Ahad, 22 November 2009

Kempen Ganyang JAIS

oleh : M3M
Sejak dua menjak ni, teman geram bebenor dengan JAIS yang bersifat macam iblis. Ambik tindakan pilih bulu. Tindakan diambil pulak tu tanpa ada alasan konkrit. Bertindak secara membabi buta dulu.... lepas tu cari alasan kemudian. Bila orang tanya.... bagi alasan bodoh banggang. Maka... SAH lah banggang!!!

Dr Asri ditahan dulu... disoalsiasat dan kononnya akan didakwa. Khabar angin kata... sebab dia menyebarkan fahaman wahabi. Ustaz Asri nafikan. Patutnya.... siasatlah dulu dakwaan dan tuduhan. Kalau berasas baru ler bertindak. Ini tidak.... serbu dan tangkap dulu. Bila riuh Satu Malaysia bantah dan buat bising.... barulah nak tergadah.

Dah termalu agaknya.... last-last kata Ustaz Asri ditahan kerana berceramah agama tanpa tauliah.

Yang syoknya.... sampai la ni, tak pulak Ustaz Asri didakwa lagi. Hampeh betoi JAIS ni. Tak sabor nak tunggu saat dan ketikanya JAIS nak pamerkan kebanggangan nya lagi, berkaitan isu Ustaz Asri ini.

Hari ini teman baca pulak berita senario satu lagi kes banggang JAIS yang melibatkan YB Khalid Samad di sini. Tauliah dia ditarik balik dengan alasan dia ada rekod jenayah. Apabila ditanya mana komer tau? JAIS kata, polis bagi tahu. Apa jenayah yang YB Khalid dah lakukan? Entah tak tahu. Polis kata rahsia. Tak ke banggang!!!

Dan.... sampai la ni, kita masih tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu berita daripada JAIS, apa dia jenayah yang telah dilakukan oleh YB Khalid. Kalau betoi dan terbukti ler bagai apa yang didakwa... tak payah JAIS susah-susah, rakyat sendiri akan tarik YB Khalid turun!!!

Tadi, yang syok tentang Ustaz Asri.... kali ini, yang syoknya tentang isu YB Khalid. Ada pihak mendakwa yang YB kita, menggunakan kariahnya untuk memberi tekanan pada JAIS dengan mengumpulkan tanda tangan memorandun bantahan terhadap penarikan tauliah YB Khalid.

Pada aku senang jer.... Sebenornya, tindakan para kariah di Shah Alam tersebut menunjukkan mereka suka dan gemorkan YB Khalid tetapi getikkan dan meluatkan JAIS yang membuat tindakan... suka aniaya orang.

Ha ha ha.... YB Khalid jadi HERO, JAIS jadi IBLIS!!! Hikmahnya.... Yahooo!!! Naik ler lagi saham YB Khalid.

Bagus apa yang para kariah buat tu. Perjuangkan keadilan dan kebenaran. Tentang sebarang ketidakadilan dan kezaliman. Penganiayaan mesti ditentang habis-habisan!!

So.... apa kata kita lancarkan KEMPEN GANYANG JAIS?? Ganyang jangan tak ganyang!!!

Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan



PETALING JAYA, Nov 22 — Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.
Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.
Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.
Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.
“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.
Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.
“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.
Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.
“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.
“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.
“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.
Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.
“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?
“Letak semua pulak tu?” soal beliau.
Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”
“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

Memperkasakan PAS Terengganu peranan siapa..???



Fikir demi fikir, maka dapatlah penulis buat kesimpulan akan kelemahan PAS Terengganu berpunca dari sikap para pemimpin yang tidak boleh meneriam teguran, hatta teguran itu adalah teguran suci sekalipun.

Barangkali ramai yang setuju dengan isu yang penulis bicarakan ini, kerana Datuk Mustafa Ali pernah sebut hal tersebut baru baru ini dalam majlis sambutan sempena jubli Emas PAS Marang.

Apabila siasah menyiarkan pendapat Mustaffa Ali, Setiausha Agung Pas Malaysia ketika membentang kertaskerja sempena sambutan JUBLI EMAS PAS Kawasan Marang maka perbicaraan tentang sikap para pemimpin yang boleh menerima teguran ini menjadi semakin menarik.

Kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan seumpama ini. Lebih lebih lagi ia adalah punca PAS lemah di negeri Terengganu ini, sebab itu ada cadangan suatu masa dahulu supaya muka baru hendaklah diutamakan dalam setiap siri pilihanraya umum.

PAS Terengganu semasa Pesuruhjayanya Mustafa Ali, telah membuat rombakan besar mengenai calon yang bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 12 dahulu agar dapat menumbangkan UMNO.

Tetapi malangnya, hanya setakat berjaya menambah empat kerusi sahaja berbanding empat kerusi yang dimenangi pada pilihanraya ke 11 (2004) menjadi 8 kerusi Dewan Udangan negeri dan satu Parlimen.Tambah satu lagi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi dua.

Untuk memperkasakan PAS Terengganu Mustafa Ali yakin bahawa sikap para pemimpin yang tidak boleh menerima teguran inilah sebagai punca segala galanya.

Memang pun, kerana Saidina Umar RA pernah berkata yang bermakaud: ”Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima teguran dan nasihat”.

Pada hemat penulis orang yang enggan menerima teguran orang lain, mereka terdiri daripada orang yang tidak berakal. Jadi apakah akan terjadi kepada sebuah parti yang memiliki para pemimpin yang bersikap demikian.

Inilah yang membuatkan PAS Terengganu tidak kuat meskipun ada usaha untuk memperkasakannya sepertimana telah disentuh oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi awang, presiden Parti dalam Ijtimak yang diadakan di Kubang lembik tidak lama dahulu.

Sehubungan dengan itu, Datuk Abu Bakar Chik, timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika berkhutbah di Masjid At Takwa Batu Enam pada 13 November 2009 bahwa PAS mesti jadi kuat untuk menang dalam piliharaya.

14 November 2009 hari sabtu malam Ahad, Salehuddin Ayub, Naib presiden PAS Malaysia ketika berceramah sempena Jubli Mas PAS Kawasan Kuala Nerus pula, berkata PASlah satu satu parti yang pemimpinnya ada integeriti.

Kenyataan ini jelas nampaknya bercanggah dengan pendapat Setiausaha Agung PAS sekali gus, memberi kesan yang tidak baik kepada PAS Terengganu, kerana satu pihak mengatakan para pemimpin berintegeriti, manakala satu pihak lagi mengatakan para pemimpin tidak boleh menerima teguran.

Semasa berkhutbah,Abu Bakar Chik membidas masyaraakat yang tidak mengambil berat akan kegiatan anak anak remaja mereka dan mengatakan kebanyakan ibu bapa membiarkan anak perempuan memakai pakaian yang menjolok mata.

Ini menunjukkan kelemahan PAS datang dari ahli dan penyokong Pas sendiri yang tidak ambil berat tentang amal amal Islam.

Kita boleh terima pendapat Abu Bakar Chik., kerana memang begitulah sikap yang ada pada ibu bapa ahli ahli dan penyokong PAS sejak dahulu hingga kini, miskipun mereka menghadiri majlis ilmu dan kuliah Jumaat Tok Guru di Rusila sekalipun.

Penulis rasa tertarik untuk mengulas perihal para pemimpin PAS tidak boleh menerima teguran, kerana ia ada kaitan rapat dengan kepimpinan diatas yang akan turun kebawah. Kalau sahsiah para pemimpin kurang baik, bagaimana pula sikap orang bawah.Jika daiats kurang baik maka yang di bawah pasti sama, miskipun tidak serupa.

Atas sebab itulah Mustafa Ali cuba lemparkan isu ini agar mudah mudahan PAS Terengganu menjadi kuat untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita untuk memperkasakan PAS, kita perlu ingat bahawa UMNO Terengganu miskipun masih berkemelut, tetapi tidak mudah ditumbangkan.
Mengapa penulis kata begitu? UMNO ada senjata mujarab yang boleh membuat pengundi terpesona.

Datuk Ahmad said berkata UMNO kuat sokongannya, kerana banyak bantuan diwujudkan, termasuk duit raya, wang zakat, lain lain bantuan yang boleh menambat hati pengundi dan bantuan ini yang barangkali membuat UMNO Terengganu tidak bimbang dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Inilah kesan yang memudaratkan PAS sejak wang ehsan diwujudkan dan tidak harus dipandang ringan oleh PAS dalam usaha melahirkan para pemimpin yang boleh menerima teguran.

Persoalan ini tidak pernah diambil berat oleh PAS Terengganu sehingga sudah begitu ramai penyokong asal lari, termasuk tidak hadir majlis Ilmu kerana dieksploitasi oleh UMNO.

Jarang sekali mendapat perhatian pemimpin terhadap penyokong yang mendapat wang Ehsan ini. Malah Presiden sendiri ketika jadi Menteri besar Terengganu mengatakan wang ehsan itu halal boleh ambil.

Pada hemat penulis inilah punca PAS tumbang di Terengganu pada pilihanraya umuk ke11 tahun 2004 dahulu, kerana mereka tidak faham hakikatnya.

Sehubungan dengan itu Ahmad said pernah berkata, kita beri wang bantuan dan kita mahu faedahnya kembali kepada kita.

Bermakna bantuan wang ehsan kepada rakyat Terengganu mempunyai unsur unsur rasuah dan wajar diambil kira oleh pemimpin PAS bahawa mengambil wang itu halal, tetapi jika mengundi UMNO adalah haram.

