Rabu, 28 Oktober 2009

Live dari Jalan Raja Laut : Surat tanpa tandatangan Presiden PAS timbulkan tanda tanya ???

oleh ali :

Click for enlarge.

Surat di atas adalah surat Presiden PAS kepada media yang baru lalu. Ada 2 isi penting surat itu.Pertama, arahan Presiden supaya Pimpinan PAS tidak menggunakan media baru iaitu internet dan blog dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit pada waktu ini (Jelas Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS telah melanggar arahan ini). Kedua, urgent call untuk meeting yang sedang berlangsung sekarang ini.

Yang menjadi keraguan ialah surat ini tidak mempunyai tandatangan atau signature Presiden PAS. Surat-surat penting PAS wajib ada signature/tandatangan dalam menjamin kesahihan surat terbabit. Gambar di atas adalah gambar ori. Bukan salinan dari mesin fotokopi.

Pertama, dipercayai surat tanpa tandatangan ini dibuat S/U Politik Presiden PAS iaitu Dr. Samsuri atas arahan Mustafa Ali. Mustafa Ali adalah penasihat "tidak rasmi" kepada Presiden PAS. Dalam sidang media Mustafa Ali kata dia terima arahan dari Presiden untuk buat meeting dan dia cadangkan tarikh meeting. Padahal, Mustafa Ali yang buat semua arahan itu tanpa pengetahuan Presiden. TG Haji Hadi cuma patuh pada Mustafa Ali.

Kedua, kemungkinan besar TG Hadi terlupa tandatangan sebab letih. Letih kerana terlalu banyak urusan yang perlu selesaikan. TG Hadi terlalu banyak pegang jawatan. Menyebabkan beliau disoriented dan mengalami vertigo. Ini menyebabkan beliau mudah dimanupulasi oleh keadaan.

Kenyataan pertama lebih dipercayai kerana selepas meeting malam ini, Press Confrence secara rasmi tidak dibenarkan oleh Mustafa Ali. Itu sebab dia memilih meeting pada waktu malam. Sengaja juga dia memilih tarikh yang boleh menyebabkan ramai AJK PAS Pusat tidak hadir kerana keletihan disebabkan berlangsungnya sidang Parlimen, DUN Perak dan DUN Kelantan. Walaupun tiada Press Confrence selepas meeting, wartawan sudah pun berpus-pusu dihadapan pejabat agung PAS ini. Memang benar kata orang wartawan dan bloggers adalah HERO rakyat.

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.
Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.
Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.
Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.
Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.
ImageMaka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.
Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.
Image
(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)
Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.
"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.
Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.
Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.
Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Kenderaan Adun PR dihalang memasuki Dewan..!!


Halangan biasa yang terdiri daripada mat-mat topi merah yang mana mereka ini ialah Balaci - Balaci Rasmi untuk UBN

Walaupun kenderaan mereka dihalang memasuki Banggunan SUK,namun kesemua Adun-Adun ini bersemangat bagi meneruskan Agenda Mempertahankan Amanat Rakyat kepada mereka.

Speaker dan Adun-Adun PR sedang menghampiri Banggunan SUK.Dapat dilihat Yb Siva Kumar berpakaian lengkap seorang speaker bagi menghadiri sidang hari ini.
Kawalan ketat,pemeriksaan yang hanya membenarkan hanya Adun-Adun memasuki Dewan.
Adun-Adun Pakatan Rakyat diiringi oleh Anggota Keselamatan semasa berjalan masuk memasuki Banggunan SUK.

Pada ketika ini kenderaan 27 Adun PR terpaksa diletakkan diluar kawasan Banggunan SUK dan hanya kenderaan Adun dari Aulong sahaja dibenarkan masuk kerana keadaan Beliau yang tidak mengizinkan Beliau berjalan.Apa yang diketahui kesemua Adun PR telah diberikan Pelekat kenderaan bagi kebenaran memasuki Banggunan SUK.Dan kenderaan Anggota Polis yang hanya kelihatan memenuhi Banggunan tersebut.

Dewan tolak usul bahas jambatan runtuh


DEWAN Rakyat Rabu menolak usul bagi membincangkan tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak kelmarin yang dibawa oleh Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul berkenaan ditolak kerana berdasarkan peraturan, sebarang isu yang telah ditolak di dalam kamar tidak akan dibaca semula di dalam Dewan.

Menurut Ronald lagi, perkara tersebut telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan termasuk pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian yang meragut satu nyawa, manakala dua lagi pelajar masih hilang.

"Saya ingin maklumkan bahawa perkara-perkara yang ditolak dalam kamar tidak akan dibacakan lagi. Itu adalah satu keputusan yang diambil oleh Speaker dan keputusan untuk kes ini ia telah ditolak di dalam kamar.

Berdialog Santai Sejenak Dengan YB Dato' Dr Hassan Ali Dan YB Nasaruddin Mat Isa

Dua malam sudah, saya berpeluang menyertai perbincangan di rumah Dato' Dr Hassan Ali. Beliau telah menjemput beberapa blogger, saya rasa dengan niat untuk mengambil peluang berinteraksi bersama pelopor media yang paling rancak menghentamnya, sekalian Dato' Mustapha Ali dan YB Nasaruddin Mat Isa. Apabila diperkenalkan, tuan rumah tidak terlalu terkejut, malah ramah meraikan kehadiran saya ke Majlis, manakala pemberita Sinar dihalang masuk!

Biasanya majlis tertutup dengan blogger diadakan oleh pemimpin politik sama ada untuk memberi penjelasan 'kedudukan sebenar' pada hemah mereka ataupun bagi memantau suasana di alam maya. Dari nada serta tatacara majlis semalam, matlamat jangkamasa pendek adalah untuk memantau suasana sementara jangkamasa panjangnya bagi menjalin silaturrahim antara pemimpin yang hadir dengan juru-jurublog.

