Khamis, 5 November 2009

1 Mufti, 1 Sultan Untuk 1 Malaysia... Amacam..??? (Aku Sokong Shahidan)


by Isa 

Shahidan cadang hanya satu mufti di Malaysia

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka.

Katanya, pada masa ini setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.

Selanjutnya di sini.
______________________________________________________________

Ha..ha..ha..., dalam isu ini aku sokong 100% cadangan Shahidan Kassim ni, sebelum ini pun dalam beberapa n3 aku dah sebutkan peranan Mufti, dan Malaysia yang mempunyai Mufti paling ramai.

Selain daripada itu boleh mengelakkan pembaziran wang kerajaan setiap negeri, buat apa ada banyak mufti buat memanaskan bontot di kerusi empuk dalam bilik aircond, tapi urusan ugama tak selesai juga sampai sekarang.

Dan aku pun setuju juga jika hanya ada satu Sultan/Raja dalam 1Malaysia, atau kekalkan Agung sahaja dan lantak diorang la nak bergilir siapa nak jadi Agung setiap 5 tahun sekali. Tetapi di setiap negeri Sultan dan Rajanya hidup macam rakyat biasa sudah la, standard rumah banglo cukup, maintainence pun rendah, bil api bil air bayar sendiri. Nak belanja dapur dan shopping cari duit sendiri, pergi cari kerja.

Jadi Kerajaan setiap negeri boleh berjimat duit elaun pada Raja/Sultan setiap bulan dan di agihkan kepada rakyat. Kalau diorang nak pergi mana-mana sekalipun dah tak perlu escort lagi oleh Polis Trafik yang block jalan sesuka hati untuk bagi laluan pada diorang ni.

Tak kiralah jalan jem atau tidak, bersama-samalah dengan rakyat mengharungi kesesakan jalan raya, dah la tak bayar roadtax lepas tu senang-senang jer..., orang lain bersusah payah berpanas berhujan dalam sesak jalanraya, diorang pulak.. alahai... benggang jer... aku tengok... ntah apa jasa diorang pada rakyat tak tahulah aku...

Sepatutnya yang harus diberi keutamaan atas jalanraya ialah kenderaan seperti ambulance, bomba, polis, TPM dan Pee Emm jer... oooppsss lupa pulak lagi satu kereta jenazah... he..he..he..., selain daripada tu tak perlu di layan.

(Yang buat aku angin ni .. pasal petang semalam sebelum tol Philieo Damansara menghala ke TTDI, adalah sebiji kereta Masserati Sport warna merah plate TPJ, dah la jalan jem giler... ada pulak polis trafik "minta laluan.. minta laluan.." rupanya nak bagi laluan kat anak raja mana ntah..., dalam sesak barat macam tu dah habis semua kereta kena ketepi... untuk bagi laluan, tak ke cibai namanya... buat menyemak jalan betul.., macam la dia sorang ada urusan penting, orang lain takda urusan penting ke...?)

Terbakar jer... jiwa aku masa tu, nasib baik keta aku kat lane kiri sekali... kalau tidak nak jer aku langgar keta merah tu... entah apa yang istimewa sangat diorang tu aku pun tak tahulah... bosan betul... diorang dah la makan semua sponsor, kita ni yang kais pagi makan pagi besok... kais petang makan lusa... diorang tak terfikir ke sengsara rakyat nak mencari rezeki... namanya duduk atas kayangan.. otak kat kepala lutut.... pergghh...

Jadi buat Tuan Pee Emm 1malaysia, bolehlah rombak semua tu dan pertimbangkanlah cadangan Shaidan Kassim demi rakyat 1malaysia. Hah... itupun kalau Pee Emm 1 malaysia berani... takutnya belum apa-apa lagi nanti Rais Yatim dulu melalak... bab Sultan/Raja... ni dia paling handal mengolahnya, bodek lebih... isu sensitip nih... bukannya boleh kutuk mengutuk orang kayangan beb... he..he..he.. nama aku ISA.

Tak pun Pee Emm 1malaysia, telur sentot ke dalam... berani dia nak sentuh bab raja/sultan ni... sekali sultan pahang jegil jer.. terus berlari nyorok belakang kak mah... pengecut nak mampus...

Dalam hal mufti pulak... eloklah tu... 1 Mufti untuk 1 Malaysia... sudah ngam... yang lain-lain tu... terutamanya Harus Sana Sini... hantar ke pendalaman untuk berdakwah pada orang Asli, ada juga pahala daripada memanaskan bontot dalam bilik aircond, lepas tu melalut dengan kenyataan membela umno siap keluar hadis lagi...

Aku dah boring dengan hal raja/sultan nih... tak sesuai dengan zaman sekarang nih... berjuta duit cukai habis bayar elaun diorang setiap bulan... rakyat makin terhimpit... ekonomi meleset.. ramai yang takda kerja.. bukan aku yang cakap tapi Najib yang cakap semalam pada Cuepacs. Kalau fakta perlembagaan/perjanjian minyak Kelantan boleh turned around, takan la fakta perlembagaan bab Intitusi Raja-Raja ni... dia tak boleh turn around kot... boleh kan... umno boleh.. 1malaysia boleh... Malaysia Serba boleh...

Aku pun ramai jugak member golongan Raja ni..., Ada Raja Azrin, Raja Kamarudin, Rajagopal, Rajalingam, Raja Ular, Raja Durian, Raja Wali Nong Sari... ramailah.. tapi diorang cool jer.. hidup macam rakyat kebanyakkan jer... so apa ada hal...

p/s: Kak Mah... tolong rekomen sikit cadangan Shahidan Kassim ni kat laki ko...

Isa: Hidup.. Shahidan Kassim.. Hidup.. Shahidan Kassim.. adusss.. sesak nafas.. khui.. khuii.. khuii.. bodek punya pasal... 1malaysia... ha,,ha,,ha,,,

Tolak Permohonan Nizar, Mahkamah Perlu Beri Penjelasan.?


Angkatan Muda Keadilan memandang serius tindakan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan korum penuh dari Menteri Besar Pakatan Rakyat Nizar Jamaluddin.

Ketika dihubungi TVSelangor, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata kes sebegini penting harus dihadiri korum penuh 11 hakim kerana bukan sahaja nasib negeri Perak diadili, wibawa badan kehakiman negara juga turut dibicarakan.

"Inilah masanya mahkamah sepatutnya menunjukkan bahawa badan kehakiman adalah bebas untuk kes seberat ini. Dalam kes yang akan menjadi landmark, kes yang mencatat sejarah yang tersendiri di dengar oleh 11 orang hakim" katanya.

Beliau berkata para hakim yang terlibat dalam kes ini perlu mengemukakan hujah yang jelas menjustifikasikan penolakan permohonan ini.

Ini perlu kata Shamsul kerana penolakan ini memberi kesan kepada persepsi rakyat yang prihatin dengan kes ini.

"Pertamanya penolakan institusi kehakiman itu jelas menunjukkan bahawa apa yang disebut sebelum ini sebagai penurunan prestasi atau pun persepsi bahawa badan kehakiman ini tidak lagi bebas adalah benar-benar telah berlaku" tambahnya lagi. -TVS





Bolehkah saya dakwa "Ustaz Idris raba pungkoq janda"?



"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," kata kawan yang saya seronok berkawan dengan dia, iaitu Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad (lihat berita Harakahdaily hari ini bertajuk "Konvensyen blogger PAS atasi fitnah media baru").

Sebelum ini, dah lama blogger Umno hentam PAS macam-macam. Dah lama ditubuhkan cybertrooper Umno. Sepatutnya pertemuan yang diinisiatifkan oleh Idris itu dah lama dibuat.

Tetapi, saya tertarik dengan kata-kata "kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki".

Saya bukan blogger PAS. Saya tak layak hadir pertemuan itu kerana sijil keahlian PAS saya (yang ditandatangani Allahyarham Tan Sri Asri Muda) tak boleh diiktiraf lagi. Bukan kerana Asri yang sign sijil saya tetapi kerana ia tak relevan lagi apabila saya isytiharkan saya tidak lagi menjadi ahli PAS kira-kira tahun 2000 dulu walaupun saya tetap penyokong tegar Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS.

Oleh kerana Idris kata pertemuan itu hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja, dengan sendirinya saya tak layak hadir. Tak kisahlah.

Tetapi saya dok menung sorang-sorang. Posting blog yang manakah yang lebih menyakitkan hati sesetengah pemimpin PAS? Adakah posting seperti "Pergi London kerana nak peluk Umno?" (siap nak saman), "Hukuman qazaf" dan "Main belakang"?