Hal ini pernah disebut oleh Tun Salleh Abas bahawa wang ehsan itu haram, kerana wang itu dirampas dari wang royalti minyak 5 peratus diperuntukan melalui perjanjian yang sah

Penulis rasa sebutan haram pada wang ehsan itu suatu teguran yang suci dari orang yang pakar dalam bidang undang undang. Atas sebab tidak menerima teguran itu juga PAS tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 11 dengan begitu teruk sekali.

Adalah wajar pemimpin PAS Terengganu berfikir semula dalam perkara wang ehsan yang menjadi punca UMNO dapat rampas kembali kerajaan Islam Terengganu melalui gelombang biru.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam pernah sebut kekalahan PAS Terengganu berpunca dari kerajaan yang banyak mengharamkan itu dan ini.

Pandangan ini tidak boleh diterima lebih lebih lagi beliau agak jahil dengan rakyat Terengganu yang barangkali juga berbeza dengan rakyat Kelantan yang dikatakan tidak makan kail tetapi makan umpan.Mankala rakayt Terengganu makan umpan dan mata kail sekali

"Bagi saya, di samping bertoleransi , apa yang lebih penting ialah kandungan dakwah itu sendiri perlu diutamakan agar nampak yang PAS masih menjaga aagama disamping untuk menang dalam musim pilihanraya.

Adalah amat penting untuk para pemimpin bendakwah bagi memantapkan kefahaman rakyat dengan mendalami ilmu dan mempunyai kejelasan dalam menyampaikan ilmu tersebut.

Hal-hal keagamaan seperti persoalan akidah, ibadah dan akhlak adalah mencakupi dimensi rohaniah yang mudah terpesona dengan wang ringgit peralatan bantuan yang diwujudkan pemerintah Umno/ BN punca kekuatannya harus difikirkan semula sebagai jalan keluar disamping melahirkan para pemimpin yang suka menerima teguran dan nasihat.

sekian.............

Pemuda PAS desak Peguam Negara dihadap ke Tribunal

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dihadapkan segera ke Tribunal yang dibentuk berdasarkan peruntukan yang sama seperti proses pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan.


Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, desakan ini dibuat kerana Abdul Gani, selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan telah gagal menjalankan tugas dengan baik dalam memberikan nasihat perundangan yang tepat dan selaras dengan undang-undang yang sebenar sehingga menjejaskan imej kerajaan.

Kegagalan ini tegasnya dapat dilihat dalam dua keputusan Mahkamah Tinggi yang terbaru, iaitu dalam kes semakan kejhakiman terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Kedah dan kes saman yang dikemukakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPR dan SPRM yang diwakili Peguam Negara telah kalah dalam perbicaraan kedua-dua kes tersebut.

"DPP memandang serius implikasi dari dua keputusan Mahkamah Tinggi ini. Jelas menunjukkan bagaimana Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan sebagaiamana yang diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, gagal melaksanakan tugasnya," katanya.

DPP turut mempersoal nasihat perundangan oleh peguam negara kepada SPR berkenaan pentafsiran Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah sedangkan peruntukan tersebut adalah jelas bahwa seseorang ADUN Kedah yang gagal menghadiri mesyuarat DUN dua kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran dari Speaker, secara automatik hilang kerusinya.

SPR sebaliknya mentafsirkan maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Timbul persoalan apakah nasihat undang-undang oleh Peguam Negara, diberikan secara profesional ataupun didasari oleh sentimen politik semata-mata untuk mempertahankan tindakan kerajaan dan agensinya?" soalnya.

DPPP berpandangan, meskipun jawatan Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, namun jawatan tersebut tetap merupakan public office yang mesti mempunyai akauntabiliti moral terhadap rakyat Malaysia.

"Di dalam keadaan ini di mana Peguam Negara gagal menjalankan tugas dengan baik hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan yang kosnya turut ditanggung oleh rakyat, maka DPPP merasakan adalah wajar secara moralnya untuk Peguam Negara meletakkan jawatan serta merta," tegasnya.

Dalam amalan biasa juga ujarnya, mana-mana peguam yang memberikan nasihat perundangan yang salah dan silap kepada anak guamnya, maka ianya dianggap sebagai suatu professional negligence (kecuaian profesional) yang membolehkan anak guam tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam yang terbabit.

SPR dalam kes ini diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Manakala Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM berhubung kuasa suruhanjaya tersebut untuk menyoal saksi tanpa henti sepanjang malam.

Beliau merupakan salah seorang saksi yang disoal siasat berhubung kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock Julai lalu.

Mustapa: Umno Kelantan perlu eksploitasi isu PAS tarik sokongan


PASIR MAS, Nov 22 - Umno Kelantan masih mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan sokongan rakyat memandangkan banyak kelemahan pada PAS yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata bagi tujuan itu Umno perlulah meningkatkan jentera penerangannya dan harus merebut peluang akan kemelut yang melanda PAS.
Barisan Nasional kehilangan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum 1990.
PAS menerajui Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang 19 tahun lalu.
“Umno di Kelantan kini underdog (tidak mendapat sokongan) tetapi jangan lupa Manik Urai... keputusan pilihan raya di kawasan itu baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat Kelantan mahu berubah,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata perlu bagi Umno untuk terus bekerja keras bagi memperkasakan parti itu agar terus mendapat sokongan rakyat.
“Saya mengarahkan Bahagian Penerangan untuk bermuzakarah mengenai isu-isu semasa kepada ahli sebulan sekali, supaya mereka faham isu-isu semasa di samping dapat merapatkan hubungan sesama ahli,” katanya.

Chandra Muzaffar Kata Chin Peng Tak Terus Terang; PAS Cadang Buat Referendum




PETALING JAYA: Presiden Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar menyifatkan permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai tidak telus kerana beliau tetap mempertahankan tindakan kumpulannya membunuh orang yang tidak bersalah.
"Kalau kita teliti apa yang dinyatakannya, dia tidakpun menyatakan dia melakukan sesuatu yang salah.
"Dia nyatakan bahawa perkara biasa dalam perang bila ada orang awam terbunuh, malah katanya di pihak komunis pun ada yang tidak bersalah dibunuh... ini menunjukkan dia punya permohonan maaf bukan sesuatu yang terus terang," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan maaf Chin Peng kerana mengakibatkan kematian orang awam yang tidak bersalah sepertimana yang disiarkan akhbar Sunday Star hari ini.
Kata Chandra lagi, Chin Peng juga sebenarnya masih berdalih dalam isu permohonan maafnya kerana dalam masa yang sama mempertahankan pembunuhan yang berlaku sewaktu perang.
"Dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pembunuhan orang awam memang terjadi dalam perang menunjukkan dia cuba menghalalkan apa yang berlaku.
"Kalau kita kaji secara mendalam ia menunjukkan beliau masih tidak mahu memohon maaf dengan terus terang," tegas Chandra.
Mengenai hasrat Chin Peng, 85, yang masih menaruhkan harapan untuk kembali ke tanah air dan disemadikan di sebelah kubur ayahnya di Sitiawan, Perak, Chandra berkata, Chin Peng perlu sekurang-kurangnya memohon maaf secara berterus terang.
"Dalam usia lingkungan 80an sepertinya yang nampak seakan jujur nak balik dan dikebumikan di tanah air apabila mati... itu nampak jujur.
"Tapi kita harus tunggu satu waktu di mana Chin Peng akan memohon maaf secara terus terang," katanya lagi.
Tambah Chandra, bagaimanapun baginya isu untuk membenarkan Chin Peng pulang perlu diteliti dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan kerana ia boleh mencetuskan konflik di kalangan rakyat.
"Kita juga harus ambil kira perasaan sanak saudara anggota keselamatan negara, kita tak boleh menafikan perkara ini... tak boleh nafikan perasaan mereka.
"Banyak lagi isu yang berkaitan dengan tentera yang perlu diberi perhatian, isu Chin Peng nak balik harus kita tangguhkan sehingga isu-isu lain selesai," katanya.
Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan perkembangan terbaru itu, beliau menyarankan agar pihak kerajaan membuat satu referendum untuk rakyat menentukan sama ada permohonan maaf berkenaan boleh diterima dan sekaligus menerima kepulangan Chin Peng.
"Saya cadangkan agar kerajaan buat satu referendum atau pungutan suara untuk mengetahu keinginan sebenar rakyat."Kita sepatutnya serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan mengenai isu ini... saya pasti kerajaan tentu bijak untuk mengendalikannya," kata beliau.
Jelas Salahudin lagi, hanya melalui referendum berkenaan kerajaan boleh mendapatkan maklum balas sebenar sama ada rakyat mahu menerima permohonan maaf Chin Peng dan seterusnya membenarkannya pulang ke tanah air.
"Memang dulu pernah ada kajian dibuat dan kita tahu rakyat sememangnya menolak Chin Peng, tapi sekarang timbul pula isu terkini bahawa dia meminta maaf... jadi kajian semula boleh dibuat berdasarkan perkembangan ini," katanya.
Ditanya wajarkah rakyat di negara ini memaafkan Chin Peng walaupun pada masa yang sama pemimpin PKM itu mengatakan pembunuhan sewaktu perang adalah perkara normal, Salahuddin berkata: "Saya tiada hak untuk katakan kita patut maafkan ataupun tidak, terpulanglah kepada suara majoriti rakyat."

Husam letak jawatan pun, PAS tak rugi..!!!

Haji Husam Musa bertanya: Pulak tu Mingguan hari ni letak saya muka depan! Hebat tu. Tak menyesal ke? (Baca selanjutnya di sini)

Pagi tadi, Tok Guru Mursyidul Am menafikan berita itu. Malam tadi pula, saya diberitahu bahawa Husam menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur. Sama ada dia hadir penuh atau, bagai biasa, hadir ikut suka dia, saya tak tahu. Kalau pemimpin PAS hadir ikut suka hati ke mesyuarat, itu buruk kelaku namanya.

