Ahad, 6 Disember 2009

PARA PEMIMPIN UMNO BUAT APA SAHAJA UNTUK MENANG PRU13

TERMASUK MEMFITNAH KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Dari Kacamata Halik Zaman

1MALAYSIA sudah diserapkan keseluruh kakitangan Kerajaan. Lambang 1Malaysia sudahpun dibuat logo terlekat didada kiri setiap kakitangan Kerajaan. Bila diumumkan oleh Najib Razak, bahawa 1Malaysia bertujuan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, kita pun berfikir, memberi andaian, menjangkakan bahawa 1Malaysia ini merupakan satu lagi project besar besaran Barisan Nasional merupakan 'modal insan' yang membawa keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jauh meleset.

Hingga kehari ini para pemimpin UMNO buat ribut ribut pasal 1Malaysia. Kesana sini menjadi bahan ucapan mereka. Hasilnya masih kabur. Ia tidak lain dari sebuah lagi cogan kata yang baru berjenama UMNO untuk menyatupadukan kefahaman rakyat kepada ikatan perpaduan dalam UMNO itu sendiri. Ia sama seperti UMNO bersama PARTI PERIKATAN dulu dan UMNO bersama BARISAN NASIONAL sekarakang. Tujuannya sama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia kedalam Barisan Nasional.

1Malaysia itu cuma merupakan satu pembaharuan semangat bercogankata baru demi Barisan Nasional dan UMNO yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan pengundi muda dalam PRU 2008. Selain itu apa? Untuk rakyat kenaikan petrol membebankan, yuran sekolah kanak kanak, kos hidup rakyat, cukai permakanan cukai pintu rumah dinaikan. Semua ini membebankan para pengundi yang miskin yang telah memberi mandat kepada Kerajaan UMNO/BN memerintah. Tapi pengundi terus hidup dibebankan.

Untuk berkuasa, para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja termasuk terus membujuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. Kalau Anwar Ibrahim jadi faktor kekuatan Pakatan Rakyat, Anwar akan dihancurkan. Tidak heran kalau kes liwat Anwar itu satu fitnah kerana pengaruh Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat dianggap oleh para pemimpin UMNO sebagai luar biasa. Ia boleh menggugat UMNO/BN dari berkuasa dalam PRU13 nanti.

Diotak pengundi hari ini sudah terfikir, kalau SPRM, polis, SPR, boleh diatur oleh Kerajaan, kenapa pula tidak boleh diatur hakim untuk Anwar Ibrahim masuk penjara? Pengundi bilang kes liwat itu fitnah, setelah diatur maka hakim pun bilang Anwar bersalah ikut trend Mahathir dulu.

Sebenarnya Anwar Ibrahim bukan lah menjadi faktor utama untuk UMNO dan BN itu lemah. Tapi, sama ada Anwar Ibrahim didalam atau diluar penjara, itu bukan soal pokok
yang penting pengundi sendiri sudah bosan dengan tekanan hidup, kerana itu pengundi sendiri yang mahu berubah, sebab UMNO tidak tahu untuk berubah.

Kes liwat Anwar Ibrahim, banyak perkara yang tidak masuk akal. Meragukan. Seorang muda berusia 23 tahun takkan lah diam diam sahaja 'pasang belakang' untuk diliwat? Tidak kah ada usaha lain untuk drama 'tendang menendang' berlaku macam dalam filem Kongfu? Orang tua berusia 61 tahun sekali sahaja ditendang ia akan tersungkur jatuh. Boleh sahaja patah kaki kalau orang muda yang tendang. Tendang dari belakang flying kick lagi kuat dari tendang dari depan. Susah untuk diyakini terlalu banyak aliby dari doctor pun ada aliby.

Pakatan continues to hound Najib over BTN

One or the other. Pakatan will not allow Najib to walk away from the BTN issue. — file pic
By Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR, Dec 6 — Pakatan Rakyat (PR) leaders say they want Datuk Seri Najib Razak to set the record straight by stating the government’s stand on the controversial National Civics Bureau (BTN).
Despite confirmation by Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz, on Monday that the Cabinet had agreed to revamp BTN courses and disclosure that the Chief Secretary had been instructed to oversee BTN’s overhaul, a number of ministers and Umno leaders have continued to defend the programme which has been described as racist by the opposition and some participants.
The prime minister’s silence on the issue has added to the confusion over his administration’s position.
BTN chief Datuk Ahmad Maslan also defended the civics course and insisted that it would be “upgraded” instead of “revamped.”
“The issue here is very clear. It is either Nazri or Ahmad Maslan who is wrong and now Najib is keeping quiet. He can’t keep quiet. As prime minister he must set an example as to whether he is prepared to stand by his 1 Malaysia context and slogan or it is just empty talk.
“His silence on the whole issue speaks very poorly on the seriousness and commitment on the 1 Malaysia concept,” the DAP’s Lim Kit Siang told The Malaysian Insider.
Seri Setia assemblyman, Nik Nazmi Nik Ahmad from PKR, also questioned the government’s sincerity on BTN and 1 Malaysia.
“Najib has been taking about 1 Malaysia and all this while we can see that its either a good cop or bad cop routine, or he does not know how to control his deputy because he has been saying the right things but his deputy has been talking the Malay line.
PR leaders Lim (left) and Nik Nazmi (centre) want to know Najib’s stand.—file pic
“I think that definitely the credibility of the 1 Malaysia project rests on the courage of the government to face up to the people who are just stuck with the old mentality. At the end of the day, we want acknowledgment of the problem and that this cannot be done. “We have no issues with programmes that instil loyalty, promote history and the constitution but it must be done in a frank and open manner [while] respecting the different communities in the country,” Nik Nazmi explained.
The programme has come under fire from various groups, with PR leaders branding it a tool to spread racist propaganda.
While the government insists BTN courses are meant to instil patriotism in the participants, testimonials by former attendees indicate otherwise — that they are instead used to maintain Malay support for Umno through cultivating racial hatred and concepts like “Ketuanan Melayu” (Malay supremacy).
These testimonials have been used as fodder by PR leaders to demand BTN’s closure.
The PR-led Selangor government has already imposed a ban on its civil servants and students within its state-run educational institutions from attending BTN courses, while Penang — another PR- governed state — is said to be considering similar action.
But the hawks in Umno, through Malay-based dailies like Berita Harian and Utusan Malaysia, have moved to defend BTN and attack its critics as “traitors” who are trying to politicise the issue.
Good cop, bad cop routine? — Picture by Choo Choy May
Utusan today urged the government not to “bow down” to the opposition on BTN and said that Nazri wanted the programme to be revamped even though the move was decided by the Cabinet. Lim agreed that the government should not “bow down” to the PR but to the truth and national interest.
“The question is not to bow down to the opposition but it whether it is the right and wrong. Whether it is against the 1 Malaysia concept, nation building, national unity or it is in line with 1 Malaysia, it does not promote national hatred and it is offering national unity. It is one or the other,” Lim said.
Nik Nazmi added that Utusan should not divide the community.
“What is needed is honesty and sincerity towards the Malay community, that these lies cannot go on. It does not teach the Malays to face the 21st century and all it does is make you think that you can blame everyone else for your problem,” Nik Nazmi said.

Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket




salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall.
setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.
Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.
Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.
Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.


Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi,i-c-u, hospital raja perempuan zainab dua kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.

Kabinet Kerajaan Pembohong



oleh Cikgu Azrin

Tan Sri Muhyidin berkata;

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

Saya kata; mati dalam taat lebih baik daripada hidup merdehaka kepada-Nya. Tipu rakyat Kelantan dengan tidak memberi royalti kepada kerajan yang sah adalah perbuatan jahat. Memberi wang ehsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) lagi besar celakanya.

"Itu sudah diputuskan oleh Kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini.

Mafhum kata-kata TS Muhyidin ialah beliau telah berulang-ulang kali mengatakan pembohongan tersebut. Kabinet adalah kerajaan. Ketua kabinet adalah perdana menteri. TS Muhyidin adalah TPM. Beliau adalah anggota kabinet. TS Muhyidin berulang-ulang kali menyatakan bahawa beliau dan kabinet adalah kaki putar alam.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kalau bukan hak kerajaan negeri Kelantan, kenapa beri juga walaupun dinamakan wang ehsan? TPM yang juga Menteri Pelajaran berbohong dan tidak layak menjadi menteri untuk generasi pelajar. Macam mana pelajar sekolah nak berakhlak kalau menterinya tidak menunjukkan contoh teladan yang baik?

"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.

Ewah, pandai berkata-kata! Perbuatan menafikan hak rakyat Kelantan itu semangat Islam sebenarlah ya? Kalau Allah boleh menurunkan surah mencelaka-laknatkan Abu Lahab, takkanlah pengikut Islam yang ditipu tidak boleh berdoa kepada Allah Taala agar ’memberi balasan yang terbaik’ kepada para pembohong dan kabinetnya?

Siapa Blogger Celaka Dan Raja Segala Celaka Ini?

Siapa Blogger Celaka Dan Raja Segala Celaka Ini?
Oleh WFAUZDIN NS

Terima Kasih tidak terhingga buat penulis Batu-api yang menulis tentang beberapa blog yang dikatakan memusuhi Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi. Tulisan beliau terhadap beberapa blog yang ada di antaranya di cap `celaka' serta `menyeleweng' boleh dibaca di sini.

Sesuai dengan nama penanya `Batu-api', maka saya tidak kisah dan hairan apabila melihat blog saya juga disenaraikan sebagai blog yang menulis memusuhi Presiden PAS. Saya tidak kenal batu-api ini tetapi kerap membaca penulisannya dan sedikit pun saya tidak menyangka suatu hari nanti blog saya menjadi sasarannya.

