Rabu, 4 November 2009

Gugurkan Nasharuddin dan Hassan Ali demi menyelamatkan PAS – Aziz Bari

http://www.tvantara.com/v1/pic/section_mainnews/20090905181730_Still0905_00005.bmp
Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban.sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco kerajaan negeri. – profesor Dr Abdul Aziz Bari.

PAS perlukan ‘korban’ untuk pulih

PAS memerlukan “korban” dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik.
“Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban,” kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.
interfaith dr aziz bari interview 080606 talkingPakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.
Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.
Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, ‘Pengajaran Dari Bagan Pinang’ di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.
Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Aziz berkata sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco kerajaan negeri.
Dalam seminar 7 November ini, Dr Abdul Aziz diberikan masa 30 minit bagi menyampaikan pandangan kontroversinya itu kepada kira-kira 1,000 peserta – terdiri daripada semua barisan pemimpin kanan di semua peringkat termasuk tiga dewan utama dan kawasan.
Beliau, yang telah mengulas panjang selepas artikel di Sinar Harian itu, bagaimanapun tidak akan membentangkan sebarang kertas kerja, sebaliknya hanya berucap spontan.
Seminar yang dijadual dibuka dengan rasmi oleh Abdul Hadi dijangka disertai oleh seorang lagi ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaya.
Walaupun agak keberatan pada mulanya untuk turut serta dalam seminar itu, Dr Abdul Aziz telah mengesahkan kehadirannya kepada pengelola seminar, Salahuddin Ayub yang juga naib presiden PAS.
Ditanya sebab keberatannya untuk hadir, Dr Abdul Aziz berkata: “Saya bukan orang parti. Saya tidak ada kena-mengena dengan cerita (pergolakan dalaman) ini. Ini bukan kerja saya.”
Dr Abdul Aziz yakin seminar tersebut dapat menyelesaikan masalah dalaman PAS dalam jangka masa yang panjang walaupun terdapat pihak yang mempersoalkan keberkesanan program tersebut.
azlanMengulangi kritikan terhadap kepimpinan Abdul Hadi, Dr Abdul Aziz berkata presiden PAS itu hanya “sesuai menjadi (pemimpin) nombor 2, bukan sebagai kapten.”
“Masalahnya dengan isi (idea) yang dibawa. (Contohnya) kalau beliau kata dunia ini rata, kita tidak boleh terima perkara ini walaupun kita lihat ia memang rata. (Sebab idea) ini tidak betul,” katanya.
Tambahnya, cadangan kerajaan perpaduan yang cuba diperkenalkan Abdul Hadi tidak masuk akal kerana “mustahil” untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang tiada pembangkang.
“Jangan cakap perkara yang beliau tidak tahu. Di England, selepas Perang Dunia Kedua, penggabungan parti-parti membentuk kerajaan kerana tiada satu pun parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.”
“Di Malaysia, situasinya jauh berbeza,” kata Dr Abdul Aziz.
Dihubungi hari ini, Dr Abu Hassan pula berkata masalah parti itu kini masih di peringkat pergeseran antara tokoh pemimpin, khususnya antara “aliran agama” dengan “golongan liberal,” dan bukannya melibatkan masalah institusi-institusi PAS.
“Kemunculan tokoh-tokoh moderat dalam PAS terutamanya selepas (era) Reformasi 1998 meletakkan mereka di pesisir PAS, sedangkan golongan ulama masih di teras (kepemimpinan),” katanya.
“Masalah dalaman PAS ini tidak akan memungkinkan parti itu runtuh tetapi kemungkinan akan melemahkan jentera dan pengurusan parti.”
Dr Abu Hassan percaya ahli-ahli akademik termasuk beliau diundang di seminar itu kerana PAS mahu mencari sudut-sudut pandangan yang dilihat bebas.
Dalam kertas kerjanya nanti, beliau bukan sahaja menyentuh isu-isu konflik dalaman PAS, tetapi juga dasar parti itu, sama ada masih relevan di masa depan, tambahnya.
Kertas beliau akan menumpukan kepada tiga bahagian iaitu politik dalaman PAS, kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat dan juga kepercayaan nasional terhadapnya.
http://www.malaysiakini.com
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Komen Aduka

Jika Hadi terlalu berat, korbankan Nasha dan Hasan – Prof Aziz

Sebut nama dengan jelas kat seminar tu prof. Jangan jadi Melayu. Terlapik2, terkias2. Sikit2 nak merajuk, sikit2 nak jaga hati. Satu problem pun tak selesai.
Kalau sebut nama Hadi, pandang muka Hadi, prof. Kalau Hadi duduk atas pentas, belakang tempat berucap tu, toleh sekali kat Hadi, prof. Ambil masa 2 second untuk audien turut pandang Hadi. Skill ni beb. Lu tgk cane gelabah dia time pc nanti.
Then sebut nama Nasha. Ketepi sikit sambil toleh ke arah Nasha. Kengkonon bagi laluan kepada yang tak nampak Nasha. Ini semua skill prof. Buat dalam 2-3 second, then terus rapat balik ke mic. Terus bentang hujah2 kaw punya.
Sejarah ni prof. Nama lu akan terakam dalam sejarah. Anak cucu lu akan ada simpanan bidio lu belasah puak2 bengap PAS ni. Lu memang kena maki zaman ni, tapi hero zaman akan datang. Siyes ni prof. Lu gagal, gua maki lu plak.
http://adukataruna.blogspot.com

Binatang apa yang sukakan umno dan kenapa belia benci umno...jawabnya


Ini adalah kenyataan yang sememang wakil rakyat katak aje yang suka umno dan kenapa belia benci umno kerana kelompok tua kutuk yang tak sendiri yang membolot jawatan dari bahagian, pemuda dan puteri semuanya milik anak beranak dan yang paling hebatnya dikuasai oleh golongan buncit hinggakan belia, pemuda dan pemudi menjauhkan diri dari umno. Sememang umno tidak lagi menjadi wadah belia profesional kerana sikap angkuh orang-orang tua yang menguasai umno dari turun temurun hingga tidak ada ruang dan peluang orang lain untuk menonjolkan diri.

Ubahlah apa pun selagi manusia berfikiran jumud menguasai parti tua itu sehingga itulah muda-mudi negara ini akan menjauhkan diri dari umno. Berfikirlah menggunakan kepala otak bukannya kepala lutut. Salam
Cawangan Umno sekat ahli baru

Kepimpinan Umno perlu sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh pemimpin cawangan atau peringkat bawahan mungkin menghalang
orang baru iaitu golongan profesional muda menyertai parti itu.

Mantan perdana menteri dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak akan berlaku pembaharuan tanpa orang baru dalam parti serta parti itu akan semakin kecil.

"Saya fikir perkara penting bagi kepimpinan Umno adalah kesedaran bahawa Umno semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawahan sebenarnya menyekat kemasukan orang baru menyertai Umno.

"Jika tiada pembaharuan, mereka (pemimpin peringkat bawahan) akan menjadi tua dan bersara, namum mereka sahaja yang ada untuk rakyat membuat pilihan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana perdana ke-10 bertajuk 'Peranan Wanita dan Pemuda Dalam Pembangunan Negara' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Semasa sesi soal-jawab mengenai ucaptamanya, Dr Mahathir juga mengulas bahawa ia bukan kegagalan sistem tetapi salah guna pendekatan yang berlaku di peringkat bawahan.

Beliau menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang ahli Umno, seseorang itu terlebih dahulu perlu menyertai cawangan berbanding berdaftar secara langsung dengan parti.

Bagaimanapun, pemimpin peringkat bawahan mungkin melihat orang baru ini sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan berkomplot untuk menyingkirkan orang baru ini.

"Sistem ini bukan teruk tetapi pemimpin peringkat cawangan perlu memahami bahawa untuk Umno berjaya, Umno memerlukan lebih ramai pemimpin handal," katanya.

Dr Mahathir juga mengingatkan golongan muda supaya memberi lebih tumpuan kepada pendidikan dan menimba ilmu serta kemahiran supaya menjadi pemimpin yang berwibawa dan tidak membuang masa mengadakan demonstrasi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata undang-undang dan peraturan yang dilihat mendiskriminasi golongan wanita perlu dikaji.

Katanya, dalam masyarakat Islam terdapat beberapa injunksi Islam yang perlu dikaji sama ada ia benar-benar Islam atau tidak yang mendiskriminasi wanita.

Bagaimanapun, katanya, negara ini bertuah kerana keadaan tidak begitu buruk di sini berbanding negara Islam lain.

"Kebebasan Islam di negara ini jauh lebih baik berbanding negara Islam lain dan dalam keadaan tertentu, negara bukan Islam juga," katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan seorang wakil kumpulan Sisters in Islam (SIS) yang bertanya sama ada undang-undang yang tidak mencerminkan perubahan peranan wanita dalam masyarakat perlu diubah di mana wanita kini menjadi rakan dan bukan didominasi. BERNAMA

Jais diminta mengadap Sultan Selangor



Kerajaan negeri hari ini meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan mengenai isu pemberian tauliah untuk mengajar agama di negeri itu serta isu kontroversi penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan kaedah terbaik bagi mengendalikan isu-isu yang mencetuskan kontroversi tersebut.

Dalam mesyuarat exco hari ini, pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dipanggil memberikan taklimat berhubung isu tersebut.

Difahamkan beliau mengambil masa hampir sejam menjelaskan mengenai operasi jabatan itu dalam menguatkuasakan undang-undang syariah negeri.

"Oleh kerana penguasaan pentadbiran agama Islam di bawah Tuanku Sultan, maka kita telah meminta Jais berjumpa Tuanku Sultan supaya membincangkan perkara yang telah dibangkitkan (dalam mesyuarat exco) supaya mendapat persetujuan tentang beberapa perkara untuk dilaksanakan," kata menteri besar.

