Ahad, 25 Oktober 2009

Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat bincang keperluan muktamar khas

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."


Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.
Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.
PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.
"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.
Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.
"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.
ImageNik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah.
Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini.
Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.
Harakahdaily difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu.
Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.
Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.
Dalam pada itu, seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.
"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.
Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.
"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.
Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.
"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.
Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.
Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.
Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu.

Apabila Ketua Pemuda Umno Pakai Lipstik!

Khairy Jamaluddin (KJ) Pemuda UMNO Masuk Cover magazine majalah Harpers Bazaar for Men




Kami pun terkejut apabila terserempak dengan gambar majalah tersebut. Kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan wujudnya Majalah Harpers Bazaar Men Magazine dengan front Cover ikon Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika betul kami ucapkan tahniah, tetapi jika auta, ini bermaksud esok adalah hari peperangan bagi KJ dan sekutunya.

Daripada Cover Mag tu kita tahu Harper’s Bazaar for Men ni sejenis majalah untuk lelaki berkejaya, punya status, bergaya, metroseksual dan setara dengannya. Kiranya kena juga lah dengan status KJ sekarang.

Dengar-dengar tahun ni takde bonus untuk kakitangan kerajaan. Bukak ofis minggu depan tentu kecoh dengan topik ni. Mula la diorang tu buat alasan malas keje. Dengan harga barang terutamanya makanan yang meningkat, isu minyak petrol, kes sosial yang pelik lagi jelik, tentunya semua ini akan terus menghiasi dada-dada media arus perdana.

wow.....bergaya sakan ketua pemuda ni haha...pakai lipstik ker?

Mustafa Kamil Ayub? Tahniah Anwar! PKR Perak Bakal Lingkup!


Oleh The Cyber Sniper
Suatu ketika dahulu, Tuan Hj Ismail Yusup adalah Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak yang amat disegani dan disayangi oleh ahli PKR Perak. Masa itu, PKR Perak amat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk menghampiri pengundi. Entah macamana, hasil mainan dua orang ADUN yang melobi Anwar akhirnya Tuan Hj Osman dilantik untu mengantikan Hj Ismail. ADUN tersebut akhirnya bertukar menjadi katak dan PKR Perak di bawah Hj Osman menjadi lesu.
Tup-tup hari ini, Hj Osman digugurkan. PKR Perak bergembira seketika. Tiba-tiba dikhabarkan yang akan menggantikan Hj Osman adalah Mustafa Kamil Ayub . Terimakasih kepada Anwar di atas perancangan untuk melingkupkan PKR Perak!
Di bawah ini diturunkan serba sedikit kisah Mustafa Kamil Ayub. Kalau Anwar tak prihatin bermakna samalah Anwar dengan Hj Hadi!
Kisah Mustafa Kamil Ayub.
Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat.
Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak
dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan.
Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah.
Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit…hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar.
Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak…apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak.
Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah. Tahniah Anwar Ibrahim!
* tulisan ini juga boleh didapati di blog The Cyber Sniper

Jangan Nyalakan Api Fitnah


1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .

2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .

3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .

4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .

5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .

6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .

7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .

8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .

9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .

10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .


ketua pemuda pas pusat

Teoh’s family wants body exhumed for second autopsy

By Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, Oct 25 — The family of Teoh Beng Hock wants his body to be exhumed so a second post-mortem can be carried out by renowned Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand.
Sources close to the family told The Malaysian Insider that an official announcement will be made by the family later today.
Lawyers representing them at the inquest into whether there was foul play involved in his death have been instructed to make an application to the coroner's court to allow for the body to be exhumed.
Dr Pornthip, who testified at the inquest on Wednesday, caused a stir when she said there was a 80 per cent chance Teoh’s death was a homicide which is contrary to earlier findings by pathologists from local hospitals and the police who attributed the death to suicide.
She said Teoh’s injuries showed he could have been strangled and that he sustained anal penetration before he fell to his death on July 16.
Dr Pornthip (picture), who was hired by the Selangor state government, based her testimony on the earlier post-mortem report, pictures and other evidence.
Following Teoh’s death, his distraught Buddhist family was reluctant to subject his body to another post-mortem and wanted him to be buried as soon as possible. Their wishes were respected.
However, following her testimony the family, who has always disputed the findings that Teoh killed himself, now wants the second post-mortem to be carried out.
Teoh was hauled up for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on July 15 to help investigations into claims of misuse of state allocations by Pakatan Rakyat (PR) state lawmakers.
According to MACC, Teoh was only a witness in the case and had gone to the Selangor MACC headquarters on the 14th floor of Plaza Masalam in Shah Alam voluntarily.
The body of the former political secretary to DAP’s Ean Yong Hian Wah was found on a 5th-floor landing at the building the following afternoon.
But MACC maintains he was released from their custody earlier that morning.
Dr Pornthip said during the testimony that she would like an opportunity to carry out her own autopsy on Teoh but magistrate Azmil Muntapha Abas, who is acting as coroner in the inquest, indicated that it may be too late to do so at this stage.

Second privatisation wave: Now that's scary...

I was paying only casual attention while Najib droned on over the radio when tabling his Budget in Parliament yesterday.
But my ears pricked up when he mentioned a “second wave of privatisation”.
The Bernama headline says it all: ‘Companies Under MOF Inc And Other Viable Agencies To Be Privatise’ (sic).
Why only the viable agencies? Is this going to be more of “privatisation of profits and socialisation of losses” – at the expense of the Malaysian public?
The first thing that crossed my mind was: which cash cow is going to be handed over to which crony now? Don’t tell me they are going ahead with plans to privatise cash cow Plus Expressways Bhd, which is owned by Khazanah (24 per cent directly and 40 per cent indirectly).

Plus Expressways owns 100 per cent of Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd, which operates the North-South Highway. Last year, Plus Expressways earned a profit before tax of RM1.5 billion on the back of RM2.2 billion in toll collection.
A low-profile firm, Asas Serba, recently made an audacious proposal to take over all 22 highway concessionaire firms for RM50 billion. (Where are they going to get the money from?) The firm is reportedly led by four businessmen, two of whom are former senior executives of the Renong conglomerate.
S Jayasankaran, writing in the Business Times on 19 October, reported:
IT APPEARS that the staggering RM50 billion (S$20.7 billion) proposal from little known Asas Serba to buy all 22 highway concessionaires in the country is a serious one.
The proposal – first reported by BT two months ago – calls for the company to buy over the tolled highways and cut tolls by 20 per cent on the premise that owning all of the nation’s tolled highways would result in economies of scale and, presumably, lower costs.
That this is a proposal considered seriously by the government cannot be denied. Nor Mohamad Yakcop, the minister of the Economic Planning Unit, dismissed the notion last month only to be contradicted by his boss Prime Minister Najib Razak.
Mr Najib, who is also finance minister, said he hadn’t seen the proposal yet, which implied that he was waiting to see it. This is a sharp reversal from the same Mr Najib who, two months ago, said that Khazanah, the investment arm of the federal government, had no intention of selling Plus Expressways, the biggest toll concessionaire in Malaysia. The premier is also the chairman of Khazanah.
You can check out some of the other likely targets of privatisation among Khazanah’s portfolio of companies here.
(Except for one share owned by the Federal Land Commissioner, Khazanah’s shares are owned by the Minister of Finance Incorporated.)
It looks as if the trend of neo-liberal policies is likely to continue.
At this rate, if and when a new party or coalition takes over federal power over from the BN, most of the profit-making or “viable” government agencies could have been privatised, leaving only the deficit-incurring agencies left in the government’s stable (i.e. in the hands of the Malaysian public).