Apa pun saya sedikit berbangga kerana Batu-api sudi menegur penulisan saya kerana sebagai penulis biasa dan tidak terlatih saya tentunya punyai banyak kekurangan. Saya cuma bernasib baik tidak dikatakan `celaka paling jahat' sebagaimana rakan saya `Tulang Besi'. Manakala Perisik Rakyat juga dilibatkan sebagai Boneka Tulang Besi dan dicop `bodoh' oleh Batu-api. Blog Pasfutureleader dicop sebagai `tak ada otak'. Gelaran `kurang akal dan kelingking berkait' pula jatuh kepada blog Greenboc. Ada juga blogger yang dipanggil `kurang siuman' oleh Batu-api, blogger itu adalah Penarik Beca. Saya katakan saya bernasib baik kerana hanya dikatakan `menyeleweng' dan menulis `secara jahat' dalam artikel penulisan saya.

Saya tidak peduli apa yang Batu-api perkatakan kerana saya tidak kenal siapa Batu-api ini samada beliau ini cerdik, bodoh, kurang akal mahu pun celaka. Pada saya semua blogger yang beliau senaraikan di atas adalah anti `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno. Pada saya `raja segala celaka' adalah mereka yang `berunding dalam kelambu' bersama Umno dahulu, kini dan selamanya. Kami tetap akan mempertahankan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz walau pun terpaksa berdepan dengan blogger atau penulis yang menjadi boneka raja segala celaka ini.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Batu-api kerana menzahirkan siapa diri beliau sebenarnya dengan ungkapan kata-katanya yang menggambarkan nama penanya itu. InsyaAllah, sedikit masa lagi akan kita ketahui siapa raja segala celaka ini yang berselindung di sebalik Tuan Guru Presiden.

Ulasan GB

Rasanya tak perlu lagi GB mengulasnya panjang mengenainya. Wfauzdin dah jawab bagipihak orang-orang yang dikritik oleh batu-api.

Tentang artikel di TKO yang ditulis oleh batu-api tu, cukup ulasan dari OSB yang memberikan komen di bawah artikel itu:

cuma satu je, ko punya tulisan pon tak ubah seperti mereka yang ko highlightkan, tapi ayat mereka tidaklan sampai meng'celaka'kan orang, hairan bi ajaib... adakah mereka yang suka untuk sumpah seranah org ini digunakan untuk membela pemimpin PAS? maka betul lah UMNO dgn melebal PAS dgn tagline "Parti Sumpah Seranah"

So kita senyum. Itu jer kita dah tahu fikrahnya. "Mencelakakan" orang. Siapa yang mengajar kalau bukan Tok Gurunya sendiri. Betul hadith Nabi kata : agama rakyat mengikut pemimpinnya!

Yang kedua, bukanlah susah sangat nak kenal batu-api. Dari lenggang bahasa dan gaya penulisannya, kita boleh mengenalinya. GB dah lama di internet ini, bukan sehari dua dan kalau GB rasa kurang yakin dengan firasat GB sendiri mengenai siapa batu-api yang sebenarnya, kan ker kita boleh solat hajat meminta Allah tunjukkan siapa dia sebenarnya?

Dan Allah tidak pernah menipu orang beriman. Cuma kadang-kala segan dan malu kepada Allah meminta sesuatu yang kecil-kecil macamtu... apatah kalau kita doa sampai pecah perut dalam hal sekecil itu, kecualilah dalam hal royalti yang amat wajar di doakan gitu....

kan lebih baik minta PAS dan PR menang untuk memerintah Malaysia...

Kes Fatine: Imigresen tak amalkan ‘double standard’



Oleh G. Manimaran PETALING JAYA, Dis 6 — Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman mempertahankan kenyataannya tindakan transeksual warga Malaysia, Fatine telah menjejaskan imej Malaysia dengan tinggal terlalu lama secara tidak sah di Britain sambil menegaskan, pihaknya tidak amalkan “double standard” dalam melaksanakan undang-undang imigresen.
“Ini bukan kes Fatine sahaja. Dalam mana-mana kes pun, sesiapa sahaja, Jabatan Imigresen akan menggunakan prosedur dan peraturan yang sama.
“Kita perlu menggunakan standard yang sama. Tidak boleh mengatakan ini standard untuk Fatine seorang sahaja, orang lain kita menggunakan standard lain... tak boleh,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Menjawab kritikan pelbagai pihak bahawa Jabatan Imigresen tidak sepatutnya menggunakan istilah tindakan Fatine telah memalukan negara, Abdul Rahman menjelaskan beliau hanya bercakap dari segi undang-undang imigresen.
“Saya tidak boleh bercakap dari sudut (undang-undang) agama dan yang lain,” kata beliau sambil menekankan rakyat Malaysia tidak sewajarnya tinggal melangkaui tempoh dibenarkan di negara-negara lain termasuk di United Kingdom (UK) yang kini melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius.
“Tinggal terlalu lama secara tidak sah adalah perkara serius. Jika mahu tinggal lebih lama buat permohonan yang betul, gunakan prosedur yang betul.
“Kita tidak suka rakyat asing tinggal di luar tempoh yang dibenarkan di negara kita, begitu juga di negara lain. Kita mesti menghormati undang-undang mereka. Jika tidak ia akan menjejaskan imej negara,” kata beliau lagi.
Kelmarin Sisters In Islam berkata pihaknya memandang serius kenyataan Abdul Rahman Othman dalam isu Fatine.
“Kami mempersoalkan mengapa beliau telah memilih Cik Fatine dan menuduh beliau telah memalukan negara atas kesalahan imigresen, walhal lebih daripada setahun yang lepas, pihak kerajaan telah menggunakan pendekatan yang agak sederhana bagi rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh di UK,” kata Pengurus Program SIS Mas Elati Samani kepada The Malaysian Insider.
Ketika ditanya tindakan susulan Jabatan Imigresen, Abdul Rahman menjelaskan, pihaknya sedang menunggu keputusan mahkamah dan Pejabat Dalam Negeri UK dalam kes Fatine.
Isnin lalu beliau dipetik berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine dan memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.
Di bawah undang-undnag imigresen mereka yang dihantar pulang oleh negara asing atas kesalahan tinggal terlalu lama secara tidak sah boleh dilarang daripada ke luar negara selama dua tahun.
Malah, Fatine atau nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari dilaporkan kini berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Fatine yang berkata dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Fatine juga kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke UK adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Pasangan itu berkenalan di Kuala Lumpur tiga tahun lalu. Fatine melangkah ke UK atas visa pelawat pada Disember 2008.
Dia yang telah “berkahwin” dengan warga UK Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa untuk tinggal ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran penampilan gambar yang “salah”.
Permohonan kedua juga telah ditolak Oktober lalu. Pasangan tersebut telah mengemukakan permohonan baru mendapatkan hak untuk kehidupan berkeluarga di bawah Akta Hak Asasi Manusia.
Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih diproses oleh Agensi Sempadan UK dan oleh itu dia tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh.
Fatine, seorang jurusolek, mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun dan tidak melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

BTN : Mahathir Dedahkan Sikapnya Yang Sebenar

Tun Dr Mahathir Mohammad akhirnya menyerlahkan dirinya yang sebenar - bahawa - beliau di belakang segala kecelaruan Biro Tatanegara (BTN). Bahawa, beliau menyokong modul BTN yang dikenalpasti selama ini mewujudkan sentimen ras dikalangan para peserta kursus BTN tersebut.

Maka tidak hairan mengapa BTN sering dijadikan tempat untuk beberapa penceramah menghentam pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, Mahathir melakukan pembelaannya dengan menyatakan Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat kurikulum BTN dapat memupuk semangat perpaduan kerana kursus anjuran agensi itu turut dihadiri rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

"Tidak perlu dirombak... saya ingat kekal (modul BTN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Aids Sedunia 2009 di sini hari ini.

Sambil mengakui beliau juga pernah memberikan syarahan pada kursus anjuran BTN dan antara perkara yang diterangkan ialah mengenai sejarah Malaysia, beliau menyatakan tidak ada apa-apa yang tidak betul mengenai kursus BTN kerana kurikulumnya cukup baik untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kehidupan bernegara.

Jadi ternyata bahawa BTN menjadi medan untuk Mahathir meneruskan agenda mengindoktrinasi pelajar dan penjawat awam selama ini dan sepastinya ia dilakukan dengan peranan yang dimainkan oleh pegawai peringkat tertinggi yang mengendalikan BTN ini.

Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kurikulum BTN akan dirombak bagi mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak.

Nazri yang sebelum ini telah menempelak Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah mendedahkan bahawa BTN telah dijadikan platform untuk menaikkan pemimpin tertentu.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

BTN Tidak Berniat Jahat - Muhyiddin



MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa pesertapeserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Pagoh pada majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

"ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik" - Betul cakap Muhyiddin. Ia menpunyai tujuan yang baik untuk menjadikan peserta seperti lembu yang dicucuk hidung.


Cuba tanya apa yang diajar dalam kursus BTN.


Cerita menteri dan artis



Zukri Aksah   
Seorang sahabat saya yang merupakan penggiat Umno di sini menghantar satu sms kepada saya beberapa hari yang lalu, “Bang, dalam surat khabar Keadilan ada menteri kanan beli kereta RM1.5 juta bagi pada artis. Menteri dan artis mana bang?” Saya cuma jawab tidak tahu dan perlu bertanya dahulu dengan rakan-rakan dalam PKR, setahu saya dahulu ada isu Hishamuddin Tun Hussein memiliki Hummer yang berharga RM1 juta. Sahabat saya ini membalas jawapan saya, “Hummer tak pa. Ini beli kereta mewah bagi artis, artis lelaki pula tu. Kena masuk court ni, bawa dengan kereta-kereta sekali, hehehe!”

Bukan saya mahu membongkar isu menteri-artis ini, tetapi minat saya lebih kepada penelitian saya terhadap kecenderungan masyarakat terbanyak seperti sahabat saya ini bila berbicara soal politik atau soal artis. Ini juga adalah lanjutan pengalaman saya sewaktu aktif berblog dahulu. Seingat saya ketika itu, tulisan yang paling menghasilkan banyak komen ialah tentang kematian Noritta Shamsuddin yang penuh kontroversi itu.

