Selasa, 10 November 2009

Kerajaan BN Tidak Hormati Amanah Rakyat


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain membidas kenyataan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang membidas tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinayatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, Najib yang sebelum ini cuba menyembunyikan fakta bahawa perkembangan ekonomi Negara belum sedia pulih lagi.

Dalam keadaan retorik ekonomi kerajaan BN melalui Bajet 2010, Malaysia masih tegar untuk berbelanja boros untuk beberapa projek yang banyak menghabiskan duit Negara dalam masa yang sama hanya mengenyangkan perut segelintir individu.

Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh, Profesor Rajah Rasiah (UM), beliau menyatakan Malaysia gagal menangani defisit belanjawan tahunan selama 13 tahun Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Profesor Rajah menafikan malaysia bakal mencapai target wawasan 2020 jika defesit belanjawan masih terabai.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai kemampuan negara ini menjadi negara maju berekonomi berasaskan pengetahuan. Jika tuntutan sekecil itu dinafikan malah dikatakan tidak bermoral, igauan Dr Mahathir berkenaan wawasan 2020 hanya tinggal kenangan.

Memetik ucapan beliau ” Ternyata Malaysia rugi selama mana ditadbir oleh Barisan Nasional. Kita maju dan moden di zaman pemerintahan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak sedar betapa kita memanipulasikan hasil dalaman, mineral dan hutan untuk membeli kemodenan tanpa menjadikan agenda ekonomi baru tanpa berasaskan sumber seperti Singapura.”

"CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor
yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.) ” ini fakta yang tidak didedahkan pada rakyat jelasnya.

Menurut beliau lagi, Kita ditampilkan dengan kekayaan melalui simbol-simbol bangunan, kemajuan melalui Koridor raya dan Pusat sains, sedangkan yang kita pamerkan hanya teknologi luar. Ini terbukti apabila dalam KDNK negara, hanya 0.64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Adakah ini melambangkan sebuah negara yang ingin maju?, soalnya.

Tambah beliau apa yang lebih membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia, dicelahan kerugian demi kerugian , kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ.

Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 Malaysia pula akan dijalankan. Mesti Cuepacs geleng kepala jika sedar fakta-fakta ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga membidas tuduhan pimpinan BN yang sanggup mengatakan cuepacs ingin mengambil populariti dengan perjuangan menuntut Bonus tahunan adalah satu tuduhan yang cukup tidak patut.

Lihat sahaja ” Najib bercakap soal moral bila berhadapan dengan wakil kakitangannya sendiri. Gejala rasuah, penyelewengan kehakiman (kes pita VK Linggam contohnya), kezaliman polis dan SPRM tidak pula dianggap tidak bermoral.

Beberapa menteri BN yang membuat kenyataan awal mungkin Teoh Beng Hock membunuh diri (sebelum disiasat) tidak pula dianggap biadab tak bermoral ” katanya.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menyedari betapa bajet 2010 adalah kosmetik menutup defesit warisan BN selama ini.

Kerajaan memang tidak berduit untuk melayani kehendak rakyat. Jika ada agihan untuk rakyat ia dijenamakan atas
label 1 Malaysia, untuk tujuan pilihanraya. Sokongan dan kesetiaan kakitangan kerajaan dibalas dengan label ‘tidak bermoral’ sepertimana layanan BN kepada tentera (pengundi POS) dalam PR bagan Pinang, kesudahannya bajet untuk pertahanan dalam Bajet 2010 tiada langsung, tegasnya lagi.


The worst is over, says PM..!!!! Aiiyaa,,,mau kencing rakyat kaa..!!!!


By SIM LEOI LEOI

KUALA LUMPUR: The worst of the economic crisis for Malaysia is over, and the country has moved beyond the bottom of the curve, declared Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib said that the stimulus package that Malaysia had put into place to protect the economy was performing according to expectation.
“The impact of the world economic crisis has been less severe than it would otherwise have been without the package. We believe the worst is over for us and we have moved beyond the bottom of the curve.
“The challenge for us now is to ensure that this recovery is sustained. The package must be allowed to work its way through the system to give the economy the ballast it needs,” he said in his speech read out by International Trade and Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed at the Intrade Malaysia and Kuala Lumpur International Trade Forum.
Najib, who is also the Finance Minister, said while there would come a time when such support from the Government was no longer necessary, any such decision would only be made after it was convinced that the economic growth was well under way.
“We will be monitoring data on employment, domestic demand, borrowing and investment levels before a decision is made. If the signs are favourable, the foot will be taken off the pedal, but not before then,” he assured.
Najib also cautioned that the signs for a global economic recovery remained mixed despite data from the United States indicating that the worst of the crisis in the housing and banking sectors was over.
“But there are no signs of an upturn in the wider economy,” he said, likening the US economy to “a sick patient, whose condition had stabilised but was still in hospital.”
Najib said while experts had looked to countries like China, South Korea, Japan, Taiwan and India to lead economic recovery, these countries were closely linked to the West.
“Given the connectedness between nations today, we can expect the rise of Asia to be constrained by lack of demand from United States and Europe,” he pointed out.
He stressed that for Malaysia to compete, it must define its position in the international marketplace by recognising that it was first and foremost a trading nation as it had been for centuries.
“We are opposed to the imposition of any protectionist measures and will work to ensure that the global trading environment remains as open as possible,” he said.
Later, Mustapa told reporters that his ministry and various agencies had set up a team to monitor closely the implementation of the 16 memoranda of understanding signed during Najib’s trip to China in June.
“One project is completed while another has taken off. The other 14 MoUs are in various stages of implementation.
“The pulp and paper project in Sarawak worth some RM4bil has not taken off yet due to some financing issues, but this has now been resolved,” he said, adding that Malaysia hoped China would invest in other non-resource based sectors.

Penjelasan Menteri Tidak Munasabah



Semalam seharian saya di parlimen, mendengar para menteri menjawab persoalan dan penghujahan mantap dari ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tampak berani dan membanggakan sekali apabila ahli parlimen Pakatan bingkas menafikan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; bahawa SPRM tidak menemui sebarang salah laku VK Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara, walhasil adik Lingam sendiri membuat pengakuan. Dalih kononnya saksi utama tidak dapat dikesan pastinya tidak mampu diterima akal sihat. Bukan kah kita sering angkuh mendabik dada pasukan polis negara antara yang terbaik seantero dunia?

Tambahan lagi jawapan menteri menggesa kita memisahkan di antara prinsip moral dan undang-undang! Alahai tidakkah ini menyebabkan rakyat hilang rasa hormat, bukan sahaja kepada institusi kehakiman, bahkan juga institusi Parlimen itu sendiri. Kita masakan lupa ungkapan “korek, korek, korek.”

Malamnya saya menghadiri acara anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan MPAJ. Program diskusi belanjawan ini merupakan susulan dari yang berlangsung di Dewan MPPJ tempoh hari. Turut serta Dr Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan Sdr. Yaakob Sapari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Saya berpeluang mengupas dua karya ahli ekonomi klasik dan pemuka Pencerahan Skotlandia itu; Wealth of Nations dan Theory of Moral Sentiments. Jarang sekali wacana ekonomi di rantau ini membandingkan kedua-dua karya tersebut bagi mendapat gambaran jelas pemikiran Adam Smith, seorang filasuf yang sering disalah anggap.

Harus diingat Smith merupakan seorang ahli falsafah moral di Universiti Edinburgh, karya awalnya Theory of Moral Sentiments, berusaha mengungkapkan betapa kesejahteraan masyarakat juga dimungkinkan akibat dari kehendak perseorangan. Beliau tidak menolak kesejahteraan juga berpunca dari rasa hormat dan berbakti kepada masyarakat. Adam Smith memberi perhatian untuk merungkaikan kebejatan monopoli kerajaan dan makarnya dengan saudagar-saudagar kaya. Bagi beliau itulah kerosakan yang membinasakan. Asalkan mereka berkomplot, ianya membuahkan hasil yang tidak sihat sekaligus merugikan rakyat.

Nah! Pemerhatian berabad usianya masih mengesankan dan memberi pengajaran. Perhatikan sahaja Laporan Audit Negara, skandal seperti Landasan Keretapi Berkembar bakal menelan sejumlah RM 1.4 billion akibat dari kegelojohan dan ketamakan. Manakala skandal PKFZ, sekiranya diteruskan juga, akan menelan wakg rakyat bernilai hampir RM 12 billion! Makar sebegini, demi kepentingan keluarga dan tembolok taulan malah menyingkirkan negara jauh dari pemulihan apatah lagi pertumbuhan.