Pemimpin yang hadir selain tuan rumah adalah YB Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Jurublog yang hadir taklah ramai mana, kira-kira kuranglah dari 20 orang, tetapi ada juga yang dikatakan cukup berpengaruh, terutama sekali di kalangan pembaca mirip PAS serta Pakatan Rakyat. Saya seorang rasanya yang mengaku blogger UMNO manakala penjemput saya, Mahaguru58, terkenal dengan 'berkecualinya' dalam segala hal kecuali yang dipercayai BENAR!

Apa yang dibincangkan? Macam-macam, tapi pokok-pangkalnya adalah kemelut PAS di Selangor. Terus-terang saya katakan di sini yang Dato' Hassan mahupun YB Nasa kedua-duanya terus-menerus mengesyorkan semua yang hadir bahawa mereka setia dengan perjuangan PAS. Malah, hentam-sindir UMNO sikit pun ada, walaupun saya sudah diperkenalkan terpacak di depan mata. Tetapi mereka kelihatan resah yang ahli PAS sendiri enggan faham kedudukan mereka.

Pada hemah saya:
  1. Salah-betul pendirian mereka, kedua-dua pemimpin PAS ini kelihatan sopan dan berlaku benar dalam memberi penjelasan. YB Nasa dengan terus terang menjelaskan mandat yang diamanahkan kepada beliau oleh majlis-majlis kepimpinan/ulama PAS untuk berbincang dengan UMNO di mana sesuai sejak PRU-12. Intipatinya tidak boleh saya huraikan di sini, tetapi beliau selesa juga mengatakan perbincangan dengan UMNO tidak berhasil.
  2. Dato' Hassan juga memberi kepastian kepada jurublog ini yang sebab beliau tidak ingin meninggalkan Pakatan Selangor adalah kerana beliau dan pemimpin PAS sebaris dengannyalah satu-satunya suara mempertahankan hak umat Melayu Islam Selangor di dalam kerajaan Pakatan tersebut! 'Melayu' yang lain kelihatan kelu apabila berdepan dengan DAP mahupun dicabar ahli PKR yang bukan Islam!
  3. Kedua-dua pemimpin ini kelihatan agak hormat terhadap TG Nik Aziz, sehingga tidak membalas bidasan Tok Guru, selain menjelaskan harapan mereka yang mesyuarat khas pada hari Rabu akan meleraikan segala persengketaan. Malah, apabila ditanya tentang pengetahuan TG Nik Aziz tentang keputusan kepimpinan mahupun Dewan Ulama PAS, mereka kelihatan tersipu-sipu menjelaskan yang Tok Guru sering tidak hadir!
  4. Berdasarkan di atas, saya rasa harus ada keyakinan pada pengikut PAS untuk terus yakin akan kepimpinan YB Nasa, dan utama sekali, umat Islam di Selangor, tak kiralah parti mana, sepatutnya menyokong usaha-usaha Dato' Hassan yang betul! Ini termasuklah usahanya menghalang arak dijual meleluasa di Selangor (akta negerinya pun yang UMNO/BN luluskan dahulu!) dan mempertahankan maruah Melayu dari tohmahan Harbi di SelCAT!
Politik kita ketepikan dahululah kalau yang Dato' Hassan buat tu betul! Penyokong BN terutama sekali orang-orang UMNO haruslah matang fikiran dalam hal ini. Kalau betul usahanya, kita sokong, tapi bila PRU/PRK, berentap lagi! Sebab pertelagahan kita dari segi prinsip masih belum punah. Tetapi yang betul, kena sokonglah...

Kini sebenarnya saya merasa pelik sedikit... rupa-rupanya sudah ada banyak blog PAS yang menggunakan kehadiran saya dan memutar-belitkan perjalanan majlis semata-mata untuk membantai Dato' Hassan dan YB Nasa! Tak patut, dan tak matang! Padahal saya hadir bukan sebagai 'orang UMNO' tetapi ahli Muslim Bloggers' Alliance! Mungkinkah ini hasilnya politik fanatik dan taksubkan ikon tertentu di dalam PAS, seperti TG Nik Aziz, sehinggakan ia kini seolah-olah makan tuan! Wallahualam...
 
sumber :  http://thoughtsintangents.blogspot.com/

Kenyataan Media Nizar dan Sivakumar

Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

Sementara itu Datuk Seri Nizar Jamaludin pula berkata, rombongan Adun PR telah dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

"Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami."

"Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan."

"Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan," ujarnya lagi.

APA HUBUNGAN NASA DENGAN BLOGGER UMNO??


Semalam Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS buat pertemuan sulit dengan sebilangan blogger-blogger terpilih, termasuk beberapa orang Blogger UMNO di Rumah Hasan Ali


Nasaruddin Mat Isa bersama seorang blogger UMNO, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi Juned


Kenapa blogger ini dijemput? Bukankah ‘mangkuk hayun wa mangkuk tandas' ini adalah blogger UMNO.

sila baca blog 'mangkuk hayun' ni disini;

http://thoughtsintangents.blogspot.com/

PERCAYA BLOGGER UMNO?


PERCAYA BLOGGER UMNO?

Meletup di alam maya, apabila wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS.

Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.

Usah dinafikan, kononnya tidak wujud pertemuan, atau dikatakan ia sebagai perkara yang ‘perasangka’ dengan merujuk kepada surah al-hujurat ayat 12. Ini kerana, ayat tersebut bersifat umum; iaitu ia menyebut tentang larangan berperasangka dikala tidak wujud sebarang qarinah-qarinah yang mengkuatkan disebalik perasangka yang tertimbul.

Justeru, ayat tersebut perlu ada pengkhususannya; iaitu apabila wujud qarinah-qarinah yang dapat mendokong sesuatu perasangka, ketika itu, perasangka tersebut tidak haram, sepertimana larangan dalam kandungan ayat ke-12 dari surah Al-Hujurat.

Kalau orang yang belajar ilmu usul fiqh dan ilmu tafsir, pasti akan memahami konsep ‘umum’ dan ‘khusus’ dalam sesuatu nas, sama ada al-Quran, ataupun Hadis Nabi SAW, terutama menerusi ayat ini. Mereka yang sekadar membaca al-Quran dan Hadis tanpa roh dan kaedahnya sahaja akan merujuk kepada ayat ini tanpa melihat umum dan khususnya.

