Khamis, 26 November 2009

Khalid : BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen


(SelangorKini) - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN), kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen.
Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai.

BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara.

“Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah,” ujar Khalid.

Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri.

Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prinsip kepada generasi muda dan kaki tangan kerajaan tentang keburukan parti pembangkang dengan melabelkan parti-parti ini sebagai agen negara asing.

“Maka segala kritikan dan sebagainya tidak akan dilihat dari sudut yang positif, tetapi dilihat sebagai seolah-olah agen kuasa asing dan sebagainya. Dan inilah yang dilakukan oleh BTN sekarang ini.”

Malah ujar beliau, masyarakat di negara ini dipinggirkan hak mereka dari dahulu lagi untuk menilai mana yang benar dan salah.

“Masalah kita ini, negara Malaysia ini ialah kita mewarisi satu sistem satu pemerintahan tanpa memahami selok belok dan rasional di sebalik sistem tersebut.”

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai BTN suatu ketika dahulu.

“Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti,kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita.”
http://www.youtube.com/watch?v=Q_Q8iTYBLfQ&feature=player_embedded

Lakonan semula altantunya di dalam drama bersiri TVB Hong Kong..!Khas Buat Najib & Rosmah...!!!!


Tak sangka, ia akan pergi sehingga ke tahap ini jika ianya menjadi realiti! Ini secara langsung menunjukkan bahawa berita harian ini menjadi tumpuan oleh masyarakat negara yang lain selain turut diberi liputan luas di negara ini. Bahkan, ia juga menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar! Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.
Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

P/S : Politik itu memang satu drama – Semua nama dan lakonan adalah rekaan semata mata dan mungkin secara kebetulan, tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati – jangan lupa ayat itu dihujung setiap drama yang beretika.

sumber: beritasemasa.com

Tok Guru.... Kami bersamamu



Oleh: ardzulna

"Artikel ini adalah bagi mengulas berkenaan dengan gelora yang melanda kita hari ini disamping mengulas artikel Nik Abduh..

Pertamanaya saya nak menyeru pejuang-pejuang PAS yang mendokong Islam sebagai dasar perjuangan agar sama-sama kita memperteguhkan kembali wala/kesetiaan kita kepada pimpinan.

Marilah kita sama-sama mengembalikan rasa sayang dan hormat kita kepada pimpinan ulama yang meneruskan perjuangan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Suburkan kembali rasa bangga dan bertuah kerana kita dipilih oleh Allah s.w.t untuk berada dalam jamaah Islam.

Ingatlah Tg Hj Hadi Dan Tg Nik Azz adalah pemimpin kita. Janganlah dek mainan jahat media/blogger yang berhempas pulas untuk melaga dan mencalarkan Persepsi utuh dua Tok Guru kita ini maka kita hilang rasa sayang kepada pimpinan kita.

Sepatutnya kita semakin sayang kepada mereka, kenapa kita perlu terjebak dengan mainan jahat media hingga melupakan kita kepada perit jerih kedua-dua Tok Guru kita ini membina empayer PAS dalam peta Malaysia. Saya sendiri hingga kehari ini amat terhutang budi kepada kedua-dua Tok Guru kita ini yang telah memperkenalkan erti perjuangan dan erti pengorbanan.

Kita adalah hamba Allah, kita bukan hamba pangkat atau hamba pitih...Ulasan saya terhadap gelora yang berlaku sekarang, Pertama isu " PMBK", apapun saya anggap isu ini dah settle. Apa yang penting, kita ambil kisah ini sebagai pengajaran dalam kita meneruskan agenda yang lebih besar iaitu menegakkan Islam.

Kepada saf pimpinan Pusat saya ucapkan tahniah kerana telah dapat selesaikan isu ini dengan baik. Bagi " Arif Fahmi " cukuplah...Isu kedua, berkaitan artikel " Nik Abduh ", saya secara peribadi tak berkenan dengan bahasa yang digunakan oleh saudara.

Dengan sepatah perkataan " bodoh", menyebabkan apa yang saudara tulis menjadi hilang serinya. Cuba saudara fikir, apa kata kalau nanti yang datang jumpa Tok Guru supaya jangan letak jawatan itu Nik Amar...misalnya adakah dia bo...atau mungkin orang itu Fatah Harun....adakah dia bo...Fikir sebelum menulis saudaraku Nik Abduh...jangan terlalu panas baran...Ke tiga soal Pengganti Tok Guru...

Perkara ini sepatutnya tak menjadi isu kepada PAS sebagai jamaah Islam. Semasa Rasulullah s.a.w sendiri baginda tak tunjukkan pun calun pengganti baginda. Apa yang Rasulullah bagi ialah kaedah untuk memilih pengganti baginda yang jauh lebih penting...dari memilih calun itu sebabnya kalau calun setakat sekali itu saja Baginda boleh tunjuk tapi kalau kaedah, ianya berguna sampai bila-bila untuk kita memilih calun...Kaedah ? Ya ...kaedah syura dan keputusan pimpinan kita...Tak kiralah siapa...

Pasti keputusan Syura itu adalah terbaik untuk jamaah...Selepas dari sebagai ahli jamaah kita mesti akar..percayalah keberkatan ada bersama keputusan alim ulama kita.Tapi, perangai orang kita nak tahu juga siapa-siapa-siapa…layak ganti Tok Guru….Kalau saya. Tanpa ragu- ragu saya mencadangkan Ust Muhammad Mustaffa, ADUN Demit.

Bagi saya beliau ada banyak keistemewaan yang mampu meneruskan era Tok Guru. Antaranya ialah beliau konsisten dalam mendidik masyarak dengan memberi kuliah agama.

Untuk Makluman beliau adalah antara tenaga pengajar yang Top sedikit masa dulu sebelum dipinjamkan kepada PKR. Kelebihan beliau ialah beliau tidak sebagimana penceramah lain yang sekadar boleh menyampaikna ilmu tapi tidak mampu mendidik mereka. Saya ada pengalaman dalam hal ini.

Setiap kali beliau menggantkan Tok Guru untuk Kuliah Jumaat saya dapat rasakan dialah calun yang layak…Kalau orang lain, kalau dengar setakat untuk halwa telinga ramai…Apapun kalau nak tahu tengok, dengar dan rasai sendiri kelainannya…

Tepuk dada Tanya iman jangan Tanya emosi…Akhir sekali saya menyeru semua agar sama-sama akur dan sedia untuk memberi wala yang tak berbelah bagi kepada pimpinan kita..Seterusnya saya harap Tok Guru Hj Hadi Dan Tg Nik Aziz sudi membaca coretan ini seterusnya sudi untuk mendoakan untuk saya, agar Allah s.w.t senantiasa member taufik dan hidayah untuk saya sekeluarga…

Cg Zulkifli Mohammad

NIK AZIZ, ARIFF FAHMI DAN HUSAM MUSNAHKAN IMPIAN MUSUH PAS



Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, kemelut di Kelantan boleh dikatakan berakhir. Cuma, yang masih belum berakhir adalah kisah Kickdefella. Biarkan beliau dengan cerita-ceritanya, begitu juga biarkan SPRM dengan siasatannya. Tumpuan kita adalah ingin melihat PAS terus kuat di Kelantan. Umno pula tentunya ingin melihat PAS menjadi semakin lemah di Kelantan kerana jika PAS lemah di Kelantan, maka lemah jugalah PAS di Malaysia. Itu hakikatnya.

Jika sebelum ini dikatakan Ariff Fahmi selaku CEO PMBK bakal membuatkan imej PAS tercalar dan memburukkan nama Mursyidul Am PAS iaitu bapa mertuanya sendiri, nah, kini Ariff Fahmi akan berkorban agar tidak berlaku sedemikian rupa. Ariff Fahmi akan meletakkan jawatan bukan kerana beliau disabitkan dengan rasuah mahupun penyelewengan atau pun gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, tetapi kerana beliau sayangkan PAS. Tok Guru Nik Aziz pula bukan tidak sayangkan menantunya, tetapi beliau lebih sayangkan PAS. Husam Musa pula, beliau tidak meletakkan jawatan sepertimana kehendak Umno atau beberapa orang di dalam PAS termasuk penulis MSO, bukan kerana beliau sayangkan jawatan yang dipegangnya sekarang tetapi kerana beliau lebih sayangkan PAS.

Tetapi, adakah mereka yang ingin melihat Ariff Fahmi atau Husam meletakkan jawatan itu terlalu sayang pada PAS melebihi sayangnya Tok Guru Nik Aziz pada PAS? Wallahu Aklam, Allah jua yang mengetahui niat mereka. Tidak kiralah samada ada yang suka atau duka melihat perkembangan yang berlaku di Kelantan saat ini, yang penting ketiga-tiga insan ini iaitu Tok Guru Nik Aziz, Husam dan Ariff Fahmi telah membuatkan Umno kehilangan `senjata' yang baru hendak diasahnya itu. Pedulikan jika ada ahli-ahli PAS yang lain juga se`mazhab' dengan Umno yang mahu Umno memerintah Kelantan.

Apa pengajaran dari peristiwa ini? Pengajarannya mudah, iaitu tiada yang lebih tinggi nilainya melainkan pengorbanan untuk parti dan jemaah. Tok Guru telah lakukan itu, Husam dan Ariff Fahmi juga telah melakukan itu semua. Kini, kita masih menunggu ada atau tidak pemimpin PAS samada di Selangor atau di mana jua yang sanggup melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS atau setidak-tidaknya seperti Ariff Fahmi. Setakat ini kelihatannya tiada. Berdayakah mereka yang pernah `berunding dalam kelambu' bersama Umno di Selangor suatu ketika dahulu untuk berbuat seperti ketiga-tiga insan itu tadi? Rasanya jauh panggang dari api. Siasatan terhadap mereka oleh Jawatankuasa Disiplin PAS pun kita tidak tahu perkembangannya. Sepi tanpa berita.