Sayugia menjadi peringatan jangan semberono menukilkan angka, ketika Dato’ Sri Najib beriya-iya membuat kenyataan negara akan mencatatkan pertumbuhan sekitar 9 %, sekonyong konyong memperbetulkannya dengan menyatakan pertumbuhan hanya sekitar 6%. Jangan sesekali bersambil lewa mengurus ekonomi negara! Sedangkan Bank Dunia melaporkan, Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) akan mengalami penguncupan sekitar 2.3 dan hanya pada tahun hadapan mencatatkan pertumbuhan sekitar 4.1%.

ANWAR IBRAHIM

"Isu Zulkifli Noordin-Sivarasa Saya Dah Selesaikan" - Anwar



KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, isu berkaitan cabaran yang dibuat anggota Parlimen parti itu dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya Naib Presiden PKR, R.Sivarasa meletak jawatan telahpun diselesaikan.
Kata Anwar, beliau telah menemui Zulkifli untuk mendapatkan penjelasan dan hasil pertemuan itu beliau berpendapat bahawa cabaran itu adalah tidak perlu.
"Mengenai kenyataan Sivarasa dan Zulkifli itu, kita dapat selesaikan kerana dalam kenyataan amaran saya, saya ingatkan bahawa sesiapa yang mahu pertahankan PKR, agenda reformasi kita, agenda perubahan dan dasar perjuangan dan prinsip yang jelas dan amaran ini menyeluruh dan saya tidak namakan sesiapa.
"Jadi kenyataan Sivarasa menyebut Zulkifli, dan Zulkifli bangkit untuk menyatakan hak dia untuk menjawab. Saya berpendapat jawapan dia tak perlu mencabar sebaliknya hanya perlu dijelaskan.
"Perkara ini sudah dijelaskan dan saya rasa berakhir setakat ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli hari ini yang mencabar Sivarasa yang juga anggota Parlimen PKR untuk meletak jawatan dalam parti. BERNAMA

Anwar says Zulkifli-Sivarasa spat over


By Asrul Hadi Abdullah Sani, The Malaysian Insider
Without getting into details, Datuk Seri Anwar Ibrahim has declared an end to a policy spat between PKR MP Zulkifli Noordin's and party vice president Sivarasa Rasiah hours after it happened.
In an effort to contain the damage that could split the party, Anwar admitted that the controversial Kulim MP had the right to explain himself but should not have objected with a challenge.
“When Sivarasa’s statement mentioned  Zulkifli, he used his right to respond even though I felt that he should not have not challenged Sivarasa. He should have just explained. This matter has been explained and it has ended here,” Anwar told reporters in Parliament House.
He also reiterated that he did not target anybody in his statement and believed that Zulkifli should have consulted him.
“Zul felt that Sivarasa did not consult him and felt that he should object. Even though I felt that he should not have objected with a challenge but he should consulted with me. Today the case is settled and case of challenge does no longer arise,” he explained.
Anwar stressed that no disciplinary actions would be taken against both parties.
Zulkifli had challenged Sivarasa to quit his party post and face off with him in a contest over party policy.
Known for his hardline Islamic views, Zulkifli's remarks come a day after the Subang MP reportedly said that Anwars recent warning to party members to leave and join Umno if they did not agree with PKR policies was directed at him.
Zulkifli’s latest salvo will certainly deal a great blow to Anwar’s vigorous effort to plaster the cracks within the party and the Pakatan Rakyat bloc.
It is also an indication that Anwar could be losing control over his own men as the outburst comes a day after his call for more discipline among party leaders.

Ketua Pemuda PAS Shah Alam nafi hadapi tekanan

Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron hari ini menafikan laporan bahawa dia telah meletak jawatan ekoran tekanan daripada parti itu.

Antara lain, didakwa bahawa tekanan itu berhubung tindakannya merakam ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang sedang disiasat oleh lembaga disiplin PAS.

Menurut Ahmad Sayuti, beliau tidak menerima sebarang tekanan atau pertanyaan mengenai rakaman tersebut.

Katanya, beliau tidak melepaskan jawatan ketua dewan Pemuda, tetapi melepaskan semua jawatan lain di peringkat negeri kerana isterinya melanjutkan pelajaran ke Australia.

Beliau berkata, timbalannya akan memangku jawatan tersebut bagi pihaknya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan melepaskan jawatan ketua dewan Pemuda sekiranya berada di seberang laut lebih daripada dua tahun.

Ahmad Sayuti mendakwa, laporan-laporan mengenai perkara itu untuk menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa laporan-laporan itu muncul ekoran serangan yang diketuai Umno untuk memenangi semula Selangor.

Umno, dakwanya, cuba menjejaskan kedudukan parti itu dan kerajaan Selangor dengan banyak cara, bermula dengan isu hiburan, pengharaman alkohol, protes kepala lembu, ancaman terhadap wakil rakyat pembangkang, isu permit khutbah dan sebagainya.

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan...



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.
Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.
"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.
"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.
Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.
Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.
"Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.
"Saya bukan tidak setuju dengan baiah...tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.
"PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.
"Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," kata beliau.

SPRM siasat, adakah Sheih disiasat?

Walaupun saya tak berani membuat tuduhan terbuka bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah alat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang jahat, tetapi sekurang-kurang SPRM menjalankan penyiasatan sebelum mengambil tindakan.

Sama ada dia siasat cara syaitan atau mengikut prosedur yang ada, tetapi umum dimaklumkan bahawa suruhanjaya itu menjalankan siasatan.

Tetapi, apabila kontrak perkhidmatan Sheih dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditamatkan dengan serta merta, adakah penamatan itu dibuat dengan sebab atau tanpa sebab? Kalau ada sebab, disiasat atau tidak?

Boleh jadi dalam kontrak antara PMBK dan Sheih ada dinyatakan bahawa perkhidmatannya boleh ditamatkan bila-bila masa tanpa sebarang sebab. Jika demikian, penamatan itu tak boleh dipertikaikan.

Tetapi, Sheih pergi berjumpa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengajar beliau bagaimana untuk bersumpah mengikut syara' kerana beliau ingin bersumpah di hadapannya bahawa,

1. Beliau tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Beliau tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.

Persoalannya, apa kaitan penamatan kontraknya dengan segala sumpah itu?

Memang Sheih kawan saya. Tetapi ini bukan soal kawan. Kalau babi teraniaya pun aku tak boleh terima, tambah la pulak kawan aku.

Saya nak tanya ja, adakah Sheih teraniaya? Kalau teraniaya, siapa yang menganiaya?

BIARKAN NIK AZIZ TULIS BLOG

Assalamualaikum,

Ada pendapat yang tidak begitu selesa apabiola Tuan Guru Nik Aziz meluahkan pandangannya melalui blog. Saya berpendapat biarkan dan galakkan beliau meulis melalui blognya. Samada pandangan peribadi, pandangan rasmi atau apa saja, biarkan beliau menulis dalam apa media sekali pun.

Jelas tulisan beliau dalam blognya tempoh hari telah menghasilkan satu gelombang besar dalam PAS, namun apabila apa yang beliau maksudkan itu dikasi menjadi satu seminar, maka PAS kelihatan menyapu segala sampah dah habuk dan menyorokkannya di bawah karpet.

Tuan Guru Nik Aziz cuba membawa satu pembaharuan intelektual yang tinggi dalam PAS, namun getaran AJK PAS pusat tidak berani mengharung gelombang tersebut. Maka disapulah segala sampah ke bawah karpet dengan mengadakan satu seminar.

Namun isu yang sedang menunggu untuk merobek PAS tidak diperbetul. Nak baca apa orang kata tentang PAS? Juga di sini

Semalam saya mendengar keluhan sahabat saya Pak Sulaiman penjual mee kari dan pasembor di restoren Amjal;

HARAKAH tak laku sekarang!

sumber : Prof. Dr Hj Hamirdin

Toyol dapat Geng Baru!



Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata pertemuannya dengan Badrul Hisham Abdullah yang sepatutnya petang ini, telah ditangguhkan hingga esok kerana ADUN Pelabuhan Klang itu perlu menguruskan urusan keluarga hari ini.


Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Mohd Khir berkata pada mulanya, Badrul bersetuju bertemu di diaman Badrul di Pelabuhan Klang pada jam 5.30 petang ini.



Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan bahawa Badrul perlu menguruskan urusan keluarga di Kuala Selangor petang ini.


Berikutan itu, katanya, pertemuan beliau dengan Badrul itu ditunda hingga esok.


Sebelum ini, Dr Mohd Khir berkata, beliau mahu menemui Badrul untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Pelabuhan Kelang itu, yang kini menjadi wakil rakyat Bebas yang 'mesra BN'.

