Selasa, 8 Disember 2009

Jangan bodohkan lembu..!!! Nanti persatuan lembu akan saman..??


Sekumpulan lembu membawa sepanduk. Di ikat di tanduk dan diusung beramai ramai.
Seekor lembu di hadapan berkata, "Jangan bodohkan lembu !"
Di ikuti oleh lembu lembu di belakang, "Jangan bodohkan lembu"

Sedang syok berarak .. tiba tiba lembu di depan keluarkan najisnya.
"Oiii Lembu .. najis kau bertabur ni!"
Lembu di depan berkata, "Jangan bodohkan lembu".

Kerana lembu di belakang beranggapan, mengeluarkan najis itu merupakan isyarat bantahan dan lembu-lembu di belakang pun mengeluarkan najis serentak. Terus berkata "Jangan bodohkan lembu"

Berita berkaitan
SEKUMPULAN lembu yang terlibat dalam kes memijak kepala menusia, memegang poster yang memaparkan gambar pemimpin tertinggi keldai sambil melaungkan slogan 'Hidup Lembu' di hadapan Kompleks ternakan, Selangor semalam.

1Malaysia Perlu Seronok dengan Pergaduhan ini...!!! Ha...ha...anak murid lawan cikgu...!!! biarkan....biarkan mereka terjun dalam longkang yang busuk ..!!!!

Saya kesian, kesian yang teramat sangat. Belumpun mati Tun Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO dan bekas perdana menteri Malaysia itu telah dihina, dikeji dan dicaci ketahap yang amat memalukan sekali. Lebih memilukan orang yang menghina Tun Mahathir adalah orang yang satu ketika dulu menjadi penjilat dan tukang lap segala najis yang Tun muntahkan.

Nazri called Dr Mahathir a “bloody racist” for defending BTN courses while reasserting the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme in line with the policy of 1 Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. - More here

Kan dah cakap dah. UMNO ini memang parti sialan!! Umno ni parti perkauman yang menyesatkan! Puak lahanat pencacai sialan umno, Pukida, Cybertroper cakap DAP perkauman, gilake dia orang!

Hi Nazri, Mandey suruh Lu belah.

“He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno. Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,” Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.

- Jahat kan!! Jahat betullah pemimpin-pemimpin umno ni kan. Kan kan kan...!!! Masa Tun Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri, Nazri ini yang paling lantang membodek Tun. Sekarang bila Tun Mahathir sudah tua, nyanyok, mamai dan merepek, si Nazri ni hina dan caci Tun pula. eh... eh... ehhh. jahat sungguh Nazri.

Tapikan, balik-balik fikir, padah dengan muka Mamak Mandey tu...!!!

Nazri Aziz kata Mandey keluarkan kenyataan yang amat BODOH...!!! Dah betul le tu. Saya tak cakap. Orang PKR tak cakap. Pemimpin umno sendiri yang cakap Tun Mahathir BODOH. Kurang ajar betul Nazri ni.

KUALA LUMPUR, Dec 8 — Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad today and described the former premier’s remarks as the “most stupid statement that he has ever heard.

- Lihatlah wahai rakyat satu Malaysia betapa hina dan jijiknya perangai pemimpin-pemimpin umno. Mereka langsung tidak menghormati bekas pemimpin mereka yang sudah tua dan nyanyok...!!!

Kalau pemimpin UMNO perangai macam ini, bayangkan macam mana pulalah perangai pencacai UMNO...!! Patutpun orang cakap PUKIDA tu iblis jelmaan....!!!!

Kerajaan Rakyat

Dunia berok: Berok tua dan anak berok saling tuduh menuduh siapa lebih berok...!!


Nazri says Dr M's remarks ‘most stupid’
By Asrul Hadi Abdullah Sani

Nazri is locking horns again with Dr Mahathir. — file picKUALA LUMPUR, Dec 8 — Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad today and described the former premier’s remarks as the “most stupid statement” that he has ever heard.

Dr Mahathir had said earlier today that Nazri should resign from Umno because if he were against racism, he should not be in a racist party.

“He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno. Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,” Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.

In response, Nazri pointed out that Dr Mahathir’s comments only confirmed what he said about him was right.

“You know that the bigger concept is the Barisan Nasional. This party (Umno) was formed and it was not decided by me. I joined because I want to serve the government. I want to serve the people and that was the platform prepared for me so actually when you want to talk about forming the party, he was involved in forming the party.

“That is not my problem, that is his problem and I only joined the system as it is. I only want to serve the people and the only way I can serve is through this party.

“I am right in the sense that if Umno is a racist party, he was a president of a racist party so he is [therefore] a racist,” he said.

Nazri added that Dr Mahathir’s arguments did not make him less racist.

Nazri had called Mahathir a “bloody racist” yesterday for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.

He explained that patriotism was not meant only for the Malays but for all Malaysians.

Nazri also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper, saying its “denial syndrome is making me laugh.” The minister in the prime minister’s department repeated his stand that “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.

Nazri’s attack on Dr Mahathir wa,s however, not published in Umno-owned newspapers today.
“It does not matter to me, I don’t know what are the reasons but to me if Tun Mahathir can make criticisms against the government then he is not immune to criticisms from members of government,” he said.

SAH MEREKA YANG BODOH MACAM LEMBU


SEKUMPULAN penduduk seksyen 23, Shah Alam yang terlibat dalam kes memijak kepala lembu, memegang poster yang memaparkan gambar pemimpin tertinggi DAP dari kiri, Anthony Loke Siew Fook, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sambil melaungkan slogan 'Hidup Melayu' di hadapan Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor semalam. -

YANG SEBENAR YANG PEGANG DAN PIJAK  BANNER TU BODOH MACAM LEMBU.....UMNO MEMANG PARTI PERKAUMAN YANG SEMPIT..GAH SLOGAN SATU MALAYSIA SAHAJA......PIRAHHHH..

Agak terlampau labelkan Tun Mahathir sebagai rasis


TOKYO 8 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.
Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.
"Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar.
"Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr. Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).
Dr. Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.
- BERNAMA

Awas...lakonan biawak..!!! Ha..ha... adik sendiri mengata kat 1Malaya...???


Cukai Perkhidmatan RM50 Atas Kad Kredit Agak Mengecewakan, Kata CIMB Group

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- CIMB Group berkata ia agak kecewa dengan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 ke atas kad kredit.

"Kami agak kecewa kerana kami mengharapkan cukai perkhidmatan itu tidak perlu berikutan cadangan untuk mengurangkan pegangan tunai dan meningkatkan cara pembayaran yang lain," kata ketua eksekutif kumpulan Datuk Seri Nazir Razak.

"Ini adalah sesuatu yang mengecewakan kami tetapi kami harus mematuhinya," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kemudahan pinjaman berjangka bernilai RM50 juta daripada CIMB Bank Bhd dan UBS AG kepada JCY HDD Technology Sdn Bhd.

Untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah, kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas setiap kredit kad utama dan kad caj dan cukai perkhimatan RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari depan.

Ditanya jika CIMB Bank boleh menyerap cukai perkhidmatan itu, Nazir berkata "ianya hanya berkaitan ekonomi."

Bank itu menjangka mencapai sejumlah 1.2 juta pemegang kad kredit menjelang akhir tahun berbanding 1.1 juta pelanggan sekarang.

Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) baru-baru ini berkata cukai perkhidmatan itu tidak akan memberi kesan kepada nilai urus niaga keseluruhan oleh pemegang kad dalam jangka masa sederhana.

Pemegang kad mungkin hanya akan membatalkan kad-kad lebihan untuk mengurangkan beban cukai kerana cukai itu dicadangkan untuk dikenakan setiap tahun ke atas setiap satu kad, katanya.

MARC juga percaya cukai yang dicadangkan itu akan menyebabkan penghindaran daripada permohonan banyak kad bagi pemohon baharu dan oleh itu, kadar pertumbuhan bagi kad kredit yang dikeluarkan akan kehilangan momentum daripada pertumbuhan tahunan sebanyak 13.2 peratus yang direkodkan sepanjang 2004-2008.

Bagi pengeluar kad, iaitu 21 bank dan tiga institusi kewangan bukan bank, cukai ini akan memberikan kesan bercampur bergantung kepada penguasaan pasaran sekarang dan penjenamaan mereka, tambahnya.

-- BERNAMA

Bebaskan diri anda dari melabel manusia lain


oleh BasuhBaju :

LABEL-LABEL MENYUSAHKAN

Dalam hidup ini kita kerap mendengar pelbagai label yang diberikan kepada individu. Ada pula yang mahu dirinya diberikan label tertentu tanpa perlu menunggu orang lain memberikannya. Antara contoh label ialah sosialis, kapitalis, liberal, konservatif, feminin dan Islamis. Sebenarnya label-label ini menyusahkan. Mengapa?

