Ahad, 29 November 2009

Syirik, Jika Ikut UMNO/BN



Kenapa pemimpin UMNO/BN ghairah mereka-reka sesuatu yang baru tetapi merapu seperti Salam 1Malaysia sedangkan pemberian salam dalam Islam sudah ada dan menjadi satu ibadah? Kenapa mereka gemar, mereka cipta, menokok tambah ikut akal fikiran sendiri? Ini membuktikan pemimpin ini jahil dan menolak agama Islam.
Tidak pernah dalam memberi salam ditambah dengan perkataan’ Satu Malaysia’. Tetapi hari ini bila menonton saluran RTM atau mana-mana stesen TV dan radio mesti ada yang menambah salam kepada salam Satu Malaysia. Apakah jadahnya menambah salam yang telah sedia ada.
Kalau mati esok lusa, malaikat akan tahu ini adalah manusia dari Malaysia yang mengundi UMNO/BN. Jika malaikat bertanya salah seorang pemimpin UMNO/BN ketika berjumpa, malaikat akan memberi salam kepada pemimpin UMNO tersebut maka dijawabnya, salam Satu Malaysia. Malaikat mesti syak ini mayat dari UMNO/BN.
Malaikat bertanya lagi kepada pemipin UMNO/BN tersebut mengenai ajaran agama yang menjadi ikutan kamu maka dijawabnya, agama ikutan aku adalah Islam Hadhari. Malaikat pun terus fikir apa sudah jadi dengan Negara Malaysia. Malaikat mungkin termenung sekejap memikirkan dua jenis pembawaan UMNO ini. Islam Hadhari (Abdullah Badawi) dan 1Malaysia (Najib Razak).
Begitu bodohnya pemimpin UMNO/BN apabila mereka menolak al-Quran sebagai ikutan. Dalam Islam, perbuatan ibadah hendaklah berpandukan perintah Allah, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w kemudiannya mengajar kepada kaum keluarga, sahabat dan seterusnya turun kepada tabiin, tabik tabiin dan seterusnya hingga ke golongan alim ulama yang mendidik generasi hari ini.
Tetapi kita dengar sekarang yang pemimpin UMNO/BN ini mahukan Islam tetapi pada hakikatnya pemimpin UMNO/BN ini mengajar rakyatmya selain yang disuruh oleh Allah S.W.T. dan segala pujian perlu diberikan kepada UMNO/BN yang kononnya telah banyak berjasa kepada rakyat.
Slogan seperti “Hanya BN yang mampu…” dan “Hanya UMNO yang mampu…” menunjukkan pemimpinnya berlagak sebagai Tuhan dan menyakini ia sahaja yang mampu melaksanakan sesuatu itu. Slogan lain yang menjadi laungan mereka adalah “UMNO – dulu, kini dan selamanya” adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam dan daripada apa yang ditarbiyyahkan di Tanah Suci ia bermaksud “sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan, adalah kepunyaan Engkau, tidak ada sekutu bagi Engkau.” Allah lah penentu segala-galanya pemerintahan di dunia dan bukannya UMNO.
Jika sudah jelas dan nyata kepada Allah kita perlu menghalakan sembahan dan permohonan bantuan , mengapa hendak dipuji UMNO pula? Mengapa pula pemimpin UMNO kerap benar mengungkit-ungkit jasa mereka dan parti mereka, merayu-rayu atau mengugut rakyat agar berterima kasih dan memuja-muji kerajaan UMNO/BN?

Doa Mohon Hapuskan PM Tidak Masuk Akal - Hishammuddin



KLUANG: Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendoakan supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.
"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.
"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di sini, hari ini.
Pada Jumaat, Nik Aziz berkata beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Nik Aziz dan menyifatkan perbuatan itu sebagai berdosa kerana mendoakan kehancuran sesama Islam apatah lagi jika pemimpin yang didoakan itu berlaku adil.
"Dakwaannya tidak benar kerana Kerajaan Pusat tetap menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan.
"Sebenarnya mereka mahu wang itu diberikan terus kepada kerajaan negeri tetapi kita (Kerajaan Pusat) menyalurkan terus kepada rakyat kerana rakyat lebih penting dan berhak menerimanya," katanya.
Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS, Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata Kerajaan Pusat tetap menyalurkan peruntukan kepada negeri itu malah jumlah yang diterima lebih banyak berbanding Terengganu yang diperintah oleh BN.BERNAMA

Alaa Relax La Bro.. Dok Takut Apasal Dgn Doa Nik Aziz Tu Kalau Hangpa Tak Buat Salah...

NAJIB DAN UMNO TAK PERLU TAKUT DENGAN DOA TOK GURU

Perdana Menteri Dato Seri Najib dan Umno tidak perlu risau dengan doa Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tak perlulah Datuk Hishamudin gundah dengan menuduh tindakan TGNA tak masuk akal.Jika mereka berada di pihak yang benar mereka tak perlu bimbang dan risau. Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya. Tetapi jika mereka menipu, merampas hak rakyat Kelantan dan terus menindas rakyat maka patut bersedia menanti akibatnya. Doa mereka yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah SWT.[http://angkasanuri.blogspot.com]

DAP: No sense gaining RM1b from GST to lose RM28b to graft

By Clara Chooi
IPOH, Nov 29 – DAP has urged the Federal Government to reconsider the proposed 4 per cent Goods and Services Tax (GST), claiming it would do nothing to narrow the nation’s current deficit budget and would only further burden the poor and the middle class.
Party secretary-general Lim Guan Eng (pic, left) said that the Government should, instead, concentrate on fighting corruption and realising savings of at least RM28bil annually instead of a mere RM1bil in additional revenue from GST.
“This RM28bil was admitted by Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah as the cost of leakages from having closed tenders in government procurement or just failing to have open tenders for government contracts in an open manner.
“If the government focuses on changing this, there is no need to impose GST on the people to raise funds.
“But unfortunately, the Barisan Nasional is not brave enough to truly fight corruption,” he said in his opening address at the Perak DAP’sn 15th annual convention here today.
In fact, Lim pointed out the supposed RM28bil in losses to corruption annually may even be an under-reported figure.
“As Time Magazine had quoted Daniel Lian, a Southeast Asia economist at Morgan Stanley in Singapore, saying that Malaysia might have lost as much as US$100bil since the early 1980s to corruption,” he said.
Lim said that the proposed 4 per cent GST, which is set to be tabled in Parliament early next year, would not widen the tax base much, seeing as the present budget deficit was over RM50bil.
“So what is an additional income of RM1bil annually? In fact, this GST would only serve to affect 85 per cent of the working population who currently do not pay taxes because their incomes are below taxable levels.
“The impact would be most severely felt on the 38 per cent of the 5.6 million households with income levels of less than RM2,000 monthly or 2.12 million households,” he said.
Lim also voiced disappointment over the “unconditional support” for “Umno’s GST” by MCA Gerakan, SUPP and MIC.
“No MCA minister has defended public interest but has continued to perpetuate this national economic divide by burdening the poor and the middle-class instead of fighting corruption to get more money. Why fear fighting corruption so much?” he said.
Lim also called for the withdrawal of the 15 per cent preferential income tax rates given to professionals in selected areas on the Iskandar Development Region, saying that the benefit should be offered to all professionals in Malaysia.
“Why is it that professionals in other states have to pay 26 per cent? How can there be 1 Malaysia when we have one country and two systems with double standards and discrimination in tax treatment?” he questioned.

Negri Umno warlords seek to unseat MB

Mohamad is unpopular with Negri Umno. — File pic
By Adib Zalkapli KUALA LUMPUR, Nov 29 — Negri Sembilan Umno warlords are using allegations of an illegal money transfer to unseat the unpopular Datuk Seri Mohamad Hasan, whose aides denied the mentri besar is under central bank probe.
“We believe that there is no point letting the issue being exploited by the opposition, the leadership must take action, now we are just waiting for the president's return,” a Negri Sembilan division chief told The Malaysian Insider.
Umno president Datuk Seri Najib Razak is now attending the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) 2009 in Port of Spain, Trinidad and Tobago.
Mohamad, who became mentri besar in 2004, is currently under Bank Negara Malaysia (BNM) probe for allegedly transferring funds amounting to RM10 million to London through a money changer, Salamath Ali.

An aide to Mohamad said the BNM probe has nothing to do with his employer.
“The investigation is against the money changer and not against Datuk,” the aide told The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider understands that Mohamad has privately blamed his staff for making him use the services of the money changer.
Pakatan Rakyat's Batu MP Chua Tian Chang revealed the matter after the central bank said Salamath Ali Money Changer had contravened Section 30 of the Money Changing Act 1998 and its licence had been revoked on Oct 26.
State Umno warlords are making their moves now to prevent the issue from being further exploited by the opposition.
“He is already not liked by 80 per cent of the Umno members here, so this case will not be ignored,” said the division chief.
The state Umno warlord pointed out that despite the blackout by the English and Bahasa Malaysia mainstream press, the issue has found its way to the party grassroots via text messages.
“Umno members in Jempol, Kuala Pilah, Rembau they don't access the Internet, so initially only civil servants talked about it, later people started sending SMS on 'kes duit haram MB',” he said.
Mohamad came under fire from Negri Sembilan opposition leader Loke Siew Fook during the state assembly sitting over the issue but the Rantau assemblyman kept mum and refused to give an explanation.
Opposition lawmakers have also called on the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to conduct a probe into the scandal.
Mohamad had also refused to talk about the matter openly at a press conference early this month.

Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada Aspek Islam



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain. Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.
"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.
"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir

Kerajaan Suka Bela Syarikat Biawak Hidup



Kita sering kali mendengar bahawa kerajaan suka mengambil alih projek yang terbengkalai akibat perjalan sistem pengurusan yang tidak cekap dan syarikat ini bolehlah dilabelkan sebagai syarikat biawak hidup. Pernahkah anda melihat gelagat biawak hidup?
Tindakan kerajaan menanggung syarikat biawak hidup ini dalah berikutan kegagalan perniagaan model penswastaan. Sebagai contoh kerajaan terpaksa membayar RM150 juta kepada Indah Water Sdn Bhd apabila perancangan syarikat itu yang pada mulanya tersusun menjadi lintang pukang dan minta diselamatkan akibat kegagalan pengurusan.
Inilah yang dikatakan model penswastaan. Apakah model ini member hasil lumayan sebagai satu asset atau sebagai liability? Sampai bila kerajaan perlu tanggung syarikat yang berstatus biawak hidup ini? Adakah sehingga kerajaan ini tumbang dalam menangani masalah syarikat biawak hidup ini dan adakah kerajaan tidak ada syarikat lain untuk dibantu? Jika ini berlaku, sama lah seperti projek Barisan Nasional yang terbengkalai Cuma bezanya adalah syarikat biawak hidup.

INI LOGO BARU - JAMIN MENANG

LONGO BARU - JAMIN MENANG NUMBOR SATU



PPP TUNTUT MURUGIAH LETAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI -melayau

Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan notis kepada Senator T. Murugiah esok untuk memintanya mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri dalam masa 14 hari, kata Presidennya, M. Kayveas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis PPP di sini hari ini, Kayveas berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu patut meletakkan jawatan kerana beliau memperoleh jawatan itu semasa beliau masih menjadi anggota parti itu.

Murugiah dipecat daripada parti pada 16 Mei tahun ini.

Kayveas juga berkata, parti itu akan menganjurkan pertandingan mencipta logo baru PPP yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pemenang bagi tempat pertama, dua dan tiga, masing-masing akan menerima RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 manakala RM500 akan diberikan kepada tiga pemenang sagu hati.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… TAK ABIS LAGI CERITA POOORAH POORAH POOORAH INI…kah kah kah..

kah kah kah… MUNKEEE INI JADI MENTERI MEWAKILI SIAPA?... kah kah kah..

kah kah kah…. SUDAH LAH TAK MENANG PILIHANRAYA…kah kah kah..

kah kah kah...SUDAH KENA BUANG DARI POORAH POORAH POORAH… kah kah kah

woit… MACAM MANA RAKYAT NAK PERCAYA….GENG LAMA MUNKEE INI PUN SUDAH TAK PERCAYA LAGI… kah kah kah..

nota:
menteri wilayah tidak di undi
anak mami tidak di undi
murugiah tidak diundi


semua boleh jadi menteri

nak tahu kerana apa?

kerana pm kita pun tidak di undi.
siapa pm kita?
suami mat mongol ialah pm pertama kah kah kah


Tukar Tiub

"Kolonel Mat" tu Task Force 2010 laa.



Kalau nak sebut Task Force 2010 (TF2010), orang kampung susah nak ingat. Sebab perkataan dia bukan perkataan inggeris yang orang kampung biasa terdedah. Dan memang semenjak august tahun 2009 lagi kita sudah tahu pergerakan TF2010 memang mengarah kepada menjatuhkan Tok Guru. Dan sememangnya nama Ariffahmi telah disebut oleh mereka berulang kali.


Segala penyiasatan dari SPRM ini dimulakan oleh pihak2 JPM atas respon kepada tindakan Tok Guru mempersoalkan serta meminta 3 orang agen perpaduang di Pusat dibersihkan sama sekali.

Dan yang amat mereka takut adalah agen utama mereka, yakni di Selangor itu, terkorban dahulu. Ini kerana beliau adalah komponen kepada perancangan mereka yang paling utama kerana tanpa beliau perancangan TF2010 akan menemui kegagalan.

Bagaimana mereka boleh menambah sokongan mereka di kalangan perwakilan dan pimpinan2 PAS Kawasan kalau tanpa "pengeras" dan "pengeras" itu hanya boleh datang dari wakil Selangor mereka.

Demi melemahkan usaha membuang wakil Selangor TF2010, maka isu Ariffahmi ini DIPERCEPATKAN meletupnya. Jadi, diharap orang akan melupakan isu pembersihan geng perpaduang dari PAS Pusat.

Sekarang nampaknya seperti Tok Guru berada dalam keadaan bertahan. Apa yang diharapkan oleh TF2010 dan geng Perpaduang adalah supaya isu kejahatan geng Perpaduang tidak lagi diingati oleh para perwakilan dan ahli PAS.

Bagi saya, Tok Guru mesti naikkan kembali isu pembersihan Geng Perpaduang ini demi menyelamatkan PAS.

Kemelut Kelantan dan "geng Perapaduang" di PAS Pusat adalah sepupu sepipit. Mereka adalah saling terkait dan kaitan mereka terletak di Jabatan Perdana Menteri.

Ia bukan isu yang berpisah antara satu sama lain. Maka Tok Guru tidak boleh menjadi lemah semangat atas isu PMBK ini. Ini kerana "target" utama TF2010 adalah di PAS Pusat dan bukannya Kelantan.

Kelantan adalah satu "diversion" semata-mata. Yang paling utama adalah menyelamatkan 3 agen Perpaduang yang telah dinamakan oleh Tok Guru dalam entri blog beliau tempohari.

Jangan hilang hala tuju, wahai Tok Guru. Pembersihan geng Perpaduang di PAS Pusat wajib diteruskan demi menggagalkan perancangan UMNO dan Barisan Najis.

Juga, artikel dari Kickdefella itu bagus kerana tujuannya untuk melindungi imej arwah bapanya. Tapi saya yakin, Tok Guru tiada niat untuk menamakan bapa Kickdefella sebagai dalang di belakang konspirasi ini.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

PMBK BRI: Pelan Umno tawan Kelantan PRU13 mulai ‘bocor’!


PEKERJA bawahan yang sama di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) pagi tadi menasihatkan pihak berwajib segera menyelesaikan isu yang dibangkitkan sebelum ini.
Pekerja dari Bahagian Penguatkuasaan tersebut mendakwa, pendedahan isu majikan enggan bayar gaji bekerja lebih masa (OT) oleh beberapa media sejak Khamis lalu mengakibatkan Umno Kelantan tidak selesa.
Ujarnya lagi, Umno Kelantan sedang mengumpulkan bukti penyelewengan berkaitan MPKB BRI, untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) kelak.
Beliau turun meminta semua pihak berfikir mengapa beberapa media arus perdana yang dilihat menyokong Umno, tidak melaporkan isu berkaitan MPKB BRI itu.
“Tak hairankah kita, Utusan, Berita Harian, TV3 (dan) TV1 tak laporkan isu berkaitan ini (MPKB BRI), sedangkan isu Nik Aziz dapat tajaan ke Makkah diputar (belit) besar-besar,” jelasnya melalui panggilan telefon.

“(Blog) Perisik Rakyat lapor, Malaysiakini lapor, (The) Malaysian Insider lapor, Harakahdaily lapor, semuanya bukan media (yang dilihat) sokong Umno.”
“Sebenarnya mereka tak mahu Tok Guru (Nik Aziz) tahu lebih banyak lagi isu seleweng (dalam) MPKB (BRI).”
“Kalau Tok Guru tahu, Tok Guru akan selesaikan (isu terbabit)…maka Umno tak ada isu untuk jatuhkan kerajaan negeri (dalam) PRU13 nanti.”
Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta WARTAWAN menyiasat dua syarikat ‘misteri’ yang didakwanya banyak mendapat tender dari MPKB BRI secara rundingan langsung.
Kedua-dua syarikat yang dimaksudkan adalah Syarikat Sensa Times Sdn. Bhd. dan Syarikat Blue Lang Marketing & Management Sdn. Bhd.
Ujarnya lagi, beberapa aktiviti kedua-dua syarikat ‘misteri’ itu sudah menjadi rahsia umum yang dipertikai dalam kalangan pekerja MPKB BRI sendiri.
Beliau meminta WARTAWAN bertanya sendiri dengan Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan – yang juga bertanggungjawab ke atas halatuju PMBK BRI berhubung aktiviti kedua-dua syarikat ‘misteri’ terbabit.
Selain MPKB BRI, beliau mendakwa Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut terlibat menguruskan pengagihan beberapa tender secara rundingan langsung.
Tetapi, beliau enggan mengulas lanjut tentang peribadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya tak mahu ulas tentang Haji Arif kerana saya sayang Tok Guru…saya tak mahu apa-apa terjadi ke atas Tok Guru,” ujarnya.
Dipercayai jika pihak berwajib tidak menyelesaikan beberapa isu berbangkit sekarang, PAS mungkin lebih sukar menanganinya pada musim PRU13 kelak. -END
P/S: Selepas membaca posting di sini, saya dinasihatkan mengubah kalimah Harakahdaily (bukan Harahdaily…saya salah eja tuuuu) pada WARTAWAN kerana berita ini masih dalam simpanan editorial. Terima kasih kepada Pak Bakaq aka Penarik Beca kerana cepat menunjukkan kesalahan teknikal saya ini di dalam blognya. Ikhlas daripada Zainulfaqar aka Dzulfikar Mashoor.

Akhbar mana pula Harahdaily tu?

