Jumaat, 27 November 2009

Madey Kuttti

Bekas editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain akan meletopkan pekong Mamak Mandey melalui bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

Antara yang dibongkarnya ialah perjanjian sulit yang dibuat oleh mamak mandey membenarkan Amerika mendirikan Pusat Latihan Hutan di Johor, pusat baikpulih kapal di Lumut dan pusat membaikpulih pesawat C-130 Hercules di Kuala Lumpur.

Mamak Kutty juga mengambil wang rakyat untuk membina Ibu Pejabat UMNO, Putra World Trade Centre.

Lain-lain skandal yang akan membogelkan Mamak Kutty termasuk kes Bank Bumiputra di awal 1980an. Kerugian Perwaja Steel berjumlah RM2.56 billion. Pembelian M.V. Agusta bernilai RM348 billion.


Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft.

Mahathir’s Umno financed its new Putra World Trade Centre headquarters in Kuala Lumpur partly with taxpayers money, by forcing state-owned banks to write off at least RM140 million in interest on Umno loans.

All the rakyat’s hard earned money down the drain and they have the audacity to raise fuel prices and asking the people to change their lifestyles.

WANG RAKYAT HABIS DIJOLI OLEH MAMAK KUTTY DAN MALAUN MALAUN BELAANNYA

Kerajaan Rakyat

UMNO...Masa Mintak Dulu Semua Pakat Diam.. Bila Dapat...!!!!



Isu royalti, hinanya pimpinan Umno
oleh Mohd Sufian Ahmad

Sejak pengumuman Datuk PM kita berkenaan wang ehsan untuk Kelantan, saya telah mengikuti dengan penuh minat dan sabar.

Seronok sebenarnya membaca dan mendengar berita-berita yang di dokong oleh pihak kerajaan pusat dalam televisyen mahupun suratkhabar.

Berita Tuan Guru di kaitkan dengan wang penajaan menunaikan haji di gembar gemburkan hingga Tuan Guru terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Maka dengan lantang Adnan Yaakob, setiausaha UMNO memberitahu kalau dia di beri wang percuma pun dia takkan ambil ?

Benarkah begitu suci hatinya seperti yang di kata ? Atau sudah terlalu kaya dengan wang sejak menjadi orang kenamaan ? Puak-puak ini, mereka bercakap macam burung tiong dan berkokok macam ayam saja.

Sebagai orang yang di pilih rakyat adalah begitu tidak matang menilai sesebuah isu. sepatutnya kaji dulu dan dengar dari sumber yang benar.

Apa yang saya nak bagi pandangan adalah berkenaan wang ehsan yang akan di berikan oleh kerajaan pusat.

Banyak sangat dolak dalih,menafikan hak rakyat kelantan hinggakan Mustapha Mohammad yang saya kagumi pun menjadi pengecut berkenaan isu ini.Awang Adek ? lagilah pengecut.

Sepatutnya sebagai pemimpin yang di pilih rakyat, mendahului kepentingan rakyat walaupun mereka dalam UMNO atau dalam PAS .

Saya percaya jika ada pilihanraya kecil di kelantan nanti, isu royalti minyak akan di canang pada penduduk kampung.

Dan percayalah, penduduk kampung sekarang jauh melangkaui kebijaksaan pemimpin UMNO itu sendiri. cuma mereka tidak berpelajaran tinggi sahaja.

Sekarang isu Kaukus, bila Kuli di pilih mengetuai angkatan ini, dengan pantas Muhyiddin menyindir Kuli untuk memikirkan dengan teliti langkah tersebut.

Mereka lupa, pembabitan isu ini dari wakil rakyat UMNO dan PAS kelantan sepatutnya perlu. Bukan kita nak memihak mana-mana pihak. Ini adalah untuk kepentingan rakyat kelantan.

Inilah kekecewaan rakyat kelantan dalam memilih pemimpin yang sangat pandai mengampu ketua-ketua.

Alangkah hinanya pemimpin ini yang menafikan kepentingan rakyat sendiri semata-mata kepentingan sendiri. Kelakar juga bila mereka sepantas kilat menyokong saranan kerajaan pusat memberikan wang ehsan untuk Kelantan.

Sebaliknya pemimpin pakatan rakyat yang tidak kena mengena dengan Kelantan bangun mempersoalkan hak ini.

Inilah sebenarnya pemimpin di kehendaki rakyat yang berjuang menegakkan kebenaran.

Elok sangat kalau mereka yang mengampu kerajaan pusat membaca pandangan saya ini. Ini hanyalah pandangan daif dari seorang rakyat yang hanya hidup dengan mak ayah menoreh getah di kawasan pendalaman Gua Musang.

Saya rasa cukup terhina bila pemimpin dari negeri Kelantan pun mempersoalkan hak rakyat sendiri. Cuba la Datuk Pa , datuk Annuar Musa, Dato Awang Adek dan lain-lain pemimpin UMNO membuka balik perjanjian petroleum yang di telah dimeterai oleh Tengku Razaliegh dan pemimpin dahulu.

Janganlah berkokok sesudah matahari terbenam. Sebaiknya kalau Tuan Guru mendedahkan surat perjanjian untuk tatapan umum.

Baru kita rakyat yang tidak bersekolah tinggi tahu kedudukan sebenarnya. Boleh membezakan mana yang benar dan batil. Wallahualam.

Apabila Gesaan Nik Amar Disambut Oleh UMNO..!!! Terserlah bukti UMNO@BN nak singkirkan TGNA..bagi UMNO@BN selagi TGNA jadi MB...usah mimpi untuk bertapak kembali di Kelantan..!!!!!

Akhirnya gesaan Nik Amar Nik Abdullah (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Timb Pesuruhjaya III PAS Kelantan telah mendapat respons positif dri UMNO!

Malaysian Insider melaporkan Umno Kelantan turut menggesa barisan kepimpinan PAS negeri itu segera menamakan seorang pengganti yang jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya memberi pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata hanya dengan langkah itu nasib rakyat dapat dibela selepas barisan kepimpinan diterajui Nik Aziz kini bercelaru dengan isu isu dan masalah dalaman parti.

Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan sejak selepas pilihan raya umum 1990.

Beliau berkata, masalah dalaman yang dihadapi PAS negeri itu menyebabkan kebajikan rakyat terjejas kerana tumpuan pemimpin telah beralih arah.