LABEL MENUTUP PANDANGAN KITA DARI DIDENGARI

Apabila kita dilabelkan dengan gelaran-gelaran tertentu, ia menyebabkan pandangan kita tidak lagi diterima. Contohnya orang yang dianggap sosialis, apa sahaja yang diperkatakan oleh orang sosialis akan ditolak bulat-bulat oleh mereka yang kapitalis. Tidak kiralah apa yang diperkatakan itu kadangkalanya benar. Oleh itu label membuatkan orang menilai siapa yang bercakap bukan apa yang dicakapkan.

Label juga digunakan untuk menutup pandangan orang lain. Sebenarnya mereka yang melabel orang lain ini tidak ada modal untuk berhujah. Jadi dengan melabel, ia adalah cara termudah untuk melenyapkan mulut pengkritik.

Ini kerana ada sesetengah orang mempunyai prejudis kepada label-label tertentu. Sebab itu ada yang melabel seorang bekas mufti sebagai wahabi.

LABEL MEMBUATKAN KITA TERIKAT DALAM BERFIKIR

Perkara yang paling menyusahkan tentang label ini ialah kita tidak bebas dalam memberikan pandangan. Segala pandangan terpaksa disesuaikan dengan label yang diberikan kepada diri kita. Ini bermakna kita terikat.

Hanya kerana mahukan kita terus dilabel sedemikian kadangkala kita terpaksa tidak bersetuju dengan diri sendiri dalam memberikan pendapat. Kita mungkin berpendapat seperti sosialis dalam sesuatu perkara. Tetapi oleh kerana kita melabel diri sebagai kapitalis, di akhirnya kita hanya diam membisu. Semuanya kerana label.

Walaupun ada yang mengaku sebagai konservatif, tetapi hakikatnya ada kalanya mereka akan liberal di dalam sesetengah perkara. Samalah juga kepada yang mengaku liberal. Mungkin di dalam banyak perkara mereka liberal tetapi adalah mustahil untuk tidak mempunyai pendapat yang konservatif di dalam perkara tertentu.

Ini kerana tidak ada satu pun label yang sesuai di dalam semua keadaan. Ia bukannya 'one fit for all.'

Jadi kita tidak perlu terikut-ikut dengan label.Tidak kisahlah pandangan itu sosialis, kapitalis, liberal, konservatif, etc. Selagi ianya membawa kepada kemajuan kepada semua, kita gunakan.

Di akhirnya setiap pandangan difikirkan oleh manusia, maka ianya tidak sempurna.

* Artikel yang bagus dari blogger basuhbaju. Sesuailah dengan kata-kata ahli falsafah Peranchis iaitu Alexender Dumas. Beliau berkata, "All general statement are dengerous including this one".

Manakala yang selalu den dengar dalam kuliah agama, ustaz selalu cakap bahawa antara kata-kata Saidina Ali(bukan Ali Baganutama maa) yang berkhasiat kepada manusia ialah "Jangan lihat pada orang yang berkata, tetapi lihat apa kata-katanya". Bagi yang lebih tahu, tolong den, benarkah kata-kata ini datang dari Saidina Ali. Untuk setakat hari ini, den percaya itu kata-kata Saidina Ali. Jika salah, tolong betulkan den.

Walaubagaimana pun, diharap Abu Bakar Chik, den dan kita semua belajar sesuatu dari artikel blogger basuhbaju di atas. Jangan jadi macam Abu Bakar Chik yang mudah-mudah melabel Prof. Aziz Bari sebagai agen UMNO dan agen Barat semata-mata kerana taksub kepada TG Hadi. Ini tidak baik. Jika ramai manusia seperti Abu Bakar Chik dalam Pakatan Rakyat, maka kemajuan yang diinginkan rakyat akan terbantut.

Selangor tubuh yayasan bantu pendidikan Islam

SHAH ALAM, 8 Dis: Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YPIS) untuk membantu mengembangkan pendidikan Islam di negeri, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid membuat pengumuman ini ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Pusat Belia dan Kebudayaan Selangor hari ini.

Katanya, yayasan ini akan mengumpulkan dana dari pelbagai pihak termasuk dari kerajaan negeri dan Pusat Zakat Selangor bagi membantu sekolah dan lain-lain institusi pendidikan Islam di negeri ini.

Cadangan menubuhkan yayasan ini dibuat oleh Majlis Pemuafakan Pendidikan Islam Selangor (Mappis). Konvensyen ini juga dianjurkan oleh Mappis dengan kerjasama dari kerajaan negeri Selangor melalui Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
(Gambar: Halimah mengiringi Khalid melawat pameran sempena konvensyen pendidikan Islam Selangor)

Kerajaan negeri berpandangan, usaha-usaha pendidikan Islam mampu menyumbang terhadap pembangunan modal insan serta kemajuan ekonomi negeri dan negara.

"Untuk membolehkan hal ini berlaku, maka kerajaan negeri sedia membantu dan menaungi usaha yang dicadangkan Mappis untuk memperlopori penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Selangor," kata Khalid ketika merasmikan ucapan itu.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Khalid berkata, YPIS akan berperanan untuk mengumpulkan dana dan membantu mana-mana institusi pendidikan Islam yang memerlukan bantuan.

"Yayasan ini nanti akan boleh menyediakan dana untuk membantu institusi pendidikan Islam menjadi kukuh dan turut menyumbang dalam pengukuhan negara bangsa," kata beliau.

Dalam konvensyen ini, turut membentangkan kertas kerja adalah Mohamad Ya, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

YIK adalah badan yang menjadi penyelia dan mengurus semua sekolah-sekolah agama yang terletak di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas ini berkata, hari ini adalah hari yang bersejarah untuk pendidikan Islam di Selangor.

"Kita harap banyak perkara yang kita boleh buat selepas konvensyen ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Muhyidin main lagu lama tentang PAS - Subky Latif


TIMBALAN  Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin menempelak PAS dan Mursyidul Amnya Tok Guru Nik Abdul Aziz memperalatkan agama Islam untuk politik sebagai reaksinya kepada doa khutbah hari raya haji Tuan Guru itu.

Doa MB Kelantan itu memohon Allah membukakan pintu hati Perdana Menteri supaya memulangkan royalti gas dan minyak yang menjadi hak Kelantan kepada Kelantan. Kiranya Perdana Menteri enggan, maka beliau mohon pula supaya diturun balasan buruk setimpal dengan sikapnya itu.

Maka reaksi Timbalan Perdana Menteri, dikecamnya MB itu dan parti kononnya memperalatkan agama Islam dalam berpolitik.

Apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Muhyiddin itu bukan benda baru bagi pemimpin Umno. Sejak sebelum merdeka lagi, apabila Umno berhadapan dengan PAS, maka Tunku Abdul Rahman Putra pun berkata PAS memperalatkan agama dalam berpolitik.

Tun Razak kata begitu, Dr. Ismail kata begitu dan begitulah sekalian pemimpin Umno pada masa itu. Apabila datang pula pemimpin baru Umno, begitu jugalah tohmah mereka pada parti Islam itu.

Sesudah 52 tahun merdeka, jadilah Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno. Maka dia juga memainkan lagu lama pimpinan Umno dulu kala.

Sebelum TV datang ke Malaysia, semua panggung wayang setiap pagi Ahad menayang filem lama dengan bayaran murah. Filem-filem lama yang TV tayang semula sekarang dipanggil filem klasik. Maka kenyataan TPM itu adalah ulang siar lagu lama, ulang tayang filem mudah dan filem klasik.

Berbuih mulut pemimpin-pemimpin dari semasa ke semasa, tiada banyak yang menakutkan orang tentang PAS dan perjuangan Islamnya.

Dapatlah dibodohkan orang  ramai pada satu masa, tetapi tidaklah dapat dibodohkan mereka pada semua masa.

Bukan bertambah layu PAS dengan ‘wirid’ pimpinan itu bahkan ia bertambah menarik perhatian.

Apabila pimpinan Umno berkenaan berdepan dengan masalah dengan Umno, maka datang mereka menumpang tepias politik PAS yang mereka kata memperalat agama untuk tujuan politik.

Tiadalah orang Umno yang lebih layak dijadikan lagenda Umno selain dari Tunku Abdul Rahman. Tiada yang betul PAS padanya. Tetapi apabila Umno diharamkan, Tunku naik ke pentas PAS di Dun Pantai Merdeka, Kedah memberi nasihat kepada pengundi supaya menyokong calon PAS, Datuk Muslim Othman, sedang Tunku sebelumnya menempelak PAS memperalat agama dalam berpolitik.