Apa yang berlaku di Kelantan menunjukkan Mursyidul Am PAS tidak bertolak ansur jika imej PAS tercalar. Oleh sebab itulah beliau amat marah jika ada mana-mana pemimpin PAS yang bertindak seperti ingin menghancurkan PAS. Secara peribadi, tahniah buat Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi dan Husam kerana ketiga-tiga mereka ini telah bertanggungjawab `menyapu' najis ke `wajah Umno dan yang se`mazhab' dengannya. Umno pasti tumbang bersama sekutunya, InsyaAllah.

Teguran suciku kepada PAS - Part 2



oleh izi :(Baganutama)

Previously on Teguran suciku kepada PAS

Pemimpin tertinggi boleh berusaha ke Kelantan jumpa TGNA untuk 'nasihatkan' agar 'nasihatkan' menantu dia lepaskan jawatan sebab dah timbulkan fitnah pada kerajaan negeri, parti dan TGNA sendiri. Dalam degil-degil TGNA tu dengar jugak nasihat depa(Hadi, Harun Din). Tapi pemimpin-pemimpin tinggi tu tak ternasihat diri sendiri ke? Kes kat Selangor dan 3,4 kerat orang kat Pas Pusat yang dah timbulkan seribu satu fitnah buat PAS tapi masih lagi dibiarkan bermaharajalela. Tunggu jawatankuasa disiplin selesai? Bila? Macam takde apa je. Arang dah muak. Ahli-ahli bawahan dah kecewa banyak. Depa perabih buat parti tapi parti tak pedulikan pandangan depa.

Memandangkan aku anak jati Selangor, aku prihatin sungguh keadaan negeri aku ni. Aku baca dalam blog si sms tu. Rupanya Pas Selangor sudah luluskan nak beli bangunan. Banyak duit?? Kenapa tak guna duit tu untuk kebajikan ahli-ahli Pas kat pelusuk kampung-kampung di Selangor untuk mantapkan ekonomi mereka? Kemudian, bukan sedikit ahli Pas di kawasan-kawasan bandar yang merempat jugak. Pergi je la jenguk kat flat-flat di desa Mentari dan flat-flat yang sewaktu dengannya.

Kes sosial .. apa PAS buat? Apa tindakan Muslimat PAS pulak untuk mendekati wanita-wanita dan pemudi-pemudi di Selangor? Apa dakwah PAS pada orang-orang bukan Islam?

Aku marah sebab aku perhati, orang-orang bawah PAS yang berusaha berdakwah dan amik hati orang bukan Islam untuk mereka faham Islam dan hormat Islam. Tapi pemimpin atasan buat cekadak. Sakit hati sungguh!!

Itu PAS. Belum PKR lagi. Lagi sakit hati. Commitment zero!! Asal ada meeting je selalu sangat tak datang. Memanjang busy. Padahal meeting untuk selesaikan masalah rakyat dan memperkukuhkan PR. Elok pulak DAP yang dikutuk kafir laknat tu tawadduk nak selesaikan masalah rakyat. Rajin buat kerja.

Kalau PAS selangor dan PAS pusat terus-terusan macam ni, bukan setakat habis di selangor, tapi kemungkinan besar Kelantan sama. TGNA pun dah disabotaj orang-orang PAS sendiri. Jadi apa nak diharapkan dengan PAS lagi bila dah ada pemimpin-pemimpin yang lagha kenyang dengan harta. Sebijik amno!!!

Aku benci amno .. tapi aku meluat dengan PAS yang tak tunjuk inisiatif untuk berubah serta tak tunjuk inisiatif untuk tidak menjadi seperti amno.

Selamat menghentam Husam! (4)



Anak Tok Guru, Ustaz Nik Abduh menulis posting bertajuk "Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – moga awan berarak lalu". Susulan dari itu, Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Kemelut Kelantan: Nik Abduh salahkan Husam bawa Kickdefella" dan "Nik Aziz’s son blames Husam for state problems". Malaysiakini hari ini pula melaporkan berita bertajuk "'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan'". Dan tentulah Utusan Malaysia pun membikin laporan juga. Lihat beritanya hari ini yang bertajuk "'Jangan halang ayah saya'".

Dalam posting saya bertajuk "Selamat menghentam Husam!", saya menulis:
Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.

Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.
Apa pun, sudah terdedah apa yang selama ini dipendamkan dengan penuh sabar. Jelaslah, PAS Kelantan yang selama ini aman bahagia tanpa sebarang intrigue dalaman dan hidup penuh kasih sayang serta husnul zan antara satu sama lain, menjadi punah ranah kerana kehadiran Sheih.

Saya juga bersalah kerana memperkenalkan Sheih kepada Haji Husam Musa. Ketika Sheih diterima berkerja di Kelantan, saya tulis posting bertajuk "Surat terbuka kepada Sheih".

Saya memohon maaf kepada semua orang yang merasa sakit dan disakiti kerana kehadiran Sheih di Kelantan.

Apa pun, saya yakin PAS Kelantan lebih aman dan makmur dengan berita Utusan hari ini bertajuk "Husam tiada hasrat ganti Nik Aziz". Berita Harian hari ini pula menyiarkan berita bertajuk "Husam tak mahu jadi MB". Malaysiakini juga menyiarkan berita Bernama mengenainya di sini.

Saya berharap, harimau-harimau terluka sudah mula menyimpan kukunya. Para pahlawan penentang Husam pula saya harap sudah mula meletak pedang mereka.

Saya yakin, Husam jangan jadi apa-apa pun yang berkaitan dengan politik PAS Kelantan. Jangan jadi MB, jangan jadi MP, jangan jadi Adun, jadi ketua PAS cawangan pun jangan jika di Kelantan.

Untuk memastikan PAS Kelantan aman bahagia tanpa curiga dan cemburu, saya cadangkan Husam pindah terus dari Kelantan dan selepas itu berpindah kawasan ke dalam mana-mana PAS kawasan di tempat lain. Jadilah aktivis di tempat lain yang tidak ada perebutan kuasa. Di Johor umpamanya, di mana PAS masih suci kerana PAS tak menang di sana kecuali dua kerusi Dewan Undangan Negeri. Saya fikir itu yang terbaik.

Kadang-kadang, bila timbul masalah, buang sikap sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya boleh selesai dengan membuang orang. Barulah yang marah akan puas hati.

Oleh kerana Husam menjadi punca kemarahan begitu ramai pemimpin PAS di Kelantan, eloklah Husam membuang diri. Barulah Tok Guru Nik Abdul Aziz akan mendapat sokongan yang solid.

Jika tidak, ketika Tok Guru menentang kerajaan perpaduan umpamanya, ramai penentang Husam tidak menyokong pendirian Tok Guru itu semata-mata kerana Husam juga menentang kerajaan perpaduan. Prinsip perjuangan diflush ke dalam lubang jamban kerana kebencian yang berapi-api terhadap Husam.

Prinsip perjuangan menentang kemungkaran dan kebatilan tidak lagi menentukan arah aliran sokongan, tetapi ditentukan oleh kebencian kepada Husam. Saya tidak tahu apa perasaan Husam ketika begitu ramai tokoh PAS Kelantan membiarkan Tok Guru bersendirian menentang kerajaan perpaduan semata-mata kerana kebencian yang menggila terhadapnya.

Hey bakaq! Hang kata hang menyokong kebenaran. Mengapa pula tulisan di atas kelihatan seperti menyokong Husam? Ini bukan soal Husam. Saya tulis di atas kerana hati saya sakit sangat melihat orang membelakangkan kebenaran yang diperjuangkan oleh Tok Guru dalam isu kerajaan perpaduan semata-mata kerana kebencian yang tak boleh ditahan-tahan terhadap Husam.

Yang penting, pemimpin politik PAS di Kelantan akan solid menyokong kebenaran yang diperjuangkan oleh Tok Guru apabila Husam sudah dicincang lumat. Suara PAS Kelantan yang sebelum ini kelihatan solid dalam pelbagai isu tidak akan terlihat berpecah-pecah lagi.

Yang lebih penting lagi, tokoh-tokoh PAS Kelantan tertentu yang membenci Husam dan agak ramai jumlahnya boleh bertemu saban hari dan bermesyuarat bagaimana nak mempertahankan PAS dari serangan Umno di Kelantan dan bukan bermesyuarat tak rasmi tak henti-henti untuk mencari jalan bagaimana nak menyemai kebencian di hati Tok Guru terhadap Husam.

Kalau jumpa Tok Guru pun, tidak lagi bercakap tentang buruk dan busuk Husam, tidak lagi bercakap bahawa pemangku raja tak suka Husam (ada kaitan dengan balak?) dan benda-benda seperti itu. Bila Husam sudah tidak ada, bolehlah berbual dengan Tok Guru tentang isu-isu yang lebih penting kepada ummah dan perjuangan Islam.

Jawatan di peringkat pusat seperti Penolong Setiausaha Agung PAS umpamanya, selepas tak berjaya dilantik sebagai Bendahari PAS Pusat, bolehlah digunakan untuk kepentingan ummah dan perjuangan Islam dan emosi tidak lagi diserabutkan oleh manusia bernama Husam.

Saya ambil kes kerajaan perpaduan kerana gelagat dan kelaku dalam isu itulah yang paling jelas menyerlahkan dichotomy dalam PAS Kelantan. Kepada yang menggelejat marah bila saya tulis perkataan kerajaan perpaduan, saya nak tanya, awat nak marah pulak kalau saya sebut perkataan itu jika anda yakin ia benda baik?

Bukahkah benda yang baik elok disebut selalu?