Cukup dulu takat tu. Partisanship dah melarat tahap gila la ni. Kononnya, kalau saya tak sokong konsep unity government, saya tak boleh kata apa-apa kepada Tok Guru Mursyidul Am. Saya juga tak boleh kata apa-apa kat Husam sebab dia juga penentang kerajaang perpaduang.

Pendeknya, tak boleh kata apa-apa kepada para pemimpin PAS. Mereka pantang ditegur. Sudah sampai tahap ma'sum. Itu undang-undang sekumpulan pemimpin, ahli dan penyokong PAS.

Masalahnya, persepsi rakyat memakai undang-undang lain. Saya lebih cenderung kepada undang-undang itu.

Kalau saya tak suka Perjanjian Pangkor, saya lawan. Kalau saya tak suka berkendak politik dalam gelap, saya lawan. Kalau saya tak suka kronisme, saya lawan.

Apa hak hang nak lawan, bakaq? Memang tak ada hak. Lawan buruk kelaku Umno lagi la saya tak ada hak. Bukan sahaja tidak menyokong parti itu, malah parti itulah yang saya lawan sampai dia mati atau saya mati, insya Allah.

Kutuklah hampa nak kutuk apa pun. Tadi pun, di bawah posting "Saham gerenti untung," ada orang tulis seperti berikut:
"Penarik beca" ingatkan pasal cerita P.Ramlee rupanya beca lain...eeermmmm kenching dalam tempurung lepas tu tengok mungka hang tu..kalau sama juga hang memang manusia bisa macam semua orang kat dunia ni... kalau hang tak nampak muka hang...memang hank bukan manusia bisa.. dalam diri hang tu ada sytan dan iblis yg ber topingkan manusia. sangkancil tak dapat buah yg masak dikatakan masam rasanya...hang lah tu..heheheh
Suka hatilah, nak kata apa pun.

Mengenai Kelantan, saya tak peduli sama ada Husam letak jawatan atau tidak. Dah 50 tahun hang hidup atas dunia ni, pandai-pandai hang la nak buat keputusan. Kalau dia letak jawatan pun, barangkali PAS tak rugi apa-apa. Yang dah tentunya, ramai yang merasa untung besar.

Sebagai ahli biasa pun, Husam boleh sumbangkan pemikiran dia, kalau dia masih mahu berfikir ketika dia menjadi ahli biasa. Susah-susah sangat, tulis dalam blog dia apa yang dia fikir bagus untuk PAS dan lebih dari itu, perjuangan Islam.

Sama ada orang suka atau tidak, yang saya harapkan dalam masa terdekat ini ialah perletakan jawatan menantu Tok Guru Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad (PMBK). Saya tak tuduh dia jahat. Saya tak tuduh dia salah. Saya tidak mahu menghakimi budak itu.

Tetapi, dia mesti berundur untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap bapa mertuanya, Tok Guru Mursyidul Am PAS.

Saya juga dah tanya beberapa orang Ustaz tentang ajaran Islam yang menekankan supaya umatnya menjauhi fitnah. Ada yang siap bagi hadith lagi. Tetapi saya tak hafal dan tak ingat.

Abdul Ariffahmi mesti meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK untuk menyelamatkan Tok Guru Mursyidul Am PAS dari bahana fitnah. Itu harapan jangka pendek.

Dari segi jangka panjang pula, saya berharap untuk melihat Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan Menteri Besar dari PAS (nak cakap fasal jawatan Perdana Menteri, tak nampak bayang lagi) hendaklah memegang jawatan dalam tempoh dua penggal sahaja. Cukup dua penggal, tak boleh pegang jawatan tersebut lagi.

Penggal memegang jawatan selepas terpilih dalam muktamar bolehlah dilanjutkan kepada tiga tahun dan bukan dua tahun seperti yang berlaku dalam PAS sekarang.

Jawatan Mursyidul Am saya tak campur sebab saya difahamkan, jawatan Mursyidul Am tak ada kuasa eksekutif, melainkan dalam memastikan dasar PAS dipatuhi dan dalam soal tata tertib (lihat di sini, di sini dan di sini).

Saya juga harapkan agar pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dari Presiden hingga Pemeriksa Kira-Kira, dibuat di peringkat cawangan-cawangan.

Susah dan rumit? Kalau tak nak susah, pi balik rumah jaga anak atau cuculah! Ahli politik tak boleh pemalas dan suka berdalih. Bodoh lagi la tak boleh.

Pengekor Pornthip Jangan Jadi Pengecut - Gobind


Bedah siasat kedua keatas mayat Setiausaha Politik Exco Selangor yang maut dibawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bermula jam 1 tengahari tadi.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh, dan bermula sejurus selepas pakar patologis terbabit mengambil imbasan X-Ray dan CT keatas tinggalan mendiang.

Bedah siasat kali ini dikelolakan oleh ketua patologis di Hospital Sungai Buloh Dr shahidan Mr Noor dan dibantu oleh Dr K Saravanan.

Kerajaan negeri Selangor diwakili oleh pakar patologis antarabangsa Dr Pornthip Rojanasunand manakala SPRM diwakili oleh Prof. Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Patologis dari pembedahan pertama Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar turut menyertai bedah saisat ini.

Mayat Teoh Beng Hock disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, dan selamat digali semula tengahari semalam untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Bercakap kepada wartawan awal pagi tadi, peguam keluarga mangsa, Gobind Singh Deo mengumumkan pihak keluarga mahu bedah siasat dilakukan dengan lebih teliti, dan demikian itu bedah siasat hari ini dijangka mengambil masa 3 hingga 5 jam.

"Perbincangan bermula sekitar jam 10 pagi hingga 11 pagi. Sekitar jam 11 pagi pihak hospital memulakan prosedur mengambil imbasan x-ray dan CT. Kami jangka bedah siasat bermula sekitar jam 12 tengahari," kata Gobind di Kafeteria Hospital Sungai Buloh.

“Kita mahu keadaaan mereka tidak ditekan dengan satu had masa jadi kita beritahu masa bukan satu isu selagi mereka sedia bekerjasama supaya bedah siasat ini dijalankan secara rapi untuk tentukan semua aspek yang ditimbulkan dapat diselesaikan dalam bedah siasat ini,” katanya.

Pihak keluarga mangsa memohon mahkamah supaya mayat Teoh Beng Hock digali semula dan dibedah siasat bagi merungkai misteri kematian mendiang.

Permohonan ini dibuat dengan penemuan terbaru Dr Pornthip Rojanasunand yang mendakwa ada 80 peratus kemungkinan mangsa dibunuh.

Penemuan ini diumumkan berdasarkan kepada kecederaan yang ditemui sekitar leher, dubur dan tengkorak mendiang.

“Kehadiran Dr Porntip untuk melihat bedah siasat yang akan tertumpu pada isu yang dibangkitkan pada inkues terdahulu. pada hari ini bedah siasat dijalankan oleh Dr Shahidan, kalau ada tempat atau pekara yang beliau ingin penjelasan beliau boleh minta penjelasan dan penelitian mendalam dibahagian tersebut untuk dapat keputusan pasti,”katanya.

Dr Pornthip mengadu diekori beberapa kenderaan sejak dua hari lalu sehingga ke hotel penginapannya dan Nirvana Memorial Park semalam.

"Semalam beliau mengadu diekori. Polis bertindak pantas dan kami hargai kerjasama ini. Sesiapa yang mengekorinya sila tampil, beritahu dari mana dan mahu apa dari Pronthip. Jangan jadi pengecut," kata Gobind.


Gobind Singh Deo menggesa individu-individu misteri yang mengekori Dr Pornthip supaya tampil ke hadapan. -TVS




3 Ikon Pemimpin Rakyat


oleh : M3M

Dari persepsi rakyat, tiga tokoh dalam Pakatan Rakyat, kini telah menjadi ikon sebagai pemimpin rakyat yang disenangi oleh rakyat, tak kira... Melayu, Cina dan India serta lain bangsa. Mereka ialah.... Tok Guru Nik Aziz, Nizar Jamaluddin dan Anwar Ibrahim.

Tok Guru Nik Aziz sebagai tokoh ulama telah berjaya menunjukkan satu contoh teladan yang cukup cantik selaras dengan ajaran Islam. Penampilan beliau.... cara hidup beliau.... tutur kata beliau... tindak tanduk beliau.... amalan beliau.... prinsip perjuangan beliau.... semuanya mencerminkan bertapa indah dan cantiknya Islam itu. MasyaAllah... bangganya aku mempunyai pemimpin serupa ini. Inilah yang memikat dan memukau hati rakyat daripada semua kaum.

Nizar Jamaluddin pulak.... mula dikenali ramai selepas PRU 12, apabila menjadi MB kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, Darul Haru Biru. Seorang yang rasional dalam tindakannya..... prihatin, berani dan tidak pernah putus asa dalam mempertahankan hak rakyat Perak... mempunyai semangat juang yang amat dikagumi..... seorang yang 'down to earth' dan mesra dengan rakyat serta jujur dan bertanggung jawab.

Aku kagum dengan apa yang pernah diucapkannya dalam satu forum di Hotel Excelsior. Kata dia.... Biarlah orang nak kata saya boneka DAP. I don't give a damn because I know what I am doing. Apa yang dia buat adalah demi kebaikan rakyat.... regardless mereka itu Melayu, Cina mau pun India. Begitulah lebih kurang bunyi kata dan maksud dia. Hooraay!!! Allahuakbar.... inilah dia pemimpin rakyat sejati.

