dec 9 — Minister in the Prime Minister Department’s Datuk Seri Nazri Aziz attacked Tun Dr Mahathir Mohamad again and called the former Umno president the “father of all racism” as the row between the two men over the controversial National Civics Bureau (BTN) continued.
Nazri criticised the former prime minister for being a hypocrite and said: "Who does Mahathir think he is?”
“If he can comment on others, why can’t I comment on him? Who is he? People kept telling me that he’s been in the government for 22 years. Yes but that’s not right for him to abuse people the way he abused the former PM. You mean to say he was the former PM for 22 years he can do anything he likes? I cannot agree and he’s no longer in the government.
“Last time he told us you must support the government. He was a perfect PM, I never complained. It was only after he retired, he started to attack us. He used to tell us, if one day we become a candidate and if we are dropped, we should not be angry because once that person supported us, now it’s time for us to support them.
“What is he doing now? We all supported him before through thick and thin and yet when he retired, he attacks us even worse than the opposition. Today the opposition doesn’t need to do work. Dr M is the only one attacking us. Everything is not right. During Tun Abdullah’s time, everything was not right but he’s a gentleman, he didn’t argue. Now with Najib, there is something wrong. Does he (Mahathir) want to become a PM?” Nazri told reporters at the Parliament lobby.
Nazri said he would never resign because of Dr Mahathir.
“When he wanted to resign before, we told him not to but he wanted to step down. Now he has stepped down, he’s asking me to resign. What for? I’m not going to give him the pleasure of resigning to make him happy because I’m not stupid to fall into his trap,” he said.
Nazri pointed out that if he belongs to a racist party, then Dr Mahathir is the “father of all racism” because he was the president of Umno.
“He’s saying I’m in a racist party so he confirms what I said about him. If he says I’m in a racist party because I’m a member of Umno, then he is the father of all racism, he was the president of Umno for 22 years. It confirms that I said he was a racist. Please give him some other argument lah. As the ex-PM, he should give better suggestions. I feel sorry for him but I will continue,” he added.
Nazri maintained that he was not being disrespectful of Dr Mahathir but pointed out that the former premier should accept that he is also open to criticism.
“This is democracy and free speech. I meant no disrespect to him. It’s just counter-argument to his criticism. There is no need to write to papers to say I’m disrespectful. This is a way out of the argument. Although he is an old man, he got himself involved in a matter that invites criticism from others. Don’t say when I criticise him, I’m being rude,” he said.
He added that Dr Mahathir also criticised the first prime minister, Tunku Abdul Rahman.
“When he criticised Tunku Abdul Rahman, that’s not rude? He taught me. If he does it is OK, but if we do it then it’s rude? In the 1960s he criticised the then PM, so if people do it now, don’t get angry. He’s my teacher,” he said.
Nazri also wondered why Dr Mahathir did not like him since the former premier was the one who appointed him a minister.
“I didn’t force him, I didn’t put a gun to his head and force him. He knows I’m a good minister and I’ve been a minister for three terms. Each time a new PM takes over, there are rumours that I’ll be dropped. I’ve been a minister for 10 years. I only serve the rakyat,” he said.
The former premier and the minister in the Prime Minister’s Department have been at loggerheads over the need to revamp the BTN, which critics charge with cultivating racism instead of its original purpose of nation building.
Nazri had earlier called Dr Mahathir a “bloody racist” for defending BTN courses while reasserting the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme in line with the policy of 1 Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
Nazri also lashed out at Dr Mahathir yesterday and described the former premier’s call for his resignation from the party as the “most stupid statement” that he has ever heard.
Dr Mahathir said that Nazri should resign from Umno because if he was against racism, he should not be in a racist party.

Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah - Nazri Aziz



Perdebatan kontroversi berhubung modul Biro Tata Negara menyaksikan Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir saling bertikam lidah.

Nazri menuduh Mahathir sebagai rasis Melayu kerana tidak menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak modul BTN agar selari dengan konsep 1Malaysia.

Sebagai maklum balas, Mahathir pula meminta Nazri meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana didakwa tidak petriotik Melayu.

Nazri pagi tadi menyifatkan kritikan Mahathir belakangan ini seolah-olah mahu menjadi Perdana Menteri semula, menggantikan Najib.

"Waktu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) jadi Perdana Menteri dulu, semuanya (polisi kerajaan) tak betul. Seolah-olah dia (Mahathir) saja yang betul. Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah," soalnya.

Beliau turut mengkritik tindakan Mahathir mempertikai kepemimpinan Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Dulu masa kita (Umno) kata jangan berhenti (dari jadi Perdana Menteri), dia juga yang nak berhenti. Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia mula suruh orang lain (Abdullah) pula berhenti."

Beliau juga menasihatkan Mahathir supaya menyokong kepemimpinan Najib.

"Dulu, masa orang sokong kita (Mahathir), sekarang masa kita (Mahathir) sokong orang (Najib) pula," soalnya.