Tolonglah buktikan pendedahan dalam posting-posting tersebut tidak betul dan fitnah. Tak akan jatuh maruah dan harga diri saya kalau saya memohon maaf seperti di sini. Buktikan pendedahan yang saya buat itu salah, tidak betul dan fitnah. Saya akan memohon maaf.

Kalau tak ada cerita, cerita apa yang saya boleh laporkan? Bolehkah saya laporkan cerita "Ustaz Idris raba pungkoq janda"? Sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku dan saya tak nampak ia akan berlaku kerana lebih kurang saya tahu perangai Idris.

Kenapa hang laporkan apa yang hang nampak sebagai salah laku pemimpin PAS, bakaq?

Tak kira pemimpin parti cap ayam sekalipun, it is too high a price for a leader to make mistake. Kalau bakaq buat salah laku, mungkin dia sendiri dan anak bininya saja yang tanggung kesan dan beban kesalahan itu. Tetapi kalau pemimpin masyarakat yang buat salah, ujung-ujungnya satu negara akan tanggung beban. Sekali lagi kena sebut, it is too high a price for a leader to make mistake.

Konvensyen (Pakatan) Rakyat 2


Oleh: MSK
sambungan...
7. Akan melaburkan lebih RM500juta untuk menarik pelabur asing.
Yang ni terlalu umum. Nak panggil kilang baja ka? Nak panggil Levi’s suruh bukak kilang kat sini ka? Nak tau jugak…apakah dasar investment kerajaan Pakatan Rakyat?
8. Untuk mengurangkan beban kepada peniaga, PR akan mengamalkan polisi lesen tiga tahun percuma untuk semua peniaga dan enam bulan pengecualian sewa untuk gerai dari kerajaan tempatan.
Manifesto kelapan ni jangan harus dikempen kat Kuala Kangsar. Silap-silap kena lempar kasut.
Masa baru-baru berkuasa diPerak dulu, perkara pertama yang dilakukan oleh Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat di Kuala Kangsar ialah menaikkan sewa tapak untuk peniaga Pasar Tani. Puluh tahun BN memerintah, sewa tapak cuma seringgit. Tup-tup bila memerintah, naik dua ringgit. Yang mencadang dan meluluskan kenaikan …Ahli Majlis Pakatan rakyat jugak. Bila tak ada kuasa…janji macam-macam tapi bila ada kuasa…buat lain macam.
9. Selain itu Kerajaan PR juga akan antara lain memberikan taraf pegangan bebas dengan 80% diskaun keatas premium untuk semua 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru, taraf 99 tahun kepada tanah industri,
Yang ni kan dah buat?
10. Air percuma untuk golongan miskin tegar
Selangor, Perak, Penang, Kedah semua tak mau bagi air percuma. Jangan la buat dalam manifesto saja, tapi bila nak dilaksana..cuma 20M3 saja. Bila sebut percuma…ia memberikan persepsi pengguna tak payah bayar. Cakap betul-betul…berapa banyak nak bagi free? Data base golongan miskin tegar dah ada ka? Kalau tidak, yang dapat semua puak-puak Umno saja.
11.Memperbaiki sistem pengangkutan awam melalui pengubahsuaian lapangan terbang, sistem letak kereta “satu negeri satu kupon”, untuk semua 15 kerajaan tempatan di Perak.
Yang ni bagus. Tapi boleh buat ka…terutamanya tentang pengubahsuaian lapangan terbang?
12. Pilihanraya ketua kampung di semua 817 kampung Melayu dan 134 kampung baru.
Kat kampung Melayu tak ada masalah..tinggal lagi…calonkan la orang yang ok sikit. ramai Ketua Kampung yang dipilih lalu..tak reti nak buat kerja. Tapi tak pa…mungkin lepas ni orang akan buka mata sikit. Kat kampung baru, kena selesai betul-betul. Nanti PKR nak pilihanraya, DAP nak lantikan.
13. Peruntukan tetap 1,000ha tanah untuk sekolah agama.
Fuiyo..banyak ooooo!! Ada berapa sekolah ugama di Perak?
Komen-komen aku:
Secara keseluruhannya, aku rasa manifesto ini macam dihasilkan oleh Tok Imam, Tok Bilal dan Tok Siak Surau Kampung Changkat Ibol.
Kalau lah manifesto ini diterima pakai, aku nak kempen kat sapa?
Dalam pilihanraya yang lalu, kemenangan Pakatan Rakyat dihasilkan menerusi undi-undi saluran 3 dan 4. Saluran orang muda. Saluran satu..rendam dengan Clorox pun tak putih dah.
Tapi bila menang…yang diutamakan ialah pengundi saluran satu. Bantuan kepada warga emas, bantuan ibu tunggal..yang kebanyakannya saluran satu. Tetapi bagi saluran orang muda yang banyak memberikan undi kepada Pakatan Rakyat…langsung tak ada.
Apa manifesto Pakatan Rakyat untuk golongan seniman, artis jalanan, rockers, geng undergound? Yang ada…setiap kali nak buat konsert, buat demo. Seburuk-buruk bajet Najib yang lalu, ada RM5 juta untuk golongan seni. Tapi dalam manifesto Pakatan Rakyat..habuk pun tarak.
Artis-artis ni banyak pengikut. Toksah kata artis top…Rahmat Haron pun ada peminat tegar. Dan kalau golongan ini dipinggirkan..mampuih pi la.
Dari 13 manifesto yang dicanangkan, tak ada satu pun program untuk anak muda.
Bagaimana dengan program sukan? Tak teringin ka nak buat liga daerah, liga kampung. Tak ada siapa yang teringatkan tentang padang bola atau padang permainan yang semakin hari semakin pupus diPerak?
Tak ada sapa ka dari kalangan kepimpinan PR yang hadir konvensyen tu bercakap tentang alam sekitar? Macam mana sungai-sungai semakin lama menjadi semakin kotor?
Tak ada sapa ka yang bercakap tentang pengurusan hutan lestari?
Apa dasar pertanian Pakatan Rakyat? Nak bagi subsidi baja macam BN ka? Atau nak jadikan Perak pengeluar produk organik? Atau nak jadikan Perak pelopor pertanian high-tech?
Tak ada sapa ka yang bercakap tentang pelancungan? Untuk menjadikan Ipoh sebagai pelancungan waktu malam? Kelab malam, kelab dangdut, rumah urut dan rumah pelacuran dah sedia ada di Ipoh..tak ada sapa-sapa yang nak buat promosi untuk menjadikan Ipoh sebagai Hat Yai? Jalan Yang Kalsom boleh kita jadikan sebagai Patpong.
Cuba tengok berapa banyak hutan lipor yang terbiar. Belanja berjuta-juta untuk bangunkan kawasan..last-last jadi tempat budak-budak beromen. Apa nak buat?
Tak ada sapa ka yang bercakap tentang program kemasyarakatan? Kaki gam dan kaki stim yang semakin ramai tu nak buat apa? Sekurang-kurangnya cekup depa dan bagi makan buaya pun tak apa…tapi sekurang-kurangnya ada idea macam mana nak mengurus masyarakat.
Apa peranan NGO, persatuan-persatuan dalam kerajaan Pakatan Rakyat? Apa ruang yang disediakan untuk mereka terlibat dalam pemerintahan yang dikatakan pemerintahan rakyat?
Dan yang terpenting sekali..apakah manifesto yang ditawarkan ini mencerminkan kehendak rakyat atau kehendak parti? Pernah tanya ka kaki-kaki kedai kopi…apa yang depa mau? Pernah tanya ka Mat Mat Rempit apa yang depa nak? Pernah tanya ka peniaga-peniaga pasar malam apa yang depa perlukan?
Pernah ka buat dialog dengan rakyat? Pernah tanya ka apakah permasalahan rakyat? Berapa ramai yang nak geran dan berapa ramai yang mahukan peluang perniagaan?
Kadang-kadang naik fedup..setiap kali bagi bantuan…orang yang terima bantuan naik pentas pakai gelang cerai sampai kesiku. Bila tiba pilihanraya..Umno juga pilihan hatiku. Kalau tak ada Umno…kita makan ubi kayu. Bila PR menang…orang macam ni jugak yang dilayan sedangkan tukang gantung bendera, tukang tampal poster,tukang bentang tikar tengok dari jauh.
Aku rasa…sudah sampai masanya rakyat juga keluarkan manifesto. Rakyat juga kena buat konvensyen, draf manifesto sendiri dan bagi kat parti-parti yang bertanding. Kita bagi tau apa yang kita mau…bukan hanya mendengar apa yang depa nak bagi kat kita.
Sapa yang terima, kita sokong. Sapa yang keras kepala tak mau dengar cakap kita…sekeh kepala depa.

