Isnin, 23 November 2009

Malaysia syurga judi...!!! Apa komen Ustaz &Ustazah UMNO@BN..???

Saya menyokong keazaman Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk memperjuangkan saranan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR) supaya diasingkan hasil kutipan judi yang dah tentu haram dan tidak dimasukkan dalam Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.

Saya menunggu Dr Awang Adek menunaikan janjinya dan jika beliau memperjuangkannya, saya berdoa agar perjuangannya mencipta kejayaan.

Saya juga berharap agar diperjuangkan supaya perjudian dikurangkan seperti yang disarankan oleh Ahli Parlimen Rasah (DAP), Loke Siew Fook (untuk keterangan lanjut, sila baca petikan hansard Dewan Rakyat 18/11/09 di bawah)

Saya dah kata, kalau PAS dan Umno nak buat perpaduan dalam politik dan pemerintahan, saya tetap menentang. Demi kepentingan Islam dan Melayu juga seluruh rakyat Malaysia, perkara itu tak boleh dibenarkan berlaku. Tetapi, jika benar Dr Awang Adek hendak memperjuangkan apa yang beliau janji hendak perjuangkan itu, semua umat Islam, tidak kira dalam PAS atau Umno, wajib menyokongnya.

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah PAS pula, jangan berdalih dengan alasan bahawa di zaman pemerintahan عمر بن الخطاب, beliau telah mengambil cukai ke atas arak, bukan bertujuan mencari dana negara, tetapi untuk membebankan industri itu.

Alasan itu tidak relevan untuk diberikan oleh kerajaan negeri. Bab cukai arak urusan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN). Kerajaan negeri tidak ada kuasa ke atas cukai arak. Tugas kerajaan negeri ialah menghadkan premis arak, judi dan pelbagai premis maksiat lain. Itu bidang kuasa kerajaan negeri. Ada buat ka?
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri, nampaknya tadi hasil itu amat banyak kepada hasil negara yang datangnya dari hasil perjudian. Jadi, kita minta Yang Berhormat Menteri memperjuangkan tetapi bukan memperjuangkan perjudian tetapi memperjuangkan supaya perjudian itu dikurangkan. [Tepuk]

Walaupun hasil itu banyak dan kita juga mengetahui bahawa hasil itu penting kepada negara tetapi apa yang kita minta ialah bukan sahaja special draw itu perlu dibatalkan dan langsung tidak ada, mungkin saya boleh berikan sedikit latar belakang mengenai special draw ini.

Special draw ini bermula pada tahun 1998 ketika kita ada JE operate di Bukit Pelanduk. Special draw itu digunakan untuk mendapat sedikit hasil daripada orang ramai dan hasil itu disalurkan untuk bantuan kebajikan dan kepada mangsa-mangsa JE di Bukit Pelanduk. Akan tetapi sekarang ini 72 kali setahun, 12 kali kepada setiap syarikat, enam syarikat, 72 kali setahun, itu sudah terlalu lebih. Bukan sahaja special draw kita minta dibatalkan, kita juga minta hari pertaruhan yang ada sebanyak tiga kali seminggu ini iaitu hari Rabu, hari Sabtu dan hari Ahad.

Jadi apa yang kita minta ialah dikurangkan sehingga dua kali seminggu iaitu hari Sabtu dan hari Ahad sahaja. Hari Rabu itu hari bekerja, jadi tidak perlulah main 4D, hari Sabtu dan hari Ahad itu hari cuti, jadi kalau main sedikit tidak apalah. Saya minta agar dapat dikurangkan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya perjuangkan dan kurangkan lagi sehingga dua kali seminggu. [Ketawa]

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Timbalan Menteri, Balik Pulau sedikit. Saya tidak pandai sangat dari segi ekonomi ini, judi pun saya tidak pandai, kita orang Islam tidak bolehlah. [Ketawa] Timbalan Menteri saya hendak tanya sedikit, kerana inilah sahajalah kepakaran yang saya ada. Dari aspek Perlembagaannya, memang setakat hari ini cukai-cukai tersebut yang dibenarkan seperti dikatakan cukai dibenarkan di bawah undangundang, tetapi memandangkan jumlah yang dikatakan tadi besar dan kalau ikut peruntukan Perlembagaan fasal 97, kalau saya boleh kongsi dan Timbalan Menteri boleh bantu kita di sini.

"Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Undang-undang Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan," maksudnya kutip macam mana pun perlu disatukan.

Soalan saya dan mohon penjelasan, memandangkan jumlah ini besar, mungkin melibatkan sumber yang haram, judi ini jelas haramnya. Jadi bagaimana dari segi aspek pengurusan itu? Di mana diletakkan?

Kalau ikut perlembagaan ini, kita tidak perlulah kata secular Perlembagaan, kerana itu isu lain. Akan tetapi, kalau ikut tuntutannya mesti disatukan, adakah sehingga hari ini, jumlah yang besar itu, kesemuanya disatukan ke dalam satu dan itu akan menyambung kepada persoalan Yang Berhormat Machang tadi, malah tidak dipastikan pula di dalam kerajaan kita, tiada kod kan?

Persoalannya ialah, adakah ia disatukan di dalam consolidated fund itu, benda yang haram itu kerana sekarang ini negara berbincang mengenai halal dan sebagainya, dan saya rasa itu perlu diperjuangkan. Mohon penjelasanlah. [Ketawa]

Dato' Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, saya akan perjuangkan, tadi saya kata saya akan bawa, ya? Ini hendak suruh perjuangkan?

