Selasa, 3 November 2009

Jim syor Jais jadikan kes Dr Asri sebagai tauladan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 3 Nov: Jamaah Islah Malaysia (Jim) mengesyorkan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil kesempatan krisis keyakinan terhadapnya ekoran penangkapan Datuk Dr Asri Zainul Abidin untuk meneliti semula enakmen-enakmen pentadbirannya.

Langkah ini perlu supaya ia tidak mengekang pengembangan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam, kata Presidennya, Zaid Kamarudin.
Zaid turut sama menyertai kekesalan umat Islam di negara ini ekoran cara penangkapan Asri itu oleh pegawainya dengan bantuan polis.
Pada hari Ahad, 1 November 2009, negara dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang.
Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.
Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur'an dan sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia.
Berikutan penangkapan tersebut, pelbagai pihak telah mempertikaikan cara penangkapan dilakukan. Menurut laporan-laporan media, beliau ditahan pada jam 12.10 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 1.10 pagi.
Beliau kemudian diarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.00 pagi keesokkannya untuk dituduh.
Namun setelah disemak peguam beliau, didapati bahawa tiada pendakwaan telah difailkan di mahkamah.
Beliau akhirnya dibebaskan pada kira-kira jam 12.30 tengahari dengan jaminan JAIS tanpa sebarang pendakwaan tetapi boleh dipanggil oleh JAIS pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Dr Asri di minta ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan.
Menurutnya lagi, Dr Asri akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Katanya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada Jais.
Ekoran itu, kata Zaid dalam kenyataannya, Jim mempersoalkan kaedah penangkapan yang dilakukan.
"Mengapakah beliau ditahan secara mengejut dan mengaibkan seperti penjenayah besar sedangkan beliau boleh dipanggil dengan cara yang lebih profesional dan hormat untuk bertemu Jais atau mana-mana pihak berkuasa?" soal Zaid.
Pengarah Jais sendiri menyatakan bahawa Dr. Asri telah lama dipantau.
"Mengapakah pula tiada pertuduhan atau pendakwaan difailkan di mahkamah sedangkan tangkapan telah dibuat pada hari sebelumnya? Apakah motif di sebalik penahanan begini?" soalnya lagi.
JIM melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam apabila berselisih untuk mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah.
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa : 59)
Apatah lagi sekiranya perkara yang diperselisihkan itu adalah perkara yang boleh diselesaikan secara musyawarah dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, kata Zaid.
Jim berpendapat bahawa sewajarnya Jais lebih berhemah dalam membuat penangkapan dan pertuduhan terhadap sesiapa juga tidak kira rakyat biasa atau seorang bekas Mufti kerana dikuatiri tindakan mereka boleh mengakibatkan salah tafsir atau boleh mencacatkan sistem keadilan Islam itu sendiri.

Dalam melaksanakan tindakan, sandaran Al-Quran dan sunnah harus dijadikan panduan selain mengambil pendekatan kaedah-kaedah fiqh seperti Al-Aslu baraatu zimmah iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah, tambah Zaid.
Di samping itu, katanya, keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi harus dilihat dilaksanakan dalam proses dan prosidur berkaitannya.
"Jim berharap Jais akan bersikap amanah, jujur dan profesional dalam melaksanakan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Dr Asri. Pemeliharaan keadilan dan hak asasi serta karamah insan haruslah menjadi pegangan," katanya.

Berjuang Dalam 'Kekalahan' Lebih Seronok Daripada Berjuang Di 'Celah-Celah Kemenangan'?


Semalam seorang aktivis PAS telah pulang ke RahmatuLLAH. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Beliau mengakhiri usianya selama 79 tahun semalam. Sebelum itu, Allahyarham di masukkan di Hospital Serdang kerana serangan sakit jantung.

Beliau yang dikenali dengan nama Haji Hamid Dina tinggal di Teras Jernang, pinggiran Bandar Baru Bangi. Beliau sangat aktif dengan jemaah di situ serta seorang yang dermawan. Beliau ada mewakafkan sebuah Surau/Markas untuk kegunaan ahli dan masyarakat setempat. Beliau sangat tegas dengan pendiriannya dan al-brangi pernah tinggal sebilik dengannya ketika menunaikan umrah dan banyak pengalamannya yang berharga dikongsi bersama dan itu menjadi kenangan-kenangan yang amat berharga untuk selama-lamanya.

Jenazahnya telah disolatkan di Masjid Teras Jernang sebaik saja selesai solat Asar.

Kelihatan hadhir menziarahi jenazahnya buat kali terakhir ialah pimpinan PAS Serdang termasuk YDP PAS Serdang merangkap ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar. Timbalan YDP Ust. Mohd Syafie Ngah. Juga kelihatan Dr.Shafie Ibrahim (calon PAS PRU9), Dr.Rashid Dail, Dr. Kamaruzaman Yusuf, Ir. Makki dan sahabat-sahabat yang lain.

Dalam kesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat, apa lagi kalau tak bersembang bab isu terkini.

Sahabat lama memulakan dengan soalan cepu emas, " Syeikh, apa cerita PAS Selangor?"

Al-brangi jawab ringkas sebab nak balik segera, kerana langit sudah gelap nak hujan, "Biasa je."

Beliau dengan nada tinggi menutupkan perbualan kerana hujan sudah mula turun dengan lebatnya, "Lebih seronok berjuang ketika PAS berada dalam 'kekalahan' daripada berjuang di 'celah-celah' kemenangan."

Fikiran al-brangi entah kemana-mana memikirkan ungkapan sahabat tadi ketika memandu pulang ke rumah.

by al-brangi

THAT'S DEFINITELY NOT TRUE TUN

I read this in Malaysiakini:

Former premier Dr Mahathir today supported the suggestion to introduce a single stream school system in the country.




Training his guns on Chinese parents, he said: "They do not want their children to mix with Malay and Indian kids."

Tun, you and I know that it was the quality of education that caused the migration of students to vernacular schools. A sizeable group of Malay and Indian kids are in these Chinese schools, no?

by zorro

I'm prepared to face PAS disciplinary committee: Khalid Samad


(The Star) - Outspoken Shah Alam MP Khalid Samad says he is prepared to face his party’s disciplinary committee for speaking

out against state PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali.
“In fact, I’m eager to meet the committee and find out the party leadership’s stand.
“It will also be an opportunity for me to clarify and explain my stand,” he told reporters at his service centre here on Tuesday.
However, Khalid, who is also a PAS central committee member, said he had yet to receive any official call or letter from the party referring him to the disciplinary committee.
“I believe I’ll be one of those questioned by the committee.
“I thing they will query me on several issues, including my statements that were contrary to Dr Hasan’s stand on Selcat (the Selangor Select Committee for Competency, Accountability and Transparency), the alcohol ban and the Section 23 Hindu temple issue,” he added.
It was reported on Sept 29 that the state PAS management committee would refer Khalid to the disciplinary committee for making statements that did not reflect the party’s stand and the sentiments of the grassroots.
Party sources were quoted as saying that the committee would write to secretary-general Datuk Mustafa Ali and ask for action to be taken against Khalid.
Khalid has called on Dr Hasan to resign over his recent outbursts against Selcat and over several other issues, which he said were not consistent with Pakatan Rakyat’s stand.

The ultimate insult to MCA and Gerakan


MCA and Gerakan have received the ultimate insult from Umno. If MCA and Gerakan still remain in Barisan Nasional after this low blow, then these parties are not just Umno running dogs but Umno ball-lickers as well. Hear properly what is being said in this video recorded in Parliament.


Will Selangor fall in January?

