Selasa, 17 November 2009

KONVENSYEN BLOGGER PAS 2009

Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang

Peserta

1. Terdiri dari kalangan ahli PAS yang berdaftar. Pendaftaran awal akan dibuat bagi mengesahkan setiap peserta adalah ahli PAS dan maklumat berikut akan direkodkan. Sila daftar melalui emel atau fax di talian 03-26937227 sebelum tarikh 11 Disember 2009 bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan.

Nama
No. Ahli PAS
No. HP
Alamat Blog
Email

2. Jemputan khas kalangan Blogger Mahasiswa dan Penyokong PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

* tertakluk kepada pindaan
--------------
Kelab Blogger PAS dicadang untuk ditubuhkan dan pengerusinya diletakkan dalam senarai Ahli Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Malaysia seen as more corrupt than ever.....!!!.


By Debra Chong
KUALA LUMPUR, Nov 17 - Malaysia is now seen to be more corrupt than ever, anti-graft watchdog Transparency International said in its global corruption perception index 2009 launched today.
Malaysia now ranks 56 out of 180 countries in the world with a corruption index score of 4.5 out of 10, with 10 being the least corrupt, said the world corruption watchdog. Last year, it placed 47 with a CPI score of 5.1.
The annual TI CPI measures how corrupt a country is in the public sector based on data sourced from 13 different polls and surveys from 10 independent institutions over a period of two years. The three least corrupt countries in the world are, in order, New Zealand, Denmark and Singapore.
In an immediate reaction, DAP Parliamentary leader Lim Kit Siang called Malaysia’s ranking the worst in 15 years and said it was a major blow to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s administration.
“This is a national shame and major blow for Najib’s premiership,” the Ipoh Timur MP said in a statement.
He said that he had expected poor results for Malaysia both in CPI ranking and score, with the country slipping further in ranking from 47 to perhaps 50 and score a lowest CPI of 4.8.
“But my worst fears had been exceeded when the Berlin-based TI just announced that Malaysia had plunged nine places from last year’s 47th CPI ranking to 56th  position while Malaysia CPI index score plunged to the lowest in 15 years to 4.5,” he added.
Malaysia’s previous worst scores below 5 were 4.8 in 2000 and 4.9 in 2002.
Lim said the mysterious death of DAP political aide Teoh Beng Hock on July 16 at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Selangor head office was among the major factors for Malaysia’s worst-ever TI CPI ranking and score.
“Will there be any response from Najib to the shocking TI CPI 2009 ranking and score?” he asked.
While this is not the first time Malaysia has scored under 5.0 in the index – the dubious honour was achieved seven years ago – this is the first time it has dropped so low, putting it on par with Namibia, Samoa, Slovakia and Latvia.
“A fall of 0.6 from 5.1 in 2008 to 4.5 in 2009 is alarming not only to the people of Malaysia but also the government of the day,” said Datuk Paul Low, the country president of the local branch of TI.
He lay a large portion of blame squarely on the federal government’s lap, singling out its lack of political will in enforcing tight anti-graft measures.
He said intense scrutiny surrounding public scandals exposing money siphoned off public funds, from the long drawn-out multi-billion Port Klang Free Zone (PKFZ) project to the more recent double-tracking railway project, which went overboard by a whopping RM1.3 billion were clear examples that affected the increasing poor perception.
He said the impression the public gets is of double standards and selective prosecution, adding that the newly empowered Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is only seen to be catching “small fish” and focusing on Barisan Nasional’s (BN) rival political parties.
“The Auditor General’s annual report highlights extraordinary public procurement abuses, but no action appears to have been taken,” he stressed.
Low noted the plunge was serious not only when compared to the country’s perceived past performances but, more importantly, in relation to other countries worldwide and especially those within the Asean region.
At first place is Singapore with far and away the best score, topping 9.0. Even tiny Brunei which was included in the CPI for the first time this year, outstripped Malaysia at 5.5.
Drawing special attention to neighbouring Indonesia, Low marked that though it ranks 111 and scored 2.8 on the CPI, the country’s corruption level is seen to be improving steadily under the administration of President Susilo Bambang Yudhoyono.
Indonesia, which once scored less than 2.0, rose to 2.6 last year and this year, claimed 0.2 points in the CPI.
Low noted that the latest survey by local independent pollster Merdeka Centre showed that 74 per cent of citizens here were not satisfied with the way the government was dealing with fighting graft, while a separate survey carried out in Indonesia showed 79 per cent of its population satisfied with its government’s tactics to combat corruption.
In his personal mini survey, Low noted that eight out of 10 Malaysians he spoke to were of the view that there was “no alternative but to pay your way through” to get service from public institutions.
Corruption, as defined by TI, means “any abuse of power for personal gain”, Low said.

Kalau Ada Kejadian Rasuah, Sila Lapor Tok Guru Pada SPRM



Benar. Saya sudah baca artikel dari Rocky Bru dan Syed Akbar Ali yang mahu menjadikan tajaan haji kepada Tok guru satu isu politik. Bagi saya, tak payah buat isu ke atas perkara ini. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan pada SPRM. Mudah sahaja.

Rocky Bru melaporkan kononnya syarikat yang memberi tajaan pada Tok Guru telah mendapat konsesi balak dari Kerajaan Negeri Kelantan pada 2004 sewaktu Tok Guru menjadi Pengerusi SEDC Kelantan dan KPK. Kalau benar telah berlaku korupsi, sila laporkan perkara itu kepada SPRM?

Bukankah JK Tender yang memberi konsessi kepada mana-mana pihak menyebabkan Kelantan mendapat laba yang besar dari balak berbanding dengan pentadbiran sebelum ini? Kalau benar ia rasuah, sila laporkan kepada SPRM?

Dahulu, Norzula Mat Diah pernah membuat laporan berkenaan dengan tuduhan korupsi ke atas Husam Musa dan Husam telah disiasat atas bawah. Namun, tiada apa2 kesalahan yang dijumpai ke atas Husam Musa.

Saya yakin, Tok Guru tidak takut mengaku menerima tajaan itu kerana bagi beliau syarikat yang menaja beliau tidak mendapat apa2 kontrak dan projek dari beliau. Mengapa beliau mahu bersikap buruk sangka terhadap syarikat ini?

Sudah 19 Tahun Tok Guru Memerintah, Tiada Satu Pun Tuduhan Rasuah

Orang yang korup, kita akan dengar cerita korupsi beliau secara berkala. Walaupun tidak dapat dibuktikan, namun, cerita korupsi terhadap beliau akan kerap naik.

Bagi Tok guru Nik Aziz, sudah 19 tahun beliau menjadi MB. Kita tidak dengar satu pun kes rasuah dan salah guna kuasa yang dikenakan ke atas beliau.

Ertinya, rasuah dan makan duit ini bukan amalan dan tabiat beliau. Mungkin beliau tersalah tengok atau tersalah lihat maka beliau telah menerima tawaran tajaan haji tersebut, tapi ia hanya menunjukkan beliau tersilap bukan korup.

Juga, apabila ditegur "kesilapan" beliau, maka Tok Guru telah sanggup menukar keputusan awal beliau. Tiada silap pun, dari mula lagi kerana tiada bukti pun syarikat berkenaan mendapat kontrak serta projek dari Tok Guru?

Bagi Tok Guru, syarikat tersebut adalah seperti mana-mana syarikat pun. Dan, kalau Tok Guru terima tawaran tersebut, tidak bermakna selepas ini syarikat tersebut akan mudah mendapat kontrak serta projek kerana penerimaan Tok Guru tidak bersyarat.