Akur Kehendak Parti? - Zulkifli Noordin




KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasiah yang disiarkan dalam akhbar The STAR dimukasurat N. 17. Beliau dipetik sebagai berkata “amaran Ketua Umum PKR kepada ahli PKR supaya keluar daripada PKR dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang saperti Zulkifli Noordin, dimana tindak tanduknya tidak selaras dengan dasar parti”.

Saya ingin menegaskan bahawa itu adalah tafsiran YB Siva sendiri kepada kenyataan DSAI. Adalah jelas daripada mesyuarat yang dipanggil oleh DSAI semalam dipejabatnya yang dihadiri oleh AP PKR bahawa isu utama yang dibincangkan adalah startegi baru PKR untuk melancarkan serangan terhadap YAB Perdana Menteri. Isu kepatuhan kepada dasar parti hanya disebut secara sampingan dan tiada pada bila-bila masa DSAI menyebut ianya dituju kepada saya. Malahan, DSAI melahirkan rasa bangga bahawa saya satu-satunya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang istoqomah dalam membawa isu yang menjadi kepentingan Muslim dan dan orang Melayu. Malah, DSAI menegaskan bahawa adalah juga sangat penting untuk Pakatan menjuarai hak dan keistimewaan Muslim dan orang Melayu, tanpa melupakan hak penganut Kristian, Hindu, Buddha, kaum Cina, India dan lain-lain.

DSAI hanya menyentuh satu isu, itu pun secara umum, iaitu mana-mana AP hendaklah memaklumkan kepada Ketua Whip dan beliau sendiri jika hendak memfailkan apa-apa cadangan pindaan rang undang-undang persendirian dan usul ke Parlimen. DSAI tiada pada bila-bila masa menyebut bahawa saya melanggar apa-apa polisi parti.

Saya ingin bertanya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, apa yang beliau maksudkan dengan mematuhi polisi parti. Polisi siapa yang beliau maksudkan? Polisi beliau? Apakah membela dan memperjuangkan hak Islam dan orang Muslim bertentangan dengan dasar PKR?

DSAI sendiri dihukum dan dipenjarakan selama 6 tahun kerana enggan akur kepada kehendak parti (UMNO masa itu). Kerana perjuangan dan jihad beliau untuk menobatkan kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dan hak untuk menyatakan pendapatlah maka gerakan Reformasi dilancarkan. Itulah perbezaan fundamental diantara Pakatan Rakyat dan BN. Premis perjuangan Pakatan Rakyat tertegak diatas hak asasi kemanusiaan ini, Islam dan Muslim juga mempunyai hak yang perlu dipertahan dan diperjuangkan. Apa yang telah saya pertahan dan perjuangkan adalah hak Islam dan Muslim. Apakah ianya satu dosa bagi PKR? Apakah hak asasi kemanusiaan hanya bermaksud hak orang lain, dan Islam serta Muslim tiada hak langsung tetapi mesti akur dan patuh kepada hak orang lain?!

Ianya adalah satu tragedi bagi demokrasi dan hak asasi kemanusiaan jika orang semacam YB Siva diberi ruang untuk menggariskan apa itu demokrasi dan hak asasi kemanusiaan; bahawa demokrasi dan hak asasi kemanusiaan hanya menjadi demokrasi dan hak asasi jika mereka mengesahkannya. Dan jika membela dan mempertahankan Islam dan Muslim tidak termasuk dalam ruang lingkup demokrasi dan hak asasi kemanusiaan dalam PKR, maka saya berpendapat itu adalah hukuman bunuh kepada demokrasi dan hak asasi kemanusiaan di Malaysia.

Nasihat saya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, “apa yang baik untuk kamu tidak semestinya baik bagi orang lain”

Saya ingin mengeaskan apa yang saya telah sebut secara konsisten dan istiqomah; mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk Islam. Saya adalah Muslim dahulu, Ahli Parlimen kedua. Saya adalah Muslim dahulu, ahli parti kedua. Apabila tiba harinya saya terpaksa memilih diantara Islam dan parti, saya tanpa sedikit keraguann pun akan pasti memilih Islam.

Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagaio Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu. Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak. Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Zulqaedah 1430
10 November 2009

Pendedahan Bai'ah Cerai Taklik adalah dari Nasarudin Mat Isa bukan Hasan Ali - MAHAGURU 58

oleh ali :
Blogger MAHAGURU58 said...
Assalamualaikum tuan. Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri. Harap maklum. Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali. Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu. Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita. Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS! Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama! Telan mati emak; luah mati bapak. Serbasalah saya dibuatnya. Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah. Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu! Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri. Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar. Itupun selepas minta izin darinya. Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana. Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa. Itu saja. Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa. Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor? Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP? PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang. Habis nak harap siapa lagi? Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah! Hancurrr. Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri. Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut. Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua. Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti? Berani siar kerana itu benar. Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi. Wassalamualaikum.
November 10, 2009 3:53 PM [Link]
* Apa tindakan JawatanKuasa Displin PAS Pusat dibawah Tuan Ibrahim Tuan Man ??? Rahsia Parti telah didedahkan kepada blogger UMNO. Siap ada rakaman lagi oleh blogger UMNO. Sudah terang lagi bersuluh.

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM, BERHUBUNG PERLETAKAN JAWATAN

1. Saya merujuk kepada dua laporan media pagi ini;
2. Pertamanya ingin saya tegaskan pihak Barisan Nasional sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua tindakan demi merosakkan kestabilan Pakatan Rakyat (PR), khususnya di Selangor. Perkara ini amat dirasai dengan kesungguhan UMNO khusunya menimbulkan pelbagai masalah terutamanya di Parlimen Shah Alam yang menjadi ibu negeri Selangor.
3. UMNO cuba menggangu-gugat pentadbiran parti dan kerajaan dengan pelbagai usaha bermula dengan isu hiburan, pengekatan penjualan arak yang diluluskan secara bersama oleh barisan Ahli Majlis MBSA, isu perarakan kepala lembu, isu penghinaan dan ancaman terhadap wakil rakyat, permit khutbah dan lain-lain.
4. Selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA), saya memandang semua perkara yang dilakukan ini adalah untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, seterusnya menunjukkam sikap sebenar mereka yang masih berada dalam keadaan penafian (state of denial) terhadap kebencian rakyat yang bertambah terhadap Barisan Nisoanal pada masa ini.
5. Laporan media yang saya rujuk hari ini menunjukkan satu lagi memanipulasi berita yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang jelas cuba memberikan gambaran palsu terhadap apa yang berlaku, antaranya;
5.1. Perlepasan semua jawatan saya di peringkat Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor adalah disebabkan tekanan yang diterima berhubung rakaman ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat.
Saya ingin tegaskan kenyataan tersebut adalah fitnah dan berniat buruk. Ingin saya nyatakan hingga kini tiada apa pertanyaan atau sebarang tekanan diterima berhubung rakaman. Saya yakin Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat masih dalam siasatan berkenaan rakaman tersebut, dan akan menghubungi saya jika memerlukan maklumat lanjut berkenaan rakaman yang dimaksudkan.
5.2. Kekesalan terhadap tindakan melakukan rakaman dan penggunaan media untuk melaporkannya.
Ingin saya nyatakan rakaman dan serahan bahan tersebut kepada pimpinan PAS dibuat dengan penuh tanggungjawab dan beramanah untuk melihat PAS lebih berjaya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, tanpa sesekali timbul isu kesal. Ingin saya tegaskan tidak langsung wujudnya elemen penyebaran maklumat tersebut kepada mana-mana media, melainkan ianya hanyalah untuk perhatian pimpinan tertinggi PAS Pusat sahaja.
6. Sebagai Ketua DPPSA, saya menyokong penuh keputusan Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 lalu untuk menyerahkan isu berkaitan PAS Selangor dan tindakan Pesuruhjayanya kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat. Saya berharap siasatan dilakukan dengan segera dan terperinci terhadap semua bahan bukti yang telah dikemukakan oleh mana-mana pihak kepada Jawatankuasa Tatatertib, dan tindakan tegas hendaklah dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam menimbulkan polemik tersebut.
7. Saya ingin menegaskan perletakan jawatan saya di peringkat negeri dan pusat sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Ketua Lajnah Politik Pemuda PAS Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor dan Setiauasaha Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat langsung tiada kena mengena dengan apa jua krisis dalaman parti yang sedang ditangani sekarang.
8. Seperti ketegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, keperluan utama perletakan jawatan saya hanyalah kerana tawaran pengajian di luar negara yang diterima oleh isteri saya dan saya turut mengambil keputusan untuk turut mendapatkan tawaran pengajian di negara yang sama selama menemani beliau.
9. Jawatan saya sebagai Ketua Pemuda DPPSA pula akan dipangku oleh Timbalan saya selama ketiadaan saya di dalam negara.
10. Saya berharap kenyataan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) yang menggesa setiap Ahli Parti mendukung penuh keputusan Muktamar PAS baru-baru ini untuk berusaha memperkukuhkan parti dan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dan menghindarkan segala bentuk polemik yang boleh merosakkan pencapaian tersebut.
11. Saya juga menggesa agar pihak media bersikap amanah dan beretika di dalam melaporkan apa jua berita, tanpa terperangkap di dalam permainan politik Barisan Nasional.
Sekian. Terima Kasih.
Ahmad Sayuti Bin Bashiron
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
10 November 2009 / 22 ZulQaedah 1430H

Aiyyuhal Ummah!! Kejutkan Saudaramu Dari Lena Yang Panjang...