Almarhum berasional masa itu, PAS percaya kepada perjuangan berasaskan Islam, maka biarlah dan beri kebebasan padanya memperjuangkan kepercayaannya.

Sebelum itu ketika Tun Razak mengepalai kerajaan Mageran berikut peristiwa 13 Mei, 1969, dijemputnya PAS menyertai politiknya dan kerajaan yang dipimpinnya. Ditukarnya Perikatan kepada Barisan Nasional bagi memungkinkan PAS menyertainya sedang dia tahu PAS berpolitik atas asas Islam.

Dulu Tun Razak kata, PAS peralat agama untuk berpolitik. Kemudian dia bertenggek atas politik Islam PAS yang pernah dikatanya memperalatkan agama.

Semua itu adalah kisah orang Umno yang sudah mati. Orang Umno yang masih hidup seperti Dr. Rais Yatim. Dia mengikut Tengku Razaleigh Hamzah bermuafakat dengan PAS untuk menumbangkan Umno dan kalau berjaya akan membentuk kerajaan bersama PAS.

Dia tahu PAS memperjuangkan Islam. Dia tumpang semangkuk menyangka PAS berpolitik dengan peralat agama. Tetapi boleh pula menumpang politik PAS yang dituduhnya peralat agama.

Tun Ghafar Baba ketika tersingkir dari Umno pimpinan Mahathir cuba mendekati PAS. Tetapi dia mengkaji pengalaman Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Dia takut mengulangi pengalaman Rais itu lalu dia membatalkannya. Dia membatalkan bukan kerana politik PAS dan Islam tetapi dia takut mengulangi pengalaman Rais dan Ku Li.

Dr. Mahathir pula guna Anwar Ibrahim untuk perkenalkan politik penerapan nilai-nilai Islam. Nilai Islam apa yang dia terap? Malaysia bertambah Islam di bawahnya atau bertambah jauh dari Islam? Tidak terfikirkan politik penerapan nilai-nilai Islam itu sebenarnya politik peralat agama?

Semasa PM Hussein Onn ditanya wartawan asing, kenapa kerajaannya banyak membina masjid? Jawabnya, kalau dia tidak bina masjid, rakyat akan menyokong PAS. Tidakkah dia berpoliltik dengan memperalatkan masjid?

Datang pula PM Abdullah Badawi. Ke Thailand, ke Mekah, ke mana-mana saja dia menjajah Islam Hadhari. Islam Hadhari itulah projek politiknya. Muhyidin ikut menjaja Islam Hadhari. Apakah ia bukan suatu politik kering peralat Islam?

Politik PAS dan politik Tok Guru Nik Aziz tidak berubah. Yang berubah strateginya. Dalam strategi yang berubah itu mahu pula DAP bermuafakat dengannya. Macam-macam Umno burukkan PAS hingga orang bukan Melayu takut pada PAS. Tetapi sekarang mereka tidak takut lagi.

Bilakah Lee Kuan Yew bersangka baik tentang PAS? Tidak pernah. Takut Lee pada PAS mungkin melebihi takut Umno pada PAS.

Ketika Muhyidin menjaja lagu lama dan filem murah tentang PAS, Lee Kuan Yew pergi ke Kota Bharu menziarahi Tok Guru Nik Aziz. Dia membuka pintu hotelnya untuk didatangi oleh Ustaz Abdul Hadi Awang lepas bertemu Tok Guru Nik Aziz.

Muhyidin jajalah lagi lama Umno tentang PAS barang seribu tahun lagi, tiada dipeduli orang dan PAS mara juga dan mara juga.

Pengarak kepala lembu berfikiran kuno - Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng petang tadi menganggap mereka yang terbabit memijak gambar beberapa pemimpin DAP hari ini bukan mewakili sensitiviti rakyat berbangsa Melayu di Malaysia.

Sebaliknya, beliau menganggap mereka yang terbabit masih berfikiran kuno era dinosor yang sudah tidak sesuai untuk hidup di zaman ini.

"Saya yakin mereka tidak mewakili orang Melayu...mereka masih berfikiran era dinosor," jelasnya.

Pendapat tersebut sebagai mengulas laporan berita sebuah laman web hari ini yang melaporkan 12 tertuduh dalam kes 'kepala lembu' memijak gambar pemimpin DAP sebaga protes pada parti tersebut.
(Gambar fail: Mereka yang mengarak kepala lembu inilah yang memijak gambar pemimpin DAP hari ini)
Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak mendakwa tindakan ekstrem tersebut demi membangkitkan semangat 'Ketuanan Melayu' tajaan Umno secara salah.

Mewakili DAP Perak, beliau juga menegaskan bahawa partinya tidak mempertikai hak-hak rakyat, termasuk kedudukan Melayu, bahasa Melayu dan Islam sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan.

"Saya hanya menentang kezaliman para pemimpin Umno atas sandiwara 'Ketuanan Melayu', seperti kes pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Syeksen 23 (Shah Alam)."

Pun begitu, beliau meminta pemimpin Umno menjelaskan kedudukan terminologi 'Ketuanan Rakyat' menurut Perlembagaan.

Ujarnya, 'Ketuanan Melayu' adalah propaganda para pemimpin Umno untuk terus menguasai minda rakyat, sama ada Melayu atau bukan Melayu.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib menjawab dua soalan berhubung 'Ketuanan Melayu'.

"Pertama, bagaimana boleh rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia (dan) 'Ketuanan Melayu' sedangkan konsep ini tidak memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan dari segi bangsa," soalnya.

"Kedua, adakah konsep Ketuanan Melayu yang diperjuangkan Umno selari dengan impian bangsa Malaysia, (yang terdiri oleh) Melayu, Cina, India dan sebagainya."

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menganggap konsep Ketuanan Melayu tersebut dicipta oleh Umno untuk meraih emosi rakyat berbangsa Melayu.

Pun begitu, beliau mendesak dua parti komponen BN yang lain menyatakan pendirian masing-masing berhubung konsep 'Ketuanan Melayu' yang diperjuangankan Umno.

"Ketuanan Melayu adalah konsep Umno Putra. Adakah MIC dan MCA pun beri sokongan," soal Kula.

"Rakyat nak tahu apakah pendirian mereka (parti-parti komponen BN) terhadap dasar 'Ketuanan Melayu' (yang diperjuangkan) Umno."

Konsep 'Ketuanan Malayu' menjadikan Umno BN sekali lagi dalam persimpangan sama ada mahu terus memerjuangkan semangat perkauman yang sempit, atau berlapang dada dengan konsep 1Malaysia yang liberal.