Jadi, saya cabar mereka yang mahu membuat isu tajaan haji kepada Tok Guru ini supaya membuat laporan kepada SPRM atau Polis D5. Kalau tidak, tutup mulut kamu.

Tok Guru pun dah batal hasrat beliau. Apa nak lagi?

Tulang Besi

Pemberian wang ehsan jadi alat politik bukan undang-undang



Oleh Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang   

Yang Berhormat Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh yang pertama B.4, 010000 -Suruhanjaya Pilihan Raya, 010100, 010200.


Sebagaimana kita maklum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tiap-tiap sepuluh tahun mereka membuat persediaan baru. Melihat kepada perkembangan semasa dan terkini, apa yang mendukacitakan tiga buah negeri di Utara dan Pantai Timur, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak mengalami perubahan sebagaimana ianya berlaku dan tidak ada penambahan kawasan Parlimen.

Kawasan-kawasan di sana adakan juga satu kawasan Parlimen seperti Baling, Sik, Kuala Krai, Jeli, Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman. Sebahagiannya sama besar dan lebih besar dari negeri Perlis. Akan tetapi tidak ada perubahan oleh kerana kita telah mengalami keadaan yang berubah, penduduk yang bertambah, menyebabkan mereka yang menjadi Ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran untuk melawat dan mengendalikan anak buah mereka dalam keadaan yang berubah.

Oleh kerana itu, sangat wajar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kepada kawasan-kawasan di negeri tersebut. Kedua, saya ingin menyentuh B.6, 020000 - Unit Perancang Ekonomi dan 020200 - Perancangan Ekonomi, sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain dalam perbahasan tadi bersabit dengan royalti petroleum yang dibatalkan di Terengganu pada tahun 2000 dan terkini di Kelantan.

Saya melihat ianya lebih bersifat politik daripada bersifat perundangan dan perjanjian yang sebenarnya berlaku, kita perlu kembali kepada kronologi bagaimana royalti itu berlaku kepada negeri-negeri di Sabah dan Sarawak dan diikuti oleh negeri Terengganu. Hasil dari perundingan antara Almarhum Perdana Menteri Tun Abdul Razak dengan kalangan perundangan dan kalangan ekonomi bagi menyelesaikan krisis di antara Malaysia Timur dan Barat pada masa itu.

Lalu mereka bersetuju menggubal dan meluluskan Akta Petroleum 1974 yang membawa kepada penubuhan Petronas. Maka Petronas telah mengadakan perjanjian dengan semua negeri-negeri, di mana ternyata dalam perjanjian itu, mana negeri yang ada hasil petroleum sama ada di laut ataupun di darat tanpa mengira berapa jaraknya di laut, maka diberi peruntukan royalti sebanyak 5%. Maka diberi kepada Sabah dan Sarawak.

Negeri Terengganu berlangsung pada tahun 1978 sehingga tahun 2000, ertinya 20 tahun lebih sehinggalah kerajaan PAS memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di masa itu, maka berlaku perubahan.

Di mana kita melihat pemberian di negeri Terengganu sama dengan negeri Sabah dan Sarawak. Secara rasmi melalui kenyataan Perdana Menteri di masa itu.

Melalui jawapanjawapan di Parlimen, melalui kenyataan bertulis dan kenyataan lisan semuanya menggunakan perkataan royalti. In secara rasmi dan kenyataan yang jelas dan nyata. Saya melihat perubahan berlakunya rampasan terhadap negeri Terengganu adalah kerana lebih berunsurkan politik, berunsurkan hilangnya semangat patriotisme dan hilangnya semangat persaudaraan di kalangan negeri.

Menganggap Pembangkang adalah musuh dan kita perlu ingat bahawa pembatalan ini berlaku hasil daripada peranan UMNO, tahun 2000. Apabila adanya cadangan dari UMNO, kalau tidak silap saya usul yang mendesak supaya dibatalkan royalti petroleum pada negeri Terengganu kerana diperintah oleh parti yang dianggap tidak sama dengan Kerajaan Pusat.

Maka berlakulah peristiwa yang malang dan mendukacitakan.
Bertukar kepada duit ihsan, yang malangnya ihsan ini bukannya rakyat diutamakan. Akan tetapi kroni diutamakan. Kerana duit ihsan ini dikendalikan oleh tangan-tangan yang tertentu.

Sama ada tangan-tangan yang nyata atau tangan-tangan yang ghaib. Melalui projekprojek yang besar, projek-projek yang mewah, maka diutamakan kroni-kroni yang tertentu, hanya kuah yang sedikit turun kepada rakyat. Ini ternyata, ini yang berlaku di negeri Terengganu yang menimbulkan krisis di antara istana dan di antara politik. Ini puncanya. Saya bimbang Kelantan akan mengalami nasib yang sama akan mengalami keadaan yang sama.

Yang ketiga, saya ingin menarik perhatian kepada 050000 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung dengan penguatkuasaan barangan halal. Barangan halal merupakan barangan yang menarik minat seluruh dunia, bukan sahaja dari kalangan orang Islam termasuk di kalangan orang yang bukan Islam. Kerana apabila sebut halal bukan sahaja berkat pada orang Islam, termasuklah bersih, adanya unsur-unsur kebersihan. Maka ia mendapat satu pasaran yang luas.

Apa yang membimbangkan, di sana ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang menyalahgunakan sijil halal. Oleh kerana itu, satu peraturan yang tegas, satu tindakan tegas perlu diadakan supaya persijilan halal ini tidak menjadi bahan yang dipermainkan dan berlakunya penyelewengan.

Seterusnya ialah berkait dengan 010000 - Khidmat Sokongan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Di mana dalam bahagian 010400 - Kecemerlangan Dan Profesionalisme. Saya melihat ini berlaku kegagalan. Mengapa gagal? Walaupun kita telah berpuluh tahun mencapai kemerdekaan sedangkan indeks rasuah sangat menjunamkan negara kita ke suatu tahap yang sangat memalukan walaupun kita menobatkan dan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan.

Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana tidak ada unsur Islam di dalam undangundang pencegahan rasuah. Unsur perhitungan dosa dan pahala. Undang-undang yang tidak roh, undang-undang yang menganggap hanya pandangan mata manusia. Tidak melihat diketahui oleh Allah SWT sedangkan dari segi Islam rasuah adalah perkara dosa besar yang diberi amaran oleh Al-Quran, yang diberi amaran oleh hadis-hadis Nabi SAW.

Dianggap amalan kaum Bani Israel, yang dilaknat oleh Allah SWT, mengapa roh ini tidak masuk dalam diri orang Islam? Sebabnya kerana kita tidak memperkasakan undang-undang itu
berdasarkan kepada roh dan sifat yang sebenar, maka berlakulah double standard di dalam tindakan. Seperti disebut rakan-rakan tadi, maka ikan-ikan kecil sahaja yang ditangkap, ikan-ikan yang besar terlepas begitu sahaja, maka berlakunya tindakan yang terpilih.

Kerajaan mestilah merasa malu dan mestilah membuat muhasabah diri dalam menangani masalah dan saya mengharap Perdana Menteri yang baru ini akan membuat perubahan dengan cara yang sebaikbaiknya.

Ucapan Presiden PAS dalam Dewan Rakyat 16 Nov 2009.

BUKTI HAK SPEAKER JELAS: 3 DUN KATAK LOMPAT MESTI DIKOSONGKAN

Kenyataan Media (17 November 2009)

 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang telah membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan kosong setelah di putuskan oleh Speaker DUN Kedah dan tindakan dangkal  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan Suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih sebagai wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan adalah mengikut perundangan.
 
