Isnin, 30 November 2009

Malangnya menjadi ahli Umno yang miskin daif !

Oleh : albanjari
Jika anda tidak mahu menerima nasib malang, jangan miskinkan diri dan keluarga anda di Malaysia. Bukan pula semua warga miskin bernasib baik dan dibela. Slogan terus berganti slogan untuk bantu orang miskin. Hakikatnya ia tidak lebih sekadar dari retorik. Mungkin ada kejujuran dipihak kerajaan, tetapi bagaimana pula perlaksanaannya kepada kumpulan sasar ?

Edisi Bongkar malam ini, menampilkan 1 daripada beberapa mangsa tolong ala kadar. Mangsa yang memegang keahlian parti Perikatan atau lebih dikenali sebagai ahli Umno. Keluarga daif ini tinggal di dalam DUN Titi Serong yang diwakili oleh Drs. Khalil Idham Lim. Jika keluarga ini memegang keahlian PAS, adakah bantuan itu juga akan sampai dan dibantu ? Jangan harap !

Bila membaca artikel diatas, rakyat khususnya golongan miskin tegar pasti gumbira. Bukan sedikit peruntukan daripada dana rakyat digunakan oleh kerajaan. Banyak. Itu belum dicampur lagi dengan Pakej Rangsangan ke-2 Ekonomi yang dibentangkan oleh PM 1Malaysia baru-baru ini. Cukuplah kita sandarkan kepada peruntukan RM51.4 juta tu dulu.

Ironinya, sehari sebelum sambutan aidil adha, saya dikejutkan dengan sembang keras di sebuah warung. Sembang keras itu menarik perhatian saya. Oleh kerana saya juga duduk dimeja yang sama, tentulah apa yang dibualkan itu cukup jelas dan terang untuk difahami. Ringkasnya, bualan pagi yang menyentuh hati. Ada suara yang agak radikal dalam nada menyuruh untuk memaklumkan hal ini terus ke akhbar Sinar Harian edisi Perak. Tujuan dan niatnya untuk menunjukkan betapa rakusnya 'mereka-mereka' itu mempergunakan orang miskin untuk mengumpul kekayaan. Macamana tu ? Kena baca sampai habislah..!

Lihatlah foto diatas. Daif sungguh rumah ini. Tentu tidak sama jika mahu dibandingkan dengan mahligai yang didiami oleh Khir Toyo mahupun oleh seorang ustaz yang punya mahligai bernilai RM1.5 juta di Kuala Lumpur. Jika mahu dibandingkan dengan kos ubahsuai rumah MB yang didiami Zambry kini, tentu juga tidak sesuai. Jauh panggang dari api. Inilah nasib orang miskin.

Sudah hampir sebulan rumah ini dibiarkan begitu. Sedihnya menjadi ahli Umno ! Mengapa ? Kerana dari apa yang dimaklumkan, rumah ini adalah rumah yang dipilih oleh (?) dan diberi 'title' layak menerima bantuan baik pulih rumah yang bernilai RM5 ribu itu. Menurut tuan rumah, Encik Abdullah bin Mat Nor, 70 tahun beliau telah didatangi oleh beberapa orang dari (?)yang memberitahu bahwa rumahnya terpilih dalam senarai bantuan baik pulih rumah. Seronok bukan main orang tua tu. Yelah..rumahnya yang hampir menyembah bumi, dengan bumbung rumah berlubang merata tempat, dinding rumah yang papannya sudah reput dimakan anai-anai, lantai rumah yang sudah usang, lihat saja foto dibawah, mungkin ia lebih upaya menceritakan dengan terperinci disini. Tulang rumah (gambar dibawah) yang jelas dah reput dan wajar diganti, terus dibiarkan begitu sahaja. Malah papan rumah yang langsung tidak diganti hanya ditutup dengan zink karat untuk mengelakkan penghuninya terjeropos kebawah rumah. Kesian sungguh pakcik dan makcik tua ini.

Dengan peruntukan yang dijanjikan, namun hakikat sebenarnya pakcik yang miskin ini tidak tahu pun berapa jumlah sebenar bantuan tersebut. Sumber yang diperolehi dari YB Idham Lim, peruntukan itu sebenarnya adalah sebanyak RM5 ribu untuk tujuan baik pulih rumah. Namun apa yang pakcik dan makcik miskin ini perolehi ialah,

1) Bumbung zink baru, yang berjumlah lebih kurang 40 keping.
2) Papan dinding rumah dibuka, tetapi tidak diganti. Lalu dibiarkan begitu sahaja. Deritanya bila hujan, satu rumah basah dan dimasuki air. Dah hampir 2 minggu kawasan DUN ini basah dengan hujan, maka sudah 2 minggu jugalah mereka tidak dapat tidur malam kerana air hujan yang masuk ke rumah mereka. Ketika menceritakan detik getir ini, pakcik tua itu menangis. Menangis kerana di'bantu' begitu oleh kerajaan BN, yang beliau menjadi ahlinya sejak tahun 60an lagi.
3) lantai rumah yang reput dan uzur juga tidak diganti. Malah susunan papan lantainya dibiarkan jarang-jarang. Rujuk gambar diatas.

Keadaan ini telah berlalu hampir sebulan lamanya. Rumah yang tidak sempurna dindingnya, malah lantainya juga tidak diganti. Bumbung rumah yang tidak siap sepenuhnya. Maka dari apa yang saya buat tinjauan keatas keluarga miskin dan daif ini, sahlah mereka telah menjadi mangsa projek 'ala kadar'. Logikkah baik rumah ini menelan belanja RM5 ribu ? Mustahil sungguh. Jika anda tidak mahu punya nasib begini, jangan gatal-gatal jadi ahli Umno. Lihatlah sendiri, apa yang mereka buat kepada ahli mereka sendiri ?

Ketika tinjauan dibuat, keluarga miskin ini sedang sibuk mengelap lantai rumahnya yang basah kuyup dengan sekeping kain pelikat lusuh. Sungguh sebak melihat penderitaan mereka. Cuba pembaca bayangkan, seorang pakcik yang berusia 70 tahun, yang berjalan pun hanya dengan bantuan tongkat, berusaha bersama isterinya yang juga tua, bisu dan pekak merangkak-rangkak mengelap lantai. Saya cukup terkesan dengan pemandangan ini. Walaupun beliau seorang ahli Umno yang setia dengan partinya, atas nama kemanusiaan dan islam, tidak terdaya untuk membiarkan mereka terzalim begitu rupa. Sungguh menyedihkan !

Hampir 1 jam saya berada disitu, membantu apa yang patut sebelum beredar, sempat saya bertanya kepada pasangan miskin tua ini, tentang sumber pendapatan mereka meneruskan kehidupan. MasyaAllah..mereka hidup atas ehsan jiran tetangga. Mereka tidak punya pendapatan. Ketika makcik tua itu datang dengan susah payah bersama teko plastik yang sudah lusoh, dan hanya berisikan air kosong (air parit sebenarnya, kerana keluarga ini tidak ada kemudahan bekalan air paip) yang hanya dipanaskan diatas bara kayu api, suam-suam kepada saya, cukup buat hati saya menjadi sebak. Hanya ini saja yang ada, untuk mereka sajikan buat tetamu. Biarpun saya menolak beberapa kali. Namun akhirnya airmata saya yang tumpah. Saya tewas bila melihat derita orang miskin lagi daif ini, lebih-lebih lagi bila keluarga ini di'malang'kan oleh mereka yang rakus dan tidak melaksanakan amanah yang diberikan. Mencari kekayaan dari penderitaan orang miskin. Bermoralkah caranya itu ?

