Jumaat, 6 November 2009

PAS yakin menemukan titik pertemuan di seminar esok


Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, 6 Nov — Menjelang seminar memperkukuhkan parti, masih ada pihak yang terus membuat telahan kononnya hanya melalui Muktamar Khas (EGM) sahaja kemelut dalaman yang sedang melanda struktur organisasi parti PAS mampu diselesaikan.
Telahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu itu wujud dari tangan-tangan ghaib yang berhasrat sengaja ingin melaga-laga ataupun merosakkan parti itu.
Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar, yang menegaskan persoalan EGM tidak perlu lagi berbangkit kerana ia telah diputuskan secara jama’i di peringkat pusat.
Pun begitu, beliau tidak menolak sekiranya EGM merupakan satu keperluan pada masa akan datang.
“PAS akan mengambil sebarang tindakan secara berhemah serta munasabah dalam menyelesaikan setiap isu berbangkit demi pengukuhan parti,” beritahunya kepada The Malaysian Insider sewaktu dihubungi.
Beliau diminta mengulas telahan penganalisa politik yang mendakwa krisis dalaman parti itu tidak mampu diselesaikan melalui penganjuran seminar sebaliknya cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk mengadakan EGM adalah wajar dipertimbangkan.
Penganalisa politik berkenaan turut mendakwa PAS kini berpecah kepada dua kelompok iaitu kelompok ulama konservatif dan golongan ulama professional yang lebih liberal.
Sebelum ini Nik Aziz mencadangkan agar satu EGM diadakan bagi menyelesai kemelut melanda parti yang melibatkan dua tiga kerat pemimpin parti itu disifatkan Nik Aziz sebagai bermasalah.
Bagaimanapun Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat parti yang diadakan pada 28 Oktober lalu yang turut dihadiri Nik Aziz sendiri memutuskan untuk tidak mengadakan EGM, sebaliknya satu seminar pengukuhan parti akan diadakan.
Dalam perkembangan tersebut Nik Aziz sendiri juga berpuas hati dengan keputusan itu. Lalu seminar tersebuat dijadual akan diadakan pada 7 November ini, iaitu esok.
Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata masalah dalaman yang berlaku kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah perkara biasa boleh dianggap sebagai satu lumrah dalam mana-mana parti. Apa yang penting ialah kaedah bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa menjejaskan imej serta maruah parti.
“Itu yang penting dalam mencari titik pertemuan di akhirnya,” ujar Kamaruddin yang sentiasa berharap seminar yang bakal berlangsung esok akan menemukan titik pertemuan dimaksudkan.
Dengan itu, tomahan PAS kononnya sedang berada di ambang perpecahan oleh sesetengah pihak sekaligus meleset, dan tertutup.

Tidak lupa penganiayaan terhadap PAS

Azamin Amin

"...saya tidak akan lupa penganiayaan BN terhadap PAS."Suaranya begitu lantang. Khalayak yang memenuhi Masjid Taiping itu mendengarnya begitu tekun. Tanpa kecuali di penjuru sudut seorang anak kecil berusia 10 tahun yang berada di sisi ayahnya.
Sambil memegang kejap paha ayahnya, si kecil itu ternganga melihatkan kepetahan kata-kata lelaki yang berada di anjung tengah, tempat imam bersolat. Sesekali lelaki itu, yang berjubah putih dan mengenakan selempang merah di kepala mengerling dan merenung tajam, membuatkan si kecil tergamam seketika.
Pada firasat si kecil, sudah pastilah lelaki itu cukup hebat dan perkasa lagaknya, sehingga begitu ramai orang dan pengikutnya pada hari itu melimpahi ruang solat. Sungguhpun tidak begitu faham dengan butir-butir yang disampaikan, si kecil dapat mengagak pasti menarik kisah yang dilontarkan memandangkan, sebahagian besar para jemaah yang ketawa, tersenyum dan sesekali serius mengikuti tiap kata yang dilafazkan.
"Namanya ustaz Yazid Ja'affar," kata si ayah menjawab bisikan anaknya di telinga. Terngiang-ngiang si kecil itu mendengar ustaz itu bercerita dan menitipkan nasihat tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.
Kini, si kecil itu, sudah berada di halaman rumah tokoh dan penceramah yang cukup terkenal di pelusuk negara. Tidak disangka, dia akan menemubual Yazid setelah 24 tahun lalu, mendengar kuliahnya di kampung halaman.
Tiba-tiba lamunan saya terhenti, tatkala sebuah kereta Pesona muncul di depan pintu pagar. Tergamam dan kaget melihat susuk tubuh yang keluar dari kereta itu cukup tenang dan bersahaja, dan wajahnya mirip lelaki yang bersuara lantang suatu ketika dulu. Apatah lagi melihat dia yang memandu sendiri kereta walaupun sudah berusia 82 tahun!
"Mari kita sarapan dulu," sapa Ustaz Yazid kepada saya yang masih kaku. Kaku melihat, bekas tentera berpangkat Sarjan ini, masih bertenaga dan kuat. Mungkin latihan, displin dan asahannya di dalam Askar Melayu di Raja sekitar tahun 50 an, menjadikannya cukup bersemangat.
"Saya menyertai PAS pada tahun 1956, sebaik sahaja berhenti daripada Askar. Hati saya tertarik kerana dasar perjuangannya adalah Islam.
Petugas PAS dibunuh
"Pada saya tidak ada satu parti yang lebih baik daripada PAS. Walaupun PAS tidaklah sempurna sangat tetapi dialah satu-satu parti yang menegakkan dasar Islam di negara ini," kata Yazid memulakan bicara.
Kemudian beliau tertunduk, dan mengambil masa yang agak lama merenung tajam seolah-olah mengimbau kembali sejarah silam. "Sampai sekarang saya tidak akan lupakan penganiayaan yang dibuat oleh BN terhadap PAS. Lebih dasyat ialah tragedi yang mengorbankan nyawa petugas dan penyokong PAS," katanya.
ImageYazid, mengungkap kembali peristiwa pembunuhan Samad Gol, Tragedi Lubuk Merbau dan peristiwa Memali yang menyaksikan 14 nyawa terkorban.
"Di Lubuk Merbau, seorang petugas PAS yang sedang menampal poster parti di tetak dengan kapak dan mati terbunuh. Kisah-kisah kezaliman terhadap PAS ini tidak memungkin saya bersetuju untuk apa jua penggabungan atau kerjasama dengan BN," katanya tegas.
Kisah Lubuk Merbau pula seolah-olah mengulangi kejadian sewaktu kempen Pilihan raya di Bagan Pinang 7 Oktober di mana seorang petugas cedera parah, di belasah penyokong parti lawan. Yazid juga turut berada di sana sepanjang kempen, dan beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Port Dickson setiap hari.
Dengan ketegasan prinsipnya Yazid telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sewaktu PAS menyertai BN sebagai kerajaan campuran pada tahun 1974. Natijahnya, selepas itu, PAS ditendang keluar empat tahun kemudian.
Begitu juga sewaktu Yang Dipertua PAS Dato' Asri Muda menyertai Umno, Yazid tidak goncang dan goyah prinsip. Sungguhpun dahulu beliau dianggap anak emas Asri sehingga di gelar 'Bukhari' membawa maksud 'setiap yang Yazid katakan adalah datangnya daripada Asri', Yazid tidak ikut serta.
Anugerah tuhan
Beliau sentiasa mengekori Asri di pelusuk negara dan tempias pemidato hebat itu turut terkena kepada dirinya. Daripada tukang pikul bateri pembesar suara untuk Asri, Yazid berdikit-dikit memijak pentas ceramah.
"Kali pertama, saya menyampaikan ceramah sulung ialah di Pantai Baru, Kuala Lumpur dan semua ini adalah anugerah tuhan," katanya merendah diri ketika ditanya tentang petua kehebatannya berceramah.
Yazid mengakui beliau tidak sekali pun mendapat didikan formal dalam bidang agama, tetapi belajar melalui pembacaan dan mengkuti kuliah serta ceramah tokoh-tokoh yang terkenal waktu itu. Barangkali, cebisan pengalamannya sebagai guru Kawat sewaktu dalam tentera, banyak membantu melancarkan susur katanya ketika berceramah.
Kerana kehebatannya itu, sekitar tahun 80an, beliau menjelajah seluruh Amerika Syarikat selama 28 hari, menyampaikan ceramah yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Selain sambutan yang cukup menggalakkan, tidak kurang juga pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi Yazid ketika melontarkan hujahnya di kayalak ramai.Ada antaranya mengasah parang ketika beliau naik ke pentas seperti insiden di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan (dahulunya dikenali Telok Anson).
"Tengah berceramah, seorang penduduk mangasah parang sehingga berkilat di depan saya.
"Namun, untuk berundur tidak sekali," katanya yang tidak pernah takut dengan ugutan atau sebarang ancaman.
Menceritakan saat cemas etika di kepung empat penjuru oleh pihak parti lawan yang tidak senang beliau menyampaikan ceramah, sehingga mengancam nyawa, apabila salah seorang daripadanya mengacukan senapang untuk menembaknya.
"Mereka nak bunuh saya...tetapi dihalang oleh seorang Ustaz, yang terkenal dengan kependekarannya dan mujur tiba sepasukan empat buah trak polis mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya yang merujuk lokasi kejadian di Repek, Kelantan.
Lain pula halnya sewaktu Yazid sedang menampal poster parti dan ceramah di salah sebuah kampung di Parit Buntar, Perak apabila dikerumuni oleh sekumpulan penduduk di situ yang menasihatinya agar tidak berbuat demikian.
"Kata mereka, tak payahlah nak tampal poster di sini, kami di sini sudah kafir...." katanya kecewa dengan lafaz yang berlawanan akidah yang diucapkan mereka, hanya kerana berbeza fahaman politik.
Kini, kisah pahit maung perjuangannya itu disulam dengan ketenangan Yazid meniti hari-hari yang mendatang. Tidak pernah merasa bosan dan sentiasa terisi dengan jadual kuliah mengajar, Yazid masih kuat menyalurkan ilmu dan pengalaman kepada umat Islam setempat mahupun di luar kariahnya.
Berkat hasil usaha tidak jemu, membuahkan kejayaan yang cukup bermakna apabila mampu mendirikan sebuah rumah kebajikan di Keramat, Kuala Lumpur yang di beri nama "Al-Ikhwan" empat tahun lalu, yang berpegang kepada konsep 'persaudaraan'. Tidak kira Melayu Islam ataupun berbangsa Cina dan India, golongan miskin dan susah ini, akan dibantu jika memerlukan.
"Jika ada Cina dan India hidup melarat, kita akan bantu dan duduklah di sini," ujarnya dengan penuh ikhlas.
Al-Ikwan bantu Cina, India melarat
Al-Ikhwan ini pernah dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tahun lalu dan menempatkan orang-orang tua khususnya kaum wanita yang ingin mempelajari ilmu agama atau "Memondok". Selain itu, akhir tahun ini, bangunan empat tingkat ini akan menerima pula kemasukan pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim.
Menyediakan sejumlah 200 katil untuk penghuni dan ruang musolla yang boleh ditukar sebagai dewan kuliah, Al-Ikhwan yang diasaskan Yazid ini sentiasa dipenuhi dengan kaum Muslimat pada setiap pagi Ahad. Sebabnya kuliah tetap Yazid kepada kaum ibu dilakukan pada hari itu.
Disebalik banguna yang indah dan damai itu, Yazid menceritakan bagaimana asal penubuhan Al-Ikhwan yang baginya, terletak dibawah perancangan Allah semat-mata.
Katanya, semasa sering berkuliah dan merancang jadual kuliah untuk para ustaz di Kampung Baru, beliau telah menubuhkan satu Tabung bagi tujuan untuk memberi sumbangan kepada para ustaz yang mengajar dan Yazid telah menetapkan, jumlah bayaran setiap pencermah sekitar RM70.00 seorang.
Setelah puluhan tahun, beliau tidak menyangka jumlah dana yang terkumpul mencecah lebih RM200,000. Tanpa di duga, pada saat itu, seorang hamba Allah memberitahu, sebidang tanah di Keramat mahu dijual dengan harga RM240,000.00 dan tanpa berfikir lama, beliau bersetuju membelinya sekalgus tercetus idea untuk menubuhkan bangunan rumah kebajikan itu.
"Masa itu, saya kira di usia yang tua, apalah yang nak dibuat dengan duit yang banyak ini. Lebih saya buat rumah kebajikan untuk manfaat orang-orang miskin dan susah," katanya sambil menyua kedua-dua belah tapak tangan kepada saya, yang mula tidak faham.
Rupanya, beliau mahu menunjukkan 'jumlah' barang kemas dan gumpalan rantai emas orang ramai yang didermakan kepada tabung untuk tujuan kebajikan itu.
Katanya sesiapa yang mahu menghuni dan mampu, bayaran yang dikenakan adalah antara RM150 ke RM300 sebulan untuk tujuan makanan sahaja, namun bagi yang tidak berupaya dan susah, Al-Ikhwan bersedia menanggung segalanya secara percuma
Saya sempat mengungkit kembali peristiwa, cucu beliau yang cedera dipijak anggota keselamatan sewaktu demonstrasi Bersih, 10 November 2007 yang lalu sehinggqa tempurung lututnya hancur.
"Dia sihat tetapi kalau solat, atas kerusi. Lututnya dah rosak," katanya dengan wajah yang kelam.
Lantas, saya cuba menduga libasan cebisan soalan yang menghiris hati, dengan niat menguji. Saya katakan bahawa sesiapa yang menyertai perjuangan Islam termasuk PAS, sentiasa diasak teruk dan akan menghadapi serba pahit kepayahan.
"Kita masuk PAS bukan untuk senang tetapi untuk perjuangkan Islam. Jika kita susah sekarang, kita akan senang di akhirat.
"Dalam mempertahankan Islam, ada yang mati dan kita mahu mati seperti mati syahid!" kata Yazid laksana panglima Islam di medan tempur.
Akhirnya dugaan soalan, saya terpancung diri sendiri dengan hunusan jawapan Yazid yang bersahaja membuatkan saya malu tiba-tiba. Tanpa banyak cerita, saya mohon tips dan petua menjadi suara yang lancar tutur kata di khalayak ramai.
"Sebenarnya terletak kepada taufik dan hidayah Allah nak berikan. Ada orang mengaji di Mesir selama 10 tahun, tetapi tidak mampu berceramah...ini semua adalah kuasa Tuhan yang mengizinkan," katanya tenang dan merupakan penulis buku "Mengingati Mati" dan "Anak Yang Soleh".
Bukan untuk menang tetapi kebenaran
Sebelum sempat mengakhiri perbualan ustaz Yazid Ja'afar memberitahu bahawa beliau pernah menyarakan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang beberapa tahun lalu untuk memperkuatkan parti dengan mengadakan tarbiyah dan muhasabah diri kepada ahli-ahli parti.
"Jangan banyak berceramah ke luar tetapi banyakkan di dalam," katanya ketika Ustaz Hadi yang menziarahinya tahun 1990, kerana terlantar akibat kemalangan jalan raya.
Bagi Yazid, ahli-ahli PAS dan pejuang Islam perlu memperkuatkan pendirian dan matlamat. supaya tidak goyah sekalipun diancam badai gelombang mendatang.
Beliau yang bergelar Dato', mempunyai 8 anak, 27 cucu dan 6 cicit ini sempat membariskan mutiara kata buat pendokong perjuangan Islam.
"Mudah-mudahan kita berjuang di dalam PAS bukan untuk kemenangan tetapi kebenaran.
"Jika kita menang, bersyukur kita berjaya di dunia dan akhirat. Dan jika kita kalah, kita tetap akan mendapat pahala dan ditempatkan di syurga.
"Sesungguhnya perjuangan Islam ini, kita tidak pernah rugi...," katanya sambil menghulurkan salam perpisahan kepada saya yang sudah memasang cita-cita menjadi 'Panglima' sehebat beliau.

