Isnin, 7 Disember 2009

Kita akan kalah jika terus mengalah..!!!


kahkahkahkahkah...nasib enkau la...jadi PM di depan Sahaja..kahkahkahkahkah

Oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah

Ramai orang bertanya, kenapa Lee Kuan Yew berjaya dengan sistem satu aliran pendidikan di Singapura dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Lee Kuan Yew dipuji melambung kerana dikatakan sanggup korbankan bahasa ibunda demi kepentingan negara. Betulkah? Jawapan saya, Lee Kuan Yew tidak ada pilihan.

Justeru, beliau terpaksa bertindak tegas. Jika ada pilihan, saya yakin beliau tidak akan bertindak sedemikian. Ingat! bahasa Mandarin masih dijadikan subjek penting di sana berbanding bahasa Melayu, dengan alasan mereka adalah majoriti.

Sejarah Singapura perlu difahami kenapa Lee Kuan Yew memilih bahasa Inggeris? Jika Singapura bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu, saya yakin Lee Kuan Yew tidak akan memilih bahasa Inggeris. Lee Kuan Yew sudah lama dapat membaca pemikiran psikologi orang Melayu. Kebolehan beliau menulis dan membaca jawi sudah dapat mencairkan orang Melayu. Jika bahasa Cina digunakan, sudah tentu ia akan ditentang oleh orang Melayu ketika itu.

Singapura tidak boleh dipisahkan dengan Melayu. Sehingga ke hari inipun saya masih mengatakan Singapura adalah sebuah negara Melayu di Kepulauan Melayu. Kecuali Singapura itu berada di gugusan kepulauan seperti Taiwan, baru saya mengikhtiraf negara itu sebagai negara bangsanya. Lee Kuan Yew hanya mengorbankan bahasa mandarin buat sementara waktu. Janganlah kita buat andaian bahawa Singapura maju kerana menggunakan bahasa Inggeris. Sifat ultra kiasu amat berkait rapat.

Kita pula janganlah terlalu hairan kenapa Singapura boleh keluar sebagai negara maju dalam jangka masa cepat? Jika ditakdirkan Singapura sebesar Malaysia atau Indonesia, saya yakin ia tidak ke mana juga. Singapura bernasib baik sebab faktor lokasi dan saiz banyak membantunya untuk keluar menjadi negara maju. Jangan terlalu kagum dengan kepemimpinan mereka, sehingga kita lupa apa yang telah dilakukan terhadap negara kita sebelum ini. Masih ingatkah sejarah dan titik hitam pemisahan Singapura-Malaysia? Adakah kemasukan Singapura ke dalam Malaysia benar-benar ikhlas? Bacalah sejarah. Apa yang penting hari ini ialah bagaimana untuk menangani sikap ultra kiasu mereka yang amat bahaya kepada politik negara kita. Ingat, pengikut-pengikut ultra kiasu Singapura ini masih ramai berada di negara kita, dengan sebab itu mereka tidak habis-habis menuntut dan mendesak. Apakah kita masih tidak sedar? Ringkasnya, mereka tidak bersendirian.

Lihatlah berapa banyak tanah-tanah strategik yang telah tergadai? Begitu juga dengan rumah-rumah mewah yang telah dibeli? Jangan lupa perjanjian air dan kawasan tadahan air yang dijaga oleh tentera Singapura walaupun berada di Johor. Lee Kuan Yew teramat jarang melawat Malaysia selepas pemisahan, kenapa beliau sanggup ke negara kita baru-baru ini terutama ke Pulau Pinang? Sedarkah kita apa yang dibincangkan secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah. Jangan terlepas pandang pula nasib Melayu di Pulau Pinang? Janganlah bila sudah terhantuk baru mengadah. Sebelum terhantuk perlulah berhati-hati. Bila nasi sudah menjadi bubur sudah terlambat. Perpecahan sesama kita adalah petanda jelas kejayaan mereka.

Sedarlah wahai saudaraku, Melayu Islam di Singapura telah berjaya dicairkan. Hari ini segelintir orang Melayu yang digula-gulakan dengan kuasa sudah tidak seperti Melayu Islam. Mereka bukan sahaja telah cair, tetapi sudah tidak berhati Melayu Islam, kecuali mereka yang masih bertahan di madrasah. Sejauhmana madrasah dapat bertahan? Itu masih menjadi persoalan besar hari ini. Kedudukan madrasah menjadi semakin terhimpit. Begitu juga dengan masjid-masjid mereka. Apakah kita belum sedar? Cukuplah Pulau Batu Putih yang telah terlepas. Janganlah selepas ini kita berputih mata. Ambillah pengajaran ini sebelum terlambat. Mereka yang kuat berjiwa Melayu Islam memang tidak akan terpilih menjadi pemimpin atau menteri di sana. Dengan sebab itu, orang seperti Dr Lily Zubaidah Rahim (2001) terbuang di bumi sendiri. Hanya kerana bercakap menjaga kepentingan Melayu Islam. Apakah kita tidak mengambil pengajaran?

Cuba kita fikir kenapa hari ini Singapura membelanjakan hampir USD11 bilion setahun memperkuatkan sistem pertahanan negaranya dengan populasi hanya 4.6 juta yakni nombor 23 dalam ranking dunia? Lebih dua kali ganda lebih besar daripada perbelanjaan pertahanan Indonesia (USD 4.7 bilion). Perbelanjaan pertahanannya jauh meninggalkan negara kita yang tidak langsung tersenarai dalam ranking dunia. Sedarkah kita sekutu rapat mereka adalah musuh-musuh Islam seperti Israel, Amerika, Australia, Britain dan sebagainya? Tidakkah kita terfikir, apakah agenda mereka sebenarnya kalau bukan kita? Saya yakin kita tidak akan terlepas pulau Batu Putih jika kekuatan kita melebihi kekuatan mereka. Ancaman dan amaran kita sudah cukup untuk menggetarkan mereka. Tetapi kenapa mereka begitu berani dan kurang ajar? Sebab mereka tahu, sejauhmana kekuatan mereka dan telah bersedia menghadapi apa jua situasi. Tendensi untuk mereka menang besar adalah tinggi.

Mungkin pakar-pakar pertahanan tidak bersetuju dengan saya. Tetapi kita mesti ingat, hari ini kita tidak lagi berperang menggunakan manusia, kecanggihan teknologi adalah kekuatannya. Bandingkan teknologi pertahanan perang kita dengan Singapura. Bezanya ibarat langit dengan bumi. Kita sepatutnya membelanjakan wang negara untuk pertahanan. Malangnya, wang ringgit kita banyak digunakan untuk berpolitik daripada mempertahankan negara. Sudah sampai masanya kita kurangkan sedikit berpolitik untuk membina kekuatan pertahanan negara.

Sampai bilakah kita mahu terus bersangka baik dengan mengatakan perang dingin telah tamat, dunia sudah aman? Musuh telah tiada, maka kita tidak perlu menjadi kuat? Tidakkah kita sedar bahawa musuh bertambah kuat dan sentiasa berpakat merancang untuk memusnahkan kita?

Justeru, saya menyerukan supaya kita jangan terlalu berpolitik. Masa dan wang ringgit banyak dihabis untuk menewaskan sesama sendiri. Malangnya, kita tidak hanya berpolitik dalam politik, tetapi dalam bidang lain pun berpolitik juga. Misalnya perebutan jawatan atau kuasa dalam badan-badan awam, berkanun, NGO dan sebagainya. Ini belum termasuk isu rasuah. Pendek kata, dalam bidang apapun diperkatakan, umat Islam kita berpolitik. Politik yang merugikan dan melemahkan. Ultra kiasu ambil kesempatan.

Musuh sentiasa merancangkan untuk melaga-laga kita sesama umat Islam. Hari ini kita dilaga-lagakan dengan Indonesia? Siapakah provokatornya? Marilah kita fikirkan bersama. Logiknya mudah, bila negara-negara Islam berjiran bergaduh sesama sendiri, mudahlah negara ultra kiasu dan orang ultra kiasu ini menyusun strateginya. Janganlah kita terlalu beremosi, takut memakan diri.

Barat telah berjaya melaga-lagakan negara-negara Arab. Hasilnya, negara haram Israel berjaya menguasai negara-negara Arab dengan nisbah 1 orang Israel, lebih 100 orang Arab. 100 Arab tidak dapat mengalah 1 Israel. Sedangkan dari segi logik, akan banjir 1 orang jika 100 orang pakat-pakat kencing ke atas Israel ini. Keadaan berlaku sebaliknya. 1 berjaya mengalahkan 100. Senario Arab-Israel hampir sama dengan negara kepulauan Melayu-Singapura. Mereka sudah bersedia dengan segala kekuatan teknologi. Kita asyik berpolitik tanpa kesudahan.

Kita bernasib baik kerana hari ini kita menjadi pengguna teknologi, bukan pencipta. Kebaikannya, kita tidak perlu lagi menghabiskan masa mencipta teknologi kerana ianya telah tersedia dicipta. Masa mencipta teknologi telah banyak dijimatkan. Tuntutan hari ini adalah menggunakan teknologi tersebut sepenuhnya dan diperkembangkan lagi kehebatan seperti yang cuba dilakukan oleh Iran hari ini. Tetapi Iran cuba dimangsakan oleh barat.

Barat dan ultra kiasu ini telah berjaya membaca pemikiran umat Islam. Mereka tahu teknologi mereka digunakan oleh Islam. Orang Islam akan menjadi kuat jika memperkembangkannya. Justeru, sebelum ia berlaku maka dipecah-belahkan dan dicairkan mereka supaya mudah dikuasai. Ternyata strategi mereka berjaya. Umat Islam berjaya dikuasai dan dipecah-belahkan. Bukan kerana mereka tidak pandai menggunakan teknologi, mereka pandai. Tetapi mereka dihasut supaya mempertikai atau bergaduh sesama sendiri dalam isu-isu remeh temeh seperti tarian pendet Bali. Malangnya, yang tidak bergaduh pula tidak memanfaatkan teknologi, tetapi menggunakannya secara salah. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan cair.