"Saya tidak akan menyebut perkara tersebut kerana itu masih dalam perbincangan," kata Abdul Khalid

Ditanya bila pihak Jais akan menghadap Sultan, menteri besar berkata: "Boleh jadi petang ini."

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri, Abdul Khalid menolak tanggapan bahawa kerajaan negeri mahu lepas tangan dalam isu tersebut.

"Tidak, kita campurtangan. Walaupun Jais merupakan jabatan di bawah kerajaan negeri, tetapi itu dari segi operasi. Dari segi kuasa pentadbiran dan dasar mengenai agama Islam, ia di bawah naungan Tuanku Sultan," jelas Abdul Khalid.

Berhubung keputusan mendakwa Dr Asri, menteri besar juga berkata, jabatan itu masih belum membuat kesimpulan sama ada terdapat keperluan melakukannya.

Beliau juga berkata, tiada penilaiaan semula terhadap undang-undang syariah akan dibuat buat masa ini, sekaligus menafikan desas-desus cadangan enakmen agama akan dibentangkan dalam sidang DUN Selangor yang akan bersidang Isnin ini.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, exco kanan Selangor, Ronnie Liu berkata, pembantunya di Sungai Pelek, Wong Chua How yang akan didakwa atas kes rasuah, akan melepaskan kesemua jawatannya yang dipegangnya sekiranya dibuktikan bersalah.

Ronnie berkata, Wong yang juga ahli majlis Sepang dan setiausaha DAP Sungai Pelek, telah menyatakan kesediaannya itu, dalam surat tidak bertarikhnya yang dihantar kepada menteri besar dan partinya hari ini.

Wong turut hadir dalam sidang media itu, tetapi tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Khalid : Malaysia Perlu Pemulihan Menyeluruh


Reformasi politik dan ekonomi yang menyeluruh adalah perlu untuk Malaysia mencapai negara maju.
Bercakap kepada lebih 500 hadirin di Petaling Jaya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata enjin ekonomi negara mampu dipacu laju hanya jika ia diuja iklim yang menggalakkan persaingan.
"Dasar ekonomi yang berjaya perlu disaluti dasar pengagihan yang adil dan sama-rata, dengan memastikan semua rakyat daripada pelbagai keturunan mendapat peluang sama-rata berasaskan keperluan dan meritokrasi," tegas Khalid.
"Hal ini tidak bermakna orang Melayu kehilangan hak mereka. Apabila kerajaan negeri Selangor mensasarkan program untuk golongan miskin, ia tidak dinafikan sebenarnya menguntungkan sejumlah besar orang Melayu," tambahnya.
Tan Sri Khalid, diantara tokoh korporat yang disegani di negara ini berkata demikian di wacana Bajet 2010 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.
Tan Sri Khalid dalam ucapannya memberi penekanan kepada persaingan terbuka sebagai tujahan melawan kelembapan ekonomi hari ini.
Namun anjakan ini hanya akan berlaku sekiranya rakyat bawahan diberdayakan, autonomi penjawat awam dari pengaruh politik kepartian diperkukuh dan perbelanjaan ringgit didisplinkan.
"Pada tahun 2008, RM8.2 bilion dibelanjakan oleh Kementerian Pertahanan, di mana 54% dibuat secara runding terus. Ini bermakna bahawa tender terbuka berkurangan sejak tahun 2006. Walhal semua dokumen berkaitan perlu disertakan sebagai bukti kepada rakyat bahawa kerajaan mengamalkan sikap kebertanggungjawaban," kata Khalid.
"Saya diberitahu keseluruhan projek KPI kini dijadikan aktiviti berbayar kepada firma rundingan di luar kerajaan. Adakah ia bermakna yang semua projek kerajaan, termasuk NKRA mesti dikendalikan konsultan yang dibayar dengan upah yang mahal walhal tugas tersebut mampu dilaksanakan pegawai-pegawai kanan kerajaan?" soalnya.
Selain terlepas-pandang masalah keperluan asas seperti beban sewa kediaman, lonjakan harga makanan dan rawatan kesihatan, tanggungan kenderaan peribadi dan awam serta kos pendidikan yang tinggi, Khalid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mengemukakan dasar yang jelas membasmi musuh nombor satu negara: rasuah.
"Apabila kita membaca buku bajet 2010, kita dapati ia kekurangan hala tuju ekonomi dalam situasi ekonomi negara sekarang. Ungkapan-ungkapan seperti "ekonomi pendapatan tinggi", "perubahan daripada ekonomi pertanian kepada ekonomi berasaskan industri", dan "peralihan kepada model ekonomi berasaskan inovasi, kreativiti dan aktiviti bernilai tambah tinggi" sebenarnya merupakan percubaan yang lemah dan kekurangan isi. Ungkapan-ungkapan tersebut hanyalah perulangan yang kerap didendangkan sebelum pembentangan bajet 2010 ini," kata Khalid.
"Kini malahan setiap pemilik kad kredit dikenakan bayaran RM50 walaupun sebelumnya kad tersebut diperoleh tanpa dikenakan caj tertentu. Datuk Seri Najib berkata kajian sedang di peringkat akhir tentang impak cukai barangan dan perkhidmatan dan kerajan pusat akan membayar RM22 juta untuk melaksanakan kajian ini. Walhal negara perlu meneroka sumber hasil alternatif selain petrol dan gas kerana dalam jangka masa terdekat Malaysia mungkin jadi pengimport minyak," tambah beliau.
Tan Sri Khalid menyatakan kebimbangan kerana belanjawan 2010 tidak mengemukakan dasar yang ampuh memaksimakan kepenggunaan sumber negara. Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa kerajaan melihat semula skim penswastaan besar-besaran yang dirancang dalam belanjawan ini.
"Walaupun pada peringkat awalnya ia merupakan premis yang berkesan untuk mengurangi saiz perbelanjaan kerajaan, namun kita perlu faham bahawa penswastaan di Malaysia dipenuhi pelbagai kecacatan. Misalnya, pada masa lalu, selepas sahaja badan-badan kerajaan diswastakan, mereka biasanya berakhir dengan kerugian besar, yang memaksa kerajaan membantu membayarkan hutang-piutang berjumlah ratusan juta ringgit," tegas beliau.
"Rakyat Malaysia sebenarnya sudah melalui pengalaman pahit akibat penswastaan yang hanya menguntungkan kroni dan individu tertentu. Duit pembayar cukai sebenarnya digunakan untuk memewahkan individu tertentu ini," tambahnya.

Gabungan Parti Pembangkang Buka Minda Rakyat

Perubahan yang dilakukan rakyat pada piliharaya yang lalu membuktikan rakyat mula bangkit menolak kerajaan sedia ada.
Demikian antara hujah dan komen Datuk Zaid Ibrahim dalam Forum Sembang Sembang di Geogetown  semalam.
Turut hadir dalam forum itu ialah Timbalan Menteri Pulau Pinang,Mansor Othman.
“That`s why I believe,I believe that this 2008,it’s a big step.At least the rakyat is spoken,we want a better government,and now how do we go to the next level”,katanya.
Selain menbincangkan isu semasa dan budaya di Malaysia,forum ini turut menfokuskan sistem dwi-parti di Malaysia yang kian meenjadi perhatian penganalisa politik dalam dan luar Negara.
Ia menyentuh tentang parti pemerintah,Barisan Nasional dan juga gabungan parti-parti pembangkang.
Menurut Zaid perubahan yang berlaku sehingga membolehkan parti parti pembangkang bergabung merupakan satu langkah yang besar dalam sesebuah parti.
Perubahan ini seiring dengan peredaran zaman dan  dianggap menepati keperluan dan kehendak rakyat sebagai penentu sesebuah kerajaan.
 “Remember DAP in the 70`s,lion dance and all chinese sort of cultural protection,and i`m not making fun of it.I think that `s was the issue of the time,but the issue today is good governer”tambah Zaid lagi.
Turut hadir dalam forum ini,ADUN Pantai Jerjak,Sim Tze Tsim,Speaker DUN PKR,Dato Haji Halim Hussain Senator Tuan Mustafa Kamal Mohd Yusuf.
Selain itu,pemerhati dari Brunei dan penyokong Barisan Nasional turut mendengar wacana yang diadakan buat kali yang kedua ini.

Remove all doubts; convene 11-member Federal Court panel


The legitimately elected but illegally ousted Perak Menteri Besar, Mohd Nizar Jamaluddin, has applied for a full quorum of 11 Federal Court judges to hear his appeal tomorrow.

A majority of Malaysians would support this application not only in the interest of justice but also because they want to see the return of confidence in the judiciary. They want the judiciary to be rescued from the doldrums and regain its former glory as a beacon of justice for all Malaysians.

The judiciary is in a shambles. Some judges have contributed to that. The Executive is not without blame either. It had appointed and elevated judges who did not measure up to their oath of office to deliver justice without fear or favour. The Lingam tape scandal has completely tarnished the judiciary -  according to some, beyond repair.

The Perak crisis further damaged its tarnished reputation, as can be seen in the following instances.

On May 11 High Court judge, Abdul Aziz Abdul Rahim, in a well reasoned  decision declared Nizar as the rightful Perak Menteri Besar.

But shockingly, in less than 24 hours, the Court of Appeal granted a stay by Justice Ramli Ali, who had just been elevated in April – the previous month.

Then, in what must be considered as super-speed,  11 days later, on 22 May, the appellate court over-turned the sound High Court decision for no apparent reason and  incredibly ruled Zambry as the legitimate MB.

In this instance, Justice Md Raus Sharif led a three-member Court of Appeal. Justice Md Raus Sharif was subsequently elevated to the Federal Court - which raised many eye-brows.

