Rabu, 25 November 2009

Orang Melayu Jangan Keterlaluan Dalam Politik - Rais ..!!! Tapi sebenarnya UMNO@BN Keterlaluan kepada orang Melayu...!!!!!!!



JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata orang Melayu tidak perlu keterlaluan dalam mentakrif perjuangan politik mereka sehingga sukar untuk membentuk perpaduan ummah.
"Sekiranya orang Melayu terlalu taksub dengan politik harian dan politik mingguan, saya dapati kerenggangan itu akan merugikan masyarakat atau umat Islam sendiri," katanya kepada pemberita selepas upacara penerimaan tiga ekor lembu korban di Masjid Kampung Sepri di sini hari ini.
Rais berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menunjukkan teladan yang baik dengan minum teh bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini satu sikap yang baik di mana dalam masa berdebat dan bertegang urat, para pemimpin ini telah menunjukkan ada masa untuk berharmoni dengan saudara sebangsa dan seagama," katanya.
Langkah pertama seperti ini, katanya, harus diwujudkan oleh pemimpin Melayu supaya perjuangan bangsa dapat diasaskan kepada kepentingan agama dan bukan semata-mata disebabkan pemikiran politik yang sempit.BERNAMA

SELPROA tolak kepimpinan Najib

Kami, sekumpulan pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat Selangor, masih memperingati tragedi rakan seperjuangan kami mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Inspirasi daripada Beng Hock, seorang yang aktif di dalam kesatuan wartawan-wartawan sebelum menyertai Kerajaan Negeri Selangor, kami telah menubuhkan Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) yang mana berdiri teguh dalam melindungi keselamatan, hak-hak manusia dan kebajikan semua pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat di Selangor.
Kami tidak akan membenarkan kematian yang kedua akibat daripada penganiayaan politik terus berlaku, dan kami bersatu demi mereka yang tidak berkuasa (powerless) untuk berdepan dengan regim Perdana Menteri Najib Razak yang menggunakan pintu belakang dan cara tidak demokratik untuk menyelamat kuasa.
Oleh itu kami mengecam sekeras-kerasnya dan menolak keputusan Peguam Negara untuk mencabar pekeliling Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang melarang pegawai kerajaan daripada memberi kenyataan-kenyataan kepada SPRM selepas waktu pejabat.
Kami amat terkejut oleh permohonan Peguam Negara kerana ini merupakan satu penafian ke atas hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk berkerja dalam satu persekitaran yang selamat dan terjamin.  Tindakan ini juga menunjukkan tiadanya kebebasan dan kelihatan Peguam Negara bertindak bagi pihak SPRM.
Kami berpegang bahawa Najib (gambar kiri) paling bertanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi hak asasi orang ramai, yang termasuk hak untuk satu persekitaran yang selamat.  Najib sebagai Perdana Menteri gagal bagi memastikan keselamatan Beng Hock, dan juga berkomplot dengan Peguam Negara untuk membatalkan pekeliling yang pastinya akan membahayakan nyawa kita dalam percubaan tidak bermaruah untuk menumbangkan Kerajaan Selangor.
Kami menyeru kepada Peguam Negara untuk menarik balik permohonan pembatalan pekeliling Menteri Besar dengan serta merta untuk menjamin keselamatan dan hak-hak pembantu politik.  Kami menyokong sepenuhnya pekeliling Menteri Besar dan menghargai usaha bersepadu oleh Pakatan Rakyat dalam memastikan keselamatan semua pembantu politik.
Peguam Negara sepatutnya mendokong keputusan yang telah dibuat oleh Hakim mahkamah Tinggi Mohd Ariff Mohd Yusof pada Nov 19, 2009 yang menyatakan bahawa SPRM tidak boleh menyoal saksi selepas waktu pejabat.  Pihak MACC perlu meminta maaf kepada Beng Hock, Tan Boon Wah dan mereka yang telah disoal siasat selepas waktu pejabat dan membayar gantirugi untuk segala kerugian yang mereka dan keluarga mereka alami akibat tindakan MACC yang tidak bertanggungjawab itu.
Akhir sekali, kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja dengan segera yang ditugaskan khusus untuk menyiasat kematian Beng Hock.  Kami percaya ini merupakan satu-satunya penyelesaian untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock, rakan seperjuangan kita yang dalam kenangan kita semua.
*Kenyataan media oleh Abdul Razak Bin Ismail selaku Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA).
**SELPROA telah ditubuhkan pada bulan November 2009 untuk melindungi keselamatan, hak asasi kemanusiaan, dan kebajikan pembantu politik.  Sekarang kami mempunyai 85 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pejabat ADUN dan pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor.  Persatuan ini telah diiktiraf oleh Menteri Besar Selangor.

MB Selangor Arah MPAJ Tulis Surat Kepada Kementerian Kerja Raya untuk batalkan status Rahsia..!!!



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang kepada umum.
Menurut Khalid, surat berkenaan merupakan surat ketiga yang dihantar kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan kebenaran untuk mendedahkan laporan berkenaan kepada penduduk Bukit Antarabangsa khasnya.
“Setakat ini saya sudah menghantar dua pucuk surat. Selepas surat pertama, saya diminta menulis satu lagi surat supaya perkara berkenaan dibincangkan di peringkat kabinet sebelum diputuskan.
“Jadi petang ini, saya akan minta MPAJ hantar surat permohonan (ketiga) kepada kementerian tersebut seperti yang dinyatakan oleh menteri terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor bahawa MPAJ perlu memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kepada umum.
Semalam, Shaziman berkata MPAJ perlu memohon kepada kementeriannya untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kepada umum.
Menteri itu berkata, selagi MPAJ tidak mengemukakan permohonan, status laporan itu kekal sebagai 'rahsia' dan kerajaan Selangor tidak boleh mendedahkannya kepada umum.
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak dapat mengedarkan salinan laporan kejadian itu kepada umum kerana belum mendapat kebenaran dari Kementerian Kerja Raya.
Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk mendedahkan laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kepada umum, namun ia hanya boleh dilakukan sekiranya tidak mendapat halangan daripada kerajaan persekutuan.
“Banyak permintaan dari penduduk di Bukit Antarabangsa untuk meneliti laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh itu supaya mereka boleh memahami dan mengetahui situasi sebenar kejadian,” katanya.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 6 Disember tahun lalu telah mengorbankan lima nyawa.
Mengenai tindakan undang-undang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang mungkin dikenakan terhadapnya berhubung pendedahan kandungan laporan tanah runtuh itu, Khalid berkata: “Kita tidak pernah ‘declassify’ laporan itu. Empat muka surat yang saya dedahkan sebelum ini hanyalah kenyataan umum berkaitan dengan peta dan ia bukannya sebahagian daripada kandungan laporan tanah runtuh itu. Itu yang kita difahamkan oleh MPAJ.”
Isnin lepas, Abdul Khalid yang mengubah status klasifikasi dokumen itu dengan menggunakan haknya sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2C, OSA, berkata, orang ramai boleh mendapatkan kadnungan laporan berkenaan daripada MPAJ.
Bagaimanapun, beliau menangguhkan keputusan mengedarkan salinan laporan siasatan itu disebabkan belum mendapat kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya.