Berkaitan:
Husam tak mahu jadi MB
Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri anggap tak layak

KOTA BHARU: Datuk Husam Musa yang selama ini dikatakan calon paling sesuai menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, semalam mengumumkan beliau bukan calon yang layak memegang jawatan itu.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, beliau tidak mahu menggantikan Nik Aziz, sebaliknya menamakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, sebagai pemimpin paling layak mengambil alih jawatan itu.

Namun, beliau menghargai pujian Nik Aziz terhadap sumbangannya kepada kerajaan Kelantan, walaupun menderita selama dua tahun difitnah kerana lantang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

"Selain difitnah menerusi laman blog, ada pihak sengaja mengatur program untuk menganiaya saya. Saya tak boleh balas balik (fitnah) sebab nak jaga perpaduan dan imej parti... keadaan saya sangat sukar, kalau jawab nanti rosak parti.

"Anak Tok Guru (Nik Aziz) serang kononnya saya itu dan ini. Jika dijawab, nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru... jadi saya bersabar," katanya kepada pemberita selepas menziarah satu keluarga miskin, dekat Bechah Keranji, di sini.

Husam juga berkata, beliau akan menyokong siapa saja yang dinamakan sebagai pengganti Nik Aziz, tetapi tidak mahu namanya dicalonkan kerana tidak mahu disangka sumbangannya kepada parti dan negeri selama ini semata-mata mahu mengejar jawatan.

"Timbalan Menteri Besar (Ahmad Yakob) paling senior dan semua Exco lain pun layak kecuali saya seorang saja yang tak layak. Jangan calon nama saya.... saya tak mahu dicalonkan sebagai pengganti Tok Guru.

"Saya serius, saudara (media) nak suruh sebut kata nak (jadi Menteri Besar), nanti orang marah kata saya bekerja sebab nak jadi Menteri Besar, padahal jika hantar balik ke Parlimen pun, saya tak ada masalah," katanya.

Bekas Naib Presiden Pas yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan lalu itu mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyarankan Nik Aziz menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila beliau meletakkan jawatan kelak.

Mengulas lanjut keputusannya itu, Husam secara sinis berkata: "Kalau tawar Perdana Menteri saya nak... Menteri Besar ini kolam kecil sangat... saya jenis badan besar suka berenang kolam besar."

Husam juga berkata, proses peralihan jawatan Menteri Besar tidak perlu diperbesarkan, malah mencadangkan Nik Aziz memper-tahankan kerusi DUN dan bertanding di Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri jika pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mengenai laporan media internet yang mendakwa beliau keletihan dalam mengharungi keadaan politik semasa di Kelantan, Husam berkata, beliau sedang 'enjoy' dengan kerja dan tidak timbul persoalan untuk berhenti atau keletihan.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas, Wakaf Baru, Ramli Abu Bakar menyifatkan saranan Nik Aziz menamakan penggantinya tidak kena pada masanya dan satu 'desakan' supaya beliau segera melepaskan jawatan.

"Tok Guru pemimpin, ibarat anak dengan bapa. Mana boleh anak mengajar bapa. Apatah lagi saranan berkenaan seolah-oleh mahu memaksa beliau. Bagi saya cara ini tidak betul," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat, walaupun saranan berkenaan dikemukakan secara diplomasi, ramai melihat ia adalah desakan supaya Nik Aziz berhenti dan mungkin kehendak akar umbi.

Katanya, beliau orang pertama menyuarakan 10 sebab kenapa Nik Aziz patut berundur, malah kenyataan Nik Aziz yang menyatakan beliau tertekan dan fikiran bercelaru serta uzur menggambarkan perlunya beliau berundur.

"Masanya sangat sesuai untuk beliau berhenti supaya baki hayatnya diteruskan untuk kegiatan dakwah. Sebagai Menteri Besar, beliau kena memahami dan turun padang melihat masalah rakyat, bukan setakat mengajar agama," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar pula menyokong saranan Mohd Amar dengan alasan ia penting bagi mengelak spekulasi kerana setakat ini belum nampak bayangan pemimpin yang akan menggantikannya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, walaupun kepemimpinan Nik Aziz masih relevan, beliau sedar pemimpin silih berganti dan akan lahir pemimpin lain mengambil alih tampuk pemerintahan.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Nik Aziz untuk memberikan isyarat berundur, tetapi tidak menolak saranan itu mungkin dibuat berdasarkan kebimbangan rakyat Kelantan mengenai siapa penggantinya.

Kata Sepakat Sudah Ada: Ahmad Yaacob Ganti Tok Guru Nik Aziz

Oleh MSO
SAYA tidak mahu mendahuli takdir dan keadaan. Apa yang bakal terjadi esok adalah dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan. Kita hanya boleh berdoa, merancang dan berikhtiar tetapi Dialah juga yang akan menentukannya. Dan bila Dia sudah menentukan maka tidak ada pilihan selain daripada menerimanya dengan menyakini apa-apa yang Dia tajallikan itu penuh dengan rahmat dan hikmah.

Cuma firasat saya kuat mengatakan bahawa kegoncangan politik Kelantan ekoran berlakunya Perang di PMBK dua minggu lepas sudah pun menunju ke jalan penyelesaian. Sudah ada tanda-tanda kemelut itu yang ikut terkena ke batu jemala Tok Guru Nik Aziz sudah mahu berakhir. Jalan penyelesaiannya sudah pun mula kelihatan.

Kalau pergolakan bermula dua minggu lalu itu dilihat ada agenda untuk menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kini sudah ada calon yang dipersetujui akan mengambil tempat itu. Nampaknya sudah sepakat untuk memilih calon berkenaan. Orang itu tentulah bukan individu yang terlibat dalam 'konspirasi' memalukan Tok Guru itu sendiri kalau ianya boleh disifatkan sebuah mini konspirasi.

Apakah ini dikatakan erti kebenaran, di mana kebenaran itu akan tetap menang di mana-mana dan bila-bila masa saja? Betapa hebat kemungkaran dengan putar belit di jaring dan dijalin dengan pelbagai teori namun ia akan musnah juga. Kebenaran sentiasa berada di sisi Rabbi.

Alhamuduliah nampaknya sudah ada persepakatan kecil di kalangan Pas Kelantan supaya pengganti Nik Aziz diserahkan kepada timbalannya sekarang, Ahmad Yaacob (foto). Sekurang-kurang tiga Exco negeri berkenaan menyatakan persetujuan dengan cadangan itu. Masing-masing mengakui dari segi kelayakan, Ahmad paling layak dan paling munasabah.

Kata sepakatan ini juga sesuai dengan kenyataan dikeluarkan Nik Aziz mengatakan pengganti beliau ialah mengikut hirerki parti. Makannya tidak ada pelangkauan atau pun calon bidan terjun.

Hari ini seorang Exco yang sebelum ini dilihat orang yang dipuja dan layak mengganti Tok Guru telah membuat kenyataan dia tidak akan bersedia untuk jadi MB. Katanya seperti mana dilaporkan kalau jawatan itu ditawarkan kepadanya ia akan menolaknnya. Syukur Alhamdulilah,. jawatan bukan menjadi buruan dan matlamat yang dicita-citakan.

Semua pihak perlu menerima penjelasan Exco itu sebagai ikhlas dan benar. Mungkin dia membuat ketegasan itu sebagai pengorbanannya demi parti. Hendaknya tidak ada apa-apa prejudis kepadanya apabila dia membuat pengakuan yang dilihat mengendur dan mengangkat bendera putih.

Selain Exco itu, Mohd Amar Abdullah dan Takiyuddin Hassan juga menyatakan hal yang sama. Mereka berdua bersetuju kalau Ahmad Yaaob mengganti Tok Guru. Dari segi kelayakan dan senioriti dalam parti Ahmad Yaacob mengatasi lain-lain tokoh.

Dipercayai sokongan ke atas Ahmad Yaacob ini menyeluruh dan sehingga ini tidak ada suara sumbang yang mengatakan Ahmad Yaacob tidak layak. Kesesuaian Ahmad mengganti Tok Guru juga memandangkan beliau seorang pemimpin yang merendah diri dan tidak suka kepada kontroversi. Jadi sekarang ini Tok Guru tidak perlu bersusah hati dan berducita lagi, sampai masa umumkan saja nama Ahmad Yaacob habis cerita.

Harakahdaily.net Tarik Balik Artikel Masalah Dalaman MPKB-BRI

Rentetan dari laporan artikel sebelum ini disini dan disini, salah seorang dari wartawan Harakahdaily.net telah melakukan "follow up" dari beberapa pihak yang terlibat (pekerja MPKB-BRI) dan telah mengeluarkan satu laporan dalam laman web Harakahdaily.net pagi ini berkenaan dengan isu tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak editor Harakahdaily.net telah menarik balik artikel tersebut tidak sampai setengah jam selepas ianya dipublish oleh wartawan terbabit.

Apa alasan pihak Harakahdaily.net menarik balik artikel tersebut tidak diketahui, mungkinkah "ada udang disebalik batu" yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum.
Dibawah ini aku siarkan artikel penuh yang telah ditarik balik penerbitannya oleh pihak editor Harakahdaily.net tidak sampai setengah jam selepas ianya dipublish oleh salah seorang dari wartawan Harakahdaily.net.

Pekerja bawahan MPKB BRI dakwa majikannya enggan bayar OT
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Nov. | Beberapa pekerja bawahan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mendakwa mereka dipaksa bekerja lebih masa (over time - OT) tanpa dibayar gaji atau elaun lebih secara tunai.

Sebaliknya, Majikan MPKB-BRI mengarahkan mereka yang terbabit mengambil cuti gantian sebagai balasan pada kerja lebih masa itu.