Nyata, sama ada pengikut politik, atau pengikut dunia hiburan tanahair, mereka mempunyai citarasa yang serupa. Mereka sukakan sensasi, mereka sukakan cerita-cerita panas, yang meletup-letup!

Sewaktu saya masih aktif dalam PKR dahulu, saya mempunyai dua orang sahabat peneman minum petang yang agak unik, seorang usahawan merangkap aktivis Umno yang mengghantar sms kepada saya itu, seorang lagi pegawai polis yang bertugas di IPK Pahang. Sahabat saya ini selama kami berkawan tidak pernah pula menghantar sms bertanya apa 17 dasar PKR itu, atau selepas saya menyertai PAS bertanya apa pendirian PAS tentang hak keistimewaan Melayu?

Yang ditanya? Macam itulah, cerita skandal, cerita hubungan sulit dan seumpamanya.

Cerita artis begitu juga. Jarang saya mendengar orang heboh bercakap soal artis ini, artis itu sampai heboh satu kedai kopi kerana kehebatan lakonannya atau kemerduan nyanyiannya. Orang bercakap tentang Jamal Abdillah kerana isu dadahnya. Orang ramai bercakap pasal Umie Aida bila dia mengambil keputusan mahu berkahwin dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk dari utara, bukan hendak mendoakan kesejahteraan perkahwinan tersebut, sebaliknya lebih berminat meneliti dagu Umie, botox ke tu?

Saya secara peribadi bila mengingati Umie Aida, akan mengingati lakonannya yang begitu mengesankan dalam drama Surah Terakhir, atau dalam drama Salina adaptasi novel SN A. Samad Said.

Saya menulis ini kerana mahu sedikit menyedarkan bahawa mentaliti masyarakat kita sedang terperangkap dengan perkara-perkara yang tidak serius, picisan dan remeh-temeh. Jangan kata sahabat saya si aktivis Umno itu sahaja, kalangan penyokong Pakatan Rakyat pun begitu juga. Kalau dia tidak pernah mengambil tahu tentang dasar dan matlamat perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, apakah kita mengambil tahu, membaca dan menghadzami konsep 1Malaysia tajaan Najib? Jangan pula tuduh saya cuba menjadi petualang di kalangan Pakatan Rakyat dengan mempromosi doktrin Najib, Ahmad Deedat, pendebat Islam terulung abad ini adalah hafiz Bible (sudah tentu beliau juga hafiz Quran).

Katanya sepuluh tahun akan datang negara kita bakal bertaraf negara maju, sekarang pun negara kita adalah negara membangun. Betullah kata orang mentaliti rakyat kita masih di tahap dunia ketiga. Di sini bila hadirnya pilihanraya, isu yang seringkali boleh menaik dan menjatuhkan seseorang calon adalah isu perempuan simpanan, isu isteri muda isteri tua, bukan tentang dasar dan prinsip yang dibawa bersama calon tersebut. Semuanya sensasi, sensasi dan sensasi, jadilah pentas ceramah sebagai tabloid murahan yang punya suara. Padahal di luar negara sana, orang menukar kerajaan dalam pilihanraya kerana perbandingan dasar cukai, dasar luar, kadang-kadang polisi kesihatan yang hendak diperkenal pun memberi kesan besar dalam pengundian.

Lalu saya baru terfikir, patutpun selama ini payah benar seruan perubahan mahu disambut oleh rakyat Malaysia. Perubahan bukan skandal, perubahan adalah idea, dan idea bukan rencah yang sedap untuk menghasilkan sebuah gosip.

Sama ada kita tidak sedar, atau kita pura-pura tidak sedar, atau kita sengaja mengabaikannya, selama ini kita berkhutbah tentang idea, gagasan, dasar dan perjuangan perubahan kepada kelompok masyarakat yang sedang ralit menelaah majalah Mangga!

Dalam cerita perubahan tiada kisah bela anak ikan mahupun bela perempuan. Yang ada cuma kisah bela akidah perjuangan, supaya tidak tersesat dek pengaruh wang dan kekuasaan. Soalnya, kita yang saban hari berteriak “perubahan… perubahan…” ini pula ada apa? Ada apa di ketika kisah “bela” yang satu ini pastinya tidak akan mendapat kelulusan untuk tersiar di Mangga, apalagilah untuk akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Makaysia dan Berita Harian, jauh panggang dari api.

Macam mana mahu menjadikan perubahan sepanas skandal? Yang kita ada cuma pemikiran…

‘Nyawa’ Umno bergantung kepada wang

Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.
 
“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.
Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.
“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.
Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima. (Gambar)
Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.
Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.
Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.
“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang  sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.

Siasatan SPRM tidak terjejas


PEKAN, 6 Dis (Bernama) — Penamatan lebih awal kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak akan menjejaskan siasatan kes-kes SPRM sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Surat terbuka Wirakarnain kepada ahli politik Malaysia



SEBAGAI seorang rakyat Malaysia yang sayangkan perpaduan dan ketenteraman negara maka tergerak hati saya untuk menulis kembali dalam ruangan ini untuk meluahkan perasaan sedih dan hampanya hati saya apabila melihat perkembangan politik semasa tanah air. Senario sekarang bukan sahaja telah menyemarakkan api ke arah merosakkan perpaduan di kalangan rakyat jelata tetapi ia juga amat berpotensi untuk membuka ruang dan peluang untuk negara kita dijajah semula.

Surat terbuka ini ditujukan khas kepada semua ahli politik di Malaysia

Nenek moyang dan ibu bapa kita telah berjuang bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan dan mereka telah berjaya menghadiahkan kita sebuah tanah air berstatus merdeka. Demi menghargai perjuangan mereka, kita seharusnya pula berjuang bermati-matian untuk memberikan hadiah kepada anak cucu kita sebuah negara berstatus maju dan dihormati di seluruh dunia dan bukannya merosakkan keamanan dan kesejahteraan negara yang kita cintai.

Sebagai rakyat biasa, dengan rasa rendah hati ingin saya berikan amaran dan peringatan kepada semua ahli politik dan rakyat Malaysia yang menyimpan cita-cita untuk menjadi ahli politik pada masa hadapan supaya jangan berpolitik sehingga pegangan ideologi politiknya bertentangan atau melawan arus prinsip Rukun Negara. Berpolitik bertentangan dengan prinsip itu akan menjadikan kita sebuah negara yang porak-peranda dan seterusnya tidak aman dan sejahtera

Janganlah kita berpolitik sehingga kita menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita semata-mata untuk memenangi hati rakyat sehingga kita melunturkan kesetiaan rakyat kita kepada Raja. Janganlah kita sewenang-wenangnya memalukan negara kita di kaca mata dunia. Di manakah kesetiaan kita kepada negara jika kita sebagai ahli politik terus bermegah apabila berjaya merosakkan nama baik negara kita di persada dunia? Janganlah kita jadi seumpama Pak Kaduk, Menang Sorak Kampung Tergadai.

Janganlah kita berpolitik sehingga terarah secara sengaja atau tidak sengaja menolak Perlembagaan Negara yang telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini berdasarkan satu kontrak sosial.

Janganlah kita berpolitik sehingga kata-kata kita atau tingkah laku kita mewujudkan kekacauan dan melanggar undang-undang serta tidak menghormati keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

Janganlah kita berpakat menyemarakkan api di kalangan rakyat untuk menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Akhir kata, tingkah laku sopan juga mengandungi satu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Oleh yang demikian, sebagai seorang ahli politik, seharusnya anda berpegang pada nilai yang positif dan murni ini dan tidak mengamalkan budaya kurang ajar dan biadap.

Pesanan kepada ahli politik, berpeganglah kepada peribahasa ini: ‘Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.’

Kita semua sebagai rakyat biasa pula, marilah kita mulakan satu gerakan menolak pemimpin atau ahli politik yang menentang prinsip Rukun Negara kerana ia akan pasti merosakkan perpaduan di kalangan kita dan merugikan anak bangsa kita pada masa hadapan. Bak kata pepatah, ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’

WIRAKARNAIN SANI

Universiti Malaya

What do we really want from Pakatan Rakyat? — Li Fook Gao


Lately, we heard of so many disgruntles about Pakatan Rakyat — ranging from the frog issue, open bickering, unity government, incompetency, component party conflicts, stupid politicians, maverick politicians, etc, etc.
Besides expecting Pakatan Rakyat to start addressing those issues, have we asked ourselves, what do we really want from Pakatan Rakyat?
1. If we want a problem-free Pakatan Rakyat, we can continue to dream on as nothing is perfect in this world.
2. If we want Pakatan Rakyat to be a strong united coalition straight away after its formation, we can continue to prepare ourselves to face more disappointment as nothing in this world can be strong without making enough mistakes to grow from experience.
3. If we just want Pakatan Rakyat as just a tool to threaten Barisan Nasional — to show them that after 50 years under their governance, finally today we have an alternative to choose from — in the hope that it will serve as a warning for them to buck-up and govern our country properly — we should stop hallucinating and classify this mission as a failure after 20 months of trying.
4. If we just want Pakatan Rakyat to replace Barisan Nasional as our federal government without much change and struggle in our daily life, we should stop being naive and immature as a new dawn will not come before we face the darkest day. If we are not ready to face the darkest day together, we will not see a new dawn emerging anytime soon — there’s only going to be longer and darker days ahead for us.
Most Malaysians just know how to complain about Pakatan Rakyat, but when you ask them, so what do they really want from Pakatan Rakyat, they are usually speechless. The question is why they are speechless? Is it because 1. they do not know what they want, or 2. they know what they want but they are not saying it out because their answer is embarrassing, or 3. they are just being so ignorant about the country’s future?
The truth is, in most Malaysians’ heart, they know but they must also know that the subconscious condition they set for Pakatan is pathetic. Deep down, they want Pakatan Rakyat to kick Barisan Nasional out of the federal government, but Pakatan Rakyat must execute this hope of theirs without affecting their daily life, their income and their current available rights and privileges.
If the execution is going to bring any pain (even the slightest one), they would rather abort the plan and stick with Barisan Nasional instead. Malaysians are just not willing to sacrifice anything for the future — rather they are hoping for the members of DAP, PKR and PAS to do the sacrifices. And this selfish act from Malaysians is what Barisan Nasional needs to stay in power.
The roots of corruption in our Barisan Nasional government run way too deep and far too wide. Every independent institution that is supposed to keep the government from doing the wrong things is already compromised and infiltrated with people with political motives.
Our country is now generally a failed state. It is running on its own, without any checks and balance. Every wrong move is covered by another wrong means and justified by some illogical explanations.
We have had enough of this, and that’s why we voted for Pakatan Rakyat. We want Pakatan to help us to stop the rot. We want them to help us to regain the control of our country. We want Pakatan to take back our country for the sake of our next generation.
Yes, Pakatan Rakyat is not perfect yet they are still way better than Barisan Nasional in terms of integrity and bringing justice to the people, and they are fighting a good cause for every Malaysian to stop Barisan Nasional from looting away our children’s money before it is too late. But Pakatan Rakyat cannot stop the rot alone, they need us.
And now, WHEN can we stop being selfish?