The way Nizar’s case proceeded has created doubts that are disturbing and damaging to the judiciary.

Malaysians are still wondering why a newly elevated justice to the Court of Appeal should have heard ZAmbry's stay application. No compelling reasons or justifications were disclosed for this bewildering decision. The stay order was simply granted – just like that.

This was followed by the over-turning of the High Court decision acknowledging Nizar as the legitimate MB by the three-member Court of Appeal panel headed by Justice Md Raus Sharif.

The court had the right to make that decision even though a written judgment was not made available. But surprisingly, Justice Md Raus Sharif was soon afterwards elevated to the Federal Court and tongues began to wag insinuating all kinds of things running down the judiciary.

Since Nizar’s case has cast the judiciary in such a poor light, prompting the public to perceive that there was biasness in these cases, it is all the more important why a 11-member Federal Court should hear this case.

There is also the constitutional issue in the Perak crisis that had not been properly addressed and seriously considered thus far. The supreme law deserves to be treated with due respect and given the utmost attention by the apex court and its members.



The issues at stake are crying out for a judicial remedy involving the constitution, the rule of law, the people’s mandate, democracy and justice itself.

The Chief Justice will be doing the judiciary a great duty in the interest of justice and public expection if he were to appoint a full bench to hear this very important case tomorrow. If he fails to do this, then we can with confidence conclude there is no hope for the judiciary.

In such an eventuality, Malaysians must decide once and for all at the 13th General Elections whether they want this rotten system to continue or vote for a complete change.


P Ramakrishnan
President
4 November 2009

That reminds me

Image

The controversy involving Dr MAZA (Dr Mohd Asri Zainul Abidin), the ex-Mufti of Perlis, brings back memories of my own brush with the ‘religious police’ more than a year ago. I was then under ISA detention and this is part of what transpired during my interrogation by five Special Branch officers.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Pak Raja, the way you write appears like you have a different view of Islam.
Which Islam are you talking about?
What do you mean ‘which Islam’? There is only one Islam.
There is not only one Islam. There are different interpretations of Islam. So which Islam are you talking about?
I don’t understand what you mean by different interpretations of Islam? Do you mean different schools of Islam? There may be different schools of Islam but there is still only one Islam.
Okay, so which school are you talking about then?
Sunni Islam. The Shafie school.
So you want to talk about the Shafie school of Sunni Islam then?
Yes.
What exactly do you want to know?
How you interpret Islam.
Simple, I follow the Quran.
So you are anti-Hadith then?
I knew you were coming to that. Why do you people always use the word anti-Hadith? Why not pro-Quran?
So is Pak Raja saying you only accept the Quran and not the Hadith?
Which Hadith?
I am not a religious expert so I can’t go into details.
Okay. Then how many Hadiths are there?
I am not sure.
There are 700,000 Hadith.
Okay, 700,000 then if Pak Raja says so. I am not sure.
Ah, hold on. But only 7,000 Hadith are accepted as authentic. That means only 1% of the Hadith are undisputed. The balance 99% are disputed. Did you know that?
No.
You want to debate about Hadith with me but you don’t even know there are 700,000 Hadith and that only 1% are sahih or undisputed?
I already said we are not religious experts.
If you are not religious experts then why do you debate Islam with me? You are not qualified to debate religion with me.
Okay, so do you accept the 7,000 Hadith?
Which one in particular?
All.
You give me an example of one Hadith from the 7,000 and I will tell whether I can accept it or not. Let’s be specific. Quote me one Hadith and I will tell you if I accept it or reject it.
I can’t quote you any Hadith. As I said….
Yes, I know….you are not an expert on Islam. But yet you want to debate Islam with me.
(The Special Branch officers remain silent).
Dr Mahathir said we must re-evaluate the Hadith. Kassim Ahmad said the same thing. Each Hadith must be looked at one by one to see which can be accepted and which should be rejected. We are not saying that we reject outright all 7,000 Hadith. We are asking to re-evaluate the 7,000 to see which makes sense and which do not. What is wrong with that?
But how can you do that? The ulamak already agreed what is acceptable and what is not. As Pak Raja said, there are 700,000 Hadith and they have already been short-listed to 7,000 by the ulamak. So why do you want to re-evaluate them again?
The Maliki have re-evaluated them. They have only 1,720 Hadith in the Muwatta, not 7,000. Even then only 600 of the 1,720 are attributed directly to the Prophet. And quite a number of the Shafie and Maliki Hadith do not overlap. This means some of the Shafie Hadith are not accepted by Maliki while some of the Maliki Hadith are not accepted by Shafie. So which one do we accept? The Maliki or Shafie Hadith, where many are different and do not overlap?
We are Shafie so we talk about Shafie.
Why do we just talk about Shafie? Why can’t I talk about Maliki? Or talk about Salafi? In Perlis they are supposed to be Wahhabi, a branch of the Salafi. And the Wahhabi do not accept some of the things we are doing. Dr Asri, the Mufti of Perlis, is also said to be Wahhabi. I have spent time in Perlis and I find that things are a bit different there. The Muslims in Perlis say they follow the Wahhabi. If we are only allowed what JAIS, JAWI, JAKIM and JAKUN say then the Perlis Mufti should be arrested for following the wrong teachings.
Eh, mana ada JAKUN (where got JAKUN)?
(The five Special Branch officers laugh).
Why must I only follow what the government says? Why can’t I research and decide which interpretation of Islam I want to follow?
We can’t allow that. The ulamak have already decided what is correct and you have to follow that.
How do you know the ulamak are correct? What if they are wrong? And which ulamak do I follow? There are so many. Which ulamak is right?
That is not for you to decide. The ulamak knows best.
Islam says in the akhirat (the hereafter) you will follow your imam. If your imam goes to heaven then you go to heaven and if your imam goes to hell then you go to hell. The ulamak can’t save me from hell. I will have to save myself. So how would I save myself unless I research and decide which ulamak is correct and which are wrong.
But you are not qualified to research. You will have to let the ulamak do that.
But the first word in the first verse of the Quran revealed to Prophet Muhammad is iqraq (read). Did not Allah command us to read? The first word in the first verse revealed to Muhammad is not ‘follow your ulamak who knows best’. It is ‘read’. Furthermore, the Quran asks: do you still want to follow the majority when the majority may be wrong? The Quran also asks: when you are made to account for your actions are you going to offer the excuse that you just followed the religion of your ancestors when your ancestors are wrong and misguided? So the Quran has made it very clear that we must read and not follow the majority or simply accept the ways of our ancestors who may be wrong.
(The session goes on and on for days but allow me to stop here for now).

PKFZ..?????

KUALA LUMPUR 4 Nov. — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini melaporkan bahawa kos tanah bagi bagi setiap kaki persegi dalam projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) adalah RM41.76 iaitu 67 peratus lebih tinggi daripada harga RM25 yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).


KUALA LUMPUR 4 Nov. — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan bentuk tindakan terhadap semua pihak termasuk personaliti-personaliti besar yang didapati bersalah di dalam skandal Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dr.MAZA dan DSAI Insan Yang Difitnah


Sebelum saya panjang lebar menulis mengenai dua tokoh anak muda Malaysia pada hari ini, janganlah kita lupa perbicaraan kes fitnah liwat DSAI pada 23 November 2009 nanti. Dapatlah kita turun beramai - ramai untuk memberi sokongan padu kepada beliau.

Hari ini, fitnah yang paling dahsyat telah berlaku sekali lagi pada tahun ini. Kedua - duanya melibatkan tokoh yang telah memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia. Ya mungkin mereka ini tidak sama dalam arus perjuangan. Ada yang berjuang kearah pemutihan Islam. Ada yang berjuang kebebasan kepada rakyat Malaysia walaupun dikeji oleh teman - teman sendiri.

Tapi bagi saya dan mungkin juga anak Malaysia menganggap kedua - dua mereka ini sama saja kerana kedua - duanya menyeru kearah pembaharuan. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyeru kearah TAJDID. Dato Seri Anwar Ibrahim menyeru kearah REFORMASI. Tapi kedua - dua mereka ini juga dikecam oleh masyarakat sekeliling yang buta kepada indahnya gerakan pembaharuan. Mereka dikecam kerana gerakan yang mereka bawa ini menyebabkan mereka yang tergolong sebagai benda busuk dalam masyarakat akan kehilangan pengaruh dalam masyarakat.

DSAI telah dihina sekali lagi pada penghujung tahun 2009. Fitnah yang paling jijik pada tahun 1998 diulang kembali. Tujuannya hanyalah satu. Supaya DSAI tidak mara kedepan lagi. Kemaraan insan yang bernama Anwar Ibrahim harus dihentikan. Baik cara baik mahupun jahat. Buat masa sekarang cara jahat yang kita nampak. Fitnah yang tidak masuk akal. Liwat yang melibatkan seorang yang sudah berumur dan anak muda yang masih kuat tenaganya. Jika benar Saiful dipaksa, sudah tentu cukup dengan satu penumbuk di muka DSAI sudah mampu menumbangkan DSAI dan sekali gus membiarkan Anwar Ibrahim pengsan dan berlumuran darah. Namun? Wayang...semuanya wayang.

Dr.MAZA, antara individu yang terbaru kerana fitnah maha dahsyat ini. Terbaru tuduhan yang paling jijik oleh pegawai JAKIM yang bernama Zamihan Mat Zain kononnya kelulusan Dr.MAZA adalah palsu walhal terang - terang bukti yang diberikan oleh Dr.MAZA baru - baru ini menunjukkan memang benar Dr.MAZA mempunyai dua kelulusan sekali gus.
Jika bukti yang diberikan ini jelas, sudah pasti pertuduhan ini dapat ditepis dengan tenangnya. Namun masih ada yang percaya kepada Ustaz Zamihan Al-Ghari yang giat mengajar di masjid - masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika orang seperti ini terbukti menipu bagaimana pula ilmu yang diajar kepada masyarakat? Tepuk dada tanya selera.
Jangan kita terpengaruh dengan nama - nama arab dibelakang kononnya mereka ini tawaduk dan alim padahal merekalah penyumbang fitnah terbesar.