Pendaftaran PR Petanda Evolusi Politik Tanah Air


Tindakan Pakatan Rakyat memohon secara rasmi untuk mendaftar sebagai sebuah parti mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak.

Malah menurut pengamal perundangan, Profesor Aziz Bari, sudah sampai masanya kematangan Pakatan diterjemahkan melalui cara ini.

"Dalam rangka kita hendak mewujudkan sistem dua parti daripada perspektif rakyat, ini benda yang tidak dapat tidak atau pun mesti dilakukan kerana ini adalah kesempatan terbaik dalam tempoh lebih 50 tahun negara merdeka".

Ujarnya tindakan Pakatan Rakyat itu juga memudahkan rakyat untuk membuat dua pilihan yang jelas.

"Bersedia atau tidak, saya tidak rasa ia bukanlah perkara yang terlalu penting, yang penting sudah ada dan sudah nampak potensinya. Apa yang menjadi masalah saya rasa halangan dan sekatan" tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Aziz berpendapat tindakan Pendaftar Pertubuhan dilihat sebagai terpaksa kerana desakan rakyat yang memerlukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara.

"Saya merasakan pendaftar pertubuhan itu sendiri semacam terpaksa dan kalau kita bercakap dari sudut perundangan, ini hak rakyat dan bukan kuasa mereka. Jadi tidak perlu berterima kasih kepada pendaftar kerana ini bukan bersifat ihsan, ini memang sesuatu yang memang hak rakyat".

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP.

Pendaftaran sebagai sebuah entiti politik akan membolehkan Pakatan Rakyat mengatasi pelbagai kekangan Suruhanjaya Pilihanraya dan juga permasalahan kecil yang melibatkan ikatan rasmi ketiga-tiga parti itu. -TVS




Semua Anggota J/K disiplin MCA letak jawatan..!!!

MCA hari ini menerima satu tamparan lagi apabila keseluruhan lima anggota jawatankuasa disiplin parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut baru-baru dan surat rasmi peletakan jawatan mereka telah diserahkan oleh pengerusinya, Ng Cheng Kiat (foto) hari ini.

Anggota jawatankuasa tersebut dipercayai tidak senang dengan campurtangan politik dalam keputusan yang dibuat, mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

Mengikut perlembagaan parti, semua keputusan jawatankuasa disiplin perlu disahkan oleh majlis presiden sebelum dibawa kepada jawatankuasa pusat parti itu.

Kedua-dua badan tersebut mempunyai kuasa untuk menolak atau meminda keputusan jawatankuasa disiplin itu.

"Dalam kes kami, ianya adalah soal disiplin. Tetapi bila ia dibawa kepada jawatankuasa pusat dan majlis presiden, mereka membuat keputusan politik.

"Sistem ini tidak berkesan untuk menguatkuasakan tindakan disiplin," kata seorang anggota jawatankuasa disiplin itu yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, beliau menafikan peletakan jawatan secara beramai-ramai itu ada kaitan dengan sisatan terhadap Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di mana syor jawatankuasa disiplin memecatnya, telah dibatalkan.

Satu sumber berkata penarikan balik penggantungan ketua bahagian Ipoh Timur, Thong Fah Chong juga merupakan satu lagi contoh campurtangan politik dalam tugas jawatankuasa tersebut.

Beliau menegaskan bahawa peletakan jawatan mereka tiada kaitan dengan mana-mana kes yang khusus, kerana jawatankkuasa itu tidak puas hati dengan keseluruhan sistem disiplin parti.

Ekoran siasatan yang dijalankan, jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan Ogos lalu supaya Chua dipecat kerana mencemarkan imej parti kerana skandal DVD seks.

Syor itu disahkan oleh majlis presiden tetapi ianya kemudiannya dibatal oleh jawatankuasa disiplin dan digantikan dengan hukuman penggantungan keahlian Chua selama empat tahun.

Ekoran itu, penyokong Chua mendesak mesyuarat luar biasa (EGM) diadakan pada 10 Oktober, yang menyaksikan perwakilan menolak keputusan jawatankuasa tersebut.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi dan pengarah akhbar berbahasa Inggeris The Star milik MCA, Datuk Leong Tang Chang (foto) kini merupakan pengarah bukan eksekutif akhbar tersebut.

Perubahan tersebut dibuat dua minggu selepas Leong dipecat daripada jawatan biro undang-undang MCA.

Royalti: Apakah istimewanya Sabah, Sarawak, kata Husam PETALING JAYA Nov 5 — “Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?”


PETALING JAYA Nov 5 — “Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?” soal pemimpin kerajaan Kelantan berikutan pengumuman bayaran wang ihsan petroleum kepada negeri itu berkuat kuasa tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan meletakkan hujahnya bahawa semua negeri adalah sama di bawah Akta Petroleum, “kalau Kelantan tidak layak dapat royalti kerana telaganya jauh, maka Sabah dan Sarawak pun tak boleh dibayar royalti.” “Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, lebih kemudian dari Kelantan dan Terengganu. Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?” kata beliau dalam tulisan blognya bertajuk “Ada Telaga, Ada Ihsan?” hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk memberi wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan.
Pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan. Menurut Najib, keputusan itu adalah daripada segi perundangan di mana Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.
Justeru jelasnya, wang ihsan akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.
Sehubungan itu, Husam menegaskan, Kelantan juga sama seperti Sabah dan Sarawak berhak untuk dibayar royalti, bukan sahaja untuk satu telaga, malah kesemua telaga termasuk dalam kawasan JDA dan CAA.
Oleh itu katanya, “masa belum terlambat sebelum keadaan lebih bercelaru.” Husam juga menjelaskan, nampaknya keihsan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas. “Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ihsannya. “Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ihsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan tiga batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ihsan, bukan royalti.
“Ada telaga, tapi tak lebih dari tiga batu (nautika) dari pantai baru dapat royalti. “Mana negeri ada telaga tapi tak lebih tiga batu dari pantai? Tolong tunjukkan. Sabah? Sarawak?” soalnya lagi.

Khalid Mengadu Turut Dilucut Tauliah Mengajar



KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Selepas kecoh dengan isu tangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama tanpa surat tauliah, hari ini anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula mengadu dilucutkan tauliah mengajar agama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas alasan mempunyai rekod jenayah.

Anggota Parlimen PAS itu juga mendakwa JAIS gagal memberi alasan kukuh termasuk apakah jenis jenayah yang dilakukannya apabila beliau mempersoalkan tindakan jabatan itu.

"Saya kini seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah tetapi jenayahnya adalah rahsia, JAIS telah tarik balik tauliah saya kononnya polis kata saya ada rekod jenayah.

"Apabila saya tanya polis apakah jenayah yang telah saya lakukan, mereka kata perkara itu tidak boleh diberitahu kerana ia adalah rahsia," katanya semasa membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini Khamis.

Khalid sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama setahun antara 1987 dan 1988 dalam Ops Lalang.

Sementara itu, Khalid dalam perbahasannya mempertikaikan penggunaan istilah wang ihsan petroleum kepada Kelantan dan bukannya royalti.

Beliau cuba meraih sokongan anggota Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Terengganu sama ada mereka faham apa dimaksudkan Perdana Menteri semalam berhubung istilah 'wang ihsan' berbanding 'royalti' seperti yang diterima Sabah dan Sarawak.

"Jika tidak faham seharusnya Yang Berhormat semua menentang usaha penyelewengan ini.

"Jika berdiam diri bermakna telah bersetuju untuk menyerahkan hak dan milik minyak di negeri masing-masing kepada Kerajaan Persekutuan. Pengkhianatan sebegini tidak akan dilupakan oleh rakyat dan pengundi dan pastinya akan dihukum kelak dalam pilihan raya," katanya.

Khalid mendakwa, jika berdasarkan penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berhubung kelayakan negeri untuk menuntut royalti akan memberi implikasi hasil negeri-negeri pengeluar minyak akan dirampas oleh kerajaan pusat.

"Mengikut takrif lebih tiga batu nautika akan memberi implikasi hak Terengganu, Sabah dan Sarawak akan diserah kepada Kerajaan Persekutuan, bukan hanya Kelantan.

"Penipuan dan penyelewengan ini perlu ditentang supaya hak rakyat terus terpelihara dan tidak dirampas serta kerajaan perlu mengamalkan konsep Persekutuan," katanya.

Najib dalam jawapannya berhubung isu itu di Dewan Rakyat semalam menjelaskan bahawa Kelantan dan Terengganu tiada hak untuk menuntut wang royalti petroleum kerana kini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan negeri berkenaan yang ditakrif sebagai kawasan yang terletak tidak melebehi tiga batu nautika dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut.