Husam tidak mahu jadi MB K'tan



Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi menteri besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi menteri besar kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai timbalan menteri besar dan timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, timbalan menteri besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down syndrome di Kampung Becah Keranji dekat Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya satu hingga tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Kelantan berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Katanya, beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas kedua-dua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. BERNAMA

Kerajaan Selangor Haram Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN




SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)di sini pada Rabu.
Dr Halimah berkata perkara tersebut dibuat kerana kajian yang telah dijalankan mendapati kursus BTN yang dijalankan mengandungi ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional yang agak rasis dan seolah-olah memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Antara IPT yang terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens.

Ada bukti konspirasi jatuhkan MB S'gor'



Satu blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya.

Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor".

"Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau akan membuat pendedahan susulan pembabitan bekas calon itu Suwardi Yaacob dalam konspirasi itu apabila saman Abdul Khalid terhadap Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, mula dibicarakan di mahkamah.

"Kita tunggu saman menteri besar (Selangor) kepada Gerak dulu. Perkara ini saling berkaitan (dengan dakwaan saya)," kata Abdul Rahman lagi.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Mohd Nazree yang mendakwanya menggunakan wang awam bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadinya.

Satu lagi saman pemimpin PKR itu berhubung kenyataan Mohd Nazree yang mendakwa beliau menggunakan wang kerajaan bagi membeli 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada tahun lepas untuk diagihkan di kawasan parlimennya Bandar Tun Razak.

Abdul Rahman diminta mengulas tindakan undang-undang Suwardi - seorang peguam yang didakwa dekat exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali - yang dituduh mengumpulkan maklumat kerajaan sehingga Abdul Khalid disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain bertegas dengan tuduhan tersebut, penulis blog itu sebaliknya berkata beliau akan terus membuat lebih banyak pendedahan.

"Merujuk kepada surat (peguam) tuan dengan nombor rujukan: ZE(E)/L/1185/09/bob, saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya tidak akan membawa turun artikel saya kerana saya mempunyai bukti kukuh terhadap pendedahan saya," katanya, Jumaat lalu.

Abdul Rahman, atau lebih popular dengan nama samarannya Tulang Besi, menjawab ugutan saman Suwardi bertarikh 19 November lalu.

Surat itu antaranya menuntut blog itu menarik balik siaran artikel 'Suwardi Yaakob di Belakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor' yang diterbitkan Khamis lepas dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan notis.

Selepas enam hari notis tuntutan itu, semakan Malaysiakini hari ini mendapati artikel masih dimuatkan di blog berkenaan.

Usaha mendapatkan ulasan lanjut Suwardi setakat ini belum berhasil. Manakala peguamnya pula difahamkan sedang bercuti dan tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Tulisan kontroversi yang sama turut diterbitkan dalam blog Perisik Rakyat - milik penulis blog Topeng Perak Unmasked - pada tarikh yang sama.

Abdul Rahman termasuk seorang penyumbang artikel di blog tersebut.

Suwardi turut menuntut Abdul Rahman mengeluarkan surat permohonan maaf yang dihantar kepadanya beserta ganti rugi am dan teladan.

Pada 14 Ogos lalu, Abdul Rahman yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Dr Hasan pernah menghadapi tindakan undang-undang serupa daripada Suwardi berhubung artikel 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor'.

Pendedahan panas itu, yang didakwa dikirim kepada blog tersebut, mendakwa Dr Hasan terlibat menjatuhkan beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS di Selangor yang pro-Pakatan Rakyat.

Abdul Rahman yang mendakwa tidak menerima notis tuntutan Suwardi tersebut bagaimanapun menarik kembali artikel itu atas alasan "permintaan tuan punya surat" dan "isu itu terlalu panas".

PRU Sarawak : Tuai Rumah Undi PAKATAN ?


Beberapa bulan lalu, Najib Razak ada memberi signal Pilihanraya di Sarawak akan diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13. dalam erti kata lain pilihanraya Sarawak mesti diadakan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak berakhir iaitu pertengahan tahun 2011.
Walaupun begitu, bagi rejim BN di negeri itu, mereka mula kepanasan apabila melihat sokongan rakyat di Bumi Kenyalang terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.
Terbaru, sepanjang minggu pertama bulan ini, beberapa Adun rejim BN mula memberi kenyataan bertali arus berkaitan perkara itu apabila mendesak dan mengugut ketua-katua kaum atau juga disebut Tuai Rumah di Sarawak agar jangan menyokong atau memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Tidak dapat dipastikan samada kenyataan Adun-adun rejim BN itu dirancang atau tidak, tetapi yang pasti kenyataan mereka itu menunjukkan kerisauan mereka terhadap sokongan berterusan rakyat pelbagai kaum di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.
Bermula 1 November lalu, ADUN Pakan, William Mawan anak Ikom, mengugut ketua kaum Dayak di negeri itu terutama di kawasan luar Bandar agar jangan berjuang bersama Pakatan Rakyat jika mahu pembangunan di negeri itu diteruskan.
Ini diikuti oleh Adun Simanggang, Francis Harden anak Hollis pada 3 November lalu yang mendesak katua kaum yang disifatkannya sebagai orang tengah agar menerangkan kepada penduduk berkaitan pembangunan kerajaan jika mahu projek dilaksanakan di kawasan mereka.
Skrip yang sama oleh adun-adun itu disambut pula oleh ADUN Engkilili, Johnical Rayong Ngipa semasa berucap di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, di Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman.
Rayong yang risau dengan sokongan berterusan ketua-ketua kaum itudipetik sebagai berkata bahawa sokongan Pakatan Rakyat yang kukuh di semenanjung tidak layak mengembangkan pengaruh mereka di Sarawak atas alasan memecahbelahkan sokongan politik penduduk di negeri itu terhadap BN.
Anehnya, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, iaitu Kanselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai pada majlis yang sama menggesa agar kerajaan Sarawak menaikkan bayaran elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung bagi mengelakkan mereka dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar.
Rejim BN pula menyambut dingin permintaan itu apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, iaitu salah satu sekutu rejim BN di negeri itu, Alfred Jabu anak Numpang menempelak kembali persatuan itu dengan menyamakan perkara itu dengan tuntutan Cuepacs terhadap Najib.
Jabu berkata, NajibRazak pada 4 November lalu ada menegur (Ceupacs) kerana menuntut bonus pada masa kerajaan sedang bergelut untuk keluar dari kemelesatan ekonomi sekarang.
Sementara itu, Timbalan Residen Sri Aman (Bahagian Pembangunan Sosial), Felicia Tan dalam sebuah akhbar on-line berkata, sejumlah 1,516 penduduk dari daerah Lubok Antu dan daerah Sri Aman dikategorikan sebagai golongan Penduduk Miskin Tegar.
OLEH : MASDARWAHID