Wajib untuk anak muda untuk terus berjuang. Jangan bicara soal perjuangan anda ikhlas selagi tidak diuji. Jangan bicara soal keadilan jika perangai macam ADUN Lunas dan ADUN Perlabuhan Klang.

Mudah - mudahan kita telah nampak persamaan antara mereka berdua ini. Persamaan ini bukan tujuan untuk menyamakan ketokohan mereka, tapi sebagai penunjuk kepada kita apa itu erti pejuang gerakan TAJDID dan REFORMASI atau dalam bahasa mudah pembaharuan. Juga tulisan ini bertujuan untuk kita memilih siapa kawan kita dan siapa lawan kita.

Dan yang paling utama adalah kita senantiasa harus membuka minda dan menilai apa yang orang yang kononnya baik itu benar atau tidak. Contoh Zamihan Mat Zain, memang benar ilmunya tinggi tapi sudah terpalit dengan budaya fitnah maka mahukah kita percaya kepada dia lagi??

Umno, nampak macam bela melayu tapi terlibat dengan fitnah jahat..mahukah kita percaya kepada mereka?

TAJDID , ISLAH dan REFORMASI PILIHAN KITA.

QULIL HAQ WALAU KANA MURRON

Royalti Minyak Kelantan: Dewan Kecoh, Agih Pada UMNO?


KERAJAAN Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.


Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada PM mengenai tuntutan bayaran royalti 5 %, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan. Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

Ekoran pengumuman itu, Dewan Rakyat menjadi kecoh. Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas. Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan jawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan. Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan. Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib

"Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib.

"Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.

Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.

Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.

"Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.

"Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan."

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut. "Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jawatankuasa Penduduk Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi.

Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut. "Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu. Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.

Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat. Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.



Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain. Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu. Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini. (AK)

http://www.ibnuhasyim.com

Tangkap Dr Asri, Pengarah Jais perlu profesional


Zuraida Kamaruddin

Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.


Selaku individu yang berada di tempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.
Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak profesional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.
Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.
Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.
Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.
Di sini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.
Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang di antaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.
Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.
Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.
Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.
Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.
Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.
Ahli Parlimen Ampang,
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.

Najib seleweng fakta hak royalti minyak Kelantan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.

Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.
Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.
"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.
Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.
"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Image Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.
Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.
Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS  Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.
"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.
"Saya melihat Datuk Seri Najib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"
"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.
"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.
Khalid Samad (PAS  Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"
"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.
Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.
Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.
"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"
"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya.

SEGERA: PAC minta SPRM & Polis siasat bekas Menteri Pengangkutan; bekas GM Pelabuhan Klang



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Paduka O.C.Phang kerana pecah amanah berhubung tiga surat sokongan dan surat akujanji untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
PAC yang masih menjalankan siasatan ke atas PKFZ telah mendapati Chan and Phang telah melanggar Seksyen 14 (1) Akta Prosedur Kewangan 1957 dengan mengeluarkan tiga keping surat sokongan dan tiga surat aku janji tanpa terlebih dahulu memperolehi kelulusan atau kebenaran Kementerian Kewangan.
PAC berkata, pejabat Peguam Negara mendapati tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga lagi surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang secara tersiratnya meletakkan pertanggungjawaban penuh ke atas kerajaan untuk memastikan bahawa wujudnya peruntukkan untuk Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) memenuhi obligasinya di bawah perjanjian pembangunan PKFZ.
“Maka itu, satu penyiasatan yang menyeluruh sama ada oleh pihak polis ataupun SPRM perlu dilakukan memandangkan apa yang telah berlaku ini tidak mengikut prosedur di bawah akta berkenaan,’’ demikian menurut laporan PAC yang dikeluarkan di Parlimen hari ini.
Laporan itu juga menyebut, bahawa isu berkaitan dengan penerbitan bon untuk membiayai projek berkenaan juga dilakukan tanpa prosedur yang betul kerana ia telah menyebabkan kerajaan menanggung kerugian yang sangat besar.
PAC mencadangkan supaya Kementerian Kewangan menilai kembali penebusan bon berkenaan secepat yang mungkin untuk mengelak kerugian akumulatif yang lebih besar akibat faedah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.
Laporan itu turut menyebut, surat akujanji yang dikeluarkan oleh Phang juga bertentangan dengan keputusan kerajaan apabila meluluskan projek PKFZ bahawa projek itu mestilah dibangunkan menggunakan dana yang dijana oleh PKA.
Kata laporan PAC itu lagi, Phang dan Kementerian Pengangkutan telah gagal untuk memaklumkan situasi ini kepada kabinet dengan segera dan pada masa yang sesuai.
Dan PKA juga telah gagal untuk melaksanakan projek ini menerusi dana yang dijana sendiri sebagaimana yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.
Malah PAC juga mendapati, PKA dan pihak kementerian tidak mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi berkaitan peruntukkan dana bagi projek PKFZ.
Hasil siasatan PAC juga mendedahkan bahawa Phang telah bertindak secara salah apabila mengeluarkan surat aku janji kepada OSK Securities Bhd dengan menyatakan bahawa PKA akan memohon kepada kerajaan agar menyalurkan dana daripada peruntukkan bajet kepada satu akaun rezab khas yang akan diurustadbir oleh PKA bagi tujuan membangunkan PKFZ.
PKA sebenarnya tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan ataupun Kementerian Kewangan berhubung perkara berkenaan.
Mengenai tanggungjawab ahli lembaga PKA pula, laporan PAC menyebut, mereka telah gagal untuk mengawasi situasi kewangan PKA walaupun Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2004 telahpun menegaskan bahawa PKA tidak mempunyai obligasi kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek PKFZ.
PAC juga menyokong langkah PKA membentuk satu pasukan petugas khas untuk mengkaji apa juga kepincangan yang berlaku dan telah menyenaraikan beberapa isu yang berkaitan PKFZ yang memerlukan perhatian SPRM.
Laporan PAC yang dikeluarkan hari ini ditandatangani oleh Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar); Dr Tan Seng Giaw (DAP - Kepong); Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN - Pulai); Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah); Hanim Samuri (BN- Ledang); Datuk Seri Panglima Mojilip Bumburing @ Wilfred (BN -Tuaran); Liang Teck Meng (BN - Simpang Renggam); Alexander Nanta Linggi (BN - Kapit); Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud); Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR - Teluk Kemang); William Leong (PKR -Selayang); Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS - Tumpat) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

KSN: Pegawai salah laku, seleweng wang awam akan dikena tindakan



KUALA LUMPUR: Pegawai awam yang secara terang melakukan kesalahan dalam pengurusan wang awam sepertimana yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008 akan dikenakan hukuman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Mohd Sidek, yang mempengerusikan pasukan petugas bagi menentukan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas pihak-pihak yang didapati cuai atau melanggar peraturan dan prosedur dalam pengurusan wang awam, berkata terdapat empat jenis tindakan yang boleh diambil dalam kes salah laku/penyelewengan dalam pengurusan wang awam iaitu:
* surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 1957;
* tindakan tatatertib di bawah Perintah-perintah Am, Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai awam yang telah bersara tidak boleh dikenakan tindakan disiplin atau surcaj. Namun mereka boleh dikenakan tindakan sivil atau jenayah;
* pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan ke atas kes-kes salah laku seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu supaya tindakan undang-undang seterusnya boleh diambil. Sehubungan ini pihak PDRM akan turut menganggotai pasukan petugas; dan
* tindakan sivil di mahkamah jika terdapat cukup bukti.
Ketua Setiausaha Negara berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berikutan mesyuarat pertama Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008 yang dipengerusikannya Isnin lepas (2 Nov 2009). Mesyuarat dihadiri Peguam Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Audit Negara, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Mohd Sidek berkata mesyuarat itu antara lain bersetuju bahawa tindakan yang akan diambil akan berasaskan kepada fakta-fakta yang jelas dan akan turut mengambil kira peringatan Perdana Menteri iaitu tindakan tidak sepatutnya dikenakan dalam kes di mana seseorang pegawai membuat sesuatu keputusan dengan niat yang jujur, kesalahan-kesalahan yang tidak disengajakan atau berpunca daripada faktor-faktor di luar kawalannya.
"Prinsip asas yang akan diutamakan oleh pasukan petugas dalam mengambil tindakan ialah memastikan ia mampu menerapkan budaya tadbir urus yang baik dalam Perkhidmatan Awam sekali gus menjurus kepada prinsip budaya prestasi tinggi," katanya.
Mohd Sidek berkata pasukan petugas akan meneliti keskes secara berperingkat dengan mendahulukan kes-kes yang banyak berlaku dan tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan pekeliling-pekeliling Perbendaharaan seperti pembayaran telah dibuat tetapi barang tidak diterima, perkhidmatan tidak dilaksanakan dan perolehan barangan atau perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi.
"Bagi kes-kes sebegini tindakan surcaj di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dan tindakan tatatertib di bawah Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil terhadap mereka yang terlibat," katanya. Mohd Sidek berkata tindakan ke atas keskes salah laku akan diambil secara berperingkat, iaitu sebaik sahaja siasatan ke atas satu-satu kes itu selesai.
Beliau juga berkata dalam menjalankan tugasnya pasukan petugas akan memberi fokus kepada prinsip asas iaitu tadbir urus pengurusan kewangan awam yang baik.
"Anggotaanggota Perkhidmatan Awam yang diberi tanggungjawab perlu mengamalkan budaya prestasi tinggi. Untuk ini mereka yang berprestasi cemerlang akan diberi ganjaran sewajarnya tetapi kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan penyalahgunaan kuasa, mediokrasi, kecuaian, pelanggaran peraturan dan prosedur pengurusan wang awam yang disengajakan sepertimana yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008," katanya.
Mohd Sidek juga berkata pasukan petugas itu, yang penubuhannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Okt lepas, akan bermesyuarat pada setiap minggu dan merancang untuk menyelesaikan tugasnya selewat-lewatnya pada bulan April 2010.BERNAMA