Justeru, saya merayu agar kita dapat memulakan langkah pertama dengan menyelesaikan isu-isu asas mengenai pendidikan di negara kita. Ini kerana pendidikan amat penting sebagai benteng pertahanan. Ia harus dimulakan dengan sekolah satu sistem. Asas-asas patriotisme berada di situ. Jangan perjudikan masa depan dan keselamatan negara sistem ini demi untuk mempertahankan kuasa hari ini. Jika dengan kehilangan populariti, masa depan pendidikan boleh dipertahankan, rasanya tidak mengapa kita tidak popular buat sementara waktu. Apa guna populariti, jika masa depan pendidikan dan negara menjadi semakin terhakis. Berundur bukan bererti kita mengalah. Tetapi untuk bersiap sedia dengan kekuatan, daripada kita terus mengalah dan terus kalah. Saya masih teringat kata-kata latin yang berbunyi si vis pacem para bellum, bermaksud jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Adakah kita sudah bersedia ke arah itu, di kala orang lain telah lama bersedia? Jika mereka terlalu ultra kiasu, adakah kita akan terus mengalah? Kitapun kena bertindak tegas ke atas mereka untuk kepentingan masa depan. Ingat! kita akan kalah jika terus mengalah.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nazri calls Dr M a racist for defending BTN

By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Dec 7 — Datuk Seri Nazri Aziz has called Tun Dr Mahathir Mohamad a “bloody racist” for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.
Nazri pointed out to reporters in Parliament today that patriotism was not meant only for the Malays but for all Malaysians.

“You must be a Malaysian whether you’re a minister or not. You must walk your talk. Don’t just because when you were PM, you wanted everyone to support you, you’re Malaysian and the moment you’re no longer PM, that’s it, only talk about the Malays so I cannot accept his comment. When you read his blog it is bloody racist.
“I strongly feel the BTN courses must be in line with the 1 Malaysia slogan by the PM,” he said.
Dr Mahathir had said yesterday that there was no need to revamp BTN’s training modules in the current form and that it was suitable for instilling the patriotic spirit among Malaysians.
Nazri also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper today, saying its “denial syndrome is making me laugh.” The minister in the prime minister’s department repeated his stand that “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.
“I just want them to know, they should not go on a denial syndrome because their syllabus is known to everybody. Don’t think that people outside do not know about the syllabus based on patriotism for Malays. I just want to remind them that among those in the opposition, Hasan Ali was a former deputy director of BTN and Sungai Petani MP Johari Abdul was a BTN former director and Anwar Ibrahim’s father in law was involved with the BTN.
“They all know what the syllabus is all about so who are we to say that it did not happen? You want to lie? You make people laugh. I mean there are people who attended the courses who came out very angry. There were many instances of the use of words like Ketuanan Melayu (Malay supremacy). It is ridiculous so I want them to tell me where did I go wrong in supporting the revamping of the BTN syllabus. Tell me where I went wrong?” he asked.
Nazri stressed that BTN was funded by public money and that the funds should be spent properly for the betterment of all communities.
“The BTN’s allocation is mentioned in the PM’s department’s budget. So it’s public money. So if it’s public money then we need to ensure that it is spent properly, not to have courses only to concentrate on one community in the country.
“You talk about patriotism, love for the country. Patriotism is for all Malaysians regardless of race. Therefore, the money spent on BTN to have courses must reflect the 1Malaysia slogan by the PM. It should not only be to raise patriotism among the Malays. Malaysia is for all races so I disagree with any syllabus which only concentrates on patriotism just on one community, I disagree. If they have a problem with that, I want to know what is their problem,” he said.
Nazri questioned if Utusan Malaysia, which has been at the forefront of defending BTN courses, believes that Malaysia belongs only to the Malay community.
“Do they want to say that Malaysia belongs only to the Malays and the government is only a Malay government? Should only the Malays be given the spirit of patriotism? Other races are not patriotic about their country? So I want them to point out to me where is it that I’ve gone wrong If I disagree with the past syllabus,” he added.
Nazri also denied the claim made by Utusan that it was only him who wanted BTN to be revamped and not the Cabinet.
“The moment PM took over, when he introduced the 1 Malaysia slogan. It was soon after that because courses run by BTN using public funds must be used properly and it amounts to millions so if you want to talk about patriotism, patriotism for all, not just the Malays, for all Malaysians. It’s not because of the Selangor state government that we changed the syllabus so it’s long before that,” he said.
Nazri also questioned Utusan for deceiving Malaysians on BTN.
“You tell me, can I lie? I can’t. They must use their head lah. If they want to deny and all that. If the other side they do not know, it’s different but all these people were involved with BTN before. They were facilitators and directors so they know what’s going on.
“Come on lah, please, this is not 1961 or the 1970s. Information is freely available. I want them to get out of the denial syndrome, admit it and that’s in line with the PM’s slogan so why shouldn’t we change?” he asked.
The PR-led Selangor government recently imposed a ban on its civil servants and students within its state-run educational institutions from attending BTN courses, while Penang — another PR- governed state — is said to be considering similar action.
But the hawks in Umno, through Malay-based dailies like Berita Harian and Utusan Malaysia, have moved to defend BTN and attacked its critics as “traitors” who are trying to politicise the issue.
Utusan yesterday urged the government not to “bow down” to the opposition on BTN and said that it was Nazri who wanted the programme to be revamped even though the move was decided by the Cabinet.

Bila Keputusan Mahkamah Persekutuan Kes MB vs MB Haram..????



IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan mahkamah persekutuan yang akan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.


Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini, tegas beliau.



Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .


Memetik kata-kata beliau “ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”


“ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa urusan perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”


Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini , ia termasuk para ahli akademik dan orang awam.Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.


Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.


Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, malah seluruh Negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia dapat”, tanpa mengikut ruang perlembagaan dan undang-undang yang cuba dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.


PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar, kata beliau.


Tambah beliau lagi, Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri dan terpaksa bersidang dibawah pokok telah disaksikan oleh semua , malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak ketika hendak menukar Speaker Dewan juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik Negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini.


Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima samasekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim
.
PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak, jelas beliau.

The Murder that Won't Go Away


Malaysian Prime Minister Najib again ducks questions over the death of a Mongolian translator
According to Alexa.net, as many as 1,700 sites are linked to Malaysia Today, whose own uniques run to as many as 100,000 daily readers. The Facebook interviews have circulated by email and have been translated into both Malay and Chinese. A photocopy brigade also copies and distributes translated items in the rural areas that do not have internet. Thus tens of thousands of people have probably seen the interviews.  
Asia Sentinel 
When reporters sought to question Prime Minister Najib Tun Razak in Kuala Lumpur Friday by reporters regarding private investigator P Balasubramaniam's latest revelations implicating Najib's family in covering up the murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu, Najib snapped: "I will not entertain any frivolous statement" and asked to move on to the next question.

Balasubramaniam was hired by Abdul Razak Baginda, one of Najib's best friends, to protect him from the 28-year-old Altantuya in 2006 after Baginda had jilted her. In a series of conversations, Baginda reportedly told Balasubramaniam he had in effect inherited the young woman from Najib, who felt that as deputy prime minister it would be unseemly to have her as a mistress. Balasubramaniam disappeared suddenly after making public a statutory declaration giving excruciating details of Baginda's relationship with both Altantuya and Najib.

In a series of sensational exchanges published on YouTube in November, Balasubramaniam surfaced to say that after he had made public the statutory declaration giving the details of what Baginda had told him, he was forced to retract it and to disappear along with his family into India.

Bala alleged that Deepak Jaikishan, who operates a carpet company in Kuala Lumpur and who is a close associate of Najib’s wife Rosmah Mansor, had offered him RM5 million (US$1.47 million) and that Nazim Razak, Najib's brother, had threatened to harm his family unless he followed Deepak's instructions to disappear. This happened on July 4, the day Balasubramaniam disclosed his first affidavit. Fearing for the safety of his family, Bala said he had retracted under coercion the allegations linking Najib to Altantuya in a second affidavit the next day, and disappeared immediately with his family until his recent interview, which was captured in video and recorded in transcripts. These were first published in Malaysia Today.

In the interview, Bala described how he and his family had embarked on their fugitive journey to India under the overall direction of Deepak, a rather convoluted and lengthy voyage that saw them passing through or staying for various durations at Singapore, Bangkok, Kathmandu, New Delhi, Madras and eventually Chennai.

Bala gave a detailed description of occurrences supported by factual details that pinpoint the relevant players, locations, times, dates, durations, hotels, monetary figures, checks, bank accounts, etc, which were displayed on the Internet.

Circulated first on Malaysia Today, edited by Raja Petra Kamarudin, the Balasubramaniam interviews created a storm on the Web and were subsequently picked up by Malaysiakini and a flock of other blogs. According to Alexa.net, as many as 1,700 sites are linked to Malaysia Today, whose own uniques run to as many as 100,000 daily readers. The Facebook interviews have circulated by email and have been translated into both Malay and Chinese. A photocopy brigade also copies and distributes translated items in the rural areas that do not have internet. Thus tens of thousands of people have probably seen the interviews.

But against the allegations, Najib, his associates, his family and his government have maintained a deafening silence, at least until Najib dismissed the questions as "frivolous" and not worthy of his response during a press conference after an UMNO supreme council meeting.

Bala's accusation is buttressed by precise facts and details such as checks to Balasubramaniam that were drawn on Kuala Lumpur banks and signed by Deepak that could be easily debunked if false, while Najib and his group have chosen to remain silent in spite of the serious nature of the accusations. Although Najib as prime minister had the power to order an investigation to bring Balasubramaniam to face justice, so far he has not done so, apparently preferring to hope to ride out the accusations.