Image
So, Pakatan Rakyat, beware. Your days in Selangor may be numbered. Umno has given itself until January 2010 to take over the state. And they are doing many things simultaneously to ensure that they succeed.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Two weeks before the Pakatan Rakyat Perak state government fell I suggested they seek an audience with the Sultan of Perak and request that the Perak State Assembly be dissolved to make way for fresh state elections.
I spoke to Anwar Ibrahim about it and he told me that my anxiety is unfounded because he had already spoken to Lim Kit Siang and Kit Siang had assured him that the problem with Hee had already been resolved and that everything is under control.
I was, however, still adamant that they should request permission for the dissolution of the Perak State Assembly while they still controlled the majority in the Assembly. Once they lose this majority the Sultan need not consider Pakatan Rakyat’s request because Pakatan Rakyat will no longer be the Perak state government.
As long as Pakatan Rakyat is still the government the Sultan will have no excuse to turn down Pakatan Rakyat’s request. Even if he did turn down the Pakatan Rakyat request to dissolve the Perak State Assembly he will have no legitimate reason for doing so and it would be very obvious that the Sultan is a tool of Umno and he would appear like a slime-ball.
Anyway, that is now all water under the bridge and we now all know that the Sultan was bribed to bring down Pakatan Rakyat plus he was blackmailed with the Nazrin succession issue. In short, they gave the Sultan both the carrot and the stick and like any donkey subjected to the carrot-and-stick treatment Tuanku was meekly led by the nose.
But there are other things I wrote about and which I cautioned Pakatan Rakyat to be alert about. Pakatan Rakyat may control the majority in the Selangor State Assembly. But this does not mean it is in control of the state government.
Many within the Selangor state agencies and government departments are Umno loyalists. They were in fact placed there and promoted because of their links with Umno. So, while Pakatan Rakyat may control the top, it will never be able to control the bottom. In short, the head will move in one direction and the body in the opposite direction.
And the first thing that Khir Toyo did when Selangor fell to the opposition (other than to shred all the evidence of wrongdoing) was to instruct the Selangor state agencies and government departments to sabotage the Pakatan Rakyat government. And this is what they are doing, every day of the week. Thus the ‘funny things’ that are happening in Selangor including the beer issue and the arrest of the ex-Perlis Mufti and the temple demolitions and whatnot.
You could say that not only is the head moving in opposite directions from the body but the left hand does not know what the right hand is doing as well.
And this is how they will eventually bring down the Pakatan Rakyat government in Selangor -- by creating discontentment by doing a lot of ‘unpopular’ things to make life difficult for the people -- which will result in the voters becoming disgusted with the opposition and eventually kicking them out like what happened in Terengganu in 2004 after only five years of an opposition government.
I warned Ronnie Liu about this. And Ronnie Liu’s EXCO portfolio is the most controversial and difficult portfolio of all as it deals with local councils and whatnot, where most of the problems lie.
All they need to do is to not repair the roads or collect the rubbish or replace the burned out streetlights or repair the busted water pipes and the people will become agitated. It just requires sabotaging the ‘small things’ and the people will fuck the state government good and proper. It is really not that difficult to sabotage the Pakatan Rakyat state government when you only control the top but have no control over the bottom.
Many Chinese businessmen in Selangor are exasperated. Corruption is as high as ever. Nothing has changed since Pakatan Rakyat took over. The Umno warlords still control the land office and local councils and whatnot. If you want approval for your projects, licences, permits, or whatever, you need to talk to the Umno warlords. If you deal through Pakatan Rakyat and bypass the Umno warlords your project or application gets jammed.
The Chinese businessmen have discovered, to their horror, that they still need to seek out the Umno warlords and pay off huge sums of money to these Umno warlords if they want ‘smooth running’ of their businesses. Even when they go meet the Pakatan Rakyat people the Chinese businessmen find that the Pakatan Rakyat people can’t do a damn thing. The Pakatan Rakyat people can make phone calls to this person or that person but nothing will happen. But if the Chinese businessmen go meet the Umno warlords and pay the required ‘fees’ then everything will be settled.
Let me make this very clear. Pakatan Rakyat is NOT running Selangor. Umno is. So, if you want things to happen, forget about going to see the Pakatan Rakyat people. Go seek out the Umno warlords and pay some money, a lot of money, and everything will be plain sailing.
No, the dog does not wag the tail in Selangor. The tail wags the dog. Speak to any Chinese businessman doing business in Selangor and they will tell you this.
Umno has told ‘their people’ in the Selangor state agencies and government departments that by January 2010 Barisan Nasional is going to take back Selangor. So everything is now on hold. All applications and approvals and whatnot are being jammed until Barisan Nasional takes over. And the Pakatan Rakyat state government, those people at the top, are powerless to get things moving.
When you go and meet the people in the Selangor state agencies or government departments they will tell you to fuck off. Even if you complain to the Pakatan Rakyat people at the top all they can do is make phone calls. And the more you get the Pakatan Rakyat people to push the more you will get stuck. It is like driving in the mud. The more you accelerate the deeper you get bogged down.
So, January 2010 is supposed to be the date that Barisan Nasional takes back Selangor from Pakatan Rakyat. This is what Umno is telling their people in the state agencies and government departments.
Further to that, many within the Pakatan Rakyat government are going to find themselves facing all sorts of criminal charges, corruption charges included and Anwar Ibrahim included. Umno has asked its election machinery to get ready to face at least ten new by-elections as there are going to soon be ten empty seats.
Further to that, Barisan Nasional has many moles or sleepers within Pakatan Rakyat, in PKR, PAS as well as DAP. Yes, DAP included. These sleepers or moles will be activated at the right time like what happened in Perak. And that will be the end of the Pakatan Rakyat state government in Selangor.
So, Pakatan Rakyat, beware. Your days in Selangor may be numbered. Umno has given itself until January 2010 to take over the state. And they are doing many things simultaneously to ensure that they succeed. We warned you about Perak and you laughed. Now we are warning you about Selangor. Still want to laugh? You lose Selangor like you did Perak and this time I am really going to fuck you through and through. And this is no threat. This is a promise.

Selepas Asri, ramai lagi ulama boleh ditangkap



Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, 3 Nov — Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa mengadakan ceramah di sebuah rumah rakannya adalah tindakan yang tidak wajar bahkan sekaligus menggambarkan kelemahan integriti pihak terbabit pada pandangan mata masyarakat umum.

Ia diakui bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Daud Iraqi, yang memungkinkan terdapat motif lain yang tidak diketahui umum di sebalik penangkapan tokoh agama itu.
Dr Asri adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 2006 hingga 2008 merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran And Sunnah Studies).
Di samping itu beliau juga memiliki ijazah hadith dengan lima ijazah sanad menerusi ulama India malam kelmarin ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan memberi kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.
Muhammad sesekali tidak faham dengan sistem jabatan agama yang mempersoalkan pasal tauliah sedangkan Asri sendiri mempunyai PhD di dalam bidang berkenaan. Malah menurutnya dalam kontek dakwah Islam mewajibkan seseorang itu menyampaikan dakwahnya walaupun hanya sepotong ayat yang diketahui.
“Kalau begini caranya saya rasa lebih ramai lagi ulama dan penceramah yang JAIS boleh tangkap selepas ini,” katanya semasa dihubungi wartawan The Malaysian Insider.
Ketika ditanya mengenai ajaran Wahabi Muhammad berkata, ajaran tersebut tidak salah untuk diamalkan sambil meminta orang yang mendakwa ajaran tersebut adalah salah agar berhujah dahulu apa yang dimaksudkan dengan ajaran tersebut, sebaliknya jangan cepat melatah kerana ia boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
Dalam satu perkembangan lain (berhubung perkara berkenaan) Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dilapor meminta JAIS segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Asri kerana tindakan itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi bekas mufti itu diketahui tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik.
Tindakan terbabit telah secara tidak langsung mengundang persepsi tidak senang di kalangan umum terhadap imej ataupun kredibiliti jabatan berkenaan.
Apatah lagi jika melihat plot penahanan Asri itu berlaku dalam suasana tegang dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang, membayangkan situasinya tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Wajibkan tauliah syarat lapuk, kata MP Zulkifli


PETALING JAYA Nov 3 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang lazimnya lantang dalam pandangan beliau berhubung isu-isu agama menegaskan, syarat keperluan “tauliah untuk menyampaikan ajaran Islam dan berdakwah hendaklah dimansuhkan”.