Salah seorang pekerja bawahan memberitahu bahawa majikannya seringkali menegaskan bahawa MPKB-BRI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos gaji bekerja lebih masa para pekerja bawahan yang terbabit.

Ujarnya lagi, sekiranya ada pekerja bawahan yang membangkitkan isu tersebut, majikan mereka akan mengugut untuk membuang pekerja-pekerja terbabit.

"Kami, pekerja-pekerja bawahan ini, tak kiralah di Bahagian Penguatkuasaan atau Bahagian Pembentungan Sisa Pepejal diugut buang kerja sebab kami kebanyakannya pekerja kontrak, lagipun rata-rata ada yang tidak ada sijil SPM," jelas pekerja bawahan terbabit.

Tambahnya lagi, majikannya acapkali menegaskan bahawa pekerja-pekerja bawahan MPKB-BRI sebenarnya bukan sahaja tidak layak menuntut gaji bekerja lebih masa, malah tidak layak bekerja 'makan gaji' disebabkan tidak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seorang pekerja bawahan yang lain pula menjelaskan, majikannya sebelum ini pernah mengoyak suatu keratan akhbar berkaitan Presiden CEUPACS Osman Bakar menyelar majikan yang enggan membayar gaji bekerja lebih masa.

"Ada di antara kami lekatkan keratan akhbar Osman Bakar, Presiden CEUPACS selar ketua jabatan yang enggan bayar OT (kerja lebih masa), tapi majikan koyak." jelasnya.

Tambahnya lagi, sepatutnya majikan membayar gaji bekerja lebih masa secara tunai.

"Sepatutnya bayar OT. Cuti ganti susah nak minta kerana perlu ikut jadual kerja. Saya ada lebih tiga puluh hari lagi cuti (untuk tahun ini) sedangkan sekarang sudah hujung November," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mendakwa majikannya selalu mengadakan lawatan mewah sambil belajar ke luar negara - Maghribi, Australia, Belanda dan sebagainya secara mewah.

Lawatan tersebut yang kononnya atas nama 'lawatan sambil belajar' turut disertai oleh beberapa EXCO kerajaan negeri, eksekutif utama, kebanyakan Pengarah Jabatan serta Ahli-Ahli Majlis yang dilantik.

"Bila ditanya, mereka (majikan) selalu tegaskan bahawa itu lawatan sambil belajar... EXCO, eksekutif utama, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ahli-Ahli Majlis ikut (turut serta), tetapi tidak ada sebarang perubahan dalam MPKB-BRI," ujarnya lagi.

"Banyak pihak pertikai perkhidmatan MPKB-BRI... soal kebersihan, prasarana, sampah-sarap tapi majikan tak peduli... kutip cukai mereka tahulah."

Dakwanya lagi, segelintir kepimpinan PAS negeri yang menjadi Ahli Majlis turut terlibat bersekongkol menggunakan wang MPKB-BRI secara boros itu.

Pun begitu, beliau mendakwa segala penyalahgunaan kuasa tersebut sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu dari diketahui oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya orang PAS Kawasan, saya tahu ada pihak dalam pimpinan PAS negeri sendiri cuba sembunyikan... kalau Tok Guru tahu, ahli majlis jadi susah (malah) EXCO pun susah," jelas pekerja bawahan itu lagi.

Beliau juga meminta Harakahdaily bertanya sendiri isu terbabit kepada EXCO berwajib, Yang DiPertua MPKB-BRI Ahmad Mahmood atau Penolong Pengarah Kewangan dan Akaun Bibi Hazainab Haron demi mengetahui hal yang sebenar.

Beliau turut menasihatkan kerajaan negeri agar prihatin dengan rasa kurang senang pekerja-pekerja bawahan terbabit, yang juga ahli serta penyokong tegar PAS/Pakatan Rakyat.

Laporan dalaman MPKB-BRI ini merupakan cabaran terkini kerajaan Kelantan, setelah Kepimpinan PAS negeri berjaya menyelesaikan beberapa konflik berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebelum ini. -END

Artikel ini juga disiarkan didalam blog instinctive-stage G3.0.

MPKB isu baru di K'tan?



Selepas kontroversi dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - yang membawa kepada peletakan jawatan menantu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - kini meledak pula isu kelemahan urus tadbir kerajaan tempatan di negeri itu.

Isu itu dianggap panas apabila akhbar web rasmi PAS, Harakahdaily - yang melaporkan dakwaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) enggan membayar untuk kerja lebih masa kakitangannya - dikeluarkan dari lamanweb itu tidak sampai sejam selepas disiarkan.

Difahamkan, berita bertajuk "Pekerja bawahan MPKB-BRI dakwa majikannya enggan bayar OT" disiarkan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Bulan ini, beberapa kontroversi melanda PMBK yang membawa kepada peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Nik Aziz pada Isnin lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC).

Dalam berita Harakahdaily yang ditarik balik itu, beberapa kakitangan kontrak MPKB mendakwa kerja lebih masa mereka digantikan dengan cuti dan bukan dibayar tunai.

Laporan memetik seorang pekerja bawahan yang memberitahu majikan mereka seringkali memberitahu MPKB tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung kos kerja lebih masa.

Laporan itu juga menyebut mereka - antaranya pemimpin PAS kawasan - mendakwa diugut dibuang kerja sekira terus membangkitkan isu tersebut.
Kakitangan tersebut turut mendakwa MPKB melakukan pemborosan dengan menganjurkan program 'lawatan sambil belajar' ke pelbagai negara.

Tindakan Harakahdaily menarik balik berita tersebut disedari oleh beberapa penulis blog di Kelantan yang turut mengulas mengenainya.

Pemilik blog Perisik Rakyat - yang dikenali sebagai Topeng Perak Unmasked - antaranya berpendapat masalah itu berpunca apabila lantikan ahli majlis dibuat oleh ahli politik.

"(Mereka) pilih orang-orang yang senang hendak"dicucuk hidung" supaya "agenda masing-masing" dapat dijalankan," tulisnya hari ini.

Kemelut PAS Kelantan Boleh Jejas Kepentingan Rakyat - Mustapa



RANTAU PANJANG: Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau berkata penduduk Kelantan sudah jemu dengan keadaan demikian kerana Pas tidak memberikan banyak masa untuk rakyat.
"Sehingga kini kita tidak nampak kemelut ini dapat selesai," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di stesen kereta api di sini hari ini.
Isu mengenai pengganti Nik Aziz timbul apabila Datuk Husam Musa, anggota exco kerajaan Kelantan yang disebutsebut antara tokoh yang bakal mengisi jawatan itu, telah secara terbuka berkata beliau tidak mahu dipertimbangkan. BERNAMA

Ahmad Yaakob: Nik Aziz tak perlu umum pengganti sekarang


Oleh Adib Zalkapli
PETALING JAYA, Nov 26 — Timbalan Mentri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamakan penggantinya.
Oleh kerana Nik Aziz masih sihat, Ahmad yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan berkata, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sebagai Mentri Besar.
“Tiada keadaan terdesak. Mentri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Pandangan itu diberikan beberapa jam selepas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut bersetuju supaya Ahmad dilantik Mentri Besar menggantikan Nik Aziz kelak.
Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa semalam.
Husam berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Mentri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.
Mohd Amar dan Husam juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.
Isnin lalu Mohd Amar mengesyorkan agar Nik Aziz menyatakan pelan peralihan pucuk kepimpinan kerajaan negeri dengan menamakan bakal penggantinya.
Mohd Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Mentri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.
Selepas 19 tahun mengetuai kepimpinan pentadbiran negeri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS kelmarin membayangkan sudah aha barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.
Bagaimanapun Nik Aziz enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.
Ketika mengulas lanjut, Ahmad berkata soal pemilihan pengganti Nik Aziz seharusnya melalui saluran parti.
“Bagi saya perkara ini mesti melalui saluran. Dalam parti ada forumnya, perkara ini tak mendesak, Tok Guru boleh teruskan,” tambah Ahmad.
Dalam pada itu, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkaitan pelan peralihan seharusnya diputuskan oleh kepimpinan parti.
“Kita ada jawatankuasa pusat, ada dewan harian untuk bincangkan.
“Seelok-eloknya buat keputusan dalam mesyuarat dengan sama-sama semua kepimpinan,” katanya lagi.

Inilah masanya mencontohi Abu Bakar


Ustaz Zolkharnain Abidin   
SATU - “…Sesungguhnya aku melantik untuk memimpin kamu semua selepasku, Umar bin al-Khattab. Dengarlah dan taatilah dia. Sesungguhnya aku tidak mengurangkan sedikit pun (dengan perlantikan ini) kebaikan untuk Allah, Rasul-Nya, agama-Nya, diriku sendiri dan kamu semua. Sekiranya dia (Umar) bersikap adil, maka itulah sangkaan baikku dan pengetahuanku mengenainya. Jika tidak, maka setiap orang bertanggungjawab terhadap apa yang dikerjakannya. Aku hanya inginkan kebaikan sedangkan aku tidak mengetahui perkara ghaib…”


Abu Bakar memerintahkan Uthman supaya pesanan itu ditulis dan dicop mohorkan. Uthman keluar membawa surat itu, orang ramai berbai’ah terhadap Umar dan mereka redha dengannya.