Pemotongan levi secara tidak sah perlu dihentikan



PETALING JAYA 25 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Jabatan Sumber Manusia mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa di mahkamah terhadap majikan yang terus memotong bayaran levi daripada gaji pekerja asing mereka.
Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata beratus-ratus pekerja “ditipu"
oleh majikan yang masih berdegil, walaupun mereka telah memperbaharui permit kerja mereka selepas 1 April.
Berkuatkuasa dari tarikh itu, levi bagi pekerja asing perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Sebelum ini, walaupun majikan terlebih dahulu membayar levi itu, mereka dibenarkan membuat potongan levi daripada gaji bulanan pekerja.
Balasubramaniam berkata minggu lepas, kira-kira 2,500 pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Klang mengadakan “mogok” selama lima jam sebagai bantahan terhadap tindakan pihak pengurusan yang memotong levi.
Beberapa aduan serupa turut diterima daripada beberapa tempat di seluruh negara, katanya kepada Bernama.
Ketua Pengarah Buruh Datuk Ismail Abdul Rahim sementara itu berkata jabatan itu sedang memantau perkara itu dan mengadakan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada potongan gaji bagi levi secara tidak sah dilakukan.
Katanya majikan hanya dibenarkan terus membuat potongan bagi pekerja yang diambil sebelum 1 April, tetapi ini hanya dibenarkan sehingga permit kerja itu tamat.
Bagi semua pembaharuan permit dan penggambilan pekerja baru selepas 1 April, majikan perlu membayar levi, katanya.
Beliau menasihatkan pekerja yang levi mereka masih dipotong selepas permit kerja mereka diperbaharui supaya membuat laporan di mana-mana pejabat sumber manusia.
Katanya rasional disebalik mewajibkan majikan membayar levi adalah untuk tidak menggalakkan mereka menggaji pekerja asing.
Levi tahunan yang dikenakan adalah berbeza antara sektor. Bagi sektor pembuatan dan pembinaan ialah RM1,200, restoran (RM1,800) dan pembantu rumah (RM360).
— BERNAMA

Selepas pinda perlembagaan, mampukah Umno berubah?



Abdul Aziz Ismail

PENDAPAT Keputusan drastik dan radikal yang dibuat Umno dalam perhimpunan kali ini menyentuh pindaan perlembagaan bukanlah isu baharu. Ini kerana perlembagaan parti itu pernah dipinda dua kali dalam era pemerintahan perdana menteri keempat, Tun (dulunya Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad dan hasilnya sikap ahli Umno tidak berubah dan masih di takuk lama.



