Isnin, 2 November 2009

Dr Asri: Hormati hak individu untuk tuntut ilmu

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta pihak-pihak tertentu agar tidak menggunakan kuasa agama sewenang-wenangnya untuk menangkap dan menghukum seseorang serta menghormati hak asasi seseorang untuk menuntut ilmu.

Beliau yang ditahan atas kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah berkata, kerajaan seharusnya menyelaraskan tauliah yang diberikan agar dapat digunakan di semua negeri, bukan untuk negeri-negeri tertentu sahaja.
"Kalau satu individu nak berceramah di 14 buah negeri, takkan kena ada 14 tauliah. Kita mahu diselaraskan satu tauliah, supaya boleh dipakai di semua negeri. Saya boleh mengajar di universiti, pensyarah di USM Pulau Pinang. Saya ada pelajar master dan PHD di bawah (seliaan) saya. Mari nak mengajar di sini (Selangor), dia (JAIS) kata tak boleh. Universiti tu universiti kerajaan juga," katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, siang tadi.
Beliau tiba di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi.
Bagaimanapun menjelang jam 1 tengah hari, beliau dibebaskan dengan jaminan Jais selepas menunggu pihak pendakwaan hampir empat jam di situ.
Image Ditanya adakah tangkapan ini akan melunturkan semangat beliau untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat, beliau berkata:
"Saya Alhamdulillah tak rasa apa-apa. Saya rasa mudah-mudahan (tangkapan) ini boleh menjadi satu titik tolak dalam negara ini supaya kita menggubal undang-undang yang lebih terbuka dalam negara. Hormati hak asasi hak masyarakat untuk mendapatkan ilmu,"ujarnya penuh semangat.
Dr Mohd Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli parlimen Ampang (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Sementara itu ahli parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar bawah) yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat kesal dengan penangkapan yang dilakukan terhadap Dr. Asri.
"Saya rasa memang sangat tidak wajar beliau ditangkap begitu kerana beliau adalah seorang ulama', bukan sahaja terkenal dari segi populariti tetapi dari segi ilmu. Sehingga ke peringkat PhD," katanya ketika ditemui di lobi parlimen siang tadi.
Image Sebelum itu beliau turut hadir ke mahkamah bagi menunjukkan sokongan moral kepada Dr. Asri.
Beliau turut menyifatkan tangkapan yang dilakukan Jais itu sebagai mengaibkan dan menjatuhkan maruah Dr. Asri sebagai tokoh agama yang disegani masyarakat.
"Cara penangkapan itu memang mengaibkan dan menjatuhkan maruah beliau. Saya difahamkan antara 50 ke 100 orang polis ada bersama-sama pegawai-pegawai JAIS untuk menangkap seorang ulama. Saya rasa sangat kesal,"ujarnya.
Beliau juga tidak menafikan kemungkinan wujudnya unsur sabotaj pihak tertentu kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana penangkapan itu dilihat sangat bertentangan dengan sikap kerajaan negeri yang sangat terbuka dalam menyalurkan ilmu kepada masyarakat.
"Saya bimbang ada unsur sabotaj kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebab saya lihat penangkapan ini sangat bertentangan dengan kehendak kerajaan Selangor yang sangat terbuka terhadap ilmu. Tiba-tiba seorang yang berpontensi seperti Dr. Asri ditangkap dan dimalukan begitu sekali," katanya lagi.
Ahli parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudin (gambar bawah) yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara pula berpandangan, jika memang benar Dr. Asri ada melakukan kesilapan sewaktu menyampaikan ilmu, beliau tidak seharusnya diperlakukan sedemikian.
ImageBeliau juga berkata, masalah tiada tauliah seperti yang didakwa seharusnya tidak timbul memandangkan latar belakang Dr Asri yang terkenal dalam bidang agama dan pernah memegang jawatan mufti.
"Dalam kes Dr. Asri, bagi saya bukan masalah tauliah yang patut kita utamakan. Sebab beliau adalah di antara orang yang dikenali latar belakangnya. Lebih-lebih lagi kerajaan Perlis pernah ambil beliau jadi mufti. Beliau pun bekas pensyarah dan kini menjadi pensyarah pula. Jadi orang-orang yang kita tahu latar belakang pendidikan yang sebegini, saya rasa tauliah bukan satu perkara yang harus kita jadikan satu perkara utama.
"Cuma kalau betul pun ada perkara-perkara yang perlu diperbetulkan disebabkan ketersasulan, kesilapan beliau, bagi saya bukan dengan cara penangkapan begini. Itu boleh dibetulkan dengan saluran yang lain atau lebih selesa," katanya. _

DOKTRIN BENCI WAHABI?



Doktrin benci wahabi sering kedengaran sejak sekian lama. Wahabi disinonimkan dengan gerakan dakwah Muhammad bin Abdul Wahab. Dakwaan gerakan ini tidak bermazhab, merupakan satu tuduhan melulu; yang tidak berlandaskan perdebatan ilmu.

Muhammad bin Abdul Wahab sendiri pernah mengakui bahawa beliau bermazhab Hanbali. Jika ini berlaku, bagaimana tuduhan tidak bermazhab dilemparkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab?

Hakikatnya, pertembungan yang berlaku hanyalah, dakwaan sahaja. satu pihak mendakwa, mereka sebenarnya ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah. Satu pihak yang lain pula, mendakwa bahawa mereka sebenarnya ahl as-sunnah wa al-jamaah, disamping menafikan satu pihak yang lain.

SALAFI DAN KHALAF

Jika membaca balik sejarah kelahiran istilah salafi dan Khalaf, mungkin kita agak memahaminya. Apa yang ingin diulas, golongan yang mendakwa sebagai salafi pada asalnya adalah dari kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Imam Ahmad bin Hanbal, atau dikenali sebagai “hanabilah”.

Mereka adalah penerus kepada perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal yang berhadapan kesesatan golongan muktazilah yang telah menyebarkan kesesatannya kepada masyarakat umum.

Dari itu, golongan hanabilah mula membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid yang turut menyentuh mengenai “ayat mutasyabihat”. Hasil dari perbincangan tersebut, maka lahirlah pegangan yang disandarkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mewakili perbincangan beliau. Seterusnya, ia telah menimbulkan pertikaian sesame hanabilah sendiri dalam kontek penyandarannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal.[1]

Kemudian dari itu, lahir pula Imam Abu Al-Hasan Al-Ashari dan pengikutnya yang digelar sebagai “Ashaa’irah”. Kelahiran mereka adalah selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal yang membawa pendekatan mutakallimin untuk mempertahankan aqidah ahl al-sunnah wa al-jamaah dalam menghadapi muktazilah. Namun, konsep dan pandangan asaariyyah itu tidak dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan pendekatan generasi awalan dari kalangan yang mendakwa pengikut Imam Ahmad bin Hanbal[2].

Para ashaairah mengisytiharkan bahawa mereka mempertahankan akidah islam dengan perantaraan ilmu kalam atau pendekatan logic akal dan menganggap sebagai kesinambungan daripada generasi salaf. Lantas mereka menggelarkan diri mereka sebagai khalaf sebagai perbedaan terhadap mereka yang sebelumnya. Berikutan itu, gelaran salaf mula digunakan sebagai lawan kepada gelaran khalaf.[3]

Pertelingkahan yang sengit di antara salafiyyah hanabilah dan ashaairah tercetus disebabkan kemunculan pendirian salaf semasa teguhnya kedudukan ashaairah dalam mendominasi bentuk pegangan tauhid umat Islam sejak sekian lama. Kemunculan ketika itu seolah-olah mencabar pengaruh ashairah sehingga masing-masing mendakwa sebagai mewakili pegangan sebenar generasi salaf.[4]

Apa yang dapat difahami dari kupasan ringkas ini, hakikat sebenar perbedaan ini berlaku, ekoran dari cara dan kaedah mereka berhadapan dengan muktazilah sahaja. Puak yang didakwa salafi, menggunakan method Hanabilah dalam berhadapan dengan Muktazilah, adapun Khalaf menggunakan method Asha’irah dalam berhadapan dengan Muktazilah.

Kedua-dua method ini, sebenarnya mempunyai satu matlamat, iaitu berhadapan dengan muktazilah. Ia sama seperti mahu ke kelantan, sama ada menggunakan laluan Kuala terengganu, ataupun menggunakan laluan Gua Musang.