Saya jumpa copy berita yang menyebabkan saya tertanya-tanya. Dalam copy tersebut, ditulis ayat berikut:
Beliau meminta Harahdaily bertanya sendiri dengan Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan – yang juga bertanggungjawab ke atas halatuju PMBK BRI berhubung aktiviti kedua-dua syarikat 'misteri' terbabit.

Akhbar mana pula Harahdaily tu? Adakah typo atau sengaja bikin typo? Hanya penulisnya dan Allah s.w.t. saja yang tahu.

Apa yang lebih menarik ialah dua perenggan berikut:
"Tak hairankah kita, Utusan, Berita Harian, TV3 (dan) TV1 tak laporkan isu berkaitan ini (MPKB BRI), sedangkan isu Nik Aziz dapat tajaan ke Makkah diputar (belit) besar-besar," jelasnya melalui panggilan telefon.

"(Blog) Perisik Rakyat lapor, Malaysiakini lapor, (The) Malaysian Insider lapor, Harakahdaily lapor, semuanya bukan media (yang dilihat) sokong Umno" (Baca selanjutnya di sini).
Saya cari dalam Harakahdaily. Tak jumpa. Kalau siapa-siapa jumpa, tolong bagi link atau pautannya.

Sudahkah Tok Guru Istikharah?

WALAUPUN kemelut politik Kelantan sudah reda namun ia bukan mudah untuk sendik sepenuhnya. Terutamanya kepada diri Tok Guru Nik Abdul Aziz. Apa yang berlaku meninggalkan kesan jiwa mendalam buatnya dan juga seluruh keluarga dan orang-orang yang menyanyanginya di mana jua berada. Sesuatu yang tidak mahu kita saksi selama ini telah menimpa ke atas batang tubuh Nik Aziz. Beliau dipalitkan dengan keaiban dan kehinaan yang begitu busuk sehingga menjejaskan intergritinya sebagai seorang ulama. Usah kira apakah usaha itu terancang atau tidak, tetapi yang nyatanya ia sudah berlalu.

Kemelut yang meratah Kelantan baru-baru ini tidak akan mengembalikan diri Nik Aziz seperti sebelum ini. Di mana kalau sebelum ini beliau laksana sekeping cermin besar yang jernih dan bersinar banar yang menjadi tempat penilikan ummah, tetapi hari ini kewibawaanya sedikit retak.

Kemelut yang berpunca dari anak menantunya itu telah meretakkan cermin diri Nik Aziz. Kalau pun ia dapat ditangkupkan dan disusun kembali namun retak dan kesan pecahannya masih ada. Orang yang mengetahui apa yang menimpa cermin itu tahu akan di mana retak dan sumbingnya meskipun ia cuba dipolishkan dengan web bermutu tinggi sekalipun.

Persoalan kini, apakah beliau akan berhenti sebagai tanggungjawab kepada apa yang berlaku itu. Ada pro kontra dalam hal ini. Walaupun beliau sepatutnya sudah berhenti, baik kerana usia, kerana masalah dan imej yang tercemar, tetapi masih ada yang berharap agar beliau tidak berundur. Masih ada orang mengharap beliau terus memimpin Kelantan. Harapan ini seolah-olah tidak ada orang lain lagi yang mampu untuk melaksanakan tugas sebagai MB.

Tanggapan dan andaian ini sesuatu yang silap. Mungkin kerana disebabkan perasaan terlalu sayang sehingga sukar untuk menghadapi realiti ketiadaan Nik Aziz dalam persada politik Pas di Kelantan khasnya. Pandangan ini juga dari satu segi untuk terus menyusahkan Nik Aziz. Kenapa tidak, selagi beliau berada di situ selama itulah beliau akan diserang dan dihina. Selama itulah kita akan mendengar kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang luar biasa dan kontroversial.

Saya sendiri secara peribadi kalau boleh tidak mahu Tok Guru berhenti. Teruskanlah memimpin Kelantan sehingga ke akhir hayat. Beliau masih beraura. Kalau hendak mencari pengganti setaraf dan setandingnya tidak akan ada. Namun hakikat yang berlaku tidak siapa dapat menafikan dan beliau tidak boleh dikekangkan untuk terus berada di situ. Lumrah, fitrah dan proses alamiah tidak sesiapa dapat menyekatnya.

Rasanya Tok Guru sendiri sedang menimbang perkara ini sebaik mungkin. Berhenti atau tidak? Sekarang atau bila? Saya telah memberi dua jalan kepada beliau, ke kiri atau ke kanan. Ke kiri berhenti dan ke kanan terus memimpin Kelantan dengan syarat perlu melakukan pembersihan dalam parti dan kerajaan. Nampaknya masih belum ada riak dari beliau untuk melakukan sesuatu atau memilih mana-mana jalan. Tetapi melihat kepada perkembangan hari ini adalah lebih baik kalau Tok Guru berundur perlahan-lahan.

Putra politiknya, Nik Muhammad Abduh (foto atas) sudah jelas dan tegas meminta ayahandanya berhenti. Abduh mahukan ayahnya berundur dan meninggalkan simpang siur yang berlaku kini. Jika suara Nik Abduh itu mewakili seluruh keluarga besar keturunan Raja Jembal bermakna keluarga sudah sepakat mahu tok guru itu berundur. Rihat secukupnya.
Ada logik kalau Nik Abduh membuat seruan begitu. Dia tidak mahu ayahnya terus diserang sehingga keletihan. Seorang anak sudah mesti ada rasa simpati kepada orang tuanya. Bahkan simpati dari darah daging sendiri lebih tinggi dan mendalam dari simpati seorang pembantu yang suka mencuri makan!

Nik Abduh mungkin dapat membaca makrifah politik. Sekiranya ayahnya terus di situ selama itulah ayahnya akan menjadi alat dan diperalat oleh orang tertentu untuk kepentingan peribadi. Menjadi alat dan memperalatkan ayahnya sesuatu yang mendukacitakan Abduh dan seluruh anggota keluarganya. Apa lagi dijadikan alat untuk keuntungan politik peribadi orang tertentu. Mungkin Nik Abduh dan keluarga lain tidak kisah kalau Nik Aziz terus menjadi hamba kepada agama, bangsa dan negara. Mereka redha. Selama ini sejak lebih 50 tahun lalu mereka telah melepaskan Nik Aziz ke lapangan juang. Mungkin mereka bangga kalau ayahnya syahid atas takhta kebenaran.

Apakah yang Tok Guru sedang fikirkan pada masa ini? Apakah beliau masih mengira untuk memberi ruang kepada orang yang ada dalam hatinya? Makanya beliau harus terus memimpin sehingga apa yang dicita-cita itu terlaksana? Rasanya Tok Guru tidak perlu berfikir panjang, menghitung jatuh bangun orang lain. Beliau perlu mendahului dirinya sendiri bukan sesiapa. Cermin yang retak harus dicantumkan seboleh-boleh biarlah ia tidak terbayang kemusnahan itu.

Semalam di tv beberapa orang pemimpin UBN mencaci dan menghina Nik Aziz sehingga ada yang mengatakan Nik Aziz sudah tidak stabil. Penghinaan itu turut menyelinap ke dalam jantung hati saya. Saya percaya orang lain juga. Seorang pengkagum Nik Aziz di Kota Bharu menelefon dengan suara sebak menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Katanya, biarlah Tok Guru berhenti cepat, kerana tidak sanggup mendengar penghinaan ke atasnya. Mungkin bagi Tok Guru tidak kisah, tetapi orang lain, orang yang menyanyangi dan memuliakannya histeria menghadapi penghinaan itu.

Pagi ini seorang bekas pemimpin Pas Kelantan pula menghubungi saya mengatakan hal yang sama. Dia sedih bercampur dengan hairan. “Saya sedih atas apa yang berlaku dan hairan dengan sikap Tok Guru,” ujarnya berterus terang. Apa yang dihairankan ialah kenapaTok Guru seolah tidak membuat sesuatu tindakan bagi menyelamatkan keadaan dan maruah dirinya kini yang mulai tercemar.

Menurutnya situasi yang menimpa Tok Guru hari ini sangat parah, bukan saja kepada maruahnya tetapi maruah Pas juga. Makanya beliau berharap Tok Guru akan menyedari keadaan ini dan segera memperbaikinya sebelum keadaan lebih parah lagi.

Justeru kata pemimpin itu, untuk menghuraikan kemelut ini elok kalau Tok Guru kembali kepada Tuhan. Mencari jawaban atas apa yang berlaku dengan mengadakan solat istikharah. “Enta suruhlah Tok Guru sembahyang istikharah, mendapat petunjuk dari Tuhan apa yang lebih baik untuk beliau lakukan. Kalau dia merasakan perlu berhenti, berhentilah dan kalau istikharah itu kata kena terus, teruskannya. .. Biarlah Allah memberi petunjuk dan bukannya makhluk,” begitulah ujar pemimpin itu. Bunyinya agak emosi tetapi niatnya dapat difahami dia kasih kepada Tok Guru.

Bila saya bertanya kenapa kepada pemimpin berkenaan kenapa tidak suruh sendiri, dia mengatakan tidak mahu tanpa memberi alasan.

Menarik juga saranan itu. Dan apakah Tok Guru tidak istikharah dalam membuat apa-apa keputusan berhubung kemelut yang berlaku kini? Bukankah sebelum ini Tok Guru begitu jinak dan intim dengan istikharah. Apa-apa yang sulit beliau dapat keputusannya dari istikharah. Begitulah yang didengari sebelum ini.