Semalam Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Nik Aziz menamakan penggantinya.

Ahmad disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz jika beliau berundur.

Oleh kerana Nik Aziz masih sihat, Ahmad yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan berkata, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sebagai Menteri Besar.

"Tiada keadaan terdesak. Menteri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa," kata beliau.

Pandangan itu diberikan beberapa jam selepas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut bersetuju supaya Ahmad dilantik Menteri Besar menggantikan Nik Aziz kelak.

Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa kelmarin.

Husam berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.

Mohd Amar dan Husam juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Sebelum ini beberapa pihak dalam PAS sendiri mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu sebagai pentadbir negeri ini termasuklah Mohd Amar.

Awal minggu Mohd Amar menyarankan Nik Aziz agar menamakan penggantinya lebih awal untuk mengelakkan timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan itu kelak.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Nik Aziz sepatutnya membuat keputusan kerana beliau tidak boleh memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menongkat langit sampai bila-bila. Maka harus ada pengganti yang sudah dikenal pasti.

"Macam kita di peringkat pusat, Perdana Menteri akan digantikan oleh timbalannya. Di Kelantan ini pula, semua orang tampil dengan pendapat yang berbeza-beza," tegasnya

Kemelut dalaman PAS Kelantan dilihat meruncing sehingga memaksa Nik Aziz mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.


Ulasan GB

Nik Amar Nik Abdullah sudah lupa bahawa ayahnya Nik Abdullah Arshad telah menjadi wakil tunggal PAS di Parlimen pada 1987 dengan kerusi Pengkalan Chepa yang diberikan oleh TG Nik Abdul Aziz (TGNA adalah wakil tunggal PAS di Parlimen selepas memenangi kerusi Pengkalan Chepa pada 1983-1986). Kini Nik Amar sudah giat untuk menydesak TG Nik Aziz menamakan pengganti - yang memberi persepsi bahawa Nik Amar mahu cepat TGNA berundur dan mahu jika namanya diumumkan sebagai pengganti!

GB memfitnah?

Lihat senario ini terlebih dahulu.

Nik Amar yang diketahui sebagai pemimpin yang menyokong gagasan UG di Kelantan memang tidak sehaluan dengan Husam Musa. Itu sebab apabila nama Datuk Ahmad Yaakob disebut-sbut sbagai pengganti TGNA, Nik Amar cepat-cepat menyokongnya.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai menteri besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika menteri besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya. -malaysiakini


Perhatikan nada jawapan Nik Amar di atas apabila diajukan soalan mengenai Husam Musa. Jarang sekali seorang pemimpin parti akan menggunakan unggapan "Itu hak dan soal dia" terhadap sesama pemimpin parti, yang jelas menonjolkan Nik Amar yang sebenar.

Mujur Datuk Ahmad Yaakob yang tidak mahu TGNA terluka, tidak termakan dengan ampu Nik Amar apabila Datuk Ahmad menyatakan bahawa "Tiada keadaan terdesak. Menteri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa"

Husam lebih menampakkan ketulusan apabila dengan terang dan jelas menolak untuk dinamakan sebagai pengganti TGNA yang mencontohi kerendahan diri seperti Umar Al-Khattab sekalipun telah dinamakan sbagai Khalifah oleh Abu Bakar, sekalipun TGNA sendiri telah memberikan klu bahawa Husamlah yang bakal menggantinya.

Kini desakan dan gesaan Nik Amar itu disambut dan disambungkan oleh UMNO Kelantan. Nik Amar sanggup melukakan TGNA yang tentunya disukai UMNO. Tahniah Nik Amar. Kebenaran akan tetap terpancar.

Ini sama kes dengan Nik Abduh yang telah menerima pelawaan Pemuda UMNO untuk menyertai UMNO setelah beliau menghentam ayahandanya sendiri di satu ketika sebelum ini, tetapi Nik Abduh menolak dengan sipu-sipu malu pelawaan Pemuda UMNO itu!

Jangan ada lagi yang mendesak TGNA menamakan pengganti dan jangan ada yang menempelak "Bodoh" kepada orang yang ingin TGNA kekal sebagai MB kerana mereka bersama UMNO untuk menjatuhkan TGNA.

Seerah Rasulullah: Tiada siapa mendesak Rasulullah menamakan khalifah sementara hayat Rasulullah s.a.w. dikandung badan.

Blog Kelab GB, Terang, Tajam dan Tepat. InsyaAllah.

Anwar: Perjuangkan rakyat Malaysia, bukan kaum tertentu




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya sebulat suara memperjuangkan hak yang dituntut atas nama Malaysia, bukan kepada kaum tertentu sahaja.

Anwar berkata, ‘perjuangan rakyat Malaysia’ perlu menjadi tunggak dalam kepimpinan dan pentadbiran dalam sesebuah masyarakat.

Anwar yakin, segala masalah yang dihadapi masyarakat India dapat diatasi sekiranya mereka bekerjasama memperjuangkan hak secara samarata, bukan menggunakan pendekatan kaum.

“Saudara, politik Malaysia, keadaan politik di negara kita sudah berubah. Masalah orang India, Hindu dan Tamil perlu dilihat dan diperjuangkan sebagai masalah Malaysia. Baru boleh selamat," kata beliau

Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ulangtahun ke-2 Hindraf Peringkat Kebangsaan bertemakan “Raising of Malaysian Indian Voices” di Klang, semalam.

Bagaimanapun, Anwar menasihati pemimpin Hindraf agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kaum mereka sendiri.

Mana-mana orang yang mengaku dia pemimpin Hindraf, siapa kata dia pemimpin Makhal Shakti, siapa dia pemimpin India? Saya orang Melayu, biar saya beritahu, sebagai rakyat Malaysia, jangan khianat kepercayaan masyarakat India dan Hindu di negara ini," katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru masyarakat India menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang Umno yang mengamalkan politik perkauman.

Kata beliau lagi, “Lawan untuk gaduh? Tidak, lawan untuk menangkan rakyat. Lawan tolak rasuah .Lawan tolak orang sombong. Lawan tolak orang bagi kita mati dan pukul kita. Lawan untuk selamatkan negara kita."