Pindaan kali ini juga menimbulkan kesangsian rakyat dan ramai pemerhati politik berpendapat adakah ia boleh dilaksanakan dan meningglkan kesan mendalam atau tinggal sebagai ikrar cantik di atas kertas seperti yang sudah berlaku sebelum ini.
Agenda pindaan kali ini dikatakan lebih besar dan bermakna jika dapat direalisasikan, dengan ahli mempunyai kuasa mutlak, lebih terbuka dan telus dalam memilih pemimpin dari semua peringkat melibatkan semua ahli perwakilan dari bahagaian dan cawangan.
Pindaan itu jika dilaksanakan sepenuhnya dijangka dapat mengurangkan (sepatutnya menghapuskan) politik wang yang selama ini menghantui Umno setiap kali pemilihan berlangsung. Soalnya, adakah semua ahli dapat menerima dan benar-benar boleh mengubah sikap mereka yang selama ini terkenal dengan suka menerima dan memberi habuan sebagai budaya politik mereka?
Adakah ahli Umno dalam waktu terdekat boleh menukar cara berfikir dan cara hidup mereka yang sudah sebati dengan kehendak keperluan material melangkaui keikhlasan ketika berkhidmat tanpa mengharap apa-apa balasan?
Mahathir bersikap skeptikal terhadap keikhlasan ahli Umno untuk berubah terutama bagi mereka yang sudah biasa dengan kegiatan politik wang. Katanya, sukar bagi mereka ini berubah jika tiada tindakan tegas dan keras dari parti serta keyakinan diri sendiri yang kuat dalam kalangan ahli untuk mengubah cara bertindak mereka selama ini.
Anggapan umum ahli Umno terlibat dalam perniagaan besar, kecil atau sederhana yang melibatkan percaturan wang rasuah bukan cerita baharu. Kebanyakan rakyat sedar terutama ahli Pakatan Rakyat bahawa kebanyakan mereka yang menyertai Umno kerana boleh mandapat nikmat material yang besar. Masuk Umno bermakna boleh membuat wang dan melebarkan perniagaan walaupun sebahagian mereka tiada kelulusan dan tidak pandai berniaga.
Yang perlu, hubungan akrab dengan pihak atasan atau pemimpin tertinggi Umno yang berkedudukan. Mereka ini biasanya boleh membantu mendapaatkan "kerja" atau projek dan jarang sekali menghampakan demi menjaga hubungan dan kepentingan masing-masing.
Seorang kawan peniaga menceritakan, beliau tiada masalah mendapat projek besar jika pandai menjaga hati ketua bahagian Umno dan pengurus projek yang dipohon. Beliau adalah aktivis Umno yang rajin dan aktif serta mempunyai hubungan yang rapat dengan ketua Umno atau pemimpin tertinggi Umno tertentu dalam sesuatu kawasan.
Inilah masalah besar dan kritikal yang perlu ditangani Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam usahanya untuk mengubah sikap ahli-ahli Umno yang masih menebal dengan kegelojohan mengejar material untuk kepentingan diri dan kelompoknya berbanding berkhidmat secara jujur kepada parti seperti yang diharapnya.
Dalam ucapan yang penuh bersemangat dan berapi pada pembukaan mesyuarat perhimpunan itu, Najib mengharapkan ahli Umno mengamalkan semula budaya berkhidmat kepada parti secara ikhlas tanpa mengharap balasan material.
Beliau menggesa ahli mengamalkan semangat sukarelawan dalam kerja-kera parti tanpa menuntut habuan kerana orang-orang Umno dulu sudah melaksanakannya dan ternyata mereka kekal sebagai pejuang sejati yang berkhidmat untuk parti sepanjang hayatnya.
Masalahnya, tidakkah Najib sedar bahawa situasi dan kehendak zaman sudah bertukar dan sikap ahli-ahli Umno juga berubah tidak seperti zaman permulaan penubuhan Umno yang ramai diserati para guru, pekebun, nelayan dan mereka yang berpendapatan kecil.
Tapi ketika ini (sejak awal tahun 70-an) ahli Umno terdiri dari ahli perniagaan, tokoh koperat, para profesional termasuk peguam, doktor, arkitek dan berbagai lagi, yang menyertai Umno dengan matlamat lebih besar mengejar kedudukan dan pengaruh.
Mereka ini kaya, berpendapatan tinggi dan boleh berbelanja besar asal saja cita-cita untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam parti terjamin. Ini dibantu dengan sikap pemimpin atasan yang sama dengan menanam budaya permainan wang sebagai senjata mengejar kedudukan di semua peringkat cawangan dan bahagian.
Golongan ini boleh melakukan apa saja tanpa segan silu dan budaya berkhidmat kepada parti dengan jujur dan ikhlas seperti yang disaran Najib tinggal di atas bibir. Mereka tidak perlu bekerja keras dan tidak pernah hidup susah seperti ahli-ahli Umno terdahulu.
Maka itu, untuk mengharapkan mereka berubah apalagi meninggalkan perangai buruk melibatkan wang adalah amat sukar dan mungkin tinggal angan-angan kosong. Tidak mudah bagi mereka yang sudah sebati hidup dan bergelumang kemewahan boleh meninggalkan kesenangan hidup tanpa pengorbanan jiwa dan semangat yang tinggi.
Najib dan Muhyiddin jangan bermimpi dan berharap ahli Umno boleh bertukar sikap dalam waktu terdekat seperti yang diidamkan. Sebenarnya sikap ini bukan dimilikki ahli bawahan tetapi sudah lama bersemadi di kalangan ketua dan pemimpin tertinggi kedudukan dan pangakatnya.
Tindakan jawatankuasa disiplin dalam pemilihan Umno tahun lalu dan sebelumnya sudah membuktikan mereka yang diambil tindakan melibatkan ahli MT dan calon naib presiden.
Setengah pihak mendakwa keikhlasan untuk berubah harus datang dari dalam diri ahli sendiri dengan kesedaran mendalam bahawa politik wang yang dikejar tidak membawa mereka ke mana-mana melainkan ke jurang kemusnahan yang dalam.
Bangsa dan agama bakal hancur jika negara masih dipimpin oleh segelintir pemimpin yang tamak kuasa bersandarkan permainan wang.
Keikhlasan berkhidmat dan semangat kesukarelawan seperti yang ditunjukkan oleh pejuang tulen Umno lama memungkinkan Umno masih panjang usia dan tahan ujian sehingga hari ini tanpa perpecahan sesama sendiri.
Ikrar Najib mengajak ahli berjanji menukar sikap dalam ucapan penggulungannya boleh diketahui secara ketara dalam dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Jika ahli Umno masih tidak serius, mengamal feel dan perangai buruk lama tanpa cuba benar-benar insaf, peluang Umno untuk memenangi undi orang Melayu boleh tersekat di tengah jalan jika rakyat tidak berpuas hati dan masih melihat pemimpin Umno hanya pandai bercakap dan membuat janji manis tanpa tindakan konkrit.
Pindaan perlembagaan yang diharapkan oleh kebanyakan pemimpin Umno menjadi medan ujian sebenar kepada parti mereka apakah rakyat benar-benar diberi pembelaan seperti yang dijanji atau satu lagi retorik politik yang menjemukan.
Semua rakyat - orang Melayu dan bukan Melayu - menanti penuh debar perubahan sikap dan tindakan dari pemimpin Umno seperti yang dilaung-laungkan dalam perhimpunan tempoh hari.

Muktamar khas tidak perlu - Pemuda Pulau Pinang..!! Satu lagi pengikut kalut..group ni yang kacau prk Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Pasir..!!!


Mohd Ali Hashim

BUTTERWORTH, 25 Okt: Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah tidak bersetuju untuk diadakan muktamar agung khas seperti dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui blog beliau baru-baru ini.



Menurut Yusni lagi keputusan dalam muktamar yang baru berlalu masih lagi boleh diterima pakai dan tidak perlu untuk dibuat semakan semula.
"Muktamar yang lalu juga telah memberi kepercayaan penuh kepada presiden parti untuk menangani isu kerajaan perpaduan yang dilaung-laungkan sebelum ini."
"Namun perkara itu telah pun ditolak dan tiada akan wujudnya kerajaan sedemikian yang akan bersekongkol dengan Umno," katanya lagi.
"Oleh kerana itu maka apa yang telah diputuskan dalam muktamar yang lalu haruslah dihormati sebagai satu keputusan yang telah dipersetujui bersama. Maka itu isu untuk mewujudkan kerajaan perpaduan ini tidak wujud sama sekali."
Nik Abdul Aziz baru-baru ini dalam tulisan di blognya mencadangkan diadakan satu muktamar khas bagi menentukan kedudukan pemimpinnya yang dakwanya menimbulkan beberapa masalah dalam parti.
Yusni berkata demikian selepas merasmikan majlis meraikan 70 anak yatim dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara anjuran bersama PAS cawangan Bagan Tambang, Teluk Air Tawar Indah dan Teluk Air Tawar.

Eksklusif Kota Darulnaim Nik Aziz Ke Makkah Husam Akan Pangku Tugas MB?

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat diberitakan akan menunaikan fardu Haji pada pertengahan November depan. Kalau tidak silap inilah Haji, Nik Aziz yang ketiga dalam tempoh beliau menjadi Menteri Besar. Tahun 2007 adalah Haji paling akhir dilakukan. Dalam tempoh itu hingga kini beliau sering mengerjakan umrah, hampir setiap tahun.

Sepninggalannya mengerjakan haji dua tahun lepas tugasnya selaku MB diserahkan kepada timbalannya, Ahmad Yaacob. Ahmad diberikan kuasa untuk menjalankan tugas-tugas sebagai menteri besar dan menjalankan urusan pentadbiran.

