Sabtu, 5 Disember 2009

Konsep ‘Hanruh’ melalui BTN — Azmi Hassan


Sememangnya tidak adil untuk membandingkan kelengkapan sistem pertahanan di antara dua jiran iaitu Malaysia dan Singapura kerana kedua-dua negara mempunyai doktrin pertahanan yang agak berbeza.
Bukan sahaja doktrin yang tidak sama, tetapi peruntukkan perbelanjaan pertahanan juga jauh sekali ketara berbeza.
Tidak dapat dinafikan aset ketenteraan yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Singapura (SAF) menjadi idaman bukan sahaja negara seperti Malaysia tetapi juga untuk negara yang lebih maju dan kaya daripada Singapura.
Apa yang dipamerkan oleh SAF dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA’09) adalah manifestasi jelas mengenai perbezaan doktrin dan peruntukkan pertahanan di antara Singapura dan Malaysia.
Tetapi apa yang lebih penting adalah kerajaan Singapura dibenarkan memperuntukkan sehingga 6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk perbelanjaan pertahanan dan tidak menghairankan saban tahun SAF mendapat peruntukan pembangunan yang agak lumayan.
Berbeza dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), apa yang diperolehi hanyalah peratusan kecil daripada peruntukan SAF.
Sebab itu tidak memeranjatkan apabila Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli aset baru bagi meningkatkan keupayaan pertahanan Negara termasuk helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri.
Tidak memeranjatkan kerana peruntukkan pertahanan ATM seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, perlu selaras dengan pembangunan seimbang antara sektor pertahanan dan sosio ekonomi.
Rata-rata rakyat Singapura begitu yakin dan selesa mengenai keselamatan, pertahanan dan kedaulatan negara mereka dan jika hendak diterjemahkan dalam persepsi yang lain, jati diri rakyat Singapura adalah begitu utuh dan kental sekali untuk sebuah negara berkeluasan 648 km persegi yang dikelilingi oleh jiran-jiran yang lebih besar.
Berbeza dengan kepercayaan umum, kekentalan jati diri rakyat republic tersebut tidak bergantung semata-mata kepada kehebatan sistem pertahanan SAF, tetapi lebih menjerumus kepada penglibatan secara menyeluruh rakyat Singapura dalam hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi, sosial, politik, keselamatan atau pertahanan.
Satu perkara yang begitu menarik mengenai konsep pertahanan yang diamalkan oleh Singapura ialah bagaimana setiap isu yang mereka hadapi diserapkan ke pemikiran rakyat mereka sebagai isu dan cabaran pertahanan dan kedaulatan.
Konsep yang diamalkan sebegini rupa nampaknya begitu berjaya, kerana isyarat yang hendak disampaikan kepada rakyat mereka supaya sentiasa berwaspada amat berkesan sekali.
Strategi sebegini yang diamalkan oleh Singapura sejak tahun 1984 lagi terkandung dalam konsep pertahanan yang dinamakan Pertahanan Menyeluruh.
Malah pada 15 Februari setiap tahun hari Pertahanan Menyeluruh diadakan untuk memberi peringatan kepada rakyat mereka supaya sentiasa bersedia menghadapi cabaran.
Tidak menghairankan apabila rakyat Singapura menganggap isu harga bekalan air dengan Malaysia sebagai isu pertahanan dan kedaulatan negara mereka kerana itulah strategi yang diamalkan oleh Pertahanan Menyeluruh. Berbeza dengan rakyat Malaysia yang menilai isu air ini pada landasan komersial, iaitu untuk mendapatkan keadilan dalam penetapan kadar harga air.
Malah tidak keterlaluan jika dibuat andaian bahawa jika timbul setiap isu yang melibatkan Malaysia atau jiran yang lain, maka persepsi rakyat Singapura adalah semua ini berkaitan dengan masalah pertahanan dan kedaulatan negara mereka. Begitulah hebatnya kesan dan peranan yang dipikul oleh Pertahanan Menyeluruh Singapura.
Malaysia juga mempunyai konsep Pertahanan Menyeluruh yang lebih dikenali dengan nama singkatan Hanruh yang mula diperkenalkan semenjak tahun 1986 lagi. Walaupun sudah lebih dua dekad diperkenalkan, majoriti rakyat Malaysia masih asing dengan ungkapan Hanruh kerana strategi ini tidak pernah dipraktiskan.
Secara dasarnya Hanruh Malaysia terdiri daripada lima komponen iaitu
Keutuhan Masyarakat, Daya Tahan Ekonomi, Ketahanan Psikologi, Kesiagaan Awam dan Kesiagaan Keselamatan.
Walaupun strategi Hanruh tidak dipraktiskan secara tersurat terhadap rakyat Malaysia, tetapi secara tersiratnya konsep tersebut terdapat dalam kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN).
Tetapi begitu sedih sekali sejak kebelakangan ini terdapat tuduhan yang mengatakan kursus BTN boleh memecah-belahkan perpaduan kaum rakyat Malaysia.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menuntut supaya BTN ditutup terus atas alasan kononnya ia adalah salah satu punca kegagalan pembinaan Negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Dalam hal ini adalah melegakan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Kabinet memutuskan untuk merombak kurikulum kursus BTN supaya bersifat lebih merangkumi semua pihak dan tidak membelah bahagikan rakyat Malaysia.
Tidak penting sama ada keputusan kabinet tersebut dibuat lebih awal dan bukan kerana desakan pihak tertentu. Tetapi kritikal kurikulum kursus BTN dirombak untuk menggambarkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.
Tetapi mungkin akan timbul masalah baru kerana pihak yang sama akan menuduh kurikulum baru tersebut tidak lebih merupakan propaganda kerajaan Barisan Nasional kerana terdapat kalangan tertentu yang sengaja tidak mahu memahami konsep 1 Malaysia.
Adalah lebih elok jika rombakan tersebut merangkumi konsep kelima-lima komponen Hanruh kerana tidak akan ada lagi tuduhan bahawa kursus BTN merupakan alat promosi agenda politik Barisan Nasional.
BTN yang mempunyai struktur organisasi dan pengalaman yang matang kerana telah ditubuhkan semenjak 1974 lagi dilihat sebagai kaedah terbaik untuk menyerapkan konsep Pertahanan Menyeluruh bukan sahaja kepada penjawat awam dan pelajar universiti tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tambahan pula dengan peruntukan BTN yang agak besar (RM74 juta untuk 2010), sudah pasti program pensebatian kelima-lima komponen Hanruh untuk rakyat Malaysia mampu dilaksanakan tanpa rintangan lagi.
Komponen BTN yang baru tidak semestinya mengikut acuan Pertahanan Menyeluruh Singapura kerana republik tersebut mempunyai agenda yang agak berbeza dengan Malaysia. Walaupun Malaysia tidak menghadapai masalah keselamatan atau pertahanan yang dianggap kritikal, tetapi konsep ini sebenarnya adalah lebih efektif diamalkan ketika masa aman berbanding dengan waktu darurat.
Masanya telah tiba untuk negara melaksanakan Hanruh melalui BTN kerana setiap waktu yang berlalu tanpa penerapan konsep tersebut akan merugikan negara. — Utusan Malaysia

Tunku sebagai pemimpin semua kaum — Norsuriaty Awang Hassim ...Akhirnya Tunku lari dari UMNO@BN Kerana Mahathir..!!!!


