Khamis, 19 November 2009

Karpal Telah Sambut, Nazri Tiba-tiba Membisu...!!!


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk mendakwa Datuk V.K Lingam sekiranya Peguam Negara memberikan kuasa kepadanya untuk bertindak.

Tindakan ini dibuat bagi menyahut cabaran Nazri semalam yang mengatakan Karpal boleh mewakili Peguam Negara dan mendakwa Lingam.

Karpal berkata di England ia menjadi perkara biasa apabila kerajaan membenarkan pengamal undang-undang untuk mendakwa sesuatu pihak bagi mewakili Queen’s counsel.

“Di negera ini terdapat peruntukan undang-undang untuk Peguam Negara mengeluarkan sijil iaitu perintah untuk memanggil Datuk Seri Nazri Aziz untuk menasihati Peguam Negara supaya mengeluarkan surat perintah untuk mendakwa V. K. Lingam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siding mediannya ketika mengulas mengenai cabaran yang dibuat Nazri semalam bahawa Karpal boleh mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam.

Nazri berkata, sekiranya Karpal mahu, beliau akan menasihati Peguam Negara untuk melantik Karpal mendakwa Lingam bagi pihak kerajaan.

Semalam Nazri berkata, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk melindungi Lingam dan Karpal selaku pengamal undang-undang boleh mendakwanya.

Sehubungan itu, Karpla menyahut cabaran berkenaan dan bersedia untuk mendakwa V. k. lingam terhadap tuduhan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan.

“Saya terima cabaran berkenaan. Saya telah bersedia untuk mendakwa Lingam dibawah Seksyen 4,Akta Hasutan. Berdasarkan klip video, apa juga yang dikata dikira sebagai cubaan menghasut.

“Dalam perkataan lain, ia berada di bawah seksyen 3(1) (c) Akta Hasutan yang mana ia adalah cubaan menghasut sebagai cubaan membawa rasa benci terhadap pentadbiran keadilan Negara,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa Peguam Negara adalah penasihat kepada kerajaan dan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan penasihat.

“Saya rasa Nazri mencabar profesyen undang-undang. Apa yang saya perlu adalah fail berkaitan siasatan video klip berkenaan. Bila saya mendapat arahan daripada Peguam Negara untuk mendakwa, saya akan lakukan apa yang perlu,”katanya.

Karpal percaya Lingam bersalah dari segi hasutan dan harus dihukum.

“Telah sampai masa untuk mengambil tindakan. Kisah V. K. lingam ini telah berlanjutan lama lebih dari setahun. Cadangan yang dibuat Suruhanjaya DiRaja telah di abaikan oleh kerajaan,” katanya -TVS

Ambil alih hutang Talam untuk dikutip dengan baik - MB

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 19 Nov: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai alasan kukuh membeli hutang Talam Corporation.
Beliau berkata, pembelian hutang itu adalah untuk mendapatkan kembali hutang anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM391.7 juta.

Khalid berkata demikian ketika bercakap kepada TVSelangor hari ini. Ia kemudiannya dilaporkan dalam laman web Selnagorkini, milik kerajaan negeri.
Menurut Khalid, keputusan itu telah mendapat persetujuan Dewan Negeri Isnin lalu yang  meluluskan peruntukan tambahan untuk tujuan berkenaan.

“Sebenarnya membeli hutang Talam Corporation ialah satu usaha supaya dapat menzahirkan hutang-hutang yang dihutangi oleh Talam Corporation dari anak-anak syarikat negeri Selangor,”katanya.

Tan Sri Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan Talam Corporation dan bersetuju untuk menyatukan hutang terbabit kedalam satu kumpulan hutang.

“Oleh kerana hutang itu terdiri dari anak-anak syarikat negeri Selangor jadi kita akan kumpulkan ke dalam satu kumpulan hutang,dan bila kita berbincang dengan Kumpulan Talam dia dilihat sebagai satu usaha bersama,”menurutnya.

Tan Sri Khalid juga menyatakan bahawa hutang tersebut telah diserahkan kepada Pemerbadanan Menteri Besar bagi menguruskanya.

“Kedua kita ingin menunjukkan bahawa hutang-hutang ini dibawah kerajaan negeri oleh itu kita telah serahkan kepada syarikat yang menjaga pelaburan tersebut dibawah MBI untuk mengutipnya dari kumpulan Talam,”jelasnya.

Walaubagaimanapun, menurut Tan Sri Khalid dalam usaha melaksanakan pembelian hutang tersebut akan ada penyusunan semula hutang-hutang terbabit.

“Tetapi dalam usaha melaksanakanya akan ada penyusunan semula hutang-hutang ini dan ia terpaksa dimasukan  kedalam akaun negeri dan diberikan kepada MBI,”katnya lagi.
Di Parlimen, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan MB Selangor itu.
Beliau juga berkata, adalah satu hal yang biasa apabila pihak lain mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini namun beliau menegaskan MB Selangor telah menjelaskan perkara itu kepadanya dan menerima penjelasan itu.
Sebelum ini, sebuah media mendedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim mempertikaikan perkara itu. Ia dibuatnya melalui email kepada para Adun dan ahli Parlimen PKR tetapi didedahkan oleh media berkenaan setelah mengetahuinya.

SILA PILIH TANGISAN SAPE PALING MENGANCAM..????





Mintak tolong jangan percaya dengan tangisan para aristrokrat negara

DS Nizar Kesal dan Sedih



DS Nizar berasa kesal dan kecewa kerana tidak dapat membantu penduduk mendirikan sebuah surau di tempat mereka.Beliau melahirkan perasaan sedih dan sayu kerana kerajaan pimpinan beliau dirampas sehingga tidak dapat membantu penduduk Islam.

Dalam satu tazkirah Maghrib di Surau Sementara Taman Aor Utama baru-baru ini,beliau berasa bersalah tidak dapat membantu penduduk menyiapkan dan membina surau untuk masyarakat sekitar Taman Aor Utama.Taman Aor Utama ,terletak di DUN Changkat Jering

Penduduk Taman Aor Utama mengandungi empat taman.Dengan jumlah penduduk Islam sekitar 500 orang.Persatuan Penduduk Islam Taman Aor Utama ini telah membuat permohonan ke Jabatan Agama Islam Perak untuk memohon peruntukan untuk membina surau sejak tahun 1999.Namun tidak mendapat jawapan.

"Mana silapnya kerana saya gagal bantu penduduk"kata DS Nizar sayu."Bagaimana saya tidak tahu permohonan tuan-tuan"kata DS Nizar lagi.

"Banyak sangat birokrasi "kata DS Nizar."Saya akan meminta jasa baik Dato Sheik Mohd Nor Alhafiz untuk menyemak kembali permohonan tuan-tuan" janji DS Nizar.

Dalam tazkirah itu DS Nizar menyatakan beliau akan membantu meluluskan permohonan rakyat jika mengikut peraturan."Pondok Pak Teh , di Pengkalan Hulu kita beri 45 ekar untuk kegunaan dan pembangunan sekolah"kata DS Nizar."MB dulu tak lulus,kita kerajaan pakatan kita luluskan" tegas DS Nizar .

"Kita tolong dan lulus permohonan rakyat untuk membina masjid,tokong dan kuil,jika ikut peraturan dan kelayakan"tambah DS Nizar.

Permohonan penduduk Taman Aor Utama,dalam daerah mengundi Larut Tin ,DUN Changkat Jering telah diajukan Ahli Parlimen Bukit Gantang Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Tetapi menghampakan sehingga sekarang tidak mendapat layanan.

Masyarakat Taman Aor Utama memang mengharapkan DS Nizar menyelesaikan masalah mereka.

Namun begitu motivasi DS Nizar yang menyatakan generasi muda ,anak -anak kita tidak akan memarahi dan menghina kita kerana telah berbuat sesuatu untuk membina sebuah rumah Allah s.w.t."Jikalau kita tidak pada masa sekarang,insya'Allah generasi akan datang dapat membina sebuah surau untuk masyarakat Islam"nasihat DS Nizar.

Sebelum DS Nizar bergerak ke Ipoh,beliau berpesan,"Cikgu ambil nombor akaun Persatuan Penduduk Islam Taman Aor Utama".

Inikah yang dikata pengkhianat oleh UMNO? UMNO dalam tempoh dua penggal jadi ADUN Changkat Jering gagal memberi sebuah surau untuk penduduk Taman Aor utama.DS Nizar pula meminta diberi peluang membantu mereka.

Bila Najib Dan Anwar Minum Teh Bersama (2)

Oleh : MSO
BEBERAPA hari lalu sebelum Najib dan Anwar minum teh bersama di parlimen saya telah duduk dan minum tea dengan seorang bekas ahli Parlimen bergelar Datuk. Datuk ini berasal dari Malaysia Timur. Perbualan kami berlegar politik semasa dan untung nasib bangsa. Dia ternyata begitu kecewa dengan keadaan orang Melayu dan juga kemelut politik hari ini.

Apa yang disuarakan Datuk itu juga menjadi perhatian saya sejak lama. Jadi topik petang itu topik yang terpendam di jiwa. Saya juga bimbang dengan nasib orang Melayu di negara ini. Keadaan orang Melayu di negara ini berpecah belah dan berpihak kerana sentiman yang berlebihan.

Saya memberi tahu Datuk itu saya sudah habis ikhtiar untuk memulihkan perpaduan orang Melayu. Sudah bertimbun tulisan saya menyeru agar orang Melayu kembali bersatu demi masa depan tetapi sia-sia saja. Seruan perpaduan baik oleh saya dan orang lain sia-sia saja.

Katanya, dia juga mengalami masalah demikian. Sudah habis ikhtiar bagaimana hendak memperkuatkan kedudukan orang Melayu. Dalam perbualan mencari formula dan kunci untuk menguatkan Melayu dan menstabilan negara, Datuk itu berpendapat keadaan politik orang Melayu dan negara ini tidak akan stabil kalau Najib dan Anwar tidak bersama.

Saya setuju 100 peratus dengan pendapat Datuk itu. Selagi keduanya tidak duduk sekali membincangkan nasib dan masa depan negara maka selama itulah politik orang Melayu khasnya akan berombak. Keadaan negara tidak akan stabil. Dan selama itulah orang Melayu dibahagikan kepada dua kumpulan besar.

Lantas itu saya bertanya kepada beliau, apakah tidak ada usaha untuk temukan mereka berdua? Persoalan saya inilah yang memecahkan cerita yang saya kira belum tersebar ini, iaini mengenai pertemuan antara Anwar dan Najib. Menurut Datuk itu memang Najib dan Anwar sudah pun bertemu.