Harus hati-hati tetapi jangan sampai terlalu bimbang ...



Ahmad Lutfi Othman

MEMPERSIAPKAN segala persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan semestinya bermula dari sekarang, dengan andaian ia tidak semudah Mac 2008, rasanya diterima semua pihak.

Malah ada yang membayangkan kemungkinan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada biasa, sebaik saja melepasi tempoh tiga tahun pertama sekiranya Najib Razak merasakan suasana dan persekitaran politik lebih memihak BN dan menyerkup Pakatan Rakyat.
Dalam situasi dan posisi Pakatan dilihat agak sukar, persiapan seharusnya lebih rapi dan sistematik, didahului kajian mendalam di lapangan, dan mengambil kira segala sumber kekuatan dan punca kelemahan.
Harus diingat, mood pengundi bukan dibentuk sekelip mata. Ia dibina, diperkukuh dan disuburkan melalui faktor sekeliling, juga sentimen serta 'gelombang' semasa, dan pastinya prestasi dan track record setiap calon atau parti yang bertanding.
Setiap pihak berpeluang untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya, biarpun ruang demokrasi sengaja disempitkan. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat yang semakin cerdik-pintar berpolitik,
Justeru, aktivis Pakatan tidak harus pesimis atau terlalu bimbang - walaupun tetap bersikap waspada dan hati-hati - dengan jangkaan bahawa rakyat akan kembali menyokong BN, selaras dengan hiruk-pikuk kononnya berlaku perubahan dalam Umno dan parti-parti komponen lain.
Teori pendulum bukan kemestian, ia sekadar mahu merumuskan fenomena terdahulu, itu pun jauh dari kesempurnaan, sedangkan kini masyarakat sudah berubah dan semakin bijak menilai.
Kemenangan mudah BN tanpa dicabar sudah berakhir 10 tahun lalu, dan mungkin tidak berulang lagi, termasuk kepada apa jua parti pemerintah selepas ini. Pengundi menghayati konsep mereka sebagai raja dan tidak melepaskan peluang bagi menghukum siapa jua yang alpa.
Rakyat juga seperti sudah memahami manfaat kebaikan sistem dua parti (biarpun ia belum terlaksana sepenuhnya), dan dijangka mereka akan memberikan peranan lebih besar buat pembangkang, tidak kira di Dun mahupun Parlimen.
Semakin sengit parti-parti bersaing meraih sokongan dan berusaha menabur bakti sehebat mungkin, keuntungan akhirnya buat rakyat jua.
"Bagi saya mudah saja," kata seorang pensyarah sains kemanusiaan di sebuah IPTA bagi meredakan kerisauan saya dan menyangkal dakwaan PAS mungkin hilang sokongan dalam PRU13, "wakil rakyat Pakatan, khususnya PAS, mesti tunjuk teladan unggul, rajin menjenguk kawasan, kerap berdialog dengan masyarakat, selesaikan segera isu berbangkit terutama berkaitan kemudahan awam, tidak menumpukkan kekayaan peribadi, mudah didampingi, proaktif, memeriahkan kegiatan surau-masjid dan tidak bertangguh menangani masalah. Rakyat memerhatikan kita, dan tentunya tidak mudah termakan propaganda murahan jika kita sentiasa bergerak cergas bersama mereka, bukannya terpencil dalam kelompok elit." (Memang ungkapannya nampak mudah tapi tidak semestinya mudah untuk dilaksanakan terutama bagi mereka yang hanya mahu meraih keuntungan peribadi).
Tambahnya lagi, "Dan di negeri Pakatan, buktikan kita lebih bersih daripada negeri lain di bawah BN, sekurang-kurangnya lampu jalan menyala terang, jalan berlopak diturap cepat dan cantik, sampah diangkut ikut jadual, longkang tidak tersumbat, kawasan permainan terjaga. Jangan remehkan aspek-aspek itu."
Dan, serentak dengan itu, ujar pensyarah berkenaan lagi, Pakatan akan lebih dipercayai, diakui tidak khianati amanah, sebaliknya berlaku adil, benci rasuah, membela orang susah dan memiliki sifat-sifat luhur lain. Oleh itu, katanya, usah risau sangat kita akan kalah sekiranya sudah cukup amal bakti kita kepada rakyat.
Dalam pada itu, surat dari Mohd Noor Jamil, Sg Siput (U) Perak kepada saya mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tolong tonjolkan imej positif, tunjukkan persefahaman dan kerjasama erat kepada rakyat. Tolong buang sifat ego dan merasakan diri lebih baik daripada pihak lain. Dan tolong bantu rakyat dengan lebih berkesan, terutama di negeri Pakatan. Misalnya dari segi pemilikan aset, masih ramai rakyat hidup menumpang terutama di luar bandar dan estet. Usahakan pemberian tapak-tapak rumah jika tidak mampu menyediakan rumah ..."
Terselit juga SMS tanpa penama di telefon bimbit saya: "Antara aktor besar 2008 adalah Mahathir, kini beliau tak bersama kita lagi. Umno juga akan pastikan Anwar tidak berada di medan dalam PRU13 nanti. Bersedialah ..."
II.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu Harakah berperanan secara lebih berkesan bagi menepis dan menangkis tohmahan Umno-BN bahawa Pakatan Rakyat dan PAS mengetepikan, atau meminggirkan, Islam dan Melayu dalam pemerintahan dan perjuangannya.
Umum mengetahui bagaimana hebatnya Umno mencanangkan - dengan mengemukakan 'fakta' palsu berkaitan kerajaan Pakatan di Perak dan Selangor - komitmen Islam PAS makin cair dalam usaha mengambil hati pemimpin DAP dan KeADILan. Dikhuatiri jarum halus Umno itu berjaya membuatkan pengundi Melayu hilang pertimbangan.
"Umno," kata Idris, "menegaskan Islam dan Melayu akan tergugat jika kuasa mereka hilang. Bagi mereka PAS-Pakatan tidak boleh melindungi Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya, berdasarkan fakta, pemimpin Umnolah yang mengkhianati Islam dan Melayu. Lihat bagaimana Umno merobohkan masjid di Bujal, Kemaman. Kemudian menutup Surau Jubli Perak di Bangi, menutup surau di Seksyen Lapan dua mingggu sebelum Ramadan 2007 dan merobohkan surau di Kampung Berembang. Timbalan Presiden Umno kini, ketika itu Menteri Besar Johor mengubah cuti hujung minggu daripada Jumaat kepada Ahad, tapi sekarang masuk kampung menuduh PAS-Pakatan mengkhianati agama Islam."
Insya-Allah, secara bersiri Harakah bukan saja berusaha menyanggah tohmahan jahat itu, malah cuba menonjolkan 'jenayah' Umno terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, selama lebih 50 tahun memerintah. Sikap hipokrasi Umno, yang cuba berlagak sebagai juara agama, pembela bangsa dan pendokong raja mesti didedahkan secara meluas.
Banyak fatwa yang diputuskan mufti, seperti larangan bertafakur dan meletakkan kalung bunga di Tugu Negara serta peraturan Jakim tentang panduan hiburan diketepikan begitu saja. Pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kesalahan berganda itu, dan bukannya menyorok di sebalik lalang dengan memainkan sentimen dan emosi perkauman yang cukup berbahaya.
III.
Polis berkeliaran di sekitar 'zon perang' sidang Dun Perak, 28 Oktober lalu. Jumlahnya cukup ramai. Speaker V Sivakumar diperlakukan lebih kejam berbanding insiden 7 Mei lalu; kali ini jubah dan songkoknya dirampas, selain perutnya dihentak dan lehernya dicekik. Ganas dan memalukan.
Adun Pakatan terpaksa melalui lima sekatan. Helah agar tidak dapat sampai sebelum jam 10 pagi. Bajet negeri Perak 2010 diluluskan secara tergesa-gesa, paling singkat dalam sejarah.
Aksi BN yang kemaruk kuasa itu belum berakhir. Begitu juga dengan usaha membubarkan Dun. Lebih penting, rakyat harus mendapat maklumat benar dan faham realiti termasuk dari sudut perundangan. Jaringan informasi harus lebih efisyen.
Dan usah lupa, sentimen kaum cukup marak dalam pergolakan politik Perak. Nizar dan teman-teman harus mengharunginya dengan tabah, bijaksana dan berbekalkan stamina panjang.
Aktivis Pakatan mesti lebih bersiap siaga. "Saya takut jika Dun betul-betul dibubarkan nanti, momentum kita sudah luntur," bisik seorang wartawan sambilan di Ipoh.

