Selasa, 24 November 2009

Beruk-beruk Yang Menyusahkan Rakyat

Satu: Tiga Cedera Diserang Beruk Liar

KUANTAN, 23 Nov (Bernama) -- Tiga kanak-kanak cedera selepas diserang beruk jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap dekat sini, Isnin dan semalam.

Fatini Sakira Ahmad Safri, 2, diserang beruk itu pada kira-kira 8 pagi ini manakala dua lagi iaitu, Khairul Azwan Khairudin, 14, dan Nuha Nurfaiqah Sheikh Akhbar, 7, dikatakan diserang beruk yang sama Ahad malam.

Fatini Sakira cedera di pangkal paha dan tangan kirinya selepas diserang beruk liar terbabit ketika sedang bermain bersama kakaknya di dalam rumah datuk mereka, manakala Khairul Azwan ketika makan bersama keluarganya di warung berhampiran rumah mereka.

Nuha Nurfaiqah pula diserang beruk itu ketika berada di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan.

Datuk kepada Fatini Sakira, Mohamad Yassin Khalid, 62, berkata beruk itu memasuki rumahnya menerusi pintu hadapan yang tidak ditutup.

"Ketika itu saya hendak keluar membeli sarapan pagi apabila mendengar cucu saya menjerit dan segera masuk semula ke dalam rumah dan mendapati beruk itu sedang menggigit cucu saya.

"Saya mengambil sebilah parang untuk menghalaunya keluar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Khairul Azwan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin menerima enam jahitan di lengan kanannya yang digigit beruk itu pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Setengah jam selepas itu, beruk yang sama dikatakan menyerang Nuha Nurfaiqah yang ketika itu baru tiba di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan, menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan Jaya Gading itu cedera di kedua-dua tangan dan kaki kanannya.

"Ketika kejadian, anak saya sedang memegang coklat dan secara tiba-tiba diserang beruk itu," kata ibu kanak-kanak itu Nor Jahan Ahmad, 38.

Beliau berharap pihak berkuasa segera menangkap beruk terbabit bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

DUA - Kota Siputeh: SPR peroleh perintah penggantungan sementara

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi berjaya mendapatkan perintah penggantungan sementara (interim stay order) daripada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, mengenai kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusannya pada 16 November lalu, bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulong Mat Jaraie memutuskan perkara berkenaan selepas bersidang sejak jam 2.30 petang tadi.

Mereka Yang Sama?

Three-man panel hears Kota Siputeh appeal

A panel of three judges has been assembled to hear the joint bid by the Election Commission and ousted Kota Siputeh assemblyman Datuk Abu Hasan Sarif to stay the High Court’s decision declaring the seat vacant.

They are Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee and Datul Abdul Aziz Abd. Rahim.

Earlier, senior Federal counsel from the Attorney-General’s Chambers, Datuk Kamaludin Md. Said, acting for the Election Commission, confirmed that the Court of Appeal will hear their appeal against the ruling calling for a by-election.

Meanwhile, the legal team for the Kedah Speaker was caught unawares when contacted. Lawyer Edmund Bon told The Malaysian Insider that this echoes the Perak constitutional wrangle earlier this year.

“Same team, same nature of case,” said Bon, who added that he had to cancel his appointments for the rest of the day and rush to Putrajaya straight away. - Malaysian Insider


Ulasan GB

Eh, kisah beruk yang menyerang ni di negeri Pahang rupa-rupanya. Sedangkan Kota Siputeh di Kedah, tempelak seorang rakan.

Tak ingat ker pesan Najib dulu dalam kes Nizar vs Zambry semasa mahkamah memberikan kemenangan kepada Nizar: JANGAN TERUJA SANGAT ...

Anda pembaca bijaksana dan budiman - pandai-pandailah rumuskan. GB ada tersebut beruk-beruk ini secara sambil lalu di dalam tulisan yang lepas. Hari ni baru tahu hal yang sebenar. Lambat sangat pickup kita ni. Allahumma, Maha Suci Engkau!

Monopoli individu saham Bernas, kerajaan terus dipersoal

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.

Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.

Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di parlimen siang tadi berkata, monopoli pemilikan saham Bernas sebanyak itu oleh entiti berorientasikan keuntungan semata-mata telah memperjudikan sektor strategik makanan utama negara.

Lebih malang apabila rakyat yang akan menerima kesannya apabila hanya keuntungan diletakkan mengatasi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

"Kita bimbang bahawa Syed Mokhtar yang memiliki bisnes yang begitu besar dan pelbagai dan akhirnya akan mempertaruhkan sektor pemakanan asasi ini untuk memastikan dia terus mendapat peluang-peluang bisnes yang lain," katanya.

Menurutnya lagi, beberapa kes pernah berlaku sebelum ini membuktikan kerajaan hilang kawalan terhadap Bernas.

Pernah sebelum ini Bernas menaikkan harga beras tanpa mendapat persetujuan pihak kerajaan, dan akhirnya kerajaan terpaksa mengarahkan pembatalan kenaikan tersebut.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sendiri sudah hilang kawaklan dan tidak berupaya membuat pemantauan untuk memastikan dasar dan polisi padi dan beras negara ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya lagi.

Beliau turut menuntut kerajaan mengambil kembali hak permit import dari Bernas agar tiada sebarang penyalahgunaan berlaku.

Selain itu beliau juga menuntut agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan dan berperanan semula mengendalikan industri beras negara ini dengan penuh tanggungjawab sosial dan menjamin hak petani dan pengguna.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution yang turut menyertai sidang media tersebut mempersoal adakah kerajaan mengambil kira dan bersedia dengan kaedah mengurangkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini.

Menurut beliau sekira berlaku sesuatu masalah kepada perniagaan Syed Mokhtar, rangkaian bekalan beras negara juga turut akan terjejas.

Turut dipersoal adakah perpindahan milikihan pegangan saham tersebut memenuhi kalusa perjanjian pemegang saham yang memperuntukkan perlu kepada tawaran bertulis di kalangan pemegang saham sebelum ianya berpindah tangan.

"Jika dipenuhi bagaimana berlaku monopoli begitu besar ke atas seorang tokoh perniagaan?" soalnya.

Menurut laporan, pada tahun 1995, terdapat sembilan syarikat yang memiliki saham dalam Bernas.

Ianya termasuk hampir 38 peratus adalah syarikat berkaitan peladang, nelayan dan penanam padi.

Dengan pemilikan Syed Mokhtar sebanyak 87 peratus pada waktu ini, maka satu lagi persoalan timbul iaitu berkaitan nasib 38 peratus syarikat berkaitan peladang, nelayan dan penanam padi tersebut.

Sebelum ini kerajaan beberapa kali dibidas kerana membiarkan pemilikan 32 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat Wang Tak .

Antara yang dipersoal adalah bagaimana sayarikat asing itu boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 32 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras kerajaan seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.

Lazimnya juga kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas dan sewajarnya mengetahui perkara itu.

Lebih menghairankan apabila tindakan Wang Tak itu juga 'tidak disedari' oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas.

Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam.

Dan turut dipersoal adakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya.

Cabaran PAS dan PR dalam PRU 13



Kapt (B) Othman Inayatullah   
Pilihanraya Umum (PRU) 12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008 akan dibubarkan selewat-lewatnya 7 Mac 2013. Namun begitu adalah sedia maklum bahawa pembubaran Dewan Rakyat (DR) terletak ditangan Perdana Menteri walaupun kuasa untuk pembubaran dewan rakyat milik Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Melalui PRU 12, kuasa pemerintah BN dapat dikurangkan bawah dari 2/3 kerusi dewan.