Dalam perlembagaan tubuh negeri Kelantan tidak ada peruntukan jawatan pemangku MB Kelantan. Perlembagaan memperuntukkan selama MB tidak berada dalam negeri ia boleh menyerahkan tugasnya kepada sesiapa di kalangan Exco yang dipercayai.

Semasa Abdul Halim Abdul Rahman menjadi TMB selama lebih 10 tahun dulu, beliau pernah diberikan tugas dan tanggungjawab menjalakna tugas-tugas menteri besar. Dalam sepanjang tempoh itu Abdul Halim hanya sempat merasai sekali saja sebagai 'pemangku' MB.

Walaupun dua atau tiga tahun lepas tugas-tugas MB dilepaskan kepada Ahmad Yaacob semasa Nik Aziz di Makkah malangnya, Ahmad tidak dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab berkenaan. Tidak semena-mena TMB itu diserang sakit dan terpaksa berihat di hospital. Jadi Ahmad Yaaob tidak sempat menunjukkan kebolehan dan kemampuannya sebagai bakal MB.

Ekoran itu, Husam Musa telah secara tidak langsung dianggap menjadi pengganti kepada Ahmad Yaacob. Bagaimana pun kerana tidak ada penurunan kuasa dan tanggungjawab kepada Husam secara mutlak menyebabkan Exco itu hanya jadi pengganti sahaja tanpa dapat membuat apa-apa keputusan atau memainkan peranan sebagai MB.

Jadi ketika itu orang Pas dan rakyat Kelantan tidak dapat melihat sejauh mana kemampuan Husam. Tempoh itu tidak menjadi satu percubaan untuk melihat kemampaun beliau sebagai bakal MB.

Kini ada makluman dalaman mengatakan Nik Aziz akan menyerahkan tugasnya sebagai MB kepada Husam Musa selama dia berada di Makkah pada pertengahan bulan depan. Selama itu nanti Husam akan bertindak menjadi MB. Surat kuasa atau penyerahan tugas ‘memangku’ MB akan diserakan tidak lama lagi.

Kepercayaan Nik Aziz kepada Husam yang meminta Husam membentangkan bajet tahun depan di sidang DUN yang sedang berlangsung kini dikatakan sebagai isyarat jelas atas perubahan drastik mengenai keyakinan Nik Aziz kepada bekas Setiausaha Politiknya itu.

Mudah-mudahan sahaja dengan peluang keemasan yang bakal diberikan Nik Aziz ini, Husam dapat membuktikan kemampuannya sebagai bakal pengganti Nik Aziz. Hendaknya Husam tidak akan mengecewakan rakyat. Buktikanlah yang anda mampu memikul tanggungjawab yang anda cita-citakan itu.

Semua pihak diminta memberi kerjasama kepada Husam. Rakyat Kelantan terutama mereka yang kurang senang dengan Husam hendaknya bersikap tawakuf dan menerima takdir ini dengan hati terbuka. Kepada Husam pula ambilah peluang ini untuk memperbetulkan apa-apa yang cacat mengenai diri anda. Perkara paling penting ialah cuba menyatukan semula keretakan yang berlaku dalam Pas.

Insya-Allah kalau selama ketiadaan Tok Guru itu beliau berjaya menunjukkan peribadi sebagai pemimpin rakyat dan berjaya menyatukan parti, mungkin menjelang Januari depan Husam bakal dinobatkan sebagai MB sebagai mewarisi kepimpinan Tok Guru di Kelantan.

Selamat berkhidmat kepada si baju petak-petak merah

Saya nak jaga parti supaya dihormati sampai bila-bila – Mursyidul Am PAS

Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama."
Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama - TGNA

Saya nak jaga parti  supaya dihormati sampai bila-bila – Mursyidul Am PAS

‘Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang.
Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila,” katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu.
Ramai kalangan ahli Pas tidak percaya bahawa beliau membuat pertimbangan sendiri dalam mengemukakan gesaan itu melainkan dipengaruhi oleh pihak tertentu.
Menurut Nik Abdul Aziz, tidak perlu lagi baginya untuk terus menjelaskan persoalan itu dan terserah kepada parti sama ada menerima atau tidak.
”Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa… saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor dekat sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui EGM walaupun ia mungkin menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.
Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu ‘dibersihkan’ iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya.
Ditanya apakah tiada pendekatan lain untuk menyelesaikan persoalan berbangkit, beliau berkata: ”Saya tak mahu buat benda lain, saya sebut sekali. Terima. Alhamdulillah, tak terima tak apa.. saya tidak memaksa.
”Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama.”
Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.
Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuatnya itu sebagai langkah terakhir untuk menyiapkan kepimpinan sebelum melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.
”Selagi umur saya ada, banyak lagi yang terakhir,” ujarnya.
Menyentuh mengenai kemungkinan perubahan barisan kepimpinan melalui EGM tidak akan tercapai sekiranya perwakilan mahu mereka terus dikekalkan, beliau berkata:
”Saya tak perlu jawab, jawab yang ini timbul yang lain pula.”
Namun beliau mengulangi bahawa sekiranya apa yang dimahukan tidak diterima oleh parti, ia tidak akan mengecewakannya kerana beliau cuma memberikan buah fikiran.
”Saya tak kecewa kalau orang tak terima… dalam dunia ini kalau nak kecewa, selama-lamanya kecewa,” ujarnya.Utusan
………………………………………………………………………………………………………………..
Kenyataan bodoh dua tiga orang pimpinan PAS dalam isu ini boleh di lihat dalam siaran akhbar Utusan meloya yang telah di linkkan oleh penarik beca di blognya seperti di bawah
nak jelas lagi baca huraianya di sini

Tolong la... jangan la bagi aku pun ikut maki sama - Cenangau

Macam yang dia kata kelmarin, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dah pun pi jumpa sendiri TG Nik Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan.
"Saya telah bertemu dengannya dan dengar dari mulut dia sendiri. Beliau telah meminta saya membawa amanah ini untuk disampaikan ke peringkat Pusat.

"Saya tidak boleh dedahkan amanah ini buat masa ini. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan maklumkan kepada pimpinan tertinggi mungkin esok atau lusa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. [link]
Yang aku herannya, walaupun kenyataan dalam blog Tok Guru tu dibuat pada 22 Oktober, 3 hari lepas, Utusan hari ni melaporkan yang TG Hj Hadi dan Ust Haron Taib kata depa nak dengar sendiri dari mulut Tg Nik Aziz. Maksudnya depa tak jumpak lagi la.