Najib akan terus berkuasa dengan kerjasama PAS



Dalam posting bertajuk "Lalu menggelejatlah Najib..." saya tulis:
Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar kata, jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" itu adalah tulen, Najib, timbalannya dan semua menteri yang terlibat dengan perbuatan memberi kelulusan secara retrospektif itu mesti meletakkan jawatan (baca selanjutnya dalam berita Harakah Daily 17/9/09 bertajuk "Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar").

Saya nak menjangkakan jawapan kerajaan Najib:
Kerajaan tidak ada pilihan melainkan memberi kelulusan retrospektrif kepada peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00 kerana jika berlaku default oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang merupakan badan berkanun kerajaan maka ia menjadi obligasi kerajaan untuk menanggung liabiliti tersebut.

Lebih dari itu, projek PKFZ telah siap dan sedang digunakan serta kontrak telah ditandatangan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Oleh itu kelulusan secara retrospektif adalah diperlukan.

Kerajaan terpaksa memberikan kelulusan tersebut walaupun Letter of Support yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bagi beberapa penerbitan bon boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri.

Tambahan pula, Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut dalam satu fasa serta turn-key developer dilantik untuk melaksanakan projek ini dan LPK pula telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 yang melibatkan kos pembelian tanah RM1.7 bilion dan kos pembanguna RM2.9 bilion walaupun kos projek tersebut telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat dan setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00.

Mengambilkira faktor-faktor tersebut, kelulusan retrospektif itu terpaksa diberikan walaupun pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu tidak dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan.
Barangkali begitulah jawapannya kerana tak mungkin Najib dan anggota kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada pertambahan kos PKFZ itu tergamak meletakkan jawatan!!
Hari ini, The Edge melaporkan berita berikut:
Govt to guarantee US$1b PKFZ bonds

The Edge (25/11/09): Deputy Finance Minister Datuk Seri Awang Adek Hussin said yesterday that tehe government would guarantee around US$1 billion (RM3.39 billion) in bonds issued to fund a free zone project to allay investor concerns over the debt.

A fund manager who holds the debt, issued in 2003-2006 to fund the multi-billion dollar Port Klang Free Zone (PKFZ) project, said bondholders are concerned that letters of support honouring the bonds are not sufficient.

So they want the government to refinance the debt to overcome investor fears that they will not be repaid, said the fund manager, who spoke on condition of anonymity due to the sensitivity of the issue.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told an investor briefing in New York on Monday that the government would honour all PKFZ obligations, said the fund manager, who attended the meeting.

The comment was confirmed by the finance ministry yesterday. “We will definitely honour the bonds,” the deputy finance minister said.

The free zone project has been dogged by allegations of corruption and mismanagement and MARC ratings agency said in August it had downgraded the outlook on PKFZ-related debt to negative.

The fund manager said the bonds had fallen in value by 15% since they were issued, adding that concerned bondholders sought to approach the government.

“A bondholders group led by UBS has tried to talk to the Malaysian government to get clarity on whether they are going to honour the bonds,” said the fund manager.

A recent audit report on the port project, whose costs had surged to RM10 billion from an original RM1.8 billion, said initial letters of government guarantee issued by transport ministers were given without the knowledge of the finance ministry.

To be legally enforceable as letters of government guarantee, they have to be issued by the finance ministry. “There is a huge incentive for the government to solve this issue. The port bonds carry an A1 rating which is the same as sovereign bonds,” the fund manager said.

The project had been dogged by allegations of corruption and a report presented to parliament identified irregular payments to contractors as well as mismanagement that resulted in cost overruns.

A report released recently by the Public Accounts Committee said that former transport minister Tan Sri Chan Kong Choy should be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission and police for criminal breach of trust.
Apa nak kisah, rakyat bukan peduli pun. Tibai pi lah duit rakyat sampai berapa billion dan berapa trillion sekalipun, depa bukannya marah. Depa kata Najib hebat, Najib bijak. Takkan nak buang orang hebat, orang bijak. Bab urus ekonomi dia premium class.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Kalau benar dakwaan penyiasat tu, hampa ingat rakyat marah pemimpin Melayu beragama Islam buat gitu? Jangankan marah, depa puji lagi. "Tu la tanda dia dero kita, Mongolia pun terkulai dengan kejantanan dia. Hebat hero kita tu!"

Pilihan raya ke-13 ni, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar. Najib akan dikenang sebagai hero Umno kerana kehebatannya. Nak buat lagu mana, bak kata seorang pesara tentera, "ketika Umno masuk ICU, PAS pulak saja-saja, gatai-gatai, suka-suka hati dia masuk wad kelas tiga".

Najib akan terus berkuasa dengan kerjasama PAS yang sengaja menyakit dan melemahkan dirinya dengan pelbagai isu.