Saya terkejut mendengar penjelasan itu. "Saya sudah dengar sebelum ini, Datuk, tetapi saya tidak percaya...," balas saya memberi reaksi atas apa yang berlaku. Sudah ada beberapa bloger menulis mengenai pertemuan Anwar dengan Najib. Tetapi ceritanya dangkal menyebabkan saya tidak mempercayainya.

"Tetapi cerita itu tidak betul, Datuk. Tak logik. Masakan Nurul Izaah yang pergi hantar ayahnya ke rumah Najib?" kata saya menceritakan perihal cerita pertemuan Anwar dan Najib yang tidak logik sebelum ini. Sengaja saya mempromok Datuk berkenaan.

"Betul, mereka ada bertemu. Saya diberitahu oleh rakan yang rapat dengan kedua orang itu?" jelas Datuk itu serius.

"Saya tidak fikir mereka bertemua sendiri, mungkin menerusi proxinya saja, kot?" kata saya masih ragu-ragu.

"Betul, mereka bertemu berdua sahaja," tekannya. Kali ini agak serius. Kemudian Datuk itu memberi tahu alasan-alasan atau gambaran menunjukkan memang berlaku pertemuan itu. Bagaimana pun bila saya bertanya tarikh dan lokasinya dia keberatan untuk menjelaskannya.

"You tahu kenapa Anwar gertak nak serang Najib habis-habisan,?" tanya Datuk itu. Saya menggelengkan kepala saya. "Tak tahu, kenapa?" saya serius.

"Katanya masa pertemuan itu mereka sudah mencapai kata sepakat. Najib ada berjanji untuk melakukan sesuatu kepada Anwar. Anwar bersetuju. Tetapi bila Najib lambat laksanakan, maka Anwar terpaksa buat kenyataan nak serang Najib," katanya.

"Maksudnya, kenyataan Anwar itu mahu mendesakkan Najib supaya menunaikan janjinya," telah saya. Datuk itu menagngguk-angguk sambil tersenyum.

Saya tidak bertanya apakah persefahaman antara Najib dengan Anwar. Cuma apa yang dapat saya simpulkan sudah pastilah persefahaman atau janji itu untuk kebaikan kedua pihak. Win-win situasi. Yang boleh saya tebak dan teka di senja hari ini, mungkin saja Najib meminta Anwar tidak menyerangnya, dan Anwar meminta Najib melepaskannya. Tafsirlah sendiri apakah maksudnya!

Apapun sekiranya pertemuan itu berlaku atau tidak berlaku, bagi saya wajar orang Melayu kena menyokong niat yang baik itu. Baik Najib maupun Anwar tidak ada gunannya terus bertelagah antara satu sama lain. Langkah, persefahaman mereka ambil itu bagi saya satu pengorbanan besar yang mereka lakukan dan perlu dipuji.

Dan kalau pun pertemuan seperti mana dikatakan Datuk yang bersumberkan kawannya yang rapat dengan Najib dan Anwar itu tidak berlaku, elok kalau ianya dilakukan, diusahakan agar benar-benar berlaku. Biarlah pertemuan untuk mencari persefahaman itu menjadi kenyataan. Saya tidak kira mereka berdua tidak pernah mencongkak mengenai masa depan negara dan bagaimana mereka perlu bekerjasama untuk mengatasinya.

Kesimpulannya bagi saya gambar Najib dan Anwar minum teh di parlimen itu mungkin penzahiran awal mengenai perjumpaan sulit mereka seperti mana diceritakan oleh Datuk itu. Jika Datuk itu dibohongi oleh kawannya maka saya juga membuat sepekulasi yang tidak tepat, mengenai gambar berkenaan. Begitu pun spekulasi seperti ini tidak menjadi kesalahan kerana ia membimbing ke arah kebaikan. Mereka yang tidak mahu melihat Najib dan Anwar bekerjasama adalah musuh negara!

Saya bukan Islam, kata 'Siti Hasnah'

Seorang surirumah beranak dua mendakwa bahawa pihak agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam sewaktu dia masih kanak-kanak ketika ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kepala Batas.

S Banggarma, yang nama Islamnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah berkata, dia menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada tahun 2000.

Menurut surirumah itu, agamanya ditukar kepada Islam pada tahun 1989, ketika dia baru berusia tujuh tahun.

Banggarama telah meminta bantuan timbalan ketua Angkatan Muda PKR Kedah yang juga seorang peguam, Gooi Hsiao Leung dan timbalan ketua biro hal ehwal kaum India PKR kedah, R Kumaraguru Naidu.

Sebelum berkahwin dengan suaminya seorang nelayan, S Sockalingam, surirumah yang berusia 27 tahun itu berkata dia sudahpun memperolehi MyKad dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Ipoh.

Perkahwinannya berlangsung di Tanjung Piandang, Perak.

Banggarma telah lari dari Rumah Kanak-kanak Taman Bakti ketika dia berusia 16 tahun, bersama dengan beberapa lagi penghuni di situ, tanpa membawa sama sebarang dokumen pengenalan dirinya.

"Saya terperanjat apabila pegawai JPN memberitahu yang saya seorang Islam bernama Siti Hasnah. MyKad

saya dikeluarkan atas nama tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabat Gooi di George Town hari ini.

Ekoran nama Islam itu, katanya, dia tidak dapat mendaftar perkahwinannya dengan Sockalingam yang dijalankan mengikut upacara agama Hindu. Dia juga tidak dapat mendaftarkan nama suaminya sebagai bapa kepada anak-anaknya dalam sijil kelahiran mereka.

Sijil lahir catat 'Hindu'

Banggarma berkata selepas diberitahu mengenai pertukaran agamanya itu, dia pergi semula ke rumah kebajikan tersebut untuk mengambil dokumen pengenalan dirinya.

Seorang pegawai di rumah tersebut menyerahkan kepadanya sijil kelahiran yang mencatatkan dia dilahir beragama Hindu pada 13 Ogos 1982. Sijil tersebut mencatatkan dia dilahirkan di Keratong, Pahang. Bapanya seorang pekerja ladang, B Subramaniam dan ibunya bernama Latchumy Ramadu.

Pegawai kebajikan di rumah tersebut juga menyerahkan satu sijil yang menunjukkan pertukaran agamanya pada tahun 1989.

Pertukaran agamanya dikatakan dibuat di hadapan seorang pegawai agama yang mewakili jabatan dan majlis agama Islam negeri. Dokumen tersebut mempunyai tandatangannya 'Hasnah' pada sudut bawah sebelah kiri.

Bagaimanapun, Banggarma tidak dapat mengingati insiden itu dan mendakwa dia sentiasa bersembahyang dan menjalani kehidupan sebagai seorang penganut Hindu ketika tinggal di rumah kebajikan tersebut.

"Saya sentiasa mengamalkan agama Hindu," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, dia mengakui pernah menghadiri sesi solat bersama penghuni yang lain.

"Saya hanya ikut mereka," katanya.

Ekoran pertukaran agama itu, Banggarma menghadapi kesulitan untuk mendaftarkan kelahiran dua anaknya - Kanagaraj (8 tahun), dan Hisyanthini (2 tahun) - tahun lalu.

"Saya akhirnya dapat juga sijil kelahiran anak-anak saya itu melalui bantuan guaman. Dua kali

saya cuba untuk menukar balik nama saya kepada nama asal Hindu saya dalam MyKad. Tetapi usaha saya itu tidak berjaya," katanya.

P
ihak berkuasa agama siasat

Sementara itu, Gooi berkata beliau akan membawa isu kepada pihak berkuasa agama untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri masalah Banggarma itu.

"Kita akan membawa perkara itu ke mahkamah jika perlu berbuat demikian," katanya.

Gooi juga menyifatkan tindakan pegawai yang menukar agama Banggarma sebagai tidak "bertanggungjawab" serta membidas rumah kebajikan itu yang didakwanya telah mengabaikan tanggungjawabnya.

"Objektif utama sesebuah rumah kebajikan ialah untuk menjaga kanak-kanak. Hanya seseorang yang tidak bertanggungjawab sahaja yang akan menukar agama anak yang baru berusia tujuh tahun." katanya.

Ketika dihubungi, Presiden Majlis Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya Said berkata satu siasatan akan dijalankan terhadap kes tersebut.

Katanya, memandangkan perkara itu sudah lama berlaku, maka pihaknya akan memeriksa terlebih dahulu rekod-rekod lama dan ia mungkin mengambil masa.

Manakala exco negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, Abdul Malik Kassim pula enggan mengulas kes itu kerana menurutnya, ia adalah satu isu perundangan.

Dalam sidang akhbar tersebut, Banggarma memberitahu yang dia dimasukkan ke rumah kebajikan tersebut

bersama dua lagi abangnya dan seorang adik perempuannya.

Katanya, dia ditemui sedang tidur bersama abang dan adiknya itu di tepi jalan di Kepala Batas dan pegawai kebajikan telah menempatkan mereka di rumah kebajikan tersebut.

Bagaimanapun sebaik sahaja mereka dimasukkan di situ, dia dan abang serta adiknya dipisahkan dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

Banggarma berkata ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil manakala bapanya telah meninggalkan mereka tidak lama selepas itu.

Katanya, bapanya pernah sekali melawatnya di rumah kebajikan itu ketika dia berusia 13 tahun.

Dan yang ada padanya kini, kata Banggarma, hanya suami dan anak-anaknya.

Jangan bina pelangi dalam ribut: Gaji pekerja ladang RM 1800?