METHOD HANABILAH DAN ASYA’IRAH

Method hanabilah dalam berhadapan dengan Muktazilah, lebih kepada berhujjah terus dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Adapun Asyairah, method menghadapi muktazilah dengan cara mengemukakan hujjah aqli terlebih dahulu, kemudian mengkuatkannya dengan merujuk kepada kandungan al-Quran dan as-Sunnah.

Ia sama seperti kita memahamkan non Muslim dengan islam dengan terus merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, ataupun dengan cara mengemukakan pembuktian sains terlebih dahulu, baru dikemukakan dokongan al-Quran dan as-Sunnah.

Jika difikirkan, di manakah salah antara dua kaedah ini? yang menjadi perbalahannya adalah, apabila tidak memahami hakikat khilaf bermethod sahaja.

JAIS DAN WAHABI

Wahabi adalah satu gerakan yang sebenarnya merujuk kepada gerakan dakwah yang disambung dari Imam Ibnu Taimiyyah, sedangkan Imam Ibnu taimiyyah sendiri adalah seorang tokoh ulama yang menyambung perjuangan Hanabilah.

Tidak dinafikan, JAIS amat negatif terhadap perkembangan gerakan dakwah Wahabi ini. ini lebih menjadi rumit, apabila ia sudah melibatkan luar dari isu asas, iaitu seperti masuknya isu Tahlil Arwah, Talqin mayat, Qunut Subuh dan sebagainya.

Keberadaan sebilangan ustaz-ustaz yang amat membenci Wahabi di dalam JAIS, menyebabkan pertembungan ini sering berlaku, dan tidak terhenti-henti sehingga sekarang. walhal, perkara ini boleh diselesaikan dengan kaedah toleransi yang sememangnya wujud dalam fiqh islami.

Tidak dinafikan, tahlil arwah, talqin mayat dan seumpamanya, sememangnya tidak wujud dalam mazhab as-Syafie, tetapi ia tidak bermakna, ia tidak wujud pada pendapat-pendapat ulama-ulama yang lain.

Makanya, apa yang hendak ditekankan disini adalah, pertembungan tentang salafi dan Khalaf atau Wahabi dan Asy’ari merupakan pertembungan yang tidak menguntung Islam sama sekali, kerana ia boleh diselesaikan dengan kaedah yang menyebut, ’kita bertoleransi dalam perkara yang dikhilafkan oleh ulama, dan bersatu teguh dalam mempertahankan perkara yang disepakati’.

Sebaliknya, jika tetap pertembungan ini diteruskan juga, ia hanya berjaya melahirkan polimik yang tidak berkesudahan, yang sudah pasti akan menyebabkan non Muslim akan berjauhan dari islam, dan seterusnya melambatkan kemenangan islam.

Yang paling penting bagi kita di Malaysia kini adalah, fokuskan kepada menyerang Muktazilah moden. Yang jika di Malaysia, Muktazilah moden itu adalah UMNO – Laknatullah alaih.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Pemuda PAS yakin DS Nizar menang di Mahkamah Persekutuan



Perak PAS Youth is confident that Nizar will be vindicated as rightful Perak MB, as article 72 of the Federal Constitution ensures that only a vote of no confidence can remove a sitting MB.

Mari sama-sama kita doakan kemenangan ds nizar di mahkamah persekutuan...

------------------------------------------------------------

Kenyataan Media (2 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN
Perak.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.

DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.

Jesteru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Perak. Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

What are the choices?

Image
There are many of us who are disappointed and disillusioned with Pakatan Rakyat. And we would rather die than support Barisan Nasional. But we have nowhere else to go. So we need a new platform. And if Gerakan can be that new platform we would certainly give it a chance.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Damned if you do, damned if you don’t. That is the problem facing Pakatan Rakyat. You do something you get whacked. You do nothing you also get whacked. That is the dilemma of the opposition.
The main complaint against the opposition is that they don’t rein in the ‘Little Napoleons’, the ‘loose cannons’, the ‘prima donnas’, and whatnot. When the opposition is lax on the ‘frogs’, ‘turncoats’, ‘Trojan Horses’, or those suspected of about to take the leap of unfaith, the opposition is accused of sleeping on the job.
Now the opposition is coming down hard on those viewed as detrimental to the wellbeing of the opposition. And how does the mainstream media respond? The print and electronic media is full of stories about the opposition breaking up.
Damned if you do, damned if you don’t.
The opposition has two choices. It can do nothing and give an impression that all is well in the opposition ranks. Or it can do a massive spring-cleaning and weed out those who do more harm than good to the opposition cause. Which would we prefer?
I used the term ‘benevolent dictatorship’ in one previous article. This is probably an oxymoron though. It is as oxymoron as saying military intelligence (can the military ever be intelligent?). Or maybe, as I am so fond of saying, a virgin prostitute. You can’t be both a virgin and a prostitute at the same time. That is what is meant by an oxymoron. So would a benevolent dictatorship qualify as an oxymoron?
A dictatorship is where the rulers rule with a strong hand and without allowing any dissent or opposition. A benevolent dictatorship is one where a strong hand is tempered with justice, fairness and compassion.
It is not easy, of course. And while it may sound ideal in theory, in practice this may be very hard to do.
Nevertheless, order must prevail and when there is a breakdown of order then extreme measures are required. And this is what, I argued in the past, the opposition appears afraid to do.
And what is the result of the opposition’s lack of action? Well, we have people like Hassan Ali, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin and whatnot doing things harmful to the opposition cause. Then we have infighting, inter-party skirmishes and intra-party battles that threaten to bring down the opposition.
So where do we draw the line?  Where does freedom of expression end and sabotage begin? What are the limits and tolerances allowed to the opposition representatives? This is certainly subjective because one man’s meat is another man’s poison. Can we allow and tolerate what the west does, such as expressing discontentment by streaking like the legendary Lady Godiva riding her horse stark naked 1,000 years ago?
The main complaint against the opposition is that it is not reining in its ‘problem people’. Soon after the 8 March 2008 general election, Malaysia Today revealed that there are some in PAS who are having secret talks with Umno. Malaysia Today revealed that Umno is trying to bring down the five state governments under Pakatan Rakyat by buying over the opposition representatives. Malaysia Today said that Umno wants the Malays in the opposition to cross over so that Malay political power could be restored.
Umno said that the 8 March 2008 general election was a repetition of the 11 May 1969 general election where the Malays lost their majority in parliament and a few states and therefore a 13 May 1969 ‘solution’ would be required to address the problem. Malaysia Today revealed all this but many pooh-poohed what was revealed and even accused us of trying to use scare tactics by resurrecting the ‘ghost’ of ‘May 13’.
Today, Khalid Samad, the PAS Member of Parliament for Shah Alam, reveals that the meeting PAS had with Umno was held as early as 10 March 2008, two days after the election. And Umno wanted PAS to leave Pakatan Rakyat and team up with Umno to form a ‘Malay’ government so that the Malays can, again, become the majority in the government.
When the proposal for PAS to team up with Umno failed to materialise, Umno went into Plan B, and that is to buy off the Pakatan Rakyat representatives and entice them (or blackmail them) to cross over. The first state to fall would be Perak followed by Selangor and later Kedah. Kelantan and Penang would probably be spared but they would get back these two states in other ways.
If Barisan Nasional and Umno are sincere, then they should explore the possibility of a unity government. And this is what Malaysia Today proposed early in 2008. But of course many were against this idea and they whacked me good and proper, some even accusing me of ‘selling out’, etc. They of course did not understand what I had in mind or refused to understand.
I was not talking about opposition representatives resigning from PKR, DAP or PAS to join one of the 14 parties in Barisan Nasional. I was not even talking about PKR, DAP and/or PAS joining Barisan Nasional as the 15th, 16th or 17th component member. I was talking about the PKR, DAP and PAS representatives remaining in their respective parties and the three Pakatan Rakyat parties remaining in Pakatan Rakyat but with Pakatan Rakyat and Barisan Nasional sharing power and jointly running this country as two coalitions in partnership.
This has been done in many other countries, even between very diverse parties such as Christian Democrats and Communists coming into ‘partnership’. Some have worked and some have failed when after a while the unity government broke up and they dissolved parliament or the national assembly in favour of fresh elections. So there are no guarantees and it might work or it might not. Nevertheless, we will never know unless we try and if Barisan Nasional is really sincere about ‘reconciliation’ then this is the best alternative to explore rather than trying to buy out each other’s representatives and triggering crossovers.
But it is probably now too late to explore the possibility of a unity government. The unity government was something that might have worked with Abdullah Ahmad Badawi or Tengku Razaleigh Hamzah as Prime Minister. It is not possible with Najib Tun Razak as Prime Minister as then we would be endorsing Najib and would be giving him legitimacy.
Anyhow, much has changed since 8 March 2008. The Perak issue alone makes it impossible to now talk about a unity government. Before Najib took over and before what they did to Perak it would have left the door open. Now the door has been permanently closed and the only alternative would be a total change of government. Barisan Nasional has to be kicked out. There are no two ways about it. Najib is just too sneaky for the opposition to enter into any deal with Barisan Nasional.
Which means all we have left is an alternative government. But can Pakatan Rakyat be that alternative government? Not if they continue the way they are going. Pakatan Rakyat needs to do a massive housecleaning. Again, there are no two ways about it if the opposition wants to continue getting the support of the voters.
So, this, Pakatan Rakyat is doing. And you can’t fry the egg unless you first break the shell. So many shells need to be broken. But the mainstream media is making it appear like the opposition is breaking up. It will certainly break up if nothing is done. But through housecleaning it can only get better and stronger.
I, for one, am not afraid of controversy or turmoil. There is always opportunity in chaos. Di dalam kesempitan ada kesempatan, as the Malays would say. And, as the English would say, we have to bite the bullet. And bite the bullet we shall.
I am prepared to give the opposition another 18 months to show us what it can do. Then, around 18 months from now, Najib would call for fresh elections and we will, again, be going to the polls. So, in early 2011, Malaysians will be able to choose their new government. More than 2,000 Malaysians will be offering themselves as our 800 or so state and federal representatives. We will then assess the situation and decide whom to vote for.
Yes, 18 months more. In 2011, Malaysians will be asked to choose their new federal and state governments. Then we will show the politicians who we want as our government subject to how they conduct themselves over these next 18 months.
I don’t want Barisan Nasional to continue lording over me, as so do many other Malaysians. But can Pakatan Rakyat be entrusted to take over? Let’s see 18 months from now. In the meantime, however, we need a third ‘horse’ to wait in the wings. In case both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat fail us we will need a third alternative, a third force so to speak.
I am currently looking at Gerakan. Somehow I have a soft spot for Gerakan -- always had since 1968. But I don’t mean the Gerakan in its present form. That is just not acceptable. It has to be a Gerakan that is out of Barisan Nasional, an independent party or third force. It has to be a Gerakan that sheds its Barisan Nasional culture. Many of the ‘old horses’ and tainted leaders have to go. We need a revamped and revitalised Gerakan that offers itself as a true Malaysian party minus the racist and religious platform.
There are many of us who are disappointed and disillusioned with Pakatan Rakyat. And we would rather die than support Barisan Nasional. But we have nowhere else to go. So we need a new platform. And if Gerakan can be that new platform we would certainly give it a chance.
But Gerakan can’t win our support based purely on promises like how we supported Pakatan Rakyat in March 2008, based purely on promises. Gerakan has to start now and show us what it can do and is prepared to do -- today, not far into the future and only if it happens to come into power. Gerakan does not need any learning curve. It has already been the government for almost 40 years so it knows how to govern.
At the moment we have all our eggs in one basket, Pakatan Rakyat. And if that basket breaks we will lose all our eggs. And the eggs in the Barisan Nasional basket are just too rotten to the core. So that is not much of a choice. With a third force we will have more choices.
Is Gerakan truly prepared to become that third force? The ball is at Gerakan’s feet. But no promises! Promises are made to be broken. Show us today, and 18 months from now we, the voters, will tell you if we like what we see. We will tell you if our vote is with a reorganised Pakatan Rakyat or a revamped Parti Gerakan Rakyat that has reinvented itself. Hmm….Parti Gerakan Rakyat. That name goes well with Gerakan Rakyat Bloggers. I like the sound of that.
Sigh….how nice if that actually happens. Maybe I am being too idealistic. Maybe the choices are between a bad Pakatan Rakyat and an even worse Barisan Nasional. And bad is better than worse. What a choice!