Payah sangat ka nak bagi dengar dari mulut Tg Nik Aziz tu. Apa masalahnya kalau pi jumpa dia di Pulau Melaka, bukan jauh mana pun. Pulau Melaka tu bukannya kat London, kat Kelantan ja. Kalau berjalan kaki memang lama lama tapi kalau nak motokar, sekejap je dah sampai.

Tambah-tambah pulak la ni zaman internet, zaman tanpa sempadan, zaman segalanya dihujung jari anda. Apa masalah sangat kalau takat nak dengar dari mulut sapa pun.


Kalau aku kata depa-depa tu ego, nanti ada pulak yang marah, tak puas hati dengan aku, aku pasai hentam pimpinan sendiri. Kalau ikut hati memang nak sangat aku maki.

Tolong la, tak tahan dah aku tengok rata blog depa dok belasah Pas teruk sangat, dok maki pimpinan Pas tak kira sapa. Jangan la biar depa maki terus terusan macam tu. Kurang-kurang pun bagi la sikit jawapan yang boleh bagi reda sikit keadaan. Jangan sampai orang macam aku pun ikut maki sama.

Contoh macam statement kat bawah ni, bukan nak bagi reda keadaan tapi bagi lagi kusut ada la, lagi serabut bila aku baca.


"Saya kenal dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan saya tidak fikir kenyataan itu ditulis sendiri oleh beliau... Ini kerana beliau mempunyai cara dan gaya penulisannya tersendiri iaitu turut melibatkan dalil dan ayat al-Quran. [link]
Aku setuju sangat dengan apa yang Aris Awang tulis,

Kalau dulu kecaq masalah diberanda rumah, lepas itu kecaq masalah di kedai kopi dan sebagainya seperti perenggan di atas, maka sekarang sudah tentulah sedikit sebanyak masalah akan dikecaq diblog. Kita harus faham jika kita tidak menjawab, mengemukakan pandangan di dalam blog dan duduk senyap dik, tak ulas apa kerana kita jadi pimpinan kerana takut orang kata bodo dan sombong, sedang beribu blog lain telah menghandoh (menghentam) PAS bertalu-talu dari kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah. Oleh itu sebagai sebuah jamaah dakwah dan parti politik maka sebagai pimpinan PAS perlu mengeluarkan pandangan agar ahli yang ikhlas akan dapat meneliti pandangan yang diutarakan dengan penuh saksama. [link]
Aku kesian kat kawan-kawan bloggers Pas lain, yang nampak begitu sungguh-sungguh tolong jawab, cuba nak bagi sejuk, cuba nak suruh orang lain berlapang dada. Tapi aku yakin depa tu pun dah serabut perut dan depa tu pun dah pening. Tolong la bagi kat depa tu 'peluru' yang elok sikit, yang berjenih sikit, baru depa boleh senang sikit nak tolong bela.

Zahid Hamidi Keliru Tuduh Doa Tidak Baik Nik Aziz Terhadap UMNO

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Zahid Hamidi hari ini menuduh doa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering memohon kepada Allah supaya memecah-belahkan UMNO kini 'berpatah balik' menimpa Pas menurut laporan Utusan Malaysia.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Allah telah memakbulkan doa tidak baik Mursyidul Am Pas itu dengan 'mengembalikannya' sehingga terkena batang hidung sendiri.

"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah," katanya.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di Padang Sukan Bangunan Zetro di sini hari ini.

Zahid Hamidi sebenarnya terkeliru akibat kecelaruan mindanya terhadap niat sebenar Nik Aziz supaya segera diadakan Muktamar Pas luarbiasa. Niat utama Nik Aziz menyarankan supaya ianya diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan segala kekotoran yang ada dalam kepimpinan diperingkat tertinggi untuk menjamin Pas akan terus utuh dan kekal bersih.

Ianya bebeza dengan apa yang terjadi dalam umno yang sudah ketandusan pemimpin bersih dalam parti itu. Semakin kotor pemimpin yang ada dalam Umno makan semakin kuatlah sokongan yang mereka akan raih. Contoh terbaik ialah seperti pemimpin korup yang sewaktu dengan Mat Isa.

Adalah amat penting bagi Pas yang memperjuangkan Islam untuk memiliki pemimpin yang bersih sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Sekiranya Pas masih memiliki pemimpin yang berkulit hijau tetapi isinya masih kuning merah, hasrat untuk menang besar danb mengekalkan kemenangan yang ada amat tipis.

Dengarlah cakap dan nasihat Nik Aziz tu supaya pembersihan yang total perlu dilakukan sekarang sebelum Pas dibersihkan secara total oleh BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. Mana-mana penyakit yang agak kronik yang menysahkan parti tu eloklah diubati sekarang. Ia elok dibersihkan sekarang kerana kalau parti berada dalam suasa yang tidak sihat amat susah untuk nak berlawan nanti. Ada yang berpendapat bahawa masanya tidak sesuai sekarang. Kalau sekarang tak sesuai, nak tunggu nila lagi? Tunggu lepas kalah lagi baru nak ubah atau masih nak menunggu satu lagi sesi muhabalah bersama Umno?

Nik Aziz dah berjaya mempertahankan kemenangan Pas sudah beberapa penggal dan sudah tentu beliau mempunyai formulasinya tersendiri yang boleh dikongsi. Yang lain-lain tu hanya mampu menang sekali itu pun bukan kerana kekuatan Pas sendiri, tetapi kerana isu orang lain. Kemenangan terdahulu pun belum mampu ditebus lagi. Cuba-cubalah rendahkan sedikit ego tu dan belajarlah berubah untuk kemenangan rakyat. Insyaallah kememangan akan memihak kepada Pas nanti.

Nik Aziz dan EGM PAS — Awang Selamat


OKT 25 — Kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi blognya yang mahu Muktamar Agung khas (EGM) diadakan bagi menukar pemimpin tertentu tiba-tiba menggoncang parti itu.
Puncanya ada kaitan dengan perbezaan pendirian berhubung isu kerjasama dengan Umno menerusi kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak lama dulu. Ternyata isu itu belum padam walaupun semua pemimpin kanan PAS dikatakan sudah mencapai kata sepakat mengenainya.
Nik Aziz yang menentang idea kerajaan perpaduan itu rupa-rupanya masih kurang senang terhadap beberapa kerat pemimpin PAS antaranya Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyokong idea itu. Malah difahamkan, Nik Aziz “makan hati” dan amat tidak selesa dengan Hadi tetapi tidak dinyatakan secara terbuka, mungkin atas percaturan politik. Ia umpama cerita pukul anak sindir menantu.
Bukan rahsia lagi, Nasharuddin dan beberapa lagi pemimpin kanan PAS diketahui adalah orang kepercayaan Hadi. Pemilihan dalam muktamar parti itu sebelum ini turut menyaksikan beberapa pemimpin pro Hadi memenangi jawatan kanan termasuk timbalan presiden, yang dilihat sebagai tamparan kepada Nik Aziz.
Maka makin jelas terdapat dua kelompok dalam PAS. Satu yang memihak kepada Hadi dan satu lagi kumpulan menyokong Nik Aziz. Dalam konteks pakatan pembangkang pula, Nik Aziz dilihat lebih akomodatif kepada aspirasi politik PKR dan DAP sementara kumpulan Hadi melihatnya sebagai berbahaya kepada kepentingan agama dan bangsa. — Mingguan Malaysia