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 4/5

btn-jpm
Oleh Arifabdull
Paling teruk adalah pengalaman yang telah menimpa seorang dari kalangan peserta kursus kami itu apabila beliau berubah sikap setelah balik dari program itu. Beliau yang selama ini terkenal sebagai seorang yang pendiam telah bertukar menjadi seorang yang bengis dan pemarah, terutamanya apabila melihat para pelajar dari etnik lain.
Keadaan emosinya juga terganggu dan tertekan kesan mendalam doktrin yang dipaksakan secara ‘basuh otak’ (brainwash) ke dalam pemikirannya sepanjang kursus itu.
Kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk cuba memulihkan beliau dengan bantuan rakan-rakan dari kelab Kaunseling Rakan Sebaya. Proses membuang sikap bencinya terhadap pelajar kaum lain itu terpaksa kami lakukan secara senyap-senyap dari pengetahuan pihak sekolah, dan hanya berjaya setelah hampir seminggu beliau terpaksa melalui proses kaunseling secara intensif.
Seingat penulis, penceramah utama pada hari pertama kursus telah banyak menekankan cerita sejarah dengan cuba menonjolkan UMNO sebagai pejuang yang bermati-matian mendesak British memberi kemerdekaan. Beliau turut menyentuh tentang isu Tragedi 13 Mei yang kononnya disebabkan oleh tindakan kaum lain yang mahu merampas Malaysia dari orang Melayu.
Secara keseluruhannya, semua ceramah dan aktiviti memang sengaja direka dan dijalankan menjurus kepada usaha memarakkan api kemarahan peserta terhadap kaum lain yang kononnya mahu merampas negara ini. Bukan saja ceramah dan aktiviti-aktiviti yang digunakan sepenuhnya sebagai alat mendoktrin, malahan para facilitator turut memainkan peranan dengan menggunakan psycho ketika kami sedang makan tengahari, sebelum masuk tidur dan ketika bangun tidur.
Kami juga disuruh berbaris ala tentera di tengah panas terik matahari. Penulis percaya taktik mendera kami di tengah panas matahari tengahari ini sengaja dilakukan sebagai usaha melemahkan sebahagian di kalangan kami yang masih mampu bertahan untuk terus berdegil dan engkar arahan para samseng itu. Kejadian ini berlaku pada hari kedua, sebelum makan tengahari. Setelah makan tengahari pada hari itu, sekali lagi kami diarahkan berkawad di tengah panas sehingga ada di kalangan kami yang hampir jatuh pitam. Tidak seorangpun yang dibenarkan untuk keluar dari barisan, dan sesiapa yang melanggar arahan tersebut akan dikenakan denda berat.
Memanglah taktik menjemur itu telah berjaya mematahkan ketabahan beberapa puluh rakan seperjuangan kami yang menyerah kalah dengan tekanan apabila berhenti dari berkawad untuk mencari tempat teduh atau mencari air untuk diminum. Akibatnya, mereka terpaksa melakukan ‘latih-tubi’ sebagai dendaan. Selain daripada itu, seluruh kumpulan yang anggota kawadnya melanggar perintah turut didenda dengan berlari beberapa pusingan di sekeliling padang yang luas.
Pada sessi malam hari kedua itu, kami dibawa ke dewan utama tempat majlis suaikenal dan ceramah diadakan. Kami seolah-olahnya terpaksa melakukan majlis suaikenal sekali lagi pada hari kedua apabila semua para penceramah dan facilitator turut berada di dewan utama seperti semalam. Namun, tanpa kami sedari sessi pada malam kedua ini merupakan usaha terancang mereka untuk berusaha mematahkan kedegilan 15 orang baki yang degil di kalangan kami.
Mereka memang pakar dan mahaguru dalam menggunakan taktik pecah dan perintah. Tanpa disedari mereka telah berjaya memanipulasi emosi para peserta yang telah mengalah pada petang tadi sebagai mangsa kebodohan kami yang masih berdegil. Manakala dendaaan berlari mengelilingi padang luas yang dikenakan kepada semua anggota kumpulan kawad terlibat juga telah mereka jadikan alasan untuk memecah-belahkan kami sehingga kami mulai saling salah-menyalahi di antara satu sama lain.
15 orang yang masih bertahan, termasuk penulis menjadi sasaran kritikan dan kutukan sepanjang program malam kedua itu. Para peserta lain telah berjaya mereka pengaruhi untuk menganggap kami sebagai musuh, pengkhianat, orang jahat yang engkar arahan dan sebagainya. Sebagai golongan minoriti di dalam dewan itu, memang kami tidak mampu melakukan apa-apa tindakan atau hujah bagi mempertahankan diri. Nasib baik kami tetap saja mampu bertahan walau dalam keadaan diasak sebegitu.
bersambung …

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 1/5

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam 2/5

BTN, doktrin perkau

BN pula disaman RM546 juta kes kontrak iklan



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan sebuah syarikat papan iklan dan BN memfailkan tujuh dokumen termasuk senarai isu yang akan dibicarakan berkaitan kes saman RM546 juta syarikat itu terhadap BN.

Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) dan BN diperintahkan memfailkan antara lain ikatan dokumen yang dipersetujui kedua-dua pihak dan yang tidak dipersetujui, senarai saksi terlibat dan ikatan kes plaintif dan defendan.

Timbalan Pendaftar, Nur Yusliana Yusoff membuat arahan itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya bagi pengurusan kes.

Peguam BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, memberitahu pemberita bahawa Nur Yusliana menetapkan 26 Jan untuk pengurusan kes akhir saman itu bagi menentukan tarikh perbicaraan.

Pada 7 Dis 2007, PPSB menfailkan saman terhadap BN kerana menamatkan perjanjian bertarikh 5 Jan 2006, untuk membekalkan dan mendirikan papan iklan luaran bagi BN untuk mempromosikan BN semasa pilihan raya umum.

Syarikat itu yang dilantik sebagai ejen untuk mendirikan papan iklan bagi BN, menamakan BN melalui pegawai amnya Datuk Yaakob Mohammad, sebagai defendan.

PPSB, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa mengikut perjanjian, BN berhak menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan daripada perjanjian itu ditandatangani tetapi BN telah mengeluarkan notis itu selepas enam bulan perjanjian ditandatangani.

Akibat itu, syarikat itu mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua dan jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.

Syarikat itu mendakwa BN juga gagal untuk bekerjasama bagi memperoleh lokasi strategik dan menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan-papan luaran itu.

Syarikat itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM546,552,800, ganti rugi am, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

BN dalam pernyataan pembelaan mendakwa penamatan perjanjian itu adalah sah kerana PPSB gagal menunjukkan sebarang hasil daripada tugas yang sepatutnya dijalankan mengikut perjanjian itu.

BN mendakwa syarikat itu tidak pernah memintanya bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan luaran itu dan BN juga tidak bertanggungjawab untuk memperoleh lokasi strategik bagi membina papan luaran itu.

Ia berkata tindakan syarikat itu memfailkan saman terhadap BN adalah salah kerana yang sepatutnya disaman adalah pegawai amnya. BERNAMA

Nazri says Dr M's remarks ‘most stupid’

By Asrul Hadi Abdullah Sani
Nazri is locking horns again with Dr Mahathir. — file pic
KUALA LUMPUR, Dec 8 — Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad today and described the former premier’s remarks as the “most stupid statement” that he has ever heard. Dr Mahathir had said earlier today that Nazri should resign from Umno because if he were against racism, he should not be in a racist party.
“He (Nazri) said I am racist? Don’t ever say he is not, because he knows everything very well. He belongs to a party and that is a racist party, which is Umno. Umno is a party ‘perkauman’ and it’s meant only for Malays and nobody [else] can join in. So he is in a racist party but said he is against racism. So he should resign from the party,” Dr Mahathir had told reporters at the Kuala Lumpur Convention Centre today.
In response, Nazri pointed out that Dr Mahathir’s comments only confirmed what he said about him was right.
“You know that the bigger concept is the Barisan Nasional. This party (Umno) was formed and it was not decided by me. I joined because I want to serve the government. I want to serve the people and that was the platform prepared for me so actually when you want to talk about forming the party, he was involved in forming the party.
“That is not my problem, that is his problem and I only joined the system as it is. I only want to serve the people and the only way I can serve is through this party.
“I am right in the sense that if Umno is a racist party, he was a president of a racist party so he is [therefore] a racist,” he said.
Nazri added that Dr Mahathir’s arguments did not make him less racist.
Nazri had called Mahathir a “bloody racist” yesterday for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.
He explained that patriotism was not meant only for the Malays but for all Malaysians.
Nazri also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper, saying its “denial syndrome is making me laugh.” The minister in the prime minister’s department repeated his stand that “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.
Nazri’s attack on Dr Mahathir wa,s however, not published in Umno-owned newspapers today.
“It does not matter to me, I don’t know what are the reasons but to me if Tun Mahathir can make criticisms against the government then he is not immune to criticisms from members of government,” he said.

UMNO Cabul Hak Rakyat Rampas Royalti Minyak

1. Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan

TPM(8 Julai 2009)bahawa soal royalti minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.
2. Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalti telah dijadikan wang Ihsan.
3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut http://www.chedet.cc/).  Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi.  Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.
4. Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk tujuh generasi rakyat Kelantan (lebih kurang 500 tahun lamanya).  Ianya terletak di Blok-Blok berikut :
* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312
5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008
10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).  Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

*Kenyataan media oleh NASRUDIN HASSAN TANTAWI selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dr M: Nazri should quit Umno

KUALA LUMPUR - Former prime minister, Dr Mahathir Mohamad has called on Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz to quit the party for calling him a racist over the Biro Tata Negara (BTN) issue.
mahathir-mohd-nazri-aziz.jpgNazri had yesterday called Mahathir a racist for supporting and defending the BTN programme which has been slated for a revamp after severe criticism for not keeping with 1Malaysia spirit.
Mahathir had said yesterday that there was no need to revamp BTN's training modules in the current form and that it was suitable for instilling the patriotic spirit among Malaysians.
'Umno is also racist'
Opening a seminar on the Malaysia-Indonesia Economic Co-operation, Mahathir said that if Nazri had described him as racist then Nazri himself should quit because then it would mean that Umno is a racist party.
He said that since Nazri belongs to a racist party, the minister must then resign from the party deemed to be racist.
"Nazri says I am a racist. Umno is a racist party, it caters to the Malays. If he feel that he does not belong to the racist party he should resign from the party."
What Nazri has to say
Nazri, in reply, said: "That is the most stupid statement that I have heard in my life. It only confirms what I have said all along.