Kalau benar dakwaan Balasubramaniam itu, kaki zina akan terus jadi Perdana Menteri kita. Tahniah rakyat Malaysia yang beragama Islam, di mana jua anda berada.

(Saya nak tulis fasal MARA dan keengganan menteri berkenaan menjawab secara lisan soalan mengenai MARA semalam. Dia nak jawab secara bertulis. Walaupun kawan saya dah bagi dokumen kepada Ahli Parlimen PAS, perkara itu tak dapat nak diperdebatkan. Mahfuz komplen keengganan menteri jawab secara lisan persoalan mengenai MARA itu, tetapi Pengerusi sidang pula kata tak ada masa - waktu tu perbahasan peringkat jawatankuasa, dia panggil Pengerusi dan bukan Yang Dipertua Dewan.

Laa... melalut pulak. Yang nak habaqnya, mood rosak nak tulis. Dah la mouse komputer aku ni buat hal dan duit pun tak dak nak beli lagi sebab semedangnya tak dak duit, capaian internet pulak lebih teruk dari apa yang ada di Timbuktu. Elok la TM oi orang tibai growth business - wireless - dari hampa dan hampa jaga dying business ja - fixed line. Yang tinggal nak mampoih ni pun hampa tak reti nak jaga! - saya juga akan tulis perbuatan merompak growth business dari TM)

Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT



Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.

Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

(NOTA EDITOR: Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves:

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri."


Altantuya kini berada di Hong Kong? Kita cabar KDN& Kem Penerangan luluskan tayangan siri ini diMalaysia..!!! Kalau tak memang benarlah Altantuya di bunuh oleh Najib dan Rosmah..!!!


Gempar di Hong Kong! kerana munculnya seorang yang berwatakan mirip model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4!Klik gambar itu!
Tentu box-office kalau sampai Malaysia nanti.

Mahathir squandered RM100 bil, says new book

Malaysia has squandered an estimated RM100 billion on financial scandals under the 22-year rule of Dr Mahathir Mohamad, according to a new book about the former prime minister.
According to Barry Wain, author of the soon-to-be launched ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, direct financial losses amounted to about RM50 billion.
NONEThis doubled once the invisible costs, such as unrecorded write-offs, were taken into account. The RM100 billion total loss was equivalent to US$40 billion at then prevailing exchange rates.
Barry, who is a former editor of the Asian Wall Street Journal, says most of the scams, which included a government attempt to manipulate the international tin price and gambling by Bank Negara on global currency markets, occurred in the 1980s.
‘Malaysian Maverick’ is the first independent, full-length study of Mahathir, who retired in 2003 after more than two decades as premier. The book will be published globally next week by Palgrave Macmillan.

Wain writes that the Mahathir administration, which took office in 1981 with the slogan, “clean, efficient, trustworthy”, was almost immediately embroiled in financial scandals that “exploded with startling regularity”.
By the early 1990s, he says, cynics remarked that it had been “a good decade for bad behaviour, or a bad decade for good behaviour”.
Secret military deal with US
The book also reveals that:
  • Mahathir, despite his nationalistic rants, signed a secret security agreement with the United States in 1984 that gave the Americans access to a jungle warfare training school in Johor and allowed them to set up a small-ship repair facility at Lumut and a plant in Kuala Lumpur to repair C-130 Hercules transport aircraft.
  • Mahathir used a secret fund of his ruling Umno to turn the party into a vast conglomerate with investments that spanned almost the entire economy.
  • Mahathir’s Umno financed its new Putra World Trade Centre headquarters in Kuala Lumpur partly with taxpayers money, by forcing state-owned banks to write off at least RM140 million in interest on Umno loans.
Wain, who is now a writer-in-residence at the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore, however credits Mahathir with engineering the country’s economic transformation, deepening industrialisation and expanding Malaysia’s middle class.
But Mahathir had undermined state institutions, permitted the spread of corruption and failed to provide for Malaysia’s future leadership, he says.

Muhyidin disifatkan masih amal politik primitif


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya.

Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.

Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu.

"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."

Ujar Mahfuz lagi, tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.

"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat," jelasnya.

Beliau juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.

Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen.

Puncak Niaga Perdaya Pemegang Sahamnya Dengan Pengumuman Keuntungan Berlipat Kali Ganda?

Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap kenyataan syarikat pengurusan air Puncak Niaga yang mengumumkan keuntungan berlipat kali ganda, antaranya hasil bayaran ganti rugi kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata Selangor tidak akan membuat pembayaran ganti rugi itu kepada Syarikat Bekalasan Air Selangor (Syabas), anak syarikat Puncak Niaga, apabila enggan menerima tarif baru bekalan air.

Beliau mengulas keuntungan bersih Puncak Niaga yang diumumkan semalam sebanyak RM46.7 juta daripada dua sumber hasil utama, peningkatan pendapatan akibat kenaikan harga air dan ganti rugi daripada kerajaan Selangor.

"Kerajaan negeru berpendapat kenyataan Puncak Niaga semalam adalah satu overstatement of profit (anggaran berlebihan berhubung keuntungannya) dan syarikat itu perlulah bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dalam isu ini," kata Abdul Khalid di sidang media selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri juga tidak akab bertanggungjawab ke atas laporan yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga mengenai peningkatan keuntungan tersebut." -malaysiakini

Ulasan GB

Dari rekod:


MUKTAMAR PAS DITAJA KRONI UMNO? SUNGGUH MEMALUKAN!

Patutlah GB rasa semacam ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan Muktamar Kali ke 55 yang amat diberikan pujian oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan sebagai yang terbaik pernah diadakan.

Tatkala membaca nama-nama Jawatankuasa Urusetia muktamar, saya melihat pemuka-pemuka Kerajaan Perpaduan menguasainya sehinggakan para blogger dinafikan keizinan untuk menggunakan kemudahan internet di muktamar kerana kebanyakan blogger-blogger dianggapkan oleh mereka sebagai golongan menentang idea Kerajaan Perpaduan da dicopkan sebagai kumpulan Erdogan.

Tiba-tiba Malaysiakini melaporkan satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu telah ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut.

Dikatakan Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.

Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

“Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?” katanya.

“Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu.”

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.

Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.

Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.

Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.

Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.

Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.