Wajarkah EGM PAS diadakan? — Zulkiflee Bakar


OKT 25 — Bak kata orang tanpa ribut, tanpa taufan dan ketika tumpuan arena politik negara diberikan kepada perbalahan yang berlaku dalam MCA, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan kejutan.
Beliau mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin PAS yang menyokong perpaduan dengan Umno diterima atau ditolak daripada parti itu.
Kenyataan Nik Abdul Aziz itu telah mengejutkan banyak pihak malah penulis difahamkan tiga pemimpin yang dianggap oleh beliau harus “dibersihkan” terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali secara tiba-tiba menjadi sasaran “tembakan” Nik Abdul Aziz.
Beliau menyatakan perasaan sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, tahun lalu yang menolak kerjasama dengan Umno.
Apa pun sebagai Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz berhak memberikan pandangan tetapi persoalannya wajarkah EGM tersebut diadakan hanya semata-mata ada tanggapan bahawa terdapat usaha oleh ketiga-tiga pemimpin itu bekerjasama dengan Umno?
Seingat penulis isu kerjasama dengan Umno sudah lama tidak dibangkitkan oleh mana-mana pemimpin PAS selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini memutuskan untuk mengukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Justeru apabila muktamar itu berakhir, segalanya di dalam PAS dilihat “molek” dan cantik. Kesemua pemimpin PAS bersatu “turun ke padang” bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, di Kelantan.
Walaupun ketika itu, Nasharuddin dikatakan dilarang turun berkempen namun beliau akhirnya muncul dan kehadiran beliau dijadikan bukti oleh PAS bahawa tiada perpecahan berlaku dalam parti tersebut.
Malah sepanjang tempoh itu juga ketiga-tiga pemimpin yang dikaitkan turut tidak mahu menyentuh lagi soal sebarang kerjasama dengan Umno.
Berikutan itu, pelbagai pihak melihat bahawa tiada pergolakan dalam PAS, biarpun pada awalnya perpaduan di dalam PAS dikatakan agak tergugat berikutan sengit dalam pemilihan parti baru-baru ini. Dan keadaan itu diteguhkan lagi dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS di semua peringkat yang menganggap bahawa isu Pas bergolak atau berpecah hanyalah permainan media.
Tetapi kenyataan Nik Abdul Aziz boleh dianggap api dalam sekam yang semakin marak dan membuktikan hakikat selama ini bahawa sememangnya berlaku pergolakan secara senyap dalam PAS.
Namun begitu dalam keadaan sekarang, pemimpin dan ahli PAS tidak harus melatah. Mereka tidak perlu sewenang-wenangnya bersetuju dengan cadangan Nik Abdul Aziz itu. — Mingguan Malaysia

Malangnya PAS tidak punyai Huzaifah Al Yaman



Oleh Tok Pepijat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.


TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS.


Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.

Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.
Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun.

Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.

Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.

TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.

Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.

Kini PAS di bawah "pemerintahan" mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.

Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.

Mengenang kembali kisah Abu Bakar dan Umar, dua orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Mereka juga ada khilaf dalam satu-satu isu. Seperti :

a) Hukuman keatas tawanan perang Badar. Pendapat Abu Bakar dilihat berperikemanusiaan manakala Umar agak keras. Tetapi pendapat Umar mendapat dibenarkan oleh Allah Taala.
Rasulullah umpamakan Abu Bakar selembut Nabi Ibrahim manakala Umar setegas Nabi Nuh ketika hadapi karenah umatnya.

b) Hukuman keatas orang murtad selepas kewafatan Rasulullah. Umar lebih bersikap lembut dan diplomasi. Abu Bakar pula memutuskan hukuman keras keatas riddah dengan menghantar bala tentera. Umar setuju dan hormati dengan keputusan Abu Bakar kerana beliau adalah Khalifah dan senioriti dalam Islam.
Begitulah hebatnya Abu Bakar dan Umar. Gabungan keduanya menyebabkan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jatuh ketangan pihak Islam pimpinan mereka berdua. Kini mereka berdua telah tiada.

Gabungan ilmu, pemikiran dan tarbiyyah TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sewajarnya menggerunkan pihak sekular di Malaysia khususnya UMNO. Begitu juga Kuasa Kuffar di luar negeri.

Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.

Pihak Kuffar juga melihat regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi adalah satu regu yang memberi ancaman kepada politik sekular mereka.
Melihat senario hari ini yang melanda PAS selepas PRU 12, tidak mustahil ianya satu perancangan dan muslihat golongan sekular samada UMNO maupun Amerika untuk melihat PAS berpecah.

Strategi mereka nampak berhasil. Bermula dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar. Tidak mustahil pihak "ejen-ejen" mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS untuk mencetuskan pepecahan dalaman PAS tanpa TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi menyedarinya.

Lihatlah kisah bagaimana pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai memanupulasikan 2 peristiwa semasa perjalanan pulang Rasulullah dan tenteranya dari Ghazwah Bani Mustaliq. Peristiwa perebutan air dan fitnah terhadap Ummu Mukminin Aisyah.
Isu Kerajaan Perpaduan, kem Erdagon, Hasan Ali, perebutan Timbalan Presiden dan terkini EGM adalah rantaian hasil kerja "ejen-ejen" munafikin. Semuanya mempunyai satu target sahaja. Iaitu agar regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi berpecah. Itu sahaja !

Malangnya kita tidak punyai Huzaifah Al Yaman untuk mengenali "ejen-ejen" ini !

http://tokpepijat.blogspot.com/

PRO UMNO DALAM PAS BERSIFAT MUNAFIK



Segala-galanya bermula apabila pimpinan PAS tidak mahu dan tidak mampu menerima kritikan dan teguran orang lain.

Didalam kerangka "Pemikiran Kritikal", Prof Abdul Aziz Bari telah bertindak sebagai "wistle blower", dan kemudian ianya tidak disambut dengan baik sebaliknya telah diberikan hentaman dan kritikan balas oleh pimpinan terutama oleh Ketua Penerangan PAS Pusat sendiri, Ustadz Idris Ahmad, dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Mohd Shahir.