Do you think PR is the only way out from the cesspool?



By R. Shan (Human Being)
I don't think so.
First, we must understand the correlation between inequality and democracy in a society. Which inequality are we referring to - theories of functionality, conflict or unified theory? If we look at economics then it’s the inequality of monetary and the so-called GDP and what not that is preached.
Based on this, the highest inequality in monetary terms lies with Hong Kong, Singapore and United States. See http://www.oecd.org/document/53/0,3343,en_2649_33933_41460917_1_1_1_1,00.html.
However, when we look at inequality in terms of fairness, then the variable substances or metric to equate or classify inequality extends beyond economics and to the progress of a nation and its well being.     
All speeches/statements that talk of this one metric based on monetary development, whether from BN or PR, is based on the progress of the nation in monetary sense without any real sense for the progress of its people. 
Why I say this is very simple. We all know that the three pillars of democracy ie legislative, judiciary and executive and now the forth pillar media works in tandem in Malaysia to suppress the public.
What have we as the public done for the last 52 years, and when had we had the opportunity to turn the tide in GE12?
Now, why these pillars are able to sustain their agenda only lends credence to the public who would rather live with it than question it no matter how the crusaders try to educate us otherwise. Even if certain segments come forward to question inequality, it is shot down with race, religion and everything else as long as it does not affect our own individual status quo as we fail to lend a hand in action but only through being armchair critics.
Pakatan Rakyat or the the so-called opposition runs on the same thread as the ruling administration in their vindication that they will make the change when the change is artificial to the actual needs of the real hardcore Malaysian community that faces inequality.
The Pakatan Raykat coalition which itself is a coalition based on race segregation is yet to fine tune a truly Bangsa Malaysia concept since they continue to fail to see the depletion of a certain segment of their community. Barisan National, although has been lacadaisical all this while, have picked up their gear no matter how farfetched it has been to find a way to indulge those segments of society even by breaking its protocols.
Now, you would be wondering what my equation of inequality to democracy is and why PKR is not the only way out of the cesspool.  
Democracy is a fallacy when there is inequality in the progress of the nation and its people. We, the people, have realized the inequation of the community yet still adhere to hypocrisies because we do not want to rock the status quo.
Today, we have the option to stand tall and heed the call in unity to get us out of this cesspool. The effort has to come through us and only through us in unity can we dictate and chart the path of the nation for all our brothers and sisters.
This is only possible if we are matured enough to see the truth in our own wisdom and through our stream of consciousness for a just and fair cause for our fellow brethren.
Viva Malaysia and my Malaysians as this is our motherland and it is in our hands to make the change. Trust me, I have more trust in my fellow Malaysians individually irrespective of origin than an artificial system that dictates us for their own needs, whether BN or PR. 
People, we are the strength, and without us all these politicians mean nothing. People Power is priceless and it is up to us in unity to enhance this.

Pendakwaan besar-besaran SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung isu rasuah.

Lima orang termasuk seorang ahli parlimen, dipercayai BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor, dikehendaki hadir jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000.

Wong Chuan How - seorang pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor di DUN Sungai Pelek - termasuk antara lima orang tersebut.

Kenyataan mengejut SPRM berhubung pendakwaan itu yang dikeluarkan awal malam ini tidak menyebut sebarang nama tertuduh kecuali Wong.