“Negara ini bukan negara miskin tetapi kaya. Kita ada upaya untuk bantu semua," tambah beliau.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat yang telah berjaya mentadbir lima negeri tidak pernah lupa memperjuangkan nasib kaum India kerana pakatan berkenaan mengutamakan ketuanan rakyat bukannya ketuanan kaum tertentu.

Ada orang kata Anwar, Keadilan Pakatan Rakyat bila sudah menang lupa dengan kita, saya mahu beritahu kamu tahu bagaimana saya berkempen dan bahan politik saya. Masuk penjara keluar penjara saya tidak kira, tetapi saya bagi tahu kami di sini untuk Melayu, Cina dan India di Malaysia”. – Hadri Yaziz

Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz


Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca.
Salam Ukhuwah,
Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!
Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.
Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…
Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.
Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.
Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…
Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.
Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!
Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!
Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!
Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!
Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.
Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.
CEO
Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.
Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!
Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.
Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.
Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.
Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.
Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.
Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.
Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.
Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.
Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.
Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.
Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.
Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…
KEMELUT
Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.
Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!
Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.
Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.
Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.
Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.
Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.
Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?
Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.
Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.
Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!
Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.
Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.
Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.
Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.
Ini luahan hati seorang isteri…
Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

Two parts in Bala’s SD, explains PI’s lawyer: Razak Baginda had every opportunity of denying all Bala had said in his first SD



The first statutory declaration signed by controversial private eye P Balasubramaniam consists of two parts – one on what was told to him and the other involves what he personally saw himself. According to Balasubramaniam’s lawyer, Americk Singh Sidhu , the first part involves statements that the private investigator was in a position to ascertain their truth.
“He was therefore alluding to the fact that these statements were made to him, but was not alluding to the truth of those statements.”
This include where Balasubramaniam said he was told about the fact that Najib and murdered Mongolian woman Altantuya Shaariibuu had a relationship.
“The second part of Bala’s first SD reflects what he experienced himself. This would be not be regarded as hearsay evidence.”
Examples are the message Balasubramaniam saw on Abdul Razak Baginda’s mobile phone on the day the political analyst was arrested.
The SMS message, purportedly from Najib Abdul Razak, informing Razak Baginda that the then deputy prime minister was “seeing the IGP (inspector-general of police) at 11am that day and to be cool”.
Razak Baginda, known to be Najib’s close confidant, was later freed from the charge of abetting the murder of his former lover Altantuya.
Americk also said that the Altantuya trial raised more questions than answers and where certain evidence was not brought to court.
“As the matter stands, we have two highly trained members of the Special Action Force killing a Mongolian national for no apparent reason. This is what was bothering Bala at the time he made his first SD.”
The following is the final of a three-part interview:
Malaysiakini: When you recorded Bala’s first SD, did you feel he was telling you the truth?
Americk: I have said this before. I have no reason to doubt the contents of Bala’s first statutory declaration (SD). However, it must be borne in mind that there are actually two parts to Bala’s first SD.
The first part involves statements that Bala says were told to him by third parties. Bala himself cannot verify the truth of these statements. That is why I said at the first press conference that these statements reflect exactly that.
All Bala was saying is that these statements were made to him and that he perceived them with his own senses. He was therefore alluding to the fact that these statements were made to him, but was not alluding to the truth of those statements.
In legal parlance these statements were hearsay and would not be admissible as evidence in a court of law until and unless they could be supported by other independent evidence and even if they were, the weight of this combined evidence is something a judge would have to consider before accepting or rejecting it.
Examples of statements under this category would include the following:
1) That Altantuya had a relationship with Najib.
2) That Razak Baginda was introduced to Altantuya by Najib at a diamond exhibition in Singapore.
3) That Altantuya was promised a commission of US$500,000 for her services in the Scorpene submarine deal.
The second part of Bala’s first SD reflects what he experienced himself. This would be not be regarded as hearsay evidence. Examples of these statements include the following:
1) That he had contact with Altantuya on a number of occasions in October 2006.
2) That Razak Baginda hired him to keep Altantuya away from him.
3) That he saw Azilah (Hadri) and Sirul (Azhar Umar) bundle Altantuya into a car outside Razak Baginda’s house on the night of Oct 19, 2006.
4) That Altantuya, at that time and place, had asked Bala to arrange for her to see Najib.
5) That Bala had, on Oct 21, 2006, received a call on his mobile phone from Musa (Mohd) Safri whilst he was outside the front gate of Razak Baginda’s house, asking to speak to the police officer who was there attempting to persuade three of Altantuya’s friends to disperse.
6) That Bala had given evidence for the prosecution in the Altantuya murder trial and had not been asked a number of very pertinent questions.
7) That Bala had himself seen a message on Razak Baginda’s mobile phone (the day Razak Baginda was arrested), purportedly from Najib, informing Razak Baginda that he was “seeing the IGP at 11am that day and to be cool”.
It is also pertinent to note that Razak Baginda  had every opportunity of denying all Bala had said in his first SD, at the press conference he called after his acquittal. However, he chose not to say anything except that he had given his statement to the police.
If there is any doubt as to the veracity of Bala’s first SD, this can be tested by comparing it to two other statements recorded from him.
The first statement was recorded by the investigating officers in the Altantuya murder case. This is the statement Bala complained of in his press conference and first SD. He alleged that all ’sensitive’ information he had given the police was erased from that statement.
The second statement was given to senior federal counsel Sallehuddin (Saidin) just prior to the commencement of Altantuya’s murder trial. It must be remembered Sallehuddin was one of the prosecutors on the first prosecution team but dropped when the second prosecution team was mustered.
According to Bala, this second statement is 76 pages long and details everything that appeared in his first SD.
If the police are really keen in looking into this whole matter again to determine the truth, my suggestion would be to obtain copies of both these statements and compare them to the contents of his first SD. After all, they were prepared by the prosecuting authorities and should be readily available to the police.
What prompted Bala into making the first SD?
As Bala pointed out, he was a little frustrated that the police had not investigated the murder properly and that the prosecution had not conducted their case appropriately. He had been called to give evidence as a prosecution witness but was not asked a number or relevant questions.
He felt the police and the prosecution were trying to cover up the possible involvement of other parties in this murder.
There is no doubt Azilah and Sirul shot Altantuya in the head and blew her body up with C4 explosives. The court has already found them guilty.
There is also available on the Internet a full confession under s.113(1)(a)(2) of the Criminal Procedure Code, signed by Sirul and dated the 9.11.2006 (Travers report no. 7380/06) in which he has detailed the circumstances in which he and Azilah committed this murder.
There is also a mention of a promise of a reward of RM100,000 for these services. This statement was recorded by one inspector Nom Phot Prack Dit at Bukit Aman. This statement was not allowed to be tendered at the murder trial.
Azilah and Sirul did not give evidence under oath in their defence and therefore avoided any cross-examination on motive.
As the matter stands, we have two highly trained members of the Special Action Force killing a Mongolian national for no apparent reason.
This is what was bothering Bala at the time he made his first SD.
In his experience as a police officer attached to the Special Branch, he found it rather odd that two policemen would kill someone without receiving instructions to do so from their superiors.
In this case Azilah  and Sirul were Najib’s bodyguards and were supposed to take instructions from Musa Safri, Najib’s ADC (aide-de-camp).
Bala felt Musa Safri, at least, should have been called to the stand to testify.
Do you think the Altantuya murder trial was conducted in a fair manner?
Fair to who?
I think the first question that ought to be asked is why it was necessary to change all the players in this trial even before it started? No doubt this is the prerogative of the accused in their choice of counsel, and of course the Attorney General’s Chambers in the appointment of prosecutors it feels more suitable. Of course a judge can be changed as well, but all three parties at once seems a little odd.
As the trial proceeded, it became obvious that there was a concerted effort by the prosecution and the defence to prevent any highly fragile evidence from being adduced. This became even more obvious during the questioning of Altantuya’s cousin, Burmaa Oyunchimeg, by Karpal Singh, who was holding a watching brief for Altantuya’s family.
Burmaa, whilst being questioned by the prosecution had mentioned a photograph shown to her by Altantuya that showed Altantuya, Razak Baginda and a senior government official at a meal. The prosecution and the defence vehemently objected to the eventual answer that Burmaa gave, ie that the senior government official was Najib.
This episode begs the question as to whose interests the defence was supposed to have been protecting? Certainly not their own clients.
It is also interesting to remember Sirul’s statement from the dock at the end of the trial. He said, and I quote, “A black sheep that has to be sacrificed to protect unnamed people who have never been brought to court or faced questioning”.
I think that says it all.