Negara Impian


Oleh: M3M
Pada hari Sabtu 20 November, aku telah menghadiri satu dialog bertajuk Islam and Democracy. Dialog tersebut telah diadakan di Hotel Syuen dan dianjurkan oleh Merdeka Center dan dua lagi entiti. Sorry… entah tak ingat namanya.
Dialog tersebut diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang perseorangan serta wakil-wakil daripada pelbagai NGO tentang good governance, toleransi agama dan hak-hak asasi wanita. Ada juga peserta yang mewakili parti politik.
Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada lebih kurang 8-11 peserta termasuk fasilitatornya atau moderatornya. Sebelum berdialog… makan dan minum dulu dan selepas berdialog….. makan dan minum lagi.
Interesting giler dialog ni…. Selain dapat menimba pengalaman, banyak input serta pengetahuan yang diperoleh. Para peserta semuanya berfikiran terbuka dan menghormati pandangan serta pendapat rakan-rakan dalam kumpulan mereka. Semuanya berjalan dalam suasana penuh harmoni.
Apabila ditanya, apa yang kami faham tentang good governance… pelbagai jawapan dilontarkan dan beberapa kesimpulan telah dipersetujui.
  • Good governance adalah apabila kerajaan berjaya merancang dan meng’implement’kan dasar-dasar yang people-centric secara menyeluruh dengan jayanya tanpa ada diskriminasi terhadap mana-mana kaum. Apa jua dasar yang dibuat, rakyat mesti dapat merasai faedahnya.
  • Pengurusan yang berintegriti, bebas rasuah, bebas penyelewengan, telus, zero ketirisan, tiada pemborosan, ada akauntabiliti dan adil iaitu tanpa kronisme dan nepotisme.
Apabila kita bercakap pasal good governance, apakah indikator atau kayu ukurnya??
Terdapat keseimbangan antara pembangunan dan kebajikan rakyat. Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tidak menjejaskan kebajikan rakyat. Tiada rakyat yang terpinggir dek arus pembangunan. Rakyat hidup sejahtera dengan pelbagai kemudahan terutamanya kemudahan asas.
Pembangunan dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil…. baik dari segi kawasan, kaum, maupun fahaman politik. Kerajaan yang mengiktiraf dan menghormati hak rakyat serta wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan yang bersikap adil yang memberikan hak rakyat tanpa mengira samada wakil rakyat itu daripada pembangkang atau pun pihak yang memerintah, kerana… hak rakyat mesti dihormati dan kebajikan mereka dijaga.
Kekayaan negara daripada natural resources yang dimiliki oleh negara mesti diurus tadbir dengan cekap dan bijak bagi tujuan meningkatkan reserve negara, di samping meningkatkan pendapatan rakyat. Kita mahu taraf hidup rakyat pelbagai kaum berada di luar belenggu kemiskinan. Tidak ada rakyat yang hidup daif dan tidak ada yang kais pagi makan pagi…. kais petang makan petang.
Rakyat pelbagai kaum hidup dengan aman dan tenteram…. serta rasa selamat. Keselamatan mereka terjamin daripada pelbagai gejala jenayah. Rakyat pelbagai kaum hidup dalam suasana yang harmonis dan saling hormat menghormati serta penuh rasa persefahaman dan saling memahami.
Semua rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti. Selain itu, tahap kesihatan mereka baik, kerana perkhidmatan kesihatan yang disediakan berkualiti. Rakyat tidak dibebani dengan kos rawatan yang membebankan.
Sekiranya sesebuah negara mempunyai indikator-indikator seperti yang disebut di atas , barulah ia boleh dikatakan mengamalkan good governance.
Soalan cepu mas yang seterusnya….. Apakah kerajaan kita… kerajaan Satu Malaysia mengamalkan good governance??
Fulamak…. pucuk dicita ulam mendatang!!! Soalan ini membuatkan semua orang tergelak. Ada yang tersenyum simpul. Ada yang senyum kambing. Semua jawapan yang diberi adalah negatif. NO!!! NO!!! NO!!!
Good governance apa ke bendanya, apabila rasuah berleluasa. Malah, ranking CPI Malaysia telah jatuh ke tangga ke 56. Tahap rasuah bukan semakin berkurangan tetapi meningkat. Ini bukti, yang janji Najib untuk membanteras rasuah hanya retorik politik semata-mata. Rasuah sebenarnya sudah menjadi darah daging mereka.
Penyelewengan dilakukan tanpa ada rasa malu, seolah-olah negara ini hak mak bapak mereka punya. Masih ingat…. kes atau isu tentang harga screw driver… lap top yang dibeli dengan harga yang gila babi tingginya?? Ketirisan…. rasuah dan penyelewengan berlaku dengan begitu ketara dan dahsyat sekali.
Pembinaan jambatan gantung yang mengakibatkan tragedi Kuala Dipang adalah satu contoh akibat daripada gejala tak bermoral ini. Begitu juga dalam perlaksanaan sesuatu projek kerajaan. Lihat…. makmal komputer runtuh…. stadium runtuh…. jejambat atau flyover retak…. bumbung parlimen bocor!! Aha…. sikit lagi kerajaan pun runtuh. Yes!!!
Rakyat hidup sengsara… pemimpin UBN hidup selesa dan kaya raya. Good governance apa ke jadahnya!!!
Satu lagi soalan cepu mas….. Bagaimana nak improve good governance di Malaysia??
Ha ha ha ha…. sonang ajer. Oleh sebab damage yang dilakukan sudah terlalu severe, maka majority participant sependapat…… and made a very wise suggestion.
KITA TUKAR KERAJAAN!!!
Ini baru cerita tentang bab good governance. Bab toleransi agama dan hak-hak asasi wanita belum sentuh lagi. InsyaAllah kalau ada mood dan kelapangan, aku akan cerita bab itu pulak.
Until then… asalamualaikum dan bye-bye.

UMNO Dari Dulu Juara Menangguk

Tajuk berita di atas disensasikan oleh media untuk menggambarkan PAS Kelantan berada di dalam keadaan bercelaru kononnya. Yang sebenarnya berita yang digembar-gemburkan adalah merupakan lebih sudu dari kuah.

Memanglah adat bagi musuh politik PAS, takkan mereka nak hamparkan permaidani merah dan mengharapkan pemimpin PAS 'berjalan di atasnya' dengan gah serta jurugambar bersimpang siur mengejar mengambil gambar mereka dan esok tersiar di dada akhbar, "Pemimpin PAS berjalan segak, sudah selayaknya pimpinan UMNO/BN mengundur diri untuk memberi laluan pada PAS."

Memang sudah dijangka, UMNO tetap menangguk di air yang keruh. Ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, 'UMNO perlulah meningkatkan jentera penerangannya dan harus merebut peluang akan kemelut yang melanda PAS.'

Adalah diharapkan dengan penafian Husam, PAS Kelantan dapat meneruskan kembali amanah rakyat dengan mendekati rakyat agar segenap lapisan mendapat pembelaan walaupun terpaksa menghadapi kekangan peruntukkan dari Pusat.

TRANSKRIP SIDANG MEDIA TOK GURU SERTA ARIFFAHMI

Menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abd Rahman seorang exco Pemuda PAS Kelantan, yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas, meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).


Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang berlaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur, sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca. Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)


Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi


Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar)
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.

Harakahdaily/Malaysiakini

Gani Patail Berniat Jahat Terhadap Anwar - Peguam


Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Isnin.

Peguam R.Sivarasa, yang mewakili Anwar, berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal," katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Oleh itu, beliau berhujah hakikat itu cukup untuk mahkamah membatalkan dakwaan terhadap Anwar memandangkan jelas bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan.

Sivarasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dakwaan liwat terhadapnya.

Pada 10 Mac, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lepas.

Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar.

Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden "mata lebam" ketika Anwar ditahan polis pada 1998.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu, bagi membetulkan salah laksana keadilan jika dakwaan itu benar-benar merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

"Bagaimanapun kami berpendapat dalam tindakan ini, ia hanya untuk menghentikan prosiding atau untuk menghalang mahkamah daripada terus mendengar kes ini," katanya.

Mohamed Yusof berkata berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar.

"Ini bukanlah kes yang sewajarnya untuk mahkamah menggunakan kuasa sedia ada bagi membatalkan atau menangguhkan dakwaan memandangkan pendakwaan tidak tahu bagaimana kes itu memudaratkan Anwar," katanya.

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 1 Dis untuk keputusan. -Bernama




Permohonan Penolakan Pertuduhan Kes Liwat II Ketua Umum PKR 1 Disember Ini


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes permohonan penolakan pertuduhan liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas pihak pembelaan diwakili Sivarasa Rasiah mengemukakan hujah mengenai tiga pekara asas utama mengapa mahkamah perlu membatalkan kes berkenaan.


Perkara pertama yang disebutkan ialah tuduhan atau pendakwaan yang dibuat adalah mala fide dan ia merupakan satu kesalahan dalam proses perundangan.


Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dalam hujahnya kepada Hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah menambah, perkara pokok kedua yang perlu diambil kira oleh pihak mahkamah ialah adanya konspirasi politik mala fide ke atas Anwar.


Sivarasa turut berhujah bahawa pertuduhan ke atas Anwar adalah berniat jahat semata kerana tiada sebarang bukti klinikal yang menunjukkan terdapat apa-apa tusukan pada bahagian dubur Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya telah diliwat Anwar.


“Permohonan peguam saya untuk membuktikan kes ini dimanipulasi oleh peguam dan dari awal lagi memang tidak ada bukti. Dia beri contoh bahawa mahkamah punya kuasa untuk menghentikan cara kotor dan politik yang dimainkan oleh peguam negara," katanya.


Anwar juga turut mempersoalkan di mana lojiknya kes liwat II beliau ini sekiranya keterangan dari doktor cukup jelas.


“Tidak ada kesan sama sekali adanya kemasukan maka hendak terus bicara soal apa? Tidak pernah dalam mana-mana kes jenayah seks dunia di mana keterangan doktor begitu jelas termasuk pohak doctor yang ditentukan oleh pendakwa dan juga polis," katanya.


Dalam sesi prosiding tersebut, Sivarasa turut menambah sikap berat sebelah pihak pendawaraya juga antara sebab mengapa pihak mahkamah perlu membatalkan pertuduhan ke atas Anwar.


Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.


Walau bagaimanapun pakar dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mengesahkan tiada sebarang tusukan objek keras ke dalam dubur Saiful. -TVS





Kenapa perlu sistem dua parti?



Haris Zalkapli   
Perbincangan mengenai sistem dua parti dibincangkan dengan penuh minat oleh sejumlah pemimpin parti-parti pembangkang kebelakangan ini, dengan perbincangan terarah kepada sikap menyokong gagasan ini.