Bagaimanapun menurut Khalid berdasarkan laporan-laporan kewangan tahunan rasmi Petronas sendiri telah mengisytiharkan negeri-negeri tersebut merupakan pengeluar minyak di Malaysia dan royalti turut diberikan kepada negeri berkenaan.

"Ini bermakna selama ini hak rakyat Kelantan telah dirampas oleh Kerajaan Pusat dan dalam sesi Parlimen kali ini Barisan Nasional (BN) ingin tutup perbuatan khianat mereka dengan memberi nama wang ihsan," katanya yang memohon 'sembah derhaka' dan menolak cadangan bajet itu.

BN Sudah Tahu Keputusan Awal..!!! Jadi apakah kita masih mengharap pada mereka..???

Perbicaraan kes MB Nizar hari ini telah di tangguhkan kesuatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.Macam dah tahu dah..bila penyokong UBN dan para wartawan tidak kelihatan seperti mana sewaktu menunggu keputusan mahkamah pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak Yang Haram,masa tu kelihatan ramai wartawan dan ADUN dari BN telah bersedia di pintu mahkamah...

Inilah kehebatan Umno dan BN yang kita dapat tonton dan saksikan...bagaimana mereka lebih awal tahu segala keputusan yang akan dibuat didalam mahkamah..sebab apa..sebab mahkamah macam Bapak mereka yang punyaaaaaa....

Sendiri Mau Ingat

Kerajaan Perlu Bayar Berganda Kepada Kelantan..!!


Kerajaan Pusat perlu membuat pembayaran berganda iaitu wang ihsan yang akan diberikan dan royalti minyak yang selayaknya diterima rakyat Kelantan, kata Exco Ekonomi Kelantan Datuk Husam Musa.

Mengulas mengenai pemberian wang ihsan, terdapat 12 telaga minyak dan 5 pelantar carigali serata perairan Kelantan yang kerajaan perlu ambil-kira dalam pembayaran wang ihsan.

“Kalau ikut Perdana Menteri telaga Kelantan hanya ada 1 iaitu Bumi Selatan dan telaga-telaga lain tidak berada di perairan Kelantan. Kalau Bumi Selatan itu melayakkan Kelantan terima wang ihsan, bermakna telaga-telaga lain juga boleh melayakkan Kelantan untuk dibayar wang ihsan" ujar beliau.

Kelantan akan menerima wang ihsan bermula 2010 dalam bentuk projek yang akan disalurkan melalui agensi Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini menolak semua permohonan kerajaan negeri dan berkata rakyat Kelantan tidak layak terima royalti minyak.

"Dari segi perundangan, negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti, bagi sumber petroleum yang dihasilkan daripada perairan negeri tersebut. Dalam hal ini perairan negeri masing-masing, adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau persisir pantai negeri tersebut" ujar Najib.

Menyanggah alasan Kerajaan Pusat, Husam berkata Akta 144 Petronas tidak menetapkan jarak 3 batu nautika sebagai syarat melayakkan Kelantan atau mana-mana negeri mendapat royalti minyak.

“Yang pertama ialah jawapan Perdana Menteri adalah tidak tepat. Melalui beberapa segi dan sudut. Yang pertama kalau Kelantan dikatakan hanya layak untuk wang ihsan, kerana pengairan itu berada di luar 3 batu nautika dari pantai Kelantan, di Sabah dan Sarawak, telaga-telaga mereka juga berada di luar 3 batu nautika” ujar Husam.

Husam menegaskan isu wang ihsan dijadikan alat politik dan rakyat Kelantan dijadikan tahanan oleh Kerajaan Pusat.

“Wang ihsan ini adalah tindakan politik dan bukan tindakan undang-undang, untuk menafikan hak-hak negeri berkenaan menguruskan wang mengikut acuan mereka masing-masing’. - TVS







Update Nizar : Hearing concluded, decision fixed for another date

The Federal Court has finished hearing the appeal of ousted Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin.

NONEThe five-member bench however would make a decision at another date, which was not specified.

Nizar's appeal would determine the future of the Perak Pakatan Rakyat state government, which had been driven out of power in February after three of its elected representatives resigned from their parties and pledged support for Barisan Nasional.

Much is at stake at this hearing which would decide not only who is the legitimate menteri besar but also set a precedent for future similar political imbroglios.

Ahli Parlimen PR wilayah mahu jumpa Menteri bincang isu PPR

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan akan menghantar satu memorandum khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengenai isu penjualan perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Projek Perumahan Awam (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negera (MTEN).

Memorandum berkenaan juga bagi membantah perlantikan lima orang ahli politik Barisan Nasional ke dalam Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang jelas melanggar undang-undang akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Dalam satu kenyataan bersama di lobi parlimen pagi tadi, mereka berkata, meskipun ahli-ahli parlimen Pakatan Wilayah Persekutuan menyambut baik penjualan ini, namun mereka mendapati terlalu banyak kesan negatif kepada pembeli dan penyewa unit-unit perumahan berkenaan pada masa akan datang.
Mereka juga mengambil kira keluhan dan kebimbangan penyewa dan penghuni akibat daripada dasar dan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.
Keputusan itu juga dibuat kementerian terbabit tanpa mengadakan perbincangan dengan ahli parlimen Pakatan Wilayah Persekutuan.
Image Memorandum yang akan dihantar itu mengandungi lapan gesaan serta cadangan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, iaitu:
1) Mengkaji semula syarat dan terma penjualan yang ditetapkan.
2) Memastikan DBKL terus menyelenggara unit dan kawasa perumahan yang telah dijual, bukan 'joint management body' (JMB)
3) Membaik pulih semua unit yang rosak serta prasarana dan kemudahan awam kawasan perumahan sebelum dijual
4) Memberi peluang kepada semua penyewa unit di keseluruhan kawasan perumahan di Wilayah Persekutuan
5) Memberi peluang kepada pembeli melantik peguam mereka sendiri bagi perjanjian sewa beli
6) Menyelesaikan masalah strata pembeli terdahulu yamg masih belum memiliki hak strata mereka yang melebihi sepuluh tahun iaitu di Loke Yew/Sri Pulau Pinang, Hang Tuah dan Razak Mansion)
7) Memberi kemudahan pinjaman yang dibiayai oleh kerajaan dengan menubuhkan satu dana khas faedah rendah
8) Mengadakan perbincangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen Wilayah Persekutuan terlebih dahulu mengenai program penjualan ini.
Turut dipersoalkan kenapa lima ahli politik BN iaitu Ketua Bahagian Umno Seputeh, Musthapa Kama Moh Yusof, Keyua Wanita Umno Lembah Pantai, Datuk Sharifah Aminah Syeh Ahmad, Ketua Umno Bahagian Batu, Yahaya Mat Ghani, Ketua Bahagian MIC Batu, Ramanathan Chinu, dan Ketua Gerakan Batu, Lim Si Pin.
Pelantikan mereka ini dilihat membelakangi wakil rakyat Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat.
Sehubungan itu, mereka akan mengatur pertemuan dengan Menteri Wilayah PErsekutuan, Datuk Raja Nong Chick dalam waktu terdekat ini bagi menyerahkan memorandum itu.
10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 29, 562 unit PPR di bawah seliaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di 20 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM35,000.
Namun penduduk mendakwa mereka tidak diberikan penerangan yang jelas berkenaan proses jual beli dan prosedur yang harus dilakukan bagi mereka yang tidak mahu membeli rumah berkenaan sebaliknya ingin terus menyewa._

PAS claims Najib blundered in justifying “goodwill payment”


By Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, Nov 5 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak may have made a blunder when he claimed that Kelantan has no right to ask for royalty given that oil was extracted beyond the state’s waters in Parliament yesterday.
Najib had told Parliament that Kelantan could only demand for royalty if oil was extracted within three nautical miles of its coastline.
But PAS leaders said today that this meant Sabah and Sarawak, where oil is extracted beyond their territorial waters, have not been receiving royalties for its oil but “goodwill payment”, similar to both Kelantan and Terengganu.
“This means that all this while these two states have been receiving goodwill payment for its oil and not royalty despite Petronas’ financial report which clearly states that Sabah and Sarawak have been receiving royalty,” Kuala Krai PAS lawmaker Dr Hatta Ramli told a press conference in Parliament.
“This also means that oil profit is distributed according to the whims and fancy of the federal government and Section 144 of the National Petroleum Act which stipulates that 50 per cent of oil profit be given to oil producing states is obsolete,” he added.
Shah Alam PAS parliamentarian Khalid Samad said the paradoxical interpretation by Najib has dangerous repercussions as the Barisan Nasional (BN) Federal Government had the sole power to decide if oil-producing states can reap profits from its own resources.
Khalid added that leaders representing Sabahans and Sarawakians had failed to defend what is rightfully theirs.
He urged them to press Najib now for a clear stand on this matter.
Kelantan, ruled by PAS since 1990, began seeking the oil royalty recently although the Cakerawala gas field began production in January 2005.
The entire 7,250-sq-km area in the Gulf of Thailand, in the oil-rich South China Sea, is called the Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA). The JDA was created as an interim measure to exploit the natural resources in the seabed or continental shelf claimed by the two countries, with the proceeds shared equally.
Najib had announced yesterday that Kelantan would be receiving goodwill payment for its oil instead of royalty and PAS leaders have blasted this and said the move was akin to calling the people of Kelantan “beggars.”