BULETIN الحضارة~*BIL:77/Zulqaedah 1430

A L – H A D H A R A H

`Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (agama) Allah, dan dia mengerjakan amal yang baik, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang Islam (yang menyerah diri)" Al-Fusilat 33. Selawat dan salam kepada Penghulu segala Nabi, Muhammad saw al-Mustafa, kaum keluarga baginda dan semua sahabat yang bagaikan bintang-bintang bergemerlapan. Seterusnya kepada ummat Islam di sepanjang zaman yang berusaha gigih untuk membangun serta membina kembali keagungan Islam seperti yang telah diperintahkan, insyaAllah!

Browser Anda mungkin tidak bisa menampilkan gambar ini.

`Orang-orang beriman akan mengambil kekuatan dari kebenaran yang dianutinya. Dia tidak bekerja kerana dorongan syahwat dan nafsu, bukan kerana kepentingan peribadi, bukan kerana mempertahankan golongan dan bukan pula kerana hendak menginaya dan melanggar hak orang lain. Orang-orang beriman itu bekerja hanya kerana kebenaran yang kerana kebenaran itu berdirinya langit dan bumi. Kebenaran itu lebih berhak untuk menang, sedang yang batil patut hancur dan musnah, sebagai disebut dalam firman Allah (bermaksud)`; `Sebenarnya Kami yang melontarkan yang haq kepada yang batil lalu yang haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil (palsu) itu hilang lenyap.` al-Ambiya 18.

`Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran dan hilanglah kepalsuan". Sesungguhnya yang batil itu adalah pasti lenyap.` Al-Isra` 81. (Petikan Buku Iman & Kehidupan -Dr Yusuf al-Qardhawi)

Saudara ummah sekelian telah menjadi sunnah kepada perjuangan menegakkan kebenaran, perlu diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh oleh ummat yang benar-benar mencari kebenaran dari Allah swt.`Sesungguhnya manusia itu Kami ciptakan hidup dalam perjuangan yang memerlukan bersusah payah` al- Balad 4. Ummah tidak boleh mengambil mudah atau mengikut sahaja kemahuan sekeliling yang tidak membawa aspirasi perjuangan Islam seperti kehendak Allah swt. Ikhlas mencari kebenaran, menjauhkan dorongan hawa nafsu, ketika itu baru boleh meletakkan Allah, Rasul, orang-orang beriman serta kepentingan ummah di depan dalam segala kerja buat perjuangan kita. Sikap berhati-hati yang berprinsip inilah yang ditunjuki Nabi Ibrahim as yang melihat dan memerhati alam sekeliling bagi mencari hakikat ketuhanan dan kejadian alam ini. Baginda tidak terus menerima dan larut dengan kemahuan dan kecenderungan masyarakat sekeliling walaupun popular dan ramai serta berkuasa pula. Yang menyembah dan `merpertuhankan` sesiapa sahaja dengan memperbodohkan aqal serta naluri sendiri. Contoh terbaik bagi aliran dan fahaman taklid membuta tuli yang masih terdapat pada hari ini.

Begitu juga teladan Nabi Muhammad saw, beliau cepat menyedari kecelaruan dan kegersangan masyarakat sekeliling dari kebenaran sebab itu Baginda saw berusaha mencari-cari hakikat kebenaran yang pasti ada tetapi tersembunyi atau terselindung di sebalik semua ketidakadilan serta kecelaruan ini. Kebenaran ini sesuatu yang perlu diusahakan, perlu diselak dari selaput-selaput silauannya. Kebenaran tidak akan singgah di hati-hati manusia yang belum bersedia untuk menerima kehadirannya. Dengan kata lain kebenaran tidak pernah bersama, bersekutu dalam satu jiwa dengan kebatilan, kepura-puraan, kesyirikan, maksiat, amalan jahiliyyah, hubbuddunya dan lain-lain. Maksud firman Allah; `Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang hamba itu dua buah hati dalam rongga dadanya…` al-Ahzab 4.

Perjuangan menegakkan kebenaran tidak pernah dihampar dengan permaidani merah dan yang terlebih penting untuk ummah mutakhir ini memahaminya perjuangan menegakkan agama yang benar (Islam) bukan seperti perjuangan dalam arus politik semasa yang terpamer sekarang. Perjuangan menegakkan kebenaran ialah perjuangan yang menghayati atau membina kehidupan dengan beragama Islam, insyaAllah dalam setiap lapangan kehidupan peribadi, keluarga, jiran dan seterusnya daulah. Itu yang dicontohkan oleh Nabi-Nabi dan Rasul as. Perjuangan Islam memerlukan kita berhadapan dengan musuh yang terlalu seni bersembunyi di dalam diri kita sendiri yang begitu liat dan payah untuk tunduk dan patuh kepada kebenaran yang diperintahkan oleh Allah swt. Seterusnya perjuangan kebenaran menuntut supaya kita mengutamakan ahli keluarga, sanak saudara dan para tetangga supaya menerima aqidah yang benar, ajaran Islam yang sebenar dan menghayatinya dalam kehidupan bersama-sama. Selanjutnya perjuangan kebenaran ini akan sampai ke kemuncaknya apabila ummah terpaksa berhadapan dengan segala penzalim, pendusta, pejuang-pejuang palsu yang mempergunakan nama Islam dan para tirani yang berkuasa. Para musuh Allah ini akan mula rasa tergugat kekuasaan, kedudukan serta `status quo` mereka apabila ummah bangkit menyatakan kebenaran bertepatan dengan perintah Allah swt serta contoh Rasul saw.

Perjuangan di medan politik yang kebanyakkan ummah terkeliru sekarang, tidak perlukan penghayatan yang sebegitu. Malah aqidah pun tidak perlu berubah, yang penting berubah bagi mereka ialah dalam `kewajipan` memangkah (mengundi). Contohnya, sebagai seorang muslim rakyat negeri Pulau Pinang hati saya begitu jengkel apabila melihat kain-kain `banner` yang dikeluarkan kerajaan negeri PR dengan slogan `Amal Maaruf Nahi Mungkar` yang dipopularkan oleh KM Lim Guan Eng diletakkan di merata simpang jalan. Slogan yang merupakan arahan dari Allah swt kepada ummat Islam dipermainkan malah saya rasa beliau menghina ummat Islam! Sekali lagi saya katakan “Beliau menghina ummat Islam!” tetapi boleh dibenarkan oleh rakan-rakan mereka yang berugama Islam dalam PR terutamanya PAS. Tidakkah pemimpin PAS sedar kemungkaran yang paling besar ialah syirik kepada Allah swt (tidak beriman). Ini yang saya katakan politik tidak perlu mengubah aqidah yang penting mengundi PR. Tidak hairan dan pelek lagi apabila ummat Islam di Johor sebelum ini pun disuruh keluar beramai-ramai untuk mengundi calon PAS, seorang perempuan yang berugama Hindu (kafir). Elok sangatlah lepas ni Pengerusi PR yang didaftarkan ialah Dato` Zaid Ibrahim yang menyaman hudud dari dilaksanakan di Kelantan dulu. Kenapalah ummat Islam di dalam PAS masih dibuai mimpi-mimpi indah? Adakah kamu semua nak tunggu negara ini jadi macam Bosnia atau Kosovo baru nak bingkas bangun? Wajarkah wala` dan taklid dengan memijak-mijak aqal-budi sendiri ??