Foto diatas adalah bilik air keluarga miskin ini. Mungkin saudara dapat melihat bathtube didalamnya. Diharap kepada orang-orang Umno yang membaca artikel di blog wak ini, hulur-hulurkanlah bantuan yang patut. Andai dalam tempoh 14 hari dari sekarang, tiada tindakan yang dilakukan keatas warga tua miskin daif ini, maka wak yang akan berusaha mencari sumber dana menyiapkan rumah mereka agar kehidupan warga tua yang pada usia itu dapat dirai dan digembirakan, seterusnya dapat membuat ibadah sebelum dijemput kematian. Jika perlu wak akan minta bantuan Unit Amal kelak untuk membaiki rumah ini secara gotong royong. Nak harap orang Umno, hangpa lihatlah sendiri, apa yang mereka buat kepada ahli mereka. Ahli otai mereka sendiri. Keterlaluankah jika wak katakan disini, bahwa tindakan itu sungguh ZALIM ?

(*) Soalannya disini, perlukah kita berharap Umno boleh membantu orang melayu dan islam ? Artikel ini telah memberi jawapan tepat untuk pembaca.

KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS GILA MICROFON REPORTER

Penulis Tamu - kedahlama,

BN dan UMNO tak akan buat sesuatu yang merugikan depa. Sebelum depa keluagkan apa-apa isu atau strategi, depa akan kaji. Depa ada 'think tank'. depa ada pakar saraf. Tapi depa tak tunjuk dah hebahkan sapa jawatankuasa gerak saraf depa. Depa hantag orang-orang depa menyusup masuk dalam kem-kem pembangkang. Strategi depa licik. Depa buat kajian dan buat tindakan secara halus.

Berbeza dengan kita. Dalam setiap pilihanraya, kita syog sangat nak dedahkan dan hebahkan sapa yang jadi AJK Gerak Saraf. Tag Nama terpampang di dada. Kalau boleh nak buat banner besag-besag nak habag kat orang mengatakan kita ni 'Geng Gerak Saraf'...Rasa bangga dan hebat. Kalau diizinkan kita nak habag biag semua orang tau yg kita ni orang penting dan join geng gerak saraf. Kalau boleh jugak kita nak boh Tag Nama biag sama besag dengan badan kita.

Itulah bodohnya kita. Dungunya kita. mangkoknya kita. Lama saja dalam politik, tapi terlalu jauh kebelakang dalam berpolitik. Masih rtak cerdik dan bertindak secara primitif dan kuno. Dunia dah lama berkembang dengan IT. Tapi kebanyakan pemimpin kita masih ramai yang buta IT.

Satu lagi yang jadi senjata makan tuan ialah apabila pantang disua microfon dan ditanya oleh pemberita. Pantang hulog microfon kira nak jawab saja. masa jawab tu bukannya ingat pun bahawa itu satu perangkap yang akan makan diri. Jawab dengan confident, tapi rupa-rupanya makan diri. Banyak kali juga aku tengok Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS dengan rasa bangganya menjawab soalan dari wartawan. Penuh kesungguhan, rupa-rupanya jawapan yang diberi adalah jawapan bodoh yang akhirnya makan dan perangkap diri.

Sama juga dengan YB Mahfuz Omar, seronok sangat nak jawab soalan wartawan. Penuh yakin dan rasa puas bila dapat microfon. Rupa-rupanya semuanya makan diri. Agaknya beberapa pemimpin ni gila microfon nak jadi glamour kot. Maklumla muka boleh masuk TV3 suku, TV9,TV7 dan Astro Awani. Tapi tulah perangkap yang sebenagnya dipasang oleh UMNO dan BN.

Tapi apakan daya kerana kebanyakan pemimpin kita ni gila nak bercakap dan pantang dapat microfon dan nak jadi glamour. Maka lama kelamaan jadilah pemimpin-pemimpin ni bahan ujikaji oleh UMNO dan bahan eksperimen untruk jatuhkan pembangkang. Selagi perangani dan gila microfon tak berubah di kalangan pemimpin PAS, maka selagi itulah BN dan UMNO akan terus tersenyum dan berjalan dengan gagah untuk tumbangkan PAKATAN RAKYAT.

Hampa tunggui tengoklah cakap aku ni.....................

20 tahun PAS perkenal persepsi positif



Oleh Lanjusoh

HAMPIR 20 tahun lalu, tidak ramai orang mempercayai seorang ulama yang berserban dan berkain pelikat muncul sebagai pemimpin yang dikenali hari ini.Ketika itu ramai mengenalinya sebagai ustaz. Tubuhnya agak kecil, namun misi dan visinya melangkau jauh merentasi sempadan negeri. Sekali berjumpa dengan orang ramai pastinya diingatkan kepada soal dosa dan pahala.

"Ada kehidupan selepas alam dunia sekarang. Ketika itu duit tidak ada nilai lagi. Cuma yang dapat membantu kita ialah pahala," kata pemimpin itu setiap kali memulakan ceramah.

Kelainan dicetusnya ketika menyampaikan kuliah. Beliau tidak perlu menunggu selepas solat Maghrib untuk berkuliah. Setiap kali selepas mengimamkan solat fardhu, takzirah perkara pertama yang disebutnya.

Itulah kelainan dibawa Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik sejak 22 Oktober 1990. Tanggal 21 Oktober 1990 masih diingati gelombang seumpama tsunami membandai Kelantan. Kesemua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dirampas PAS dengan rakan gabungan dalam Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46.

Umno dan Barisan Nasional gagal mempertahankan sebarang ‘zuriat’ ketika itu. Begitu juga di peringkat parlimen. Kemunculan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim membuat BN kehilangan tapak di bumi Kelantan.

Tsunami politik ketika itu lebih hebat membandai berbanding Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008 di Kelantan.

Bermula dari situlah slogan 'Membangun Bersama Islam' mulai menjadi buah mulut rakyat. Islam diperkatakan dalam setiap sudut dan ruang. Di tepi-tepi jalan mulai kelihatan perkataan yang bertulis 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar'. Papan tanda itu didirikan di tepi-tepi jalan di mana-mana sahaja.

Kerajaan negeri juga memperkenalkan dasar pentadbiran berteraskan kepada prinsip ubudiah (perhambaan), mas’uliah (akauntabiliti) dan itqan (akhlak).

Matlamat pembangunan bagi mencapai keseimbangan, memaju dan membangun sumber manusia, mengoptimumkan pengeluaran, tingkatkan kualiti hidup ke arah kesejahteraan hidup rakyat. "Langkah pertama yang saya lakukan sebagai ketua kerajaan negeri ialah memindahkan simpanan kerajaan negeri dari akaun riba kepada Bank Islam.

"Tindakan saya itu telah mengundang kemarahan tauke-tauke bank konvensional sehingga mereka datang berjumpa saya. Dan hari ini perbankan Islam berkembang pesat di seluruh negara," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pencapaian lain termasuk mewujudkan sistem pajak gadai Islam (Ar Rahn), menutup premis judi, mengawal penjualan arak, mengharamkan konsert, menubuh Tabung Serambi Mekah, Tabung Tok Kenali, mengamalkan cuti dua hari seminggu, melantik penghulu wanita, menguatkuasa etika berpakaian Islam di premis perniagaan.

Melarang papan tanda memperagakan wanita tanpa tutup aurat, meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan, memperkenalkan bangunan berciri senireka Islam.

Selain itu, menubuh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Maahad Tahfiz Al Quran, Maahad Tahfiz Sains, Pusat Pembanguan Pondok Bhd dan Kolej Pondok Darul Naim.