Apabila tercetus pergeseran antara kaum, kita akan teringat apa yang sudah diusahakan pemimpin terdahulu yang bersungguh-sungguh mahu rakyat pelbagai
kaum duduk bersama. Kita tidak seharusnya lupa sejarah, jika tidak, kesilapan akan terus berulang.
Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku pemimpin yang mewakili kepentingan orang Melayu, tidak sesekali mengetepikan kaum lain. Jelas perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini didasari oleh Perlembagaan Tanah Melayu dan ia harus difahami semua rakyat Malaysia.
Sifat saling faham-memahami amat penting dan ditekankan oleh Tunku agar rakyat dapat hidup dalam suasana muhibah dan harmoni. Malah, Tunku juga  adalah pemimpin yang sukakan kedamaian. Oleh itu, kehadiran Tunku ke ‘Rundingan Baling 1955’ dengan wakil Parti Komunis Malaya memperlihatkan sifatnya yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Meskipun gagal, Tunku dilihat tokoh pencinta kedamaian.
Ibarat kata pepatah Melayu ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung itu. Esok, 6 Disember, genaplah 19 tahun Tunku pulang ke rahmatullah. Namun, ingatan terhadap beliau tidak pernah luput, malah sentiasa segar dalam kotak fikiran rakyat Malaysia.
Kemerdekaan bukanlah noktah akhir medan Tunku memberikan sumbangan.
Sebagai pemimpin berwawasan dan mementingkan keamanan sejagat, Tunku menggagaskan penubuhan Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963. Meskipun banyak rintangan dan halangan terutama daripada sahabat negara jiran, pendekatan melalui rundingan dan diplomasi yang dipraktikkan Tunku berjaya menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.
Sepanjang hayatnya, Tunku menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin berwibawa dalam pelbagai bidang. Ketokohannya juga diakui Tun Abdul Razak Hussein dalam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tunku di Dewan Rakyat pada Februari 1971. Tun Razak menyatakan bahawa Tunku muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita dan ini jelas terbukti warisan yang ditinggalkan Tunku dalam catatan sejarah negara.
Jika ditelusuri sejarah perkembangan negara, Tunku adalah seorang pejuang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri tinggi untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Pembabitan menentang Malayan Union, mengemudi kepemimpinan Umno melalui perubahan slogan daripada ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu, membuktikan kepemimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan.
Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu rasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku yang mengetuai Kabinet membentuk strategi pembangunan jangka panjang dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi tempoh setiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama pada 1956 & 1960.
Rancangan pada peringkat awal lebih menjurus kepada pemulihan dan pembangunan untuk membina kemajuan negara. Rancangan pembangunan ini meliputi semua lapisan masyarakat berbilang kaum di bandar dan luar bandar.
Ketokohan Tunku di arena antarabangsa turut dikagumi apabila beliau menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (Asa) pada 1961 yang kemudiannya berkembang dan dikenali sebagai Asean pada 1967. Kehebatan Bapa Malaysia ini memang tidak dapat disangkal lagi dan menjulang nama negara di persada antarabangsa. Tunku juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan agama Islam di dalam dan luar negara.
Beliau mengasaskan pertandingan membaca al-Quran peringkat kebangsaan pada 1960 dan peringkat antarabangsa pada 1961 yang menjadi tradisi sehingga kini. Tunku juga dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) pada 1960 sehingga peranannya dihormati semua negara Islam.
Kredibiliti Tunku mendapat kepercayaan Al Malik Faisal yang menawarkan jawatan Setiausaha Agung Sekretariat Negara-Negara Islam yang pertama
pada 1970 di Jeddah. Beliau turut memainkan peranan besar dalam penubuhan Bank Pembangunan Dunia Islam pada 1974, bertujuan membantu negara Islam yang miskin.
Pembabitan Tunku dalam dunia Islam amat bermakna dan disanjung tinggi dalam menyatu dan meningkatkan kualiti umat Islam sejagat. Kita juga perlu berbangga kerana kegigihan Tunku, beliau dilantik sebagai Presiden pertama Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (Riseap) pada 1980.
Tunku, putera raja yang berjiwa rakyat ini adalah seorang pejuang kemanusiaan. Beliau adalah antara pemimpin negara yang menyahut permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar Malaysia menghantar misi pendamai dan keamanan di Congo yang dilanda perang saudara pada 1961.
Tunku yang amat mementingkan kebajikan manusia, memberikan keizinan kepada Perkim Kedah menggunakan tanah kepunyaannya seluas 0.8 hektar di kawasan Perbandaran Kota Setar, Lorong Seri, Derga, Alor Setar untuk dibina rumah anak yatim dan orang tua yang miskin. Begitulah pengorbanan ikhlas Tunku dalam usaha menjaga kebajikan sesama manusia.
Ketokohan Tunku bukan hanya terserlah dalam bidang pentadbiran, malah turut tersohor dalam bidang penulisan. Selepas bersara sebagai ahli politik, beliau aktif menulis rencana dalam akhbar The Star dalam ruangan Looking Back dan As I See It. Selain itu, Tunku juga seorang yang berbakat dalam seni dan budaya. Filem Raja Bersiong adalah hasil karya Tunku di samping filem Mahsuri dan Sumpahan Mahsuri.
Dalam bidang sukan, Tunku amat meminati sukan bola sepak. Tidak hairanlah minat ini mendorong Tunku untuk mengasaskan Pesta Bola Merdeka pada 31Ogos 1957.
Justeru, sempena 19 tahun pemergian Tunku, Arkib Negara Malaysia sekali lagi mengadakan majlis tahlil khusus untuk mendoakan kesejahteraan Almarhum dan memperingati jasa serta sumbangannya. Sesungguhnya, negarawan ulung ini sudah membina, mencorak dan membuka langkah  untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya bukan hanya dari segi pembangunan, malah kualiti rakyatnya.

Perpaduan adalah kunci kejayaan rakyat berbilang bangsa yang mewarnai Malaysia. Ia perlu terus disemai di bawah aspirasi 1Malaysia bagi memastikan kesinambungan warisan tinggalan Tunku dapat ditatap dan dinikmati generasi akan datang.
Bagi mengenali Tunku dengan lebih dekat dan untuk mengimbau kenangan jasa serta sumbangan beliau kepada negara, rakyat Malaysia digalakkan untuk melawat Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, yang
terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Memorial ini dibuka percuma setiap hari kecuali hari Isnin. — Berita Harian

Siapa suruh Umno makan lada! - Adnan Ibrahim



Barisan nasional (BN) tidak layak mengurus harta terutama wang hasil kazanah bumi negara iaitu petroleum. Ini kerana, kalau dikirakan pendapatan hasil minyak negara sudah cukup untuk memakmurkan rakyat hidup dalam keadaan senang dan barakah.

Sebaliknya Umno lupa pemberian Allah SWT dalam menjaga harta yang diamanah. Lihat sahaja negeri yang terdapat hasil petroleum tetapi tetap miskin. Terengganu, Sabah dan Sarawak paling miskin dan terkebelakang daripada negeri lain di Malaysia sedangkan ketiga negeri itu terdapat minyak.

Rakyat Terengganu bukan ramai, hanya 900 ribu orang tetapi menjadi rakyat miskin walaupun hasil pendapatan negeri antara yang tertinggi. Begitu juga Sabah dan Sarawak.

Ketiga negeri ini antara yang terbesar di Malaysia. Hasilnya bukan sahaja petroleum malah kayu balak menjadi hasil pendapatan kedua tetapi tetap miskin. Dimana silapnya?

Seorang ketua keluarga contohnya, si bapa berpendapatan RM10,000 sebulan, mempunyai seorang isteri dan hanya tiga anak. Namun begitu si bapa asyik bersungut tidak cukup wang untuk perbelanjaan keluarga. Apa kata isteri dan tiga orang anaknya?

Sudah tentu si isteri dan anaknya berkata suami atau bapanya tidak amanah atau songlap duit. Lebih parah lagi si isteri dan anak tadi mendakwa si bapa itu tidak pandai mengurus wang.

Tengok kerajaan negeri dibawah BN, apakah mereka pandai mengurus hasil atau celik wang sebab lebih 20 tahun negeri itu memperolehi royalti minyak tetapi rakyatnya tetap miskin.

Bukan royalti minyak sahaja bahkan hasil balak yang melimpah ruah umpama di Sabah dan Sarawak tetapi tidak mampu membaiki taraf ekonomi, sosial dan pendidikan bagi penduduk pendalaman. Mereka tidak ada elektrik. Sekolah macam kandang kambing. Bagaimana taraf pendidikan mahu maju?

Begitu juga dengan kerajaan Umno di Terengganu. Taraf pendidikan meningkat naik apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999. Kenapa? Ini kerana royalti minyak ditukar kepada wang ihsan.

Wang royalti yang sepatut diberi kepada kerajaan PAS Terengganu mengikut perjanjian Petronas dan federalisme sebaliknya ditukar wang ihsan dan disalurkan kepada Jabatan Persekutuan melalui Pengerusi Umno ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh.

Sebahagian wang tersebut sepatutnya digunakan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri tetapi dirampas Umno untuk berbelanja demi kepentingan politik Umno termasuk dalam pemberian wang ihsan kepada sebahagian rakyat Terengganu.