Selain itu terdapat 4 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang atau dikenali sebagai PR iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor di samping mengekalkan majoriti besar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Selain itu, di negeri seperti Johor, Perlis, Terengganu, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan, berlakunya peningkatan bilang kerusi dewan undangan negeri jatuh ke tangan PR.Kejayaan PR pada PRU 12 telah menbayangkan bahawa kuasa BN dalam pemeritahan negara ini kian malap. Ini diikuti pula kemenangan calon PR dalam PRK iaitu menyapu bersih semua kerusi DR dan menang 4 daripada 6 kerusi DUN yang kosong.

Namun begitu mutakhir ini gelombang keyakinan rakyat terhadap PR mula tercalar dalam beberapa isu yang tidak sepatutnya berlaku. Peristiwa seperti perobohan tempat pemontongan babi di Kedah, pertelingkahan sesama adun Selangor, kerajaan perpaduan, isu ikrar janji taat setia yang melibatkan perkhawinan, isu jualan arak dan banyak lagi.
Kesemua isu-isu sebenarnya telah menunjukkan bahawa PR berperangai seperti BN iaitu tiada sifat-sifat kekitaan dalam PR. Exco mempertikaikan tindakan kerajaan beliau sendiri menunjukkan bahawa kerajaan tersebut lemah dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk rakyat. Itu belum kes lompat parti atau keluar dari parti.

Tidak ini semua menunjukkan betapa lemahnya PR itu sendiri. Ini belum lagi serangan BN melalui media massa yang dibawah kuasa oleh mereka. Secara ringkas, PR mengalami serangan daripada musuh yang nyata iaitu BN dan musuh yang tersembunyi iaitu mereka dalam PR.

Tidak kira PAS, PKR mahupun DAP perlu membuang duri-duri ini dengan segara dan tidak perlu menunggu PRU 13. Kelewatan bertindak menyebabkan PR akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU 13.


Walaupun begitu, cadangan atau usul untuk melantik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai pengerusi PR sebenarnya merupakan talian hayat yang pertama. Namun begitu, PR tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada usul tersebut kerana ianya masih lagi usul yang tidak tahu bila ianya menjadi nyata.

Saya amat berharap gabungan parti-parti pembangkang yang dikenali sebagai PR melakukan berapa transformasi dalam organisasinya. Agarnya ini berlainan dari BN. Sekiranya Presiden PR itu datang dari PAS, oleh itu Timb Presiden datang dari 2 parti lain iaitu PKR dan DAP.

Begitu juga jawatan setiausaha, bendahari dan sebagainya. Penagihan kuasa perlu jelas dan nyata serta ianya bukan milik satu parti seperti penguasaan UMNO dalam BN.
Cadangan

Kepada semua pemimpin PR, saya mengusulkan agar beberapa perkara seperti dibawah diserapkan dalam setiap parti PR iaitu

1.         Cuba amalkan seni peperangan yang diperkenalkan Szu Tzu iaitu melihat musuh bukan dari kelemahannya tetapi dari kekuatannya. Dengan mengetahui kekuatan musuh, kita dapat mengatur strategi melemahkannya kerana setiap kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

2.         Mengelak atau mengurangkan pendedahan kelemahan sendiri kepada musuh. Oleh itu segala kesulitan, tidak puas hati atau marah hendaklah melalui saluran PR. Dalam bab ini BN lebih ke depan daripada PR. Apa yang berlaku pada masa ini, jelas menunjukkan PR masih belum boleh mengamalkan budaya tidur sebantal mimpi yang sama. Terdapat banyak rongga-rongga yang terbuka untuk diserang oleh musuh sekiranya matlamat dan tujuan tidak sama. Selain itu saya amat berharap para pemimpin PR samada ahli DR mahupun DUN cuba mengurangkan kenyataan-kenyataan yang boleh mencetuskan suasana yang kurang enak pada pandangan rakyat negara ini.

3.         Semua pemimpin PR samada berjawatan dalam kerajaan negeri atau tidak hendaklah mengurangkan tindakan-tindakan yang boleh mencetus kemarahan rakyat atau menimbulkan syak. Contoh seperti tajaan VVIP menunaikan haji yang boleh menimbulkan fitnah. Tidakkah molek tajaan haji VVIP ini disalurkan kepada orang-orang miskin yang mempunyai impian dan cita-cita untuk melakukan ibadat tersebut. Memang betul kita perlu tamak dalam menghambakan diri kepadaNya tetapi adakah rasa tamak itu berbaloi sedangkan ada dikalangan kita tidak mampu melakukannya kerana tidak kemampuan. Ingat fitnah itu merbahaya dan hukumannya berat dan hukaman tersebut bukan sahaja kepada penyebar fitnah tetapi kepada pencetus fitnah juga.

4.         Semua peringkat parti PR perlu berkerja mulai sekarang merapatkan diri dengan masyarakat setempat. Tidak perlu tunggu bila PRU atau PRK. Merapatkan diri dengan rakyat sebenarnya menunjukkan yang kita perihatin dengan keadaan rakyat. Tetapi apa yang berlaku pada masa ini, hubungan dengan rakyat hanya terjalin bila PRU ataupun PRK dan ianya sama sahaja dengan budaya BN. Sebagai contoh ahli DR tinggal di Kuala Lumpur sedangkan kawasan yang diwakilinya di Kelantan. Adakah dia boleh memahami apa yang diperlukan oleh rakyat kawasan yang diwakilinya? Adakah wakil beliau menjalankan tugas dengan baik atau bermain wayang kulit?

Sebagai rakyat mereka lebih suka jumpa wakil rakyat bukan wakil kepada wakil rakyat. Seperti seorang pesakit lebih suka jumpa doktor dari jumpa penolong pegawai perubatan. Saya tinggal di Kuala Sanglang Perlis, terus terang saya katakan bahawa saya tidak pernah berjumpa wakil rakyat kawasan saya ini. Kenapa jadi begitu?

Dalam konteks hubungan wakil rakyat PR dengan kakitangan kerajaan adalah kurang. Contohnya paling mudah, berapa ramai ahli DR PR yang mengusulkan kebajikan kakitangan awam termasuk tentera dalam DR. Adakah ahli DR tahu atau tidak penolong pegawai farmasi masih terus dianak tirikan oleh Kementerian Kesihatan.

Mereka tidak mendapat elaun kritikal tetapi mereka terpaksa melayan lebih 50 orang pesakit setiap hari. Contoh mudah Kelinik Kesihatan Kuala Sanglang Perlis yang hanya mempunyai 1 orang penolong pegawai farmasi dan 4 orang penolong pegawai perubatan dan berpuluh jururawat, sedangkan pesakit yang diterima adalah 70 orang. Adakah ianya adil dan saksama kerana Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat telah mendapat elaun kritikal.

Mana yang lebih kritikal? Bagaimana pula dengan kuarters anggota bawahan ATM, adakah ianya mengikut gred perjawatan mereka kerana anggota atau LLP ini diletakkan dalam golongan Sokongan 1. Adakah rumah mereka berkategori F atau G. Persoalan-persoalan ini yang perlu diketengahkan demi kebajikan kakitangan awam. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah melihat mana-mana ADUN atau pun Ahli Dewan Rakyat menziarahi mana-mana Kelinik Kesihatan mahupun hospital di luar waktu pilihanraya.

Itu baru Kelinik Kesihatan, bagaimana sekolah, balai polis, balai bomba dan sebagainya. Adakah mereka ini tidak mengundi? Saya syorkan semua wakil rakyat samada di DUN mahpun DR mencari rakyat untuk mengetahui masalahnya bukan rakyat mencari kalian. Rapatkan hubungan dengan semua NGO tanpa kira berapa helai atau warna bulunya serta sering tanya kabar persatuan-persatuan kakitangan awam terutama sekali Cuapecs dan MTUC.

5.         Untuk memasuki gelangang pertarungan kita memerlukan persediaan. Oleh itu saya mengsyorkan semua parti PR telah menyenarai hitam calon-calon yang berpotensi untuk diketengahkan samada peringkat negeri mahupun DR. Penyenaraian bukannya bila berlaku PRU atau PRK tetapi sekarang.