Dan beberapa tahun lalu memperkenalkan skim Takaful Kifaalah, Takaful Armalah, program Rumah Dhuafat, Dinar Emas Kelantan dan menggalakkan penanaman pokok depu.

Manakala program yang tidak kelihatan di negeri lain namun ada di Kelantan termasuk sambutan Hari Hudud, program Bulan Sembahyang dan Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Segala dasar tersebut sebati di jiwa rakyat. Dan hari ini Kelantan menyambut ulangtahun ke-19 berada di bawah pentadbiran PAS. Ini bermakna sudah 19 tahun ulama menerajui sebuah kerajaan negeri.

Sedangkan sebelum itu, kebolehan ulama memimpin atau mengepalai kerajaan tidak dibuktikan. Sebagai meraikan kejayaan itu pada 15 November lalu diadakan program ceramah perdana. Program itu bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan mudir Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong, Ustaz Mansor Daud. Kemudian diadakan kuliah Maghrib oleh Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa.

Menteri Besar pula mengimami solat Isya. Selepas itu diadakan solat hajat yang diketuai Ustaz Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Program berkenaan mencatat sejarah apabila mempertemukan pemimpin utama Pakatan Rakyat di satu pentas. Kehadiran Penasihat Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya memancing ribuan penduduk tempatan hadir.

Dewan besar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Begitu juga di bahagian luar. Mereka yang datang lewat terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 1 km dari bangunan Putik.

Kedatangan yang begitu ramai itu menandakan mereka sayangkan kerajaan PAS. Mereka mendokong pemimpin ulama yang ternyata berjaya membawa Kelantan sehingga dikenali di peringkat global.

Kit Siang menyifatkan kerajaan Kelantan cemerlang sehingga berjaya mengekalkan kerajaan lima penggal berturut-turut.

"Ini merupakan satu Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi kerajaan PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan sehingga lima penggal.

"Kejayaan ini menjadi satu momentum bagi membolehkan Pakatan Rakyat meneruskan cabaran melangkah gagah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang," katanya diiringi laungan takbir orang ramai.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak memberi wang ihsan kepada Kelantan, sedangkan apa yang termaktub dalam perjanjian ialah royalti minyak.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien pernah mengakui Kelantan ada hak mendapat royalti 5 peratus setahun sekiranya ada minyak sama ada di laut atau darat buminya. "Itu janji Tun Razak yang masih lagi tercatat dalam hansard parlimen. Hak rakyat Kelantan perlu dikembalikan kepada mereka," katanya.

Dato' Seri Abdul Hadi Abdul Hadi Awang pula berkata, rakyat Kelantan paling cerdik di negara ini kerana berani membuat perubahan politik sejak 19 tahun lalu. Katanya, rakyat di negeri-negeri lain perlu belajar daripada keberanian rakyat negeri ini merubah minda.

"Selepas hampir 19 tahun kemudian barulah rakyat di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah mengikutnya dengan membuat perubahan politik," ujarnya.

Anwar pula dalam ucapannya mendesak Kerajaan Pusat patuh kepada undang-undang dengan memulang royalti minyak kepada Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya Kelantan yang memberi wang ihsan daripada hasil minyak kepada Kerajaan Pusat dan bukan pusat memberi ihsan kepada Kelantan. Ini kerana hasil minyak itu milik Kelantan kerana didapati di bumi negeri ini.

"Sepatutnya kita yang bagi ihsan kepada pusat kerana minyak tersebut milik kita. Kita tidak halal kerana duit tersebut milik rakyat negeri ini," ujarnya.

Beliau juga memberi contoh pengurusan duit ihsan di Terengganu mengundang banyak bangunan yang dibina runtuh seperti bumbung stadium dan masjid. Tahun depan Kelantan bakal merayakan sambutan ulangtahun ke-20.

Ini bermakna 20 tahun Umno gagal dalam misi menawan Kelantan. PAS terus mencengkam ke akar bumi Serambi Mekah

PAKATAN mahu kerajaan dipertanggungjawabkan



Bagaimanapun keputusan Kabinet untuk merombak Biro Tata Negara, BTN gagal untul menyejukkan hati pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang mahu menteri-menteri berwajib dipertanggungjawabkan atas salah laku semalam ini.

Kit Siang berkata individu-individu yang menggerakkan BTN meracun seluruh generasi pemimpin-pemimpin Melayu, penjawat awam dan penuntut universiti.

" Walaupun saya mengalu-alukan pengumuman rombakan BTN oleh Nazri, muncul begitu ramai pemimpin tertinggi UMNO Menteri dan pemimpin-pemimpin, termasuk Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussien, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, mahu meneruskan program BTN nampaknya tidak sedar keputusan kabinet ini” ujarnya.

Pakatan Rakyat berkata sukar untuk mempercayai keikhlasan keputusan ini selepas pemimpin-pemimpin kanan Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri menafikan kritikan rakyat dan mempertahankan BTN.

“ Saya pun tidak berapa jelas tentang hal ini mengapa kerajaan Barisan Nasional ini tidak tentu arah. Ada menteri yang kata BTN ini perlu dimartabatkan, ada yang kata BTN ini telah memperkuatkan 1 Malaysia, tapi ada menteri yang kata, BTN ini tidak searah dengan 1 Malaysia dan ianya tidak searah dengan apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Jadi berpecah-belah” ujar ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua. TVS