Ulasan Ringkas GB

Hal di atas, jika benar, amat memalukan PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang rupa-rupanya dikotori oleh tangan-tangan bedebah pemuka-pemuka Kerajaan Perpaduan yang telah mendapat tajaan dari pihak UMNO.

Belum apa-apa pihak yang mendokong gagasan Kerajaan Perpaduan sudah berani membuat keputusan sendiri “bekerjasama” dengan kroni UMNO.

Apalah ertinya mempunyai muktamar yang terbaik pernah diadakan dengan menjual maruah parti sendiri dan kamu Roslam SMS, kenapa apabila diminta penjelasan tiba-tiba menikus?

Pemimpin Pas gila KUASA !!! - Part 2



oleh ali Bagan Utama.
Previously on Pemimpin PAS gila KUASA !!!

Satu Malaysia apa khabar ??? Mari kita lihat bukti-bukti akibat pemimpin PAS gilakan banyak jawatan. Den bagi yang mudah-mudah sahaja.

[1]

Di mana post mortem Prk Bagan Pinang ?? Hari Isa Samad diisytiharkan menang adalah pada 11 Oktober 2009. Hari ni dah 25 November 2009. Sebulan lebih dah mangkuk !!! Takkan senyap macam tu je. Rakyat nak tahu apa sebab PAS kalah teruk kat Bagan Pinang. Atau memang dah siap tapi tidak mahu isytihar.

Takkan nak cover up sebab Hasan Ali punca kekalahan Prk Bagan Pinang. Sonang cito takde sape handle post mortem ni sobab masing-masing sibuk dengan benda yang bukan-bukan. Dah masing-masing pegang lebih dari satu portfolio jawatan.

[2]

Mana post mortem kekalahan PAS Terangganu 2008 ?? Sapu bawah karpet ?? Tiada siapa yang handle sebab masing-masing sibuk ?? Atau MALU nak dedahkan sebab-sebab kekalahan. Klik untuk lihat salah satu punca kekalahan sebenar PAS Terangganu. Jangan lupa melihat youtube yang disediakan. Anak TG Hadi iaitu Kholil juga terlibat dalam pertempuran di dalam youtube tu.

[3]

Apa cerita dengan JawatanKuasa Displin ?? Hilang respek den dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Apa jadi dengan Tape Recording yang ada pada tangan Tuan Ibrahim Tuan Man ?? Adakah ia sudah dilupuskan ?? Macam mana nak lupus bai. Tape Recording pertemuan gelap Hasan Ali-Nasarudin Mat Isa-Roslan SMS dengan blogger UMNO sekarang berada dalam tangan Tulang Besi dan JiwoKelete.

Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pun mempunyai tanggungjawab yang berat dalam parti PAS iaitu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan Ahli JawatanKuasa PAS Pusat. Macam mana beliau nak menumpu dan mengurus masa bila memegang 3 portfolio penting sekaligus dalam parti ??? Beliau bukan Superman.

Sepatutnya tugas beliau dalam JawatanKuasa Displin disandang oleh ahli parti yang tidak berkepentingan seperti Dr. Sanusi Daeng Mariok atau Ustaz Hasan Shukri. Sudahlah si Hasan Ali tu kawan baik dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Sudah ada conflict of interest kat situ. Jadi macam mana kita nak harapkan penyiasatan adil tanpa berat sebelah Tuan Ibrahim terhadap Hasan Ali ??

Dengan kes-kes terbaru Hasan Ali disini dan disini, dapatkah Tuan Ibrahim catch up bagi membuka kertas siasatan baru untuk Hasan Ali ?? Atau memang sengaja lambat pick up sebab siasatan Tape Recording pun tak setel lagi ?? ISA SAMAD la woi !!! Jangan nak permainkan rakyat bai. Rakyat bukan bodoh macam hang.

[4]

Dulu ada satu JawatanKuasa yang dipanggil JawatanKuasa pemerkasaan Parti PAS. Apa jadi dengan JawatanKuasa tu. Tinggal meja dengan kerusi ke bai. Bila nak buat sesuatu, buat dengan profesional. Bukan main-main. Baik tak payah undi PAS. Nanti undi, negara ni pun diaorang bikin main-main. Itu persepsi rakyat. Apa yang perkasa pada PAS ?? Pusat Perubatan Kohilal ?? Itu je lah satu . Dah berpuluh tahun tapi itu je lah satu Pusat perubatan yang ada. Kenapa tidak bertambah cawangannya di setiap pelusuk negeri dalam Malaysia ??

Lihat Hospital KPJ. Ada di setiap negeri. Ada Tan Sri Ali Hashim label kat dahi dia Islam ?? Tapi dia Islamik dalam pengurusan. Dah semua sibuk berpolitik lalu mengabaikan elemen penting dalam masyarakat Islam.

PAS tidak boleh bagi contoh pun dalam pengurusan. Tak cemerlang. Pusat Perubatan Kohilal, PPK tidak berkembang. Koperasi KOHILAL pun tidak ke mana. Jadi macam mana rakyat nak bagi undi untuk perintah negara ni. Sebab, jelas PAS sendiri tak boleh organize organ-organnya sendiri. Organ ekonomi seperti KOHILAL tak kemana. Organ perubatan moden seperti PPK tidak berkembang. Organ menyelamatkan akhlak perempuan takde langsung sebab Dewan Muslimat lagi gila kuasa dari dewan yang ada dalam PAS. Diaorang punya gila kuasa sampai tak sempat nak fikir apa jadi dengan anak gadis Islam kat Malaysia.

Kita rakyat Malaysia wajib memberikan kredit kepada Jemaah Islah Malaysia, JIM kerana menyediakan safe house dan menyediakan rawatan pemulihan akhlak kepada gadis-gadis yang malang ini melalui organnya iaitu Raudhatus Sakinah,RS. Mari menyumbang wang kepada RS. Mereka yang terlibat dengan RS memang komited dan profesional dalam mengerjakan kerjabuat baik mereka. Inilah yang dikatakan ikhlas dalam berjuang dan tidak gila jawatan.

[5]

Apa jadi dengan penaiktarafan Kelab Penyokong PAS kepada Dewan ?? Nak tunggu PAS masuk Barisan Nasional baru nak buat. Ha Ha Ha. Selagi clan UG berada dalam PAS, sah haraplah akan dinaiktarafkan. Tugas tu pulak diserahkan pada Mujahid Yusuf Rawa. Dia tu adalah ahli Parlimen. Tugasnya besar di Parlimen.