Sistem dua parti dilihat sebagai keperluan kepada pakatan pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya, membolehkan kerajaan baharu di peringkat pusat dibentuk oleh Pakatan Rakyat.

Pada tahap tertentu, perbincangan juga kelihatan seperti mengemukakan satu pilihan yang mudah, dan kelihatan seperti gagasan itu sebagai satu keperluan semasa yang perlu diterima.

Sistem dua parti bukanlah sesuatu yang boleh dipilih untuk dilaksanakan, tetapi sesuatu yang berlaku hasil proses politik melibatkan partisipasi ramai untuk satu tempoh yang panjang.

Apa yang dilihat menjadi hasrat pihak yang membawa gagasan ini ialah mewujudkan satu pakatan selain BN yang bersatu lebih daripada sekadar percaturan pilihan raya. Dilihat pada permukaannya, ini memang satu pilihan yang wajar untuk berdepan BN dalam pilihan raya.

Parti yang dimaksudkan dalam sistem dua parti ialah parti politik, seperti Parti Republikan dan Demokratik di Amerika Syarikat dan Konservatif dan Buruh di Inggeris. Di Malaysia, tidak ada dua parti mendapat undi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan melainkan perlu bergabung dalam koalisi seperti BN dan PR.

Di Malaysia, sistem dua pakatan parti-parti politik boleh berlaku sekiranya PR menjadi sebuah parti atau gabungan yang lebih kohesif, bermakna ideologi semua parti dalam PR sehaluan.

Hasilnya, rakyat akan hanya mempunyai dua pilihan iaitu BN dan PR untuk dipilih dalam pilihan raya.

Dalam sebuah demokrasi, rakyat perlu diberi lebih pilihan daripada sekadar dua gabungan parti, yang biasanya dalam spektrum ideologi kedua-duanya berada di kedudukan hampir kepada titik tengah sebagai keperluan untuk mendapat sokongan yang paling banyak.

Malaysia menyaksikan satu kes yang unik apabila parti liberal dan parti berasaskan agama berada dalam satu gabungan, dan disertai juga oleh tokoh-tokoh berhaluan kiri, walaupun dasar-dasar semua pihak dalam pakatan ini jauh berbeza.

PR boleh bergerak sebagai satu dengan berkesan dalam pembahagian kawasan pilihan raya, dengan setiap pihak bertanding di konstituensi yang mempunyai sokongan kuat dan paling boleh diwakili dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, penghasilan dasar-dasar tidak dapat dielakkan daripada perbezaan yang besar, kerana ideologi berbeza parti-parti terbabit. Ini ialah realiti politik, dan ideologilah yang menjadi asas kepada penghasilan dasar oleh sesebuah parti, walaupun boleh dikompromi pada tahap tertentu untuk tujuan tertentu.

PR yang bergerak sebagai satu akan menyaksikan salah sebuah - atau lebih - parti mengkompromikan dasar-dasar parti tersebut, sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku dan akan mengakibatkan kehilangan penyokong-penyokong tradisional yang menjadi kekuatan utama parti.

Di banyak negara di dunia, gabungan parti-parti dilakukan berdasarkan haluan parti terbabit, seperti disaksikan di Jerman dan Israel sebagai contoh. Persoalan yang ditumbulkan ialah berkaitan ideologi parti terbabit, seperti sejauh mana gabungan dikuasai parti konservatif Kristian akan bergerak ke kanan, dan sama ada parti berhaluan kiri akan menyertai gabungan dikuasai parti berhaluan kanan.

Walaupun sukar dan menyaksikan permainan politik yang panjang, pakatan berdasarkan ideologi lebih mudah untuk berlaku kerana ideologi akan menjadi dasar penghasilan dasar-dasar pentadbiran.

Rakyat juga mendapat lebih pilihan daripada sekadar dua parti atau gabungan yang biasanya tidak menunjukkan beza yang besar. Semak dan imbang juga lebih sukar untuk berlaku dalam kalangan parti pakatan-pakatan terbabit seperti mematuhi garis-garis parti atau gabungan.

Sebahagian besar pengundi akan mengundi berdasarkan gabungan yang mereka sokong walaupun tidak bersetuju sepenuhnya dengan semua ideologi parti-parti dalam gabungan itu.

Ahli-ahli parti pula terpaksa sentiasa menunjukkan kesatuan untuk mengelakkan daripada dilihat tidak bersatu dan mendedahkan kepada serangan parti lawan. Ini hanya meneruskan budaya patuh tidak bertempat dan tidak menggalakkan sikap kritikal yang perlu dalam politik yang dikuasai sentimen.

Sistem dua gabungan parti tidak semestinya pilihan yang paling baik untuk rakyat dan parti-parti politik negara ini. Lebih baik proses mewujudkan pakatan ini tidak dilakukan menurut penilaian jangka pendek yang mungkin dipengaruhi usaha mendapatkan kuasa dengan segera.

Biarlah proses ini berlangsung dengan sendiri dalam medan politik negara ini, selepas melalui jalan yang sepatutnya dan tidak dipaksakan atau dikemukakan sebagai keperluan mendesak untuk menjatuhkan BN.

Anual Bakri Haron: Garam dan usia, guru kepada Nik Aziz


Anual Bakri Haron   
Makhluk bernama usia penuh dengan keajaiban. Ia sebuah program perjalanan genetik yang berada dalam khazanah kehidupan. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaikan tabii sebuah perahu yang menghilir, ia perlahan mengalir.


Adakala, ia tersangkut awal dan boleh kekal terhenti. Ada masanya, ia boleh terhenti sementara dan mengalir lagi untuk juga berhenti di tengah. Hanya orang yang ditakdirkan panjang usianya saja yang akan terus mengalir, rapat  hingga kehujung. Hujung boleh bermakna 100 tahun misalnya.

Dalam perjalanan merempuh tebing dan melayan selekoh di liku-liku cabaran hidup itulah orang yang berusia mengumpul garam.Garam itulah yang mengasingkan antara orang yang bijaksana dengan yang kurang. Tentu sekali air yang dalam lebih jernih.

Dalam banyak hal, kematangan banyak tertakluk kepada usia. Jika tidak, masakan junjungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w. dilantik dalam usia 40 tahun. Jika itulah had minimum bermulanya usia kepimpinan yang sihat maka itulah dalilnya.

Namun, ini tidak bermakna yang pemimpin tidak boleh lahir lebih awal. Namun, jika kita bercakap soal “bench marking” dari isyarat yang digaris oleh langit, maka inilah idealnya. Bermula dari usia itu, Rasulullah s.a.w. menerima wahyu-wahyu suci. Di sana kita dapat saksikan betapa faktor kewarasan memainkan peranan.

Dalam usia awal dewasa yakni antara umur 20-39 tahun atau disebut juga sebagai zaman vicenarian/tricenarian ini, manusia terlalu tinggi digerakkan oleh nafsu ammarah,emosi dan kecintaan untuk memenuhi kegelojohan cita-cita. Dunialah, apa lagi! Tanpa perimbangan dan kawalan agama, tamaknya akan sering melanggar tebing. Ia kerap terbabas.

Jika dia seorang pemimpin parti atau organisasi dan kurang berhati-hati, dia akan banyak merempuh tembok amanah dan melanggar pelbagai disiplin yang barangkali dia sendiri yang rangkakan.

Kadangkala, atas nama ghairah berdakwah, dia terlalu rajin mengingatkan anak buah tetapi dialah orang yang pertama melanggari kata-kata dari kuliahnya. Kemudian, dia lazimnya sibuk dan banyak membakar masa produktifnya untuk mempertahankan kesalahan diri  dari kubu persembunyiannya yang bernama ego. Dalam mabuk kuasa dan populariti itulah, dia memalukan dirinya. Ini akan terbukti dalam jangka panjang.

Manakala, usia pertengahan dewasa antara 40-59 tahun atau disebut sebagai tahap quadragenarian/quinquanarian pula adalah usia pembenihan dan pertumbuhan bakat kepimpinan yang terbaik.