Kemudian Abu Bakar menemui Umar secara tertutup dan berpesan sesuatu kepadanya. Apabila Umar keluar meninggalkannya, Abu Bakar mengangkat tangannya berdoa, “Ya Allah, tidak ada apa yang aku inginkan kecuali kebaikan untuk mereka dalam keadaan aku takut fitnah menimpa mereka. Aku lakukan ini terhadap mereka dengan apa yang Engkau tahu mengenainya. Aku melakukan ijtihad dalam perkara ini untuk mereka, lantas aku lantik untuk memimpin mereka seorang yang terbaik di kalangan mereka, seorang yang paling kuat dan seorang yang sangat prihatin terhadap mereka dalam urusan membimbing mereka…”

Satu laporan lain menyebutkan, ketika sakit Abu Bakar semakin berat, dia menjengukkan kepalanya melalui lubang tingkap dan bertanya kepada orang ramai, “Aku telah berpesan kepada kamu dengan satu pesanan (perlantikan Umar), adakah kamu meredhainya?”

Orang ramai menjawab, “Kami redha wahai khalifah Rasulullah.”

Ali bin Abi Talib bangun dan berkata, “Kami tidak redha kecuali orang itu ialah Umar bin al-Khattab.”

Demikianlah sebahagian babak perlantikan Umar sebagai pengganti Abu Bakar as-Siddik, Allah meredhai mereka.

Kisah di atas saya petik daripada kitab Tarikh al-Khulafa’ karangan as-Suyuthi versi Maktabah Syamilah, fasal mengenai “Abu Bakar jatuh sakit, kewafatannya dan wasiatnya mengenai perlantikan Umar sebagai penggantinya.”

DUA - Saya yakin Tok Guru Nik Aziz tahu (malah lebih tahu daripada saya) mengenai kisah di atas. Bagi saya inilah masa yang baik dan sesuai untuk Tok Guru menentukan siapa penggantinya. Siapa orang itu, Tok Guru lebih tahu.

Kekusutan yang membelennggu Tok Guru rasanya sudah semakin reda. Isu tajaan haji, isu kononnya Husam nak letak jawatan, isu EGM, isu Ariffahmi, walau pun ada pemimpin Umno yang cuba ‘mengiau’ menarik perhatian umum mengenai semua isu itu, rasanya itu tidak akan kemana.

Tok Guru tidak perlu menunggu sehingga saat-saat akhir, maksud saya sehingga PRU 13. Atau, apa yang berlaku kepada Abu Bakar menimpa Tok Guru. Peralihan perlu berlaku ketika Tok Guru masih sihat dan berupaya, juga ketika orang ramai masih memerlukan Tok Guru.

Kalau peralihan berlaku ketika PRU ke 13, dibimbangi kekalutan berhadapan dengan pilihanraya akan mengganggu kelancaran peralihan. Tumpuan lebih terarah kepada peralihan berbanding kepada pilihanraya.

Begitu juga, jika peralihan berlaku ketika situasi Tok Guru seperti situasi Abu Bakar, dibimbangi Tok Guru tidak berupaya lagi mengawal keadaan. Saya bukan bermaksud bahawa pimpinan PAS Kelantan kemarukkan kerusi itu, tetapi tidak mustahil kelancaran peralihan terganggu juga.

Sebab itu, bagi saya peralihan perlu berlaku ketika suasana kini yang jauh daripada pilihanraya dan ketika Tok Guru masih segar-bugar. Itu lebih mudah bagi Tok Guru untuk mengawal keadaan dan menguasai situasi. Di samping memberi peluang kepada pengganti Tok Guru membiasakan dirinya dengan tugasan besar dan berat ketika Tok Guru masih berupaya menjadi mentornya.

TIGA – Menurut laporan media, kenyataan TPJ PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah yang mencadangkan supaya pengganti Tok Guru dinamakan lebih awal untuk mengelakkan kekalutan, maka secara lahirnya kekalutan memang sesuatu yang tidak dapat dielak. Cuma kalut besar atau kalut kecil, itu sahaja.

Kalau kalut kecil, ia seperti ombak kecil. Kolek mudah sahaja meredahnya dan itulah keindahan belayar di laut. Tanpa ombak kecil nikmat belayar tidak terasa sangat.

Tapi kalau itu kalut besar, ia bukan lagi nikmat kepada PAS tetapi nikmat kepada Umno.

Berkorban menegakkan kalimah tauhid

Mohd Rashidi Hassan   

Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;

"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."

Ungkapan ini memberi maksud bahawa Aidiladha merupakan suatu perayaan yang agung dalam Islam. Menyambut Aidiladha, bukan sekadar dengan mengorbankan binatang ternakan.

Malah sebenarnya Aidiladha adalah sambutan merayakan syumulan Islam sebagaimana firman Allah yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan aku hanya reda dengan Islam sahaja satu-satunya agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3).

Apabila umat Islam diajak menyambut Aidiladha sebagai hari kesyumulan Islam, maka umat Islam mestilah memahami maksud sebenar ayat yang diungkapkan pada haji wada' itu, bahawa hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja, ia mestilah dijelmakan kefahamannya dalam semua aspek yang dinyatakan di atas.

Apabila kita menerima Islam, kita mestilah menerima dengan sepenuhnya. Kita mesti mengikut cara Islam tatkala kita berpolitik, menjalankan ekonomi secara Islam, beramal dengan undang-undang Islam, mendidik masyarakat dengan ilmu dan nilai Islam serta menyuburkan Islam dalam semua aspek kehidupan.

Maka dengan mengamalkan ajaran Islam secara syumul itu, semua kita akan selamat.

Di setiap Aidiladha, kita disyariatkan untuk mengungkapkan kalimah tauhid, empat hari empat malam, bermula pada waktu maghrib 9 Zulhijjah sehingga pada asar 13 Zulhijjah.

Antara perisytiharan dalam kalimah tauhid yang diungkapkan pada lafaz takbir ialah (mafhumnya):

"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami sama sekali tidak akan mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati (mukhlisin), walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."

Kalimah tauhid ini membawa erti yang cukup besar, iaitu dengan jelas berulang-ulang kali kita menyatakan bahawa ketaatan kita, hanya kepada Tuhan Yang Esa.

Ketaatan dengan mengamalkan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Ketaatan membawa maksud mematuhi segala tuntutan Allah di dalam al-Quran dengan mendaulatkan seluruh sistem hidup melalui syariat-Nya.

Justeru bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.

Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.

Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Mohd Amar setuju Ahmad Yaakob jadi MB K'tan



Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik sebagai menteri besar sebagaimana saranan anggota exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti menteri besar Kelantan, lapor Bernama.

Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan, merupakan pemimpin paling layak dilantik menteri besar, jika Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

Nik Amar berkata, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan timbalan menteri besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai menteri besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika menteri besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta menteri besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian.

Peguam: 'Anwar tidak terbabit dengan dakwaan Bala'



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terbabit langsung dengan perkembangan terbaru berhubung dakwaan P Balasubramaniam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata peguam penyiasat persendirian itu.

Tahun lalu, Balasumbramaniam telah membuat akuan bersumpah mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Tetapi 24 jam kemudiannya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan bersumpah tersebut dan kemudiannya lari bersembunyi di India selama lebih setahun.

Ogos lalu, dia muncul semula di Malaysia untuk mempertahankan akuan bersumpah pertamanya, dengan berkata doa diugut oleh pihak-pihak tertentu supaya mengubah ceritanya.

Peguam Balasumbramaniam Americk Singh Sidhu, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, menafikan Anwar ada kaitan di sebalik perkembangan terbaru itu.

"Ramai yang fikir Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik semua ini. Ia tidak benar sama sekali. Anwar tidak tahu menahu mengenai semua episod tersebut kecuali apa yang mungkin beliau baca dalam blog dan di Malaysiakini," kata Americk dalam wawancara tersebut.

"Anwar tidak ada sebarang kaitan dengan pengeluaran akuan bersumpah pertama kecuali menyampaikan ucapan sebelum sidang akhbar di ibupejabat PKR Julai lalu. Saya tidak pernah berkomunikasi langsung dengan Anwar ataupun beliau atau mana-mana anggota PKR cuba menghubungi saya," tambahnya.

Bala.... Altantunya dan Dot... Dot... Dot...


Satu Malaysia malah satu dunia kini heboh dengan serangan bom yang dilancarkan ke atas orang nombor 1 negara serta tua tiga individu yang berkait rapat dengannya. Bergegar Satu Malaysia.

Boomm!!! Booommm!!! Booooommm!!!

Gegak gempita alam maya..... alam nyata.... apabila satu demi satu bom dijatuhkan, semua disasarkan kepada Piem Satu Malaysia dan dot.... dot... dot.... Malah senario ceritanya semakin menarik dan menggemparkan. Dari suami kepada bini..... dari abang kepada adik... dari kawan kepada kawan... dari majkan kepada pekerja....

Fuulaaamaakkk... plot ceritanya semakin giler punyer syok!!

Kalau masuk panggung tentu box-office punyer ler!!! Kalau masuk carta, gerenti top hits punyer!!

Kalau macam tu punyer sensasi ceritanya, mengapa akhbar-akhbar arus perdana yang kaki jilat tidak menghebohkannya. Mereka ni bukan ke sukakan cerita-cerita sensasi dan pakar dalam mensensasikan cerita. Malah yang basi pun mereka mampu mensenasikannya.

Awat...??? Sudah hilang umph atau wow, ke?? Atau.... telor sudah kena genggam kuat dan hidung sudah kena cucuk?? Mulut yang dulunya celupar.... kini bisu se bisu-bisunya.

Yuuuuhuuuu.... mana pergi mereka yang kena serang??? Helloooo.... where are you???

Setelah Bala membuat pengakuannya secara terbuka di alam maya.... the ghost of Altantunya pun seolah-olah telah dibangkitkan semula dan kini kembali untuk menghantui mereka yang dikaitkan dengan pembunuhannya.

Agaknya sebab itulah, mereka bersembunyi dan melarikan diri. Mahu bebas daripada gangguan dan rasukan hantu Altantunya. Mungkin hantu Altantunya sudah lama tidak kedengaran di Malaysia kerana dia sibuk mencari manusia yang boleh membantunya untuk mendapatkan pembelaan. Cari punya cari.... jumpalah dia dengan si Bala yang berada di India.