Oleh kerana wang tersebut berlebihan maka disalur untuk pendidikan pelajar di negeri tersebut. Itu sebabnya pendidikan Terengganu antara terbaik semasa PAS memerintah tetapi merundum selepas Umno rampas pemerintahan PAS pada 2004.

Waris dan kroni Idris kaya raya di Terengganu. Malah kehilangan wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) lebih RM47 juta sebagaimana dilaporkan Ketua Audit Negara semasa pemerintahan Idris tetapi sampai sekarang senyap sepi.

Memandangkan demikian memang patut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menuntut hak negerinya supaya kerajaan memberikan royalti petroleum dan bukan wang ihsan.

“Hari ni geger pasal doa. Kita doa hendak tuntut hak kita. Pasal apa dia takut. Dia makan lada dia pedas,” kata Nik Abdul Aziz selepas menyampaikan kuliah mingguannya di pejabat perhubungan PAS Kelantan, Kota Bharu, pagi tadi, 4 Disember.

"Buat stadium, runtuh. Buat masjid runtuh. Jadi memang Umno tak layak urus wang petroleum," tambah beliau.

Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS.

Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa wang itu tetap sama banyak dan digunakan untuk rakyat tetapi pengalaman di Terengganu jelas menunjukkan wang tersebut digunakan demi kepentingan politik Umno.

Wang ihsan memang betul dicurah kepada rakyat tetapi Umno mengambil kesempatan melakukan kebaikan tersebut dengan mengugut rakyat supaya tidak menghadiri program kerajaan negeri dan PAS.

Sekiranya antara mereka didapati berada dalam program kerajaan negeri dan PAS, nama mereka akan dipotong daripada senarai penerima wang ihsan.

“Kami ada spy akan perhati kamu di program PAS.” Ini antara kata-kata orang Umno yang mengutip senarai nama untuk diberi wang ihsan di Terengganu pada masa pemerintahan PAS.

Memang kesan dan pengaruh wang cukup kuat serta diakui sehingga PAS jatuh di Terengganu pada pilihan raya umum 2004. Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dali Hussein ketika bercakap dalam perhimpunan Umno menyifatkan kejayaan Umno Terengganu merampas negeri itu kerana wang ihsan.

Bagaimana Umno Kelantan boleh mendakwa mereka boleh mengurus wang ihsan dengan baik sedangkan mereka tidak memerintah dan tidak ada prosedur dengan kakitangan kerajaan negeri yang bertanggungjawab terus kepada rakyat.

Bajet dibuat kerajaan negeri dan Umno Kelantan sudah tentu tidak mampu membentang bajet yang adil kerana tidak ada amalan protokol dan prosedur tersebut.

Jika Umno Kelantan tetap meneruskan niatnya maka sudah pasti ia tidak memberikan keadilan sebagaimana penyaluran wang ihsan di Terengganu hanya orang Umno sahaja yang dapat.

Oleh yang demikian lebih baik Najib menukar niat buruk beliau. Tidak ada guna beliau meneruskan agenda wang ihsan bekas Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir sebenarnya telah jatuh kerana takut kepada bayangan kekalahan teruk menjelang pilihan raya umum ke 12 pada 2004. Secara diam beliau mengharapkan bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi memulihkan Umno.

Mahathir pernah menghina PAS selepas pilihan raya umum ke lapan pada 1990 apabila PAS Kelantan dapat menawan negeri itu daripada Umno. Kata Mahathir kerajaan PAS hanya mampu bertahan tiga bulan tetapi apa yang pastinya beliau jatuh dahulu sebelum Nik Aziz.

Ini adalah hasil berkat doa orang yang kena zalim. Hadis bermaksud: “ Sesungguhnya tidak ada hijab (penghalang) yang memisahkan diantara Allah dengan orang yang kena zalim.”

Jadi kalau Najib tidak takut dengan doa orang yang kena zalim terus sahaja niat beliau. Najib boleh minta tolong Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria, Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dan rakan beliau.

Apakah Harunsani dan Noh serta kawan beliau bersedia menghadapi doa orang yang kena zalim? Kalau Nik Aziz mahu doa laknat kepada orang yang khianat dengan perjanjian, Harunsani boleh lawan dan doa balik.

Para mufti tidak payah kecoh dalam media. Kenapa! Apakah para mufti dan para juak Umno takut?

Sebagaimana Nik Aziz cerita tentang pihak tertentu mahu buat pesta arak 19 tahun dahulu, sebaliknya bila dengar doa pecah perut mereka membatalkan niat tersebut. Kalau orang bukan Islam boleh menghormati doa orang Islam kenapa tidak bagi orang Umno?

Sebaiknya Umno kembali pada Islam. Apakah Umno lupa bagaimana kejatuhan Mahathir sebelum perjuangannya selesai. Masih ingatkah dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, sampai sekarang tidak boleh bangkit dalam politik.

Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan dimasa beliau telah berlaku penganiayaan terhadap orang Islam di Baling sehingga berlaku pembunuhan di Memali pada 19 November 1985.

Setiap kali menjelang November, peristiwa Memali menjadi ingatan yang cukup sedih kepada orang Islam di Malaysia akibat tindakan gopoh pemimpin. Ia adalah doa orang yang kena zalim. Kesannya boleh dilihat sampai sekarang kemana pergi Musa dalam dunia politik?

Sebaiknya Harunsani nasihatkan Najib supaya bertemu dengan peminpin kerajaan PAS Kelantan dan bertolak ansurlah dengan memberi royalti hak kerajaan negeri itu.

Lagipun Umno sudah jelas mempunyai rekod buruk dalam mengurus wang sebagaimana yang didedahkan dalam laporan Audit Negara sedangkan PAS tidak mempunyai rekod buruk.

Malah dalam keadaan kerajaan PAS tidak ada wang masih mampu memerintah dan membayar hutang kerajaan Pusat lebih baik daripada kerajaan negeri dibawah Umno dan BN.

Apa lagi MCA? Cabutlah...

Tulisan Ti Lian Ker sekali lagi mencerminkan isihati orang2 cina di Malaysia khususnya MCA. Mereka dibuli oleh UMNO...

Apalah lagi yang hendak ditunggu?? Sudah terang lagi bersuluh. Sudah sampai masanya MCA keluar dari Barisan Nasional.

Strategi Umno Akan Mengenepikan MCA dan MIC....

Pernah pada satu ketika dahulunya bila MCA dipulau oleh pengundi Cina, seorang tokoh Umno telah mencabar Mca untuk keluar dari Perikatan oleh kerana MCA tidaklah mewakili masyarakt Cina dan mempunyai masalah percakaran dalaman.

Walaupun insiden itu berlaku beberapa dekad dahulu,namun Mca terus dilandai kemelut percakaran politik dalaman di mana MCA menghadapi krisis dalaman politik pada setiap tempuh satu dekad atau kurangnya. Bermula dengan Tun Lim Chong Yu dengan Tun Tan Siew Sin; Tan Sri Lee Siok Yew, Tan Sri Lee San Choon, Datuk Richard Ho, Datuk Michael Chen, Neo Yee Pan/Tan Khoon Swan; Ling Liong Sik/Lee Kim Sai; Ling Liong Sik/Lim Ah Lek masing-masing berpasangan dengan anak didik mereka Ong Ka Ting/Chan Kong Choy dan akhir-akhir ini Ong Tee Keat berpasangan dengan Liow Tiong Lai vs Chua Soi Lek dan setelah Oktober 10hb berubah kepada Ong Tee Keat berpasangan dengan Chua Soi Lek vs Liow Tiong Lai.

Inilah sumpah nenek-moyang MCA ke atas politik Cina di Tanahair Melayu yang bermula dengan pergaduhan kongsi-kongsi gelap sejak mereka bertapak di sini.Pergaduhan Ghee Sin dan Hai San adalah satu-satu gejala dan corak perilaku masyarakat Cina yang terlalu mementingkan diri dan kepentingan jangka masa-pendek sehinggakan kebanyakkan keputusan mereka adalah berlandaskan kepentingan jangkamasa pendek dan mikro interest berbanding dengan kepentingan jangka masa panjang dan macro interest.