Zaman yang dikenali sebagai renaissance kewarasan ini adalah zaman yang subur dengan gelora sumbangan. Dengan bekal taqwa, ilmu dan keikhlasan, seorang mukmin sejati akan dapat disaksikan kegemilangan akhlaknya yang terpuji sewaktu menangani apa jua isu seputar amanah yang dipikulnya. Dia lazimnya berprestasi tinggi.

Bagaikan kemuliaan seekor penyu, dia akan menelurkan ribuan jasa tanpa diriuhinya akan kehadiran "sayanya." Dia adalah air yang senuh setin. Keakuan dan ketrampilannya dipendamkan serahsia mungkin tetapi di sana orang seakan-akan tahu dia adalah sebutir geliga yang tergilap.

Tanpa  mengocak loceng kehadiran, sentuhannya masih terasa. Tangannya mungkin tidak kelihatan tetapi cakar-cakar amal yang mulia dari sentuhan dan tinggalan jasanya ada di terkesan di mana-mana.

Membelek muka surat profil Tok Guru Nik Aziz, kita boleh menemui catatan-cacatan keajaiban seumpama ini di sana sini. Sejak tahun 1967, sewaktu parti saingan galak menangkap ulama, berbekalkan keyakinan, keimanan dan keberanian, beliau telah mewaqafkan usianya kepada gerakan Islam.

Jika PAS mengasaskan kepimpinan ulama seawal tahun 1982, maka dialah pancang dan tunggulnya. Dan, dia masih unggul, tetap tercegat setia berdiri di situ hingga sampai ke hari ini.

Demikian, sebuah nilai istiqomah. Sewaktu PAS berjalan di dalam pelita; di tengah-tengah hembusan nafas pihak musuh yang sentiasa termuncung-muncung, mahu memadamkan api kebenaran itu, Tok Guru nekad membelah malam. Dia tetap tekun untuk sabar berperahu.

Dalam usia pertengahan dewasa yang di kategorikan oleh pengkaji sebagai usia gemilang itulah, Tok Guru benar-benar menepati perjalanan teori. Akhirnya, dalam usia kira-kira 58 tahun, barulah beliau ditakdirkan oleh Allah menduduki kerusi menteri besar.

Rupanya, dari tahun 1967-1990, selama 23 tahun, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah menjalani satu tempoh tarbiyah amali penuh kepayahan memimpin jemaah sebelum beliau di lantik CEO untuk sebuah kerajaan.

Sebelum kecemerlangan beliau terserlah, beliau dijeruk ke dalam tempayan ujian yang cukup menguji terlebih dahulu. Beliau dihujani dengan lembing fitnah dan ungkit umpatan. Beliau berembun di pelana pagi, setiap kembali dari kuliah di jauh malam.

Beliau cuma bermula dengan sebuah motor Honda Cub dan bukan dengan kenderaan 4WD. Inilah yang dikatakan sebagai proses perjalanan usia. Kewarasan kepemimpinannya tidak datang percuma. Tidakkah hikmah itu barang yang hilang.

Lazimnya, apa yang hilang perlu di cari?

Sesungguhnya, di sana ada sebuah madrasah yang bernama "the making of Nik Abdul Aziz."

Jika orang mahu naik dengan sekedar bersandar dibahunya atau berkonspirasi untuk menjatuhkannya, maka percayalah. Orang atau orang-orang itu tidak akan kekal lama justeru ia menyalahi segala hukum dan protokol pembikinan biasa kelahiran seorang pemimpin. Kata pepatah Inggeris, "Usually a true leader is not born. It is made."

Jika kita semak kisah Nabi Allah Yusuf Alaihissalam misalnya, kita akan cepat menangkap keunikan Yusuf yang didewasakan melalui pelbagai ujian. Usialah yang menjadi latar tempat dan masa  bagi tumbuhnya benih kepimpinan. Sekurang-kurangnya, Nabi Yusuf a.s. telah diuji dalam sembilan keadaan iaitu:

a) Menjadi sasaran kebencian saudara-saudaranya.
b) Berpisah dengan keluarga.
c) Dibuang ke sumur dalam usia 12 tahun.
d) Dijual dan menjadi hamba sahaya.
e) Digoda dan dirayu wanita.
f) Dituduh memperkosai isteri perdana menteri.
g) Dipenjara selama 9 tahun.
h) Mendapat kekayaan dan kenikmatan yang melimpah.
) Memaafkan saudara-saudaranya.

Menyemak sejarah Mahatma Gandhi, kita boleh temui proses kematangan yang dilalui beliau melalui lorong usia yang hampir sama. Mari kita amati fakta-fakta ini.
a) Dalam usia 13 tahun, beliau dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan bernama Kasturba.
b) Dalam usia 19 tahun beliau meninggalkan tanah air bagi menyempurnakan ijazah Undang-Undang.
c) Beliau berjanji pada ibunya untuk tidak minum arak, berzina, dan tetap menjadi Vegetarian sepanjang menimba ilmu di London.
d) Pada tahun 1891, beliau kembali ke tanah air dan memulakan langkah permulaan kerjayanya di Bombay dan Rajkot.
e) Pada tahun 1893, beliau telah berhijrah ke Selatan Afrika untuk menegakkan keadilan di sana. Beliau menetap di sana selama 12 tahun dan menubuhkan satu parti Natal India Congress untuk memulihkan kehidupan rakyat India di sana mengikut hak-hak keadilan dan tanpa pencabulan hak asasi manusia.
f) Pada 1914, beliau kembali ke tanah air, dan menubuhkan Satyagraha Ashram berhampiran Ahmedabad. Dipengerusikan oleh G.K. Gokhale dan Lokmanya Tilak, beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh golongan professional. Selepas itu, beliau mulalah menjejakkan kaki dalam kancah politik.
g) Beliau memperkenalkan tiga gerakan dengan satu matlamat untuk bebas daripada peraturan dan undang-undang British. Yang pertama ialah Non-Cooperation Movements, objektif penubuhannya adalah untuk mengembalikan keamanan di tempat itu melalui pemboikotan barangan-barangan yang diimport, mahkamah British dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran British, dan menggalakkan penggunaan barangan tempatan.
h) Yang kedua, ialah dengan menggerakkan Civil Disobedience Movement yang telah ditubuhkan pada 6 April 1930. Sebagai permulaannya Gandi March atau Satyagraha telah digunakan untuk menentang Undang-Undang Garam British; dan beliau mengarahkan pengikutnya untuk menghasilkan garam sendiri.
i) Yang ketiga, beliau telah menubuhkan Quit India Movement pada tahun 1942, dengan mendesak pihak British berundur dari negara itu. Selepas pihak British berundur, India telah mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.
j) Pada 30 Januari 1948, beliau berakhir di muncung senapang seorang communalist. Merumuskan kepimpinan Gandhi, Pandit Jawaharlal Nehru sempat berkata begini: "The light has gone out of our lives and there is darkness everywhere."
Kembali kepada kisah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau kini dicadangkan oleh Zaid Ibrahim, pengerusi penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) untuk mempengerusikan PRM bagi mencontohi sifat kepemimpinan Gandhi.

Zaid melihat kualiti yang ada pada Tok Guru melangkaui sempadan usia, batas agama, dan tembok kaum.

Sejurus setelah Zaid membuat cadangan banci sokongan yang dibuat oleh NTV7 pada malamnya benar-benar mengesahkan kredibiliti Tok Guru Nik Abdul Aziz. Tok Guru memborong 44 peratus sokongan sementara Anwar mendapat 43 peratus.

Pendek kata, walaupun Tok Guru Nik Aziz sedang dikepung oleh isu di sekitar tajaan untuk mengerjakan haji, dan hingusan isu yang keluar dari bersin menantunya di PMBK, beliau tetap sabar bersahaja.

Terkini pula, ada tanda-tanda kerusi pesuruhjaya negeri beliau mahu digugat oleh seorang pemilik blog (mungkin atas suruhan) tetapi beliau masih tetap selamba kerana duri di hutan tidak siapa pun pernah menajamnya.

Melalui proses usia dan pengalaman yang panjang Tok Guru Nik Aziz yang kini berusia 78 tahun, sudah masak dengan sepak terajang. Sungguhpun beliau boleh dilihat perlahan kerana sedang berada dalam zaman septuagenarian yakni antara usia 70-79 tahun tetapi beliau masih dilihat utuh.