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS..!!! Kita teka sape yang bersalah MB NS atau Pengurup Wang..???



Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

Peguam: SD Bala mengandungi dua bahagian



Akuan bersumpah (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengandungi dua bahagian - satu bahagian mengenai apa yang diberitahu kepadanya dan satu lagi mengenai apa yang dilihatnya sendiri.

Menurut peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, bahagian pertama membabitkan kenyataan-kenyataan di mana penyiasat persendirian itu dalam kedudukan untuk mengesahkan kebenarannya.

Ini termasuk bila Balasubramaniam berkata dia diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu ada menjalin hubungan.

Americk berkata, bahagian kedua SD Balasubramaniam mengandungi apa yang dialami sendiri.

Contohnya ialah meseg SMS yang dilihat oleh Balasubramaniam pada telefon bimbit Abdul Razak Baginda pada hari penganalisa politik itu ditangkap.

SMS itu dikatakan memberitahu Razak baginda bahawa timbalan perdana menteri ketika itu menemuiIGP (ketua polis negara) pada jam 11 pagi hari berkenaan dan diminta bertenang.

Razak Baginda, yang dikenali rapat dengan Najib, kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh bekas kekasihnya, Altantuya.

Americk juga berkata perbicaraan Altantuya telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan di mana bukti tertentu tidak dikemukakan di mahkamah.

Katanya, dua anggota unit tindakan khas didapati bersalah membunuh seorang rakyat Mongolia tanpa sebab yang jelas dan perkara itulah yang mengganggu fikiran Balasubramaniam ketika dia membuat SD pertamanya.

Peralihan kuasa di Kelantan tak perlu disegerakan'



Peralihan kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik, kata timbalan menteri besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat.

"Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.

Beliau - yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz - diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:

"Semua orang ada keistimewaan masing-masing. Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."

Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu.

"Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya.

BN-Umno Dalang Perpecahan Kaum India Di Malaysia


Exco Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Umno dan parti suruhan MIC mendalangi perpecahan kaum India di Malaysia.

Ketika dihubungi Tv Selangor, Xavier melahirkan kekesalan dengan isu ini dan berkata kaum India bukan sahaja berpecah sama sendiri, bahkan terpisah daripada kaum lain.

Statistik menunjukkan kadar kemiskinan dan belia bermasalah dalam masyarakat India amat tinggi. Dipinggirkan sekian lama, tidak mengejutkan jika elemen-elemen ekstrem lahir dari ketidakpedulian kerajaan sebelum ini.

Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan negeri hari ini mengambil pelbagai langkah membantu masalah kemiskinan masyarakat India melalui pendidikan dan bantuan sewajarnya agar kaum minoriti ini tidak terputus dari arus perdana.

“Kita beberapa kali telahpun nyatakan bahawa seorang pemimpin India memang kena belajar dan dia kena tolong dan bantu semua orang, bukan sahaja kaum India, begitu juga dengan pemimpin Cina dan Melayu”, jelasnya.

Xavier berkata kewujudan Badan Bertindak Hak Hindu, Parti Makkal Sakhti dan Parti Hak Asasi Manusia menunjukkan perpecahan kaum India semakin serius.

Beliau berpendapatan perpecahan ini didalangi oleh Umno-BN, bagi memastikan kaum India tidak terikut dengan arus perubahan menyeluruh yang dibawa Pakatan Rakyat.

“Saya nampak sekarang ialah Makhal Sakhti ini yang telah didaftarkan macam itu cepat sangat satu permainan oleh Najib dengan Umno dan Barisan Nasional untuk pecah belahkan orang-orang India dalam kalangan rakyat di Malaysia. Dan ini adalah satu-satu caranya macam mana orang British gunakan pecah dan perintah ini ditunjukkan dan dipermainkan oleh Najib”, kata Xavier lagi.

Mengulas kemungkinan penyertaan Parti Makkal Sakhti menyertai Pakatan Rakyat Selangor, Xavier berkata ia tidak memberi impak besar kerana masyarakat India di negeri ini sedia maklum bahawa perubahan hanya akan berlaku jika semua kaum berganding-bahu.

