Jumaat, 20 November 2009

Trouble in Iskandar...!!! Pak Lah now u see ???


KUALA LUMPUR, Nov 20 — All is not well in Iskandar Malaysia, the country's showpiece economic corridor project.
Two chief executive officers of the Iskandar Regional Development Authority (IRDA) have not lasted two years on the job and there are now rumblings over the slow pace of progress from Middle East investors.
Apart from that, the relationship between some of the main players — the Johor Civil Service (JCS), Khazanah Nasional, Iskandar Investment Board (IIB) — leaves much to be desired.
Unwilling for the situation to unravel further, Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman is signalling his intention to Putrajaya for the state government to take more control of the mammoth project billed as Malaysia's Shenzen to the developed Singapore across the Johor Straits.
He wants IRDA to come directly under the purview of the state government, and rely less on instructions from Khazanah Nasional, the federal sovereign wealth fund tasked with developing the economic zone named after the state Ruler.
The IRDA board is now jointly chaired by the Prime Minister and the MB but The Malaysian Insider understands that the Johor MB could be assigned full chairmanship, giving him control of the regional authority.
Ghani has already started exerting his authority, much to the chagrin of the top brass in Khazanah Nasional. Late last month, he demanded the resignation of the incumbent CEO Harun Johari.
Officials at Khazanah Nasional wanted Harun to be given six more months on the job but last week, the IRDA board quickly accepted Harun's resignation. He will leave in January 2010 for IRDA to have another fresh start.
Harun, an ex-Shell stalwart, was hand-picked by Khazanah Nasional for the top position. He quickly brought in several of his former Shell colleagues to fill senior executive positions, and the organisation ballooned to over 150 staff under his charge.
His critics charged that he lacked charisma but his supporters argued that he is a process-driven individual who was effective behind the scenes. Harun replaced Datuk Ikmal Hijaz, the former Pos Malaysia CEO.
The latter was also hand-picked by Khazanah Nasional to drive IRDA and make it a world-class, one-stop centre for investors.
After being appointed, Ikmal also surrounded himself with several former colleagues from Pos Malaysia or the now defunct Renong Group, in which he oversaw the construction of the Gelang Patah crossing and massive land acquisition in Nusajaya.
The Malaysian Insider has learnt the new CEO of IRDA is Ismail Ibrahim. He is currently director of the National Physical Planning Division under the Urban and Rural Planning Department.
The Muar-born career public servant, who is a British-trained town planner, was among the pioneers assembled by Khazanah Nasional back in 2006 to draw up the Comprehensive Development Plan for the south Johor Economic Region (now known as Iskandar).
He later served as senior vice-president (Planning & Compliance) and became Johor's Federal Commissioner, but quit suddenly to return to the Housing and Local Government Ministry.
Ghani has already told Ismail that he expects an overhaul of the top management of IRDA, wanting him to rid the authority of deadwood.
At least four senior personnel are expected to be removed.
The JCS — a body whose support is necessary if any project is to take off in the southern state — has welcomed the appointment of Ismail.
Relations between the JCS and Khazanah Nasional have been uneasy since the inception of the project in 2006, with Johor civil servants complaining of being sidelined from the decision-making process. They have resented the fact that important decisions regarding Iskandar were being made in Kuala Lumpur.
The shortcomings in IRDA, and to a lesser extend IIB, come at a time when several of the Middle East investors are exhibiting signs of restlessness at the pace of the project.
Government officials told The Malaysian Insider that Khazanah Nasional was forced to buy back some land in Node 1 of Iskandar which it sold to a consortium of Middle East investors. This happened after some disagreement over responsibilities and obligations.

Tragedi Jambatan Runtuh: Keluarga Saman Kerajaan Dan 10 Yang Lain RM105 Juta


IPOH: Keluarga ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober lalu hari ini memfailkan saman berjumlah RM105 juta terhadap kerajaan dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.
Responden yang lain terdiri daripada, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Perak,SJK (T) Mambang Diawan, SJK (T) Gopeng, GS Synergy Sdn Bhd (pihak yang menaja pembinaan jambatan), CWL Enterprise (kontraktor) dan pihak yang terlibat.
Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa, A. Sivanesan, ayah ketiga-tiga keluarga mangsa itu akan mengemukakan saman bernilai Rm35 juta bagi setiap pihak yang terlibat dengan jumlah keseluruhan saman itu berjumlah RM105 juta kerana didakwa berlaku kecuaian daripada pihak yang terlibat dalam tragedi yang berlaku pada 26 Oktober lalu.
Oktober lalu, tiga pelajar sekolah rendah yang menghadiri kem 1Malaysia, N. Dina Deve and M. Devatharshini, kedua-duanya berusia 11 tahun dan V. Divyashree, 12, ditemui mati lemas selepas jambatan gantung yang dilalui di tapak perkhemahan mereka tiba-tiba runtuh ke dalam Sungai Kampar.
Bagaimanapun, tindakan pantas pihak penganjur berjaya menyelamatkan 19 orang pelajar yang turut sama tenggelam dalam kejadian malang itu.
Dua buah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat tragedi malang berkenaan, satu di bawah Kementerian Pelajaran dan satu lagi jawatankuasa ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran akan mengumumkan hasil siasatan yang dijalankan berhubung insiden berkenaan dalam tempoh terdekat ini.
Sementara itu, jawatankuasa yang diwujudkan oleh Pakatan Rakyat negeri mendakwa jambatan gantung itu runtuh kerana didakwa menggunakan bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan dua orang guru yang sepatutnya menyelia perjalanan kem tersebut tidak hadir pada hari kejadian.

DARI ARKIB UNTUK INGATAN..!!! CIIIS DURHAKA KAU !



OH ABANG KU !




NAJIB DILIHAT BERSAMA ALTANTUYA - malaysiakini

Jun 29, 2007


Seorang saksi rakyat Mongolia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya Shaariibuu sedang makan bersama dengan seorang pegawai kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.

Burmaa Oyunchimeg (left), yang juga dikenali sebagai Amy, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar tersebut sekembalinya dari Perancis.

Dipercayai pegawai kerajaan Malaysia dalam gambar tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, 28.

Burmaa, 26, menyebut mengenai gambar itu ketika disoalsiasat oleh Timbalan Pendakwaraya, Manoj Kurup.

Bagaimanapun, apabila dia menyebut mengenai gambar yang menunjukkan Altantuya sedang makan dengan Razak dan seorang ‘pegawai kerajaan’, pihak pendakwa beralih kepada soalan lain.

Kira-kira 20 minit kemudian, Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya, memohon kebenaran mahkamah untuk bertanya mengenai gambar tersebut.

'Sama nama'

Ia dibantah oleh pihak pendakwa dan berlaku pertikaman lidah berhubung sama ada soalan itu relevan atau tidak. Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yusni membenarkan permohonan Karpal itu.

Karpal kemudiannya bertanya kepada Burmaa apakah yang terdapat dalam gambar tersebut.

“Dia (Altantuya) sedang makan bersama Razak (Baginda), seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain,” jawabnya.

Karpal kemudian bertanya mengenai identiti pegawai kerajan itu dan Burmaa menjawab: “Saya ingat namnya Najib Razak, nama mereka sama. Saya bertanya kepadanya (Altantuya) sama ada mereka bersaudara.”

Ini mencetuskan satu lagi pertikaman lidah antara Karpal dengan pihak pendakwa.

Menurut pihak pendakwa, Abdul Razak dan Altantuya bertemu pada 2004 dan menjalinkan hubungan, ketika mana Razak memberi wang kepadanya.

Selepas mereka berpisah setahun kemudiannya, Razak dikatakan terus memberi wang setiapkali diminta oleh Altantuya. Tetapi tiada lagi pembayaran dibuat tahun lalu, menyebabkan Altantuya tidak puashati dan datang ke Malaysia pada bulan Oktober lalu, kata pihak pendakwa.

Mayat Altantuya kemudiannya ditemui diletupkan di sebuah kawasan di Shah Alam, selepas dia dibawa pergi dari luar kawasan rumah Abdul Razak pada pertengahan Oktober lalu.

Di kandang tertuduh ialah Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Abdul Razak, 46, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam melakukan pembunuhan itu. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dihukum mati.

DARI WIKIPEDIA

She was allegedly introduced to Abdul Razak Baginda, a defense analyst from the Malaysian Strategic Research Centre think-tank, at an international diamond convention in Hong Kong by Malaysian Deputy Prime Minister, Najib Tun Razak, and had a relationship with him.[4] She reportedly had worked as Abdul Razak’s translator on a deal he was brokering for the Malaysian government to buy submarines from France. The pair seem to have travelled to Paris together for the submarine deal.[5] The two quickly became romantically involved. Altantuya, nicknamed Tuya by her friends, proved to be a useful assistant, helping Baginda translate from Russian to English. Amy, Altantuya’s best friend said that at the end of March 2005 the couple was in Paris, where they met with Najib Razak. She mentioned that a picture was taken which showed the three in a Parisian private club. “Tuya showed me the pix. She said that one of the men was her boyfriend, Abdul Razak Baginda, and the other the “big boss”, Najib Razak. I asked her if they were brothers because of the names, but she said no, and that Najib Razak was the ‘prime minister’”.

DARI JELEBU – 3 – Julai -2007


CISS! DERHAKA KAU SI BARUMA


Saya cukup marah apabila mendengar desas-desus melalui sistem pesanan ringkas bahawa bakal perdana menteri saya telah dikaitkan dengan....sapa namanya....daging se ketul? Nak sebut pun susah. Apa punya tuuur! Saya juga naik angin bila melihat akhbar petang Guang Ming Daily membuat laporan penuh di muka hadapan akhbar tersebut tentang cerita bakal perdana menteri yang baru disebut di mahkamah. Tidak cukup dengan laporan berita ada pula gambar si Minah itu bergaya di Paris. Dari mana gambar ini dikaut oleh Guang Ming wallahu a’lam bisawab.