Halangan pulang terhadap Chin Peng cemar Perjanjian

Lim Hong Siang


Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia untuk menghalangnya daripada pulang ke tanahair sebagai tindakan mencemarkan kesucian Perjanjian Damai Haadyai, yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
"Semangat saling memahami dan saling mengampun terwujud pada masa itu," sambung Chin Peng, "Sekarang, Kerajaan Malaysia, dengan menghalang saya pulang ke tanahair saya sendiri, akan mencemar perjanjian perdamaian yang suci ini.  Saya menyeru sekali lagi, lupakan apa yang telah terjadi dan bersama-sama melangkah ke hadapan."
Chin Peng berkata sedemikian dalam Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-20 Penandatanganan Persetujuan Damai Haadyai, di Hotel Lee Gardens, Haadyai, Selatan Thai pada hari ini.  Perjanjian Damai Haadyai dimeterai antara kerajaan Malaysia, PKM dengan kerajaan Thai pada 20 tahun yang lalu di tempat yang sama.
Ketika mengimbas persetujuan pada 20 tahun yang lalu, Chin Peng berkata, "Perjanjian Perdamaian pada 1989 telah berjaya kerana semua pihak ketika itu bersungguh-sungguh mahu satu penyelesaian pada konflik bersenjata tersebut.  Konsesi yang besar telah dibuat oleh pihak kerajaan Malaysia, pihak kerajaan Thai dan pihak PKM."
Mungkin ucapan umum terakhir
Seperti 20 tahun yang lalu, Chin Peng memilih untuk menyampaikan ucapan beliau dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi Malaysia.  Beliau mengulangi satu-satu hasrat terakhirnya, "Saya berniat kuat untuk menziarahi kubur-kubur datuk dan ibu bapa saya yang telah meninggal dunia selepas saya meninggalkan mereka.  Niat ini seimbang dengan keyakinan dan pendirian saya dari segi perikemanusiaan."
"Pendek kata, pada hakikatnya, saya juga seorang manusia biasa yang sudah menjangkau hujung hayatnya.  Hajat saya yang terakhir cuma melakukan satu lawatan jangka pendek ke makam mereka," katanya.
Orang tua yang berusia 85 tahun ini, walaupun gagal merealisasikan idealisme politiknya untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis di Malaysia, tetap yakin terhadap masa depan negaranya.
"Ucapan ini besar kemungkinan merupakan ucapan umum saya yang terakhir.  Tidak ada sebab untuk kita berdukacita kerana saya yakin bahawa generasi berikutnya akan menyambungi perjuangan kita - apa yang kita impikan, apa yang kita wujudkan dan apa yang kita usahakan di masa hidup kita.  Di antara mereka yang mencita-citakan satu masyarakat yang lebih berkemanusiaan, di antara mereka yang mencita-citakan satu dunia yang lebih indah dan baik, pasti muncul lapisan pemimpin yang mampu mengubah sejarah," kata Chin Peng.
"Selamat tinggal dan selamat berjuang!" Inilah kata-kata terakhir yang disampaikan Chin Peng kepada rakan seperjuangannya, dan mungkin tanahairnya, untuk mengakhirnya ucapannya yang mengambil masa kira-kira 15 minit.
Bertafakur untuk semua yang terkorban
Sebelum ini, Chin Peng juga menyatakan rasa kesalnya terhadap semua anggota yang terkorban dalam konflik bersenjata, malah bertafakur untuk mereka selama satu minit.
"Dalam peperangan, korban jiwa tidak boleh dikecualikan.  Saya amat berdukacita atas kehilangan jiwa rakyat umum, dan juga ke atas semua kematian dan kecederaan yang dialami oleh anggota-anggota bersenjata dari ketiga-tiga pihak.  Ini adalah satu kerugian besar yang mengesalkan.  Bagi mereka yang terkorban, saya ingin merenung selama satu minit mengingati mereka."
Chin Peng juga menjelaskan mengapa perbezaan idealisme politik mencetuskan konflik bersenjata pada ketika itu.  "Kami, sebagai sosialis, tetap berdiri tegak membela rakyat yang tertindas.  Kami menentang penguasaan orang asing dan menghapuskan eksploitasi ekonomik; menentang kezaliman dan ketidakadilan di bawah apa bentuk pun.  Kami telah melawan penjajahan Orang Inggeris dan pencerobohan orang Jepun.  Usaha kami dalam proses mendirikan satu negara demokratik ini telah diperkecewakan oleh pihak berkuasa dengan segala cara yang kejam termasuk buang negeri, tahanan penjara dan seksaan badaniah dan rohaniah."
Chin Peng berkata, "dalam keadaan demikian, kami terpaksa memilih: samada berdiam diri tanpa mengambil peduli jeritan derita rakyat kita atau mengangkat senjata untuk melanjutkan perjuangan kami."
Pengorbanan bukti patriotik
Untuk Chin Peng, nafsu tamak dan desakan materalistik sebagai dorongan menjadi mewah adalah matlamat yang singkat dan tidak boleh menjadi asas untuk membina satu masyarakat yang kukuh.  Beliau berkata, "kita mesti menunjukkan jalan kepada pemuda pemudi kita dengan satu prinsip sosial yang berasaskan nilai kasih sayang dan murah hati.  Ini adalah nilai-nilai yang lebih berharga bagi semua tamadun manusia."
"Kami mencita-citakan satu masyarakat di mana setiap manusia menikmati sama rata dan kehormatan diri.  Saya ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas dan hormat yang tertinggi kepada semua orang lelaki dan wanita yang bercita-cita sedemikian dan telah menyumbangkan seumur hidup mereka untuk mencapai impian ini."
Beliau menegaskan, "pengorbanan kalian telah membuktikan betapa mendalam cinta kalian kepada tanahair dan rakyat kita.  Hidup kita ini akan menjadi amat bermakna dan apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tahu bahawa kita telah memainkan peranan kita, walaupun hanya sedikit sahaja, dalam usaha menjadikan tanah air kita ini satu dunia yang lebih baik bagi semua."
"Mungkin kami tidak berjaya, tetapi kami pasti, kami telah meninggalkan untuk generasi-generasi berikut satu semangat, semangat 'berani berjuang' dan semangat berani berkorban, termasuk nyawa kami, untuk cita-cita yang mulia.  Saya sukacita apabila melihat pada masa ini ramai pemuda pemudi kita daripada semua golongan dan bangsa, berjuang untuk satu masyarakat impian sedemikian.  Salut kepada para pemuda-pemudi."
Berterima kasih kepada kerajaan Thai
Chin Peng juga tidak lupa untuk merakamkan penghargaan kepada kerajaan Thai, malah Keluarga Diraja Thai, terutama Duli yang Maha Mulia Permaisuri Sirikit, Puteri Sirindhom dan Puteri Chulabhorn yang sentiasa menjaga kebajikan kawan-kawan perjuangan PKM.
Turut hadir dalam majlis ini termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri Thai, Thavon, dan wakil dari angkatan tentera.  Walaupun diundang, namun pihak kerajaan Malaysia yang turut terlibat dalam Perjanjian Damai Haadyai 20 tahun yang lalu, tidak menghantar wakilnya.

I can think for myself, says Ku Li


Tengku Razaleigh says he can make up his own mind. — file pic
By Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR , Nov 30 — Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah said today that he can decide for himself whether he will take up the invitation to head the oil royalty caucus.
Last week, Barisan Nasional (BN) deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin urged the Kelantan prince to carefully consider before deciding on the invitation to head the caucus to be set up by Pakatan Rakyat (PR) lawmakers to probe the oil royalty issue.
Razaleigh stressed that the oil royalty issue was bipartisan because it involves public interest.
“I don’t have to think too much about it. I am already an adult; I can think for myself.
“What does the principle have to do with it? If it is like that, we should not be members of Parliament. In Parliament there are also oppositions. We are talking about national interest.
“PAC’s chairman is member of Barisan Nasional, its deputy is DAP. Back then, when there was a body on United Nation’s human rights, Nazri was the chairman and Kit Siang was the deputy. What is wrong with it?” he told reporters in Parliament lobby.
Muhyiddin had stressed that party is more important than state and its members should respect the principle.
“We have a principle that BN parties do not get involved in these matters. We are tied to these principles even though we know its (caucus) purpose,” Muhyiddin said last week.
The Gua Musang MP added that he will not give a timeframe for making his decision.
“It is public interest; we are all representing the rakyat so I want to see that there is a fair representation in the caucus’ members before I give my final say.
“There is no urgency in this, is it? Even if you decide it later and the government decides to listen to us, it has to be backdated anyways so I don’t think anybody will lose except that the government should honour and respect the agreement that was signed. Similarly, Petronas must carry out its obligation,” he added.
Parliamentary opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had announced that the founding chairman of Petronas had accepted the invitation to head the caucus. However, the mainstream media later reported that the Gua Musang MP had neither accepted nor declined the invitation.
“There wasn’t any misunderstanding; I think he probably didn’t get what I was telling him properly. I was telling that I have not accepted nor have I rejected the invitation so let me consider it, but I would like to have a fair representation from members of parliament from all the states particularly from the oil producing states,” Razaleigh clarified.
Razaleigh reiterated that the goodwill payment does not exist in the agreement.
“There was no goodwill payment in the agreement, I made the agreement and there was no goodwill payment. Goodwill payment is for those who are begging for alms. This is the public’s right.
“I don’t think we have to be confused about this. One day, I will give a clear explanation in Kelantan in public lectures organised by a certain group,” he said.
The proposed caucus aims to draft amendments to the Petroleum Development Act to ensure that oil-producing states — including opposition-controlled Kelantan — receive royalties in line with the philosophy that constituted the Act in 1974.
Tengku Razaleigh’s involvement in the opposition campaign to get oil royalty for Kelantan formally started last Wednesday when he said that the state had the right to receive profit from its oil.
The former finance minister was involved in the drafting of the Act and the opposition has argued that the law was drafted to ensure that oil-producing states receive a five per cent royalty.