Mari kita tumpang keutuhan beliau bersaksikan kata-kata ini:
"Saya telah tua sekarang ini, dan hanya boleh membaca kepala angin samada ribut atau hujan akan turun berdasarkan pengalaman saya. Saya boleh baca contohnya jika air berombak, saya akan menyatakan mungkin ada tunggul di bawahnya. Tapi jika saya hendak mengangkat sauh sendiri sekarang ini saya sudah tidak berdaya melakukannya. Begitu juga hendak mengangkat dayung atau turun mencampakkan sauh pun saya tidak mampu. Orang lainlah yang perlu melakukannya. Jadi, saya hanya boleh baca kepala angin. Ini kerana terdapat angin yang bawa ribut atau hujan berdasarkan pengalaman saya yang ada."

Sebetulnya, proses usia adalah proses perjalanan kematangan. Jauhi dari tabiat tidak sabar. Usah dipaksa kematangan itu datang dengan menjolok durian yang lambat gugur. Laluilah denai pengalaman melalui urutan proses kematangan yang normal sebelum duduk di kerusi kemudi.

Biar ia berlaku secara natural. Jika tidak, usah disalahkan orang apabila orang menamakan kita sebagai budak awang yang belum mumayyiz. Jangan karier kita berakhir, mati muda dalam malu, terhingguk-hingguk di kerusi malas.
Penulis adalah setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

DUN Kota Siputeh: SPR Letak Harapan Tinggi Kepada Mahkamah Rayuan




PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang diisytiharkan kosong.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihakanya berharap Mahkamah Rayuan akan meneliti kes ini dengan sebaik mungkin kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.
"Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita.
"Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia... sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang," kata kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan SPR untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.
Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR berharap Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan dengan segera berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh kerana pihaknya hanya mempunyai masa kurang sehari bagi mengeluarkan writ untuk memanggil pilihan raya.
"Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu).
"Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu," katanya.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, writ perlu dikeluarkan dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh kekosongan.
Pada 16 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.
Ditanya sama ada SPR bersedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat esok, Wan Ahmad berkata: "SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil.
"Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini... esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR."

Sidang Media Abdul Ariffahmi - Transkip penuh

sumber : harakahdaily

Macam mana pendirian saudara Arif? (gambar)
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.?

TG Nik Aziz Bikin UMNO Kecut Teloq



Oleh Idris Samad


KETIKA semua media massa arus perdana ‘menembak’ Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu-isu yang mengambarkan kononnya berlaku rasuah dan amalan nepostime, timbul pula cadangan supaya Mursyidul Am Pas dilantik mengetuai Pakatan Rakyat.

Cadangan datangnya dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim disambut baik oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Serentak dengan itu, orang-orang Umno jadi mengelabah tidak tentu arah! Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan yang diketuai Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbuat sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman kononnya ada berlaku rasuah.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak nampak apa-apa isu mengenai PKFZ dan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak pernah risau dengan isu wang ihsan menggantikan royalti dari kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan.

Pelbagai usaha sebenarnya dibuat, sejak berpuluh tahun dahulu untuk membunuh karektor TG Nik Abdul Aziz namun ia gagal.

Malahan, semenjak TG Nik Aziz menjadi MB Kelantan, Umno sudah banyak kali bertukar ketua di peringkat negeri. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun, hebat-hebat mereka ini, baik Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar, akhirnya satu demi satu menuju ke zaman politik yang gerhana.

Malahan, suatu ketika apabila Mustapa menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden ketika mengetuai Umno Kelantan, perwakilan Umno mengejeknya dengan kata-kata, “Nak jadi Naib Presiden macam mana, Kelantan pun tak boleh selesai!”

Begitu juga, setahun yang lalu, ketika Annuar menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden, bukan sahaja tidak mendapat sokongan dari bahagian-bahagian di seluruh negara, malahan dari Kelantan sendiri, mereka nyata tidak menyokong hasrat Annuar itu.

Dr. Mahathir sudah menjadi ‘Quran buruk’ dalam Umno. Tegurannya sudah dianggap sebagai ‘mengacau dan merosakkan’.

Tengku Razaleigh sudah menuju zaman gerhana kerana hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden Umno hanya menjadi bahan gurauan sahaja hinggakan tiada satu pun bahagian kecuali Gua Musang yang sanggup mencalonkannya.

Nampaknya, ketika tiada pemimpin Umno Kelantan yang boleh diangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, masing-masing terkejut dengan cadangan Zaid Ibrahim yang mahu melihat Pakatan Rakyat yang jika diluluskan pendaftarannya – gabungan antara Pas, KKR dan DAP – diterajui TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di kalangan orang-orang Umno, di peringkat pertengahan dan bawahan, memang mengkagumi TG Nik Abdul Aziz. Mereka bukan tidak membaca media massa arus perdana tetapi mereka enggan mempercayainya.

Inilah yang merisaukan kepimpinan Umno. Ketika pucuk pimpinan mereka menyerang TG Nik Aziz, pengikut-pengikutnya di bawah, tidak tergamak berbuat demikian. Malahan, seorang Naib Ketua Umno bahagian dari Johor membisikkan ke telinga penulis dengan kata-kata…kenapa isu TG Nik Aziz mahu ke Makkah dijadikan isu besar dengan campur tangan SPRM sedangkan rakyat mahu mengetahui perkembangan PKFZ dan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara.

“Yang mana keutamaan SPRM sebenarnya,” tanya Naib Ketua Umno bahagian ini resah.


Bagi pemimpin Umno, mereka merasakan mustahil Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dapat memberi laluan mudah kepada TG Nik Abdul Aziz.

Namun, jika ia berlaku, Umno dan kepimpinan BN sudah dapat merasakan jangka hayat Umno dan BN sudah sampai ke penghujung jalan.


Ketika masing-masing (pemimpin Umno) mengharapkan cadangan Zaid Ibrahim ini tidak berlaku, namun masing-masing kerisauan yang amat sangat. Mereka semuanya tahu bahawa TG Nik Abdul Aziz adalah ikon yang mempunyai ramai peminat dan pengikut.

Malahan, foto dan potret TG Nik Aziz sudah menjadi objek penting di mana-mana sahaja, sama ada sebagai pelekat kereta, lencana di dada dan gambar di dinding – yang tidak keterlaluan jika dikatakan mengatasi sempadan negeri.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri seperti tidak yakin ketiga-tiga parti pembangkang Pas, PKR dan DAP boleh bergabung dan bersetuju menggunakan satu lambang dengan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, jika ia berlaku bukan kerana peranan Dr. Mahathir sebaliknya disebabkan tahap pengorbanan antara satu parti dengan satu parti yang lain dalam Pakatan Pembangkang cukup tinggi.

Ini semua kerana sikap Dr. Mahathir yang terlalu keras ketika menjadi Perdana Menteri menyebabkan parti-parti pembangkang yang suatu ketika dahulu pernah terikat dengan Angkatan Perpaduan Ummah – pernah wujud kerana menentang kepimpinannya.

Walaupun ia tidak berjaya, tetapi selepas tsunami politik Umno 1998, Umno benar-benar tergugat dengan lahirnya PKR (KeADILan) di bawah pimpinan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Jangan gantung kes Perak secara tidak bertali

Harakahdaily   
IPOH, 23 Nov: PAS Perak mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan mestilah diputuskan segera.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, keputusan penghakiman kes Kota Seputeh oleh Mahkamah Tinggi perlu disemak oleh SPR yang sebelum ini menolak keputusan Speaker Dun perak.

Bagi beliau, SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam kes tiga Adun Perak itu dan memaklumkan kekosongan tiga kerusi tersebut secepat mungkin.

Bagi beliau, kes Kota Siputeh sama dengan kes tiga DUN di Perak itu dan SPR kena tarik keputusannya di Perak sebelum ini.

Khalil mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Putrajaya yang menolak permohonan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusannya sebelum ini yang memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan dalam masa 60 hari di Kota Seputeh.


"Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut," kata Khali, Adun Titi Serong itu.