Aziz Bari biadab, mahu guling Presiden PAS — Nasrudin Hassan Tantawi


NOV 6 — Dr Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama Malaysiakini.
Semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok.
Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.
Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya. Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi, apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS.
Sebagai tokoh akademi, beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan. Bukan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh. PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik (dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS), tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai.
Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah ejen Umno sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro Umno.
Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum?
Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang ejen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak. Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan.
Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan-kenyataan beliau. Saya berlapang dada. Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan. Alhamdulillah, perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan-tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik. Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan. PAS, pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah.
Tetapi beliau masih tidak berpuas hati. Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah. Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang beliau mahu?
Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti, mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak. Akhirnya beliau (Dr. Aziz Bari) dan puak-puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya.
Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini. Tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS. Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak-puaknya.
Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS. Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label. Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya.
Saya menyesal kerana hampir-hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau. Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka. Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadir berseminar nanti. Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS, beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum?
Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri, beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS. Realiti itu tiada masalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut. Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan, beliau mestilah tampil dengan hujah dan bukti yang kukuh.
Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah.
Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok, Dr Aziz Bari dapat hadir dan kemukakan hujjah serta bukti-bukti kukuh beliau. PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau.
Kelak, jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak-puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu, pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh ejen-ejen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah. Sebaliknya, jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan, PAS janganlah teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prinsip perjuangan dan polisi parti. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak. Kerana apabila PAS teguh dan bersatu, maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda-agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini. Marilah kita cantumkan semula pecahan-pecahan hati dan rasa dikalangan kita, agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah. Biarlah orang lain bercakap, mengkritik, menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh ejen musuh.
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS

Kalau Ada Plihanraya Mengejut, MB PAS yang TInggal Hanya MB Kelate.


Itu adalah analisa yang diberi kepada saya oleh salah seorang pemerhati politik Malaysia dari luar negara yang terkenal juga. Tapi saya tidak mahu menyebut nama beliau dan beliau bukan Dr Aziz Bari kerana Dr Aziz Bari tidak kenal pun saya. Tapi cukup saya katakana nama beliau terkenal dan beliau ada kredibiliti untuk memberi komen ke atas situasi politik di Malaysia.

Hasil dari angkara Fraksi UMNO, imej dan persepsi terhadap PAS semakin menjunam di kalangan pengundi CIna dan India. Kenyataan2 “orang itu” semakin menghakis sokongan kepada PAS di kalangan orang Cina dan India.

KEDAH
Di Kedah, analisa yang saya buat di atas keputusan Pilihanraya 2008, menunjukkan bahawa undi orang Melayu terbahagi kepada dua di antara PAS dan UMNO. Ertinya, pada 2008 sekalipun dari 10 pengundi Melayu, 5 orang telah mengundi PAS/Pakatan.
Ertinya kemenangan PAS di Kedah adalah disebabkan oleh pengundi Bukan Melayu dan Bukan Islam yang telah pergi kepada Pakatan Rakyat dengan banyak sekali. DIanggarkan 70% pengundi India dan 65% pengundi Cina di Kedah telah mengundi PAS dan PR pada 2008.

Kebelakangan ini diberitahu bahawa popularity MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semakin menaik di kalangan orang Melayu dan Islam di Kedah. Namun, sejauh mana tinggi popularity Ustaz Azizan, jumlah pengundi Melayu yang akan beralih kepada PAS tidak akan melebihi 60%. Dengan 60% Melayu tidak berkemungkinan kepada PAS untuk mendapat kerusi yang cukup untuk memerintah Kedah.

PAS masih perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% undi Cina dan India di samping kenaikan undi Melayu dari 50% ke 55% untuk menawan kembali Kedah. Namun, imej PAS yang begitu buruk sekarang ini hasil angkara “kumpulan itu” serta “orang itu”, tidak memungkinkan PAS mendapat lebih dari 40% undi India dan Cina di Kedah.

PERAK

Sejak dari asal pun kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat adalah tipis berbanding dengan Barisan Najis. Yang memungkinkan PR memerintah Perak pun adalah disebabkan “banjir” pengundi India dan Cina kepada PAkatan Rakyat begitu luar biasa sekali.
Ditambah dengan “bank” pengundi Melayu Barisan Alternatif yang berada pada tahap minima 40%, maka jatuhlah kerajaan Barisan Nasional di Perak buat pertama kalinya dalam PRU 2008.

Namun, dengan perkembangan negatif yang berlaku sekarang ini angkara “orang itu” maka Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat mengekalkan tahap sokongan pengundi India dan Cina, terutama sekali pengundi India yang sedang menghadapi dilemma akibat beberapa pemimpin Hindraf telah berjaya dibeli BN.

Faktor ini juga mungkin telah memprovokasi YB Nizar untuk memarahi “orang itu” dalam mesyuarat Khas baru-baru ini. “Orang itu” membalas, “bukan dia sahaja yang mintak tapi Dr. ***** *** pun mintak sama”. YB Nizar sedar bahawa peluang PR untuk memerintah Perak AMAT terjejas dengan tingkahlaku sumbang “orang itu”.
Dari sudut positifnya pula, imej PAS di Perak adalah lebih baik dari negeri lain kerana faktor Nizar. Cumanya, angkara fraksi UMNO, Nizar telah dihalang untuk menjadi PJ Negeri Perak. Saya tidak kata PJ sekarang ni jahat atau fraksi UMNO atau jahat, tapi rakyat Perak tidak mengenali PJ sekarang ini berbanding Nizar. Jadi, kiranya PAS melantik Nizar sebagai PJ maka pengiktirafan PAS Pusat terhadap Nizar akan menambah lagi saham PAS di kalangan pengundi bukan Melayu dan juga Melayu/Islam.

(Minta maaf pada PJ Perak yang ada sekarang. Saya tidak sekali-kali mengatakan tuan tidak layak ataupun tidak baik. Cumanya dari segi persepsi umum, Nizar lebih layak kerana beliau lebih dikenali dan lebih popular).

Saya nak bagitau, saya tau siapa yang calonkan PJ sekarang semata-mata mahu menghalang Nizar dari jadi PJ. Perlantikan PJ2 baru2 ni pun pasal nak menguatkan pegangan kuasa Fraksi UMNO ke atas perwakilan2 PAS. Itu sahaja.

KELANTAN

Inshaalah tenang. Namun, faktor Wang Ehsan ni WAJIBBBBB PAS Kelantan ambil serious. Ia jangan mudah ditolak ke tepi ataupun dipandang remeh.
PAS Terengganu dahulu pandang remeh terhadap Wang Ehsan dan akhirnya PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi pada 2004. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Imej Tok Guru “intact” tapi perlu digerakkan jentera parti dan PAS Kelantan dengan kadar segera

Perlu yang amat sangat supaya ditendang keluar anasir2 UMNO yang ada dalam PAS Kelantan sekarang dengan kadar segera. Terutamanya mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan sulit dengan wakil Najib sebelum Najib bertemu Tok Guru pada bulan Ogos lepas.

Mereka cuba memasang perangkap ke atas Tok Guru namun perangkap mereka tidak menjadi. Mereka2 yang telah terlibat ini HARUS DIKORBANKAN.

TERENGGANU
Baik toksah kempen kat Terengganu. Pi Kedah lagi baik. PJ dia sendiri pun kena booo dengan penyokong sendiri. Macamana nak dapat sokongan orang atas pagar? Letih je kempen nanti. Rugi je duit korang derma kat sana. Kalau nak tolong pun tengok Kawasan. Kalau mcm Dungun tu OK sebab Ustaz Wang Hassang tu orang baik dan terpuji sampai orang UMNO pun sayang kat dia.

Padahal UMNO Terengganu tu berpecah dua dan amat lemah. Senang je kalau nak makan, tapi masing-masing keras kepala. Bila orang buat survey, disalahkan orang buat survey, bukan nak analisa keputusan survey.

Sebab apa? Sebab survey tu kata “Kain2 Buruk” tu semua kena buang dan ganti dengan “Kain Baru” kalau nak menang. Melenting sekor-sekor bila saya bagitau benda ni kat diorang ( saya tak gunalah perkataan Kain Buruk dan Kain Baru).

Saya bagitau diorang sebab saya nak tengok PAS menang kat Terengganu. Diorang pegi tuduh saya agen pada orang X. Diorang tuduh orang X ni membayar kompeni survey tu untuk membawa analisa2 yang palsu untuk menaikkan nama orang X. Mereka tuduh kompeni survey tu sebenarnya memberi maklumat palsu supaya “orang X” dapat naik jadi MB. Begitu busuknya orang2 yang dikatakan cukup tarbiyyah dan cukup “tsiqah” ni. Mulut diorang lebih jahat dari Firaun.

Lepas tu diorang buat survey sendiri kata “Kain2 Buruk” tu semua masih laku dan hebat untuk menyanggah survey yang saya laporkan itu. Sampai tahap tu sekali dajal diorang ni. Tak pikir parti langsung. Asyik pikir perut sendiri (dan bawah perut). PAS tu “second priority”. Kesian kat ahli2 PAS yang bawah2 tu yang 100% ikhlas berlawan dengan polis dan SB untuk halang pengundi hantu. Tabik kat ahli2 PAS Terengganu ni semua. Berani dan komited pada perjuangan islam. Tapi nak buat macamana, wala’ punya pasal, negeri tergadai.

Last2 pada 2008 semuanya tersunggkur menyembah bumi, lagi sekali. Buat fitnah kat saya, Allah SWT bayar balik “cash”. Saya tak maaf sampai akhirat. Tolak maklumat saya bagi, last2 kalah menonggeng. Tapi, lepas kalah terus bawak fitnah lagi kat saya tu. Dah kalah pun tak nak insaf.

Sekarang ni, lantak kau la. Kau nak menang ke nak kalah ke saya tak ambik pusing. Masa depan Kaabah dulu pun, tak terkeluar dari mulut saya mintak Allah menangkan diorang ni kat Terengganu. Kalau menang pun jadi fitnah, nak buat apa?
Lebih baik ahli2 PAS Terengganu yang ikhlas2 tu daftar kat Perak bagi Nizar menang. Ramai2 daftar kat Perak dan bagi PAS Perak menang.