Perangai orang PAS..!!!

Kawan saya kata, kalau orang PAS nak tangkap orang, bukan dia yang pegang polis. Umno yang pegang. Nak sumbatkan orang dalam penjara. Penjara pun dia tak pegang. Dia juga tidak menjadi tuan kepada OSA, ISA dan entah apa-apa yang kurang ajar tu. Semuanya di tangan Umno.

Nak tembak gas pemedih mata? Nak sembur air beracun? Jangankan itu semua, nak ligan orang pun tak boleh. FRU tidak ikut perintah dia. FRU ikut perintah Umno.

Lalu dia gunakan apa yang dia kata kebebasan bersuara. Hak untuk mempertahankan diri.

Yang orang nampak bukan kebebasan bersuara. Yang orang nampak, si compulsive liar membikin pertunjukan pembohongan sana-sini - kebebasan berbohong. Ada pula hak untuk menghentam orang tanpa memberi peluang kepada orang yang dihentam membela diri.

Kalau menghentam dalam blog, ada ruangan komen untuk orang yang dihentam membela diri. Tapi kalau hentam dalam majlis pembohongan yang handphone pun tak boleh di bawa masuk, apa lagi alat rakaman, lagu mana nak bela diri? Kalau bercakap benar, takut apa? Apa perlu sembunyi-sembunyi?

Rahsia jemaah? Kalau benar rahsia jemaah, kenapa bikin show sana-sini?

Tak habis lagi bab hukum orang tanpa kuasa. Ya, oleh kerana dia tak menjadi tuan kepada polis, penjara, hakim dan mahkamah, mudah saja pemimpin dan orang PAS dari jenis itu nak hukum orang; "hang akan masuk neraka", "hang kaki fitnah nombor satu", "hang munafiq" (baca tentangnya di sini), bagai-bagai la!

KENYATAAN MEDIA : ISU PENAHANAN DR. MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN

3 November 2009

Insiden penahanan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) mantan Mufti Perlis di tengah malam 1 November 2009 lalu adalah satu tindakan yang dikesali. Cara beliau ditahan oleh pihak JAIS bersama sejumlah besar anggota keselamatan amatlah menjengkelkan. Ia jelas menimbulkan persepsi buruk bahawa agensi penguatkuasa agama kita kurang professional dan berhemah dalam bertindak ke atas seorang tokoh agama yang disegani. Lebih parah, sebahagian masyarakat yang kurang menguasai pengetahuan Islam akan menjadi keliru dan penghormatan mereka kepada para ulama Islam juga akan luntur.

Beliau ditahan atas alas an mengajar agama tanpa tauliah. Namun, kami berpandangan bahawa tindakan JAIS adalah didorong oleh isu utama lain yang terpendam. Dr. MAZA dituduh sedang cuba mengembangkan aliran agama yang dinamakan Wahabi yang dianggap sesat dan memecahbelah umat. JAIS hanya mengiktiraf amalan agama mengikut mazhab Shafie. Maka, drama penahanan beliau tersebut hanyalah merupakan cebisan kecil dari konflik yang wujud. Tuduhan tersebut belumpun dibuktikan. Malah Dr. MAZA sendiri menafikannya.

Sebenarnya, isu ini bukanlah perkara baru. Ia telahpun menjadi isu usang yang sering diperbaharui semula berulang kali sejak beberapa dekad yang lalu. Ia telah mengakibatkan wujudnya aliran kaum muda dan kaum tua dalam pemikiran Islam di dunia Melayu suatu ketika dulu. Masyarakat Islam silam telahpun cukup serik melaluinya. Implikasinya mereka telahpun mencari formula penyelesaian secara terbaik. Lebih jauh lagi, masalah yang ditimbulkan bukanlah merupakan permasalahan pokok yang menjejaskan pegangan akidah seorang muslim. Ia hanyalah merupakan masalah kecil (furu’), khilafiyah dan bersifat pemikiran.

Pengalaman lalu memperlihatkan bahawa apabila isu ini dikendalikan tanpa memelihara adab al-ikhtilaf (adab berbeza pendapat), maka ia akan lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikannya. Akibatnya masyarakat Islam (apatahlagi masyarakat bukan Islam) akan bertambah keliru, porak-peranda dan mengorbankan nilai silaturrahim yang lebih aula dipertahankan.

Yang menjadi masalah adalah sikap para pendokong yang fanatik atau taksub dalam perkara-perkara cabang. Sepatutnya masalah ini tidak berbangkit lagi secara terbuka kerana ia telahpun menjadi sejarah. Biarlah ia dikaji dan dibincang oleh mereka yang berkelayakan, beramanah dan tahu menilai harga pemikiran ulama dan perbezaan pendapat mereka dalam masalah-masalah tertentu.

Kami tidak bersetuju dengan kaedah tindakan menahan beliau dilakukan. Pendekatan yang dilakukan adalah melampaui batas ke atas seorang ilmuan meskipun mungkin sebahagian pegangan dan pendekatan dakwah beliau tidak kita persetujui. Kaedah keras begini boleh menyebarkan sikap permusuhan dan ketegangan sesama umat Islam sendiri.

Sheikh Yusuf al Qardawi dan lain-lain ulama yang berwibawa pernah menyarankan supaya umat Islam lebih mengutamakan perkara usul berbanding furu’ dan khilafiyyah. Juga perlu lebih mengutamakan persaudaraan dan keharmonian berbanding perpecahan dan konflik berasaskan prinsip fiqhu al aulawiyyat.

Justeru, sepatutnya kelompok prihatin kepada Islam perlu lebih memberi perhatian kepada isu-isu lebih utama seperti kezaliman, rasuah, pembunuhan, fitnah, pembohongan, pendustaan, penganiayaan, ketidakadilan dan perzinaan yang berlaku.

Sebagai contoh, dikemukakan pendirian dan pendekatan dakwah Buya HAMKA, seorang ulamak besar, pendokong aliran Muhammadiah – sebuah pertubuhan Islam dominan di alam Melayu dan amat dihormati di dunia Melayu. Beliau yang kerap datang ke Malaysia menyampaikan dakwahnya, telah bersama-sama mengangkat tangan membaca qunut ketika solat subuh lantaran menghormati amalan masyarakat Islam setempat.

Berasaskan pandangan di atas, BIPPA ingin mengemukan enam langkah penyelesaian:

1. Kita perlu memahami fiqh kehidupan bersama orang lain yang berbeda pendapat hatta yang yang berlainan agama dengan kita.

2. Kita perlu menggunakan pendekatan wasatiyyah (keseimbangan dan kesederhanaan) dalam menyelesai segala konflik pemikiran seperti yang digesa di dalam Al-Quran.

3. Semua pihak perlu menghadapi pelbagai aliran mazhab pemikiran umat Islam ini dengan jiwa penuh silaturrahim, bertolak ansur dan menghormati kepelbagaian yang wujud.

4. Institusi-institusi agama seperti Jakim, Jabatan Agama Islam, Pejabat Mufti dan lain-lain agensi agama sewajarnya kerap mengadakan muzakarah secara ilmiah dan terbuka, telus dan adil dengan pelbagai pihak yang dianggap menimbulkan kontroversi agama.

5. Pihak penguatkuasa agama Islam di semua jabatan perlu diberi latihan dan keilmuan sewajarnya mengenai undang-undang berkaitan dan bagaimana mereka boleh melaksanakan tugas secara professional dan beretika.

6. Pendekatan yang berasaskan prinsip maqasid syari’ah (matlamat terakhir syari’ah) hendaklah diutamakan demi kesucian syari’ah itu sendiri. Lantaran itu, pendekatan menghukum hendaklah dijadikan pilihan terakhir.