Saya dengar petang itu Guang Ming jual laris - entah-entah ada ulang cetak. Saya hanya dapat beli naskhah terakhir di Jalan Petaling. Ramai member yang gigit jari terutama teringin melihat gambar Minah ini berlagak di kota Paris. Belek punya belek gambar Minah ini ok juga, boleh ‘stim’. Boleh buat teman ‘pa chu ching’. Tetapi, itu cerita lain. Yang saya nak tulis ini ialah perangai akhbar Cina yang tidak tahu hendak menyurukkan berita. Nasib baik orang Melayu tidak pandai Mandrin, kalau tidak malu besar bakal PM saya ini.

Perangai akhbar Inggeris pun sama. Macam ada agenda tersuruk lagi terpendam dengan niat busuk lagi masam untuk memburuk-burukkan bakal PM saya ini. Kerana itu kita rakyat Malaysia patut tabik hormat dengan Utusan Malaysia. Inilah satu-satunya akhbar yang TIDAK membuat berita laporan mahkamah tentang bakal PM saya yang telah dilihat makan bersama....sapa namanya....di Paris. Inilah contoh akhbar yang menyahut seruan glokal - goreng dan dangkal. Kita juga patut tabik hormat kepada semua stesen TV tempatan. Stesen-stesen ini cukup bertanggungjawab kerana tidak menunjukkan ‘kemaluan’ negara kita ke muka dunia. Stesen TV luar negara sedikit habuk pun tidak boleh dipakai. CNN, BBC ini semua stesen orientalis - yang anti Islam, anti bumiputera, anti Melayu dan tidak menggunakan Bahasa Malaysia. Contohnya, Stesen Star TV entah betul entah tidak, stesen ini telah membuat laporan mengkaitkan nama bakal PM saya dengan sapa namanya? Gambar bakal PM saya juga ada ditayangkan. Apa punya tuuur stesen ini.

Laman-laman web? Ini semua laman fitnah dan tohmah. Tulisan-tulisan dari laman web tidak boleh dipercayai langsung. Laporan nombor ekor dan keputusan gol bola sepak pun tidak boleh dipercayai kalau diambil dari laman web. Semuanya bohong. Laman-laman web ini banyak yang dikendalikan oleh Mak-mak Janda yang tidak ada kerja. Itu sebab kita jangan membaca laman web. Laman-laman web ini bukan sahaja melaporkan tentang bakal PM saya yang makan malam dengan....sapa namanya....tetapi mereka goreng dan kaitkan pula dengan kapal selam. Saya tidak faham bagaimana satu ‘private dinner’ boleh ada sangkut-paut dengan kapal selam. Selalunya lepas dinner orang tidak pergi naik kapal selam. Lepas dinner biasanya orang akan berehat menghenjut tilam.

Laman-laman web ini semakin naik tocang apabila mereka mendengar sidang akhbar Pak Syeikh yang bukan sahaja menyebut… sapa namanya … tetapi Pak Syeikh juga ada menyebut Scorpene. Ini bukan nama rock band tetapi satu jenis kapal selam yang telah dibeli oleh kerajaan Malaysia dari Perancis. Jual beli ini telah dijalankan oleh syarikat Perimekar Sdn. Berhad yang telah mendapat komisen sebanyak RM 530 juta. Laman-laman web menuduh bahawa duit komisen inilah yang menjadi rebutan sehingga....sapa namanya....menjadi daging seketul. Macam mana putar alam, duit komisen ini tersangkut dengan nama bakal PM saya ini, cukup menghairankan. Saya hanya dapat berkata: wallahu a’lam bisawab hanya laman web sahaja yang mengetahui.

Saya sebenarnya amat tidak puashati dengan saksi yang bernama Burmaa Oyunchimeg. Hendak sebut nama pun bukan main susah. Apa punya ayah yang memberi nama yang susah hendak disebut. Sudahlah susah, nama ini panjang pula. Bayangkan kalau kerajaan Melaka memberi dia darjah kebesaran Datuk Seri Utama, berapa panjang nama ini nanti. Betapa susah hendak mengisi butiran nama dalam pasport. Kenapa tidak beri nama seperti Ziana sahaja. Nama Ziana lebih senang disebut, hanya dengan dua suku kata. Apa punya tuuur orang Mongol ini.

Saya naik bengang juga apabila melihat gambar si Burmaa ini di akhbar. Saya naik marah kerana dia cuba berlagak macam Yoko Ono. Apa dia ingat dia pop star ke? Pakai cermin mata macam Yoko Ono. Yoko Ono insan spesial, dia avant garde artist. Suaminya John Lennon. Kamu siapa, kamu hanya sepupu kepada....sapa namanya? Janganlah cuba hendak menayangkan cermin mata hitam itu. Itu perangai Abang Zak.

Si Burmaa ini menuduh bakal PM saya pernah berjumpa dengan....sapa namanya....di Paris. Ini satu tuduhan yang bukan kecil anak. Ini membawa implikasi besar. Apakah si Burmaa ini tidak melanggan Utusan Malaysia? Apa si Burmaa ini tidak membaca bagaimana bakal PM saya telah bersumpah dengan nama Allah ketika pilihan raya kecil di Ijok dahulu. Bakal PM saya TIDAK kenal dengan....sapa namanya?

Ini bukan sumpah sumpit lada api - mak kau buncit dibahan Benggali. Ini sumpah di atas nama Allah. Bukan di atas nama al-Latt atau al-Uzza. Kenapa si Burmaa ini membuat fitnah? Tidakkah si Minah yang pakai cermin mata hitam ini sedar bahawa bakal PM saya ini TIDAK pernah berbohong. Bohong itu bukan nama keluarganya.

Satu perkara yang ingin saya timbulkan di sini ialah tentang hal makan malam dengan....sapa namanya? Di restoran mana mereka makan. Apakah mereka makan di Chez Quick atau di Chez Maxim. Ini penting untuk diketahui oleh rakyat Malaysia. Dalam kota Paris ada beribu tempat makan. Kalau makan malam itu hanya di Chez Quick maka malulah kita rakyat Malaysia kerana bakal PM kita ini cekai.

Kalau di Chez Maxim pasti ada kelas. Tetapi persoalan akan timbul terutama dari Mufti Perak, beliau akan bertanya apakah restoran ini telah mendapat kelulusan logo halal dari JAKIM. Atau apakah gelas, cawan dan pinggan mangkuk itu telah disamak dengan air lumpur. Ini soal akidah. Kerana ini saya cukup marah terhadap si Burmaa ini. Dia tidak memiliki sensitiviti kemelayuan dan kebumiputeraan. Si Burmaa ini hanya main tuduh dan fitnah sembrono. Kenyataan di mahkamah ini membawa implikasi yang boleh menggugat akidah umat.

Saya cukup lega apabila setiausaha akhbar bakal PM saya mengeluarkan kenyataan. Kenyataan ini ringkas dan tepat. Bakal PM saya TIDAK kenal dengan.....sapa namanya? Saya memang merasa lega tetapi saya rasa ini tidak mencukupi. Ini kerana pada satu ketika dahulu Firaun juga pernah berkata bahawa dia tidak kenal dengan Lorraine Osman - ketua geng songlap duit BBMF - tetiba Rocket akhbar DAP mengeluarkan gambar Firaun makan semeja dengan Lorraine Osman. Terberak-berak Firaun, hampir tercampak tupee isterinya.

Saya telah difahamkan dari desas-desus perawi yang tidak sahih gambar makan semeja ini wujud. Gambar ini hanya menunggu masa hendak di keluarkan. Jadi untuk menangkis tohmah dan fitnah ini - mengikut ajaran Sun Tzu The Art of War - lebih baik setiausaha akhbar bakal PM menyerang terlebih dahulu. Nyatakan bahawa jika gambar ini wujud itu adalah hasil dari teknologi photoshop. Khalas.

Seharusnya bakal PM saya mengambil tindakan undang-undang dan menyaman si Burmaa ini. Bukan sahaja si Burmaa yang perlu dibawa ke mahkamah, akhbar Guang Ming, Pak Syeikh Anwar Ibrahim, laman-laman web Mak Janda dan sesiapa sahaja yang berani menyebut....sapa namanya....perlu disaman. Heret mereka semua ke mahkamah. Jika tidak disaman maka benar dan sahihlah cerita-cerita dongeng yang mengatakan bahawa duit komisen pembelian kapal selam inilah yang menjadi punca sapa namanya... menjadi daging seketul.

Berselindung di belakang ‘sub judice’ adalah tindakan lekeh. Pertama apa ke jadahnya makna ‘sub judice’ ini. Kedua, emak saudara Mawi dari Felda Taib Andak tidak faham akan makna perkataan ini. Ini perkataan Latin bukan bahasa orang Pekan atau Minah Kerinchi. Malah pembaca laman web pun kelam kabut mencari kamus untuk memahami perkataan ini. Apa punya tuur sub judice ini.

Saya ada satu lagi cadangan untuk menyelamatkan keadaan agar nama bakal PM saya akan terus mengglokal. Kita semua tahu bahawa si Burmaa inilah yang telah menjadi saksi penting di Mahkamah. Dia telah melihat gambar bakal PM saya sedang duduk semeja dengan....sapa namanya? Saksi ini berbahaya. Lebih baik kita lupuskan sahaja dia, seperti kita lupuskan nama....sapa namanya dari sistem imigresen kita dahulu. Semua ini bisa diatur.