DPPN Pk juga menekankan bahawa SPR tidak boleh mengatasi kuasa Speaker adalah tepat dan ini sebagai rujukkan kes yang sama dengan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah melompat menjadi ADUN Bebas awal Februari yang lalu. Ini kerana V. Sivakumar, Speaker DUN telah memaklumkan perkara yang sama kepada SPR dan tindakan SPR bertentangan dengan peruntukan yang ada di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
 
DPPN Pk meminta supaya SPR menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi sepertimana semalam. 3 DUN di Perak juga perlu disegerakan untuk diadakan pilihan raya baru berdasarkan 'precedent' yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bersabitan pengosongan kerusi DUN Kota Siputih di Kedah semalam. DPPN Pk berharap SPR tidak bersikap 'double standard'  dengan bersikap bersungguh-sungguh membuat rayuan terhadap kes tersebut sedangkan UMNO dan BN tidak membuat sebarang komen terhadap kes ini.
 
 
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PR: Najib may be popular but can BN win?


(The Edge) - Pakatan Rakyat (PR) leaders today sought to downplay Barisan Nasional's (BN) chances of recouping its loss during the 12th general election even as they admitted Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was making headway in regaining public support.
Opposition members of parliament were asked to comment on Merdeka Centre director Ibrahim Suffian's recent statement that BN would score better if the 13th general elections were held now, with Ibrahim predicting that BN could regain the two-thirds majority in the 222-seat Dewan Rakyat.

Ibrahim was also quoted by Malaysiakini on Nov 15 as saying that PR could only win between 50-60 seats in the Dewan Rakyat if nationwide elections were held now.

BN currently has 137 seats against PR's 82 while independent representatives occupy three seats in parliament's lower house.

When met, PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) said the opposition coalition would "take note of that" but attributed Najib's increasing appeal to a "very well organised campaign" by international communications firm Apco Worldwide, engaged by Najib.

"They are smart in spinning the news and (have) effective control of the media, more effective than the past, so they have been able to impress the general public that Najib represents change.

"But I think given the track record in the last few months and the next few months, I think it will dissipate," Anwar told reporters in parliament earlier.

Anwar said he was "not particularly worried unless he (Najib) genuinely believes (he can implement reform) and be consistent in his actions".

Penang Chief Minister Lim Guan Eng (DAP-Bagan) said that while Najib was "stronger than the BN", it still remained to be seen whether Najib can manage to transform the BN "not to be a crony government".

"The outcome (of the general elections) will still be determined by the people. There is always ebb and flow in politics. People will see which government can best protect their interests," Lim said.

On the fight against corruption, Lim said Najib's actions had not matched his rhetoric and cited the example of the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal which saw inaction despite several reports recommending action.

M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) also concurred with Lim, saying that Najib's rising popularity cannot be denied but also cannot be equated with the ruling party's popularity.

Kulasegaran said his biggest concern was that PR would "be fizzled out" unless the PR-led state governments can successfully outperform their BN predecessors to show that they "can deliver".

The internal spat between PR leaders must stop and that the coalition should have common policy stands, Kulasegaran added.

PAS Vice-President Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) meanwhile took more caution, saying that PR cannot "underrate" what Najib has done in the last few months since taking office.

"The most important thing is that PAS must anticipate the tactics that Najib is undertaking in this few months. He is making headway and trying very hard," Salahuddin said.

"But I don't underrate him (Najib) as a politician and in the upcoming election we have to take all that into account," Salahuddin said.

Salahuddin added that PR must be strengthened and find solutions for "all the problems" during its first convention scheduled for December.

Persepsi? (tulisan ini dibuat kerana sayangkan PAS)


Selepas ditenyeh oleh dua professor untuk mengenali persepsi, maka kini pemuda PAS berkata dua tok guru Kelantan dan Trengganu diserang menggunakan peluru “persepsi”. Pemuda PAS tahu atau tidak berapa ramai orang kampong di luar sana faham atau tidak apakah “persepsi” itu?. Rasanya ramai akan berkata persepsi itu macam air liur basi.
Eloklah pemuda PAS cari sebutan lain yang mempunyai maksud yang sama supaya orang lain diluar sana mudah faham, sebab kalau orang kampong tak faham maksud yang pemuda pas nak sampaikan, lagi punah jadinya. Gunalah perkataan lain supaya sasaran mendapat maklumat yang tepat dan mudah di fahami.
Persepsi mungkin boleh disebut “tanggapan” atau anggapan dan seerti dengannya. Tanyalah professor itu apakah perkataan lain yang mudah orang kampong faham.
Tanggapan bukan boleh berlaku begitu saja. Tanggapan kepada dua tok guru itu pun sama sifatnya. Ia tidak berlaku begitu saja. Kenapa tanggapan terhadapnya begitu?. Ini persoalan asal sebelum timbulnya persepsi dan sebagainya lagi.
Kenapa tanggapan atau persepsi terhadapnya begitu?
Tanggapan yang merosakkan imej tok guru trengganu kerana bercakap mengenai hendak berpadu dengan UMNO dalam keadaan semua orang tahu UMNO ini sudah punah dan tidak boleh di pakai lagi. Bahkan ada pertemuan di buat.
Ini peristiwa benar yang tidak boleh disamakelaskan sebagai tanggapan atau persepsi. Untuk mengelaknya mudah, jauhkan dalam apa jua bentuk sama ada pemikiran, percakapan dan tindakan yang boleh menyebabkan orang menganggap untuk berkerjsama dengan UMNO.
Akhirnya, PAS terpaksa buat itu buat ini untuk menyatakan bahawasanya mereka tidak berkerjasama dengan UMNO. Isu itupun selesai kononnya. PAS pula tidak pernah meminta maaf atas kesilapan langkah itu kepada semua rakyat yang sayangkan perjuangannnya.
Tanggapan pemuda pas bahawa imej dua tok guru rosak itu adalah kerana persepsi semata tidak berapa tepat. Pemuda PAS harus terima hakikat ia memang berlaku.
Dalam isu tok guru di Kelantan pun serupa juga. Pemuda PAS perlu terima hakikat bahawasanya isu yang dimainkan adalah bukan persepsi. Tetapi isu sebenar. Imej tok guru MB Kelantan jadi begitu kini adalah kerana MB Kelantan sendiri samada sedar atau tidak sedar menjadikan menantunya sebagai CEO di PMBK dalam keadaaan tok guru MB sendiri sebagai Pengerusinya. Isunya mudah untuk di fahami, dalam kontek ini pemuda pas tak payah tanya profesore untuk memahami perpsepsi atau tanggapan ini.
Isunya jelas, mudah dan bahkan ia menjadi isu besar Negara era Reformasi kini. Sudah dua Perdana Menteri jatuh kerana isu yang sama. Apakah perkara yang jelas ini pemuda PAS tidak faham dan masih mahu berakademik lagi?
Isu yang ketiga ialah menantu tok guru MB Kelantan sendiri, dia sedar atau tidak sedar akan akibat terima perlantikan berkenaan samada perlantikan itu halal atau sebaliknya. Isu samada layak atau tidak layak dari segi akademik dan professional tidak timbul, kerana kedudukan dia sebagai menantu tok guru MBlah yang menyebabkan kekecohan berlaku sehinggakan tok guru MB menjadi susah.
Kalau tok guru trengganu berani berdepan dengan umum untuk  membetulkan kesnya yang sudah dia buat silap itu, samalah tok guru Kelantan dan menantunya itu, tidak ada pilihan melainkan tampil kedepan dan menerima hakikat samada tok guru MB letak jawatan sebagai MB atau menantu MB letak jawatan sebagai CEO PMBK. Isu yang lain adalah hasilan daripada isu sebenar ini sahaja.
Insyaallah, isu ini akan selesai dan banyak masalah lain lagi pun akan turut selesai.
Mulai hari ini PAS dan pemuda PAS perlu faham, kerja musuh adalah untuk membuatkan masyarakat keliru, bagi UMNO kekeliruan terhadap PAS adalah sudah dikira kemenangan dan kejayaan mereka.
Oleh itu, jangan lagi ulang perbuatan pertemuan sulit dengan musuh dan jangan lagi letak anak menantu ke jawatan dalam kerajaan yang bapak mertua ada jawatan politik yang menggunakan harta negeri atau Negara, lainlah kalau bayar gaji guna harta sendiri
 
Muramatsu

S'gor digesa boikot program BTN

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

"Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

"Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.

"Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan," tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

"Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja."

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri - yang pernah mengikuti program BTN - mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

"Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat," katanya.

"Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM."

Tambahnya, peserta juga "dimomokkan" tentang tentang "ancaman orang Cina" dalam program yang disertainya itu.

"Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).

"Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman," katanya.

Royalti: Kelantan tiada hak, PAS cabar Nazri debat


Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, Nov 17 - Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS tiada hak untuk menuntut bayaran royalti hasil petroleum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Nazri menjelaskan, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein tidak secara khusus menggunakan istilah “royalti” semasa membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974, yang membuka laluan kepada penubuhan Petronas dan perjanjian perkongsian lima peratus hasil dengan negeri-negeri mengeluarkan minyak.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS bagaimanapun masih mempertahankan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti daripada hasil petroleum, bukannya wang ihsan.
Terengganu juga pernah diberikan wang ihsan selepas ia ditawan PAS pada pilihan raya umum 1999.
“Perjanjian ini dibuat sebagai satu janji agar pentadbiran masa-masa akan datang menghormatinya.
“Ia cuma satu janji bukan satu hak dan anaknya, Datuk Seri Najib menghormati janji ini dengan membuat bayaran wang ihsan kepada Kelantan,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Razak dicatatkan dalam hansard Parlimen dan digunakan oleh pembangkang sebagai bukti agar kerajaan persekutuan mengiktiraf hak Kelantan untuk mendapatkan royalti.
Selain akta itu, perjanjian antara Pengerusi Petronas ketika itu, Tun Salleh Abbas dan pengasasnya, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa negeri-negeri menghasilkan minyak harus diberikan royalti juga digunakan pembangkang untuk menegakkan hujah mereka.
Harakah Daily pula melaporkan, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Nazri agar berdebat mengenai isu royalti yang kini ditukar menjadi wang ehsan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika mencelah ucapan penggulungan Nazri di Dewan Rakyat petang tadi mengulangi cabarannya terhadap Nazri kerana berpendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu banyak menyelewengkan fakta berhubung royalti minyak termasuk dalam isu perjanjian yang pernah dimeterai Petronas dengan Kelantan suatu ketika lalu.
“Saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak kita berdebat di luar dewan, di Kota Bharu, atau di Kuala Lumpur untuk kita beritahu rakyat rakyat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pembohongan ini,” katanya.
Membalas cabaran itu, Nazri berkata beliau bersedia untuk berdebat bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk di markas PAS Taman Melewar.
“Saya tidak ada halangan sebenarnya, malah kalau nak buat perbahasan di Markas PAS di Greenwood pun saya akan pergi... tidak ada masalah,” katanya.
Sidang Dewan Rakyat menjadi kecoh, seolah-olah ‘medan perang’ apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan percanggahan fakta yang dinyatakan oleh Nazri.
Turut membahaskan isu tersebut ialah Saifuddin Nasution (PKR-Machang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) dan Dr Dzulkefly Amad (PAS Kuala Selangor).
Dzulkefly menyifatkan Nazri menyelewengkan beberapa interpretasi Perlembagaan mengikut pendapatnya, malah menafikan apa yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin Petronas dan kerajaan sebelum ini.
“Mengapa kita membelakangkan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abbas yang sebelum ini memahami asas kepada perjanjian ini. Semangat undang-undang mesti adil... hari ini dalam kes royalti mengapa Sabah Sarawak diberikan hak, tetapi Kelantan dan Terengganu di mana keadilannya,” katanya.
Nazri sebaliknya cuba mengalihkan perhatian wakil rakyat yang lain dengan menyentuh isu-isu dalaman PAS dan tidak menjawab isu sebenar yang dipersoalkan wakil Shah Alam, Khalid Samad berhubung kedudukan Kelantan sebagai negeri yang sepatutnya berhak dalam royalti minyak.
Lim juga mendakwa penjelasan Nazri itu menunjukkan beliau “menyelewengkan fakta” dan ia bertentangan dengan semangat menggubal peraturan berkaitan hasil minyak.
“Jika anda mahu berfikir bahawa ini adalah penyelewengan fakta, terpulang kepada anda. Akta Pembangunan Petroleum tidak menyebutkan soal bayaran royalti,” Nazri menjawab kenyataan Lim.

Saham: Azmin nafi lagi, label Anuar ‘pengemis politik’

Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menunjukkan resit bukti pembelian saham semasa mengadakan sidang media berkenaan pembelian saham bernilai RM8.5 juta oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, hari ini. Anuar yang tiba pada jam 11.45 pagi ini di JSJK menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikkan saham berkenaan dengan ditemani beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).
Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Nov 17 — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menafikan dakwaan terbaru hari ini bahawa beliau memperoleh saham-saham bernilai sekurang-kurangnya RM2 juta ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Azmin membuat penafian beberapa jam selepas seorang bekas pembantu kanan Anwar mendedahkan dokumen-dokumen baru yang didakwa sebagai bukti Azmin telah memperoleh saham sekurang-kurangnya bernilai RM2 juta sekitar awal 1990-an.
Dakwaan itu yang dibuat oleh Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar pagi tadi merupakan yang kedua dalam tempoh lima hari.
Sabtu lalu, Azmin juga telah menafikan pendedahan bekas Ketua Pemuda MIC, SA Vigneswaran kononnya beliau, isteri dan adik iparnya memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an ? ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”
“Kali pertama saya disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada tahun 1995 dan oleh polis 11 tahun yang lalu. Dan, kini mereka hendak kembali semula dengan skrip yang sama, saya serahkan perkara ini kepada orang ramai (untuk membuat penilaian),” kata Azmin kepada pemberita di bangunan Parlimen.
“Sebelum ini mereka mendakwa RM8 juta, sekarang sudah turun kepada RM2 juta ... pada tahun 1998 dakwaan yang dibuat ialah RM400 juta,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Pagi tadi, Anuar membuat laporan polis di Bukit Aman mendakwa Azmin memperoleh saham berkenaan antara 1992 dan 1994.
Anuar yang membuat laporan dengan diiringi beberapa pemimpin Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan Pewaris memberitahu, tindakan itu diambil demi kepentingan untuk menegakkan kebenaran.
Anuar menambah, kebanyakan pemerolehan saham berkenaan dibuat atas nama isteri Azmin, Shamsidar Taharin.
Kata beliau, Anwar juga perlu disabitkan dalam transaksi yang dibuat antra tahun 1992 dan 1994 ketika itu Azmin berkhidmat sebagai setiausaha peribadi bekas Timbalan Perdana Menteri.
Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menambah, beliau telah disoal siasat oleh polis selama lapan hari pada 1998 berhubung dakwaan memiliki kekayaan.
“Saya ditahan selama lapan hari. Saya telah mengemukakan kesemua bukti kepada pihak berkuasa,” katanya.
“Saya telah memberikan kerjasama saya kepada polis semasa ditahan selama lapan hari dan sepanjang tempoh tahanan itu, saya telah disoal siasat secara bertubi-tubi,” katanya.
Mengenai dakwaan Vigneswaran, Azmin berkata, surat tuntutan akan dihantar kepada beliau esok.
Ketika ditanya sama ada tindakan perundangan juga akan diambil ke atas Anuar, Azmin menyoal: “Siapa dia Anuar Shaari? Dia merupakan pengemis politik.”

