PROLOG: Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mohammad Zabidin Mohd Diah telah menetapkan perbicaraan kes liwat ke atas Anwar Ibrahim selama sebulan bermula pada 25 Januari. Sebelum ini Anwar mengemukakan rayuan untuk menggugurkan kes berkenaan. Walaupun Anwar membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah itu dipercayai rayuan itu akan ditolak dan perbicaraan akan dijalankan seperti mana telah ditetapkan.
DUA malam lepas saya minum kopi dengan beberapa rakan pimpinan PKR sebuah Cabang PKR di Selangor. Cabang PKR ini saya kira yang paling aktif kerana sering mengadakan acaranya tersendiri. Cabang ini tidak payah mengharap bantuan dari wakil rakyat atau Malis Daerah (PBT), mereka selalu buat sendiri.
Kalau mereka pohon atau beri tahu pada wakil rakyat mereka buat lembu kenyang, mereka akan lakukan sendiri. Mereka tidak banyak menyusahkan wakil rakyat dalam melakukan kerja dan aktiviti kepartian.
Inilah contoh Cabang parti yang tulus dan ikhlas dalam perjuangan untuk memperkasakan PKR.
Dipendekkan cerita seorang pimpinan melontarkan pertanyaan yang sukar untuk saya menjawabnya. Dia bertanya mengenai perihal Anwar Ibrahim. Katanya dia tidak mahu tanya orang lain kerana orang lain beri jawaban yang tidak tepat dan bias. Katanya saya selalu memberi jawaban mengikut analisa saya sendiri dan beliau berpuas hati dan mempercayai apa yang saya katakan.
Apa yang pimpinan ini tanya ialah Anwar Ibrahim apabila mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan berhubung kes liwat membabitkan Anwar. Dia mahu tahu apakah akan jadi dengan Anwar kali ini. Apakah kes (dakwaan) kali ini menyebabkan Anwar akan di penjara atau tidak?
"Abang, saya mahu pandangan abang macam mana dengan Pak Sheikh kali ini? Begitulah tanyanya. Nampak sangat dia excited dengan isu ini kerana minum belum diminta sudah melontarkan pertanyaan yang menggaru-garu kepalanya itu.
Mulanya saya tidak mahu jawab kerana jawaban saya menyebabkan orang akan marah dan gerun untuk mendengarnya. Apa lagi pertanyaan dibuat secara terbuka. Tetapi kerana pemimpin ini beriya maka saya terpaksa menjawab apa yang ada dalam kepala saya atau mengikut pandangan saya tanpa mempedulikan perasaan orang lain.
"Kali ini Anwar akan kena. Kes tuduhan liwat kali ini menyebabkan Anwar akan ke Sungai Buluh," kata saya ringkas tetapi cukup menyenakkan telinga mendengarnya.
"Maksud abang, Pak Sheikh bersalah dan kena penjara?" dia mahu kepastian.
"Iya," jawab saya tegas. Saya lihat muka pemimpin ini berubah. Muka beberapa yang lain juga saya nampak berubah dan walaupun tersenyum, tetapi senyuman 'menonyen', tidak suka dengan apa yang saya katakan.
"Macam mana abang boleh kata begitu? Bukankah apa yang berlaku sekarang ini konspirasi untuk memburukkan Pak Sheikh?" dia cuba berhujah dan tidak senang dengan jawaban itu.
"Iyalah, kerana konspirasilah menyebabkan Anwar akan bersalah dan akan dihantar ke Sungai Buluh! Saya tidak tahu apakah konspirasi atau sebaliknya. Tetapi kali ini firasat saya mengatakan Anwar akan kena," balas saya sejajar dengan persoalannya.
Pimpinan ini diam seketika. Mukanya masih kelihatan berkerut dan sukar untuk menerima apa yang saya katakan. Dia merenung tajam ke muka saya dan dapat merasakan apa yang saya ucapkan itu serius.
"Kalau Pak Sheikh dihantar ke Sungai Buluh, macam mana pula dengan Pakatan Rakyat?" tanya beliau. "Apakah akan jadi dengan PKR?" sambungnya lagi. Dia ternyata jadi begitu takut dengan andaian saya itu. Dan nadanya semacam nak menyalahkan saya kerana memberi jawaban yang sangat dibencikan itu.