There are mountains of questions Najib could have answered. Evidence of justice being aborted to protect Najib is found in the numerous irregularities that have occurred before and during the trial of the Altantuya murder. Najib was not questioned despite the fact that the two elite bodyguards who were convicted of the woman's gruesome execution took orders from him. Najib's chief of staff, Musa Safri, by Baginda's admission, sent the two bodyguards to pick her up. The two convicted policemen had no apparent motive to commit the murder on their own.

The judge, prosecutors and even a defence lawyer abruptly replaced without credible reasons shortly before the trial. No motive for the murder was ever raised during the trial.

Both prosecutors and defense lawyer teamed up during the trial to prevent critical evidence being pursued in court, such as reports of a photograph showing Altantuya and Najib taking meals together. Immigration entry records of Altantuya and her Mongolian companions disappeared from the immigration ministry. Bala's original affidavit ws barred from the court without credible reasons.

Baginda, the third accused, who was charged with instigating the murder, was released without his defense being called, leaving open the question of who ordered the killing – especially since a confession by one of the two bodyguards indicated someone was going to pay them RM100,000 to kill her and her Mongolian companions – who were spared after the two went to their hotel to discover the building was protected by CCTV. Instead they chose to pick up Altantuya in front of Baginda's house and drive her to a suburb where she was shot in the head and her body was blown up with explosives.

It is difficult for Najib to this clear himself of the lingering suspicions that have surrounded him and his wife, by waving away inquisitive questions by a curt reply like he gave at the press conference. The latest Bala revelations are regarded as constituting a challenge to the integrity and legitimacy of Najib's premiership, for which he must now account to the nation. The only way to do that without dishonoring his oath of office is to commission a truly independent panel to uncover the truth and account to the nation. It is unlikely, however, that any independent panel would ever be established.

Dedahkan Laporan Tragedi Kuala Dipang

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw mengesyorkan bahawa Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin membentangkan laporan mengenai tragedi Kuala Dipang di Dewan Rakyat sebelum sesi ini ditangguhkan.

Pada 7 Disember 2009, Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan usul YB Ngeh Koo Ham bahawa perbelanjaan bagi perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 41 supaya gaji Menteri Pelajaran Muhyiddin bin Mohd Yassin dipotongkan sebanyak RM10.
Melanting menuju tampuk,
Berkata menuju benar.

Usaha membentangkan usul ini adalah dengan maksud untuk menarik perhatian Menteri Pelajaran mengenai kelemahan-kelemahannya.  Memang ada perkara-perkara yang baik yang telah dilakukan seperti memberi peruntukan kepada sekolah menengah bukan kebangsaan dan memberhentikan PPSMI selepas membelanjakan lebih RM5 bilion.
Tetapi, terdapat kekurangan-kekurangan di dalam kementeriannya.  Misalnya, cara-cara YB Pagoh (gambar kanan) mengendalikan Tragedi Kuala Dipang yang mengorbankan tiga murid.  Pada mulanya, beliau tidak menunjukkan perasaan simpati dengan spontan.  Tindakan disyaki berdolak-dalik.

Kita berharap beliau boleh mengemukakan laporan Tragedi Kuala Dipang di Dewan sebelum sesi ini ditangguhkan supaya rakyat dapat mengetahui apakah sebenarnya berlaku dengan tragedi tersebut.  Seterusnya, langkah-langkah boleh diambil untuk mengatasi kelemahan-kelemahannya.

Usaha untuk membolehkan para pelajar cerdik pandai bagi mendapat pendidikan yang sesuai dan mencapai potensinya adalah betul.  Program YAB mencungkil bakat disertakan dengan serentak projek isteri YAB Perdana Menteri.  Nampaknya, ada dwi menteri pelajaran.  Kita mestilah mengelakkan program yang bertindih.

Sementara itu, lebih 80% murid dan pelajar haruslah dididik dengan baik.  Kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada murid atau pelajar Kelas-Kelas A, B dan C sahaja.  Kita juga perlu mencari jalan-jalan untuk mendidik majoriti murid dan pelajar dengan tepat agar mereka dapat hidup dengan cara yang bermakna di dalam masyarakat.
Peruntukan Kementerian Pelajaran RM 30 bilion adalah hampir 17% dari RM191.5 jumlah bajet 2010.  Peruntukan ini wajib digunakan dengan berkesan tanpa ketirisan.

*Kenyataan media daripada Tan Seng Giaw, selaku Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong.

Nenek moyang Penan mati sekali lagi

"Saya tak mahu nenek moyang saya mati sekali lagi!" Apabila air bah membanjiri kawasan hulu Sungai Baram, maka nenek moyang kaum Penan dan Kenyah yang dikebumikan sepanjang tebing sungai akan ditenggelami dalam takungan air setinggi bangunan 40 tingkat.
Melihat air bah bakal mengancam kubur nenek moyang, kaum Penan yang menilikberatkan hubungan keluarga memprotes dengan kemarahan yang meluap-luap, "Kami tak mahu Empangan Baram!"
Orang asli yang mendiami kawasan hulu Sungai Baram mengebumikan nenek moyang mereka di kawasan tebing sungai.  Secara amnya, pengangkutan air digunakan untuk mendarat ke kawasan perkuburan.  Palang putih kristian berselerak antara pokok yang kehijauan.  Demikianlah terbentuknya dunia lain yang terpisah daripada rumah panjang.
Namun, apabila empangan terbina -- sama ada rumah panjang yang didiami manusia mahupun tanah kubur yang menyemadikan jenazah, bakal terpendam dalam air.
Bagi yang hidup, mereka boleh memilih untuk berpindah, walaupun perpindahan ini bakal mencetus masalah sara hidup yang baru.  Bagi yang mati, mereka terpaksa menerima nasib untuk mati sekali lagi.  Namun, generasi baru kaum ini enggan menerima nasib sedemikian.
Ketua di Long Beku, Rimau Abo (gambar kiri) memberitahu wartawan, "Saya tidak mahu nenek moyang saya mati untuk kali kedua!"
Empangan demi empangan
Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.  Empangan Bakun yang bertapak di kawasan hulu Sungai Rejang adalah sebesar Singapura.  Empangan Murum yang masih dalam proses pembinaan, kini diasak dengan pertikaian dan tekanan dari masyarakat.
Namun, kerajaan negeri Sarawak nampaknya tidak akur kepada suara rakyat, malah tidak mengambil iktibar dari pengalaman yang lalu.  Belumpun empangan kedua disiapkan, projek empangan ketiga, iaitu Empangan Baram telah diutarakan.
Menurut projek ini, Empangan Baram terletak di kawasan hulu, 306 km dari muara sungai, merangkumi kawasan dari Sungai Patah, Sungai Kahah hingga ke Sungai Hit.
Empangan utama mencapai ketinggian 162 meter dari permukaan tanah.  Seandainya dikira mengikut 3.5 meter setingkat (untuk bangunan), maka ketinggian ini mencecah tingkat ke-47.  Dalam keadaan normal, paras muatan air mencecah ketinggian 178 meter, dengan keluasan empangan 389 km persegi, lebih luas daripada Kuala Lumpur.
Keluasan tadahan air pula merangkumi kawasan 8966 km persegi, termasuk pekan Long San yang mempunyai sekolah rendah dan menengah.  Kira-kira 50 perkampungan sepanjang Sungai Baram (bahagian tengah dan hulu) menerima kesannya.  Dianggarkan seramai 20, 000 orang terpaksa berpindah, dan 38,900 hektar tanah bakal terbenam dalam air.
Rumah panjang, sekolah, kubur nenek moyang bakal lenyap dari peta.  Kesannya menimpa kaum orang asli, termasuklah Kenyah, Kayan dan Penan.  Long Beku adalah antara perkampungan yang bakal ditenggelami.
Namun demikian, Empangan Baram hanya merupakan salah satu daripada 12 empangan yang dirancang bina oleh kerajaan negeri Sarawak.  Projek empangan yang lain termasuklah Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Murum dan Linau.
Dari Dam State ke Damned State
Untuk orang asli di kawasan hulu sungai di Sarawak, igauan tenggelamnya rumah dan tanah ke dalam air semakin menghampiri kenyataan.  Empangan Murum telah dimulakan, malah Empangan Baram sudah pun menyusul dari belakang.
Segala-gala ini hanyalah sebahagian daripada projek SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy).  Sarawak Energy Bhd (SEB) telah memeterai perjanjian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membekalkan sumber elektrik kepada Semenanjung Malaysia pada tahun 2017.  Bekalan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia bakal meningkat secara berperingkat, dan dijangka mencapai 8000 MW pada tahun 2030.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui ketika menjawab soalan di Parlimen pada 18 November 2009, mendedahkan bahawa Semenanjung Malaysia mempunyai tenaga elektrik simpanan sebanyak 50%, Sarawak 30% dan Sabah 7%.  Untuk menghantar tenaga elektrik ke Semenanjung dari Empangan Bakun, kerajaan telah memperuntukkan RM 10 bilion untuk membina litar penghantaran kuasa bawah laut, yang dijangka disiap-bina pada tahun 2012.
Selain daripada itu, SEB merancang untuk membekalkan tenaga kepada kawasan persekitaran, misalnya Kalimantan dan Brunei.  Menurut penyelidikan syarikat tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 50 tempat yang boleh dijadikan penjana tenaga elektrik hidro di dalam sempadan negeri Sarawak.  Jumlah tenaga elektrik yang mampu terjana mencecah 20,000MW.
Mengaut untung dengan menenggelami tanah mungkin antara projek yang paling ajaib di negeri Sarawak.  Baru Bian, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bahawa negeri Sarawak bukan sahaja Dam State (Negeri Empangan), bahkan telah menjadi Damned State (Negeri Disumpah), semasa Mesyuarat Agung PKR pada tahun lalu.
Penjanaan elektrik hidro walaupun kurang mencemarkan alam jika dibandingkan dengan cara pembakaran, namun kemusnahan yang berlaku juga tidak kurangnya.  Jika diambil contoh Empangan Bakun, oleh sebab pembalakan di kawasan hulu diteruskan dengan kebenaran kerajaan, maka tanah yang tidak lagi dilindungi tumbuhan telah terbenam dalam air.
Lantaran itu, jangka masa kegunaan empangan telah dipendekkan.  Pada masa yang sama, pembinaan empangan telah merosakkan ekosistem dan struktur sungai, malah mengakibatkan perubahan iklim rantau dan memusnahkan species flora dan fauna.
Selain kemusnahan yang boleh diulas dari perspektif saintifik, penghuni yang menjadi mangsa memiliki lebih banyak alasan untuk membantah pembinaan empangan ini, apabila pengajaran diambil dari pengalaman pembinaan Empangan Bakun dan Murum. (Bahagian pertama, bersambung)

Oleh Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.  Laporan ini ditulis berdasarkan lawatan wartawan ke kawasan yang menerima kesan daripada pembinaan empangan di Sarawak.