Dalam reaksi susulan berhubung penahanan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin malam kelmarin, pemimpin Pakatan Rakyat itu menambah, syarat mengenakan tauliah lebih memudaratkan Islam daripada membawa kebaikan.
“Pada saya, dakwah dan penyebaran serta pengembangan Islam dan ilmu perlu dibenarkan tanpa sekatan, sama ada di masjid dan surau, mahupun di mimbar Jumaat.
“Pada saya, hanya jika penyampaian dan ajaran yang dibawa adalah bercanggah dengan Islam ataupun sesat barulah kita ambil tindakan. Contohnya seperti tindak-tanduk kumpulan yang melabel diri mereka Sisters in Islam yang mempertikaikan hukum-hakam dan syariat Islam dalam ceramah, program dan risalah mereka,” kata beliau dalam blognya hari ini.
Sambil menganggap tindakan terbaru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Asri sebagai ‘double standard’ dan menurut telunjuk pihak lain, Zulkifli menambah, apa yang penting sekarang selepas negara mencapai kemerdekaan lebih dekad adalah tidak terikat dengan tatacara penjajah.
“Sampai bila kita nak melolong dan berkokok laungan merdeka pada tiap tanggal 31 Ogos sedangkan agama Islam yang menjadi tunggak jatidiri dan survival bangsa Melayu masih terjajah.
“Sudah tiba masanya warisan-warisan penjajah seperti isu tauliah ini kita hapuskan, dan kita bina semula umat yang lemah dan lesu ini di atas dasar Islam yang menurut al-Quran dan sunnah yang sebenarnya,” katanya lagi.
Oleh itu ujar beliau, syarat untuk mendapatkan tauliah oleh mana-mana pendakwah Islam sebelum dibenarkan menyampaikan risalah Islam ini adalah satu cara penjajah menyekat kebangkitan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.
“Semasa penjajahan Barat, kebanyakan ulama, pendakwah dan pejuang Islam telah menggunakan medan dakwah di surau, masjid, dan lain-lain tempat untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang penjajah berdasarkan ilmu dan kekuatan jihad berpaksikan akidah,” katanya lagi.
Dengan nada sinis, Wakil rakyat itu berpendapat, pada zaman siber tanpa sempadan, “saya hairan JAIS dan yang sewaktu dengannya masih lagi terbelenggu dengan warisan penjajah ini.”
“Apakah JAIS akan bertindak terhadap ustaz dan ustazah yang mengajar al-Quran dan muqaddam di rumah-rumah? Bagaimana dengan pensyarah, guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran Islam.
“Bagaimana pula dengan program ehwal Perdana Islam di kaca TV, ramai panelisnya adalah golongan yang tidak diberikan tauliah.
“Bagaimana dengan mereka yang menyampaikan Islam di dada akhbar, majalah dan lain-lain. Bagaimana dengan blog, ruang siber dan lain-lain?” soal beliau.

Liow-Chua berebut timb presiden



Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut.

Chua menerima surat dari ROS itu pagi ini sebelum jawatankuasa pusat MCA bermesyuarat untuk membincangkan pelan damai antara beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

liow tiong laiBercakap kepada pemberita dalam satu sidang selepas mesyuarat jawatankuasa pusat petang ini, Liow berkata beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan ROS itu.

Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos. Jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Chua dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun.

Manakala Liow pula dilantik kepada jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.Bercakap dalam satu lagi sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat, Tee Keat berkata, mesyuarat hari ini menerima keputusan ROS mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden.
Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari.
Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu.

Liow memberitahu sidang akhbar petang ini bahawa "saya masih lagi timbalan presiden".

Katanya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu atau membawanya ke mahkamah jika perlu berbuat demikian.

Liow juga melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan Tee Keat memecat empat anggota CC yang dilantik, yang menyokong menteri kesihatan itu pagi tadi.

Beliau berkata, ia bukanlah satu cara untuk menjayakan pelan damai kerana "keempat-empat mereka menjadi mangsa sbelum pelan itu dapat dilaksanakan".

"Pelan itu mestilah inklusif dan bukannya tindakan drastik seperti pemecatan," katanya.
Hadir sama dalam sidang akhbar Liow ialah para penyokong kuatnya, termasuk Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong.

I'm still No 2, says defiant Liow

One party, two deputy presidents - that appears to be the latest situation afflicting the already problem-riddled MCA with Liow Tiong Lai refusing to vacate his deputy presidency post.

NONEThis morning, the Registrar of Societies (ROS) dealt a severe blow to the health minister's political aspirations when it revealed via a letter that Dr Chua Soi Lek was the rightful No 2.

Speaking at a press conference this evening, a defiant Liow declared: "I am still deputy."

The MCA leader said he reserved the right to appeal against the ROS decision, or even take the matter to court if necessary.

Liow was chosen as deputy president by the central committee (CC) 19 days ago after Chua was sacked in August.

The minister also expressed shock that party president Ong Tee Keat had sacked four CC members aligned to Liow this morning.

"This is not the way for the greater unity plan. The four became victims even before the unity plan started. "The plan should be inclusive and not see drastic actions like sacking," he said.
Also present at the press conference were Youth chief Wee Ka Siong and Wanita chief Chew Mei Fun.

Tangkapan Dr. Asri, Umno Selangor Dalangnya?

  Oleh: Tok Janggut

Isu tangkapan oleh Jais terhadap bekas Mufti Perlis menjadi tekateki. Kenyataan Mufti Perlis bahawa isu mengajar tanpa tauliah menjadi satu kesalahan adalah isu lapuk dan warisan penjajah harus disokong dan dipuji.

Tidak satu nas pun yang mewajib seseorang tokoh agama memerlukan tauliah untuk mengajar atau menyampaikan ilmu Allah melainkan ianya adalah idea penjajah dulu dengan tujuan untuk memastikan apa saja kuliah yang hendak disampaikan mestilah tidak bercanggah dengan fahaman kerajaan Pusat yang memerintah walaupun apa yang disampaikan itu berasaskan nas dan dalil yang sahih. Inilah ajaran sesat.

Beberapa persoalan mungkin timbul dengan tindakan Jais itu seolah-olah ada tangan ghaib yang menjadi dalang dibelakangnya. Yang pertama ialah Dr Asri ditawar kan oleh Perdana Menteri untuk jawatan Yang Di Pertuan Yadim. Ini sangat membimbangkan pihak-pihak tertentu kerana Dr Asri dikenali sebagai ulama yang bercakap benar tanpa mengira fahaman politik yang kurang disenangi oleh UMNO, apatah lagi beliau baru-baru ini ada mencadangkan kepada Ketua Audit Negara supaya menyiasat Yadim. Tindakan Jais mungkin ada kaitanya dengan pihak tertentu yang ingin menggagalkan beliau dari menerima jawatan itu supaya penyelewengan dalam Yadim tidak akan terbongkar. Yang kedua ialah baru-baru ini ketua Dewan Ulama PAS Pusat ada mempelawa Dr Asri supaya menjadi ahli PAS, ini mungkin tidak menyenangkan UMNO kerana jika Dr Asri menyertai PAS maka akan banyak lagilah penyelewengan UMNO dan pemimpinya akan terbongkar dari segi kaedah agama jika kuliah yang diberikan Dr Asri berkaitan dengan pemimpin dan bernegara dalam konteks Islam.
Dan yang ketiga ialah ini adalah agenda UMNO Selangor untuk merosakan nama PAS termasuk kerajaan negeri dengan Dr Asri dan pandangan rakyat. Kita semua maklum, jabatan agama mempunyai kakitangan Jais dan pegawai-pegawainya termasuk jabatan agama di negeri-negeri lain adalah penyokong UMNO tegar. Mereka ini mungkin dipergunakan oleh UMNO Selangor untuk menjalankan kerja kotor UMNO bagi merenggangkan hubungan baik antara Dr Asri dan PAS.
Kita pelik, kakitangan dan pegawai pejabat agama bersubahat atau menyokong satu parti iaitu UMNO yang jelas menentang syariat Allah, menghina sunnah Nabi, mempersendakan serta menghina hukum Allah. Jabatan agama apakah ini? Jabatan agama Islam? Islam yang menentang syariat Islam? Tukar saja nama islam kepada Jabatan Agama UMNO atau Barisan Nasional.
Alasan mengajar tanpa tauliah adalah ketinggalan zaman. Pemimpin UMNO yang minum arak, berzina, berjudi tidak pula sibuk ditangkap oleh Jais atau jabatan agama negeri-negeri lain. Dulu pun bekas mufti Almarhum Dato ishak Baharom pun dilarang mengajar agama di Selagor, sedangkan beliau adalah bekas Mufti Selangor. Kalau mengajar juga akan ditangkap, berpandukan pada isu ini jelaslah bahawa tangkapan Dr Asri adalah perancangan UMNO Selangor yang memang diketahu UMNO tidak suka pada kuliah agama. Itu sebabnya mana ada kita liha pemimpin-pemimpin UMNO dating masjid dengar kuliah, kalau dihotel-hotel adalah mereka itu sibuk membincangkan projek ratusan juta, bincang bagaimana nak tipu rakyat lagi, bincang bagaimana nak rompak harta rakyat dan Negara. Itulah UMNO sebenarnya.
UMNO yang kerdil dan hanya golongan minoriti dalam Barisan Nasional berlagak angkuh tapi lupa yang hayat mereka hanyalah atas ihsan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional itu. Sedarlah sikit wahai Melayu UMNO.