Muslims urged to accept minorities

Anwar said Muslim countries faced huge Islamophobia. — File pic
MELBOURNE, Dec 6 — Muslims must tackle injustices and corruption in their own countries before they can point a finger at the West, Australia's The Age newspaper quoted opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim as saying yesterday. ''How Islam treats minorities is excessive, no question — Hindus, Buddhists, Christians, Jews. We cannot condone injustice. We must condemn atrocities against minorities in Muslim societies and against Muslims in Christian societies,'' he told the Parliament of the World Religions.
He has repeatedly said this in many international conferences leading to the Foreign Policy magazine naming him one of the most influential thinkers in the world. In Malaysia, however, he faces a second sodomy charge a decade after being convicted for the first.
Anwar said Muslim countries faced huge Islamophobia, including an unequal American approach to Israel and Palestine and concerns about nuclear non-proliferation with some countries but not others (a reference to Israel).
But he told the key session on Islam and politics: ''You can't talk all the time about the injustice of the West if you have injustice in your own land, such as Christians and Hindus in Muslim countries.
''Muslims were upset about the treatment of prisoners at Abu Ghraib [in Iraq], but what about conditions in Muslim prisons. If you refuse to talk about that you have no standing to talk about the first.''
The parliamentary opposition leader said there was no reason why Islamic parties should not contest elections. ''There is suspicion that Islamic political parties will use democracy as a vehicle and, when they come to power, marginalise other groups and cancel elections. There will be a 100 per cent vote, one time.''
But there were Christian Democrat parties, Hindu parties and Buddhist parties, while Muslim countries such as Indonesia, Malaysia and Turkey had clear constitutional guidelines. ''So why must Muslims have a secular fundamentalist position? What is important is to ensure that Islamic parties are not factional or unjust when in power.''
Abdullah Saeed, professor of Islamic Studies at Melbourne University, said the question of Islam and politics had been one of the most hotly debated topics for Muslims since the middle of the 19th century.
''At one end of the continuum is the view that it's absolutely essential for Muslims to establish an Islamic state, that Islam is a religion and a state, though Muslims have never experienced this ideal.
''At the other extreme, Islam is simply an ethical and moral system, a relationship between the person and God, with no need for politics.''
Saeed said critics pointed out that an Islamic state was not a traditional idea but a 20th-century construct, while Muslim governments tended to oppress women and non-Muslims, were autocratic and did not respect rights.
Tariq Ramadan, one of Europe's leading Muslim spokesmen, said democracy and Islam were fully compatible, but many Muslims misunderstood secularism as meaning no religion. Secularism in Muslim-majority countries did not mean democracy, but the opposite: dictators.
''It's a question of authority. When it comes to the private sphere, the authority God has over you is private. When it comes to the public sphere, it should be negotiated among the public.'' Ramadan said the idea of collective negotiated authority went back to the Prophet Muhammad, who more than once followed the majority against his own opinion.
Iranian delegate Mahdi Mostafavi said governments should fulfil the main purpose of man's creation and ensure society was obedient to God.

He said Muslims should not be subservient to any power that went against the will of God, who gave governments their legitimacy.
''The government should strive for material prosperity but also for man's exaltation in his humanity. Unfortunately this is neglected by most governments. Within the framework of God's laws, people should be free.''
Questioned by a leading Melbourne Muslim, Rachel Woodlock, about the treatment of Baha'is in Iran, Mostafavi simply denied that any minorities in Iran faced ill-treatment. Woodlock replied: ''You have no credibility at all.''

Where is pol sec Hasbie Satar?


KUALA LUMPUR: Political secretary Hasbie Satar is believed to have been pulled in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission on Friday, according to sources.
However, it could not be confirmed if he was detained or released after that. His mobile phone is off and all calls went unanswered.

Hasbie is the political secretary to Nor Mohamed Yakcob, the Minister in the Prime Minister’s Department in charge of  the Economic Planning Unit.
He became political secretary  to Nor Yakcob in April last year when the latter was the Second Finance Minister under the administration of former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.
Hasbie followed Nor Yakcob when he was moved to the Prime Minister’s Department after  Najib Abdul Razak took over the helm from Abdullah early this year.
Last week, the Star reported that the MACC was investigating a  senior minister’s political secretary who has allegedly acquired millions of ringgit in property within a short time.
It said the MACC had obtained an order to freeze several of the properties as well as his bank accounts to facilitate investigations under the Anti Money Laundering Act.
The commission’s seizure list reportedly included at least four luxury cars and four houses which they believed belonged to the political secretary, who is in his late 30s.
It was also said to be focusing on properties in the Klang Valley allegedly obtained from kickbacks received from the approval of several multi-million ringgit projects.
It is believed several of the properties seized were under the names of people believed to be proxies for the political secretary, and investigators are expected to question people whose names were registered as owners.

3 lagi siswa ke mahkamah, kes 'puaka' UM

Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur esok.

Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi.

Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, dan Muhammad Aizat ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, beliau dihubungi oleh pegawai penyiasat kes itu Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu.

Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan Duta, pada waktu yang sama.

Shazni Munir, pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam (API), telah berbincang dengan peguamnya dan dinasihati hadir esok.

Dua lagi pelajar API yang telah dituduh - Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - akan bicarakan di mahkamah tersebut mengikut seksyen-seksyen 427 dan 436 Kanun Keseksaan.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh bawah Seksyen 427 bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng "C4", "pembunuh Altantuya" dan "bini puaka", mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam satu kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin, 24 Jun lalu.

Kedua-dua pelajar itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dihadapkan didakwa di mahkamah tersebut pada 30 Jun lalu, dan kes tersebut disebut pada 13 Julai lalu.

Sewaktu sebutan kes, Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan esok hingga 11 Disember ini untuk perbicaraan dua pelajar UM yang dituduh menconteng, menceroboh dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah API.

Tiga lagi suspek kes yang sama ditahan berasingan selepas pertuduhan terhadap Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

Shazni Munir, Muhammad Aizat dan Muhammad Saufi masing-masing ditangkap pada 17 Julai, 12 Ogos dan 19 November lalu.

Tok Guru, Tolong Doakan Sekali Orang Tua Ni



Modul BTN perlu dikekalkan:Mahathir

KUALA LUMPUR - Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kurikulum BTN dapat memupuk semangat perpaduan kerana kursus anjuran agensi itu turut dihadiri rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Apakebendelah orang tua ni cakap. Dia tak bacake berita ni.

"Tidak perlu dirombak... saya ingat kekal (modul BTN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Aids Sedunia 2009.-Bernama

Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi

GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All. - Harakah

Tok Guru, tolong doakan sekali Mamak Mandey tu biar lebih banyak pekong dia pecah, dah tu baru perut dia..!!!

KerajaanRakyat

Malaysia tanpa UMNO@BN. Sejahteranya!!


UBN kini sedang tunggu masa untuk jatuh tergolek. Paling lama masa yang diberikan ialah hingga PRU13. IsyaAllah.... kompom gedebub punyer!! Yang mungkin menjadi alas agar gedebubnya itu tak mendatangkan kematian ialah kerusi-kerusi dari Sabah dan Sarawak. Kalaulah Sabah dan Sarawak pun bersama-sama kita..... mampuuusss UBN!!!

Hakikat ini diakui sendiri oleh Najib. Kata dia... MCA mesti segera menyelesaikan masalah dalamannya bagi membolehkan usaha ke arah memulihkan BN dapat dilaksanakan.

Oh... UBN sekarang sedang sakit ler?? Isy... isy... isy... kesiannya. Rasa aku yang paling tenat ialah UMNO. Sebab... sudah tua dan uzur pulak tu. UMNO juga sedang membusuk... Busuknya sudah sampai ke usus. Itu Che Det yang kata. Sudahlah tua... derita pulak kena gangrene. Patutlah membusuk!!!

Weh.... kroniknya penyakit tua UMNO ni. Mungkin sebab itulah agaknya UMNO terpaksa memakai tongkat di bawah ketiaknya. Sebelah tongkat... berjenama MCA, manakala sebelah lagi, berjenama MIC. Yang tukang papah pulak ialah PPP dan GERAKAN. Itulah sahabat setia UMNO yang dekat-dekat sini.

Namun... masalahnya sekarang, tongkat-tongkat tersebut pun sudah mereput. Semuanya sedang mereput dari dalam. Agaknya, gangrene UMNO sudah berjangkit pada mereka pulak, kot?? Itulah sebabnya Najib mengelabah. Kalaulah tongkat-tongkat tu patah.... na'uzubillah, mampuuuss UMNO!!