Penahanan Dr Asri ada ‘agenda tersembunyi’ - Dasuki




PETALING JAYA: Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘agenda tersembunyi’ pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam isu tersebut.
"Tangkapan yang dibuat ini semacam ada ‘agenda tersembunyi’ bagi kepentingan peribadi dan kepentingan kelompok tertentu kerana ianya dilakukan ketika Perdana Menteri bercadang melantiknya sebagai Yang DiPertua YADIM.
"Apakah gerakan dakwah Jemaah Tabligh, pendakwah-pendakwah bebas yang bergerak dari masjid ke masjid mempunyai tauliah?
"Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakkan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Menurut Dasuki, beliau merasakan penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak bijaksana.
"Jika ada undang-undang dan peraturan pun rasanya tokoh seperti Dr Asri itu bukanlah sasarannya," katanya.
Jelasnya, jika ada laporan daripada orang ramai terhadap salah laku agama yang dibuat, ia perlu disiasat terlebih dahulu.
"Siasatan secara terperinci perlu dijalankan dengan mengambilkira kepentingan umum.
"Kita juga perlu melihat siapakah pengadunya dan apakah tuduhan yang dibuat; dan jika dikatakan menyeleweng dan menyalahi hukum, dari aspek mana dia telah melakukan penyelewengan itu," katanya.
Sehubungan itu, Dasuki berkata, jika ada bukti yang sah pengadu yang berkenaan perlu bermuzakarah dan bersama-sama terlibat dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Tegasnya, sekiranya tuduhan itu benar, apakah hukum bagi 100 orang termasuk tuan rumah serta Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ulu Kelang, Shaari Sungib yang hadir mendengar ceramah dan syarahannya.
"Mereka ini juga seharusnya ditahan, sekurang-kurangnya dua wakil rakyat tersebut boleh menjadi saksi tentang 'sesatnya' ajaran Dr Asri itu," katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dasuki berkata, tuduhan ke atas seorang ahli ilmuan itu adalah amat berat dan amat serius, bahkan memalukan umat Islam.
"Apakah ada bukti bertulis atau berekod? Jika ada, pernahkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat atau bermuzakarah dengannya kerana beliau bukanlah seperti guru-guru ajaran sesat seperti Ayah Pin, Imam Kahar (Rasul Melayu), Subud, Ahmad Laksamana dan lain-lain yang tidak diketahui ipunca asal usul ajarannya dan sebagainya.
"Pada hemat saya, Dr Asri sebagai orang lepasan graduan sarjana tinggi dalam bidang hadis boleh dibawa ke meja perundingan," katanya.
Beliau berkata, jika dilihat kepada rentetan peristiwa yang berlaku, seolah-olah ada usaha untuk menghalang Perdana Menteri melantiknya ke jawatan Yang DiPertua YADIM itu.
"Yang paling penting sekali, apakah hubungan Persatuan Peguan Syarie dengan YADIM sehingga terdorong mereka membuat Memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agung sedangkan YADIM adalah dibawah tanggungjawab Perdana Menteri," katanya.
Semalam, Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika ketika Dr Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.
Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.
Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.
Sementara itu, Dr Asri yang ditahan oleh JAIS tengah malam tadi dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.
Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Jamil Khir gesa JAIS beri keterangan isu penahanan Dr Asri




KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menggesa pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memberikan keterangan berhubung isu penangkapan dan tuduhan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin.
Beliau juga memaklumkan yang Kerajaan negeri Selangor juga perlu mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.
"JAIS perlu ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dilakukan. Saya rasa JAIS perlu mengambil penyelesaian yang sewajarnya dengan tangkapan dan dakwaan yang dibuat.
"Mereka minta Dr Asri datang awal pagi tadi tetapi sampai tengah hari beliau tunggu baru sampai.
"Hal seperti ini tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya pihak negeri Selangor juga perlu menyelesaikan masalah ini," katanya selepas bertemu dengan Mohd Asri di Hotel Putra, hari ini.
Beliau juga bertanyakan tentang perkembangan sebenar di sebalik tangkapan yang berlaku.
Berhubung dengan saman yang dikeluarkan oleh pihak polis semalam, Jamil menjawab:
"Saya tidak pasti apa keterangan yang diminta oleh JAIS tetapi mereka perlu jelaskan tentang hal itu," tambahnya lagi.
Sementara itu, Mohd Asri berkata hasil perbincangan itu, dia menyokong pendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang ditangkap berhubung isu memberi ceramah tanpa tauliah.
"PM pun tak puas hati sebab ramai lagi yang memberikan ceramah, tetapi saya seorang sahaja yang kena," ujarnya.
Asri juga menambah, "Ini merupakan satu titik tolak di mana kerajaan perlu memberikan kebebasan untuk bersuara.
"Jangan terlalu banyak akta yang menghalang seseorang itu untuk sampaikan ceramah.
"Kalau saya memberi ceramah di 14 buah negeri, takkan saya nak dapatkan tauliah di setiap negeri?
"Mungkin kita boleh minta pejuang hak asasi untuk kemukakan soal ini bagi mendapatkan kelayakan itu," katanya yang turut menghargai sokongan daripada PM, ahli-ahli parlimen, para NGO, semua badan guaman, tokoh-tokoh termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad.

Tangkap Asri: MB Selangor arah Jais beri penjelasan ..???

SHAH ALAM, 2 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.
Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.
Menurut Khalid, Kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung dengan tangkapan yang dibuat oleh Jais ke atas Dr Mohd Asri atas alasan mengajar tanpa tauliah.
Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Jais - yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor - sedang menyiasat perkara tersebut dan tiada sebarang dakwaan dikenakan sehingga kini.
Image
(Gambar:Dr Asri di Mahkamah Syariah Gombak hari ini)
Khalid yakin bahawa Jais akan bertindak profesional dalam menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Asri.
"Saya pasti Jais akan menjalankan siasatan yang adil dan akan mengambil kira seluruh aspek bagi memastikan keadilan terjamin bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga Dato' Asri," kata Tan Sri Khalid.

Kunjungan Mesra Presiden Ke Rumah Mursyidul Am PAS - TerengganuKini

Preisen PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan mesra ke rumah Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka Pada hari Jumaat 30.10.2009

Antara lain mereka telah membuat perbincangan 4 mata selama 1 jam.





Jais: Dr Asri akan segera didakwa..!!! - Datuk Mohammed Khusrin Munawi (adakah dia pegawai lantikan Khir Toyo..???)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

"Tapi kita mungkin akan ambil masa yang panjang sikit kerana melibatkan dakwaan-dakwaan (daripada pelbagai pihak).

"Kita kena siapkan kertas siasatan sebelum boleh buat pendakwaan," katanya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Mohammed Khusrin turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Mohd Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis," katanya.

"Kita telah jalankan tanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya."

Dr Mohd Asri sedang disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

"Tidak kisah apa juga ceramah yang berkaitan dengan agama Islam, yang tidak ada tauliah kita kena ambil tindakan," kata Mohammed Khusrin.

Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Di sidang media itu, Mohammed Khusrin menjelaskan, Jais belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.

"Pagi tadi, kita bawa ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa pagi tadi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen tersebut, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, Jais harus melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Beliau juga berkata, Jais tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

"Tidak ada (tekanan), kita buat ini tanpa arahan sesiapa dan kita buat ikut arahan pentadbiran biasa.

"Sesiapa saja termasuk Dr Asri atau wakil rakyat yang buat ceramah agama di Selangor tanpa tauliah, kita akan ambil tindakan," jelasnya.

Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabi seperti didakwa sesetengah pihak, pengarah Jais berkata Jais tidak boleh membuat tuduhan ke atas Dr Mohd Asri walau bekas mufti itu menerima tuduhan tersebut kerana siasatan masih berjalan.

"Yang itu kita sedang siasat, saya tidak boleh tuduh orang. Setakat ini kita masih jalankan siasatan, dan kita akan maklumkan kemudian," katanya.

"Dari segi kandungan, kita akan siasat, apa yang diceramah itu kita akan siasat. Tapi tindakan kita adalah kerana dia berceramah tanpa tauliah."

Dalam satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, sejumlah NGO Islam membantah Dr Mohd Asri dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) atas alasan beliau seorang yang tidak mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menolak ulama dan bersikap ekstrem.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut dalam sidang medianya semalam.

Mohammed Khusrin juga berkata: "Tidak ada kena-mengena dengan kes ini. Isu itu tidak ada kena-mengena dengan tindakan kita.

"Itu dakwaan daripada persatuan dan NGO, itu tidak ada kena-mengena dengan kita dan kita bertindak bukan kerana desakan daripada NGO-NGO berkenaan."

Beliau turut menjelaskan, tindakan itu diambil berdasarkan aduan daripada pelbagai pihak, termasuk penduduk Taman Sri Ukay, lokasi Dr Mohd Asri menyampaikan kulia dengan disertai kira-kira 200 orang sehingga lewat malam tadi.

"Aduan ini datang dari pelbagai pihak dan kita tahu di Taman Sri Ukay ini memang menjadi pusat kegiatan mereka," katanya.

Tambahnya, Dr Mohd Asri juga tidak pernah memohon sebarang tauliah daripada Jais walaupun telah diminta berbuat demikian.

"Sepatutnya dia hormati undang-undang agama Islam di Selangor dan kita telah tulis surat kepada Dr Asri lama dulu semasa beliau menjadi mufti (Perlis) lagi, dan dia pun tidak pernah mohon tauliah," tambahnya.

Katanya lagi, jabatan itu telah membuat lebih 10 tangkapan terhadap penceramah yang mengadakan kuliah tanpa tauliah daripada Jais, tetapi perkara itu tidak dilaporkan media.