Sepatutnya tugas itu diserahkan kepada ahli parti yang bebas komitmen seperti ... Seperti sape bai. Dah semua gila jawatan sampai den dah tak nampak sape pelapis dalam PAS yang boleh diharapkan. Walhal ahli ada 1 juta. Dimana sistem pengkaderisasi PAS ??

Lihat DAP, berani bagi yang muda-muda pegang jawatan besar seperti Ean Yong Hien Wah(berusia 30 tahun) sebagai Exco negeri Selangor dan Anthony Loke sebagai Pengerusi DAP n9. Kalau dalam PKR kita boleh lihat pada YB Nik Nazmi, YB Yusmadi dan CheguBard. Semua orang nak nama. Itu yang Senior pemimpin PAS tak bagi pada yang junior. Apalah sangat pada nama tu. Bukan boleh bawak ke kubur pun.

Beri peluang kepada anak muda terutama yang sudah terserlah bakat kepimpinan mereka. Jadikan mereka sebagai ADUN dan MP. Tidaklah kita selalu nampak MP PAS dalam Parlimen tidur dan selalu menguap. Itu semua dilihat rakyat dalam TV. Jangan nak cong la. Kita mahu pemimpin yang muda dan sihat. Tidak lah kita mengharungi banyak Prk selepas Pru. Kita nak problem rakyat selesai. Bukan bagi rakyat susah dengan mengharungi banyak Prk dan permainan politik sepanjang masa. Jangan bazirkan masa dan tenaga rakyat.

[6]

Apa jadi dengan Dewan Muslimat Muda ?? Takkan tinggal sebagai idea. Laksanakan segera. Atau naiktarafkan sahaja Nisa' kepada Dewan Muslimat Muda. Jika tidak selamanya market pengundi bagi perempuan 21-35 tahun dapat kepada Puteri UMNO. Kata nak guna demokrasi untuk perintah Malaysia. Cepatlah laksanakan. Jangan lembab !!!

[7]

PAS wajib melaksanakan polisi KPI atau Key Performance Index sebagai memantau perjalanan organ-organnya supaya terurus dan profesional. Jika mahu nak mengembalikan persepsi positif dari rakyatlah. Jika tidak sampai ke kiamat lah PAS di takuk yang sama. Jangan malu buat polisi KPI. Malu sebab apa bai. Sebab Najib dah bikin dulu polisi ni melalui Kementerian Koh Tsu Koon ?? Benda baik kita tiru apa salahnya.

Lagi pun langkah Najib itu telah meningkatkan persepsi positif rakyat kepada Najib. PAS kena cepat bersaing dalam menagih persepsi baik dari rakyat. Jangan bagi Najib menang dalam meraih persepsi positif rakyat. Unless jika PAS nak join Barisan Nasional pada pertengahan tahun 2010. Tak gitu :)

* Ingat, rakyat sentiasa memerhati dan memantau kesemua parti yang ada. Kami sebagai Tuan berhak menilai prestasi Parti mana yang memikat hati kami. Jika PAS tidak membuang pemimpin yang telah mencalar reputasi PAS dalam waktu terdekat, pandailah rakyat mengajar kamu dalam Pru ke 13 nanti.

Sahih SPR Menjadi Jentera Pilihanraya BN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berkali-kali menyalahguna kuasa serta memutarbelitkan bidang kuasa dalam urusan pilihanraya.  SPR bukan sahaja tidak akur kepada keputusan Speaker Kedah yang mengosongkan kerusi DUN, malahan telah mewakili ADUN UMNO untuk memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi.  Jelasnya bahawa SPR telah hilang kredibiliti serta kedudukan bebas badan tersebut.
Mengikut Perkara 113 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah sebuah badan yang diamanah untuk mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas.  SPR bertanggungjawab untuk memastikan penjalanan pilihanraya adalah bebas, adil dan bersih.  Prinsip dan nilai demokrasi perlu ditegakkan demi kepentingan rakyat jelata.
Namun, sejak peristiwa tiga ADUN Perak lompat parti menjadi ADUN Bebas yang berpihak kepada BN sehingga kes DUN Kota Seputeh, SPR tidak pernah akur kepada keputusan Speaker.  Tindakan SPR yang jelasnya berat sebelah kerana masih bersikap kepala batu untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan.  Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan.

Sebenarnya sudah lama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) telah berusaha serta mendesak agar proses pilihanraya di Malaysia dapat diperbetulkan dan diperbaharui.  Namun SPR bukan sahaja tidak menerima cadangan yang dikemukakan oleh BERSIH, malahan sanggup dijadi alat kepada BN dan sekaligus meyebabkan badan tersebut hilang kredibiliti serta integriti.

Oleh itu, Angkatan Muda Malaysia menyeru SPR agar insaf serta berani untuk menjalankan perubahan demi menegakkan demokrasi dengan segera di dalam negara kita.  Nilai sebenar demokrasi adalah mengembalikan kuasa kepada rakyat.  Rakyat perlu diperkasakan untuk menentukan pimpinan negara dengan mengundi pemimpin yang membela rakyat.
*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Khalid peneraju, Selangor terus unggul