Tapisan terperinci perlu dilakukan ke atas calon-calon ini agar ianya tidak menjadi kepada 5 orang “katak” yang ada penyakit gila pelacur, gila duit, gila gaji buta dan sebagainya. Calon ini perlu mempormosikan diri mereka pada kawasan yang beliau akan bertanding. Sebaiknya senarai calon dikemukakan dari akar umbi.

Selain itu, kajian penerimaan seseorang calon boleh dilakukan secara tidak langsung. Jangan tanya ahli parti sahaja tetapi tanya rakyat setempat kerana ahli UMNO lebih ramai dari ahli parti-parti PR. Kadang kala melepak di kedai kopi lebih baik daripada melepak di masjib mahupun surau untuk mendapatkan maklumat pemikiran rakyat.

6.         Semua parti PR hendaklah melakukan penyelidikan terhadap penerimaan rakyat terhadap mereka. Jangan diukur melalui kehadiran ceramah sesuatu tempat kerana ianya tidak tepat dan dipengaruhi oleh kehadiran orang luar. Adalah baiknya sekira, kajian dilakukan dengan bantuan IPT dan pelbagai kaedah untuk mendapatkan gambaran pemikiran rakyat terhadap PR. Hasilnya boleh digunakan sebagai pengukur dan pembetulan untuk menambah baik presepsi rakyat.


7.         Yang terakhir, parti-parti PR masih lemah dan ketinggalan dalam mempormosikan aktiviti parti terutama sekali yang melibatkan kebajikan rakyat. Ini penting untuk mengwarwarkan apa yang dilakukan oleh parti PR dalam menjadi parti mencintai rakyat atau parti yang berkerja untuk rakyat. Contoh yang paling mudah laporan audit yang menunjukkan kerajaan negeri di bawah PR diurus tadbir lebih baik daripada negeri-negeri bawah BN.


Ini adalah pandangan saya selaku pemerhati lanskap politik tanah air dan untuk pengetahuan pemimpin part-parti PR, kejayaan PRU 12 adalah kerana rakyat menyampah dan benci dengan kepimpinan BN. Sekira kebencian dan menyampah kembali kepada kepimpinan PR, rasanya PRK 13, PR mengalami kekalahkan yang lebih teruk daripada kekalahan sebelum PRU 10. Ingat PR tidak mempunyai apa-apa kekuatan kecuali kekuatan pengundi (rakyat).


Sekian, renungkan ya.

Kapt (B) Othman Inayatullah

Woi, Anwar Ibrahim Berbohong. Apa Lagi, Samanlah..!!!

Dalam posting di blognya semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim kata polis tarik balik permit ceramahnya selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno.

Hari ini Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata "Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar.

Woi brother! kalau betul Lu tak pernah meluluskan permit itu, samanlah Anwar sebab berbohong. Itu pun kalau Lu betullah. Gua rasa Lu yang mengelirukan orang ramai. Apahal Lu nak bertempik di surat khabar? Saman jangan tak saman. Kita tengok sapa yang kena.

Mengelak penyebaran fitnah? Lu apa cerita beb? Tu ha Utusan Meloya dan Berita Hairan yang hari-hari dok sebar fitnah, pergilah serkup. Takut ke? Takde telor ke? atau hidung sudah kena cucuk?

Faktor keselamatan dan ketenteraman? Alahai, polis jaga keselamatan? Hello!! Kugan mati di mana? Beng Hock mati sebab apa? Altantuya berkecai kena apa? Bala hilang apa pasal? Buta ka Lu beb?

Karpal ridicules IGP’s ‘bizarre’ statement


By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Nov 24 – Bukit Gelugor MP Karpal Singh ridiculed the Inspector-General  of Police Tan Sri Musa Hassan’s statement that if the police are forced to stop questioning witnesses after office hours, it is tantamount to asking the police station to close at 5pm.
Musa added “if that is the case, then those who want to lodge police reports after hours can see Karpal.”
The verbal exchange followed the High Court’s stunning rebuff to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) by ruling that it has no right to question witnesses in an investigation beyond normal office hours, that is, from 8.30am to 5.30pm.
 Judicial Commissioner (JC) Mohamad Ariff Md Yusof stressed that the meaning of the phrase “day to day” as laid down in Section 30(3)(a) of the MACC Act – which is at the core of the dispute between Tan and the MACC – “cannot mean round the clock” investigation, which includes recording statements from the witness.
Mohamad Ariff explained that to do so would “offend the legislative purpose” and limit the fundamental liberties of a person, which are clearly laid down in the Federal Constitution, under Article 5, and which the Federal Court had recently upheld must be interpreted in the “widest sense” possible.
The veteran lawyer said that the Musa had missed the point when making the statement.
“The question is not whether witnesses, including victims, voluntarily come forward after office hours to have their statements recorded. The question is whether, in law, they are required to do so, and whether the police can compel them to do so.
“Tan Sri Musa Hassan appears to be thoroughly confused in his approach to the issue,” he told reporters during a press conference in Parliament here.
Karpal explained that Rule 20 of the Lock-up Rules (1953) states that the rest time for suspects is between 6.30pm and 6.30am and therefore they cannot be interrogated during these hours.
“Although Section 112 of the Criminal Procedure Code(CPC) empowers the police to record statements from witnesses, there is no time frame provided for that  purpose in that section.
“However, what points towards that direction are the provisions of Rule 20 under the heading ‘time of rest’ of the Lock-up Rules (1953) which state that suspects are required to be confined to their cells from 6.30pm until 6.30am,” he said.
Karpal argued that it does not make sense that a witness is denied this protection when they should be entitled to more protection.
He also slammed Musa’s statement that suspects can be questioned in lock-up under section 113 of the CPC and stressed that the Federal Court had acquitted a suspect when his statement was recorded in lock-up.
“The Federal Court, as far back as 23 July 1983, acquitted Rahmat Satiman, who was jointly charged with former Culture, Youth and Sport Minister Datuk Mokhtar bin Hashim for the murder of Negeri Sembilan State Assembly Speaker Datuk Mohd Taha bin Talib.
“The only evidence against Rahmat was his cautioned statement which was ruled inadmissible as the entries in the station diaries in relation to his being taken out of the lock-up for interrogation, which were confirmed by the evidence of a prosecution witness, showed prolonged periods of interrogation ranging into the early hours of the morning, in breach of rule 20 of the Lock-up Rules,” he explained.
Karpal also urged those who have been questioned as witness beyond office hours to consider filing suits against the police and government for false imprisonment.

THE LION OF GELUGOR ROARS.....THE PUSSY CAT WENT AHIDING.


PIC BY MOB1900

Nazri told the House that the probe (ROYAL COMMISSION) did not reveal any criminal offence and that, while Lingam's action may have been morally wrong, there is no specific law against it


He further told the Star that the Prime Minister’s Department is looking for volunteers to prosecute controversial lawyer Datuk V.K. Lingam who was featured allegedly brokering the appointment of judges in a video clip. “Find anyone who can provide me a section in law to charge Lingam and we will do it,” Minister Datuk Seri Nazri Aziz told reporters at the Parliament lobby.
This de fucko minister of law  dared the legal profession to take up the Lingam's case.



THAT WAS WHEN THE LION ROARED:


"He (Mohd Nazri Abdul Aziz) singled me out in fact and I accept the challenge."


 Karpal Singh has outlined the steps he would take if he obtains authorisation to prosecute fellow-lawyer VK Lingam for allegedly brokering the appointment of judges.

"In fact I am prepared to prosecute Lingam for an offence under Section 4 of the Sedition Act. Quite clearly what is on the video clip, which has been shown nationally, and whatever he uttered amounts to a seditious tendency.