Anwar Ibrahim pulak seorang insan yang gifted dengan aura sebagai seorang pemimpin. Dia mempunyai karisma.... dia mempunyai kebolehan berpidato yang boleh memukau sesiapa saja yang mendengarnya.... dia mampu menimbulkan gelombang perubahan dengan aura dan karisma nya itu.... dia ada kebolehan untuk influence orang.... dia ada pengalaman mentadbir.... dia berketrampilan sebagai seorang pemimpin.... dihormati dan diterima dalam dan luar negara.

Kalau dia tak terror..... kalau dia tak berpengaruh..... kalau dia nobody.... takkan UMNO/BN takut hingga mengeletor lutut.... mengeletor telor. Weh..... UMNO ada telor ke?? Konspirasi sana... konspirasi sini.... dulu frame..... sekarang pun nak frame lagi.... Apa makna semua itu???

Kacang jer.... TAAAAAKUUUUUTTTT!!!

Malangnya... dalam DAP, aku tak nampak lagi, seorang pun tokoh mereka yang boleh dilihat sebagai pemimpin rakyat yang disokong oleh semua kaum. Tak menonjol lagi. Mungkin yang terserlah sikit ialah Guan Eng kot. Itu pun aku rasa not so sangat.... Harap-harap akan muncul seorang ikon dalam kalangan DAP pulak. Baru ler caaaanntiiiikkkkkkk!!!

Suka atau tak suka.... mengaku atau malu nak mengaku...UMNO terpaksa menerima hakikat yang mereka menggeruni ketiga-tiga tokoh ini. Ketiga-tiga tokoh ini boleh menjadi sumber power kepada kekuatan Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan rakyat pelbagai kaum.

Sebab itu, UMNO cuba sedaya upaya untuk mencacatkan reputasi mereka dengan merebut apa-apa peluang yang ada untuk dimanipulasi dan disensasikan. Strategi mereka senang..... cacatkan reputasi untuk hilangkan kredibilti. Tujuannya supaya orang keji dan benci.... dengan harapan, mereka yang akan untung nanti. Poooorrraaaahhh!!

Weh.... jangan bermimpi di siang hari ler. Takkan menjadi punyer strategi komer. Sebabnya... rakyat kenal siapa mereka dan siapa komer yang sebenarnya. Ha ha ha... syaitan yang bertopengkan manusia!!

Mampuih UMNO!!!

Panas punggung...?? Geng konspirasi 1998 sakit jiwo..!!!!

Macam mana kalau dakwaan Khalid Ibrahim, MB Selangor betul? Patutkah kita warga Selangor saman mamat ni??

Atau, ada yang sudah panas punggung sebab Anwar sudah ada tempat dalam kerajaan negari? Teman macam ingatlah mamat ni...macam pernah nampak. Kat mana ya??

Khairuddin sudah lantik peguam

PUNCAK ALAM - Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN), Datuk Paduka Khairuddin Abu Hasan telah melantik peguam untuk menyaman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebanyak RM500 juta kerana dikatakan memfitnahnya.

Menurutnya, saman itu dibuat kerana beliau mendakwa Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mencemarkan imej secara peribadi melalui portal Kerajaan Negeri Selangor mengenai Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana.

“Saya mahu beliau (Abdul Khalid) menjawab perkara ini di kamar mahkamah kerana natijah dari perbuatan beliau, saya kini sukar membuat pinjaman bank.

“Saya tegaskan di sini, tujuan saya terlibat dalam projek ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat tetapi beliau bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah enggan menemui saya,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Terdahulu, kenyataan akhbar Abdul Khalid bertajuk ‘Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat’ didakwa sebagai memfitnah dirinya dan menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengemukakan fakta yang tidak tepat serta mempunyai niat jahat untuk mencemarkan imej mahupun kredibiliti syarikat LBCN Development Sdn Bhd.

Selaku Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd, Khairuddin akan mengambil tindakan undang-undang saman malu sejumlah RM500 juta ke atas Abdul Khalid dan Kerajaan Negeri di atas kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab tanpa usul periksa secara lebih mendalam.

Khairuddin berkata, kenyataan Abdul Khalid telah merosakkan kredibiliti dan imej beliau dalam kalangan masyarakat serta ahli perniagaan malah sikap jahat itu telah mendatangkan pelbagai implikasi negatif ke atas diri beliau serta syarikat.:

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang bentuk kepentingan peribadi di dalam syarikat tersebut dan adalah warga perniagaan serta pelabur tulen di Selangor yang tidak menjadi kroni mana-mana tokoh politik baik di peringkat kerajaan negeri atau Pusat.

Beliau juga mahu Abdul Khalid memberikan bukti sekiranya mereka adalah kroni mana-mana pemimpin BN di Selangor dan mesti bertanggungjawab di atas setiap kenyataan yang dimuatkan dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

Beng Hock: Outcome of second autopsy to be known on Dec 9

IMG_0369B SUNGAI BULOH: A team of pathologists concluded a second autopsy on DAP political aide Teoh Beng Hock at about 3.30pm at the Sungei Buloh Hospital, but the findings are likely to be known only when the inquest resumes on Dec 9. After being briefed by Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture), who witnessed the post-mortem, members of Teoh’s family said the autopsy was successful.
Dr Pornthip, who has been shadowed by unknown individuals since she arrived here on Friday,  declined to comment.
Another pathologist who witnessed the autopsy, which began at 1.10pm, was  Dr Peter Venezis of Britain. He was engaged by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Teoh was found dead at the fifth floor landing of Plaza Masalam in Shah Alam on Aug 17 after he was questioned by the MACC, which has claimed that he committed sucide. His family rejected the MACC theory.
Following a public outcry, the government ordered an inquest and a second post-mortem was sought when Dr Porntip testified that there was an 80 percent possibility that someone had killed Teoh.
Teoh’s remains were exhumed from a cemetary in Semenyih yesterday and the family planned to rebury him tomorrow.
Lawyer Gobind Singh Deo told reporters that all the pathologists  involved held an hour-long discussion from about 10am and Teoh’s body was then sent for X-rays and a CT scan.
Referring to stalking of  Dr Pornthip, Gobind said she was followed back to the hotel where she was staying and also to Semenyih Memorial Park.
“Who this people are we do not know,” he said. “They should not skulk around in the shadows but come out and tell us what they want as we have nothing to hide.”  He added that the police had been alerted.

BN government’s change is in small doses: Anwar



SEREMBAN: Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim pointed out  today that indeed, the Barisan Nasional government under Datuk Seri Najib Tun Razak is making changes, but the changes are delivered in small doses while the corruption and leakages continue on a big scale.
The government would implement programmes which bring only small benefits to the people and the local mainstream media would highlight these projects, but ignoring the wayward spending by the government ministers and the huge losses due to corruption, leakages and malpractices, he added.
“The BN-controlled media like Utusan Malaysia  and RTM would play up the weaknesses of the Pakatan-Rakyat governments, especially in Selangor,  as well as controversies involving PKR and its leaders,” Anwar said in his keynote address at the one-day PKR NS State Convention held at the Chung Hwa High School here.
Anwar stated that the party is committed to change the whole corrupt system represented by the BN throughout the nation. When he and other opposition leaders tried highlight to the people the present government’s wrongdoings and excesses, the mainstream press would completely black out their statements or continue to distort the  messages.
Another big omission by the MSM is they would give scant or no coverage at all on the high-profile corruption cases like Port Klang Free Zone, wrongful or illegal acts by investigative agencies like the Police and the Malaysian Anti-Corruption Commission, including the lack of follow-up actions on the VK Lingam judicial scandal.
On the PKFZ, the MSM would report on action being taken against the lesser officials, but they don’t question why no action is being taken against ex-Transport Ministers like Dr Ling Liong Sik and other big guns, Anwar noted.
So the corruption and malpractices continue under the BN government, as indicated by its owned government agency Auditor-General’s annual reports the recent years. Putrajaya continue to plunder the public coffer, and the state’s riches as reaped by the national oil corporation, hence the many “multi-milliion-ringgit” leakages in government spendings as highlighted by the 2008 Auditor-General’s Report.
It’s because of the BN government’s systemic corruption including abusing Petronas’ huge muliti-billion dollar annual profits in bailing out non-performing government-linked companies (GLCs) that has led to the country’s decline achieving gross domestic product (GDP) growth, falling behind neighbouring countries including Thailand, Vietnam and Indonesia, in the recent years.
One of the factors contributing to this worrying state of affairs is the lack of confidence of foreigners in Malaysia’s government leadership, leading to the fall in foreign direct investment (FDI) into Malaysia.
Anwar pointed out that the Goverrnment leaders could not even be consistent in giving out facts with regard to official GDP figure, with the Prime Minister citing GDP growth this year projected at 9.0 percent at one stage, amending it to 6.0 percent later, while Minister in the PM’s department Mohamed Nor Yaacob stating it as 4.0-5.0 percent, and yet another deputy minister putting it at 2.0-3.0 percent.
Anwar later spoke to reporters on his impending role in Selangor as economic adviser to the state government, and he promised he would go in to ensure party leaders concentrate their efforts on delivering a clean, accountable and responsible government.
On reservations about Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s leadership expressed by many bloggers recently, including Raja Petra Kamarudin’s call that the MB be sacked for poor performance, Anwar said to be fair, the Auditor-General’s Report had given the highest rating to Selangor and Penang in terms of good governance since March 2008, scoring the highest level of four, which compared favourably against other states under BN control.
On the removal of civil servants alleged to be sabotaging the Selangor state government as encouraged by certain quarters including several bloggers, Anwar said to be fair, such measures could be taken only after thorough investigation, based on facts.
He agreed there could be “categorical instructions” by certain UMNO leaders to civil servants to sabotage the Selangor state government, but citing an example, if the State Secretary were to be  “sacked”, Anwar asked: “What good would it do if the BN government continued to replace him with another federal officer of UMNO’s choice without PR input?”
“When I start there as economic adviser next week, I will ensure we embark on reforms as we are committed to cleaning up any weaknesses,. We will work out  poverty eradication programmes to help the poor and needy, regardless of ethnicity, and expand on education and agriculture facilities to uplift the people’s standard of living in Selangor,” Anwar added.