"Cuma hari ini, kebetulan, sebab (individu) yang kita tangkap semalam merupakan seorang bekas mufti, jadi isu besarlah," katanya.

DARI GURUJIB JADI MALIKUL JIB PULAK

ANAK TANPA IBU INI SIAPA JAGA SEKARANG?


UMNO SEDIA RUNDING KERAJAAN PERPADUAN - malaysikini

Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Najib Razak.

Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.


KAH KAH KAH…


kah kah kah… PASAL AGAMA PULAK… kah kah kah…

kah kah kah… BUKAN PASAL POLITIK… kah kah kah..

kah kah kah… BILA PULAK MAT MONGOL NI JADI AL-MALIKUL…kah kah kah..

woit… RASUAH… BUKAN TUNTUAN AGAMA?.. kah kah kah

woit… TANGKAP TANPA BICARA BUKAN TUNTUAN AGAMA?... kah kah kah..

woit… BUNUH DENGAN C4… TUNTUTAN AGAMA KE? …. kah kah kah…

woit… BAGI KULIAH AGAMA… KEMUDIAN DITANGKAP ..INI TUNTUTAN AGAMA?... kah kah kah..

woit… RAMPAS KERAJAAN DI PERAK… IKUT HADIS MANA?.. kah kah kah..

woit... SIASAT SAMPAI MATI... AMBIL NAZ YANG MANA?... kah kah kah

kah kah kah… INI MACAM ADA BUAH EPAL DALAM BRA… kah kah kah..

kah kah kah… INI MACAM ADA BUAH PISANG DALAM SELUAR…kah kah kah..

nota:
kerajaan perpaduan ini adalah talian hayat
untuk gerombolan yang telah dihumbankan oleh rakyat
kerajaan perpadun ini boleh diwujdkankan.


dengan satu syarat sahaja :sila jawab siapa beri arahan bunuh altantuya kah kah kah

tukar tiub.

Dr Asri Ditangkap JAIS. Bukankah JAIS Dibawah Exco Agama Selangor?



Saya amat terkejut akan penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat dangkal, yakni tiada tauliah. Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara’. Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis. Mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syarak?

Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan Exco Agama, Dr Hasan Ali?


Yang ni pun satu perkara yang sangat menghairankan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?
Diberitakan Dr Asri ditangkap sewaktu memberi kuliah agama (bukan sedang menyanyi dalam sebuah konsert) di sebuah rumah milik seorang peniaga di UK Heights. Di dalam majlis tersebut hadzir sekali adalah ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan MP Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Saya naqal dari MSTAR Online:

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.”


Tindakan Ini Dalangnya Adalah UMNO, Saya Yakin

Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka. Mereka mampu menahan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.

Lihatlah, sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.
Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.

Inilah bahananya apabile Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat. Asyik2 alasan yang digunakan adalah “Kayangan” mahu seperti ini, “Kayangan” mahu seperti itu.

Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi exco dan pergi duduk di bawah takhta. Exco adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi Exco dan bukannya “Wakil Kayangan”.

Dia tidak sedar, “kayangan” bukan suka kat dia pun. Itu yang sampai terjadi kejadian ini
. “Kayangan” sebenarnya meluat tengok muka dia. Itu maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman “Kayangan” Selangor.

Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Ia petanda jelas betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor. Haruslah segera ditukar exco yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada hari ini, saya malu menjadi rakyat Selangor dan saya malu adanya sebuah institusi kita panggil sebagai JAIS. Ramai lagi tempat maksiat yang boleh diambil tindakan, tapi kenapa Dr Asri yang ditangkap.

Islam Agama Hujjah. Kalau Tak Setuju dgn Dr Asri, Ayuh Kita Berhujjah

Adakan perdebatan tertutup atau terbuka. Jangan tunjuk lagak kononnya anda berkuasa anda hebat. Siapa anda berbanding dengan Dr Asri. Ilmu beliau tinggi dan beliau ada pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Perlis.

UMNO parti pembohong dan penipu. JAIS wajib dibersihkan dari pengaruh UMNO yang telah selama ini menghina serta menjatuhkan Islam. Mereka tidak layak dipanggil sebagai Islam pun atas rekod mereka yang kuat menyokong arak, judi, qazaf, fitnah dan membenci Islam.

Tulang Besi

Nik Aziz insan yang zuhud...




Beliau memotong 40% gaji bulanannya dan dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan bukanlah satu cerita baru...malah cek yang dikeluarkannya pernah bounce...bayangkan tu yob!!

Seorang menteri besar ceknya bounce kerana dia tak da duit. Dia boleh ada duit banyak kalu dia mau...tapi matlamatnya bukan dunia. Allahuakbar.

Rumahnya masih macam tu...tak de le dia beli bungalow dalam gated community. Dia biasa aje...selesa dengan kedaannya.

Dalam keadaan itupun dia dihormati. Dia dikasihi bukan sahaja oleh orang Kelantan malah sampai ke mana-mana orang menyebut tentang kesederhanaannya. Masih ada ke yang mahu memperlekehkan TGNA??

Bandingkan rumah TGNA dengan young ciku ni...(Gambar) Kediaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir Oh! Artis ... ....

Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Thursday, 28 June 2007
BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?

Ulama Islam dan tokoh politik Melayu

TENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerjaya awal sebagai ahli politikOleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS PusatMemandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW.

Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya. LOTFI ISMAIL

Umno pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari



Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.
Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.
Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.
Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.
Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.
Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.
Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah

Pembantu Ronnie ke mahkamah, esok..!!

Seorang pembantu Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor, di DUN Sungai Pelek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok, dipercayai berhubung siasatan isu peruntukan wang kerajaan negeri.

Wong Chuan How - ditugaskan untuk memantau kawasan tersebut, yang dimenangi MCA, sebagai DUN angkat Ronnie - disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lalu.

Peguamnya, yang juga seorang wakil rakyat DAP, Cha Kee Chin mengesahkan kepada Malaysiakini hari ini bahawa Wong menerima notis untuk hadir di mahkamah tersebut beberapa hari lalu.

Pembantu Ronnie itu, ADUN Pandamaran, mendapat liputan meluas apabila mengalami kecederaan selepas bergelut dengan pegawai-pegawai SPRM yang ingin merekodkan keterangannya di pejabat pusat khidmat di Sungai Pelek.

Wong, 50, tercedera di bahagian kaki selepas didakwa ditolak oleh pegawai suruhanjaya itu sewaktu mereka cuba menyiasat lelaki itu, yang juga ahli Majlis Perbandaran Sepang, berhubung perbelanjaan wang peruntukan DUN.

SPRM bagaimanapun menafika pegawainya pernah berbuat demikian sehingga Wong tercedera.

Koh hadir Parlimen selepas dikecam



Setelah dikecam kerana tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr
Koh Tsu Koon tampil hari ini untuk menjawab soalan tentang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Dalam sesi soal jawab hari ini, Dr Koh mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk membentangkan jawapannya kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).

Liang meminta penjelasan mengenai enam bidang yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai teras utama NKRA sedangkan isu perpaduan turut dihadapi oleh rakyat di negara ini.

Tian Chua (PKR-Batu) kemudiannya mencelah dan dalam nada sinis bertanya sama ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh digunakan untuk menjawab setiap soalan dalam tempoh tiga minit.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee meminta supaya Tian duduk dan menjelaskan bahawa terdapat sembilan orang bertanyakan soalan yang berkaitan Dr Koh.

Ketika menjawab soalan Liang, Koh berkata enam NKRA dikenal pasti dengan mengambil kira beberapa laporan seperti Kajian Persepsi Awam (Sept 2008), analisis laporan-laporan media pada Mei 2008, kajian soal selidik oleh Merdeka Center pada Jun 2009, kajian daya saing global bagi dua-tiga tahun, kajian antarabangsa kedudukan prestasi Matematik dan Sains (TIMSS-2007) berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan laporan Transparency International (2004-2008) mengenai prestasi rasuah.

Beliau berkata hanya KPI yang mempunyai impak khusus kepada rakyat akan dilaporkan dan dinilai oleh rakyat, manakala KPI yang mempunyai aspek teknikal atau melibatkan prosedur dalaman, tidak akan diumumkan sebaliknya dipantau secara dalaman.

Katanya, sekiranya ada KPI yang tidak menepati sasaran, menteri dan pegawai yang berkenaan hendaklah mengenal pasti punca-punca masalah dan menerokai jalan penyelesaian yang kreatif.