Zaid: Usah bimbang Anwar masih sesuai jadi PM


KUALA LUMPUR, Nov 17 — “Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti.”
Demikian jelas Datuk Zaid Ibrahim (gambar) sambil meminta para penyokong dan peminat Anwar agar tidak bimbang dengan pandangannya baru-baru ini bahawa Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar diberi peluang mengetuai PR apabila didaftarkan secara rasmi kelak.
“Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang.
“Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. “Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham,” tulis Zaid dalam blognya hari ini.
PR dijadual mengadakan konvensyen khas 19 Disember ini.
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun ini menambah, premis utama syornya ialah “kita perlu kepada seorang spiritual leader sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu.”
Beliau kini bercuti selama enam bulan daripada Biro Politik PKR.
“Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.
“Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar,” kata beliau sambil menambah, personaliti yang sesuai dilihat ialah Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut.
“Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan melawan BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita,” katanya.
Jelas Zaid, soal jawatan Perdana Menteri terserah kepada wakil-wakil rakyat PR apabila mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.
Justeru, katanya, ia akan menjadi perkara mudah kerana Nik Aziz pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.
“Cadangan saya ini juga sama seperti dengan kedudukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di United Kingdom yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti.
“Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang,” katanya lagi.

Anwar : "Kalau Betul Saya Pun Hendak Saham Itu"



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bekas setiusaha sulitnya Anuar Shaari bahawa beliau memiliki saham jutaan ringgit ketika menjadi Menteri Kewangan. Sehubungan itu, Anwar meminta bekas setiusaha sulitnya itu mendedahkan dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta yang kononnya dimilikinya seperti yang didakwa.
“ Saya kata, saya minta kalau betul, saya pun hendak saham itu. Saya kata kalau betul ada, kenapa dia simpan? Kalau saham saya, bagi kepada saya lah. Kalau tidak kita ambil tindakan undang-undang".
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan bekas setiausahanya membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian Online, Anuar membuat laporan polis tersebut berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan bekas ketuanya itu.
Laporan berkenaan menyebut, Anuar mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2juta membabitkan Anwar; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Sehubungan itu Anwar berkata, toleransi yang diberikan oleh beliau kepada setiap pertuduhan yang dilemparkan membuatkan ramai pihak mengambil kesempatan mengada-adakan cerita terhadapnya.
“ Hendak saman pun tak sampai hati tapi kalau tidak saman terus begitu. Kalau betul ada, mengapa saham itu tidak ada di tangan saya?".
Menurutnya lagi, beliau percaya terdapat media-media tertentu di negara ini yang bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional demi terus mencalarkan imejnya.
“ Sebenarnya beberapa orang ini memang diupah untuk Berita Harian, The Star dia memang bekerjasama dengan UMNO untuk buat kenyataan bergilir. Oleh itu orang ini yang dia yakin dia boleh boleh menang dalam mempengaruh sistem pendakwa, polis, hakim, maka dia rasa dia boleh bebas” ujarnya lagi.

Mat Sabu: Berterima kasih kepada Chin Peng

Lim Hong Siang

 
Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".
Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).  Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang.  Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".
"Agama sebagai candu"
Mat Sabu (gambar kiri) yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".
"Agama sebagai candu masyarakat.  Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum.  Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.
"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu.  Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."
"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu.  Itu persetujuan yang saya kata.  Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!"  Penjelasannya menggelakkan satu dewan.
Penyalahgunaan agama
Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku.  Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam.  Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."
Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."
"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"
Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim.  Allah menyebut, celaka kamu!"
Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam
Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.
Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara.  Kenapa jadi begitu?"
Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.
"Di Mesir....ribuan ustaz.  (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang.  Dia tunggu hari nak masuk kubur!"
"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.
Angka itu untuk syok-sendiri
Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat.  Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.
"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.
"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya.  Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.
"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh.  Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat.  Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"
Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"
Setuju untuk menjatuhkan BN
"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial.  Ini yang paling penting!"
Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan.  Saya setuju.  Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan!  Itu yang kita harapkan."
"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun.  Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..."  Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah.  Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."
Perubahan pemikiran masyarakat Melayu
Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."
"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu.  (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."
Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan.  Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."
Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.
Berterima kasih kepada Chin Peng
Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera.  "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney.  Habis masjid tu saya nampak terkejut.  Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"
"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine.  Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.
"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini.  Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"
Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui.  Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"
"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain.  Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen.  Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."
Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah.  Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

Bekas Setiausaha Anwar Buat Laporan Polis Berhubung Pembelian Saham


Bekas Setiausaha Sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menunjukkan resit bukti pembelian saham semasa mengadakan sidang media berkenaan pembelian saham bernilai RM8.5 juta oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, hari ini. Anuar yang tiba pada jam 11.45 pagi ini di JSJK menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikkan saham berkenaan dengan ditemani beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas). -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari hari ini membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta.
Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini.
Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas).
"Saya pada pagi ini buat satu laporan polis dan menyerahkan salinan dokumen asal tentang pemilikan saham-saham yang heboh diperkatakan sekarang untuk mencari kebenaran kerana daripada dokumen yang diterima dan ada pada saya ianya nampak seperti asli, tetapi saya bukan pakar untuk membuktikan itu dan ini.
"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut," katanya kepada pemberita di perkarangan JSJK di sini hari ini.
Anuar berkata siasatan yang telus dan adil perlu dijalankan kerana menerusi dokumen itu terdapat maklumat tentang pembelian saham yang dilakukan menggunakan nama dua individu terbabit (Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin).
"Saya mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi setiausaha Anwar," katanya.
Katanya laporan polis itu dibuat ekoran timbulnya keinsafan sebagai seorang warganegara bertanggungjawab tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan berharap pihak berkenaan (Azmin dan Shamsidar) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menuduhnya berniat jahat.
Anuar berkata jika terbukti kesahihan terhadap dakwaannya (mengenai saham) polis harus menjalankan siasatan segera.
Sebelum ini beberapa akhbar melaporkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.
Anuar yang pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada bulan Mei 2007.
Sementara itu, Pengarah JSJK Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi Bernama mengesahkan Anuar hadir di jabatan itu untuk membuat laporan tetapi beliau enggan mengulas lanjut. BERNAMA

DUN S'gor lulus usul siasat wakil BN



Persidangan DUN Selangor hari ini meluluskan usul supaya timbalan ketua pembangkangnya Datuk Mohd Satim Diman disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya mengenai menteri besar semasa membahaskan Bajet Selangor 2010.

Usul itu yang dibawa oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diluluskan oleh Speaker DUN Teng Chang Khim.

Teng, ketika meluluskan usul itu, berkata mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri biarpun semua ahli dewan diberi imuniti, tidak bererti ahli-ahli boleh mencemar reputasi mana-mana ADUN dengan fakta yang tidak berasas dan menyalahgunakan kuasa imuniti.