Section 3(1)(c) of the Act defines 'seditious tendency' as a tendency to bring the administration of justice into contempt or hatred.


"Even assuming Lingam is acting or trying to impress a client (in the footage), it still amounts to sedition."

" In this country, there is provision in law for the attorney-general (AG) to issue a certificate which is a fiat to prosecute someone," he said, urging that this be done soon to enable action.

"For prosecution under Section 5 of the Sedition Act, there is requirement and predisposition for consent to prosecute to be issued by the AG."

Karpal said he would then apply in court to arrest Lingam and to have him produced in court for the purpose of taking a plea from him.

"Of course I will advise him to plead guilty because a plea of guilt is a paramount consideration when it comes to sentencing (but) of course he has the option to claim trial, which I think he will."

BECAUSE OF THIS EMBARRASSING SILENCE


 KARPAL ATTEMPTS TO FLUSH THE PUSSYCAT OUT OF HIDING WITH THIS EVERGREEN

Zorro-unmasked

Isu PMBK telah ditutup - Hadi



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abdul Rahman telah pun ditutup.
Beliau berkata, keputusan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan Ariffahmi meletakkan jawatan telah dibuat selepas menerima pandangan kolektif daripada kepimpinan PAS Pusat.
"Ia telah selesai. Kepimpinan terpaksa campur tangan kerana ia merupakan satu keputusan yang melibatkan politik.
"Ahli politik melihatnya sebagai isu politik. Jadi kita perlu beri pandangan kita mengenai akibat yang akan berlaku dari aspek politik.
"Masalah tersebut telah diselesaikan secara musyawarah (perbincangan bersama). Ia keputusan parti bukan keputusan perseorangan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen selepas menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya mengapa kepimpinan PAS pusat perlu campur tangan dalam isu tersebut sedangkan keputusan boleh dibuat oleh Menteri Besar sendiri.
Semalam, Nik Aziz telah mengarahkan menantunya, Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK setelah menerima pandangan PAS Pusat.
Antara pemimpin PAS yang hadir dalam pertemuan itu ialah Abdul Hadi, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Bendahari, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul AM PAS Datuk Dr Haron Din.
Nik Aziz berkata beliau telah menasihatkan Ariffahmi untuk meletakkan jawatan bagi menjaga nama baik parti dan mengelakkan lebih banyak fitnah daripada penulis blog.

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong...!!! Kes Perak berulang di Kota Seputeh..???



Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Ekoran keputusan tersebut, SPR tidak perlu mengadakan mesyuarat esok - hari terakhir untuk suruhanjaya itu mengeluarkan writ pilihanraya kecil di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 serta mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian.

Sebaik sahaja writ itu dikeluarkan, ianya tidak boleh dibatalkan.

Usaha Merampas Kuasa Di KEDAH....

Mungkin ada yang tertanya,apakah PRK yang berlaku di kota seputeh akan mengembalikan kegemilangan kemenangan cemerlang kepada PR dalam pilihanraya kecil sebelum ini (tolak di Batang Ai & Bagan Pinang)?

Bagi aku sendiri,ini adalah medan yang pertempuran yang akan memanjangkan penguasaan semula era atau hayat politik keluarga Dr Mahathir setelah hampir disisihkan atau dipinggirkan oleh menantu Tun Abdullah iaitu Khairi Jamaluddin.

Sudah dijangka awal,jika kemenangan BN berlaku di PRK Pmtg Pasir setelah kematian ADUN Dato Haji Hamdan,sudah pastinya semangat itu akan di bawa di Kota Seputih.Malangnya kekalahan yang berganda serta tewas dengan majoriti yang tinggi (walaupun tidak melebihi daripada Majoriti 2008 akibat pilihanraya berlaku pada waktu bekerja).

Itulah yang menyebabkan kekosongan di DUN Kota Seputih tidak berlaku sehinggalah kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang bagi menaikkan semangat petugas jentera BN ataupun isu penerimaan masyarakat di Bagan Pinang akan dibawa ke Kota Seputih.

Tujuan utamanya ialah bagi membawa Dato Mukriz Mahathir Ahli Parlimen Jerlun sebagai calon BN di Kota Seputih walaupun dinafikan oleh TPM Muhyiddin Yasin.Ini adalah usaha ataupun bakal digunakan kempen BN bagi memperingati jasa-jasa Dr Mahathir di Kedah ataupun sebagai mantan PM yang akan memberikan sedikit kelebihan kepada BN dalam sepanjang kempen nanti.

Kita juga perlu faham,dalam usaha BN merampas negeri yang dikuasai PR,Mukriz adalah calon terbaik di Kota Seputih memandangkan BN Kedah kena menonjolkan bakal Menteri Besar bagi pihak mereka supaya ianya dapat diterima rakyat negeri kedah.Ketahuilah,PR Kedah kena menilai kesemua aspek ini agartidak tergelincir daripada membaca taktik yang cuba dibawa BN di Kedah.Ayuh & Awas kepada pimpinan PR Kedah!!!
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com

Kota Siputeh: Mahkamah sedang dengar 2 rayuan serentak ( Taktik sama macam kes diPerak )


KUALA LUMPUR, Nov 24 — Panel tiga hakim mula bersidang untuk mendengar serentak rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif yang kerusinya diisytiharkan kosong.
Panel hakim terdiri daripada Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datul Abdul Aziz Abd. Rahim.
Pagi tadi, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mendengar rayuan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) yang minggu lalu diisytiharkan sebagai bukan lagi wakil rakyat Kota Siputeh pada pukul 2.30 petang ini.
Pada masa yang sama, wakil dari Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md. Said yang bertindak bagi pihak SPR mengesahkan Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agar diadakan pilihan raya kecil.
Dalam pada itu, pasukan peguam yang mewakili Speaker Kedah ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan tersebut.
Peguam Edmund Bon yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, perkembangan tersebut itu menyamai situasi ketika kes krisis Perak awal tahun ini.
“Pasukan yang sama, sifat kes yang sama,” kata Bon sambil menambah beliau terpaksa membatalkan segala temu janji sepanjang hari ini untuk bergegas ke Putrajaya. themalaysianinsider

Pemimpin MCA Sangsi Dengan Muhyiddin

Sungguh melucukan apabila Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan perdana Menteri hendak menyelesaikan masalah MCA.

Ramai pemerhati politik melihat perkembangan terbaru krisis MCA yang menerima Muhyiddin sebagai pendamai dan penyelesai kemelut sebagai satu lawak jenaka kerana Muhyiddin amat dikenali dengan sifat rasisnya.

Sewaktu mengulas gesaan Muhyiddin yang meminta semua pemimpin MCA agar tutup mulut, ramai pemerhati politik berpendapat Muhyiddin merasakan seolah-olah dirinya sudah diterima oleh MCA untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh parti itu sekalipun hakikat sebenar ramai pemimpin MCA yang merasa sangsi dengan tindakan Muhyiddin.

Pemimpin-pemimpin parti berbangsa Cina pernah melahirkan bantahan mereka terhadap kenyataan Muhyiddin di dalam satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam bertajuk "Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah".

Muhyiddin dibidas oleh pemimpin kaum masyarakat Cina yang mereka sifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai rasis dan adalah amat tidak wajar ia dikeluarkan oleh pemimpin nombor dua negara. Apatah lagi tatkala Perdana Menteri menyeru ke arah konsep "Satu Malaysia" yang dilihat hanya sebagai satu slogan kosong tetapi rupa-rupanya tidak dihayati oleh pemimpin UMNO sendiri.

Muhyiddin diantara lain telah menyatakan:

"Walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti"

Timbalan Presiden Gerakan, Dato’ Chang Ko Youn telah secara terbuka telah melahirkan rasa tidak bersetuju beliau terhadap kenyataan Muhyiddin.