Berbalik kepada isu yang hendak dibincangkan, bukankah telah terbukti pengakuan Presiden PAS bahawa wujudnya pertemuan sulit antara pimpinan PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO. Pengakuan itu dibuat sejurus Pak Lah mengakui wujudnya pertemuan sulit sebanyak tiga kali.

Begitujuga, dengan isu pertemuan sulit dengan blogger. Usah dinafikan lagi, kerana sudah terbukti wujudnya gambar, malahan pengakuan sendiri dari sebilangan blogger yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Yang ingin kita dengar sekarang, pimpinan terbabit wajib mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan tersebut, disamping perlu menjawab persoalan-persoalan yang penting, bagi menghilangkan keraguan ahli bawahan terhadap mereka.

Jika blogger yang dijemput itu sekadar blogger yang terdiri dari kalangan orang PAS, atau orang PKR dan DAP, ia tidak melahirkan problem yang terlalu besar, waima ada kesangsian sedikit. Mungkin tindakan tersebut, benar-benar mempunyai keikhlasan, untuk menyelesaikan kekalutan dan seterusnya dapat menghapuskan segala persepsi buruk yang terpalit terhadap mereka.

Persoalannya, persepsi apa yang hendak diperjelaskan kepada blogger UMNO itu?

Mungkin ada dari kalangan kita berkata, mengapa tidak boleh dijemput blogger UMNO, walhal mereka juga orang melayu beragama Islam? mengapa terlalu benci sangat dengan orang-orang UMNO?

Jawapannya adalah, sudah disepakati bahawa PAS akan bersama dengan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan PAS, PKR dan DAP. Perlu diingat, UMNO tidak termasuk dalam pakatan Rakyat. Sebaliknya, UMNO adalah musuh kepada politik PAS.

Justeru, dalam hubungan ini, PAS sedang berkawan dengan PKR dan DAP, sedangkan UMNO merupakan musuh PAS.

Apabila keadaan ini berlaku, segala tindakan yang boleh meragukan PKR dan DAP sebagai kawan adalah terlarang sama sekali, bahkan ia diharamkan sendiri oleh Islam menerusi Hadis, Nabi SAW bersabda;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ

Maksudnya;
“jika kamu bertiga, maka jangan dua darinya berbisik-bisik tanpa seorang lagi. ini kerana, ia akan melahirkan kesedihan pada dirinya” (sahih Muslim : 4054)

Hadis ini amat jelas, Nabi SAW melarang dari kalangan tiga orang yang bersama, tiba-tiba dua orang dari tiga itu berbisik-bisik, maka tindakan tersebut amat terlarang dalam Islam. maqasid disebalik larangan itu adalah kerana, bimbang hati orang yang ketiga itu boleh terganggu, sama ada akan melahirkan kemarahan, kebencian, keraguan ataupun kesedihan seperti yang termaktub menerusi hadis riwayat muslim ini.

Pimpinan PAS perlu memahami maqasid disebalik hadis ini, agar tindakan yang meragukan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat dapat dihindarkan. Sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh 3 orang pimpinan PAS; Nasaruddin mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS adalah amat bercanggah dengan konsep yang telah di ajar dalam islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh

PEMBOHONG PERLU DIBUANG DEMI PERDAMAIAN

Pada peringkat awal, aku amat tidak percaya dengan dakwaan wujudnya usaha pergabungan PAS – UMNO selepas berlaku tsunami politik 8 mac 2008 yang lalu. Pendedahan Pak Bakaq Haq menerusi blog penarikbeca, padaku merupakan fitnah yang wajar dibuang jauh.

Pun begitu, setelah terbukti berlakunya pertemuan sulit yang dilakukan oleh pimpinan PAS tertentu, malahan diakui sendiri oleh presiden betapa wujudnya pertemuan sulit tersebut, menyebabkan aku terkejut. Ketika itu, bukan aku sahaja yang terkejut, malahan sebilangan pimpinan tertinggi PAS yang lain pun terkejut, seperti Mahfoz Omar dan Hanifa Maidin, yang mereka nukilkan sikap mereka menerusi blog masing-masing.

Aku mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan PAS terbabit, malahan lebih hilang kepercayaan, apabila dakwaan bahawa kononnya tidak wujud usaha pergabungan itu, dinafikan oleh Bekas Naib Presiden PAS, ustaz Ahmad Awang dalam muktamar PAS yang baru lepas, dengan kenyataan beliau secara terbuka bahawa sebenarnya usaha hendak membina kerajaan yang menggabungkan antara PAS-UMNO sememangnya wujud. Ini dirujuk, bahawa wujudnya pimpinan tertinggi dalam parti yang menelefon beliau untuk diadakan gabungan parti PAS-UMNO untuk tubuh kerajaan.

BERDAMAI?

Berdamai sudah berlaku, iaitu setelah Presiden PAS mengatakan dikala sebelum keputusan pemilihan PAS dalam muktamar baru-baru ini, bahawa Kerajaan perpaduan tidak akan dibincangkan lagi, disebabkan rakyat tidak memahaminya. Begitujuga, kenyataan Mustafa Ali yang menyebut, Kerajaan perpaduan tidak akan berbangkit sehingga berlakunya pilihanraya ke-13.

Pun begitu, setelah keputusan pemilihan muktamar diumumkan, ketika itu juga Presiden PAS bercakap tentang kerajaan perpaduan. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Bukankah Kerajaan perpaduan tidak akan dibicarakan melainkan setelah rakyat memahaminya, atau setelah berlakunya Pilihanraya umum ke – 13.

Di masa itu, ramai yang kaget dengan apa yang terjadi, seterusnya pertembungan dan percanggahan sentiasa berlaku. Lebih parah lagi, apabila keputusan muktamar PAS memutuskan bahawa PAS akan kekal untuk memperkukuhkan Kerajaan pakatan Rakyat, tiba-tiba Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang dilihat mahu melemahkan kerajaan pakatan Rakyat, lalu disokong juak-juak manisan beliau.

Lebih menyedihkan, segala tindakan Hasan Ali ini tidak dilihat serius oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Lantaran, lahir persepsi buruk dari kalangan pengundi-pengundi terhadap PAS.