Khalil mempersoalkan, bukankah SPR kerjanya tidak lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu," katanya.

Bgai beliau, SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat.

"Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan.

"Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat," katanya.

Yang lebih malang lagi, katanya, ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.

"Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak," katanya.

Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan, katanya.

Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Ertinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut," katanya.

Penghakiman pada hari ini juga baginya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.

Selangor batal dedah tragedi Bukit Antarabangsa.

Kerajaan Selangor membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya.

Menteri besar berkata pendedahan itu penting bagi "menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai" tetapi dokumen itu telah dikelaskan sebagai "rahsia" oleh jemaah menteri.

"Sebelum ini kerajaan negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu (tidak akan mendedahkan laporan) dan meminta kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa (dengan Selangor) demi kepentingan orang awam.

"Bagaimanapun, kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh jemaah kabinet.

"Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau bagaimanapun terus menyeru kerajaan persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut dengan alasan "kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan" dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun dan tanah tinggi di negeri.

"Setelah membaca laporan tersebut, kerajaan negeri percaya ia tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara," kata Abdul Khalid lagi.

"Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

"Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi.

"Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya kerajaan persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam."

Bah Politik Meragut Nyawa Apabila Keris Menikam Diri, Pilihlah Jalan Kiri!

Oleh : MSO
 
SATU berita tidak sedih dan tidak mengejutkan dari Kota Bharu yang baru diterima, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menasihati menantunya Abdul Ariffahmi Abd Rahman, supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK. Arahan Nik Aziz itu dilihat sesuatu yang berat dan bercanggah dengan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini terhadap menantunya itu.

Arahan itu bagaimana pun tidak ganjil kepada pandangan umum kerana sikap Nik Aziz meletakkan menantunya di situ dilihat janggal kerana ia menimbulkan berbagai tanggapan negatif. Saya sendiri pernah menulis dalam blog mempertikaikan kewajaran beliau melantik Ariffahmi dan menganggap ia adalah satu keputusan yang akan menyusahkan dirinya sendiri dan bukan tindakan yang bijak.

Bagaimana pun Mursyidul Am Pas itu ada hujjah sendiri apabila beliau inginkan kepada sesuatu. Dia akan mempertahankan keinginan itu dengan hujah-hujah politik dan agama yang selamba hatta menyalahi adat. Dia seorang yang mempunyai keyakinan diri yang kuat.
Mengenai Ariffahmi apabila dipersoalkan tindakan itu berbau kronisme, Nik Aziz bertahan dengan mengatakan menantunya itu layak dan berkelulusan (Ir).

Kalau tidak silap, dua kali dia memperakui akan kebijaksanaan dan kehebatan menantunya itu. Kadang-kadang cara dia mempertahan dan memuji menantunya itu berlebih-lebihan sehingga boleh menghakis wibawa beliau sebagai seorang ulama.

Hari ini apabila beliau dikatakan telah mengarahkan menantunya melepaskan jawatan itu ekoran timbul kemelut di PMBK sejak minggu lalu, ia dilihat kontras dengan pendiriannya sebelum ini. Apakah arahan Nik Aziz itu menandakan dia sudah lupa kepada apa yang diucapkan sebelum ini ataupun bertindak bijak apabila menantunya dilihat bermasalah? Apakah beliau sudah tidak dapat bertahan disebabkan daya tahan atau anti bodi politiknya sudah mulai lemah?

Sekiranya tindakan itu demi mementingkan jemaah, semua harus memuji keputusan demikian. Bukan saja Nik Aziz tetapi sesiapa saja yang berada dalam jemaah harus mendahului jemaah daripada kepentingan diri dan kroni. Segunung pujian patut diberikan kepada Nik Aziz. Bagaimana pun sekiranya arahan Nik Aziz ke atas menantunya itu kerana desakan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan ia melambangkan akan kelemahan prinsip Nik Aziz dalam soal yang beliau sendiri mempertahankan sebelumnya.

Dalam pada itu terdengar juga sebelum ini bahawa ada orang yang memberi kata dua kepada Nik Aziz sama ada memilih orang tertentu atau pun Ariffahmi (menantunya). Sudah pasti kata-kata ini menyempitkan keadaan dirinya menyebabkan beliau tidak mempunyai pilihan lain.

Sekali lagi ditegaskan jika keadaan benar, maka apa yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz kira-kira hampir 30 tahun dulu terhadap Datuk Mohd Asri Muda kini berlaku kepada dirinya sendiri. Sekitar tahun 1982, Nik Aziz pernah memberi kata-kata dua kepada ahli dan pemimpin Pas Kelantan sama ada pilih dia ataupun Asri Muda. Kata-kata yang bersifat egois itu yang tidak sepatutnya dilafazkan Nik Aziz tetapi telah termaktub sebagai satu sejarah.

Sejarah kejam ini nampak berulang, dan kini ia menimpa ke atas batang tubuh Nik Aziz. Apakah ini hukum karma Allah? Walhualam!

Secara logiknya memang wajar kalau Ariffahmi dinasihati berhenti apabila beliau menimbulkan masalah dan memberi damage kepada parti dan kerajaan Pas. Dalam konteks ini kepentingan jemaah harus diutamakan. Bukan sahaja setakat pegawai penjawat awam seperti Ariffahmi tetapi penjawat jawatan politik juga kalau sudah menimbulkan masalah kepada parti harus diminta melepaskan jawatan. Ia tidak terkecuali juga untuk Nik Aziz sendiri.

Dalam kes Ariffahmi ini ada sedikit kekeliruan. SPRM baru dikatakan membuka fail siasatan ke atasnya, namun Nik Aziz dipercayai atas nasihat kepimpin Pas telah mengambil keputusan agar meminta Ariffahmi berhenti. Apakah keputusan ini sesuatu yang bijak? Memang sebagai penjawat awam Ariffahmi berada di bawah bidang kuasa orang politik dan Kerajaan. Apa saja yang diarah Ariffahmi harus akur. Tetapi persoalannya apakah nasihat itu dibuat tanpa mengira langsung kedudukan Ariffahmi dengan Nik Aziz?
Apapun satu babak awal dalam cerita yang boleh dinamakan "Perang PMBK Bah Merah Politik Pas Kelantan" hari ini sudah pun berakhir. Orang yang didesak agar berundur telah berbuat demikian. Masih banyak lagi babak-bakak yang bersambungan dengan perang ini yang masih belum selesai. Kickdefella kini sudah boleh mengilai terbahak-bahak kerana perjuangannya sudah berjaya.

Apakah selepas ini ia memerlukan Nik Aziz sendiri melepaskan jawatan sebagai MB? Kemudian diikuti dua atau tiga orang Exco yang tidak disenangi juga berbuat demikian? Sekiranya Nik Aziz bermaruah dan berprinsip beliau perlu mengambil tanggungjawab untuk melepaskan jawatan kerana dialah yang membawa masuk Ariffahmi ke dalam PMBK yang kemudian memberi masalah kepada Pas. Kemaafan oleh Pas atas kekhilafannya itu disebabkan kerana dia seorang Mursyidul Am Pas tidak boleh diterima. Status itu tidak dapat menyucikan segala-galanya.
Beliau sering bermadah kalau waktu Zohor orang suruh dia berhenti, waktu Asar dia akan berhenti. Tidakkah apabila beliau menyuruh menantunya berhenti atas arahan pucuk pimpinan Pas itu ianya sebagai signal untuknya juga?

Pada saya masanya juga sudah sampai dan sesuai untuk Tokguruku Nik Aziz ikut sama berhenti bagi mengiringi kesenduan menantunya. Tok guru sudah terlalu letih sangat dah. Sebagai seorang mertua yang baik seharusnya mengiringi perjalanan menantu yang baik. Iya untuk senang Tok Guruku sedia dan relalah pilih jalan kiri walaupun pedih. Kekeramatan dan kehebatan Tokguru nampaknya sudah makin menulah!

Kota Siputeh sama dengan 3 DUN di Perak, SPR kena tarik keputusannya di Perak sebelum ini.

