Isnin, 16 November 2009

KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI MEMACU PEMBANGUNAN SELANGOR

20091002112614_khalid ibrahimSEKALIPUN usia kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor baru berusia 20 bulan, pencapaian demi pencapaian sudah dikecapi oleh rakyat negeri ini sekali gus membuktikan keberkesanan pentadbiran Pakatan Rakyat. Malah laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan semua negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi memberangsangkan, termasuk ketelusan pengurusan yang meletakkan rakyat di hadapan.
Di Selangor pula, perkembangan yang memberangsangkan pelbagai sektor di negeri itu cukup terserlah di bawah pimpinan Tan Sri  Khalid Ibrahim (gambar atas) memacu kecemerlangan negeri itu.

azmin-ali 1copyDemikian antara hujah Naib Presiden Keadilan Azmin Ali (gambar kanan) dalam pembentangannya di Konvensyen PKR,semalam. 
“Jadi kita harus akui keupayaan Datuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengurus amanat yang diberikan rakyat di negeri Selangor untuk memastikan hasil khazanah di negeri ini diurus dengan bertanggungjawab dan turun semula kepada rakyat”,kata Azmin yang dipetik oleh TV Selangor.
Peningkatan dalam hasil pelaburan jangka pendek dan hasil pendapatan dalam negeri jelas menunjukkan rancangan kerajaan dalam merakyatkan ekonomi Selangor mula  menunjukkan tindakbalas positif.
Berdasarkan draf yang direkodkan,terdapat peningkatan sebanyak 60% dalam pelaburan jangka pendek pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan hasil pendapatan bernilai RM 271juta.
Antara dasar yang diperkenalkan sepanjang 20 bulan ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS),Skim Mesra Usia Emas dan Program Hadiah Anak Masuk Universiti.
Dasar yang diperkenalkan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Selangor.
Selain itu,Azmin turut menyentuh beberapa kelemahan dan masalah yang terbengkalai daripada kerajaan yang lalu.
Antaranya adalah Projek Terbengkalai Alam Perdana yang bernilai RM 375juta.
Ekoran daripada itu,Azmin turut membentangkan beberapa cadangan bagi menangani masalah ini serta isu-isu berbangkit dalam memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.
Konvesyen sehari ini berjaya menghimpunkan barisan pimpinan tertinggi PKR dalam menyumbangsaran buah fikiran demi kepentingan dan persediaan parti menjelang PRU13.

SPRM-LAPORAN LAPORAN PENYELEWENGAN PERUNTUKAN WAKIL RAKYAT DIBENTANG 24 NOV

27b297597be6f957e87f1c65c63cf91c
 PUTRAJAYA, 16 Nov (Bernama) — Laporan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan  wang peruntukan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada sebuah panel khas pada 24 Nov ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad (gambar)  berkata laporan oleh pasukan khas menangani penyelewengan berkenaan akan dibentangkan kepada Panel Perundingan dan Pencegahan SPRM yang dijadual bermesyuarat pada tarikh berkenaan.

"Setelah ia dibentangkan, maka atas cadangan dan penambahbaikan oleh mereka, jika ada, barulah kita akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak-pihak berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Penubuhan pasukan khas itu adalah bagi memantau dan mengatasi kegiatan penyelewengan peruntukan Anggota Parlimen dan ADUN daripada terus berlaku dan ia dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan.
Abu Kassim enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

ISLAM TAK LARANG TAJA HAJI

nik-aziz DI dalam Islam, ia bukan kesalahan menunaikan haji yang ditaja asalkan ia memenuhi syarat dan rukun haji itu. Perkara inilah sepatutnya yang perlu dibincangkan, bukan dipolitikkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata di dalam Islam menaja haji itu tidak salah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membatalkan niatnya untuk menunaikan haji tahun ini.
"Lebih baik dia tidak pergi untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius. Dalam politik ni macam-macam boleh jadi dan boleh mendatangkan tanggapan yang kurang elok sedangkan menunaikan haji itu perkara yang baik,” katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan Pas Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini malam tadi, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.
Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang.
"Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi," katanya.
Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf "VVIP".
Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 Nov ini.
Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar

Musim Mambantai Pakatan Rakyat..! (bhg II)



Balik pada sikap Pimpinan dan ahli 3 parti dalam Pakatan Rakyat. buat masa ni, aku rasa yang paling profesional ialah ahli-ahli dan jugak Pimpinan-Pimpinan dari parti DAP. mungkin ramai yang akan bantai aku balik lepas ni sebab aku puji DAP, parti yang dikatakan sebagai "parti untuk orang cina".

Yang tu kenyataan paling "Assobiyah" bagi aku. korang nak cakap apa pun, suka hati korang... aku tak pedulik & aku tak heran. kenyataannya memang macam tu.

Tengok saja bila Lim Kit Siang, Karpal Singh 'The King" atau Teressa Kok buat gila babi. rata-rata blogger pro Pakatan Rakyat akan bantai 2 individu ni tanpa belas kasihan. masing-masing dengan skill membantai dan kreativiti masing-masing. ada jugak yang gila babi cadangkan supaya karektor-karektor tu "dibunuh"... gila dahsyat...

Apa respon ahli-ahli dan Pimpinan DAP masa tu..?

Kenyataannya, pro DAP dari akar umbi sampai ke Pimpinan Tertinggi tak pernah melabelkan blogger-blogger atau pengkritik-pengkritik sebagai "Pro UMNO atau Ejen UMNO". ini berbeza dengan apa yang Pimpinan dan pro PKR dan PAS respon bila para blogger mengkritik kelemahan PAS dan PKR.

Pro DAP nampaknya lebih matang dalam menghadapi situasi sebegini. semuanya ditangani dengan berhemah. semua kritikan diambil perhatian dan dibawa dalam perbincangan parti dan masalah-masalah berbangkit diselesaikan tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak yang mengkritik.

Dan pada akhirnya, disaat PKR dan PAS teruk diserang dari pelbagai sudut, DAP senyap-sunyi tanpa skandal-skandal dalaman.

Kalau PAS dan PKR juga mengambil sikap begini dalam menghadapi apa-apa isu dan persoalan yang diutarakan oleh para blogger dari awal, aku rasa sekarang ni Pakatan Rakyat dah boleh rilex. apa yang perlu kita buat sekarang ialah terus bekerja dan membuktikan apa yang mampu Pakatan Rakyat buat.

Disebabkan sikap Pimpinan PAS dan PKR yang "tak berapa cerdik" dalam menangani kritikan-kritikan para blogger, maka setelah lebih dari setahun Pakatan Rakyat mengemudi beberapa Kerajaan Negeri, Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR masih berhempas-pulas cuba meyakinkan dan menjelaskan rakyat matlamat perjuangan mereka.

Itu 1 kerja bodoh bagi aku. PAS dan PKR terlalu banyak memberi "bola tanggung" kepada UMNO/Beer eNd dan bagi para blogger macam aku -
  • "Kami tak de masa nak tolong tutup kelemahan-kelemahan yang ada dan perkara ini tak kan kami biarkan menular menjadi kudis dalam Pakatan Rakyat..!"
Kenyataannya, banyak masalah yang PAS dan PKR gagal tangani dari awal. aku ingat lagi bila kami timbulkan isu TKM1 Fairus. isu tersebut menjadi bahan dagangan dalam blog-blog dan website-website pro Pakatan Rakyat sebelum PRK Permatang Pauh lagi dan selepas selesai PRK Permatang Pauh, isu tersebut semakin panas.

Apa yang berlaku ialah, tiada tindakan dari Pimpinan PKR dalam isu tersebut dari awal. apa yang ada hanyalah kenyataan-kenyataan yang menafikan persoalan tersebut dan kenyataan-kenyataan yang menegaskan bahawa apa yang ditimbulkan hanyalah sekadar "masalah terpencil".

Respon paling bagus ialah apabila ada Pimpinan tertinggi PKR mengeluarkan arahan tidak bertulis supaya blogger-blogger pembantai disiasat ID mereka dan sekiranya mereka adalah ahli PKR, maka tindakan akan diambil kerana memfitnah.

Fitnah..? kalau fitnah, kenapa diakhirnya Fairus terpaksa melepaskan jawatan TKM1 dan juga kerusi ADUN yang didudukinya dan seterusnya DUN Penanti terpaksa membuang masa untuk 1 PRK..?

Itu 1 contoh "pembaziran masa" oleh PKR... kalau dari awal masalah tersebut ditangani dengan baik, mungkin DUN Penanti tak perlu mengadakan PRK sebaliknya kerusi tersebut akan terus disandang oleh Fairus dan segala masalah yang ada diatasi dengan baik.

Aku bukan sokong apa yang Fairus buat, tapi bagi aku setiap masalah boleh diatasi dengan baik kalau diambil perhatian dari awal. calar dekat badan kalau diubat dari awal, tak kan jadi kudis... tak gitu..?

PAS pun berhadapan dengan masalah yang sama. malah bagi aku, PAS lebih teruk lagi sebab PAS sekarang dipenuhi oleh ahli-ahli yang "taksub" dan juga sindrom "wala'". sikit-sikit wala', sikit-sikit wala'... wala' yang membawa rebah.

Paling akhir aku tengok tindakan "Doboh" (kalau aku cakap "Bodoh" mesti geng-geng "Taksubist" & "wala's" maki aku... hahaha) Ketua Pemuda PAS Pusat yang dengan mudahnya melabel DAB (Aziz Bahri) sebagai Ejen UMNO manakala ada pula suara-suara sumbang yang melabel para bloggers pembantai sebagai "cybertroopers UMNO".

Ini adalah tindakan paling BANGANG dari Pimpinan yang "kununnya" memperjuangkan "kebenaran". ada pula yang mengeluarkan kenyataan bahawa pengkritik-pengkritik ini "tidak berhak bersuara atau menegur masalah dalaman parti" dengan alasan - bukan ahli parti.

Ini aku nak jawab balik.

Bila kami mengkritik, korang cakap "kamu tak berhak mengkritik sebab kamu bukan ahli parti..!", tapi bila sampai masa nak mengundi, kamu para Pimpinan partilah yang merayu untuk turut sama berkempen kepada "SELURUH RAKYAT MALAYSIA" tak kira parti apa untuk mengundi Pakatan Rakyat..!

Ini sikap paling BENGAP para Pimpinan yang berkaitan... ingat..! Pakatan Rakyat menang dibeberapa negeri bukan hanya dengan undi ahli parti sebaliknya MAJORITI yang memenangkan Pakatan Rakyat ialah mereka-mereka yang bukan ahli parti dan itu adalah kenyataan..!

Siapa dapat jamin PAS, PKR atau DAP boleh menang HANYA DENGAN UNDI AHLI PARTI SAHAJA..?