He said that it was Kelantan’s “constitutional right” to receive royalty.
But Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has said that Kelantan was not entitled to it as the oil is extracted beyond state waters or beyond three nautical miles from the shore.
This argument was again used as the government’s defence in not giving Kelantan royalty by the Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Nazri Aziz when pressed by the opposition in Parliament last week.
Kelantan, which is under PAS control, will instead receive “goodwill payment” for its oil, said Najib.
The announcement sparked an uproar among PR lawmakers, particularly those from PAS, who have been fighting to get oil royalty since 2001. The campaign was led by Kelantan state exco Datuk Husam Musa.

M Jusoff Taib: Carilah ‘Kolonel Mat’ sehingga ke negeri Cina


BARANGKALI sekarang ini ada yang meninggalkan kerja melombong emas untuk mencari ‘Kolonel Mat’ . Hari ini banyak berita tentang halimunan yang diberi nama

‘Kolonel Mat’. Saya anjurkan seluruh pencari ini mencari sebuah kitab petunjuk indeks Al-Quran dan mencari ayat-ayat Al-Quran di bawah jodol atau thema ‘Al-Munafiqiin’.

Para jemaah PAS termasuk pemimpin-pemimpin bawahan tak usah kecoh riuh-rendah bagai mengejar dan memintas si pencuri di tengah malam buta. Buat penelitian dan pengecaman mendalam. Tidak berdasarkan ‘suu’u dzan’. Macam Nabi saw buat dulu, diam-diam lupuskan pengaruh ‘Kolenel Mat’ Itu sajalah.

Dan saya rasa, biarlah isu ‘Kolonel Mat’ terus ada sehingga PRU-13. Supaya Jemaah PAS sekelian tidak lupa, bahawa  menimbulkan krisis di sekitar ketokohan Tok Guru Nik Aziz merupakan satu asset UMNO menjelang PRU-13. Dan saya yakin, jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz dengan senang hati meletak jawatan, isu yang lebih besar akan timbul di Kelantan untuk menghilangkan tuah PAS menjelma majal.

Ini bukan persoalan yang menggantikan itu layak atau pun tidak, tetapi memang itulah yang ada dalam perancangan musuh. Jadi, waimma yang layak pun akan dijadikan isu ketidak-layakannya. Nafsu berpolitik tikam-menikam akan menjadi agenda ‘Kolonel Mat’. Jika sekirannya di dalam PAS Kelantan para tokoh di bawah Tok Guru Nik Aziz saling renggang merenggang, bererti UMNO Kelatan dapat merasakan tuah politik berada di tahap 50-50 macam dulu – 20 tahun dulu !

Dan jika kemasukan duit minyak yang bernama belas kasihan ke atas Melayu Kelantan bernama ‘Ehsan’ , dah ada congak 60-40 menyebelahi musuh. Dan barangkali inilah Tok Guru akan terus berdegil pada tempatnya. Bukan masalah peribadi, tetapi masalah Kelantan. Masalah politik Islam di Kelantan.

Pada hemat saya, Tok Guru Nik Aziz harus terus pada kedudukan sekarang. Para jemaah PAS serahkan kepada Allah dalam hal ini seperti mana Tok Guru Sendiri merasakan bahawa dalam soal ‘royalti minyak’ menjelma sebagai ‘ehsan kerana minyak’, dia terpaksa bermunajat dan mengadu kepada Allah Azza Wajalla sahaja.

Wang itu dari Pertonas kepada Federalisme Malaysia yang di kuasai UMNO, dari UMNO melalui kerajaan Pusat akan merasuah rakyat Kelantan. Dan jika keadaan politik PAS di Kelanatan terus kacau, sekurang-kurangnya UMNO mengharapkan kedudukannya pada paras 55% pun jadilah. Dan ‘kolonel mat’ boleh tumpang tuah komisyen barangkali – dengan sangat memuaskan.

Politik Islam lain daripada politik secular, walau pun nampak kulitnya secular. Politik Islam adalah politik yang halus di sebalik kasar dan kasar di sebalik halus. Yang jelas, politik Islam ini menyerah hasil kerjanya kepada Allah sebagai ibadah. Dia bukan menjual Islam untuk nampak lebih islamik. Tapi tak apa nampak kurang islamik sedikit, asal hak-hak Allah menang – iaitu Islam !

Dan disitulah bahaya Tok Guru Nik Aziz kepada musuh. Kata musuhnya dalam hati, “ orang tua tu degil tak degi”. Ketika Tok Guru Nik Aziz  sanggup bertindak mendengar komen  cendekiawan luar, ramai tokoh-tokoh bilis PAS marah dan sinis.

Tapi saya persoalkan, tidakkah itu menggambarkan “PAS for all” yang paraktikal. Sekarang para cendekiawan yang kecewa dengan budaya politik Malaysia yang berkarat itu, merasakan PAS adalah saluran idealisme kecendekiawan mereka yang mereka harapkan PAS boleh menjadi saluran perubahan.

Yang penting bagi PAS sekarang turun ke markaz akar umbi dan mengobati kebingunan para jemaah di kampung-kampung yang mungkin pening lalat dengan politik PAS yang canggih sekarang. Itu amat utama dibandingkan masing-masing menulis dalam blog dengan komen bercelaru dan menyebabkan UMNO mendapat umpan mudah untuk memancing isu.

Gerakan Islam ialah gerakan lingkaran spiral di mana aktivisnya terus berjihad meluaskan lingkaran spiral dan tetap bersambung kepada titik tengah spiralnya, macam berjuta-juta jemaah haji tertumpu kepada Ka’bah dan hajarul Aswad. Atai macam bentuk galaxy. Itu pun yang Tok Guru Nik Aziz mahu selama dia menjadi pemimpin PAS. Supaya spiral pengaruh Islam itu semakin luas lingkarannya dan lingkaran itu tidak putus dari titik tengah itu. Titik tengah itu adalah hakikat Islam. Bukan sesiapa, tetapi Islam !

Saya fikir, jika Tok Guru Nik Aziz berfikir tentang dirinya sendiri, dia sebenarnya berasa amat bahagia dengan isu yang ada ini yang memberi peluang meletak jawatan. Tetapi bayangkan dia sedang memikirkan ‘spiral Islam’ itu. PAS Kelantan boleh memberikan kecederaan yang besar kepada PAS keseluruhannya. Ini perhitungan politik, bukan perhitungan ‘ kun fayakun ’ kuasa Allah. Kita hamba Allah harus melakukan yang kena, soal ‘kun fayakun’ itu mutlak hak Allah.

Mahu tidak mahu, Tok Guru Nik Aziz terpaksa  menderita selama tiga tahun lagi. Dalam keadaan dirinya sendiri sudah keletihan. Adakah jemaah PAS boleh faham, atau adakah pemimpim-pemimpin yang lain berupaya memahami keadaan politik atas hitungan rugi dan untung Islam dalam keadaan PAS sekarang.

Dalam tektik perang Sun Tzu (saya disuruh oleh yang dikatakan Hadis belajar ke Cina!), dalam perang sesiapa yang ingin mengalahkan musuh, seharusnya mempastikan di mana ‘Tao Musuh’. Jika dengan tepat dapat membunuh ‘Tao Musuh’ bererti telah melumpuhkan semangat bala tentera. Ketika itu boleh dilakukan serbuah dan dengan mudah boleh mengalahkan  bala tentera tanpa ‘sumber Tao itu’.