Dr Koh berkata perdana menteri yang akan dipandu oleh analisis dari Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), akan menilai prestasi dan pencapaian setiap NKRA dan setiap kementerian bermula pada Jun dan Julai 2010.

"Sekiranya terdapat menteri atau pegawai yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan bersikap negatif selepas beberapa kali diberi teguran, terserahlah kepada perdana menteri untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Akhirnya, hukuman muktamad akan dibuat oleh rakyat melalui persepsi dan pilihan raya, berdasarkan kepada hasil atau impak yang akan dinikmati dan dirasai," katanya. BERNAMA

Umno sedia runding k'jaan perpaduan



Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" PAS.

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS.

"Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri. BERNAMA

Beberapa Kaedah Nilai KPI Perdana Menteri..??


A Kadir Jasin


BEBERAPA orang pembahas mengingatkan saya dari semasa ke semasa bahawa waktu untuk “mengKPIkan” Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Kabinetnya sudah semakin dekat.

Mereka mengingatkan saya yang saya pernah menyatakan yang saya akan menilai KPI Perdana Menteri pada bulan ini (November). Mohd Najib mengangkat sumpah jawatan PM pada 3 April. Jadi dia sudah jadi PM tujuh bulan.

Bagaimanapun, saya berkata kita akan beri markah kepada beliau bulan ini kerana dia berjanji akan buat penilaian pertama ke atas KPI menterinya selepas enam bulan KPI dilancarkan.

Sebenarnya, sebagai PM setiap hari dan setiap waktu dia diKPIkan. Sebagai ketua nombor, tidak ada perayaan 100 hari, setengah tahun atau setahun. Setiap hari sama penting dengan hari yang berlalu dan akan datang.

Oleh sebab majoriti rakyat jelata, khasnya pengundi, tidak akan faham secukupnya mengenai aspek teknikal KPI, maka saya rasa kaedah paling asas yang akan mereka lalukan ialah dengan mengukur sama ada kehidupan mereka lebih baik atau lebih buruk di bawah kepemimpinan Mohd Najib.

Mohd Najib sendiri meletakkan beberapa prasyarat sebagai tapak pentadbiran beliau. Yang paling utama adalah konsep Satu Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Jadi rakyat jelata boleh memulakan proses mengKPIkan PM dengan bertanya soalan-soalan seperti berikut. Saya katakan “seperti” kerana ada banyak lagi soalan yang boleh ditanya mengikut pengalaman dan aspirasi setiap individu:-

1. Adakah mereka berasa Malaysia lebih berSATU sekarang daripada sebelum Mohd Najib memperkenalkan 1Malaysia?

2. Adakah mereka berasa mereka didahulukan oleh PM dan jentera pentadbiran beliau? dan

3. Adakah mereka berasa kebajikan mereka semakin baik kerana pencapaian jentera pentadbiran semakin meningkat?

Kalau soalan-soalan di atas masih kabur, abstrak atau konseptual, rakyat jelata boleh bertanya (dan menjawab) soalan-soalan yang lebih faktual seperti:-

I. Adakah mereka berasa lebih mesra atau kurang mesra dengan sesama rakyat jelata yang berlainan agama dan bangsa?

II. Adakah mereka berasa lebih selamat dan terhindar daripada menjadi mangsa jenayah?

III. Adakah mereka menjadi lebih senang atau susah akibat pergerakan harga barangan dan perkhidmatan?

IV. Adakah pendapatan mereka meningkat atau berkurangan?

V. Adakah lebih mudah atau lebih susah untuk mendapat pekerjaan?

VI. Adakah lebih mudah atau lebih susah mendapatkan tempat di IPT serta bantuan kewangan untuk anak-anak?

VII. Adakah lebih mudah atau susah mendapat lesen perniagaan, bantuan modal daripada agensi awam dan sistem perbankan serta bayaran daripada kerajaan? dan

VIII. Adalah persekitaran mereka lebih bersih atau lebih kotor daripada sebelum Mohd Najib menjadi PM?

Bagi Mohd Najib pula, peluang terbaik mengotakan apa yang dikata ialah dengan mengambil tindakan dan menghukum secara terbuka (supaya semua orang nampak) si penipu dan si pemalas yang mempersendakan perakaunan awan seperti yang didedahkan baru-baru ini oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Saya sendiri sudah bosan dengan janji manis dan sikap sambil lewa pemerintah terhadap pendedahan Ketua Audit Negara tahun demi tahun.

Bagi kita rakyat jelata, inilah peluang dan cara paling mudah mengKPIkan PM kerana dia sendiri sudah berjanji secara terang dan terbuka yang dia akan bertindak tegas terhadap laporan itu.

Kita lihat berapa cepat, berapa orang dan berapa tegas hukuman yang akan dikenakan ke atas penipu dan pemalas yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara itu.

Ini bukan setakat soal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tetapi ini soal duit cukai dan hasil yang kita bayar kepada kerajaan.

Kalau pegawai kerajaan yang korup “songlap” duit kita, mereka wajib dihukum. Kalau PM enggan hukum mereka kerana takut disabotaj atau hilang undi, kita sebagai pembayar cukai dan pengundi akan hukum beliau apabila masanya sampai.

Inilah kontrak demokrasi. Rakyat pilih pemimpin. Rakyat bayar cukai dan tanggung hutang untuk bayar gaji pemimpin.

Tugas pemimpin buat kebaikan. Bila dia buat kebaikan, dia tidak perlu disanjung, dipuji dan diberi bermacam anugerah. Itu kewajipan dia.

Tetapi kalau dia buat kesilapan – dia songlap kita -- kita wajib ingatkan dia sebab kita tidak pilih dan bayar gaji dia untuk buat keburukan.

Ingat, kita pilih (undi) pemimpin. Kita tak undi dan tak pilih laki atau bini, anak atau menantu, suku sakat atau sahabat mereka.

Sampah busuk di Selangor ?

Oleh : MRK albanjari
Sampah yang busuk (Adun Pelabuhan Kelang) di Selangor akhirnya sudah keluar dari PKR khususnya dan PR amnya namun masih ada lagi sampah-sampah yang harus dikeluarkan dari PKR Selangor.

Diantara watak-watak sampah dalam PKR Selangor itu adalah orang yang tidak perihatin dan peka terhadap keperluan memartabatkan Enekmen Jenayah Syariah Selangor, Pindaan 1995 yang jelas membisu seribu bahasa dan yang membenarkan hal-hal yang berkaitan dengan agama boleh dibahas secara membabi-buta oleh orang-orang yang bukan Islam.

Ada juga dari ADUN PKR Selangor membisu seribu bahasa apabila orang menginjak-injak Syariat Islam di Selangor. Ada juga sampah dalam PKR Selangor yang bertindak jauh lebih Dajjal dari UMNO dahulu apabila sanggup mencadangkan penubuhan Zone Hiburan Bebas ( FIZ ) di Mutiara Damansara yang beroperasi dari jam 10 malam hingga 4 pagi.

Saya tak faham mengapa itu menjadi keutamaan budak PKR yang menjadi EXCO Selangor, yang boleh mencadangkannya pula dalam Mesyuarat EXCO, yang sudah jelas ia akan merosakkan lagi fikrah anak-anak muda yang sememangnya ramai yang sudah rosak macam dia. Dari sudut ini tiada bezanya antara PKR dengan UMNO yang sememangnya ramai daripada mereka di dalamnya memang bebal dalam memahami tuntutan Syariat Islam.

Budak yang baru keluar PKR ini pun satu hal juga dia sebenarnya lupa dia menjadi ADUN adalah hasil dari undi orang ramai dan atas tiket PKR, lalu kalau dia ada iman dia kena letak jawatan sebab gaji dia itu jelas adalah HARAM tak perlu nak bagi hujah lebih-lebih, buang masa saja ! Barang yang haram macam ni UMNO memang suka sebab mereka ni dari benih haram sebelum ni..!

Diharapkan agar PKR Selangor pun jangan nak mengambil kesempatan di atas perkara yang sedang PAS Selangor hadapi sekarang, dan kamu-kamu pun banyak hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

MB Selangor yang beriya-ia nak menjunjung ketelusan pun kena sedar ketelusan itu tidak bermakna kalau ketelusan kita dengan Allah tidak tertunai. Jangan biarkan orang bukan Islam dalam Selangor mencampuri urusan perlaksanaan Syariat Islam di Selangor. Kalau tak faham rujuklah dengan pakar-pakar yang ramai di Selangor bukan dengan EXCO-EXCO bangang dari PKR Selangor tu. Tok Mufti pun apa kurangnya kalau tak mau merujuk kepada PAS Selangor sekalipun.