Jika semua ini tidak dilakukan saya hanya sempat menyumpah tanpa menghunus keris - Ciss! Derhaka kau si Burmaa, berani membuat fitnah terhadap bakal PM beta....maaf....bakal PM saya....maaf bakal PM Malaysia. (TT)

Sisi hodoh demokrasi



Zukri Aksah   
Ketika waktu sekolah dahulu, tidak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah, ketua kelas kita biasanya dilantik oleh cikgu. Walaupun ada sesetengah cikgu yang membenarkan pelajar kelasnya memilih ketua kelas mereka sendiri, kita sebagai pelajar tidak pula pernah mempertikaikan kuasa memilih cikgu itu andai dia kembali mahu pilihannya ditempatkan sebagai ketua kelas.
Ketika itu, demokrasi bagi kita tiada tempat dan tidak langsung dipertimbangkan.

Begitu juga dengan kehidupan kanak-kanak kita di luar waktu sekolah di bawah seliaan ibu bapa. Ibu bapalah tempat rujukan kita, ibu bapalah tempat kita mohon pelepasan, ibu bapalah tempat kita minta kelulusan, ibu bapalah tempat kita mengabsahkan segala keputusan.
Walaupun kadang-kadang kita sebagai kanak-kanak bersikap degil dan ingkar arahan ibu bapa, kita yang kanak-kanak itu menerima bahawa keingkaran tersebut adalah satu kesalahan, bukan satu tunjuk perasaan menuntut kebebasan, menuntut demokrasi.
Dalam kamus kita sebagai kanak-kanak, demokrasi itu tidak wujud pun.

Dalam kehidupan yang tiada demokrasi inilah kita membesar, jadi manusia juga, tiada cacat-celanya. Ramai kalangan kita yang asalnya kanak-kanak ini membesar menjadi orang yang bijaksana, melanjutkan pengajian ke universiti.
Di sini, di universiti inilah kita mula didedahkan dengan amalan demokrasi, pilihan raya kampus. Pilihan raya bagi memilih ahli majlis perwakilan pelajar dan juga pemimpin di peringkat kolej kediaman.

Apakah niat baik boleh dicernakan melalui demokrasi? Apakah demokrasi menyokong pencernaan niat baik tersebut. Ada kalangan pegawai universiti ketika saya masih menyandang jawatan mahasiswa dahulu lebih suka jika pemimpin pelajar dipilih melalui temuduga, bukan pilihan raya.
Namun kerana pilihan raya kampus itu sesuatu yang sudah termaktub dalam akta, maka ia terus dilaksanakan sehingga sekarang.

Waktu itu, rakan-rakan mahasiswa saya, pemimpin pelajar yang pro parti pemerintah dan pro pembangkang buat pertama kalinya cuba bergabung. Mereka menang besar dan bersatu membentuk kabinet majlis perwakilan pelajar. Malangnya niat baik mereka tidak kesampaian, penyatuan ini akhirnya pecah berantakan.
Demokrasi telah memusnahkan sebuah hasrat murni kerana ruang demokrasi jugalah yang mengizinkan mereka untuk belajar berpolitik.

Saya menulis ini bukan kerana saya benci demokrasi, jauh sekali untuk menghentamnya. Saya juga seorang demokrat, ya mungkin saya berkata begini kerana saya membesar dalam sistem demokrasi.
Cuba kalau saya membesar di China atau Brunei, dalam sistem komunis atau monarki, saya mungkin akan menjadi komunis atau monarkis.

Apapun, sama ada demokrasi, komunis atau monarki, semuanya adalah sistem. Memanglah setiap sistem ini saling berlumba untuk membuktikan merekalah yang terbaik dan sempurna, tetapi sebagai sistem, walau sesempurna mana sekalipun, tetap akan ada ruang yang rapuh dan longgar.
Ketika ruang rapuh dan longgar itu berada di atas dalam pusingan rodanya, masa itulah kita akan lihat sisi hodoh segala sistem ini.

Negara kita adalah negara demokrasi, menariknya negara kita juga adalah negara Raja Berperlembagaan, maka ada sedikit pengaruh monarki. Dalam konteks tulisan ini, saya hanya mahu bercakap soal demokrasi.
Baik atau buruk, setakat ini demokrasi adalah sistem terbaik buat negara kita, sekurang-kurangnya atas alasan ia telah digunapakai semenjak negara kita merdeka.

Sampai hari ini demokrasi telah begitu kuat menjalar dan mencengkam kehidupan masyarakat kita. Dari universiti tadi ia masuk ke parti-parti politik yang seterusnya berfungsi membentuk sistem pemerintahan negara kita.
Demokrasi adalah satu proses, ia bergerak, atau lebih tepat berpusing dalam kitaran hayatnya yang tersendiri. Seperti saya katakan, pasti satu masa ia akan mempamerkan sisi hodohnya kepada khalayak.

Inilah yang berlaku kepada MCA, parti terbesar, atau lebih tepat parti tunggal kaum Cina di Malaysia. MCA sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang panjang. Segala cara telah diusahakan bagi menyelesaikan masalah ini, tetapi kesudahannya kelihatan semakin bertambah buruk.
Presiden tidak mampu berbuat apa-apa, timbalan presiden yang bersilih ganti juga tidak dapat mencari cara, apalagilah naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusatnya. Mereka hanya mampu menggagaskan cadangan, usulan, akhirnya sistem dalaman, iaitu demokrasi jugalah yang memberi kata putus.

MCA memecat Soi Lek menggunakan instrumen demokrasi, iaitu mesyuarat majlis presiden hasil cadangan lembaga disiplin. Hal ini tidak menyelesaikan masalah, lalu satu lagi instrumen demokrasi, iaitu jawatankuasa pusat digunakan, maka keputusan memecat bertukar menjadi penggantungan.
Ia tidak juga menamatkan krisis, kerana itu satu EGM dipanggil sebagai instrumen demokrasi ketiga. Keputusannya di luar dugaan, Ong Tee Keat sebagai presiden diundi tidak percaya oleh perwakilan, sementara keahlian Soi Lek diberi semula, penggantungannya dibatalkan.

MCA semakin serabut. Undi tidak percaya terhadap Tee Keat tidak cukup dua pertiga, dan kerana kehendak demokrasi MCA memerlukan dua pertiga untuk tujuan itu, Tee Keat bertegas mahu kekal di kerusi Presiden.
Akibat ketegasannya bukan setakat mahu kekal di kerusi itu tetapi mahu memanggil EGM kedua sebagai instrumen demokrasi keempat bagi memberi laluan pemilihan baru secara demokratik, Tee Keat tiba-tiba ditentang oleh komrad-komradnya yang paling setia selama ini, termasuk Timbalan Presiden yang baru dilantik menggantikan Soi Lek, Liow Tiong Lai. Idea EGM kedua mati sekejap di situ.

Tanpa disangka, Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berfungsi mengawalselia kedemokrasian pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawahnya mengambil keputusan yang agak memeranjatkan bila mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Soi Lek.
Ini bermaksud perlantikan Tiong Lai sebagai timbalan presiden tidak diiktiraf dan tidak disahkan oleh ROS, terbatal!

Dalam kes MCA, demokrasi benar-benar teruji, mampukah ia disesuaikan dengan setiap keadaan dan setiap masa? Kemelut MCA makin memburuk tanpa ada sedikitpun bayangan pemulihan.
Adakah lagi instrumen demokrasi yang diperuntukkan oleh Perlembagaan MCA yang demokratik itu yang boleh digunakan? Sesetengah pemimpin MCA mencadangkan agar satu referendum dibuat.
Jika ia dilaksanakan, ia adalah instrumen demokrasi kelima yang akan digunakan oleh MCA. Namun melihat akan keadaan semasa MCA, berupayakah referendum ini menyelesaikan masalah? Atau MCA bakal tertolak ke jurang yang lebih dalam?

Perkembangan terbaru semacam mengiyakannya, bila majlis presiden memecat sembilan anggotanya, termasuk pemimpin kanan parti iaitu Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Dan ini menyemarakkan semula gerakan dalaman MCA yang dipimpin oleh Tiong Lai dengan sokongan ketua wanita dan ketua pemudanya untuk meneruskan rancangan EGM kedua, instrumen demokrasi keempat seperti yang saya katakan tadi.
Mereka mengambil jalan demokrasi, tetapi mampukah nanti ia menenangkan gejolak yang sedang membara itu? Sebab saya yakin Tee Keat juga sudah tentu akan melakukan tindak balas.

Demokrasi dalam insiden MCA menjadi sangat buruk, sangat lemah di mata masyarakat. Apakah ia kesalahan sistem, atau kesalahan kita yang mengabdikan diri kepada sistem tersebut?
Untuk jangka pendek, jelas MCA perlu melupakan instrumen demokrasi dan menjemput mediator luar bagi menyelesaikan masalah mereka.
Sementara untuk jangka panjang, mereka perlu belajar, bukan setakat dari krisis ini, tetapi juga dari krisis terdahulu seperti episod Neo – Tan, untuk mencari jalan penambahbaikan kepada sistem demokrasi dalamannya sambil menutup ruang rapuh dah longgar dengan sebanyak mungkin.

Soalnya, apakah penambahbaikan sistem demokrasi dalaman parti itu adalah dengan membuka seluas-luasnya ruang perwakilan seperti yang dibuat Umno dan PKR? Saya jadi kabur dan mengaku rupanya saya masih di kelas tadika dalam sekolah demokrasi.

Hadi Awang muslim dunia 42 paling berpengaruh.

Hadi Awang muslim dunia 42 paling berpengaruh.




Oleh : AdukaTaruna

Maka, jerit payah Hadi Awang kerap habeskan duit party berdaftar dan berjuang di Malaysia untuk ulang-alik ke luar negara berbaloi. Walau kedudukan ini bukan fakta, hanya persepsi yang tidak terperinci, kita just ambil maklum sahajalah.