Doa Tok Guru Menakutkan UMNO Satu Malaysia



Baru-baru ini Tok Guru Nik Aziz telah mendoakan supaya mereka2 yang terlibat di dalam menghalang wang royalty disalurkan ke Kelantan dipecahkan perut mereka oleh Allah SWT. Hasilnya, UMNO satu Malaysia sekarang ini memusuhi Tok Guru Nik Aziz kerana doa beliau itu. . http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=460146.

UMNO-UMNO yang veteran masih ingat betapa sejurus peristiwa Memali, Tok Guru Nik Aziz telah berceramah seluruh Malaysia. Di dalam ceramah beliau, akan diakhiri dengan doa dan antara doa beliau adalah supaya Allah SWT memporak perandakan UMNO dan memecah belahkan UMNO.

Tidak sampai 5 tahun selepas Tok Guru Nik Aziz berdoa sedemikian secara terbuka, UMNO betul-betul pecah kepada Team A dan Team B. Selepas itu, UMNO berpecah kepada UMNO Baru dan Semangat 46. Kalaulah tidak kerana sokongan dari Anwar Ibrahim, sudah tentu lama dah UMNO akan terlungkup di Malaysia iniDoa Tok Guru ini sudah terbukti banyak kali menyakitkan serta mengagalkan perancangan UMNO terutamanya apabila PAS berada di tahap kritikal selepas 2004 misalnya. Namun, Alhamdulillah, doa Tok Guru berkesan dan berjaya menghalang kesemua perancangan jahat UMNO.

Siapa boleh lupa sebelum pilihanraya 2008 apabila Tok Guru telah mendapat laporan bagaimana akan berlaku satu usaha jahat untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan. Sehingga ada gambar bagaimana Tok Guru merintih meminta bantuan dari Allah SWT sehingga menitiskan air mata.

Akhirnya perancangan UMNO digagalkan oleh Allah SWT sehingga seorang yang bertangunggjawab terhadap pengundi hantu telah menyerah diri pada malam sebelum PRU 2008 itu. Malahan bukan setakat itu, doa Tok Guru telah menyebabkan UMNO hancur di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Sememangnya rahsia utama Tok Guru dalam mengekalkan pemerintahan di Kelantan adalah doa dan solat hajat. Tok Guru boleh memanggil solat hajat hatta qiyamulail dan semua KAwasan di Kelantan akan menghantar wakil mereka.

Sehingga ada satu artikel saya pernah baca yang ditulis penulis antarabangsa yang mengesahkan betapa solat dan doa itu adalah satu senjata yang paling ampuh bagi Tok Guru sepanjang pemerintahan beliau di Kelantan selama 20 tahun.
Kita lihat respon dari pemimpin-pemimpin UMNO kesemuanya menampakkan ketakutan yang amat sangat. Mereka tahu, Tok Guru Nik Aziz berada di pihak benar, dan mereka berada di pihak yang zalim. Mereka tahu mengikut undang-undang negara, tiada alasan bagi mereka untuk tidak membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga sedar isu solat hajat ini akan menyedarkan rakyat terutama rakyat Kelantan bahawa UMNO adalah perompak negeri Kelantan. Wang Ehsan yang mereka hendak beri itu adalah satu bentuk penipuan dan akan membiakkan rasuah yang amat sangat.

Majoriti dari wang itu tidak akan sampai kepada rakyat kerana perbelanjaan wang tersebut tidak tertakluk kepada ketelusan dan tidak dapat dibentangkan di Parlimen untuk dipantau perbelanjaannya. Semua wang tersebut akan disalurkan pada UMNO2 Bahagian di Kelantan dan biasanya ia digunakan untuk menggemukan pimpinan-pimpinan UMNO di Kelantan. Itu sahaja.
Kalaulah September 16 berjaya tempohari, nescaya isu royalty Kelantan ini tidak terjadi. Sesiapa yang bertanggungjawab mengagalkan Sept 16, juga bertanggungjawab ke atas kegagalan Kelantan mendapat royalti minyak ini.

Tulang Besi

Bahaya Gangrene Dan Cara Merawatnya.


Che Det kata... UMNO sudah busuk sampai ke ususnya. UMNO membusuk dari dalam... ibarat terkena gangrene. Malah, seluruh badan dan sayap UMNO sudah terkena gangrene yang membusukkan UMNO. Sebab itu, UMNO terpaksa mewujudkan sayap-sayab baru untuk membantunya terus berfungsi.

Siapa sayap-sayap baru UMNO??

Mereka ialah, PDRM... pasukan tentera... SPRM... SPR... Badan Kehakiman... Tanpa mereka, UMNO akan kaput!! UMNO ibarat lelaki yang dulunya perkasa tetapi kini telah hilang kelakian mereka. Ini adalah disebabkan alat kelamin mereka juga sudah reput dan kaput kerana terkena jangkitan gangrene. Lantaran itulah, zuriat UMNO tak berkembang.

Institusi-institusi inilah yang menjadi perisai UMNO. Sekarang... mereka ini pulak yang sedang diserang bertubi-tubi supaya mereka juga cedera parah. Kita doakan supaya kecederaan ini akan menjadi gangrene yang akan mereputbusukkan mereka pulak. Ini mungkin memberi kita sedikit advantage kerana kepala bagi setiap badan ini memang sudah membusuk. Serang mereka habis-habisan supaya sekurang-sekurangnya kepala yang busuk tersebut tercabut.... terlerai daripada badan. Kot-kot.. dapat menyelamatkan keseluruhan badan daripada membusuk sama.

Menyedari hakikat inilah, Najib beriya-iya mahu memulihkan UMNO segera, supaya mereka bersedia untuk menghadapi PRU13 nanti. Left right mereka diserang dengan hebat. Kita mahu mereka mampus cepat dan dikebumikan kerana rakyat sudah tak tahan dengan bau busuk mereka. Kerana mereka.... rakyat menderita, kerana mereka, memalukan negara!!!

Pelbagai isu mereka timbul dan manipulasikan supaya dapat mengalihkan perhatian kita daripada masalah yang sedang mereka hadapi. Sampai ke tahap, sanggup menggunakan gunting-gunting dalam lipatan untuk mengatur konspirasi jahat, menabur fitnah dan mengadu domba supaya timbul kemelut dalam Pakatan Rakyat. Inilah jahat dan busuknya hati UMNO!!

Oleh itu, mari kita beramai-ramai mengaminkan doa Tok Guru supaya perut mereka pecah dan juga semoga Allah SWT menghapuskan segala agenda jahat mereka. Mampuuss UMNO!!!

PAS juga, kalau tak berhati-hati akan dijangkiti gangrene yang dideritai UMNO. Kerana... di dalam PAS dan Pakatan Rakyat sudah ada orgamisma yang berupa bakteria-bakteria yang boleh menyebabkan gangrene berlaku. Mereka inilah yang cuba mereput dan membusukkan pula PAS dan Pakatan Rakyat dari dalam untuk mengelirukan jemaah dan para penyokong. Dari luar... nampak cantik tetapi, di dalam... sedang membusuk. Bahaya bakteria-bakteria perosok ini. Kalau dibiarkan, kita juga akan kaput dalam PRU13 nanti.

Nasib baik, gejala ini dapat kita kesan awal. Orang kata... mencegah lebih baik daripada merawat. Penyakit yang dihidapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat rasanya belum ditahap yang parah. Baru peringkat awal... Sebab itu, kena cepat-cepat cegah dan segera dirawat. kalau tidak... bahaya!!
Bagaimana nak mencegahnya??? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil??
Sebenarnya senang saja. Antara mahu atau tak mahu saja?? Apa ke susahnya? Nama-nama bakteria gangrene tersebut telah dikenal pasti. Antaranya, Hassan Ali, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa, Roslan SMS dan ada ler lagi... Kalau bakterianya sudah dikenal pasti.... senang kita nak hapuskannya.
Oleh sebab, mereka ni suka sangatkan UMNO, kita gunakan cara rawatan maggot therapy. Ambil ulat-ulat daging busuk daripada UMNO dan kita biorkan ulat-ulat tersebut makan daging mereka pulak. Sekiranya, daging mereka yang sedang membusuk tu tak baik-baik juga, kita gunakan pula rawatan surgical debridgement atau amputation, kalau ia sudah kronik sangat. Senang... mudah.... dan habis cerita!!
So... Tuan Man Tuan Ibrahim, tak payahlah susah-susah perah otak, macam mana nak buat dengan bakteria-bakteria durjana yang cuba men'gangrene'kan PAS dan Pakatan Rakyat. Ikut saja cadangan di atas. Tindakan segera perlu.... agar masalah tak menjadi barah yang parah!!
Bagi bakteria-bakteria yang masih berada di luar yang sedang kelaparan untuk makan dan membusukkan daging PAS/Pakatan Rakyat, kita sembur saja mereka dengan antibiotik biar mereka koik dan tak berpeluang untuk membusukkan kita.
Namun demikian, kita mesti sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap organisma-organisma gangrene... anasir perosak, yang masih berkeliaran di dalam dan di luar sana... yang menunggu masa dan kesempatan untuk menjahanamkan ukhuwah kita dalam Pakatan Rakyat. Jangan sekali-kali biarkan ini berlaku!!
Bertindak sebelum kalah... lawan jangan mengalah!!!