Kerajaan Perpaduan: Najib Gila Talak

  Oleh Ustaz Idris Haji Ahmad

Najib masih mengigau untuk berbaik dengan PAS, walaupun Presiden PAS sudah tutup buku untuk berunding mengenai Kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN (Utusan Malaysia 3/11/09). Kelakuan Datuk Seri Najib tidak ubah seperti orang gila talak,

walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya. PAS terus memacu ke depan bersama dengan Pakatan Rakyat. PAS ingin menasihatkan Datuk Seri Najib selesailah masalah rasuah dan moral dalam Umno dahulu dan parti komponen BN yang semakin kelam kabut.

PAS faham bahawa ini adalah strategi pemimpin Umno hendak memecah belahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat. Pemimpin Umno tidak perlu menangguk di air keroh, kerana pemimpin PAS matang dalam perhitungan politik.

PAS adalah parti yang matang kerana dasarnya dan prinsip yang dipegang tidak pernah goyang. Kerana perhitungan politik PAS berakar kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. PAS ingin menasihatkan Presiden Umno, tumpukanlah projek 1Malaysia yang menjadi slogan dan retorik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita tida mahu lagi peristiwa runtuhnya jabatan 1Malaysia berulang lagi sehingga mengorbankan 3 kanak-kanak sekolah di Tapah Perak ketika mengadakan perkhemahan 1Malaysia. Jika keadaan ini berterusan satu hari nanti mungkin negara Malaysia di gelar sabagai "Darul Runtuh".

Penangkapan Dr Mohd Asri: Mengapa babitkan Dr Hassan Ali

  Oleh: pendekarlekir

"ISU penangkapan yang melibatkan Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Taman Seri Ukay, Ulu Kelang  telah menjadi satu isu yang cuba di rungkai melalui pandangan politik oleh sesetengah pihak.

Oleh kerana itu beberapa blog-blog telah mula memainkan isu ini hingga menjadi ke peringkat fitnah.


Kita boleh melihat blog malaysiawave yang dikendalikan oleh Tulang Besi atau nama sebenarnya Rahman Talib atau Rahman Panjang telah cuba mengaitkan isu ini dengan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali kononnya ini adalah kerana Hal Ehwal Agama adalah di bawah bidang kuasa beliau.
Kita sepatutnya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, yang mengatakan bahawa Jais memiliki kuasa yang bebas dari kengkangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Enekmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.
Adakah penangkapan ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan lagi nama baik Dr Hassan ataupun penangkapan Dr Mohd Asri ini adalah kerana tugas yang diamanahkan kepada Jais.
Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim telah meminta supaya Jais memberi penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan dengan isu tersebut. jadi dalam hal ini biarlah Jais yang menyelesaikan masalah ini dan kita tunggulah apakah keputusannya.
Tindakan menuduh Dr Hassan Ali terbabit dalam isu ini adalah satu tuduhan yang dangkal. Bukannya saya mahu mebela beliau tetapi tuduhan tanpa bukti dan kemudiannya cuba dicetuskan oleh blogger yang tiada kredebaliti dan kurang dipercayai sumber beritanya adalah satu dosa yang besar. Bloger yang kononnya adalah orang yang cuba memperjuangkan agama Allah tetapi sentiasa menjadikan blog mereka sebagai medan untuk bergaduh sesama sendiri sehingga mengeluarkan tulisan-tulisan maki hamun, mencarut dan berbagai-bagai perkataan yang kurang sopan.
Adakah kita suka perkara ini terus berlaku dalam dunia maya ini? Sepatutnya kita mengambil kesempatan dari dari sini untuk menjalankan dakwah dan merapatkan lagi saf sesama Islam. Jika dalam perang pun kita mempunyai adab cara berperang inikan pula dalam menyampaikan dakwah kepada sesama Islam.
Kekadang kita merasa jijik melihat tulisan komen daripada pembaca blog yang memaki hamun sesama sendiri. Inikah akhlak orang yang konon mengaku nak memperjuangkan Islam. Tindakan menuding jari kepada orang yang dituduh juga adalah satu perbuatan yang tergesa-gesa. Adakah mereka ini tidak malu dengan perbuatan mereka. Adakah mereka tidak memikirkan akibatnya nanti apabila berhadapan dengan Allah.
Kita sepatutnya menerima ketetapan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat khas yang diadakan oleh pucuk pimpinan. Kita juga sepatutnya tidak mempertikaikan apa jua keputusan yag telah ditetapkan. Kita janganlah menjadi masalah kepada parti untuk mencari penyelesaian dalam setiap isu. Kita berilah kepercayaan kepada jawatan kuasa disiplin parti yang diketuai oleh Naib Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menangani isu ini.
Kita janganlah asyik menyalak di luar jika kita mahu parti kita dan Pakatan Rakyat dapat bersatu dalam apa jua hal. Jauhkanlah dari perasaan hasad dengki sesama saudara seperjuangan. Jika ada masalah sepatutnya kita bemesyuarah dan bukan menghasut dan memfitnah. Jauhkanlah dari bermain politik sesama rakan seperjuangan kerana ini kurang sihat untuk parti. Berjuanglah dengan ikhlas dan berjuanglah kerana Allah. Janganlah mempercayai berita yang sumbernya diragui. Siasatlah terlebih dahulu kerana sekarang ini banyak anasir-anasir luar yang mahu menggangu-gugat keamanan dalam parti kita dan Pakatan Rakyat khususnya.

Husam Nak Saman Siasah?



Semalam ada kawan lama telefon saya. Saya pun agak terkejut dia telefon kerana dah lama tak bercakap. Saya pun berborak lama dengan dia. Dan tiba2 isu Husam Musa dan Siasah ditimbulkan.

Dia kata mengikut maklumat yang dia dapat dari kawan2  dia di Kelantan, Husam Musa sedang bersedia untuk menyaman Siasah. Saya tanya kenapa? Dia kata lain yang dia sebut lain yang akhbar Siasah lapor.

Saya mulanya terkejut juga bila Suyuti lapor dalam blog dia, bertajuk "Husam Hayati Semangat Unity Government". Dalam hati kecil saya berkata mesti ada sesuatu yang pelik ni.

Rupanya betul. Memang Husam tengah marah (mengikut kawan saya ni) Bukan setakat tu, dia pun kena belasah dgn ramai blogger juga. Contoh "Bodoh Punya Husam" dengan "Go Fly a Kite".

Bagi saya, oleh kerana berita ni datang dari Akhbar Siasah yang ditadbir oleh Suyuti maka kita semua wajib "MERAGUI"nya. Saya dah tulis berapa kali dan berapa kali dedah si Suyuti penipu.

Jadi, kalau betul lah maklumat kawan saya ni, siap lah kau Suyuti. Masuk mahkamah lagi la kau.

Tulang Besi

TANGAP ! HUKUM ! LIPAT !

GARI INI HANYA UNTUK TIKUS

BEKAS ADUN GERAKAN DI DAKWA - malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas ADUN Teratai, Yap Soo Sun berhubung penyelewengan peruntukan kawasan pilihan rayanya.

Bekas wakil rakyat Gerakan Selangor itu dihadapkan dengan tujuh pertuduhan memalsukan tuntutan wang tersebut bagi program sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam.

Beliau ditangkap pagi ini oleh suruhanjaya itu selepas pembantunya Mohd Firdaus Abu Zarin diseret ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

WAKIL RAKYAT UMNO DIDAKWA SELEWENG - malaysiskini

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Wakil rakyat Umno itu, yang juga bekas ADUN Sungai Air Tawar, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000.

YANG INI PKR

Bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu.

Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu.

Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.


YANG INI DAP


Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chuan How (kanan), dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera.

Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syafeera Mohd Said membenarkan ikat jamin RM10,000.


KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH…

woit…. INI HANYA KES TAIK GIGI…. kah kah kah…

kah kah kah… INI HANYA KES KENCING BUDAK KECIK… kah kah kah..

kah kah kah… INI HANYA KES BUDAK MAIN GULI…. kah kah kah…

woit… APA JADI DENGAN KES KAPAL SELAM?.... kah kah kah…

kah kah kah… APA JADI KES KOREK KOREK KOREK… kah kah kah..

kah kah kah… APA JADI DENGAN KES PELABUHAN KLANG… kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN SIASATAN ZOOM ZOOM AL KA ZOOM... kah kah kah

woit... MCA... MIC... BILA PULAK?...BARU BALANCE... kah kah kah..

nota:
ini adalah percubaan sprm untuk mengolah
persetujuan rakyat agar dilihat sprm sedang melakukan sesuatu.
sprm memungut tikus tikus kecil.
sprm tidak mahu dilihat berat sebelah maka tikus
dari sabak bernam jadi mangsa.


ingat bagaimana heboh seluruh alam bila erik chia di tangkap
lepas tu satu habuk tak ada?

kalau tangkap azalina – toyo – khairy – sebelum pilihanraya
lagi baik. jamin satu malaysia akan sokong gerombolan kah kah kah


Tukar Tiub

24 ? Olang cina bilang 'sinang matii.. maa !!