Penahanan Dr Asri Satu Penghinaan Kepada Para Akademik



PETALING JAYA: Penahanan Dr Asri tempoh hari merupakan satu penghinaan kepada para akademik. Presiden Komuniti Islam dari Universiti Durham, United Kingdom, Maszlee Malik melahirkan rasa terkilannya di atas insiden penangkapan Dr Asri menerusi kiriman emel kepada mStar Online hari ini.
Kata Maszlee, institut pengajian tinggi memainkan peranan sebagai satu badan yang menghasilkan golongan yang berpendidikan tinggi dalam masyarakat dan golongan bijak ini dibentuk untuk menjadi pelapis golongan intelektual pada masa hadapan.
Malangnya, Maszlee mendakwa tradisi yang sudah lama dipraktikkan ini ditolak di Malaysia. Ini terbukti dengan tindakan 'kepura-puraan' penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Ijazah merupakan satu penghargaan dan ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul. Ia juga merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan," kata Maszlee.
Menurutnya lagi, ini bukan hanya satu tradisi barat yang telah lama dipraktikkan oleh orang Muslim sejak berkurun-kurun. Pencapaian seorang cendekiawan diukur melalui pencapaian seseorang semasa zaman universitinya. "Dr Asri ditahan tanpa sebarang permit di sebuah banglow di Taman Ukay. Tiada siapa yang tahu motif sebalik penahanannya.
"Pihak JAIS juga sering menukar sebab penahan Dr Asri untuk mempertahankan tindakan mereka itu. Mujurlah, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, enigma itu akhirnya terjawab," ujar Maszlee lagi.
Media dan surat khabar menyatakan Dr Asri ditahan kerana beliau memberi ceramah mengenai agama Islam tanpa mendapat tauliah daripada Jais.
"Sudah jelaslah kini kesemua ini berlaku untuk menunjukkan siapakah yang berkuasa.
"Tidak berguna bertengkar mengenai prosedur undang-undang dalam hal ini. Perundangan ini hanya wajar diamalkan sekiranya seseorang itu mempraktikkan ajaran sesat," kata Maszlee.
Beliau juga menyoal apa lagi kelayakan yang perlu ada pada bekas mufti yang memilki ijazah falsalah kedoktoran dalam pengajian Islam?
"Jika Ayah Pin atau Haji Kahar yang mengakui dirinya sebagai seorang Nabi Melayu ditahan, masyarakat awam tidak akan membantah tindakan Jais.
"Tetapi ini Dr Asri....orang yang pernah menjadi seorang mufti. Mufti ialah pangkat tertinggi diberikan kepada seseorang yang berkelayakan dalam bidang kuasa agama Islam selepas Sultan atau Agong.
"Selepas episod ini, orang akan mula bertanya dan sudah timbul pun keraguan, mesti ada sesuatu yang tidak kena," kata penulis yang juga merupakan Penasihat kepada Persatuan ‘Durham Malaysian Scholars.’
Pada masa yang sama, Maszlee juga mempertikaikan bagaimana pihak JAIS menilai biasiswa yang diterima oleh Dr Asri. Pada pendapat beliau, ijazah kedoktoran yang diterima Dr Asri dari Universiti Malaya dalam penggajian Islam Antarabangsa serta pengalaman menimba ilmu di rantau orang perlu diambil kira.
"Apabila kelayakan cendekiawan dan pensyarah seperti Dr Asri dipersoalkan maka ini sudah merupakan satu penghinaan.
"Apa lagi kelayakan yang perlu dimiliki oleh seorang bekas mufti ini? Jika kelayakannya menjadi tanda tanya, bagaimana pula mengenai ahli politik Islam lain apabila mereka mengadakan ceramah di masjid dan surau?
"Apa pula kelayakan yang perlu dimiliki oleh Tabligh jamaat yang berpindah dari satu masjid ke masjid yang lain untuk berkhutbah mengenai ajaran Agama Islam?
Maszlee juga menyarankan agar pihak berkuasa agama Islam, membuat sedikit pengubahsuaian dalam undang-undang yang sedia ada untuk membenarkan orang berkhutbah dalam bidang kuasa masing-masing. "Pendekatan ini haruslah diterima oleh masyarakat awam yang sebahagian besarnya merupakan masyarakat Islam. Ini perlu untuk mengubah tanggapan mereka mengenai cendekiawan dan para akademik dalam jurusan penggajian Islam.
"Untuk mengubah sikap mereka mengenai golongan ini, latar belakang mereka mestilah diubah atau diadaptasi. Kalau tidak, golongan ini pasti akan ditimpa banyak lagi penghinaan apabila peristiwa seumpama penahanan Dr Asri berulang lagi.
"Bagaimana dengan ajaran agama Islam oleh para cendekiawan, orang berkhutbah dan para akademik, boleh disebarkan diseluruh dunia, terutamanya di Eropah walaupun mereka tidak memiliki sebarang tauliah atau lesen daripada pihak berkuasa tempatan," kata Maszlee.

Seminar bukan untuk bincang kemelut kepimpinan PAS - Salahuddin



KUALA LUMPUR: Seminar politik Pas pada Sabtu ini bukan bertujuan membincangkan kemelut kepimpinan parti itu sebaliknya untuk memperkasakan parti demi memperkukuh pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata naib presiden Pas Salahuddin Ayub.
"Ini (isu kemelut kepimpinan) tak berbangkit, kira dah selesai. Soal (Pesuruhjaya Pas Selangor) (Datuk) Dr Hassan Ali kita dah serah kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu di sini Rabu.
Mengenai seminar sehari itu, Salahuddin berkata peserta akan membahaskan ucap utama presiden yang akan disampaikan pada sebelah pagi.
"Adalah diharapkan pada penghujung seminar kita akan dapat menyatakan kepada masyarakat luar bahawa Pas masih bersama pakatan rakyat dan (akan) memperkukuhkan kedudukan kita dalam pakatan," katanya.
Salahuddin berkata seminar akan disertai wakil Pas kawasan seluruh negara dan perbahasan terbuka kepada semua.
Dua pemerhati politik iaitu Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya turut diundang bagi mengemuka pandangan mereka.
"Kita bersedia mendengar pandangan alternatif," katanya.
Seminar sehari itu diadakan bagi menggantikan muktamar khas yang disaran oleh Mursyidul Am parti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Pas "membersihkan" parti itu daripada segelintir pemimpin yang disifatkan beliau sebagai bermasalah.
Saranan Nik Abdul Aziz itu adalah rentetan daripada pandangan penganalisis politik bahawa terdapat beberapa pemimpin Pas yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menjayakan kerjasama parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat. BERNAMA