Baru ni diorang buat ijtimak. Cukup hebat. Dekat 3000 orang datang Ijtimak. Saya pun baca la laporan Ijtimak tu. Laaaaaa, benda yang dipersetujui dan dipakati, benda tu saya dah baca 10 tahun lepas. Idea lama dikitar semula.

Saya tanya la, korang nak menang, takkan takda langsung usul untuk merapatkan diri dengan pengundi, memahami pengundi, memberi apa yang pengundi mahu selagi tidak berlawanan dengan syariat? Jawapnya takda. Cumanya kita nak dakwah, nak tarbiyyah.

Saya balas balik, kalau korang tak paham pengundi nak dakwah macamana? Pengundi tu lah “target dakwah”. Kalau tak faham macam mana “target dakwah” berfikir, macam mana nak sampaikan dakwah dengan efektif. Korang nak sampai dakwah pada sapa? Pada monyet dekat Empangan Kenyir? Monyet bukan manusia, macamana nak dakwah kat diorang.

Esok nanti aktivti2 yang akan dianjurkan adalah aktiviti2 syok sendiri. Balik2 penyokong dengan ahli sendiri yang hadir. Yang atas pagar dengan lemah UMNO tak nak datang. Waktu PAS memerintah pun banyak aktiviti2 syok sendiri. Tu yang kalah.
Persoalan cita rasa pengundi ni sengaja tak bincang dalam Ijtimak sebab isu ni sensitif. Kalau dibuat kajian sekali lagi, keputusannya tetap sama, yakni, kena buang kain buruk ganti kain baru. Tu yang langsung tak nak bincang dalam ijtimak pasal pengundi dan kitar balik idea lama.

Sebagai penutup, kalau tak buang pekung2 ni dari PAS, alamat baliklah kita zaman 2004. Mereka ni dah kalah, mereka “hijack” PAS Pusat untuk mengekspot kekalahan mereka ke seluruh Malaysia. Alamat nanti tinggalkan kita dengan Kelantan sahaja.

Tulang Besi

ps Kita mungkin dapat Perlis la kot sebab sekarang ni pun, persepsi rakyat Perlis adalah wakil2 PAS adalah backbencher dan Ketua Pembangkang adalah Shahidan Kassim. Ada ka Shahidan pegi bantai Mat Isa Sabu, wakil PAS pegi pertahan Mat Isa? Sedangkan orang kata Mat Isa ni kem Radzi, dan Radzi ni terlibat dalam trajedi Memali. Ini semua persepsi la, yang saya laporkan ni pasal Perlis.

Di Singapore baru ni, Cikgu Pa kata dia memang pro Pakatan, tapi takda benda baik pun dia sebut pasal PKR.

Dr Asri akan kemuka saman, kesal sikap PGSM


Nafi ada perjanjian tidak bercakap kepada media
Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis kesal dengan keputusan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), untuk terus mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepadanya.
Malah beliau juga kecewa kerana Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.
Oleh itu Mohd Asri berkata, beliau akan tetap meneruskan pendiriannya sebelum ini untuk mengheret PGSM ke mahkamah kerana mendakwa kandungan memorandum berkenaan mengandungi unsur fitnah.
"Saya kini sedang menunggu nasihat guaman berhubung perkara ini.
"Barisan peguam sedang berbincang dan meneliti beberapa perkara, kita akan berusaha untuk memulakan proses ini secepat mungkin," katanya kepada mSatar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian terbaru PGSM hari ini yang enggan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.
Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.
Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.
Bagaimanapun Mohd Asri berkata, isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh Mohamad Isa kerana menurutnya tidak wujud sebarang perjanjian seumpama itu dalam pertemuan semalam.
"Tidak timbul soal mungkir janji kerana tidak ada (perjanjian), sebaliknya mereka yang diminta memaklumkan kepada media.
"Selain itu, yang mula bercakap kepada media ialah menteri," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Mohd Asri yang juga pensyarah universiti Sains Malaysia (USM) berkata, beliau ada menerima beberapa panggilan daripada ahli PGSM yang menyatakan pendirian mereka terhadapnya.
"Ramai ahli-ahli PGSM menghubungi melahirkan kekesalan di atas tindakan pemimpin mereka.
"Saya minta supaya rakyat dapat menilai sikap mereka ini malah saya juga sedar bukan semua peguam syarie begitu kerana hanya beberapa kerat saja," katanya.

Tidak wajar cerai isteri kerana lompat parti..!!! Kan dah berbunyi puak penyokong lompat parti dari UMNO@BN....??? tak sempat jauh mereka dah mainkan isu ni..!!!



Tidak wajar mengaitkan lafaz cerai dengan melompat parti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata hal berkaitan penceraian bukan perkara main-main kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa dan boleh dianggap satu penganiayaan serta zalim.

"Saya nasihatkan pihak yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu untuk ambil perhatian, dibimbangi perkara berkenaan akan jadi satu bahan permainan oleh masyarakat pula nanti," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini yang melaporkan wakil rakyat PAS dikatakan telah mengangkat sumpah akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga jika berhasrat melompat parti sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71, Jamil Khir berkata cadangan memasukkan lafaz taklik sekiranya suami ingin berpoligami tidak perlu dilaksanakan.

Berdasarkan perkara itu, katanya, sudah tentu penggunaan taklik tidak sesuai digunakan dalam urusan berkaitan lompat atau keluar parti yang merupakan alasan paling longggar, tidak relevan dan munasabah. BERNAMA

Apakah Azalina Wanita Terkaya Di 1Malaysia..?

Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana gambar dibawah ini boleh mencerita seribu bahasa, gambar-gambar ini di ambil di ruang letak kereta di rumah Azalina , bukan saya yang ambil , saya menerima e-mail dari seseorang dan meminta saya menyiarkan gambar ini.

Saya tahu gambar kereta ini adalah koleksi Azalina. Porche, Mercedes, Smart Car, Land Rover, Alphard dan banyak lagi yang entah disimpan tak tahu di mana. Di Pengerang juga ada lagi dalam simpanan. Mana datang wang untuk membeli kereta ini..?

Untuk anda membuat penilaian dan memikirkannya.

Bayangkan betapa susah atelit kita mahu berlatih kerana tidak cukup kewangan, betapa susahnya kita membayar cukai dan yang paling hinanya ialah wang yang digunakan untuk semua kemewahan ini pasti adalah wang rakyat.

Bukan kami menipu, Anda pernah tengok nombor pendaftaran WLV 3 ketika Azalina menjadi menteri di KBS dan Pelancongan. Ini nombor kereta rasminya.

Ini sebahagian dari duit yang digunakan untuk beli kereta, untuk joli , hadiah kekasih dll.Fikirkanlah tidak sampai dua penggal menjadi menteri , habis duit MSN , Habis duit kem pelancongan. Nasib baik tidak disenaraikan lagi.

Nanti kita dedahkan pembaziran duit rakyat lagi. Dahsyat kan...??? habis duit rakyat, Kira sajalah berapa kos kesemuanya. Belum lagi yang dia joli untuk kereta yang dia beli untuk janda pensyarah Uitm itu dll.

Wahai penduduk Pengerang , inilah wakil Parlimen kamu, kamu bersyukur kerana dapat ahli Parlimen terkaya. Mungkin kereta ini tidak menggunakan nama Azalina, tapi sendiri fahamlah. Lepas ini kita siarkan gambar senarai rumah Azalina. Apakah dia wanita terkaya di Malaysia..?

DIA KATA -
  • "I TIDAK ROMPAK DUIT RAKYAT...!!!, I TIDAK TIPU MELAYU...!!!".
MANA DATANG DUIT INI, INI DUIT SEBAHAGIAN MELAYU..! INI DUIT RAKYAT..! KENAPA GUNA UNTUK KEMEWAHAN DIRI..?

KAMI BUKAN BODOH LAH AZALINA, KAMI BUKAN PAK ANGGUK...!!!

Konvensyen Blogger PAS 2009 satu perangkap? Cenangau

Sumber image : Xenanhu

Di bawah ni aku salin petikan dari blog Aduka Taruna dengan sikit ubahsuai

Perangkap Konvensyen Blogger PAS 2009

Ramai ahli PAS mengambil kesempatan dengan dunia blog bagi meluahkan perasaan. Mereka tidak perlu memberi identiti. uma, disman, mikhail16 antara contoh ahli PAS yang bersuara menggunakan blog.

Sunnah menetapkan orang cerdik lebih cerdik tidak boleh dipimpin oleh orang bodoh kurang cerdik. Dan dalam kelompok majoriti bodoh kurang cerdik, sudah pastilah orang2 bodoh kurang cerdik yang dipilih mereka. Ini konsep demokrasi. PAS tidak guna kaedah setulen nabi.

Bila ini berlaku, sebahagian kecil golongan cerdik yang rasa depa lebih cerdik akan memberontak. Adalah mustahil fitrah manusia cerdik lebih cerdik dipimpin oleh manusia bodoh kurang cerdik dan manusia lembab. Allah sudah menetapkan begitu. Namun, untuk memberontak semborono tidak boleh kerana terikat dalam perjanjian jemaah.

Semua ini ibarat air yang terkepung. Dan air yang semakin terkepung tadi akan mula meneroka struktur lemah dan rendah untuk melepaskan tekanan. Dan alam blog adalah trend atau fenomena terbaru mengenai ini.

Ramai mereka yang cerdik lebih cerdik meluahkan pendapat, tekanan dipimpin manusia bangang, secara merahsiakan identiti. Dan orang bangang kurang cerdik terdesak tersepit dengan keadaan ini. Hasil pandangan orang cerdik lebih cerdik yang diupah orang bangang kurang cerdik itu, maka lahirlah satu program Konvesyen Blogger PAS 2009.

Sasarannya terbahagi kepada 3.

1. Blogger terkenal PAS yang mendedahkan identiti mereka. (contoh Penarik Beca, Cenangau, etc)

2. Blogger terkenal PAS yang menyembunyikan identiti mereka. (Manjung Mari, C++, etc)

3. Blogger2 PAS baru.

Apabila kesemua blogger terkenal PAS dedah identiti hadir konvensyen tersebut, kemungkinan besar di akhir program tersebut, mereka terpaksa mengangkat ikrar terbaru atau bai'ah terbaru. Bertujuan mengurangkan serangan kepada pemimpin2 bodoh yang depa rasa kurang cerdik dan lembab. Keadaan sangat terdesak. Sedangkan kesemua blog ahli PAS yang membelasah pemimpin stupid yang depa rasa kurang cerdik berhenti secara automatik setiap kali menjelang pilihanraya sebagai keutamaan yang utama.

Apabila kesemua blogger terkenal PAS sembunyi identiti hadir konvensyen tersebut, maka, maklumat identiti mereka juga tidak lagi rahsia. Jika golongan ini menukar blog mereka, mereka terpaksa bermula dari bawah. Bermula dari tidak dikenali.

Blogger2 PAS yang baru juga perlu disekat menjadi pengikut kepada blogger2 PAS yang ternama. Mereka perlu dibrain wash, diserahkan identiti mereka. Lihat sahaja senarai followers blgger seperti Penarik Beca yang mencecah hampir 600. Berapa jumlah kategori student, blogger baru di dalamnya?

Penarik Beca sahaja bisa menggerakkan 600 media baru mengikuti pandangan dan fikrahnya. Katakan dari 600, 300 bersetuju dalam satu2 pandangan. Dan dari 300 pecah lagi kepada pengaruh mereka sendiri. Jika student, pengaruh mereka sesama student. Jika Unit AMal, pengaruh mereka sesama Unit Amal.