Jadi kepada Pimpinan tertinggi ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat, jangan pandang remeh segala kritikan dari mana-mana pihak. ini bukan "kes terpencil". ini adalah calar pada badan dan jika tidak diubati dari awal, ianya akan menjadi kudis dan seterusnya menjadi nanah.

Bila dah bernanah... paham-paham je lah... busuk... korang suka ke benda busuk..?

Pada Pimpinan PAS, fikirkan balik macam mana keadaannya sekarang sekiranya isu UG ditangani dari awal dan bukannya dinafikan seperti yang dah berlaku sekarang..? korang ingat "Kreadibiliti" PAS jatuh merudum atau meningkat..?

Ingat senang ke nak kembalikan keyakinan para pengundi dengan cara korang menangani isu yang ada sekarang..?

"Tepuk Dada, Tanya Selera"

Salam perjuangan untuk semua... kukuhkan kembali Pakatan Rakyat, matlamat kita masih kekal, jatuhkan UMNO/Beer eNd dan kembalikan "Hak Rakyat..!"

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Photography Prints

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempuran. Melarikan diri dari pertempuran merupakan satu tindakan yang jauh lebih besar dan jelas haramnya! Dengan membakar kapal-kapal ini Tariq menjadikan persoalan berpatah balik sesuatu yang tidak mungkin kerana yang ingin berpatah balik akan terpaksa berenang merentasi Lautan Mediterranean.

Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.

Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.

Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat. Masyarakat seluruhnya akan melihat betapa khianatnya manusia ini, demi jawatan, pangkat dan wang sogokan. Dengan itu, sudah pasti dia akan dikutuk kerana sifat khianatnya yang begitu terserlah melalui kesanggupan mencerai talak tiga isterinya demi semua itu.

Begitu juga terhadap mereka yang mendorongnya kearah tindakan khianat ini. Melalui sogokan dan pujukan, menyeru supaya dia melompat, mereka ini turut layak dilaknat. Sedangkan pada ketika itu, rakan seperjuangannya akan berusaha untuk memujuknya supaya tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Ini termasuklah isterinya yang pada ketika itu dan ketika itu sahaja akan menangis menggeletar mengigil, merayu supaya suaminya tidak melompat.

Inilah sebenarnya tujuan di sebalik lafaz itu. Ianya bukan sebahagian dari bai’ah. Tujuannya supaya yang dilantik menjadi calon tidak mengkhianati perjuangan yang telah didokong bersama. Kalau dilafaznya “jika melompat akan aku belikan isteriku gelang emas separas lengan”, sudah pasti ia bukan penghalang kepada tindakan melompat. Isterinya pula mungkin akan gembira sekiranya dia ini melompat dan bukan itu sahaja, malah akan menggalakkannya! Inilah sebenarnya kehendak UMNO. Kalau lafaz sebegini sudah pasti mereka sokong. Sebarang usaha untuk menutup peluang untuk membeli wakil rakyat parti lawan akan mereka tentang habis-habisan.

Amalan rasuah membeli calon yang menyebabkan perlunya bai’ah dan lafaz sebegini langsung tidak diambil peduli. Sedangkan ianya jelas bukan sekadar andaian tetapi telahpun berlaku di Perak dan baru-baru ini di Selangor. Kutukan terhadap bai’ah dan lafaz taklik bagaikan kutukan terhadap yang memasang grill di rumahnya, sedangkan pencuri berkeliaran di luar. Itulah Malaysia di bawah UMNO.

Malah lebih teruk lagi, terdapat pula golongan yang tidak hadir tetapi membawa cerita seolah-olahnya dia hadir dan tahu selok-belok perkara ini. Inilah sebenarnya tukang karut par excellence. Dia turut membawa hujjah “senanglah Khalid kahwin bini baru”. Hujjah jahil dari seorang yang berfikiran dayus. Kalau ingin menceraikan isteri sekalipun, tidak perlulah berselindung disebalik parti dan bai’ah. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Kata-kata seperti ini lebih mendedahkan perwatakan dirinya sendiri, bukannya saya.

Ada pula yang bertanya, “mengapa Khalid membincang persoalan ini?” Sebenarnya ianya telah pun dibincang dan diketahui oleh ramai pihak lain terlebih dahulu. Saya berpendapat lebih baik perkara ini dijelaskan sekarang, bukan tiga hari sebelum hari mengundi. Ini kerana keyakinan saya kepada apa yang telah saya lakukan adalah berlandaskan keperluan semasa dan tidak merupakan satu kesalahan.

Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini.

Dalam pada itu terdapat juga yang berkata, mengapa perlu mengheret isteri dalam soal politik melalui lafaz taklik? Jelas, yang berkata sedemikian rupa tidak pernah meneliti ayat mubahalah di mana bukan sahaja isteri tetapi seluruh kaum keluarga telah diheret demi menegakkan kebenaran hujjah Rasulullah (SAW) di dalam ayat 61 Surah Al-Imran yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang membantah kamu berhubung dengannya (Nabi Isa A.S.) setelah datang kepada kamu ilmu, katakanlah: Mari kita panggil anak-anak lelaki kami dan anak-anak lelaki kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu dan kemudian itu kita doa bersungguh-sungguh memohon semoga Allah melaknat golongan yang berdusta.”

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PKR Terengganu - Siapa Kata Hadi Tak Layan?

Ramai yang bersungut sebelum ini konon-kononnya Pas Terengganu kurang gemor melayan PKR Terengganu. Hakikat itu disangkal dan akan terjawab 20 Nov nanti.

Pokok pangkalnya KeADILan Terengganu tidak boleh nak salahkan Pas jika mereka rasa dipinggirkan. Pada hakikatnya KeADILan Terengganu sememangnya tenat sebelum ini. Terlalu ramai yang mahu tetapi kemampuannya berada diparas sifar. Jika dilihat dari segi keahliannya, ahli Parti KeADILan Rakyat Terengganu jika digabungkan masih tidak mampu menyamai jumlah keahlian Pas hanya untuk satu DUN. Keadilan Terengganu hanya menang sorak, tetapi kerusi tergadai. Banyak kepincangan berlaku dan telah memaksa sdr Ng Chai Hing dengan tanpa rela hati meninggalkan keadilan dan menubuhkan DAP Terengganu. Apa yang telah melanda Keadilan Terengganu? (baca seterusnya)
Pentadbiran Keadilan Terengganu terumbang ambing bersilih ganti ketua perhubungan negerinya. Membawa masuk Cikgu Zul duda aktres Sarimah dulu memambah tenat lagi Parti Keadilan Terengganu. Diperingkat Bahagian pula, Dr Manaf selaku Ketua Bahagian Parti Keadilan rakyat Bahagian Kuala Terengganu sepatutnya menggunakan teknik atau kepakaran dalam perubatan menganalisis masalah bahagian tetapi gagal melakukannya malah menjadi bisul kepada Keadilan.

PRU12 yang lalu, Dr Manaf yang juga bekas setiausaha Umno Bahagian, bertanding di DUN Bandar dan tewas kepada calon BN. Penyokong Pas menolak bulat-bulat Dr manaf kerana mulutnya yang celupar dan penah mengutuk secara terbuka kepimpinan Pas Terengganu sevagai tamakkan harta dan gila pangkat.

Keadilan Terengganu terus membisu dan lesu akibat kerenah kepimpinan yang tidak layak untuk memimpin. Jangan salahkan Pas jika Keadilan Terengganu merasa diri mereka dipinggirkan. Keadilan Terengganu membisu seribu aktiviti, bagaimana Pas nak sokong? Takkan Pas nak anjurkan kativiti untuk Keadilan pulak.

Namun begitu pertlantikan Haji Abdul Rahman Yusuf bekas Ahli partlimen PKR Kemaman sebagai Ketua Perhubungan yang baru dilihat sebagai langkah terbaik untuk menghidupkan kembali Keadilan Terengganu daripada mimpi ngeri. Walau pun begitu, beban berat sedang menunggu Abdul Rahman Yusuf, pelbagai usaha dan aktiviti akan dilakukan untuk menghidupkan kembali KeADILan Terengganu.

Konvensyen "MENGGILAP HARAPAN RAKYAT" PKR Terengganu pada 20 November 2009 di Dewan Badminton, Seberang Marang, dilihat sebagai langkah awal kearah pemulihan itu. Kerta kerja konvensyen akan dibentang oleh YB Saifuddin Nasution Ismail dan YBhg Dato' Salehuddin Hasyim. Satu sesi khas bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim akan diadakan pada hari yang sama.

Malahan pada sebelah malamnya pula CERAMAH PERDANA PKR bertempat di Depan Sekolah Padang Air, Tepoh, K.Trg, Presiden Pas, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang akan menyertai ceramah terbabit bersama-sama dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, YBhg Dato' Salehuddin Hasyim dan YB Saifuddin Nasution. Siapa kata Hadi tak layan PKR?

Pendedahan ke 3 : Selangor rugi RM136.4 juta di Bukit Botak



Selangor dijangka menanggung kerugian lagi RM136.4 juta jika projek penempatan semula setinggan di Selayang - yang bermasalah sejak 1986 - diteruskan, kata menteri besar hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan maklumat sulit itu dalam siri ketiga pembongkaran kegagalan pentadbiran BN sejak pendedahan pertama Rabu lepas.

Jumaat lalu, beliau menyalahkan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo atas kegagalan negeri itu meraih hasil RM800 juta dalam projek penghutanan semula di Hulu Langat.

Dalam siri pertama, kerajaan Pakatan membocorkan dokumen memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Shah Alam yang menyebabkan 383 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Satu risalah yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar menyatakan, projek di Bukit Botak itu melibatkan sembilan kampung setinggan di atas tanah seluas 202 hektar untuk menempatkan 2,300 keluarga.

Unit rumah mereka di kawasan yang kini dikenali Taman Selayang Utama bagaimanapun masih gagal disiapkan sepenuhnya.

Risalah-risalah didedahkan dengan kuasa menteri besar itu seperti diperuntukkan bawah Seksyen 2(C) Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Bagaimanapun, risalah itu tidak memberikan keseluruhan maklumat berkaitan kegagalan projek berkenaan.

Maklumat yang masih kabur, seperti yang dinyatakan dalam risalah berkenaan, antaranya penglibataan dan pemilihan pemaju Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB), serta pemberian tanah kepada penduduk yang tidak berhak.

"Ketiga, mengapakah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diarahkan menjalankan pembangunan walaupun kerajaan negeri pada masa itu maklum bahawa ia akan menyebabkan kerugian yang besar kepada perbadanan itu,” risalah itu dipetik.