"Adalah benar ramai (kaum Cina) yang mengundi Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau; namun kita mesti menyiasat mengapa mereka lakukan demikian,” kata Chang.

"Kaedah konvensional menggula-gulakan peruntukan tidak lagi diterima lantaran ia dilihat sebagai cara tidak jujur untuk memancing undi. Masalah mereka perlu diberikan perhatian secara berterusan dan pemberian peruntukan sewaktu berlakunya pilihanraya kecil sudah tidak berkesan dan meyakinkan mereka lagi. Isu yang lebih utama untuk ditangani ialah rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan ekuiti di kalangan pemimpin negara serta sistem penyampaian," tambah Chang lagi.

Sementara itu jurucakap MCA yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Sdr. Lee Wei Kiat prnah menganggap kenyataan Muhyiddin berhubung isu Bukit Gantang bahawa “(sokongan kaum Cina) mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan” memerlukan kajian dan penjelasan lebih terperinci.

Beliau telah menggaris pelbagai isu yang menyebabkan kaum Cina menolak BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Selambau. Sebagai contohnya di dalam isu tempatan, nelayan di Kuala Sepetang tidak berpuashati terhadap layanan terhadap mereka contohnya subsidi diesel, birokrasi untuk mendapatkan lesen atau penguatkuasaan secara terpilih oleh polis marin beberapa hari sebelum mengundi.

Begitu juga keangkuhan UMNO dengan isu menunjukkan keris disamping ucapan-ucapan yang berapi-api konon ingin ‘bermandikan darah’ yang boleh mwujudkan ketegangan masih belum dapat dimaafkan.

Harimau terluka dan sagu hati

Dalam posting bertajuk "Selamat menghentam Husam!" saya tulis seperti berikut:
Dalam berita bertajuk "Nik Aziz tidak akan terima," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tok Guru Mursyidul Am berkata:
Menteri Besar itu berkata, selama ini beliau tidak menyebut mengenai kebaikan Husam kerana bimbang Exco lain akan berkecil hati.

"Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia," katanya.
Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.

Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.
Saya harap tidak ada kejadian sedemikian berlaku. Tambahan pula, hari ini diumumkan sagu hati dalam Harakah Daily dalam berita berikut:

Isu Ariffahmi: Mesyuarat tidak sentuh serangan blog



Isu serangan penulis blog terhadap menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abd Rahman, tidak dibangkitkan dalam mesyuarat khas pimpinan tertinggi PAS semalam yang menasihatkannya meletak jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Tidak ada langsung perkara itu. Kita hanya bincangkan soal pelantikan beliau sebagai CEO," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Selain beliau dan Nik Abdul Aziz, katanya, tiga lagi pemimpin kanan PAS yang menghadiri mesyuarat khas itu ialah timbalan mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bendahari agungnya, Dr Hatta Ramli.

Salahuddin diminta mengulas sama ada keputusan PAS menasihatkan Abdul Ariffahmi meletak jawatan ada kaitan dengan tuduhan bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu.

Syed Azidi antaranya mendakwa Abdul Ariffahmi memanipulasi minit mesyuarat PMBK dan dakwaan salah urus kewangan sebuah anak syarikat perbadanan itu, Kifalah Sdn Bhd.

Menulis dalam blognya, Kickdafella, Syed Azidi turut mendakwa, Abdul Ariffahmi menyebabkan peningkatan kos PMBK melebihi 500 peratus apabila menaikkan gaji dan memberikan bonus kepada "pembodeknya" sesuka hati.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Salahuddin berkata, Abdul Ariffahmi dinasihatkan meletakkan demi menyelamatkan PAS, kerajaan negeri dan untuk "menutup segala ruang fitnah" terhadap Nik Aziz.

Ditanya sama ada Abdul Ariffahmi diarahkah melepaskan jawatan itu, Salahuddin mengulanginya bahawa beliau "dinasihatkan" supaya berhenti.

"Keputusan parti meminta jasa baik menteri besar menasihati Abdul Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya," jelas Salahuddin.

Abdul Ariffahmi gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya.

Bagaimanapun, melalui kiriman SMS, beliau yang juga exco Pemuda PAS Kelantan itu menjawab: "(Saya) dinasihatkan untuk letak jawatan."

Salahuddin berkata, perkara berbangkit berhubung pengurusan PMBK selepas ini - termasuk tarikh akhir peletakan jawatan Abdul Ariffahmi, penyerahan tugas dan halatuju masa depan PBMBK - diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksaaan menteri besar.

Nik Aziz Disaran Nilai Kedudukan



KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menilai kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kegagalannya menangani isu pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, berkata sudah sampai masanya Nik Aziz melihat sama ada beliau masih layak memimpin kerana sudah ada anggota Pas yang tidak menghormatinya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijang di sini hari ini, beliau berkata kegagalan Nik Aziz menyelesaikan isu pelantikan menantunya Abdul Arifffahmi Abdul Rahman telah mendorong kepimpinan tertinggi Pas menasihatkan beliau supaya mengarahkan menantunya itu melepaskan jawatan berkenaan.
Dali berkata Umno khuatir jika isu itu berpanjangan ia boleh merugikan rakyat Kelantan.
Nik Aziz hari ini mengakui mengalami tekanan perasaan sejak kebelakangan ini disebabkan timbulnya isu mengenai menantunya itu.
Beliau berkata sejak isu itu dihebahkan menerusi media, jiwanya menjadi terganggu menyebabkan beliau terpaksa menghindari dirinya daripada bertemu dengan wartawan.
Namun, katanya, beliau berasa lega kini setelah isu itu diselesaikan dengan mengarahkan menantunya meletakkan jawatan. BERNAMA

PAS Selangor Tidak Terima Sebarang Surat Letak Jawatan



SHAH ALAM: PAS Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada manamana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Beliau berkata PAS Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.
"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kemudahan Awam dan Lembu Korban oleh Worldwide Holdings Bhd di sini hari ini.
Mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Jawatankuasa Disiplin PAS kepadanya, Hasan berkata beliau telah menerimanya malah sudah menjawab kepada jawatankuasa itu Ahad lepas.
Surat tunjuk sebab itu diberikan kepada Hasan bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap PAS Selangor melibatkan perkara-perkara seperti PAS negeri itu dikatakan gagal memantapkan kerjasama antara pakatan pembangkang negeri selain menyokong usaha kerajaan perpaduan antara Umno-Pas.BERNAMA

Isu menantu: Kepimpinan Nik Aziz terbukti lemah, kata Muhyiddin


PUTRAJAYA, Nov 24 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketidaktegasan pendirian Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam membuat sesuatu keputusan adalah satu bukti kelemahan kepimpinan PAS.
Beliau berkata bahawa dalam membaut keputusan jika sesuatu perkara itu ada kepentingan peribadi, Nik Aziz mempunyai sikap memilih, tidak tegas, tidak konsisten dalam banyak hal dan kadangkala bercanggah.
“Seperti soal dia mendapat tajaan nak pergi Mekah, dia kata okay, selepas itu kata tak okay. Tetapi tahun depan, dia kata jika ada orang nak taja, mungkin dia nak pergi juga. Jadi, kita tak tahu dia pakai hukum apa.
“Jadi, nampak sangat kepimpinan sebegini yang tak konsisten, tak bersandar kepada perkara yang jelas, langsung tidak telus.
“Bagi saya, ini menunjukkan satu tahap kelemahan dalam daya kepimpinan PAS sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan Nik Aziz supaya menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Muhyiddin berkata bila tidak konsisten, macam-macam perkara boleh berlaku dan akan menimbulkan syak wasangka.
“Kadang-kadang kita lihat bukan kita sahaja keliru tetapi juga pemimpin dan ahli-ahli Pas yang keliru dengan apa yang diputuskan oleh beliau. Sekian lama dia sudah berada di situ, hala tujunya juga sudah tidak berapa jelas lagi,” katanya.
Muhyiddin berkata keputusan agar Ariffahmi meletak jawatan adalah keputusan Nik Aziz walaupun sebelum ini beliau mempertahankan kedudukan menantunya itu.
“Nik Aziz mempertahankan (pelantikan itu kononnya kerana) semuanya ikut peraturan dan tidak menyalahi, dan hari ini, buat keputusan berbeza pula dan minta menantunya berhenti.
“Bila sudah ada soal kepentingan dia sendiri, tidak konsisten, (itu) mencerminkan soal ketidaktentuan dari segi membuat keputusan dan pendirian,” katanya. — Bernama

Pakatan tidak harus 'seronok sendiri'



Pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus 'seronok sendiri' dengan usaha membentuk sistem dua parti tanpa mengambil kira realiti semasa, kata seorang pemerhati politik.