Bilik solat dalam tandas awal timbul tanda tanya..!!! Kelemahan ketara PBT..??

TAWAU, Dis 7 — Sebuah tandas awam untuk kemudahan lelaki, wanita dan golongan kurang upaya (OKU) di Sabindo dekat sini, menimbulkan tanda tanya orang awam kerana ia turut menempatkan sebuah bilik solat di dalamnya.
Di pintu masuk bangunan itu terdapat papan tanda surau dengan lambang wanita, lelaki dan OKU.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk menutup ruang solat berkenaan jika ia didapati mencemar nama baik Islam.
Namun, katanya, sebelum kemudahan tempat sembahayang itu disediakan, MPT telah meminta pandangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang tidak membantah, malah ia membantu menetapkan arah kiblatnya.
“Kita akan berjumpa sekali lagi dengan JHEAINS kerana mereka lebih arif,” katanya.
Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali, ketika dihubungi berkata, adalah kurang sesuai bagi bilik sembahyang dibina dalam bangunan tandas.
“Kita akan siasat perkara ini demi kemuliaan Islam,” katanya.
Tandas awam berkenaan terletak hanya 500 meter dari Masjid Al-Kauthar, masjid terbesar di Sabah. — Bernama

Dakwa difitnah, Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin


KUALA LUMPUR, 7 Dis: Zaid Ibrahim, ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyaman penulis blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai pengacau dalam PKR melalui tulisannya Zaid, the Hurricane Hattie of PR bertarikh 21 Oktober lalu, tulis A Kadir Jasin dalam blognya.
Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin beralamat di kadirjasin.blogspot.com dalam tulisannya petang ini bertajuk Senator Zaid Ibrahim Saman Saya menulis saman itu telah disampaikan kepadanya oleh syarikat guaman Zaid hari ini.
"Buat makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk 'Zaid, The Hurricane Hattie Of PR' yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu," tulis Kadir.
Tulis Kadir, antara tuntutan Zaid termasuk perintah tuntutan maaf, ganti rugi kerana libel dan injunksi menghalang penerbitan tulisan dalam blog terbabit.
Dalam tulisan terbaharunya itu, Kadir menulis beliau percaya kepada kebebasan bersuara, menyebabkan beliau tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid yang membalas tulisan beliau pada hari yang sama.
Kadir juga menulis, "Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya."
Zaid dalam tulisan bertajuk Kalau Hati Dah Busuk... di myzaidibrahim.wordpress.com juga pada 21 Oktober lalu mengkritik keras Kadir yang disifatkan sebagai orang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan membawa propaganda bohong.
"Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya," dakwa Zaid.

Ti: Strategi Umno ketepikan MCA, MIC langkah bahaya

Oleh G. Manimaran
PETALING JAYA, Dis 7 — Di sebalik masalah dalaman MCA yang berlarutan, seorang pemimpin pusat MCA menegaskan, tindakan Umno mendampingi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai saluran sendiri untuk memikat sokongan pengundi Cina dan India dalam pilihan raya umum akan datang sebagai langkah “bahaya” dan “tidak berbaloi”.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA itu, Ti Lian Ker dari Pahang berkata, kebelakangan ini sudah ada ura-ura yang Umno mencari saluran baru untuk mendekati dan memancing undi secara langsung pengundi-pengundi Cina dan India.
Katanya langkah itu menunjukkan Umno sudah mula mahu mengetepikan peranan MCA dan MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau tindakan itu diambil kononnya Umno kurang senang dengan ketidakupayaan MCA dan MIC mengembalikan sokongan undi Cina dan India kepada BN yang menghadapi kekalahan demi kekalahan dalam pilihan kecil sejak selepas pilihan raya umum ke-12.
“Ada di kalangan pemimpin Umno tidak setuju apabila Umno dipersalahkan sebagai satu sebab utama undi-undi Cina dan India yang setia pada BN meninggalkan BN.
“Keangkuhan dan penyalahgunaan kuasa Umno dan BN dipersalahkan dan tuntutan dibuat supaya Umno dan BN membuat perubahan untuk mengurangkan bahang anti-BN yang memberi penumpuan dan sasaran pada Umno sebagai tunggak BN.
“Ketidaksenangan Umno terhadap kritikan ini yang menyebabkan ada di kalangan tokoh Umno bercadang bertindak balas dengan mengatur strategi dan pendekatan baru untuk mengembalikan undi pada BN,” kata beliau dalam tulisan blognya.
Bekas wakil rakyat tinggal penggal itu menambah, terdapat juga ura-ura untuk berurusan secara langsung dengan pertubuhan-pertubuhan NGO Cina dan India tanpa melalui dan menghormati tradisi politik MCA dan MIC.
“Ada juga ura-ura bekerjasama dengan PAS dan mengetepikan MCA dan MIC secara total kiranya pengundi Cina dan India tetap degil.
“Namun pendekatan politik ini tidaklah sihat bagi imej negara di mata antarabangsa dan membawa padah perkembangan politik jangka masa panjang dalam negara,” katanya.
Beliau berkata Umno telah memberi perhatian kepada mana-mana pertubuhan politik dan seakan-akan merestui Parti Makkal Sakti dan Parti Progresif India (IPF) yang merupakan pecahan dari MIC.
“Ura-ura terakhir Umno ialah dengan memperkudakan NGO-NGO masyarakat Tionghua seperti Hua Zhong (Gabungan Persatuan Tionghua), 7 Da Xiang Duan, ACCIM dan lain-lain untuk mendapatkan kembali sokongan pengundi Cina kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.
Kata Ti, pendekatan itu adalah bahaya dan akan menemui jalan buntu serta tidak berbaloi.
“Besar kemungkinan permainan politik ini akan dibalas dengan undi-undi protes terhadap percubaan memperkudakan NGO-NGO Tionghua yang rata-rata ‘apolitical’ dan tidak digalakkan terlibat dengan parti politik secara langsung.
“Sekiranya pemimpin-pemimpin NGO dilihat seakan-akan menggadaikan maruah pertubuhan kepada BN, ahli-ahli dan penggundi Cina akan menunjukkan protes mereka dalam peti undi secara membisu.
“Masyarakat Cina mengharapkan NGO-NGO Tionghua terus memainkan peranan mereka sebagai ‘watch-dog’ dan ‘pressure-group’ ke atas mana-mana pihak berkuasa. Kiranya ada pemimpin NGO Cina yang terlalu rapat dan seakan-akan mempunyai kepentingan diri dengan membantu politik BN, maka ada padahnya menanti,” katanya.

UMNO Kecut Bila 'Towkay Besar' Bergaduh



Kemelut dalam MCA tiada jalan penyelesaian, kecuali diadakan pemilihan baru. Walaupun ramai pihak menganjurkan pimpinan MCA tidak membuat sebarang kenyataan terbuka sepanjang tempoh bertenang, namun perasaan membuak-buak mahukan pemilihan baru parti tidak dapat dibendung lagi.

Seramai 13 daripada 30 Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah menandatangani surat peletakan jawatan dalam usaha memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Bagaimanapun, Dr Chua berkata, untuk mengadakan pemilihan baru MCA, 20 ahli CC perlu letak jawatan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.
[sumber.]

Ramai pihak dalam sekutu BN menasihati agar MCA tidak membuat pemilihan baru. Minggu lepas MCA membatalkan EGM dan hanya diadakan Taklimat Khas.

Presiden UMNO sekarang pula menasihat MCA diadakan EGM.[sumber]

Sebelum daripada itu TPM UMNO berlagak jadi Superhero yang baru. Tetapi Superhero yang baru ini - 'Towkayman' pun gagal misinya.

Baca juga : Superhero Baru : 'Towkayman' Klik di sini.
Perlukan 'Ong untuk Jinakkan Ong klik di sini.

al-brangi ; MCA sudah jadi macam 'Char Kwat Teow' goreng, macam-macam ada, sekejap EGM, sekejap AGM, sekejap Taklimat Khas dan akhir sekali mereka tidak boleh berselindung lagi pemilihan baru perlu diadakan untuk mencari jalan penyelesaian yang muktamad kononnya.

Yang pasti UMNO amat kecut perut bila 'towkay-towkay' 'bergaduh' kerana bila BN di ambang perpecahan, UMNO merenung hari-hari depannya hidup men'duda'.


TG Nik Aziz guna strategi perang ‘cara ghaib’



Oleh Dinsman
Hah, Tok Guru Nik Aziz sebut dia nak berdoa saja, satu Malaysia sudah gegar. Digegarkan oleh media-media Umno/BN. Heboh satu Malaysia macam nak berlaku gempa bumi, hinggakan Tan Sri mufti dan Datuk bekas mufti pun berfatwalah, seperti yang dijangka dari ulamak-ulamak Umno/BN itu.

Kah kah kah… lucunya Malaysia kita. Tapi sebenarnya tak lucu. Sikit pun tak lucu, kalau kita melihatnya dari satu perspektif yang saya maksudkan ini. Bahkan hebat sebenarnya! Apabila doa seorang manusia boleh menggegarkan sebuah negara. Saya melihatnya dari sudut ini. Dan ini sebenarnya cukup menarik. Dan istimewa!

Adakah lagi di negara-negara lain dalam dunia ini yang seperti ini? Yang doa seorang pemimpin pembangkangnya begitu diberi perhatian, oleh media-media utama, dan boleh sampai menghebohkan suasana seluruh negara. Doa sahaja, bukannya apa! Hanya doa.