TUTUP MULUT?

Pelik dengan pemikiran sebilangan ahli, malahan sebilangan pimpinan PAS yang marah kepada ahli yang bersuara dalam hal ini. Mereka menyuruh ahli menutup mulut, walhal tindakan bodoh ini dilakukan sendiri oleh pimpinan atasan.

Teruknya semakin bertambah, apabila wujud dari kalangan pimpinan atasan yang sanggup menipu ahli bawahan. Apakah pimpinan atasan ini tidak membaca sabda Nabi SAW yang berbunyi;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


Maksudnya;
“Tidak lah seseorang ketua yang melaksanakan urusan rakyat dari kalangan muslimin, lalu mati walhal dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan baginya syurga” (al-Bukhari : 6618)

Jika mahu menyuruh ahli PAS tutup mulut, pastikan pimpinan sendiri tidak melakukan tindakan bodoh tersebut; iaitu usah lagi mengadakan tindakan-tindakan yang meragukan ahli bawahan.

Lebih memelikkan lagi, apabila ada sebilangan ahli yang bersuara, pasti berbagai-bagai istilah arab digunakan, seperti tersebarnya istilah wala, istilah maslahah jemaah dan sebagainya.

Apakah mereka tidak sedar, betapa pimpinan PAS juga wajib memberi wala’ dengan keputusan muktamar yang mengatakan perlunya kuatkan Pakatan Rakyat, juga wajib menjaga maslahah parti dari dicerca dan dihilangkan undi dalam PRU akan datang.

Yang lebih penting, apakah mereka tidak sedar, bahawa tindakan mereka itu sebenarnya telah melahirkan mudharat pada dakwah islamiyyah sendiri, iaitu apabila rakyat yang tidak beragama Islam, akan merasa meluat dan benci terhadap Islam ekoran tindakan pimpinan PAS yang dipercayai mereka sebagai berjuang islam.

MELAKUKAN FITNAH?

Pelik bin ajaib, ahli yang bertidak bersuara, menentang tindakan bodoh dari pimpinan dianggap sebagai menabur fitnah, waima tindakan pimpinan tersebut telah terbukti; menerusi kenyataan media mereka, juga menerusi gambar yang terpampang.

Mungkin pertemuan itu mempunyai motif yang baik, tetapi peliknya, kenapa ia dilakukan secara sulit? Kenapa dinafikan wujud pertemuan sulit itu diperingkat awal, kemudian terbukti sebaliknya selepas dari itu?

Apakah salah berkata benar sahaja? Apakah salah, pertemuan itu dilakukan secara terbuka? Ini kerana, jika ia dilakukan secara terbuka, serta tidak wujud unsur pembohongan, sudah pasti segala kekacauan yang menimpa tidak akan berlaku sama sekali.

SIAPA MUNAFIQ?

Ahli yang bersuara pasti akan dianggap munafiq, tetapi pimpinan yang menipu tidak dianggap sedemikian. Mengapa?

Bukankah Nabi SAW sendiri menyebut hadis, bahawa orang munafiq itu adalah orang yang menipu apabila bercakap?

Sabda Nabi SAW;

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Maksudnya;
”Tanda orang munafiq ada tiga; apabila bercakap, dia menipu. Apabila berjanji, dia membelakangkan janji. Apabila diberikan amanah, dia khianati” (al-Bukhari : 32)

Pimpinan yang melakukan tindakan cenderung kepada UMNO ini, ternyata banyak melakukan tindakan yang menampakkan kemunafikan. Ini kerana, rata-rata mereka bercakap bohong, mengkhianati amanah rakyat yang telah diberikan kepada mereka, juga menyalahi janji agar tidak melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat.

Waima perkara ini amat jelas berlaku, malahan terbukti dengan kukuh, masih ada lagi yang sengaja membutakan mata. Lebih parah, ahli bawahan yang bersuara akan dilebelkan sebagai munafiq.

Pelik sifir mereka itu..

PERTEMBUNGAN TIDAK SEWAJARNYA BERLAKU

Sepatutnya, pertembungan ini sebenarnya tidak sewajarnya berlaku. Tetapi, ia berlaku juga disebabkan wujudnya pertemuan sulit, disamping wujudnya penipuan dan pembohongan.

Ahli yang bersuara, itu menjadi hak mereka. Bukankah Nabi SAW ada bersabda;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang dia bersuara” (al-Bukhari : 2141)

Ahli pasti tidak akan bersuara, jika tidak wujudnya pertemuan sulit dan pembohongan tersebut. Justeru, jika mahu ahli berhenti bersuara, usah lagi melakukan tindakan-tindakan yang meragukan; lebih-lebih lagi tindakan yang meragukan itu disokong oleh gambar dan kenyataan-kenyataan pimpinan terbabit sendiri.

Yang peliknya lagi, golongan yang tidak berpuas hati dengan ahli yang bersuara, selalunya tidak akan menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan, sebaliknya bertindak memaki hamun ahli tersebut, disamping lebel yang diberi. Apa motif mereka melakukan demikian?

Keadaan ini tidak ada beda dengan lebel ’zalim’ yang diberikan oleh kaum Namrud kepada Ibrahim, dikala Namrud bertanya mereka tentang siapakah yang meruntuhkan berhala sembahan mereka.

Seperti kisah yang dinukilkan oleh Allah menerusi Firman-Nya;

قَالُوا مَنْ فَعَلَ هَذَا بِآَلِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“mereka berkata, Barangsiapa yang melakukan ini (runtuhkan) terhadap tuhan kami, maka sesungguhnya ia dari kalangan orang yang zalim”

(Surah Al-Anbiya’ : 58)

Sekian

p/s : diharap pimpinan tertentu tidak melakukan lagi tindakan yang meragukan, demi perdamaian sesame ahli PAS, juga kawan-kawan dari pakatan Rakyat.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh

Sidang Dun Perak ( siri 1 )

By :  Sya reformis
Seperti biasa kenderaan ini akan diletakan di hadapan Banggunan SUK bagi meneruskan kerja baik mereka menjaga keselamatan Pimpinan UBN.
Ketibaan awal Dato Ngeh dan beberapa lagi Adun yang lain dihalang oleh Glen dan Pihak Polis apabila dinyatakan bahawa kenderaan milik mereka tidak dibenarkan melalui kawasan tersebut menuju ke Pejabat DAP Negeri.