Sebaliknya, Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, mereka perlu menumpukan usaha mengukuhkan gagasan tersebut supaya dilihat lebih bersedia menjadi pemerintah di peringkat pusat.

Katanya, kesediaan itu boleh dilihat apabila setiap parti dalam Pakatan Rakyat mampu berkorban dan berkompromi antara satu sama lain.

Pensyarah kanan pusat pengajian sains kemasyarakatan itu berkata, kesediaan itu juga boleh dilihat apabila Pakatan Rakyat mengumumkan untuk mendaftar gagasan mereka sebagai sebuah parti.

"Tetapi selagi tidak berdaftar, susah untuk mereka capai objektif yang sama," katanya ketika diminta mengulas usaha Pakatan mengadakan simposium mengenai sistem dua parti hujung minggu lalu.

"Kita akan lihat ada kompromi dan pengorbanan apabila masing-masing ketepikan lambang masing-masing dan ini akan menunjukkan kesepakatan ideologi mereka," kata Dr Sivamurugan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, para pemimpin mungkin bersedia untuk mencapai sistem dua parti tetapi ia tetap bergantung kepada kematangan ahli parti masing-masing.

"Contohnya sejauhmana PAS boleh berkompromi dengan konsep negara Islam, dan sejauhmana pula DAP sudi berkompromi dengan dasar kesamaan dan kerataan?

"Pemuafakatan dalam Pakatan itu akan dipertikai bila ada ahli yang mula menyoal pendirian parti dalam isu berbangkit," katanya lagi.

Jelasnya, pemimpin setiap parti tersebut perlu menjalankan usaha berterusan untuk menerang dan menerap nilai-nilai sama yang didukung dalam Pakatan Rakyat.

Dr Sivamurugan juga berpendapat bahawa Pakatan gagal menunjukkan mereka bersedia menerajui kerajaan pusat, berdasarkan kepada kelemahan pentadbiran berpusat yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negeri yang ditadbirnya.

"Masing-masing dilihat menggunakan pendekatan parti sendiri di setiap negeri yang dikuasai mereka. Pakatan kena tunjukkan mereka boleh mengambil pendekatan pentadbiran yang sama di semua negeri," katanya.

Beliau memberi contoh negeri Kedah, yang dikuasai PAS, yang dilihat lebih menumpukan kepada usaha menghapuskan kawasan ternakan babi, sehingga ada wakil DAP yang memprotes usaha tersebut.

"Di Selangor pula isu kepala lembu ditangani ikut cara PKR, dan DAP dengan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Sebaliknya kalau kita lihat negeri-negeri dikuasai BN, kita tidak nampak negeri yang diperintah mengikut cara Umno, MCA ataupun MIC," katanya lagi.

Kesepakatan yang ada setakat ini, tambahnya, hanya wujud dalam objektif umum Pakatan Rakyat untuk menggulingkan BN dan juga kesefahaman untuk tidak menentang satu sama lain dalam pilihan raya 2008.

"Pemuafakatan itu sudah ada tapi tidak kukuh bila ada ahli yang mula menyoal pendirian parti dalam isu-isu berbeza. Masing-masing (parti) kena tumpukan lebih jauh daripada untuk tumbangkan BN semata-mata dan kena fikir tentang nilai-nilai persamaan," katanya.

Dalam pilihan raya Mac 2008, katanya, parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan tidak menentang sesama sendiri dan pertandingan berlaku satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan.

"Kita juga lihat bila DAP bertanding, ada juga penyokong PAS yang bawa bendera DAP dan sebaliknya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu dilihat sama ada dalam pilihan raya umum seterusnya pengundi akan terus menunjukkan pola pengundian yang sama seperti tahun lepas.

Muhyiddin minta MCA tutup mulut



Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerjasama daripada semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

"Jika sudah sepakat, baru buat kenyataan, baru imej kita baik. Jika dalam keadaan sebegini, yang A kata begitu, yang B kata begini, yang C kata atas, yang D kata bawah.

"Bagi saya, ini akan mengelirukan masyarakat dan tentu ahli-ahli MCA ingin melihat bagaimana kita nak menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di Putrjaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pelbagai pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin MCA dalam menyelesaikan kemelut parti itu.

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata memang wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin MCA dan itulah sebabnya jalan penyelesaian dicari agar ada kesepakatan dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

"Jadi, sementara belum selesai, tak perlulah keluarkan kenyataan. Kita berdiam diri sahajalah dan ini tidak akan menjejaskan kredibiliti mereka," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beliau dalam MCA ketika sokongan terhadap Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah kukuh, Muhyiddin berkata:

"Kami pun tidak berminat dari awal tetapi perdana menteri sebagai pengerusi BN melihat situasi sudah lebih daripada gawat."

Beliau berkata itu mungkin pandangan pihak tertentu kerana kepentingan puak-puak tertentu.

"Semua, jika ditanya, akan bersetuju dengan pandangan itu (bahawa masalah MCA semakin gawat) dan tidak ada pihak yang mengatakan bahawa MCA bertambah kuat," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata peranan beliau dan perdana menteri bukan untuk campur tangan.

"Saya banyak kerja lain pun...ini nak ada pilihan raya kecil, ada kawasan banjir, (dan banyak) urusan lain tetapi oleh kerana kita lihat ini suatu yang amat penting dalam soal BN, maka sudah sampai waktu Presiden parti dan pengerusi BN, dan saya diarah untuk mengambil sedikit peranan.

"Dan apa pun, itu terserah kepada mereka juga. Kami tidak boleh paksa, kami akan bincang dan jika dapat kami cari jalan, semua pihak boleh bersetuju formula itu, maka itu formula mereka, bukan formula kita. Kita jadi orang tengah sahaja," katanya.

Muhyiddin berkata beliau telah menemui pemimpin MCA bermula semalam. BERNAMA

Pemilihan parti: Jalan keluar kemelut MCA?