Semoga peristiwa di atas menjadi ibrah kepada semua pihak. Kita juga berharap agar JAIS sebagai pihak berkuasa agama yang diamanahkan menjaga urusan agama untuk rakyat di Negeri Selangor tidak membiarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak lain yang bermotif politik. Apatah lagi jika pihak tersebut dengan sengaja berniat untuk memburukkan atau memecahbelahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada. Sekian.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
3 November 2009

Seminar PAS bangkit kemelut di Selangor..!!!



Resolusi seminar politik PAS hujung minggu ini, sebahagian besarnya, akan memandu siasatan jawatankuasa disiplin terhadap kepimpinan PAS Selangor, kata bekas pesuruhjaya negeri Perak, Ahmad Awang.

Menurutnya, resolusi seminar itu juga penting untuk melihat sokongan akar umbi ke atas kepemimpinan tertinggi parti berkenaan.

Anggota Majlis Syura Ulama PAS itu menjelaskan, seminar sehari itu - selain anggota majlis syura dan ahli jawatankuasa pusat - juga akan mendengar pandangan pesuruhjaya PAS negeri dan pemimpin peringkat kawasan.

"Keputusan besarnya adalah pandangan menyeluruh daripada akar umbi PAS, dan bukan keputusan kepimpinan tertinggi PAS sahaja," kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya lagi, isu melibatkan pergeseran antara bekas timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dengan pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali, juga tidak dapat dielakkan daripada dibincangkan.

Ahmad juga berkata kehadiran ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari - yang akan mengulangi analisisnya tentang kelemahan PAS dan mempertahankan tulisan kontroversinya bulan lalu - pasti mengundang pandangan balas daripada peserta.

"Seminar ini mengenai memperkasakan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi akan timbul juga hujah-hujah daripada peserta tentang masalah kepemimpinan di Selangor," katanya.

Sokongan bukan Melayu

Dr Abdul Aziz secara tidak langsung mendorong penganjuran seminar berkenaan susulan tulisannya yang mengungkit kemerosotan sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang bulan lalu.

Dalam artikel pada 19 Oktober lalu di sebuah akhbar, pakar perlembagaan itu mendakwa kemerosotan itu disebabkan, antaranya, beberapa tokoh PAS yang bermasalah berhubung idea kerajaan perpaduan, khususnya di Selangor.

Dr Abdul Aziz juga menganggap kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Jika usulnya itu terlalu berat untuk dilaksanakan, beliau menggesa Nasharuddin Mat Isa berundur daripada timbalan presiden PAS dan Dr Hassan pula disingkirkan daripada exco kerajaan Selangor.

"Itu tidak dapat dielakkan. Sudah tentu (Dr Abdul Aziz) akan pertahankan apa yang beliau sudah tulis," kata Ahmad lagi.

"Hal berkenaan tidak dapat dielakkan kerana masalah kepimpinan yang dialami parti itu sekarang kebanyakannya memang berpunca daripada masalah di Selangor."

Menurutnya, krisis dalaman PAS di negeri pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat itu dikesan apabila mesyuarat dewan harian bertindak memecat Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya dan Saari Sungib daripada ketua penerangan negeri.

"Mana boleh mesyuarat dewan harian pecat ketua penerangan dan timbalan pesuruhjaya negeri, sedangkan ia hanya boleh dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri.

Segerakan siasatan

"Dari situ kita sudah nampak kepimpinan di Selangor tidak teliti dan tidak ikut peraturan," kata Ahmad.

Tambahnya, hujah para peserta seminar tersebut nanti juga akan membantu menyediakan garis panduan dan menyegerakan siasatan jawatankuasa disiplin ke atas kepemimpinan Selangor.

"Resolusi ini juga akan menunjukkan sama ada Jawatankuasa Disiplin ada locus standi (asas) untuk siasat kepimpinan di Selangor, dengan cadangan-cadangan yang boleh dibawa ke jawatankuasa pusat.

"Jawatankuasa pusat pula akan timbangkan garis panduan yang diresolusikan oleh seminar. Kalau garis panduan mereka lemah, mereka kena perketatkan," katanya lagi.

Seminar ini diadakan sebagai menggantikan muktamar khas yang asalnya disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas membaca artikel Dr Abdul Aziz, 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' di Sinar Harian.

Wahabi tidak pernah difatwa sesat

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah... tak sah, habislah jemaah haji kita.

"Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk 'Pendermaan Organ dari Perspektif Islam' di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

NONEAntara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yaasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan biasa umat Islam di negara ini.

Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai "sensitif", berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara.

"Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru.

"Sekarang ini kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang lebih serius.

"Tetapi setakat ini fahaman Wahabi itu kita masih dapat bendung," katanya.

Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya, berkata: "Kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhati-hati supaya tidak menimbul ketegangan dalam kalangan orang agama mahu pun masyarakat yang melihat.

"Kita di Malaysia ini mengambil pendekatan yang halus dan berdiplomasi. Sensitiviti kebanyakan orang itu, kita kena jagalah. Itu yang kita nak jaga supaya perpaduan sesama kita terpelihara."

Turut hadir pada seminar tersebut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustafa dan Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azmi Shapie.

Terdahulu, mengenai pendermaan organ, Dr Azmi berkata sehingga Oktober tahun ini, seramai 134,000 orang telah mendaftar dan berikrar untuk menjadi penderma organ dan 19,000 orang pesakit buah pinggang dicatatkan sehingga bulan yang sama.

"Dari jumlah ini, Melayu adalah kumpulan yang terendah untuk tampil mendermakan organ. Ini adalah kerana meraka kurang pendedahan atau pemahaman mengenai pendermaan organ," katanya.

Othman dalam ucapannya pada seminar itu pula berkata agama tidak menghalang untuk menderma organ dan antara faktor penghalang seseorang Muslim untuk menderma organ adalah kerana rasa takut.

Beliau berkata walaupun pendermaan organ seperti jantung dan kornea dibolehkan dan difatwakan pada tahun 1970, namun jumlah individu Islam yang menderma amat kecil berbanding mereka yang beragama lain. BERNAMA

Kenapa Najib Bodoh Sangat?

Kenapa dengan Najib sehinggakan masih berdolak-dalih dengan pemimpin Pakatan Rayat mengenai isu royalti minyak Kelantan? Bodoh sangatkah rakyat Kelantan sehinggakan mahu menukar royalti kepada wang ehsan? Najib jangan ingat rakyat Kelantan bodoh seperti rakyat UMNO. Rakyat Kelantan cerdik-cerdik bukannya seperti rakyat disesetengah negeri pimpinan BN.
Berikan sahaja hak royalti kepada Kelantan. Apa susahnya? Adakah pemberian royalti itu merugikan negara? Dalam perjanjian dengan PETRONAS pun ada disebutkan mana-mana negeri pengeluar minyak berhak mendapatkan 5% dari hasil petroleum.
Kenapa si Najib ini bengap sangat sehinggakan mahu membolot semua khanah emas hitam negara itu. Bukan 100% dapat kepada Kelantan cuma 5% sahaja. Kerajaan pusat masih lagi ada 95% dan kenapa bimbang sangat dengan 5% itu? Negara tidak rugi un jika 5% hak royalty dikembalikan kepada rakyat.
Najib kena tahu dan bukannya jadi bodoh macam lembu. Sebagai kerajaan perlulah menolong rakyat. Mana perginya slogan tahi kucing “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Pergi jahanam dengan slogan itu. 1Malaysia la kononnya tetapi kenapa perlu ada jurang antara Kerajaan Kelantan dengan pusat.
Adakah sebab Kelantan diperintah oleh PAS maka pemberian royalti tidak dapat dilunaskan. Jangan jadi sempit pemikiran kerana Nampak duit semata-mata. Rakyat pun ada hak dalam memiliki asset khazanah emas itu. Jangan hanya slogan sahaja mendahulukan rakyat tetapi perangai macam syaitan.
Kembalikanlah royalti Kelantan. Bukan rugi pun malahan dalam Kelantan pun ada orang UMNO. Bukan orang PAS sahaja. Malangnya jadi orang melayu UMNO Kelantan jika kerajaan pusat memberikan wang sedekah kepada mereka. Itulah pemimpin UMNO. Rakyat yang menyokong UMNO harus sedar yang pemimpin mereka tidak membela mereka sebaliknya memenuhi kantung poket masing-masing.
Yang bodoh hanya rakyat di bawah kerajaan UMNO/BN tetapi rakyat yang cerdik itu hanya datang dari mereka yang sedar akan mereka ditindas oleh kezaliman UMNO/BN.