Adun-Adun Pakatan Rakyat berjalan menuju ke Banggunan SUK selepas kenderaan mereka dihalang memasuki banggunan tersebut walaupun mempunyai pelekat kenderaan Rasmi bagi Adun-Adun.

Mesyuarat Khas Pas (foto bicara)

Kredit terbanyak untuk saudara Panzer, wartawan dari Utara Online. LIVE dibawakan oleh beliau di sini.

Siapa Penipu : Al Banjari vs Roslan SMS



Kat sini wa tulis yg fakta sahaja.Wa takan tokok tambah.

Dari blog al banjari, 3 point penting ditekankan telah di bincang dlm perjumpaan Blogger bersama Hasan Ali n Nasha.

- Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

-Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

-Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.


Dari Blog Roslan SMS pula, menafikan perjumpaan ini membincangkan tentang UG

Pertemuan Dr Hasan dengan blogger itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Selangor. Malah memang dalam perancangan untuk program “engagement” bukan sekadar dengan masyarakat blogger, malah kumpulan NGO, ketua-ketua agama bukan Islam, petani,nelayan, peniaga kecil semua dalam perancangan lajnah.

Bloggers pun kita berhasrat bertemu dengan semua bloggers tanpa mengira fahaman dan agama.

Tiba-tiba dikhabarkan pertemuan itu adalah untuk menegaskan bahawa kononnya PAS akan keluar dari Pakatan. Kononnya pertemuan itu untuk menerangkan darihal “Unity government” dan macam-macam lagi.

Saya dan rakan-rakan yang menganjurkan pertemuan itu. Kami berhajat menyediakan forum untuk PAS Selangor menjelaskan darihal dasar dan perjuangannya, rancangan kini dan masa depan serta memperkukuhkan komitmen PAS Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri.


Makin pelik dan makin haru

- "Kebetulan" Roslan sms tak tahu die jemput blogger UMNO.
- "Kebetulan" Roslan sms anjurkan majlis perjumpaan blogger sehari sebelum mesyuarat khas UMNO
-"Kebetulan" penolong editor al banjari, MRK albanjari tak mahu mendedahkan rakaman perjumpaan blogger itu.

Sedap cite2 nih. Lu org pk la sendiri..

Hot!! Isi rakaman dialog Dr.Hasan Ali dengan bloggers - Cenangau

Aku sebenarnya kesian kat Banjari. Ramai sangat orang yang ada no telefon dia, telefon dan sms suruh dia publish rakaman tu. Ada yang sampai tahap paksa dia. Ada jugak yang siap guna nama pimpinan kata pimpinan tu nak, kata pimpinan ni nak.

Sampai ada yang telifon kata TG Nik Aziz mintak. Mungkin betui TG Nik Aziz mintak tapi betui ka melalui orang yang berkenaan. Siap pi cari dia kat rumah pun ada.


Aku dah sembang panjang dengan Banjari. Memang kalau aku pegang pun audio tu aku tak sanggup nak publish. Banyak sangat rahsia dalam tu. Lagi satunya nak bagi tau, rakaman tu sebenarnya belum sampai ke tangan Banjari dan besar kemungkinannya takkan sampai pun ke tangan dia.


Aku pun dah call MRK dan dah sembang dengan dia. Aku cukup bersetuju dengan pendekatan yang dia ambik. Dia ulang banyak kali "benda ni amanah, ana tak boleh bagi kat sapa-sapa pun." Dia sambung lagi "Kalau betui TG Nik Aziz nak dengar, ana takdak masalah nak bagi dengar tapi dalam keadaan tertutup dalam bilik khas yang dia dengan TG Nk Aziz ja dengar." Lebih kurang macam tu ayat dia.


Dia ulang banyak kali perkataan amanah tu dan aku yakin dengan dia dan pendekatan dia. Dan aku harap dia pegang sungguh dan jaga sungguh amanah tu macam yang dia kata. Dia siap kata, "kalau keadaan memaksa mungkin ana akan padam ja rakaman audio tu. "


Allahdulillah, aku dah berjaya cakap sendiri dengan beberapa pimpinan utama Pas berkenaan hal tu dan depa kata depa sendiri akan hubungi MRK Banjari. Aku rasa aku dah boleh lega sikit, aku dah pindahkan beban tu kat depa. Diar depa buat keputusan.

Aku taktau orang lain tapi aku boleh taruh kepercayaan dan harapan kat pimpinan yang aku hubungi tu. Aku rasa macam beban yang berat sangat ada atas bahu aku macam dah hilang. Aku harap Al-Banjari pun sama, boleh tarik nafas lega.


Lagi satu aku nak ajak semua yang teringin sangat nak dengar rakaman tu termasuk aku sama yang belum berkesempatan dengar, untuk sama-sama bersabar. Nak buat apa lagi, sabar ja laa.. Kalau ada peluang boleh la kita dengar rakaman tu, kalau MRK tak mau bagi jugak, nak buat macamana.


Harapnya keputusan yang terbaik akan keluar dari Mesyuarat Khas Pas Pusat malam ni. Bukan sata yang terbak untuk Pas tapi juga terbaik untuk Pakatan Rakyat dan lebih mustahak lagi terbaik untuk KEBAJIKAN rakyat Malaysa macam tema menifesto PAS masa PRU12 dulu.

Yang boleh kita buat lagi cuma berdoa.





Apa cerita semasa taklimat khas kepada wartawan Harakah tadi ??



oleh ali :

Taklimat khas wartawan harakah pada 12 tengahari tadi dihadiri oleh Ust Idris Ahmad, S/U Politik Presiden PAS Dr. Samsuri dan Presiden PAS sendiri iaitu TG Haji Hadi.