TG Nik Aziz (dilaporkan) berkata dia nak berdoa supaya Allah musnahkan masa depan Perdana Menteri dan partinya, sekiranya Datuk Najib tetap enggan memberikan hak royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan, seperti yang sepatutnya.

Ia bukan sahaja menjadi berita utama media-media arus perdana, tetapi ia juga menjadi satu isu yang besar, yang perlu dicari ‘fatwa’ dari mufti-mufti dan bekas mufti; dan para menteri pun terpaksa membuat kenyataan. Memanglah kenyataan mereka itu mengecam dan merendah-rendahkan TG Nik Aziz.

Tetapi itu semua menunjukkan apa? Itu semua menunjukkan mereka percaya kepada doa TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu. Mereka percaya bahawa doa TG Nik Aziz itu boleh memberi kesan. Kalau tidak, mereka takkan melatah melenting heboh satu negara.

Datuk Najib yang sedang berada di luar negara, di Port of Spain, pun terpaksa memberi respon kepada kenyataan Tok Guru itu. Mereka bimbang kepada doa Tok Guru. Tapi hal itu pula menggembirakan saya.

Sebab apa saya gembira? Sebab saya melihat TG Nik Aziz sekali lagi berjaya menonjolkan satu daripada aspek keimanan/ketaqwaan (agama Islam) yang menjadi sebahagian daripada dasar pentadbirannya, (yang selama ini kurang disedari dan difahami oleh orang ramai, khasnya yang di luar parti PAS).

Pimpinan Umno/BN memang boleh saja mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu gagal memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang baru-baru ini; manakala dalam PRK Manek Urai sebelum itu PAS hanya menang dengan majoriti kecil.

Mereka cuba hendak mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu tidak akan dimakbul oleh Tuhan. Maka ‘fatwa’ mufti pun dikeluarkan untuk mengesahkan kenyataan mereka itu, dengan alasan kononnya tindakan Nik Aziz itu tidak selaras dengan ajaran Islam.

Nik Aziz pula menegaskan bahawa dia bersedia untuk berdialog dengan sesiapa saja ulamak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Bagus.

Kalaulah ada ulamak berkenaan yang mahu menyambut cabaran TG Nik Aziz itu, alangkah bagusnya. Biarlah kita jangan berselindung dengan ilmu dan ajaran Islam yang sebenar, ‘kan! Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pentadbiran TG Nik Aziz selama 19 tahun mentadbir Kelantan, perkara ini bukanlah satu perkara baru.

Ini memang satu daripada pendekatan yang biasa dilakukan oleh TG Nik Aziz, khasnya apabila dia berhadapan dengan masalah atau krisis yang besar dan rumit, yang melibatkan rakyat negeri Kelantan dalam keadaan dizalimi atau dianiaya. Satu daripada peristiwa atau krisis besar yang pernah diatasi dengan cara atau strategi “berdoa”, dan berjaya, ialah krisis pampasan empangan janakuasa Pergau, yang melibatkan syarikat Tenaga Nasional Berhad di pihak kerajaan pusat.

Selain daripada berdoa, pendekatan tersebut selalunya akan menghimpunkan rakyat dalam jumlah yang ramai, hingga memenuhi Stadium Sultan Muhamad, Kota Bharu, misalnya, untuk melakukan solat hajat. Dan pernah solat hajat beramai-ramai itu dibuat di waktu dinihari jam 4.30 pagi. Berdoa dan solat hajat memang sudah menjadi sebahagian penting dalam program dan pendekatan pentadbiran yang digunapakai oleh TG Nik Aziz. Yang terakhir sebelum ini ialah pada 1 Ramadhan lalu, di pekarangan Stadium (Qaryah Ramadhan), kerana memohon Allah SWT agar menyelamatkan rakyat daripada wabak H1N1.

Kebetulan saya pun sempat hadir dalam majlis yang diadakan sejurus sebelum sahur itu. Sekarang rakyat Kelantan sedang dizalimi oleh kerajaan pimpinan Najib, yang enggan memberikan apa yang menjadi hak mereka dalam royalti minyak.

Tentunya mereka hanya menanti Tok Guru menyebutkan tarikhnya sahaja, dan mereka akan berkumpul barangkali yang paling ramai dalam sejarah solat hajat di Kelantan. Sama-samalah kita tunggu! Memang ini sesuatu yang sangat menarik.

Bagaimana sebuah pimpinan politik boleh mengajak rakyatnya beramai-ramai; “Mari kita pergi kepada Allah, dan kita mengadu kepada Dia yang kita telah dizalimi, dan kita minta tolong kepada Allah, kerana hanya Dia yang boleh menolong kita, kerana Dia maha berkuasa.” Saya tidak tahu apakah perkara yang seperti ini ada juga dilakukan di tempat lain di mana-mana dalam dunia ini. Sebuah kerajaan yang mengamalkan satu sistem pentadbiran yang di dalamnya terdapat suatu program yang berkomunikasi langsung dengan Tuhan yang ghaib.

Program ini juga boleh dijadikan satu strategi untuk menghadapi pihak “lawan” yang cuba berbuat zalim kepada rakyatnya. Dan dalam sejarah amalan strategi solat hajat dan doa ini pun, barangkali inilah kali pertama TG Nik Aziz akan berdoa supaya Allah melaknat atau memusnahkan masa depan seorang Perdana Menteri Malaysia, bersama dengan partinya.

Maka sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan “perang cara ghaib” ini yang selanjutnya. Bagaimanakah pihak Perdana Menteri Najib dan panglima-panglimanya akan menghadapi strategi dan taktik perang yang entah kuno entah moden entah “avant-garde” ini. Syabas Tok Guru! (Memang patutlah Zaid Ibrahim cadangkan Tok Guru jadi Pengerusi Pakatan Rakyat.)

Luahan anak Nik Aziz undang kritikan balas


Penglibatan anak perempuan menteri besar Kelantan dalam pertembungan terbuka antara suaminya dan blog Kickdefella kini mengundang lebih banyak kritikan terhadap kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Blog-blog yang anti-pembangkang mengambil kesempatan daripada isu tersebut dengan mengaitkannya dengan amalan nepotisme, sekali gus cuba menggambarkan kelemahan kepimpinan menteri besar itu.

Blog Ruang Bicara Faisal menyifatkan keluarga Nik Aziz sekarang umpama "cacing kepanasan" sehingga menyebabkan anaknya Nik Amalina, yang tidak pernah bersuara, menghantar luahan rasanya di blog wakil rakyat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebagai reaksi kepada tulisan 'Kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri' hujung bulan lalu, blog itu berkata tulisan Nik Amalina menimbulkan rasa pelik kerana seolah-olah ahli keluarga Nik Abdul Aziz "kehilangan sesuatu yang berharga" apabila suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman tidak lagi menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Walaupun meloyakan, tetapi saya tetap berterima kasih kepada Nik Amalina dan juga Dr Mariah kerana mencelarukan lagi keadaan PAS serta memudahkan kerja kami (menyerang parti itu)," coret penulisnya dalam artikel 'Keluarga Nik Aziz dah jadi cacing kepanasan'.

Sementara blog Masterdedah pula menyifatkan penulis Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz – musuh Abdul Ariffahmi – sebagai "petugas bawah tanah" kepada exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa berdiam diri kerana tidak mahu dilihat anti-keluarga Nik Aziz.

"Petugas underground (bawah tanah) ini tidak difahami tugasnya oleh (Abdul) Ariffahmi. Inilah jadinya kalau seorang yang ditugaskan untuk gerak saraf berpaling tadah.

"Tentulah ini tidak akan difahami oleh Nik Amalina yang hanya tahu sebagai isteri Ariffahmi," coretnya.

Blog Warisan 2057 pula mengkritik Nik Amalina yang dikatakan gagal memahami isu nepostisme yang melibatkan ahli keluarganya.

"Dengan sebab itu Nik Amalina gagal mengupas isu tersebut malainkan bermain retorik (dan) melayan emosinya sahaja.

"Untuk menyedapkan permainannya, dia mengait-ngaitkan dengan ajaran Islam. Macam orang lain tidak mengaji," kata penulisnya, yang memperkenalkan diri sebagai Proharakah.

Blog itu juga mendakwa, luahan perasaan Nik Amalina itu dengan sendirinya "memberi pengakuan, tanpa keraguan yang munasabah" bahawa Nik Abdul Aziz "dengan sengaja, bersungguh-sungguh mengamalkan kronisme" dengan melantik Abdul Ariffahmi.

Ia membuat andaian itu berdasarkan tulisan Nik Amalina yang menyebut, pelantikan suaminya disokong bapanya Nik Abdul Aziz selepas perkara itu disuarakan sebanyak empat kali.

"Jadi kesimpulan akhirnya saya tidak nampak langsung hujah Nik Amalina yang dapat kita kaitkan dengan peranan keluarga ustaz ini (Nik Abdul Aziz) untuk agama, bangsa dan tanahair.

"Semata-mata berkisar pada kepentingan keluarga sahaja," kata penulisnya.

Sementara blog yang tidak jelas pendirian politiknya Dunia Cacamarba, penulis Tayadih Maysia menyarankan Abdul Ariffahmi menyaman Syed Azidi bagi membersihkan diri dan nama bapa mertuanya.

"Orang ramai tertanya-tanya dan berasa agak pelik kerana sehingga kini masih belum kedengaran Tuan Sheikh (Syed Azidi) disaman oleh tuan badan yang dikatakan difitnah oleh Tuan Sheikh," katanya.

Syed Azidi turut dikenali sebagai Sheikh di kalangan teman-teman rapatnya.

Dalam artikel 'Saman sahajalah Tuan Sheikh itu', Tayadih Maysia hanya menyindir Nik Amalina dengan berkata:

"Banyak bercakap memberikan peluang kepada orang ramai menilai keperibadian dan perwatakan anda sebagai orang yang baik-baik."