Pada 19 Oktober 2009, YB Tekhee @ Toko anak Lafe (Mas Gading) telah bertanyakan soalan lisan di mana beliau meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjawab kepada soalan beliau berkenaan pengusaha ladang dan estet yang bergantung kepada industri perladangan dan upah yang diperolehi oleh pekerja.
Menteri Perusahaan dan Komoditi pula menjawab bahawa Pekerja Ladang di Malaysia rata-ratanya menerima gaji bulanan antara RM 870 - RM1700, iaitu lebih tinggi dari garis kemiskinan luar Bandar peringkat nasional sebanyak RM 720 sebulan.
Menteri dengan segala imuniti di Parlimen terus mendakwa secara bertulis bahawa penoreh getah menerima RM 870.  Manakala pekerja buah kelapa sawit menerima RM 1700.
Ini adalah satu penipuan yang besar di Parlimen.  Kenyataan bahawa pekerja ladang mendapat sehingga RM 1700 gaji sebulan adalah satu yang tidak boleh diterima kerana:
1. Ia adalah fakta yang salah dan mengelirukan (misleading)
2. Ia berniat jahat kerana ini akan menyebabkan Masyarakat pekerja ladang tidak mendapat faedah dari kerajaan kerana mereka di luar garis kemiskinan.
Satu kajian serta-merta yang dilakukan oleh kami di beberapa ladang di Selangor dan Perak untuk menyemak kenyataan Menteri di Parlimen ini telah menimbulkan rasa marah dan terperanjat di kalangan pekerja ladang.
Kajian serta merta kami menunjukkan rata-rata penoreh getah, pemotong buah kelapa sawit dan buruh kasar di ladang mendapat gaji kurang daripada RM700 dan di bawah garis kemiskinan RM 720. Ini jelas menunjukkan data dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah satu penipuan besar dan menutup masalah sebenar pekerja ladang yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) sebuah gabungan di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) membidas Menteri kerana tidak bertanggungjawab dan gagal membela kaum pekerja ladang yang telah dikategorikan sebagai masyarakat miskin sejak pengubalan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970.
Kami mengutarakan persoalan-pesoalan berikut:
1. Jika gaji pekerja ladang adalah tinggi, mengapa ramai pekerja ladang telah meninggalkan industri ini sehingga kita terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan sektor ini.
2. Pada tahun 1996, JSML melancarkan kempen gaji bulanan dan meminta RM 750 setiap bulan, cadangan itu ditolak oleh MAPA yang berkata bahawa ia akan ketidakstabilan dalam perhubungan industri.
3. Sehingga hari ini, pekerja ladang tidak menikmati gaji bulanan.  Cadangan Kajian Universiti Malaya pada tahun 2000 yang ditaja oleh MAPA sendiri telah menyarankan pekerja ladang diberi gaji bulanan tetapi kajian ini kemudian telah diklasifikasi sebagai sulit.  Kerajaan BN juga tidak ada kewibawaan politik untuk memberi pekerja ladang gaji bulanan.  Mereka membuat silap mata dengan memberi "Gaji minima wajib" iaitu satu struktur gaji yang masih berlandaskan struktur gaji penjajah dan masih adalah gaji harian.
4. Respon Kerajaan selama ini adalah mereka tidak boleh campur tangan kerana syarikat ladang adalah syarikat swasta.  Namum pemegang saham terbesar syarikat-syarikat ladang ini adalah saham awam dimiliki Kerajaan.
5. Dua tahun yang lalu, pada tahun 2007, MAPA hanya bersetuju untuk memberikan  kenaikan gaji sebanyak RM1.40 sahaja sehari untuk pekerja penoreh getah dan pekerja ladang am.
Apakah menteri ingin memberikan nombor-nombor yang cantik supaya boleh menipu masyarakat ladang dan rakyat Malaysia?  Menteri kata, pekerja ladang juga menikmati banyak faedah iaitu kemudahan rumah, klinik dan pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak yang menetap di ladang.
Namun kami membidas bahawa:
1. Skim Perumahan sendiri Tun Abdul Razak 1973 diimplementasi oleh kurang daripada 5% ladang;
2. Hampir 100% klinik ladang tidak dikendalikan oleh doktor berkelayakan.  Ia dikendalikan oleh dresser yang membuka klinik tersebut kurang dari 5 hari dalam seminggu.  Kajian MMA sebelum ini mengatakan anak masyarakat ladang dikatakan paling banyak menghidap masalah cacing berbanding dengan masyarakat luar bandar yang lain.
3. Hampir 100% sekolah Tamil di ladang adalah sekolah bantuan modal kerana Kerajaan tidak ada kewibawaan untuk menjadikan sekolah ladang bantuan penuh kerajaan.
JSML-JERIT juga ingin membawa perhatian kepada isu perumahan pekerja ladang.  Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia S.Subramaniam dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 13 Oktober 2009, (petikan daripada Malaysiakini- online web portal) menyeru kepada Malaysian Agricultural Producers Association (Mapa) agar menyediakan tabung perumahan untuk pekerja ladang di mana majikan perlu menyumbangkan duit dalam tabung tersebut dan duit itu boleh dikeluarkan oleh pekerja ladang yang sudah bersara untuk membeli rumah sekiranya mereka menepati syarat-syarat tertentu.  JERIT ingin menegaskan bahawa, sebenarnya masalah perumahan pekerja ladang ini seharusnya boleh diselesaikan sekiranya majikan dan kerajaan implementasikan polisi-polisi yang sudah sedia ada.
Sejak Rancangan Malaysia Kedua, pihak Majikan telah diminta mengimplementasi skim perumahan untuk pekerja apabila ladang tersebut hendak dibangunkan.  Akan tetapi kebanyakan majikan tidak mengimplementasikan polisi ini.  Sehingga kini kurang daripada 50 ladang melaksanakannya.
Jelas di sini bahawa, majikan tidak komited dalam perlaksaanan skim perumahan sendiri untuk pekerja ladang.  Maka apa gunanya Menteri minta MAPA adakan dana ini.  Bukannya MAPA akan membuatnya.  Bukankah lebih baik, Polisi Perumahan Pekerja ladang ini digubal sebagai undang-undang supaya ia mewajibkan syarikat ladang untuk mepraktikkan skim perumahan sendiri.
Cukup sudah penipuan dan pengabaian ini. Sudah 52 tahun masyarakat ladang di Malaysia ditindas.  JANGAN BINA PELANGI DALAM HIDUP KAMI.

Kami dari JSML menuntut:
1. Menteri berkenaan meminta maaf, menarik balik kenyataan beliau atau menghujahkan kenyataan beliau di luar Parlimen supaya ia tidak terlindung dalam imuniti Parlimen.
Meminta Kerajaan memberikan angka-angka sebenar gaji pekerja dan bagaimana Kerajaan dapatkan angka-angka yang begitu menakjubkan dan tidak masuk akal.  Kami tidak menafikan kemungkinan ada pekerja ladang yang pernah dan sedang mengambil gaji lebih RM 1,000 tetapi kebanyakan mereka membuat kerja antara 10 hingga 12 jam.
3. Kami juga ingin bertanya kepada Menteri supaya memberikan jawapan kepada persoalan berikut kerana ia akan mengukuhkan lagi pendirian kami:
i. Berapa banyak ladang di Malaysia sejak 35 tahun yang lalu mengimplentasi Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak?
ii. Berapa banyak sekolah ladang adalah bantuan penuh Kerajaan?
iii. Berapa banyak klinik kesihatan Kerajaan ada didirikan di ladang?
iv. Berapa banyak tadika Kerajaan masih beroperasi di ladang?
v. Mengapa pekerja tempatan tidak berminat di sektor ini?
vi. Mengapa kajian Gaji Bulanan oleh Universiti Malaya sehingga hari ini tidak mahu dijadikan umum oleh Kerajaan?
Kalau Kerajaan sekarang di bawah Perdana Menteri Najib benar-benar komited dengan slogan "Rakyat Diutamakan", maka kami tuntut isu pekerja ladang ini diselesaikan segera dan Akta Gaji Bulanan dan Akta Perumahan Sendiri Pekerja Ladang dijadikan undang-undang.
*Kenyataan media oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang JERIT.

Syed Azidi @ Kickdefella


Oleh : Ali Bagan Utama.
Mmmmm. Ramai blogger pro Pakatan Rakyat amat berminat dengan krisis Syed Azidi VS Ariffahmi CEO PMBK. Banyak benda akan diulas dan akan didedahkan diblog Baganutama. Den rilek tengok situasi dan keadaan. Ado blogger dah kono main. Aduh hai. Tidak mengapalah.

Den cuma nak ulas satu perkara sahaja buat masa ni. Walau macam mana marah kita pada individu tu janganlah kita attack peribadi individu terbabit. Kita melukakan hati dia. Apatah lagi kita attack dia ni solat atau tidak solat. Tak kena bro. Itu dia dengan tuhan. Kenapa kita nak masuk campur. Siapa kita ?? Apa yang menyebabkan kasta kita naik sebagai penghukum ?? Nabi pun tidak bersifat begitu. Jadilah pendakwah bukan penghukum.

Cerita sebenar

Ada lebih 30 orang yang menyertai xpdc ke pelantar minyak cakerawala pada bulan Ogos yang lalu. Syed Azidi menyertai xpdc tersebut. Cuba tanya 30 orang atas kapal tu, adakah Syed Azidi solat atau tidak ?? 30 wartawan dan blogger yang ada di atas kapal tu masih hidup sampai ke hari ini. Saksi mengatakan Syed Azidi lah yang paling komited dengan ibadah solat. Dengan ombak yang tinggi, mabuk laut dan pelbagai rintangan lagi Syed Azidi tanpa menafikan yang lain komited terhadap rukun Islam kedua iaitu solat. Jadi macam mana kita boleh tuduh dia tidak solat ??

Solat ni bukan kecik anak punya isu bagi orang Islam. Jika tidak solat, ia disamakan sebagai individu bukan Islam. Solat adalah pembeza kita dengan orang bukan Islam. Ia pekara besar. Jika kita kata dia tidak solat, orang akan memandang dan punya persepsi buruk terhadap individu terbabit. Ia menjatuhkan integriti, kredibiliti dan juga reputasi individu terbabit. Ini tidak baik. Lagi tidak baik bila individu yang dituduh tadi rupanya seorang yang komited dengan tuhan. Lalu ia terbalik kepada kita. Kredibiliti dan reputasi kita lah yang jatuh kerana menuduh yang bukan-bukan.

Jadi kita kena hati-hati. Kita tidak kenal pun individu terbabit. Den pun tak kenal sape Syed Azidi dan Ariffahmi. Yang den kenal Hasan Ali. Hehehe. Info-info dari Kelantan kita kena Double Check. Tidak rasa pelik ke bila orang yang bagi info tidak memuat infonya di blog dia. Dia cuma amik info yang sudah kita muntahkan diblog kita lalu dia muatkan semula diblog dia. Ini maybe cara bekas student agama Jordan nak kurangkan sedikit dosa jika terkantoi. Ini raso hati den lah. Ulamak oh ulamak.