Ust Idris Ahmad iaitu ketua Penerangan Pas memulakan bual bicaranya. Seperti biasa dia yang terkenal sebagai keras, kuku besi, tidak diplomatik dan kurang bijaksana memulakan sesi penerangannya dengan mengumpat bloggers(baca: bloggers Pro Pakatan Rakyat)

Idris Ahmad memerintahkan wartawan harakah supaya tidak menjadi ajinamoto dan kicap yang dimasak oleh para bloggers untuk menghentam PAS. Hey mangkuk !!! bloggers yang kau maki inilah yang bagi kemenangan besar kepada PAS dalam PRU-12 lalu. Dasar tak kenang budi.Pecat lah si derih ni cepat. Sebagai ketua Penerangan PAS, derih perlu ada bahasa diplomasi dan hikmah. Derih perlu menerangkan sesuatu isu dengan hikmah, bukan menyerang dengan tak tentu pasal. Baca komen bekas Mufti Perlis Dr. Maza ini.

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Bikin malu organisasi simpan orang seperti derih ni. Sudahlah begitu, derih terkenal sebagai orang yang tidak tahu bersangka baik dan kasar orangnya. Lihat komen derih terhadap rakan beliau iaitu Menteri Dijabatan Perdana Menteri Jamil Khir. Klik sini. Mana pergi budi bahasa si derih ni. Inikah pelajaran yang dia belajar selama menjadi ahli PAS. Walaupun si Jamil Khir itu UMNO sekalipun, bersangka baik lah dahulu. Jamil baru sahaja dilantik sudah dimaki teruk oleh Ketua Penerangan PAS. Uslub dakwah apa yang digunakan oleh si derih ni ??

Derih selalu juga maki Mufti-mufti dalam Malaysia. Semua negeri takde mufti yang tidak pernah dimaki oleh derih kecuali negeri Pulau Pinang. Aik , apepasal tak maki mufti Pulau Pinang ?? Mufti Pulau Pinang adalah abang kandung kepada derih ni. Tahu pulak bersangka baik dengan abang sendiri. Sedangkan arak, maksiat, kedai judi magnum dan lain-lain maksiat yang ada di negeri lain juga terdapat di negeri Pulau Pinang. Apepasal hang tak maki abang hang sendiri macam hang maki Jamil Khir. Biasalah inilah dinamakan sebagai keadilan oleh derih(baca: nepotisma).

Sambung balik cerita pasal taklimat khas tadi. Derih menafikan perjumpaan kali ni sebab meeting malam ini. Sudahlah. Walhal, selepas itu dia menyuruh semua wartawan PAS taksub hanya kepada PAS. Mana pergi prinsip kebebasan berakhbar ?? Mana pergi prinsip demokrasi ?? Bunyi dah sama macam UMNO. Derih juga merancang untuk buat tamrin ala-ala brainwash selepas ini. Dipercayai tamrin ini dirancang supaya wartawan PAS akan mudah menerima agenda 'Task Force 2010' nanti.

Selepas derih, TG Haji Hadi pula meneruskan sesi tengah hari tersebut. Hanya bual bicara biasa dari beliau. Nothing new. Cuma beliau ada memerli harakah kerana sekarang kerap cerita pasal 'Unity Government". Terasa ke ??

Husam nafi ada dalang EGM Pas



KOTA BHARU 27 Okt. - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai propakatan pembangkang hari ini menafikan segala desas-desus bahawa beliau adalah kalangan dalang di sebalik cadangan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.
Beliau yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas tewas ketika merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar lepas menegaskan bahawa ia adalah keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
''Orang kata saya di belakang tok guru (Nik Abdul Aziz) tetapi sebenarnya 100 peratus keputusan itu dibuat oleh tok guru sendiri.
''Nama saya dikaitkan dalam banyak perkara tetapi itu nasib saya. Alhamdulillah saya dapat bersabar dan tidak mengulas apa-apa tuduhan yang dibuat terhadap saya.
''Tetapi akhirnya saya percaya yang keruh akan hilang, yang jernih akan timbul dan orang akan tahu niat saya yang sebenar,'' katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Nama Husam dikaitkan oleh sesetengah pihak bahawa dalang di sebalik cadangan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempunyai hubungan rapat dan diberi kepercayaan dalam banyak perkara penting membabitkan pentadbiran negeri ini.
Husam juga dikatakan amat mementingkan hubungan dengan sekutu pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai teras untuk menguasai kerajaan kelak.
Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan nekad mencadangkan supaya EGM diadakan bagi membersihkan parti tersebut daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.
Ekoran itu, satu mesyuarat khas Pas Pusat akan diadakan pada malam esok untuk membincangkan cadangan itu.
Husam yang juga Exco kanan kerajaan Pas Kelantan menjelaskan, berdasarkan perbincangan dengan Nik Abdul Aziz, cadangan EGM tersebut dibuat bukannya untuk menyingkirkan mana-mana pemimpin tetapi ia adalah penegasan semula matlamat mereka.
''Saya telah bertemu dengan tok guru untuk mendapatkan penjelasan. Beliau memberitahu EGM ini bukan untuk pemilihan semula tetapi hanya penegasan semula sama ada Pas akan bersama pakatan pembangkang atau UMNO.
''Jadi saya kira EGM itu adalah untuk menentukan identiti dan imej Pas sebelum pilihan raya umum akan datang. Ia bukannya seperti yang digembar gemburkan media tentang pembersihan pemimpin,'' tambahnya.
Katanya, biar apa pun keputusan mesyuarat khas itu, beliau akan menerimanya kerana ia dibuat secara bersama oleh kepimpinan parti.