Dan....si Bala pulak, libang libu... resah gelisah.... tak boleh tahan dengan rasukan Altantnya dan rasa bersalahnya, membuat keputusan untuk keluar daripada persembunyian untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Sebelum mati dengan rasa bersalah.... lebih baik lepaskan apa yang terpendam di hati agar jiwa tenteram. Satu langkah yang bijak di pihak Bala. Syabas!!

Weh.... dengor ceriter Piem Satu Malaysia kita ada Facebook. Jom kita bertandang ke facebooknya itu dan bertanya khabar sendiri padanya, apakah yang didedahkan oleh Bala ada kebenaran atau satu penipuan??? Let's hear from the man himself. Itu pun kalau dia sendiri yang kelolakan facebooknya itu.

Well..... kalau orang lain pun, tak kisahlah, kita tengok dan lihat apa jawapan atau respond yang diberikan?? Logik atau bull shit....

So, apa tunggu lagi........ Jom serbu facebook dia!!!

Apabila Nik Abduh Menempelak Bodoh!

Saya diminta oleh beberapa orang sahabat untuk memberi pandangan tulisan Sdra Nik Abduh Nik Aziz yang tersiar di blognya bertajuk "abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu".

Pada awalnya saya tidak berapa nak layan tulisan-tulisannya sebab saya tahu beliau adalah penyokong kepada idea Kerajaan Perpaduan di satu ketika sebelum ini yang sanggup menentang dan bersikap tidak beradab (biadab) kepada ayahandanya sendiri.

Namun untuk sahabat yang mengharapkan saya cuma akan sentuh beberapa kepincangan yang saya kesani di dalam tulisan anak Tok Guru ini. Kalau nak harapkan lebih dari itu, bersabar dulu, tunggu petunjuk Ilahi melalui ayat manzurahNya. Kebenaran tetap terpapar jua akhirnya. Jangan ragu.

Rencananya yang panjang lebar menggunakan stail bahasa sasterawan tetapi malang dipenuhi dengan penonjolan diri berlebihan - kononnya aku adalah sang penasihat utama dalam isu yang sedang melanda. Jangan tak tahu hal itu!

Tulisnya:

Begitulah saya jika diminta nasihat. Saya berusaha untuk yang terbaik buat sahabat dan rakan. Nasihat saya mungkin betul dan mungkin salah. Apa saya kisah atas apa yang saya tidak tahu perihal masa depan milik Allah?

Kita tidak menamakan diri kita sebagai penasihat sekalipun kita ini memikirkan kita telah mengeluarkan buah-fikiran berupa nasihat. Cukup sekadar kita menyatakan kita mengeluarkan "buah fikiran" kerana yang mengkategorikan kita memberi nasihat ialah si pendengar bukan si pemberi. Ada penyakit di dalam hati jika kita sendiri meletakkan diri kita di tempat yang kita belum tentu layak di situ.

Beliau juga berkata:

Mengapa tidak terus mengkritik Ariffahmi di depannya sebagai mana saya dan yang lain.

Anehnya, beliau sendiri tidak mengkritik orang yang dikatakan bersalah di dalam isu ini yang masing-masing maklum beliau membedilkan pelurunya kepada Husam Musa tetapi melakukan di belakang figur terbabit dengan tuduhan yang belum tentu benar:

yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda (kickdfella) ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.

Bukankah itu pemaparan watak yang hipokrit, cakapnya lain buatnya lain?

Yang ketiga ialah di akhir tulisannya di mana beliau menempelak jika ada yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan" malah menempelak dengan sesuatu tempelakan yang menepekkan ludah ke mukanya sendiri. Aduh duh duh:

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”

Ia juga mengingatkan saya tentang seorang pemimpin yang disanjung tinggi oleh Nik Abduh yang menggunakan perkataan "celaka" ke atas orang lain yang kemudiannya dirinya ditimpa "kecelakaan" apabila dia dikatakan replika watak Pak Lah di dalam PAS.

Justeru itu berhati-hati memaki dan mengeluarkan kata-kata nista teristimewa untuk orang yang bergelar dari kalangan ugamawan.

Kemelut Kelantan: Nik Abduh salahkan Husam bawa Kickdefella


PETALING JAYA, Nov 26 — Kemelut politik kepimpinan Kelantan dilihat menuju persimpangan baru dengan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz “mengkritik” Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri itu, Datuk Husam Musa secara tidak langsung sebagai “punca” kepada isu semasa.
Dalam tulisan blognya, ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat itu dilihat cuba mengaitkan Husam dengan blogger Kickdefella yang merupakan antara orang kanan Exco Kerajaan Negeri itu.
Nik Abduh mendakwa Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Aziz telah silap percaturan apabila berhadapan dengan Nik Aziz.
Syed Azidi telah dipecat oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang Isnin lalu telah diminta meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
"Malang buat anda (Syed Azidi). Orang lain datang untuk belajar agama daripada ayahanda (Nik Aziz), tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda.
"Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda," kata beliau.
Pada April lalu menjelang pemilihan PAS pusat, Nik Abduh menjadi perhatian dunia politik Kelantan apabila mengeluarkan istilah dalam PAS ada pemimpin “mi celup” yang belajar agama celup-celupan tetapi menghasut Nik Aziz agar menentang kerajaan perpaduan Umno-PAS.
Penganalisis melihat ia merujuk kepada Husam, yang bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Nasharudin Mat Isa yang menyandangnya sejak 2005.
Nasharudin dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilihat menyokong idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.
Syed Azidi dalam tulisan blognya sejak kebelakangan telah mengkritik habis-habisan Ariffahmi.
Dalam komen sinisnya, Nik Abduh juga mendakwa blogger Kickdefella cuba melakonkan watak Jebat yang berusaha membela "si Tuah rakan pujaannya."
"Saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu.
"Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton," kata Nik Abduh.
Nik Abduh menambah, Syed Azidi bukan merupakan ahli PAS sebagaimana didakwanya.
Katanya, Syed Azidi telah dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan “ahli PAS kelas VVIP” yang pertama kali diwujudkan.
"... ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas.
"Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu," katanya.
Sehubungan itu kata Nik Abduh, Syed Azidi kemungkinan telah diberi kursus intensif untuk menjadi pahlawan dan kawan kepada pejuang PAS.
Malangnya tegas Nik Abduh, modul kursus mungkin cacat sehingga beliau seperti tiada mengenal erti adab untuk menegur Nik Aziz, idola dan pujaannya dengan puji-pujian melampau.
"Lainlah jika ayahanda kini adalah musuhnya yang perlu ditentang seperti Pak Lah dulu. Lainlah jika begitu," kata yang mempertahankan Ariffahmi daripada serangan Syed Azidi.
Tulisan blog serang-menyerang membabitkan Syed Azidi dengan anak-beranak Nik Aziz berterusan sehingga hari ini.
Syed Azidi menerusi tulisan terbaru dalam blognya bertajuk "Sudah terlewat untuk Nik Aziz berundur" pula berkata:
"... saya suka majukan tulisan Nik Abduh yang berbunyi, 'beliau (Syed Azidi) bukan peneguk arak, tetapi serangannya seperti peneguk arak yang bersahaja dalam kemabukan. Menaruh madu di dalam racun dan menitik zam–zam di gelas arak'.
"Nik Abduh mungkin tidak sedar tetapi pimpinan PAS perlu sedar, kemenangan besar yang dinikmatinya pada PRU-12 dahulu adalah sumbangan dari kempen yang dibuat ramai peminum arak dan undi yang diterima oleh PAS ketika itu... juga termasuklah undi golongan peminum arak, golongan penzina, golongan pengamal seks sejenis dan lain-lain.
"Dan mereka mengundi PAS bukan kerana idealogi yang dibawa PAS tetapi kerana mereka menolak kegagalan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi membela nasib mereka."

TPM: Kami tiada halangan tapi Selangor jangan halang sertai BTN


PETALING JAYA, Nov 26 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tatanegara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.
“Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik,” kata beliau selepas majlis penyerahan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Pagoh, Muar hari ini.
Semalam kerajaan Selangor memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.
“Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN,” kata Muhyiddin.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dilaporkan berkata surat arahan berkaitan larangan itu akan
dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.
“Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecahbelahkan penduduk pelbagai bangsa dan
agama,” kata Halimah.
Muhyiddin berkata Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri
kursus anjuran BTN.
Kakitangan persekutuan, kata beliau tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.
“Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN. Tunjukkan saya di manakah peruntukan undang-undang yang
membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian,” kata beliau dipetik Bernama.
Kerajaan persekutuan, katanya tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian.
“Kita akan tetap teruskan kursus BTN. Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat,” kata beliau.
Mengenai majlis penyerahan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, Timbalan Perdana Menteri berharap semangat pengorbanan
sebagaimana yang diterapkan perlu dihayati dalam perjuangan.

JANGAN BUNUH INTELEKTUALISME DI KALANGAN WAKIL RAKYAT

Syabas Datuk Timbalan Menteri. Satu pengamatan yang kritis dan ilmiah. Apa kata Datuk terjemahkan tulisan yang baik ini kepada realiti politik semasa di mana wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk dan melawat sekolah rendah, menengah serta IPTA/IPTS. Mari kita berhujah secara intelektual dan rasional kenapa kami dihalang masuk ke IPTA dalam program yang bersifat ilmiah? Adakah kami bukan rakyat Malaysia? Adakah kami bukan pembayar cukai?