Ancaman mengeluarkan MCA dari Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional kerap-kali dibisik sebagai satu taktik Umno untuk menunjukkan kuasa, pengaruh dan kekuatan politik sebenar dan 'flexing of political muscles' pernah dibuat oleh tokoh-tokoh Umno mahupun Pemuda Umno untuk memaksa atau 'bulldoze' kehendak politik atau 'political will' mereka.

Ini adalah 'real politics in action' yang berlandaskan expediency dan kesesuaian tuntutan politik semasa pabila Umno kurang senang atau kurang sabar dengan MCA yang menjadi penghalang atau pembantut agenda atau laluan politik.

Kebelakangan ini ada ura-ura Umno mencari saluran baru untuk mendekati dan memancing undi secara langsung dari pengundi-pengundi Cina dan India.Kononya Umno kurang senang dengan ketidakupayaan MCA dan MIC mengembalikan longgokan undi Cina dan India kepada BN yang menghadapi kekalahan demi kekalahan berseri dalam pilihan kecil kebelakangan ini.

Ada di kalangan pemimpin Umno tidak setuju apabila Umno dipersalahkan sebagai satu sebab utama undi-undi Cina dan India yang setia pada BN meninggalkan BN. Keangkuhan dan penyalahgunaan kuasa Umno dipersalahkan dan tuntutan dibuat supaya Umno membuat perubahan untuk melegakan dan mengurangkan bahang anti-BN yang memberi penumpuan dan sasaran pada UMNO sebagai tunggak BN.

Ketidak senangan Umno terhadap kritikan inilah yang menyebabkan ada dikalangan tokoh-tokoh UMNO bercadang bertindak-balas dengan mengatur strateji dan pendekatan baru untuk menggembalikan undi pada BN. Ada juga ura untuk berurusan secara langsung dengan pertubuhan-pertubuhan NGO Cina dan India tanpa melalui dan menghurmati tradisi politik MCA dan MIC.

Ada juga ura-ura berkerjasama dengan PAS dan mengenepikan MCA dan MIC secara total kiranya pengundi Cina dan India tetap degil.Namun pendekatan politik ini tidaklah sehat bagi imej negara di mata antarabangsa dan membawa padah perkembangan politik jangkamasa panjang dalam negara.

Umno telah memberi perhatian kepada mana-mana pertubuhan politik dan seakan-akan merestui Makkal Sakti dan IPPF yang merupakan pecahan dari MIC. PPP juga diberi kedudukan dan nafas baru apabila President Kayveas dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri dalam era Tun Mahathir seakan-akan untuk menjadi imbangan/tambahan kuasa dan pengaruh MIC. Pada masa itu PPP dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dengan masalah dalaman parti dan menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan.

Imbangan/tambahan kuasa/pengaruh MCA adalah dalam bentuk GERAKAN di mana Tun Mahathir pernah mengatakan bahawasanya UMNO akan tetap mendokong GERAKAN untuk menerajui negeri Pulau Pinang walaupun GERAKAN tinggal dengan satu kerusi sahaja. Kenyataan ini dikatakan pada saat-saat kegentingan percaturan pengaruh MCA dan GERAKAN apabila Adun-Adun GERAKAN berpindah kepada MCA dan pasaran politik MCA semakin menaik dan arus GERAKAN sedang menurun.

Ura-ura terakhir UMNO ialah dengan memperkudakan NGO-NGO masyarakat Tionghua seperti Hua Zhong (Gabungan-gabungan Persatuan Tionghua), 7 Da Xiang Duan, ACCIM etc untuk mendapatkan kembali sokongan pengundi Cina kepada BN di pilihanraya umum akan datang.

Saya ingin memberi nasihat bahawasanya pendekatan ini akan menemui jalan buntu dan tidaklah berbaloi. Besar kemungkinan permainan politik ini akan dibalas dengan undi-undi protes terhadap percubaan memperkudakan NGO-NGO Tionghua yang rata-rata 'apolitical' dan tidak digalakkan terlibat dengan parti politik secara langsung.

Sekiranya pemimpin-pemimpin NGO dilihat seakan-akan menggadaikan maruah pertubuhan kepada BN, ahli-ahli dan penggundi Cina akan menunjukkan protes mereka dalam peti undi secara membisu. Masyarakat Cina mengharapkan NGO-NGO Tionghua terus memainkan peranan mereka sebagai 'watch-dog' dan 'pressure-group' ke atas mana-mana pihak berkuasa. Kiranya ada pemimpin NGO Cina yang terlalu rapat dan seakan-akan mempunyai kepentingan diri dengan membantu politik BN, maka ada padahnya menanti...

Sentimen inilah yang menjadikan MCA senantiasa menghadapi cabaran dan permasalahan untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina secara 'consistent' di mana trend dan teori politik 'pendulum' adalah satu perilaku 'political psche' masayrakat Cina yang kurang percaya dan tidak percaya kepada kekuatan yang membawa kuasa mutlak pada pihak berkuasa.

Masyarakat Cina dengan pengalaman dan sejarah lama mereka tahu kuasa mutlak membawa kepada salahguna kuasa dan tekanan pada rakyat kebanyakkan. Apabila ini berlaku amalan rasuah akan mula berleluasa di mana rakyat akan menjadi mangsa utama.

Disatu pihak lagi NGO-NGO Tionghua bukanlah pertubuhan politik dan mereka mempunyai budaya kesetiaan politik yang agak cetik dan mempunyai arus timbul-tenggelam. Kesetiaan politik mereka adalah satu permasalahan dan keupayaan kepimpinan mereka merupakan satu pertanyaan.

Dalam era Ong Ka Ting/Chan Kong Choy ,MCA telah menguasai tunggak-tunggak politik Cina seperti kongsi-gelap,tokoh-tokoh politico-business, media vernacular Cina dan NGO-NGO Cina dengan rapat dan intim sekali...NAMUN calon-calon MCA tenggelam dilandai arus tsunami politik yang membawa malang tidak berbau dalam PRU12.

Ini telah menunjukkan MCA mahupun NGO-NGO Cina tidak dapat menguasai pemikiran penggundi Cina lebih-lebih lagi generasi muda yang semakin global dan kritikal pemdekatan politik mereka. Tuntutan politik mereka berlandaskan nilai-nilai politik dan falsafah serta hala-tuju politik yang membawa menafaat jangka-panjang pada mereka dan negara.

Golongan baru ini bukan lagi 'Chinaman' dan mereka mempunyai minda kritikal dan analytical yang memberi mereka keyakinan dan keupayaan mempengaruhi corak pengundian masa akan datang bukan saja pada diri tetapi juga pada keluarga dan saudara mara.

Akhirkata, saya berharap rencana saya yang pendek ini dapat memberi sedikit gambaran politik sebenar di pasaran dengan harapan pemimpin-pemimpin kita dapat membuat ketetapan dan keputusan politik yang jitu dan benar demi masa depan bangsa dan negara kita Malaysia!

by Ti Lian Ker

Mengapa Nik Amalina Tidak Mengadu Kepada Ayahnya?

Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau tidak perlu menyatakan pendiriannya berhubung banyak pertanyaan sama ada beliau menyokong menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Datuk Husam Musa dalam krisis pertelingkahan antara keluarga tuan guru itu dengan bloger Nik Azidi atau lebih dikenali sebagai kickdefella.

Pertanyaan ini timbul kerana Dr Siti mengambil pertanggungjawaban untuk menyiarkan luahan hati anak perempuan Nik Azizi, iaitu Nik Amalina di dalam blognya.

Kata Dr Siti, jika beliau tidak mengambil keputusan untuk menyiarkan luahan perasaan Siti Amalina dalam blognya, beliau percaya, orang lain akan berbuat demikian.

Minggu lalu, Nik Amalina telah meluahkan perasaannya melalui laman blog Dr Siti Mariah berhubung isu suaminya yang terpaksa melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atas apa yang beliau sifatkan satu fitnah besar dan penganiayaan ke atas suaminya.

Tulisan Nik Amalina itu telah dikutip dan disiarkan pula di dalam laman blog Kickdefella. Dalam tulisannya, Nik Amalina turut menyentuh tentang keperibadian Kickdefella yang menurut beliau sebagai punca yang menyebabkan karier suaminya di PMBK hancur musnah.