Katanya, jika kenyataan yang dibuat oleh Satim pada 11 Nov lepas itu tidak sahih dan tidak berasas, jawatankuasa itu hendaklah mencadangkan tindakan yang sewajarnya kepada dewan.

Ketika membentangkan usul itu, Abdul Khalid berkata jawatankuasa itu perlu menyiasat kesahihan kenyataan Satim iaitu Bajet 2010 dibentangkan dalam keadaan rakyat keseluruhannya sangsi dengan kebolehan menteri besar.

"Ini bertolak dengan kegagalan (Abdul Khalid) membayar kemudahan pinjaman Bank Islam berjumlah RM66.6 juta (US$18.5 juta) yang dibuat pada tahun 1998 bagi tujuan pembelian saham Kumpulan Guthrie Bhd.

"Ini adalah pembelian opsyen 200 juta saham atau 20 peratus daripada kumpulan Guthrie. Ini membuktikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar tidak hemat dan gagal menguruskan kewangan sendiri," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata kenyataan ADUN Sri Serdang itu tidak sahih dan tidak ada bukti yang kukuh dan lebih kepada cercaan kepada seorang ahli dewan dan, menurutnya, soal pinjaman membeli saham itu kini masih lagi dalam prosiding mahkamah. BERNAMA

DUN S'gor lulus usul tubuh s'jaya siasat kematian Teoh

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul mendesak kerajaan pusat menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Usul tersebut dibentangkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan kira-kira satu jam.

Teoh adalah setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga ADUN Sri Kembangan.

NONEDifahamkan, beberapa ADUN BN yang hadir ke sidang DUN hari ini, bertindak keluar dewan apabila usul tersebut dibentangkan tengahari tadi.

"Kenapa bila bicarakan tentang Teoh Beng Hock, semua orang BN lari?" kata Ng yang mempersoalkan tindakan wakil-wakil pembangkang itu.

Ng seterusnya berkata, usul tersebut dibentangkan memandangkan kabinet sebelum ini telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya diraja.

Namun, kuasa suruhanjaya itu didapati terbatas kepada menilai kaedah soal siasat SPRM dan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Kabinet juga memutuskan satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Inkues tersebut sedang berjalan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Ng berkata, usul yang dibentangkannya itu berpandukan garis panduan inkues yang dikeluarkan oleh Hakim Besar Malaya, Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2007.

"Ini jelas menyatakan mahkamah koroner hanya berhak mencari kebenaran tetapi tiada kuasa mencari siapakah pembunuh serta tiada hak mendakwa sesiapa.

"Oleh itu peranan mahkamah koroner hanya sama dengan satu pendengaran awam yang terbuka sahaja," katanya lagi.

Ng juga turut mendesak ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan sekiranya sebab kematian Teoh tidak ditemui.

"Pihak SPRM mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.

"Jangan cuba berdolak-dalik dan lepas tangan kononnya kematian tersebut tiada kena mengena dengan SPRM," tambahnya.

Ng juga mendakwa, Ean kini menghadapi masalah untuk mendapatkan setiausaha politik baru untuk menggantikan tempat Teoh, kerana ramai yang takut musibah yang sama akan menimpa diri mereka.

Beliau mendakwa ia merupakan salah satu perang saraf pihak BN yang didakwanya memperalatkan SPRM demi untuk melemahkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Pungutan Suara Terhadap Perdana Menteri Malaysia : Najib Tun Razak





Source: http://www.merdeka.org/

PR Tetap Utuh


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub, menafikan bahawa pakatan pembangkang menghadapi krisis.

Katanya, situasi semasa dalam PR mampu diselesaikan melalui perbincangan.

“Biasalah tu, semua pihak mahu bagi pandangan demi kebaikan parti, tetapi keputusan yang dicapai berdasarkan keputusan bersama dan mahu atau tidak, mesti terima.

“Sehingga sekarang ahli parti gabungan (PKR, Pas, DAP) tidak pernah tidak bersetuju dengan keputusan dibuat, tidak timbul soal ada ahli yang memberontak kerana keputusan yang kita buat melalui proses demokrasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil berkata, pengisytiharan ‘perang’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bukanlah bermakna ‘perang menggunakan senapang’.

“Maksud Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah perang politik iaitu perang melalui kata-kata. Bila kita dapat kesan ada wujud isu-isu bercanggah, kita akan bangkit, misalnya ada unsur penyelewengan dalam parti kerajaan, kita akan selongkar dan buktikan benda itu benar. Itulah yang dimaksudkan perang kata-kata.

“Tetapi masih banyak lagi maksud ‘perang’ yang dikatakan Anwar itu, kita tunggu dan lihat saja,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbezaan pendapat berlaku dalam mana-mana parti sama seperti pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga.

“Ahli parti bercanggah pendapat, benda biasalah, bukan isu besar pun. Penyelesaiannya melalui perbincangan, itu sudah cukup. Jika ada yang kata pakatan pembangkang tak setuju dengan keputusan dibuat sehingga berlaku perang, memang tak logiklah,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, keputusan Anwar yang mahu menyekat Najib daripada menawan Selangor dipersetujui semua pakatan.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh salah sebuah parti pembangkang, akan mendapat sokongan.

“Memang kita nak ambil alih kerajaan Malaysia, jadi bila Anwar sekat Najib itu adalah perkara terbaik untuk membawa satu perubahan daripada Barisan Nasional kepada PR bagi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tentang Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Pengerusi BN pada beberapa siri lawatannya ke Selangor sebelum ini mengajak pemimpin BN bersatu dan berusaha mulai sekarang untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, serangan untuk merampas Selangor dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR negeri itu. -SH


Kontroversi, skandal lemahkan PR Selangor

Isu kontroversi dan skandal dilihat antara faktor utama yang boleh menyebabkan kejatuhan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Penganalisis politik, Zaini Othman berkata, perkara itu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kuasa pemerintahan.

“Ini memberikan kesempatan kepada BN untuk memainkan isu berkenaan dan menonjolkan kepincangan pemerintahan PR,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zaini Othman yang juga Ketua Program Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, parti komponen PR seharusnya menitikberatkan aspek kesatuan dan perpaduan bagi menjamin kuasa pemerintahan mereka.

“Pas, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP perlu memupuk kesepaduan untuk memastikan pemerintahan yang mantap kekal berkuasa di Selangor," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan PR perlu memberikan khidmat yang terbaik dan melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12, Mac tahun lalu untuk terus meraih sokongan rakyat.

:Seoarng lagi penganalisis politik, Asri Salleh berkata, ‘trend lompat parti’ oleh kebanyakan ahli PKR menyebabkan kedudukan PR semakin goyah, malah nasib mereka mungkin lebih teruk berbanding di Perak.

“Sekiranya perkara ini (lompat parti) tidak dibendung dan semakin merebak ia akan menyebabkan kejatuhan PR malah lebih teruk berbanding peristiwa yang berlaku di Perak,” katanya.

Asri yang juga Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Terengganu berkata, masalah dalaman dan krisis pendapat yang melanda Pas turut memberi ruang kepada BN untuk menawan semula Selangor.

“Pas di Selangor adalah antara yang paling bermasalah dan sering menimbulkan kontroversi berbanding Pas di negeri-negeri lain.

“Percanggahan pendapat mengenai pelbagai isu dan krisis dalaman parti, berkemungkinan menyebabkan ramai ahli-ahli Pas yang akan keluar parti dan berdiri sebagai wakil Bebas,” katanya.