Jangan terperangkap! serang 'sahabat satu jemaah' lebih hebat dari serang musuh

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan 'agenda musuh' sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.
Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.
"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar.
Image "Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.
Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.
Umno kini katanya menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam PR sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.
Strategi itu katanya dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman PR.
"Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.
"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulisnya lagi.
Namun katanya, keadaan masih belum terlewat untuk petugas PAS kembali kepada fokus sebenar iaitu merancang straregi menang PRU ke-13.
"Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita.
"Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah," tegasnya.
Keadaan yang berlaku pada PAS kini turut dianalogikan dengan kisah 'enam pelabur' bercadang menternak kambing.
Biarpun projek mereka belum berjalan namun masing-masing sudah bergaduh memikirkan pembahagian keuntungan.
Sehingga salah seorang dari mereka dilaporkan berkata:
"Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi". ceritanya dipetik.
"Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja," katanya. _

Konvensyen Blogger PAS 2009

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/bloggerpas.jpgKUALA LUMPUR - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan satu Konvensyen Blogger PAS SeMalaysia 2009 dan terbuka untuk ahli-ahli PAS yang aktif dalam aktiviti tersebut.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya hari ini berkata, semua aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan adalah dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.

Katanya, tempat untuk peserta adalah terhad dan untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke -penerangan.paspusat@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).
Menurutnya, para bloggers diminta menghantarkan maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Nama
  • No. Ahli Pas
  • No. HP
  • Alamat Blog
  • Email
”Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email,”katanya.

Pakatan Mohon Daftar Jadi Parti Politik


Pakatan Rakyat telah memohon secara rasmi untuk berdaftar sebagai sebuah parti politik dengan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim sebagai pengerusinya.

Sumber-sumber memberitahu bahawa permohonan itu telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan awal minggu ini untuk mendapat kelulusan.

Zaid, anggota Biro Politik Parti Keadilan Rakyat sebelum ini memberitahu bahawa beliau berharap memperolehi kelulusan berkenaan sebelum Konvensyen sulung Pakatan Rakyat pada bulan hadapan.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP. Zaid turut membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat dianggotai oleh beberapa lagi parti dalam masa terdekat.

Gagasan itu kini memerintah Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Ia turut menubuhkan kerajaan negeri di Perak selepas pilihanraya umum 2008 sebelum Umno-BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.

Pertikaian menentukan kesahihan kerajaan negeri Barisan Nasional di Perak kini dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Pendaftaran sebagai sebuah entiti politik akan membolehkan Pakatan Rakyat mengatasi pelbagai kekangan Suruhanjaya Pilihanraya, termasuk peraturan bahawa parti-parti yang tidak bertanding dilarang menaikkan bendera mereka pada sesuatu pilihanraya kecil.

Ini menghalang PKR, PAS dan DAP membantu sesama mereka secara berkesan apabila satu daripada tiga parti itu bertanding menentang Barisan Nasional yang merupakan parti berdaftar dengan 14 anggota komponen.

Pendaftaran rasmi Pakatan Rakyat akan menandakan bermulanya sistem politik yang berteraskan dwi-parti sebagaimana di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Walaupun menjadi sasaran laporan berat sebelah dan fitnah oleh media arus perdana di samping menangani pelbagai kemelut dalaman, hubungan rapat antara Keadilan, PAS dan DAP membolehkan Pakatan Rakyat menang tujuh daripada sembilan pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu. -sk

BN cannot be expected to do Pakatan states any favours



Analysis by Leslie Lau
Consultant Editor
KUALA LUMPUR, Nov 5 — It is a time-honoured tradition in Malaysian politics for the Barisan Nasional (BN) federal government not to allow hard cash in the hands of any opposition state.
And Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s half-hearted move on the Kelantan oil royalty claim is testament to BN’s attitude.
BN’s rule is based on what supporters call “development politics.”
If cash, such as that claimed by PAS for extracting oil in Kelantan, was dispersed to the state government, BN would lose the most significant leverage it has over voters.
The BN federal government says it will pay Kelantan “goodwill payment” for oil extracted in its waters but PAS lawmakers are disputing it, saying it is akin to receiving alms instead of rightful oil royalty.
Najib told Parliament yesterday that Kelantan has no right to claim for royalties from national oil company Petronas since oil was extracted beyond the state’s waters, similar to the situation in Terengganu.
But PAS is arguing that Terengganu has actually been receiving oil royalties and not the “goodwill payment.”
After PAS won Terengganu the federal government did the same thing with the oil-rich neighbour of Kelantan.
Wang Ehsan, similar to the “goodwill payment” being offered now to Kelantan, was distributed via federal government projects in the state.
The PAS state government filed a lawsuit against the federal government but this case is now in the process of being dropped as Terengganu is now under BN control.
BN is not likely to drop its policy of blocking funds from filtering down to Pakatan Rakyat (PR) states, especially with the opposition in such a strong position.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng has been complaining about this almost from Day One of his administration.
But BN is banking on the fact that few voters realise or are bothered by the fact that state governments have access to very little revenue.
States are largely dependent on federal funds for infrastructure development.
And for PR men like Lim, voters may end up blaming his government for a lack of any initiatives.
Which is the point of controlling the funds.
The message to voters from such policies is clear — vote for BN and life is better.
Such a strategy worked well for BN especially when corruption was kept at a tolerable level and the economy was humming along.
But with corruption reaching an alarming rate and leakages in the economy through poor administration costing the country heavily, the BN government is finding it tough going convincing voters that it can bring them a better life.
This is not to say that the three parties in the PR coalition — PAS, PKR and DAP — can guarantee a better alternative to BN.
So far, PR has not yet made clear to voters what kind of government it can offer if voters send the coalition to Putrajaya.
But its argument has always been that it is not being given a chance to administer states like Penang and Kelantan well because of the BN federal government’s chokehold on funds.
Still, the leaders of PR states should be clear that they should not expect much help from the federal government despite Najib’s proclamation that he was willing to work with them.

Asri: Tauliah cabul hak bersuara..!!



Sistem pentauliahan bagi mengajar agama yang diamalkan oleh pihak berkuasa agama Islam di semua negeri adalah melanggar hak kebebasan bersuara, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, ini kerana dalam, Nabi Muhammad sendiri menyuruh supaya setiap umat Islam itu berdakwah "walaupun satu ayat".

Sehubungan itu, beliau tidak menolak sistem ini telah disalahgunakan sebagai 'alat kawalan' terhadap pendakwah-pendakwah Islam di negara ini.

Katanya, walaupun Perlis mempunyai undang-undang yang sama, tetapi beliau tidak pernah menguatkuasanya sepanjang menjadi mufti negeri itu.

Dr Mohd Asri yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas memberi ceramah agama di Gombak baru-baru ini, memberitahu demikian dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini.

Update Nizar : MB vs MB: Nizar's 11-man application dismissed

The future of the Perak Pakatan Rakyat state government and that of ousted Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin hinges on his crucial appeal, which is being heard at the Federal Court.

NONEThe apex court later rejected Nizar's application for 11 judges or an enlarged panel.Much is at stake at this hearing, which will determine not only who is the legitimate menteri besar but also set a precedent for future similar political imbroglios.

The apex court is also expected to interpret the rulers' powers in dissolving the legislative assembly and the appointment of its chief executive.

Five of the country's top judges have been picked to hear the case despite that Nizar has sought a full 11-member bench given the importance of the case.
Court of Appeal president Alauddin Mohd Sheriff is leading the five-member bench. Others are Chief Judge Malaya Arifin Zakaria and justices Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff and Abdull Hamid Embong.

Attorney-general Abdul Gani Patail, who acted as an intervener to help interpret the Perak and the federal constitutions, was also present in court.
Nizar is represented by a team of lawyers led by senior counsel Sulaiman Abdullah, while another senior lawyer Cecil Abraham representing Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

Journalists and members of the public were at the Palace of Justice in Putrajaya as early as 7am, where the hearing is held.
Security was tight as police and security personnel require those planning to go into the courtroom to obtain special passes.

"Jais halang saya sejak jadi mufti Perlis lagi"



Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mendakwa beliau adalah satu-satu mufti di negara ini yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi ceramah agama di Selangor.

Katanya, ketika beliau menjadi mufti Perlis, Jais membenarkan mufti negeri-negeri memberi ceramah di Selangor kecuali dirinya.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi terhadapnya bermula sejak beliau menjadi mufti Perlis lagi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri bagaimanapun berkata beliau tidak tahu motif sebenarnya di sebalik tindaikan tersebut.