Bagaimana kalau sinar seminar cahaya Tao itu tak dapat dimusnahkan ? Oh, kita memerlukan “Kolonel Mat’. Dalam teori perang Sun Tzu, ejen musuh lebih mahal bayarannya dibandingkan ejen sendiri. Peranan ejen  musuh yang menyebelahi kita ialah mengkelabu-kelalakan Tao sehingga ibadat bulan menjadi gerhana.

Demikianlah adanya. Wallahu a’lam bi-s-showaab !

Bukit Antarabangsa: Jangan biarkan Pusat bersembunyi di belakang OSA


SHAH ALAM, 30 Nov: Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan bagi memboleh maklumat itu didedahkan sepenuh.

"Pada masa sama, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen
tersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Khalid memaklumkan, kerajaan negeri telah mengeluarkan laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu dari dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Namun, pihak kerajaan pusat membantahnya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka bukannya kerajaan negeri.

Sehingga kini, laporan akhir kajian tentang punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa belum pun didedahkan kepada umum.

Ekoran itu Kerajaan Selangor berasa sangat kecewa kerana hasratnya untuk mengubah status laporan tersebut (to declassify) tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat memohon kebenaran untuk mengeluarkan laporan kepada umum tetapi sehingga hari ini, belum menerima jawapan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menegaskan pendiriannya sekali lagi bahawa Kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum, terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa.

Laporan tersebut yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit Kementerian Kerja Raya, dilaporkan sudahpun diserahkan kepada Majlis Perbandara n Ampang Jaya pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Hanya pada November ini Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai laporan tersebut.

Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang-undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document).

"Dengan ini diberi penegasan di sini bahawa Ahli-Ali MMKN (EXCO) bersetuju mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan pengubahan status laporan tersebut.

"Pegawai-pegawai lain Kerajaan Negeri pula tidak dilibatkan dalam usaha
membuat keputusan tersebut, dan dengan yang demikian, mereka tidak boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Maka dalam hal ini, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang- undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini," kata Khalid dalam kenyataannya.

Kerajaan Negeri, katanya, sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai.

Royalti: Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan


Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.


Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.

"Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan.

"Saya nak tengok supaya ini tiada kaitan dengan politik supaya ianya menyentuh kepentingan orang ramai.Kalaulah sepakat semua pihak nak adakan penjelasan secara umum, saya akan hadir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen siang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum itu ditanya berhubung keputusannya samaada akan mempengerusikan kaukus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.

Menjawab pertanyaan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu.

"Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.

Beliau turut menegaskan, isu royalti petroleum tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi ianya melibatkan rakyat.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung jemputan itu.

Tengku Razaleigh juga berkata, kaukus itu perlu melibatkan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."

Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.
"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Hakim tarik diri, kes Anwar saman Mahathir ditunda




Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, Nov 30 — Mahkamah Persekutuan menangguhkan kes saman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan persekutuan sehingga Khamis ini.
Penangguhan dibuat pagi tadi ekoran keputusan salah seorang daripada tiga anggota panel hakim memutuskan untuk menarik daripada mendengar kes itu.
Hakim Datuk Hashim Yusoff secara sukarela memutuskan menarik diri selepas peguam Anwar, Karpal Singh membangkitkan kemungkinan akan ada unsur bias.
Hashim pernah duduk dalam panel yang mendengar rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan pada 2003.
Pengganti Hashim hanya akan diketahui Khamis ini.
Pada Jun 2008, Mahkamah Persekutuan memberikan lampu hijau kepada Anwar untuk mencabar kesahihan dari segi Perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet 10 tahun lalu oleh Dr Mahathir.
Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Dr Mahathir.
Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang  sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut Perlembagaan, dan sama ada Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus mengehendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya.
Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.
Pada Dis 23, 1998, Mahkamh Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.
Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkausakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Rakyat masih perlukan Nik Aziz


Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Nov 30 — “Saya tidak akan lepaskan jawatan... kecuali disebabkan keuzuran sangat.” Demikian tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meskipun bertubi-tubi diasak agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ekoran siri  krisis yang melanda kerajaan negeri kebelakangan ini.
Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.
Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.
Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.
“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.
“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.
Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.
Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.
Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu  Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.
Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.
Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.
“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz.

Lebih 1,000,000 Sertai Demonstrasi Bantah Pentadbiran Kerajaan P.Pinang...Kerana Polis tak kacau dan mesra UMNO@BN...!!!!!



Sebahagian daripada kira-kira 100 penyokong Barisan Nasional (BN) menyertai demonstrasi aman di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat berlangsungnya mesyuarat ketiga bagi penggal kedua DUN di sini, hari ini. Mereka turut membakar dan memijak gambar Guan Eng sebagai demontrasi membantah pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu.-Foto BERNAMA.
PULAU PINANG: Sekumpulan lebih 100 rakyat Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini mengadakan demonstrasi di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.
Tindakan mereka yang membuat kecoh sambil menghamburkan kemarahan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan di bawah kepimpinannya itu bukan sahaja menarik perhatian anggota Dewan, malah turut mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.
Gelagat mereka yang berdiri di tengah jalan dan menghalang laluan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Lebuh Light dan Padang Kota Lama selama hampir sejam.
Perhimpunan yang bermula sekitar pukul 12 tengah hari yang turut disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala, juga menyaksikan potret Ketua Menteri dibakar, gesaan supaya Ketua Menteri letak jawatan diutarakan, dan kata-kata "kerajaan negeri penipu" dilaungkan.
Bagaimanapun perjalanan sidang DUN tidak terjejas dengan demonstrasi itu dan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain mengarahkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya meneruskan sesi soalan lisan.
Polis bagaimanapun berjaya menyuraikan kumpulan berkenaan dan seorang pemimpinnya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari DUN untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu. Sebelum kekecohan tercetus, Pengerusi Pertubuhan Kampung Buah Pala, M. Sugumaran sempat menyerahkan memorandum berhubung nasib sembilan penduduk kampung yang tidak menandatangani surat tawaran rumah teres dua tingkat daripada pemaju kepada Ketua Menteri.

Sementara itu, Ketua Menteri yang ditemui pemberita berkata, beliau tidak menghalang demonstrasi dilakukan asalkan ia aman dan tidak ganas.
Katanya demonstrasi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai sebahagian daripada proses demokrasi, tetapi ia perlulah secara berhemah.
Bagaimanapun beliau kesal dengan tindakan ganas kumpulan yang menurutnya dipercayai dijuarai oleh BN itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai budaya politik samseng BN.
Beliau juga mahu polis bertindak adil dan tidak bersikap "pilih kasih" apabila berhadapan dengan mana-mana demonstrasi.BERNAMA

Doa Minta Musnahkan PM Satu Kesalahan Besar - Muhyiddin




KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata doa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan merupakan satu kesalahan besar dari segi agama.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sikap Nik Aziz itu tidak mencerminkan ketokohan agama seperti yang selama ini diuar-uarkan mengenai pemimpin itu.
“Saya fikir (doa itu) suatu yang menyalahi tuntutan agama. Saya tidak tahu apa hukumnya. Mungkin orang agama tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.
Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang yang faham tentang agama boleh membuat doa untuk mohon kepada Tuhan supaya musnahkan Perdana Menteri.
“Saya tak pernah dengar dalam sejarah hidup saya selama 62 tahun, orang yang dipanggil Tok Guru buat doa untuk jahanamkan manusia, lebih lagi orang yang seagama dan sebangsa dengannya.
“Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama.
“Mungkin dia (Nik Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (doa seperti itu) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2009 di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.
Jumaat lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Muhyiddin berkata, sudah menjadi lumrah pemimpin-pemimpin PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Oleh yang demikian, Muhyiddin berkata rakyat harus sedar mengenai parti yang menggunakan agama serta menyeleweng daripada ajaran agama Islam.