Dan apabila PAS tiba-tiba menjadi fokus seluruh negara, kini orang-orang yang mula-mula menimbulkan kekecohan itulah orang yang meminta ahli-ahli PAS bertenang setelah mereka beriya-iya mengambil sikap tidak mahu mendengar kritikan orang lain sebelumnya.

Sememangnya kumpulan pro-UMNO di dalam PAS ini adalah mereka yang mengambil sikap tidak boleh disentuh dan tak boleh dikritik. Tetapi mereka boleh sentuh dan boleh kritik orang lain, malah boleh bertindak dan lantik dan pecat sesuka hati.

Contohnya Presiden PAS yang mempunyai kuasa yang diberi oleh Perlembagaan parti, telah melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung sekalipun Mustafa Ali telah diketahui adalah orang yang menimbulkan kekecohan di dalam parti ekoran dari rancangan sulit "Kerajaan Perpaduan" yang telah terbongkar apabila bekas Perdana Menteri Abdullah AHmad Badawi sendiri mendedahkannya.

Contoh lainnya di Selangor, sewaktu Pesuruhjaya PAS Selangor dikritik oleh mereka yang tidak bersetuju dengannya, beliau telah mengambil langkah "memecat" Khalid Samad dan Shaari Sungip dari Dewan Harian PAS Selangor untuk digantikan dengan mereka yang mengikut istilah politik kaki ampu dan kaki bodek kepada ketua.

PAS sepatutnya menjadi parti contoh di dalam rakan-rakan Pakatan Rakyat, sebaliknya kegagalan untuk berlapang dada menerima kritikan menjadikan PAS sebagai sebuah jemaah yang kaku dan jumud yang gagal untuk bersaing di arena politik kepartian negara sehinggakan PAS daripada menjadi parti contoh tetiba menjadi parti yang disisihkan oleh arus masyarakat yang mengharapkan sangat perubahan lanskap pemerintahan negara segera berlaku.

Ada yang menyatakan kepimpinan ulamak tidak boleh dipersoalkan dan barangsiapa yang mengkritik kepimpinan PAS yang ada kini adalah mengkritik ulamak-ulamak sekalipun banyak tindak-tanduk ulamak di dalam saf kepimpinan itu sendiri yang mengundang kritikan bukan dari para ahli sahaja, juga mereka yang tidak menjadi ahli parti tetapi menyokong perjuangan PAS selama ini.

Kemudian ada yang terlajak menuduh tanpa justifikasi bahawa kononnya mereka yang mengkritik kepimpinan PAS adalah golongan Anwariyyun yang tak suka Hadi menjadi PM jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Dan ada pula yang menyatakan bahawa yang menentang kepimpinan PAS kini adalah mereka yang ditarbiyah di luar kerangka PAS sendiri seperti IRC, ABIM da seumpamanya.

Kegagalan untuk melihat PAS sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak sedikit ahli-ahli PAS terkeliru untuk melihat bahawa di dalam hirarki tanzim, Mursyidul Am PAS itu lebih tinggi keududukannya daripada Presiden. Malah ada yang melatah meminta Tuan Guru Nik Aziz dipecat apabila Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan satu muktamar khas diadakan untuk menyelesaikan pemimpin bermasalah di dalam parti.

Sesuatu kejanggalan berlaku apabila ahli-ahli PAS tidak memahami konsep kepimpinan harakah Islamiah dengan menyamakan PAS dengan organisasi sekular yang meletakkan Presiden sebagai pemegang kuasa tertinggi.

Malah Mursyidul Am PAS selaku pemimpin tertinggi jemaah, telah dikritik hebat dengan tanpa ilmu dan tanpa segan silu oleh mereka yang pro-UMNO ini dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan apabila Tuan Guru Nik Aziz mencadangkan Muktamar Khas diadakan.

Saya tertarik dengan pendirian Ust Zolkharnain Abidin, sekalipun sebelum ini beliau adalah diantara penyokong UG yang tegar, tetapi kini beliau menampakkan ciri-ciri yang lebih terbuka dan sedia menerima kritikan malah menegur Ketua Penerangan PAS, Ustadz Idris Ahmad supaya "berkepala dingin".

"Anjakan paragdima" - satu konsep yang sering kedengaran dari mulut Presiden PAS Sendiri perlu berlaku bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi oleh pemimpin-pemimpin PAS juga jika benar-benar PAS mahu diterima sebagai parti yang bukan sahaja memimpin ummah, tetapi memimpin negara ke arah "baldatun tayyibun wa rabbun ghaffur" (negara yang aman sentosa yang mendapat keampunan Tuhan).
http://greenboc.blogspot.com/2009/10/era-najib-altantuya-quo-vadis-pas.html

PAS Perak tunggu penjelasan Musyidul Am - Nizar

PAS Perak tidak mahu mengambil sebarang keputusan mengenai Muktamar Agung Khas (EGM) selagi tidak mendapat penjelasan daripada Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, mereka tidak mahu membuat sebarang spekulasi yang hanya disiarkan melalui media massa.

“Esok (Ahad) kita ada perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat untuk berbincang hal lain, tetapi dalam masa yang sama kita akan tentukan masa dan tarikh sesuai bagi mendengar penjelasan dari Tok Guru.

“Persoalannya di sini sekarang, kami tidak tahu sama ada kenyataan berkenaan adalah sahih atau tidak dari mulut Tok Guru, sebab itulah kami perlu mendengar penjelasan sebenar dari beliau,” katanya, semalam.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain pula berkata, mereka tidak mahu campur tangan terhadap cadangan EGM yang dikemukakan oleh Nik Abdul Aziz itu kerana ada agenda yang lebih besar perlu disempurnakan.

“Apa pun keputusan biarlah PAS Pusat yang tentukan (EGM). Kita hanya fokus kepada proses pemulihan demokrasi dan pembubaran DUN Perak.

“Pada kami, inilah matlamat terdekat PAS Perak bagi merealisasikan perancangan untuk mengembalikan hak rakyat serta kestabilan politik negeri,” katanya.SH

Krisis Perak menuju ke kemuncak




Menjelang 28/10/09 sehinggalah 7/11/09 adalah tempoh masa yang sangat dramatik bagi rakyat Perak . Politik Perak yang tidak menentu akan menuju penyelesaian atau kehancuran . Doakan yang baik berlaku . DUN Perak akan bersidang pada 28/10/09 . Sepatutnya sidang belanjawan dan perdebatan tentang program membangun rakyat dan ekonomi Perak 2010 .