Berhubung cadangan pelantikannya sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bekas mufti Perlis itu berkata, ia merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Katanya, beliau menjangka pemilihannya itu dibuat perdana menteri berdasarkan penglibatannya dalam banyak program keagamaan termasuk yang dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin politik kerajaan.

Bagaimanapun, beliau menafikan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim - yang dilihat begitu rapatnya - adalah 'political master' kepadanya.

Dalam wawancara tersebut, Dr Mohd Asri turut menyentuh bantahan beberapa NGO terhadap cadangan pelantikannya itu, termasuk Persatuan Peguam Shari'e Malaysia (PGSM).

Katanya, presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin pernah menemuinya berhubung cadangan pelantikannya sebagai yang dipertua Yadim.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu beliau masih belum mendapat tahu mengenai tindakan NGO berkenaan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, membantah cadangan pelantikannya itu

Isu MB Perak: Panel 5 hakim dengar rayuan

Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, kini terletak pada keputusan rayuan yang sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.


Keputusan rayuan bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Mahkamah tertinggi di negara ini itu juga akan mentafsir kuasa raja-raja untuk membubarkan dewan undangan negeri serta pelantikan menteri besar.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

Wang Ehsan Untuk Kelantan Antara Syukur dan Bimbang ..!!

APABILA saya ditanya apakah perasaan saya dengan pengumuman Mohd Najib Razak yang kerajaan Persekutuan akan memberikan wang ehsan sebagai menggantikan royalti Petroleum untuk negeri Kelantan, ada dua perasaan bermain dalam benak saya. Pertamanya, sebagai anak Kelantan saya gembira dengan pengumuman itu.

Seperti juga rakyat Kelantan lain, saya bersyukur kerana akhirnya rakyat Kelantan dapat juga merasai hasil bumi yang digali di laman dunia mereka. Walaupun terpaksa menunggu berpuluh tahun, tetapi Allah s.w.t. telah membuka pintu hati Najib untuk bermurah hati memberi wang berkenaan. Maka ia harus berterima kasih dan sujud syukur kepada Allah.

Walaupun atas nama wang ehsan bukan royalti seperti mana yang disebut dalam perjanjian, antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas, natijahnya rakyat Kelantan dapat merasai nikmat itu. Walaupun pihak kerajaan negeri dan ahli politik Pas merasa kecewa dengan pemberian menerusi wang ehsan itu, tetapi setidak-tidaknya usaha mereka untuk membawa wang itu ke Kelantan berhasil.

Bagi permulaan tuntutan rakyat Kelantan yang berlaku sejak lama dulu sudah berjaya. Mula-mula sedikit selepas ini akan banyak. Saya yakin pemberian itu kerana suara dan doa rakyat Kelantan yang mahukan hak mereka. Ia ditambah dengan rasa ehsan Najib sebagai perdana menteri dan disusuli dengan kecekapan Najib membaca kilau dalam kilat politik.

Langkah Najib ini saya lihat satu langkah ke depan dan bijak. Najib sudah mula memecahkan amalan-amalan karut (diskriminasi) yang diamalkan perdana menteri sebelum ini. Baik ketika Dr Mahathir Mohamad atau Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Najib dilihat lebih berani, terbuka dan bersimpatis kepada Kelantan. Ini satu anjakan baru yang perlu diberi perhatian dengan penuh kebimbangan oleh Pas.

Sudah tentu ada sebahagian rakyat Kelantan akan membuat penilaian atas sikap Najib ini. Mereka akan mengaitkan inilah iltizam Najib untuk membantu rakyat walhal hakikatnya apa yang Najib berikan itu adalah wang rakyat Kelantan sendiri. Pemberian wang ehsan itu samalah
Najib menyeluk saku rakyat Kelantan dan menghulurkan wang itu kepada mereka.

Bertolak daripada kebijaksanaan Najib inilah maka mengalun satu lagi perasaan dalam minda saya. Perasaan itu ialah bimbang. Perasaan ini menunjal-nunjal dalam kepala saya. Pendekatan Najib ini membimbangkan akan keselamatan kerajaan Kelantan.

Saya mengira langkah itu sedikit sebanyak akan mengubah persepsi rakyat Kelantan kepada pusat dan khasnya kepada stail politik yang diamalkan Najib. Saya yakin kalau tidak ada mengada Najib tidak akan sedia memenuhi tuntutan atau permintaan kerajaan Kelantan itu.

Apa yang membimbangkan, kerajaan Kelantan akan bertukar tangan kelak. Manalah tahu wang itu menyebabkan pengundi Kelantan mula membuat perkiraan baru. Rakyat akan merasakan Najib lebih berkebajikan daripada Pas. Apa lagi keadaan waktu ini politik Pas itu sendiri sudah berubah coraknya dengan pelbagai pendekatan dan budaya baru.

Bagaimana pun saya kira para pemimpin Pas Kelantan sudah menjangkakan bahana ini. Mereka tentu sudah membuat persediaan dan persiapan mengatasinya. Tentunya juga Tok Guru ada doa khas bagaimana ingin menguncikan hati rakyat supaya tetap kepada Pas!

Mengenai hal ini saya telah memberi amaran awal mengenai ketika melihat keghairahan Pas Kelantan memperjuangkan perkara ini menerusi kuasa politik. Saya menyatakan cara itu kurang bijak di mana tuntutan itu seharusnya diadakan secara lunak dan tidak dibuat secara ugutan. Kenapa saya memberi amaran itu kerana bimbang tuntutan itu akan membidas balik kepada Pas.

Nampaknya kemungkinan itu akan berlaku. Bila Najib sedia memberi wang royalti itu atas nama wang ehsan ia membahayakan kerajaan Pas Kelantan. Kenapa, kerana bila Najib telah melunasi maka kejahatan kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan sudah tidak ketara lagi. Dari sudut lain pula ia merugikan Pas Kelantan.

Saya tidak yakin dengan jaminan Najib. Katanya wang ehsan itu akan digunakan untuk pembangunan rakyat Kelantan, di mana pembangunan itu akan lakukan secara bersama. Walaupun mungkin akan ada perundingan, tetapi UBN tetap mendapat kelebihan.

Seperti ditegaskan saya sangat berharap Pas ada caranya tersendiri untuk memberitahu rakyat Kelantan bahawa wang itu adalah hak mereka dan tidak seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan saja. Atau mungkin juga Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat fatwa baru mengenai kedudukan wang ehsan ini, sama boleh diterima ataupun tidak.

Manakala dalam sudut lain saya cukup yakin wang ini akan digunakan untuk kepentingan UBN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1999 akan berulang di Kelantan. Apabila Pas berjaya memerintah Terengganu tahun 1999, royalti Petroleum untuk Terengganu ditarik balik dan diganti dengan pemberian wang ehsan.

Wang ehsan telah digunakan untuk merampas balik kerajaan Terengganu dari Pas. Ternyata usaha itu mebuahkan kejayaan. Kerajaan Pas Terengganu bertahan hanya sepenggal saja. Dalam pilihan raya 2004 kerajaan Pas Terangganu tumbang. Antara penyebab tumbangnya kerajaan Pas Terengganu ialah kerana pemberian wang ehsan.

Apakah Najib sudah dapat menghidu kejayaan UBN di Terengganu itu maka beliau sudi memberi dana itu ke Kelantan? Kalau ini benar bermakna Najib akan mendapat dua kebaikan di mata rakyat Kelantan dengan pengumumannya di parlimen tadi. Pertama, beliau dilihat Perdana Menteri mendahulukan rakyat, kedua partinya akan mendapat keuntungan, wang ehsan itu akan menjadi wang tambahan untuk merampas Kelantan.

Justeru kerajaan Pas Kelantan harus memikir untuk mengelakkan ini akan berlaku. Bagai saya cara terbaik kerajaan Kelantan perlu mengambil pendekatan lunak dengan Najib. Perkara ini kena berbincang. Mungkin cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa bersama bagi menyelaraskan wang berkenaan perlu.

Mungkin bagi tujuan ini Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petera boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar dan menggunakan budi baiknya demi kesejahtraan rakyat baginda.

Kalau wang itu hanya menguntungkan Umno saja ini bermakna usaha Pas itu tidak memberi apa-apa kelabaan kepadanya. Usaha Pas itu tak ubah seperti pemanjat pokok kelapa yang naik tinggi-tinggi tetapi bila buah luruh dipunggut oleh orang lain. Pas hanya dapat penat keuntungan mengalir kepada orang lain.

Apapun kalau Pas ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan dengan perjuangan mereka itu, tidak mengapa, kerana pahala sedang menunggu di akhirat kelak. InsyaAllah, Tuhan akan mengetahui siapa yang ikhlas dan benar berjuang untuk rakyat. Insya-Allah.