Semua ini adalah satu kuasa rakyat golongan cerdik yang rasa depa lebih cerdik yang bertembung secara fitrah dengan manusia golongan bodoh kurang cerdik. Peraturan alam menetapkan mustahil golongan cerdik lebih cerdik membiarkan diri diperintah oleh golongan bodoh kurang cerdik, walaupun bersetuju dengan sistem majoriti bodoh kurang cerdik berkuasa melantik orang bodoh kurang cerdik sebagai pemimpin (demokrasi barat).

Cadangan.

Anda boleh hadir. Anda boleh berikan identiti. Tetapi berikan alamat blog lulit. Itu sahaja cara melawan sistem yang dicipta bagi menyelamatkan golongan bodoh kurang cerdik. Namun, cara ini tidak boleh digunakan oleh blogger kategori 1.

Untuk blogger kategori 1 pula, anda boleh menguasai suasana konvensyen secara bergabung dengan blogger kategori 2. Ambil alih konvensyen tersebut dengan hujah2 bernas, tepat dan tidak berlapik. Keadaan akan menjadi panas. Situasi akan mempunyai nilai berita. Cara ini bisa membuatkan blogger kategori 3 menyebelahi anda. Blogger kategori 3 akan teruja melaporkan suasana tersebut. [AdukaTaruna]

Komen Aku : Yang aku salin kat atas dengan sikit ubahsuai tu bukan pendapat aku, semua tu pendpat Aduka Taruna. Ada yang aku setuju tapi ada jugak yang aku tak setuju.

Hangpa rasa depa-depa yang kat atas tu fikir macam tu ka? Aku rasa tak harap tak.

p/s. Untuk jenis bloggers no. 1 tu, contoh yang dia bagi sangat tak kena. Penarik Beca  kata dia bukan lagi ahli Pas, dia cuma penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS. Nama Cenangau tu pulak langsung tak sesuai jadi contoh, berapa orang sangat yang kenai dia.Takkan takdak contoh lain.

Menjelang Seminar : Harapan Kepada Aziz Bari

ESOK Abdul Aziz Bari akan diberi masa bercakap selama 20 minit dalam seminar politik Pas di Taman Melewar. Ada orang beranggapan kesediaan Pas memanggil Aziz Bari menandakan Pas terbuka dan kesediaan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendengar apa juga pandangan termasuk pandangan luar. Kalau hendak diikutkan amalan parti politik, jarang orang yang mengkritik presiden dipanggil untuk memberi pandangan di dalam parti yang dipimpinnya.

Bloger profesional, Norizan Sharif menyifatkan apa yang dilakukan Abdul Hadi itu sesuatu yang positif. (Sila baca ulasannya). Beliau juga berharap semoga pemimpin Pas yang lain dapat mencontohi pendekatan Abdul Hadi.

Sikap positif itu tidak berlaku dalam parti lain. Mungkin Pas yang kini sedang mengorak langkah ke arus global ingin membuat beberapa banyak perubahan dan pembaharuan, tajdid. Kesediaan memanggil kritikus politik itu juga sebahagian tanda-tanda keberanian Pas.

Apakah esok Aziz Bari akan terus mengkritik Abdul Hadi di samping memberi pandangan-pandangan bernas sebagai seorang sarjana? Nampakanya Aziz tidak akan apolegtik apa yang berlaku. Hari ini pun menerusi sebuah portal berita beliau terus membelasah dan memberi pandangan negatif terhadap Abdul Hadi.

Mungkin itu bekalan beliau yang sudah dirancang demikian rupa. Kerana beliau tahu dalam tempoh 20 minit apa yang boleh diungkapkan, maka Aziz kena beri ucapan muqadimah awal menerusi portal berita berkenaan. Para ahli seminar boleh menghayati ataupun menyelami maknikam Aziz itu.

Bagi saya, saya sudah nampak apa yang terpendam di dalam hati dan jiwa Aziz Bari. Gambaran ini bukan jelas dengan membaca tulisan, pandangan, dan kenyataan beliau tetapi menerusi intraksi dengannya secara langsung. Sekurang-kurang dua kali saya bersemuka dengannya dan membincang perkembangan dalam Pas. Daripada hasil percakapan itu saya dapat menjangka apa yang Aziz inginkan.

Bila beliau kritik Pas dengan mengatakan Pas perlu rubah kepimpinan, ini bermakna beliau mahukan Pas membuang Abdul Hadi Awang. Pada pandangan Aziz Abdul Hadi dan beberapa lagi telah menjadi liabiliti kepada Pas. Baginya kalau orang ini disimpan ia menyebabkan cita-cita besar Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat akan gagal. Lebih mustahak lagi orang ini boleh membantutkan impian bekas gurunya, Anwar Ibrahim.

Aziz bernasib baik. Pandangan beliau itu disambut dan diterima oleh sebahagian yang lain. Paling bertuah ialah cadangan Aziz itu diterima oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz. Dalam gumpulan kita dengan Pas apabila pandangan kita boleh diterima Nik Aziz, apa yang hendak dicari lagi. Untuk menguasai Pas haru mendapat 'keredhaan' Nik Aziz.

Kenapa saya ekstrem begitu, kerana seminar esok adalah bertitik tolak daripada pandangan Aziz yang diterima oleh Nik Aziz yang dicampak menerusi tulisannya, bukan satu proposal khas, hanya tulisan saja. Walhal apa yang dilakukan Pas itu tidak mungkin berlaku dalam parti lain. Dr Mahathir Mohamad juga sedia menerima pandangan orang luar dan kritikan ke atasnya.

Tetapi Dr Mahathir tidak sampai mengarahkan parti supaya mengadakan EGM untuk membincang pandangan dari luar. Bagi Dr Mahathir betapa terror pandangan luar tetapi pandangan ahli lebih aula untuk didengari. Di sini ada perbezaan besar antara Dr Mahathir sebagai ahli politik dengan Nik Aziz sebagai ahli politik.

Kerana dapat menduga apa yang diingini oleh Aziz itu, maka dalam masa 20 minit esok saya berharap dia akan memberi pandangan-pandangan yang terpendam di dasar hatinya. Dia jangan berteka teki atau merasa malu menyatakan apa yang yang menyongsong dalam dirinya. Harapnya dia dapat berdiri sebagai seorang sarjana yang akan dihormati semua kaum dan mazhab dalam Pas.

Apa yang saya maksudnya besok, Aziz boleh mengajar Pas dalam memilih pemimpin Pas. Aziz perlu menunjukkan siapakah tokoh Pas masa kini yang layak memimpin Pas untuk menggantikan Abdul Hadi. Kita berharap beliau akan sebut secara terang-terangan dan usah berkias. Kalau kita boleh menghalau orang keluar kenapa kita segan untuk memanggil masuk orang lain?

Adalah tidak adil dan boleh mengelirukan ahli Pas kalau Aziz tidak menyebut pengganti yang layak mengganti Abdul Hadi itu. Aziz tidak perlu bimbang dengan cadangannya itu. Kalau ianya baik, sesuai dan bakal memberi kebaikan kepada Pas, cadangan itu harus dipertimbangkan. Saya rasa Abdul Hadi sendiri tidak boleh berkeras mempertahankan kedudukannya kalau tokoh itu jauh lebih baik darinya. Yang pentingnya ahli Pas boleh bandingkan antara calon Aziz dengan Abdul Hadi.

Saya tidak akan menyebut nama tokoh yang menjadi kesukaan Aziz itu sebelum beliau terlebih dahulu menyebutnya. 'Konspirasi' ini biarlah saya simpah dulu. Selamat berseminar kepada akhi-akhi dalam Pas.

Bagaimanakah Golongan Berpendapatan Rendah Menyambut 2010 ?


Oleh: Labu Labi
Berdasarkan kepada perkembangan semasa, adakah kos sara hidup untuk tahun 2010 akan meningkat ?
Siapa kah yang akan ambil peduli kepada kesempitan rakyat ini ?
Persoalan ini timbul, berdasarkan beberapa perkara besar yang di ‘headline’ oleh akhbar utama negara. Perkara tersebut adalah diluar bajet 2010. Bajet 2010 yang baru dibentangkan, hanya memberikan gambaran bahawa kerajaan akan berbelanja besar untuk kebajikan rakyat. Pendapatan tidak banyak dinyatakan. Tiada penambahan dalam sebarang cukai.
Sekiranya dilihat sekali lalu, seolah olah kita kaya dan mewah. Berbelanja tanpa pendapatan. Tapi, rupa rupanya, pendapatan diunjurkan diluar bajet. Perkara ini biasa berlaku sebelum ini. Dalam bajet, semua cantik. Tapi selepas dari bajet, rakyat ‘di hadiah kan’ dengan pelbagai peningkatan. Termasuk menaikan harga minyak dan peningkatan tarif elektrik.
Sebaik sahaja selepas bajet 2010 diumumkan, pelbagai kajian semula dilakukan. Perkara tersebut (kajian semula), diharap dapat dibahaskan dengan baik oleh semua wakil rakyat yang diamanahkan untuk ‘mewakili’ rakyat. Jangan hanya menjadi ‘pak turut’. Kajian semula yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1. Harga Petrol mulai 2010. Tajuk tajuk berita berkaitan, dalam - utusan online:
a. Harga petrol tanpa subsidi tahun depan:
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun hadapan, seluruh penduduk termasuk pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar yang berpendapatan rendah sahaja.
b. Petrol tanpa subsidi 2010
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun depan, rakyat dan pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar berpendapatan rendah.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (gambar) berkata, kajian mekanisme pelaksanaannya yang memasuki peringkat akhir akan diumumkan di antara suku pertama dan kedua tahun depan.
Berita sebelumnya:
c. Kerajaan komited teruskan subsidi minyak
PUTRAJAYA 2 Sept. - Kerajaan komited untuk terus memberi subsidi 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual seperti yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Komitmen kerajaan ialah memberi subsidi 30 sen untuk setiap liter minyak, subsidi pada masa ini bagaimanapun telah melebihi 30 sen seliter,” katanya.
d. Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi
PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
“Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian… penyesuaian yang sedikit saja,” katanya kepada pemberita selepas
Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam.
Ulasan aku:
Dalam keadaan harga minyak naik dari RM 1.80 kepada RM 2.05 (Baca RON yang sama, RON 97. RON 95 tidak ujud sebelum ini untuk dijadikan bandingan), rakyat bawahan merasakan himpitan hidup yang berat. Apakah akan berlaku sekiranya harga minyak terus meningkat. Pastinya, yang pertama, kos pengangkutan akan meningkat. Bila ini berlaku, semua kos yang berkaitan akan meningkat secara mendadak.
Perkara yang terlibat dengan pengangkutan:
i. Kenderaan Pengangkutan Awam, terutama bas dan teksi.
ii. Kenderaan pengangkutan dagangan, terutama lori.
iii. Bot menangkap ikan, bot besar dan kecil.
Siapa kah yang akan merasakan kesan kepada peningkatan ini. Pastinya, pengguna ia itu rakyat berpendapatan rendah, akan dibebankan dengan semua kos kos tersebut. Pihak yang menyediakan semua kemudahan tersebut, pastinya akan memohon untuk menaikkan harga barangan mereka, dengan alasan peningkatan kos pengeluaran. Rakyat makin terhimpit dan terus tersepit.
2. Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Tajuk berita berkaitan, dalam - utusan online:
a. Kajian GST di peringkat akhir