Ia turut menyatakan, projek yang terbengkalai tiga kali ini dimulakan pada 1986 dan kemudiannya berpindah tangan daripada dua pemaju sehinggalah diambil alih oleh PKNS.

Pada awalnya sebanyak RM17 juta dikhaskan sebagai peruntukan pendahuluan untuk projek berkenaan, manakala syarikat Shah Alam Properties dilantik sebagai pengurus pembangunannya.

"Perancangan penyusunan dan penempatan semula setinggan Bukit Botak ini bermula pada tahun 1986 semasa pentadbiran Datuk Ahmad Razali Mohd Ali, menteri besar Selangor pada masa itu," risalah tersebut dipetik.

Projek ini menemui kegagalan pada 1992 namun diteruskan oleh DCSB, menurut dokumen itu lagi.

Selain memperincikan rentetan peristiwa berkaitan projek tersebut, risalah itu turut menamakan keempat-empat orang pengarah syarikat berkenaan dan juga sebuah syarikat pemegang saham utamanya.

"Tidak dapat dipastikan bagaimana DCSB yang pada masa dilantik pada Nov 1996 (untuk memajukan projek itu), baru saja ditubuhkan dua bulan sebelum itu.

"Pada masa yang sama, juga didapati ada di antara pengarah syarikat tersebut yang tidak mempunyai pengalaman dalam pembangunan rumah dan salah satu pengarah juga merupakan bekas pengawai daerah Hulu Selangor," menurut risalah itu lagi.

Kerajaan negeri pada 2005 telah mengambil alih sebahagian daripada projek berkenaan dan diletakkan di bawah PKNS.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil ke atas pihak DCSB walaupun kerajaan telah menanggung kerugian yang besar dan pihak setinggan masih tidak berumah," menurut risalah itu lagi.

Sejak Januari 2007, PKNS kemudiannya menyambung semula projek berkenaan dengan melantik tiga kontraktor.

"Apa yang menghairankan, DCSB masih lagi dilantik dan dipertanggungjawabkan dengan 592 unit, iaitu paling banyak unit berbanding dengan dua kontraktor lain - PKNS Infra Bhd dan Selangor Industrial Corporation," risalah tersebut dipetik.

Selepas negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Abdul Khalid pada September tahun lalu memutuskan untuk menamatkan kesemua kontrak pembinaan tersebut dengan alasan kerugian PKNS itu "secara tidak langsung ditanggung oleh kesemua pembayar cukai Selangor."

PKNS dijangka akan menanggung kerugian sebanyak RM136.4 juta sekiranya projek berkenaan diteruskan setelah RM48 juta sudah dibayar sebagai kos untuk menamatkan projek tersebut, termasuk bayaran guaman serta subsidi sewa.

DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong..!!!

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR. Sementara itu, mahkamah menolak permohonan lisan pihak responden untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Jumaat untuk mendengar permohonan formal untuk menangguhkan keputusan mahkamah.

Peranan sasterawan dalam reformasi

Kejayaan gerakan reformasi politik di Indonesia yang bermula sejak 1998 turut dipengaruhi sumbangan sasterawannya yang terlibat dalam pelbagai aktivisme politik, termasuk berdemonstrasi, kata tokoh sasterawan republik itu.

"Mereka berdemonstrasi, mereka menulis esei tentang reformasi. Sasterawan di dalam negara mempunyai peranan berganda.

"Tidak hanya (dengan) kata-kata, tetapi apa yang harus dibuat," kata Seno Gumira Ajidarma.

"Mereka harus turut berperanan menghadapi masalah bangsanya. Maka tiada orang yang menjadi sasterawan saja, tetapi juga (menjadi) wartawan, aktivis dan ahli politik.

"Jadi tidak ada orang yang hanya menjadi sasterawan demi (keindahan ) kata-kata."

NONEDiundang khas untuk berpidato di Kuala Lumpur minggu lalu, Seno, 51, mengulas peranan sasterawan di Indonesia menumbangkan regim Soeharto - yang dikritik banyak pihak dari dalam dan luar republik itu - kira-kira 11 tahun lalu.

Gelombang politik seumpamanya turut melanda Malaysia apabila timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak seperti di republik itu, gerakan politik yang mengambil inspirasi gerakan menumbangkan Soeharto bagaimanapun gagal apabila Anwar sendiri dipenjara sehingga penghujung 2004.

Seno berkata, walaupun terdapat sasterawan generasi lama yang masih merasa trauma dengan kekejaman pemerintahan pada masa itu, termasuk dibunuh, tetapi masih terdapat generasi penulis baru di republik itu yang bebas daripada belenggu psikologi itu.

Beliau bagaimanapun mengecualikan seniman tersohor WS Rendra dan penyair Wiji Thukul yang memainkan peranan besar membakar semangar rakyat untuk bangkit menuntut perubahan pada tahun-tahun awal menjelang Jun 1998 apabila Soeharto digulingkan di tengah-tengah krisis kewangan memuncak.

Beliau, yang mengajar di Universiti Indonesia dan Institut Kesenian Jakarta, menyampaikan ucapan 'Estetika dan Substansi Sastera Indonesia setelah Reformasi' di Festival Hak Asasi Manusia (FaHAM) yang julung-julung kali diadakan di ibu kota.

Dalam pidato ringkas kira-kira 30 minit itu, penulis kolum itu antaranya mempertikaikan aliran pandangan yang percaya bahawa hanya terdapat satu format sastera, atau hanya satu sastera yang paling sahih.

Kesan negatif daripada tanggapan itu, menurut Seno yang aktif mengkritik filem dan berfotografi, menyebabkan perbicaraan berhubung makna sesuatu karya dilupakan.

Selain pidato itu, Seno turut menghadiri beberapa lagi siri diskusi - termasuk 'Malaysia-Indonesia Damai Melalui Penulisan' yang menumpukan isu politik terkini antara dua negara itu berhubung "pencurian" artifak budaya.

Sasterawan yang menghasilkan puluhan kumpulan cerpen, esei dan komik itu pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij, terbaru Anugerah Sastera Khatulistiwa.

Karya terbarunya Nagabumi I: Jurus Tanpa Bentuk setebal 828 muka surat diterbitkan bulan ini dan akan dilancarkan di Jakarta tidak lama lagi.

Lantik Anwar Penasihat Ekonomi Akan Jadikan Selangor Muflis - Dr M



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.
“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.
“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.
Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.
Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta.
Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

Anwar Cabar Kerajaan UMNO@BN Buktikan Beliau Ada Berbillion Ringgit


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.
Beliau berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan.
"Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.
Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu.
Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, Anwar yang merupakan bekas menteri kewangan, mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. BERNAMA

Dakwa Anwar terima RM60 juta, Permohonan Nalla ditolak


PETALING JAYA, Nov 16 - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk S Nallakarupan agar mengetepikan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dibekalkan dengan butiran individu dan transaksi berhubung dakwaan beliau menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation kira-kira 14 tahun yang lalu.
Permohonan Nallakarupan, yang merupakan bekas rakan sepermainan tenis Anwar, ditolak oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya, pagi ini.
Nallakarupan mengemukakan permohonan itu untuk mengetepikan keputusan Timbalan Pendaftar yang membenarkan permohonan Anwar pada 28 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair berkata permohonan Nallakarupan ditolak dengan kos dan beliau perlu menyerahkan butiran berkenaan dalam tempoh 14 hari.
“Kegagalan mengemukakan butiran ini akan membolehkan Anwar memohon untuk mengetepikan pembelaan Nallakarupan, sekali gus memohon mendapatkan penghakiman,” katanya.
Ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu, Nallakarupan mendedahkan Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.
Ekoran pendedahan itu, Anwar menyaman Nallakarupan dengan menuntut beliau membayar ganti rugi RM50 juta.
Nallakarupan mendakwa pendedahan itu dibuat kerana merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau memegang jawatan kerajaan sehingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik.

Bertambah lagi yang haram di Perak - Cenangau

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie dan Ketua Umno Bahagian Ipoh Timur Datuk Azian Osman mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Armani Mahiruddin.

Heng, 46, dilantik bagi penggal kedua oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, manakala Azian, 50, yang sebelum ini dilantik oleh DUN Perak kini menerima lantikan baru oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk penggal kedua.

Heng yang juga Setiausaha Agung Wanita MCA dan Ketua Wanita MCA Perak memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Perak.

Azian pula yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai Peguambela dan Peguamcara sebelum bergiat aktif sebagai ahli politik dan perniagaan.

Beliau juga adalah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad, ahli lembaga pengarah Perak Corporation Berhad dan Presiden Persatuan Bola Sepak Ipoh. [bernama]


Yang pertama dilantik semula supaya dia boleh terus pegang jawatan sebagai Timbalan Menteri mewakili MCA sebagai wakil komponen  BN. Nak buat macamana, dah takdak wakil rakyat MCA lagi dah, kena lantik jugak la walau senator pun, kalau dak depa takut nanti orang cina marah pulak.

Yang sorang lagi pulak, dilantik atas kouta wakil kerajaan Perak, hasil sidang cacamerba Dun Perak 27 Oktober 2009. Masa sidang tu kedua-dua pihak saling memilih senator untuk pihak masing-masing. Geng Dr. Zambry luluskan Azian Osman sebagai senator manakala geng Hj Nizar pulak pilih Osman Abdul Rahman.

Hari ni, pilihan geng MB 'Haram' Perak dah pun angkat sumpah sebagai senator. Lepas ni mungkin ada pulak yang label Dewan Negara sebagai "haram' pulak pasai lantik 'senator haram.'

Mula-mula MB Haram, lepas tu Speaker Haram, kali ni Senator Haram pulak.  Memang HARAM JADAH.

Harap-harap awai tahun depan, semua yang 'haram' kat perak ni akan terhapus bila Umno BN dah jadi anak jantan dengan setuju membubarkan Dun Perak. Tapi aku rasa depa takkan berani punya pasai depa bukan anak jantan, mungkin depa pun 'ANAK HARAM' kut!!!

'Anwar tidak tahu pasal ekonomi'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu," katanya.

Dr Mahathir memberitahu pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan, lapor Bernama.

Dr Mahathir berkata, semasa menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : "Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1."

Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".

Abdul Khalid berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.

Menurut menteri besar Selangor itu lagi, pelantikan itu dibuat memandangkan Anwar berpengalaman sebagai menteri kewangan dan juga sebagai pengarah dana dan penasihat sebuah bank Islam terbesar di dunia.

Ianya, kata beliau, selari dengan hasrat negeri itu untuk menjadikan Shah Alam sebagai pusat pelaburan dana Islam.