Dayasaing antarabangsa Malaysia jatuh akibat kegagalan BN
Oleh : MN Bashah

Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 Malaysia menunjukkan Malaysia jatuh 3 anak tangga ke tangga 24 untuk sesi 2009 hingga 2010 disebabkan kegagalan Malaysia dalam penilaian pillar(teras) pertama penilaian iaitu berkaitan Institusi.

Di antara sub-unsur atau elemen penting yang dinilai dalam teras institusi adalah aspek jenayah, pengurusan sindiket haram, keselamatan, kebebasan kehakiman, persepsi masyarakat terhadap sistem politik, etika firma-firma kerajaan dan badan berkanun serta ketelusan pembuat dasar negara (pemimpin). Aspek akauntabiliti atau hisbah merupakan perkara penting yang telah menjatuhkan negara kita sebanyak 3 tangga ke tangga ke-24 hari ini.

Antara indeks yang boleh kita perhati bersama adalah aspek Kepercayaan rakyat kepada ahli politik pada tangga ke-33 dunia. Kebebasan kehakiman pula Malaysia berada pada tangga -53. Kebolehtelusan pembuatan dasar kerajaan pula Malaysia berada pada tangga ke-30 dunia. Perkhidmatan polis juga dinilai iaitu berada pada tangga ke-48.

Sebelum ini beberapa media alternatif telah mendedahkan tahap jenayah di Malaysia berada di tangga ke-95 manakala keganasan pula berada pada tangga ke-97.

Berdasarkan kajian terperinci ini, jelas menunjukkan sistem politik dan persepsi rakyat terhadap akauntabiliti, ketelusan serta keefisienan perjalanan agensi dan institusi kerajaan adalah amat penting. Jelas daripada laporan ini juga menunjukkan sebarang aspek teras pertama laporan ini (institusi) boleh mempengaruhi teras ke-6 iaitu Efisiensi Pasaran Sihat (Goods market efficiency) yang melibatkan jumlah pelabur asing serta pengembangan pasaran produk da perkhidmatan negara.

Terbongkar juga, kenyataan kerajaan bahawa negara kehilangan pelabur asing akibat perubahan politik yang bertukar kepada pembangkang adalah dusta semata-mata.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak

Dr Asri VS Datuk Kushrin Munawi


Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Datuk Kushrin Hj Munawi – nama yang bagi aku adalah cukup sinonim dengan UMNO. Dia adalah pencacai Umno. Hidupnya tidaklah segemilang mana jika Umno tak menolongnya. Dulu dia rapat dengan bekas MB Muhammad Muhd Taib. Jasanya pada Umno melayakkan dia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah JAIS. Tak berapa lama menjadi KP JAIS, dia dianugerahkan pangkat Datuk. Entah apa lah jasa si mamat ni kepada Islam pun aku tak pasti. Tup-tup dapat Datuk…baik sungguh al-sultan Selangor.
Kushrin ni jika nak tau, pernah berkempen untuk Umno-BN secara terang-terangan. Semasa pra-election 2008, dia berucap di hadapan khalayak kakitangannya dan mengeluarkan arahan rasmi: Jangan terlibat dengan politik di luar terutamanya PEMBANGKANG. Maknanya, dia nak bagi tau…jika nak terlibat dengan Umno-BN…masih boleh dimaafkan…
Hari ini, kecoh satu Malaya bila Dr Asri ditahan tanpa dakwaan. Aku jenuh menahan gelak, bila JAIS yang tengin dan sangap itu menahan Dr Asri atas alasan, beliau mengajar tanpa TAULIAH. Cukuplah tu…JAIS. Biarlah KP engkorang sahaja yang tengin, jangan semua JAIS dicop tengin juga.
Pagi-pagi buta hp aku bertalu-talu. Kes Dr Asri nilah…aku buat rumusan mudah: ‘Ini semua kerja Kushrin…apa engkorang ingat budak-budak JAIS yang lembik ubun-ubun tu berani nak pi tangkap membabi-buta jika tak ada endorsement dari orang atas. Jika tak ada apa-apa…Kushrin arahkan bebas sajalah…habis cerita!”
Ada orang tanya, kenapa Kushrin arah? La…dia kan Umno. Kerja dia merosakkan agama…itu sahaja. Umno mana saying agama. Umno pelingkup agama…sebab tu Kushrin tak endah betapa ramai umat Islam terjebak dengan arak di Kilang Carlsberg dan dia dok sebok orang mengajar tak dak tauliah.
Lebih dari tu? La…lepas ni, busuk la nama Selangor. Selangor yang MB nya pun ‘kurang cerdik’ berpolitik ditambah dengan ‘kesangapan’ segelintir exco-nya…faham-fahamlah…aku nak mention nama dia pun naik melugai perut dah…maka, inilah masanya nak menambah kucar-kacir di Selangor. Biar porak-peranda semuanya dan lepas tu, melingkuplah!
Aku tak faham sungguh…apabila Umno berkuasa dulu, depa kontrol sultan. Nak lantik Pengerusi MAIS, mesti dapat endorsement MB. Khir Toyo masa tu power betul. Tup-tup bila Khalid jadi MB, dia ubah enakmen…Sultan boleh lantik Pengerusi MAIS tanpa dapat persetujuan daripada dia. Maka, naik tocanglah UMNO yang dok sembunyi belakang sultan…dan dalam politik yang 1001 kemungkinan ini, aku tak boleh baik sangka dengan anasir Umno dalam JAIS atau MAIS atau Pejabat Mufti sendiri…maka aku syak, mereka terlibat dalam skandal terbaru ini!
Datuk Mufti Selangor? Hmmm…baik tak payah sembanglah. Aku boleh kata: Dialah antara mufti paling penakut di Malaysia! Dan aku teringat kata Dr Asri: “Waktu saya jadi mufti dulu pun, semua mufti boleh datang ceramah kat Selangor, kecuali Mufti Perlis.” Awat mufti Selangor…mufti Perlis ni mazhab apa sampai hang jaki sangat kat dia…dan aku cukup kesal, mufti Selangor kekal membisu hingga la ni!