Neo Chee Hua

 
Menteri Besar Incorporated (MBI) yang diterajui oleh Khalid Ibrahim telah menjadi teras ekonomi Selangor, sejak beliau memegang tampuk pimpinan negeri itu.  Pengaruh MBI kelihatan di mana-mana, dari dasar pembangunan ekonomi, pengagihan sumber ekonomi hinggalah reformasi syarikat GLC.  Malah, MBI menjadi tumpuan media baru-baru ini berikutan pembelian kembali aset hutang RM392 juta.
Khalid Ibrahim sememangnya calon terbaik untuk menerajui pembangunan ekonomi Selangor, jikalau mengambil kira latar belakang pendidikan dan pengalamannya dalam bidang korporat.  Namun, seandainya penekanan diberikan secara berketerlaluan terhadap seseorang pemimpin, malah pentadbirannya tidak dipantau oleh orang awam, maka timbul persoalan "kuasa MB yang semakin berkembang" yang mungkin diakhiri dengan masalah Moral Hazard.
Selangor penting dalam ekonomi
Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Nor Mohamed Yakcop, Selangor merupakan negeri ekonomi yang terbesar di Malaysia, dengan sumbangan RM100.9 bilion dalam GDP, iaitu kira-kira 21.2% dalam ekonomi negara.  Selangor juga penyumbang terbesar dalam bidang pembuatan (27%) dan pembinaan (35.5%).
Menurut maklumat Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), bilangan projek pembuatan yang diluluskan Selangor adalah tertinggi dalam negara, iaitu 1,517 antara tahun 2001-2005, bersamaan 31.5% daripada jumlah projek seluruh negara.  Malah, dalam tempoh yang sama, Selangor mencatat Capital Investment sejumlah RM29.2453 bilion.
Selain itu, menurut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sepanjang tempoh RMK-8 (tahun 2001-2005), Selangor mencatat purata kadar pertumbuhan setinggi 5.2%, menjuarai 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).  Menurut anggaran, Selangor akan mencatat purata kadar pertumbuhan 6.2% dalam tempoh RMK-9, iaitu tahun 2006-2010, mendahului negeri-negeri yang lain.
Dari segi pendapatan perkapita, Selangor mencatat RM3,702 antara tahun 2001-2005, satu langkah di belakang Kuala Lumpur yang mencatat RM4,105.  Menurut anggaran, pendapatan perkapita Selangor mungkin mampu mengatasi Kuala Lumpur dalam tempoh tahun 2006-2010 dengan RM5,175 (purata kadar pertumbuhan 6.9% setiap tahun), menjadi negeri dengan pendapatan perkapita yang tertinggi di Malaysia.
Pada masa yang sama, Selangor menduduki ranking ke-4 dalam indeks komposisi sosio ekonomi daripada 14 buah negeri (termasuk KL).  Antaranya, Selangor menduduki tempat ketiga dalam Economic Index, hanya ketinggalan di belakang Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.  Selain itu, kadar kemiskinan Selangor hanya mencecah 1% pada tahun 2004, merupakan kadar kemiskinan yang kedua terendah di seluruh negara, selepas Pulau Pinang yang mencatat 0.3%.
Oleh itu, setelah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor selepas 8 Mac 2008, kelebihan Selangor dalam bidang ekonomi telah menjadi tumpuan PR.  Perlantikan Khalid Ibrahim sebagai MB oleh PR memperlihatkan strateginya untuk menjadikan kelebihan Selangor ini sebagai modal politik PR.
Latar belakang Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim (gambar kiri) memperoleh Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.  Sebelum Khalid berkecimpung dalam bidang politik, beliau pernah menjadi CEO di Syarikat Permodalan Nasional Berhad (tahun 1979-1994) dan Kumpulan Guthrie Berhad (tahun 1995-2003).  Malah, beliau pernah dianugerahkan oleh Business Times-American Express sebagai CEO Malaysia terbaik pada tahun 1998.
Pada masa yang sama, Khalid Ibrahim pernah menganggotai Lembaga Pengarah dalam SIRIM, MIER, ISIS, NPC, dan sebagai anggota Financial Engineering Forum dan APEC.
Khalid Ibrahim paling terkenal dengan "Serangan Waktu Subuh" ke atas Bursa Saham London pada 8 September 1981, merampas Guthrie Corporation dari tangan orang Inggeris dalam masa tidak lebih daripada dua jam.
Prestasi dalam ekonomi
Jelas, latar belakang dan pengalaman Khalid Ibrahim menunjukkan bahawa ekonomi adalah kepakarannya.  Misalnya, setelah Khalid Ibrahim menyandang jawatan MB, projek pelaburan baru sejumlah RM7 bilion telah diluluskan dari Mac 2008 hingga Julai 2009.  Antaranya, RM2.667 bilion adalah pelaburan tempatan, malah RM4.336 bilion adalah pelaburan asing.


Projek baru yang diluluskan oleh MIDA dan MITI ini telah berjaya menawarkan 18,166 peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor.
Selain itu, Khalid Ibrahim juga berjaya menyusun semula apa yang ditinggalkan bekas kerajaan Selangor.  Menurut Laporan Ketua Audit, walaupun pelaburan saham kerajaan negeri Selangor telah menambah dari RM323.55 juta pada tahun 2004 kepada RM390.60 juta pada 2008, iaitu penambahan 20.7%, tetapi hanya mendapat pulangan dividen 0.02% secara purata dalam tempoh lima tahun yang lepas.【Baca: Untung, tapi tak bayar dividen
Khalid Ibrahim telah mengambil langkah-langkah untuk memperbaikinya, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri Selangor pada Mei 2008.  Pengurusan tunai yang berkesan ini telah mendapat pulangan yang baik, mengekalkan status tunai dan pelaburan jangka pendek kerajaan negeri Selangor tahun 2008 pada paras yang baik.
Antaranya, pendapatan daripada pelaburan jangka pendek kerajaan negeri pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak RM7.22juta atau 60.6%, sehingga RM19.14 juta, lantarandaripada pengurusan tunai yang berkesan ini.
Malah, Khalid Ibrahim telah merangka dasar pembangunan ekonomi yang jelas untuk negeri Selangor.  Di samping itu, beliau telah mengemukakan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM50 bilion untuk menangani krisis eknomi global baru-baru ini. (Bersambung)
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Husam saman NST dan Berita Harian Singapura

Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 25 Nov: Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau.


Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.

“Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya.

Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia.

“Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya.

Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen.

“Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi.

Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

“Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari.

“Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi.

Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat.

“Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia,kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi.

Husam ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke atas pelajar miskin, Siti Zamanira Mat Zaib, pelajar tahun tiga jurusan Fiqh dan Fatwa, Falkulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, di Kampung Bechah Keranji, Melor.

Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga pelajar berkenaan berharga RM40,000 yang disumbangkan oleh seorang penderma.