Dalam pada itu katanya, isu bai'ah taklik yang dibangkitkan baru-baru ini adalah provokasi sesetengah pihak yang mahu agar ikrar sumpah setia itu dihapuskan bagi membolehkan ahli Pas dapat keluar dari parti dengan bebas.

“Soal bai'ah hanyalah provokasi sesetengah pihak bagi membolehkan mana-mana ahli Pas yang bercanggahan pendapat, bebas untuk keluar dari parti tanpa menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka untuk menyertai parti lain selain dari BN,” katanya.
Ulasan GB
Apakah kerana merasa dirinya terikat dengan BAIAH menghalang Hassan Ali untuk melompat parti dan kemudian membocorkannya kepada umum di dalam pertemuan dengan blogger UMNO?

Salahuddin dan Nazri Aziz sedia debat isu royalti minyak

Wan Nordin Wan Yaacob & Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz berdebat mengenai isu Royalti Minyak Kelantan yang ditukar menjadi wang ehsan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Salahuddin (gambar) ketika mencelah dalam ucapan penggulungan Nazri di Dewan Rakyat petang tadi, mengulangi cabarannya terhadap Nazri kerana berpendapat Nazri banyak menyelewengkan fakta berhubung royalti minyak termasuk dalam isu perjanjian yang pernah dimeterai Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika lalu.

"Saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak ita berdebat di luar dewan, di Kota Bharu, atau di Kuala Lumpur untuk kita beritahu rakyat rakyat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pembohongan ini," katanya.

Membalas cabaran itu, Nazri berkata beliau bersedia untuk berdebat berhubung isu ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk di markas PAS Taman Melewar.

"Saya tidak ada halangan sebenarnya malah kalau nak buat perbahasan di Markas PAS di Greenwood pun saya akan pergiTidak ada masalah,"katanya.

Sidang dewan menjadi kecoh apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan percanggahan fakta yang dinyatakan oleh Nazri.

Turut membahaskan isu tersebut ialah, Saifuddin Nasution (PKR-Machang),Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), YUsmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) dan Dzulkifly Amad (PAS Kuala Selangor).

Dr Dzulkefly dengan tegas menyifatkan Nazri menyelewengkan beberapa interpretasi perlembagaan mengikut pendapatnya sahaja, malah menafikan apa yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin Petronas dan negara sebelum ini.

"Mengapa kita membelakangkan Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Salleh Abbas yang sebelum ini memahami asas kepada perjanjian ini.Semangat undang-undang mesti adil, hari ini dalam kes royalti mengapa Sabah Sarawak diberikan hak, tetapi Kelantan dan Terengganu di mana keadilannya," katanya.

Nazri sebaliknya cuba mengalihkan perhatian wakil rakyat yang lain dengan menyentuh isu-isu dalaman PAS dan tidak menjawab isu sebenar yang dipersoalkan wakil Shah Alam, Ir Khalid Samad berhubung kedudukan Kelantan sebagai negeri yang sepatutnya berhak dalam royalti minyak.

NEAC: Daya tindak Najib tidak setanding Mahathir

Neo Chee Hua

 
Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak kekal "senyap" sehingga kini.  Situasi ini mencungkil keresahan, malah keraguan sama ada NEAC sempat merangka satu model ekonomi baru yang konkrit dalam tempoh dua bulan, sebelum tahun 2010?
Demikianlah persoalan yang dibangkitkan, ketika Business Times dari Singapura mengulas NEAC yang bertanggungjawab merangka model ekonomi baru untuk menjayakan peralihan Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan tinggi.
Tulisan tersebut mengingatkan bahawa lima bulan sudah berlalu, selepas Najib melantik bekas CEO Maybank merangkap bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Amirsham A.Aziz (gambar kiri) sebagai Pengerusi NEAC pada Mei 2009.  Ini ditambah pula dengan lantikan sembilan orang "pakar" ke dalam NEAC, dua bulan selepas itu.
Sepanjang lima bulan ini, tidak banyak yang diketahui berkenaan NEAC, malah NEAC sendiri juga tidak menunjukkan prestasinya.  Keadaan sedemikian mengungkit keresahan sama ada NEAC benar-benar beroperasi, atau sekadar salah satu badan yang ditubuhkan dengan seribu satu alasan, tetapi terbeku dalam peringkat "tergendala".
Langkah Najib nyata lambat
Malah, Business Times telah membandingkan NEAC yang ditubuhkan oleh Najib, dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad pada Januari 1998, untuk menonjolkan bagaimana Najib dianggap lebih lambat dalam langkahnya.
MTEN yang dipengerusikan oleh Daim Zainuddin ini telah menubuhkan Danaharta pada Jun 1998, menjadi pembeli bad loan dan pengurus hartanah daripada bank yang terjerumus dalam krisis.
Kini, Danaharta diisytihar antarabangsa sebagai antara langkah terbaik untuk menyelesaikan krisis bank, malah digunakan secara meluas oleh negara Barat seperti Amerika Syarikat dalam krisis ekonomi global masa kini.
Menurut maklumat yang didapati, dalam tempoh setahun selepas Julai 1997, lebih 2000 syarikat di Malaysia mengalami penggulungan.  Dalam keadaan di mana bank berdepan dengan bad loan yang besar, penubuhan Danaharta telah berjaya menyerap hutang yang berada dalam sistem bank.
Dalam tempoh tujuh tahun dan enam bulan, bad loan sebanyak RM50 bilion telah dikendalikan, malah RM30 bilion antaranya, telah dibayar, dengan kadar recovery on bad loan setinggi 58%.  Prestasi ini lebih baik berbanding institusi lain dengan fungsi yang sama di Asia, yang rata-ratanya hanya mencatat 20-50%.
Pada Julai 1998, iaitu enam bulan selepas ditubuhkan, MTEN telah merangka satu pelan yang terperinci, iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi National (PPEN).  PPEN menggariskan enam langkah untuk menghadapi krisis ekonomi ketika itu.
Selain itu, MTEN juga bertanggungjawab untuk mengemukakan pakej rangsangan ekonomi, malah memperbaharui maklumat ekonomi terkini untuk penentu dasar yang utama setiap dua bulan, malah setiap dua minggu kemudiannya.
Lawatan sambil belajar di Korea?
Selain itu, MTEN juga mengkaji enam bidang yang harus diberi perhatian oleh kerajaan, dari pelancongan hinggalah pendidikan, dari perkhidmatan hinggalah pengangkutan.  Pada masa yang sama, MTEN ini tidak mengasingkan diri dari umum ketika membuat keputusan, malah berunding dengan badan korporat yang berlainan dalam bidang masing-masing.  Lebih-lebih lagi, wartawan agensi berita antarabangsa turut dibenarkan untuk turut serta dalam proses perundingan tersebut.
Bagaimana pula dengan NEAC yang ditubuhkan oleh Najib (gambar kiri)?  Tidak banyak yang diketahui secara umum.  Setakat ini, kita hanya tahu bahawa Amirsham A.Aziz pernah mengutarakan pandangan dalam satu seminar, berkenaan bagaimana Malaysia cuba membebaskan diri dari Middle Income Trap dan menuju ke matlamat negara berpendapatan tinggi; bagaimana untuk menyelesaikan masalah struktur dari segi pendidikan, ekonomi, daya saing, sumber manusia, pelaburan swasta dan sebagainya.
Selain itu, NEAC diketahui melalui media yang melaporkan bagaimana NEAC mengadakan "lawatan sambil belajar" ke Korea, melihat bagaimana negara tersebut berjaya beralih kepada negara berpendapatan tinggi.  NEAC kelihatan tidak "berdaya" lebih daripada yang tersebut di atas.
Anggota NEAC termasuklah Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor Universiti Sains Malaysia), Andrew Sheng (bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Negara), Zainal Aznam Mohd. Yusof (ahli Majlis Ekonomi), Hamzah Kassim (ahli penasihat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara), Nicholas S. Zefferys (penasihat korporat), Mahani Zainal Abidin (Ketua Pengarah ISIS), Yukon Huang (Penasihat Kanan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia), Homi J. Kharas (Fello Kanan Pusat Pembangunan Wollfensohn, Brookings Institution dan Ketua Pakar Ekonomi Wilayah Asia Timur di Bank Dunia) dan Danny Quah (Ketua Jabatan Ekonomi di London School of Economics).
Business Times mempertikaikan, apakah lawatan sambil belajar ini adalah sesuatu yang terbaik yang boleh dilakukan oleh pasukan ini?
Yang lebih penting, Najib telah berjanji di APEC bahawa model ekonomi baru bakal dikemukakan pada akhir tahun ini.  Apakah NEAC mampu melakukannya, dalam jangka masa yang tinggal ini?  Ini persoalan yang cukup membimbangkan.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Kalau pemimpin pun jahat macam aku...