Lim Hong Siang

 
Penyelesaian melalui "kotak undi" mungkin mujarab untuk mereka yang akur kepada "demokrasi" dan sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan atau dijanjikan.  Namun demikian, apakah ciri-ciri ini wujud pada pemimpin MCA yang kini sedang berbalah?
Persoalan inilah yang harus dipertimbangkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, merangkap Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin (gambar kiri), ketika merangka formula penyelesaian yang kononnya akan dipersetujui oleh semua pihak pemimpin MCA yang sedang bertelagah.
Sekali imbas, Presiden MCA Ong Tee Keat pernah berjanji untuk berundur biarpun usul "undi tidak percaya" terhadap dirinya diluluskan hanya dengan majoriti satu undi dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 10 Oktober 2009.  Tetapi, apabila beliau ditolak dengan 14 undi majoriti, beliau kembali dengan "Pelan Perpaduan" yang mengekalkan dirinya pada jawatan Presiden.
Masalah ini tidak wujud hanya pada Ong Tee Keat.  Malah, puak Liow Tiong Lai yang kini bangkit sebagai "kuasa ketiga" selain Ong-Chua, turut berjanji akan meletak jawatan secara kolektif bersama Ong seandainya perwakilan meluluskan usul yang menentang keputusan pemecatan Chua Soi Lek oleh Majlis Presiden.  Justeru itu, segala tuduhan puak Liow terhadap Ong biarpun benar (sebahagiannya kalau bukan semua), tetapi diri mereka turut dipertikaikan kerana tiada asas moral (moral ground).
Formula penyelesaian: Pemilihan semula?
Bertitik tolak daripada itu, persoalan yang timbul segera adalah, apakah Muhyiddin Yassin mampu memastikan bahawa ketiga-tiga pihak ini akan akur kepada keputusan kotak undi, seandainya pemilihan semula diadakan?  Persoalan ini mungkin masih boleh diselesaikan melalui perjanjian hitam-putih, menetapkan sesiapa yang kalah MESTI berundur dari pentas MCA.
Namun, persoalan yang menyusul kemudian adalah, apakah keputusan pemilihan parti itu akan menyelesaikan kemelut MCA?  Melihat kepada senario terkini, dan merujuk semula kepada keputusan EGM 10 Oktober, MCA kini dipecahkan kepada tiga puak yang utama, masing-masing diketuai Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai.
Ong Tee Keat
Seandainya Ong Tee Keat (gambar kanan) tetap mahu masuk gelanggang untuk bertanding sebagai Presiden, beliau perlu mencarikan gandingan sebagai Timbalannya.  Tetapi siapakah pula calon tersebut melainkan Chua Soi Lek?  Jelas, Ong Tee Keat kini kekurangan calon yang berwibawa untuk diletakkan sebagai orang nombor dua dalam parti.  Malah, Ong Tee Keat tidak mungkin menang dengan sokongan yang ada pada dirinya sekarang.
Tetapi, seandainya Ong berganding dengan Chua Soi Lek, gandingan ini semestinya akan disindir oleh puak Liow Tiong Lai berikutan serangan peribadi terhadap Chua oleh Ong sebelum ini.  Ironinya, kemelut MCA ini sebenarnya bermula kerana keenganan Ong untuk bekerjasama dengan Chua.  Maka, tidak hairan juga apabila wujudnya ramalan bahawa Ong mungkin tidak bertanding dalam pemilihan semula parti.
Chua Soi Lek
Chua Soi Lek yang tercalar dengan skandal seksnya, walaupun dianggap sebagai calon yang paling lemah jikalau dilihat dari perspektif imejnya, namun memiliki kelebihan dalam senario di mana puak Ong Tee Keat meretak.  Pada hakikatnya, Chua Soi Lek tiada pilihan selain bertanding sebagai Presiden, jikalau Ong Tee Keat memilih untuk berundur.
MerdekaReview difahamkan bahawa, adalah lebih sukar bagi Chua Soi Lek (gambar kiri) untuk bekerjasama dengan Liow Tiong Lai daripada dengan Ong Tee Keat.  Pelan Perpaduan yang direstui Ong-Chua berakhir dengan kesudian Ong untuk meletakkan orang Chua dalam pucuk pimpinan.  Ini adalah antara perkembangan terbaru yang positif untuk gandingan Ong-Chua.
Sebaliknya, bagi Chua, sikap kegelojohan kuasa Liow Tiong Lai perlu diawasi.  Lebih-lebih lagi, Liow Tiong Lai masih disyaki sebagai dalang yang terlibat dalam konspirasi untuk menumbangkan Chua dengan vcd skandal seks pada akhir tahun 2007.  Tambahan pula, barisan Liow kini ditunjangi orang Ong Ka Ting, bekas Presiden MCA, yang juga merupakan musuh politik untuk Chua.
Jadi, seandainya Ong Tee Keat memilih untuk berundur diri, maka pemilihan semula parti akan menyaksikan pertembungan antara Chua Soi Lek dengan puak Liow.  Malah, Chua Soi Lek yang "lebih fleksibel", dijangka lebih senang untuk mencari gandingan Timbalannya.
Puak Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai yang cuba "tunjuk kuasa" dengan "ahli parlimen" yang menjadi benteng kepadanya, mungkin tidak sehebat yang dijangkakan oleh UMNO.  Liow kini berdepan dengan masalah barisan pasukannya, yang akan turun untuk bertanding dalam pemilihan parti yang akan datang.
Pertikaian kini wujud sama ada pemilihan semula ini termasuk kedua-dua sayap, iaitu Pemuda dan Wanita?  Seandainya tidak, maka Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun tidak menghadapi sebarang risiko, dan Liow Tiong Lai terpaksa berperang bersendirian.  Senario ini akan memecah belahkan puak Liow sendiri kerana Liow mungkin merasakan dirinya diperalatkan oleh Wee dan Chew.
Liow yang masih teragak-agak dengan jawatan yang hendak ditandingi itu, bagaimanapun berdepan dengan dilema untuk memilih gandingannya.  Ong Ka Chuan, abang kepada Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) ialah salah seorang calon yang dipertimbangkan.
Senario yang mungkin wujud
Fokus sebenarnya tertumpu kepada Liow Tiong Lai, dan gandingannya.  Maka, antara beberapa senario yang wujud adalah seperti yang berikut:
1. Liow Tiong Lai bertanding sebagai Presiden menentang Ong Tee Keat
2. Liow Tiong Lai bertanding sebagai Presiden menentang Chua Soi Lek
3. Liow Tiong Lai bertanding sebagai Timbalan Presiden menentang Chua Soi Lek.
4. Liow Tiong Lai bertanding sebagai Timbalan Presiden menentang gandingan Ong Tee Keat yang lain (bukan Chua Soi Lek), atau gandingan Chua Soi Lek.
Senario yang paling "sempurna" dari kaca mata puak Liow adalah Liow menang bersama gandingannya, untuk kedua-dua jawatan tertinggi.  Retakan MCA yang menyaksikan pemergian puak Ong Tee Keat dengan puak Chua Soi Lek semestinya akan berlaku, bezanya hanya sejauh manakah MCA terjejas.
Tetapi, seandainya gandingan Liow tewas, maka senarionya begini.  Liow yang menang sebagai Presiden, mungkin perlu menerima Chua Soi Lek, atau orang daripada puak Chua sebagai Timbalannya.  Jikalau Liow menang sebagai Timbalan, maka Liow perlu menerima Ong Tee Keat atau Chua Soi Lek sebagai Presidennya.
Persoalannya, apakah senario sedemikian boleh menyelesaikan kemelut MCA?  Apakah sejarah tidak akan berulang pada gandingan Ong-Liow, Chua-Liow atau Liow-Chua, Liow-orang Chua?
Inilah senario yang mungkin wujud jikalau pemilihan semula parti MCA diadakan.  Seandainya puak Liow tewas untuk kedua-dua jawatan tertinggi, maka segala-galanya balik kepada keadaan asal, iaitu pimpinan Ong-Chua sekarang, atau lembaran baru dengan penguasaan Chua dalam pucuk pimpinan.
Persoalan kekal sama, apakah kemelut MCA akan dibubuhkan noktah dan melabuh tirai selama-lamanya?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Polis Nafi Batal Ceramah Anwar Kerana Desakan Umno



JOHOR BAHARU: Polis hari ini menafikan ia membatalkan ceramah yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai dua hari lepas adalah kerana desakan Umno.
'Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata pembatalan ceramah itu dilakukan kerana polis tidak meluluskan permit dan bukannya polis mengikut telunjuk Umno seperti yang didakwa oleh Anwar.
"Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar.
Menurut laporan akhbar hari ini, Anwar dalam blognya berkata, ceramah itu terpaksa dibatalkan kerana permit yang dikeluarkan ditarik balik berikutan bantahan daripada 30 anggota Pemuda Umno.
Katanya beliau hanya sempat menyampaikan ucapan selama empat minit sebelum semua yang hadir bersurai. BERNAMA

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz

Azamin Amin   

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.
"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.
"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.
Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.
Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.
Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.
"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.
"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.
Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.
Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."
Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.
"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

Polis Huru-Hara Kerana Takutkan UMNO


Oleh : Zaibie Abas

Pencatat ingin berbicara dengan pembaca tentang apa yang berlaku di Batu 31, Air Manis Kulai Johor pada 22hb. November 2009. Pencatat memerlukan pandangan semua.