Leading the MCA revolution


Dr Daphne Loke
OPINION In year 2000, Gary Hamel published his millennium masterpiece : “Leading the Revolution”. Unlike his earlier bestseller, “Competing For the Future” , co-authored with CK Prahalad, which was about how to stay ahead of competition in the future, this millennium masterpiece called for the constant review of business concepts by identifying what to change - or, what, when and how to revolutionise for sustainability.
Today, MCA has the honour to have both the prime minister and his deputy to author the blue-print of its revolution. Revolution? Can it be otherwise? The outcome is expected to be a fundamental change in power inside the party and it will happen within a relatively short period of time.
Like the French revolution in the 18th century, modern day revolutions also bring about radical changes to the current situations such as in digital revolution, marketing revolution, dance and arts revolutions, and the like. Leiden and Schmitt (1968) in their writing on revolutions in the modern world, identified 3 stages, viz.
Stage 1: Undermining of old ideology followed by breakdown of old loyalties and the expulsion of old ruling elites
Stage 2 : The construction of an alternative for replacement, and
Stage 3: Increased wish for return to normalcy
The MCA debacle has a similar pattern. It had its origin from a legacy passed down from the previous president. Whoever  masterminded the taping of the tryst did not have a strategy to put an end to the actor’s political career. A complaint was brought before the party’s disciplinary board which caused the actor to be expelled, thus removal of his official position in the party.
He called for an EGM of the central delegates to reinstate him. One of three resolutions of the EGM was to cast a vote-of-no-confidence on the current president. The outcome of this vote-of-no-confidence took the party into the second phase of the revolution.
mca-ong-chua-liow.pngPhase 1: To oust the immoral deputy president.
The Disciplinary Committee (DC) expelled him from the party. However, the then Presidential Council overturned the DC’s decision and reduced it to suspension. This caused the entire DC to resign en bloc as the committee deemed it had lost its power in upholding discipline in the party.
The subsequent EGM and the aggrieved party’s appeal to the Minister of Home Affairs caused the party to be ticked off by the Registrar of Societies that the party’s actions of vacating the position of deputy president was ultra vires the party’s constitution. Article 35 of the party constitution clearly laid down the requirement of 2/3 of delegates present and voting at a general assembly voting a the removal of party officials.
Faced with such development, the president and the deputy president joined hands to work together towards the uniting the party, which indeed, is the right thing to do.
Phase 2: One of the vice-presidents, the head of MCA Youth and the head of Wanita MCA appeared to have difficulties in making leadership level decisions. Prior to the October 10 EGM, group photos appeared in all major newspapers and online media showing all the three actors standing behind the president and declaring that they would collectively resign should the president lose in the no confidence vote. The president lost by a thin margin of 14 votes - which analysts reasoned could only happen if there was betrayal from within the president’s camp. Indeed there was.
What are the significant differences in the 2 phases of the revolution ?
1. Qualities of the actors: In Phase 1, the challenger only wanted re-instatment as deputy president. Anyone reading the intellect of this challenger would have expected him to be aware of Article 35 of the Constitution. He had been rightly advised to go through the motions of appeal for re-instatement. He complied by the rules of the game and he was rightfully re-instated. 
2. Creditability of the trio: They betrayed the president’s and public trust. They were not honest when they told the public they would act collectively as members of the central committee. There were also other occasions when declarations for resignation were made by they never obliged.
3. Decision-making ability of the trio was highly questionable: One day they objected to another EGM only to later declare the new EGM would be their life line. One day they appeared together with the president to tell the whole world about a new unity plan. Next day they denied they supported the plan. The deputy president openly asked the leader to make clear what he wanted as one day it was the president’s position and the next it was the position of the deputy president. Such misery of indecisiveness does not augur well for the trio who claimed large followership.
chew-mei-fun-we-ka-siong.jpg4. Personal virtue and disrespect of party Code of Conduct and Discipline: This Code is available in the party’s web site to remind nearly one million members of their duties, responsibilities and obligations. Despite verbal warning from party elders, sadly, the trio chose to challenge it. Outsiders look upon such behaviour as unbecoming of Chinese officials in the government. Certain quarters felt that they should first relinquish their positions in the government and in the Senate and then only come back to challenge the party leadership. Of special reference was the despicable behaviour of the Wanita head (one of the trio) who lost miserably in the previous general election, and whom the president put her up as a senator in order that she could be a deputy minister, now leads in the rebellion against the party and the president. And she continues to benefit from those government positions.
5. Malicious allegations: The trio showed complete disregard for party’s processes and procedures. The trio chose to ignore them and instead indulged into inciting public sentiments. They incited members to carry out public demonstration in the form of candle vigils claiming “Death of democracy in MCA”. Police had to be called in to maintain order. The trio call themselves the “MCA Integrity Restoration” group. These are serious allegations against the party.
6. Their immaturity in thinking became evident when hurling accusation against individuals reflected on their personal inability to lead. They openly called the president ‘dictator’ and put up banners bearing slogans such as “Bloody Resolutions – What Unity Plan?” when they campaigned. They even taunted other Chinese and non-Chinese associations to join in the fray.
7. Rejection of presidential power entrenched in the party constitution. In the case of changing the composition of the presidential council, many considered it a wise move. The en bloc resignation of the party’s disciplinary committee was evidence that the council with the previous composition, had wrongly advised the president causing him such embarrassment.
MCA is the only single race political party in Malaysia representing the Chinese. The president of a party is an institution as he carries direct representation of close to a million members, and also indirect representation of another six million Malaysian Chinese who are not members of MCA. The party had never meant its president to be a mere puppet while others call the shots. Getting to the position of president is a long and tedious task after having undergone much training, trials and tribulations. Unless he resigns on his own, there are processes and procedures provided in the party constitution to remove him from office. Street politics is definitely not one of them.

From the above and the lopsided reporting by the media, it was evident that the president had been very tolerant of this band of activists by not taking disciplinary action against each and everyone of their actions and slanderous accusations. Public opinion, however, has made it clear - Enough is enough!
Hamel professed that there was no correlation between size and profitability, in the business environment, that is. Unfortunately, if the result of this MCA revolution were to shake the foundation of the party, the outcomes can be far-reaching. They will penetrate deeply into the fabrics of society and the effects will be resonanced in none other than the next general election.
While Hamel encouraged “bumbling activists” to explore innovations, he did lay down certain design rules to be followed in order for revolutions to produce positive outcomes. He advised those heading political models to learn from those “grey-haired revolutionaries who have repeatedly turned themselves inside out and their organizations upside down” in their search for improvements.
Now, both the prime minister and deputy prime minister will author the blueprint for peace. But what will be the outcome of this revolution? Can there be expectation of normalcy?