Sungguh kasihan rakyat yang menaruh harapan bila pertengkaran ahli-ahli politik sudah melarat ke peringkat berkata, "hang pun ambik jugak. Orang parti hang ambik lagi banyak. Siap bunuh orang lagi".

Kalau dulu dengan hati nurani atau conscience yang jelas boleh berkata, "hentikan perbuatan jahat membantai harta negara," adakah sekarang hanya boleh kata, "aku pakai kereta kerajaan ja (untuk urusan parti atau urusan selain dari urusan kerajaan). Hang siap pakai helikopter lagi!"

Integriti ialah bila kita menentang orang menyalahgunakan apa yang kita tidak salahgunakan. Kita tak buat benda-benda tak elok yang orang buat. Tidak ada dua makna kepada integriti.

Kerana integriti juga akan lahir persepsi yang positif.

Persepsi buruk kerana dasar perjuangan boleh hilang dengan penerangan demi penerangan. Ramai yang dahulunya takut kepada PAS kerana mempunyai tanggapan bahawa PAS tidak berbeza dengan Taliban, akhirnya mengundi PAS dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Tanggapan terhadap dasar perjuangan boleh berubah malah orang boleh berkompromi dan bertolak ansur walaupun tanggapan belum berubah kerana tak tahan benci sangat kepada Umno dan Barisan Nasional.

Tanggapan kerana dasar perjuangan boleh berubah apabila melihat orang-orang bukan Islam di Kelantan tidak pula ditindas dan disusah-susahkan hidup mereka, walaupun dah hampir 20 tahun PAS memerintah di negeri itu.

Tanggapan kerana dasar perjuangan akhirnya boleh lunak. Kalaupun tanggapan tetap tidak lunak, orang boleh berkompromi kerana yang satu lagi tu jahat mengalahkan syaitan.

Tetapi, tanggapan kerana buruk kelaku sendiri hampir-hampir tak ada ubat lagi. Sekarang sudah sampai ke peringkat "bukan aku ja yang ambik, hampa ambik lagi banyak!"

Tolonglah tekan brek dan bina kembali integriti agar tanggapan boleh diperbaiki. Tanggapan tu persepsi la!

Hey bakaq! Hang pun tak dak integriti!

Betui... Tetapi kalau yang jadi pemimpin pun tak dak integriti macam aku, layak ka depa jadi pemimpin? Kalau aku yang rakyat ni jahat, pemimpin kena baik. Kalau pemimpin pun sama jahat macam aku atau lebih jahat dari aku, lingkup negara!

Katak Kena Sindir



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah disindir oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail semasa sesi soal jawab di sidang Dewan Undangan Negeri pada Selasa.

Rodziah berkata soalan tambahan yang diajukan oleh Badrul tidak perlu dijawab kerana mendakwa Badrul telah tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang selama 20 bulan.

Secara sinis, Exco itu berkata beliau agak terkejut apabila Badrul berminat untuk mengetahui perkembangan penyediaan Jaringan Infrastruktur Tanpa Wayar Hibrid (HyWIN) di kawasan Pelabuhan Klang.

Badrul dalam soalannya meminta kerajaan negeri memberi tumpuan khas kepada pembangunan HyWIN kerana pelabuhan adalah antara kawasan yang menyumbangkan hasil kepada kerajaan negeri.

Rodziah dalam jawapannya berkata penyediaan infrastruktur HyWIN di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang termasuk Pelabuhan Klang masih di peringkat perancangan Fasa II dan FASA III dan dijangka bermula pada awal atau pertengahan tahun 2011.

Badrul kini ialah Adun Bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional pada Oktober lepas.

Tok Guru dan Pakatan



Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham. Jadi eloklah kita teliti kembali apa yang saya sarankan.
Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.
Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan. Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini . Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.
Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat.
Soal jawatan Perdana Menteri itu terserahlah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan sesudah mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru. Itu perkara mudah kerana Tok Guru pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi PM. Cadangan saya ini juga sama seperti dengan keududukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di UK yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti. Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang.
Yang penting sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan kemenangan Anwar dan Pakatan Rakyat. Apakah yang akan menggerakkan tsunami politik baru untuk memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan? Sesudah Mac 8, 2008, ada orang kata bahawa Pakatan seolah-olah sudah hilang tenaga sekarang. Menurut Merdeka Centre dalam kaji selidik baru-baru ini, BN masih lagi akan menang jika pilihan raya umum diadakan hari ini. Malah BN dikatakan tetap boleh mengekaklkan dua pertiga kerusi Parlimen. Begitu membimbangkan sekali persepsi ini terhadap Pakatan.
Itulah sebabnya saya mahu para penyokong kita tanpa mengira kaum dan agama berfikir bagaimana kita nak memperkukuhkan Pakatan dan cuba mencari cara dan pendekatan baru. Kita jangan cepat panik atau takut kepada perkara-perkara kecil dan sampingan yang memang menjadi adat politik. Yang penting kita mesti pastikan Pakatan tidak lari dari landasan utamanya iaitu menolak BN untuk memberi ruang bernafas kepada rakyat menikmati keadilan, demokrasi dan kebebasan yang sebenar tanpa dicengkam salah guna kuasa, rasuah dan diskriminasi.
Yang utama mestilah kemenangan Pakatan kerana ia bererti kejayaan kepada rakyat. Saranan saya bukan sahaja kepada rakyat untuk berusaha gigih ke arah mencapai matlamat ini tetapi juga kepada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan supaya berkorban dengan bersikap jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah lebih baik lagi, para pemimpin dan ahli komponen Pakatan harus mengurangkan ketegangan dan salah faham sesama sendiri. Kita boleh buat demikian dengan cara bersabar dan bersifat maaf-memaafkan, cepat-cepat berbaik semula jika berlaku silap faham. Ingatlah rakyat mahu melihat kita bersatu sebelum kita merayu kepada rakyat untuk bersatu-padu menyatakan sokongan kepada kita.
Saya harap semua ini dapat diperjelaskan dengan jujur dan ikhlas di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini. Saya juga harap kita dapat temui kata maufakat tentang hal-hal penting dalam Pakatan Rakyat, dan berusaha menjernihkan apa-apa yang keruh. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang akan mengerjakan ibadat yang mulia ini di Tanah Suci Makkah. Semoga semangat baru untuk menegakan keadilan dan menolak kezaliman akan terisi di hati sanubari kita semua. Labbaik Allah humma labbaik.