Oleh : AdukaTaruna.
2004.
Berapa kerat PAS berjaya mendapatkan undi Melayu sepanjang tempoh 60 tahun? Gagal. Graf paling cantik ialah ketika peristiwa pemecatan Anwar dulu. Dipacu oleh Ostad Fadhil. Memang majority Melayu memihak kepada PAS, sampai sempadan semula pilihanraya terpaksa dibuat.
Tapi sia-sia peluang tu. Pasal apa? Pasal Ostad Fadhil mengada-ngada nak tinggalkan kita. Kita patut salahkan Ostad Fadhil. Kerana dia buat kerja separuh jalan, dan dimusnahkan orang lepas dia untuk separuh lagi. Dan 2004, semuanya hancusss.
2008.
Katakan di Malaysia ada 100 Melayu dan 60 bukan Melayu. 2008, PAS hanya dapat 40 Melayu. Tetapi sempadanan semula PRU lepas menghukum BN apabila 50 bukan Melayu memberi undi kepada PAS. Jadi PAS dapat 90 / 160 undi.
Sekali lagi Allah bagi situasi ini kepada PAS supaya memanfaatkan peluang ini untuk mempromosi Islam dengan lebih luas dan tersusun. Tetapi tidak boleh ikut ijtihad ulama Melayu secara membuta babi. Islam dari mereka adalah Islam 3rd party. Begitu juga dengan penyampaian gua.
Sendiri rujuk bahan mentah, kemudian sendiri bandingkan dengan 3rd party. Jika anda setuju, barulah setuju. Hapuskan wala' secara babi dan taklid secara khinzir. Membuta tuli.
Benda baru.
SunnahAllah menetapkan sesuatu yang baru tidak stabil. Allah mencipta alam ini dengan 6 masa. Ini bahan mentah. Skang pergi kepada 3rd party oleh gua plak.
Mengapa Allah tidak mecipta hanya 1 masa sedangkan terlalu kacang baniNYA untuk berbuat demikian? Kerana itulah konsep sunnah yang Allah formatkan. Yakni, sesuatu yang baru belum tidak stabil. Memerlukan masa.
Kita pergi ke bahan mentah seterusnya.
Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”
Begitu juga dengan ini. Peperangan adalah satu proses awal dalam membentuk satu2 yang baru. Katakan Perang USSR-USA. Proses perang adalah proses untuk mendapatkan sesuatu yang baru selepas perang tamat. Membentuk New World Order nya sendiri. Kalau USA menang, maka USA yang membentuk sesuatu yang baru. Kalau USSR menang, begitu juga.
Jadi, selepas menang, maka, keadaan belum stabil. So, apakah yang perlu dilakukan? Ya.
DAPATKAN KESTABILAN!
Kalau hudud pun Nabi minta dikrompromi dahulu untuk dapatkan kestabilan, inikan pula hal-hal ketuanan Melayu SELCAT yang Hasan Ali mengamuk secara media kerajaan pusat?
Biar kalah asal prinsip Islam tak kalah? Kepala ayah lu. Rujuk balik bahan mentah di atas. Kalau ikut ijtihad ulama Hadi Awang, biar kalah perang, asalkan hukum hudud ditegakkan. Jangan sesekali menggadaikan prinsip Islam.
Nabi Muhammad SAW bodoh atau Hadi Awang bodoh?
a. Muhammad SAW bodoh
b. Hadi Awang bodoh.
Kestabilan tonggorok ulama.
Harapan dan kepercayaan sesuatu yang baru, masih diperhati rakyat, telah hancuss teruk sejak Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa berjumpa dengan UMNO secara gelap dan tidak mengaku dan mengugut saman.
Ketika diawal kemenangan PAS 2008, Husam diarahkan pusat menguruskan kemenangan di Perak. Mat Sabu menguruskan kemenangan Pulau Pinang dan Nasha menguruskan kemenangan di Selangor. Tapi pundek apa di Selangor sahaja berlaku perjumpaan dengan UMNO untuk mendengar tawaran? Menagapa Husam tidak jumpa UMNO dan Mat Sabu tidak jumpa UMNO kalau itu hasil mesyuarat PAS Pusat?