Mudahnya ke Neraka !

Oleh : abid-fana
Di dalam khutbah wuquf di Arafah yang saya dengar secara langsung dari Masjid Nimrah tengahari tadi, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk menyebarkan berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib menyebut bahawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.

Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.

Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.

Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.

Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.

Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).

Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 83:

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُوْلِي ٱلأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ ٱلشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِيل

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)

Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (الامن) itu diterangkan sebagai berita kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (الخوف) itu merujuk kepada berita kekalahan umat Islam.

Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya. Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi.

Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya semasa peristiwa khabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain. Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.

Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai. Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan.

Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah, Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri saya terjemahkan sebagai orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya, bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap maklumat tersebut.

Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.

Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.

Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah ‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya.

Pantang bersuara, walaupun menerusi institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik, maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.

Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa.

Kita akan jadi mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita. Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.

Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki, maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar. Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna?

Ini bermakna yang manusia lain, walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima kesilapan manusia biasa.

Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:

انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي

Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.

Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul.

Dalam masa yang sama, ada juga yang terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.

Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain.

Sedangkan dalam ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.

KESIMPULAN

Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:
a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.
Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.

(*) sumber asal : http://abidfana.com/
Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.

Nabi Muhammad saw. terjejas aqidah...?????

Penulis Tamu - Aris Awang

Dalam banyak peperangan Nabi suci saw akan berdoa seperti berikut:-
Ya Allah kami jadikan Kamu sebagai pelindung kepada kejahatan mereka,

Ya, Allah hancurkan kekuatan mereka,

Pecah belahkan perpaduan mereka,

Leburkan asas kekuatan mereka,

dan hantarkan anjing-anjing kamu untuk membaham mereka,

Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa,

Ya, Allah!

Ya, Allah!

Ya, Allah
Dan dalam satu peperangan yang lain Rasulullah saw pernah berdoa bermaksud seperti berikut:-
"Kembalikan perancangan jahat mereka, ke atas batang tengkuk mereka"
Kalau itulah "keterlaluan" dan "terjejas aqidah" yang dinyatakan oleh Mufti Perak, maka Nabi suci telah lama mendahului Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.

Kalau Najib bagi royalti kepada Kelantan pun aku tetap dok doa seperti di atas kepada Najib dan pemimpin UMNO selagi UMNO dok macam tu iaitu menerima separuh dan menolak separuh Al-Quran.

Kalau pemimpin PAS pun perangai macam pemimpin UMNO aku juga akan doa macam tu...........

PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor menghampiri usia dua tahun. Tidak seperti rakannya di Perak yang tidak dapat bertahan angkara “politik pintu belakang” pihak musuh, kerajaan PR Selangor yang bertahan dengan 35 kerusi berbanding pembangkang 20 dan Bebas 1, dijangka mampu menghabiskan tempoh penggalnya.

Walaupun pihak musuh politik terus cuba mengadu-domba dan memporak-perandakan kerajaan yang setahun jagung usianya itu namun ternyata kematangan politik rakan-rakan dalam PR Selangor yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS terus berjaya melayari persada politik dan mengatasi segala gelombang dan gelora yang ada.

Pengalaman memerintah Selangor bukan hanya baru buat PAS tetapi juga PKR dan DAP. Selangor adalah sebuah negeri maju dengan lanskap politiknya yang tersendiri dan banyaka berbeza dari negeri-negeri lain. Oleh itu ujian dan cabaran pada kerajaan ini khasnya pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri sudah pastilah besar dan kemampuan terus bertahan sehingga hari ini membuktikan yang mereka komited dan mahu bersama melihat negeri ini terus menerajui agenda perubahan demi kesejahteraan negeri dan rakyatnya.

PAS Selangor menyertai pilihanraya umum ke 12 lalu dengan jentera pilihanraya yang paling besar, terlatih, tersusun dan penuh disiplin. Ia bukan sekadar menyediakan sokongan padu buat calon-calon PAS yang bertanding di 20 daripada 56 kerusi DUN malah turut menyumbang dengan penuh kesungguhan mengisi kekurangan dan kekosongan jentera rakan-rakan lain yang bertanding termasuklah PKR di 21 kerusi dan DAP di 15 kerusi.

Kerana itu walaupun PAS dengan 8 kerusi merupakan rakan kongsi yang terkecil sahamnya berbanding PKR 14 (setelah 1 melompat jadi Bebas) dan DAP 13, namun sumbangannya ke arah kemenangan besar PR pada PRU lalu perlu diakui dan diiktiraf oleh semua pihak.

Dengan kemenangan ini PAS menerobosi pengalaman baru, hakikatnya ia menang dan pernah menang di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi peluang memerintah sebuah negeri campuran seperti Selangor adalah yang pertama buatnya.

Dalam kerajaan PR Selangor PAS diberikan 3 dari 10 kerusi EXCO, memegang portofolio penting seperti Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam (Dato Dr Hasan Ali), Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan (Iskandar Abd Samad) dan Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan (Dr Halimah Ali).

Ternyata ketiga-tiga EXCO berkenaan berpengalaman dan memiliki kelayakan dan berwibawa selain 5 lagi ADUN PAS yang tidak kurang kebolehan dan kepakaran mereka masing-masing. PAS sudah pasti akan mahu mencurahkan khidmat yang terbaik buat kerajaan PR demi melihat ia kekal dan mampu menang lebih besar lagi pada PRU yang akan datang.

Selangor yang hampir setengah abad diperintah oleh parti Perikatan dan kemudiannya BN kini melihat tunggak kuasanya diterajui oleh PKR, DAP dan PAS. Parti yang berbeza fahaman dan ideologi ini kini diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor untuk memimpin mereka.

Sudah pastilah semua pihak perlu bersedia untuk meneroka pengalaman baru selain PKR, DAP dan PAS, termasuklah kakitangan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, hatta rakyat kebanyakkan semuanya akan berhadapan dengan pengalaman baru. Rakyat telah lali dengan BN sekian lama, lantaran muak dengan lenggok dan gaya kepimpinan BN kini mereka sanggup berhadapan dengan yang baru. Mereka bukan terpaksa tetapi mereka membuat perubahan itu dalam keadaan sedar dan faham.

Mungkin PKR adalah suatu parti baru, tetapi rakyat Selangor yang terdedah kepada maklumat dan pendidikan sudah kenal PKR. Apalagi PAS yang hampir seusia dengan Umno itu, dan DAP yang telah menjejak kaki ke DUN Selangor sejak 1969.

Rakyat Selangor kenal PAS sekian lama. PAS adalah parti Islam dan kekal begitu walaupun pemimpinnya datang dan pergi. Dasar dan matlamat perjuangannya adalah Islam namun hak masyarakat bukan Islam turut dititpkan sebagai sebahagian dari perjuangan dan dasar pembelaannya. Ia telah cemerlang di Kelantan dan Terengganu. Rakyat Selangor mula berjinak dengan PAS pada tahun 1999 apabila memenangkan 4 calon PAS ke DUN Selangor. Dan kini ia memenangkan pula 8 calon PAS sekaligus memberi mereka peluang untuk membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP.

DAP dan PKR juga kenal PAS kerana itu PAS diterima sebagai rakan. PAS sudah pasti lebih baik dari Umno dan BN kerana itu mereka boleh diterima rakyat dalam PRU lalu bukan hanya di Selangor malah seluruh negara kecuali di Sabah, Sarawak dan Melaka. Persepakatan PR unik di Selangor dimana ketiga-tiganya perlu terus bergabung untuk mengekalkan hayat kerajaan ini, mana-mana satu kelompok yang meninggalkan kerajaan ini bermakna ia akan roboh. Atas kesedaran ini semua pihak insaf akan keperluan untuk kekal berkerjasama.