"The bigger concept is the Barisan Nasional (coalition). This party (Umno) was formed and it was not decided by me. I joined because I wanted to serve the government. I wanted to serve the people and that was the platform prepared for me."

He said Mahathir was instrumental in creating what Umno is today.

"I am right in the sense that if Umno is a racist party, he was a president of a racist party so he is a racist, lah," said Nazri in Parliament.

"The argument does not make him less of a racist," he added.

Anwar terima kunjungan delegasi Hamas

Anwar_Ibrahim4 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar) menerima kunjungan dari tiga wakil Parlimen Gerakan Pembela Islam atau Hamas.
Mereka adalah Dr Salem Salamah, Ismail Alashqar dan Mushir Almassri.
Pertemuan singkat ini antara lain bertujuan untuk mendengar perkembangan terbaru perjuangan rakyat Palestin menghadapi tekanan rejim Tel Aviv.
Dalam pertemuan tersebut, Anwar dimaklumkan bahawa 15 ahli Parlimen Palestin dipenjara rejim Zionis.
Memburukkan lagi keadaan apabila bekalan makanan untuk Gaza turut disekat.

Delegasi Hamas ini turut menemui Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia pada hari yang sama. Dalam pertemuan itu, Pandikar menegaskan sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin menuntut penubuhan sebuah negara berdaulat tetap utuh dan tidak berubah.

Selangor tubuh yayasan bantu SAR

khalid0Kerajaan Selangor akan menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam Selangor untuk meningkatkan mutu dan taraf  Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang selama ini dipinggir semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata penubuhan yayasan berkenaan bakal mengumpulkan dana khas untuk membantu institusi pendidikan Islam di Selangor khususnya SAR persendirian.
“Ada kalanya kita perlu mencari dana tambahan untuk memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah berkenaan dan pembentukan Yayasan Pendidikan Islam ini, diharapkan akan mendapat sokongan pelbagai pihak untuk membangunkan institusi SAR," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam hari ini.

Khalid berkata masalah juga timbul apabila sekolah jenis ini tidak dapat menampung permintaan tinggi dari kalangan ibu bapa berikutan bilangannya yang terhad.
Katanya, sehubungan itu, atas keprihatinan ini kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta untuk  membantu penyelenggaraan infrastruktur beberapa sekolah agama rakyat dan madrasah tahfiz di Selangor.
Menurutnya, sehingga kini Selangor hanya mempunyai 25 Sekolah Menengah Agama (SMA) berbanding 488 SAR dan KAFA.
Beliau juga memberitahu  Kerajaan Selangor sedia memperuntukkan tanah untuk membina Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri itu bagi menampung peningkatan bilangan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Antara kawasan yang dikenal pasti ialah di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Shah Alam bagi mendirikan Sekolah Menengah Teknik Islam seperti diumumkan sebelum ini.
Berdasarkan rekod, majoriti ibu bapa dan pelajar dari SRA akan memilih SMA untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat menengah kerana menawarkan aliran agama selain subjek wajib teras seperti di sekolah menengah biasa. Ramai juga ibu bapa yang menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kelantan dan Terengganu kerana SMA di Selanghor terhad.
.
"Kita berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan bagi membina SMA dan kerajaan negeri sedia menyediakan tapak.
"Kita juga meminta supaya kerajaan persekutuan memberikan peruntukan tambahan kepada SMA terutamanya bagi memastikan hal berkaitan pengurusan dapat dijalankan dengan lebih baik," katanya

Konvensyen PR Pertama 19 Disember

pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium  MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.
Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu dan Jaa (petugas di ibu pejabat Keadilan) mereka cipta logo dalam sehari sahaja.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

BTN bazir wang – Ku Li

 biro-tatanegara Program BTN hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin Umno yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal.
"Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.

Ku Li Ku Li (gambar,kanan) menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama Pas.
BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan.
“Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen beerbau perkauman dan fitnah,” katanya.
Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama Nazri Azizmanakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.
Di kalangan menteri kabinet pula berlaku percanggahan di kalangan mereka terhadap usul merombak modul BTN.
Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar,kiri)  bersetuju ia dirombak kerana modul yang ada boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.
Beliau membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr MatahirMahathir  Mohamad (gambar,bawah) dengan panggilan ‘rasis sebenar’ atau bapa rasis kerana tindakan Matahir mempertahankan BTN dengan menyelar kritikan yang dianggapnya keterlaluan.
Sebelum itu, sehari selepas Selangor mengumumkan larangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kurikulum program BTN berbau perkauman dan tidak perlu dirombak.
Namun beberapa hari selepas itu, dua kenyataan yang bercanggah di antara sesama  mereka dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan yang menyatakan ia tidak dirombak manakala Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mendakwa cadangan merombak modul dan pendekatan BTN sudah lama dibincang dalam kabinet.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam juga menyifatkan modul BTN sudah ketinggalan zaman. Beliau berharap rombakan kurikulum itu mestilah merangkumi penambahbaikan terhadap pengetahuan dan metodololgi supaya selari dengan keadaan semasa.

Rakyat jangan gentar pertahankan hak - Anwar Ibrahim


Oleh Roziyah Mahamad

RAKYAT di negara ini di seru agar jangan gentar atau takut daripada menyatakan hak kerana pemerintah BN pasti akan tunduk kepada mereka. Itu antara seruan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blog beliau wwww.anwaribrahimblog.com

Anwar berkata, rakyat  harus mara menyuarakan ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku di negara ini tanpa rasa takut dan gentar. Kerajaan akhirnya tunduk dan akur dengan hak rakyat.

Hal ini terbukti apabila  laporan siasatan tanah runtuh Bukit Antarabangsa dipersetujui untuk dikeluarkan.  Ini terbukti jika rakyat terus menekan dan mendesak kerajaan, mereka akan akur dan melunaskan hak yang menjadi milik rakyat.

Beliau berharap, isu yang menjadi hak rakyat dan dibangkitkan tidak diperdagangkan kerajaan dan kroni-kroninya untuk meraih populariti sementara. Janji yang dibuat harus ditunaikan sewajarnya bagi menjamin hak rakyat.

Menurut beliau, rakyat harus sentiasa mara ke depan untuk mendedahkan satu persatu isu yang melibatkan hak rakyat sendiri. Ini termasuklah pelbagai isu dan skandal yang menjadi persoalan sehingga ke hari ini.

"Bagaimana halnya dengan kes VK Lingam, skandal PKFZ, komisyen kapal selam, pembunuhan Teoh Beng Hock, dan mutakhit mengenai BTN? Apakah desakan rakyat sekadar angin lalu yang tiada kepentingan untuk didedahkan pada kadar segera," soal beliau dalam blognya.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini teragak-agak dalam mendedahkan laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 5 nyawa itu. Hanya selepas mendapat tekanan, barulah kabinet bersetuju untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam.

"Siapa dan apakah yang sebenarnya mahu dilindungi? rakyat atau tauke kaya yang  berkepentingan?," Anwar meninggalkan persoalan untuk dijawab oleh rakyat yang menjadi hakim sebenar dinegara ini.

Aktiviti Perjudian Perlu Dikurangkan



Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengurangkan aktiviti 'Special Draw' atau Cabutan Khas (perjudian) yang semakin meningkat di negara ini.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di Dewan Rakyat, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 102 kali cabutan khas dalam tempoh 48 hari kepada agensi nombor ramalan sepanjang tahun 2009 ini.

Kenyataan bertulis ini dikeluarkan  bagi menjawab soalan tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Loke Siew Foke, Fong Po Kuan dan Chong Chieng Jen yang meminta jaminan dari Menteri Kewangan supaya mengurangkan aktiviti 'special draw' (perjudian) di negara ini.

Bagi Cabutan Khas untuk tahun 2009 pula, sebanyak 72 cabutan telah diluluskan dalam tempoh 27 hari bermula dari Jun hingga Disember 2009.

Kerajaan memaklumkan belum lagi membuat sebarang keputusan rasmi berhubung aktiviti cabutan khas atau 'special draw' bagi tahun 2010 kelak. Kajian masih lagi dijalankan oleh kementerian berhubung jumlah bilangan cabutan khas yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Cabutan khas yang dinyatakan ini termasuklah cabutan yang telah diluluskan pada tahun 2008, iaitu berjumlah 30 kali dalam tempoh 21 hari bermula Januari hingga Mei 2009.

Pemuda PAS mahu Setiausaha Politik PM digantung tugas


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat Perdana Menteri wajar menggantung tugas Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah sepanjang waktu siasatan dijalankan jawatankuasa Khas ditubuh parlimen.