Pertama. Ketua Polis dan anggota keselamatan telah berada sejak jam 5.00 petang. Ceremah YB. Tian Chua dan Mazlan Aliman dibenarkan. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dilokasi, tiba-tiba Ketua Polis Kulai menghalang ceramah dengan alasan tiada permit.

Kedua. Ceramah Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk meminta pengunjung untuk bersurai.

Ketiga. Polis menghalang kenderan awam parking ditanah persendirian dan menyaman kenderaan yang parking ditepi jalan.

Keempat. Polis menyelongkar kawasan persendirian dan merampas parang. Parang itu dirampas walaupun disimpan dalam keadaan selamat.

Kelima. Polis tidak memberi permit dengan alasan bantahan Pemuda UMNO dan bukannya penduduk kampung. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta surat bantahan dan waran Mahkamah ceroboh premis persendirian. Pihak Polis tiada dokumen tersebut.

Keenam. Pemilik tanah telah membenarkan kawasan tanah dikepung tanda kawasan persendirian. Polis telah menghalang jalan masuk dengan meletak lori dan kereta Polis.

Ketujuh. Polis membenarkan ceramah selama 1 jam 15 minit dan memberhentikannya selepas tiada kekacauan berlaku.

Kelapan. Polis membenarkan Pemuda UMNO melakukan provokasi dengan membenarkan bena berbentuk hasutan dipasang dibeberapa tempat.

Kesembilan. Polis sengaja membenarkan pasukan Pemuda UMNO datang dilokasi ceramah untuk tujuan kekacauan-provokasi. Polis membiarkan sahaja Pemuda UMNO menjerit-jerit memaki hamun kami dilokasi.

Kesepuluhan. Ketua Polis mengugut pencatat untuk mengambil tindakan keras jika meneruskan ceramah dua hari sebelum ceramah. Bukannya berunding untuk menyelasaikan masalah.

Kesebelas. Jika Anwar Ibrahim dianggap penjenayah-peliwat. Apa moral Datuk Seri Najib Razak minum dan bersembang sambil ketawa bersama Anwar Ibrahim di Parlimen. Adakah Najib juga peliwat ?

Pencatat meminta pendapat pembaca. Perlukah pencatat mengambil tindakan mahkamah atau biarkan sahaja peristiwa ini sebagai renungan.

Ku Li setuju ketuai kaukus royalti minyak Pakatan Rakyat


Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, Nov 24 — Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat (PR)untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak untuk Kelantan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini.
Razaleigh merupakan Ahli Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan.
Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.
Minggu lalu, Razaleigh yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan memandangkan pernah terlibat dalam “urusan minyak” sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.
Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu “jika ia benar-benar adalah satu masalah.”
Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.
Minggu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.
Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.

Rakyat diutamakan...berita baik dari Najib...yahoooooooooooo


Sudahlah tiada bonus,tiada potongan atau insentif untuk rakyat, kerana 1Malaysia punya penangan, lagi cukai-cukai baru nak diperkenalkan untuk beban lagi rakyat yang memang sudah terbeban sekarang.

Dengan keadaan ekonomi negara yang dikelabui dengan angka-angka yang tidak relevan, tiada pelabur asing atau FDI dan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Najib dengan bijaksana memperkenalkan menatang yang bernama GST, dalam bahasa melayu atau bahasa pasar, cukai barangan dan perkhidmatan...sedapkan enakkan...bukan rakyat diutamakan...rakyat disembelihkan kalau macam ni.

Jadi bersedialah untuk ditambah beban di atas kepala kita kerana secara tak langsung semua orang akan merasa tempiasnya nanti.

Ini bukan untung untuk rakyat jadi bersiap-sedialah untuk mengontangkan poket anda dengan beban cukai yang tah apa-apa ntah lagi.

Bagi sesiapa yang masih tak paham apa itu GST, bukalah kamus atau 'google'kan apa itu GST dan cuba pahamkan apa implikasinya kalau GST ini diluluskan.

Rang Undang-Undang GST Akan Dibentang Untuk Bacaan Pertama - Najib

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.

Perdana Menteri berkata langkah itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet lepas."Ia akan membolehkan orang ramai memberi ulasan, melibatkan mereka, dan jika kami dapati ia perlu diperhalusi, kami akan lakukannya," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya ke New York pada Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan, bertemu media selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan pertemuan dengan para pelabur Amerika serta pengurus dana selain tokoh korporat terkemuka.

Beliau menegaskan bahawa jika kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan GST di Malaysia, ia akan dilakukan secara "berhati-hati".

"Ia tidak akan diperkenalkan secara tergesagesa," kata Najib yang menambah, jika GST menjadi kenyataan, kadarnya tidak akan membebankan golongan miskin dan kelas pertengahan Malaysia.

"Dan, ia tidak akan menyebabkan inflasi," katanya.

GST dicadangkan bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada.Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST.

"Pada asasnya, seluruh dunia sudah melaksanakan GST," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2010 pada Oktober, Najib berkata kerajaan akan melaksanakan langkah-langlah tegas bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memperakui kutipan hasil yang mencukupi sangat penting untuk menyokong perbelanjaan yang semakin tinggi selain mengurangkan hutang negara yang meningkat. BERNAMA

MP Bintulu saman presiden TI-M



Ahli parlimen Bintulu yang juga pengerusi Jawatankuasa Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing telah memfailkan saman fitnah terhapda Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berhubung satu laporan mengenai rasuah di Malaysia.

Low, ketika melancarkan Laporan Rasuah Global Transparency International 2009 (GCR 2009) dua bulan lalu, telah membuat kenyataan bahawa skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), telah menjadi isu utama di Malaysia.

Syarikat Tiong - Kuala Dimensi - terbabit dalam skandal PKFZ yang membabitkan berbilion ringgit.

Setiausaha Agung TI-M, CI Ngooi berkata, TI-M telah menerima saman tersebut semalam.

Sebelum ini katanya, TI-M telah menjawab surat tuntutan dari Tiong, dengan menyatakan pihak tidak pasti bagaimana ia telah memfitnah ahli parlimen Bintulu itu.

Selepas itu, katanya, TI-M tidak menerima apa-apa berita dari Tiong, sehingga saman itu diserahkan semalam.

Ngooi berkata, ahli-ahli TI-M memutuskan dalam mesyuarat agung tergemparnya pada 7 November lalu untuk mempertahankan GCR 2009 dan Low, serta menubuhkan tabung guaman.

"TI-M berharap orang ramai akan menyokong penubuhan tabung tersebut, supaya TI-M tidak terganggu dalam melaksanakan kerja-kerjanya yang amat penting," katanya.

Kuala Dimensi menjadi tumpuan beberapa bulan kebelakangan ini selepas ia dikenalpasti sebagai punca kos projek PKFZ meningkat dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion, dan kemudiannya dijangka boleh melambung kepada RM12 bilion.

PKFZ diwujudkan untuk menjadi hab pemindahan barangan ke kapal dan dibina di tapak seluas 405 hektar yang mengandungi gedung, blok pejabat dan hotel empat bintang. Kuala Dimensi adalah pemaju 'turnkey' projek tersebut.

Berikutan itu, Kuala Dimensi pemilik projek PKFZ - Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) terbabit dalam saman menyaman antara satu sama lain.