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kini di peringkat akhir kajian terutamanya dalam menilai kesan sosial terhadap rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian itu bertujuan memastikan rakyat tidak dibebankan dengan cukai tersebut, jika didapati GST perlu dilaksanakan bagi mencapai kestabilan kewangan kerajaan.
“Sekiranya kerajaan melaksanakan GST, ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada serta pengecualian tertentu akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Kadar GST yang dikenakan dijangka lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada,” katanya.
b. GST: Tidak perlu bimbang hilang populariti
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan tidak perlu bimbang akan kehilangan populariti sekiranya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada rakyat Malaysia.
GST adalah cukai yang dikenakan terhadap bekalan kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan bagi barang import.
GST adalah cukai yang dikenakan terhadap bekalan kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan bagi barang import.
Beliau yakin pelaksanaan GST tidak akan menerima bantahan kerana ia tidak membabitkan golongan miskin.
”Golongan miskin tidak membeli atau mendapatkan perkhidmatan yang bernilai tinggi, jadi apa masalahnya kalau GST dilaksanakan?,” katanya.
Ulasan aku:
Cukai ini siapa yang akan bayar ? pastinya pengguna. Siapa pengguna tersebut. Rakyat bawahan dan berpenadapatan rendah. Walaupun pengecualian diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.
Golongan kaya yang membeli barangan mewah tersebut. Dari segi penglihatan mata kasarnya, sememang mereka yang membayar. Mereka membayar dengan wang mereka.
Disebaliknya, wang tersebut dari mana mereka perolehi. Pastinya dari pernigaan yang mereka jalankan atau perkhidmatan yang mereka berikan. Apakah mereka akan membiarkan begitu sahaja, wang mereka berkurangan.
Mereka pastinya, akan mengambil kira sebagai sebahagian dari kos yang terpaksa mereka tanggung. Dengan itu, pastinya akan meningkatkan harga barangan mereka dan meningkatkan harga perkhidmatan mereka. Samada diluluskan atau tidak. Mereka tetap akan menyerapkan kos tersebut. Akhirnya, pengguna dari golongan berpendapatan rendah juga yang menanggung akibatnya.
Persoalan berikutnya, siapakah yang berpendapatan rendah itu. Bagaimana mereka akan menentukan merit untuk dijadikan kayu ukur dalam menentukan golongan tersebut. Adakah sekadar dengan menilai pendapatan bulanan sahaja, atau bagaimana….?
Dari pemerhatian aku. Bila disebut ‘untuk golongan berpendapatan rendah’. Itu hanya sebagai retorik semata. Kerana ianya Subjektif. Sekadar untuk memberikan ‘gambaran keperihatinan’. Sedangkan golongan inilah yang paling tertindas dan merasakan keperitan hidup yang teramat sangat.
Golongan yang membantu sebenarnya, yang akan membolot sebahagian besar dari peruntukan tersebut. Kerana mereka lah ’sebenarnya golongan berpendapatn rendah’. Ini berdasarkan, apa yang telah berlaku. Dimana, peruntukan bocor diperjalanan. Yang sampainya hanya sebahagian kecil. Kalau peruntukan RM 3 juta, yang sampai kepada golongan sasaran, mungkin RM 300, 000.00 sahaja. Contoh, beberapa bangunan runtuh selepas dan sebelum serah. Harga asal berjuta, tapi kontraktor terakhir yang membina, menyatakan kos yang ditawarkan RM 300, 000.00 sahaja.
3. Kertas kajian bahan api negara hampir siap
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kertas kajian bahan api negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan gas asli dan arang batu bagi menjana tenaga elektrik telah hampir siap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, secara umumnya perubahan dalam mencari bahan api alternatif itu akan mengambil kira keperluan dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.
Ulasan aku:
Persoalan Yang timbul disini. Adakah kajian tersebut sekadar kajian mencari alternatif bahan api atau termasuk peningkat kos penyediaan tenaga elektrik. Sekiranya berakhir, setakat mencari tenaga alternatif, bersyukurlah. Pastinya tiada peningkatan dalam tarif elektrik. Adalah diharap, agar kajian tersebut tidak dipanjangkan kepada peningkatan kos pengeluaran.
4. a. Periksa kenderaan lebih 15 tahun masih dikaji
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan meneliti laporan berhubung bantahan beberapa pihak terhadap langkah mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom Sdn. Bhd.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penelitian itu perlu sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk kemungkinan mengecualikan pihak tertentu daripada peraturan itu.
Peraturan baru itu membabitkan kira-kira sejuta kenderaan penumpang dan dilaporkan ia boleh menjejas industri jualan kereta terpakai.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, tujuan asal kerajaan memperkenalkan peraturan berkenaan bukan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya bagi keselamatan orang ramai.
”Saya dapati ada pemilik kereta antik melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana keretanya akan diuji selepas 20 tahun dimilikinya dan terdapat di kalangan orang kurang berada yang takut langkah ini akan menyebabkan mereka perlu membayar kos yang lebih,” katanya.
b. Peraturan baru dikhuatiri ‘bunuh’ minat terhadap kereta antik
BUTTERWORTH 1 Nov. - Keputusan kerajaan mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dikhuatiri ‘membunuh’ minat orang ramai terhadap kereta lama dan antik.
”Sekiranya tiada insurans, bagaimana kami hendak mendapatkan cukai jalan seperti diwajibkan kepada semua pemilik kenderaan?

Dalam Bajet 2010 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan mulai 1 Januari tahun depan, semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Menurutnya, pelbagai masalah akan timbul sekiranya dasar baru itu dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan jumlah cawangan Puspakom sedia ada tidak mencukupi.
”Sekarang ini pun, sudah menjadi lumrah melihat deretan kenderaan membuat pemeriksaan di Puspakom dan masalah ini pasti menjadi lebih buruk jika dasar baru ini dilaksanakan dalam masa terdekat.
”Malah mereka (pemilik kenderaan) yang bekerja sepenuh masa juga terpaksa mengambil cuti sekurang-kurangnya dua hari semata-mata untuk membuat pemeriksaan kenderaan dan memperbaharui lesen,” jelasnya.
”Antara kaedah tersebut adalah menambah cawangan Puspakom selain memberi permit kepada pihak lain untuk menjalankan pemeriksaan seperti dilakukan Puspakom sebelum ini,” tambahnya.
c. Tak setuju syarat ketat kereta tua
KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.
Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.
Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan.
“Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos.
“Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan,” katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun.
“Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,” katanya.
“Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan,” katanya.
ulasan aku:
Bagi perkara tersebut ada beberapa persoalan yang nyata. Sekiranya hendak dilaksanankan juga perkara utama yang perlu dilakukan ialah:
1. Menigkatkan cawangan puspakom.
2. Miningkatkan kecekapan khidmat puspakom.
3. Yang paling penting menurut peraturan yang ditetapkan. Kerana perkara ini yang sebenarnyanya yang menjadi masalah.
Untuk menambah cawangan atau kecekapan boleh diatasi. Perkara tersebut adalah berbentuk fizikal. Dengan kata lain, sebagai ‘ror material’.
Perkara yang sukar untuk diatasi, ialah sikap dan kejujuran.
Sembanglah dengan siapa pun yang berurusan dengan PUSPAKOM, terutama teksi. Pasti akan didapati, apakah jalan mudah dan apakah jalan susah untuk lulus dalam puspakom. Sekiranya menggunakan ejen, maka mudah berurusan. Sekiranya pergi sendiri, perlu tahu selok belok berusan dengan pihak tertentu. Urusan akan menjadi mudah. Sekiranya, seseorang yang tidak tahu selok belok di PUSPAKOM, pastinya menemui jalan sukar dan berbelit. Dengan pelbagai kerenah dan birokrasi. Perkara tersebut, telah menjadi rahsia umum.
Secara keseluruhannya. Dari kajian semula yang dijalankan diatas. Rakyat terbanyak pastinya akan menyambut tahun 2010 dengan suram dan muram. Walaupun pada detik 12 malam 31 Disember 2009 nanti, disambut dengan penuh gilang gemilang. Besoknya, 1 Januari 2010, ‘hadiah’ istimewa sekurang kurang satu atau dua perkara perlu dilaksanakan.
Kepada semua, Selamat menyambut ‘hadiah istimewa’ bersama dengan pakej ‘BAJET 2010′.

'Presiden boneka', Hadi cemburukan Anwar?

Berikut petikan wawancara eksklusif Malaysiakini dengan pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari di pejabatnya di kampus Universiti Islam Antarbangsa pagi ini:

Tentang presiden PAS menggantikan Abdul Hadi

Apa yang saya lihat, ini telahan (saya) saja, (menteri besar Kedah) Datuk Seri Azizan Razak boleh diketengahkan. Dan saya fikir, perkara yang kita tidak harus lupa, PAS ini tidak macam parti lain. Ia ada kekuatannya sendiri. Yang perlu, pemimpin yang faham dan jelas, tidak semestinya karismatik seperti dalam kategori (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

Yang masalahnya, dia (Abdul Hadi) tidak jelas. Dia tidak dapat membaca dan bermain (politik) sepatutnya. Jadi dalam konteks Azizan ini, saya lihat pentadbirannya, caranya menjawab soalan wartawan jauh lebih baik daripada Abdul Hadi. Dia antara tokoh yang boleh diketengahkan walaupun tua sedikit daripada presiden yang ada sekarang.

Tentang Abdul Hadi tidak mempertahankan 'amanatnya'

Kita boleh katakan media tidak memberikan (dia) peluang. Tetapi kita boleh katakan, dia memang tidak mampu mempertahankannya. Kalau dibandingkan dengan (kepintaran) Nik Aziz pun berbeza walaupun media memutarbelitkan (kenyataannya).

Oleh kerana dia ada perwatakan macam magnet dan cakapnya pandai macam orang politik, (hasilnya) lain, dapat juga mesejnya disampaikan. Tetapi Abdul Hadi tidak dapat, itu satu lagi (ciri) dapat dilihat dalam menilai kepimpinan dia.

Tentang peranan Abdul Hadi sebelum reformasi 1998

Sebelum (era) reformasi, dia tidak ada peranan yang penting, naib presiden saja atau timbalan presiden. Jadi, saya rasa isunya sekarang ini, dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan (pengamat politik) dan (kenyataan) itu saya setuju.

Kalau dia (sebagai) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh.

Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat. Itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi apabila serangan itu sudah bersifat politik, dia sudah tidak dapat main lagi.

Tentang pengaruh pemimpin PAS Terengganu lain terhadapnya

Itulah watak (kepemimpinan PAS) Terengganu berbanding Kelantan – dengan terbukanya, adventure-nya, dengan keberaniannya, dengan kelainannya, dengan keunikannya. Seolah-olah orang Kelantan ini “Cina Melayu”. Maknanya, watak Cina dalam masyarakat Melayu.

Bukan saya hendak kata, (tetapi pendapat) semua orang, kalau kita bandingkan dengan Nik Aziz, (Abdul Hadi) berbeza. Beliau dapat mempertahankan Kelantan dari tahun 1990. Dan musuhnya bukan kecil-kecil - musuhnya (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad), musuhnya (waktu itu, timbalan perdana menteri) Anwar pada satu ketika.

Dan pada satu ketika (selepas 2004), dia hanya (bertahan) dengan satu majoriti sahaja (kerusi dalam DUN), tetapi dapat bertahan berbanding dengan Terengganu dan Perak barangkali.

(Keadaan) ini melambangkan kejituan kepimpinan itu. Mengapa? Berbalik kepada (manifesto) parti, setahun lebih kita belum nampak lagi apa itu negara kebajikan yang PAS bawa ini. Apakah (slogan) 'PAS untuk Semua' itu. (Manifesto) itu memerlukan seorang pemimpin yang berwatak ideolog untuk menonjolkan apakah wawasan sebenarnya. (Manifesto) ini tidak dijelaskan.