Hadi Awang sanggup memilih damage jemaah Islam Malaysia, dengan lari ke luar negara selepas menimbulkan konflik dan persepsi buruk melalui terbitan idea UG. Time tu si Roslan sms ditugaskan menjawab sebarang perbahasan dan persepsi tentang UG. Dan macam tebuan anyam sarang labah-labah dah gua rakam.

Asal timbul konflik jer, Hadi ke luar negara. Uruskan jemaah luar negara. Dari mana dana, gua tak tau. Mungkin dari derma penonton ceramah PAS.

"Jangan hina Hadi. Dia ulama yang disegani dunia."

"Jangan dengar persepsi orang. Dengar sendiri dari Hadi."

"Mana dia? Takda pun?"

"Pergilah ke Rusila."

"Dah. Tapi takda."

"Owh.. lupa. Dia di Palestine. Tak pun Syiria. Ulama hebat sampai CIA buru ke lubang cacing. Mosad letak Euro 1 bilion atas kepala Hadi."

"Skang lu tgk AT, beliau dinobatkan 42 muslim berpengaruh. Setakat duduk Pulau Melaka selalu tak datang meeting, jangan harap."

SIAPA BAWA BALA

YANG BUNTING DAN YANG KENA BALA




BALA DEDAHKAN BAMA ADIK NAJIB
– malaysia kini

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkani Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Mohamed Nazim Razak itu dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas pegawai polis Cawangan Khas itu - yang pernah menjadi pengawal peribadi Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam sebelum bertolak ke luar negara.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan kontroversi.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BALA SUDAH SAMPAI…. kah kah kah..

kah kah kah... DARI MANA BALA INI DATANG...kah kah kah..

kah kah kah… BILA NAK BUAT KENDURI TOLAK BALA…. kah kah kah..

woit… INI BUKAN SAJA SUAMI ISTERI… INI DAH JADI TIM ANAK BERANAK…. kah kah kah..

nota:

ciiiis…. durhaka kau baruma !


Tukar Tiub

Siswa disiasat kes kepala babi di surau

Pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak lima bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kuliah, ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.

Muhammad Saufi Jelani, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang berhubung insiden 24 Jun lalu, juga disiasat berkaitan kejadian meletakkan kepala khinzir di surau Akademi Pengajian Islam (API) universiti, Januari lalu.

Polis membawa pelajar pengajian Islam itu ke kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini untuk mendapatkan perintah tahan reman sehingga tengah hari esok, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin kepada Malaysiakini.

Muhammad Saufi ditahan di bangunan peperiksaan UM kira-kira jam 10.30 pagi semalam, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Pada 16 Januari lalu, kepala babi yang dibelah dua ditemui diletakkan di atas bendera PAS di dalam surau tersebut sewaktu kampus tersebut sedang sibuk menghadapi pilihan raya kampus.

Kepala haiwan itu ditemui oleh seorang pelajar yang pergi ke surau tersebut untuk menunaikan solat Subuh.

Naib Presiden: Kritikan dalaman PAS ‘melampau’ sampai lupa musuh


KUALA LUMPUR, Nov 20 — Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kini sudah terdapat unsur-unsur pihak luar "menyelinap masuk" ke dalam parti itu untuk mencetuskan isu-isu dalaman, yang dipercayai berjaya mengalihkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Oleh itu, kata beliau, ahli parti itu di semua peringkat hanya "bergelut" sis-sia untuk menyelesaikan isu-isu tidak berbaloi yang dicetuskan oleh musuh-musuh PAS.
Bagaimanapun beliau tidak menamakan siapa musuh yang dimaksudkan itu.
"Jadi itu yang saya timbulkan ada usaha untuk musuh menyelinap masuk di kalangan kita dan mencampakkan idea dan kita pun penat bergelut sesama kita.
"Dalam PAS ada dan dalam DAP pun ada," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS sambil menambah, kepimpinan parti itu menghabiskan masa dengan cuba menyelesaikan isu-isu yang sengaja dicetuskan.
Awal bulan ini PAS telah mengadakan seminar politik sebagai ganti kepada Muktamar Agung Luar Biasa yang disyorkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membersihkan beberapa pemimpin kanan parti itu.
Nik Aziz pula kini berhadapan dengan isu pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan buat beliau mengerjakan haji.
"Saya fikir begini, kita habis masa, tenaga dan wang ringgit kita habiskan kepada isu-isu yang berlaku ini meletihkan kita dalam perjuangan," kata Tuan Ibrahim.
Justeru Tuan Ibrahim berkata, mulai sekarang pemimpin-pemimpin PAS perlu memberi perhatian terhadap agenda perubahan iaitu masa depan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Apa persiapan kita? Saya bimbang kadang-kadang kerana kita berbincang dan kritik sama-sama kita, kita gagal memberi tumpuan kepada soal-soal asas pilihan raya ini.
"Sebagai contoh daftar pemilih, soal pengundi, jentera dan sebagainya. Ini benda-benda asas, kalau kita gagal beri perhatian nanti dia akan merosakkan tumpuan kita," kata beliau dalam temu bual dengan Sidangonline.
Tuan Ibrahim kini berada di Mekah untuk menunaikan haji.
"Sebenarnya isu ini isu mereka, perpecahan dalam Umno, MIC, MCA, PPP tapi isunya ... sepatutnya kita tidak habiskan masa yang panjang dalam isu ini.
"Mudah-mudahan tidak ada lagi selepas ini kenyataan-kenyataan yang membuatkan ahli kita rasa letih dan kepimpinan kita habis tenaga kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jadi sebab itu kita tidak punya masa yang panjang," katanya lagi.
Dalam temu bual itu, Tuan Ibrahim juga berkata, beliau "cukup bimbang dalam konteks parti" ekoran wujudnya elemen-elemen berpuak di kalangan ahli dan pemimpin.
"Saya harapkan supaya ahli-ahli parti tidak cuba mewujudkan kelompok atau kumpulan dalam parti. Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita kena menghargai nilai-nilai akhlak jamaah kita kena utamakan nilai-nilai akhlak berjamaah.
"Kita tegur, kita kritik sahabat kadang-kadang 'over' sangat, lebih daripada kita kritik musuh kita.
"Apa pun kita kita kena muliakan sahabat mungkin kerana usianya, kedudukannya... jadi perkara-perkara itu perlu kita hargai," kata Tuan Ibrahim.
Mengambil kira pendekatan Islam, tegas beliau, ada etika dan adab yang mesti dipatuhi oleh semua ahli parti.
"Jadi jangan kerana kita tidak bersetuju dengan sekumpulan lalu kita membelakangi akhlak-akhlak berjamaah," kata Tuan Ibrahim lagi sambil menambah, "jadi saya fikir mungkin parti juga kena lihat supaya banyakkan majlis-majlis yang bersifat lebih merapatkan ukhuwah."
Mengenai Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim menjelaskan ia perlu diperkasakan sehingga menjadi satu badan dalam parti yang dihormati oleh ahli-ahli.
"Hingga setakat ini alhamdulillah, beberapa kes kita buat kenyataan baru-baru ini boleh reda. Sikap hormat ahli itu ada.
"Sebagai contoh bila kes kerajaan perpaduan... bila saya arahkan supaya semua diam dan minta jangan dibangkitkan sebarang kenyataan kontroversi, semua diam," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya sedang memantau beberapa orang yang dikaitkan dengan kes ini kerana dianggap boleh mengganggu siasatan.

POLIS SELAMBA ATAU MEMANG BODOH?



Dari Zabidie Abas

Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (Polis) bagai berlumba lari untuk menyelasaikan kononnya YB Azmin Ali terlibat dalam pembelian saham RM8 juta.

SPRM berkata dulu mereka ada menyiasat tetapi berkata, “tidak cukup bukti”. Kini SPRM berkata “temui bukti baru”. Ia adalah lawak biasa yang berkumandang bila SPRM bertemu media.

Pencatat mengerti mengapa SPRM dan Polis seperti lipas kodong ingin mendakwa Azmin Ali. Ia tidak lain kerana sikap membondek keterlaluan masih menjadi budaya SPRM dan Polis.

Minggu ini dan lepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid telah membongkar beberapa penyelewengan dan ketirisan yang bernilai berbillion ringgit.

Amnya SPRM dan Polis jika melibatkan UMNO, mereka akan buat selamba bodoh sahaja. Adakah mereka berkerja dengan ‘berselamba’ atau mereka itu ‘bodoh’.

Pencatat kurang arif. Pembaca lebih mengerti.

Pencatat dimaklumkan secara lisan oleh seseorang. Semasa Azmin Ali ketika menjadi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat rakan taulan Azmin Ali mempergunakan nama beliau.

Ia bertujuan jual-beli secara kontra untuk mengaut keuntungan segera. Ia menjadi amalam biasa peniaga saham pada ketika itu.

Difahamkan Azmin Ali tidak menurunkan sebarang tandatangan pada urusan jual-beli saham tersebut. Allahulambisaw.

Tahun 1992-1994 bukan sahaja Azmin Ali terlibat dalam pasaran saham yang melonjak dan menjunam mendadak. Mohzani Mahathir, Mukriz Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan keluarga menteri BN-UMNO juga terlibat.

Ada berita yang mengatakan pada tahun tersebut salah seorang dari mereka hampir terjun bangunan kerana mengalami kerugian ratusan juta.

Kita akan lihat SPRM dan Polis menyiasat kes Azmin Ali sahaja. Ia disebabkan amalan membodek dan ibarat lembu dicucuk hidung masih diamalkan.

Siapa peduli Malaysia tersenarai negara pengamal rasuah diantara tertinggi di asia dan dunia. Anda ada jawapannya.

Muslim State, Liberty, Ketuanan Melayu and Bangsa Malaysia...

Compare Malaysia with Brunei, which gained independence 27 years after us. The Bruneian Proclamation declares Brunei "a sovereign, democratic and independent Malay Muslim monarchy". Our Proclamation, on the other hand, announces that we "shall be for ever a sovereign democratic and independent State founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of its people".