Pada hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu. Sekarang nampak sungguh SPR sudah tersasar dari tugas sebenarnya dan betul-betul jadi barua Umno dan BN dengan berkerja kuat untuk mengelakkan berlaku kekosongan kerusi tersebut.

Walaupun gagal pada hari ini SPR memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.Berikut adalah beberapa kenyataan saya pada hari ini :-

1. Bukankah SPR kerjanya tidak lebih dari menguruskan soal berkaitan pilihanraya. Atau sejak bila SPR sudah jadi satu entiti yang boleh mempertikaikan apa saja surat dan dokumen termasuklah kesahan dari segi undang-undang yang tidak selayaknya dipertikaikan oleh badan itu.

SPR kerjanya hanyalah mengurus soal pilihanraya. Sesudah menerima apa-apa makluman dari mana-mana Speaker SPR hendaklah bermesyuarat. Biasanya bila kita mendengar SPR ingin bermesyuarat semuanya rasa berdebar dan menunggu-nunggu apakah SPR menerima surat atau dokumen sebagai bukti kerusi itu dikosongkan. Ini adalah sudah salah dari pandangan yang sebenarnya kepada apa yang sepatutunya dimesyuarat.

2. Yang lebih malang ternyata SPR sudah jadi barua dan diperkudakan dalam banyak hal termasuklah apa yang berlaku di Perak.Dengan tidak profesionalnya SPR kemelut di Perak telah jadi "gila khinzir' sekarang. Tidakkah seperti yang disebutkan oleh hakim pada hari ini sangat jelas bahawa SPR bertindak tidak wajar dalam Kes Kota Siputeh. Bagi saya termasuklah di Perak.

Hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Kata Hakim lagi pada hari ini, "Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

3. Artinya kalau perkara ini di rujuk kepada kes Jelapang, Behrang, dan Changkat Jering jelas makluman Speaker Sivakumar mengenai perletakan jawatan, Hee, Osman, dan Jamaluddin mesti diterima oleh SPR sebagai makulmat dan SPR cuma bermesyuarat untuk menentukan bila tarikh penamaan calon, hari mengundi dan berbincang berbagi hal yang berkaitan dengan pengundian bagi 3 DUN tersebut.

4. Penghakiman pada hari ini bagi saya memberi jawapan bahawa SPR tidak ada hak untuk menafikan makluman Sivakumar di Perak dan satu laluan kepada pilihanraya di 3 DUN di Perak tersebut mesti disegerakan.

5. Oleh itu saya mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan dan diputuskan mestilah disegerakan. Ataupun dengan keputusan penghakiman pada hari ini SPR mestilah menyemak kembali keputusan silapnya dalam ke 3 DUN di Perak dan memaklumkan kekosongan 3 kerusi tersebut secepat mungkin.

Sekian terima kasih.

KENYATAAN MEDIA 23 November 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak/
Pengerusi PRBBC Perak/
ADUN Titi Serong.

Umno Ke Mahkamah Rayuan Esok Berhubung Isu Kekosongan Kerusi Kota Siputeh ..!!! Nampak penakut benar UMNO@BN...kata kubu kuat...????


KUALA LUMPUR: Umno akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno melalui peguamnya Datuk Hafarizam Harun akan mengemukakan rayuan berkenaan.
"Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahmad berkata jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk melaksanakan segala persiapan sekiranya perlu menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Kota Siputeh.
"Oleh kerana kawasan itu ialah kawasan Umno dan BN, sudah tentu kita akan mengusahakan kemenangan parti dan usaha untuk memastikan, jika boleh ... peningkatan majoriti setelah usahausaha di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan tidak dapat berusaha ke arah itu. Maka kita akan bersiap sedia (untuk pilihan raya kecil)," kata beliau.
Isnin lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini. BERNAMA

Bahaya Hujah Dibayar Darah



Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SUKA mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.
Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.
Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir-mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.
Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran ‘Ahbash’. Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.
Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya: “Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu.
Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-'Allamah al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya…
Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-'Asy'ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa'iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.
Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).
Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu..”. Timbalan Presiden The European Council for Fatwa and Research (ECFR), al-Syeikh Faisal Maulawi menyebut: "al-Ahbash atau (Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fekah yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini.
Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syeikh mereka. Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah”.
Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut: “Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.
Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir. Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif” Banyak lagi fatwa para ulama mengenai kemelampauan puak Ahbash ini.
Antara perkara yang menakutkan yang digunakan oleh puak Ahbash ini, selain dari maki-hamun, cerca, fitnah dan serangan peribadi, mereka juga menggunakan pendekatan menghalalkan darah orang yang mereka musuhi.
Sebab itu di Lebanon, sebelum ini mereka begitu bermaharaja lela sehinggalah mereka dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Rafiq Hariri. Ini apabila ‘Ulil Amri’ yang dirasakan sudah tidak dapat berkerjasama dengan mereka. Sebelum itu mereka juga mengkafirkan bekas Mufti Lebanon Hasan Khalid dan membunuhnya. Mereka menulis di dinding-dinding di Lebanon: “Katakan tidak kepada Hassan Khalid yang kafir”.
Menjadi tabiat Puak Ahbash ini suka memfitnah mengada-adakan cerita bohong dan mempersendakan gambar dan mengubah fakta. Di Malaysia, kelompok Ahbash ini ada mempunyai blog-blog mereka yang tersendiri. Pembaca boleh layari untuk melihat gelagat mereka. Mereka memenuhinya dengan maki hamun, menokok tambah gambar-gambar orang yang mereka tidak suka dan membuat berbagai pembohongan fakta yang lain.
Juga antara pendekatan yang digunakan Ahbash ialah mendampingi pihak yang berkuasa untuk menentang dan memfitnah tokoh-tokoh yang mereka tidak suka. The Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA) menyebut bagaimana pengasas mereka Abdullah Harari berpakat menghasut pihak berkuasa Habshah sehingga menyebabkan pengetua Pusat Tahfiz al-Quran di sana di penjarakan selama 23 tahun. (http://www.amjaonline.com/ar) Pendekatan menggunakan pihak berkuasa dan mendampingi pemerintah dengan menyebarkan racun fitnah, cerca, mengkafir merupakan jalan yang dipilih oleh Ahbash di negara-negara yang mereka cuba bertapak.
Ahbash masuk ke negara kita melalui mereka yang belajar di Lebanon dan terpengaruh dengan aliran ini. Ahbash juga telah membelanjakan wang dengan menjemput tokoh-tokoh agama Malaysia ke tempat mereka serta dibekalkan buku-buku mereka. Maka sindrom ahbash ini mula merebak dengan aktif dalam masyarakat ini apabila kelompok ‘ahbash’ mendapat tempat dalam sesetengah pihak berkuasa agama dan ruang kuliah dan ceramah di masjid dan surau.
Apabila melihat kegusaran sesetengah pihak dengan gerakan pembaharuan minda agama di negara kita, kelompok ini cuba mendapatkan tempat dengan cara menjadi ‘wira’ untuk membantu sesetengah pihak yang merasa terancam.
Mereka menyalurkan bahan dan pemikiran mereka yang dikenali sebagai pemikiran mengkafirkan tokoh-tokoh ulama dan mana-mana pihak yang dianggap berbeza dengan mereka. Maka kebelakangan ini dalam media massa, seminar, masjid, surau dan selainnya kedengaran isu mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab, isu wahhabi, isu Ahlus Sunnah, isu tidak terikat mazhab al-Syafi’i dan berbagai lagi.
Bukan isu-isu ini tidak wujud sebelum ini, tetapi Ahbash berjaya menyemarakkan api permusuhan dan kebencian dengan lebih dahsyat. Isu-isu ini diulas bagaikan perang jihad mesti dilakukan untuk menghapuskan sesiapa yang berbeza. Racun awal Ahbash mula menyerap. Maki hamun kedengaran di masjid dan surau.
Malangnya mereka ini mendapat ‘lesen’ bercakap. Mengfitnah, menyesat dan mengkafirkan mula dijadikan senjata. Ia amat menakutkan. Ini akan menghalang kemajuan pemikiran, lebih buruk lagi ia boleh mengundang perbalahan sengit sesama muslim.
Sebab itu Akhbar al-Watan ketika melaporkan kematian pengasas Ahbash itu menyebut: "Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harari, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lebanon ketika umurnya 98 tahun…Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lebanon pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam." (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan).
Cuma yang agak menarik, dalam laman web YADIM pada hari kematian al-Harari menamakannya “Pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah yang sejati”. Ini amat membimbangkan saya. Saya rasa pembaca juga demikian. Saya takut racun itu benar-benar telah memasuki masyarakat kita.