Perjalanan merentasi tembok perkauman — Ron CK Sim


Ramai yang tentu bersetuju dengan pandangan saya bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang penuh dengan nostalgia manis. Saya belajar di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Klang, Selangor dari tahun 1984 hingga tahun 1989. Pada masa itu, rakan-rakan saya adalah daripada khalayak berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan Punjabi. Istilah “Melayu” dan “bukan Melayu” jarang berbangkit sepanjang zaman kanak-kanak saya. Pergaulan saya sesama rakan-rakan memang akrab sekali tidak mengira kaum.
Namun, kita tetap sedar tentang perbezaan antara kita dari aspek-aspek fizikal (warna kulit), bahasa ibunda, kebudayaan dan perayaan kaum dan keagamaan. Itu sahaja perbezaan yang kita sedari. Kita menganggap perbezaan inilah yang menjadikan negara Malaysia yang kita cintai ini unik sekali. Kita berasa bangga dengan wujudnya keharmonian dan perasaan muhibbah antara semua kaum. Kita memang daripada kaum-kaum Melayu, Cina, India dan Punjabi tetapi kita semua anak-anak bangsa Malaysia.
Kita belajar menghormati semua kaum dan budaya masing-masing. Kita suka memberi kad-kad ucapan sebelum Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Natal dan berasa gembira sekali apabila menerima kad-kad tersebut daripada rakan-rakan terutamanya yang berlainan kaum daripada kita. Kita juga saling menziarahi antara satu sama lain semasa cuti-cuti perayaan dengan menaiki bas, menunggang basikal dan adakalanya berjalan kaki di bawah matahari yang terik.
Saya juga pernah ke rumah rakan-rakan Melayu untuk bermain badminton dan selepas itu disajikan dengan nasi lemak dan kuih-muih oleh ibupada mereka yang amat mesra, walaupun saya seorang berketurunan Cina. Pendek kata, kepada kanak-kanak yang masih muda di sekolah rendah, tidak ada isu-isu perkauman yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan baik sesama rakan.
Saya masih ingat seorang rakan karib saya yang berkaum Melayu. Kami berada di kelas yang sama dari darjah empat hingga darjah enam. Dia ini memang seorang yang pandai dan aktif dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, badan pengawas, pasukan pengakap, permainan catur dan juga sukan-sukan seperti badminton dan bola tampar. Semua ini walaupun dia bertubuh kerdil, gagap semasa bertutur dan ada juga ‘habit’ menggigit kuku jarinya!
Rakan karib Melayu saya ini seorang yang bermoral dan berhemah tinggi, adil dan ‘righteous’, walaupun hanya pada usia yang mentah. Dia berpendapat ”hak-hak istimewa orang Melayu” adalah tidak patut kerana ia hanya akan menjadikan orang Melayu tidak berusaha bersungguh-sungguh dan tidak dapat berdiri dengan kaki sendiri. Saya tidak pasti adakah pendapat dia pada usia mentah 11-12 tahun masih sama pada hari ini, sesudah 20 tahun berlepas.
Zaman sekolah menengah juga sangat bermakna bagi saya apabila diimbas kembali. Tetapi pada ketika itulah saya mula berasa adanya pengasingan kaum atau ‘racial segregation’ yang tidak formal. Bukannya hubungan sosial antara rakan-rakan berbilang kaum yang diselubungi isu-isu perkauman tetapi berdasarkan komposisi kaum untuk kebanyakan badan-badan beruniform, persatuan-persatuan dan kelab-kelab di sekolah.
Sebagai contohnya, pasukan pengakap darat yang saya sertai rata-rata semua ahlinya berkaum Cina. Ada juga seorang-dua Melayu dan India yang menyertai pasukan pengakap ini tetapi mereka tidak kekal lama. Pasukan pengakap laut juga sama kesnya – rata-rata semua ahlinya berkaum Cina. Ahli-ahli Pasukan Pancaragam dan Pasukan Kadet pula rata-ratanya berkaum Melayu. Hanya keahlian Persatuan Bulan Sabit Merah sahaja yang boleh dikatakan berbilang kaum. Pengasingan kaum yang ketara juga merupakan hakikat dalam majoriti persatuan-persatuan, kelab-kelab dan sukan-sukan di mana pasti ada satu kaum yang tersangat dominan.
Saya masih ingat tentang satu kem ketua patrol pengakap peringkat negeri Selangor yang saya sertai semasa berada di tingkatan satu. Sebelum kem tersebut, saya bertanggapan bahawa hanya pelajar Cina sahaja yang berminat menyertai pergerakan pengakap kerana inilah hakikatnya di sekolah saya.
Tetapi, saya agak terkejut apabila anggota-anggota patrol saya di kem tersebut yang datang dari pelbagai daerah di Selangor semuanya berkaum Melayu. Mereka semua pula mempunyai tanggapan bahawa hanya pelajar Melayu sahaja yang berminat menyertai pergerakan pengakap kerana menurut mereka, tiada seorang pelajar Cina atau India pun yang menyertai pasukan pengakap di sekolah-sekolah mereka! Walaupun saya seorang sahaja yang bukan Melayu dalam patrol itu, abang-abang pengakap Melayu ini sangat mengambil berat tentang saya sepanjang kem yang berlangsung selama tiga hari, dua malam ini.
Saya mula berpendapat bahawa pihak pentadbiran sekolah khususnya dan pihak kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan amnya memang menyedari hakikat pengasingan kaum sebegini berlaku di banyak sekolah menengah kebangsaan – nampaknya, ‘sekolah kebangsaan’ hanya pada nama sahaja!
Adakah ini yang dikatakan dasar kerajaan pemerintah BN yang mengamalkan dasar “divide and rule” yang juga diamalkan oleh penjajah British sebelum negara kita Merdeka? Saya mula menabur perasaan syakwasangka (benar atau tidak saya tidak pasti) bahawa kerajaan pemerintah BN memang tidak kisah – malah mungkin inilah polisi perkauman sempit mereka supaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa hidup dan bergaul sesama kaum mereka sendiri.
Selepas tamatnya tingkatan tiga dan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1992, saya meninggalkan sekolah di Klang ini dan melanjutkan pelajaran menengah atas saya di sebuah lagi sekolah menengah kebangsaan di Ipoh, yang pada asalnya merupakan sekolah mubaligh Kristian. Rakan karib Melayu yang saya ceritakan di awal rencana ini juga meninggalkan sekolah di Klang untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej berasrama penuh terkemuka khas untuk pelajar Melayu, iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Sepanjang dua tahun tersebut, kami berutus surat beberapa kali dalam bahasa Melayu dan senantiasa bertanya khabar tentang sekolah, rakan-rakan dan persekitaran masing-masing yang baru. Saya masih menyimpan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini. Namun, selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1994, secara tidak disedari kami berdua telah ‘lost contact’ dan saya berasa kesal. 15 tahun sudah berlalu dan diharapkan rakan karib saya ini dapat membaca rencana ini.
Semasa berada di tingkatan empat dan lima, saya ada menyertai beberapa aktiviti kem dan jelajah anjuran Program Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Dalam satu kem “Eksplorasi Selangor-Perak” tahun 1994, saya mengenali seorang peserta perempuan Melayu yang agak comel juga. Dia seorang yang mesra dan selalu sahaja berkata “Alright”.
Persahabatan kami berlanjutan selama 2-3 tahun selepas eksplorasi ini. Semasa Hari Raya Aidilfitri tahun 1995, saya bersama seorang rakan (yang juga menyertai eksplorasi yang sama) mengunjungi rumah terbuka rakan Melayu ini di Kampung Kuantan, Klang. Kami juga berutus kad-kad ucapan sempena perayaan dan hari jadi masing-masing, dan kad-kad ini masih saya simpan sehingga ke hari ini.
Tembok perkauman menjadi semakin ketara di kampus universiti-universiti tempatan. Sistem kuota kemasukan universiti yang ada menyebabkan bilangan pelajar Melayu jauh melebihi pelajar bukan Melayu, walaupun memang menjadi hakikatnya bahawa prestasi atau ‘standard’ pelajar Melayu agak jauh di belakang. Pelajar bukan Melayu merasakan sistem kuota dalam pendidikan tinggi negara adalah tidak adil dan tidak selari dengan prinsip meritokrasi yang universal.
Jawatan-jawatan Exco tertinggi dalam Majlis-majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) pula hampir didominasikan sepenuhnya oleh pelajar Melayu kerana rata-rata pelajar akan membuang undi mengikut warna kulit dan bukannya berdasarkan latar belakang dan keupayaan kepimpinan seseorang individu. Calon-calon Cina dan India yang beraspirasi perlu berkempen sesama kaum mereka sendiri dengan kenyataan seperti “kamu semua perlu mengundi saya supaya akan ada ‘Chinese/Indian representation’ dalam MPM”. “Persatuan-persatuan” untuk pelajar Cina dan pelajar India pula perlu menjalankan aktiviti-aktiviti mereka secara ’underground’.
Beginilah terpendamnya perasaan tidak puas hati dalam sanubari kebanyakan pelajar bukan Melayu di universiti-universiti tempatan. Disebabkan sentimen sebeginilah pergaulan antara kaum hanya berkisarkan “hi and bye” dan sembang kosong sahaja. Tidak banyak pergaulan berteraskan intelektual dan sosial yang dapat memupuk semangat perpaduan dan setia kawan yang berkekalan.
Setelah berakhirnya zaman menara gading, saya bekerja di Singapura selama lebih kurang 6 tahun. Pergaulan merentasi tembok perkauman berlanjutan dengan ramai juga rakan kerja yang berbangsa Melayu dan India di syarikat penerbangan di mana saya berkhidmat. Saya suka bertutur dalam bahasa Melayu dengan rakan-rakan Melayu ini bukan sahaja supaya bahasa Melayu saya tidak karat, tetapi juga kerana saya akan berasa lebih mesra dengan mereka.
Sepanjang masa saya di Singapura, saya pernah menyewa bilik daripada dua keluarga Melayu, satu di Jurong dan satu lagi di Eunos, dan satu keluarga India di Tampines. Semua keluarga ini sangat mesra dan baik dengan saya walaupun saya berkaum Cina. Mereka, terutama dua keluarga Melayu ini, sering mengajak saya makan bersama-sama keluarga mereka – nasi lemak dan rendang ayam memang merupakan makanan ‘favourite’ saya sejak kecil lagi. Keluarga Melayu di Jurong ini begitu baik sehingga ada sekali menghantar saya dengan keretanya ke Johor Bahru untuk menaiki bas ekspres balik ke Klang! Selepas saya berpindah, saya juga diundang untuk menghadiri majlis bersanding anak perempuannya.
Walaupun saya sekarang jarang bergaul dengan orang Melayu kerana sedang berada di luar negara, apa yang pasti beberapa persahabatan dengan rakan-rakan Melayu yang pernah saya alami merupakan detik-detik kenangan manis yang saya rindungi. Harapan saya adalah supaya semua rakyat Malaysia berbilang kaum boleh bergaul merentasi tembok perkauman dan hidup dalam suasana harmoni sepanjang zaman.
Semoga harapan saya tidak tinggal hanya harapan semata-mata. — themalaysiandream.wordpress.com