Azmin Saman Vigneswaran



SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali pagi Isnin mengesahkan bahawa beliau telah memulakan prosiding undang-undang ke atas bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran kerana memfitnahnya.
Minggu lalu, Vigneswaran mendakwa beliau telah menerima satu dokumen yang ditinggalkan di kediamannya di Kota Kemuning yang mengandungi butiran-butiran mengenai pembelian saham-saham oleh Azmin serta isteri dan adik iparnya bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990an.
Vigneswaran kemudiannya telah memanggil satu sidang akhbar untuk mendedahkan butiran-butiran tersebut dan meminta Azmin menjelaskan bagaimanakah beliau memperolehi wang untuk membeli saham-saham tersebut.
Ini kerana pada waktu itu, Azmin masih berkhidmat dengan kerajaan sebagai setiausaha sulit kepada menteri kewangan.
“Rabu ini satu notis akan dikemukakan ke atas Vigneswaran kerana membuat dakwaan palsu ke atas saya yang merupakan satu fitnah dan pembohongan,” kata Azmin.
Azmin berkata, Vigneswaran gagal mendapatkan menjelasan berhubung kesahihan dokumen tersebut sebaik sahaja menerimanya.
“Sesiapa sahaja wajar memahami bahawa tindakan Vigneswaran itu adalah satu tindakan yang terdesak untuk menghidupkan semula nyawa politiknya tetapi malangnya beliau terlalu terdesak sehingga sanggup meletakkan dirinya di bawah sekali bagi mencari publisiti murahan,” kata Azmin ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Selangor.

Mana dia Khairy Jamaludin???



Ketua Pemuda Umno, dan kuncu-kuncunya diam seribu bahasa tatkala dihadapkan kenyataan mantan pengarah BPR, Abdul Razak Idrus bahawa tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyorok RM3 bilion, adalah tuduhan tidak berasas. Dalam beberapa siri pilihanraya kecil, termasuk di Bagan Pinang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Nallakarupan bukan main lantang dengan tuduhan itu… rakyat tentu mahu melihat, apakah mereka bertanggungjawab dengan tuduhan yang mereka lemparkan.

Kita faham bahawa ada “politik persepsi”, tetapi orang yang percaya untuk bermain dengan politik persepsi mahupun usaha mencalar karektor tidak akan berjaya, kalau tanpa asas. Persepsi, nampaknya tak bisa mampu terpisah dari realiti, apatah lagi dari kebenaran.

Saya menduga, sepanjang media perdana milik Umno khususnya terus mencetak air liur pemimpin Pemuda Umno tadi, Anwar tidak sedikit pun menjawab. Dalam kata lain, dia perlu sabar. Dalam kata lain, dia harus meneruskan genderang perubahan yang sewajarnya dipalu tanpa henti. Bukan melayan karenah politik intrik sebegitu hina.

Menurut Abdul Razak ketika memberi kenyataan di dalam Mahkamah Tinggi, 11 November lalu, sepasukan khas BPR telah dikirim ke Singapura dan London untuk menyiasat kes tersebut. Sebutir habuk pun tidak mereka temukan bukti.

Sebelum mantan penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang membuat akuan bersumpah menyatakan Anwar menyorok sejumlah wang sebesar itu, rakyat terlebih dahulu mendengar tuduhan yang sama dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Bahkan selain kes wang RM3 bilion dan kes liwat ‘pertama’ dahulu, Anwar malah dituduh sebagai “agen Barat”; dituduh mahu ‘menggadai’ negara. Entah bagaimana negara ini bisa dijual oleh orang nombor dua. Kalaupun negara ini boleh dijual, tentunya oleh orang nombor satu!

Sedekad berlalu. Semua itu kadang tidak menjadikan jiwa manusia insaf, hanya kerana mereka berpolitik. Kita terkilan apabila anak muda seperti Khairy begitu cepat korup pemikirannya demi nafsu politik; tuduhan gaya Dr Mahathir diulang-ulang lagi.

Mereka begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan persepsi kalangan rakyat, bahawa Anwar memang peliwat; Anwar juga memang mahu menggadai negara–saya tidak fikir mereka tidak jelas keadaan sebenar, selain detik hati kecil mereka, bahawa mereka telah berdusta sama sekali.

Penentang Dr Mahathir, kini sudah menjadi persis Dr Mahathir. Itulah yang menyedihkan. Termasuk rekod Nalla yang mencurigakan, yang menyertai Keadilan hanya untuk beberapa bulan, kemudian keluar. Dia, yang pernah ditangkap dan diseksa, kini bebas. Betul-betul bebas apabila Datuk Seri Najib Razak langsung tidak ‘menjentiknya’, bahkan dengan mudah dia mendaftarkan partinya sendiri.

Sandiwara tidak ke mana. Selepas ini, andai ada pertuduhan baru terhadap Anwar, juga kes lompat katak kalangan watak tambahan di dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat, dengan mudah rakyat menduga siapa dalangnya. Mereka barangkali perlu terus bermain dengan sedemikian jelek sebagai bayaran untuk kembali ke dalam lingkungan pemerintahan Umno-BN.

Inilah sering saya sebutkan sebagai “politik intrik”; permainan yang mengizinkan apa jua cara untuk mencapai maksud. Generasi muda, apatah lagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) harus melihat semua babak-babak ini dengan penuh keinsafan.

Lalu, menggerakan daya fikir baru dan tenaga muda untuk merembah jalan politik baru; politik yang menggunakan idea sebagai tawaran kepada masyarakat adalah jawapan yang ada. Demi menyedari semua usaha sabotaj inilah, hampir tiga tahun lalu saya membawakan apa yang disebut sebagai “Gagasan Pencerahan” ketika menawar diri bertanding ke jawatan Ketua AMK pusat dalam Kongres Nasional di Seremban.

Nafsu tidak ke mana. Ia, andai dengan cara intrik digunakan, maka binasalah jalan hujungnya. Ini adalah hukum alami. Bahkan, nasihat saya ini juga kepada seluruh anggota pemuda Umno peringkat bawah, agar mereka tahu menilai permainan ketua mereka. Bangsa kita tak akan jadi bangsa yang besar dengan terus membiarkan kita dipimpin oleh manusia yang tak tahu batas adab dan “hukum permainan”.

Manusia merencana, namun perencanaan sejahat manapun tak bisa terlepas daripada pengetahuan Tuhan. Biarlah kita titi masa depan yang lebih bermakna.

Anak Sungai Derhaka

Penerimaan "Sponsor" Haji Oleh Tok Guru Menggangu Persepsi Terhadap PAS?



Dalam satu "mailing-list" yang saya anggotai, isu Tok Guru menerima tawaran haji telah hangat diperbincangkan. Hujah mereka ini adalah penerimaan itu akan menyebabkan persepsi rakyat kepada tok guru dan PAS terjejas. Ikutilah butir2 perbincangan tersebut seperti dibawah -

Soalan : Tapi, pembiayaan TGNA ke Mekah agak sukar dipertahankan sbb yang sponsor tu adalah syarikat yang berkaitan dengan PMBK dan dia sponsor TGNA dan menantunya yang jadi CEO PMBK. Walaupun, pembiayaan tersebut tidak tertakluk dengan sebarang pemberian kontrak, tetapi ia tidak menampakkan konsep Itqan dalam pentadbiran. Ana tak kata ianya rasuah, tetapi salah kerana memberi persepsi yang kurang baik terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan K'tan.

Jawapan saya : Betulkah penerimaan Tok Guru akan tawaran ini menggangu persepsi rakyat terhadap PAS? Saya tak yakin langsung kerana :
  1. Tok Guru TIDAK BERBOHONG dalam penerimaan tawaran ini dari mula lagi.
  2. Tiada pembuktian berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.
  3. Persepsi ini akan berubah sekiranya dapat dibuktikan ada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam penerimaan tawaran ini.
  4. Tawaran ini adalah tawaran untuk membuat ibadah, seperti juga apa yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid. Oleh kerana itu ianya susah untuk memberi persepsi negatif.
  5. Tok Guru telah menolak tawaran ini selepas dikritik ramai bererti Tok Guru seorang yang boleh dikritik dan menerima kritikan.
Jadi, saya tak yakin persepsi rakyat kepada Tok Guru terjejas. Malahan, persepsi ini semakin kuat selepas Tok Guru menolak tawaran itu.

Ia menunjukkan Tok Guru adalah seorang yang mendengar suara hati rakyat serta Tok Guru sentiasa mahu mengelak dari fitnah walaupun tindakan Tok Guru tidak menyalahi undang2 dan mana2 peraturan.

Sebab tu saya terus menerus mahukan laporan pada SPRM dibuat atas Tok Guru sekiranya benar2 perkara ini menjejaskan persepsi rakyat pada PAS dan Tok Guru.

Yang hairannya, kepimpinan lain yang konfirm mempunyai persepsi negative i.e. Terengganu, apasal tak nak kita ambil tindakan? Takda pula bising-bising macam ni ye?

Malahan dipertahan kan pula mereka2 itu. Mereka ni tak perlu kod etika ke?

KOMEN LANJUTAN : Saya nampak isu ini cuba digunakan Fraksi UMNO untuk memburukkan Tok Guru. Mereka mahu mengadakan kod etika dan concern berkaitan persepsi.

Padahal pemimpin2 Fraksi UMNO lebih teruk lagi persespsi dan tindakan mereka. Apasal tak bising pasal mereka? Kenapa nak bising2 pasal Tok guru pula.

Kalau Tok guru tak pandai jaga persepsi, Kelantan dah lama jatuh ke BN.

Tulang Besi

Musa Aman vs Nik Aziz vs SPRM?



KEGHAIRAHAN Pergerakan Pemuda Umno meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang bagaikan sindiran tajam kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan, berkata desakan dan kenyataan Pengerusi Biro Agama UMNO, Afandi Yusoff, yang mendesak tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am Pas itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri turut membuka pintu kepada siasatan terbuka terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
“SPRM patut membuka semula kes seorang kontraktor bernama Gary Saw yang telah menaja Musa Aman dan rombongan seramai tujuh orang ke Dubai bagi menyertai lawatan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) tiga tahun lalu sebagai imbalan kontrak yang diperolehi kontraktor tersebut,” ujar Zainuddin yang menjelaskan bahawa tajaan tersebut bernilai RM200,000.
Menurut Zainuddin, kontraktor tersebut yang sebelum ini membina Bangunan UMNO Sabah dianugerahkan kontrak mengecat bangunan MUIS sejumlah RM14 juta telah menaja perbelanjaan Musa Aman dan rombongannya ke Dubai selama satu minggu.
“Bayangkan betapa hebatnya Musa Aman yang menginap di superior suite pada kadar RM18,000 semalam,” ujar Zainuddin yang membidas keras SPRM yang melakukan siasatan berat sebelah dan memilih ‘tokoh’ yang ingin dimangsakan dan bukannya menjalankan siasatan menurut Akta SPRM.
Oleh:HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

Tok Guru: Di Hadapan Ada Dua Persimpangan

Oleh MSO
SAYA merenung dan berfikir panjang dengan apa yang menimpa ke atas batang tubuh Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat sehari dua ini. Saya menghela nafas dan mengeluh sendiri. Kesal dan terkilan. Sedih! Daun-daun dukacita luruh melambak ke dalam diri.