"Nak jadi apa, jawabnya Pakatan Rakyat akan habislah. PKR juga akan habis. Tujuan Anwar dibawah ke Sungai Buloh ialah untuk membunuh Pakatan Rakyat dan PKR," jelas saya.
Dia yang tadi baru hendak menghirup teh yang dipesannya tiba di mejanya membatalkan semula. Dia meletakkan gelas yang sudah diangkat ke mulut.
"Ok bang, ini soalan terakhir dari saya, lepas ni tak ada soalan lagi," dia jadi gelabah kerana melihat saya sudah memberi warning untuk balik dan mengacah untuk bangun dan berlalu. Sebenarnya dia sampai sesudah separuh perbualan kami di kedai itu.
"Tunggu bang, satu soalan saja. ..?" mintanya bersungguh.
"Apa dia?" saya memberi peluang kepada pimpinan ini.
"Kalau abang berkata begitu, bermakna habislah perjuangan Pakatan Rakyat dan PKR? Maknanya...." dia mulai cemas sehinggakan tidak dapat nak meneruskan kata-kata.
Saya tersenyum dalam hati mengenang pemimpin ini. Dapat saya merasakan betapa rungsing beliau kalau apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan.
"Iya. Cuma ada satu saja jalan untuk menyelamatkan perjuangan Pakatan Rakyat dan PKR. Caranya selamatkan Anwar Ibrahim?" katanya saya.
"Nak selamat macam mana lagi bang?" soal beliau seakan sudah berputus asa. Nampaknya dia sudah benar-benar merasai risikonya terhadap apa yang saya katakan.
"Nak selamat Anwar mudah sahaja, kita kena terus berusaha memperjuangkan supaya Anwar tidak dibawa ke Sungai Buloh. Kalau kita sayangkan kepada perjuangan Pakatan Rakyat dan PKR, kita juga kena korban. Sekarang kena tanya sejauh mana kesanggupan diri kita untuk menyelamatkan perjuangan ini," kata saya panjang lebar sambil mengembalikan paku buah keras kepadanya.
"Abang yakin dengan apa yang abang katakan itu?"
"Iya saya yakin..." balas saya sambil bangun hendak berlalu. Kali ini sungguh.
"Bang tunggu dulu order satu gelas air lagi, tunggulah dulu..." dia merayu saya. Pemimpin ini tidak berpuas hati dan benar-benar gelabah dengan apa yang saya kata.
"Minta maaf saya nak balik dulu ada hal, malam besok atau bila-bila saya akan ceritakan kenapa saya katakan dalam kes liwat kali ini Anwar tidak akan dapat mengelak lagi. Saya akan hurai dan beri tahu apa yang saya tahu," kata saya sambil berlalu.
Pemimpin itu dan beberapa yang lain terkulat-kulat melihat saya telah meninggalkan kerusi. Saya rasa mereka akan berhujah sendiri mencari sejauh mana kebenaran dan kepalsuan ramalan saya itu. Dan bila bertemu mereka di lain waktu saya akan menceritakan kenapa saya membuat ramalan itu.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.
Majlis tersebut diadakan di rumahnya dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa bekas PPM dan KPPM yang dipecat.
The Samarahan MP, who allegedly prefered to spend time abroad than live up to his ministry's Cuti-Cuti Malaysia theme, reportedly tendered his resignation to Prime Minister Najib Abdul Razak last month, citing health reasons.

Sebaliknya, dalam PRU yang akan datang, seandainya pengundi baru ini masuk ke dalam barisan puluhan juta pengundi, 15.5% daripada populasi ini bakal memberi impak yang besar kepada keputusan PRU, malah menjadi penentu siapakah yang bakal mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan.
Perubahan angka ini menunjukkan, seandainya tiga parti komponen PR tidak mempercepatkan langkahnya untuk menggerakkan kempen pendaftaran pengundi, dan hanya dijalankan secara berselerak, maka kesannya mungkin ditenggelamkan oleh slogan "1Malaysia".
Pendek kata, ia menguji keikhlasan kerjasama antara parti komponen dalam PR, dan kelapangan dada pemimpin bahagian untuk menerima bahawa dirinya mungkin bukan "idola politik" yang dijadikan sebagai ikon.