Wahai ummah! Perjuangan Islam bukanlah kehidupan popular seperti artis yang diperagakan di hadapan kita oleh politikus-politikus atas nama `Islam`, rakyat, demokrasi, bangsa atau lain-lain. Perjuangan Islam ialah perjuangan menegakkan aqidah dalam kehidupan `real` kita. Mengubah serta membentuk masyarakat dari tidak beriman kepada beriman hanya kepada Allah swt. Melaksanakan serta tunduk akan segala perintahNya dalam kehidupan sehari-harian kita. Perjuangan Islam bukan membangkitkan semangat dan menimbulkan konflik, perjuangan Islam mengenengahkan kesedaran dan merungkaikan permasalahan. Perjuangan Islam bukan mencetus dan mengulas issu-issu politik, tetapi perjuangan Islam ialah membina kelompoknya yang beriman insyaAllah akan terhindar dari issu-issu murahan. Perjuangan Islam tidak perlu menyuruh atau berkempen supaya orang melantik kita menjadi ketua atau YB, tetapi perjuangan Islam ialah berdakwah @ berjihad supaya kita dan orang ramai memahami dan melaksanakan ajaran Islam sebenar.

Perjuangan Islam sebenar berketuakan (wala`) Allah swt, Rasul saw dan orang-orang beriman yang paling taqwa di kalangan mereka. Yang paling taqwa itu tidak semestinya kita, hanya mereka yang beriman akan mengenali dan mengangkatnya di bawah takdir serta restu Allah swt jua. Orang-orang beriman memilih ketua bukan seperti pemilihan pemimpin politik murahan @ picisan yang ketagihkan sokongan ramai. Ketua orang-orang yang beriman akan menjaga kepentingan Allah, Rasul dan kepentingan mereka yang beriman. Ketua yang ketagihkan sokongan ramai akan jelas mengutamakan kelompok yang mengangkatnya jua iaitu golongan `chacha wal marba`. Sekian. Dari Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron ``

Diterbitkan oleh:Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal 13210 Kepala Batas, Seb Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami http://sanaabel.blogspot.com/

Pasai Apa Kita Tolak Fahaman Wahabi - 2

Antara sebabnya lagi kita tolak fahaman Wahhabi, pasai depa ni tasyaddud (keraih kedekiang dalam mengutarakan pendapat depa sampai mensyirikkan, membid'ah dholalahkan golongan yang ber'amal pada masalah furu), jumud (statik, dalam memahami dalil orang lain) dan ta'assub (fanatik dalam pendapat dan methodologi depa saja.... depa saja betoi, orang lain salah)

Wahai saudara-saudaraku, mai kita tengok tulisan saudaraku Ustaz Raja Mukhlis tulih tentang sikap depa tu.


Ramai di kalangan masyarakat, awamnya mahupun ahli ilmunya, berkemungkinan, terkeliru tentang pertembungan Wahabi dengan golongan kontra terhadap mereka. Mereka yang terkeliru mengatakan: “Mengapa perlu bersungguh-sungguh dalam menentang Wahabi?”

Golongan yang bertanya dan saling bertanya tentang persoalan yang sebegitu sebenarnya tidak mendapat gambaran yang sempurna tentang pertentangan dan pertembungan tersebut.

Gambaran Pertama: Golongan ilmuan yang menolak dan menentang golongan yang dikatakan sebagai Salafi atau Wahabi, menentang mereka (Salafi Wahabi), bukan kerana nama mereka Wahabi atau Salafi, tetapi kerana mereka menentang pemikiran dan Wahabisme tersebut yang mengandungi unsu-unsur seperti tasyaddud, jumud dan sebagainya yang menjuruskan kepada perpecahan dalam umat Islam. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan istilah Wahabi bukanlah semata-mata merujuk kepada seseorang, tetapi penggunaannya lebih luas dari itu. Wahabi menurut mereka yang menentangnya adalah merujuk kepada suatu golongan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga ciri tersebut yang mampu menghancurkan kesatuan umat Islam iaitu:

Tasyaddud (terlalu keras) dalam menghukum, dengan bersikap mudah membid’ahkan sesuatu perkara ijtihadi dalam urusan Islam, sehingga membawa kepada takfir (mengkafirkan sesama Islam) secara sewenang-wenangnya.

Jumud (statik) dan sempit dalam kaedah menggali hukum, sehingga membuat suatu kaedah hukum yang amat sempit iaitu, “apa yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka ia adalah hujah kepada haramnya, atau bid’ahnya perkara tersebut” sedangkan kaedah tersebut menyempitkan mafhum[1] ijtihad dalam masalah istinbat[2] hukum.

Taasub (fanatik) kepada sesuatu aliran pemikiran atau metodologi pemikiran, sehingga membawa kepada sikap menyalahkan mereka yang tidak sependapat dengan mereka, sehingga ada yang sampai menyesatkan mereka yang tidak sependapat dengannya, hatta dalam masalah ijtihad fiqhiyah[3] yang merupakan ruang khilaf (perselisihan) pendapat di kalangan para ulama, zaman berzaman.

Tiga sikap ini merupakan sikap-sikap yang menyebabkan umat Islam berpecah-belah, kerana menafikan adab ikhtilaf (adab berselisih pendapat) sehingga menyebabkan umat Islam saling kafir-mengkafirkan antara satu sama lain. Sikap-sikap inilah yang ditentang oleh golongan yang dikatakan “penentang-Wahabi” (anti-Wahabi), yang mana, sikap-sikap tersebut wujud dalam kebanyakkan mereka yang mengaku Salafi dan Wahabi khususnya di tanah Hijaz dan sebagainya.

Adapun mereka yang mengaku memperjuangkan manhaj salafus sholeh atau mendakwa salafi, namun tidak bersikap dengan tiga sikap yang disebutkan, maka mereka bukanlah sasaran penentangan anti-Wahabi, bahkan, pada hakikatnya, golongan anti-Wahabi tersebut juga adalah pendokong manhaj salafus sholeh, cuma tidaklah mendakwa diri mereka sebagai salafi, kerana bagi mereka, tiada ertinya menisbahkan diri mereka dengan nama salafi, kerana hakikatnya, salafi bukanlah suatu nama yang merujuk kepada suatu bentuk pemikiran atau suatu mazhab, namun ianya sekadar merujuk kepada tempoh zaman yang pernah dilalui oleh umat Islam (iaitu tiga kurun awal tahun hijrah dalam umat Islam).

Gambaran Kedua: Tidak dapat dinafikan, ada di kalangan golongan penuntut ilmu, yang masih belum matang dalam dunia keilmuan Islam, cepat terpegun dengan sesuatu manhaj pemikiran yang baru didapatinya. Lantas, kononnya sebagai suatu anjakan paradigma, mereka segera berpegang dengan kaedah pemikiran tersebut, dek sikap tergopoh-gopoh dalam menilai sesuatu.

Antara manhaj pemikiran baru yang menarik minat sesetengah golongan penuntut ilmu yang belum matang tersebut ialah, pemikiran Wahabi yang dibincangkan sebelum ini. Ini kerana, Wahabisme (dari sudut istilah akedemik) seolah-olah nampak sebagai suatu pemikiran yang membawa kepada tajdid[4] dan islah[5] mentaliti masyarakat Islam umumnya, di samping mengembalikan kemurnian aqidah umat Islam (yang kononnya sebelum ini sudah tersasar dari kefahaman aqidah Islam yang sebenar).

Pada persepsi mereka, Wahabisme membawa kepada:
  • Kesatuan Pemikiran: kerana menolak perselisihan pendapat dalam bidang agama Islam.
  • Pemurnian Aqidah: kerana menolak ajaran-ajaran yang dianggap membawa kepada syirik (walaupun pada hakikatnya, ajaran-ajaran tersebut memang ada dalam Islam dan tidak membawa kepada syirik).
  • Tajdid (pembaharuan) Umat Islam: kerana ia menegah taqlid[6] dan menggalakkan ijtihad, yang kononnya membuka minda masyarakat umat Islam.

Persepsi-persepsi mereka sebenarnya SALAH kerana, Wahabisme bukanlah membawa ketiga-tiga tersebut, tetapi membawa ketiga-tiga unsur yang telah diperkatakan sebelum ini (Tasyaddud, Jumud dan Taasub), yang disembunyikan di sebalik tiga slogan zahir yang terdapat pada persepsi mereka tersebut iaitu: Tauhidul Fikrah (Kesatuan Pemikiran), Pemurnian Aqidah dan Tajdid.

Golongan penuntut yang terkeliru, boleh jadi terkeliru kerana kegagalan mereka memahami bahawa, Islam ini dirosakkan oleh dua perkara iaitu: berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu sehingga akhirnya merosakkannya dan berlebih-lebihan dalam menolak sesuatu sehingga akhirnya merugikan diri sendiri. Jalan tajdid bukanlah dengan berlebih-lebihan, tetapi dengan mengembalikan umat Islam kepada kesederhanaan (I’tidal) dan pertengahan (wasathiyah), yang merupakan sifat semulajadi (fitrah) umat Islam, khususnya dari sudut ajarannya.