Sedih kerana ia menimpa batang tubuh peribadi persis Tok Guru. Kenapakah dalam usia sebegitu dan perjalanan jihadnya sudah hampir rapat ke langit, tiba-tiba ada musibah begitu. Kenapa ada yang tergamak melakukannya? Sungguh saya tidak mengerti? Apakah ini takdir atau satu suratan keran ada sejuta hikmah disebaliknya? Atau pun satu kecelakaan kerana kelalaian, atau musibah itu ujian terakhir dari Tuhan buatnya?

Saya percaya Tuhan tidak mencetuskan sesuatu kejadian dan takdir itu dengan sia-sia saja tanpa ada hikmah disebaliknya? Dan saya juga percaya atas kemusyidulannya, beliau kini sedang meraba-raba hikmat Tuhan di sebalik semua yang berlaku itu.

Kesedihan dan simpati terhadapnya tidak dapat diselindungkan. Bukan saja saya, malahan orang ramai juga. Saya sedih kerana mengenangkan kemuliaanya pada saya. Saya membayangkan bagaimanakah kudratnya yang sudah lemah itu untuk menghadapi musibah seperti itu. Tentulah beliau sendiri sangat sakit untuk menerimanya? Dalam keadaan hari ini sewajarnya kalau beliau dibahagiakan semahunya, dan tidak diganggu dengan kejadian-kejadian yang hina dan menyentuh perasaan begitu.

Dan kenapa saya katakan musibah itu menyedih dan menyesalkan, kerana ia benar-benar menyerabutkan Tok Guru. Betapa pun kuat tahap kesabarannya namun saya yakin, tidur, makan, masa solat, masa rihat Tok Guru terganggu dan terbagar-bagar dengan fitnah itu.
Musibah itu juga bukan saja melukai dan mencela dirinya sebagai pemimpin, tetapi mencelakan seluruh kredibiliti dan intergritinya sebagai seorang yang diagung-agungkan. Seorang bertaraf tok guru yang disanjungi. Secara tak langsung juga ia mencalarkan partinya kerana statusnya sebagai Mursyidul Am Pas. Dan tidak dapat tidak ia juga tercalar nama baik keluarga dan keturunannya.

Sebelum ini beliau bukan tidak menghadapi bebanan berat. Bohonglah sebagai manusia tidak maksum beliau senantiasa bahagia dan berlapang dada. Tuhan senantiasa turunkan beban ke atas sesiapa saja untuk mengujinya. Begitu juga dengan Tok Guru. Bukankah ada firman yang bermaksud, kamu tidak boleh mengaku sebagai beriman selagi tidak diuji. Makanya musibah itu adalah satu ujian penuh berhikmah sekali.

Tok Guru memang sering diuji dan ujiannya lebih besar daripada apa yang ahli dan penyokong bawahan terima. Bahkan sejuta masalah sepanjang lebih 60 tahun perjuangannya beliau telah melalui dan merasai pahit dan getirnya. Tetapi apa yang dapat saya rasanya ia tidak seberat musibah berlaku hari ini.

Apa tidaknya, saat azan hendak dilaungkan dan ayam lembu dikorbankan untuk diadakan kenduri bagi mengiringi keberangkatan beliau ke tanah suci bersama isteri dan keluarga tercinta, tiba-tiba ia terpaksa dibatalkan.

Pembatalan itu bukan bukan kerana uzur syarie, tetapi kerana fitnah liar yang membakar keadaan. Inilah merujakan dan mengilankan dirinya dan seluruh kerabat keluarganya dan rakyat yang menyanyanginya di Kelantan.

Musibah fitnah yang berlaku bulan Zuhkaedah ini adalah peristiwa paling pahit buat Tok Guru kerana ia membabitkan terhalang niat sucinya untuk bertamu ke rumah Allah. Perjalanan ke manakah paling suci kalau bukan ke Makkah, Madinah dan Baitumuqadis? Pun begitu kegagalan pemergian itu rasanya tidak sepedih taburan fitnah dan konotasi yang dilemparkan ke atasnya.

Saya pernah melihat sendiri bagaimana satu masa Tok Guru berada dalam keadaan resah dan gelisah. Saya pernah melihat bagaimana beliau menggelupur ditikam gunda dan kecemasan. Peristiwa ini saya lihat pada malam keputusan pilihan raya umum 2004. Ketika itu beliau bersendirian di sebuah bilik di pejabat Pas, Jalan Dato’ Pati Kota Bharu. Saya nampak beliau begitu resah dan gelisah menanti penghukuman rakyat.

Saya nampak di dahinya ada peluh kecil merecik. Sepinggang buah anggur di hadapannya tidak disentuh. Beliau sangat cemas dan gelabah. Beliau bergelacar mencari bilik air untuk mengambil wuduk. Beberapa kali dia berpusing tidak ketemu bilik air, sehinggalah saya menunjukinya.
Malam itu saya tahu Tok Guru cemas bukan kerana takut kehilangan pangkat dan kedudukan kalau Pas tewas. Tetapi apa yang membimbangkan benih Islam yang baru ditanam di Kelantan ketika itu akan musnah kalau kerajaan Pas tumbang. Itulah menyebabkan dia jadi cukup cemas dan bimbang pada malam itu pada perkiraan saya. Beliau lebih memikirkan soal Islam daripada dirinya sendiri.

Tetapi perisitwa yang dihadapi hari kini benar-benar mencabarnya. Ia berbeza dengan keresahan dan kebimbangan di malam keputusan pilihan raya 2004 itu. Fitnah yang berlaku hari ini memalu dan benar-benar mengilankannya. Beliau seorang tok guru telah dilempar dengan najis fitnah melampau. Diarak ke seluruh pelusuk negara oleh media sebagai ulama rasuah!

Jutseru itu dalam hemat saya peristiwa yang berlaku kini akan memberi implikasi moral dan politik terhadap Tok Guru. Musibah ini menekan psikologis Tok Guru sebagai seorang murabbi. Dan rasanya inilah niat dan tujuan petulang mencetuskan soal penajaan haji sehinggakan mengundang SPRM ke pejabat MB itu. Dalam melihat ini bagi saya ia semacam ada konspirasi halus untuk memburukkan Tok Guru sebagai MB dan pemimpin Pas bertaraf ulama itu.

Makanya menyimpul secara mudah apa yang berlaku itu Tok Guru sudah tidak ada banyak pilihan lagi. Beliau tidak seharusnya boleh terus berdiam atau memakan ubat-ubat lama untuk merawat sakit hatinya kini. Bagi saya Tok Guru hanya ada dua pilihan saja kini sama ada hendak ke kanan ataupun ke kini. Di hadapannya ada dua persimpangan, yang perlu beliau pilih.

Ke kiri bermakna beliau harus berhenti dan beristirehat. Berundur dari kerusi menteri besar Kelantan dan juga melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas. Memilih jalan kiri bermakna beliau harus meninggalkan Kota Darulnaim dan boleh terus kekal di pejabat Pas untuk memberi kuliah agama setiak Jumaat.

Untuk memilih jalan ke kiri, ia sesuatu yang mudah dan simple bagi Tok Guru. Cukup melafaz sepatah ayat dan menyediakan sepucuk surat. Perjalanan melalui ke jalan kiri tidak memerlukan bekalan yang banyak. Jalan ini tidak penuh dengan onak dan duri seperti ke jalan kanan. Beliau tidak perlu peduli apa yang berlaku kepada Pas selepas itu. Biarlah Pas menjadi dagang tanpanya. Bukankah Tok Guru sendiri pernah melafazkan Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah menunjukkan sesiapa bakal menggantinya!

Dan saya yakin, dengan sunatulahlah sepohon yang direstui Tuhan meskipun ia patah, ia akan tumbuh kembali. Kalau pun yang tumbuh itu tidak terus subur, dan hanya ceding, kemudian ia tetap akan membesar menjadi dahan dan batang yang kuat juga satu masa nanti. Apakah bersara adalah pilihan sesuai buat Tok Guru?

Sebaliknya kalau beliau ingin memilih jalan kanan, meneruskan tugas dan tanggungjawab dan amanah Allah ke atasnya, maka Tok Guru kena berbuat sesuatu. Beliau tidak boleh bertahan dengan ubat-ubat atau bekalan yang ada hari ini. Jalan kanan penuh seribu liku ini menuntut beliau perlu memejam mata untuk melakukannya.

Sekiranya beliau ingin meneruskan tugas dan tanggungjawab selagi kudrat masih ada, Tok Guru harus berani dan sedia membuat pembersihan dan penyucian. Beliau harus nekad melakukan pembersihan dalam dua aspek, parti dan dalam kerajaan.

Tok Guru harus sedar dengan apa yang menimpa dirinya kini bukan saja kerana adanya anak Quraisy sesat. Tetapi masalah hari ini disebabkan wujudnya juga Haman yang tomak kepada kedudukan dan harta benda dan tidak sabar untuk menyinggahi tahkta. Inilah elemen yang mengharu birukan Pas dan kerajaan kini.

Iya.. mungkin mereka yang alergik dengan Umno dengan mudah menuduh semua kerja buruk ke atas Tok Guru dilakukan oleh orang Umno kerana mereka musuh yang nyata. Tetapi orang lupa bahawa segala butir-butir dan lafaz ratib dan zikir memburukkan Tok Guru itu orang Umno tidak tahu menghalfalkan kalau bukan orang dalam sendiri yang memberi tahu dan mengajar lafaznya.

Saya sangat percaya dan yakin berpandukan kepada teori politik serta dengan bukti-bukti berbentuk lisan, analisa yang dilakukan bahawa kerja memburukan Tok Guru turut sama melihatkan anak Haman dan bukan saja tertumpu kepada anak Quraisy. Anak Qurasy hanya si perantau yang tersesat jalan yang tumpang mencari makan di bumi warisnya. Jangan persalahkan beliau.

Dalam konteks ini apa yang perlu disalahkan orang yang memberi pelindungan, memberi minum air dan membawa anak Quraisy ke dalam rumah. Yang memberi makan dan ikut membawanya ke majlis-majlis cukur kepala, melihat penginokulasian depu, tanam padi dan sebagainya yang melibatkan Tok Guru.