“Parti Makhal Sakhti ini tidak akan ada banyak kesan atas Pakatan Rakyat sebab orang India sudah faham sekarang macam mana keadaan situasi sekarang”, tegasnya.

Najib ada peluang halau hantu Altantuya




Saya tak pernah berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib pula tak kenal saya.

Saya teringin hendak bertanya Najib, mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiasat persendirian P Subaramaniam sebaik sahaja penyiasat itu membuat pelbagai tuduhan yang memburukkan Najib dalam akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008?

Memanglah akuan bersumpah harganya RM4 sahaja. Tetapi, ini bukan soal harga RM4 atau 40 sen. Ini soal apa yang terkandung dalam akuan itu. Ini soal maruah Najib yang digambarkan lebih najis dari taik babi dalam akuan bersumpah itu. Maruah Najib tidak berharga RM4. RM4 bilion pun terlalu kecil harganya.

Jika Najib di pihak yang benar, tidak perlu direkacipta akuan bersumpah Balasubramaniam yang kedua selepas akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 itu? Nah, kalau orang memperlecehkan akuan bersumpah yang pertama kerana harganya hanya RM4 sahaja, bukankah akuan bersumpah kedua juga sama nilainya? Nobody can inflate the price of statuory declaration.

Jika Najib dipihak yang benar, apa perlunya operasi meghaibkan Balasubramaniam?

Jika Najib di pihak yang benar, bukankah penyiasat itu rakyat negara ini? Tidak perlu ke luar negara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Najib pula pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Empayarnya di dalam Umno terlalu besar dan tak mungkin dapat dikalahkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun menantunya, Khairy Jamaluddin.

Sukar hendak dibayangkan bahawa institusi perundangan boleh dimanipulasikan untuk menganiaya Najib. Orang-orang Umno tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku jika, katakan, Abdullah dan Khairy mahu memanipulasikan mahkamah untuk memangsakan Najib.

Kini, Balasubramaniam dah nak balik Malaysia dan hidup seperti biasa. Biarkan dia balik dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman.

Selepas itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Najib ialah mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Lawan apa yang disebut-sebut sebagai fitnah penyiasat itu di padang yang sama rata, iaitu mahkamah, walaupun tidak mudah bagi rakyat biasa di negara ini melihat mahkamah di Malaysia sebagai a leveled playing field untuknya.

Najib ada peluang untuk menghalau hantu Altantuya Shaariibuu.

Berkaitan:
Part 1: Lawyer: Najib 'linked' to Bala's disappearance (Malaysiakini 25/11/09)
Part 2: PI's lawyer:'Anwar not behind Bala tapes' (Malaysiakini 26/11/09)
Part 3: Two different parts in Bala's SD, explains PI's lawyer (Malaysiakini 27/11/09)

Gesaan Muhyiddin Berbaur Ugutan -Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempertimbangkan semula jemputan mengetuai kokus royalti minyak dan gas.

Menyifatkan gesaan tersebut berbaur ugutan, Khalid melahirkan kekesalan dengan tindakan Muhyiddin yang dilihat cuba menghalang langkah Razaleigh membantu rakyat Kelantan.

“Bunyi statement Muhyiddin itu macam ada unsur ugutan pula ye.. kena fakir dulu dan sebagainya, itu macam kurang sedap didengar lah. Hakikatnya Tengku Razaleigh adalah antara pelopor . Dalam soal ini dialah mengasaskan atau memain peranan untuk menghasilkan Akta Petroleum” ujarnya.

Kerajaan Pusat mendakwa rakyat Kelantan tidak berhak menerima royalti minyak kerana punca petroleum terletak melebihi 3 batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Tengku Razaleigh yang terlibat secara langsung dalam penggubalan Akta Petroleum 1974, dijemput Pakatan Rakyat mempengerusikan kokus royalti minyak dan gas, yang diadakan bagi merangka pindaan baru keatas Akta itu.

Muhyiddin bagaimanapun menyarankan Razaleigh supaya berhati-hati membuat keputusan kerana kokus ini dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

“Jadi saya agak peliklah mengapa kalau kita ingin memahami, niat dan tujuan serta hak-hak yang ingin dipertahankan oleh Akta Petroleum itu, mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang sebegitu. Sepatutnya dia menggalakkan”.

Ditanya sama ada gesaan Muhyiddin kepada mantan Menteri Kewangan itu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil, ujar Khalid, Ku Li punya kredibiliti dan nilai integritinya sendiri sebagai seorang yang bertanggungjawab.

“Saya rasa itulah kehendak pihak kerajaan pusat tetapi Tengku Razaleigh mempunyai kredibiliti dan nilai integriti dirinya sendiri. Dan saya rasa diapun tidak mahu terlibat dalam usaha untuk yang jelas mengkhianati kerajaan negeri Kelantan dan dia pun kebetulan rakyat negeri Kelantan". -TVS