Our founding fathers were not too worried about things involving race. They did not declared officially as a Malay state or a Muslim state; they did not need to call for Malay unity or Muslim unity. But they did call for the all Malayan unity. Even if they did believe that in the short term, some authoritarianism was necessary to clamp down on ethnic tension, they knew that in the long run, all that matters is that the people of Malaysia are happy, that they have liberty and justice.

So what were some political parties talking about when they met over "Malay unity"? Was it about how to improve the lot of the Malays by lording it over other Malaysians with some ideology of ketuanan Melayu? Or they just purposely ignoring the non-Muslim which are almost 35% of the Malaysian citizen? We are facing a lot of crisis nowadays, including the hike of inflation rate, leadership crisis, worrying sports performance, drop of the Malaysian Universities in the world rankings and I have a long list of the problems. So, hope all Malaysian focus on those problems instead of racial issues.


Malays should believe multiracial liberalism concept, then only we able to form strong and competent Bangsa Malaysia. After 52 years of national independence we are still talking about unity among Malays, among Chinese, among Indians and among other races within ourselves. These should be the issues of the past and now as Malaysian we should emphasis on the nation's building and development for the betterment of our future generations! Lets together we struggle for this noble cause!

Penyiasat dedah nama adik Najib

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.

azlanSebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam selepas membuat pendedahan menggemparkan itu.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan luar biasa.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".

Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.

Mengapa Kita Bermasalah Seperti Ini?


Cerita manusia sememangnya kompleks, rencam dan pelbagai. Hanya kadang-kadang ia kelihatan mudah dan simpel. Sewaktu ia mudah dan simple itu memang ia seperti tidak ada masalah. Tetapi sewaktu-waktu tertentu ia akan muncul dengan wajah yang kusam, rumit, penuh bermasalah dan seperti tidak ada penyelesaian. Ketika itu yang diperlukan adalah kebijakasanaan.

Apabila sesuatu itu memerlukan penilaian, kita pun sering juga menjadi terkejut mendapati kawan-kawan yang kita anggap selama ini kita mengenalinya tiba-tiba membuat sesuatu yang di luar dugaan kita sama sekali. Ah, kenapa dia bersikap begitu? Apakah dia tidak faham, tidak kenal, ataupun kita yang tidak kenal dia?

Makanya bagaimana?

Kita menjadi serba salah dan serba tidak kena apabila kedua-dua pihak yang berkelahi itu adalah kawan kita. Sebahagian daripada kawan-kawan kita yang lain pula menyebelahi di satu pihak, manakala sebahagian lagi kawan-kawan kita juga, menyebelahi pihak yang satu lagi. Ah, mana satukah yang berada di pihak yang benar?

Kedua-dua pihak mempunyai cerita masing-masing dengan versi masing-masing, yang menyokong bahawa tokoh di pihak mereka adalah yang benar. Maka di sini kita amat mengharapkan kebijaksanaan seseorang untuk dapat mengambil tindakan yang tepat, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Apabila di situ terlibat pula seorang tokoh pemimpin yang kita hormati, yang kita harapkan kebijaksanaan kepimpinannya dapat diteruskan untuk suatu tempoh lagi, dan permasalahan yang rumit itu rupa-rupanya akan menjejaskan ketokohan pimpinan dan kemuliaan peribadinya – apakah yang menyebabkan kita menjadi bimbang dan risau sebenarnya?

Kita bimbang dan risau memikirkan kalau-kalau tokoh pemimpin yang kita sayang itu akan menjadi mangsa ketidakfahaman orang terhadapnya, atau menjadi mangsa konspirasi jahat pihak yang memusuhinya, atau kita bimbangkan dia menerima akibat daripada tindakannya sendiri yang telah tersilap? Maksudnya kita juga percaya bahawa tokoh pemimpin yang kita hormat dan sayang itu pun ada kemungkinan telah berbuat silap dalam tindakan kepimpinannya.

Masakan tidak! Sedangkan tokoh sebesar Ali bin Abi Talib dan Usman bin ‘Affan pun harus menempuh saat-saat yang rumit dan pilu dalam kehidupan mereka sebagai pengganti Rasulullah saw memimpin umat Islam, dan mereka pun pernah membuat tindakan yang dipersalahkan oleh umat di zamannya, seperti yang digambarkan oleh sejarah kepada kita, ‘kan!

Dan dalam masa yang sama kita pun mengharapkan juga ada kebijaksanaan yang akan dizahirkan oleh sang tokoh kita, dalam situasi yang rumit itu, agar keadaan yang kacau-bilau itu pun dapat diselesaikan secara yang berhikmah, dan itu akan dapat membuktikan bahawa kewibawaanya sebagai pemimpin pun masih utuh.


Jadinya bagaimana?

Memang rumit, sulit dan payah, seolah-olah seluruh organisasi dan institusi boleh rosak dan hancur. Namun orang yang bijaksana sentiasa dapat melihat jalur cahaya yang menunjuk ke arah penyelesaian. Cuma kadang-kadang proses yang perlu diikut itu, dan implikasinya juga, kelihatannya tidak seperti yang diharapkan oleh kebanyakan orang.

Dan akhirnya kita pun perlu bertanya – apakah sebenarnya yang kita harapkan? Khusus dalam situasi rumit dan kompleks atau kemelut yang sedang dihadapi ini – apakah sebenarnya yang kita harapkan? Dan apakah harapan kita itu pun semuanya sama? Atau harapan kita pun sebenarnya berbeza-beza?

Maka akan berterusanlah… hal yang sama akan berulang-ulang dan menjadi sejarah lagi. Maka orang pun berpesanlah supaya belajarlah dari sejarah. Dan orang juga berkata bahawa manusia tidak mahu belajar dari sejarah. Dan begitulah akan terjadi apa-apa yang terjadi.

Yang namanya kehidupan ini memang beginilah ia. Segala-galanya. Hanya kita yang tidak tahu bilakah giliran kita untuk sesuatu yang tidak kita duga dan tidak kita suka itu. Padahal di dalam al-Quran cukup banyak ingatan yang mengatakan bahawa hidup kita ini sentiasa akan diuji, bahawa Tuhan tidak akan membiarkan manusia itu bebas begitu sahaja tanpa diuji oleh-Nya. Bahkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul pun tidak terkecuali.

Maka marilah kita masing-masing kembali kepada diri kita, dan mengambil serta memberi sedikit masa untuk kita mengenali diri kita sendiri. Sewaktu kita sedang menuduh sipolan itu berdengki dan berdendam misalnya, apakah di dalam diri kita sendiri tidak ada sedikit pun rasa dengki dan dendam terhadap orang?

Sewaktu kita sedang menuduh sipolan dan sipolan itu tidak ikhlas dalam perjuangan dan sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan diri, apakah diri kita sendiri cukup ikhlas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa pun untuk kepentingan diri? Dan sewaktu kita suka membuat komplen itu dan ini kepada orang itu dan orang ini, sempatkah kita melihat kepada diri kita sendiri apakah kita sudah melaksanakan apa-apa yang kita harapkan dilaksanakan oleh orang itu dan orang ini?

Barangkali tulisan saya kali ini agak lain sedikit warna dan bunyinya ya? Tak tahulah, saya pun tiba-tiba seperti terlihat begitu banyak sekali hal-hal yang boleh menyebabkan umat atau jemaah kita menjadi lemah dan mundur, padahal baru saja tadi kita sudah berada di landasan yang sedang membawa kita menuju kepada suatu kemenangan besar tidak lama lagi.

Kenapa tiba-tiba kita harus bermasalah seperti ini? Tidak bolehkah kita mencari persefahaman sesama jemaah sendiri? Ketika jemaah semakin membesar sekarang tidak bolehkah kita meningkatkan kewaspadaan, dengan menjalani tarbiyah dan latihan-latihan yang perlu?

Berpeganglah pada tali Allah dengan sekuat-kuatnya, dan janganlah pernah kita lupa pada pesan al-Quran, bahawa Allah tidak akan membiarkan kita hidup bebas begitu sahaja tanpa diuji oleh-Nya. Dan bahawa syaitan itu tidak ada lain kerja mereka melainkan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan menyelewengkan manusia dari landasan diri yang sebenar (siraatal mustaqiim). -Dinsman

Penyelewengan & Rasuah; Guna Duit Kerajaan Untuk Parti Umno


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/danabaktiremaja.jpg
(Gambar atas - Komander Program Dana Bakti Remaja Terengganu, Mohtadin Arim, memeluk seorang puteri umno pada hari akhir program tersebut bagi DUN Bukit Besi 5 November lalu. Itulah mungkin antara kandungan kursus yang diajar oleh Umno menerusi program Dana Bakti Remaja)


KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya menyiasat Program Dana Bakti Remaja yang dilaksanakan di negeri ini.

Ini kerana, program tersebut didakwa mempunyai unsur-unsur penyelewengan serta rasuah melibat pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kira peruntukkan RM23 juta untuk program Dana Bakti Remaja itu menyalahi etika dan salah satu bentuk rasuah kerana duit kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik dan program politik tertentu sahaja,” tegasnya dalam satu sidang mediadi Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dekat sini, baru-baru ini.

Beliau mendakwa program tersebut menyalahi etika serta merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, peruntukkan RM23 juta tersebut digunakan 100 peratus bagi ‘servival’ parti Umno dalam meningkatkan sokongan golongan belia remaja terhadap BN.

“Oleh kerana itu, kita (PAS) minta dana ini disiasat dari segi pemberian dan sasaran. Saya difahamkan ketika program ini dibuat peserta diminta menyanyikan lagu Umno.