Cuba bayangkan UMNO tanpa kedua-dua tongkat usang dan tukang papah tersebut??

Eeeerrrmmm.... seronoknya aku berimaginasi macam ini. Semua orang lari daripada UMNO sebab tak tahan bau busuk. Kengkawan mula menjauhkan diri sebab takut kena jangkit gangrene UMNO. UMNO terketor-ketor.... merangkak-rangkak... kerana sudah tak ada tongkat dan tempat berpapah.

Yang syoknya... UMNO merangkak menuju ke liang lahat yang digali oleh rakyat. Tok imam PAS sudah sedia menunggu di tepi kubur untuk membacakan talkin buat UMNO. Manakala, para pemimpin Pakatan Rakyat sedang membuat persediaan untuk kenduri meraikan kematian UMNO dan masuk ke rumah baru. Menjelang fajar menyinsing.... sebuah rumah baru akan terbina untuk seluruh rakyat Malaysia. Rumah inpianku....... MALAYSIA BARU!!

Rumah yang akan memberi harapan baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Penghuninya pula... hidup makmur, aman dan damai dalam suasana penuh sejahtera di bawah lindungan Allah SWT.

Mak oi... what a fantastic sight!!! Eeeiiii... best giler, seronoknyer!!

SPRM dan kes lewat - Awang Selamat



Awang mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim Mohamad atas pelantikan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari ini. Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menyandang jawatan baru itu bagi menggantikan Ahmad Said Hamdan.
Peralihan tersebut berikutan keputusan Ahmad Said memohon dipendekkan tempoh perkhidmatannya yang dijadualkan tamat pada 25 Mei tahun depan kepada 31 Disember ini. Beliau menerajui SPRM pada 14 Mei 2007.
Perkembangan ini menarik perhatian apatah lagi melibatkan SPRM yang sememangnya sedang mendapat tumpuan luar biasa.
Menurut Ahmad Said, langkah untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal, sudah lama dihasratkan kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerja-kerja amal.
Biarpun begitu, tindakan beliau dikaitkan dengan tekanan hebat yang sedang dilalui oleh SPRM, yang belum pernah berlaku dalam sejarah.
Paling ketara ialah serangan pembangkang sejak menjelang pilihan raya umum lalu dalam apa yang dilihat sebagai usaha untuk menggugat kewibawaan SPRM. Kemuncaknya ialah kes kematian Teoh Beng Hock ketika dalam tahanan dan keputusan mahkamah mengehadkan soal siasat kes SPRM hanya pada waktu pejabat. Bukanlah Awang mahu mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi kesannya hanya merumitkan lagi tugas dan peranan SPRM yang sudahpun banyak terbeban dengan kes siasatan rasuah. Realiti di ruang mahkamah tidak sama dengan realiti penyiasatan kes rasuah. Keberkesanan SPRM menjadi terbatas. Yang rugi daripada keputusan sedemikian ialah rakyat dan usaha memerangi rasuah itu sendiri. Siapakah yang harus bertanggungjawab daripada proses keadilan ini yang sepatutnya melihat daripada sudut kepentingan lebih besar?
Sesungguhnya sejarah pendek SPRM sejak dinaik taraf daripada Badan Pencegah Rasuah pada 1 Januari 2009 lebih banyak diwarnai kontroversi daripada beberapa isu panas, hasil muslihat pembangkang yang sebenarnya bermotif politik.

Sabah Negeri TerMISKIN Di Malaysia...

Saya Anak Asli Sabah. Bukan Indon, bukan Filipina, bukan Bangla dan bukan Pakistan dan bukan dari Negara Brunei. Saya lahir di Sabah, mungkin juga akan mati di Sabah, tetapi entahlah mahu dikubur di mana kala tanah bukan milik kita lagi nantinya.

Maaf, saya tak sampai hati mengatakan "orang Sabah bodoh". Ada yang mengatakan begitu dan cukup panas telinga saya mendengarnya dan mahu saja saya hantar tumbukan buku lima ke mukanya, tetapi bila memikirkan secara lojik... ada juga kebenarannya. Nah, kebenaran itu makanya saya semula bertanya kepada orang Sabah yang merupakan Negeri TERMISKIN di Malaysia/hampir sama dengan kemiskinan Afrika Selatan atau sama seperti Medan. Tetapi... kenapa kita miskin..?

Barangkali yang tinggal di Sabah bisa menjawab secara waras dan tentu saja merasa malu sangat bila Negeri Sabah telah diakui sebagai Negeri termiskin dan yang anehnya, Sabah ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan yang konon cukup baik dan prihatin serta bijaksana, tetapi merupakan negeri termiskin sekali dibanding Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa yang tinggal di Sabah tidak peka akan hal ini atau menelan bulat-bulat dunia miskin itu?

Sabah Negeri yang terkaya sekali. Tanahnya luas, hasilnya cukup hebat. Dengan balak, tembaga, kelapa sawit dan sekarang minyak yang merupakan telaga terbesar di Tenggara Asia dan hasilnya berbillion, tetapi apa yang orang Sabah dapat selain anugerah termiskin yang cukup memalukan? Saya harap anak-anak Sabah bisa menjawab pertanyaan saya ini.

Memang kita lihat diperkatakan berbillion peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah... tetapi, apakah bandingan dengan peruntukan yang diberikan kepada Sabah dengan bezanya Negeri Perlis yang sama keluasannya dengan daerah Sampoerna..?

Kalau dikira keluasan Sabah dan Sarawak hampir sama dengan keluasan Semenanjung Malaysia, lalu cuba saja kita kira semula peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan apakah NGAM dari segi pembahagiannya? sedang Sabah merupakan negeri yang banyak menyumbang kepada Kerajaan Persekutuan... lalu apakah kita harus mengucapkan terima kasih dengan peruntukan yang nampaknya besar, tetapi semacam satu penghinaan pula kepada Negeri Sabah.

Memang kelihatan peruntukan yang diberikan kepada Sabah semacam besar sangat, tetapi pada hakikatnya kala merujuk pendapatan dan sumbangan Sabah kepada kerajaan persekutuan memang jelas tidak adil dan rupanya rakyat Sabah ini cukup baik kerana bersedekah kepada orang lain, sedang anak-anak bangsa mereka hampir kelaparan mencari makan di Selangor, Johor dan Singapura yang kerjanya hanya di kilang-kilang yang kemudian akibat hidup terdesak, ada yang menjadi pelacur dan dibunuh di Singapura. Kesian...

Apa pula tindakan para pemimpin Sabah kala ini? apakah mereka itu ikhlas membantu dan memperjuangkan hak Sabah yang terdiri dari suku kaum Dusun, Bajau, Brunei dan segala macam? atau barangkali mereka itu terdiri dari pak angguk, raja pengampu, bodek dan tunduk-tunduk mengalahkan tunduknya Jepun kala ketemu jepun. Cukup memalukan kerana punya pemimpin yang kaki bodek/memeluk mencium tangan meski tangan yang dicium tangan penuh dosa dan kaki rasuah, malah ada tangan kotor membunuh Altantuya dan memfitnah Anwar begitu jijik sekali.

Apakah orang Sabah masih terus leka dengan pemberian RM50 kala pilihanraya lalu untuk menunggu lima tahun lagi bakal menerima RM50 atau siap sedia terus menerima negeri termiskin di Malaysia? di mana mahu meletakkan muka kita setelah diperkatakan "orang Sabah bodoh" akibat mengundi BN. Masih terngiang di telinga saya penghinaan yang begitu rupa.

Apakah kita tidak pernah berfikir betapa ribuan pelajar anak-anak Sabah menuntut di Universiti dan kolej-kolej di seluruh malaysia dan luar Negeri. Mahu jadi apa mereka itu nantinya? terpaksa bekerja di negeri-negeri Semananjung yang lebih baik ekonominya dari Sabah atau terpaksa kembali ke kampung halaman untuk membantu sang ayah berkerja di ladang atau menoreh getah meski harga getah sudah menjunam turun atau barangkali pergi ke laut menangkap ikan, tetapi laut sudah tidak punya ikan akibat rakusnya manusia dengan kapal pukat tunda yang tamak menghapuskan anak-anak ikan yang mula membesar. Setan..!

Saya meneliti kehidupan orang-orang kampung di Paitan, Pitas, Sook, Kinabatangan dan segala macam. Kemiskinan mereka saya lihat begitu ketara, sedang wakil rakyat mereka kaya raya punya rumah berjuta dan simpanan ada di mana-mana.

Makanan mereka adalah emas berkilauan di hotel lima bintang di kota atau di Kuala Lumpur atau London, Paris dan segala macam. Sedang rakyat makan sampah dan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Universiti janganlah mengharap sangat sebab untuk makanpun tidak mampu. Kesian!

Lalu apa saja yang rakyat tunggu? mengharapkan pemimpin yang ada, sampai kapanpun Sabah tetap terus miskin kerana sikap pemimpin kita tidak lebih dan kurang seperti kita ini dalam KERAjaan Beruk yang masing-masing mahu kaya cepat sebelum KERAjaan Beruk nantinya hancur dan yang menjadi mangsa ialah rakyat Sabah yang terus berkelana.

Saya minta KERAjaan Beruk ini menjelaskan kenapa saja Sabah merupakan negeri termiskin (23%) di Malaysia? apakah orang Sabah akan terus dipersalahkan? Kalau memang rakyat Sabah salah, kenapa saja dalam pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS negeri Sabah tidak pula merupakan negeri termiskin sekali dan kenapa pula terjadi dalam KERAjaan Barisan Nasional yang dikata cukup prihatin kepada rakyat. Apakah kita ini buta atau tuli melihat/mendengar hakikat nyata?

Mari kita bincang secara terbuka atau kita bisa naik pentas dan debat perkara ini... saya memangnya siap untuk berhadapan dengan siapapun.