Kematian dalam tahanan

Yang Pei Keng

Pada 18 Disember 2002, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan Optional Protocol to the UN Convention Against Torture and Other Cruel and Unusual Treatment.
Negara yang menandatanganinya mesti membenarkan pakar hak asasi manusia, sama ada dari global mahupun lokal, untuk memeriksa situasi dan layanan terhadap tahanan dalam negara itu.  Malah, pakar hak asasi manusia tersebut juga boleh mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan penahanan, agar selaras dengan Optional Protocol dan lebih memperlihatkan perikemanusiaan.
Ia berakhir dengan sokongan 127 buah negara dan bantahan 4 buah negara.  Sementara itu, 42 buah negara memilih untuk berkecuali, dan Malaysia tersenarai dalam golongan ini.  Dengan kata lain, Malaysia enggan membuka pintu untuk menyambut kunjungan pakar hak asasi, malah tidak bersedia untuk mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia mengikut piawaian Optional Protocol.
Keadaan hak asasi yang buruk di Malaysia
Untuk Asian Human Rights Commission, pendirian Malaysia dalam isu ini tidak di luar dugaan.  Antara alasannya, proses penangkapan dan penyiasatan sama ada terhadap suspek mahupun saksi, sering berlaku dengan penggunaan keganasan yang melampau.
Penilaian terhadap keadaan hak asasi manusia di Malaysia agak negatif, antara kenyataan Asian Human Rights Commission adalah:
1. Perlembagaan Persekutuan walaupun menjamin hak pembelaan peguam, tetapi pihak polis menganggap bahawa diri mereka berhak untuk menolak pemohonan suspek agar berjumpa dengan peguam, atas alasan perlembagaan tidak menyatakan masa untuk bertemu dengan peguam.  Kuasa mutlak ini dianggap tidak wajar.
2. Banyak suspek berasal dari keluarga yang miskin dan taraf pendidikan yang rendah.  Mereka gagal "menjalin hubungan yang baik" dengan polis untuk mengelakkan diri daripada diseksa.
3. Insiden tingkahlaku polis yang kasar, amalan rasuah sering didengar.  Kuasa mereka seolah-olah mengatasi undang-undang.  Kadang-kala, polis menangkap kerana "mengesyaki", maka "tangkap dahulu, siasat kemudian".  Amalan ini menentang prosedur normal, iaitu "siasat dahulu, tangkap kemudian".
4. Kematian dalam tahanan polis sering dijelaskan sebagai "bunuh diri", "sakit jantung", "kematian semulajadi" dsbnya.
5. Apabila polis yang terlibat dalam salah laku didakwa, tuduhan itu biasanya ringan.  Malah, polis yang berpangkat rendah sahaja dituduh, dan polis berpangkat tinggi terlepas.
Statistik kematian dalam tahanan
Statistik yang tepat mengenai bilangan kematian dalam tahanan nampaknya gagal ditemui.  Wujudnya perbezaaan antara laporan rasmi dengan perangkaan yang dikemukakan oleh badan bukan kerajaan (NGO).  Misalnya,
1. Menurut Laporan Hak Asasi Manusia 2008 yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009, sejumlah 1,535 orang tahanan mati antara tahun 2003 hingga 2007 (tempoh empat tahun).  255 orang mati dalam penjara dan 13 orang mati dalam lokap pada tahun 2008 (tempoh setahun).
2. Pada Mac 2009, ketika Menteri Dalam Negeri menjawab soalan daripada ahli parlimen DAP, Liew Chin Tong, jawapan berbunyi 2,571 orang mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) antara tahun 1999 hingga 2009 (10 tahun).  Antaranya, 2,563 (98.7%) mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.
Malah, menurut Menteri Dalam Negeri, 108 orang mati dalam tahanan polis dari tahun 2000 hingga 2006; dan 95 orang mati di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, dari tahun 2000 hingga 2007.
13 tahun sebelum ini, NGO telah mengemukakan laporan hak asasi manusia yang pertama, dan membangkitkan isu kematian dalam tahanan.  Pada 18 Julai 1991, perangkaan rasmi dari parlimen menunjukkan 151 orang tahanan mati antara tahun 1980 hingga 1990 (10 tahun).
Kes-kes yang menonjol
Kerajaan tidak memaklumkan secara terperinci, butiran faktor kematian dan tindakan selanjutnya.  Jelas, kerajaan tidak memantau dengan baik berhubung isu kematian dalam tahanan polis.
Dari tahun 1995 hingga 1997, media massa pernah melaporkan beberapa kes kematian dalam tahanan.  Yang berikut adalah kes-kes yang mendapat perhatian media, dan memperlihatkan sejauh manakah penyalahgunaan kuasa oleh polis:
1.Kes Lee Quat Leong, tahun 1995
Lee Quat Leong, 42, seorang technician.  Ditangkap kerana disyaki merompak bank.  Beliau dipukul mati pada 12 Mei 1995.  Penyiasatan Mahkamah Koroner mendapati 11 orang pegawai polis terlibat, termasuk empat orang pengawai tinggi yang perlu bertanggungjawab dalam jenayah ini.  Namun, pada 14 Disember 1995, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa terdapat 45 luka luaran pada mayat, dan 7 tulang rusuk yang dipatahkan.  Bagaimanapun, daripada 11 orang, hanya 2 orang pegawai polis yang didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sahaja.
2. Kes M.Ragupathy, tahun 2002
Pada Julai 2002, sekumpulan orang muda bertembung dengan polis yang sedang meronda.  Polis mengesyaki bahawa mereka terlibat dalam satu kes jenayah, maka kesemua mereka ditangkap.  Antaranya, M.Ragupathy pernah menjalani pembedahan jantung.  Dadanya kesakitan semasa dalam tahanan.  Polis tidak mengendahkannya, walaupun Ragupathy tidak dapat makan untuk tiga hari, malah muntah.
Selepas beberapa hari, barulah polis membawanya ke klinik kerajaan, tetapi doktor tidak ada di situ.  Maka, seorang jururawat memberikannya ubat penyakit asma.
Keadaannya semakin parah selepas beberapa hari.  Polis menghantarnya ke hospital Putrajaya.  Pada hari keesokan, doktor mengesahkan kematian Ragupathy.  Dua bulan kemudiannya, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata dalam parlimen bahawa polis tidak perlu memikul apa-apa tanggungjawab jenayah.
3. Kes Vivasanu Pillay
Vivasanu Pillay yang ditahan oleh polis, telah ditemui mayatnya dalam satu sungai.  Polis mendakwa Vivasanu terjatuh ke dalam sungai ketika melarikan diri dari balai polis Dang Wangi.  Walau bagaimanapun, keluarganya pula mendakwa Vivasanu telah mati dalam tahanan, dan dibuang ke dalam sungai.  Timbalan Menteri Dalam Negeri kemudiannya berkata di parlimen bahawa kematiannya tiada kena-mengena dengan polis.
4. Kes Sudan a/l Lolam, tahun 1995
Pada 4 Mac 1996, satu NGO orang asli di Semenanjung Malaysia mengadu kepada pengarah polis Negeri Pahang, bahawa seorang kaum asli telah meninggal dunia 9 bulan yang lalu, ketika dalam tahanan polis.  Polis pula mendakwa bahawa Sudan membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan singlet.
5. Kes kematian 46 orang PATI, tahun 1995
Setelah laporan penyiasatan Tenaganita diumumkan pada tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa sejumlah 46 orang PATI mati di beberapa pusat tahanan, antaranya pusat tahanan di Semenyih telah mencatatkan kematian 42 orang pendatang asing.
Mereka dikatakan mati kerana penyakit biasa, seperti sakit perut.  Tiada laporan bedah siasat mayat.  Malaysian Medical Association berkata penyakit sedemikian boleh diubati segera.  Sehingga hari, tiada orang disabitkan kesalahan jenayah.
6. Kes A.Kugan, Tahun 2009
Pada 15 Januari 2009, A.Kugan, 22, ditangkap dan ditahan di balai polis Taipan, Subang, mati secara tiba-tiba dalam tempoh lima hari tahanan polis.  Beliau yang dituduh mencuri kereta, tidak sedar diri ketika soal siasat polis, dan kemudian dihantar ke hospital Serdang.
Laporan bedah siasat pertama menunjukkan Kugan mati kerana paru-paru berair.  Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan laporan itu menuntut bedah siasat kali kedua.  Hasilnya, Kugan didapati dipukul dengan benda seperti paip getah.
Daripada 11 orang polis yang ditukar jawatan kerana kes ini, hanya seorang yang didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.
7. Kes Teoh Beng Hock, tahun 2009
Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor (DAP) dipanggil sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk soal siasat satu kes rasuah yang melibatkan wang kira-kira RM2000.  Beliau didapati mati di tingkat lima bangunan sebelah pejabat SPRM.
Kes ini mencetus kemarahan orang awam, malah PM terpaksa mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di-Raja setelah didesak oleh masyarakat umum.  Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam penyiasatan di Mahkamah Koroner.
*Yang Pei Keng ialah seorang peguam, dan kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Banner fitnah & menggesa TG Nik Aziz letak jawatan muncul secara misteri di Kuala Lumpur. Siapa punya kerja ??

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Kira-kira pukul 4 pagi malam tadi semasa menuju ke tempat penginapan kami di pusat Bandaraya Kuala Lumpur, kami menemui banner ini :

Ia diletakkan ditempat strategik supaya semua orang awam dapat melihatnya. Dipercayai banner seperti ini sedang tumbuh melata di Lembah Klang. Siapa yang bertanggungjawab bikin banner ini. Penulis sedikit merasa sangsi apa perlu banner itu harus hadir di KL ?? Kenapa tidak di Kelantan ??

Di dalam kehangatan krisis dan kemelut PMBK menerusi Ariffahmi iaitu menantu TG Nik Aziz, lalu muncul banner menggesa TG Nik Aziz berundur di KL ?? Disebabkan panas dengan tulisan banner di atas walaupun sejuk malam menggigit tulang sum-sum kami, terus kami rentap banner tersebut. Ah takde masa nak bergambar-gambar sebelah banner. Cukup satu klik sebagai hard evidence. Sorilah Hasan Ali. Kot iye pun panas hati dengan TG Nik Aziz janganlah nak menangguk di air yang keruh. Oh lupa pulak dengan puak Pro UG Terangganu, nampaknya bukan main sakan nak 'up'kan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman bagi menggantikan TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan. ISA SAMAD !!!

Bkt Antarabangsa: Bantuan RM1,000 sebulan tak cukup...!!!!

Bantuan kewangan bulanan RM1,000 yang dihulurkan oleh kerajaan Selangor kepada setiap keluarga mangsa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa akhir tahun lalu, adalah tidak mencukupi.

Bantuan tersebut diberi kepada 38 keluarga mangsa terbabit sejak April tahun ini.

Tragedi awal pagi 6 Disember tahun lalu itu mengorbankan lima nyawa dan memusnahkan 14 rumah di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan penduduk tersebut, Raymond Jagathesan berkata,mangsa terbabit masih terbeban dengan pinjaman bank, serta perlu menyewa di tempat lain buat masa sekarang.