“Jika berlaku kesalahan di kalangan peserta itu juga didenda dengan menyanyikan lagu Umno berulang kali.(klik lihat Video Klip)

“Ini bukan satu bentuk program yang sepatutnya guna duit kerajaan. Saya minta pihak SPRM dan pihak-pihak yang prihatin membuat penyiasatan. Ini benda besar duit rakyat RM23 juta dan bukan benda kecil,” tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/dinadamdanabaktiremaja.jpgManakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman yakin memberian serta penyalahgunaan duit rakyat melalui program Dana Bakti Remaja itu tidak menjamin sokongan rakyat terhadap Umno-BN.

Katanya, meski pun tujuan program tersebut bagi menarik pemuda dan pemudi menyokong Umno-BN tetapi rakyat bijak menilai.(Gambar kanan - Dato' Din Adam, ADUN Bukit Besi berucap dimajlis perasmian 3 November lalu)

“Kita (PAS) tahu dana remaja ini digunakan untuk menarik pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi hanya untuk kepentingan politik Umno sahaja dalam pilihan raya akan datang.

“Mereka (Umno) menggunakan duit ehsan khususnya untuk menarik golongan muda menyokong mereka (BN).

“Umno guna peluang (Dana Bakti Remaja) itu untuk daftar pengundi muda supaya memihak kepada mereka (BN),” ujarnya.

Namun begitu, katanya tidak semesti pemuda dan pemudi yang menyertai program tersebut akan memihak 100 peratus kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

“Bagi kita (PAS) daftar sebagai pengundi itu tidak semestinya orang (Pemuda) itu akan jadi Umno.

“Cuma itu (dana) menjadi satu tarikan atau ‘umpan’ dengan menggunakan duit kerajaan. Pemuda ini akan daftar dengan Umno dan ambil duit Umno.

“Tetapi semasa mengundi, kita (PAS) yakin mereka (Pemuda-pemudi) akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mengundi BN,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana isu program Dana Bakti Remaja pernah dibuat laporan kepada pihak SPRM yang waktu itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tidak ada tindakan positif.

.


Lagi Maklumat Pasal Suwardi Yaakob-Kawan Baik Ustaz Nasaruddin Mat Isa Rupanya

Nota: Ini adalah maklumat tambahan berkaitan dengan Suwardi Yaakob dari seorang yang amat kenal dan amat tahu kegiatan serta siapa Suwardi Yaakob ini. Bagus juga saya dedahkan siapa Suwardi Yaakob. Yang menjadi kerisauan kita adalah Suwardi Yaakob ini adalah rakan rapat dengan Ustaz Nasarudin Mat Isa seperti yang diakui oleh Ustaz Nasaruddin sendiri. Sehingga ke tahap waktu Ustaz Nasa di hospital, Suwardi menjadi "nurse". Dengar lah sendiri

Penambahan Maklumat Berkaitan Dengan Suwardi Yaakob
Rupanya Suwardi ini telah di “struck-off” dari Bar Council. Sesiapa yang berada dalam aliran perundangan akan tahu bahawa apabila di “struck off” bererti ia melibatkan kes pecah amanah yang serious. Peguam yang mendapat layanan sebegini dari Bar Council telah mendapat satu penghinaan yang sangat besar seorang peguam yang boleh dapat. Biasanya Bar Council akan memberi tindakan sebegini apabila berlaku kes pecah amana yang sangat besar.

Kalau kita hentam Rohaizad calon BN Permagtang Pasir sebagai pecah amanah dan di buang dari Bar, ingatlah org kanan Hasan Ali, Ustaz Nasa, danorg kepercayaan utk temani Us Nasa termasuklah selama Ustaz Nasa pi Manek Urai, dan bersama Hasan Ali di Permatang Pasir adalah seorg pemecah amanah yg jauh lebih besar daripada Rohaizad. Rujuk kepada page ke-3 surat tersebut...

Suwardi ni dah benefited banyak ketika kerajaan UMNO Selangor dulu. Memang banyak dah.... Projek dgn MAIS yg dinyatakan itu hanyalah yg kecil yg melibatkan UMNO Selangor, dan dia pun nak kelentong UMNO Selangor juga. Salah seoran pembeli rumah dan tertipu tu pun ada dalam gambar di rumah pertemuan blogger UMNO tu... Tapi kalaulah pembeli tu tahu tentang Suwardi dah lama kena sepak rasanya...


Org kuat UMNO yg dok buat business dgn UMNO sekarang dah menjadi org kanan Hasan Ali, dan Ustaz Nasa, dan menasihatinya dalam hal2 projek. Jumpa Suwardi semuanya org tahu dia akan cakap hal projek semata.

Lebih jauh dari itu, blh dibayangkan dia layak meletakkan dirinya sebaris dengan bilik2 pimpinan2 utama PAS pusat ketiaka muktamar PAS ke 55 di Shah Alam lepas.

Bayangkan selama 4 haribulan sehingga 7 haribulan Jun, dia boleh dibenarkan ambil satu bilik khas utk diri dia Suwardi, bersama bilik2 pimpinan lain, Us Hadi, Haron Din, Roslan SMS???, Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali. Mustafa Ali....

Bayangkan apa dan siapa dia yg tak pun terlibat langsung dlm tanzim PAS, bukan AJK muktamar tapi dapat seorg satu bilik, satu roslan, satu suwardi.... Dan bilik yg diambil bilik sangat mahal...

Cuba bayangkan, semua pimpinan2 lain termasuk Hasan Ali tempat tunggangan dia duduk bilik Executive Deluxe sahaja, Nik Aziz pun duduk bilik Executive, tapi si Suwardi bklh duduk bilik kedua paling mahal, Premier Suite;
Dan dalam seramai2 pimpinan itu hanya dia dan satu lagi atas nama Ustaz Hadi... Di Hotel tu pun ada dua sahaja bilik mahal tu...


Pelik, org dah kena “struck off” dari BAR pun blh hidup senang lenang dan ke sana sini dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Dulu Ustaz Dahlan ABIM Perlis (HALUAN) pernah anggap dia sebagai syadid tarbiyyah (terlalu kuat tarbiyyah), tapi bila dah bermain duit, semua tarbiyyah dah ditinggalkan. Sapa nak kenali Suwardi blh sahaja call HALUAN tanyakan tentang Suwardi, anak arwah Ustaz Yaakob Perlis.

Malahan dalam ucapan tertutup blogger UMNO tu pun Ustaz Nasa dok ceritakan tentang Suwardi. Suwardi sendiripun berbangga dok cerita merata ceruk dia keluar main golf dgn UMNO itu, dan UMNO ini, dan dok keluar golfing dgn Datuk Bandar MBSA (terlalu kuat UMNO), dan banyak nak sabotaj Pakatan Rakyat. Semua org sebut sesiapa yg nak business dgn MBSA kena pandani main golf dgn Datuk Bandar...

Org bernama Suwardi ni adalah master mind. Saya akan bongkarkan dlm masa terdekat "master plan" dia untuk bersama UMNO, PAS bekerjasama dgn UMNO.... (sapa kata org tuduk Ustaz Nasa dan Hasan Ali nak masuk UMNO!!!) org kata bekerjasama dgn UMNO.

Depa mana berani masuk UMNO, dah depa bai'ah taklik so manalah depa berani. Cuba tak taklik dan tak bai'ah, saya tak gerenti depa ni tak masuk UMNO. Disebabkan tak boleh masuk UMNO tulah depa dok teringin bekerjasama dgn UMNO....

Cuba bayangkan selama 10 hari org bertungkus lumus di Bagan Pinang, Ustas Nasaruddin berseronok2 dengan semua “Top Guns” UMNo pi Tanzania dan beberapa tempat lain2, atas nama wakili PAS utk “PGM parliamentarian”. Dia tak rasa penting Bagan Pinang.

Bila sampai je di Bagan Pinang, haprah tak tahu apa2.... blh buat pun pada hari mengundi naik SUV pusing2 tempat mengundi. Itu jer kerja Timbalan Presiden..

Maklumat Tambahan Suwardi Dibuang Dari Bar Council
Dari : Ahli PAS Selangor

by Tulang Besi

Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli masa'

Oleh: Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoal kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.

Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

"Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas."

"Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu," tegas Mahfuz.

Bagi Mahfuz, Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan Ketua Setiausaha  Negara (KSU) Kerajaan.

"Pasukan (Khas) Sidek gagal dan tidak berupaya untuk kenal pasti siapa rasuah (dan) siapa eksekutif-eksekutif kerajaan yang salah guna kuasa, sebab dia sendiri KSU, sebahagian dari kerajaan."

"Kalau dia (Sidek) nak siasat, pertama sekali dia akan siasat beberapa individu dalam kabinet...dia akan minta minit kabinet tentang isu PKFZ ini disemak."

"Saya percaya dia Najib) tidak berupaya jadi seorang yang bebas sebab dia KSU, dia setiausaha yang tulis minit kabinet," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan syor Sidek itu, sekadar melengah-lengahkan siasatan sebenar ke atas PKFZ.

"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."

"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan," jelasnya.

Semalam, Sidek bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan meminta Lembaga Pengarah LPK menubuhkan suatu ad hoc di bawah Kementeriannya.

Cadangan itu membolehkan usaha pemantau integriti dilaksanakan, tanpa perlu melibatkan pindaan undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media arus perdana mendedahkan keterlibatan beberapa inividu penting Umno dan BN dalam kes berkaitan PKFZ tersebut.

Ketua Pemuda Umno Kapar yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah dilaporkan membeli sebidang tanah secara misteri yang bernilai RM95 juta pada tahun 1999 lalu, dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL).

Tanah tersebut dipercayai umum, diperoleh secara eksklusif daripada bapa mertuanya (Faizal) yang juga Pengerusi Lembaga KPPL.

Lebih misteri apabila Bendahari Umno Datuk Seri Azim Zabidi dan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN Datuk Seri Tiong King Sing (MCA) masing-masing merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam KDSB.