Jadi isunya, bukan (kemerosotan di) Bagan Pinang (sahaja), isu yang lebih besar lagi, soal kelesuan parti dalam menterjemahkan gimik, slogan dalam wawasan yang ia sendiri bawa.

Tentang kemenangan tipis PAS di Manek Urai

Satu, Manek Urai memang sebelum pilihan raya (itu), ada sedikit kekecohan, (seperti) poster dia tidak dinaikkan atas alasan, di Kelantan ada strategi lokalisai. Tetapi akhirnya naik juga (poster Abdul Hadi). Dan mungkin kita tidak dapat menafikan, (PAS) hampir kalah itu isu jambatan (yang dijanjikan BN).

Rakyat di situ melihat, kalau (PAS) kalah pun tidak mengapa, (sebab) kerajaan (PAS) tidak ada kesan, yang penting dapat jambatan.

Di Bagan Pinang pun banyak lagi. Saya lihat, kalau tidak kena gaya, boleh jadi (pilihan raya kecil) Ijok juga (yang dirampas semula Pakatan), menyebabkan mereka (BN) berfikir, mereka telah menang.

Kalau daripada plihanraya umum sampai sekarang, ahli 100 (orang), tentu ada masalahnya. Seratus ahli (PAS) saja hendak lawan 3,000 (orang). Soalnya sekarang, kenapa (ahli) tidak bertambah selepas pilihan raya umum? Apakah itu tidak ada kaitan dengan imej lembab, imej monyok itu tadi?

Mungkin ada orang kata, di Bagan Pinang ini banyak undi pos. Memang betul, tetapi masalah dengan imej yang seperti ini boleh menarik orang masuk PAS? Dalam keadaan Kelab Penyokong PAS (KPP) masih tidak tahu di mana (nasibnya), itu pun tidak dijelaskan lagi di mana peranan mereka.

(Isu-isu) itu yang cuba hendak ditepis orang (pengikut) Hadi ini. Abdul Hadi tidak memimpin sebenarnya. Dia mengikut kata orang (di sekelilingnya).

Tentang Abdul Hadi sebagai presiden 'boneka'

Susah hendak menafikan begitu. Susah hendak menafikan bahawa beliau adalah boneka.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat maraton itu (malam 28 Oktober lalu), seolah-olah dia tidak jelas apa yang dicakapkannya. Dan ada (pihak dalam PAS) yang mengatakan, dia bercakap lain daripada (keputusan) mesyuarat. (Keputusan) yang didakwa 75 peratus yang hadir mahukan tindakan diambil kepada Dr Hasan Ali (bukan seluruh PAS negeri).

Ini satu lagi (alasan) yang menunjukkan kepimpinannya tidak jitu.

Dan apa yang nampak di Selangor itu cukup penting dari segi imej. Memang BN hendak menggambarkan Pakatan tidak boleh bekerja, sentiasa hendak bergaduh. Itu tema yang mereka hendak bawa.

Dan Abdul Hadi membenarkan (tema) ini terus berlaku dengan tidak mengambil tindakan kepada Dr Hasan. Dan selepas itu, disebut dalam mesyuarat itu, dia masih mempertahankan (Dr Hasan). Dia masih menyebut (siasat PAS) Selangor, Selangor, Selangor, tanpa menyebut Dr Hasan. Kenapa?

Tentang penguasaan kumpulan Abdul Hadi dalam pemilihan PAS

Kalau dilihat daripada (segi) undi, mereka (penentang Nasharudin Mat Isa) menang sebenarnya. Tetapi saya tidak pasti kalau pemilihan sekali lagi, Nasharudin boleh menang. Sebelum ini pun ditimbulkan bahawa YB (Nasharuddin) tewas kalau digabungkan dua pilihan lain (Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa) yang sebenarnya sama (kuat) itu.

Tentang kerajaan perpaduan sebagai 'umpan' Umno

Kerajaan perpaduan ini umpan Umno kepada PAS yang dimakan Abdul Hadi, Nasharudin dan kawan-kawannya, yang tidak dimakan orang yang cerdik seperti Nik Aziz. Ahli tidak sokong. Tetapi mereka berterusan (ke arahnya).

Walaupun tidak lagi bercakap soal perpaduan, tetapi masih lagi (bercakap) soal Melayu Islam – isu yang sebenarnya tidak relevan sekarang. Umno tidak melakukan apa-apa pun untuk Islam dan Melayu, sebenarnya.

Kemudian, barangkali ini bukan soal umpan daripada Umno, tetapi soal ketidakmampuan Abdul Hadi dan kumpulanya bermain dalam politik baru yang mengetengahkan idea, (seperti) yang cuba dibawa "kumpulan Erdogan".

Mereka tidak dapat main. Jadi mereka lanyak kumpulan ini sebagai macai Anwar Ibrahim, sebagai golongan liberal, sekular dan sebagainya yang menguntungkan Umno.

Tentang Abdul Hadi 'cemburu' pada Anwar

Persepsi kecemburuan itu memang tidak dapat ditolak. Memang sukar hendak dinafikan, terutamanya kalau kita lihat semula muktamar di Ipoh tahun lalu di mana Abdul Hadi menyebut betapa PAS mempunyai banyak kerusi DUN, betapa PAS (lebih) besar dan sebagainya (berbanding PKR atau DAP).

Sepatunya sentimen itu (dimainkan), tetapi dalam menentukan perdana menteri dan sebagainya, itu bukan soal utama. Soalnya siapa yang boleh menjadi gam (yang mengikat Pakatan), ikon. Dan Abdul Hadi tidak begitu. Dalam parti pun tidak.

Dan apabila ketua Dewan Ulama mencadangkan nama Abdul Hadi, saya ingat semua orang ketawa tentang kelogikan cadangan itu.

Tetapi kita juga tidak harus lupa bahawasanya sekarang, orang Cina berkata, kalau mereka boleh mengundi, mereka akan undi Nik Aziz sebagai perdana menteri.

Budget 2010: Fairer Deal Needed for States



I had made numerous calls for further decentralisation of socio-economic planning and development between the federal and state governments. At present, the federal government determines fully how the development budget is going to be allocated for states.

Since the early days of privatisation, the Economic Planning Unit was swamped with too many planning, implementation and coordination tasks which had resulted in poorly managed privatisation projects. As a result, a number of these companies and businessmen linked to the government had to be bailed out using public fund. In our present memory, the PKFZ is a prime example.

Today, I would like to support the call of another Member of Parliament, Tony Pua, who has urged the federal government to respect and acknowledge the development needs of the states. It is evident that some resource rich states such as Sabah, Sarawak, Pahang and Kedah are facing serious poverty issue and lack of development.

Tony suggested the adoption of a fixed tax revenue sharing system between the federal and state governments. He suggested a 80:20 sharing model. There are several pluses to this model.

First, it will be able to address the real development needs of a state. The socio-economic development needs of a state differs from one to another. It is impossible for the central planners to be to understand everything.

For example, there is obviously a need for more industrial supporting infrastructure in Sabah to promote more industrial activities in the state. This will help the state to create more jobs beyond the tourism industry.

Penang needs to enhance its tourism infrastructure, tackle serious flood problem and to conserve and protect its World Heritage buildings and facade. It needs better telecommunication and Internet broadband infrastructure to promote its knowledge and services sectors.

Unfortunately, these states do not even have enough to run their administration effectively. State allocation is barely enough to upkeep its state administration.

Hence, it is a shame that despite chalking up a huge external debt and receiving so much oil money from Petronas there are still major development gaps and issues between Klang Valley and other cities.

The overly centralised system also breeds corruption in the federal government. The annual AG's report is a testimony of abuses and wastage of public money by some of federal linked agencies and officials.

The reason of a centralised system is obvious and it is politically motivated. The BN government has just approved a 'wang ehsan' (compassionate payment) to Kelantan for 'sucking' the state's oil reserve is a blatant display of arrogance. This federal government should be reminded that it must act fairly and it does not own all resources in the country.

Hence, it is important for us to realize that this federal government's practice has resulted in an uneven and unjust regional development between states. It has also amplified a serious corruption practice in the federal administration.

This practice must change or the other option is to change the federal government.

Penggabungan Kumpulan : K1-K2-K3-K4-K5-K6..!!! Apakah Kerajaan PR Selangor masih tak mampu bantu mereka ini.???.



Proses Pengabungan semua Kumpulan yang dijadualkan pada 4 November 2009 yang lalu agak hambar lagi bilamana terdapat beberapa fail masih belum dapat dikemukakan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah kepada YA Hakim. Walaubagaimanapun, 2 fail telahpun dapat dikemukakan kepada YA Hakim pada hari tersebut.

Sehubungan dengan itu, peguam kita telah mendapat kebenaran melalui surat rasmi kepada mahkamah untuk menggabungkan 4 fail yang belum dijumpai tersebut. Proses penggabungan ini akan disebut semula dihadapan YA Hakim di dalam kamarnya pada esok hari Jumaat 6hb November 2009. Oleh yang demikian, pihak pendaftar mahkamah terpaksa mencari fail tersebut sehingga ditemui dan dateline-nya adalah esok.

Sekiranya kesemua ini berjalan dengan lancar pada esok hari, maka kita dijangka akan mendapat tarikh untuk Sebutan Kes yang dijangkakan dalam masa yang terdekat ini.

Dalam pada itu, Pihak Konsultan yang mendapat "kerja" untuk menyelaraskan beberapa Projek-projek Perumahan Terbengkalai di Negeri Selangor ini semakin menampakkan kekalutannya apabila seringkali menghubungi peguam kita untuk meminta bermacam-macam dokumen dengan alasan untuk proses penyelesaian di luar mahkamah.

Mereka seolah-olah di dalam keadaan tertekan kerana pihak kontraktor yang telah dilantik tidak dapat menjalankan kerja-kerja penyambungan projek tersebut kerana kes DKI ini telah berada di mahkamah. Dan lagi pihak bank pasti tidak akan meluluskan pembiayaan projek tersebut.

Apa yang dapat kita lihat, pada masa sekarang alasan "baru memerintah" oleh Kerajaan Negeri yang baru sudah tidak kedengaran lagi dan dalam masa yang sama pelbagai kemelut terus melanda PR di Negeri Selangor selepas kejatuhan Perak. Apa yang kita dapat perhatikan sekarang ini, mereka sedang bergelut dengan date-line "Januari 2010" seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak di dalam laman-laman blog.

Dalam masa yang sama kebajikan rakyat, Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai terutamanya Desa Kerayong Indah terus sepi begitu sahaja, malahan Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri boleh dipertikai kewibawaannya seperti dimaklumkan di laman laman blog YB Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan :-

Gagal Projek :
  • Projek pembinaan 175 unit Pangsapuri Taman Sri Angsana Hilir, Mukim Ampang
  • Projek Pembinaan Gombak Perdana Villa di Atas Lot 5311 HS(D) 1733 Mukim Setapak, Daerah Gombak

Dapat Projek :
  • Cadangan pembinaan rumah teres di atas Lot Sub Lot 1 hingga 244 (Fasa 5e) Di atas sebahagian Lot 48729 (16929), Mukim Petaling, Daerah Petaling.
  • Cadangan Pembinaan Rumah Pangsa Kos Rendah, Saujana Puchong Mukim Petaling, Daerah Petaling.

APA NIIIII.....Bengkalaikan rumah orang, pastu dapat projek lagi....pastu jadi konsultan pula....mana ketelusannya?