Beliau juga menganggap kritikan Mahathir belakangan ini banyak menguntung pembangkang.

"Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia serang kita (Umno) pula, lebih teruk daripada pembangkang," sindirnya lagi.

"Hari ini, pembangkang tidak perlu buat kerja, cukup dengan Dr. Mahathir saja, semuanya (polisi kerajaan) tidak betul."

Pun begitu, Nazri mengakui sumbangan Mahathir dalam Umno dan kerajaan sebelum ini.

Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.

Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri.

Pertikaman lidah antara dalam kalangan beberapa pemimpin terbabit tersebut sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya pada pluralisasi kaum melalui konsep 1Malaysia

Pertelagahan Mahathir, Nazri tempias ‘doa’ Nik Aziz?

Oleh FARADIZA
mahathir-mohamadPerbalahan dan pertikaman lidah di antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar,kiri) dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai isu modul Biro Tata Negara (BTN), semakin parah dan membarah.
Kedua-dua orang kuat Umno ini saling tuduh-menuduh sebagai rasis. Rupa-rupanya hari ini baru mereka sedar bahawa mereka yang berjuang dalam Umno selama ini adalah sama-sama rasis. Masing-masing tidak mahu mengalah hingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin dan penyokong parti Melayu itu.
Blogger pro-Umno dan penyokong parti itu mendesak Nazri meletak jawatan dan keluar dari Umno.

Dalam perkembangan terbaru, Dr Mahathir membalas kenyataan Nazri dengan menuduh ‘anak didiknya’ itu sebagai rasis.  Nazri pula melabel Mahathir sebagai ‘bapa’ rasis kerana  Mahathir adalah bekas presiden parti Umno yang rasis itu.’nst-nazri-s
“Saya adalah rasis kerana Nazri (gambar,kanan) menuduh saya begitu,” kata Mahathir dengan nada sinis selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia 2009 anjuran Ikatan Solidariti Wartawan Malaysia Indonesia di Kuala Lumpur semalam.
Kata Mahathir lagi, sekiranya Nazri merasakan bahawa beliau bukan rasis maka dia hendaklah keluar dari Umno.
Perbalahan di antara mereka berdua yang dilihat sudah sampai ke tahap kritikan dengan saling cabar mencabar memaksa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin dan ahli Umno supaya berdiam diri kerana bimbang akan dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat.
Sambil menyifatkan kenyataan Nazri itu melampau, Muhyiddin bimbang Umno telah masuk perangkap Pakatan Rakyat, dengan pertelagahan ekoran isu modul BTN mula yang dibangkitkan oleh pemimpin PR yang menyifatkan ia doktrinasi politik Umno-BN.
Sebelum itu, Nazri mengkritik Mahathir kerana mempertahankan modul latihan BTN.  “Walaupun semangat patriotisme adalah penting tetapi doktrin “Ketuanan Melayu” adalah sesuatu yang janggal dalam masyarakat berbilang kaum,” kata beliau di lobi Parlimen baru- baru ini.
Kursus BTN yang bertujuan untuk menanamkan semangat nasionalisme dan cintakan negara ini tetapi disalahgunakan oleh Umno- Barisan Nasional (BN) bagi meniupkan api perkauman dan menakut-nakutkan orang-orang Melayu.
Kepada para peserta Melayu, dihasut supaya membenci kaum-kaum lain dengan modul “kalau kita tidak menyokong Umno maka kepentingan Melayu dan negara ini akan tergadai.”
Kepada peserta bukan Melayu, lain pula yang diajar.  Negara ini bukanlah hak ekseklusif orang-orang Melayu dan ditanamkan doktrin 1Malaysia.  Semua rakyat mempunyai hak yang sama rata, termasuk pembahagian yang adil dalam ekonomi dan kekayaan negara.
Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula modul-modul latihan BTN setelah diasak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang menyerlahkan hakikat ini. Politik pecah dan perintah Umno-BN.
Kedudukan Umno terutamanya, kini berada dalam keadaan yang serba salah.  Ibarat “ditelan mati emak, diluah mati bapak”.  Apabila dirombak nanti, Umno akan kerugian kerana tidak boleh lagi menghasut orang-orang Melayu, terutama anak-anak muda dan para peserta kursus untuk membenci kaum-kaum lain.
Umno bimbang kesan dari rombakan modul latihan nanti akan menghakis pengaruhnya.  Umno akan menjadi tidak relevan dan tidak diperlukan lagi.
Barangkali inilah cetusan kecil dari bala bencana yang sedang menimpa Umno dewasa ini ekoran dari doa Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang diperkenankan Allah SWT.
Pemimpin spiritual PAS itu mendoakan agar Allah membuka pintu hati pemimpin-pemimpin yang zalim kerana menolak Islam.  Jika tidak, mereka akan ditimpa musibah sepertimana doa dalam kitab hadis Riyaatus Salihin, “Wahai Tuhan, tolong balas bela, ke atas mereka yang zalim.”