KONTROVERSI TERBARU: CHIN PENG MOHON MAAF TAPI KATA JIKA ASKAR MATI, KOMUNIS PUN MATI JUGA



KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk pertama kalinya menawarkan permohonan maafnya kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang pernah mengharungi kesengsaraan akibat keganasan anggota-anggota PKM sewaktu zaman darurat dahulu.
Dalam satu temuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.
“Dalam kes-kes tertentu kami mungkin telah melakukan kesilapan...tetapi itu semasa era perang. Dalam perang, susah hendak kita bezakan siapa yang bersalah dan tidak bersalah tapi jika ada di antara kami yang dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian orang awam, dengan itu saya ingin memohon maaf...dan saya juga minta maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini,” katanya.
Kata Chin Peng, beliau mengambil pertanggungjawaban penuh ke atas apa yang telah dilakukan oleh komrad beliau di sepanjang era darurat itu.
Bagaimanapun pada temuramah tersebut, Chin Peng memberitahu wartawan The Star, beliau tidak akan mengharapkan masyarakat dapat memaafkanya tetapi berkata apa yang beliau lebih mengharapkan ialah untuk mereka melupakan apa yang telah berlaku di zaman silam.
“Apa yang berlaku dulu adalah pada waktu perang. Jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan,” kata Chin Peng lagi.
Pada usia 85 tahun, Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak. Tetapi beliau juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.
Temuramah penuh dengan Chin Peng boleh diikuti di dalam The Sunday Star hari ini.

Something strong is brewing in Pakatan


The opposition coalition may have revealed too much of its weaknesses, affecting its credibility in the eyes of the voters but these internal conflicts could turn to the advantage of Pakatan as they force its component parties to confront issues and find amicable solutions.
By Zubaidah Abu bakar. The New Straits Times

The loose pact that is Pakatan Rakyat is being strengthened and the opposition parties are hoping it will match a rebounding Barisan Nasional, writes ZUBAIDAH ABU BAKAR
THE component parties of the opposition pact, Pakatan Rakyat, are set to formalise their loose alliance next month under a Common Policy Framework.

A national convention, the climax to the ongoing state conventions that will be completed by the end of the month, should see the birth of a more united political bloc, one the opposition leaders hope would be a viable alternative to the Barisan Nasional ruling alliance.

It would be a double celebration of sorts should the Registrar of Societies approve the registration of Pakatan Rakyat Malaysia in time for its national convention in Shah Alam on Dec 19.

It is the first time that the three major opposition parties are seeking to be united as a legal entity with a common logo and single political aim.

Malaysia's political ground, still fluid 20 months after the last general election, has pushed Parti Keadilan Rakyat, Pas and DAP into adopting basic ground rules and guiding principles to strengthen the coalition and further sustain their co-operation.
Until now the three parties, with their differing aims, ambitions and diverging policies, have been grappling to offer Pakatan Rakyat as a credible alternative to BN's coalition of 13 political parties. More Malaysians, particularly those who had supported the opposition parties, are beginning to have doubts about its ability to rule.

Without doubt, Pakatan has lost some momentum since Datuk Seri Najib Razak took over the premiership from Tun Abdullah Ahmad Badawi in April.

Thanks to the measures that Najib has since introduced, BN has regained some support lost in the last general election.

The health of the economy is a key challenge for Najib and current indications of the nation's recovery will help in BN's efforts to win over those who voted for the opposition last year.

A recent survey by the Merdeka Centre, showing that voters are beginning to feel positive about the economy, is a boost for the BN government.

In the survey conducted in September, 56 per cent of the respondents said they were satisfied with the prime minister's performance.

A total of 47 per cent felt the country was heading in the right direction over issues which included the economy, while 56 per cent were satisfied with the way things were developing.

It may have been a smashing year for Pakatan last year but not so this year.

Cracks have been appearing frequently this year in this alliance of convenience, as each component party tries to impose its way on how to govern the states the coalition controls. The strain caused by a series of events has only unsettled the supporters.
As a result, Pakatan Rakyat leaders have been expending a lot of energy on damage control, putting the ship back on course to check eroding credibility and public trust.
"Sometimes, everybody wants to talk like a jaguh kampung and we end up working like a fire brigade," opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said in calling for more discipline among Pakatan leaders at the Kelantan Pakatan Rakyat convention in Kota Baru last weekend.

At the conventions of the three component parties of Pakatan held in Perak, Penang, Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur and Terengganu, warnings had been issued to members to toe the line.

Similar messages are expected at the other conventions, too.

"There will be no more warnings to errant leaders after this," said PKR elections director Saifuddin Nasution Ismail.

By putting a stop to unwarranted and unsolicited comments, Pakatan leaders hope their members will remain steadfast in achieving a shared vision and target.

Party leaders at all levels have been reminded time and again that Pakatan is neither the forum nor the place for any group or individual to champion personal ideologies or those of the component parties.

Since its impressive performance at the general election last year, Pakatan has witnessed several public disagreements among its leaders, intra- and inter-parties alike.

Recently, two PKR members of parliament -- Zulkifli Noordin and Sivarasa Rasiah -- were involved in a public spat with Zulkifli challenging Sivarasa to quit his party post and face off with him in a contest over party policy.

At a recent meeting with a group of bloggers, Anwar assured that Zulkifli, the controversial Kulim Bandar Baru MP, regarded by opposition supporters as a thorn in the Pakatan flesh, had been cautioned.

Continuing distrust and doubts within the Pakatan fold have left people wondering whether the component parties can function well politically.

Doubts remain over Pakatan's prospects for long-term survival, especially when the component parties had a similar coalition in the 1999 general election called the Barisan Alternatif that broke down two years later when DAP pulled out over Pas' insistence on setting up a theocratic Islamic state.

Pakatan, despite problems at the local and state levels, is not likely to fall apart any time soon since its structure at the national level is beginning to get institutionalised to become a force to match the sturdy BN.

The opposition coalition may have revealed too much of its weaknesses, affecting its credibility in the eyes of the voters but these internal conflicts could turn to the advantage of Pakatan as they force its component parties to confront issues and find amicable solutions.

BN leaders should be sensitive to the development in the opposing political bloc or it will be an uphill task in certain states when the two coalitions go to the people again in the next national polls due by 2013.

"Saya Nak Keluar Makan-makan... Saya Tak Perlu Nafi Benda Yang Tak Wujud" - HUSAM MUSA




PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar mingguan hari ini mengenai khabar angin yang beliau berhasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai satu 'gurauan' media.
Malah Husam berkata, tidak ada apa yang perlu beliau nafikan mengenai laporan tersebut kerana isu itu langsung tidak berbangkit.
"Bagaimana saya nak nafi atau nak sangkal, sedangkan ia tidak wujud.
"Kalau benda (isu) itu ada bolehlah saya nafi, ini tak ada... jadi tak boleh nak nafilah," katanya kepada mStar Online hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini dalam laporan muka depannya menyebut, Husam mahu melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri tetapi keputusannya tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS,yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut laporan itu lagi, Nik Aziz sebaliknya dikatakan memberi cuti selama lima hari kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Isu mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan itu dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang menyaksikan pemecatan pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai bloger kickdefella selepas berlaku dakwaan dan tuduh menuduh berhubung penyalahgunaan kuasa menantu Nik Aziz yang juga ketua pegawai operasi PMBK, Abdul Ariffahmi Rahman.
Dakwaan itu telah mendorong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan ke atas PMBK. Dan Husam dikatakan tidak berpuashati dengan pemecatan Syed Azidi.
Sumber akhbar berkenaan juga menyebut dalam tempoh cuti tersebut, Husam akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.
"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."
Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.
"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.
"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat... keluar makan-makan dulu."

Batal tauliah: Khalid Samad nafi guna penduduk



Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafi menggunakan penduduk setempat untuk memberi tekanan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menarik balik pemberian tauliah mengajar agama kepadanya.

"Mungkin timbul sangkaan seumpama itu kerana yang mengambil inisiatif untuk mengutip tandatangan (membantah tindakan Jais itu) dibuat oleh pembantu saya. Saya ketika itu berada di parlimen.

"Tetapi kalau ada beberapa orang hendak beri sokongan kepada saya, takkan saya hendak tolak," katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan lebih 650 ahli kariah di kawasan itu yang menandatangani memorandum bantahan yang dijangka diserahkan kepada Jais minggu depan.

Kempen tersebut digerakkan pembantu Khalid, Mohd Jamil Abdul Rahim.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Khalid berkata beliau belum bertemu dengan anak kariah dari 22 masjid di sekitar Shah Alam itu.

Ditanya sama ada beliau akan merayu terhadap pembatalan taulihanya itu, Khalid berkata, beliau mahu melihat perkembangan bantahan penduduk terlebih dahulu.

"Saya akan putuskan kemudian. Kalau saya pohon semula pun, kalau mereka tidak mahu beri, tidak akan diberikan juga.

"Yang penting saya akan terus perjuangkan supaya ada proses pentauliahan yang lebih serius. Saya tidak dapat pun tidak apa. Tetapi takkan orang macam berpendidikan tinggi pun tidak dapat?

"Kita bukan hendak tolak sistem tauliah 100 peratus, tetapi kita mahukan ia tidak disalahguna," katanya.