Chin Peng: Saya ingin balik ke tanahair saya

Lim Hong Siang
 
"Memang saya ingin balik ke tanah air saya.  Saya akan cuba dengan pelbagai cara, (ketawa) seludup masuk pun boleh...entah boleh berjaya atau tidak... saya sendiri pun tak dapat pastikan.  Saya akan cuba.... cuba."
Demikianlah luahan Chin Peng (gambar kanan), Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya dalam bahasa Melayu ketika diminta untuk menyatakan perasaan dan kedahagaan beliau untuk kembali ke tanah air dalam bahasa kebangsaan.  Chin Peng, 85 walaupun mengaku bahawa dirinya sudah lama tidak berucap dalam bahasa Melayu, tetap sudi untuk mencuba.
Chin Peng berkata sedemikian selepas satu wawancara yang dihadiri semua media cetak bahasa Cina di Malaysia, termasuk media internet MerdekaReview, Malaysiakini dan The Nut Graph.  Wawancara yang mengambil masa lebih daripada satu jam ini diadakan pada kira-kira 4 petang (waktu Malaysia), di J.B Hotel, Hatyai.
Dalam wawancara tersebut, Chin Peng berulang kali menegaskan hasratnya untuk pulang ke tanah air.
Chin Peng atau nama asalnya, Ong Boon Hua adalah Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).  Beliau dilahirkan pada tahun 1924 di Setiawan, Perak.  Chin Peng menjadi ahli Parti Komunis Malaya pada tahun 1940, dan menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM pada Mei 1947 ketika berusia 23 tahun.
Selepas Rundingan Baling pada tahun 1955, Chin Peng hanya muncul di khalayak umum 34 tahun kemudian, iaitu pada 2 Disember 1989, untuk menandatangani Perjanjian Hadyai bersama kerajaan Malaysia.
Sepanjang 20 tahun ini, Chin Peng pernah ditemuramah BBC, dan Sin Chew Daily pada Mac 1998.  Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Hadyai, Chin Peng kini menjadi tumpuan media, setelah ditemuramah oleh Malaysian Insider dan Star.
Dalam wawancara bersama Star yang disiarkan pada 22 November 2009, Chin Peng memohon maaf buat sulung kalinya, setelah mengakui bahawa PKM mungkin tersalah bunuh mereka yang tidak berdosa ketika dalam zaman perang.  Malah, beliau sanggup bertangunggjawab ke atas segala tindakan rakan seperjuangannya.
"Tiada maaf bagimu"
Walau bagaimanapun, mohon maaf oleh Chin Peng tetap tidak diterima oleh kerajaan Malaysia.  Pada 24 November, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, "Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf."
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff bin Ahmad, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 11 November 2009 berkata, "...Chin Peng dia tidak meletak senjata sebab itu kita tidak terima Chin Peng, PKM letak senjata, signed, tetapi Chin Peng tidak letak, itu saya kena betulkan."
Abdul Latiff bin Ahmad menambah, "Sebab itu dia (Chin Peng) masih lagi perceive threat kepada kita..."

Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS


Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.
Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.
Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masaalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.
Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan pribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.
Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota: Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).
Sekarang saya nak tanya:
Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu)
Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ ( bukan saya yang cakap).
Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.
Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.
PAS wajib mengketegorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.
Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang
Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat:
1.0 Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramaiii orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”
2.0 Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah
3.0 Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.
4.0 Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.
5.0 Ada seorang bekas exco Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.
Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?
Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?
Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.
Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini
Lagi hairan, baru pegang exco pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedez, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?
Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam. Teruk saya kena marah masa tu. Nah sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.
Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.
Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai exco. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.
Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak
Wallahulam bissawab
Tulang Besi



Tiada proses doktrinisasi oleh BN..!! Dulu kini selamanya penipu...!!!



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir pakatan pembangkang menyedari sebenarnya tiada sebarang proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) seperti yang didakwa. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian pemimpin di dalam pakatan pembangkang di negeri itu pernah berkhidmat dalam BTN dan mereka mengetahui tentang pelaksanaan kursus tersebut.
"Saya sendiri pernah menyertai banyak kursus BTN dan juga menjadi fasilitator tetapi langsung tidak nampak ada elemen perkauman atau seperti yang didakwa itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis menandatangani kontrak pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk Liga Malaysia 2010 di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas tindakan Kerajaan Negeri Selangor semalam yang melarang semua kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri menyertai BTN atas alasan bimbang dengan pengaruh Barisan Nasional (BN).
Menteri Pertahanan itu berkata, tindakan kerajaan negeri itu sebenarnya merupakan satu bentuk kekhuatiran pakatan pembangkang yang bimbang kerana semakin kehilangan pengaruhnya di Selangor.
Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa untuk rakyat Selangor sedar bahawa kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang kini semakin lemah.

Permintaan Pas Kelantan Dapatkan Royalti Diragui ..!! Seekor lagi binatang yang perlu disisihkan oleh rakyat Kelantan..!!!


KUALA KRAI: Matlamat kerajaan pusat membantu rakyat Kelantan secara sama rata melalui pemberian wang ihsan akan gagal sekiranya disalurkan terus kepada kerajaan negeri sebagai royalti, kata Naib Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.
Beliau berkata ini kerana kesungguhan pemimpin PAS untuk mendapat royalti dan bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah "ada udang di sebalik batu".
"Saya harap kerajaan pusat tidak menerima permintaan itu kerana sekiranya wang itu diberi terus kepada kerajaan negeri, matlamat untuk bantu rakyat negeri ini tidak akan tercapai," katanya ketika diminta mengulas cadangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa ke mahkamah berhubung isu royalti minyak itu.
Nik Sapeia yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PPP Kelantan mendakwa sebelum ini banyak eset kerajaan dijual tanpa pengetahuan rakyat bagi menampung kos pengurusan yang tinggi.
Minggu lepas, Ketua Umno bahagian Kota Baharu Datuk Fatmi Mohd Salleh mendakwa antara eset kerajaan yang "dijual" termasuk Hotel Perdana, Tanah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Kampung Putih, Kota Baharu Trade Centre, Bangunan Arkib MPKB dan sebelum ini Bangunan Permodalan Kelantan Berhad.
Katanya penjualan eset kerajaan secara berkala untuk menampung kos pengurusan yang tinggi dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri termasuk penyelewengan projek depu dan projek kambing Jamnapari. BERNAMA

Kursus bercanggah 1 Malaysia, DAP mahu Najib tutup BTN


PETALING JAYA, Nov 27 — Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan drastik menutup Biro Tatanegara (BTN) atas alasan ia menjadi halangan kepada usaha pembinaan negara, sekali gus bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.
"BTN merupakan ujian litmus ke atas gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sama ada ia hanya satu retorik kosong ataupun sama ada beliau benar-benar bersedia untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu, harmoni dan progresif," katanya lagi.
"Kursus-kursus BTN kini diselubungi dengan rahsia besar. Bukan sahaja para peserta tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan peralatan media eletronik yang lain, nota kuliah dan kursus juga tidak dibenarkan dibhawa keluar selepas indoktinasi," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Najib memperkenalkan gagasan 1 Malaysia apabila mengambil alih kepimpinan kerajaan awal April lalu.
Sehubungan itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor menyoal sama ada Kabinet bersedia untuk mengarahkan agar diadakan satu inkuiri yang menyeluruh berhubung perjalanan BTN bagi membolehkan rakyat mengetahui keadaan sebenar di biro itu, yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan peranan BTN sambil menegaskan ia tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1 Malaysia.
"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," kata Muhyiddin mengulas tindakan kerajaan Selangor kelmarin yang memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuat kuasa serta-merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.
"Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN," kata Muhyiddin.
Kerajaan persekutuan, kata Muhyiddin, tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian.