Blog Kelab Greenboc pula berkata, Dr Mariah yang menyiarkan luahan perasaan Nik Amalina itu sepatutnya menasihatinya supaya mengadu kepada Nik Aziz sendiri daripada membiarkan anaknya itu "merapu-merapu".

"Sepatutnya YB Dr (Mariah) perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu.

"Ayahandanya seorang ulama disegani..., apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?" coretnya semalam.

Blog itu turut mendakwa, Syed Azidi sebagai "orang yang dimusuhi" suami wanita itu telah membawa bukti berhubung "gelagat dan perangai" Abdul Ariffahmi.

Ariffahmi, letak jawatan segera: Mahfuz


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini dan tarikh akhirnya di perbadanan itu pada 23 Mac tahun depan.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.

Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz".

PAS veep wants Nik Aziz’s son-in-law to leave state firm immediately

By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Dec 7 — PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar today urged Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to ask his son-in-law to leave the Kelantan Mentri Besar Corporation (PMBK) immediately so as not to prolong the issue of cronyism in the state administration.
“Nik Aziz as the chairman and board member of PMBK must ask Ariffahmi to go on leave immediately. He has made his commitment to resign, so they must now act on that,” Mahfuz (picture) told reporters in Parliament today.
Last week, Ariffahmi Abdul Rahman, who was appointed CEO of PMBK about three months ago, announced that he will leave the firm in March next year.
Ariffahmi was earlier asked by the Kelantan mentri besar to resign from PMBK following the advice of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Nik Aziz, however, did not set any timeframe for the resignation.
“The MB has to determine whether in the period of three months, Ariff can have a role in making any decisions,” Mahfuz said.
“For me, a CEO who gives three months’ notice to resign, he can no longer do anything that would have implications on the PMBK including financial and project management matters,” he added.
Mahfuz also urged Nik Aziz to seek the views of the PMBK advisory board to temporarily appoint another person to take over Ariffahmi’s duties.
The Kelantan government investment arm and Ariffahmi are currently under the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigation which started early last month.
The probe resulted in the sacking of PMBK corporate liaison officer Syed Azidi Abdul Aziz who was accused of exposing wrongdoings in the corporation.
The crisis in PMBK later found its way into the Kelantan government, with some of the senior state PAS leaders urging Nik Aziz to come out with a succession plan.

Penyeludupan dadah, Siti Zailah tidak puas hati jawapan timbalan menteri

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan langkah yang diambil oleh kementerian berkenaan dalam menangani masalah pembekalan dadah di sempadan Thailand.

Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kebanyakan pembekal dadah di kawasan itu dapat bolos ke Malaysia.

Beliau meminta pihak kementerian menyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap pembekal dadah di sempadan dan tindakan yang diambil terhadap pembekal yang menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan pengedaran.

Sebelum itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) meminta menteri dalam negeri menyatakan jumlah rampasan dadah dari Januari hingga Jun 2009 dan pelan tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah yang diambil oleh kementerian serta jumlah peruntukan yang disediakan.

Timbalan menteri, Datuk Wira Abu Seman (BN-Masjid Tanah) dalam jawapannya memberitahu secara keseluruhannya dalam tempoh Januari sehingga Jun 2009, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas 22 jenis dadah dan racun di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Rampasan terbesar melibatkan dadah jenis syabu seberat 1,052 kg bernilai lebih RM263 juta. Secara keseluruhannya, nilai rampasan dalam tempoh tersebut berjumlah lebih RM306 juta.

Berhubung dengan jumlah peruntukan yang disediakan bagi melaksanakan pelan tindakan pencegahan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperuntukkan sebanyak RM93 juta bagi tahun 2009.

Siti Zailah yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Seman kepada soalannya yang dianggap sambil lewa dan tidak menjawab soalan sebenar.

"Saya tak puas hati dengan jawapan timbalan menteri tadi. Saya tanya berapa kes yang ditangkap, tapi beliau tidak jawab," katanya.

Beliau yang juga timbalan ketua Muslimat PAS berkata, menurut maklumat yang diterimanya, ramai pengedar dadah di sempadan ditangkap oleh PDRM dan boleh didakwa di bawah seksyen 398 namun dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti.

Sedangkan sumber memberitahu, ketika serbuan dibuat ke rumah pengedar, terdapat banyak dadah dan wang ditemui.

Difahamkan, pihak berkuasa membebaskan mereka kerana didakwa telah menerima rasuah dalam jumlah yang banyak.

"Apakah ini tidak cukup sebagai bukti? Saya menyeru kerajaan ersikap telus dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memaihnkan peranan mereka," tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut mempersoal program pemberian percuma methadone di klinik-klinik kerajaan untuk membantu penagih yang dilihat tidak berkesan dan tidak mencapai sasaran.

Ketidakberkesanan ini ujarnya turut diakui sendiri dalam laporan audit negara.

"Program yang dikatakan dilakukan secara tetutup ini, rupa-rupanya diakukan secara terbuka, dan orang boleh tahu siapa yang menerima bantuan methadone itu.Ini sekaligus tidak melindungi identiti penagih," katanya.

Selain itu, pemberian methadone itu tidak membantu penagih untuk berhenti daripada mengambil najis dadah.

Pelihara perjuangan Islam tulen

Oleh Nasrudin Tantawi Hubungan erat antara pemimpin perlu demi menguburkan agenda kerajaan perpaduan.

Perjuangan tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi.
Sebaliknya penglibatan kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam.
Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam.
Inilah cita - cita murni yang  tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh akal yang terpisah dari wahyu. Justeru cita-cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi.
Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa mempeduli ketulenan manhaj rabbani.
Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya atas namakan perjuangan Islam ini. Persoalannya, berbaloikah perjudian itu?
Siang malam bergelut menghadapi ancaman. Saban waktu pula meredah rintangan. Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri, hanya semata-mata untuk menggapai cita-cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri.
Ketulenan Perjuangan
Perjuangan yang disertai ini adalah sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam. Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah. Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah.
Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita - cita politik. Mencari pengaruh, jawatan dan gelaran. Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi.
Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya. Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi.
Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah.
Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi. Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami.
Demi memburu kemenangan dalam pilihanraya sebagai contoh, walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali-kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik.
Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka. Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik.
gerakan Islam
Kita adalah Sebuah Gerakan Islam . Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau di mana posisinya . Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini , kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam .
Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan . Tetapi saya tegaskan  ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara . Jangan kita abaikan ketulenannya semata - mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang .
Menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah . Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah.
PERJUANGAN tidak hanya berasaskan semangat malah penglibatan kita bersama PAS sebagai sebuah parti politik juga bukan kerana memenuhi tuntutan demokrasi.

Sebaliknya penglibatan kita adalah berpaksi kepada Iman dan Islam.

Apa yang kita mahu tegakkan ialah Iman dan apa yang kita mahu daulatkan ialah Islam.

Inilah cita - cita murni yang  tidak boleh kita benarkan ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dikuasai oleh akal yang terpisah dari wahyu. Justeru cita-cita ini terlalu suci untuk dipengaruhi selain Iman yang tidak berbelah bahagi dan Islam sebagai risalah as samawi.

Malang sungguh apabila perjuangan ini dicampur aduk dengan desahan nafsu yang memburu ruang untuk menyerlah populariti dan publisiti malah membina indentiti diri tanpa mempeduli ketulenan manhaj rabbani.

Barangkali kita akan ketemui apa yang diburu biarpun hanya atas namakan perjuangan Islam ini. Persoalannya, berbaloikah perjudian itu?

Siang malam bergelut menghadapi ancaman. Saban waktu pula meredah rintangan. Bersama perjuangan ini dengan mengambil pelbagai risiko yang mungkin membinasakan diri, hanya semata-mata untuk menggapai cita-cita peribadi yang berpaksi kepuasan naluri.

Ketulenan Perjuangan
Perjuangan yang disertai ini adalah sebuah kembara mencari kedaulatan buat Islam. Laksana pengembaraan Nabi saw bersama para sahabatnya membelah alam jahiliyyah memacu hijrah membina sebuah daulah. Segala rintangan dan halangan dihadapi dengan tabah.

Malang 1001 kali malang andai perjuangan ini tidak ubah seperti batu loncatan untuk memenuhi cita - cita politik. Mencari pengaruh, jawatan dan gelaran. Sukar kita memelihara ketulenan perjuangan yang didokong ini jika kita gagal membebaskan diri sepenuhnya dari pengaruh nafsu dan kepentingan duniawi.

Ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara dari anasir yang merosakkannya. Semua anggota jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan sirah perjalanan nabi kita Muhammad saw atau manhaj perjuangan palsu yang meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi.

Ketulenan manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skima amal tarbawi yang mantap melalui silibus am tinggalan baginda Rasul saw. dan diperkemas kini oleh ulama' al a'milin al mujahidin yang memimpin ummah.

Satu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj perjuangan an nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi. Lebih malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami.

Demi memburu kemenangan dalam pilihanraya sebagai contoh, walaupun tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali-kali kita tidak boleh meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik.

Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis atau lainya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik mahupun perjuangan mereka. Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya dengan cara dan gaya mereka berpolitik.

Gerakan Islam
Kita adalah Sebuah Gerakan Islam. Ini satu realiti yang mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin jamaah walau di mana posisinya. Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini, kita tidak boleh mencairkan nilai atau standard value bagi sebuah gerakan Islam.

Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak dan amanah perjuangan. Tetapi saya tegaskan ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara. Jangan kita abaikan ketulenannya semata-mata mahu melihat strategi kita berjaya dan politik kita menang.

Menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah. Justeru itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci .Pemalsuan manhaj perjuangan adalah satu jenayah.