The Perak crisis: Keep focused on the real issues — Kevin YL Tan


NOV 4 — In a few days the Federal Court will hear one of the most important constitutional appeals in recent times: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin vs Datuk Dr Zambry Abd Kadir. While many readers are familiar with the facts leading to this appeal, it is useful to recapitulate the key events.
The resignation of three Pakatan Rakyat (PR) assemblymen in February this year left the ruling PR government with control over 28 seats in the Legislative Assembly (LA), the same number of seats controlled by the opposition Barisan Nasional (BN). This led the incumbent PKR Mentri Besar of Perak, Nizar to request Sultan Azlan Shah (HRH) on Feb 4 to dissolve the LA so that this numeric deadlock could be resolved. HRH took no immediate decision.
The following day, HRH met up with 31 members of the LA (including the three PR members who had earlier resigned), satisfied himself that all 31 of them supported Zambry as MB and proceeded to inform Nizar that he no longer commanded the LA’s confidence. Nizar was then asked to tender the resignation of the Executive Council. When Nizar did not comply, HRH’s office issued a press statement declaring the office of MB to be vacant and that Zambry had been appointed the new MB of Perak since he commanded the confidence of the majority of LA members. Nizar applied to the High Court for a declaration that he remained Perak’s MB.
On May 11, the Kuala Lumpur High Court ruled (per Datuk Abdul Aziz J) that since there had been no formal vote of confidence on the floor of LA, Nizar remained the rightful MB of Perak. Zambry appealed. The Court of Appeal unanimously reversed the High Court decision but it was some time before the three judgments were released. Two of them, those of Datuk Raus Sharif and Datuk Ahmad Maarop JJCA were released towards the end of June while that of Datuk Zainun Ali JCA was released in early July.
The three lengthy judgments come up to some 240 pages in all and a large number of issues were canvassed and discussed. I had previously commented on the correctness of the High Court decision and, having already discussed the contradictions that arose from the judgments of Raus and Maarop JJCA, feel it timely to revisit the most salient issues in this case.
THE SULTAN’S DISCRETION TO DISSOLVE THE LEGISLATIVE ASSEMBLY
Under the Perak Constitution, HRH’s discretion with respect to the dissolution of the LA is found in two provisions. The first is Article is Article 16(6) which provides:
If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.
The second is to be found in Article 36, the relevant parts of which read:
(2) His Royal Highness may prorogue or dissolve the Legislative Assembly.
(3) The Legislative Assembly unless sooner dissolved shall continue for five years from the date of its first sitting and shall then stand dissolved.
(4) Whenever the Legislative Assembly is dissolved a general election shall be held within sixty days from the date of the dissolution and the new Legislative Assembly shall be summoned to meet on a date not later than ninety days from that date.
Of particular interest to us is Article 36(2) which gives HR the general power to “prorogue or dissolve” the LA. Article 18(2)(b) further provides that HRH “may act in his discretion” in “the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly”.
In the High Court, Abdul Aziz J made the following findings of fact:
(a) Nizar’s request to HRH to dissolve the LA was not done “with reference to any provision in the Perak’s State Constitution”; and
(b) Nizar was thus requesting HRH to exercise his royal prerogative under Article 36(2), and not under Article 16(6).
As such, the learned judge found no ambiguity in the wording of Article 16(6) and held that:
(a) HRH had no power to dismiss Nizar; and
(b) HRH was not allowed to deem the office of MB vacant when Nizar did not resign.
To do so, he said, would be to do “violence to the language” of Article 16(6).
I previously argued that Abdul Aziz J was correct in his interpretation and added that the only logical way to read these various provisions is this:
(a) If the MB makes an unspecified request to HRH to dissolve the LA, that request falls under HRH’s general power to dissolve the LA under Article 36(2) and he is free to exercise his discretion as he deems fit under Article 18(2)(b).
(b) If the MB determines that he has lost the confidence of the LA and would like fresh elections, he will make a request to HRH under Article 16(2). In that instance, if HRH refuses the request, the MB must tender the resignation of the Executive Council to enable HRH to appoint a new MB.
THE COURT OF APPEAL DECISION
It would take a full-blown academic article to critique the three judgments of the Court of Appeal; they are too long and often dwell on subjects that were not germane to the issues. Even so, a number of observations may be made.
First, unlike most appellate judges, the three Court of Appeal judges had no compunction about reversing the High Court’s finding of fact. The High Court had found that the request for the dissolution of the LA was made under Article 36(2) and not Article 16(6), but this was doubted by the Court of Appeal. Raus Sharif JCA chastised Abdul Aziz J for failing “to properly and adequately appreciate the evidence adduced before him” and found that the events bore “out the undisputed fact that Nizar’s request for dissolution was made because he lost the command and support of the house”. This was how he found that Nizar’s request for dissolution was made under Article 16(6) and not Article 36(2).
Zainun Ali JCA went to great lengths to demonstrate that Nizar must have known that he had already lost the confidence of the LA when he made his request to HRH to dissolve the LA. The language is almost condescending (at pp 31-32):
It can safely be inferred that Nizar himself is an intelligent man. In fact I believe he is. He would be alert, if not alerted, to the political dynamics existing then in the State of Perak. The information on the political situation would, without question, be notified to him. His vigilance is displayed when he himself alerted His Royal Highness on the uneasy political events taking place in Perak as early as 2.2.2009. He would have made a quick mental assessment of the effect of the depletion in the number of Assemblyman [sic] aligned to him in the Legislative Assembly. Why else then would Nizar sent [sic] a letter requesting for dissolution of the Legislative Assembly on 4.2.2009 to His Royal Highness?
There is much more; in fact, about 40 pages’ worth. The learned judge even went on a speculative spree, taking judicial notice of Nizar’s access to the newspapers on the morning of Feb 4 (at p 23) and thereby suggesting that Nizar must have known that he had lost the confidence of the LA through the defection of the three assemblymen who had ostensibly resigned in February.
All this was done because of the troublesome “simple request without more, for the dissolution of the Legislative Assembly” that Nizar had sent to HRH (p 22). If the letter was a simple request and nothing more, some other evidence must direct the court as to which constitutional provision it was being made: Article 36(2) or Article 16(2)?
One interesting observation made by Zainun Ali JCA was the fact that the draft proclamation for the dissolution of the LA was “a standard document available in the office of the Mentri Besar”. Contrary to what the learned judge held, this seems all the more to suggest that the request was really a general “standard” request under Article 36(2) and not Article 16(2).
Ahmad Maarop JCA was less interested in the facts than in whether or not HRH could make a determination on whether or not the MB had ceased to command the confidence of the LA by means other than a formal vote on the LA floor. He simply took the view that the request for dissolution was made under Article 16(2) and proceeded on that basis. After examining the authorities, he preferred the approach of the Privy Council in Adegbenro vs Akintola (on appeal from Western Nigeria) to that Malaysian High Court in Stephen Kalong Ningkan vs Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli.
THE ISSUES: ONCE AGAIN
It is easy to get lost in the morass of words and erstwhile authorities cited by the judges in the Court of Appeal such that we soon fail to see the real issues at hand. To recapitulate, the issues before the Federal Court are the same as those that were before the High Court: What is the extent of the Sultan’s discretionary power under the Perak State Constitution in relation to the dissolution of the Legislative Assembly and the appointment or removal of the Mentri Besar. To answer this question, the following issues must be addressed:
(a) Who decides whether a request for the dissolution of the LA is made under Article 16(2) or Article 36(2) of the Perak State Constitution?
(b) How is loss of confidence of the majority of the LA to be determined?
The answer to the first question is clear — it is the Mentri Besar since it is he or she who makes the request. As I explained in my earlier comment (taking issue with one aspect of Raus Sharif JCA’s judgment), any other reading of the Constitution would be problematic. If the MB makes an unspecified request, then HRH must accept that it is a request made under the general powers of dissolution under Article 36(2). In such a request, HRH is confronted with a very simple binary question: Does he or does he not dissolve the LA? As Sultan Azlan Shah had himself argued, the Head of State should ordinarily accede to a request to dissolve the legislature:
… under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role under such a situation is purely formal.
There is no question of HRH making any kind of determination as to whether or not the MB still commanded the majority of the LA.
However, if a specific request to dissolve the LA is received under Article 16(2), with the MB stating that he has lost the confidence of the LA, then Article 16(6) kicks into operation, and if HRH should refuse to dissolve the LA — whether for fear of major political convulsions or unrest — the MB must tender the resignation of the Executive Council. There is no question of an MB going to HRH and asking HRH whether or not he (the MB) continues to enjoy the confidence of the majority in the LA when such a request for dissolution is being made. If a request is made under Article 16(2), the MB has already determined that he has lost the confidence of the House; and the only way he will truly know this is by way of a vote on the floor of the LA.
CONCLUSION
Much ink has been spilt on whether the decision in Adegbenro vs Akintola (in which the Privy Council held that the Governor of Western Nigeria could determine the loss of confidence by means other than a formal vote in the House) is preferable and more suitable to Malaysia than its own home-grown progeny, Stephen Kalong Ningkan where Adegbenro was strenuously and convincingly distinguished. Furthermore, all the Court of Appeal judges quote Datuk Amir Kahar Datu Haji Mustapha vs Tun Mohd Said Karuak & 8 Ors as being both relevant and salient, especially since the court appeared to have quoted Adegbenro with approval. This is disingenuous since the learned judges must know that in Amir Kahar, the Chief Minister Datuk Pairin Kitigan resigned on his own accord and the Governor was never called upon to exercise his discretion as to whether or not Kitigan had lost the confidence of the House.
While the academic community awaits the resolution of the Adegbenro versus Ningkan positions, we should not forget that this issue is really a supplementary one. The first question that needs to be addressed by the Federal Court begins with the plain words of the Perak State Constitution. The issues are simple, if we stay focused on them. This case is not about a Ruler’s hereditary prerogative powers nor even of residual royal prerogatives. It is about how to make sense of three simple provisions in the Constitution and paying respect to evidence as adduced and not that which is deduced. If the High Court’s finding of fact is upheld, the question of whether the Sultan can determine whether or not the MB has lost the confidence of the House by a means other than by a formal vote of the House may well remain moot; at least for this case.
Dr Kevin YL Tan is Professor (Adjunct), Faculty of Law, National University of Singapore.

LEBAI BERCAKAP HAL MORAL

TUNTUTAN DARI BURUH DAN PEKERJA - GAJI YANG ADIL



TINDAKAN CUEPACS SALAH DARI SEGI MORAL: NAJIB - melayau

Najib Razak berkata, tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta bonus adalah salah daripada segi moral kerana keadaan ekonomi negara ketika ini belum pulih sepenuhnya.

KAH KAH KAH…

woit… MACAM SALAH DENGAR… kah kah kah..

woit… MACAM SALAH BACA… kah kah kah..

kah kah kah… DARI SEGI APA ?... DARI SEGI KOPORAL… kah kah kah..

kah kah kah… DARI SEGI MORAL… kah kah kah…

kah kah kah... MAT MONGOL SUDAH CAKAP HAL MORAL... kah kah kah..

woit…. BELI KAPAL SELAM… TAK SALAH DARI SEGI MORAL… kah kah kah…

woit… 12 BILION RINGGIT HANGUS DI PELABUHAN KLANG… TAK SALAH DARI SEGI MORAL… kah kah kah..

kah kah kah… BILA BURUH DAN PEKERJA MINTA NAIK GAJI… MINTA BONUS.. TIBA TIBA EKONOMI BELUM PULEH…. kah kah kah..

woit… OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM… kah kah kah..

woit… OUR FUNDUMENTALS IS STRONG…. kah kah kah..

kah kah kah… PASAL ITU CAKAP HENDAKLAH JUJUR… JANGAN TIPU… kah kah kah..

kah kah kah… TIPU PUNYA PASAL… LEHER SENDIRI KENA JERAT… kah kah kah

Tukar Tiub

TEXT PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 - Oleh Ahli Parlimen Kuantan



Bismillah arRahman arRahim
Tuan Yang Di Pertua
Terima Kasih kerana mengizinkan saya turut serta didalam perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan tahun 2010 diperingkat dasar dengan membawa perbahasan didalam beberapa aspek berikut:
1.  Strategi Baget  dan Pelaksanaannya
Strategi Baget 2010  bertumpu kepada 3 perkara iaitu
i.     Memacu Negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi
ii.   Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan
iii. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat
Adalah diharapkan Strategi ini  sungguh-sungguh  mencerminkan bahawa pihak Kerajaan mahu  mendengar rintihan rakyat terbanyak. Strategi ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan BN  turut  mendengar   saranan-saranan
membina dari pihak Pakatan Rakyat sebelum ini.