"Walaupun rumah terlibat dalam bencana atau terbakar, pihak bank masih mahu pemilik rumah itu menyelesaikan baki pinjaman," jelasnya lagi.

Di samping itu, katanya, mereka juga perlu menyewa di sekitar kawasan perumahan elit tersebut dengan kadar sewaan yang mencecah RM3,000.

"Mereka sekarang menyewa rumah di Ampang, sekitar Taman Bukit Perdana, Apartment Beverly Heights dan Taman Tun Abdul Razak. Mereka perlu belanja untuk sewa rumah antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Jumlah RM1,000 itu tidak cukup," jelasnya.

Golongan pesara

Tambahnya, kebanyakan daripada pemilik rumah berkenaan terdiri daripada golongan pesara yang tidak mempunyai sumber pendapatan lain untuk menampung beban tersebut.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mendeklasifikasikan laporan siasatan tanah runtuh di situ untuk membolehkan orang ramai, khususnya mangsanya, mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku.

Laporan itu disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menteri besar berkata, beliau juga akan menemui penduduk di situ awal Januari ini dan akan memberi bantuan kepada penduduk yang menjadi mangsa tanah runtuh itu.Menurut Raymond lagi, kontraktor yang bertanggungjawab membaikpulih jalan masuk ke kawasan perumahan itu juga perlu mempercepatkan kerja-kerja tersebut untuk membolehkan seramai 38 keluarga terlibat pulang ke rumah semula.

"Kontraktor janji kerja-kerja ini sepatutnya habis pada bulan September. Sekarang sudah bulan November," katanya.

Jalan lewat siap

Tambahnya, kini hanya sebilangan keluarga di kawasan Taman Bukit Mewah yang dibenarkan memasuki rumah mereka.

"Penduduk di Jalan Wangsa 9 tidak dibenarkan balik sebab tidak ada jalan langsung," katanya.

Mengulas mengenai pendedahan laporan tersebut, Raymond berkatya, pihak yang bertanggungjawab menyebabkan berlaku insiden tersebut perlu tampil ke depan.

Menurut laporan tersebut, tanah runtuh tersebut dikenalpasti berpunca daripada kebocoran paip yang dipasang di sepanjang sederet rumah kosong.

Raymond berkata, sekiranya terdapat unsur kecuaian, individu yang bertanggungjawab tidak boleh 'lepas tangan' begitu sahaja.

"Ini kerana kecuaian itu menyebabkan bencana yang bukan saja memusnahkan harta benda tapi juga nyawa," kata Raymond.

"Sekarang kita hendak tahu siapa yang bertanggungjawab pasang paip itu dan bagaimana ia boleh pecah. Kita juga mahu mereka tampil ke depan dan kata 'ini kesilapan kami, sekarang apa kami boleh bantu?" soalnya.

Katanya lagi, tindakan menteri besar mendedahkan maklumat dalam laporan sulit itu adalah satu langkah yang baik kerana dapat memadamkan khabar-khabar angin yang berlegar sebelum ini.

"Sebab sebelum ini banyak khabar angin yang kata tanah runtuh sebabnya macam-macam. Jadi apabila kita dapat tahu sebab sebenar, sekarang kita rasa lega sedikit.

"Sekurang-kurangnya kita dapat tahu sebabnya ialah paip pecah di depan kawasan rumah tinggal di kawasan ini," katanya.

Rebat air: Johor tiru k'jaan Pakatan Rakyat..!!! Satu pengiktirafan dari Johor.



Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan skim pemberian rebat air kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan, kata menteri besar Johor.

Datuk Abdul Ghani Othman berkata golongan miskin tegar itu akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakala keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4.

"Pemberian rebat itu untuk meningkatkan bantuan jaringan keselamatan sosial bagi meringankan beban golongan sasaran seperti keluarga miskin dan miskin tegar termasuk kumpulan Orang Asli miskin tegar," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2010 pada persidangan DUN di Nusajaya hari ini.

Abdul Ghani berkata sebanyak 9,596 keluarga di negeri ini adalah keluarga miskin, miskin tegar dan mudah miskin yang dikenal pasti sehingga kini melalui pangkalan Data Nasional, E-Kasih.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 4,049 keluarga adalah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi kumpulan sasaran utama kerajaan negeri dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya dan mengurangkan separuh kemiskinan menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk memberi perlindungan takaful bernilai RM30,000 seorang kepada 2,975 anggota penjawat awam negeri yang memegang jawatan berisiko tinggi.

"Insentif ini dicadangkan memandangkan kerajaan negeri prihatin kepada risiko yang dihadapi oleh penjawat awam seperti pembantu penguatkuasa, pemandu, penghantar notis, pegawai keselamatan dan pekerja awam yang lain," katanya. BERNAMA

Kelantan harap Ku Li setuju ketuai Kaukus Khas Parlimen


Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 19 Nov: Kerajaan Kelantan mengharapkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk mengetuai Kaukus Khas Parlimen berkaitan royalti petroleum kerana beliau dapat membuktikan pentafsiran yang tepat berhubung perkara itu.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  Kelantan Datuk Husam Musa ketika ditemui di pejabatnya hari ini berkata, sewajarnya bukan sahaja Tengku Razaliegh, malah ahli Parlimen lain juga wajar bersama menyokong tuntutan kerajaan Kelantan ini.

“Saya amat berharap selain Tengku Razaliegh dapat menerima tanggungjawab sebagai ketua Kaukus ini, ahli Parlimen lain tanpa mengira dari kerajaan maupun Pakatan Rakyat agar dapat melibatkan diri sama demi mendapat pentafsiran yang jelas berkaitan dengan hal tuntutan royalti ini.

Penglibatan semua pihak dengan mengenepikan politik kepartian dalam hal ini katanya sangat penting dan perlu merasai bahawa ianya tanggungjawab pemimpin kepada rakyat negeri masing- masing.

"Kerana jika satu hari nanti Sabah maupun Sarawak bertukar kerajaan, adakah mereka akan menukar royalti sekarang ini kepada wang ehsan," katanya lagi.

Sekiranya ini berlaku, seluruh rakyat di negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang menjadi pengeluar minyak di negara ini katanya akan menjadi mangsa dan Kaukus ini pula tepat pada masanya.

Husam juga berkata Tengku Razaleigh adalah orang yang mempunyai autoriti untuk bercakap hal tuntutan royalti kerana beliau terlibat secara langsung semasa mengetuai Petronas dulu.

Menyentuh cadangan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dikaji semula perjanjian dengan petronas tersebut, Husam berkata Tuan Guru berkehendakan agar keadilan sejagat diamalkan oleh kerajaan pusat.

Ianya termasuk memberi pentafsiran jelas berhubung undang-undang perjanjian.

“Kalau kita lihat dari segi hasil negeri seperti balak mahupun emas, kita yang bagi royalti kepada persekutuan, bagaimanapun hal minyak kita pula yang dapat sedikit daripada pusat, sedangkan minyak tersebut adalah anugerah Allah kepada sesebuah negeri itu, ” kata beliau lagi.

Semalam Tengku Razaliegh telah ditemui oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan dicadangkan mengetuai Kaukus Khas Parlimen berhubung isu royalti petroleum.

Beliau bagaimanapun meminta tempoh masa untuk meneliti cadangan tersebut sebelum tampil dengan keputusan.

Persepsi PAS kuda tunggangan selepas Umno gagal

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yakin, persepsi PAS ditunggangi DAP disebarkan oleh Umno berdasarkan kegagalan para wakil rakyat mereka berdepan dengan dua pemimpin DAP Perak sebelum ini.
Menurut beliau, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Koo Meng bukan calang-calang orang untuk dihadapi oleh para Adun Umno ketika kedua-duanya adalah Adun pembangkang dalam Dun Perak sebelum ini.

"Berdasarkan pengalaman Adun mereka menghadapi kedua-duanya, Umno beranggapan Adun PAS dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini akan 'dijual' oleh kedua-duanya," kata Nizar.

Padahal, katanya, kerjasama yang dibentuk antara PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini adalah atas dasar yang hak dan yang benar.
(Gambar: Nizar bersama kakitangan Harakah hari ini)

"Mereka ingat, apabila saya jadi MB, kedua-dua mereka (Ngeh dan Nga) tunggangi sayalah," kata Nizar kepada kakitangan Harakah dan Harakahdaily dalam satu majlis tazkirah dan makan tengahari tadi.

Menurutnya, Datuk Ngeh adalah pengerusi jawatankuasa disiplin Majlis Peguam manakala Nga Koo Meng pula adalah Ketua Pemuda DAP ketika itu.

"Mereka ini bukan calang-calang orang. Ketika mereka (Umno) ada 40 orang dalam Dun pun tak boleh lawan dua orang ini, jadi mereka ingat PAS dan Nizar ini menjadi alat dan kuda tungganngan DAPlah. Saya ni boneka merekalah.  Ini persepsi yang mereka sebarkan yang tidak betul sebenarnya," kata Nizar.

Menurut Nizar, pendekatan yang beliau ambil ketika diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak adalah bertindak berdasarkan kebenaran tanpa langsung ada agenda perkauman.

"Sekarang ini alhamdulillah, DAP sudah boleh menerima kita dengan baik. Sudah tertolak bahawa PAS ini ektremis dan sebagainya. Ini yang ditakuti Umno," kata beliau.

Baru-baru ini, Nizar secara rasmi telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak.

Menurut Nizar, Datuk Ngeh Koo Ham sendiri mengaku, dia adalah orang yang paling tidak percaya kepada PAS sebelum ini.

Tetapi sekarang, dialah yang paling lantang mencadangkan agar PAS memimpin Pakatan di Perak.

"Di Perak sekarang, di peringkat negeri kami akan bermesyuarat dua kali sebulan. Semua majlis di Perak tidak ada lagi majlis PAS, DAP atau PKR...yang ada adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat Perak," kata Nizar.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin, persepsi PAS menjadi kuda tunggangan DAP akan selesai tidak lama lagi selepas penerangan dibuat kepada rakyat.

"Saya yakin, jika ada pilihan raya kecil, kita akan menang  sekitar 35 kerusi untuk memerintah kembali Perak," kata beliau kepada wartawan selepas majlis itu.

Salah tidak salah bukan Umno yang tentukan



Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz tidak bersalah: Nazri". Mungkin orang-orang PAS seronok sangat. Nanti sat.