Adakah kehadiran kami di pentas politik tanahair tanpa diundang? Kami dilantik oleh Rakyat pada PRU ke 12 tahun 2008 secara sah di sisi undang-undang? Kenapa rampas hak kami dalam rangka melaksanakan tugas serta tanggungjawab kami?

Jangan bunuh intelektual


Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)

Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) intelektual. Namun, sebagai manusia biasa, beliau tidak bebas daripada kelemahan. Begitu juga intelektual lain. Justeru, mereka boleh dikritik. Tetapi, cara beliau diserang baru-baru ini adalah tidak adil. Begitu juga dengan cara intelektual lain yang pernah diserang.

Islam meletakkan intelektual/ulama di tempat tertinggi, iaitu sebagai pewaris para Nabi (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Kita memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban.

Membina intelektual yang hebat, kelas pertama dan bertaraf dunia bukanlah mudah. Kita melakukan segala-galanya untuk melahirkan dan memperkukuhkannya. Antaranya, ialah menyediakan pensyarah universiti berkelulusan PhD atau setaraf.

Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.

Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah "orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya".

Menurutnya lagi, "Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki sesuatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual, walaupun hal ini sering kali berdampingan: banyak didapati pemegang gelar dan profesor yang tidak memusatkan diri untuk mengembangkan bidang mereka atau berusaha menemukan pemecahan atas masalah tertentu dalam bidangnya. Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya."

Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.

Intelektual subur dalam masyarakat yang menghayati budaya ilmu, yang menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) dalam bukunya, Penjelasan Budaya Ilmu, ialah masyarakat yang meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu serta setiap keputusan adalah berasaskan ilmu.

Malangnya, dalam sejarah, berlaku beberapa tragedi intelektual dibunuh. Di barat, ada intelektual dibunuh kerana bertentangan pendapat dengan pihak berkuasa agama. Di timur, ada Revolusi Kebudayaan yang mengorbankan satu generasi intelektual. Di sini, intelektual Kaum Muda dihentam Kaum Tua.

Antara ciri-ciri lazim intelektual dan penentangnya ialah:

1. Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.

2. Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.

3. Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.

4. Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.

5. Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.

6. Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.

Antara cara penentangan yang lazim terhadap intelektual ialah:

1. Tuduh pendapat intelektual bukan idea baru tetapi idea lama yang dikitar semula. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami idea baru yang disampaikan intelektual. Kalaupun ada idea lama yang diungkap semula, bukankah sentiasa ada manusia baru yang perlu diulangkan ajaran yang sama? Contohnya, guru yang sama perlu mengajar subjek yang sama setiap tahun kerana menerima murid baru.

2. Tuduh intelektual bincang perkara ranting dan bukan fundamental atau prioriti. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami ketika banyak perkara fundamental dan prioriti dibincangkan intelektual, lalu diambillah perkara ranting itu untuk ditonjolkan.

3. Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.

4. Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.

5. Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.

6. Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.

7. Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan "mencerca", tetapi "mengkritik", yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapakah dibezakan antara "intelektual" dan "ulama"? Masihkah ingin diteruskan unsur sekularisme dalam menguruskan Islam dengan mewujudkan golongan penguasa dan pendominasi agama serta terus menerus memisahkan intelektual dengan ulama?

Lupakah kita pada usaha-usaha, contohnya, "pengislaman ilmu" oleh Ismail Faruqi dan "mengintelektualkan ulama dan mengulamakkan intelektual" oleh Mohd Natsir?

8. Tuduh intelektual muda kurang pengalaman atau tidak menghormati orang tua. Sebenarnya penentangnya lupa bahawa dunia telah berubah. Pengalamannya mungkin tidak lagi relevan, hormat perlu diusahakan bukan dipaksakan dan kini wujud konsep baru seperti penghakupayaan dan partisipasi orang muda.

9. Larang intelektual bercakap tajuk tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.

10. Utamakan seniority dalam peruntukan penyelidikan atau lantikan jawatan hingga intelektual ketinggalan. Ini bertentangan dengan nilai kecemerlangan.

11. Cari, malahan cipta, kelemahan intelektual. Ini dendam peribadi.

12. Apabila berlaku pertelingkahan antara intelektual dan penentangnya, maka penentangnya mencadangkan agar berdamai. Tetapi, perdamaian perlu dilaksanakan dengan adil.

Apabila intelektual yang diserang mempertahankan haknya, penentangnya tidak mampu berhujah, lalu menyelamatkan diri dengan mencadangkan berdamai. Kalau perkara ini berulang, maka intelektual akan sentiasa menjadi mangsa penentangnya dalam fenomena pembulian intelektual.

Kesimpulannya, kita perlu memperkukuh, bukannya membunuh intelektual.

JIHAD MEMALI TETAP MEMBARA..!!! HUTANG KERAJAAN UMNO@BN KEPADA WARIS TRAGEDI MEMALI MASIH TIDAK BERBAYAR...!!!!




Oleh IZWAN ABDUL HALIM

BALING: Jika Allah memuliakan dan mengangkat tinggi martabat para syuhada dengan segala pujian dan keistimewaan, sewajarnya mereka yang memfitnah dan memburuk-burukkan para syuhada perlu dikutuk dan dicela serta dihadapkan dengan peringatan dan hukuman tegas.

Sebagaimana hidupnya roh para syuhada di sisi Allah, seperti itulah hidupnya roh perjuangan Islam di kalangan pendokong sejati PAS.

Lantaran tulisan dan kedegilan penulis Zulkifli Manzor dan majikannya akhbar Kosmo! kerana memfitnah para syuhada Memali dalam siaran mereka 26 Oktober lalu, majlis peringatan peristiwa Memali yang telah dua tahun tidak diadakan kerana halangan pihak tertentu, kembali diadakan.

Lanjutan tindakan pembelaan yang dilakukan para pendokong PAS melalui laporan polis, demonstrasi, kenyataan media dan penyerahan memorandum pada 26 dan 27 Oktober lalu, atas inisiatif Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, majLis tersebut telah diadakan semula pada tanggal peringatan peristiwa itu 19 November lalu.

Bermula dengan himpunan pemuda di pusara syuhada di Parit Panjang, di sini selepas solat Asar membacakan doa serta mendengar taujihat dari pimpinan Pemuda PAS Kedah, acara diteruskan dengan ‘Konvoi Syuhada’ yang disertai 30 buah kereta dan lebih 100 motosikal menuju ke Kampung Memali.



Konvoi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya yang ‘disambut’ dengan laungan azan Maghrib itu kemudiannya menyertai solat jamaah dan solat sunat serta bacaan tahlil dan yasin pimpinan Tuan Guru Salleh Musa di Madrasah Islahiah Diniah (MID), Kampung Memali.

Pada malamnya, ceramah yang dipenuhi kira-kira 10,000 hadirin bertemakan “Memali Difitnah Lagi” telah menampilkan para pemidato terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Timbalannya, Ustaz Azman Shafawi Abd Rani selain Pengerusi MID, Senator Muhamad Yusuf Husin dan Ustaz Ahmad Yahya.

Turut menyampaikan pidato ialah khatib cilik, Muhammad Fathillah Yusri, 7 tahun yang merupakan pelajar MID. Majlis juga turut diisi dengan persembahan nasyid syuhada oleh kumpulan nasyid anak-anak Memali dan juga penyampaian cenderahati kepada balu As-syahid Ustaz Ibrahim Mahmud, Solehah Husin.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bangunlah Berjihad!

Khatib cilik, Muhammad Fathillah Yusri, 7 tahun menyeru umat Islam agar bangkit berjihad menegakkan agama Allah dengan berjuang sepertimana kuda perang.

Beliau memetik pengajaran ayat dari surah al-‘Adiyaat yang membicarakan perihal kuda perang dan sifat manusia.

Katanya, alangkah hebatnya seekor kuda perang yang gagah berlari dengan penuh yakin hingga memercikkan api dek pukulan kuku kakinya dan bersedia untuk menyerang pada awal-awal pagi.

Malah ujar Fathillah, kencangnya larian kuda perang ini hingga menyebabkan debu-debu seperti gumpalan awan, seterusnya dengan segala kekuatan fizikalnya, kuda perang ini merempuh musuh-musuh tuannya.

“Allah SWT yang Maha Bijaksana memberi bandingan kepada manusia untuk berfikir sedalam-dalamnya. Bayangkanlah saudara, seekor haiwan yang hanya memakan rumput kering, minum air biasa, tidur di kandang usang, punya kekuatan luar biasa. Kuda ini juga mempunyai sifat rajin dengan berjaga seawal pagi.

“Disamping itu, kuda perang ini sentiasa taat dan patuh kepada arahan tuannya. Tidak ingkar....tidak takut....pantang undur menyerah kalah, berani merempuh musuh-musuh tuannya. Inilah sifat-sifat seekor haiwan yang diibaratkan pahlawan di medan perang manakala manusia pula Allah SWT gambarkan sebagai sangat ingkar, tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

“Makanan manusia sedap-sedap, minuman manis-manis, tidur ditilam yang empuk dan beroleh segala nikmat. Tetapi sayangnya manusia amat sedikit yang tahu bersyukur kepada Tuhannya. Bangunnya lewat pagi, meninggalkan solat, cintakan dunia, munafik dan sanggup menentang agama Allah. Alangkah hinanya manusia jenis ini jika dibandingkan seekor kuda. Di manakah letaknya iman manusia?” ujarnya melontarkan persoalan menginsafkan.

Sambungnya lagi, 19 November 2009, genaplah 24 tahun Peristiwa Memali. Sejarah pejuang-pejuang Allah di Memali ini tegasnya, akan sentiasa membara dalam ingatan di mana 14 syuhada gugur kerana mempertahankan haq (kebenaran).

Ujar beliau, di bumi Memali itulah bangkitnya semangat untuk mendaulatkan Islam sebagai ad-din yang sempurna.