JKR tidak lulus jambatan maut

Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."

Jambatan runtuh: Guru besar disiasat

Guru besar SK Kuala Dipang, tempat kejadian jambatan gantung runtuh kelmarin, memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung projek pembinaan struktur itu.

Alwi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat itu.

Alwi berkata beliau kemudian mengadakan mesyuarat dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak selama tiga jam sehingga 5 petang.

Butiran yang dibangkitkan dalam pertemuan itu bagaimanapun tidak dijelaskan.

Jambatan baru (foto, warna biru) sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu dilaporkan siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Seorang murid sekolah disahkan mati lemas, sementara dua lagi masih hilang.

Diminta mengulas syarikat yang membina struktur maut itu dan kosnya, Alwi berkata "itu bukan urusan saya, kena tanya JPN."

Ditanya sama ada beliau terbabit memberikan sebarang kelulusan berhubung pembinaan jambatan gantung itu, beliau berkata "tidak."

"Saya cuma datang meninjau-ninjaunya (projek itu)," jelasnya apabila ditanya sejauh mana pembabitan beliau dengan projek berkenaan.

PKR Sabah terus bergolak..!!! Apakah Anwar fikirkan sekarang..????

PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

NONELiew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.

"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

NONEDipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.

"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.

"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.

Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti. BERNAMA