Bertitik tolak dari tulah, keadaan menjadi hancai. Lontar idea UG, then lari ke luar negara. Tipu tuduh PKR dan DAP sudah setuju. Sedangkan Lim Guan Eng meminta detail, dan Syed Sosialis menafikan. Kemudian, Hasan membuat kontroversi dalam setiap kali PRK yang Allah takdirkan. Semua ini menggoncang dan menggegar kestabilan yang
WAJIB DIDAPATKAN SEPERTI MANA DALAM BAHAN MENTAH.
Malah, jangan cerita kestabilan sesuatu yang baru seperti BR, kestabilan sesuatu yang lama pun Hasan Ali musnahkan dengan mencabul perlembagaan memecat Khalid dan Saari dengan cara yang salah. Dan Presiden bangang ini membenarkan tanpa apa2 tindakan melindungi maruah perlembagaan jemaah sendiri.
FAKAP!
Lihat bagaimana TGNA mengembalikan kestabilan.
Tidak cukup dengan itu, dengan kesilapan Husam yang membawa masuk manusia aneh dengan kontrak kerja aneh menggugat kembali kestabilan benda yang lama. Kali ini Kelantan.
Apakah yang telah TGNA lakukan demi kestabilan sesuatu yang lama?
1. Tentang habis2an UG.
2. Batalkan ibadah haji.
3. Terima nasihat PAS Pusat dengan meminta menantu meletak jawatan.
100 Melayu peranggan atas tadi, hanya 40 mengundi PAS. Dari 40 hanya 15 ahli PAS. Pengundi tegar PAS. Dari 15, 10 mula mengamuk, marah dan kecewa dengan kerja ulama2 barua. Ini bermakna 35 dari 40 Melayu menyampah dan meluat kepada PAS! Angka ini tidak lengkap dan tidak telus? Ini adalah perumpamaan.
Dan senarai di atas adalah apa yang dilakukan TGNA bagi menjaga kestabilan sesuatu yang lama. Apa pula yang TGNA telah lakukan demi kestabilan sesuatu yang baru?
Kestabilan sesuatu yang baru merujuk kepada jumlah kepercayaan dan harapan yang PAS perolehi dari bukan Islam. Dari 60 bukan Melayu di Malaysia, PAS dapat 50. Itu pun secara tidak kekal. Di mana perlu diusahakan kestabilan mereka kepada PAS. Jangan potong tangan dalam keadaan tidak stabil. Nanti mereka akan lari ke musuh. Ini bahan mentah. Terpulang semula kepada 3rd party pembaca untuk bersetuju dengan 3rd party gua.
Dari 50 yang dapat, dengan kesialan yan berpunca dari pembolehubah terbesar, yakni HADI AWANG, 50 dari mereka meluat dan menyampah. Di Bagan Pinang, pengundi luar tidak pulang untuk undi PAS. UPU bukan Islam yang menang dulu habis kalah semuanya.
Sekali lagi, apa pula yang TGNA telah lakukan demi kestabilan sesuatu yang baru?
1. Mohon EGM.
2. Up kisah Kolonet Mat.
3. Up doa musnahkan Najib.
Hari ini, anda lihat bagaimana keadaan mula berubah kepada SESUATU YANG BARU semula. Yakni pasca PRU12. TGNA keluar ke kawasan terbuka medan pertempuran, dan membuatkan keseluruhan senjata musuh menghala dan menembaknya bertubi-tubi.
Perlu letak jawatan
Nik Aziz patut salahkan diri sendiri
Biarlah Nik Aziz sedar sendiri
Nik Aziz jual agama demi politik - Muhyiddin
Doa Nik Aziz boleh kelirukan bukan Islam
Kementerian tak perlu siasat isu 'Kolonel Mat'
Zaman Nik Aziz sudah berlalu
Walau akhlak gua diluar Islam, gua tetap menyeru. Kembalilah kepada Islam. Kembalilah kepada bahan mentah. Kepimpinan Ulama adalah biadaah yang sesat. Ikutlah bahan mentah. Serahkan sesuatu itu pada ahlinya. Hadi Awang adalah bangkai dalam keahlian politik realiti, walau memiliki sehelai kertas dari university.
Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Ulama.