Bank Negara probes Negeri MB's RM10 mil fund transfer..!!! Hallo SPRM how are you.....Raya ka..????

The central bank is investigating a local money changer which was allegedly involved in the transfer of RM10 million to London by Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan in 2008.

Bank Negara Malaysia (BNM) confirmed this yesterday but declined to comment further as investigations are ongoing.

"As part of standard investigating procedures, the bank shall inform the appropriate authorities of any findings which fall beyond the scope of the bank's purview for their further action.

"Once the investigation is completed, BNM will refer the matter to the Attorney-General's Chambers," it said in a statement to Malaysiakini.

mohamad hasanEarlier, PKR's strategy director Tian Chua claimed that Mohd Hasan (left) could have broken the country's banking laws by allegedly transferring funds amounting to RM10 million through a money changer.

Tian Chua also revealed that Mohd Hasan had used the services of Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd to transfer the amount to London.

Hasan keeping silent


Bank Negara had yesterday said that Salamath Ali had contravened Section 30 of the Money-Changing Act 1998 and its licence had been revoked on Oct 26.

"BNM adheres to rigorous monitoring systems and processes in ensuring that our regulatees and licensees function effectively and responsibly as financial intermediaries in serving the needs of the public," it said.

Mohd Hasan, who is also Rantau state assemblyperson, came under fire from the opposition during the ongoing state assembly sitting.

However, he kept mum and refused to give an explanation on the matter.

Opposition representatives have also called on the Malaysian Anti-Corruption Commission to conduct a probe on the scandal.

Hasil Judi 2.37 Billion: Oh.. Malaysia Tanahairku

  Oleh www.nasirzakaria.com

Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.  

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009. Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.
Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan  di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!
Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar
Kelima:  Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.
Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!
Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
 Lihatlah Faktanya
Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)
Genting Malaysia Berhad                         949,802,170
Sport Toto                                              509,739,584
Magnum Corporation                               396,477,793
Pan Malaysia Pools                                270,764,197
Pan Malaysia Racing                              138,576,130
Daily One Corporation                               18,082,749
Sandakan Turf Club                                   18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club               29,776,000
JUMLAH                                                  2.37 BILION
OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf

Kelantan gagah bersama Kepimpinan Ulama

  Oleh Tarmizi Mohd Jam

MUQADIMAH
: Kini hampir 20 tahun Kerajaan PAS Kelantan diberi kepercayaan jitu oleh rakyatnya mentadbir negeri yang lebih sinonim dengan gelaran Serambi Mekah. Apakah sokongan tidak berbelah bahagi mereka kerana dasar Kerajaan PAS atau ketokohan Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendorong kekalnya kerajaan PAS hingga hari ini.

Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Dato Mohd Amar Nik Abdullah mempunyai rahsia tentang kekuatan Kerajaan PAS Kelantan. Beliau juga Timbalan Pesuruhajaya PAS Kelantan. Ikuti interbiu eksklusif Wartawan Harakah, SALMIYAH HARUN bersama beliau baru-baru ini.

HARAKAH: Apa kekuatan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga terus mendapat sokongan rakyat sepanjang 20 tahun?


DATO' MOHD AMAR
: Tuan Guru Nik Aziz sedia maklum beliau adalah seorang ulama. Dengan gelaran itu, pada pandangan masyarakat terutamanya rakyat Kelantan satu gelaran yang tinggi. Biasanya sebagai ulama ini, mereka dihormati.

Selain itu saya lihat sikap Tuan Guru Nik Aziz cukup sederhana. Dalam 20 tahun memerintah Kelantan ini, dia tidak mengambil kesempatan untuk diri sendiri. Inilah perkara pokok yang saya lihat kekuatan Tuan Guru, kerana sifat peribadi beliaulah antaranya Kerajaan PAS Kelantan kekal sehingga hari ini.

Bagaimana dengan dasar-dasar yang diperkenalkan Kerajaan PAS Kelantan seperti cuti bersalin 60 hari, bekerja lima hari seminggu, cuti umum pada hari Jumaat dan pulang awal bulan Ramadhan yang banyak juga ditiru oleh BN.

Tidak dinafikan dasar-dasar ini memang diterima dengan baik oleh rakyat Kelantan, kerana ia adalah untuk rakyat dan menjaga kebajikan rakyat. Dasar ini sudah diterima pakai oleh BN. Ini adalah salah satu bukti yang jelas bahawa dasar yang kita buat ini memberi faedah kepada mereka.

Sokongan atau penerimaan orang bukan Islam khususnya terhadap dasar penjualan arak dan judi serta apa kesannya kepada mereka sehingga kini?

Kita diterima baik oleh orang bukan Islam. Suasana ini tidak menimbulkan sebarang masalah. Di sini mengenai dasar menghadkan penjualan arak dan tidak memberi lesen atau premis judi diterima baik bukan sahaja orang Islam bahkan orang bukan Islam. Mereka boleh terima dengan dasar kita ini.

Apabila kita perkenalkan dasar ini mereka menerima dengan reaksi positif, kerana mereka melihat keburukan daripada minum arak serta bermain judi. Sebab itulah Tuan Guru memperkenalkan dasar ini mereka boleh menerima baik.
 
Bagaimana dengan dasar jimat cermat yang ditonjolkan dalam pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz, misalnya beliau tidak mengambil elaun-elaun dan diserahkan kepada Tabung Serambi Mekah serta enggan tinggal di rumah rasmi Menteri Besar JKR 10.

Tuan Guru tidak mengambil peluang ketika menjadi Menteri Besar Kelantan untuk mencari faedah dan kesenangan. Keistimewaan-keistimewaan yang menjadi hak dia sebagai Menteri Besar, beliau tidak ambil.

Jadi inilah antara kelebihan beliau. Dari segi lain beliau boleh menjadi contoh kepada pimpinan lain dan wakil rakyat kerajaan BN yang mengamalkan cara hidup sederhana sekali gus tidak mengambil kesempatan.
 
Selain dasar pembangunan antara material dan kerohanian, bagaimana pula kemajuan Kelantan dari sudut industri dan pelaburan serta pendidikan sekular atau agama?