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH

Bila Majlis Agama Islam Diseleweng..!!! Adakah Pihak UMNO@BN Nak Berbunyi...Senyap je....???


Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Aku dah lama dengar benda-benda ni semua. Banyak tanah majlis agama Islam, khususnya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa buah negeri yang telah diseleweng. Maksud diseleweng di sini, ialah apabila tujuan asalnya ia patut dibangunkan demi kepentingan Islam dan umat Islam; tetapi telah dibangunkan tanpa memberikan faedah kepada Islam dan umat Islam. Sebagai contoh, aku yakin ramai yang akan dapat lihat satu kawasan perumahan di bersebelahan Lebuh raya Duke dekat Gombak yang dahuluya tanah itu dipunyai oleh MAIWP. La ni…sapa yang punya? Itu baru satu contoh je…banyak lagi.
Jika di Selangor, aku yakin hangpa mesti dapat lihat Bangunan MAIS di bandar Kelang. Hangpa tengok dari luar, cuba hangpa masuk ke dalam. Bangunan tu sebenarnya tidak diurus dengan baik oleh MAIS. Aku tak tau la apa MAIS buat, tapi bangunan tu dah jadi macam bangunan tinggalan zaman dulu. Bangunan lain di sekitarnya makin cantik, makin kemas, yang tu dok macam tu la. Dulu ada hotel, dengarnya hotel tu pun dah keluar. Yang bestnya…hotel tu pun dulu milik non-muslim….so faham-faham je la. Menyewa dengan MAIS…tapi run by non muslim…MAIS…MAIS…
MAIS memang banyak tanah, Ada tanah anugerah ada tanah wakaf. Tapi MAIS ni bukan reti nak develop tanah-tanih tu. Nak-nak pula pengerusi dia pun bukan jenis yang sayang dengan Islam sangat. Tu yang tanah MAIS akhirnya terjual kepada orang lain. Untung sekejap je la…lepas tu menung yang panjang.
Di sini, cuba hangpa baca satu surat yang aku petik dari Harakahdaily:
Tanah MAIWP untuk tapak masjid jatuh ke tangan Mah Sing Berhad?
Hj Yasran Bin Hj Hussain
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin membuat aduan kepada Harakah Daily dapatlah kiranya bersama-sama kita mencegah kemungkaran yg berlaku didepan mata kita.
Merujuk kepada perkara yang diatas, adalah dimaklumkan bahawa tanah tersebut adalah merupakan tapak masjid, namun, memandangkan sebuah masjid lain telah didirikan di kawasan bersebelah iaitu Kem Wardieburn, Setapak. Maka, menjadikan tapak ini terbiar.
Tanah berharga ini menjadi rebutan ramai pihak. Arakian, tanah ini juga dijadikan sumber pendapatan sebahagian mereka yang berjawatan yang tidak mengira halal dan haram.
Sebagai rakyat Malaysia saya bukanlah anti pembangunan, akan tetapi sebagai seorang yang beragama Islam saya rasa amat kecewa kerana tanah wakaf ini dipercayai mungkin telah diselewengkan.
Macam mana sebidang tanah wakaf bertujuan kegunaan agama Islam, seluas 3 ekar di kawasan Kuala Lumpur yang bernilai jutaan ringgit ini boleh jatuh ditangan syarikat yang bukan Islam dan bertujuan komersial semata-mata???
Tiada elemen wakaf dan juga tiada elemen kebajikan.
Buta sangat ke pegawai-pegawai di MAIWP, PTGWP, KWPKB mahupun DBKL hingga tidak kenal Islam atau kafir, hingga sanggup menggadai maruah agama mahupun bangsa.
Pertanyaan mengenai tapak tersebut sebelum ini telah diberikan jawapan tapak hanya boleh dibangunkan berkonsepkan tanah wakaf.
Pada satu ketika, di tahun 2008, aktiviti pembangunan yang melibatkan land swap di Kuala Lumpur tidak lagi dibenarkan oleh UPE, JPM.
Perubahan-perubahan polisi yang tidak menentu ini adalah mengelirukan. Atau adakah perubahan polisi-polisi pembangunan berdasarkan kepentingan pihak-pihak yang mempunyai cable yang kuat sahaja? Seperti mana lazim.
Kini, tapak tersebut telah diluluskan untuk pembangunan rumah kedai oleh Mah Sing Berhad sebuah public listed company.
Pada mulanya saya ingin menulis surat kepada SPRM, tetapi setelah dinasihati oleh jiran saya (bekas pengarah BPR) maka Harakahlah tempat terbaik untuk saya mengadu.
Laporan -laporan seperti ini hanya akan memenuhkan KPI siasatan di SPRM namun tidak akan ada kesudahannya nanti. Maka Harakahlah tempat untuk saya mengadu dan untuk merungkai kekeliruan saya.

UMNO@BN TAKUT BIMBANG - BERDEPAN DENGAN TUMBANG


Berdepan dalam menghadapi penghujung tahun 2009 khususnya realiti di bulan Oktober - Disember. Pehak UM no dan BN bersekali dengan kepimpinan komponen BN. Mereka menghadapi percakaran dalam membina kumpulan. Natijahnya mengundang perpecahan, perebutan kuasa dan mendendam. Pertelingkahan menjadi parah, seperti kronik virus H1Ni selesema wabak babi. Pendapat penganalisa politik kaki lima dan penganalisa yang bertenggek di kedai siber kafe nasi kandar berbicara, wajar diambil kira. Beberapa parti utama komponan BN, MCA, MIC, PPP dan Gerakkan, kalau tidak diurus kearah penyelesaian yang telus, kepimpinan dan fokas arah tuju, komponen-komponen BN ini dah hampir mendahului UM no berada di pinggir perkuburan masing-masing.

Apabila pemimpin SATU Malaysia, Pengerusi BN - Presiden UM no juga PM6/ Menteri Kewangan, telah menciplak dominasi seruan PAS. PAS menggunakan secara meluas hampir 5 tahun, berjaya dapat menarik minat sokongan kepercayaan kepada PAS dari rakyat multi racial dengan seruan keramat “PAS FOR ALL”. Maka di persidangan Agung Khas UM no di PWTC baru-baru ini, telajak dengan semangat yang berkobar-kobar, meluap-luap “macam Pepsi Cola” buihnya memancut bila botol digoncang sebelum di buka. Maka dengan semangat yang menyengat itu, DS Najib terlepas ledak dan muntah peluru dengan menyeru kepada ahli UM no dan diluar kotak UM no dengan menyeduk “UMNO FOR ALL”. Apakah ertinya disebalik ciplak semboyan tersbut? Umpama peledak tiba sasarannya kejantung hati MCA, MIC, PBB dan lain-lain. Pedih menerima dan memikul bahana bahan peletup dari Pengerusi BN itu.
Presiden PAS YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang dan Mursidul Am PAS YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat tersenyum lebar, menyaksikan telatah kelagat Presiden UM no. Kerana mampu menjana secara terbuka lagi SATU tiru oleh UM no dan lagi SATU lagi tambah iktiraf oleh UM no khusus dari Presiden UM no / Pengerusi BN kepada cara-cara PAS mengurus dirinya untuk bersama-sama dengan enghadapi rakyat dan pengundi. Benar dan tepatnya seruan yang PAS guna kepangkuan rakyat negara selama ini yang multi mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat jelata pelbagai bangsa hinggakan terbokti wujudnya dan diiktiraf akan ‘KELAB PENYOKONG PAS”, Alhamdulillah.

Dengan ledak letupan semboyan dari Presiden UM no / Pengerusi BN “UM no For All”. Maka mengertilah maknanya UM no adalah untuk semua, UM no untuk India, UM no Cina dan UM no untuk bangsa lain-lain SATU Malaysia. Bermakna pemimpin UM nolah akan menyelesaikan masalah kaum India, Cina dan lain-lain, tidak perlulagi MIC dan MCA? Justeru saya mentafsirkan UM no dan pemimpin-pemimpin akan terus turun dari pintu ke pintu menemui langsung di kalangan keturunan Cina, India dan lain-lain. Kenapa? Kerana dalam pengamatan politik pemimpin UM no, semua parti-parti yang mewakili bangsa masing-masing berada dalam komponan BN, sudah tidak terdaya dan mampu memberi perhatian dan pembelaan kepada keturunan masing-masing kerana kepentingan diri, kroni dan menjadi lanun harta parti, harta rakyat dan negara.

Dalam masa yang sama pemimpin UM no dan kadang kalanya berselindung disebalik jawatan kerajaan disandang seperti menteri dan timbalan menteri. Mereka bisa mengatur dan menandu hatta mengugut dan mengugat pemimpin komponen BN yang bermasalah. Diatas perpecahan dan perbalahan UM no melalui Presiden dan Timbalan Presiden atas kapasiti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN, mereka telah mula masuk melalui pintu belakang, pintu sisi dan tingkap kerumah MCA, MIC, PPP dan beberapa parti lagi. Kini komponen parti dalam BN itu kusut menjadi serabut.

Untuk menyatakan bencinya Presiden UM no bersekali pemimpinnya dikalangan menteri-menteri dan timbalan menteri kepada MIC dan pemimpinnya. Sanggup dan sampai hati Najib bukan sahaja melukai hati MIC dan Samy V dikalangan keturunan kaum India. Tetapi Najib kerat terus jantung dan hati MIC dan seluruh pemimpinnya. SATU tindakkan berani, tindakkan berani lagi menyakitkan hati MIC dan pemimpinnya menjelang PRK Bagan Pinang, Pengerusi BN melancarkan SATU parti baru untuk kaum India iaitu parti “MAKAL SAKTI”, sebagai ganti kepada MIC untuk kaum India dalam BN. Inilah hakiki, hakikat tersembunyi DS Najib Presiden UM no dan Pengerusi BN.

