Oleh M3M
Selepas isu UG yang dikatakan telah dikunci dan Presiden PAS telah memberi jaminan bahawa PAS akan terus komited untuk memperkukuh kerjasama dalam Pakatan Rakyat... tup-tup UMNO syorkan pulak Pakatan Senyap. Nak tau lagi, baca kat sini.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, berkata... cara terbaik nak menjaga kepentingan Melayu-Islam adalah melalui pakatan antara UMNO-PAS, baik secara tertutup ataupun terbuka. Ini sebenarnya adalah idea Dr Ridhzuan Tee Abdullah. Mengikut Dr kita ini, Pakatan Senyap telah lama diadakan oleh MCA-DAP-GERAKAN. Mereka ini bersatu dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan kaum Cina.
So, demi menjaga kepentingan Melayu-Islam, PAS dan UMNO mesti bersatu juga. Nampak gayanya UMNO cuba menarik PAS dalam kancah politik perkauman dengan menggunaan Islam sebagai alasan. Sebenarnya mereka ingin memerangkap PAS. Idea Pakatan Senyap ini merupakan strategi serampang dua mata untuk melemahkan PAS.
Jika PAS tolak... ia akan dilihat seolah-olah PAS tidak serius memperjuang kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, jika PAS menerima idea ini, PAS akan dilihat membelakangkan kepentingan kaum-kaum lain. Dan ini sudah lari dan bercanggah daripada konsep keadilan dalam Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Begitu juga dengan slogan PAS For All. PAS akan dilihat sebagai hipokrit di mata para penyokongnya yang non-muslim. Mereka akan meninggalkan PAS dan berhenti memberi sokongan kepada PAS.
Ini akan meletakkan PAS dalam keadaan serba salah dan tersepit. Dan... PAS akan terpalit dengan persepsi yang negatif, baik daripada Melayu-Islam dan juga non-muslim.
Persoalannya, mengapa baru sekarang UMNO fikirkan kepentingan Melayu-Islam?
Sejak hampir 52 tahun UMNO menjadi tunjang pemerintahan negara, apa yang mereka buat untuk bangsa Melayu dan Islam? Kuasa di tangan mereka tapi apa mereka buat?
Majoriti bangsa Melayu masih mundur... masih miskin... makin terpinggir dalam dunia yang serba moden ini, baik dari segi politik, sosial dan juga ekonomi. Tak payahlah disenaraikan satu persatu petunjuk-petunjuk tentang realiti sebenarnya keadaan bangsa Melayu di bawah pemerintahan UNMO/BN, sebab semua kita sudah sedia maklum.
Tentang Islam pulak?? Apakah Islam dimartabatkan oleh UMNO/BN? Sebenarnya, mereka menzalimi Islam dengan cara memperolok-olok Islam... meracuni pemikiran non-muslim tentang Islam.... menutup mata dan memekakkan telinga tentang kepincangan yang berlaku pada umat Islam.... tidak serius menangani isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan banyak lagi.
Usahlah UMNO nak kencing rakyat Satu Malaysia. Dulu dan kini... kemunduran orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO dalam semua bidang masih ketara. Dulu... dan kini... Islam di Malaysia masih terpinggir. Dulu... dan kini.... keadaan Melayu-Islam lebih kurang sama saja.
Mengapa dulu.... UMNO angkuh dan tidak perlukan PAS untuk bersatu dan berpakat?? Mengapa kini.... baru UMNO terasa yang mereka perlukan PAS untuk memperjuangkan kepentingan Melayu Islam? Sebab... UMNO mahu memperkudakan PAS, demi survival politik mereka yang saban hari, pengaruhnya semakin merosot.
Sejarah tidak pernah menipu kita. Jangan lupa... PAS pernah berkorban untuk kepentingan Melayu apabila mereka menyertai BN semasa Datuk Asri Muda menjadi Presiden PAS. Masa itu, UMNO sedang bergolak dan Melayu berpecah. Tetapi, apa jadi pada PAS setelah UMNO berjaya mengembalikan semula kekuatannya. UMNO jadi angkuh dan PAS ditendang keluar macam sampah.