Salah tak salah bukan Umno yang tentukan. Bukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang tentukan. Salah atau tak salah kena balik pada prinsip.

Pada prinsipnya, salah atau tak salah ditentukan oleh undang-undang dan peraturan. Soal undang-undang yang ada kuasa di Malaysia hari ini ialah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, itu saya tak bincang. Tetapi saya terpaksa akui, banyak takrif kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia di Malaysia pada hari ini yang boleh diterima. Takrif, bukan hukuman. Nak buat lagu mana, nak pakai undang-undang Islam Umno tak bagi. Bila PAS nak gubal Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan, Umno menyelap dan histeria mengalahkan syaitan.

Saya tak cuba nak kata salah atau tak salah. Bukan saya yang tentukan salah atau tak salah. Allah s.w.t. yang menentukan. Tetapi, saya hanya nak ajak balik pada prinsip. Saya ulang lagi, pada prinsipnya, salah atau tak salah ditentukan oleh undang-undang dan peraturan.

Kalau hari ini kita seronok sangat Nazri kata Tok Guru tak salah dan kita iktiraf "penghakiman" Nazri, bagaimana kalau nanti dia kata Kelantan tak berhak dapat royalti minyak? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dah kata gitu. Nazri sendiri pun dah meratib-ratib apa yang boss dia cakap.

Saya nak tanya lagi, kalau nanti Nazri kata kerajaan Kelantan tak berhak dapat bayaran tunai royalti minyak, adakah kita nak raikan juga "penghakiman"nya seperti yang dilakukan oleh beberapa kawan-kawan sekarang?

Habis takat tu cerita tu. Berikut cerita lain pulak.

Sejak sebelum PAS menang besar di Kelantan pada tahun 1990 lagi, saya sampai tak larat nak dengar para pemimpin PAS cakap tentang konsep parti menguasai kerajaan. Memang kena buat macam tu.

Memang la masa nak sedap nak buat, ramai yang berlagak dan kata ini hak kerajaan negeri, bukan urusan parti. Tetapi bila disiat-siat oleh Umno yang lapar isu nak debik PAS, parti jugak yang kena jawab. Banyak kali dah berlaku macam tu.

Saya bagi contoh, bila timbul isu Ariffahmi (soal dia salah tak salah bukan urusan saya kerana yang saya tekankan ialah mengenai persepsi), hampa ingat Tok Guru sorang ja atau kerajaan Kelantan ja yang kena jawab? Kalau hampa tak dengar, saya dah dengat cerita seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang diperli oleh seorang bekas Adun MCA di airport. "Mau ceramah apa lagi?" sindir apek tu. Termonyeh-monyeh Mamat yang kena perli tu.

Saya juga jumpa seorang lagi pemimpin PAS yang kerdot muka dia. "Pi kenuri, orang pakat dok kepung tanya (isu di Kelantan)," katanya (maklumat ni bukan maklumat dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat. Saya dah janji, kalau saya terdengar maklumat sedemikian masa pemimpin PAS Pusat tengah telefon ka atau bersembang sesama sendiri ka, saya tak akan tulis dalam blog ini. Bukan pasai saya baik sangat. Saya tak tahan witch hunting - sapa bocorkan maklumat kepada bakaq?)

Dengan contoh di atas, saya tetap percaya kepada konsep parti menguasai kerajaan.

Saya tulis perkara ni sebab saya terjumpa berita Malay Mail bertajuk "Kelantan Pas operates independently" (benda ni kami dah rungutkan sejak tahun 1990 lagi - PAS Kelantan macam ada autonomi, kata salah seorang kawan yang merungut). Benda tu tak bagus.

Nak tanya sikit, masa PAS perintah Terengganu dulu, hampa tak pernah dengar ka orang kata "Terengganu Pas operates independently"? Saya selalu dengar. Selepas menang dalam pilihan raya umum dulu, hampa tak pernah dengar orang kata "Perak Pas (or Perak MB?) operates independently"? La ni, hampa tak pernah dengar orang kata betapabagak dan angkuhnya "Kedah MB operates independently"?

Elok ka macam tu?

Kubang Pasu : Hendak lari malu, nak hambat tak lalu

Oleh Afrar Yunus
Jika tiada halangan atau campur tangan pihak tertentu dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap permohonan Speaker DUN Kedah, dikira pilihanraya Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh akan diadakan dalam waktu terdekat ini.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba datang khabar bahawa Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu tidak mahu Johari Baharom dikekalkan di Parlimen Kubang Pasu.

Sumber dalaman pemudanya berbisik, "kita mahu Mukhriz Mahathir mewakili bapanya di parlimen berkenaan sebagai ketua bahagian"

Johari dikatakan sudah kurang aktif. Selepas isu rasuah RM5 juta yang dibabitkan sama Musa Hassan dan Polis Di Raja Malaysia tempoh hari, Johari seperti 'koma politik'.

Kata wakil pemuda itu, banyak majlis-majlis yang diadakan tidak mendapat sambutan. Wakil peribadinya di Jitra Hj Shuib juga sudah mandom.

Begitu juga dengan Cik Gu Zul yang menjadi wakilnya di Kementerian, seperti sudah tidak bertenaga dan kelihatan bersedia ke garisan untuk 'cabut'.

Apakah bisikan ini betul di saat UMNO Jerlun yang bersempadan dengan Kubang Pasu bersiap menghadapi pilihanraya Kota Siputeh ?

Jika betul, ia bakal merupakan 'advantage' pertama kepada PAS di Kota Siputeh. Keduanya, Abu Hassan Sarif ADUN sekarang dikatakan sudah bersedia untuk 'mencantas' calon penggantinya. Ketiganya, ramai pemimpin UMNO Kedah mahu Abu Hassan pergi meninggalkan DUN tersebut.

Keempatnya, banyak muka-muka baru ternganga mahu mereka dicalonkan di tempat itu. Sudah tentu akan berlaku perebutan.

Kelima, Shafie Apdal Pengerusi UMNO Kedah pula dihebohkan akan terlibat dalam rombakan kabinet.

Keenam, Ahmad Bashah Timbalan Pengerusi disifatkan oleh ahli UMNO ada serupa tiada.

Apapun, keputusan Suruhanjaya Pilihanraya pasti dinantikan biarpun Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menjadi senjata pemusnah terakhir membersihkan Abu Hassan Sarif.

"Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu"

Siapa ?

Orang Kedah kata, "siapa lagi jika bukan UMNO"
http://alkerohi.blogspot.com/

8 siswa UM akhirnya tidak bersalah

Abdul Rahim Sabri-Mkini :

kemaskini 5.25pm Lapan pemimpin dan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini, yang dituduh membawa masuk dua ahli politik Pakatan Rakyat, dibebaskan daripada kesalahan tersebut.
Dua daripada mereka dibebaskan daripada tuduhan itu pagi tadi, manakala enam lagi dibuang kes jam 5.10 petang ini.
Pagi tadi, dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang wakil rakyat PKR ke kampus itu, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah (kanan) dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, ADUN Seri Setia menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung PMIUM selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Manakala enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, September lalu.

Aktivis-aktivis PBCUM itu terlibat menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina berjudul 'Antara Pakatan Rakyat dan BN: Yang Mana Lebih Menggelisahkan?'

Dua lagi pemimpin politik - wakil rakyat DAP Teoh Nie Ching dan seorang pemimpin MCA Selangor, Victor Gu - pula terlibat pendebat di acara itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.



kemaskini 4.50pm Dua pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini didapati tidak bersalah terhadap dakwaan membawa masuk seorang wakil rakyat PKR ke kampus itu, Mac lalu.

Muhammad Haafizuddin Abirerah (kanan) dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.

Pada 16 Mac lalu, ADUN Seri Setia menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung PMIUM selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.

Mohd Haafizuddin (kanan) dan Abu Ubaidah Amir didakwa mencabuli peraturan bertulis kampus tersebut iaitu subperenggan 16 (1), Borang 2 dalam Statut Universiti Malaya (Badan-badan Pelajar) 1979 yang dibuat bawah Perlembagaan Universiti Malaya.

Jika kedua-dua didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman yang paling ringan dengan diberikan amaran atau paling berat dipecat daripada UM.

Prosiding tersebut berlangsung di sebuah bilik di Bangunan Canselori bermula jam 9.30 dan berakhir empat jam kemudian.

Jawatankuasa tatatertib itu dianggotai oleh tiga anggota panel yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr A Hamid A Hadi.

Prosiding tatatertib tersebut dimulakan pada hari ini selepas dua kali ditangguhkan .

Mohd Haafizuddin dan Abu Ubaidah Amir, ketika ditemui pemberita selepas keputusan tersebut, kelihatan gembira dan lega.

Mohd Haafizuddin berkata, secara umumnya, Dr A Hamid telah menasihatinya supaya tidak mengulangi perbuatan menjemput orang luar untuk terlibat dengan acara PMIUM.

"Itu sahaja yang dinasihat. Jangan buat lagi, dia suruh ikut peraturan," katanya, sambil menambah, keputusan rasmi akan dihantar kepadanya dalam tempoh 14 hari.

Manakala pendakwaan tatatertib terhadap enam aktivis Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) – yang enggan nama mereka didedahkan – bersambung awal petang ini.

Mereka dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.

SPRM siasat Azmin kes RM2 juta saham



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan daripada polis berhubung isu pemilikan saham Naib Presiden PKR Azmin Ali.

SPRM, dalam kenyataannya, berkata pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"SPRM mengesahkan telah menerima laporan daripada polis berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Adalah diharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu itu," kata kenyataan tersebut.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang medianya berkata, polis telah menyerahkan dokumen bukti pemilikan saham berjumlah RM2 juta oleh Azmin dan isterinya Shamsidar Tahrin kepada SPRM untuk siasatan lanjut berikutan agensi berkenaan pernah membuka kertas siasatan berhubung kes sama sebelum ini.

Menurut Musa, kes tersebut turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana ia membabitkan pembelian saham.

Isu pemilikan saham oleh Azmin terbongkar baru-baru ini apabila pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia SA Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya Shamsidar termasuk iparnya Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Azmin, yang juga anggota parlimen Gombak, bagaimanapun menafikan dakwaan pembelian saham tersebut dan mendakwa kenyataan Vigneswaran itu sebagai satu tindakan terancang untuk mengaibkan dan mencemarkan nama beliau.

Berikutan kenyataan itu Azmin telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Isu tersebut bagaimanapun semakin terdedah apabila pada Selasa lepas Anuar Shaari, bekas setiausaha penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh Azmin dan isterinya yang dikatakan mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman.