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardu ain dan berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan jabatan itu dalam suratnya bertarikh 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor yang mendapati Khalid mempunyai "rekod jenayah" yang tidak dinyatakan.

Seperti Singapura, apakah kita perlu seorang bertaraf Menteri untuk negara Timur Tengah/Arab?

oleh Fudzail

Dalam salah satu dialog antara komuniti bisnes dan profesional Malaysia di Dubai dengan kedutaan dan Matrade baru-baru ini, salah satu isu yang dibincangkan diluar dialog sesama kami ialah, Malaysia tidak seserius Singapura dalam mendekati negara-negara Arab, terutama dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai sumber tenaga dan kewangan yang besar.

Visit by Senior Minister Goh Chok Tong to Doha, Qatar and Dubai, United Arab Emirates 28 January to 3 February 2008

Saya diberitahu, Singapura mempunyai seorang yang berjawatan menteri kanan untuk menjalankan tugas sebagai 'ketua pemasaran' dan sentiasa berada di negara-negara Arab Teluk setiap bulan. Malah Lim Kuan Yew pernah tinggal beberapa lama untuk membantu dalam beberapa projek besar.

Bukan sahaja menteri kanan ini bertemu dengan pemimpin-pemimpin peringkat ketua negara, kabinet, pegawai tinggi kerajaan malah pemain industri. Interaksi dan komunikasi peringkat tinggi sering memudahkan usaha.

Kesannya boleh dilihat sehingga ada beberapa institusi kerajaan termasuk bidang pendidikan negara Arab tertentu yang diketuai atau dikuasai atau dipengaruhi oleh Singapura. Sikap agresif Singapura dalam melebarkan pengaruh memang diketahui sejak lama, malah Dubai sendiri sering mengakui yang Singapura adalah negara model.

Satu perkara yang tidak mengherankan sekali.

Contohnya, Dubai school of Government mempunyai hubungan terus dengan Lee Kuan Yew School of Government. Peringkat yang menonjolkan pengaruh Singapura.

Saya tidak pasti ada inisiatif atau usaha bersepadu dikalangan agensi kerajaan Malaysia dalam meneroka pelbagai peluang seperti agensi kerajaan Singapura. Malah kadang-kadang kita melihat pihak duta Singapura sendiri amat proaktif untuk bertemu pemimpin agensi kerajaan tempatan seperti lawatan dan diskusi.

Sewaktu masalah kewangan global yang turut melanda Dubai misalnya, pihak Singapura turut menghantar wakil bertemu agensi-agensi kerajaan Dubai yang tidak membayar hutang kepada syarikat-syarikat Singapura dalam usaha membantu syarikat-syarikat ini.

Kalau kita tahu perangai orang-orang Arab yang suka interaksi begini, cara kerajaan Singapura ini memang berkesan dan dalam gempa gempita 1Malaysia, kita akan terus ketinggalan dari segi pengaruh dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai simpanan sumber tenaga dan kewangan besar.

Bandingkan sahaja jumlah pelaburan Arab di Singapura berbanding dengan di Malaysia. kalau sekadar 2-3 bilion seperti yang diwar-warkan oleh Najib Razak dalam lawatan singakt ke Saudi beberapa bulan lalu atau pelaburan UAE di Iskandar Malaysia, sekadar lekat celah gigi sahajalah.

Kita sering tersalah fokus malah dalam beberapa perkara, kita sekadar pencetus dan pemula idea (seperti perbankan dan kewangan Islam), begitu lemah dalam perlaksanaan dan tindakan susulan.

Harap para pemimpin kita terfikir dalam mengejar apa yang kita terabai dan ketinggalan sebelum terlalu lambat dan terus dibuai retorik 'persaudaran Islam!"

Siapa Sumber Dalaman Utusan Malaysia? Kami Nak Tau Jugak!





Utusan Melayu melaporkan:

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).

“Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya.

Nur Aflah: Siapa pulak yang jadi informer UTUSAN?

Pakatan Rakyat dipuji. Apakah ia tahan diuji??



Oleh : M3M
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada TokGuru Nik Aziz kerana telah diiktiraf sebagai antara 50 tokoh Islam yang berpengaruh di dunia. Nak tau lebih detail, baca kat sini.

Jadi, kalau dunia pun sudah mengiktiraf pengaruh beliau.... orang dalam Satu Malaysia ni tak payah ler ragu-ragu lagi dengan credibilty dan capabilty Tok Guru sebagai pemimpin Islam di sini. Ini ler dia, pemimpin Islam yang sejati dan ori.... bukan plastik dan hipokrit.

Lantaran itu, amat tepat sekalilah sekiranya beliau diangkat sebagai ketua Pakatan Rakyat. Tok Guru sudah menjadi ikon bagi pemimpin rakyat yang disayangi, bukan saja oleh kaum Melayu tetapi juga kaum bukan-Melayu. Inilah dia ikon yang berjaya menarik dan meraih sokongan non-muslim dan Melayu-Muslim bagi memenangkan PAS dalam PRU12 yang lalu.

Langkah ini mungkin boleh membantu untuk memulihkan luka di hati para penyokong PR terutama dalam kalangan non-muslim. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah selesaikan dan kurangkan masalah dalam PR untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat. Anggaplah semua masalah ini sebagai satu ujian. Sekiranya ia berjaya di atasi dan ditangani, PR akan dilihat sebagai satu entiti yang tahan diuji. Imej PR pasti akan melonjak semula.

Sebab itu, UMNO/BN cuba sedaya upaya untuk menyerang PR, secara bertubi-tubi, agar PR tak dapat menangkis dan akhirnya tersungkur. Apakah ini yang kita inginkan??

Tidak.... tidak.... Harapan kita masih pada PR, sebab walau apa pun yang Najib and the gang, cuba lakukan... mereka tetap tidak boleh dipercayai. For almost 52 years, they proved to be unrealiable and incapable of good governance. Selagi kerajaan Malaysia, kerajaan yang berpartikan UMNO/BN, maka selagi itulah sistem negara ini tidak akan berubah, malah akan menjadi semakin parah.

Biasalah.... sebagai piem yang baru, macam-macamlah pembahruan yang cuba ditonjolkan oleh Najib tapi kalau diamat-amati, sebenarnya Najib ni... PM yang ketandusan idea. Dia sebenarnya seorang penciplak nombor satu. Konsep satu Malaysia... tiru Indonesia, slogan rakyat diutamakan... tiru konsep negara berkebajikan yang menjadi manifesto PR. Elehh... cuma tukar phrasa ayat jer.... isinya sama. Tiru... tiru... dan meniru... Itu ler kerja dia!!

Selain itu, ia cuma nampak cantik on the surface jer.... untuk terus-menerus memperbodoh dan membanggangkan rakyat tetapi hakikat sebenarnya.... haprak belaka!! Cantik di luar... dalam berulat!!

Berbalik kepada serangan dia ke atas PR.... kita jangan diam. Serang balas balik. Selain menyerang mereka, serang dan pancung juga tali barut mereka dalam PR. Jangan bagi peluang tali-tali barut ini membekalkan UMNO/BN dengan peluru-peluru percuma. Jangan sampai kita tersungkur akibat peluru kita sendiri.

Alhamdulillah... sekarang, Anwar sudah mula bertegas dan memberi kata dua kepada para pemimpin dalam PKR..... ikut dasar parti or get out. The sooner the better!! Perlantikan dia sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor diharapkan dapat memacukan lagi perkembangan ekonominya serta dapat meredakan segala rungutan dan rasa tak puas hati para penyokong PR terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Apabila lantik dia sebagai penasihat... komer kenaler ikut nasihat, jangan pulak biut ya amat!! Ini menggentarkan pasukan lawan. Walau pun Che Det memperkecil-kecilkan Anwar... tapi sebenarnya, mamak tu, taaaakuuuuut dan jeeeeleeesss!!! Biaq pi dekat orang tua tu. Jangan dilayan orang yang dah nyanyuk!!

Para penyokong dan pendokong pun, satu hal jugak..... ajer nyer tak menyabor-nyabor. Kalau UMNO/BN boleh diberi peluang selama 52 tahun..... ini PR baru nak masuk dua tahun, dah nak bagi pelbagai ultimatum. Usah ler rupa itu.... bagi lah demer peluang, at least 2 penggal ke. Berlaku adil sikit kepada mereka. Nak bersihkan taik-taik yang ditinggalkan oleh UMNO/BN pun mengambil masa yang lama. Macam kes Kg Buah Pala di Penang. Susah ya amat Guan Eng nak settlekannya. Taik BN..... selalunya hardcore punyer degil.

Actually... banyak juga kebaikan yang demer buat, tapi tak dihebahkan. Masalahnya.... maklumat tak sampai ke bawah jer. Teman nak 'suggest'kan supaya kerajaan Pakatan Rakyat ni mengamalkan sifat RIAK. Apa saja yang komer buat..... HEBAHKAN, SEBAR LUASKAN biar Satu Malaysia, malah.. satu dunia tahu. Yeeeessss!!! Amalkan riak politik.... satu strategi yang berkesan untuk membuka mata rakyat!!

Satu lagi yang kita kena salut pada semua kerajaan Pakatan Rakyat ialah kejayaan mereka menguruskan kewangan di negeri masing-masing. Laporan Ketua Audit Negara memberi laporan yang excellent kepada mereka. Bravo!!

Maknanya... pengurusan kewangan negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak ada ketirisan... tidak ada rasuah.... tidak ada penyelewengan.... tidak ada pemborosan..... Malah, 10 bulan Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat... pengurusan kewangan mereka excellent dan revenue meningkat. Wow!!!