Bagaimanapun, tulisan Nik Amalina itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan beliau cuba mendokong nepotisma di dalam pentadbiran bapanya, taksub, riak malah dikatakan takabur.

Apatah lagi Nik Amalina dikatakan cuba mempertahankan kedudukan suaminya, Abdul Ariffahmi Abd. Rahman dengan acapkali menyebut yang suaminya adalah orang yang paling layak untuk jawatan tersebut sehinggakan Nik Aziz menawarkan jawatan itu bukan sekali tetapi empat kali.

Dalam hal ini, Dr Siti berkata, beliau bersimpati dengan Nik Amalina yang beliau merasakan tertekan dengan isu yang melanda suaminya.

“Dia (Nik Amalina) mahu mengisytiharkan perasaannya. Rasionalnya jika tidak saya yang memberi ruang kepadanya untuk meluahkan perasaan, dia tetap akan menyiarkan dalam blog lain,” tulis Dr Siti dalam posting terbarunya.

Dan oleh kerana tulisan Nik Amalina itu adalah satu luahan perasaan, kata Dr Siti, maka sudah tentulah ia beremosi.

“Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah...tidak rasional,” kata Dr Siti untuk menjustifikasikan tindakan Nik Amalina menulis dengan penuh emosi bagi menjawab kritikan pembaca ke atas anak Nik Aziz itu.

Oleh yang demikian, kata Dr Siti lagi, tidak semestinya apa yang diluahkan oleh Nik Amalina itu betul dan objektif dari perspektif pembaca walaupun kemudiannya Nik Amalina mungkin akan kembali tertekan apabila membaca komen-komen bloger yang sebahagian besarnya menghentam cara dia mempertahankan suaminya itu.
Jelas Dr Siti lagi, beliau juga telah ditanya, beliau berada di pihak mana? Keluarga Nik Aziz atau Husam Musa yang selama ini dikaitkan rapat dengan Kickdefella.

Kepada persoalan tersebut, Dr Siti menjawab; “Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam. Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri,” katanya.

Dr Siti juga berkata, pengalamannya selama 10 tahun lebih dalam jemaah telah mematangkan dirinya dengan karenah manusia.

“Kesimpulan saya ialah, dalam perjuangan ini, survival parti dan jemaah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi. Semasa kita 'berjasa' kepada parti, kita akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, kita akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa yang akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan di tangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita,” ujarnya.

Dalam hal ini kata Dr Siti, beliau telah banyak belajar daripada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor. -MSTAR

Ulasan GB

Saya tidak dapat tidak untuk menegur YB Dr Siti Mariah, yang mengambil keputusan untuk menyiarkan surat Nik Amalina Nik Aziz, melalui blognya.

Alasan diberikan: jika beliau tidak mengambil keputusan untuk menyiarkan luahan perasaan Siti Amalina dalam blognya, beliau percaya, orang lain akan berbuat demikian.

Jawapan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menyiarkan surat luahan peribadi itu yang YB Dr sendiri mengakui ia luahan perasaan, iaemosi, ia tidak rasional.

Sepatutnya YB Dr perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu. Ayahandanya seorang ulamak disegani, ayahandanya seorang pemimpin tertinggi parti, ayahandanya seorang doktor rohani, ayahandanya seorang yang dicintai oleh sekalian ramai umat manusia di negara ini, apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?

Apakah kerana hendak mengadu kepada sekalian orang bahawa ayahandanya itu dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dia sendiri tidak mampu untuk menembusinya sehingga terpaksa meminta orang lain melakukan serangan kepada ayahandanya?


Tidak ada sbarang bukti dibawa, sekadar fitnah yang merapu-rapu. Dan ditulis oleh seorang anak Tok Guru yang begitu mencemarkan ayahandannya sendiri. Sama fe'el dan perangai seorang lagi anaknya, Nik Abduh namanya yang pernah melondeh kain ayahandanya sendiri.

Sedangkan orang yang "dimusuhnya" itu ada membawa bukti tentang gelagat dan perangai suaminya yang bernama Ariffahmi itu.


Itu sebab saya katakan tadi YB Dr tidak sepatutnya melayan anak tok guru yang mengada-ngada itu.

Siapa lebih berAURA dan BIJAK?? Nik Aziz atau Hj Hadi??


Semakin hari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi semakin bercelaru dan haru-biru.

Dulu dalam isu UG... pun begitu, isu desakan Tok Guru supaya diadakan EGM PAS dan yang terkini, isu nasihat kepada Tok Guru pulak jadi isu.

Dia kata, ada orang beri nasihat yang salah dan tak betul pada Tok Guru. Mungkin sebab itulah Kelantan jadi haru-biru dengan pelbagai isu.

Cara dia cakap macam memperkecilkan kemampuan Tok Guru Nik Aziz jer. Apakah Nik Aziz bodoh sangat hingga tak dapat menilai nasihat yang diberikan kepadanya. Rasanya Nik Aziz dan para penasihatnya..... jika betul ada, adalah jauh lebih bijak daripada penasihat Haji Hadi sendiri. Buktinya.... mereka mampu memerintah Kelantan hampir 20 tahun lamanya.

Haji Hadi dan para penasihatnya yang 'bijak'... hanya mampu bertahan di Terengganu hanya untuk satu penggal saja. Lepas tu... Terengganu ghoyup semula ke tangan UBN. Dan..... kerana nasihat yang 'bijak' daripada para penasihat yang 'bijak'lah maka integriti dan kredibiliti PAS pulak hampir musnah gara-gara idea UG yang sememangnya satu idea gila babi lagi.... meyakitkan hati!!

Aduh.... cakap tu, kalau ya pun, biarlah pakai akai sikit. Jangan ikut sedap mulut saja. Sekarang, Nik Aziz dah bertanya balik. Siapa dia mereka yang telah memberi nasihat yang tak betul tu??

Aha... aha... cuba namakan mereka??

Semua orang pastinya nak tahu. Siapa mereka ya?? Errmmm.... kalau nak tahu, tanya sendiri kepada Haji Hadi. Hanya dia yang tahu!!

Dulu.. aku ada buat n3 tentang 3 tokoh yang diterima sebagai ikon pemimpin rakyat dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga adalah ikon yang boleh membawa sokongan bukan-Melayu kepada Pakatan Rakyat. Aura merekalah yang boleh membantu memenangkan PR dalam pilhanraya, isyaAllah. Salah seorang ikon tersebut ialah Tok Guru Nik Aziz.

Ini terbukti melalui sokongan padu yang kita lihat dalam perhimpunan menyokong Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu semalam. Fuullaamaakk, Cina... Melayu ... India... semuanya berasak-asak!!!

Dan... pada hari Sabtu ini, 5 Disember jam 9.30 malam,"Himpunan Perpaduan Umah PAS For All" akan diadakan di Taman Melewar. Antara yang dijemput ialah kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, Balasubramaniam dan Hu Phang Chow.

Guess who yang dijemput sebagai tetamu kehormat???

Bukan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, tetapi... Tok Guru Nik Aziz!! Hanya aura Tok Guru Nik Aziz saja yang dapat mengembalikan dan memulihkan semangat PAS For All yang semakin lesu sejak isu UG yang didalangi oleh penasihat-penasihat 'bijak' Presiden PAS.

Dulu.... suatu masa dahulu, Tuan Guru Haji Hadi juga mempunyai auranya yang tersendiri. Apabila sebut saja nama Haji Hadi.... WOW!!

Malangnya.... apa sudah jadi pada aura tersebut??

Sudah hilang WOWnya.... Semua ini, rasanya, kerana gara-gara nasihat-nasihat yang 'bernas dan betul' daripada para penasihatnya yang 'bijaksana'. Wallahu'alam...

Kerana aku masih ada rasa hormat dan sayang kepada Tuan Guru Haji Hadi, maka aku berharap agar Hj Hadi akan menjadi seorang politkus Islam yang sebijak Nik Aziz.

Apa perlu dia buat??

Biarlah dia bertepuk dadanya dan bertanya pada seleranya.

Benarkah kita menentang KKN ( korupsi,kronisme & nepotisme)?