Ada ‘kuliha’ juga cadangan bekas pemimpin itu. Eloklah Tok Guru beristikharah mencari jawaban
mengenai kedudukan dirinya hari ini. Sekiranya menerusi istikharah itu Tuhan memberi hidayah, beliau harus terus jadi MB dan memimpin parti maka hendaklah diteruskan. Tok Guru tidak perlu peduli dan risau dengan cacian dan kata-kata orang. Sebab petunjuk Tuhan itu benar dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi seperti mana petunjuk dan nasihat diberikan manusia.

Kata pemimpin itu lagi, rumusan, ataupun keputusan dan analisa dari manusia tidak menepati kehendak sebenarnya. “Tok Guru tidak boleh dengar cakap orang, beliau kena dengar cakap Tuhan. Biarlah dia mendapat hidayah dari Tuhan” ujarnya lagi penuh mengharap. Bekas pemimpin yang juga sahabat Nik Aziz yakin kalau keputusan menerusi istikharah akan dapat menyelesaikan masalah. Nah... Tok Guru istikharahlah ataupun memang apa yang diambil kini sudah diistikharahkan!

Hanya Kambing UMNgOK kata PAS Bergolak.

Kambing UMNgOK kata PAS Kelantan makin bergolak.

Apa yang dimaksudkan dengan bergolak? PAS masih menguasia DUN dengan 38 kerusi dan PKR 1, manakal UMNO/BN hanya 6 kerusi.

Keutuhan DUN masih jitu. Kesemua DUN Pakatan Rakyat masih berdiri teguh dibelakang TGNA selaku Menteri Besar.

Akhir-akhir ini ada satu dua ADUN memperkatakan masalah pengganti Menteri Besar.

Itu bukan masalah besar. Itu bukan petanda ada pergolakkan. Memang adat berpolitik perbincangan secara positif masalah pengganti tak dapat tidak diperbincangkan tetapi tidak semestinya wujud satu keadaan yang tergesa (urgency) buat masa terdekat.

TGNA masih mampu menangani segala karenah politik, kecuali pihak UMNO?BN yang sengaja meng'wujud'kan keadaan yang bergolak dengan niat untuk 'merampas kuasa seperti ditahun 70an di Kelantan dan di Perak pada awal tahun yang lalu.

Sebab itu dalam posting yang lalu al-brangi ada buat pengesoran agar semua ADUN Pakatan Rakyat Kelantan membuat ikrar taat setia di belakang Menteri Besar untuk mematikan hujah UMNO/BN yang sentiasa memainkan isu 'pergolakkan'.

Bagi PAS, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Pantang umat Islam membiarkan ular patuk dua kali ditempat yang sama.

PM hilang jawatan Kerana Tidak Hadir Sidang Parlimen

PM Vanuatu Hilang Jawatan Kerana Tidak Hadir Sidang Parlimen

Di luar negara, PM pun hilang jawatan kerana langgar undang-undang parlimen.
Parlimen sesebuah negara itu begitu tinggi martabatnya...
Di Malaysia undang-undang macam sampah...
Parlimen macam pondok-pondok..
Kalau melibatkan kerajaan BN undang-undang dan dewan sendiri tidak dihormati...
Speaker tiada kuasa...
Hinggakan di Kota Siputeh sendiri pun boleh dipertikaikan kekosongan kerusi?!.
Inilah masalah bila Undang-undang 1Malaysia yang digunakan double standard
Undang-undang haprak!!
:Author Faethal


Bekas Perdana Menteri Vanuatu, Edward Natapei

Perdana Menteri sebuah negara di salah satu kepulauan Pasifik yang kecil, Vanuatu telah menanggung aib dan kehilangan pekerjaannya, selepas dia kehilangan kerusinya di parlimen kerana tidak menyerahkan surat tidak hadir kepada dewan.

Perdana Menteri Edward Natapei telah melanggar satu peraturan sebagai ahli parlimen di Vanuatu, dimana seorang ahli parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka tidak hadir tiga kali berturut-turut di persidangan parlimen tanpa memberitahu speaker sebab ketiadaan mereka.

Apa yang perlu dilakukannya kerana urusan rasmi hanyalah dengan menyerahkan satu nota pemberitahuan yang bertandatangan untuk memaklumkan mengapa beliau tidak dapat hadir. Tetapi, kerana satu kesilapan yang disebut seorang penganalisis sebagai 'flabbergasting', pejabat Perdana Menteri terlepas pandang undang-undang ini - dan ini menyebabkan Natapei telah kehilangan kerusinya, dan negara Vanuatu berada di dalam krisis politik.

Kabinet Natapei dengan segera mengadakan persidangan tergempar, manakala Natapei yang sedang menghadiri sidang kemuncak Komanwel di Trinad dan Tobago segera pulang ke Vanuatu.

Vanuatu kini dipimpin oleh kerajaan sementara sehingga parlimen itu memilih seorang perdana menteri yang baru pada minggu depan.

Sumber : www.metro.co.uk

HUJAN DUIT

INI BUKAN TIRIS - INI HUJAN LEBAT





KERANA KRONI , TIGA PROJEK DI PORT DICKSON TERBENGKALAI
–harakah daily

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin mendesak kerajaan persekutuan menghentikan amalan kronisme dalam menaik taraf kawasan pelancongan Port Dickson.

Baginya, amalan kronisme dengan memberi tender secara tertutup kepada pihak tertentu merugikan rakyat dan negara.

Badrul mengulas kegagalan tiga projek iaitu membina dualebuh raya yang baru - Lebuh raya Seremban Port Dickson, Lebuh Raya Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan projek penaiktarafan jalan raya utama dari Linggi ke Pasir Panjang.

Ketiga-tiga projek mega itu yang mula dibina pada 14 Februari 2005 dan dijadualkan siap pada 12 Ogos 2007, masih terbengkalai sehingga sekarang.

Beliau mendedahkan, syarikat kontraktor terbabit turut diberikan peluang menyiapkan projek-projek mega itu sehingga bulan depan, tanpa sebarang denda sebagaimana yang dipersetujui antara kerajaan-kontraktor sebelum ini.

Beliau mendakwa ketirisan RM10 billion hingga RM20 billion setahun dalam belanjawan negara tahun lepas disebabkan beberapa projek terbengkalai seperti yang didedahkannya itu.

KAH KAH KAH


woit…. DARI MANA DUIT SEPULUH JUTA YANG MB BAWA LARI KE LONDON?.... kah kah kah…

woit… DARI SINI KAH DATANG NYA DUIT 10 JUTA ITU ?... kah kah kah…

kah kah kah… KALAU DUA PULUH BILION… INI BUKAN TIRIS… kah kah kah…

kah kah kah… INI HUJAN LEBAT… kah kah kah…

woit… TIRIS DUA TIGA PULUH SEN… kah kah kah

Tukar Tiub

Tukar Royalti Kepada Wang Ehsan : Kerajaan Pusat Cabuli Perjanjian. SISIPAN: Peringatan Utk PAS.

Mantan Pengerusi Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Kerajaan Persekutuan tidak campurtangan dengan tugas syarikat minyak negara, Petronas daripada memberi royalti 5 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Tokoh veteran Umno itu menyatakan keengganan pentadbiran Najib untuk membayar royalti ke Kelantan telah menimbulkan keraguan yang serius samada Putrajaya "menghormati perjanjian-perjanjian dan kedaulatan undang-undang" dan ia memberikan implikasi merentasi negeri berkenaan.

"Tak perlu untuk kita bercakap mengenai penarikan FDI dan meningkatkan pelaburan domestik untuk membawa ekonomi negara kita ke tahap yang lebih tinggi jika kita tidak menghormati tanggungjawab asas kita," tulis kerabat Kelantan itu di dalam blognya pagi ini.

Komponen Pakatan Rakyat, PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990, dan telah meminta Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk mengetuai kaukus bagi mendapatkan hak royalti minyak dari Kerajaan Pusat. Tengku Razaleigh masih menimbangkan namun pemimpin partinya telah meminta beliau untuk memikirkan semasak-masaknya hal tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan Putrajaya akan hanya memberikan "wang ehsan" melalui jabatan persekutuan kerana katanya Kelantan tidak berhak untuk mendapatkan royalti minyak kerana minyak itu digali melebihi had 3 batu nautika. Ia telah menukarkan royalti minyak sama seperti dengan bayaran ehsan kepada Terengganu apabila negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum 1999 yang lalu.

Namun, Sabah dan Sarawak akan mendapat royalti minyak sepertimana dijamin di bawah Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang mana Tengku Razaleigh sendiri rangkakan.

"Saya yang membantu merangka dan merundingkan Akta Pembangunan Petroleum. Sebagai Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian yang serupa dan berasingan terhadap bayaran-bayaran ini bersama dengan setiap menteri besar negeri-negeri berkenaan.

"Saya mesti tegaskan bahawa Petronas terikat dengannya dan kerajaan persekutuan tidak boleh campurtangan di dalam perlaksaan (perjanjian tersebut)," kata ahli politik yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.

Beliau melihat bahawa tindakan kerajaan "mencabuli perjanjian tersebut dan maksud kandungan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum yang ditulis dengan bahasa mudah dimana kanak-kanak sekolah pun boleh faham.

"Hak perlembagaan rakyat Kelantan telah dinafikan. Namun implikasinya merentasi jauh dari Kelantan," katanya.

Diantara implikasinya, Tengku Razaleigh menyatakan tindakan Putrajaya itu menyangkal perjanjian di antara Kerajaan Kelantan dan Petronas dan "dari implikasinya, ia turut menyangkal perjanjian yang serupa yang ditandatangani oleh dengan negeri-negeri lain dan ia menafikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan ".