Pembersihan dan penyucian yang perlu Tok Guru lakukan, paling utama ialah dalam parti. Badan perhubungan Pas perlu dirombak dan disusun semula. Sedar atau tidak sedar pembentukan badan perhubungan Pas hari ini adalah diuruskan oleh satu kepala saja. Ia bukan satu pembentukan mencerminkan keazaman dan kesepakatan pemuka-pemuka Pas Kelantan. Pembentukan itu lebih kepada usaha untuk mencapai maksud seseorang. Kerana dalam pembentukan itu ada agenda busuklah menyebabkan Pas Kelantan kini berpuak-puak atau bertanah rancangan.

Untuk mengemaskan Pas, mungkin Tok Guru boleh mengembalikan semula beberapa veteran Pas yang masih dihormati rakyat. Mereka mungkin tidak profesional tetapi sentuhan politik mereka masih bergetah dan mudah bergelira kepada rakyat.

Sekiranya veteran ini menduduki badan ini Tok Guru atau sesiapa saja tidak perlu merasa curiga kepada kehadiran mereka. Mereka tidak akan membuka agenda untuk mengatasi Tok Guru atau berperasaan untuk mengganti Tok Guru melainkan menumpahkan tenaga kepada parti. Mereka ini sudah teruji akan kesetiaan dan kewalakan mereka dalam menerima kepimpinan Tok Guru sebagai pemimpin Pas dan MB selama lebih 30 tahun. Mereka juga sudah tua dan kehadiran mereka boleh dijadikan sebagai bomoh.

Nama-nama seperti Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman atau Muhammad Iraq boleh dipertimbangkan. Mungkin mereka sudah usang dan lapok, tetapi pada saya lebih baik Tok Guru menggunakan perkakas usang dan lapok ini daripada menggunakan perkakas baru dan moden tetapi diperbuat dari plastik atau pun getah yang tidak tahu menghayati roh perjuangan Islam dan Pas. Mereka ini boleh digandingkan dengan pemimpin pelapis yang ada hari ini yang profesinal dan memiliki ilmu agama yang mantap seperti Ahmad Yaacob, Mohd Amar Abdullah dan lain-lain.

Kedua yang perlu disusun semula ialah kerajaan Kelantan, ini termasuklah Exco dan juga badan-badan berkanun (GLC) Kelantan. Pergolakan dan keadaan tidak tenteram di Kelantan hari ini berpunca daripada pengagihan potfolio yang tidak seimbangan di kalangan Exco. Maksud tidak seimbang di sini ialah kerana ada yang terlalu banyak memegang potfolio komersil sehingga tidak termampu untuk melaksanannya.

Keadaan ini menyebabkan berlakunya lambakan kuasa. Lambakan kuasa ini sangat bahaya menyebabkan ada Exco tertentu lumayan dan mewah. Situasinya ini juga mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa dan kewangan. Di sinilah saya melihat pengagihan kuasa Exco ini kurang dicermarti dan inilah yang menimbulkan masalah.

Bagaimana sekiranya kalau anggota Exco perlu diganti, maka Tok Guru perlu memerhati kepada kesemua Adun-Adun dan mengesan kebolehan mereka masing-masing. Hari ini Pas tidak kasik dengan Adun seperti tahun 2004. Hari ini Pas ada 37 orang Adun yang boleh dipilih untuk menjadi Exco. Dalam pemilihan itu bukan saja yang pakar dalam bidang iktisad dan pengurusan tetapi hendaklah yang jelas iman dan takwanya.

Selain daripada menyusun semula barisan Exco atau potfolio, seperkara yang Tok Guru kena perhati dan semakan ialah peranan, tanggungjawab para pegawai di pejabatnya. Perlu diingat pegawai di pejabatnya adalah cermin yang mematurkan wajah dan pemikiran siasah Tok Guru.

Kalau cermin ini robek dan sopek maka renyot dan sumbinglah wajah dan fikrah tok Guru.

Misalnya dalam tilik saya dan juga sudah menjadi cakap-cakap di luas sana mengenai Setiausaha Politik Tok Guru, Annual Bakri Haron. Sudah lama posisi ini tidak diubah. Apa yang nampak hair ini Annual Bakri tidak memberi input yang baik atau gagal berperanan sebagai penasihat politik kepada Tok Guru menyebabkan ada kalanya pemahaman Tok Guru terpesong. Apakah ada virus tertentu yang bermukim dalam kepala setiausaha politik ini?

Yang jelas, Anual Bakri sudah terlalu lama berada di situ . Kerana itu mungkin Anual juga sudah hilang sentuhan berbiasa bagaimana untuk menyubur dan memberi pandangan praktikal mengikut mazhab asal parti kepada Tok Guru. Bagi saya selagi penyair ini berada di pejabat MB itu maka selama itulah Tok Guru sesekali akan terlena dengan syair-syair Siti Meriam Abdullah See Wei Leong dan Hikayat 1001 malam. (Siapa Siti Meriam, akan diceritakan lain masa). Mungkin nama Wan Nik Wan Yusuf bekas MP Bachok boleh dipertimbangkan untuk mengganti tempat Annual.

Selain itu juga apa yang perlu disemak dan disucikan oleh Tok Guru ialah badan-badan atau syarikat milik kerajaan (GLC). Peranan dan para pemain di GLC juga perlu ditukar ataupun diganti kerana ada sesetengah pemain di GLC ini hanya membantu diri sendiri tanpa mempedulikan rakyat. Dalam erti kata lain Tok Guru kena melakukan overhaul sepena genapnya 19 tahun pentadbirannya sebagai MB.

Semoga Tok Guru diberikan hidayak dan taufik untuk memilih antara dua persimpangan yang kini berada di depannya. Saya percaya kedua jalan itu amat getir untuk dipilihnya tetapi itulah takdir yang harus berlaku! Saya berdoa untuk Tok Guru!

Jangan Kambus Tipu Dengan Tipu


oleh Kickdefella
Jangalah penipuan dibela dengan penipuan.
Apa yang berlaku hari ini hanyalah hujah-hujah bahawa kenapa nak cari salah PAS bila UMNO yang lebih korup? Kenapa cerita pasal tajaan ke Mekah bila pimpinan UMNO di taja ke Disneyland. Bukan saya yang membandingkan semua itu.
Jadilah kita seperti menantu Tuan Guru Nik Aziz yang terang-terangan memberitahu rakan-rakan wartawan, “Memang saya ada ambik duit syarikat tapi RM500 ke seribu saja…”. Seorang rakan media menghubungi saya dan berkata, “bro, apa kejadahnya mamat ni, you tau tak RM10 pun kalau bukan hak you, tak boleh ambik….”
Ariffahmi memang seorang kaki penipu dan seorang hipokrit. Semalam dia menafikan pertemuan di Hotel Perdana di mana dia meminta Dewan Pemuda PAS untuk mencari jalan untuk menggulingkan Ustaz Hadi.
Apakah Abdul Ariffahmi juga akan menafikan bahawa dia merayu kepada seorang bernama Zahri Bin Ismail supaya meminta YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO untuk mengarahkan SPRM menghentikan siasatan ke atasnya.
Ariffahmi telah pergi menemui Setiausaha Sulit Kanan Tuan Guru MB ketika MB Nik Aziz berada di Kuala Lumpur untuk meminta rakan-rakannya di Kuala Lumpur memintas SPRM. Sebelum pergi ke Kuala Lumpur, Ariff memaklumkan pihak pengurusan PMBK supaya “jangan risau sebab ada ramai orang nak tolong ana,” Ariffahmi juga menyembunyikan fail peribadinya. Pengurusan PMBK pening lalat kerana, yang risau bukan mereka tetapi Ariffahmi sendiri.
Kalau Abdul Ariffahmi dipihak benar, mengapa beliau bersusah payah untuk ‘memintas’ SPRM supaya tidak menyiasat kesnya? Dan mengapa seorang yang bermaruah tinggi dan menantu Mursyidul Am PAS boleh merayu supaya Presiden UMNO membantu menutup siasatan dan campurtangan di dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Yang Tok Guru kata, pergi jahanam dengan UMNO, bukannya pergi melutut dekat UMNO.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK perlu faham bahawa menantunya adalah Kacang Hantu di PMBK. Semenjak dia dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi, beliau telah menindas dan mengugut pihak pengurusan yang tidak bersetuju dengannya walaupun tindakan pihak pengurusan itu jelas berasas.
Apabila dia dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, keganasannya semakin bertambah dan kini dengan siasatan SPRM, lebih teruk pihak pengurusan diugutnya hari demi hari.
Dan sekarang, Ariffahmi melatih pihak pengurusan bagaimana untuk menjawab kepada pihak penyiasat SPRM sambil berkata, “Anta tak perlu risau, ana ada team SPRM di KL pantau kes ni dan akan bagi maklumat pada ana apa anta cakap…”
Ariffahmi juga seorang hipokrit. Jika di Kelantan, dia berlakon lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz dan menolak sebarang permintaan untuk mengambil gambarnya dengan perempuan yang bukan muhrim waima gambar berkumpulan dengan kakitangan wanita PMBK.
Tetapi di luar negara, bukan main lagi kegatalannya. Menjerit-jerit  meminta tolong mengambil gambarnya dengan perempuan bukan muhrim.
Ariffahmi juga terkenal dengan dengkinya kepada mereka yang lebih elok dan berjawatan lebih tinggi darinya. Di dalam satu insiden, Ariff secara terbuka dihadapan lebih 10 orang kakitangan PMBK dan orang luar telah mencemuh YB Mohd Zaki Ibrahim, ketika melihat gambar Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.
“Jahat ni! Sebab dia lah ana kalah. Jahat. Tok soh letak gambar dia ni!”, kata Ariffahmi merujuk kepada gambar YB. Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ketika itu.
Jadi bila Arrifahmi menuduh saya tidak pernah ambil cuti dan MC maka itu adalah sesuatu yang memalukan kerana di dalam fail saya di PMBK ada beberapa keping surat permohonan cuti saya dan di dalam blog ini juga saya ada maklumkan saya mendapat MC selepas keluar hospital dahulu dan MC itu ada di PMBK.
Ariffahmi juga mendakwa saya tidak berdisiplin dan tidak masuk ke pejabat. Mungkin Ariffahmi lupa, dia juga telah melantik seorang Pegawai Perhubungan Korporat di Darul Digital, anak Syarikat PMBK mulai Jun lalu dengan ‘mutual agreement’ yang sama seperti saya, iaitu tidak melapor kepada syarikat. Mutual Agreement saya ialah melapor diri kepada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan. Mutual Agreement pegawai yang Arrifahmi lantik itu ialah melapor diri kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Arahan perlantikan saya dibuat oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada PMBK. Arahan perlantikan pegawai di Darul Digital itu dibuat oleh Ariffahmi sendiri dan dua kali beliau menolak untuk membawa usul perlantikan itu ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PMBK.
Ariffahmi juga perlu menjelaskan setakat mana penglibatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam menutut skandal perbuatan sumbang seorang pengurusan kanan PMBK dengan seorang pelajar latihan amali baru-baru ini. Setahu saya, Tuan Guru amat tegas didalam soal-soal moral begini.
Suatu ketika dahulu, seorang Pegawai Pejabat Menteri Besar ketika membuka email telah terbuka satu email spam yang menyebabkan terbuka tetingkap-tetingkap lain yang menunjukkan aksi-aksi lucah. Insiden itu disaksikan oleh seorang penceramah PAS yang pernah menuduh Tun Dr. Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya. Penceramah itu segera melaporkan kepada Tuan Guru dan Pegawai yang jujur dan ikhlas berkhidmat untuk Parti itu dipecat serta merta tanpa usul periksa dan tanpa diberi peluang pembelaan diri.
Bagaimana pula kes skandal dalam PMBK ini yang buktinya dalam bentuk rakaman video di handphone dan gambar foto diarah dimusnahkan? Mengapa orang tertuduh di bela dan orang yang membawa bukti diugut? Lebih menyedihkan orang kena tuduh diangkat pula untuk jawatan lebih tinggi.
Saya menggesa kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan supaya bertindaklah dengan penuh adil dan ingatlah PAS dipilih oleh rakyat untuk membela rakyat dan bukan elit-elit tertentu sahaja.
Saya serahkan kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan. Tindakan dan jawapan pimpinan PAS sama-sama kita jadikan ukuran untuk ulasan saya seterusnya.