(BOSS BARU SPRM)

Kita tidak tahu apa sebab sebenarnya disebalik langkah Ahmad Said mahu bersara pada hujung tahun ini walaupun kontraknya itu masih ada 5 bulan lagi untuk tamat.Ada yang melaporkan beliau takut dengan ‘hantu’ yang merayau -rayau di sini

Kemudian kita dikejutkan pula dengan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib , Timbalan Menteri Pelancongan yang secara tiba-tiba-tiba mahu meletakan jawatannya yang khabarnya ada kaitan dengan perlantikan Idris Jala berstatus sebagai seorang menteri penuh.

Tetapi adalah amat malang dan pelik bila ada pula yang nampaknya begitu liat untuk melepaskan jawatannya walhal ramai yang mengatakan bahawa hal itu adalah mengenai salahlaku, salah tadbir, nepotisme, kronisme yang melibatkan penjawat awam yang sepatutnya tidak berlaku dan ianya patut diatasi dengan seberapa segera tanpa alasan untuk bertangguh.

NATURALLY NIZAR



Confidently, he walked into the hall at his own pace without the rhythmic beat of kompangs that befits the status and stature of the Menteri Besar of Perak. No ordinary man, he exuded a calmness and demeanor of a godly person who knew and accepted his place on earth in the greater scheme of things as determined by the Almighty. A sudden hush filled the hall when he walked down the aisle with his aides. And as he neared the stage, the crowd clapped as they rose in awe and respect of this great man, YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak,) who spoke on "Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia" at Kompleks Penyayang last night.

In the welcoming address, Penang Deputy Chief Minister I Dr.Mansor Othman emphasized that Pakatan Rakyat wants to establish a system of government based on needs, not race. YB Sim Tze Tzin then gave a brief rundown of the tragic Perak Constitutional Crisis before YB Dato' Nizar Jamaluddin began his speech.

With a deep and authoritative voice, Dato' Nizar recited a Quranic verse followed by translations in Bahasa Malaysia and English, purposeful reminders to all that we are the Almighty's creation and we should not emphasize differences but instead, remember our roots:

O mankind! Be careful of your duty to your Lord Who created you from a single soul and from it created its mate and from them has spread a multitude of men and women.

*taken from THIS LINK

I was awestruck by the charisma and powerful presentation skills of Dato' Nizar. Fluent in Arabic, English, Mandarin and even a smattering of Tamil words. He certainly bedazzled the audience with his powerful oratory skills. With much mastery, he displayed the correct intonation, nuances and lilts in vocal quality required for each language in his deep baritone voice. Splendid! The only other leader I can think of who has such abilities is Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato' Nizar defused some tension that filled the air by thanking 'the police from the nearest police station' for ensuring the security of the event by their presence. Laughter filled the air and soon everyone was at ease. After setting the mood for the evening, the Menteri Besar shared the lessons learnt from the Perak Constitutional Crisis.

He started with a historical perspective of our political scenario by reminding us of how for 52 years, Malaysians have been living in a climate of fear because the three component parties of the ruling party played on ethnic differences in the way they reminded members and Malaysians that they had to maintain status quo to prevent social upheaval, messages sent out with the support of media which echoed such racial overtones leaving many suppressed and oppressed. In many ways, Perak is a microcosm of Malaysia. Interestingly, many leaders actually come from Perak!

Next, Dato' Nizar opened a window for us to take a peek at what actually happened after it was announced that they had won the right to rule in Perak. His riveting account left many with eyes wide open and mouths agape as he recounted in great detail, the sequence of events that followed with so much sincerity, openness in a no holds barred approach. Awesome!

Layer by layer, Dato' Nizar peeled the circumstances of that historical event to reveal the true heart of Pakatan Rakyat. The lesson learnt was a plain and simple one - The PR leaders put aside all differences to work together for the well-being of Perakians and are sincere in their effort and dream to achieve a two-party system.

* The PR leaders who assembled to deliberate on the next step to take after victory decided to abide by the Perak Constitution and unanimously agreed to give the position of MB to PAS.

* PAS leaders met to decide which of the PAS elected leaders would be the MB. The five winners, including Dato' Nizar, declined the position of MB. YB had the crowd in stitches when he said that there they were - each with the golden opportunity to become the Menteri Besar of Perak and NO ONE wanted to accept the position whereas in another party, one would pay millions for a meagre position in a division!!! His revelation of the reasons why each candidate declined was such a riot that I could not believe the resounding laughter that came from the crowd. It is really so funny that I dare not post the rationale given by each candidate so candidly. :-)

* Finally, the PAS heads decided who would be the leader - Dato' Nizar.

From this point, Dato' Nizar gave a very detailed explanation of the events that transpired and the plot to topple the PR government. He revealed two names that were primarily responsible and reiterated that these two would go down in history. He also gave an explanation of the Constitutional Crisis and what transpired in the Istana.

After that, Dato' Nizar shared some statistics that impressed us deeply:

* The Auditor-General's Report gave the PR govt a score of 4 (excellent) which is much higher than the general acceptance level. In 52 years of BN rule, the maximum that the BN government of Perak ever collected was RM530 million and zakat collection was RM 40 million.

Contrastingly, in 10.5 months, despite the spanners thrown in the works, the PR government in Perak succeeded in collecting RM633 million and zakat collection was RM 58 million.

* As for the V6 issue, Dato' Nizar explained that the reports against PR failed to mention that the figure was cumulative expenditure for four years.

* He emphasized that all steps taken by PR in Perak was to show respect to the decision of the rakyat to vote them into power. The PR government believes in upholding five principles in governance namely:

* justice
* trustworthiness
* transparency
* integrity
* welfare

He also shared the stark differences in the amount of investments brought into the state by BN compared to PR.(I cannot cite the exact amount as I cannot decipher my handwriting in my notes!!!)

With much vehemence, Dato' Nizar emphasized that any racist tendencies will be sand mined by PR government and he lamented how "racist tendencies are deeply ingrained in the hearts" of many due to the ploys of certain parties and reiterated that PR will work together to bury UMNO.

The Q & A session was very vibrant and saw questions being asked by guys from different age groups and races. YB Dato' Nizar tackled each question sincerely, earnestly and in great detail too! In response to one question from an ex-commando, YB urged each and every one of us to raise our prayers and supplications to God that truth and justice be restored in this land and emphasized the need for unity, cohesiveness and togetherness in our mission to build a better Malaysia. With much vehemence and conviction, YB reiterated that PAS is NOT RACIST and will reject all any racist sentiments. He did not mince his words when he identified racist parties/leaders who had dented the psyche of Malaysians to the extent that we have so much emotional baggage to carry in our journey to build the nation.

The hall was full last night and I was certainly pleased that this time, many youths were there. PAS supporters gave a resounding roar and 'yell' of support after YB ended the forum with a very meaningful Quranic verse. The audience clapped furiously as we gave him a standing ovation.

As I walked out of the hall, I was overcome with much emotion after coming face to face with YB Dato' Nizar - truly a great Malaysian leader with so much in his heart, so much to give to our nation. He had spoken so sincerely and elegantly and what we saw of him last night without any airs was his natural self, no holds barred with no masks on his face. Here is 1Malaysian Leader - all real,untainted.

Will you walk with him and other leaders to build a better Malaysia for us all?

1Rakyat for Malaysia!