Bukan sahaja ia secara semborono dan khianat pintu belakang memijak PR dan pemimpinnya, lebih dari itu langkah dan tindakkan berani DS Najib dah buktikan kepada komponen BN di Semenanjung dan kepada komponen BN di Sabah dan Sarawak dengan melancarkan pula parti dan menyokong penubuhan “PAKATAN RAKYAT SABAH”. Inilah banyaknya wajah PM6 Malaysia yang melancarkan retorit SATU Malaysia juga baru menyandang, menguasai UM no bersama-sama TS MY dalam program rampasankuasa dalaman UM no melalui desakkan tekanan kepada Pak Lah madah berhelah ‘PERALIHAN KUASA’ untuk menyelamatkan negara. Umpama selamat dari mulut harimau ditelan masuk keperut naga bukan perut kapal selam berpuaka.

Disamping perpecahan diatas, dikalangan ahli-ahli UM no pertengahan dan perengkat akar umbi, mereka sendiri turut membuka minda, membuka minda membuat perbandingan. Ketika mendongak mencari kepastian, dengan penuh pertanyaan, siapakah lebih baik pemimpin yang memimpin BN atau pemimpin yang memimpin PR. Menerusi info dan maklumat pantas didapati dari anak cucu yang berpendidikan. Mahir dengan jalor lebar lebuhraya maklumat menerusi internet. Dari dungu beku mereka kian celik maklumat dan membandingkan pemimpin yang memimpin mereka dalam UM no BN dengan pemimpin PR yang memimpin PAS, DAP dan Keadilan. Semua bangsa (Melayu, Cina, India dll) sedang menimbang tidak timbang menggunakan dacing untuk mendapat kepastian pemimpin sejati yang integriti atau pemimpin rasuah macam lanun.

Rakyat sedang melihat, menilai dan terus membandingkan yang mana pemimpin-pemimpin dikalangan UM no dan BN jauh hanyut tenggelam ketinggalan dinyahkan tsunami kepercayaan. Peimimpin-pemimpin UM no dan dalam BN samalah bermasalah seperti pemimpin bola sepak FAM dan pemainnya dibawah tahap skill dunia untuk menyertai perlawanan hatta sekalipun di peringkat Asia Tenggara. Mereka cemuh didalam negeri dan semuh diluar negeri setiap kali mencapai kekalahan dalam perlawanan. Penyakit ini melanda dalam pimpinan UM no yang sentiasa berdepan persoalan kualiti telus diri dan kepimpinan.

Apabila mereka dikejutkan oleh dunia menerusi pengiktirafan majalah global antarabangsa mengiktirafkan kepimpinan PR dan terlepas pandang kepada pemimpin mereka. Dari segala macam peledak dan tuduhan UM no ketengahkan kepada rakyat khususnya orang Melayu dengan sarat tuduhan kepada YAB Tok Guru Nik Aziz, kerana penghalang kepada cadangan Kerajaan Perpaduan yang mengundang marah dan dendam kesumat UM no dan pemimpinya kepada Tok Guru Nik Aziz. Tuduhan dari UM no dan pemimpin-pemimpin UM no itu telah ditolak dan disanggah sepenuhnya di perengkat dunia antarabangsa. Rakyat dan ahli-ahli UM no memikirkan antara permata dalam PR dan kaca semilu dalam UM no BN.

Apabila The Royal Islamic Strategic Studies Center dalam penerbitan sulong bukunya "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009. Mereka mengumpulkan tokoh-tokoh Muslim dari seluruh dunia yang berpengaruh mampu membawa perubahan dalam kehidupan manusia sejagat. Walau disisi UM no dan BN intan berlian permata ini dikatakan UM no sebagai kaca. Tetapi tuduhan kaca dari UM no kepada intan berlian permata dinafikan itu. Ianya telah disahkan benar dan sesungguhnya benar belaka bahawa Mursidul Am PAS YAB Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat ikon, tokoh politik dan ulama terkenal tanah tersenarai.

Mursidul Am PAS YAB Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat tersenarai dalam 50 muslim berpengaruh dunia. Makanya pemimpin UM no kian dihimpit ditolak ketepi. Justeri ianya akan melenyapkan segala kritikan musuh yang menghina dan mempertikai kewibawaan TGNA. Tempoh 20 tahun mengetuai kerajaan, kerajaan dan kakitangannya bebas dari rasuah, Alhamdulillah! Syabash Tok Ayah Zit, ikon dan idolaku dulu, kini dan seterusnya.

Melengkap lonjakkan untuk rakyat untuk menyokong PR khususnya dalam sokongan dan memberi undi kemenangan kepada PR untuk menubuh kerajaan Pusat. Diperengkat global pemimpin PR dari Keadilan. Mantan TPM, mantan Menteri Kewangan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB DS Anwar Ibrahim telah tersenarai di ranking ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia. Walau beliau telah dihina dengan pelbagai fitnah dan keluar masuk penjara dan turun naik Mahkamah serta dihina sebagai pegkhianat namun dengan pengiktirafan tersebut melenyapkan segala kritikan tersebut.

Diatas pengiktirafan dunia kepada Tok Guru Nik Aziz dan kepada DS anwar Ibrahim, kini UM no berdepan dengan kalut yakni akan terus hilang kepercayaan dan terpinggir dimata rakyat untuk terus menyokong UM no BN. Jadi UM no akan bertindak ganas macam raja rimba untuk melenyapkan musuhnya pemimpin dikalangan PR walau apa cara akan dikenakan kepada pemimpin PR yang menjadi penghalang kepada UM no khususnya kepada Najib. Sama-sama kita saksikan tindak tanduk UM no dalam merealisasi situasi ini.

Tinta Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Ahmad Said berbohong lagi..!!


Penulis pernah berkata pada Profesor Ismail Abdul Rahman, Dekan Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, jangan terlibat dengan politik UMNO, kerana kebanyakan para pemimpinnya suka berbohong.

Disi Islam berbohong itu nerakalah tempatnya.Tidak takutkah mereka sehingga tergamak buat bohong kepada rakyat.

Sebaik sahaja mendengar kata kata itu kawan lama penulis itu tidak berkata apa apa, sebaliknya dilemparkan senyuman manis yang difahamkan yang beliau tidak kisah kerana sangat berminat untuk menjadi calon UMNO.

Dr Ismail Abdul Rahman pernah call penulis menyatakan yang dia telah meletakkan jawatan pensyarah untuk bertanding dalam musim pilihanrayan umum ke 11.

Sekali lagi penulis berkata jangan terbabit dengan politik UMNO dan ada lebih baik kau duduk U sebagai pensyarah mungkin suatu nanti mendapat gelaran profesor dan gajinya berbelas ribu sebulan tidak sakit kepala dengan permasalahan rakyat.

Beliau berkata, aku bergurau sahaja, sebenarnya Dr Abdullah Mat Zin yang meletakkan jawatan untuk bertanding di Parlimen Besut dan menang dan dilantik menjadi menteri di jabatan perdana menteri.

Sehubungan dengan tajuk diatas penulis pernah juga sebut pada kawan lama yang masih kekal menjadi tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan itu bahawa orang politik, terutama sekali UMNO memang suka berbohong,

Misalnya, Ahmad Said berbohong lagi dan ini suatu isu yang menarik dibicarakan dalam tulisan ini agar rakyat tahu siapa antara pemimpin umno dan PAS yang berbohong. Ahmad Said sering mnuduh Para PAS banyak berbohong kepada rakyat.

Datuk Seri Idris Jusoh dalam siri ceramahnya sebelum menjadi Menteri Besar telah menuduh Haji Abdul Hadi semasa menjadi Menteri Besar Terengganu adalah seorang pembohong.

Beliau tuduh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berbohong, atas sebab Haji Abdul Hadi Awang mengatakan berlori lori fail penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu sepanjang Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad menerajui Terengganu dahulu.

Memang Haji Abdul Hadi Awang pernah berkata demikian dan juga menyatakan jangan cuba jolok sarang tebuan sebagai amaran keras supaya para UMNO jangan mengulangi lagi tuduhan tersebut.

Malangnya tuduhan demi tuduhan dilakukan oleh para pemimpin UMNO terhadap kepimpinan PAS. Namun sarang tebuan tidak juga dijolok sehingga berlangsungnya pilihanraya ke 11 dan PAS tumbang dengan teruk sekali.

Baru baru ini Ahmad Said sebelum berangkat menunaikan haji,akhbar Sinar harian dalam wawancara yang bertajuk sokongan UMNO kuat mengisi suatu pembohongan yang mungkin tidak dapat dimaafkan.


Masa kan tidak, berkata semasa PAS memerintah dahulu segala projek semuanya diberi kepada penyokong PAS sahaja.

Penulis masih belum lupa bahawa apa yang katakan oleh Ahmad Said suatu pembohongan besar, kerana Kerajaan yang di terajui oleh Haji Abdul Hadi Awang tidak pernah bertindak begitu.

Semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu segala galanya untuk rakyat tanpa mengira latar belakang sokongan. Semua rakyat Terengganu diberi layanan yang sama dan adil serta saksama.

Contoh, soal pembahagian lot lot tanah mereka mengutamakan rakyat , tidak macam UMNO yang berslogan rakyat didahulukan tapi praktisnya tidak demikian. penyokong PAS dinafikan haknya malah dipinggir secara beterusan.

Bukan soal pembahagian lot lot tanah, malah soal pelantikan Jawatankuasa syura rakyat (JSR) Orang Umno tidak pernah dikecualikan. Tetapi ada diantara mereka menolak pelantikan tersebut.

Di Parlimen Setiu betapa ramai orang umno dilantik sebagai JSR, malah mereka itulah JSR dan mereka itulah JKKK yang diberi tugas mengagih wang ehsan kepada rakyat punca PAS tumbang.

Kita ambil contoh dalam perkara pembahagian tanah lot untuk kediaman dan pertanian. Orang yang dapat lot lot tanah sejumlah 50 ribu lot hanya boleh dibilang dengan jari membabitkan orang PAS. pendek kata 80 peratus diberi kepada orang UMNO yang ramai memiliki tanah secara lesen menumpang (TOL).