Anuar, yang pernah bertugas dengan Anwar selama dua tahun bermula 1996, juga membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut. BERNAMA

SPR bertindak di luar bidang kuasa - Hanipa Maidin


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 16 November lalu mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Siputeh Kedah. Keputusan tersebut dibuat apabila mahkamah berjaya membuktikan Adun kawasan itu, Dato’ Abu Hassan Sarif, telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker. Bagaimanapun, SPR dilihat melangkaui kuasanya dan membuat rayuan melalui Peguam Negara. Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan butiran lanjut mengenai kes ini dari peguam Hanipa Maidin.
Apakah bidang kuasa SPR dalam memutuskan kekosongan kerusi di Dun Kota Siputeh berbanding Speaker?
HANIPA MAIDIN: Mahkamah pada 16 November lalu memutuskan SPR telah tersilap apabila menolak keputusan Speaker yang menyatakan kerusi Dun Kota Seputeh yang disandang Dato’ Abu Hassan Sarif. Mahkamah mengatakan pihak Speaker telah membuktikan tiga elemen di bawah Artikel 51 Perlembagaan Negeri Kedah iaitu pertamanya, kerusi Dun itu boleh diisytiharkan kosong jika berlaku ketidakhadiran seseorang Adun sebanyak dua kali berturut-turut dan ketidakhadiran itu tanpa kebenaran pihak Speaker.
Dalam kes ini, Adun tersebut telah gagal hadir ke Sidang Dun Kedah pada 19 April 2008 dan pada 9 Ogos 2009. SPR ketika menolak keputusan Speaker itu mengatakan dua kali berturut-turut itu mestilah dalam penggal yang sama.
Maknanya, SPR menyatakan sebelum satu-satu kerusi diistiharkan kosong mestilah Adun itu gagal hadir dua kali mesyuarat Sidang Dun pada sesi atau penggal yang sama. Mahkamah menolak sebab Artikel 51 Perlembagaan Negeri Kedah itu sudah jelas dan tidak ada menyebut ketidakhadiran dalam sesi yang sama.
Jadi, mahkamah mengatakan SPR telah bertindak di luar bidang kuasanya. Yang kedua, ketika SPR menolak keputusan Speaker, SPR juga berhujah bahawa Speaker telah tersilap kerana tidak menerima Sijil Cuti Sakit (MC) yang dikemukakan Abu Hassan.
Mahkamah sekali lagi mengatakan, semasa menerima alasan tersebut di bawah bidang kuasa Speaker dan budi bicaranya secara betul tidak menerima alasan Sijil Cuti Sakit itu kerana walaupun kata Abu Hassan beliau tidak dapat hadir pada 9 Ogos serta mendapat cuti pada 9 dan 10 Ogos, tetapi Speaker telah berjaya membuktikan ketika beliau mengatakan 10 Ogos itu beliau sakit, beliau telah menghadiri satu program menyampaikan bantuan kepada rakyat.
Bagaimana mana bukti itu diketahui?
Bukti itu dapat dilihat dalam bentuk gambar dan disiarkan dalam akhbar Sinar Harian. Jadi mahkamah memutuskan Speaker telah menggunakan budi bicaranya secara betul. Mana mungkin jika orang itu sakit dua hari berturut-turut tapi pada 10 Ogos itu dapat hadir pada satu majlis.
Apa hujah yang ketiganya?
Yang ketiga, mahkamah juga memutuskan hujah SPR yang mengatakan kes ini perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Adun tidak timbul. Jadi, hujah itu meleset kerana ketidakhadiran seseorang Adun itu bukan isu hak istimewa.
Mahkamah juga menyatakan dalam peraturan mesyuarat atau Standing Order Sidang Dun Kedah menyatakan tidak ada peruntukan perkara itu kewajipan untuk pihak Speaker yang mewakili Dun untuk merujuk perkara itu kepada Jawatan Kuasa Hak dan Keistimewaan.
Jadi berdasar mahkamah menolak ketiga-tiga hujah itu, mahkamah memutuskan kerusi Dun itu diisyhtiharkan kosong.
SPR membuat rayuan di Mahkmah Tinggi. Apakah tindakan SPR ini seolah-olah mewakili Barisan Nasional?
Daripada segi undang-undang apabila SPR disaman dan kalah dalam kes tersebut, memanglah SPR berhak untuk membuat rayuan dan diwakili Jabatan Peguam Negara. Mana-mana pihak boleh merayu.
Speaker kalah pun dia boleh merayu. Cuma kita berasakan kalau SPR betul-betul tidak memihak, kita adakan pilihan raya kerana mahkamah memutuskan SPR tidak betul. Bagaimanapun, kita menghormati hak mereka untuk merayu sebab itu ada dalam undang-undang.
Tetapi dalam masa yang sama, perintah yang diberikan mahkamah itu tidak menggantung keputusan yang dibuat. SPR seharusnya akur dengan keputusan itu dengan mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari selepas tarikh keputusan mahkamah 16 November dan dalam masa empat hari selepas keputusan tersebut mengeluarkan writ (pemberitahuan) pilihan raya. Kecuali keputusan mahkamah itu digantung. Setakat ini (17 November) tidak ada.
Adakah kes ini merupakan kes yang pertama berlaku dan adakah ia mempunyai persamaan dengan kes yang berlaku di Perak?
Ini merupakan kes kali pertama mahkamah memutuskan apabila seseorang Adun itu gagal hadir dalam Sidang Dun. Daripada kes itu, itu merupakan kes pertama. Ia berbeza dengan kes di Perak. Kes ini boleh dikatakan kes pertama melibatkan perlembagaan negeri yang mana kerusi Dun itu disahkan kosong disebabkan ketidakhadiran Adun dalam Sidang Dun.
Kes di Perak melibatkan perletakan jawatan. Memang dalam peruntukan undang-undang apabila seseorang itu letak jawatan, kerusinya adalah kosong. Isunya, adalah siapa yang menentukan perletakan jawatan itu sah atau tidak sah.
Dalam kes di Perak itu, macam mana?
Dalam kes di Perak, SPR yang berkuasa menentukan kerusi itu kosong atau tidak. Dalam kes Kota Siputeh ini, mahkamah memutuskan SPR juga mempunyai kuasa menentukan Dun Kota Seputeh itu kosong atau tidak.
Tapi mahkamah mengatakan walaupun itu di bawah kuasa SPR, SPR telah melampaui kuasanya. Sebab, Speaker telah membuat keputusan berdasarkan undang-undang tetapi SPR mentafsirkan bercanggah dengan perlembagaan itu.
Jadi SPR melangkaui kuasanya?
Ya, SPR telah melangkaui kuasanya. Kuasanya hanya memutuskan apabila Speaker mengatakan Dun itu kosong, ia harus diterima dan mengadakan pilihan raya. Tapi SPR tafsirkan undang-undang, ia jadi Speaker. Ia yang mengatakan sijil cuti sakit boleh diterima.
Ini bermakna keputusan bagi kes di Kota Siputeh ini sangat jelas?
Kes ini memang ’straight forward’ dan keputusan dibuat berdasarkan Artikel 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Ia amat jelas. Mahkamah menafsirkan apa yang ada dalam perlembagaan. Apabila seseorang Adun itu tidak dapat dapat menghadiri mesyuarat Dun, apa salahnya dia memberitahu Speaker.
Dalam kes seperti ini, ada beberapa orang Adun termasuk Adun BN yang tidak hadir meminta kebenaran dan diizinkan Speaker. Persoalannnya kenapa dia (Abu Hassan) tidak meminta kebenaran dan hanya memberitahu kepada Ketua Pembangkang, Dato’ Mahadzir Khalid. Kalau dia boleh menghubungi Mahadzir, kenapa dia tak boleh menghubungi Speaker?
Mungkinkah terdapat kemungkinan rayuan SPR ini akan membawa keadaan sebaliknya seperti tidak akan berlaku Pilihan Raya Kecil Kota Siputeh?
Itu terlalu awal untuk kita menjangkakannya. Kita tidak boleh membuat spekulasi. Kita tidak tahu lagi keputusan rayuan tersebut.
Dalam tempoh membuat rayuan, SPR mesti mendapatkan perintah menggantungkan keputusan Mahkamah Tinggi?
Ya, SPR mesti mendapatkan perintah menggantungkan keputusan Mahkamah Tinggi. Jika ia berjaya mendapat perintah menggantungkan keputusan tersebut, maka ia bolehlah untuk tidak mengadakan pilihan raya sehinggalah keputusan rayuan itu diputuskan.
Tapi jika ditakdirkan ia tidak mendapatkan perintah tersebut, sama ada ia merayu atau tidak, SPR terpaksa juga mengadakan pilihan raya. Ia berdasarkan keputusan sama ada mahkamah membenarkan untuk menggantungkan atau menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah itu.
Pada 20 November ini, mahkamah akan mendengar sama ada mahkamah menerima atau tidak permohonan menggantung keputusan tersebut.
Mungkin terdapat pengajaran di sebalik kes yang berlaku…
Perkara ini menjadikan pengajaran baik kepada Adun BN atau Adun Pakatan Rakyat. Mungkin sebelum ini sewaktu BN memerintah, Adun BN tidak kisah jika meraka tidak hadir tiga atau empat hari dalam Sidang Dun. Tidak ada yang ambil tahu.
Dalam kes ini, kita juga diberitahu Speaker, apabila Abu Hassan dimaklumkan tidak hadir selama dua hari, dia menyatakan apa yang difahaminya jika tidak hadir tiga kali terakhir, barulah kerusi tersebut kosong. Tetapi mengikut perlembagaan, ketidakhadiran sebanyak dua kali diistihar kosong. Sebab itu dia terpaksa mencari pelbagai alasan.
Daripada keputusan Mahkamah Tinggi ini, maknannya Abu Hassan bukan lagi Adun?
Daripada keputusan mahkamah, beliau sekarang dipanggil sebagai bekas Adun dan beliau tidak boleh menghadiri Sidang Dun Kedah yang sedang berlangsung sekarang. Kecuali apabila Mahkamah Rayuan memutuskan balik perkara ini. -Detikdaily

Khir Toyo Jeles dengan Anwar..!!