Revenue meningkat kerana para pelabur percaya pada mereka. Mengapa?? Kerana mereka telah buktikan yang mereka capable... reliable dan accountable. Inilah yang mem'boost'kan credibility mereka di mata para pelabur. Ia satu kejayaan yang boleh kita banggakan. Bertitik tolak dari situ.... kita mesti terus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat. Imagine... kalau mereka memerintah negara.... senang kita, macam-macam mereka boleh buat untuk kesejahteraan rakyat. Mampuih UMNO!!

Kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir telah diberi kredit dan diakui. Walau pun terdapat sedikit cacat dan cela dalam lain-lain aspek pentadbiran.... itu perkara yang masih boleh diperbaiki. Give them more time. They can do it!! And... Malaysia Baru akan terbina, insyaAllah....

Royalti: Umno wajar contohi sikap Hassan Harun

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Kerajaan Kelantan menggesa pemimpin Umno sekarang mengambil teladan dari sikap bekas Senator Kelantan, Datuk Hassan Harun, iaitu antara individu Umno yang awal memperjuang tuntutan royalti negeri itu bermula tahun 1989.

Exconya, Datuk Husam Musa seperti yang ditulis dalam blog beliau memberitahu, sikap Tuan Hasan yang perihatin terhadap rezeki rakyat negeri sendiri wajar dicontohi pemimpin Umno lain.

Hassan sewaktu menjadi senator, pernah membangkitkan isu royalti Kelantan pada persidangan Dewan Negara.

"Senator Hassan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan.

"Abe Hase (Hassan) teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Berbeza parti jangan sampai menolak-nolak rezki rakyat Kelantan.

"Hati perut kita biarlah bersama yang berhak, rakyat kita sendiri," tulis beliau dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Biarpun perkara itu sudah 20 tahun lalu, namun situasi semasa sekali lagi menuntut semua pemimpin termasuk dari Umno dan khasnya di Kelantan membangkitkan kembali perkara itu.

"Untuk pemimpin UMNO, saya ulangi, belum terlambat, " katanya.

Sperti termaktub dalam rekod persidangan Dewan Negara bertarikh 9 April 1989, pada halaman 993,994 dan 995; Hassan pernah bertanyakan soalan berkaitan kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk- penduduk tempatan jika carigali minyak berlaku berhadapan kawasan negeri Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Kasitah bin Gaddam mewakili Perdana Menteri telah menjawab antara lain menyatakan bahawa kerajaan Kelantan akan menerima sebanyak 5 peratus daripada minyak dan gas yang dikeluarkan seperti diterima oleh Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Husam selain itu turut menyelar sikap pemimpin Umno jika masih berdolak dalih berhubung hak rakyat Kelantan itu.

Pelbagai bukti telah dilampirkan menyokong hujah tuntutan kerajaan negeri itu adalah sangat berasas.

"Penggalian dokumen lama memungkinkan kita mencantumkan tuntutan kita selari dengan semua penyataan yang pernah diucap kecuali sikap berdolak dalik UMNO yang sentiasa kekal sebagai punca masalah.

"Dokumen lama dan baru tidak pandai berbohong. Ya kata ya, tidak kata tidak," tulisnya lagi.

__
Berikut antara seperti termaktub dalam Penyata Rasmi Dewan Negara, 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya


(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk- penduduk tempatan berhubung dengan ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):

Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Krisis Yang Sememangnya Di Impikan Musuh

Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan. Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh TGNA, sebaliknya beliau memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Nama Ariffahmi telah menggegarkan Kelantan. Beliau merupakan menantu kepada TGNA dan juga 'orang penting' dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Ini bermakna, melalui beliau, pihak musuh memperolehi peluang yang cerah untuk menggambarkan pemerintahan kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan TGNA tidak sempurna seperti yang diharap-harapkan oleh rakyat.

Ariffahmi sebelum ini telah menjadi sasaran BPR yang kini telah ditukar kepada SPRM. Walau bagaimanapun, Pengarah BPR Kelantan pada masa itu Mohd Jaafar Hussen mengesahkan kes berkenaan telah 'ditutup' kerana tiada asas yang mampu diketengahkan. Kini, dalam masa TGNA dan Dato' Husam diserang, Syed Azidi (Kickdefella) dipecat minggu lalu, SPRM kembali menyiasat Ariffahmi.

Kalau Dato' Husam, saya sudah kenal dengan lebih dekat. Beliau merupakan seorang pemimpin yang saya hormati. Dengan sifat kesederhanaan beliau dan kelebihan yang Allah telah kurniakan untuk berganding bersama-sama TGNA bagi mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau juga berpotensi dan telah dididik oleh TGNA bagi menggantikan beliau menjadi MB Kelantan satu hari nanti.

Dikhabarkan juga sudah beberapa kali TGNA menyarankan supaya Dato' Husam menandatangani surat bagi menggantikan beliau sebagai MB Kelantan. Namun, diatas faktor-faktor yang juga telah menyebabkan kemelut ini, Dato' Husam terpaksa menolaknya.

Sekiranya kemelut ini tidak diselesaikan dengan bijaksana..., kerajaan Kelantan bakal kehilangan seorang pemimpin yang mampu mengekalkan pemerintahan Islam dinegeri Serambi Mekah ini. Teringat pula sejarah semasa kejatuhan Empayar Islam Kerajaan Uthmaniyyah.

Tidak mustahil, kerajaan yang telah jelas menolak pemerintahan Islam UMNO Barisan Nasional akan berjaya menawan negeri Serambi Mekah yang penuh barakah ini kembali.


MENGKRITIK DATO' NIK AZIZ NIK MAT



Apabila saya menulis "Kepimpinan Laissez-Faire Nik Aziz", ada pembaca yang kurang senang kerana saya "menilai" kepimpinan Menteri Besar Kelantan. Ada yang mengatakan saya mempersoalkan peribadi Dato' Nik Aziz Nik Mat. Saya tak fikir kenyataan itu benar kerana fokus penulisan saya terhad kepada kepimpinan beliau.

Biar saya jelaskan beberapa perkara di sini:

Pertama, seseorang calon penjawat awam (istilah yang sering digunakan ialah "elected public official") mengemukakan dirinya untuk dinilai dan diberikan amanah untuk mentadbir negara. Ini bermaksud mereka menawarkan diri untuk memimpin rakyat dan menguruskan sumber-sumber negara. Apabila rakyat berpuas hati, maka mereka akan memberikan amanah tersebut dengan mengundinya dalam pilihanraya.

Kedua, sebelum dan semasa memegang jawatan itu, penjawat awam seharusnya (1) sedia untuk dikritik, (2) keputusan-keputusannya dipersoalkan dan (3) tindakannya dihakimi oleh rakyat.

Ketiga, kritikan rakyat harus berkisar kepada tugas dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan itu. Usah libatkan anak-isteri atau keluarga yang tidak ada kena mengena dengan jawatan itu. Usah bangkitkan kecacatan peribadi (seperti rupa paras, warna kulit atau keturunan) yang tidak ada kaitan dengan keupayaannya memikul amanah itu. Usah juga memberikan gelaran buruk kepada mereka; fokuskan kritikan kepada tugas dan amanah kepimpinan tersebut.

Atas dasar itulah maka rakyat harus merasa bebas menegur Nik Aziz. Begitu juga rakyat harus bebas mengkritik Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Encik Lim Guan Eng, Dato' Abd Ghani Othman, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Seri Abd Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak (perkataan "ustaz" adalah permintaan pegawai pejabat Menteri Besar Kedah).

Kritikan-kritikan ini adalah satu proses biasa dalam bernegara.

Apa yang disebutkan ini juga mempunyai asas dalam sejarah Islam. Apabila Saidina Umar dilantik sebagai Khalifah, beliau meminta rakyat menegur sekiranya dia melakukan kesalahan. Maka, bangunlah seorang lalu berkata sekiranya Umar berbuat salah, maka beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar tidak marah, apatah lagi memberikan gelaran buruk kepada orang itu. Sebaliknya, Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada di kalangan umat Muhammad yang sanggup menegur beliau.

Seseorang penjawat awam tidak harus dilindungi atau merasa kebal dengan gelaran Dato', ulamak atau kerabat bangsawan. Apabila mereka menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin, maka mereka harus bersedia untuk menjustifikasi sesuatu pendapat atau tindakan.

Pun begitu, saya juga ingin menegaskan bahawa kritikan-kritikan itu tidak seharusnya menghilangkan rasa hormat, apatah lagi sayang (sekiranya ada) kepada pemimpin-pemimpin tersebut.

Sekiranya ada yang tak bersedia untuk dikritik, maka eloklah mereka meninggalkan jawatan awam. Atau lebih baik, usah tawarkan diri untuk apa-apa jawatan awam!

Persepsi songsang untuk rakyat ?

Oleh : wajib-tayang@ABO
Kurang dari 40 hari dari sekarang, tahun 2010 akan menjelang, maka genaplah 10 tahun dunia berada di dalam alaf baru Masihi. Jika di awal tahun 2000 lalu, takrifan alaf baru itu seolah-olah menyediakan alam baru untuk semua. Segalanya yang baru, dan menolak yang lama. Yang ketinggalan zaman lagi kuno.

Rakyat kembali yakin kepada kerajaan ? Jangan bermimpi di siang hari ! - 1 lagi Persepsi songsang untuk membodohkan rakyat.

Maka kedatangan alaf baru ketika itu, jika ia dihitung mengikut kalendar Kristian, maka manusia seluruhnya di alam semesta rai bertemasya dan bergembira menyambutnya dengan segala macam acara yang diaturnya yang langsung tidak lari dengan ajaran Kristian. Kegembiraan dan maksiat.