Apabila kita meletakkan Wahabisme (dengan makna penggunaan istilahnya yang meluas), dalam neraca I’tidal (kesederhanaan dan pertengahan) Islam, kita dapati bahawa, ianya bukanlah suatu pola pemikiran yang sederhana, yang diperlukan untuk tajdid (pembaikian umat Islam), tetapi lebih membawa kepada tafsid (memusnahkan umat Islam).

Jika kita menyelami slogan pertama Wahabisme, yang menyeru kepada kesatuan pemikiran, kita bersetuju bahawa, umat Islam harus bersatu, tetapi adakah kesatuan pemikiran dalam segenap aspek merupakan suatu agenda praktikal?

Kita dapati, dalam sumber syariat Islam sendiripun (Al-Qur’an dan As-Sunnah), terdapat dua bahagian iaitu, qot’ie (jelas atau putus) dan zhonni (kesamaran atau tidak jelas).

Adapun Qot’ie terbahagi kepada dua iaitu:

Qot’ie at-Thubut: Sesuatu dalil yang jelas dan putus bahawa ianya dari Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti al-Qur’an dan Hadits Mutawatir.

Qot’ie ad-Dilalah: Sesuatu dalil yang jelas dan putus makna nash (lafaz wahyu) tersebut kerana ianya tidak berkemungkinan membawa kepada makna-makna lain dalam kaedah bahasa arab dan sebagainya.

Begitu juga tentang Dzonni, di mana ia turut terbahagi kepada dua iaitu:

Dzonni at-Thubut: Kesamaran dalam menisbahkan sesuatu dalil atau nash tersebut kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti Hadits Ahad (perawinya tidak melebihi tiga orang dalam satu masa).

Dzonni ad-Dilalah: Kesamaran makna sesuatu ayat atau lafaz zahir nash tersebut, menurut kaedah bahasa Arab dan sebagainya.

Sesetengah para ulama’ menjelaskan bahwa, 70% daripada sumber hukum Islam bersifat dzonni (tidak jelas). Oleh yang demikian, para ulama’ berselisih pendapat dalam menggali hukum dari sumber-sumber hukum tersebut, kerana kesamarannya.

Oleh yang demikian, kaedah usul fiqh (asas menggali hukum fiqh) menjelaskan bahawa, dalam mengistinbath (menggali) hukum melalui dalil-dalil yang zhonni (yang merupakan 70% daripada al-Qur’an dan as-Sunnah), maka dibolehkan berijtihad bagi ahli ijtihad yang sudah cukup dalam ilmu alat untuk berijtihad.

Jadi, ada banyak sebab mengapa para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah zhonni, antaranya kerana perbezaan kaedah pemikiran mereka sendiri, antara satu sama lain. Oleh yang demikian, perselisihan pendapat memang tidak dapat dielakkan terutamanya dalam masalah fiqh yang furu’ yang berkaitan dengan dalil-dalil zhonni. Jadi, untuk menyatukan pemikiran dan mazhab dalam seluruh urusan agama tidak praktikal, bahkan sikap berlebihan dalam memaksa umat Islam bersatu dalam satu-satu pendapat dan mazhab lebih mengundang kepada bencana yang lebih besar iaitu: taasub (fanatik) dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Dalam berhadapan dengan realiti perselisihan pendapat yang berlaku dalam umat Islam, bukan dengan cara memaksa mereka bersatu dalam pemikiran (yang merupakan agenda tidak praktikal), tetapi menerapkan nilai-nilai adab ikhtilaf[7] (adab dan tatakarma dalam perselisihan pendapat), iaitu menghormati pendapat orang lain, dan tidak mengingkari golongan yang tidak sependapat dengan kita, dalam masalah khilaf (yang diperselisih ulama’ mengenainya), selagimana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip usul Islam yang murni, sepertimana yang sangat ditekankan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri (yang menjadi ulama’ kesayangan sesetengah golongan yang mengaku salafi di Malaysia, padahal beliau sendiri menafikan diri sebagai salafi).

Adapun slogan kedua, tentang pemurnian aqidah yang dikatakan, cuba dilakukan oleh mereka yang mendokong gagasan pemikiran Wahabisme, maka ianya perlu dinilai semula. Niat yang baik untuk memurnikan aqidah umat Islam adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam. Tidak dapat dinafikan, ada “segelintir” dari masyarakat Islam yang tergelincir dari aqidah Islam yang murni, seperti memuja jin, di samping meminta tolong dari mereka dengan cara sihir, dan sebagainya, maka ianya perlu dibersihkan, kerana ilmu-ilmu kebomohan itu sendiri dilarang oleh Islam kerana akan membawa kepada syirik.

Adapun golongan Wahabi (kebanyakkannya), bukan sekadar menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat, tetapi menolak perkara-perkara yang mempunyai dasarnya dalam Islam, yang mana ianya, sekurang-kurangnya merupakan perkara-perkara yang khilafiyah (yang diperselisih ulama’ mengenainya), atas nama pemurnian aqidah.

Ada yang sanggup mengharamkan ziarah kubur “para wali”, mengharamkan tawassul, mengharamkan maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, bahkan ada yang sampai menghukum kafir dan syirik bagi pelaku-pelaku perkara-perkara tersebut. Ada di kalangan mereka yang mengkafirkan dan memfasiqkan mereka yang mengerjakan sholat di masjid yang berhampiran dengan kubur, menuduh orang yang bertawassul dengan orang yang telah meninggal duniai sebagai penyembah kubur, menuduh orang yang menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, mengangkat Nabi صلى الله عليه وسلم sepertimana orang-orang Nasrani, takkala menyembah Nabi Isa عليه السلام dan sebagainya. Kalau di Malaysia tidak kelihatan sikap tuduh-menuduh ini, menurut anda, tetapi di negara-negara arab khususnya Arab Saudi, ianya merupakan suatu perkara yang hebat diketengahkan oleh pengaku-pengaku Salafi (baca: Wahabi, menurut penentang mereka).

Fenomena ini bukan sahaja merupakan suatu usaha mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala seperti ziarah kubur, atau bukan sahaja bersikap tasyaddud (keras) dan jumud dalam masalah yang perselisihan pendapat mengenainya dalam medan ilmiah, seperti masalah tawassul, tetapi ianya sudah membawa kepada saling tuduh-menuduh dan mengkafirkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Ketahuilah wahai penuntut ilmu yang terpegun dengan Wahabi dan Wahabisme, atau golongan salafi moden ini bahawa, agenda mereka lebih menjurus kepada kerosakan syakhsiyah[8] umat Islam dari memurnikan aqidah mereka.

Contohnya, semata-mata kerana “Su’uz Zhon” (buruk sangka) terhadap penziarah kubur dari kalangan umat Islam, dengan menyangka mereka menyembah kubur takkala memuliakan si mati, ada di kalangan mereka (Wahabi) sanggup mengharamkan suatu ajaran yang mempunyai sandaran dalam Islam seperti ziarah kubur, khususnya para wali, dengan alasan untuk mencegah syirik. Adakah dari prasangka, boleh menghukum seseorang itu syirik? Adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah kaedah sad ‘az-zaro’ik (mencegah mudorat) dalam masalah ini releven takkala kaedah persepsi mereka dalam melihat kemudaratan itu cuma dari prasangka?

Kata mufti Mesir, Syaikh Dr. Ali Jum’ah: “Kalau ada segelintir orang yang sembah kubur, bukan syariat ziarah kubur itu menjadi masalahnya. Masalahnya pada kefahaman orang tersebut. Kalau dia memang menyembah si mati, kubur tidak ada pun, dia akan sembah si mati, seperti orang Nasrani. Jadi, yang perlu dibetulkan ialah aqidah umat Islam, dalam proses pembelajaran dan tarbiah, bukan mengharamkan ziarah kubur dan sebagainya. Logikkah takkala seseorang muslim yang bertawaf di ka’abah, dia menyangka bahawa, ka’abah itulah tuhannya, tindakan yang perlu diambil ialah memusnahkan ka’abah tersebut Atau, menjelaskan kepada orang tersebut, siapakah Tuhan sebenar? Jadi, penyelesaian di sini, juga penyelesaian untuk masalah sebelum ini (ziarah kubur)…”

Oleh itu, agenda mengetengahkan konsep menutup pintu syirik dengan mengharamkan perkara-perkara yang ada sandarannya dalam Islam, seperti tawassul, ziarah kubur (hatta kubur para wali) dan sebagainya, merupakan suatu perkara yang membawa kepada pecah belah dan buruk sangka sesama Islam. Selagimana perkara-perkara tersebut diperselisihkan oleh para ulama’ dan yang mendokongnya mempunyai dalil dari sumber Islam, maka tidak boleh mengingkarinya, apatah lagi mengkafirkan pelakunya dan membid’ah dholalahkannya.