Pusat tarik peruntukan Parlimen Tun Abdullah



Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 16 Nov: Peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi Parlimen Kepala Batas, iaitu parlimen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di dakwa telah ditarik oleh kerajaan persekutuan.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang,  Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.

Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.

Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.

Satu Resensi Terhadap Seminar Memperkasa PAS


Ketika melangkah masuk ke Dewan Fadzil Noor, Pusat Tarbiyah Taman Melewar pagi Sabtu lalu untuk menghadiri Sdminar Memperkasakan Parti, ada sedikit debaran di hati. Pertama sejauh mana respons pimpinan PAS dan pendukung terhadap kritikan dan pandangan berbeza dari orang luar.

Kedua, sejauh mana isyarat keterbukaan yang mulai diperlihatkan oleh pemimpin dan pendukung PAS. Ketiga bagaimana sikap dan langkah pemimpin dan pendukung PAS untuk membuat perubahan, bermula dari mana dan apa periapannya.

Pertanyaan ini berligar dalam fikiran ketika memasuki Pusat Tarbiyah yang penuh nostalgia itu. Setelah berada di Dewan itu dan mendengar wacana idea dari Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah, dua tokoh akademik yang sangat menyerlah itu, serta perbahasan selepas itu saya merasa terharu dan debar hatipun hilang, justru kerana majlis tersebut sangat positif. Ia memancarkan sikap terbuka majoriti pemimpin dan pendukung PAS, walaupun masih ada segelintir pemimpin dan pendukung PAS yang bersikap tidak terbuka, menolak pandangan orang luar, jumud dan berada dalam kepompong suasana terkebelakang.

Kepada saya, majlis itu sangat positif, luar biasa, sangat terbuka dan memancarkan kematangan majoriti pemimpin PAS yang membukakan minda mereka secukunya untuk memanfaatkan kritikan dan idea baru dalam suasana yang sangat terbuka dan ikhlas. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz kerana mendorongkan seminar seumpama itu diadakan, tahniah kepada Dato Presiden, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan tahniah kepada seluruh pimpinan PAS yang lan.

Saya tidak dapat membaca apa yang terbetik di dalam hati Dato’ Presiden menyaksikan suasana demikian, tetapi saya yakin beliau pemimpin berjiwa besar, terutama ketika melihat ketenangan beliau sepanjang Seminar tersebut dan jawapan yang diberinya terhadap pelbagai kritikan. Bagi saya Seminar ini suatu permulaan, turning-point yang penting untuk PAS menangani perubahan bagi mencapai kejayaan, dengan izin Allah S.W.T

Belum ada sebuah parti politik di Malaysia, termasuk Umno sendiri, sepanjang ingatan saya, yang seberani dan segagah PAS mengadakan seminar yang sangat terbuka, mengundang ‘orang luar’, mengkritik parti dan pemimpin sendiri. Sikap keterbukaan ini sewajarnya diteruskan dan sangat bertepatan dengan ajaran Islam.

Dalam suasana keterbukaan di seminar itu, saya terkenang jika Almarhum Ustaz Fadzil Noor berada di tengah Seminar seperti ini, saya yakin, beliaulah pemimpin yang paling gembira dengan suasana yang ada itu, justru kerana selama ini di bawah kepimpinannya, pendukung PAS diajar bersikap terbuka, moden dan sentiasa bersedia untuk berubah.

Mengamati lontaran kritikan dan idea dari Prof. Dr. Aziz Bari dan Dr. Abu Hasan Hasbullah, yang menggesa perlunya PAS menangani perubahan untuk survival masa depannya, saya teringat adea keduanya ini selari dengan beberapa idea yang pernah diketengahkan oleh AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam beberapa tulisan dan ucapan mereka selama ini. Maknanya, memang hadir di dalam saf kepimpinan tertinggi PAS sendiri tokoh yang mempunyai idea bernas dan terkedepan untuk PAS mendepani perubahan.

Memang tidak mudah untuk semua sekali saf pimpinan PAS bersikap terbuka dan akan terus wujud sejumlah kecil golongan berminda tertutup dan jumud ini di dalam jamaah, namun jika diamati jumlah mereka ini semakin tirus dan terpencil. Kita berdoa, mudah-mudahan saja, lambat laun, jumlah yang kecil ini juga akan bersedia menerima perubahan demi kemajuan PAS.

Suasana Seminar menjadi tegang seketika apabila salah seorang AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik yang kelihatan amat marah dengan suara garang menentang keras idea Prof. Dr. Aziz Bari: “Saya tidak mahu melihat muka anda dan anda tidak patut menekankan idea anda mengenai sistem dua parti kepada PAS. Kalau mahu juga, masuk politik.” Bagaimanapun Prof. Dr. Aziz Bari dengan tenang menghuraikan mengenai idea dua parti sistem itu menurut perlembagaan dan suasana masa kini di negara ini.

Dalam hubungan ini, sangat menarik pula apabila Dr. Abu Hasan bercakap mengenai perihal persepsi umum sebagai sangat penting untuk survival PAS dan parti politik lain di Abad Ke-21 ini. Beliau membangkitkan isu persepsi umum ini ketika menjawab kritikan segelintir peserta yang menimbulkan isu yang disifatkan oleh mereka pebagai fitnah terhadap pemimpin PAS apabila Prof. Aziz Bari mengatakan pemimpin PAS lemah dan sebagainya.

Peserta itu dengan suara keras dan begitu marah meminta pembuktian dari Prof. Dr. Aziz Bari. Ahli Akademik itu menjawab bahawa ini bukan tuduhan, bukan perbicaraan di mahkamah, tetap persepsi umum, “kalau mahu terima, terimalah, kalau tidak mahu tidak mengapa.”

Ketika menjawab semua itu, Dr. Abu Hasan pula berkata, di Abad Ke-17, persepsi adalah fitnah, tetapi di Abad Ke-21 sekarang, persepsi bukan fitnah tetapi adalah maklumat dan sangat berharga. Justru, katanya, bersedialah menerima hakikat perepsi umum. Hujahnya ini sekaligus disambut dengan tepuk tangan majoriti peserta dan sekaligus menolak ‘serangan’ dari peserta yang marah-marah tadi.

“Apabila didapati imej dan persepsi terhadap sesetengah pemimpin PAS merosot sejak selepas PRU Ke-12, maka itu dalah sebuah persepsi terhadap PAS dan pemimpinnya. Ini bukan fitnah, bukan presjudis, tetapi seperti saya katakan itu adalah persepsi umum dan persepsi umum ialah maklumat bukan fitnah. Justru mereka yang menolak persepsi adalah bersikap primitif. Olerh itu persepsi penting untuk diberi perhatian,” kata Dr. Abu Hasan. Justru, ujar beliau lagi, janganlah marah apabila berdepan dengan pendedaan persepsi ini.

Baginya di Abad Ke-21 ini, golongan mana yang bersegera untuk mendapatkan maklumat dan memilikinya, mereka itulah yang akan menang dan menguasai keadaan. Kata Dr. Abu Hasan: “Saya jarang benar berjumpa Dr. Aziz Bari, hanya ada tiga kali. Tetapi kelihatan pandangan kami sama berdasarkan persepsi yang sama. Oleh itu persepsi adalah penting di abad moden ini. Seperti saya katakan, mereka yang menolak persepsi bersikap primitif.”

Sementara ada pembahas yang bersuara keras dan garang, penuh sentimen melulu, ada juga pembahas yang rasional – seperti dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Puan Athirah Al-Jundi dari Dewan Muslimat dan beberapa pembahas lagi - yang menyampaikan hujah bernas. Ini suatu kematangan ahli PAS di peringkat pelapis dan saya yakin jumlah mereka ramai.

Wakil ulama biasalah, sementara suara dari wakil Terengganu dan Pemuda tidak menghantar isyarat perubahan minda yang boleh membantu membawa perubahan kepada PAS. Suara mereka yang cukup keras tidak didukung oleh hujah rasional dan mudah ditewaskan oleh hujah dua pembicara ahli akademik tadi. Pemuda adalah pemimpin masa depan PAS, justru ia mestilah dilihat sebagai sayap penting, memiliki keupayaan berfikir yang matang, terbuka, tidak terperangkap oleh sentiment, dogma dan kejumudan.

Kita berharap, wacana ilmu atau Seminar seperti ini tidak berhenti di sini saja, tetapi akan diteruskan oleh PAS dari masa ke semasa, justru ia mendidik pendukung PAS membina kematangan, memiliki critical-thingking dan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan masa kini tanpa mengkompromikan asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Walaupun Seminar itu berkhir di tengah rebut petir dan hujan lebat, tetapi kepala pendukung PAS yang keluar dari dewan tetap tenang untuk meneruskan sebuah cita-cita besar.
 