Isu PKFZ yang masih tidak selesai sejak sedekad yang lalu secara tidak langsung menjadikan kerajaan sendiri dilihat terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Permuafakatan Yang Jelas


Pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat Perubahan.
Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat. Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing.
Perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada umno-barisan nasional. Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia. Tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain. Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu.
ANWAR IBRAHIM

MCA: Penyokong Kumpulan Masing-Masing Pertahan Pendirian



KUALA LUMPUR:Penyokong kumpulan yang bertelagah dalam MCA hari ini mengadakan sidang media masing-masing untuk mempertahankan perjuangan dan pendirian mereka walaupun perdana menteri secara terbuka berkata beliau akan cuba menyelesaikan masalah MCA dengan bertemu dengan semua pihak tidak lama lagi.
Datuk Ti Lien Ker yang baru dilantik sebagai anggota Majlis Presiden berkata, media telah dikelirukan sehingga memaparkan tajuk berita yang mencadangkan "pelan perpaduan menyeluruh" (GUP) telah gagal atau berlaku penyalahgunaan kuasa.
"Perkataan yang digunakan seperti 'pancung, cantas dan bakar" adalah putar belit kepada realiti. Drama mengeluarkan air mata secara terbuka merupakan drama politik," katanya.
Beliau merujuk kepada sidang akhbar yang diadakan Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diapit oleh Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun yang menangis selepas digugurkan daripada Majlis Presiden.
Ti berkata, Chew masih Ketua Wanita dan patut berterima kasih kepada Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat yang telah melantik Setiausaha Penganjur Wanita MCA Kebangsaan Tan Cheng Liang dan Setiausaha Agung Wanita Senator Heng Seai Kie menganggotai Majlis Presiden.
"Timbalan Ketua Pemuda Datuk Dr Mah Hang Soon juga dilantik ke Majlis Presiden, jadi kenapa Ketua Pemuda fikir tiada wakil?" soal Ti.
Malah Ti berkata, tiada sebab bagi parti komponen Barisan Nasional untuk campur tangan dalam krisis dalaman MCA.
Beliau juga menggesa akar umbi untuk tidak menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini yang diadakan oleh penyokong Liow dan sebaliknya rapatkan barisan untuk memastikan pelan perpaduan berhasil.
Pada satu lagi sidang akhbar yang diadakan oleh sembilan anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Kebangsaan, jurucakap kumpulan itu, Chong Sin Woon berkata, campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu memulihkan integriti MCA di peringkat akar umbi.
"Satu-satunya penyelesaian untuk memperoleh semula integriti parti di kalangan akar umbi ialah dengan mengadakan pemilihan baru sebelum akhir tahun, kita boleh gunakan mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan pada 5 Disember sebagai platform untuk mengadakan pemilihan baru," katanya. Chong juga mencabar Ong dan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk bertanding dalam pemilihan baru dan membuktikan yang mereka mendapat 97 peratus sokongan parti.
"Jika mereka dipilih semula oleh perwakilan, kami akan menghormati dan menyokong mereka. Kena berani hadapi perwakilan," katanya.
Chong berkata, dengan membuang penyokong Liow, Ong kini berkuasa penuh ke atas Majlis Presiden.
Kenyataan Wanita MCA pula berkata, Wanita menyambut baik pelantikan Heng dan Tan sebagai anggota Majlis Presiden, tetapi tidak dapat menerima yang Ketua Wanita telah digugurkan.
Ini adalah pertama kali Ketua Wanita tidak dilantik menganggotai Majlis Presiden dan ia mencerminkan "pengabaian mutlak" oleh presiden terhadap sayap Wanita dan satu penghinaan kepada Chew dan pergerakan Wanita.
"Keputusan itu turut menjejaskan hala tuju parti dan Wanita MCA," katanya.BERNAMA

Jawap surat fitnah Bagan Utama dan Aduka..!!!

Oleh : albanjari
Mengapa pimpinan PAS terus difitnah sebegitu teruk. Menyedihkan, yang menjadi penyebar fitnah, dipercayai adalah dari pendokong blog PR pula. Wak kesal ! Mengejar hits ? MasyaAllah ! Pagi ini wak minta sahabat wak di KL, ustaz MRK sendiri telefon Ustaz Idris (Ketua Penerangan PAs Pusat), samada benar ada beliau lontarkan surat dibawah kepada Mohamad Sabu. Jawapannya TIDAK. Dan beliau pun tidak tahu menahu hal itu.

Untuk lebih adil, Ustaz MRK albanjari juga turut menghubungi saudara Mohamad Sabu, dan penjelasannya terang, TIDAK ADA surat mahupun memo dari Ustaz Idris berkaitan isu diatas diterimanya. Post Mortem tu pun belum siap lagi katanya.

Persepsi yang dapat dibuat, paparan surat palsu itu di blog baganutama dan adukataruna adalah satu tindakan yang tidak bermoral malah berunsur fitnah dan dapat ditafsirkan mempunyai 'niat jahat' memburukkan pimpinan PAS dan di dalam jamaah PAS itu sendiri dengan tujuan melaga-lagakan satu dan lain.

Jika editor baganutama mendabik dada kononnya mereka rapat dgn pimpinan, mengapa mereka sendiri tidak mencari jawapan dengan menghubungi sendiri Mat Sabu dan ustaz Idirs untuk mendapatkan kesohihannya?

Adakah kerana mengejar hits dan kedudukan carta mingguan blog paling popular di Perakexspress, tanggungjawab moral dan dosa fitnah harus dikesampingkan ? Sebagai seorang yang mengenali editor baganutama dan juga saudara aduka, wak mohon agar 'beramanahlah ketika menulis'. Salam dari wak albanjari.

MB sedia bertemu syarikat pemaju terlibat selesaikan penutupan Jalan Tanjung

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia untuk bertemu dengan syarikat pemaju Bandar Utama City Group dan Dijaya Corporation yang terlibat dalam penutupan Jalan Tanjung Bandar Utama.


Ini berikutan gesaan yang dibuat hampir 11,000 penduduk Jalan Tanjung yang meminta Menteri Besar campur tangan bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa Rasiah berkata beliau bersetuju dengan tindakan yang diambil Tan Sri Khalid untuk bertemu dengan pemaju terlibat bagi menyelesaikan isu itu.

"Pendekatan yang dibuat Menteri Besar bukan mengenai penutupan Jalan Tanjung sahaja tetapi membawa penyelesaian secara menyeluruh dan ianya tidak boleh diselesaikan dalam masa satu dua hari,dan jika perlu dibuat jejambat(flyover)yang baharu atau apa saja yang diperlukan dalam sedikit masa dan pemaju harus bertanggungjawab,"katanya.

R. Sivarasa berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, pagi tadi.

Jalan Tanjung merupakan jalan penghubung antara Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya Sprint dan merupakan jalan penting kepada penduduk.

Perbincangan hari ini turut dihadiri Pengerusi Badan Bertindak  yang Menentang Penutupan Jalan Tanjung Bandar Utama, Datuk Mohammed Shukri Mohammed Zaim yang mewakili penduduk kawasan terbabit.

Menurut Mohammed Shukri penutupan Jalan Tanjung telah menimbulkan kemarahan dan kesesakkan lalu lintas kepada penduduk yang telah menggunakan jalan terbabit selama 14 tahun tanpa sebarang masalah daripada kawasan-kawasan bagi Kota Damansara, Tropicana dan Sunway Damansara

"Kesesakan berlaku di jalan tersebut dan ramai penduduk terpaksa berhempas pulas untuk keluar dari kawasan terbabit,"jelasnya.

Bagaimanapun,Tan Sri Khalid akan mengumumkan keputusan jalan penyelesaian itu pada Isnin ini.

TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.


Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam "Honorable Mention".

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.



Ustaz Derih "SOUND" Mat Sabu ???

oleh ali Baganutama
Jangan ditanya mano den dapat gambar ni. Ha Ha Ha. Kelakar Ustaz Idris Ahmad. Mari kito berfikir apa sebab kenyataan@statement itu berlaku. Den maleh nak ulas. Eh mano gambar tu. Jap2.

Click for enlarge

Oklah den ulas sikit. Ini berkemungkinan besar adalah respon Mat Sabu "sound" pimpinan PAS. Mat Sabu adalah orang yang paling meluat dengan kepimpinan PAS yang ada sekarang ni. Mesyuarat Khas dan Seminar Khas, di mana Mat Sabu ?? Itu sahaja sebagai bukti Mat Sabu dah fed up dengan orang atasan beliau yang tidak sudah-sudah nak bergabung dengan UMNO. Orang atasan beliau tidak pernah berputus asa nak ber'Unity Government" dengan UMNO.

Ini raso den lah. Selepas Mat Sabu 'sound' orang atas, Derih yang mewakili orang atas 'sound' balik Mat Sabu. Sesi sound menyaound akan berterusan. Kito tengok je lah nanti. Damai dari Baganutama :)

Krisis PMBK: Cari Lubang Yang Betul Sebelum Terjun...



Sebetulnya saya tidak berminat untuk mengulas apa-apa hal pun yang berkaitan dengan krisis dalaman Kerajaan PAS Kelantan atau lebih tepatnya krisis PMBK sejak dari awal lagi. tetapi pada tahap ini, saya tidak dapat lagi menahan jari dan keinginan saya untuk mengulas sedikit sebanyak dan meluahkan pendirian saya dalam hal ini.

Saya mengenali nama-nama yang disebut secara langsung dan juga yang terlibat dalam mempertahankan mereka-mereka yang "dinamakan" sebagai "geng jahat" dan juga "geng baik" didalam krisis PMBK sejak berakhirnya PRU-12 kebanyakannya secara kebetulan.

Maklumlah, blogger-blogger "kokak" macam kami tiada tempat dalam dunia mereka-mereka yang "mahsyur".