Kepada PKR jangan dok sibuk nak jaga urusan PAS dan jangan pandai-pandai nak komen PAS itu dan ini, sila uruskan dahulu pemimpin-pemimpin PKR yang ramai dah mula nak jadi sampah macam UMNO. Dah jadi ADUN/MP kawasan pun tak turun ini terbukti di Teluk Kemang apabila MP Teluk Kemang mula dipertikaikan oleh ramai penduduk-penduduk estet yang mendakwa baru sekarang nampak muka selepas PRU12 lalu, sebelum ini kemana perginya wakil rakyat mereka ? Tiba-tiba bila kalah di Bagan Pinang senang-senang korang nak salahkan PAS kerana bawa banyak isu bermasalah. Piirahh ! Dah menang, mula lupa diri !

Lebih malang lagi ada juga yang sedang mengatur strategi untuk terus berkuasa dengan memperkudakan pemimpin-pemimpin PAS dengan pelbagai janji dan tawaran agaknya hingga mereka sanggup melanggar WALA' kepada pimpinan. Perangai PKR (segelintir) itu adalah perangai UMNO ! Busuk lagi membusukkan. DAP punya hal, next posting aku belasah, tunggu ajelah..!!

Husam cadang pelan kemenangan dalam Konvensyen PR

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan suatu plan kemenangan Pakatan Rakyat dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 12 Disember depan.

Cadangan itu diperlukan demi memastikan Pakatan benar-benar bersedia menggantikan Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
"Konvensyen ini akan bermakna jika suatu plan khusus merangka kemenangan Pakatan (dan) PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dibuat sekarang," jelas Husam ketika ditemuramah di luar Pejabat Agong PAS, di sini.
"Kita perlu buktikan yang kita bersedia...ada perancangan dan komitmen bersama (dalam) setiap parti (PAS, PKR dan DAP) agar rakyat lebih yakin dengan kemampuan kita...(untuk) menggantikan Umno BN kelak."
Beliau yang juga AJK PAS Pusat menjelaskan plan kemenangan itu perlu merangkumi soal persiapan jentera secara profesional dan soal pembangunan media baru.
"Kesungguhan PAS dan Pakatan mesti diterjemahkan...dengan wujudkan sekretariat di semua peringkat...untuk jelaskan plan ini dan latih jentera hingga profesional," jelasnya.
"Kalau perlu diwujudkan pasukan media baru seperti blog atau satu akhbar khusus untuk kemenangan Pakatan dalam PRU depan, maka konvensyen ini perlu meluluskan suatu bajet khusus (dan) secara serius."
ImageBeliau yang juga AJK PAS Pusat dan Adun Salor, Kelantan mencadangkan suatu kajian lapangan dilancarkan untuk mengenal pasti mood sebenar rakyat.
"Kalau boleh, lancarkan suatu kajian lapangan khusus untuk lihat apa kemahuan rakyat dan apa yang perlu PAS dan Pakatan ubah supaya rakyat tertarik serta pastikan menyokong kita, (Pakatan)."
Beliau turut mencadangkan beberapa badan penyelidikan seperti Ilham Center, Pengajian Zentrum (Universiti Malaya) dan Merdeka Center untuk mendapatkan persepsi sebenar rakyat terhadap para wakil rakyat Pakatan.
"Banyak (badang penyidikan)...seperti Ilham, Zentrum, Merdeka Center...kerana mereka boleh bantu beri persepsi dan penilaian sebenar rakyat pada kita (Pakatan) (selama) sepenggal memerintah (kerajaan) negeri dan jadi wakil (rakyat) di Parlimen," katanya.
Tambahnya lagi, plan kemenangan itu adalah sesuatu yang selari dengan perintah Allah dalam al-Quran.
"(Plan kemenangan) ini disebut wa 'a'iddullahum (dan persiapkanlah)...Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60 suruh kita siapkan segalanya," tegasnya lagi.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan persiapkanlah (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda yang disiap siaga. Dan dengan kekuatan itu, kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu."
Ditanya tentang usaha mendaftarkan PR sebagai pertubuhan berdaftar, Husam menjelaskan bahawa kepimpinan PAS sekarang lebih layak menjawab soalan tersebut.
Pun begitu, beliau menyokong pendirian Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, iaitu mahu PAS bersama-sama PKR dan DAP demi mengukuhkan PR.
Dalam perkembangan berkaitan, PAS akan mengadakan Seminar Memperkasa PAS pada 7 November ini.
Seminar itu menurut Abdul Hadi, menggantikan Muktamar Luar Biasa (EGM) seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebelum ini.
Menurut Hadi lagi, seminar itu juga bertujuan memperkukuh muafakat PAS bersama-sama PKR dan DAP dalam PR.
Usaha pengukuhan itu sekaligus menolak sebarang bentuk persefahan politik lagi antara PAS dan Umno, seperti sebelumnya.
Sekiranya perbentangan Plan Kemenangan Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dilaksanakan, PR bukan sahaja kian kukuh, malah rakyat kian yakin bahawa PR bersedia menggantikan kerajaan yang sedia ada kelak._

Cara 1malaysia berniaga dengan rakyat miskin...!!


1. Kenapa MITI sejak dahulu tidak pernah mengkaji apakah sebabnya ada sebanyak 1 juta kenderaan yang berusia lebih daripada 15 tahun kenderaan di jalanraya dan 2.7 juta bagi kenderaan yang berusia melebihi 10 tahun sehingga Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi. Pernah atau tidak kerajaan terfikir?

2. Rakyat Malaysia bukan semuanya kaya. Mereka tidak ada duit untuk mereka membeli kereta baru bukan seperti taukey besar, pegawai tinggi ataupun ahli Yang Berhormat di luar sana. Jadi itu sebabnya mereka menggunakan kereta lama. Nak beli kereta baru sehingga menyebabkan orang kerja gomen terpaksa buat loan sehingga 9 tahun. Yang pastinya pelaksanaan kali ini adalah tindakan secara halus kerajaan untuk merancakkan lagi pasaran kereta Nasional. Yang menjadi persoalannya, mengapa harga kereta dan tax di negara kita terlalu tinggi dibandingkan negara lain?

3. Pernah ker kerajaan Malaysia terfikir yang mana majoriti yang pakai kereta lama berumur lebih 15 tahun, kebanyakannya adalah dikalangan pakcik makcik yang tinggal di pedalaman dan felda, rakyat yang berpendapatan rendah, individu yang sudah pencen, orang-orang tua di kampung yang menggunakan kereta lama untuk tujuan pergi ke pekan yang mana sumber kewangan mereka-mereka adalah terhad. Ia pastinya akan membebankan mereka. Mereka ini sebenarnya tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang ketika ini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.

4. Kerajaan perasan atau tidak kereta-kereta lama seperti honda accord CB2 yang tidak silap saya keluaran tahun 1992 dan model Nissan Sunny contohnya lebih elok daripada kereta Nasional yang ada sekarang ini. Jadi diminta berubahla…Proton. Jangan berada ditakuk lama. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, sepatutnya Proton perlu berdaya saing dan buat yang terbaik dalam setiap keluaran produk mereka.

5. Dengan kemudahan dan pusat Puspakom yang terhad, kasihan kepada golongan tuan yang berumur sekitar 55 tahun ke atas yang terpaksa beratur lama semasa pemeriksaan kenderaan di Puspakom.

6. Kenapa kerajaan perlu mewajibkan pemeriksaan Puspakom untuk setiap tahun? Alasan keselamatan? Tahukah kerajaan, kebanyakan kemalangan yang berlaku hari ini melibatkan kereta lama atau kereta baru? Bagaimana pula keadaan jalan berlubang dan banyak yang rosak. Ada tindakan drastik?

7. Pihak yang mahu melaksanakan arahan ini, adakah sudah turun pandang melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan oleh Puspakom, dan mendengar rungutan pengguna kenderaan yang sudah berpengalaman melalui pemeriksaan Puspakom selama ini? Mereka kena beratur berapa lama.

8. Kenapa kerajaan susah sangat mahu mengurangkan cukai import kereta terlebih dahulu sebelum melaksanakan arahan seperti ini, kemudiannya baru boleh boost perchasing power untuk kereta baru.