PRU-13: Anwar, maaf tiada undang-undang benar pemerhati asing



Oleh G Manimaran PETALING JAYA, Dis 5 — Negara tiada undang-undang bagi membolehkan pemerhati asing dibenarkan datang untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebagaimana diminta oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berdasarkan pengalaman mengendalikan pilihan raya umum sejak lebih lima dekad suruhanjaya itu juga merasakan tidak perlu ada pemerhati asing didatangkan khusus bagi tujuan tersebut.
“Bagi membolehkan kita melakukan itu (membawa pasukan pemerhati pilihan raya asing) perlu ada undang-undang yang menyediakan peruntukan benarkan pasukan pemerhati asing,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.
“Kita tiada undang-undang bagi membolehkan sama ada kerajaan (persekutuan) atau SPR menjemput rakyat asing secara rasmi untuk memantau urusan pilihan raya.
“Jadi apabila tiada undang-undang, maka terserah kepada budi bicara kerajaan atau SPR untuk membuat jemputan, mereka datang atas jemputan SPR sebagai tetamu kita,” kata beliau.
Lazimnya pasukan pemantau asing ini boleh dibawa oleh kerajaan ataupun dijemput oleh suruhanjaya pilihan raya.
“Jadi, apabila tiada undang-undang maka terserah kepada budi bicara kerajaan atau SPR untuk memanggil wakil negara asing datang untuk memerhatikan perjalanan pilihan raya,” kata beliau lagi.
Jelas beliau jika perwakilan asing dijemput sebagai “tetamu” mereka tidak boleh menjalankan kerja-kerja memantu sebagaimana dibenarkan kepada mana-mana pasukan pemantau atau pemerhati.
“Saya merasakan bahawa Datuk Seri Anwar menyatakan pandangannya tanpa menyedari tentang perkara ini (tiada peruntukan undang-undang),” katanya.
Jelas Wan Ahmad, jika PR sendiri mahu membawa pasukan pemantau ia tidak akan diiktiraf oleh kerajaan ataupun suruhanjaya pilihan raya.
Sambil mempertahankan sistem pilihan raya negara ini masih baik dan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin luar, Wan Ahmad memberitahu, pihaknya juga membenarkan pasukan bebas pemerhati tempatan iaitu Mafrel.
Pilihan raya umum 1990 — yang ketiga di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri — negara menyaksikan kehadiran pasukan pemantau asing.
Pasukan pemerhati itu dibenarkan oleh kerajaan ekoran permintaan pembangkang di bawah Gagasan Rakyat kepada Komanwel supaya menghantar pasukan pemantau.
Dalam temu bual dengan akhbar The Age Australia, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ikatan pembangkang menghadapi pilihan raya umum Mac 2008 meminta Australia menghantar pasukan pemerhati untuk memantau perjalanan pilihan raya umum ke-13 yang ramai jangkakan kemungkinan diadakan dalam waktu terdekat.
Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013 tetapi ramai meramalkan ia kemungkinan dipanggil dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.
Dr Mahathir juga menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh dua tahun.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, ikatan tidak formal yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 memberitahu bahawa sistem pilihan raya negara ini masih memperlihatkan beberapa kekurangan yang tidak memihak kepada mereka.
Kempen pilihan raya yang dijangkakan tahun depan bukan sesuatu yang mudah bagi Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat - yang kedua dalam tempoh 10 tahun.
Pada pilihan raya umum tahun lalu PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS memenangi 82 kerusi Parlimen dengan menafikan kedudukan majoriti dua pertiga yang dinikmati Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.
Malah PR menguasai Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor. Bagaimanapun Perak kembali diambil alih oleh BN selepas tiga wakil rakyat PR keluar parti masing-masing.
“Senarai pemilih tidak boleh dicabar, tiada liputan (bebas) media, anggota keselamatan (juga) bukan berpihak kepada kami,” kata Anwar dipetik The Age.
“Pada masa lalu (pilihan raya umum ke-12 Mac 2008) kami telah lakukan dengan baik. Kali ini kami meminta negara-negara seperti, termasuk Australia, agar menghantar pasukan bebas (untuk memantau perjalanan pilihan raya).
“Jangan bercakap pasal demokrasi jika anda menafikan perkara ini dan mengatakan yang baik-baik sahaja untuk menyenangkan pemimpin-pemimpin diktator dan autoritarian,” kata Anwar memenangi kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008.

Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno


Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya.

“Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah.

“Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya.

Mengulas perhimpunan hari ini, beliau berkata ianya menggambarkan demontrasi yang begitu hebat.

“Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar.

“Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya.

Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan.

“Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar.

“Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

“Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan.  Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974.

“Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru.

“Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita.  Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya.

Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain,  beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat.

“Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma.  Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri.

“Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN.

“Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar.

Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan.

Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya.

Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar.

Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009.

“Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya.

Primitifnya pemikiran Pengarah Jais


Pengarah JAIS memberi alasan yang begitu dangkal dan primitif bagi menghalang Akil Hayy untuk berdakwah di Selangor. Alasan ilmu cetek atau ada masalah rumah tangga bukannya sebab besar untuk menghalangnya berdakwah di surau atau di di masjid. Kalau itu alasannya beliau sendiri sebagai Pengarah JAIS dalam sangatkah pengetahuannya tentang agama, sedangkan yang ditadbir itu satu institusi yang menjaga hal ehwal agama. Beliau hanya ada pengalaman dari sudut pentadbiran, ilmu agamanya bagaimana ?.

Saya berani mencabar ilmu agama yang dimiliki oleh Akil Hayy jauh lebih baik dari Pengarah JAIS sendiri. Kebolehannya membaca al Quran dengan baik dan kepetahannya menyampaikan ceramah yang menarik jauh lebih baik dari Pengarah JAIS dan ustaz-ustaz UMNO sendiri.

Beliau turut membuat tuduhan yang berat ke atas Akil Hayy yang kononnya berceramah untuk mencari populariti sahaja. Itu satu tuduhan yang begitu jahat sekali, niat seseorang kita serahkan kepada Allah swt, yang penting, Akil Hayy ada kebolehan dan kelebihan menarik minat anak-anak muda rockers dan mat rempit mengikuti ceramah agama.

Ilmunya memang sedikit berbanding ulama-ulama lain, beliau sendiri tidak pernah mengelar dirinya ulama, sedikit ilmu pun kalau disampaikan dengan niat berdakwah lebih baik daripada ilmu yang banyak tetapi tidak disampaikan. Kalau ilmu yang sedikit menjadi halangan untuk berdakwah, bagaimana dengan Dr. Asri, bekas Mufti Perlis, lulusan Universti di Jordan dan Phd dari UIA, mengapa turut tidak dibenarkan menyampaikan kuliah di mana-mana masjid dan surau di Selangor. Ulama-ulama PAS yang mempunyai ilmu yang tinggi juga mengapa dihalang. Satu ketika dulu sebelum pakatan memerintah Mufti Perak, Dr. Harun Din, Ust. Ahmad Awang, Ust Ismail Kamus dan lain-lain turut juga dihalang menyampaikan kuliah di Selangor. Adakah mereka juga cetek ilmu atau ada masalah rumah tanggga.

Kalau masalah rumahtangga juga menjadi sebab untuk menghalang Akil Hayy berdakwah di Selangor, terlalu ramai ustaz-ustaz UMNO, guru-guru takmir UMNO yang juga ada masalah rumah tangga, malahan setengah-setengah mereka anak isteri tidak menutup aurat dan tidak berakhlak dibenarkan pula menyampaikan kuliah di Selangor. Seorang Tok Guru Quran yang terkenal di Selangor bahkan dikenali di Malaysia, mengajar tajwid di radio dan tv, anaknya menjadi pelakon terkenal yang kerap berlakon dengan wanita, berpeluk dengan wanita yang bukan muhrim boleh pulak mengajar quran di Selangor. Adakah Tok Guru ini menjadi contoh yang baik mempunyai anak yang kerjayanya sebegitu.

Ada para nabi yang anak isteri mereka tidak beriman dan ada para nabi yang bercerai dengan isteri-isterinya, adakah kita berani kata, para nabi tersebut tidak menjadi contoh yang baik kerana gagal mendidik rumah tangganya sendiri, lantas dihalang oleh Allah untuk meneruskan tugas dakwahnya ?

Pengarah JAIS ini cukup dangkal ilmunya, pada saya tidak layak menjadi Pengarah JAIS, beliau hanya layak menjadi Pengarah yang jaga hal ehwal sampah sarap di Selangor kalau jawatan tersebut wujud di negeri Selangor.

Sepatutnya, kelebihan Akil Hayy seorang bekas penyanyi rock yang sudah bertaubat dimanfaatkan untuk beliau mendekati anak-anak muda dan mendekati artis-artis bagi mendidik mereka supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Beliau hanya mahu berdakwah, sekadar berdakwah melalui ceramah sambil bernasyid sebagaimana pendekatan yang sering digunakan oleh Akil Hayy tidak memerlukan ilmu yang tinggi seumpama para ulama. Akil Hayy ada kelebihan berceramah, jarang sekali ada artis di tanah air yang meninggalkan dunia rocknya untuk berdakwah melalui ceramah, Akil Hayylah satu-satunya.