Pada saya pula, mengenali nama-nama yang disebut secara dekat adalah satu peluang untuk memahami diri masing-masing. kita selalu mendengar berbagai cerita keburukan sipolan-sipolan sekadar dari mulut ke mulut dan biasanya yang rajin bercerita ini ialah mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan sipolan-sipolan.

Lumrah manusia, lebih berminat bercerita keburukan sipolan-sipolan bila bersembang dan itu adalah normal bagi mana-mana manusia bergelar "insan". naluri untuk bercerita datang kerana sebenarnya ingin meluah perasaan tidak puas hati.

Bila kenal secara langsung, baru kita tahu, bagaimana sebenarnya sipolan-sipolan yang pada awalnya kita hanya kenal "keburukannya" sahaja. itu lumrah. sebab itu ada pepatah - "tak kenal maka tak cinta" (ini bukan pepatah untuk kalangan yang berminat pada hubungan sejenis..!).

Balik pada isu pokok, krisis dalaman PMBK.

Saya mula mendapat maklumat adanya krisis di Kelantan sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh dari seorang kenalan di Kelantan melalui sembang YM (sayang ketika itu saya yang tak pandai IT ni tak tau bahawa semua komunikasi YM blh disave, kalau saya tau, dah lama saya save untuk dipublish pada hari ini).

Pada ketika saya berada di Perak dan berada bersama geng-geng BloggersNetwork@Perak, ada saya ceritakan "khabar" tersebut kepada sahabat-sahabat di Perak dan kebanyakan dari kami tidak percaya akan "khabar" tersebut.

"Khabar" tersebut akhirnya tamat disitu sahaja tetapi saya masih curiga dengan penyampai tersebut tetapi saya juga tidak berminat untuk menyiasat kesahihannya pada ketika itu lantaran ingin fokus pada tajuk utama ketika itu iaitu Krisis Perlembagaan Perak.

Walaubagai manapun, setiap kali saya pulang ke Kelantan, pasti saya akan mendapat berbagai berita yang berlainan "kisahnya" dari rakan-rakan di Kelantan. saya masih terfikir, siapakah "mastermind" dalam permainan ini..?

Masih juga saya mengambil pendirian untuk tidak masuk campur atau mengulasnya dalam tulisan-tulisan saya kerana pada ketika itu saya masih tidak yakin untuk mengulasnya seperti hari ini. maklumat pada ketika itu masih kabur tetapi seimbang... ada pro dan ada kontra. kedua-dua pihak baik dan kedua-dua pihak jahat. itu kata hati saya.

Saya tertarik dengan "hentaman" salah seorang rakan yang cenderung mempertahankan salah seorang yang saya kenal pasti sebagai antara "mastermind" dalam krisis ini dan "hentaman" tersebut bagi saya bersifat "pembunuhan karektor"...

Saya berada 1 kapal dengan Syeikh sewaktu kami menyertai Ekspidisi Royalti Minyak: Pelantar Cakrewala dan sepanjang masa saya dan juga Syeikh berada diatas dek atas kapal yang kami naiki, berpanas berhujan diatas sana hanya berselimut langit.

Demi Allah saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa Syeikh juga menunaikan solat seperti muslim yang lain. tidak ada cacat cela tertib ketika Syeikh bersolat dalam keadaan duduk antara 2 sujud sepertimana anak-anak kapal yang lain bersolat. saya yakin peserta-peserta yang lain juga nampak Syeikh menunaikan solat ketika itu dan tuduhan bahawa dahi Syeikh tidak pernah mencecah sejadah adalah 1 tuduhan yang jahat.

Banyak serangan-serangan pada mereka-mereka yang namanya disebut sebagai "geng jahat" dalam krisis PMBK dinyatakan secara semborono sebenarnya dan pada ketika ini, saya tidak berminat untuk mempertahankan mana-mana individu berkaitan kecuali satu sahaja iaitu tuduhan terhadap Syeikh seperti yang saya jelaskan diatas.

Lain-lain persoalan, saya biarkan menjadi tanda-tanya dan biarkan ianya tergantung. bukan nak sembunyikan apa-apa, tapi biarlah mereka-mereka yang saya fikir "tersalah haluan" mencari sendiri kebenarannya dan sekiranya apa yang anda temui, berlainan dari apa yang anda dapat sebelumnya, rasanya masih belum terlambat untuk membuat pembetulan.

Aku agak kecewa jugak bila aku perhatikan nama-nama besar dalam dunia cyber terpedaya dengan "pemaklum-pemaklum" dan aku tak salahkan rakan-rakan cyber aku sebab aku cukup-cukup faham situasi. bukan mudah nak tolak "maklumat" yang datang dari orang yang "paling rapat" dengan TGNA kan..?

Teringat pulak aku bilamana Hasan Ali pun guna "kaedah" yang sama... sikit-sikit Sultan nak, sikit-sikit Sultan nak... yang ni pulak, sikit-sikit TGNA nak, sikit-sikit TGNA nak...

Dulu aku pernah jugak hampir terpedaya dengan "kaedah" macam tu... tapi bila aku fikir balik lojiknya - kalau apa yang kau cakap tu cukup kuat dan berfakta, kenapa masih nak bersandar pada satu nama yang hebat..? Ezam pun pernah guna "kaedah" ni jugak masa dia dalam PKR dulu...

Fikir-fikirkan...

Ada kawan bertanya pandangan aku dalam krisis PMBK ni dan aku jelaskan secara mudah tapi agak panjang. pada aku, lebih baik aku jatuhkan sorang individu yang masih muda dan punya masa depan yang banyak untuk belajar dari kesilapan dan pengalaman naik turun dunia daripada aku jatuhkan seorang yang kita tahu dia memang terbukti telah berjaya sebagai seorang pemimpin.

Secara jelas tanpa berselindung. lebih baik aku selamatkan sebuah Kerajaan daripada aku selamatkan seorang individu. untuk menyelamatkan sebuah Kerajaan, aku perlu undurkan atau bahasa kasarnya "jatuhkan" Ariffahmi. hujah aku mudah. jika Ariff berundur dari PMBK, TGNA dan PAS Kelantan boleh saja seperti biasa menguruskan pentadbiran negeri Kelantan seperti biasa.

Lebih lama Ariff berada dalam PMBK, lebih banyak masalah akan datang dari musuh-musuh yang selama ini laparkan isu untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. masa keemasan akan tergadai dengan berbagai gangguan dan "persepsi" (lagi-lagi persepsi) pemerhati..? faham-fahamlah...

Jadi apa langkah rakan-rakan seterusnya..? masih mahu menjadi "tembok" yang mempertahankan UMNO..?

Salam Perjuangan...

"Berkata Benarlah Walaupun Pahit"

PAS: Jangan abai bukan Melayu jika mahu Pakatan kekal di Selangor


Oleh Samsuri Roslan
SHAH ALAM, Nov 20 — Para pemimpin PAS termasuk wakil rakyat parti itu di Selangor disaran tidak menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan semata-mata demi meraih sokongan menyeluruh dalam pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan dalam waktu terdekat ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib berkata, realiti politik dalam pilihan raya umum ke-12 menunjukkan majoriti pengundi Melayu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor tidak berpihak sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR).
Mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, lebih 83 peratus, dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata beliau ketika ditemui di sini.
“Oleh itu, ADUN PAS dan PKR daripada kalangan Melayu tidak perlu menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan dan keterlaluan kerana mereka masih lagi berpihak kepada Umno,” kata beliau lagi.
Sebagai ADUN, beliau turut mengakui masih menghadapi kesukaran untuk meraih sokongan padu daripada kalangan pengundi Melayu di kawasan yang diwakilinya berbanding pengundi kaum Cina dan India.
Sehubungan itu, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor ini masih tidak yakin bahawa pengundi Melayu terutamanya di kerusi DUN beliau wakili akan berpihak kepada kerajaan PR dalam pilihan raya umum ke-13 seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pimpinan negeri.
Pandangan Saari mempunyai asas jika melihat kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Kawasan majoriti pengundi Melayu yang melebihi 80 peratus dikuasai oleh calon Umno berbanding PR.
Hanya dua kawasan DUN yang majoriti pengundi Melayu melebihi 80 peratus iaitu Hulu Kelang (80 peratus) dan Gombak Setia (81 peratus). Hulu Kelang kini diwakili Saari sementara Gombak Setia pula dimenangi Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Enam kerusi DUN lain yang dikuasai wakil rakyat PAS ialah Lembah Jaya yang mempunyai pengundi Melayu seramai 55.3 peratus, Cempaka (58 peratus), Bangi (64 peratus), Meru (60 peratus), Selat Kelang (64.4 peratus) dan Si Jangkang (66 peratus).
Sementara sembilan DUN yang dikuasai oleh calon PKR kalangan Melayu ialah Ijok (49 peratus), Bukit Antarabangsa (57 peratus), Seri Setia (54.4 peratus), Taman Medan (60 peratus), Kota Damansara (55.8 peratus), Kota Anggerik (68 peratus), Batu Tiga (69 peratus) dan Sri Muda (53.3 peratus).
Saari khuatir sokongan terhadap kerajaan negeri akan berubah dalam pilihan raya umum akan datang jika pengundi Cina dan India tidak lagi memberi sokongan padu kepada calon PR.
“Kerana itu, kita perlu memperjuangkan rakyat secara lebih meluas yang boleh diterima oleh mereka berbanding dengan hanya memberi tumpuan kepada pengundi Melayu semata-mata,” katanya.
“Apa yang lebih penting adalah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing daripada terjebak dengan isu Melayu yang menjadi mainan politik Umno,” katanya lagi.
Beliau juga mengakui kerajaan PR “besar hati” dengan memberi tiga Exco kepada kepemimpinan PAS negeri walaupun parti ini hanya mempunyai lapan kerusi.