Ketuanya Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu, selain bagi melancarkan proses siasatan, tindakan tersebut juga dilihat terbaik dan pernah ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa Pegawai Khas beliau Yahya Sahri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Parlimen semalam memutuskan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa beliau telah "dihalang" oleh Shafie di dewan itu semalam.

DPPWP juga menyokong penuh cadangan Wee supaya Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kepentingan beliau dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd, Bukit Kiara Development Sdn Bhd dan Maju Bangun Sdn Bhd, dimana ke semua syarikat ini terlibat dalam beberapa tender projek kerajaan.

Shafie yang juga Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju turut didakwa mengunakan pengaruh beliau bagi mendapatkan 30 lot peribadi bagi tapak pasar malam Up Town Danau Kota dan kelulusan Development Order untuk membina shopping complex diatas sebidang tanah yang digazetkan dalam Deraf Plan KL 2020 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

Beliau juga didakwa mengunakan pengaruh beliau untuk memaksa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

Wee turut mendedahkan bahawa Shafie juga bertanggungjawab terhadap tindakan menghalang pengurusan DBKL dari menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti Up Town di Danau Kota dan juga Restoran Rashatini milik kroni beliau yang dibina atas tanah rizab DBKL di Seksyen 2 Wangsa Maju.

"DPPWP berharap agar Parlimen bukan sahaja menyiasat tentang tindakan Shafie menghalang YB Wee membuat pendedahan kegiatan beliau kepada Parlimen.

"DPPWP dan rakyat Wilayah Persekutuan mahu beliau disiasat sepenuhnya, dan setiap dakwaan YB Wee di ambil tindakan oleh Parlimen dan SPRM," katanya.

Nazri cabar Kelantan bawa isu royalti ke mahkamah


KUALA LUMPUR, Dis 8 — Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.
“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.
“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen hari ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.
Pada Nov 4 lalu Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.
Ditanya apakah kerajaan yakin akan memenangi kes tersebut sekiranya dibawa ke mahkamah, Nazri yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kerajaan yakin keputusan untuk tidak memberikan royalti adalah menepati kehendak undang-undang tempatan mahupun antarabangsa dan untuk itu beliau yakin kemenangan akan memihak kepada kerajaan.
Beliau berkata, dakwaan pemimpin negeri Kelantan dan pembangkang bahawa hak royalti minyak Kelantan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja.
“Sabah dan Sarawak sebelum ini mendapat 100 peratus daripada hasil minyak yang dikeluarkan dari dalam perairan mereka.
Itu sebelum mereka masuk Malaysia (penubuhan Malaysia).
Tetapi selepas menyertai Malaysia, dua negeri itu terpaksa korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.
“Kita kena hargai pengorbanan Sabah dan Sarawak. Sebab tu kepada dia, kita (kerajaan) kata royalti. Kita perlu hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan. Tapi bagi negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada minyak ditemui sebelum kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Jadi hormatlah pengorbanan mereka,” katanya.
Berdasarkan faktor tersebut Nazri berkata, beliau cukup yakin yang mahkamah tidak akan sama sekali memihak kepada kerajaan
Kelantan walaupun kes ini dibawa ke mahkamah antarabangsa. Menurutnya lagi, setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah. Justeru itu, katanya, apa hak kerajaan negeri untuk menuntut lebih daripada 12 batu nautika.
Berhubung kenyataannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengenai Biro Tata Negara (BTN) yang menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak, malah ada yang mahukan beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, Mohamed Nazri berkata, beliau tetap berdiri teguh dengan apa yang dikatakannya dan tidak perlu meminta maaf.
“Saya berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Saya menteri bagi semua rakyat  Malaysia. Rakyat yang mengundi saya sebagai anggota Parlimen adalah daripada pelbagai kaum. Saya tidak boleh bersetuju kalau satu kursus yang peruntukannya begitu tinggi hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja.”
Mohamed Nazri dalam kenyataannya semalam berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa kursus BTN tidak perlu dirombak.
Dr Mahathir dilaporkan berkata, modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
“Jadi kalau kursus hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja, saya tidak bersetuju dan berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Patriotisme adalah untuk semua. Negara Malaysia ini adalah untuk semua Malaysia,” kata Mohamed Nazri.

Umno batal hukuman gantung keahlian bekas Ketua Bukit Bendera


Oleh G Manimaran dan Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Dis 8 — Datuk Ahmad Ismail yang pada September 2008 digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun kerana mencetuskan kontroversi dengan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum telah diterima semula oleh parti.
Difahamkan keputusan pembatalan hukuman ke atas beliau telah diputuskan oleh Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), Jumaat lalu.
Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini mengesahkan beliau ada menerima maklumat mengenai perkembangan tersebut.
Bagaimanapun kata Ahmad beliau belum menerima surat secara rasmi.
MT Umno dikatakan mengambil keputusan itu susulan syor jawatankuasa pengurusan parti yang mempertimbangkan rayuan Ahmad.
Ahmad menambah, beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam MT bahawa pucuk kepimpinan telah memutuskan untuk membatalkan hukuman yang dikenakan pada 10 September 2008.
“Saya diberitahu oleh rakan-rakan saya dalam MT bahawa ketika mesyuarat MT Disember 4 (Jumaat lalu), parti telah memutuskan untuk menerima saya balik, memutuskan untuk membatalkan hukuman menggantung saya.
“Tetapi belum ada surat rasmi dikeluarkan oleh parti.
“Bagaimanapun (dengan keputusan ini) saya lega dan gembira kerana parti kembali ke landasan perjuangan yang betul. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah perlembagaan parti. Saya gembira dengan keputusan parti,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu kata Ahmad, beliau ingin menyampaikan penghargaan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertimbangan mereka membatalkan hukuman.
Ahmad menambah parti kemungkinan ada menghantar surat tetapi “saya tidak pergi ke pejabat hari ini.”
Beberapa pemimpin badan perhubungan negeri Pulau Pinang ketika dihubungi enggan mengesahkan perkembangan terbaru ini.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusoh ketika ditanya juga enggan mengesahkan keputusan MT itu.
“Tiada keputusan rasmi lagi, tunggu surat rasmi,” kata Rauf kepada The Malaysian Insider.
Dalam pada itu Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Abdul Jalil Ariffin berkata beliau akan mencari jalan untuk mengembalikan Ahmad sebagai ketua bahagian.
“Insya-Allah, kami akan kembalikan beliau ke jawatan lamanya. Kami akan melihat kepada mekanisme dan juga situasi politik,” kata beliau.
Abdul Jalil memenangi jawatan itu tanpa ditandingi pada persidangan perwakilan November lalu selepas ia kosong ekoran hukuman ke atas Ahmad.
Semasa mempengerusikan mesyuarat MT pada 10 September 2008, Presiden Umno ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, MT berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.
Hukuman itu adalah mengikut Perkara 20.9 perlembagaan parti.
Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Isu Ketuanan Melayu: Lagi NGO Buat Laporan Polis


SEKUMPULAN penduduk seksyen 23, Shah Alam yang terlibat dalam kes memijak kepala lembu, memegang poster yang memaparkan gambar pemimpin tertinggi DAP dari kiri, Anthony Loke Siew Fook, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sambil melaungkan slogan 'Hidup Melayu' di hadapan Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor semalam.

SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya Badan Bertindak Perpaduan Ummah hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden DAP, N.Kulasegaran yang didakwa mempersoalkan hak keistimewaan dan ketuanan Melayu.
Laporan dibuat oleh pengerusinya, Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, diiringi kira-kira 30 anggota pertubuhan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.
Dalam aduan berkenaan mereka meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Kulasegaran berikutan kenyataannya itu.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Ahmad Mahayuddin berkata aduan dibuat berdasarkan kepada sebuah laporan akhbar hari ini yang memetik Kulasegaran sebagai berkata parti itu bertegas akan terus mempersoalkan ketuanan Melayu yang disifatkan tidak adil untuk bangsabangsa lain.
Kulasegaran dilaporkan sebagai berkata tindakan beliau membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat barubaru ini adalah kerana bimbang tentang masa depan hubungan antara kaum di negara ini.
Kulasegaran yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat dilaporkan berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Timbalan Pengerusi badan itu, Ibrahim Sabri, 43, pula berkata pihaknya memberi tempoh dua minggu bermula hari ini kepada Kulasegaran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya itu.
Ibrahim juga meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar menahan Kulasegaran mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengeluarkan kenyataan itu. BERNAMA

Saat Nik Aziz dihimpit kontroversi



Sokongan rakyat Kelantan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat kini amat bermakna, lebih-lebih lagi ketika Tok Guru yang disegani itu berhadapan dengan tekanan baru apabila anggota keluarganya sendiri terseret dalam kontroversi politik di negeri itu.