JAIS hanya perlu memantau setiap ceramahnya sekiranya dikhuatiri ada yang tidak betul atau menyeleweng. Sekiranya isi ceramah tidak betul, fakta agama tidak tepat, menyeleweng atau ada unsur-unsur ajaran sesat, barulah JAIS boleh bertindak untuk menyekatnya. Kalau sekadar menyindir dalam ceramah itu perkara biasa. yang disindir sememangnya manusia bukanya binatang, siapa pun sebagai penceramah akan menggunakan bahasa kiasan dalam bentuk sindiran dengan maksud dan tujuan menegur. Bukan Akil Hayy seorang yang suka menyindir dalam ceramah, ustaz-ustaz UMNO sekalipun sering menyindir para artis yang tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak berakhlak. Dengarlah ceramah Dr, Mashitan Ibrahim atau Ustazah Nor Baayah yang terkenal dengan cakar rimaunya, kerap juga mereka menyindir.

Saya juga secara peribadinya tidak beberapa setuju dengan Akil Hayy dalam perkara-perkara tertentu sahaja, tetapi bukan bermakna sekat haknya untuk berdakwah. Dari sudut dakwah dan pembangunan insan, amat rugi sekali Akil Hayy yang ada kelebihan menarik minat anak-anak muda dan para artis mendekati Islam tetapi dihalang.

Bagi saya, tindakan ini menampakkan kejahilan Pengarah JAIS sendiri yang tidak pandai memanfaatkan kelebihan dan kebolehan seseorang. Saya percaya, dibelakangnya ada dalang yang menghalang usaha dakwah ini. Dalang ini begitu dengki dan cemburu melihat anak-anak muda dan para artis mendekati Islam, mereka lebih suka anak-anak muda dan para artis bergelumang dengan maksiat.

Rakyat Selangor yang beragama Islam wajar malu mempunyai Pengarah JAIS yang macam ini.

SPRM Ada Unsur Penyelewengan - Manicka


Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam percaya perletakan jawatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said bersangkut paut dengan skandal pemberian kontrak uniform suruhanjaya berkenaan.

Katanya kontrak itu diberi secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya.

Manikavasagam berkata, kontrak melalui rundingan terus itu mengakibatkan harga pakaian berkenaan melonjak melebihi 150 peratus berbanding harga asal.

Sehubungan itu katanya, beliau akan mendedahkan mengenai skandal pemberian kontrak itu dalam waktu terdekat.

“Saya memang ada beberapa kes rasuah melibatkan Ahmad Said dan akan dedahkan dalam masa terdekat.

“Di mana tender pakaian diberi kepada satu syarikat secara rundingan lansung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor ketika mengulas mengenai perletakan jawatan Ahmad Said berkuatkuasa akhir ini.

Semalam Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Ahmad Said telah meminta supaya kontrak khidmat beliau yang sepatutnya tamat Mei depan di pendekkan.

Manikavasagam juga mendakwa beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai pemberian tender berkenaan.

“Saya rasa mungkin ada tekanan mereka sudah tahu dokumen-dokumen berada di tangan saya dan kemungkinan besar mereka suruh dia (Ahmad Said) untuk meletakkan jawatan awal,” katanya. -TVS





GEGAR Akan Bertindak Mengembalikan Hak Royalti Rakyat Kelantan

Sidang media pertama gegar yang diadakan di JKR 10 sebentar tadi.
Pengerusi bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media sebentar tadi.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)

Kenyataan Akhbar
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terangganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah badan bukan kerajaan (NGO)
GEGAR akan:
1. Mengembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan Agama,politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui pelbagai cara.
2. Mengadakan Konvensyen Rakyat: Royalti Petrolium Antara Hak Atau Ehsan? Di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
3. Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan,bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Dengan itu  GEGAR mengesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.
Mohd Hisyamuddin Ghazali
Setiausaha GEGAR

Pusat perlu hormati kontrak perjanjian petroleum-Ku Li


KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu.

Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.

Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.

Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewajipan Petronas untuk membayar 5 peratus kepada mana-mana negeri pengeluar minyak seperti termaktub dalam kontrak perjanjian.

Sedangkan katanya, Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar jumlah 5 peratus dari keuntungan mereka secara terus kepada negeri terlibat.

Tindakan tersebut katanya menimbulkan persoalan dan boleh memberi impikasi yang lebih besar kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain, khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah serupa dan membuat perjanjian sama dengan Petronas.

Jika Kelantan tidak diberi hak royalti persoalan timbul adakah bermakna kedua-dua negeri di borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama.

Beliau turut menyelar sikap kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap perjanjian yang dibuat antara negeri-negeri pengeluar minyak dengan Petronas.

Tindakan campurtangan itu katanya boleh mengakibatkan rakyat meragui integriti dan keihklasan kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan undang-undang.

"Saya harus menegaskan bahawa PETRONAS terikat oleh mereka dan bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam pemenuhan mereka.

"Jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi, jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak," tegasnya.

Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah

nikaziz1.jpg


SOALAN

Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN


Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.

Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.

Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.

Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.

Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.

APA RASUAH ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-

ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل

Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)

Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .

JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?

Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.



* 1) Hadiah buat seseorang berpangkat

من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)



* 2) Sebuah Hadis :

استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"

Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda

" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)

"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)



3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].



4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?

Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.

Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.

PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut

يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.

Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]

Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-

وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،

Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )

WALAUPUN BEGITU

Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]

Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.

Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-

1) Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.

Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :

Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :
ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .

Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)

Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.

Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.

Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar, terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?

Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.

Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.

Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.

Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN. Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.

Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).



2) Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan

Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.



3) Maslahat umum didahulukan ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)

Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.

AKHIRNYA

Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja. Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Dr Mohd Asri Cadang Kembang Dakwah Hingga Ke Pusat Hiburan



KANGAR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat mengembangkan kegiatan dakwahnya sehingga ke pusat-pusat hiburan namun larangan Jabatan Agama Islam Selangar (JAIs) terhadapnya menghalang usaha itu.
Katanya beliau bercadang memulakan usaha itu di Selangor kerana terdapat banyak pusat hiburan di negeri itu dikunjungi oleh golongan Melayu.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan motivasi sempena hari keluarga RTM Perlis di Tasoh Lake Resort & Retreat di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini tumpuan ceramah oleh pendakwah hanya pada majlis rasmi dan tempat beribadat.
"Sepatutnya mereka juga memasuki pusat-pusat hiburan untuk menyedarkan golongan Melayu sedikit demi sedikit tentang kefahaman Islam sebenar," kata bekas mufti yang mencetuskan kontroversi di Selangor.
Ketika menyampaikan ceramah, Mohd Asri mencadangkan para artis tanah air supaya menyelitkan budaya murni dalam persembahan mereka termasuk menasihati orang ramai melakukan sesuatu yang baik semasa persembahan mereka.
Sebagai individu yang berpengaruh di kalangan masyarakat, beliau berkata golongan artis mempunyai peranan membentuk sikap masyarakat sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Mohd Asri turut menyelar segelintir ibu bapa yang membiarkan tabiat songsang anak-anak mereka termasuk anak lelaki yang mempunyai jiwa perempuan dan lebih suka berlagak perempuan.
Katanya setiap lelaki perlu menjadi lelaki dan mereka tidak boleh diubah menjadi perempuan melalui perubahan perlakuan dan pakaian.-BERNAMA

Bung Moktar Radin Hina Rakyat Kelantan...!

Rakyat Kelantan belum sedar
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin menegur kerajaan kerana memberi peruntukan yang besar kepada kerajaan negeri Kelantan biar pun rakyat negeri itu 'masih belum sedar'.
Katanya, sepatutnya perbelanjaan yang besar diberikan kepada kerajaan negeri yang rakyatnya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) seperti di Sabah.
"Nampaknya, kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk Kelantan termasuk Kesedar, tapi rakyatnya masih belum sedar.
"Jadi, apakah langkah ini (peruntukan besar) akan dibawa ke Sabah, saya telah bertanya banyak kali jika di Semenanjung pada 2015 bekalan elektrik dan air 100 peratus, di Sabah bila pula tarikhnya?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun di Dewan Rakyat hari ini.
Entulu dalam reaksinya berkata, sasaran untuk memastikan seluruh negara dilengkapi kemudahan bekalan elektrik dan air termasuk di Sabah telah beberapa kali diulangi di Dewan Rakyat.
"Sasaran kita pada 2016, 100 peratus (bekalan), manakala pada 2015 untuk Sabah dan Sarawak kalau tidak silap saya sasarannya ialah 90 peratus (bekalan)," katanya.