Adapun slogan zahir ketiga dalam gagasan Wahabisme, ialah tajdid umat Islam, dengan kedua-dua agenda sebelum ini, maka jelaslah ianya tidak praktikal. Kedua-dua agenda yang dilakukan oleh golongan Wahabi atau pengaku salafi moden (dalam terminologi yang kita maksudkan sebelum ini), bukan membawa kepada pemurnian dan pembaharuan umat Islam, tetapi secara praktikalnya, ia membawa kepada kemelut perpecahan yang amat bahaya bagi umat Islam iaitu, perpecahan, saling kafir-mengkafirkan dan saling bid’ah membid’ahkan.

Adapun agenda untuk menggalakkan semua masyarakat berijtihad khususnya dalam masalah fiqh islami, merupakan suatu perkara yang amat menyulitkan masyarakat dan membahayakan mereka.

Ia menyulitkan kerana, untuk berijtihad, seseorang perlu menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu bahasa Arab, ilmu usu; fiqh, menghafal al-Qur’an dan hadits dan sebagainya, yang merupakan suatu bebanan buat sesetengah masyarakat awa. Bahkan, sejak zaman para sahabat lagi, ada di kalangan mereka yang berijtihad dan ada di kalangan mereka yang bertaklid, seperti yang dijelaskan oleh Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam bukunya Al-LaMazhabiyah (Golongan yang Tiada Mazhab).

Oleh itu, mengharamkan taqlid kepada para imam mujtahid yang empat nan muktabar seperti Imam Abu Hanifah, al-Maliki, asy-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal رضي الله عنهم, merupakan suatu bebanan dan bahkan merosakkan institusi fiqh islami itu sendiri. Ia membebankan kerana bukan semua orang muslim boleh berijtihad kerana tidak mampu menguasai pelbagai bidang ilmu alat untuk berijtihad, di samping merosakkan syariat itu sendiri, kerana orang-orang awam yang tidak ada kepakaran berijtihad, akan lebih mengukur syariat tersebut sesuai dengan hawa nafsu mereka.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga agenda Wahabi yang utama tersebut merupakan penjurus kepada kepincangan dan perpecahan dalam umat Islam kerana ketiga-tiga ciri pemusnah yang terkandung dalam pola dan metodologi pemikiran mereka iaitu:
  • Ta’asub (fanatik puak sendiri)
  • Jumud (statik dan tertutup)
  • Tasyaddud (berlebih-lebihan dan bersikap keras)

Gambaran ketiga: Istilah Wahabi itu sendiri suatu yang abstrak. Oleh yang demikian, sesetengah golongan ilmuan yang terperangkap dengan kesempitan makna istilah Wahabi dari sudut akedemik, akan lalai daripada memahami makna istilah Wahabi yang digunakan oleh golongan penentang Wahabisme.

Seperti yang dijelaskan dalam gambaran pertama sebelum ini, majoriti golongan yang menentang Wahabi bukan kerana namanya Wahabi, atau mereka dinisbahkan kepada Syaikh Muhammad Abdul Wahab, atau kerana mereka mengaku Salafi, dan sebagainya, tetapi ianya lebih merujuk kepada tiga sikap yang merosakkan, yang disebutkan sebelum ini, yang dibawa dalam arus pemikiran kebanyakkan golongan yang mengaku pendokong Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi) mahupun yang mengaku sebagai salafi.

Golongan yang terkeliru ini kadangkala sering meremehkan penentang-penentang Wahabi kerana pada mereka, golongan Wahabi tidak lain melainkan suatu mazhab dalam Islam juga. Bahkan, lebih dari itu, ada golongan yang kagum dengan kesungguhan dirinya dalam melakukan penyelidikan ilmiah, seolah-olah merasakan diri mereka sudah cukup memahami kebenaran dengan penyelidikan yang banyak, tidak senang dengan penentang-penentang Wahabi dan menuduh penentang-penentang Wahabi berburuk sangka dengan pendokong-pendokong Syaikh Muhammad Abdul Wahab dan berburuk sangka terhadap Syaikh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.

Oleh itu, mereka tampil membela Wahabi, dan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dengan bercakap tentang fakta-fakta yang tersurat, dan menjelaskan siapakah Wahabi sebenarnya kepada penentang-penentang Wahabi, seolah-olah golongan yang menentang Wahabi tersebut tidak mengenali siapakah Wahabi yang mereka tentangi selama ini.

Ada di kalangan mereka yang mengetengahkan kebaikan-kebaikan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan kelayakkannya untuk bergelar mujaddid di zamannya, bagi menolak penentang-penentang Wahabi yang seolah-olah menentang suatu manusia yang sempurna, tiada kesilapan langsung.

Golongan ini, mencelah antara pertembungan anti-Wahabi dengan “Wahabi” seolah-olah ingin menjadi pendamai antara keduanya, padahal lebih mengelirukan mereka yang sedang keliru, termasuk diri mereka sendiri.

Bukankah dalam gambaran pertama tadi, kita sudah jelaskan, penentangan-penentangan mereka yang mengaku menentang Wahabi, sasaran mereka adalah “Wahabi” dalam istilah kefahaman mereka, iaitu mereka yang mendokong tiga sikap merosakkan masyarakat tersebut, yang mana mereka mengaku salafi atau wahabi dalam menyebarkan agenda mereka dan mempraktikkannya dalam masyarakat Islam.

Hakikatnya, penentangan terhadap golongan Wahabi tidak akan terhenti selagi mereka tidak meninggalkan tiga sikap yang memecahkan umat tersebut. Adapun semata-mata menisbahkan diri kepada salaf, atau menisbahkan diri kepada Syaikh Muhammad Abdul Wahab, bukanlah sasaran mereka yang mengaku menentang Wahabi selagi mereka tidak bersikap dengan tiga sikap berkenaan, yang menjadi sikap kebanyakkan yang mengaku pengikut Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab dan pengaku salafi di era moden ini. Tetapi, timbul persoalan, kenapa mereka yang menisbahkan diri kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab seoalah-olah terbahagi kepada dua, ada yang bersikap dengan tiga sikap pemusnah umat Islam tersebut, dan ada yang tidak bersikap dengan tiga sikap tersebut?

[1]Mafhum: Kefahaman tentang sesuatu.
[2] Istinbat: Pengalian atau pengeluaran hokum dari sumber-sumber Islam, seperti al-Qur’an, as-Sunnah, Ijma`, Qiyas dan sebagainya.
[3] Masalah yang mana, para ulama’ berijtihad mengenainya.
[4] Tajdid: Pembaharuan
[5] Islah: Pembersihan atau pemurnian dan pembaikpulihan
[6] Taqlid: Mengikut sesuatu Mazhab seseorang ulama’ Mujtahid dalam bidang fiqh.
[7] Ikhtilaf: Berselisih pendapat
[8] peribadi

Wallahu a'lam...
Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ar-Razi al-Azhari


Sekian dari
Abu Zahrah, Taman Seri Gombak
22 Dhulqaedah 1430/ 10 November 2009

Kalau saya maki Umno, kira agen Harun Taib lah ??? - Ali Bagan Pinang


Ketua Dewan Ulama' Pas Harun Taib kata,

"Kekuatan Melayu Islam bukan bergantung pada penyatuan dua parti politik, Pas dan Umno tetapi kekuatan Melayu Islam akan kukuh apabila Umno menyertai Pas..."

Misbahul Munir jangan kata aku fitnah Pesuruhjaya Pas Terengganu tu pulak, macam hang tuduh Si Ali fitnah ABC maki Tok Guru.

"ABC tak nafi, Misbah pula melebih..." Kah kah kah kah!

Kalau hang ketagih nak tuduh semua orang fitnah Pas pun, hang kene tuduh Sinar Harian Edisi KL-S'ngor sebab akhbar ni yang tulis sedemikian semalam.

Siap jadi frontpage lagi!

Oleh kerana Harun Taib ni orang besar dalam Pas, aku takut nak kata dia ni adalah pemimpin pro Umno yang dok berlakon wara' dalam Pas.

Aku takut ketua budak Pas, Si Nasruddin Tantawi ni tuduh aku ni Agen Umno.

Cukup-cukuplah Si Tantawi ini tuduh Aziz Bari yang begitu cerdik dan berprinsip.

Bagi aku, isu UG Pas nak gabung Umno ini senyap sementara saja. Selepas ini, kalau line clear, peluk balik Umno tu.

Sebab UG adalah ideologi. Sama seperti ideologi yang lain, Islamis, nasionalis, patriotisme, cauvinisme, mahathirisme dll.

Ada satu lagi isme aku lupa sebut, komunisme.