"Keengganan kerajaan untuk mengiktiraf tanggungjawab kontrak yang jelas bagi pihak Ptronas telah meletakkan tanda soal terhadap status pembayaran royalti ke negeri-negeri pengeluar minyak yang lain," tambahnya.

Beliau menambah kedegilan Petronas untuk melakukan bayaran di bawah undang-undang akan menyebabkan negeri-negeri terutama Sabah dan Sarawak "kini tertanya-tanya jika samada perjanjian dimana termaktub segala hak mereka terhadap pengeluaran minyak itu masih berkuat-kuasa" ekoran langkah kerajaan meggantikan royalti minyak seperti yang termaktub di dalam Akta Pembangunan Petroleum dengan "wang ehsan" dari Putrajaya.

Minyak dan gas telah di keluarkan dari perairan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Penemuan fosil minyak di Semenanjung Malaysia pada 1970an telah membantu usaha pembangunan negara tetapi para pengkritik telah menyatakan kerajaan telah menukarkan ia menjadi petro-ringgit.

Kempat-empat negeri tersebut pula merupakan di anatar negeri yang termiskin di dalam negara namun Petronas telah menggunakan timbunan wangnya untuk membina Menara Berkembar Petronas dan pusat pentadbiran Putrajaya selain dari memperuntukkan lebih kurang 40 peratus untuk perbelanjaan pengurusan tahunan yang dibentangkan di dalam Belanjawan.


Ulasan GB

GB melihat isu ini sebagai satu isu tertangguh yang sepatutnya PAS telah perjuangkan secara tegas dan konsisten.

Namun barisan pimpinan pusat PAS yang ada nampaknya belum mampu untuk memperjuangkan isu royalti minyak ini sehinggakan Kerajaan Pusat boleh melakukan sewenang-wenangnya untuk tidak mematuhi perjanjian yang telah di tandatangani dengan kerajaan-kerajaan negeri.

PAS Pusat tidak memberikan perhatian berat mengenainya. Tiada task-force yang dibentuk sekalipun pencabulan undang-undang adalah jelas.

Kerajaan Malaysia dan orang yang bertanggungjawab memulakan pencabulan undang-undang Petronas itu, Tun Dr Mahathir, yang kemudian di teruskan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan kini Mohd Najib perlu didakwa sekalipun ke Mahkamah Antarabangsa.

Apa yang dilihat kini ialah Kerajaan Kelantan di biarkan terkapai-kapai melawan sendiri untuk mendapatkan hak mereka sedangkan kita tak tahu apa yang pemimpin PAS Pusat lakukan sekarang selain semalam berdepan dengan kamera menumbangkan enam ekor lembu korban dan melawat mangsa banjir, acara superficial untuk paparan media sebijik stail Pak Lah yang suka publisiti tapi malas nak bekerja.

Alahai.... mudah sangat UMNO BN menipu dan lembek sangat PAS Pusat menangani apa-apa isu.

tidurlah labu..

Maaf ler mulai saat ini GB akan dan terpaksa sensitif dengan perlakuan mana-mana pimpinan PAS Pusat. GB akan suruh mana-mana pemimpin PAS Pusat yang tak perform dan KPI rendah supaya letak jawatan. Kalau tidak Allah sahaja yang akan memberikan jawapannya. Jangan nanti IJN penuh dengan pemimpin PAS pula walaupun tak sakit apa-apa.

Yang cakapnya banyak tapi tak banyak tindakannya pun kita akan dedahkan, yang mulut celupar rasa dia paling hebat kita akan suruh dia berkempen sendiri. Yang mana rasa hebat untuk menentang blogger, kita nak baca juga fikirannya dari blog dia, kalau ada. Kalau takder, baik diam dari berkata-kata. Kena akui bahawa blogger dah mainkan peranannya dalam 3 musim pilihanraya dan peranan blogger diakui kawan dan lawan sebagai "kuasa baru" di dalam menentukan pemerintahan negara. Mana-mana tukang komen pula yang menyokong pemimpin lembek dan masih menyokong gagasan karut UG akan kita pancung supaya tidak menjadi penyokong yang membawa rebah.

Sekarang masa bekerja. Sekarang masa untuk tunjuk kualiti diri dan kualiti kepimpinan dan kualiti kerja. Musuh dah buat KPI untuk nilai prestasi mereka bekerja, PAS masih berceramah dan pungut derma. PAS gostan ke belakang nak tiru pula stail Pak Lah bekerja. Putrajaya pun tak suka orang sebegini masuk walau ke perkarangannya. Kalau serupa Pak lah, alamat hancurlah negara. Saidina Ali dah kata, kebatilan dapat mengalahkan kebenaran sebab mereka di dalam keadaan bersedia dan tersusun.

Ini tidak, bila ditegur masyarakat terpelajar yang nak bantu PAS, ada juga yang masih primitif macam ABC. Pas Terengganu, PAS Selangor dan sebarisan dengannya. Kalau nak ke Putrajaya, biar molek sikit perangai tuh sebelum diperhambat orang duduk dalam gua. Atau nanti disumbatkan orang katak-katak ini ke dalam tempurungnya semula.

Biar apa pun lemparan kata nista terhadap GB, GB macam itu juga. Biar orang kata "keras kepala" yang GB tahu GB nak menangkan PAS dan PR dan hantar ke Putrajaya, dan batu penghalang akan kita hancurkan semuanya. Kita tak tak der masa nak melayan kemuncup yang menghalang langkah kita.



Bila kulit sang serigala mula tersiat !

Oleh : albanjari
Inilah kemuncaknya. Bila orang alim mula memanjatkan doa sebagai senjata. Mungkin gerombolan terlupa dan terleka, doa seorang alim dan teraniaya itu disisi Tuhannya, tiada hijab ! Maka 'kepanasan' lah seantero bumi alam melayu kini, baru terasa bahang gementar, Mufti Harusana sini juga turut mengelupur melontarkan 2-3 potong ayat, biarpun kredibilitinya terus terjunam ke dasar lubuk yang jelas tidak lagi dihirau sekelian rakyat. Episod termalu dan ternganga pada majlis forum di Bagan Serai minggu lalu, adalah detik paling memilukan buat dato' mufti ini. Jangan salahkan kerusi yang kosong mengapa tidak diduduki orang. Program yang gagal. Selanjutnya biarlah orang lain yang bercerita tentang si mufti yang telah hilang sinar auranya itu, wak ? bukan itu yang mahu dinukilkan pagi ini.

Cabaran beliau paling besar kepada perjuangan khususnya dalam menangani isu di Kelantan, ialah bilamana dihumbankan dengan segala sampah fitnah, mehnah disetiap penjuru. Tanpa kepimpinan yang mantap, jujur dan lengkap dengan ilmu serta ketelusan dalam melayan segala tindakan dan amalan, tentu mudah baginya untuk kecundang. Alhamdulillah, TGNA terus kekal ampuh.

Sayugia diingatkan, beberapa konspirasi yang memalukan TGNA untuk segera beliau berundur, terus dan berterusan. Samada kita meng'iya'kan ataupun 'tidak', semua khalayak tahu, wujudnya konspirasi tersebut. Matlamat besar sekumpulan 'serigala lapar'., hampir sampai ke titiknya apabila TGNA mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU13. Dalam membicarakan fasa ini, biarkan jari 'ubat-pahit' yang mengambil langkah tangkas mengupasnya biar pun terpaksa menyiat kulit 'sang serigala'. Pasti sudah, siatan isi kandungan yang lebih mendasar akan dipertemukan mulai esok pagi. Dunia maya pasti akan digegarkan semula ! Ini satu kebangkitan baru, kita perangi siapa saja..

dan Doa TGNA yang berterusan itu,
Heyy..!! Dengarnya, bloggers sudah mula dikumpulkan ke Kelantan ? Harapnya ia bukan fitnah. Adakah ini juga antara satu daripada ratusan 'agenda' jahat ? Jangan pula ada diantaranya menjadi 'pak sanggup' untuk diperkuda-kuda sewenang yang mungkin. Malah ada juga bloggers yang menjaja nama TGNA dengan kata mudah, hubungan yang cukup rapat. Sedangkan TGNA sendiri tidak cukup upaya mengenalinya. Janganlah menjadi pembodek yang boleh membodohkan diri sendiri. Itu zalim namanya, zalim kepada tubuh badan sendiri.

[..] Disumberkan juga, Hussam Musa menegaskan bahawa beliau akan menolak sebarang cadangan yang mahu mencalonkan beliau sebagai bakal MB Kelantan. Agak mengejutkan bukan ? Kenapa sebelum apa-apa, Husam sudah buka mulut ? Dan kelihatan mahu berlepas diri dari kacau bilau kemelut ini ?* Kembali mengundang kemusykilan !

Pada catatan ke-14 , 'serigala' menang ! Apa yang dimenangkan, tunggu artikel seterusnya di balik polemik isu di blog 'misteri' esok. Wak kena gerak ke Kuala Trong, pagi ini..ada majlis korban kat sana. Jumpa malam nanti. Salam perjuangan untuk islam buat semua. Allahuakbar.

Promo : Perangi siapa sahaja..

PERANGI SIAPA SAHAJA.., SEHINGGALAH MEREKA KEMBALI KEPADA ALLAH SWT. DAN RASUL-NYA. Itulah tagline blog misteri ini, buat pengetahuan pembaca, blog tersebut akan dapat dilayari sepenuhnya mulai isnin ini.