Once bitten twice shy.. kata orang putih. Sekali terkena cukuplah. Jangan pisang berbuah dua kali. UMNO ini parti oportunis. Begitu jugalah para pemimpinnya. Kita mesti mengambil iktibar daripada sejarah dan mala petaka yang menimpa PAS akibat perkahwinan singkat dengan UMNO. Amat memeritkan. Serik... serik... Malangnya, ada yang tak serik-serik!!
Rasanya memang betul apa yang dikatakan oleh Dr Ridhzuan Tee Abdullah. Umno sekarang berada dalam keadaan yang tersepit. Tersepit?? Siapa yang menyepit? Tersepit dengan permintaan-permintaan dan desakan daripada Pakatan Senyap MCA-DAP-GERAKAN. Kalau tak dituruti... hilang pulak sokongan bukan-Melayu. Kalau diberi... dipandang serong pulak oleh kaum Melayu. Tapi.. puak-puak ni peduli apa. Yang penting 'aku' . Melayu lain... boleh pergi jahanam. Hipokrit semuanya!!! Sikap inilah yang menyebabkan kepentingan Melayu semakin terhakis.
Di samping terpaksa memenuhi tuntutan pakatan senyap puak sebelah sana, mereka juga dikuasai sikap tamak dan haloba akan kekayaan duniawi dan gila kuasa. Untuk menjadi kaya raya dan berbuat apa mereka suka, mereka perlukan kuasa. Oleh sebab itulah, mereka perkosa sistem pemerintahan negara untuk terus berpaut pada kuasa bagi menghalalkan rompakan terhadap harta rakyat dan negara.
Sekarang... dalam era melinium.. era cyber... usahlah nak kencing rakyat. Rakyat bukan bodoh lagi dan tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya. Semua informasi berada di hujung jari sahaja. Orang mula nampak tembelang UMNO. UMNO dilihat begitu keji sekali. Lantaran itu, rakyat yang ada otak, mula menjauhi UMNO. UMNO mula hilang sokongan terutama the urban Malays, daripada golongan muda dan begitu juga golongan muda di merata tempat.
Dalam PRU 12, UMNO/BN menerima penangan mereka. Melayu, Cina dan India memberi sokongan padu kepada PAS/Pakatan Rakyat. A vote for PAS is a vote against UBN. Sejak itu, UMNO bagai cacing kepanasan... tak senang duduk. Mereka hanya mampu bertahan dengan undi golongan tua di luar-luar bandar. Sabah dan Sarawak jadi penyelamat mereka untuk terus berkuasa.
Dalam PRU 12, UMNO/BN menerima penangan mereka. Melayu, Cina dan India memberi sokongan padu kepada PAS/Pakatan Rakyat. A vote for PAS is a vote against UBN. Sejak itu, UMNO bagai cacing kepanasan... tak senang duduk. Mereka hanya mampu bertahan dengan undi golongan tua di luar-luar bandar. Sabah dan Sarawak jadi penyelamat mereka untuk terus berkuasa.
Menyedari hakikat inilah, makaUMNO beriya-iya dan sedaya upaya mahu merebut semula sokongan yang mereka hilang. Caranya mudah... sweet-talk golongan pemimpin atasan PAS yang ambitious... yang giler kuasa.... yang hipokrit, untuk mengadakan pakatan yang dikenali sebagai Unity Government.
Sejak itu... PAS mula bergelora dilanda kemelut politik dalaman. Pas dan para pemimpin atasannya yang pro-UG mula dikritik hebat. Malah.. para penyokong dan pendokong PAS mula kecewa dengan para pemimpin tersebut yang sudah mula berbohong untuk menghalalkan tindakan mereka.
Rakyat marah dan imej PAS menjadi parah. UMNO pulak kata, alhamdulillah....bersambung....




