Tentunya masih ingat, bilamana Malaysia ketika itu dibawah kerajaannya, Barisan Nasional pimpinan bersama Dr Mahathir dan Abdullah Badawi, menyambutnya secara maksiat besar-besaran. Pesta arak memenuhi acara sambutan hiburan di banyak lokasi di kota-kota besar Malaysia, sama dengan kota-kota besar dunia lainnya. Persiapannya dibuat lama, diiklan besar-besaran dan diberi lesen pula oleh kerajaan. Hebat dan mengujakan !

Rakyat yang anti-maksiat ketika itu membantah keras kerajaan, tetapi kerajaan yang lemah itu tidak terdaya untuk membatalkannya kerana kononnya lesen sudah diberikan, malah penganjur juga sudah berbelanja besar. Mahu tidak mahu, kerajaan yang lemah ketika itu bertindak garang dengan menghukum wadah PAS, Harakah dimana mereka telah menghalang penjualan Harakah secara terbuka yang dosanya pada kerajaan tidaklah sebesar mana, tetapi lumpuh dan lesu (baca - kerajaan ketika itu ) untuk berhadapan dengan penganjur maksiat yang terlaknat, yang sudah tentu dosanya kepada Allah sangatlah besar.

Bukan sekadar menteri menggelengkan kepala terhadap desakan umat Islam supaya pesta maksiat berkepalakan syaitan itu diharamkan, bahkan pemimpin besar Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri ketika itu turut menghadirkan diri di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Penulis masih lagi ingat, pagi hari terakhir alaf lama Dr. Mahathir bertemu ulama dari seluruh negara, entah apa yang dibincangkan, atau entahnya mungkin sedang meminta restu mereka - mereka itu mempersetujui untuknya agar dihalalkan pemergian Perdana Menteri ke pesta itu. Wallahuaklam.

Sedangkan pesta manyambut ketibaan alaf baru itu memang direstui dan disokong penuh oleh kerajaan Barisan Nasional yang baru sahaja memenangi PRU ke-10 pada tahun sebelumnya, jika tidak salah penulis pada tanggal 29Nov. 1999

Ertinya ketika itu, ia mencerminkan dasar dan sasaran kerajaan barisan nasional yang mendapat sokongan dua pertiga rakyat. Maka, corak dan bentuk alaf itu disambung, tentunya mencerminkan bentuk budaya dan kehidupan negara untuk sealaf akan datang - untuk seribu tahun nanti. Jika hiburan maksiat yang diadakan tidak untuk sempena apa-apa, memberi kesan keburukan yang lama kepada masyarakat, maka tentulah hiburan maksiat sempena peristiwa besar, membawa padah yang lebih besar.

sekadar foto hiasan - sumber isu-hangat blog

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mahathir ketika itu penuh sedar telah membenarkan pesta maksiat paling terkutuk itu seolah-olah sebagai penyedia alam dan kehidupan pesta bermaksiat bagi masyarakat Malaysia untuk seribu tahun akan datang.

Rakyat sudah sedia runtuh akhlak. Tidak dibantah lagi oleh sesiapa. Diwujudkan pula kementerian kebudayaan. Menteri pertamanya Sabbaruddin Chik tidak memberi corak kebudayaan yang membanggakan. Keruntuhan akhlak menjadi-jadi, dan makin membangsat. Lalu ia disambung oleh Dato' Kadir Syikh Fadzir. Sudah tentulah atas setuju dan nasihatnya maka kerajaan mengambil langkah membenarkan pesta arak, maksiat alaf baru ketika itu.

IKIM, yang ditubuhkan lewat beberapa tahun dahulu tidak berkata apa-apa tentang pesta maksiat yangmengegar negara ketika itu. Atau Islam yang IKIM kembangkan ketika itu mengira ia bukan maksiat ?

Sangat jelas. Islam mengharamkan arak. Tegasnya islam dalam isu arak meliputi orang-orang yang menghidangkan arak, seperti pelayan contohya, sudah cukup untuk mendapat laknat Allah.

Laknat adalah sebesar-besar hukum, kutukan dan kebencian Allah. Makhluk yang Allah laknat pertama di alam jagat ini ialah iblis. Ia kekal dalam neraka. Ia adalah sebesar-besar musuh manusia yang nyata. Selepas kena laknat maka dia bersumpah untuk menyesatkan manusia pula.

Kemudian manusia yang Allah laknat pula ialah Yahudi. Yahudi bukan sekadar benci kepada manusia yang bukan Yahudi, para malaikat pun mereka marah dan benci. Iblis benci kepada manusia termasuk Yahudi, Yahudi pula benci kepada manusia yang bukan Yahudi. Iblis cuba sesatkan manusia hingga saat manusia menghadap sakratul maut. Yahudi pula sanggup tipu dan aniaya manusia bukan Yahudi dalam apa jua bentuk, kerana halal baginya memerangi manusia yang bukan dari kalangan mereka.

Setengah dari angkara laknat Yahudi itu tidak datang terus dari Yahudi seperti yang dilakukannya terhadap Nabi Isa dan terhadap umat Palestin di Gaza, tetapi mereka seksa sekalian rakyat Amerika yang pro mereka dan Kristian itu. Mana-mana calon Presiden Amerika yang tidak berkenan kepada cara hidup Yahudi, nescaya macam-macam mereka buat bagi membuang mereka jauh dari Rumah Putih.

Dalam keadaan demikian kerajaan Malaysia ketika itu pula mengambil inisiatif hendak berbaik-baik dengan Israel dan mahu mendakwahkan mereka pula. Hasrat besar Dr Mahathir hendak mendakwah warga Israel menjadi perhatian Israel, tetapi dengan keupayaan IKIM, maka bukan Israel yang akan didakwah, tetapi IKIM dan Islam di Malaysia akan didakwahkan oleh Israel.

Baru-baru ini, 3 bulan lalu, ada pula menteri yang turut sama berjumpa dengan yahudi. Apa ke jadahnya berbincang dengan menteri pertahanan Israel itu ? Biarpun beliau menafikan. Tetapi Bernama* pula melaporkan,
Zahid met Ehud Barak, not Israeli PM
2009/07/18

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today explained that he never met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Paris Air Show in France last June, as previously reported.

In a brief media statement issued by Special Officer (Media) Abd Halim Ab Majid in Kuala Lumpur today, it was explained that Ahmad Zahid had instead met with Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show. Previous reports mentioned Ahmad Zahid meeting with Netanyahu during the Paris Air Show in France last June to explain Malaysia's stance on the West Asia issue.Ahmad Zahid is currently on a six-day visit in Lebanon - Bernama*
Sudah tahu yahudi itu memang sedia menyesatkan manusia lain melalui berbagai-bagai cara, nak juga terus berbaik-baik dengan mereka. Maka tidak mustahil sungguh jika diimbas kembali sambutan alaf baru di mana-mana di dunia ketika itu, 10 tahun yang lalu itu adalah sebahagian dari usaha Yahudi yang diperdaya iblis untuk merosakkan sekalian manusia.

Jika iblis dan Yahudi menjadi musuh rasmi manusia, maka tidakkah yang dilaknati kerana arak tidak menjadi musuh manusia? Atas lojik dan kias itu, tidakkah kerajaan yang melesen arak dan tidak menghalang pesta arak, tidak dikira musuh manusia yang kebetulan adalah rakyat?

Allah melarang arak jadi minuman manusia kerana lebih banyak mendatangkan keburukan kepada manusia. Arak adalah raja kepada segala maksiat. Semua maksiat jadi besar apabila ada arak.

Sejujurnya, alaf baru itu adalah alaf Kristian. Kristian terasa ia sudah berjaya, tetapi tidak mustahil apa yang penganut Kristian fikir itu dan sangka sebagai rancangannya adalah didalangi oleh Yahudi sendiri.

Yahudi kadang-kadang tidak minum arak, tetapi mereka majukan arak untuk diminum oleh orang lain. Sama dengan peniaga dadah. Mereka dan anak-anak mereka tidak menjadi pengamal dadah. Yang menjadi mangsa dadah ada anak orang lain.

Yahudi menguasai media massa dan hiburan dunia. Tidak mustahil pesta maksiat besar-besaran di negara kita yang menghidangkan berbagai jenama arak dan telah dibuktikan mereka terkinja-kinja dengan tin arak di tangan masing adalah serangan Yahudi ke atas rakyat negara ini. Tidak perlu panglima dan rahib Yahudi datang ke Malaysia. Melalui budaya Barat yang diperdaya mereka datang memohon lesen. Kerajaan yang tidak ditegakkan atas asas dakwah itu tidak terdaya dan mampu untuk menolaknya.

Apakah yang saya paparkan ini satu lagi bahan fitnah?

Jangan mudah sangat memakai label fitnah untuk membenarkan fitnah. Dan jangan mudah menjadikan kalimah fitnah demi menghalang umat Islam untuk menentang pesta maksiat. Pesta alaf baru ketika itu adalah satu fitnah besar untuk umat Islam rantau ini.

Alaf baru telah disambut sedemikian rupa di Malaysia, menjadikan Malaysia sama seperti kota-kota maksiat lain di dunia. Tetapi tidakkah mungkin alaf baru itu satu strategi untuk menggagalkan abad baru hijrah yang dikira bermulanya pusingan Islam ? Abad baru hijrah hanya sekadar program yang disertai oleh umat Islam tetapi alaf baru diprogramkan untuk manusia sejagat.

Tujuan penulis mengangkat tajuk ini, kerana sudah mendarah daging, sambutan Tahun Baru yang akan disambut hujung tahun ini, akan menduplikasi situasi yang hampir sama, mungkin lebih hebat dari apa yang Mahathir luluskan 10 tahun lalu ketika sambutan hebat dan jelas dipenuhi maksiat.