Buat masa sekarang ia hanya dibuka untuk registered readers saja. InsyaAllah, dengan sedikit komunikasi melalui YM dengan tuan punya blog, beliau bersetuju untuk membuka ruang yang lebih luas, yer..akan dibuka kepada umum, tanpa perlu mendaftar. Kritikannya sangat pedas, sentuhannya yang terlebih cilipadi, sudah tentu buat kepala pembaca berdengung sinis.

Namun niat dan hasrat murninya, dapat dibaca dari apa yang dihasratkan beliau, saya petik sebahagian sebelum bacaan penuh dibuka kepada umum kelak..,
[..] PAS WAJIB DISELAMATKAN KERANA PERJUANGAN PAS TELAH BERUBAH MENJADI PERJUANGAN UNTUK REDHA PIMPINAN BERBANDING BERJUANG DEMI REDHA ALLAH SWT.

MAKA, KELOMPOK INI WAJIB DIPERANGI KERANA MEROSAKKAN PAS DARIPADA DALAM. KELOMPOK INI LEBIH BAHAYA BERBANDING UMNO, KERANA MEREKA TAHU DI MANA KELEMAHAN PAS DAN MEREKA BERSEDIA UNTUK MEMPERKUDA DAN DIPERKUDAKAN DALAM USAHA MENCAPAI MATLAMAT NAFSU MEREKA..[]
Sebagai mukadimah untuk saya membuka ruang kepada semua, mari kita amati apa yang beliau nukilkan daripada 1 diantara posting beliau disini, berdasarkan minda dan upaya beliau melihat sesuatu isu yang langsung tiada surutnya disebut oleh khalayak umum. Beliau hanya meninggalkan nama penanya sebagai UBAT PAHIT. Dan tentunya isu yang dipilihnya berkait dengan apa yg sedang berlaku di Kelantan.

ANALISA- [SIRI 1]
PEMILIHAN MENANTU SEBAGAI CEO PMBK

RAMAI YANG KURANG BERPUAS HATI DAN MEMPERTIKAIKAN PERLANTIKAN IR. ARIFAHMI ABDUL RAHMAN SEBAGAI CEO PMBK ATAS ALASAN ITU ADALAH AMALAN YANG MIRIP KEPADA KRONISME.

KONONNYA, KRONISME ITU LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEMUDHARATAN KEPADA PAS KHUSUSNYA. MAKA, DIBENTANGKANLAH SEGALA HUJAH BAGI MENJULANG TINGGI KETIDAKWAJARAN PERLANTIKAN TERSEBUT.

WALAUPUN PERLANTIKAN ITU DIBUAT ATAS DASAR MERIT DAN BUKANNYA ATAS DASAR HUBUNGAN MERTUA-MENANTU, HUJAH ITU TETAP ENGGAN DITERIMA OLEH PIHAK PENGKRITIK.

WALAUPUN DIJELASKAN BAHAWA PERLANTIKAN TERSEBUT DIBUAT OLEH LEMBAGA PENGARAH PMBK DAN BUKANNYA OLEH TGNA, HUJAH INI JUGA ENGGAN DITERIMA OLEH PENGKRITIK.

PARA PENGKRITIK BERSELERA SEKALI MELAHAP PERKATAAN KRONISME TANPA DUDUK DAN BERFIKIR. RAMAI YANG MENJADI TUKANG BAKAR BERBANDING MENCARI JALAN UNTUK MENYEJUKKAN KEADAAN.

RAMAI YANG BERHUJAH BAHAWA ABU BAKAR RA. DAN UMAR RA. ENGGAN MELANTIK ANAK MEREKA MEMEGANG JAWATAN SELAGI MANA MEREKA BERDUA HIDUP. JADI, ADALAH SANGAT WAJAR JIKA TGNA SEHARUSNYA MENGIKUTI JALAN YANG DIPILIH OLEH ABU BAKAR RA. DAN UMAR RA..ITULAH KATA MEREKA !

LUPAKAH MEREKA BAHAWA KEDUDUKAN RASULULLAH SAW. ADALAH LEBIH TINGGI BERBANDING ABU BAKAR RA. DAN UMAR RA. ?

BUKANKAH RASULULLAH SAW TELAH MELANTIK ALI RA, ABU BAKAR RA, UTHMAN IBN AFFAN RA, UMAR RA, ZUBAIR AL-AWWAM RA DAN RAMAI LAGI YANG PUNYA PERTALIAN DENGAN BAGINDA UNTUK MENJADI PENTADBIR KETIKA MANA BAGINDA MASIH SIHAT WAL AFIAT?

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN ITU DIBUAT ATAS KAPASITI KUASA YANG ADA PADA JAWATAN TERSEBUT. JAWATAN CEO PMBK HANYA TERHAD TERHADAP KUASA-KUASA BERKAITAN PMBK SAHAJA DAN MASIH TERLETAK DI BAWAH SELIAN DAN PEMANTAU KERAJAAN NEGERI KELANTAN.

BANYAK PERKARA YANG DIBUAT DAN DIPUTUSKAN ATAS NAMA PMBK MASIH MEMERLUKAN KEIZINAN LEMBAGA PENGARAH PMBK DAN CEO PMBK HANYALAH BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB PENTADBIRAN DAN MEWAKILI KERAJAAN NEGERI KELANTAN DALAM HAL EHWAL YANG MELIBATKAN PMBK.

LAINLAH JIKA CEO PMBK ITU MEMEGANG KATA PUTUS BAGI PIHAK PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. ADAKAH PARA PENGKRITIK MELIHAT DAN MEMPERTIMBANGKAN HAL INI?

TIDAK.

ADAKAH DENGAN STATUS MENANTU MENTERI BESAR ITU MEMBUATKAN KREDIBILITI IR. ARIFAHMI ABDUL RAHMAN MENJADI "NULL AND VOID" APABILA MELIBATKAN PROSEDUR PERJAWATAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN ?

JIKA PERLANTIKAN MENANTU TGNA SEBAGAI CEO PMBK ITU DILIHAT SALAH MAKA, SALAH JUGALAH TINDAKAN RASULULLAH SAW. MELANTIK ALI RA, ABU BAKAR RA, UMAR RA, UTHMAN IBN AFFAN RA, ZUBAIR AL-AWWAM RA DAN LAIN-LAINNYA KERANA MEREKA ITU MERUPAKAN MENANTU, MERUPAKAN MERTUA, MERUPAKAN SEPUPU DAN MERUPAKAN MACAM-MACAM LAGI KEPADA RASULULLAH SAW.

JIKA SOAL "TIDAK BOLEH MEMEGANG JAWATAN SELAGI MANA BAPA ATAU BAPA MERTUA MASIH MEMIMPIN" ITU MAHU DIJADIKAN HUJAH, BAGAIMANAKAH PULA DENGAN JAWATAN UST. NIK ABDUH DALAM DEWAN PEMUDA PAS PENGKALAN CHEPA? BAGAIMANAKAH JUGA DENGAN JAWATAN UST KHOLIL ABDUL HADI DALAM DEWAN PEMUDA PAS MARANG?

ADA ORANG AKAN MENJAWAB, ITU JAWATAN DALAM PARTI DAN BUKANNYA MELIBATKAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI. OLEH ITU, SOAL ITU TIDAK BERBANGKIT SAMA SEKALI.

NAMUN, SEDARKAH KITA BAHAWA SUSUNAN ORGANISASI ITU AKAN MEMBENTUK BADAN PENTADBIR APABILA PAS MENCAPAI KEMENANGAN DI SESEBUAH KAWASAN?

JUSTERU ITU, DENGAN RASA RENDAH DIRI, AKU MOHON KEPADA SEMUA SUPAYA FAHAMI ISU DAN BUANG JAUH PERSEPSI YANG ADA SEBELUM MENULIS TENTANG SESUATU KEMELUT KERANA PAS AKAN DIPANDANG KOTOR WALAUPUN HIT DI BLOG KITA MELAMBUNG TINGGI. - ubat-pahit (link URL blog ini akan dibuka kepada khalayak mulai tengahmalam, isnin jam 12.01am)

Pulak, dah bukan ayah Sheih pulak si Mat tu

Saing kita di Kelantan tulis seperti berikut:
Apa yang diberitahu oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang “Kolonel Mat” sebagaimana berita di atas sememangnya wujud. Akan tetapi bukan sebagaimana yang kebanyakan blogger paparkan di dalam blog masing-masing. Bukan al-marhum ayahanda kepada “Kickdefella” dan juga bukan sebagaimana yang digambarkan oleh orang-orang yang memusuhi Dato' Husam Musa.

“Kolonel Mat” hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja yang sedang memerhati tingkah laku dan gerakkerja beliau. Siapa dia, tinggal di mana, asal usul dari mana, berkawan baik dengan siapa hanya beberapa orang itu sahaja yang tahu. Apapun “Kolonel Mat” sememangnya wujud (Lebih menarik lagi kalau baca terus dalam blog dia)
Bacaan lain:
Apa hal dengan Amalina nih??? FUUUYOO anak Tok Guru (Towards Mardhatillah 28/11/09)
Saya kenal ‘Kolonel Mat’ – Kickdefella (Mingguan Malaysia 29/11/09)
Anwar gugat Pas? (Mingguan Malaysia 29/11/09)
Tidak tuju pada individu tertentu - Nasrudin (Mingguan Malaysia 29/11/09)
Siapa paling layak ganti Nik Abdul Aziz? (Mingguan Malaysia 29/11/09)
Antara Husam dan Nik Abduh (Mingguan Malaysia 29/11/09)
Petikan: Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.

Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.