Tragedi Bukit Antarabangsa: Ubah status rahsia untuk kepentingan ramai



Harakahdaily   
SHAH ALAM, 23 Nov: Kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan membuka laporan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa walaupun ditutup oleh kerajaan Pusat untuk kepentingan ramai, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, kerajaan negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ.

Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada  Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut  yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya, kata Khalid dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Khalid, kerajaan negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan tersebut diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula hari ini.

Bagaimanapun, ekoran pengumuman kerajaan negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya kerajaan negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.

Sebelum ini kerajaan negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam.

Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet.
"Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tiada pilihan melainkan meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut," kata Khalid.

"Dengan yang demikian, kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi  perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor," katanya.

Menurut Khalid, Setelah membaca laporan tersebut, kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

"Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi. Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam," tambahnya.

Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya, kata Khalid, sangat komited dalam usaha menjamin kepentingan rakyat Selangor dan sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

Mohon maaf, Tok Guru yang dikasihi!!



Harakah Daily hari ini melaporkan Tok Guru Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju untuk menasihatkan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman supaya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Malaysiakini pula melaporkan Ariffahmi melepaskan jawatan tersebut. Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tok Guru yang mengutamakan kepentingan PAS dan perjuangan Islam melebihi perasaannya sebagai seorang bapa mertua. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tok Guru kerana sekali membuktikan beliau adalah seorang hamba Allah yang boleh menerima nasihat rakan-rakannya dalam kepimpinan PAS. JazakaLlahu khairan kathira, Tok Guru!!

Tok Guru membuktikan kepada Allah s.w.t. bahawa beliau hanya bersifat "keras keng" dalam isu yang melibatkan kerjasama atau perpaduan antara PAS dan Umno di dalam satu pakatan politik. Saya sebut pakatan politik kerana saya tak pernah dengar Tok Guru larang PAS berkerjasama dengan Umno dalam soal membela rakyat Palestin yang ditindas umpamanya.

Dari jauh saya tunduk hormat sikap Tok Guru itu. Mudah-mudahan Allah berbelas-kasihan dan mengampuni segala dosa serta kesalahan Tok Guru. Itulah hadiah yang tidak tolok bandingnya kepada Tok Guru.

Saya memohon maaf kerana mengkritik tindakan Tok Guru melantik menantunya. Saya teringat komen-komen di bawah posting saya bertajuk "Hukum jika mereka bersalah!" pada 21/8/08 di mana kali pertama saya menyindir perkara itu:
Anon 6: Sekarang kau nak hentam Tuan Guru Nik Aziz sebab lantik menantu dia pulak? Apa punya orang lah kau ni Bakaq...

Anon 11: BAKAQ....HANG NAK CERCA ,MAKI,TEGUR ORANG LAIN TAK PA...TAPI HANG DAH LEBIH BAKAQ...HANG NAK HEMTAM TOK GURU NIK AZIZ PULAK.....BARUA PUNYA BAKAQ !!!!!

Anon 18: Jika saudara hentam TGNA anda telah menyakiti hati-hati Orang PAS so beradablah bila hentam TGNA.
Saya berharap Tok Guru yang saya kasihi dengan ikhlas (saya berharap Allah mengiktiraf keikhlasan saya) akhirnya akan sudi memaafkan saya.

Kepada Ariffahmi, saya juga memohon maaf kepada demo. Nothing personal, bro. Saya tak ada sebab nak bergocoh atau berseteru dengan demo.

Lebih dari itu, saya tidak ada kepentingan dalam PAS. Kalau saya teringin dan kemaruk sangat nak apa-apa jawatan dan projek dari para pemimpin PAS pun, mati beragan pun saya tak akan dapat. Bukan sahaja saya tak teringat nak mintak, kalau saya mintak pun depa tak akan bagi.

Nothing personal, Ariffahmi. Tema dalam beberapa posting saya mengenai demo sebelum ini hanya satu sahaja - mengelakkan fitnah.

Saya berharap Allah akan membalas tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan itu dengan kebaikan yang melimpah-limpah. Ariffahmi, jazakaLlahu khairan kathira!!!

Wala' Tetap Wala', Tapi Asri Dan Nakhaei Pun Kena Sepak

Pintu Kerajaan Perpaduan (UG) telah ditutup rapat kata Presiden PAS. Walaupun berbagai tafsiran boleh dibuat dengan rangkai kata “ditutup rapat”, saya yakin dengan kesepaduan dan kemampatan kenyataan beliau. Cuma saya kurang yakin dengan orang yang akan membukanya kembali.

Mungkin, Tuan Presiden mempunyai kata laluannya sendiri, namun dengan kecanggihan zaman “IT” ini, “hackers” tetap dapat menggunakan kata laluan alternatif.

Hingga ke hari ini, saya belum terbaca lagi apatah lagi mendengar daripada kaum (yang saya anggap sebagai dedalu) berkenaan membuat penjelasan secara terbuka. Apa yang saya lihat mereka cuma tersengeh-sengeh macam kerang busuk mendengar kenyataan Presiden. Dalam pada itu, orang yang berkenaan bersama juak-juak menyusun beberapa strategi bagi mencantas golongan yang senada dengan TGNA. UMNO juga telah dimangsagunakan bagi menutup mulut TGNA.

Bagaimana rasionalnya UG ini kepada PAS? Teorinya begini. Mudah sahaja. Di dalam UMNO, memang terdapat golongan yang berpendidikan dan b erpengetahuan agama. Golongan yang tahu membezakan antara halal dan haram. Keduanya ada juga kelompok yang telah letih membuat kerja-kerja haram. Mereka semakin tua. Walaupun nafsu masih kuat dan tajam, kemampuan tidak seberapa. Ketiga ada juga puak yang seperti sudah bosan dengan UMNO. Meluat dan menyampah.. Namun disebabkan masalah yang ada kaitan dengan dirinya, mereka tidak dapat hendak ke mana. Umpama pepatah nak ditelan mati emak , nak dibuang mati bapa.

Ketiga –tiga golongan ini jika digabungkan dengan ahli PAS ia telah mampu menjadi kumpulan yang dominan di dalam UMNO khususnya dan BN amnya. Suara-suara tua, telah mula dapat dibaca daripada kenyataan Mahathir dan Muhammad Taib. UMNO sebagai tunjang BN cuma dikendalikan oleh dua kelompok yang bersepupu yang mana para pengikutnya menganga umpama anjing kelaparan dirasakan tidak memberi apa-apa keuntungan pada ketiga golongan ini melainkan imej yang buruk.

Khairy Jamaludin (KJ), umpama ayam jantan yang mana ekornya bergelumang tahi, cuma mampu berkokok untuk mencari ayam betina. Lebih daripada itu tidak ada siapa yang mempedulikannya. Untuk kelihatan mahu mensucikan diri, ketua pemuda UMNO ini mulalah berjinak-jinak dengan puak ketayap putih. Itu sebabnya, ia sering kelihatan di mana-mana majlis yang berkaitan. Tidak mustahil, dia cuba menunjukkan sokongan dengan penganjur UG.

Pada KJ, UG ini penting untuk mendapatkan magoriti sokongan di dalam UMNO khasnya dan BN am. Itu sebabnya, cuma KJ yang sering terpampang di dalam mana-mana insiden yang berkaitan dengan PAS. Lebih-lebih lagi, Presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan bahawa UG ini cuma sesuai pada zaman Pak Lah. Oleh itu, sebagai anak menantu, KJ akan cuba menjaga dengan seberapa baiknya pusaka ini.

Memang tidak ada apa yang perlu dirisaukan dalam PAS. Semua ahlinya akan tetap memberi walak. Namun jangan lupa, Asri dan Nakhaei pun kena sepak. -smartlife