Tengok...adakah isme komunisme hilang walaupun komunis di Asia boleh kata dah xda negara secara jelas.

Sama juga dengan UG. UG tak hilang.

Arkitek Pas Mustafa Ali yang arahkan budak suruhannya, Hj. Hadi diam dulu isu UG Umno-Pas sekarang.

Dia kata kalau teruskan juga, habis kita semua kene londeh dek bloggers sial sekarang ini.

Mungkin sebab itu jugalah Mustafa suruh Harun Taib cakap mcm yang aku dedahkan di atas.

Agar, usaha membawa Pas berpeluk dengan Umno tak mati begitu saja sekarang ini.

Siapa nak maki Harun Taib, baik jangan...nanti orang kata kita ini Agen Umno.

Kalau maki Umno, takkan orang nak kata kita agen Si Harun ini pula? Peninnnngggggg!

Tak payah pikiaq panjang...baca kenyataan Harun di atas, buatlah sesuka hati hangpa!

Ahli Sunnah Wal Jamaah


By Dr. Mahathir Mohamad 



1. Saya baru-baru ini telah tulis sedikit dibawah tajuk "Hukum Allah" berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah samada benar ia adalah hukum Allah. Saya dikecam hebat oleh orang yang mungkin lebih terpelajar dalam agama. Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

2. Saya berdebar hati apabila membaca yang Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis ditangkap dan dibawa ke balai polis. Dia dilepas dengan ikat jamin polis.

3. Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Dr Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap. Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras.


4. Kemudian akhbar melaporkan kes terhadapnya belum pun disediakan. Apakah tidak ada "due process" dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja.

5. Teringat saya akan "Islam Hadhari" yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah? Jika Ya maka orang Islam di Malaysia hendaklah masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?

6. Selain dari itu saya juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik Dr Asri bahawa satu dari kesalahannya ialah beliau cuba berpandu kepada Al Quran dan Hadith dan tidak kepada ijma ulama ahli Sunnah wal jamaah.

7. Walaupun kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir. Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul.

8. Di negara kita ini pun terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun kita semua menerima ajaran ahli sunnah wal jamaah imam Shafii. Diantara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat.

9. Tentu jelas perbezaan pendapat tidak menjadikan seseorang itu sudah terkeluar dari arus perdana Islam sunni. Sudah tentu jika dikaji pendapat ulama yang mengikut ajaran sunni di negara-negara lain akan terdapat lebih banyak perbezaan.

10. Hanya kerana adanya perbezaan pendapat yang tidak besar tidak sepatutnya menyebab tuduhan bahawa seseorang itu sudah tidak lagi turut ajaran sunni. Apatah lagi perbezaan pendapat itu dialas dengan hujah-hujah yang berasas kepada Al Quran dan Hadith.

11. Semasa saya kecil lukisan rupa manusia dan binatang, penggunaan lampu letrik di dalam masjid dan kegunaan kereta bermotor untuk jenazah dilarang. Tetapi semuanya dianggap halal sekarang. Sekali lagi ajaran Islam dalam kaum sunni juga boleh berbeza dari satu masa ke satu masa.

12. Saya tidak nafi ajaran sesat ala Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat. Tetapi janganlah penguasa agama terlalu ghairah hendak haramkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam.

13. Jawapan kepada saya tentulah saya jahil berkenaan agama Islam dan tidak berhak bercakap berkenaan dengannya. Yang tidak akan dijawab ialah yang mana satu yang saya perkatakan ini adalah tidak berasas kepada kenyataan.

14. Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang.

Tiga Adun BN Selangor Tiada Locus Standi Untuk Saman SELCAT - Pengerusi



SHAH ALAM: Pengerusi sebuah jawatankuasa pilihan khas Selangor berkata hari ini tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) Barisan Nasional Selangor yang menyamannya tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.
Teng Chang Kim, pengerusi jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat), berkata adun itu bukan pihak yang terjejas dan tidak pernah dipanggil atau disoal oleh panel selcat tujuh anggota itu.
"Tiada kes langsung dalam hal ini. Tiga Adun itu bukan pihak yang terjejas dalam konteks ini. Bagaimana mereka boleh menyaman Selcat? Sekalipun jika mahu menyaman Selcat, mereka harus menyaman semua anggota dewan undangan negeri, termasuk diri mereka sendiri, kerana mereka tidak menimbulkan sebarang bantahan (semasa persidangan) bila Selcat dibentuk," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.
Adun Sungai Air Tawar Raja Datuk Ideris Raja Ahmad, Adun Morib Hasiman Sidom dan Adun Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun mengemukakan saman pemula terhadap Teng dan enam lagi anggota Selcat semalam bagi menentukan kesahihan jawatankuasa itu.
Tiga orang itu juga menamakan speaker DUN, setiausaha DUN dan kerajaan negeri Selangor dalam saman mereka.
Teng, speaker DUN Selangor, berkata Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan kesahihan sebarang prosiding dewan undangan tidak boleh ditimbulkan di mahkamah.
Selcat ditubuhkan, antara lain, untuk mengawal selia dan menyiasat keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan dalam semua perkara pentadbiran kerajaan negeri dan semua agensi, badanbadan berkanun, pihak berkuasa dan organisasi tempatan yang berkaitan dengan atau di bawah pentdbiran kerajaan negeri.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Teng, dan mempunyai sebagai anggota Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). BERNAMA

Dr Asri Belum Terima Sapina atau Arahan Untuk Hadir di Mahkamah ..!!!




PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata, beliau belum menerima sebarang surat atau sapina untuk hadir ke mahkamah berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Satu surat atau sapina pun tak dapat lagi. Ini bukan mahkamah zaman batu. Kita perlu ikut peraturan.
"Dulu waktu saya diarah pergi ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, saya terpaksa tunggu berjam-jam lamanya baru dia (pegawai JAIS) muncul," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di rumahnya di Mengkuang, Bukit Mertajam, petang Selasa.
Kata Dr Asi, beliau sudah pun melantik peguam Kamar Ainiah untuk mewakilinya.
"Tapi waktu ini, pertuduhan pun saya tak tau apa lagi. Jadi saya tak boleh nak ulas lanjut," katanya.
Bagaimanapun, bekas mufti yang terkenal dengan pemikiran tajdidnya berkata, beliau akan mengambil sikap tunggu dan lihat dalam isu berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop ketika dihubungi berkata, Dr Asri dijangka akan didakwa di mahkamah pada hari Jumaat ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Menurut Shahrom, pihaknya telah pun selesai menjalankan siasatan berhubung isu bekas mufti itu.
"Pihak kami (JAIS) telah pun selesai menjalankan siasatan, bagaimanapun kami sedang menunggu pihak pendakwa meneliti terlebih dahulu kertas siasatan sebelum membawa kes ini ke mahkamah.
"Kita jangka paling awal beliau (Dr Asri) akan didakwa mungkin hari Jumaat ini atau awal minggu depan. Semuanya terpulang kepada pihak pendakwa menentukannya," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetiknya sebagai berkata, bekas Mufti Perlis itu akan didakwa di Mahkamah Syariah Shah Alam esok (Rabu) atau lusa (Khamis).
Pada 1 November lalu, Dr Asri ditahan ketika sedang memberikan ceramah kepada kira-kira 300 orang di sebuah rumah dekat Ukay Heights, Ulu Klang.
Beliau ditahan sekumpulan penguatkuasa JAIS pada pukul 9.45 malam bersama sepasukan polis siap bersenjatakan pistol dan mesin gun automatik.
Bekas mufti itu, dibawa ke Balai Polis Hulu Klang, kira-kira dua jam selepas itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan keesokannya beliau diminta hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur sebelum dibebaskan dengan bon jaminan bagi membolehkan beliau dipanggil semula.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Shahrom berkata, Dr Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur terlebih dahulu sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam.
"Ia (untuk mendakwa) terletak di bawah bidang kuasa mahkamah (syariah) untuk memilih tarikh sesuai bagi kes ini. Pihak mahkamah juga ada prosedur-prosedur tertentu yang perlu diikuti, dan pihak kami menyerahkan kepada mereka untuk menentukkannya (tarikh sebenar pendakwaan).
"Apa yang dapat saya katakan pada ketika ini, kami (JAIS) mahu kes ini segera diselesaikan kerana ia telah menjadi perhatian umum," katanya.
Tegas beliau lagi, pihak pendakwa yang dilantik oleh JAIS pada ketika ini sedang berada di Kuantan, Pahang atas urusan kerja dan mereka dijangka melihat kertas siasatan tersebut selewat-lewatnya petang ini.
Shahrom berkata, Dr Asri akan didakwa mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar Agama Islam atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada JAIS.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.