MEMANG SAH BTN ALAT UMNO

Kalau ada orang kata Biro Tata Negara (BTN) hak negara Malaysia, akulah orang pertama yang tak akan percaya. Kalau ada orang kata BTN untuk perpaduan kaum, aku lagi tak percaya, dan kalau ada orang kata BTN boleh realisasikan Konsep 1Malaysia, maka amat ketaralah pembohongan dan kedurjanaan dusta UMNO dan BN.

Aku adalah salah seorang yang pernah hadir Program anjuran BTN. Masa aku student universitu dulu, aku pernah di hantar ke kem BTN di Kubang Lembik, Terengganu, dan apabila kau bertugas, bekerja dan berkhidmat dengan negara, aku dua kali di hantar ke program tersebut ke Pulau Langkawi dan janda Baik. Memang benar dalam program tersebut diisi dengan slot dan ceramah-ceramah berbau perkauman Melayu. Peserta disuruh insaf dan berterima kasih kepada Kerajaan BN dan dipaksa menyokong UMNO kerana UMNO dianggap pejuang dan penyelamat Melayu.

Semangat benci kaum lain seperti Cina dan India ditanam secara mendalam di kalangan peserta BTN. Sebab itulah dalam BTN, peserta yang hadir hampir semuanya Melayu mesti menyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API...Lagu tu membakar jiwa agar sayangi kaum Melayu dan benci kepada kaum lain. Selain itu, beberapa penceramah BTN dijemput hadir bagi tujuan 'brain wash' peserta BTN. Masa time aku hadir sebagai peserta di Langkawi dulu, penceramahnya adalah jelas dari UMNO seperti Ust Kamal Saidin (Pendang), Ust Nakhaie (Nakasone), Tajul Urus Mat Zain (Ketua Umno Merbok), Ust Pirdaus Ismail (bekas calon UMNO Permatang Pauh yang sepak tong peti undi) dan beberapa nama lagi yang aku tak mau sebut di sini.

Dalam program tersebut, peserta ditanam semangat dan sifat agar membenci penceramah dan pemimpin politik pembangkang seperti PAS, DS Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin Cina DAP yang dianggap sebagai pengkhianat negara. Aku masih ingat lagi salah seorang penceramah tu minta kami semua sebagai penjawat awam agar mempertahankan ketuanan Melayu dengan cara menyokong UMNO dan pastikan semua kakitangan kerajaan berpihak kepada UMNO agar UMNO dapat berkuasa selama-lamanya.

Jadi, jelaslah bahawa BTN merupakan alat UMNO. Pengisian yang dikatakan untuk perpaduan dan semangat cintakan negara seperti yang didakwa oleh TPM adalah retorik semata-mata dan satu pembohongan yang cukup besar. Apapun kami yang pernah hadir tahu apa yang berlaku dan tahu apa pengisian sebenar yangt diberikan.Memang semua penceramah BTN telah diasuh dan didik dan semestinya semua mereka adalah ahli dan pemimpin UMNO.

Sebagai bekas peserta BTN aku sokong langkah Kerajaan Selangor yang mengharamkan BTN untuk kakitangan di Selangor...Memang BTN adalah DAJAL sebenar yang merosakkan perpaduan kaum di Malaysia......

Kokus: Pendirian Ku Li waktu terdekat tapi ulangi hak Kelantan dinafi


PETALING JAYA, Nov 29 — Tengku Razaleigh Hamzah dijangka akan menyatakan pendirian sama ada menerima tawaran mengetuai kokus Parlimen mengenai pertikaian wang royalti minyak yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam waktu terdekat.
"Saya akan membincangkan respons saya kepada kokus yang disyorkan berhubung isu ini dalam tulisan saya akan datang," kata Pengasas Petronas ini dalam tulisan blognya yang dinantikan banyak pihak, awal pagi ini.
Bagaimanapun dalam tulisan kali ini Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan menekankan bahawa "hak di bawah Perlembagaan rakyat Kelantan telah dinafikan."
Penafian hak itu membawa implikasi melangkaui negeri Kelantan, kata beliau.
"Kerajaan (persekutuan) sudah menyatakan respons kepada tuntutan Kelantan untuk mendapatkan sebahagian keuntungan yang diperolehi daripada sumber-sumber petroleum yang dikeluarkan di luar pesisir oleh Petronas.
"Respons itu bertentangan dengan surat dan perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum.
"Perjanjian ini dibuat dalam bahasa yang mudah, yang cukup untuk pelajar sekolah memahami, dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris," kata beliau.
Tengku Razaleigh menyatakan demikian lima hari selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa terserah pada kebijaksanaan beliau sama ada mahu mengetuai kokus yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.
Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno, turut menyuarakan keyakinannya yang Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang akan membuat keputusan terbaik berhubung pelantikan itu.
"Saya merasakan beliau sudah lama berada dalam parti, jadi beliau tahu apa keputusan yang hendak dibuat," kata Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum itu bahawa Tenggku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang telah bersetuju untuk menerima tawaran pelantikan tersebut.
Muhyiddin juga menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan Pengasas Petronas dan bekas Naib Presiden Umno agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.
Mengulas lanjut, penafian hak rakyat negeri Kelantan itu jelas Tengku Razaleigh telah menyumbang kepada empat implikasi utama, antaranya menyangkal perjanjian yang sama dimeterai oleh Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan menafikan hak-hak berperlembagaan masing-masing.
Malah kata beliau, tindakan kerajaan enggan mengiktiraf tanggungjawab kontraktual berhubung peranan Petronas menimbulkan persoalan berhubung status bayaran kepada negeri-negeri lain.
Seterusnya beliau juga mempersoalkan sekiranya Petronas tidak lagi mengiktiraf ikatan perundangan untuk membayar kepada negeri-negeri yang dimaksudkan di bawah akta berkenaan, sama ada perjanjian sedemikian masih sah ataupun sebaliknya.
"Saya membantu menggubal dan merundingkan Akta Pembangunan Petroleum. Sebagai Pengasas Petronas, saya menandatangani perjanjian yang berasingan dan serupa berkaitan pembayaran dengan setiap Menteri Besar.
"Saya perlu menekankan bahawa Petronas seharusnya terikat dengannya dan kerajaan persekutuan tidak wajar campur tangan dalam tindakan mereka untuk memenuhi (peruntukan itu)," kata Tengku Razaleigh.

Ku Li: Oil royalty tussle has wider implications


KUALA LUMPUR, Nov 29 — Founding Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah has insisted the federal government should not interfere with the national oil firm's duty to give 5 per cent oil royalty to oil-producing states.
The Umno veteran said the Najib administration's refusal to pay the fee to Kelantan has cast serious doubt on the Putrajaya's "respect for the sanctity of contracts and the rule of law" and has implications beyond just that state.
"Let's not talk about attracting FDI and increasing domestic investment to take our economy to a higher level when we do not respect our basic obligations," the Kelantan prince wrote in his weblog this morning.
This is the second such criticism that the government has reneged on its agreements, the first being for its 20-year-long refusal to allow Communist Party of Malaya chief Chin Peng from returning home under the Hatyai peace accord signed on Dec 2, 1989. The 85-year-old has sued to return home but the courts have ruled against him while the government said it can't forgive him for his war against the state that killed thousands.
The DAP has criticised the ruling Barisan Nasional for the Chin Peng snub, while its Pakatan Rakyat ally, PAS which has ruled Kelantan since 1990, has asked the Gua Musang MP to head a caucus to press for Kelantan to get the oil royalty for oil and gas extracted off its shores. Tengku Razaleigh has yet to decide but his party leaders have cautioned him against doing so.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has said Putrajaya will only offer "compassionate payment" through the Federal Office as the north-eastern state is not eligible for oil royalty because the fossil fuel is extracted beyond the three nautical mile state limits. It had changed the oil royalty to a similar payment for Terengganu when the state fell to the opposition in the 1999 general election.
However, both Sabah and Sarawak get oil royalty as guaranteed under the Petroleum Development Act 1974 which Tengku Razaleigh had drafted.
"I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the mentris besar of the states.
"I must insist that Petronas is bound by them and that the federal government should not interfere in their fulfilment," said the politician popularly known as Ku Li.
He noted that the government's response "violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each state government and Petronas under the Petroleum Development Act which is written in plain language that even schoolchildren can understand.
"The constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan," he said.
Tengku Razaleigh said Putrajaya's refusal negates an agreement signed between the Kelantan government and Petronas and "by implication, it negates identical agreements signed by Petronas with every other state and deprives the people of their constitutional rights".
"The government's refusal to recognise a straightforward contractual obligation on Petronas's part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states," he said.
"The states' rights to 5 per cent of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the states vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to Petronas.
"In return for this Petronas is legally bound to pay the states the 5 per cent directly," he added.
The former Semangat 46 chief said the state oil firm's recalcitrance to pay under the law will make the states particularly Sabah and Sarawak "now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to Petronas remains in force" as the government's response was to replace Petronas's legal obligations under the Petroleum Development Act with an arbitrary "compassionate payment" from Putrajaya.
Oil and gas is extracted in the waters off Kelantan, Terengganu, Sabah and Sarawak. The discovery of fossil fuels off the Malay peninsula in the 1970s helped fuel economic growth but critics say the government is spending the petro-ringgit rather than salting it away.
The four states are also among the poorest in the country but Petronas has used its cash pile to build its iconic Petronas Twin Towers headquarters and the Putrajaya administrative capital apart from contributing some 40 per cent of the annual operating expenditure under the Budget.
The oil and gas fields off Kelantan waters are in a jointly-disputed area and is being developed together with Thailand.