Demikian juga dengan projek pembangunan seperti membina jalan dan membina rumah oleh SDC boleh dikatakan hampir semua diberi kepada kontraktor penyokong UMNO. Tidak dinafikan seorang dua dari PAS.

Maklum sahajalah mana dia orang PAS yang ada lesen kontrak kelas A B dan C, Cuma beberapa orang yang ada kelas F yang juga terpinggir, atas sebab hendak menjaga nama baik kerajaan berbanding kerajaan UMNO yang jelas menafikan hak rakyat.

Soal pengisian jawatan pegawai kanan kerajaan yang pernah dibuat oleh kerajaan juga dinafikan bidang kuasa kerajaan sehingga beberapa orang pegawai yang dilantik oleh kerajaaan PAS ditolak dan dilucutkan jawatan yang disandang.

Usah soal pengisian jawatan, malah para pegawai yang dikatakan menyokong PAS di kenakan tindakan, termasuk kesemuanya telah dipecat, sedangkan mereka layak menjawat jawatan tersebut.

Kontrak makanan oleh pihak kerajaan juga diberi kepada orang UMNO hanya satu dua orang sahaja yang diberi kepada orang PAS. Atas sebab itulah penulis berani mengatakan Ahmad Said buat dosa kering kerana tergamak berbohong apa sahaja demi politik jahat.

Soal pembahagian balak. Tidak dinafikan ada beberapa orang penyokong PAS dapat ban balak, tetapi orang UMNOlah yang banyak mendapat balak, kerana mereka ada pengalaman mengeluarkan balak.

Malah ada diantara yang dapat banyak hasil balak membuat pelaburan memasang bendara UMNO dan Barisan Nasional menyambut kedatangan Menteri Besar Haji Hadi Awang dalam majlis kerajaan bersama rakyat di Bukit Payung.

Bukan setakat itu sahaja malah ada yang dapat hasil balak memderma jutaan ringgit kepada UMNO Marang untuk mengalahkan Haji Hadi Awang yang bertanding di Parlimen tersebut.

Banyak lagi cerita yang dapat penulis tulis mengenai siapa antara UMNO dan PAS berbohong. Cukup setakat ini dahulu. Insya Allah di lain tulisan akan ada cerita baru bagi menjawap tuduhan yang dibuat oleh UMNO.

Strategi Anwar mengalih perhatian — Ku Seman Ku Hussain


Kenapa pemerhati bebas dari Australia? Itu adalah persoalan pertama apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melontarkan cadangan kontroversi meminta penglibatan pemerhati bebas dari Australia memantau perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Anwar sengaja menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya di Negara ini dengan melontarkan syor yang beliau sendiri menjangka tidak akan dilaksanakan. Tetapi keuntungan politik bagi Anwar bukanlah syor itu dilaksanakan atau tidak. Sebaliknya syor yang diharapkan boleh mencetus kontroversi itu akan mengalih perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara terhadap kes mahkamah yang sedang dilaluinya dan juga pergolakan luar biasa dalam PKR.
Beliau sedang mendepani tuduhan meliwat pembantu peribadinya dan kes ini sudah tentu menjadi menu penting kepada media dalam dan juga di luar negara. Beliau percaya dengan melontarkan syor yang kontroversi, tumpuan kepada kes mahkamah dan pergolakan dalam PKR yang menunjukkan kegagalan kepimpinannya akan dilupakan.
Anwar sebenarnya tidak perlu menjawab atau mengulas pun sebab meminta pemerhati bebas dari Australia. Walaupun alasannya sistem pilihan raya negara ini didakwa tidak demokratik, tetapi ini bukanlah tuduhan baru selepas Anwar dipecat dari kerajaan dan menyertai pembangkang. Jadi, kenapa mempersoalkan demokrasi selepas pembangkang berjaya menguasai lima negeri dalam PRU12 yang lalu? Ini menunjukkan tidak demokratik bukanlah isu sebenar yang mahu diketengahkan ketika kes mahkamah dan kemelut PKR diperkatakan sana sini.
Kalau benar sistem politik negara ini tidak demokratik, sudah tentu pembangkang tidak mampu memperbaiki prestasi dan mencapai kemenangan jauh lebih besar daripada sebelum ini. Sebenarnya Anwar sendiri mengakui tahap demokratik yang menjadi amalan dalam pilihan raya sebelum ini. Maka mempertikaikan pilihan raya yang dikatakan tidak demokratik bukanlah keutamaannya.
Pada masa yang sama mempertikaikan ketelusan sistem pilihan raya juga sebagai usaha membina persepsi awal sekiranya pembangkang gagal mengekalkan rekod pencapaian dalam PRU12. Anwar mengharapkan rakyat melihat bahawa kegagalan pembangkang disebabkan sistem pilihan raya yang tidak telus dan bukannya penolakan rakyat terhadap pembangkang.
Anwar sangat memahami kesukaran pembangkang menzahirkan janji-janji dalam manifesto. Selepas Mac 2008 hingga sekarang, pembangkang gagal memberikan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat di negeri-negeri yang dikuasai. Ini adalah kerisauan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Untuk menutup kelemahan pembangkang yang sebelum ini banyak mengkritik kerajaan, Anwar perlu mencari pendekatan menunjukkan bahawa semua ini berlaku disebabkan system kerajaan tidak demokratik, bukan kegagalan pembangkang.
Anwar bukan tidak tahu Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini tidak lama dulu.
Tetapi bagi kita, pujian ini bukanlah mengejutkan kerana Malaysia bukanlah negara yang baru belajar mengenal demokrasi seperti negara-negara dunia ketiga yang mundur. Pujian Rudd itu tidak ada apa-apa yang luar biasa kerana kita yakin dengan tahap demokrasi yang dibentangkan sepanjang 12 kali Pilihan Raya Umum diadakan di negara ini. Malah pujian itu tidak sedikit pun membuatkan kita berbangga kerana pilihan raya yang demokratik bukan luar biasa di negara ini.
Sama ada pujian Rudd itu sebagai satu kenyataan diplomatik atau sebaliknya, ia bukanlah menjadi isu kerana sistem yang demokratik yang membangunkan sosial dan politik negara ini. Tetapi Anwar pula yang menganggap pujian Rudd itu sebagai kenyataan diplomatik untuk menjaga hubungan baik antara Australia dan Malaysia. Kita kena tanya kenapa Anwar dengan mudah menganggap pujian itu sebagai kenyataan diplomatik?

Anwar adalah antara pemimpin yang berselindung di sebalik tuduhan kerajaan tidak demokratik. Semua ini tidak diperkatakan semasa beliau dalam kerajaan. Adakah Anwar mahu mengatakan bahawa beliau yang menjadi pejuang demokrasi semasa dalam kerajaan dulu dan ketiadaan beliau membuatkan sistem politik sudah tidak demokratik?
Semasa hangat berkempen menjelang PRU12, antara isu yang dihamburkan pembangkang kepada rakyat adalah pilihan raya yang tidak demokratik. Pembangkang cuba memberikan tafsiran yang tersendiri tentang demokratik. Tidak demokratik maknanya tidak ada keadilan dan ketelusan dalam system pilihan raya di negara ini.
Ini adalah isu popular yang dibawa pembangkang sejak dulu sampai sekarang. Mereka membentuk persepsi dengan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan organisasi media arus perdana berada bawah cengkaman kerajaan. Mereka cuba menyakinkan rakyat bahawa pilihan raya negara ini hanya satu formaliti kerana keputusannya sudah ada sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
Sebenarnya kecenderungan Anwar bergayut kepada kuasa asing di luar negara bukanlah perkara baru. Beliau mencari pengaruh untuk membawa campur tangan asing dalam negara ini untuk kepentingan politik, bukan demi keadilan kepada rakyat. Kalau kita masih ingat, Anwar pernah mencetuskan kontroversi apabila mencari "perlindungan" di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur kerana mendakwa menerima ancaman bunuh.
Akhirnya babak dramatik yang membuatkan keadaan kecoh seketika berakhir begitu saja. Tidak ada laporan yang mengesahkan kebenaran ugutan bunuh itu. Sebaliknya dakwaan ugutan itu menunjukkan Anwar lebih mengharapkan bantuan dan sokongan pihak luar.
Anwar sangat arif dengan kecenderungan media-media di luar negara yang mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini. Kalau dilihat kembali, persepsi media Australia terhadap negara ini berada pada tahap yang sangat buruk beberapa tahun lalu. Kemudian ditambah pula dengan beberapa Perdana Menteri Australia sebelum ini yang sengaja mencetuskan ketegangan dengan Malaysia. Peluang ini tidak dipersia-siakan oleh Anwar sekalipun Rudd dilihat mempunyai watak yang jauh berbeza berbanding Perdana Menteri Australia sebelum ini.
Anwar tentu tahu sistem pilihan raya di Australia sendiri dipertikaikan tahap ketelusan dan demokratiknya. Tetapi kerana mahu mengalih perhatian kepada isu yang melingkari dirinya, timbullah syor meminta penglibatan pemerhati bebas dari Australia. Malah mendakwa antara punca tidak ada demokratik dalam pilihan raya negara ini ialah media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan.
Tetapi Anwar tidak memberitahu pula bahawa kerajaan lebih demokratik dengan memberi kebebasan luas kepada media baru menerusi Internet. Kalau benar kerajaan mencengkam media arus perdana, tidak ada sukarnya untuk memantau dan mengawal seketat-ketatnya kebebasan tidak beretika sesetengah media baru dan bercetak yang menyokong pembangkang. Kita kena beritahu Anwar kalau benarlah kerajaan memegang media arus perdana, media milik pembangkang juga diharamkan sama sekali. Tetapi kerana adanya demokrasi perkara itu tidak berlaku walaupun Anwar menjaja bahawa system politik negara ini tidak demokratik di luar negara. — Mingguan Malaysia