BN sedaya upaya mereka menggunakan peluang tersebut bagi meruntuhkan pentadbiran Kelantan bawah PAS dengan memanipulasi isu-isu berkaitan menteri besarnya.

Namun menurut seorang exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, tekanan yang kini ditanggung tokoh besar PAS itu bukanlah sesuatu yang baru.

"Sebagai pemimpin, isu-isu ini biasalah (Nik Aziz), sebab dia tentu ada pesaing-pesaing politik. Tapi secara keseluruhannya, apa-apa sumbangan yang dia telah buat itu masih mengatasi apa juga isu melibatkan keluarga atau peribadinya," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui isu-isu yang berlarutan sejak akhir-akhir ini, termasuk melibatkan penajaan haji dan karenah individu-individu terdekat dengan menteri besar itu boleh mempengaruhi persepsi rakyat terhadap ulama tersebut.

"Tapi orang masih boleh nampak sumbangan (Nik Aziz) lebih besar daripada isu ini. Kepemimpinannya masih lagi mantap dan diterima oleh rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Isu tajaan ini timbul apabila Nik Aziz menyatakan kesudian untuk menerima tawaran mengerjakan haji daripada seorang pengarah sebuah syarikat.

Penajaan itu dilaporkan turut melibatkan isteri Nik Aziz, anaknya Nik Amalina dan suami Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bergelumang dalam satu lagi kontroversi.

Namun, mursyidul am PAS kemudiannya bertukar fikiran pada 13 November apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan membuka kertas siasatan kes tajaan berjumlah hingga ratusan ribu ringgit atau RM65,000 seorang.

"Setahu saya isu ini masih lagi dalam siasatan. Jadi tak boleh kata beliau bersalah," kata Takiyuddin lagi.

Selain isu haji, Nik Aziz juga menerima kritikan hebat kerana didakwa mengamalkan nepotisme dengan melantik Abdul Ariffahmi untuk menerajui PMBK September lalu - sehingga mendorong exco Pemuda PAS negeri itu meletakkan jawatannya Mac tahun depan.

Dalam pada itu, Umno Kelantan pula mengambil kesempatan untuk menekan Nik Aziz bagi meletak jawatan dalam satu demonstrasi awal bulan ini.

Rentetan itu, satu perhimpunan balas diadakan PAS selepas tokoh PAS itu menyampaikan kuliah Jumaatnya di Kota Bharu minggu lalu.

"Kalau kita buat (perhimpunan), orang akan kata begitu (sebagai perhimpunan balas). Tapi kalau kita tak buat perhimpunan, orang akan tanya kenapa tak buat?

"Ada isu yang perlu kita tunjuk (sokongan), dan ada juga yang kita tak perlu tunjuk. Kita tak perlu pun buat perhimpunan dan rakyat tetap akan sokong kita.

"Tapi kalau kita tak tunjuk, Umno akan kata mereka betul dan (tuduh) kita cuba sorok isu. Jadi itulah pertimbangan yang kita ambil," kata Takiyuddin lagi.

Susulan gesaan supaya Nik Aziz meletak jawatan, timbul pula desas-desus siapa pengganti tokoh berkenaan, termasuk seorang exconya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mencadangkan “pelan peralihan kuasa” dibentangkan.

Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang dianggap anak didik Nik Aziz, pula mengambil sikap enggan menerima jawatan panas tersebut walaupun sering disebut-sebut sebagai pengganti menteri besar.

Bagaimanapun Takiyuddin menyifatkan isu pengganti juga “soal biasa” kerana jawatan sebagai menteri besar itu secara hirarkinya telah mempunyai pengganti – timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yaakob.

"Pengganti itu soal biasa, apatah lagi bila dalam konteks beliau sebagai MB. Secara (hirarki) beliau sudah ada timbalan. Kalau ada apa-apa yang berlaku, maksudnya pengganti itu sudah ada," katanya.

Tambahnya, yang dianggap musuh politik Husam, soal pengganti Nik Aziz juga sengaja ditimbulkan pihak tertentu sebagai satu lagi tekanan kepada pentadbiran negeri dan PAS Kelantan.

"Tapi mungkin isu itu ditimbulkan sebab sesetengah orang nak perkara itu disebut juga supaya lebih jelas, saya tidak mahu sebutlah pihak mana,” kata Takiyuddin.

"Tapi kalau tidak disebut pun tidak menjadi masalah kepada pentadbiran negeri, dalam PAS atau di kalangan rakyat sendiri. Umno itu tidak usah kiralah. Sebab bagi mereka (Umno), kalau tidak ada tok guru, mudah bagi mereka untuk ambil kembali Kelantan."

Jelasnya lagi, Kelantan tidak hanya bergantung kepada Nik Aziz kerana negeri itu juga mempunyai barisan pemimpin yang masih mampu meneraju parti dan pentadbiran kerajaan.

Setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Zaki Ibrahim berpendapat, kontroversi di sekitar Nik Aziz “sudah selesai tetapi tokoh itu dilihat masih terbeban dengan isu-isu berkenaan kerana ia terus diulas melalui media sehingga memberi gambaran yang tidak tepat.

"Tok guru sendiri sudah selesaikan isu tersebut. Dia sudah beritahu tidak mahu pergi haji. Ariffahmi juga sudah letakkan jawatan, jadi dikira perkara ini sudah selesai," katanya.

"Isu jadi besar bila dimainkan media, ditambah lagi dengan orang Umno yang ambil kesempatan untuk desak dia letak jawatan."

Isu Ariffahmi: Tuan Ibrahim Tak Setuju Dengan Mahfuz



PETALING JAYA: Semua pihak diminta supaya tidak mewujudkan 'tekanan baru' kepada Abdul Ariffahmi Ab Rahman berhubung soal peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi tidak seharusnya diperdebatkan oleh 'orang luar'.
Beliau sekaligus tidak bersetuju dengan gesaan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatannya iaitu lebih awal dari tempoh tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.
"Janganlah wujudkan satu lagi tekanan kepada Abdul Ariffahmi, orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini," katanya kepada mStar Online.
Akhbar hari ini memetik Mahfuz sebagai berkata bahawa menantu Menteri Besar Kelantan itu wajar dengan segera meletakkan jawatannya bagi menepati semangat dan matlamat keputusan pimpinan PAS Pusat berhubung kedudukannya dalam PMBK.
Kata Tuan Ibrahim lagi, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan isu tersebut.
"Memandangkan isu ini melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan, jadi eloklah kita beri sepenuh kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk menguruskannya.
"Saya yakin isu ini boleh diselesaikan mengikut landasannya," kata beliau.
Tambah Tuan Ibrahim, beliau percaya, Abdul Ariffahmi memerlukan masa untuk menyempurnakan tugas-tugasnya di perbadanan itu.
"Persetujuan beliau untuk meletak jawatan itu juga satu pengorbanan yang besar buat dirinya... kita perlu ambil kira perkara itu semua.
"Mungkin beliau perlu selesaikan banyak perkara, bagilah masa kepadanya, biarlah perkara ini diselesaikan mengikut proses yang teratur," katanya.
Abdul Ariffahmi yang berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dilantik sebagai CEO pada 20 September lalu.
Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi PMBK.
Bagaimanapun pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO telah mencetuskan kontroversi amalan nepotisma dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan.
Kemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.
Sehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.
Selepas menerima pelbagai desakan dan kritikan akhirnya Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK dan juga atas nasihat kepimpinan PAS Pusat telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya di PMBK.
Bagaimanapun kontroversi berhubung kedudukan beliau tidak tamat dengan peletakan jawatan tersebut kerana ia hanya akan berkuat kuasa pada 25 Mac 2010. Ariffahmi mengemukakan notis berhenti tiga bulan.

Mari minum beer bersama drebar MB ? MasyaAllah !

Oleh : warta Sg-Rapat
Macamana serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak penguatkuasa JAIP terhadap drebar Zambry yang sedang syok minum minuman keras bersama rakan-rakan di sebuah pub tetapi kesnya diletak dibawah polis pula? Ada juga cubaan untuk melepaskannya daripada tangkapan malam itu juga. Tetapi pegawai Jaip tetap bertegas untuk membawa drebar Zambry dan rakan-rakannya kepejabat untuk diambil keterangan.

Tetapi malangnya, terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang telah menyelamatkannya daripada didakwa oleh JAIP terhadap kesalahannya meminum arak. Bukankah perbuatan itu bermakna menyalahgunakan kuasa?