-Oleh Abdul Shukur Harun

When Al Gore said ‘People’s Power, Doi Moi, Reformasi…’

Highlights in Malaysian History — For the Week Nov 15-21 Al Gore Batik THE YEAR: 1998. US Vice President Al Gore triggers a major diplomatic row in Kuala Lumpur. At the 6th APEC Economic Leaders’ Meeting in Kuala Lumpur, he throws Washington’s support behind pro-reform groups in Malaysia which have sprung up since the sacking of deputy premier Anwar Ibrahim in September…

TODAY is Sunday, November 15, the 319th day of 2009. There are 46 days left in the year.
1958 Nov 16: The country’s first unit trust opens for subscription. Managed by Malayan Unit Trusts Limited,  the units priced at $1 each, with full buy back guarantee. Dividends are to be paid half-yearly, in August and February.
1976 Nov 16: Petronas has reached full agreement on the key economic and fiscal terms on the production sharing agreements for oil and gas with four oil companies — Sarawak Shell Berhad, Sabah Shell Petroleum Company Limited, Pecten Malaysia Company and Exxon Production Malaysia Incorporated.
Nov 17: Noridah Haji Ibrahim, 28,  is Malaysia’s first woman to hold a Ph.D in Engineering. She gained her doctorate in Control Eng ineering from the University of London.
Puspati_reactormalaysia 2004 1977 Nov 19: Malaysia’s first nuclear reactor is to be ready by 1979. Costing RM4.9 million, the N-reactor will be installed at Puspati (Pusat Penyelidik Atom Tun Dr Ismail) in Sungai Buloh, says Tan Sri Ong Kee Hui, the Minister of Science, Technology and Environment.
Nov 20: The RM12.8 million abattoir (Kompleks Rumah Sembelih) in Shah Alam, one of the best in this region, has won praise from foreign visitors. Built on 4-acres of  a 20-acre site earmarked for project and its expansion, it has the potential to cater for Selangor and Federal Territoryresidents’ needs for the next 50 years.
1978 Nov 15: Just-appointed envoy to Pakistan, Ismail Budin, 37, who was Under-Secretary (Economics) in the Foreign Ministry,  is the country’s youngest ambassador.
Nov 15: Bad drivers? The new driving test system, implemented two months ago, has “resulted in a high rate of failure” – about 6,500 persons (97%). Slightly more than 200 who take their tests passed.
1984 Nov 17: University Malaya’s first blind Law undergrad Mah Hassan Omar, 23, makes a mark in moot proceedings (mock court for training purposes). From Besut, Terengganu, he is, he says, from a poor family “rich in encouragement and support.”
1993 Nov 17: Malaysia’s most senior High Court judge, Datuk Lal Chand Vohrah, 59, is appointed to the International War Crimes Tribunal in The Hague,  the first  since World War II. it will prosecute those accused of atrocities in the Yugoslav conflict.
AL Gore BBC1998 Nov 16: US Vice-President Al Gore speaks in support of the reformasi movement at the APEC Business Summit dinner attended by about 1,000 business leaders. Gore, deputising for President Bill Clinton at the 6th APEC Economic Leaders’ Meeting, says: “And so, among nations suffering from economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform in many languages – People’s Power, Doi Moi, Reformasi… We hear them today – right here, right now – among the brave people of Malaysia.”
There are indignant protests from members of the public, and businessmen take out full page newspaper advertisements rebuking Gore for his “lack of manners and interference in the internal affairs of Malaysia”. And In his first public comment on the incident, Prime Minister Mahathir Mohamed tells reporters at the end of the summit that he did “not know of any differences” with Mr Gore.
2007 Nov 15: Experts from local universities will be enlisted in researching transgender issues, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil says.
Nov16: Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad is sentenced to 5 years’ jail for abetting in CBT involving the diversion of RM11 million from the hardcore poor development project fund. (The former Rural Development Ministry secretary-general’s conviction was overturned upon appeal on the grounds of insufficient evidence on 6 Nov last year)
khir broom award2007 Nov 18: Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo shrugs  off controversy over his `broom award’ saying  “it was given to the non-performing local councils and not to individuals.” Members of the public — and recepients — were appalled. (In December, Khir Toyo justified his move by providing statistics on improved performances of awardees.)

MB vs MB: Federal Court of Judicial Pillars or Political Stooges?


By Kim Quek

zambry_nizar THERE was deep disappointment and angry resignation when the Federal Court panel of five sat on Nov 5 to hear the Nizar vs Zambry appeal, immediately after rejecting Nizar’s request for a full panel to hear the case.
The appearance of the five judges alone was sufficient to impart the sense of foregone conclusion, for these are familiar faces that appeared in the series of hearings of the Federal Court held in respect of the current Perak constitutional crisis, and they all seemed to lean towards the Barisan Nasional.
The first three – Alauddin Sheriff, Arifin Zakaria and Zulkefli Makinudin – are virtually permanent fixtures in the ‘Perak cases’, while the remaining two – Ghazali Yusoff and Hamid Embong – have also been involved. One cannot help but wonder: what happened to the rest? Why can’t we have fresh faces to also impart their wisdom over such a grave constitutional crisis?

What about the eminent Chief Judge of Sabah and Sarawak, Richard Malanjum, whose seniority was only next to Alauddin Sheriff (President of the Court of Appeal), and whose judgments often won admiration of the legal fraternity and the general public alike. He has not sat in a single case. Why should the country be deprived of the opportunity of tapping into his rich experience and much valued judgment?
Then, what about our very senior Justice Gopal Sri Ram – an appellate court judge since 1994 – who is distinguished by his deep legal knowledge and sound judgment delivered without fear or favour.
Surely, the participation of Malanjum and Sri Ram will restore some credibility to a judicial system already teetering on total mistrust, thanks to the long string of judicial decisions which have been perceived as blatantly biased and politically partisan since the crisis started in March this year.
SHOW OF ‘ARROGANCE’ TO REJECT FULL PANEL
This is the third time that the Federal Court rejected Nizar Jamaluddin’s request for a full panel. And what irked the public is the court’s perceived arrogance in rejecting the lawyers’ earnest, compelling and unassailable plea without bothering to offer the reasons of rejection.
That the coming court decision will be of paramount importance is underlined by the fact that it is expected to define the power limits and the inter-relationships of the triangle of King-Prime Minister-Parliament, though the case is over the Perak constitutional crisis. This is because the state constitution and federal constitution are similar in these aspects of the law.
An affirmative decision in favour of Zambry will mean that in future the King is vested with the power to sack a Prime Minister. More than that, he can do so without the involvement of Parliament. This of course will mean the negation of the fundamental principles of democracy upon which this nation was founded.
Facing such a potentially momentous decision, is it too much to ask for a full panel, or at least as wide a spectrum of judges as possible, to deliberate on an issue which may make or break our democratic system of government?
Since the Federal Court has convened panels of seven judges to hear drug related cases in the past, why can’t it convene an even bigger panel for the current case, since the issues involved are many times more important?
And why make the ‘Perak cases’ the exclusive domain of the few judges who are already looked upon with increasing dismay by the public for their perceived political partisanship? Why meticulously keep these cases out of bound to the well regarded judges?
Doesn’t Chief Justice Zaki Azmi, who only a short while ago was an Umno stalwart, owe the nation answers to these perplexing questions?
COURT OF APPEAL ERRED
The court completed hearing in one single day of Nov 5, the submissions from the lawyers of both the Appellant (Nizar) and the Respondent (Zambry) as well as from Attorney-General Gani Patail. The latter appeared as intervener to help interpret the Perak and federal constitutions, though in actual fact, he acted more like an attorney for the Respondent.
The arguments from both sides are largely repetitions of those presented in May in the lower courts, with the exception of the Appellant putting in some fresh arguments. A new input was that the Sultan should not have taken upon himself to interpret the constitution like what he did in his press statement of Feb 5 that considered the posts of Menteri Besar and his exco vacant if they refused to resign. Interpretation of the constitution should be left to the court.
Another point was that as a constitutional monarch, the Ruler was duty bound to take advice only from his Menteri Besar – not any other including then Deputy Prime Minister Najib Razak.
The bulwark of the Appellant’s case, as submitted in the lower courts, remains that the Sultan is not empowered under the constitution to dismiss a Menteri Besar, and that only the assembly, through a vote of confidence, can dismiss him. The Appellant also hammered home the point that the Court of Appeal’s rejection of Nizar as the rightful MB was flawed in that it had failed to take cognizance of the fundamental findings of High Court judge Aziz Rahim.
And the Respondent continues to maintain its contention that BN had the support of the majority of assemblymen and that the Sultan is entitled to determine which party had the majority support, stressing that nothing in the Perak constitution stipulates that such determination of support must be made in the assembly floor.
AG Gani Patail said the Ruler had taken upon himself to determine who had the majority support. He said: “A press statement issued by the Perak ruler revealed this, where he was satisfied that BN had the majority, and therefore, Nizar’s post – despite his refusal to resign – was deemed vacant”.
Note how Gani avoided using the word “dismiss” on Nizar. In fact, none of Zambry’s lawyers or Appellate Court judges had claimed that the Ruler had the power to dismiss Nizar. They only claimed that Nizar’s post had become vacant.
But without Nizar resigning, how could the post become vacant, and how could the Ruler appoint another Menteri Besar? This is the mother of all questions that the judges must answer before any one can rule that Nizar has lost his post.
EXTREME TREATMENT AGAINST NIZAR UNJUSTIFIED
On reflection of the Respondent’s case, perhaps we should explore a new perspective. Let us ask: what has Nizar done to deserve such extra-ordinary treatment – his support being ascertained by the Ruler personally, ordered to resign immediately, failing which his post was “deemed vacant”? Had Nizar caused our democratic system of government to come to a dead end, which would have been the case if he had lost the majority support and yet
a) He failed to advise the Ruler to dissolve the assembly, and
b) He refused to subject himself to a vote of no confidence?
Did Nizar do any of these? No! In fact, he did the opposite. He repeatedly advised the Ruler to dissolve the assembly due to a stalemate, but was turned down. He wanted an emergency session of the legislature to resolve the stalemate; that was also turned down.
Since Nizar had committed none of the sins against the letter and spirit of our constitution so to speak, what justification was there to subject him and his cabinet to such extreme treatment as described?
That begs these further questions: Why was the Ruler in such a hurry that he couldn’t wait for a short while longer to let the assembly meet to resolve the impasse? And why did he reject his Mentri Besar’s advice to dissolve the assembly when it was apparent that there was a political impasse – a classic case of instability which is always resolved by returning the mandate to the electorate? Granted that the Ruler has the discretionary power to withhold consent to a disolution of legislature, but should a constitutional monarch exercise that power without accountability?
The time has come for our highest court to put things right. This is a rare opportunity for our judiciary to redeem its tattered image and for the judges to shine with their judicial integrity.
The stake involved is so grave that whatever decisions they make, each and every one of the panel should have the courage and dignity to stand up for their views for which they must write their individual judgments, unlike the recent practice of hiding under a single judgment, claiming that to be unanimous.