9. Dengan bilangan yang terhad, Puspakom hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar sahaja. Adakah Puspakom sudah mempunyai kemampuan untuk mengendalikan pemeriksaan pada skala besar sehingga pelanggan tidak perlu menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010

10. Kenapa kerajaan suka membandingkan polisi ini dengan negara-negara maju? Banyak faktor lain yang membolehkan negara-negara maju amalkan polisi ini seperti harga kereta yang lebih rendah, pendapatan/kuasa beli, kemudahan pengangkutan awam yang amat canggih. Kenapa faktor ini tidak dibandingkan? Wahai kerajaanku yang dikasihi, rakyat hari ini makin celik. Mesti ingat.

11. Adakah kerajaan sudah bersedia yang mana ada kemungkinan berlakunya peningkatan pengambilan rasuah dikalangan kakitangan Puspakom sendiri supaya pelanggan dapat melalui “prosedur dengan cara mudah dan cepat”.

12. Kerajaan adakah pernah terfikir prosedur ini amat merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala. Tetapi kalau tidak bernasib baik, pemeriksaan yang dilakukan Puspakom akan ada yang tak kena. Ini kerana Puspakom mahu memastikan standard kenderaan yang berusia lebih 15 tahun tip-top dan terbaik seperti kerta baru. Semuanya mesti PERFECT

13. Saya mahu bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan negara kita telah maju dan negara akan semakin cepat membangun?

TGHH Keliru, Buang Masa...!


Sumber - Sinar Harian
Oleh - Abdul Azizi Bari

Imej yang kelihatan tatkala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Agung (JKA) malam Rabu lalu, ialah betapa beliau tidak begitu tepat dan tegas dalam melayan soalan wartawan. Terpaksa Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung, dan kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden, membantu.

Lebih penting Pas umumnya dan Abdul Hadi khususnya gagal mengambil satu tindakan yang tegas. Kelihatannya mereka masih enggan mengakui masalah yang ada. Bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima tidak semua dalam JKA begitu: kononnya 75 peratus daripada mereka yang hadir malam itu mahukan tindakan tegas ke atas Ahli Exco Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Dr Hasan Ali. Jadi apabila Abdul Hadi mengumumkan seminar dan hanya tindakan ke atas Selangor tanpa menyebut Hasan banyak tafsiran timbul.

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar. Ini semua nampaknya masih dinafikan oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Nik Aziz juga berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang perlunya mereka membersihkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang didesak supaya mengambil langkah yang sama dalam PKR yang masalah dalamannya makin banyak dilaporkan.

Saya telah menyebut betapa langkah drastik yang perlu diambil Pas tidak akan memecahkan parti. Selain sebab-sebab yang telah saya kemukakan sebelum ini sejarah parti itu juga menyokong pendapat saya. Ini termasuklah ketika Pas membuat keputusan menyertai Barisan Nasional pada 1973. Meskipun presiden ketika itu Datuk Asri Haji Muda menerima tentangan yang kemudian diserlah dalam bentuk satu barisan calon bebas pada PRU 1974, Pas tidak pecah. Begitu juga apabila Asri dan pasukannya keluar Kabinet Datuk Hussein Onn, meninggalkan panglima jihad Pas Datuk Haji Hassan Adli keseorangan di dalam kerajaan. Walaupun Kelantan terlepas dan Berjasa tertubuh selepas Pas dipecat dari Barisan pada 1978 parti itu kekal. Sebaliknya Berjasa yang kemudiannya terbubar.

Pas juga utuh apabila Asri meninggalkan parti dan menubuhkan Hamim pada 1982. Cabaran ketika itu kuat kerana Pas - diterajui oleh Datuk Fadzil Noor yang mula aktif dalam parti mulai PRU 1978 – terpaksa berhadapan dengan Anwar yang menyertai UMNO hasil pujukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Berkat kepemimpinan Fadzil Pas berjaya menawan kembali Kelantan – yang kekal hingga sekarang – pada 1990. Kecekapan Fadzil membaca gelombang reformasi selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998 membolehkan Pas menawan Terengganu pada 1999. Fadzil juga mencipta rekod dengan meletakkan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam Parlimen sekali gus meletakkan beliau sebagai Ketua Pembangkang Melayu pertama dalam sejarah Malaysia.

Saya tidak fikir mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz mempunyai ketokohan sehebat nama-nama tadi. Dengan itu apa yang hendak ditakutkan? Tapi nampaknya Abdul Hadi tidak berfikir begitu.

Apa pun kesalahan Hasan Ali cukup jelas. Justeru menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menanganinya adalah kerja sia-sia. Membuang masa. Saya fikir tidak ada alasan undang-undang yang Hasan boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Baik undang-undang perlembagaan mahupun undang-undang pentadbiran. Apa pun perlembagaan adalah undang-undang utama negara. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain termasuk perlembagaan-perlembagaan parti politik, termasuk Perlembagaan Pas.

Sebab itu pada saya penubuhan jawatankuasa disiplin itu hanya helah Abdul Hadi dan kumpulannya untuk mempertahankan Hasan khususnya dan kumpulan mereka umumnya. Mereka tidak mahu mengaku kalah.

Selain itu masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah politik, bukan masalah undang-undang. Kalau ia masalah undang-undang sekali pun semuanya cukup jelas. Dalam undang-undang wujud apa yang dipanggil ‘judicial notice’ atau pengiktirafan kehakiman. Ini merujuk kepada sesuatu yang tak perlu dibuktikan. Prinsip ini terpakai dalam hal-hal yang semua orang nampak dan semua orang tahu. Seperti matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Ini tak perlu disiasat atau memerlukan saksi. Gelagat Hasan Ali semua orang tahu. Mengapa dia salah pun semua orang tahu. Semua ini ada dalam perlembagaan. Hanya mereka yang degil dan tak mahu mengaku saja yang tidak nampak. Saya berasa lucu bila soal Abdul Hadi dan kumpulannya pertuduhan dibangkitkan. Ini bukan soal jenayah. Atau soal pembuangan kerja melibat kakitangan awam.

Mungkin Abdul Hadi dan kumpulannya mengharapkan mahkamah membuat tafsiran undang-undang yang pelik sebagaimana mahkamah membuat penghakiman yang aneh dalam kes-kes yang melibatkan krisis politik di Perak! Ini tidak mustahil kerana tindak tanduk Abdul Hadi dan kumpulannya, khususnya Hasan Ali, menguntungkan UMNO. Di negara ini banyak perkara pelik – yang tidak mungkin berlaku di negara lain – telah berlaku.

Apa pun elok Nik Aziz teruskan apa yang dimulakannya. Seperti yang saya katakan beliau telah menang. Paling tidak sedang mendahului. Hanya bilangan gol yang kita belum tahu. Setakat ini memang Abdul Hadi dan kumpulannya sedang mencari helah untuk bertahan. Tetapi saya tidak fikir mereka boleh bertahan lama. Apa yang berlaku sekarang pun sudah cukup untuk meletakkan kumpulan itu dalam keadaan bertahan. Itu pun dalam parti. Di luar sana susah untuk mereka menegakkan hujah-hujah mereka. kalau para pemimpin Pas di peringkat akar umbi emosi dan tidak mahu mengakui masalah yang telah pun diungkapkan oleh Nik Aziz mereka akan hanyut bersama Abdul Hadi dan kawan-kawannya.

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh bertindak ke atas Hasan. Sebenarnya – sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh perlembagaan dan disahkan oleh mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim – anggota Kabinet boleh dipecat bila-bila dan atas apa sebab sekalipun. Hatta tanpa sebab pun ketua kerajaan boleh berbuat demikian. Pada hakikatnya di sisi undang-undang Khalid tidak perlu peduli kepada hasil dan prosiding jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh Pas.

Ketika ini Khalid selesa kerana duri dalam daging yang memeningkan kepada selama ini sudah pun diselesaikan oleh UMNO. Selain itu dengan meninggalkan PKR dan berkawan dengan UMNO-Barisan Nasional Badrul Hisham Abdullah telah mengesahkan kedudukan UMNO sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor.

Khalid perlu nekad dalam mempertahankan imej Pakatan. Lagipun Pas, kecuali Nik Aziz, macam tidak sungguh-sungguh. Perkara yang mudah dan jelas ditangani dengan cara yang pelik dan berbelit-belit. Hasan Ali telah melanggar perlembagaan dan sesiapa yang mempertahankannya akan tenggelam bersamanya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.