Menerima PAS sebagai rakan juga bermakna perlu menerima perjuangan PAS sebagaimana PAS menerima dan menghormati dasar dan perjuangan PKR dan DAP. PAS akan terus PAS dalam erti kata memperjuangan dasar dan matlamatnya dalam ruang lingkup realiti politik semasa. Dalam kes di Kelantan dan Terengganu satu ketika dahulu, sudah pastilah gelanggang di sana berbeza dibandingkan dengan Selangor, namun dalam apa sahaja ruang yang ada PAS perlu memain pernanan agar matlamat dan nilai perjuangannya tidak hapus atau pupus dan ia terus dihormati masyarakat.

PAS Selangor tahu bahawa Selangor bukan Kelantan atau Terengganu, namun perjuangan Islam tidak boleh dikatup atau dirihatkan semata-mata kerana Selangor bukan Kelantan atau Terengganu. Islam perlu hidup dan berperanan walaupun suasananya berbeza dan terbatas.

Di sinilah seruan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dalam ucapan dasar Muktamar PAS tahun 2000 lalu perlu diberi perhatian:

Saya sedar akan tuntutan supaya PAS teguh dari segi prinsip tetapi kontemporari dari sudut perlaksanaan dan futuristic dari sudut tuntutan fiqhul syara’. Maka kita akan dapat membezakan antara perkara yang tetap (at-thawabit) daripada perkara yang boleh saja berubah-rubah (al-muthaghayirat).

Beliau menambah:

Senario politik Malaysia bersama dengan demografinya yang unik memerlukan PAS memunggah segala khazanah ilmu syarak (agama) untuk diberi jalan yang seluas-luasnya bagi menerokai satu model perlaksanaan Islam yang sentiasa berpegang kepada prinsip disamping cukup peka terhadap peredaran zaman.

Sebenarnya perkara yang sama turut diulangi dan diulas oleh Presiden PAS kini Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Mukatamar PAS ke 55 lalu.

Dalam rangka dasar inilah PAS Selangor perlu dan akan berperanan. Mempertahan dan mengukuhkan akhlak, keperibadian serta aqidah umat Islam adalah tanggungjawab perjuangan PAS, selain membutikan keadilan Islam kepada masyarakat yang bukan Islam.

Forum dan perbincangan bagi mengujudkan persefahaman khasnya bersama-sama rakan-rakan dalam PR penting bagi menjamin kelangsungan perjuangan PAS di Selangor.

Memang kelihatan apa yang PAS mahu lakukan seolah boleh merugikan sokongan masyarakat bukan Islam buat PR tetapi dalam waktu yang sama apa sahaja yang PAS gagal laksanakan boleh juga merugikan sokongan masyarakat Islam buat PR. Kerana itu kematangan dan persefahaman serta kerjasama erat kepimpinan ketiga-tiga parti khasnya dalam mengharungi politik di Selangor penting.

Tohmahan dan cerita budak-budak nakal bahawa PAS Selangor mahu menyertai Umno sesungguhnya adalah sebahagian dari agenda yang mahu meruntuhkan PR jika dilihat secara serius. PAS Selangor tidak akan merongkai ikatan persahabatan bersama PR yang membentuk kerajaan di Selangor. Malah sejarah telah membuktikan apabila berkawan, PAS tidak pernah meninggalkan kawan-kawannya apalagi berpaling tadah.

Bagi PAS khasnya di Selangor, PR adalah jambatan yang paling baik untuk menzahirkan dasar dan matlamat perjuangan parti. PAS akan menggunakan segala kekuatan dan pengaruhnya untuk mempertahan dan memperteguhkan kerajaan ini. Rakan-rakan dalam PR Selangor berulang-kali telah diyakinkan akan perkara ini malah dalam Persidangan Meja Bulat antara PAS dan DAP Selangor baru-baru ini beberapa petua dan pantang larang parti telah dokongsi dengan DAP Selangor untuk meyakinkan mereka akan betapa istiqamahnya PAS dalam perjuangan.

Sesunggunya paduan tenaga antara PKR, DAP dan PAS Selangor mantap. PR Selangor mampu bertemu secara tetap setiap dua minggu sekali melalui Majlis Pakatan Rakyat Negeri dan sering pertemuan ini bermula dan berakhir dengan mesra dan semangat setiakawan.

Walaupun kadangkala kelihatan ada pergeseran dan pertelingkahan antara tokoh-tokoh tertentu dalam PR Selangor, namun ia semuanya dapat dilerai dan diselesaikan melalui
Musyawarah. Masing-masing diberi ruang dan peluang untuk bercakap khasnya apabila melibatkan prinsip dan dasar perjuangan.


Kekentalan dan keakraban hubungan inilah yang menghantui BN di Selangor. Harapan untuk menang dan kembali berkuasa di Selangor semkain tipis dan jauh. Tohmahan dan apa sahaja cerita budak-budak nakal akan hanya menghiburkan BN yang selamanya akan meratap tangis lantaran mantapnya kepimpinan PR Selangor. Kerana itu bagi para pejuang PAS bersamalah kita timbul dan berenang dengan arus perdana parti, jangan bergayut pada dahan yang reput dan buruk, kepentingan jemaah mengatasi kepentingan individu, berjuanglah ikhlas dan yakin kerana Allah swt.

Yakinlah saf kepimpinan yang ada di bawah bimbingan para ulamak yang tidak putus-putus memberi nasihat akan terus berpedomankan nas yang nyata dan jelas. Gabungan pengalaman, ilmu dan ketajaman politik pimpinan jangan dipandang murah lantaran tembakan liar merekayang jauh dan tidak bertanggungjawab.

PAS insyallah akan kekal bersama menerajui PR di Selangor.

Kebijakan Najibcomics





Semalam, kawan saya hantaq empat SMS.
Last year Iceland default & went bankrupt - then the 2008 financial tsunami unleashed. A couple of days ago Dubai default on payment - is the 2nd tsunami coming? This is the big one. Is M'sia ready?

Our Bursa is expected to crash tomorrow (30/11/09). External issue - Dubai default. Internal - PKFZ bond maturing soon. And the govt is the guarantor.

2nd financial tsunami? CIMB Group Holdings Bhd (Malaysia 2nd largest financial group) report that they have RM8.4 billion non performing loan. NPL=RM8.4b; net book value of this NPL RM928 juta sahaja. Ini bermakna dari RM8.4b NPL tersebut, nilai sebenar gadaian (net book value) hanyalah RM928 juta. Kalau net book value hanya 10% daripada hutang lapuk (NPL) ini menunjukkan hutang lapuk ini bukan drpd pinjaman konsumer (kereta, rumah dll). Bukan juga SME loan, sebab SME loan ada gadaian tanah, bangunan etc. Adakah NPL ini hutang main saham atau/dan credit card? CIMB adalah GLC. Apa pula kedudukan bank2 kerajaan lain? Bank Negara buat apa?

European Central Banks' gold reserves as a percentage of total reserves: France 73%, Germany 69.5%, Italy 66.1%, Netherlands 61.4%, Switzerland 37.1%. Pls take note that a major chunk of their reserve is in gold. M'sian strategic reserve is app US$100B. How much in gold & how much in useless paper money?
Saya copy tanpa ulas. Tetapi, saya harap semua faham apa kesan dan akibatnya. Yang tak pandai ekonomi macam saya, bolehlah belajar ekonomi dari kebijakan ekonomi Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maklum sajalah, Najibnomics.