Mahathir Pencetus Salah Guna BTN - Johari Abdul

Oleh Roziyah Mahamad

MAHATHIR merupakan pencetus kepada salah guna yang terdapat dalam modul Biro Tata Negara (BTN) dalam menyebarkan agenda Barisan Nasional ketika era pemerintahannya satu ketika dahulu. Propaganda mengutuk dan menghina pemimpin-pemimpin pembangkang telah disuapkan ke minda peserta agar tertanam perasaan benci terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada.

"Mahathir sendiri yang telah mewujudkan modul ini, kerana itulah dia tidak bersetuju modul ini dirombak dan mahu ia dikekalkan. Dia adalah pecetus kepada semua ini," jelas Johari Abdul.

Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menjelaskan modul yang terdapat dalam  BTN telah digunakan oleh Dr Mahathir pada ketika itu sepenuhnya untuk memburukkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana itu beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan dan tidak dirombak.

“Buktinya, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, hampir semua program BTN yang dijalankan oleh penceramahnya kebanyakkannya mencerca dan memfitnah Anwar sedangkan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dibicarakan dan masih belum ditentukan bersalah,” jelas Johari yang dihubungi wartawan Erapakatan.

Menurutnya, program yang dijalankan telah mengumpulkan semua pemimpin pembangkang dan melebelkan mereka sebagai pengkianat dan orang yang bakal memusnahkan Negara. Fitnah dan cacian sengaja dilemparkan bagi menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin pembangkang yang ada.

“Jika dikira sejak tahun 1998 hingga 2 september 2005, sudah berapa banyak fitnah dan cacian yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar? Sedangkan pada ketika itu Anwar masih belum ditentukan kesalahannya. Jadi saya memang tidak terkejut sama sekali dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan.  Ini kerana dia sudah lama menggunakan modul BTN ini untuk menanam kebencian rakyat kepada Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin lain,” jelas Johari lagi.

Baru-baru ini Dr Mahathir telah memberi kenyataan mahu program BTN dikekalkan kerana bagi beliau modul itu cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa. Hal ini kerana BTN didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

Ahmad Said pun bisnes juga

ahmad said hamdaKeputusan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar,kanan) untuk meletakkan jawatan pada 31 Disember 2009, lebih awal dari tamat tempuhnya pada 25 Mei 2010 mencetuskan lebih banyak persoalan.
Ahmad Said, ketika mengumumkan persaraan beliau, berkata “Adalah lebih baik saya meletak jawatan pada penghujung tahun dari pertengahan tahun bagi memudahkan pengganti saya, Abdu Kassim Mohamed merangka perancangan sepanjang tahun.”

Kapar S ManikavasagamTetapi Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam (gambar,kiri), ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today  memberitahu ini hanya helah beliau sahaja.
Sebenarnya, kata beliau, Ahmad Said mendapat projek menyediakan peralatan pejabat, topi, songkok dan barang-barang cenderahati untuk kegunaan 1,000 anggota SPRM menerusi rundingan terus dari Perbendaharaan.
Projek ini bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.
“Beliau (Ahmad Said) mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya aktiviti beliau tidak dapat dikesan dan takut berlakunya pertembungan kepentingan,” ujar beliau.
Menurut Manikavasagam, beliau kini sedang mengumpul maklumat lengkap tentang projek ini dan akan mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh bos SPRM ini dalam sedikit masa lagi.

Kembali kepada perjuangan asas dan asal



Oleh Abu Firdaus

Setelah lama berjuang, ada ketikanya didapati bahawa ditanya ke manakah perjuangan yang hendak dibawa? Memang jelas bahawa landasan perjuangan adalah tetap Islam. Tetapi adakah matlamat perjuangan untuk Islam mash jelas seperti mana ketika mula diterima dan dilancarkan dahulu? Kalau jelas pun, adakah tindak tanduk seharian seseorang pejuang Islam masih berpegang kepada prinsip asal?

Cuba ingat ketika seseorang itu sedar mengenai Islam. Ia adalah seperti suatu hidayah yang besar maknanya. Kalau orang bukan Islam menerima hidayah, maka pemikiran serta kehidupannya bertukar secara mendadak untuk menjadi Muslim.Tetapi kalau seseorang yang dilahirkan Islam menerima hidayah, maka pemikiran serta kehidupannya bertukar menjadi seorang aktivis dan pejuang Islam.

Bagi mereka yang tidak melalui pengalaman hidayah ini, memang sukar untuk faham bagaimanakah seseorang itu melaluinya. Langkah menyertai gerakan islam bukanlah seperti minat dan kecenderongan untuk menyertai mana-mana persatuan atau aktiviti. Kesedaran dan hiayah ini sukar untuk digambarkan bagi seseorang yang tidak melaluinya.

Sememangnya dalam perjuangan lain, terdapat juga kesedaran. Umpamanya dalam memegang sesuatu fahaman atau prinsip, ia juga datang dalam bentuk kesedaran. Contohnya seseorang yang sedar tentang nasib manusia yang ditindas, maka mungkin kefahamannya mengenai keadaan sosio-ekonomi ini membawa kepada seseorang itu menyertai gerakan kiri atau sosialis. Begitu juga dalam lain-lain perjuangan, seperti mana badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangka isu-isu seperti hak asasi dan alam sekitar.

Tetapi dalam soal perjuangan Islam, ia bukan saja berbeza, tetapi lebih istimewa. Ini kerana ia berkaitan dengan agam,a yang benar. Maka tentulah kesedaran terhadap Islam disebut sebagai hidayah, berbanding dengan fahaman-fahaman lain yang tidak berkaitan dengan agama dan kerohanian.

Tentulah berbeza antara orang yang sedar mengenai agama dengan yang tidak. Tetapi memanglah manusia, walaupun sedar mengenai agama, ada masa, malah banyak pula yang sudah lupa, atau hanyut atau jelas lemah untuk terus berfikiran dan melaksanakan gaya hidup secara agama Itulah perlunya peringatan dan semangat supaya semua pejuang agama kembali ke jalan yang benar.

Begirtulah dengan keadaan PAS. Teras parti ini adalah perjuangan Islam. Walaupun banyak pertimbangan dan perdebatan tenga cara mana untuk mengamalkan Islam, tetapi apa yang jelas, asas parti adalah perjuangan untuk agama. Setelah sedar dan ingat tentang kedudukan fahaman seseorang, maka wajarlah dipertimbangkan kebijaksanaan dengan sifat kesedrhanaan, tolak ansur dan penuh timbang rasa dalam pelaksanaan agama.

Jika dilihat PAS dan Pakatan Rakyat , ia merupakan wadah perjuangan Islam dalam erti kata yang luas. Walaupun DAP merupakan sebuah parti sekular yang tegas menolak Negara Islam tetapi banyak sikap dan dasar-dasarnya yang selras dengan kehendak konsep Negara islam. Malah apa yang ada pada DAP itu lebih baik daripada parti-parti komponen Barisan Nasional, khususnya Umno.

Tokoh yang dianggap sebagai ketua iaitu Anwar Ibrahim mempunyai rekod dan sejarah yang jelas berkaitan dengan gerakan Islam, iaitu melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Walaupun beliau kini dipandang bukan lagi dari kalangan gerakan Islam ditambah lagi perwatakannya yang dirundung pelbagai syak wasangka dan fitnah serta banyak spekluasi tetapi perlu diingat bahawa sudah tentu beliau melalui detik-detik di mana kesedaran timbul dengan ditanam azam untuk memperjuangkan Islam.

Begitu juga dengan banyak tokoh dalam Parti Keadilan Rakyat sendiri. Ada antaranya yang terlibat juga dengan gerakan Islam melalui pertubuhan yang berbeza. Tetapi dalam PAS sendiri, sudah tentu umumnya adalah terdiri daripada aktivis-aktivis yang melalui pengalaman hidayah dan sedar mengenai Islam dan perjuangannya.

Maka di sini dalam pergolakan dalaman parti, antrara apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan serta kumpulan erdogan, wajar diingat kembali betapa asas mula perjuangan dalam PAS adalah hidayah dan kesedaran terhadap azam untuk mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh termasuk dalam siasah dan kehidupan bernegara.

Seseungguhnya kehadiran PAS dalam, Pakatan Rakyat bukan saja menguntungkan tetapi menjadi aliran bernilai bagi parti-parti lain di dalamnya, iaitu DAP dan Keadilan. Setelah menghargai kehebatan prinsip dan perjuangan Islam dalam PAS, maka sewajarnya ahli-ahli, aktivis-aktivis dan menegaskan kembali hasrat perjuangan mereka, mengapa mereka berada dalam gerakan Islam itu sendiri.

Dalam hal ini, bukan saja PAS tetapi keseluruhan gerakan islam di seluruh dunia. Agama Islam sudah dicemari dan dipandang serong dengan kegiartan keganasan yang ditampilkan melalui Al-Qaeda dan Taliban. Tetapi adalah wajar semua pejuang Islam ini mengingatkan satu sama lain tentang permulaan mengapa menerak menyertai gerakan Islam. Adakah untuk melakukan keganasan yang akhirnya menyusahkan umat Islam sendiri?

Dalam hal ini, bagaimana pula Republik Islam Iran ? Negara yanmg dibina atas asas dan kenegaraan Islam. Apakah yang sudah terjadi hingga Iran kini dipandang amat serong oleh pihak Barat, dan bukannya menjadi contoh nyang dibanggakan. Maka Iran sebagai negara dan umat Islam wajar juga kembali kepada semangat asasl perjuangan Revolusi Islam yang mana ia berlaku atas asas kesedaran Islam dan hidayah.

Begitu juga dengan Turki yang diterajui oleh parti islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK).. Begitu uga dengan parti Islam di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) adalah atas asas kesedartan beragama. Tafsiran tentunya pelbagai dan tentunya wahar dielakkan fanatisisme. Tetapi kembalilah kepada kesedaran pada awal perjuangan.