Wala’ Dan Istiqamah Pemimpin Pada Pejuangan


Oleh: Nash Ar-Rawy
Pendukung PAS selalu diingatkan demi perjuangan Islam , wajib memberikan wala’ kepada pemimpin dan jangan timbul masaalah kepada perjuangan. Namun demikian, pemimpin juga wajib memberikan wala’ yang tiada berbelah –bahagi kepada pejuangan dan bersikap istiqamah supaya tiada menjadi orang yang bermasaalah dalam perjuangan.
Yang penting sekali adalah Islam itu terserlah dan diprojeksi “PAS FOR ALL” secara teori dan praktikalnya sekali bukan cakap tak serupa bikin seperti retorik tadika UBN ; Satu Malaysia yang sebenarnya SMS ( Satu Malaysia Sekular) .Parti hanyalah sebagai wadah sahaja , kerna anggota PAS bukannya bertuhankan PAS atau TGNA hatta TGHA. Pemimpin boleh pergi dan datang , tetapi panji-panji Islam tetap akan berkibar walau apa pun terjadi kepada parti yang hanya merupakan instrumen untuk mencapai matlamat ( Islam ).
Bekas pemimpin PAS seperti Asri pernah menubuhkan Hamim dan kemudiannya masuk Umno. Namum wala’ dan keistiqamahan para pejuang Islam masih lagi kekal dalam parti yang bernaunsakan Islam. Yakni, PAS dan tiada menjejaki Asri. Muhammad Nasir bekas MB Kelantan pernah menubuhkan Berjasa dan berjasa kepada Umno ; mengkhianati perjuangan Islam. Nakhaie pernah menjadi Pengarah Kitab Usrah yang digunapakai oleh semua pemimpin dan anggota parti . Akhirnya mengusrahkan diri pada Umno dan membeloti kitab usrah yang beliau sendiri karang.
Pemimpin yang terdahulu dalam PAS yang bermasaalah ini memberikan masaalah kepada pejuangan dan melambatkan Islam untuk menang. Ini adalah kerna ada pemimpin yang sebenanya tiada wala’ dan tiada istiqamah dalam perjuangan. Seluruh anggota PAS, hendaklah ada sifat cemburu kepada perjuangan. Memang salah , salah sangka terhadap pemimpin ,tetapi tiada salah cemburu kepada perjuangan dan kepemimpinan demi ketulusan dan wala ‘ kepada perjuangan.
Pemimpin atau parti bukannya tuhan dan tiada bisa lakukan kesilapan. Satu jemaah pernah masuk UBN dan kemudian ditendang keluar setelah melepaskan ‘anjing tersepit’ , itu satu iktibar dan pengajaran buat PAS.; yang tinggal hanya satu kerusi parlimen sahaja selepas itu.
Umno tidak akan berubah dan bagaimana bisa berubah jika perjuangannya sekular bernaunsakan assobiyyah(perkauman) Melayu yang diharamkan Rasulillahu di dalam hadisnya. Satu demi satu Presiden Umno melaungkan anti –korupsi dan mahu bersihkan Umno sepenuhnya daripada amalan rasuah. Apa bezanya teriakan anti-rasuah Rosmah Najib dengan Khairy Abdullah dan Tun Mahathir yang sudah menjadi kanser dan darah daging. Yang tiada bisa dibendung lagi ;justeru padat dengan sindrom kroni, korupsi dan manipulasi yang ketara dan parah . Ibarat kapal yang tunggu masanya sahaja akan pecah dan karam.
Apakah kapal yang semacam ini , mahu diselamatkan oleh sekelumit kepemimpinan Pas ; jika ada yang mengidami Umno dan ketagihan yang meluap-luap. Jika ada kecenderungan beberapa kerat pemimpin yang sedemikian; yang bersembunyi disebalik lalang .Keluarlah kamu daripada penyamaran dan persada persembunyian kamu secara terhormat meletakkan jawatan sebelum kamu , lambat laun akan dikeluarkan juga secara fitrah dan sunnah perjuangan dalam proses pembersihan dari dalam pucuk pimpinan. Sebagaimana yang sangat disedari dan dicemburui oleh Mursyidul Am TGNA yang bertanggung jawab ke atas Badan Tertinggi dalam PAS yang mengatasi obligasi Presiden dan Setiausaha Agung . Agar kesetiaan pemimpin adalah pada perjuangan ; justeru kerana Majlis Syura Ulamak adalah badan yang berotori untuk menentukan dasar , ‘approach’ prinsip dan hala-tuju perjuangan tidak seperti Umno; ulamak diperdudukkan di bawah ketiak Rosmah-Najib.
PAS bukannya parti perkaumnan Melayu seperti Umno atau perkauman Cina seperti MCA dan perkauman India seperti MIC. Penyatuan rakyat atas asa perkauman memang dilarang keras oleh Rasulillahu . Apakah asas kaum ini mahu digunapakai sekali lagi untuk ‘rejoin’ UBN oleh beberapa kerat pemimpin yang bermasaalah ?. Pakatan Pilihan Rakyat adalah satu-satunya PILIHAN yang ada untuk menyelamatkan Agama, Bangsa dan Negara daripada tipu daya retorik tadika ‘Satu Malaysia’. Tahaluf siasi yang menyatupadukan PAS , DAP dan PKR atas dasar ;” ISLAM FOR ALL” dan “ JUSTICE FOR ALL” telah menghakis fahaman perkauman dalam PAKATAN PILIHAN RAKYAT yang tidak bernaunsakan kaum dan slogan retotik tadika ‘satu Malaysia’ dari awal lagi sudah ketinggalan dengan konsep Islam sebagai “ RAHMATAN LIL ‘ALAMEEN” yang di bawa oleh PARTAI ISLAM SEMALAYSIA ( SATU MALAYSIA) sejak dari tahun 1951 lagi. Umno masih lagi untuk orang Melayu.bumiputrra sahaja ; SMS , iaitu , “SATU MALAYSIA SEKULAR” yang bernaunsakan assobiyyah Melayu.
Wala’ dan istiqamah pemimpin bukan sahaja perlu tulus dan ‘honest’ pada perjuangan Islam dan tahaluf siasi yang disepakati semua pemimpin . Akan tetapi, penghormatan kesetiakawanan , wala’ dan istiqamah para pemimpin PAS dalam semua peringkat samada Majlis Presiden, Majlis Sekretariat maupun diperingkat Negeri dan kawasan hendak suci , bersih dan ikhlas dalam menyatukan sokongan massa untuk memenangkan Pakatan Pilihan Rakyat (PPR) pada PRU13 nanti, insyaAllahu.
Untuk itu, jangan ada pemimpin yang bermasaalah memberikan masaalah kepada Pakatan kerana tiada wala’ dan istiqamah untuk memperkukuhkan Pakatan Pilihan Rakyat. Jika hati masih lagi kurang senang dan kurang sedap untuk memperkukuhkan Pakatan dan teridam-idamkan bersekongkol dengan Umno demi assobiyyah Melayu ; silakan menjejaki dua bekas Presiden ( Ustaz Fuad dan Dato’ Asri) atau Nakhaie selaku bekas Naib Persiden Pas. Atau pun terus beristiqamah dalam perjuangan Islam bersama TGNA selaku Mursyidul Am; Badan yang tertinggi di dalam perjuangan yang berotoriti menentukan prinsip , polisi , pendekatan dan hala-tuju Gerakan Islam Pas ;iaitu Pengerusi, Majlis Syura Ulmak ; sekaligus merangkap MB Kelantan yang membangun bersama Islam sebagai model “ Pas For All, “Islam For All” yang diterima semua kerna menolak retorik tadika “ Satu Malaysia “ yang rasuah dan menyanjung tigggi perasuh menjadi wakil rakyat dan Ketua Menteri Satu Malaysia.
Pakatan Pilihan Rakyat(PPR) berbeda dengan UBN kerna UBN telah mengkhianati Agama, Bangsa dan Negara yang bergelumang dengan kefasadan rasuah , kezaliman autokrasi , kronisma dan nepotisma yang anti –federalisme( kerajaan rakyat Kelantan) Masa sama dengan Pakatan ; kecuali orang yang buta politk sahaja yang bisa samakannya. Para pejuang keadilan dan para penentang kezaliman semuanya berada di dalam Pakatan . Seperti DS Anuar, Mahfuz, Mohammad Sabu, Tian Chua, Gobalakrisnan dan lain-lain kecuali yang ada kepentingan dan bermasaalah seperti Ezzam dan Nakhaie yang membeloti perjuangan. UBN sarat dengan pembelot-pembelot perjuangan dan penegak kezaliman autokrasi dan kefasadan ; yang berselindung dengan jenama baru ‘ satu Malaysia” untuk meraih simpati dan pengaruh baru dari rakyat .
Justeru itu, pemimpin juga perlu memberikan wala’ , fokus dan istiqamah sepenuhnya kepada perjuangan Islam dan tiada bersubahat , telus dan berani membasmi sebarang bentuk ‘VIRUS” dan elemen ; anasir-anasir pengkhianatan dan pembelotan dalam perjuangan. Pemimpim juga perlu ada sifat cemburu kepada saf kepemimpinan demi keutuhan perjuangan agar di geruni lawan dan dihormati serta disegani lawan. Perkukukan Pakatan Pilihan Rakyat (PPR) dan bersihkan jemaah daripada pengkhianat-pengkhianat perjuangan ; kemuncup –kemuncup sepanjang jalan agar tiada belaku “ Gerhana Bulan “ supaya pisang tiada berbuah dua kali dan tiada di batuk ular dua kali dalam satu lubang (UBN) .InsyaAllahu. massa akan kembali memberikan kepercayaan penuh ( ‘trust’) kepada PAS dan PAKATAN PILIHAN RAKYAT ( PPR) Pembuktian dan komintmen semua pemimpin mesti ada, berani , telus.dan tegas membasmi hipokrasi beberapa kerat pimpinan PAS; tanpa memilih bulu.
“ ALLAH HU AKBAR! “

Pengarah JAIS Perlu Ditangkap!


Banyak pihak kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang sesuka hati bertindak untuk menahan seseorang tanpa sebarang kesalahan yang jelas untuk dibuat pertuduhan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi perlu dipertanggungjawabkan dan beliau perlu ditahan serta disoal siasat sebab-sebab tindakan yang tidak profesyenal serta mengaibkan pihak tertentu dilakukan oleh JAIS.