Minum arak ini sudah sebati dengan orang-orang Melayu ke? Minum arak macam minum coca-cola saja ke? Mereka-mereka yang hidup disekeliling pemimpin kerajaan haram ni kebal daripada undang-undang ke? Mungkin pengikut dan penyokong kerajaan haram ini yang mereka anggap bebal? Ataupun memang mereka bebal kerana tetap menyokong walaupun tahu bagaimana perilaku pemimpin-pemimpin kerajaan haram yang mengamalkan 'Amal Munkar Nahi Maaruf' berbanding dengan kerajaan DAP di negeri Pulau Pinang yang membawa prinsip 'Amal Maaruf Nahi Munkar'. (sumber)
_________________
[fikir2renung2] - Kerana ARAK !!

'Arak ialah ibu segala kejahatan'. Kerana itu Islam menetapkan 10 golongan yang terlibat dengan arak dosanya tetap sama. Orang yang meminum arak tergolong dalam melakukan dosa besar. Mereka hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha barulah dosanya diampunkan oleh Allah, insyaAllah.



Namun di Malaysia, arak merupakan salah satu dari sumber ekonomi. Kilang di sini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Sebab itulah Allah telah menarik balik keberkatan dari bumi Malaysia kerana hasilnya bersumberkan hasil yang haram. Kini tabiat meminum arak sudah menjadi satu perkara biasa di sini. Tidak hairan kemalangan maut, keruntuhan rumahtangga, zina, bunuh dan pelbagai kes jenayah meningkat dengan mendadak di Malaysia.

Bolehkan anda bayangkan betapa banyak dosa yang ditanggung oleh mereka yang memberi kelulusan lesen arak? Dosa penyambung bekalan elektrik ke kilang tersebut? Dosa yang membekalkan air? Tak lupa juga dosa pengundi yang menyokong kerajaan yang membenarkan kilang tersebut beroperasi? Dosa pekerja, penghidang minuman, pemandu... aaaahh terlampau banyak kalau nak dikirakan. Dan dosa ini berterusan selagi ianya berkekalan dalam keadaan begitu.





... hinggakan ada yang menyediakan parking yang khas untuk yang ketagih arak. Bayangkan betapa dasyatnya penangan arak...! (sumber asal)

Ku li: ‘I was battered by BTN’


By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Dec 8 – One of Umno’s most respected leaders,Tengku Razaleigh Hamzah, has come out to back the closure of the Biro Tata Negara (BTN), saying he was a victim of its controversial courses when he led an opposition front.
“Yes I have heard, I have been battered about in seminars, discussions in BTN,” the Gua Musang MP said when asked if he has been a victim of BTN.
“They said a lot of things,” he replied when asked to elaborate on the nature of the attack against him.
The Kelantanese prince was also a victim of hate campaign during Election 1990, when photograph of him wearing an East Malaysian headgear was widely distributed just days before polls.
The photograph of Razaleigh in the headgear, which bore motif similar to a crucifix, is credited with turning away significant numbers of Muslim votes from Semangat 46, which he led.
The BTN, under the Prime Minister’s Department, runs compulsory courses for civil servants and undergraduates and has been accused of promoting hatred and racism by Pakatan Rakyat (PR) leaders.
“I think BTN should close down, it has been used to promote personality cult and also used for badgering people who oppose the leadership,” he told reporters after delivering his speech at the United Nations Human Rights Day here.
“It’s a waste of money,” said the Gua Musang Umno chief.
The PR-led Selangor government recently imposed a ban on its civil servants and students within its state-run educational institutions from attending BTN courses, while Penang — another PR- governed state — is said to be considering similar action.
But the hawks in Umno, through Malay-based dailies like Berita Harian and Utusan Malaysia, have moved to defend BTN and attacked its critics as “traitors” who are trying to politicise the issue.
On Sunday Utusan urged the government not to “bow down” to the opposition on BTN.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz had said that BTN training modules would be revamped to better reflect the 1 Malaysia concept introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
However former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has been defending the BTN courses saying that the criticism against is has been exaggerated.

Parlimen siasat Setpol Najib..!!! Ganggu Ahli Parlimen Wangsa Maju di Lobi Parlimen...!!!


Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau 'dihalang' setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan itu semalam.

penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan , Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri itu di lobi parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan sewaktu perbahasan.Semalam, Wee mendakwa Shafie campurtangan dalam pelbagai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkanya sebagai 'menteri de facto Wilayah Persekutuan".

"Selepas berbahasan tersebut, saya keluar dan menemui beberapa pegawai Wilayah Persekutuan apabila tiba-tiba seorang lelaki mendekati saya, " kata Wee sambil berkata lelaki itu kelihatan marah dan bersikap biadap terhadapnya.

Katanya, lelaki berkenaan bertanya mengapa namanya dibangkit dalam parlimen.

Wee berkata pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu sehinggalah selepas dia melihat tanda nama yang dipakainya.

Tiada skim perjawatan, 3 ribu pekerja mangsa penswastaan PPSB


KUALA LUMPUR, 8 Dis: Disebabkan majikan yang didakwa tidak membekalkan kesemua skim perkhidmatan secara telus, lebih tiga ribu pekerja bawahan menjadi mangsa penswastaan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

"Sejak 1 Januari 1994 dulu lagi, tiga ribu pekerja ini hanya dibekalkan Skim Perkhidmatan B, (iaitu) pekerja sanggup berhenti dari berkhidmat dengan kerajaan dan masuk skim perkhidmatan swasta." jelas Abdul Rahim Mohd Sultan, bekas juruteknik Kanan Mekanikal (J-002).

Ekoran tindakan majikan PPSB itu, lebih 3 ribu pekerja bawahan tidak mengetahui status perjawatan masing-masing, sama ada masih dalam Skim A (penjawat kerajaan) atau bertukar pada skim yang lain.

Kekeliruan itu, mengakibatkan pekerja terbabit sukar membuat laporan kepada pihak berwajib, apabila majikan mereka membuli mereka di tempat kerja.

"Mereka jadi susah bila mahu melaporkan kepada Tribunal Pekerja dan sebagainya...(disebabkan) mereka tak tahu (status perjawatan) mereka ini masih kakitangan kerajaan atau sudah menjadi pekerja swasta," ujarnya.

"Bila dilaporkan pada Tribunal Pekerja, Tribunal kata mereka tidak boleh bertindak kerana majikan (PPSB) dakwa pekerja terbabit adalah kakitangan kerajaan...tribunal nasihatkan mereka (pekerja) yang dibuli melaporkan pada Biro Pengaduan Awam (BPA)."

"Bila dilapor benda ini (kes buli) pada BPA, mereka minta kita bawakan Terma dan Syarat Perjawatan, sedangkan majikan (PPSB) tidak pernah pun bekalkan Skim Perkhidmatan A kepada tiga ribu pekerjanya (tahun) 1994 dulu."

Beliau juga mendakwa majikannya, PPSB sepatutnya menyediakan semua Skim Perkhidmatan kepada pekerja bawahannya sebagai obsyen, sewaktu Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan 15 tahun lalu.

"Sepatutnya waktu perswastaan dulu lagi, PPSB sediakan Skim A (iaitu) pekerja kekal sebagai kakitangan kerajaan yang berkhidmat dengan PPSB, (dan) Skim C (iaitu) pekerja memilih untuk bersara awal iaitu pada 1 Januari 1994 lalu. Tapi, majikan tidak bekalkan Skim A dan Skim C secara opsyen (dan) jujur," tegasnya.

Dalam suatu surat yang ditujukan kepada Pengurus Besar (Sumber Manusia) Tadzaruddin Abdul Manaff pada 26 November lalu, Abdul Rahim turut menasihatkan bekas majikannya agar tidak berbohong dengan para pekerja terbabit dan bersedia menjawab segala pertanyaan berkaitan Skim Perkhidmatan secara profesional.

Terdahulu, Abdul Rahim mendakwa majikannya terlibat dalam kehilangan diesel bernilai RM1.2 juta, yang turut dikaitkan secara tidak langsung dengan beberapa pemimpin Umno Bahagian Tanjong.

Beliau juga mendakwa majikannya melakukan rasuah dan penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal pengeruk laut dan alat tukar ganti kapal itu.

Dakwanya lagi, kedua-dua kes tersebut telahpun diketengahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Jun lalu, tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang siasatan serius kepada mereka yang terbabit.

Ekoran beberapa pendedahan yang dibuat, Abdul Rahim mendakwa beliau acap kali dibuli oleh majikannya hatta beliau terpaksa mengambil keputusan untuk bersara lebih awal.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar menafikan segala dakwaan tersebut.