SAMA JE macam kerajaan terdahulu...semua kroni. Yang sengsaranya kita semua. Sebab tulah maka sebilangan besar daripada kita terutamanya yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah tidak lagi membuat bayaran cukai tanah. Untuk apa bayar, kalau yang senang adalah mereka. Kita pula terpaksa berhadapan dengan hutang bank yang sampai bila tak selesai lagi.

Sepanjang 2 tahun memerintah Selangor ini, wakil rakyat mana yang datang berjumpa dengan kita? EXCO mana yang mahu bertanya atau berbincang dengan kita? MB jauh sekali. DSAI....lupakan sahaja. Telah puas panggilan telefon, e-mail, surat rasmi dikirimkan, namun apa jawapan mereka ....




Ingatlah wahai wakil-wakil rakyat dan Pakatan Rakyat, bilamana kejatuhan telah benar-benar berada diambang, jangan harapkan lagi ehsan daripada rakyat sebagaimana yang berlaku kepada Perak.

Maka, kita merasakan walaupun banyak liku-liku yang terpaksa kita lalui dengan memilih mahkamah sebagai jalan terbaik untuk menuntut kembali hak kita sebagai pembeli yang teranaiya. Mudahan Allah akan membantu kita semua. InsyaAllah.

Wassalam.

Apakah susahnya untuk Mahathir mengakui bahawa dirinya berdarah India ? Apakah Mahathir bimbang dirinya dinafikan komuniti Melayu



Malaysia adalah negara yang mendefinisikan segala-galanya mengikut warna kulit. Sejak tahun 1957, pemimpin UMNO cuba mencipta persepsi "Melayu lemah", seolah-olah "kemiskinan itu mengenal warna kulit", sengaja menimpa pada etnik tertentu.

Selepas tahun 1970-an, media arus perdana yang ditunjangi Utusan Malaysia cuba menyamakan kedudukan Melayu dengan orang kulit hitam di Amerika Syarikat dan orang asli di Australia, tanpa melihat kompleksiti yang wujud dalam realiti masyarakat kita. Tujuannya sekadar untuk mengukuhkan persepsi "kelemahan Melayu boleh menandingi keadaan orang asli" yang salah.

Oleh itu, apabila bukan Melayu mengemukakan tuntutan "perkongsian kuasa secara sama rata", media UMNO akan menyusul dengan persoalan, "Apakah Malaysia tidak adil? Apakah orang putih akan memilih orang kulit hitam sebagai Presiden di Amerika Syarikat?"

Lebih dahsyat, amaran diberikan bahawa seandainya orang Melayu hilang kuasa politik, maka malapetaka akan menimpa negara ini.

Kemenangan Barack Obama

Tetapi, retorik perkauman UMNO telah menerima tamparan apabila Barack Obama (gambar kanan) terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat setahun yang lalu. Oleh kerana mengibaratkan diri sebagai orang kulit hitam di Amerika Syarikat, maka lidah UMNO bersikap optimis terhadap Presiden kulit hitam dari Parti Demokratik ini pada mulanya, melihat kemenangannya sebagai lambang kejayaan kaum minoriti.

Namun, apabila bukan Melayu mula mengajukan soalan "mengapa bukan Melayu tidak boleh menjadi PM Malaysia", maka mereka mula melakukan "corner baring" dalam wacana mereka. Malah, Awang Selamat yang sentiasa prihatin terhadap "agama, bangsa dan negara" menulis, "Kajilah sejarah dan budaya politik Amerika yang sudah merdeka lebih 232 tahun berbanding Malaysia yang baru 50 tahun... Fahamilah juga Perlembagaan kita... Obama adalah seorang Kristian iaitu agama teras AS. Antara faktor beliau 'diterima' ialah ibunya juga, seorang kulit putih warga asal AS."

Pendek kata, jangan samakan diri dengan AS yang realitinya jauh berbeza.

Jangan pula dianggap hanya spin doctor Utusan Malaysia yang berfahaman sempit sebegini. Doktor Melayu, Bakri Musa yang bermastautin di AS untuk bertahun-tahun, melihat dirinya terbuka dan berpandangan global juga tidak setuju dengan tuntutan politik kaum bukan Melayu di negara ini, malah berkata, "Malaysia telah memiliki Obamanya tersendiri sejak awal lagi, iaitu Mahathir!"

Saya nyaris tercekik dengan air kopi dalam mulut ketika membacanya.

Tunggulah 200 tahun

Maksud Bakri Musa berbunyi, unsur toleransi yang terkandung dalam budaya Melayu, membenarkan Mahathir yang berdarah campuran untuk menerajui pucuk pimpinan negara. Hujah ini mengandaikan "Obama di Malaysia perlu meresapkan dirinya dalam budaya dominan, fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu, dan bukannya bahasa nenek-moyangnya, sebagaimana Obama juga gagal bertutur dalam bahasa Swahili."

Nyata, dari media cetak yang konservatif hinggalah penganalisis politik yang "nampak" terbuka, kurang selesa dengan fenomena politik yang terjana oleh Obama, khusunya anjakan paradima yang dilambangi. Selain mengukuhkan retorik "ketuanan Melayu" oleh UMNO, hujah "Mahathir ialah Obama" adalah reaksi kepada pertikaian bukan Melayu terhadap struktur politik perkauman yang sedia ada.

Oleh itu, saya tidak terperanjat dengan hujah sedemikian apabila terbelit pada lidah parti UMNO. Apa yang mengejut, malah membuatkan saya menjadi muak adalah hujah ini diulangi oleh Dominic Lau Hoe Seng (gambar kiri), Setiausaha Agung Pemuda Gerakan dalam satu forum pada minggu lalu. 【Baca: Apa yang BARU dengan UMNO?


"Demokrasi AS perlu dilihat dari perspektif yang berlainan. Dah 200 tahun lebih mereka lalui, kita hanya 50 tahun... Seandainya anda melihat begini, saya menganggap Malaysia juga memiliki seorang Obama. Lihat kepada Mahathir. Ibunya Melayu, seperti ibu Obama yang merupakan orang putih. Betul tak? Bapanya,... tak usahlah saya sebut..."

"Perspektif yang berlainan" yang dianjurkan oleh Dominic untuk merenungi fenomena Obama, seirama dengan kenyataan "politik wang bukannya rasuah" yang didendang oleh Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Biar hujah Dominic ini diteliti...

Pertama, apakah demokrasi semestinya memerlukan ratusan tahun untuk dikecapi? Pernah Leung Kwok-hung, ahli dewan perundangan Hong Kong berkata, Malaysia tidak memerlukan satu abab untuk berkembang dari kereta lembu ke motokar. Jika kita perlu menunggu untuk segala-galanya, mengapa tidak kekal dalam kereta lembu buat seratus tahun?

Mahathir ialah Obama?

Kecanggihan teknologi yang mengubah cara hidup manusia, bukan sekadar pada "trend" seperti yang dikatakan Dominic. Juga, sistem demokrasi yang sempurna memerlukan check and balance, demi kepentingan masyarakat untuk jangka panjang, lebih penting berbanding kecanggihan teknologi.

Walaupun AS mencapai kemerdekaannya lebih daripada 200 tahun, namun intipati demokrasi itu didalami dan diperluaskan khususnya dalam setengah abab yang lalu. Obama tidak wujud jikalau tidak berlaku gerakan hak sivil yang menjurus kepada kehancuran rasisme. Rasisme sememangnya tidak terhapus sehabis-habisnya, namun berjaya dikekang. Inilah kemajuan yang dicapai AS.

Sebaliknya, di bawah pemerintahan UMNO, apakah intipati demokrasi kita melangkah ke depan atau ke belakang jika dibanding dengan tahun 1960-an? Apakah hubungan antara kaum semakin erat atau renggang?

Biarpun dibandingkan dengan Korea dan Taiwan yang lebih lambat mengorak langkah dalam dunia politik demokrasi, Malaysia tetap malu untuk mendabik dada.

Lebih-lebih lagi, "Mahathir ialah Obama" sekadar bunyi yang dikeluarkan burung nuri. Sama ada Dominic benar mempercayai bahawa Mahathir itu Obama, atau gagal memahami bahawa hujah sedemikian dibelit lidah komponen parti BN untuk menutup mulut orang lain agar tidak terus dengan soalan "apakah bukan Melayu boleh menjadi PM?"

Persoalannya, kemenangan Obama disebabkan warna kulitnya, atau idea politiknya? Apakah Parti Demokratik yang diwakili Obama itu memainkan politik perkauman seperti BN?

Sebaliknya, sekali imbas sejarah Mahathir berkecimpung dalam dunia politik, isu perkauman dan agama sering dimainkan pada saat-saat genting untuk mencapai matlamatnya. Mahathir ialah penganut politik perkauman yang menjejaskan hubungan antara kaum. Bukankah terlalu jahil untuk bandingkan Mahathir dengan Obama?

Yang paling penting, Obama berani untuk mengakui bahawa bapa kandungnya orang kulit hitam dari Kenya, dan ibunya orang putih AS. Mahathir yang jelas berdarah campuran Melayu-India, tetap enggan berdepan dengan latar belakang dirinya, apabila diasak oleh juruacara Al Jazeera, Ritz Khan, mengulangi dirinya sebagai "Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan".

Keluar dari politik perkauman

Dari apa yang dikatakan Mahathir, jelas beliau menganggap dirinya "Melayu" kerana intrumentalist considerations. Seandainya perlembagaan tidak memperuntukkan kedudukan istimewa kepada Melayu, dan UMNO tidak memonopoli politik dan sumber ekonomi negara, jangan terperanjat seandainya beliau memilih untuk tidak menjadi Melayu.

Apakah susahnya untuk mengakui bahawa dirinya berdarah India ? Apakah Mahathir bimbang dirinya dinafikan komuniti Melayu, atau beliau memandang rendah kepada kaum India?

Dominic Lau hanya berani untuk menyebut ibu Mahathir (gambar kiri) berketurunan Melayu, tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka bahawa bekas PM ini mewarisi darah keturunan India, apakah ini menunjukkan ketakutannya terhadap kuasa Mahathir/UMNO, atau beliau sebenarnya sama seperti Mahathir, memandang rendah terhadap keturunan India?

Sesungguhnya, saya perlu mengaku bahawa diri saya juga terperangkap dengan rasisme kerana membazir masa untuk menyanggah hujah "Mahathir ialah Obama". Mempersoalkan sama ada "sampai bilakah wujudnya seorang PM Malaysia bukan Melayu", juga merupakan manifestasi minda perkauman. Namun, seandainya tidak membongkarkan pembohongan UMNO dan parti rakannya, maka kita gagal memperbetulkan keadaan.

Keduanya, warga Malaysia perlu bertanya sampai bilakah kita memilih pemimpin berdasarkan kebolehan dan kebijaksanaan seseorang, tanpa mengira keturunan etnik, jantina, agama dan kelas? Biarpun masa depan politik Malaysia ditunjangi Melayu sebagai arus perdana, kita harus memikirkan bagaimana untuk check and balance seseorang pemimpin melalui sistem politik yang ada.

Orang seperti Mahathir yang bergelut dalam dendam dan pemikiran perkaumannya, menjadi lambang "masa lalu"; orang seperti Koh Tsu Koon dan Liow Tiong Lai, satu berselindung di bawah sarung Najib ketika dibidas, seorang lagi mengecut walaupun ingin mencabar Presidennya. Orang-orang sebegini bukanlah masa depan kita.

sumber : http://malaysianindian1.blogspot.com