Harakahdaily pula melaporkan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap JAIS kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sebentar tadi.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Berita sebelum ini:

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.

Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.

Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini

"Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya,"tegas Dr Asri.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.

Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

11.00 pagi: Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti.

1.00 petang:Dr Asri sebentar tadi dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dengan jaminan pihak mahkamah.

Menurut beliau, semasa ditemui wartawan, penantian (menunggu pendakwa dan wakil Jais) adalah sesuatu yang sia-sia.

Beliau juga mengkritik Jais kerana tidak hadir untuk memberitahu jenis pertuduhan ke atasnya dan mempersoalkan kenapa badan agama itu memungkiri janji sedangkan beliau telah menunggu sejak jam 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa ada perjanjian antara pihak peguam dan mahkamah bahawa mereka boleh dipanggil bila-bila masa atau sebaliknya.

Bertanyakan sebarang tindakan lanjut di pihaknya, beliau memberitahu, pihaknya akan merujuk kepada peguam.

Dr Asri kini akan menuju ke Hotel Putra, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir dan selepas itu satu sidang media akan diadakan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sepatutnya tumbang pada bulan November 2009



oleh ali :
Mageran dan Task Force 2010

Salam satu Malaysia. Ramai orang tidak tahu bahawa agenda Task Force 2010 ini menyerupai Majlis Gerakan Negara(Mageran) iaitu ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi 13 Mei berlaku akibat rusuhan antara kaum selepas hari membuang undi pada 10 Mei 1969. Pilihanraya Umum pada tahun tersebut ialah Pru ke 3 selepas Malaysia merdeka semenjak tahun 1957. Negeri Selangor selepas 10 Mei 1969 menyebabkan kerajaan Perikatan(sekarang BN) tidak mudah membentuk kerajaan. Ia hampir ditewaskan. Selangor adalah negeri terpenting dalam Malaysia. Ia adalah sebuah negeri yang mempunyai segala-galanya. Dari pelabuhan besar, Port Swettenham(Port Klang), lapangan terbang Subang(sekarang KLIA) hingga pusat bandar terbesar iaitu Kuala Lumpur. Siapa yang menguasai negeri Selangor, dia sebenarnya menguasai negara Malaysia.

Mageran dan Kuala Lumpur

Salah satu langkah Mageran untuk mengekalkan negeri Selangor tidak jatuh ke tangan pembangkang(baca orang cina) ialah menyerahkan bandar Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan Malaysia pada 1 Febuari 1974. Ini sebagai langkah untuk membendung undi orang cina di Kuala Lumpur dari menpengaruhi keputusan Pru di negeri Selangor. Plan Mageran ialah supaya Selangor kekal dalam penguasaan Perikatan(BN) buat selama-lamanya. Manakala undi cina terbesar di Kuala Lumpur dapat dikawal dan tidak menjadi ancaman kerana Kuala Lumpur kini dibawah kuasa Kerajaan Pusat(Persekutuan). Seperti tuan-tuan sedia maklum, pengundi-pengundi di Kuala Lumpur(juga di Putrajaya dan Labuan) hanya mengundi sekali sahaja iaitu mengundi bagi kawasan Parlimen. Manakala saudara-saudara seMalaysia mereka yang lain mengundi 2 kali iaitu bagi kawasan Parlimen dan DUN(Dewan Undangan Negeri).

Mageran dan Ketuanan Melayu

Sifir itu tidak menjadi pada Pru ke 12 yang lalu. Pada 8 Mac 2008, negeri Selangor ditawan oleh Pakatan Rakyat. Pak Lah terkejut. Najib tidak terkejut. Ada sumber lain mengatakan bahawa Task Force 2010 sudah bermula sebelum Pru ke 12 lagi. Untuk makluman, Mageran yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei, dikuasai oleh 3 orang. Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan Ghazali Shafie telah membawa Mageran lebih berkuasa dari Kerajaan Pusat lalu memberi tekanan kepada Tunku Abdul Rahman. Lalu Tunku berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pemerintahan mereka bertiga melalui Mageran telah memulakan rancangan pengukuhan Agenda Melayu. Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan. Jelas, "Peristiwa 13 Mei " dikambinghitamkan bagi membolehkan mereka bertiga yang mengawal Majlis Gerakan Negara dan memegang tampuk kuasa. Di kala itu juga, kelas aristokrat lama UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah ditenggelami oleh elit Melayu baru yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak. Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri kita sekarang telah merintis jalan yang telah dilalui oleh bapanya.

Usaha menawan Selangor dari Pakatan Rakyat

Najib menubuhkan Task Force 2010 sepertimana bapanya menubuhkan Mageran pada tahun 1969. Najib mahukan negeri Selangor sebagai usaha beliau menebus kegagalan Mageran yang diusahakan oleh bapanya. Objektif Mageran ialah walau apa pun terjadi, negeri Selangor wajib dikuasai oleh Perikatan(sekarang Barisan Nasional). Najib melalui Task Force 2010 pada waktu ini adalah melaksanakan wasiat bapanya iaitu menawan Selangor dengan apa cara sekalipun.

Rancangan Task Force 2010 adalah menawan negeri Selangor pada bulan November 2009 iaitu bulan ini. Ini melalui usaha kemasukan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang diketuai Hasan Ali untuk bergabung dengan BN. Hasan Ali sudah menjanjikan sejumlah nama yang sedia bersama-sama beliau bagi membentuk kerajaan baru di Selangor atas nama kerajaan Barisan Nasional. Hasan Ali dan adun-adun lain tidak akan meninggalkan parti masing-masing. Mereka cuma bertindak membentuk kerajaan baru tetapi didalamnya ada 20 adun dari MCA dan UMNO. Hasan Ali dijangka menjadi Menteri Besar baru negeri Selangor. Tetapi rancangan tersebut tertangguh apabila TG Nik Aziz dapat memintas plan tersebut lalu mencadangkan EGM bagi Parti PAS. Kes Teo Beng Hock, kepala lembu, arak, selcat dan lain-lain adalah agenda Task Force 2010 bagi misi khas di negeri Selangor.

Pengalihan fokus publik

Semalam, Najib mengeluarkan mesej diplomasi bagi usaha terakhirnya mengajak pemimpin Parti PAS menerima plan agenda Task Force 2010 iaitu "Unity Government". Jika tidak plan B akan dijalankan melalui SPRM. Sebagai mengalih tumpuan dan fokus pencandu-pencandu politik, isu negeri Perak dan isu tangkapan Dr. Asri(Maza) mantan mufti Perlis dimainkan. Walhal keputusan negeri Perak telah ditentukan. UMNO/BN tidak akan melepaskan begitu sahaja negeri Perak. Bagi isu tangkapan Dr.Asri(Maza), ini adalah isu serampang dua mata. Pertama sebagai menunjukkan kecelaruan dan huru-hara dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. TS Khalid Ibrahim dilihat tidak upaya menangani agensi-agensi kerajaan negeri yang dibawah kawalannya. Najib Tun Razak dan Hasan Ali saling bahu membahu menampakkan kegagalan TS Khalid Ibrahim dan juga menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai MB Negeri Selangor.

"Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

Itulah statement Hasan Ali bila ditanya tentang penangkapan Maza. Memang Hasan Ali tidak bercakap direct tetapi secara tersiratnya dia dah tahu dan memang mahu Maza ditangkap dan dimalukan. Jais berada dalam pengaruh dan kawalan Exco Agama Selangor iaitu satu jawatan yang disandang oleh Hasan Ali. Manakala Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menyambutnya dengan statement ini :

Maka rakyat melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai tidak bermaya dalam menangani isu yang remeh seperti isu bagi tauliah kepada penceramah sedangkan orang yang ditahan adalah bekas mufti. Sepatutnya Mufti lah yang bagi tauliah kepada penceramah agama. Integriti Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh di mata rakyat dengan sekelip mata.

Kedua sebagai mengalihkan fokus rakyat dan menjadikan Maza sebagai celebrity baru rakyat Malaysia. Tumpuan rakyat beralih kepada Maza. Sedangkan isunya adalah kecil. Fokus kepada beliau yang berlebihan menyebabkan rakyat lupa tentang plan Task Force 2010 di negeri Selangor dan juga lain-lain isu seperti rasuah, kemiskinan dan kemelaratan rakyat Malaysia yang melata di negara ini.