Strategi yang nampak komprehensif diatas kertas, mestilah diterjemah dengan baik pula oleh pihak pelaksana. Tidak semestinya apabila satu-satu strategi nampak cantik dan komprehensif ianya akan dapat dilaksanakan dengan cantik dan baik juga. Harapan saya semoga semua pihak yang terlibat didalam pelaksanaan dapat memahami strategi ini dengan baik serta juga dapat membina budaya kerja efektif, dan cemerlang serta kerangka pemikiran positif untuk sama-sama menjayakan strategi diatas.

2.  NKRA  
Pemilihan 6 bidang keberhasilan  Utama Negara- NKRA merupakan bidang-bidang yang memang seharusnya di berikan tumpuan. Seperti yang di nyatakan oleh YB Menteri KPI dalam dewan yang mulia ini pada 2nov 2009, bahawa pemilihan NKRA ini ialah setelah mengambil kira maklum balas dari pelbagai sudut dan pelbagai agensi termasuk maklumbalas  dari kajian persepsi orang awam, pihak media, Merdeka Center, competitiveness index, dan laporan transparency international.
Saya turut meneliti pengukur prestasi,  agenda bertindak, serta sasaran yang telah ditetapkan buat keenam-enam bidang ini akan tetapi saya masih belum yakin dengan kesungguhan pihak Kerajaan didalam pelaksanaannya. Kenapa saya berkata demikian ialah kerana pihak Kementerian terbabit tidak cukup telus didalam berkongsi KPI mereka. Mengapa berlaku demikian? Adakah kerana pihak Kementerian takut untuk diukur prestasi mereka kelak?

3.  KRA & KPI
Tuan Yang DiPertua
Formulasi bidang keberhasilan utama KRA bagi satu-satu skop kerja adalah  berasaskan atau berpandukan kepada satu-satu strategi.   Dari strategi, akan di kanalpasti KRA, kemudian KPI – begitulah proses fomulasinya Tuan Yang diPertua.
Maka sekiranya strategi baget ialah pembangunan holistic dan mapan, dimana initiative yang diambil dalam pelaksanaan strategi tersebut antaranya ialah teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar. Maka KRA seharusnya ialah bidang keberhasilan utama didalam initiative tersebut. Memberi incentive kepada bangunan yang mencapai taraf GBI (Green Building Index) merupakan satu usaha yang dialu-alukan. Akan tetapi bagaimana pula dengan usaha mengurangkan pengeluaran carbon ‘carbon emission reduction’ dari kenderaan-kenderaan? Bagaimana pula usaha pengurangan ‘Greenhouse Gas Emmission’ Apakah pula initiative Kerajaan dalam aspek ini?
YAB PM berkata dalam ucapannya bahawa Kerajaan akan memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan Kerajaan.
Saya amat-amat alukan kenyataan ini, akan tetapi saya juga ingin lihat komitmen dalam menentukan sasaran dan KPI Kementerian.
Di New South Wales, Australia, satu negeri yang meletakkan Pemeliharaan Alam Sekitar sebagai sabahagian dari ‘state plan’ nya telah pun mensyaratkan kereta-kereta Menteri mereka dan bas-bas awam supaya menuruti kiraan pengeluaran carbon dibawah tahap tertentu. Apa pula komitmen Kerajaan kepada ayat PM diatas? Bagaimana dengan kereta Menteri kita dan pengangkutan Awam kita?
Saya menyarankan pihak Kerajaan bersungguh-sungguh menghapuskan kegunaan polisterine disamping membuat satu perancangan tersusun dalam mengurangkan kegunaan bag plastic di supermarket. Masukkan initiative ini kedalam KPI Kementerian.  Kemudian kuatkuasakan, didik orang ramai, banyakkan program advocacy, Barulah sungguh-sungguh dan komited namanya. 
Bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012? Sejak persetujuannya pada tahun 1997 Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruh dunia sudah bercakap tentang ‘going green’ - orang tua, orang dewasa, malah kanak-kanak dimerata pelusuk dunia sudah ada kesedaran tentang ‘going green’ sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI. Ini tidak mencukupi Tuan yang di Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh.
Tuan Yang Di Pertua,
Saya amat-amat ambil berat  dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Sebab itu lah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau ‘rare earth’ di Gebeng Kuantan, dimana sisa buangan nya nanti mengandungi sisa radioaktif. Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan  bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak Lynas membawa sisa pemerosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita? Sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat ‘half life’ nya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan, buat satu jangka masa yang begitu lama selepas Lynas menutup kilang nanti. Ketika itu, siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran ditempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini?



Tuan Yang di Pertua,
4.  KPI PENGANGKUTAN AWAM
Kerajaan telah meletakkan pengangkutan  awam Bandar sebagai salah satu NKRA untuk memudahkan mobiliti rakyat bagi menjalankan aktiviti harian. Langkah  Kerajaan dalam usaha ini dialu-alukan.
Saya ingin menyarankan beberapa perkara dibawah
1.  SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya dijadualkan bermula operasinya pada 2010, maka tidak cukup dengan PM meminta mempercepatkan penubuhannya. Saya nak dengar YAB Perdana Menteri meletakkan sasaran tarikh penubuhan SPAD dan juga sasaran tarikh mula operasi sebagai salah satu KPI. Beroperasi mula tahun 2010 tidak cukup specific sebagai sasaran.

2.  Peruntukan Kewangan mestilah melihat kepada pengangkutan awam Bandar di seluruh Negara, dan bukan sahaja bertumpu kepada ibu negara. Di Kuantan kawasan saya sudah tiada perkhidmatan bas Bandar selama hampir dua tahun.  Baru-baru ini Kerajaan mengumumkan peruntukan RM79 Juta untuk pembinaan terminal pengangkutan bersepadu di Kuantan. Akan tetapi kalau bas Bandar pun tak ada, saya tidak Nampak rasional membina terminal bas bersepadu.

Tuan yang di Pertua.
Yang lebih memerlukan pengangkutan awam ialah pesara, ibu-ibu tunggal, orang  miskin, nelayan. Dah lah di Kuantan tu tiada teksi bermeter, sekarang ini, teksi bandar disatu hentian pun di sekat  kerja mereka. Bagaimana prioriti yang di tetapkan oleh pihak Kerajaan. Saya pohonlah bagi pihak rakyat Kuantan, bagi memenuhi keperluan rakyat biasa untuk lebih prihatin tentang perihal bas bandar ini.


5.  KPI KEMENTERIAN WANITA
Kementerian Pembangunan Wanita - saya kira sudah tentu meletakkan sasaran 30 % penglibatan wanita didalam semua peringkat membuat keputusan sebagai KPI utamanya.
Walaupun saya  tahu bahawa draft pelaksanaan  strategi penyertaan 30% wanita sudah pun disiapkan oleh pakar runding UNDP, namun pihak Kementerian Wanita masih berahsia, masih tidak bersikap terbuka, masih tidak mengajak Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari kalangan wanita memberi pandangan dan maklum balas. Malah strategi menambah penyertaan Ahli Dewan Rakyat wanita yang kini hanya di peringkat 10.8%. yang jauh kebawah berbanding dengan  Parlimen-Parlimen lain di dunia,  pun tidak pernah dibawa berbincang dengan kaukus wanita. Kementerian Wanita seolah-olah duduk didalam kepompongnya sendiri tanpa mengiktiraf pandangan pihak lain.
  
6.  Memerangi Rasuah
Langkah memastikan Negara berada dikedudukan yang lebih baik dalam Indexs Persepsi Rasuah Antarabangsa adalah satu langkah yang dipuji. Saya berpendirian bahawa komitmen memerangi rasuah mestilah dibuat secara sungguh-sungguh dan penggubalan Whistle Blower Act  merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan.
Bila ianya akan di bentang di Dewan Rakyat mesti dinyatakan dan diletakkan sasaran sebagai KPI Kementerian. Sementara akta itu diluluskan, saya menyarankan supaya pihak Kementerian menyediakan satu prasarana yang kondusif serta praktikal bagi memudahkan pemberi maklumat tampil kehadapan. Supaya ada prosedur serta garispanduan yang membolehkan pemberi maklumat yang ikhlas  untuk menampilkan diri secara selamat. Satu budaya berteraskan integriti juga perlu di pupuk dan  apabila dikembarkan dengan prosedur  yang jelas tentu sekali kita mampu memulihkan imej Negara dari rasuah.

Saya juga menyarankan supaya pihak SPRM dan Kerajaan tidak merendahkan  imej mereka di mata masyarakat dan dimata dunia dengan mengambil tulisan-tulisan dari blog sebagai bahan asas untuk bertindak, menyiasat dan menangkap seseorang.
Dimasa yang sama, laporan-laporan Polis terhadap salah guna kuasa dan rasuah tidak diambil tindakan dan disiasat. Bukankah ada disparity disini?

Pada 3 Nov 2009 SPRM menghadapkan ke Mahkamah 5 orang atas tuduhan salah guna peruntukan kewangan termasuk dari golongan PR dan BN. Sekiranya ini benar menunjukkan bahawa tiada pendakwaan terpilih, maka saya ingin bertanya kepada YB Menteri kenapa aduan dan laporan polis terhadap rasuah dan salahguna kuasa bekas MB Selangor tidak diambil tindakan dan disiasat? Akan tetapi aduan dalam blog di gunakan wewenangnya sebagai asas untuk menyiasat seorang pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan negeri.
Sekiranya kita serius mahu menangani persepsi berkenaan  rasuah di Negara kita, maka persepsi rakyat dan persepsi dunia berkenaan pengurusan aduan dan laporan rasuah, serta prosedur soal siasat  mesti dinilai semula dan mesti diperbaiki.