The former Menteri Besar of Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo who is now the opposition leader of the state has slammed the appointment of PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim as Selangor’s Economic Advisor. He said that with the appointment, Anwas is now the de facto Menteri Besar of the state. Khir Toyo said “Datuk Seri Anwar Ibrahim is now the de facto mentri besar of Selangor. This is because Anwar, who has been appointed economic advisor to the state, would also be co-chairing the high-powered Selangor Eco¬nomic Action Council (MTES). Being a co-chairman of MTES is as good as being mentri besar, as whatever the council decides the executive council will approve. The executive council will be reduced to a rubber stamp,’’

apa la khir toyo ni...takut anwar ambik duit pegi disneyland ke? kamon la gaji anwar seringgit je kah kah kah

PKR Kuala Krai Dibubar..? Agenda UMNO@BN pecah perintah Pakatan Rakyat...!!!


KUALA KRAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krai semalam secara rasmi dibubarkan apabila Pemangku Ketua Bahagian bersama Ahli Jawatankuasanya termasuk Ketua Pemuda, Naib Ketua Wanita dan empat Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

Pembubaran itu secara langsung menyebabkan Kelab Penyokong PAS Parlimen Kuala Krai turut ditutup memandangkan apabila saf kepimpinannya yang rata-rata terdiri daripada orang yang sama turut meletakkan jawatan.

Pemangku Ketua PKR Kuala Krai, M. Amavasay berkata, tindakan itu diambil selepas mereka hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri dan PKR kerana gagal memperjuangkan nasib kaum India di negeri ini terutama di Parlimen ini.

Menurutnya, beliau percaya kesemua ahli PKR di bahagian ini yang kini berjumlah seramai kira-kira 1,500 orang akan turut me-ngikut jejak langkah kepimpinan bahagian itu. “Saya sebagai Ketua Kelab Penyokong PAS Kelantan dan Ketua Bahagian PKR telah menerima banyak aduan daripada rakyat di Parlimen ini tetapi tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.
  • "Sebagai contoh, masalah tanah, kuil, tapak rumah, kubur dan kebajikan kaum India di sini diabaikan malah kami seperti anak tiri sedangkan sebelum pilihan raya umum mereka memberikan pelbagai janji".
  • "PKR di sini ibarat parti nombor dua, ia berpunca daripada pembahagian kerusi pada pilihan raya umum lalu dan sejak dari itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil dari PKR, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria jadi wakil rakyat nombor dua yang tidak dapat membantu ahli PKR,"
Katanya pada sidang akhbar di Kampung Baru Keroh di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pemuda PKR Kuala Krai, K. Jeganathan; bekas ADUN Mengkebang, Azizzuddin Hussein dan wakil MIC Kelantan yang juga Pengerusi MIC Pasir Gajah, K. Krishnan.

Turut hadir Pengerusi Penaja Parti Makkal Sakhti Kelantan, A. Bathmanathan bersama kira-kira 50 ahli PKR Bahagian Kuala Krai. PKR bahagian ini mem-punyai kira-kira 1,500 ahli dengan tujuh cawangan iaitu lima mewakili kaum India manakala dua lagi cawa-ngan mewakili Melayu.

Amavasy berkata, beliau telah berkhidmat sebagai Penghulu Tanpa Mukim (Wakil Kaum) Parlimen Kuala Krai yang dilantik oleh kerajaan negeri selama 14 tahun tetapi tidak ada satu permohonan yang dibuat oleh pihaknya diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
  • "Kira-kira 10 bulan yang lalu saya telah digantung daripada jawatan ini tanpa sebarang sebab atau alasan walaupun telah bertemu dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman serta kepimpinan PKR negeri ini".
  • "Lebih baik Barisan Nasional (BN), tidak memerintah pun tetap memberikan sumbangan kepada kaum India tetapi selepas berbelas tahun saya jadi penghulu tidak ada satu pun sumbangan diberikan oleh Kerajaan Negeri".
Katanya. Ditanya hala tuju bekas ahli PKR terbabit, beliau berkata, terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti tetapi mesti di bawah payung BN. Sementara itu, Jeganathan berkata, selepas 20 tahun memerintah, Pas tidak melakukan sebarang perubahan atau memberikan sumbangan kepada penduduk kaum India di negeri ini.
  • "Kita menghadapi pelbagai masalah tetapi tidak seorang wakil Kerajaan Negeri pun ambil tahu, sebagai contoh tidak pernah sekali pun wakil Kerajaan Negeri melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Pasir Gajah, ini adalah satu-satunya SJK Tamil di negeri ini".
  • "Dulu ketika pilihan raya janji hendak memberikan tanah dan tapak rumah kepada 100 orang India tetapi sehingga sekarang tidak ada, tetapi dengar khabar orang Melayu dapat".
Amawasay berkata, PKR Kelantan ada juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan tapak kuil disebabkan rumah ibadat sedia ada telah dirobohkan untuk didirikan sekolah.
  • "Kita telah mendapat pampasan daripada Kerajaan Pusat tetapi apabila kita memohon tanah untuk membina kuil tidak diluluskan".
  • "Penduduk India di sini memerlukan sebuah kuil disebabkan kuil yang lain terletak jauh di kawasan ladang-ladang, begitu juga dengan masalah tanah perkuburan".
Menurutnya, mesej yang ingin disampaikan kepada kaum India lain di seluruh negara ialah jangan tertipu dengan dakyah pakatan pembangkang yang hanya manis dibibir.

TPU - Itu berita yang dilaporkan didalam akhbar Sinar Harian Timur. kebetulan pulak aku berada di Kelantan pada 17 & 18 November dan aku juga telah dihubungi oleh seseorang dari Pejabat ADUN Guchil untuk penjelasan.

Penjelasan - Kesahihan laporan PKR Kuala Krai dibubarkan adalah sama sekali tidak benar..!

Menurut M. Amarvasay (Pemangku Ketua Cabang Kuala Krai) ahli PKR yang terbaru adalah seramai 1500 orang sedangkan ahli PKR Kuala Krai adalah seramai 641 orang SAHAJA dan 90 orang dari mereka ialah kaum India.

Sebelum ini, mereka ini adalah daripada Kelab Penyokong PAS sebelum PKR Kuala Krai di tubuhkan. Mereka ini telah dilantik ahli Majlis Daerah Kuala Krai, Penghulu Tanpa Mukim dan peserta Ladang Rakyat. Selepas PRU-12 dan PRK-PRK mereka tidak terlibat dalam kempen dari segi tenaga atau wang ringgit.

Tugas-tugas parti di serahkan secara sukarela oleh Timbalan Ketua Bahagian kepada Naib Ketua iaitu Sdr. Mohd Ariffin Ali. Begitu juga tugas Ketua AMK diserahkan kepada Timbalan Ketua AMK iaitu Mohd Zuki Bin Mat Lik.

Berhubung dengan apa yang dinyatakan didalam laporan diatas, isu kuil tersebut sebenarnya telah lama selesai dimana, kuil tersebut telah di beri semasa zaman Penyelia DUN Guchil Hj. Mohd Razali Bin Abdullah.

Kerajaan Negeri telah meluluskan tapak di Daskoh iaitu sebelah Pejabat RISDA yang kini sedang dalam pembinaan...

Apa yang kita tahu setalat ini melalui sumber terdekat, Mustafa Mohammad telah menjanjikan dana berjumlah RM100.000 bagi mana-mana cawangan Makkal Sakhti yang berjaya mengumpul keahlian yang mencecah 2500 orang.

Kemungkinan besar tindakan M.Amarvasay adalah kerana "imbuhan" yang menarik yang kemungkinan telah ditawarkan kepada beliau.

Betapa terdesaknya UMNO sekarang dan seperti biasa, "IMBUHAN" adalah tawaran terbaik untuk membeli "manusia" yang semakin tiada harga diri.

by Topeng Perak® Unmasked

Reconciling with Jeffrey may doom PKR in Sabah

By Wong Choon Mei
As top PKR leaders in Kuala Lumpur mull the fate of their Sabah ‘strongman’ Jeffrey Kitingan (left), a storm of protest is building up in his home state, where many of the party rank-and-file are demanding that he and several division leaders linked to him be shown the door and quickly too!
These protesters – believed to represent the majority in Sabah PKR - fear that KL may recapitulate and reject Jeffrey’s recent resignation as vice-president and supreme council member. Such a decision will only bode disaster for the party and prolong a power tussle amongst the state division leaders, they claim.

Indeed chances are high that KL will opt for what it perceives to be political expediency, although party insiders reassure it will retain Jeffrey without bowing to the demands of his camp, which include rescinding the appointment of Thamrin Jaini (left) as the new state chief.

“Actually, what Jeffrey wanted was to be the state PKR chief and later on the Sabah chief minister. His supporters orchestrated the move that got Azmin Ali replaced but KL appointed another Sabahan, Thamrin, instead of him. So Jeffrey resigned as veep in a bid to force KL’s hand but although KL may reject his resignation, it will still stick with Thamrin,” an insider said.

The younger brother of current Sabah deputy chief minister Joseph Pairin, Jeffrey gave up his PKR posts along with Kota Kinabalu division chief Christina Liew (right) last month. The two accused the national leadership of racial favoritism and being insensitive to the wishes of the Sabah people. Both however remained as party members.

Dooming the PKR


Simmering infighting between division leaders in Sabah PKR finally broke out openly last month, dragging the entire party down in the esteem of voters both in East Malaysia and the peninsula.

Counter-accusations were leveled at Jeffrey and his camp for putting his political ambitions above party interests including spreading a spate of negative and false news that painted several leaders such as Azmin Ali (left) and former state chief Ansari Abdullah (right) in a bad light. According to the state communications bureau, Ansari has now threatened to sue a journalist and the editor-in-chief of news portal Malaysiakini for defamation and RM10 million in damages if they did not apologize over several articles published recently.

But short of a bold and clear-cut decision from the national leadership in KL, the infighting will continue in Sabah, a state in which PKR can ill afford to allow instability to foment and fester.

Indeed, its 25 parliamentary seats will be vital in deciding who wins the federal government at the next general election – the Pakatan Rakyat or the Umno-Barisan Nasional.

“For PKR to win Sabah, the reform agenda must be renewed, rejuvenated and rebuilt. And this can only happen if there is the will to revamp thoroughly and quickly,” said state Director Of Communications Ronnie Klassen.

While many would like to see Christina retained, they are convinced that Jeffrey’s shelf life as a leader is past and long expired. They see in him a troublemaker and a spoiler, who can only doom the party’s chances.

Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi

Oleh Adnan Ibrahim   

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?
(Gambar: Nik Aziz tidak mempunyai harta...apa orang akan percaya tetapi itulah realiti sehingga tidak boleh menunaikan haji tahun ini.)
Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.

Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."

Apakah orang seperti Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."

Dilihat dengan mata kasar memang Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."

Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.
(Gambar: Rumah Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?


Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

http://nanbinjai.blogspot.com