Maza menjadi rebutan

Maza juga dilihat sebagai pemain import bolasepak yang akan mengharumkan nama pasukan yang bakal disertainya. Memang ada usaha-usaha khas dari pihak UMNO dan PAS bagi membawa masuk bekas mufti Perlis ini ke dalam parti masing-masing. Buat masa ini, kita lihat bagaimana usaha-usaha terakhir Task Force 2010 untuk merampas negeri Selangor bagi memenuhi wasiat Tun Razak, bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang. Jika saudara menerima amanah wasiat dari ayahanda saudara, adakah saudara melaksanakannya dengan main-main ??

Pesawah demo, bantah kuota padi



Lebih 100 petani di Mukim Bendang Morak, Tumpat hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan sawah padi mereka bagi meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghapuskan sistem pembelian padi mengikut kuota oleh pengilang.

Mereka mendakwa sistem kuota yang berkuatkuasa tahun lalu itu menyebabkan mereka menanggung kerugian besar.

Dalam demonstrasi kira-kira sejam itu dan sambil mengibarkan sepanduk antaranya tertera 'Jangan Sekat Rezeki Kami' dan 'Hapuskan Sistem Kuota Yang Merugikan Petani', mereka mendakwa tidak sanggup lagi menanggung kerugian.

Penyelia Pembangunan Mukim Bendang Morak, Yusuf Salleh berkata sewajarnya kerajaan menghapuskan sistem kuota itu bagi membolehkan pengilang membeli seberapa banyak padi daripada petani.

"Apabila sistem kuota dilakukan, ada pengilang yang menolak untuk mengambil padi kami yang dijual pada kadar harga RM1,000 untuk satu tan metrik padi.

"Mahu tidak mahu kami terpaksa mencari kilang lain yang hanya mahu membeli pada kadar harga jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata harga rendah itu tidak mampu untuk petani menguruskan kerja-kerja di sawah padi seperti baja dan bajak yang tinggi kosnya.

"Kalau terus begini akan ada sawah padi yang terus terbiar kerana kami tidak mampu untuk mengerjakan sawah kerana tidak setimpal dengan hasil yang diterima," katanya.

Zulkifli Awang, 30, pula berkata hasil padi yang tidak dituai serentak telah menimbulkan keadaan "siapa dulu dia dapat" untuk menjual kepada pengilang, manakala tuaian yang berikutnya kemungkinan menghadapi masalah kerana kuota pembelian telah mencukupi.

"Segeralah tangani masalah kami kerana sistem kuota ini hanya menguntungkan pengilang dan bukannya petani," kata petani itu.

Katanya, di kampung itu terdapat lebih 350 hektar sawah padi dan setiap pengilang pula hanya dibenarkan membeli sebanyak 8,000 metrik tan padi sahaja untuk setahun.

Semalam keadaan kecoh seketika di sebuah kilang padi di sini kerana pihak pengurusan kilang itu enggan membeli padi daripada petani atas alasan sudah cukup kuota. BERNAMA

Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu


Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah
PETALING JAYA: Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.
Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah.
Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana hari ini.
"Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.
"Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?
"Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!," kata Dr Asri di kediamannya di Mengkuang, Bukit Mertajam. Semalam, penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari, mendakwa Dr Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.
Zamihan mendakwa bidang pengkhususan Dr Asri hanya melibatkan bahasa Arab dan Sastera dan Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.
"Universiti itu tidak meneruskan program itu sekarang tapi di waktu saya belajar dulu, memang ada program itu. Antara penceramah yang mendapat ijazah yang sama ialah Ustaz Erfino Johari dan ramai lagi guru-guru agama yang mengajar bahasa Arab.
"Tapi inikah kerja JAKIM, menyanggahi disiplin kerja, budi dan etika. Apakah tujuan JAKIM masuk campur? Juga menyalahi akhlak Islam?," kata Dr Asri.
Tuduhan memalsukan kelayakan merupakan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Dr Asri sejak dia ditahan oleh pihak JAIS malam Ahad lalu. Antara tuduhan lain ialah memberi ceramah agama tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman Wahabi.
Dr Asri tertanya-tanya apakah motif di sebalik tuduhan terbaru ini.
"Adakah ini bermakna JAKIM termasuk dalam 'tangan ghaib' sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menafikan kerajaan pusat terlibat dalam hal ini.
"Adakah JAKIM ingin sabotaj saya atau Kerajaan Persekutuan? Dan Datuk Jamil Khir Baharom juga mahu kerajaan Selangor bertanggungjawab. Jadi jika JAKIM tidak terlibat dalam tuduhan pegawainya, saya ingin melihat bantahan terbuka dari pihak JAKIM.
"Saya juga difahamkan Dr Azwira Aziz turut menyaman pegawai yang sama untuk kes fitnah yang lain," kata Dr Asri yang akan mengadakan satu kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' jam 8 malam ini di Institut Al Qayyim. Kuliah malam ini akan menyentuh tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu.
Menurut Dr Asri, setelah berita 'pemalsuan ijazah' itu keluar, beliau telah menerima panggilan dari beberapa peguam ternama menawarkan khidmat mereka dengan percuma untuk menyaman Zamihan.
Dan Dr Asri berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman.
"Cukuplah...mereka telah pergi ke peringkat yang keji iaitu, fitnah!," kata Dr Asri yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, di bawah Majlis Agama Islam Perlis..

Dr Asri: Saya bukan Wahabi dan tak tahu apa itu Wahabi!



PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.
Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.
Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.
Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?
"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut.
"Hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi dan majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.
"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.
"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.
Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.
"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.
"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.
Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.
"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.
Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Isu Dr. Maza dan perangai 'tut-tut' Umno !

Oleh : MRK albanjari
Permulaan minggu pertama November, dihangatkan dengan isu penangkapan Dr. MAZA. Permulaan minggu yang kontroversi. Pemain utamanya tidak lain oleh media utama perdana, berita tangkapan ini cukup untuk menimbulkan pelbagai reaksi khalayak terutamanya penyokong kuat Dr MAZA sendiri.

Bagi saya mudah saja, jika benar dia salah tangkap saja dia, tak perlu nak hangatkan lagi isu ini cuma ada beberapa persoalan yang wajar diambil perhatian bersama.

1. Dakwaan Dr MAZA menyampaikan ceramah tanpa tauliah di premis sendiri tu jadi persoalan. Dia bukan berceramah di masjid atau surau dalam negeri Selangor yang menguatkuasakan tangkapan tersebut. Berceramah di premis persendirian macam itu boleh diumpamakan seperti berceramah politik di tempat-tempat persendirian yang tak perlu permit polis sekalipun.

Saya, sebenarnya pun tak berapa nak minat dengan budak MAZA ni tapi tangkapan terhadap MAZA ni kerana berceramah tak ada permit, agak sukar dan langsung tak boleh diterima, tambahan lagi dipremis persendirian. Kalau dakwaan menyebarkan dakyah WAHABI saya sokong dia disiasat.

2. Penguatkuasa-penguatkuasa JAIS ni saya rasa perlu disunat sekali lagi, sebab mereka ini mewarisi perangai 'tu..tut' hasil didikan UMNO dahulu. Maka kena fahamlah. Saya ingin bertanya, apakah penguatkuasa JAIS ini hanya akan bertindak atas laporan sahaja ? Bodoh betul la diorang ni, kalau bertindak hanya berdasarkan laporan semata-mata.

Mereka ini terlalu ageresif terhadap penceramah dan masjid serta surau sejak zaman UMNO lagi. Bagaimana satu ketika dahulu begitu berani dan bernafsunya mereka bertindak mengunci dan merantai pintu Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya tetapi membisu dan beku terhadap maksiat-maksiat yang berleluasa dihadapan mata mereka.

Pelacuran dan kelab malam yang bersepah di Selangor ni Penguatkuasa JAIS tak nampak ke? Pondan-pondan yang berterabur di Sunway, Kajang, Kelang dan sebagainya tak kanlah tak ada maklumat? Restoran-restoran mamak dan sebagainya yang muslim tidak menutup premis mereka semasa solat Jumaat tidak diambil tindakan. Banyak lagi perkara yang boleh disenaraikan namun Penguatkuasa JAIS ni tetap beku, dan tetap bingai dan bangang sama macam pengarahnya juga yang hanya bernafsu untuk memusuhi masjid dan para pendakwah.

Diharapkan MB PKR yang pentingkan ketelusan ini dapat berbuat sesuatu untuk menyedarkan para penguatkuasa JAIS ini supaya mereka terkeluar dari makan gaji HARAM kerana gaji mereka atas nama pegawai penguatkuasa tetapi tidak bekerja sepenuhnya untuk membenteras jenayah syariah di Selangor. Wallahua'lam.