7.  MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
Saya mengalu-alukan  rangkap dari ucapan YAB Perdana Menteri yang berbunyi .....“Saya sentiasa mahukan pentadbiran Kerajaan ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan....” YAB Perdana Menteri juga berkata “Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki. Jadinya, untuk membela untung nasib golongan ini, sukacita diumumkan disini bahawa Kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir 2 billion ringgit”

Tuan Yang DiPertua,
Kuantan merupakan diantara pengkalan perikanan  terbesar dalam Negara dan bagi pihak para nelayan di Kuantan khususnya, saya mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan YAB Perdana Menteri.

Maka justeru itu, saya menyeru pihak LKIM yang ditubuhkan sebagai Agensi pelaksana kepada hasrat membantu nelayan ini di mana   objektif LKIM ialah:
  1. Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
  2. Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara. 
 Tuan Yang Di Pertua
Saya amat-amat berharap supaya  LKIM dapat memberikan khidmat yang terbaik dan professional dalam menyahut cabaran YAB PM

Malah Komitmen PM telah di perkukuhkan lagi oleh ucapan Dato Ketua Pengarah LKIM dalam laman web rasmi LKIM yang berkata:

“Satu realiti yang kita tidak dapat nafikan adalah bahawa perlunya masyarakat nelayan kita dibantu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka “ (Dato Mustafa Bin Hj Ahmad)

Namun demikian sering kita dapati ucapan  sebegini menjadi retorik yang tidak dapat di hayati oleh pemegang-pemegang amanah  yang menjawat jawatan di peringkat akar umbi.

Tuan Yang Di Pertua,
Baru-baru ini saya menerima aduan dari pihak nelayan di Kuantan.  Sebelum ini aduan demi aduan berkenaan dgn subsidi diesel dan perkhidmatan LKIM sudah pun saya bahaskan diDewan yang mulia ini. Akan tetapi aduan yang baru-baru ini menjurus kepada harga air batu yang melambung terlalu tinggi. Harga biasa satu block ialah RM13. Akan tetapi pada 17 & 18 Okt 2009 sewaktu hasil tangkapan ikan meningkat. Harga air batu telah melambung kepada rm 20 dan rm19 pada dua hari berturut2. Ini disebabkan kilang pembekal tidak dapat menampung keperluan air batu yang di perlukan, maka mereka terpaksa membeli diluar, sampai keKuala Selangor dan ke Tok Bali yang menyebabkan kos pengangkutan melambung dan akhirnya nelayan sebagai pengguna terpaksa menangggung kos tersebut.

Tuan Yang di Pertua,
NEKMAT merupakan pemborong air batu, PN Kuantan pula merupakan peruncit.  LKIM pula seperti yang kita semua ketahui merupakan  agensi yang seharusnya membantu mereka, malah gaji Pengurus PNK di bayar oleh LKIM. Didalam usaha saya mencari jalan penyelesaian berkenaan hal harga air batu tadi dan juga sebagai langkah proaktif supaya permasalahan ini tidak timbul lagi di masa-masa hadapan, saya telah mengambil inisiatif mengajak pihak NEKMAT, Pihak PN dan juga pihak LKIM untuk berunding secara konstruktif dan membina.

Namun Pertemuan pada 31 okt yang telah di atur dan di persetujui satu minggu sebelumnya, di halang oleh Pengarah LKIM sendiri ,  dimana arahan beliau ialah supaya Pengurus PN Kuantan tidak dibenarkan hadir didalam pertemuan tersebut. Malah alasan yang diberikan beliau kepada pegawai saya disaat-saat akhir tidak munasabah sekali iaitu pertemuan tersebut diadakan pada hari sabtu, hari orang tak bekerja., sedangkan semua pihak terlibat telah pun bersetuju dengan tarikh tersebut sebelum itu

NEKMAT telah beri kerjasama. PNK  juga beri kerjasama. Akan tetapi LKIM? Semata-mata kerana mereka yang menjadi pembayar gaji, maka mereka boleh buat sesuka hati , Pengarah pula boleh beri arahan supaya pengurus PN jangan hadir  ke pertemuan tersebut. Tuan Yang di Pertua, begitu ke? Saya ingin bertanya kepada YB Menteri kerana Menteri selalu berkata bahawa beliau bersifat terbuka dan saya pohon pihak YB Menteri menjawab dan memberikan sedikit bimbingan kepada pengarah@ yang tidak mesra nelayan ni. Serta jangan pula nanti di kenakan tindakan keatas pengurus yang mahu beri kerjasama.

Buat makluman  jalan penyelesaian kepada permasalahan nelayan telah pun kita capai tanpa kehadiran wakil LKIM.


Tuan Yang Di Pertua,
Dimanakah sifat profesionalisma LKIM di sini?   Dimanakah rangka pemikiran perkhidmatan profesional LKIM dalam membantu nelayan  menyelesaikan permasalahan nelayan? Sekiranya seorang pengarah LKIM tidak boleh beri kerjasama kepada seorang Ahli Parlimen yang ikhlas memperjuangkan nasib nelayan, bagaimana mungkin institusi ini dapat benar-benar mencapai hasrat membantu nelayan.

Lain pula didalam hal projek perumahan nelayan Bunut Rendang yang di wartakan pada satu ketika sebagai projek perumahan terbesar untuk nelayan. Pada mulanya projek ini di bawah kendalian LKIM. Kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Kini lebih 10 tahun sudah berlalu dan projek ini masih terbengkalai. Saya cadangkan pihak Kerajaan ambil semula projek ini sebagai projek terbengkalai untuk diselesaikan dengan segera.

Baget 2010 juga menyebut berkenaan elaun sara hidup nelayan dan insentif mendapat peruntukan 170 juta ringgit. YAB PM juga berkata ini bukti bahawa Kerajaan bukan sekadar membuat omongan dan janji-janji kosong. Dalam hal ini saya ini ingin bertanya kepada YAB PM, bagaimanakah ada dikalangan yang bukan nelayan, yang memiliki bot, tapi pergi memancing suka-suka sebagai hobi pun boleh mendapat kad nelayan  yang membolehkan seseorang itu mendapat elaun sara hidup nelayan?

Inikah yang dimaksudkan PM apabila beliau berkata Kerajaan sedang mengota apa yang dijanjikan, juga  menjuarai kebajikan serta periuk nasi rakyat?

Malang sungguh nasib nelayan dan  saya ingin mengatakan begini kepada YAB PM. Lupakan lah hasrat PM untuk membina 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian di-utamakan, kerana PM hanya akan bermimpi disiang hari.  Nelayan akan terus berjerih, melawan badai, menyabung nyawa, kerana selagi pihak Kerajaan BN tidak sungguh-sungguh dalam memantau pelaksanaan segala apa yang dikatakan, serta tidak sungguh-sungguh merubah budaya kerja keadaan ini akan terus berkekalan.


Tuan Yang di Pertua
8.  PENAMBAHBAIKAN PARLIMEN
(PARLIAMENTARY REFORMS)
Parlimen merupakan institusi yang bebas dan didewan yang mulia inilah diluluskan undang-undang yang menentukan pentadbiran  Negara. Saya juga sentiasa hormat kepada nasihat Tan Sri Yang di Pertua yang menyarankan supaya kita berusaha menjadi Parlimen bertaraf dunia.
Saya ingin bertanya samada perkara-perkara berikut akan di lakukan dalam menyahut  cabaran Parlimen bertaraf dunia ini.
1.  Jadikan Parlimen satu badan yang benar-benar bebas dari kuasa eksekutif. Tidak perlu ada Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.
2.  Pentadbiran Parlimen harus diletakkan dibawah satu jawatankuasa  bebas yang bertanggungjawab hanya kepada Speaker dan   Parlimen. Di Parlimen lain didunia  pihak legislatif  memang bebas dan terpisah dari campurtangan eksekutif. Mampukah kita membebaskan diri kita dari campurtangan eksekutif ini?
3.  Peruntukan baget  perlu di buat untuk membiaya seorang  ahli penyelidik yang merupakan staf peribadi  kepada  Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membantu Ahli-Ahli Dewan membuat penyelidikan yang lebih rapi dan mantap. DI Indonesia Ahli Parlimen dapat dua staf peribadi yang dibayar gaji oleh Parlimen. Mengapa kita tidak melihat kearah itu.
4.  Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas tetap merangkumi pelbagai kepentingan awam mesti di tubuhkan dan dianggotai oleh  Ahli Parlimen kedua belah pihak PR dan BN
5.  Draf rang undang-undang  tidak seharusnya di gubal oleh pejabat Peguam Negara. Ianya harus digubal oleh badan bebas dibawah penyeliaan JK Khas tetap, dan kemudian mengambil kira pula pandangan semua stake holder dalam masyarakat.
Sekiranya Penambahbaikan Parlimen dalam aspek ini dapat di laksanakan, barulah boleh kita mengatakan bahawa kita Parlimen bertaraf dunia . Saya berharap  kita sungguh-sungguh meletakkan kayu ukur yang bertaraf dunia demi menaikkan taraf Parlimen kita ketaraf world class. Semoga dengan usaha yang sungguh-sungguh, keihklasan semua pihak, sikap profesionalisma, kerjasama yang melangkau batas-batas politik, barulah memungkinkan kita untuk sampai ketahap cemerlang  mengisi hasrat yang di utarakan dalam masa kehadapan.

Tuan Yang Di Pertua, Sekian Perbahasan saya, diatas Baget 2010  bertajuk 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Terima Kasih