Beliau turut mengingatkan hadirin dengan petikan-petikan dari firman Allah SWT dalam Al-Quran.

“Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.

“Siapakah orang yang beruntung dalam perniagaannya? Jawab Allah SWT iaitu ‘Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

“Jika sekarang kita berada dalam sebuah kapal menuju pelabuhan reda Allah, ada seorang seperti saya mengadu ada salah dan dosa, jangan salahkan saya! Saya sayang kapal saya, saya bimbang kapal tenggelam,” ujarnya lagi,

Oleh itu, Fathillah menyeru agar seluruh umat Nabi bersatu hati, tenaga dan jiwa untuk mempertahankan agama Allah di muka bumi ini.

Tegasnya, biarpun darah menjadi taruhan, tetapi syurga menjadi ganjaran.

“Ayuh bangunlah berjihadlah di jalan Allah, jadilah seperti kuda perang yang gagah berani. Semoga amal kita diberkati Allah,” ujarnya mengakhiri khutbah.



Sejarah Kebangkitan


Bagi Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya, Memali bukan hanya sejarah dan kenangan yang dicatat dan ditulis, tetapi meninggalkan satu pejuangan yang akan dicontohi disepanjang zaman.

Tegas beliau, Almarhum as-syahid Ustaz Ibrahim Mahmud sudah membuktikan bahawa perjuangan pada waktu itu memerlukan kepada pengorbanan begitu besar, dan pengorbanan paling kemuncak dalam Islam adalah mati dijalan Allah SWT.

“Apa yang dilakukan oleh As-syahid dan sahabat-sahabatnya pada waktu itu meninggalkan pengajaran yang amat besar kepada kita hari ini, iaitu pengorbanan dalam perjuangan PAS yang sampai ke kemuncak perjuangan iaitu mati dijalan Allah. Dalam masa sama, peristiwa yang berlaku di bumi Memali ini merupakan kemuncak kejahatan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Sejarah ini akan tetap diingati, roh syuhada akan tetap mengalir dalam jiwa anak-anak muda. Saya dan rakan-rakan pada waktu itu masih kanak-kanak diperingkat sekolah, tetapi walaupun demikian, bila kita membaca adanya tulisan-tulisan yang cuba mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya sebagai golongan sesat, maka jiwa kita, hati kita yang hari ini mengalir di dalamnya semangat jihad yang ditinggalkan generasi terdahulu, tidak akan membiarkan perkara ini berlalu pergi begitu sahaja,” ujarnya.

Beliau turut menyelar kedegilan penulis untuk memohon maaf. Tegasnya, perkara itu tidak akan lekang dan lupa dari ingatan, sebaliknya Memali akan terus menjadi peristiwa yang membangkitkan semangat jihad untuk bangkit berjuang.



Menyambung Perjuangan Para Nabi

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani pula dalam pidatonya menegaskan bahawa perjuangan PAS hari ini adalah menyambung perjuangan para Nabi.

Katanya, dalam sejarah kehidupan manusia, Allah tunjuk kepada kita perjuangan Nabi-nabi yang melalui pelbagai ujian begitu banyak, kerana mereka menyeru kepada dua perkara iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah dan menentang thaghut.

Menurut beliau, ada nabi-nabi yang berjaya menegakkan kerajaan di zaman mereka seperti Nabi Muhammad, Nabi Musa dan Nabi Sulaiman.

Selain itu ujarnya, ada nabi-nabi yang mati dibunuh atau berhadapan ujian berat kerana menegakkan agama Allah seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Yusuf, Nabi Ibrahim dan Nabi Isa.

“Bukan kita sahaja yang dibunuh, hatta Nabi-nabi pilihan Allah dan dijaga oleh Allah mereka juga dibunuh mati kerana menegakkan kalimah Allah,” katanya.

Tegasnya, sebagai pendokong perjuangan Islam, perlu kita menyedari bahawa mati yang paling mulia adalah mati syahid di mana para syuhada juga boleh memberi syafaat kepada orang lain.

Katanya lagi, selepas kejatuhan Islam, para ulama terus bersungguh-sungguh menyebarkan Islam hingga sampai kepada kebanyakan manusia hari ini walaupun kebanyakan mereka itu akhirnya menghadapi juga ancaman bunuh dan terbunuh.

Menurut Azman, kesungguhan perjuangan mereka itu kerana meletakkan ketetapan sama ada untuk mencapai kemenangan atau mati syahid.

Ujar beliau, Allah memberikan pujian kepada orang mati syahid dan menceritakan perkara-perkara istimewa yang akan dilalui mereka.

Tegasnya, seperti itulah perjuangan Islam yang dibawa PAS sejak 50 tahun lalu hingga akhirnya diberikan nikmat kemenangan pada hari ini.

Sepanjang tempoh itu katanya, bukan sahaja kedapatan mereka yang gagal istiqamah di jalan ini, tetapi mereka yang sabar pula terpaksa menempuh berbagai ujian berat malah kedapatan mereka dibunuh syahid.

Pun begitu ujarnya, walaupun semua bercita-cita mencapai kemenangan atau syahid, bukan semua akan terpilih tetapi pertolongan Allah sangat hampir jika kita memenuhi syarat yang ditetapkan-Nya.

Ujarnya, tempoh 50 tahun telah mematang dan memantapkan perjuangan PAS hingga Allah buka hati orang-orang lain kepada perjuangan Islam yang dibawa PAS termasuk dari kalangan anak-anak muda.

Azman turut menyeru ibu bapa agar menanamkan roh jihad pada anak-anak untuk berjuang.



Islam Hidup Walaupun Cuba Dimatikan
Memali disifatkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi sebagai bumi yang hidup kerana tumpahnya darah syuhada untuk mempertahankan dan meninggikan kalimah Allah mengatasi idealogi ciptaan manusia.

Katanya, Umno cuba melumpuhkan perjuangan Islam, tetapi ternyata ianya tetap kekal.

“Umno cuba menutup, mengharam, menghalang, menyekat perjuangan Islam ini dengan membunuh ulama, tetapi mereka tidak akan berjaya. Mereka cuba memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agama-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir,” ujarnya berpidato.

Tegasnya, jika 10 pejuang dibunuh dijalan Allah, akan ada 1,000 bahkan 10,000 yang akan bangkit berjuang mempertahankan agama Allah. Menurut beliau, itulah sifat perjuangan Islam di mana-mana sahaja di dunia ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam perjuangan hakikatnya kita dan musuh sama-sama menerima musibah namun kita bernaung di bawah reda Allah berbanding perjuangan musuh yang sia-sia.

Kata Nasarudin, Umno setelah tidak berupaya berhadapan PAS dengan demokrasi dan intelektual, kini melakukan pelbagai provokasi dan manipulasi selain ancaman kepada pihak lain untuk menjauhi PAS.

Dalam pada itu, beliau mengajak seluruh pendokong PAS melihat segala kurniaan hari ini sebagai perkara yang telah dijanjikan Allah sama ada berupa serangan musuh mahupun sokongan ramai manusia.

Nasihatnya, jangan ada resah gelisah terhadap musuh dalam mendaulatkan Islam sebaliknya semarakkan iman dalam diri, sebaliknya teruskan menjadi golongan yang akan membenarkan janji sebagaimana As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah dan berjuang penuh bersungguh-sungguh.

Ujarnya, sebahagian mereka telah menemukan janji-Nya, manakala sebahagian sedang menunggu giliran untuk mati syahid.

Apapun tegasnya, untuk Pemuda PAS meninggalkan perjuangan ini atau memalingkan tumit, sekali-kali tidak akan berbuat demikian!

Beliau turut memberi harapan kepada anak muda yang ramai hadir pada hari itu agar mencontohi watak-watak para syuhada ini dan menyambung serta mendokong aspirasi perjuangan ini.

Dalam ucapannya itu juga, Ustaz Nasaruddin turut memaklumkan mengenai ruang Facebook milik Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disertai ramai golongan muda hingga terpaksa dibuka akaun tambahan.

Mengakhiri ucapan, beliau menegaskan bahawa tidak akan maafkan Umno-BN selagi mereka tidak bertaubat dan mendaulatkan syariat Allah SWT.



Sejarah Yang Merintis Kemenangan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu pula memulakan ucapannya dengan lafaz terima kasih kepada Kosmo atas ‘usikan’ yang biadap itu menyebabkan seluruh pendokong PAS bangun menyatakan pembelaan.

Golongan pemuda katanya, telah menzahirkan janji, semangat dan ikrar mereka untuk terus berjuang mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini. Hal itu ujar beliau, menunjukkan bahawa perjuangan PAS dan perjuangan Islam tidak akan mati sampai bila-bila.

Tegasnya, kehebatan anak muda semenangnya amat diperlukan oleh perjuangan ini.

Dalam ucapannya itu, beliau menjelaskan betapa sejarah manusia termasuk sejarah Islam telah diputar-belitkan oleh pemerintah untuk kepentingan mereka lalu ianya dipasak dalam fikiran umum supaya menerimanya.

Jelas beliau, ulamalah yang telah membetulkan dan menerang kembali sejarah sebenar perjuangan Islam hingga umat ini kembali bangkit dari keluh kesah dan rasa bersalah.

Oleh itu katanya, jika sejarah besar dunia boleh diputar belit, apatah lagi sejarah peristiwa Memali walaupun ia baru berusia 24 tahun.

Pun begitu ujar beliau, hasil penerangan yang digerakkan PAS, peristiwa Memali telah menjadi sejarah yang hebat dan mendapat perhatian industri penerbitan.

Sejarah itu jugalah dakwanya yang menjadi sebahagian kepada pencapaian kejayaan dan kemenangan pada hari ini lalu memerintah.