'Najib, build 1Malaysia by demolishing BTN'



'Sane Malays do not support it because it is a racial indoctrination imbibing hatred against the non-Malays and non-Muslims. Having closed BTN down, send its entire personnel for re-orientation course on humanities and sociology.'

'BTN promotes unity? My foot'

RR: If Prime Minister Najib Razak is really serious in building a 1Malaysia, he should first abolish BTN forthwith. Sane Malays do not support it because it is a racial indoctrination imbibing hatred against the non-Malays and non-Muslims. Having closed BTN down, send its entire personnel for re-orientation course on humanities and sociology.

In this modern and enlightened world, a responsible government should embark on social engineering to help all races of all denominations who are living in poverty that affects their livelihood, good education and shelter.

In this process the rural Malays, the displaced Indians from the estates, the Orang Asli of all states must be helped whether the Federal Constitution so stipulates or not. Besides, the best should be rewarded irrespective of any race for the progress of this nation. This then is good and fair governance.

Benny: The intent of the BTN is good but the way it is being conducted is shockingly bad. My colleague son attended one last year and summarised it as:

1. Brainwashing session

2. Non-bumi cannot question bumi rights

3. All non-bumi are second-class citizen and has to accept this fact. They should appreciate that they are allow to stay in the country.

4. Lectures were conducted in military Hitler-style.

He said that they left the BTN camp feeling worse and more disunited. Even his fellow bumi colleagues were ashamed that the non-bumis were subjected to such humiliation.

Sukdershan Singh: The BTN is getting transparent, check this site for their syllabus.

But I still hold the same view, they are a danger to the solidarity among the races. I suggest anyone who has attended these racist BTN courses make a statutory declaration and lodge a report with the relevant agencies, for example PDRM and Suhakam.

Ahmad Kamal: The BTN became more active in sowing propaganda for BN during the reformasi street protests in 1998. University campuses were targeted when it was clear that students were active in these protests and student support for regime change was increasing.

Mano: According to my son's former classmate, the non-Malays are told to just accept anything dished out to them and to accept that the Malays are supreme beings. I do not think for one moment any religion would condone this, especially threatening the young minds and at the same time emboldening others.

SusahKes: I am shocked to see that our MSM (mainstream media) continue to remain quiet on this issue. It just lends credence to the opinion that MSM editors are happy to play suck up to Umno, even if it means compromising on racial harmony.

BS: It's actually quite frightening to note that the BTN (Biro Tatanegara) indoctrination courses may have been modelled after Hitler's indoctrination of young Nazi youths. I was also shocked to see the video clip 'Anak Kecil Main Api' and the other gruesome stories of racist brainwashing. Selangor did the right thing.

Charles Chia: Muhyiddin Yassin says BTN promotes unity. What a big joke. The entire nation must be blind and deaf in the eyes of Umno leaders. All possess deluded minds, thinking that Malaysians will swallow hook, line and sinker whatever they dish out.

LL: I attended this BTN course before. The main aim seems to be instilling fear and hatred among the Malays towards the non-Malays in this country. The trainers are all very racist.

Freemsia: BTN is no doubt racist! My twin sons and daughters went for one of these camps. They came back and told me that the lecturers there said non-Malays have to acknowledge the Malays are the true people of this land and non-Malays should never question their special rights. Now, my twin children have a negative perception of the country.

KayKay: The same BTN-style crap goes on at government universities where all students are forced to study Malaysian Studies. The tutors seem to be Special Branch agents and BN members doling out BN propaganda and a warped "Melayu and Islam are the greatest" racist version of Malaysian history. The role of others is conveniently left out.

Students who protest the crap that they have to put up with are threatened with expulsion from the class or failing marks. How many people know this?In fact, not so long ago Malaysian Studies became a controversial issue in Parliament. The government promised to amend the module. Nothing of that sort has happened. Students are still forced to lap up BN propaganda.

Abdul Rahman Lim: The world over knows very well that Malaysia is a multi-religious and a mutli-racial country where the different races go about their daily business without much farce.
Much has been publicised about the colourful races of Malaysia with mosques and temples found all over the country. Yet, after 52 years of independence, we still see and hear about racism and the all-out war by the most dominant race against the other minority.

Why the other component parties of BN are not reacting to such racism? This is one of the many "Yes man" episodes that had actually brought their downfall.
Failure from any politician, be it from the ruling party or otherwise, to rectify the situation shall bring about a more disastrous situation in Malaysia between the different races.

Antara Husam dan Nik Abduh



PERKEMBANGAN politik Pas terutama di Kelantan makin panas sehingga menyebabkan cengkaman politik Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat goyah.
Kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantu beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman atas tuduhan rasuah, membawa episod baru apabila beliau diarahkan melepaskan jawatan. Dalam sebuah laman blog, Mohd. Ariff Fahmi dan isterinya yang juga anak Nik Aziz, dikecam teruk.
Belum pun reda isu tersebut dan isu penajaan haji kepada Nik Aziz oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai kontrak di Kelantan, tercetus pula pergeseran antara Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Husam Musa dan anak kepada Nik Aziz, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Husam dalam satu laporan media menyatakan beliau ‘diserang’ menerusi kritikan anak Nik Aziz. ‘‘Jika dijawab (serangan itu) nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru. Jadi saya bersabar,” katanya. Beberapa hari sebelum kenyataan itu, berdasarkan sumber dalaman Pas Kelantan, Husam dilaporkan mahu melepaskan jawatan tetapi beliau menafikan laporan tersebut.
Nik Abduh pula menyuarakan simpati terhadap bapanya yang menjadi mangsa permainan politik yang sengaja dirancang, yang sesetengah pemerhati mengaitkannya dengan proksi pemimpin tertentu.
Menurut Nik Abduh, berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal. Walaupun tidak menyebut nama, ia jelas merujuk kepada Husam. Apa maknanya? Yang pasti, pergeseran itu menambah kekusutan Nik Aziz terutama sejak isu cadangannya memanggil muktamar agung luar biasa bagi membersihkan parti itu daripada beberapa kerat pemimpin pro Presiden Pas, Hadi Awang ditolak. Ia digantikan dengan seminar yang akhirnya mengundang kritikan balas perwakilan.
Siapakah yang Nik Aziz mahu memihak sama ada Husam, yang merupakan ayam tambatan politiknya atau anak beliau sendiri yang juga mempunyai karisma? Pendirian kedua-duanya berhubung sama ada wajarkah Nik Aziz berundur atau terus kekal, juga berbeza. Husam mencadangkan agar Nik Aziz mempertahankan kerusi DUN dan turut bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri. Nik Abduh pula lantang mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada berundur suatu hari nanti.
Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.
Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.

Anwar gugat Pas?



PENDEDAHAN Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa perjalanan parti itu tidak seimbang dan bergegar sepanjang masa kerana wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan, mengundang persoalan besar.
Menurut Nasruddin, disebabkan wujud suara luar, tahap thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan parti berkurangan selain trend menghentam secara terbuka. ‘‘Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri.
Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat,” katanya menerusi blog yang turut disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin.
Awang melihat kenyataan Nasruddin cukup berani dalam mengakui masalah dalaman parti itu yang kemelutnya kian merumitkan.
Persoalannya pengaruh atau suara luar manakah yang dimaksudkan? Ia terserah kepada tafsiran tetapi beberapa pemimpin Pas mengaitkannya dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.
Sudah banyak kali Awang menulis termasuk dalam ruangan ini tentang bagaimana pengaruh Anwar meresap ke dalam Pas sehingga parti itu terpecah dua. Satu kumpulan terdiri daripada pemimpin yang menyokong dan berkongsi aspirasi Anwar, yang dirujuk sebagai Erdogan. Tidak perlu disebut nama, semua ahli Pas tahu siapa mereka. Satu kumpulan lagi menyokong arus perdana yang diterajui sendiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang.
Kekalahan Hadi bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu dan tumbangnya kerajaan Pas di Terengganu pimpinan beliau, menjadikan golongan itu lebih berpengaruh.
Yang pasti hari demi hari, bibit-bibit perpecahan Pas makin ketara. Semua ini berlaku sejak parti tersebut mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP. Atas percaturan politik mengikut strategi Anwar, golongan Erdogan berjaya mempengaruhi Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat agar lebih akur kepada kedua-dua parti dalam pakatan itu.
Belum pernah dalam sejarah, elemen parti lain meresap sebegitu hebat ke dalam Pas. Akibatnya, imej dan kekuatan tersendiri Pas yang bertahan bertahun-tahun lamanya, tergugat. Golongan Erdogan tidak lagi meletakkan kepentingan parti itu di puncak kerana lebih teruja dengan agenda menempatkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa. Paling menghairankan, mereka tiada keyakinan kepada pemimpin Pas untuk memerintah kerajaan pusat.
Pada seminar khas Pas baru-baru ini, ada perwakilan menegur Harakah kerana lebih menonjol memberikan liputan kepada Anwar berbanding pemimpin Pas. Malah kedengaran cakap-cakap bahawa organ media Pas itu turut menerima bantuan kewangan daripada PKR.
Pada Awang, kesilapan terbesar Pas ialah membiarkan pengaruh Anwar merebak ke dalam parti itu. Tetapi belum terlewat untuk Hadi bingkas tegas mempertahankan keutuhan dan kewibawaan Pas. Kumpulan Erdogan perlu dineutralkan jika pun tidak dapat dibersihkan sama sekali. Awang lega kerana para penyokong Hadi sudah berani bertindak untuk menyelamatkan parti itu daripada musuh sebenar, yang berada di depan mata dan di dalam selimut yang sama.