Di Kelantan mana-mana pembangunan fizikal dan rohani pun ada tetapi tumpuan kita yang lebih utama adalah pembangunan rohani yang menjadi asas kepada pembangunan fizikal. Ini kerana kalau kita tidak bangunkan jiwa, pemikiran manusia ini, kemajuan kebendaan ini boleh merosakkan mereka dan masyarakat.

Sebab itu kami di Kelantan mengutamakan pembangunan rohani dahulu, supaya rakyat memahami apa peranan mereka (misalnya dalam sudut agama) sebagai khalifah Allah. Bagi mereka yang bukan Islam mereka berperanan dalam kemasyarakatan.

Jadi apabila kita menerima pembangunan kebendaan kita akan tahu memanfaatkan pembangunan itu untuk kebaikan semua pihak. Dari sudut inilah kita tidak kata tumpukan pembangunan rohani dan mengenepikan pembangunan fizikal.  
 
Sejauhmana hubungan Kerajaan PAS Kelantan dengan Istana?

Setakat ini Alhamdulillah baik. Kita boleh duduk bersama dan berbincang. Jadi sekarang ini tidak berbangkitlah cerita dengan Istana bukan macam dahulu ketika kita baru berkawan dengan Semangat 46.
 
Apakah wang ihsan ganti kepada royalti itu akan menjadi 'duri dalam daging' kepada Kerajaan Kelantan kerana diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tentunya untuk kepentingan Umno untuk tawan semula Kelantan.

Kerajaan Pusat kena beri perhatian dari segi prinsip iaitu Kerajaan Kelantan berhak menerima royalti berdasarkan perjanjian dengan Petronas. Jadi apabila kerajaan bersetuju memberikan wang ehsan bagaimanapun ia tidak dapat menggantikan royalti Petronas itu.
Sebab pada pandangan kita royalti ada perkara lain wang ihsan pula perkara lain. Dari segi wang ihsan pula kita tidak boleh hendak timbulkan persoalan sebabnya itu adalah duit Kerajaan Pusat sama ada mereka hendak serahkan kepada JPP atau sebagainya.

Tetapi kita tetap meminta hak kita iaitu royalti. Soal Kerajaan Pusat hendak salurkan wang ihsan melalui JPP itu adalah hak mereka. Royalti adalah hak kita. Bagi kita wang ihsan dan royalti adalah dua perkara yang berlainan.
 
Pada pandangan Dato', bagaimana Tuan Guru Nik Aziz mengembalikan keyakinan rakyat atau pengundi pada PRU ke-12 lalu hingga menghancurkan impian Dato' Awang Adek untuk menjatuhkan PAS dan membentuk kerajaan BN di Kelantan.

Bukan soal mengembalikan keyakinan, masalahnya pada tahun 2004 rakyat Kelantan keliru dengan kempen-kempen Umno kononnya Kelantan mundur, kemudian Umno akan mendapatkan kemajuan sebab itulah rakyat keliru dan menyokong Umno.

Ramai yang memberi sokongan kepada Umno di samping memberi peruntukan dan rasuah. Tetapi apabila pimpinan Umno duduk sepenggal, rakyat Kelantan dapati perubahan dari janji Umno itu tidak ada. Janji-janji yang tinggal adalah janji kosong. Kemajuan tidak berlaku.

Dalam masa yang sama kerajaan negeri berjaya memperkenalkan beberapa program yang memberikan kebaikan kepada rakyat. Antaranya, Takaful Kifalah, dan program yang terus sampai kepada rakyat dan dapat dirasai oleh rakyat.

Jadi pada 2008 rakyat kembalikan Kerajaan PAS di Kelantan, selain melihat kepimpinan PAS dengan Umno jauh berbeza. Inilah faktor besar, yang membuatkan Umno menyedari kesilapannya.

Pada pilihan raya akan datang pula saya rasa tidak akan ada masalah kalau Kerajaan Kelantan boleh mempertahankan prestasi dan boleh memperkenalkan beberapa program yang memberi faedah kepada rakyat saya percaya tahun 2013 ini pun rakyat akan terus kekal menyokong Kerajaan PAS Kelantan.

Sejauh mana dasar-dasar 20 tahun PAS di Kelantan mempengaruhi lanskap politik Malaysia?

Dasar Kerajaan PAS Kelantan dapat dilihat oleh rakyat negara ini dari segi keadilan, keamanan, dari segi persamaan hak yang tidak diketepikan ideologi, bangsa ataupun agama rakyat. Dengan sendirinya rakyat melihat ada kebaikannya daripada dasar yang kita perkenalkan.

Saya lihat orang bukan Islam di luar Kelantan berani menyokong calon PAS dalam pilihan raya kerana mereka melihat Kerajaan Kelantan terbuka melayan rakyat apa sahaja tidak kira agama. Saya nampak dasar Kerajaan Kelantan mula diterima dengan baik seluruh rakyat negara ini.

Kalau dulu orang bukan Islam cukup takut apabila kita bercakap soal Islam, tetapi apabila kita memerintah Kelantan hampir 20 tahun rakyat negara ini boleh menilai sendiri kebaikan agama Islam.

Kalau di Kelantan ilmu agama rakyatnya tinggi jadi apabila kerajaan membawa asas agama dalam pemerintahan iaitu amanah, tidak mengkianati rakyat, dan tidak salah guna kuasa. Tidak menjadi masalah untuk mereka terus sokong Kerajaan PAS Kelantan.

Bagaimana agaknya keupayaan PAS atau Kerajaan Kelantan sekarang, tanpa Tuan Guru Nik Aziz?

Saya rasa sokongan rakyat kekal. Sebab pemimpin ni, dia datang dan pergi. Cuma mungkin kalau Tuan Guru tidak ada atau berhenti sebelum masanya, rasa tidak puas hati atau reaksi berbeza itu kemungkinan ada.
Kalau dasar hari ini kita boleh pertahankan dengan baik apa yang diletakkan oleh Tuan Guru ini saya rasa tidak menjadi masalah jika Tuan Guru akan berhenti apabila sampai masanya. Saya rasa rakyat ni menyokong PAS kerana dasar, cuma Tuan Guru dan pribadinya itu sebagai bonus besar yang menambahkan lagi kepada perjuangan PAS. Saya lihat daripada sudut itulah. Pemimpin ini silih berganti. 

Dipetik dari sisipan Fikrah, Harakah Bil 1429 - 23-26 November 2009