2.Namun kerana kecelaruan tentang status speaker haram BN A.Ganesan masih tak terurus saya yakin ADUN-ADUN PR tidak akan sanggup bermesyuarat dengan diketuai spesies haram tersebut .

3.Rakyat masih keliru kenapa A.Ganesan adalah spesies haram & tidak ada maruah , pembohong dan pencemar maruah & kedaulatan Sultan Perak . Jawabnya mudah . Apabila BN mencalonkan Ganesan untuk menggantikan A.Sivakumar sebagai speaker , tentulah Sultan akur . Al Maklumlah UMNO/BN/Najib etc etc ! Raja mana yang nak tentang . Di Malaysia ini setelah krisis perlembagaan 1992 , kuasa sebenar ada pada presiden UMNO cum PM Malaysia . Raja2 dah dilondehkan kuasa mereka . Jangan lupa jenayah UMNO kepada Raja2 Melayu .

4.Namun tentulah Sultan Perak mengharapkan perlantikan speaker BN itu dibuat ikut undang2 . Habis UMNO/BN melacurkan undang2 . Lantik speaker tanpa usul yang sah . speaker tak angkat sumpah & yang paling bodoh nak tipu Sultan . Bila jadi speaker tak letak jawatan sebagai peguam . Bila orang kecoh beliau tipu rakyat dan Sultan dia buat surat backdated . Macam MC backdated . Hanya orang yang tolol dan bengong saja yang akan percaya penipuan A.Ganesan . Betullah yang haram , itu akan menelurkan benih2 & anak2 haram jua . Dahlah kerajaan haram , speaker haram dan sekarang nak bentangkan belanjawan haram .

Marilah kita berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada seluruh warga Perak (Dari Sultan hingga yang melata dan merempat) supaya bangun mempertahankan keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang2 .


Peraknangis.blogspot

Anai - Anai Dalam Perjuangan ....


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mahu mendapatkan penjelasan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan dalam blognya mengenai cadangan agar diadakan muktamar khas bagi membincangkan beberapa isu melibatkan beberapa pimpinan parti. Lagi di sini.

Apa saja yang berlaku di atas alam ini semuanya tertakluk kepada urusan pentadbiran Allah 'Azza Wa Jalla. Mungkin apa yang berlaku pada PAS sekarang ini menjadi satu pengajaran bagi mereka-mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Pejuang Islam tetapi berakhlak dan bersikap seperti Pejuang Taghut.

Anai-Anai sifatnya merosakkan. Mereka mampu merosakkan sebatang kayu yang diluar kayu tersebut nampak cantik namun di dalamnya hancur reput akibat anai-anai ini. Lagi sifat anai-anai ini tidak boleh melihat cahaya lampu lalu jadilah mereka kelkatu yang bersayap rapuh. Tidak mampu terbang tinggi, namun mereka cuba berusaha ke arah itu. Namun akhirnya kelkatu-kelkatu ini jatuh mati akibat sayapnya yang mudah tercabut. Inilah perbandingan dengan orang-orang yang kononnya berjuang di jalan Nya tetapi Allah S.W.T menempelak mereka kerana kederhakaan yang mereka lakukan.

Allah Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 8 hingga 9 yang bermaksud : "Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya." ShodaqALLAHul'Azim.

Sudah tiba masanya Allah S.W.T hendak membersihkan perjuangan ini dari anai-anai ini yang bakal membahaya dan merugikan jema'ah ini. Cuma mesti dijadikan peringatan bahawa di kesempatan inilah pihak musuh akan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan jema'ah dan jadilah kita sebagai orang yang sabar dan mengambil langkah berhati-hati.

WAllahua'alam ....

Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?

oleh Azizi Abdullah

Pindah ubah dari blog Faisal Tehrani:



Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

----------------------------
Jangan marahkan saya. Tulisan di atas saya nukilkan dari tulisan Faisal Tehrani dalam blognya 23 Oktober 2009 tanpa pula meminta izin darinya.

Nak kata menarik, tidak. Nak kata bagus, tak berani. Nak kata patut, nanti apa pula orang Pas kata. Nak kata mengarut, ehhh takkan pula.

Tapi saya benar-benar pening dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sampai sekarang tak mampu membaca, apakah Tuan Guru seorang politikus atau agamawan zuhud atau seorang pentadbir yang cekap? Di Bagan Pinang 10 Oktober 2009 lalu sempat juga memeluk Tuan Guru ketika turun dari pentas DAP.

Kelmarin (Sabtu 24.10.2009) sempat juga SMS kepada Setiausaha Politiknya, tapi jawapan SMS berbunyi; Kenapa anda masih tak faham-faham? Bila saya kata saya tak faham, SMS tak berjawab pun.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah: Melayu Islam yang sebenarnya ialah Melayu Islam yang tidak pernah istiqamah dalam apa hal pun, kecuali menepati satu perkara; berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Kalau macam ni, bila Pas nak perintah Negara. Jangan yang dipegang terlepas, yang digapai tak sampai.
Wallahu aklam.

Putrajaya lubuk maksiat..!!! Yang berjaya dilahirkan dan diusahakan selama ini..!!!

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Keadaan menjadi lebih ‘meriah’ waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.

Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.

Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.

“Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.

“Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.

“Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti,” katanya.

Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.

“Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai ‘projek’, malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan ‘*****’,” katanya.

Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.

Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.

“Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.

“Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa,” katanya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.

“Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku,” katanya.

Pi... Jahanam Dengan PUAK PAS...yang berkasih dengan UMNO@BN...!!!


Hasan Ali dah menolak usul tak akan ada EGM/Muktamar Khas PAS, Terengganu pula sudah semestinya sekepala dengan Selangor, yang lain-lainnya tak menyatakan pendirian lagi.

Dalam isu Kerajaang Perpaduang ini, ada yang menyokong dan ada yang membantah, yang menyokong kononnya liberal dan mengikuti arus semasa demi perpaduang melayu dan islam... kononnya lah...

Yang membantah pula kerana tidak mahu bersekongkol dengan umno, tak perlu di huraikan sebabnya kerana masing-masing sedia maklum... kenapa...?

Baca pula di blog ini yang mengatakan EGM-PAS Tak Akan Berlaku. Besar kemungkinan tidak akan adanya EGM/Muktamar PAS dengan tujuan untuk membersihkan PAS dari pemegang Kad Keahlian umno dalam PAS.

Sejak 1985 mula menyampah dengan umno dan 1997/98 bertambah benci dengan umno kerana pemimpinnya banyak yang menjadi penyangak dan perampok harta rakyat, mahkamah di perkosa, Jabatan Polis dan BPR di rogol sesuka hati pemimpin umno yang diterajui oleh MahaFiraun hinggalah ke hari ini, legasi tersebut di teruskan oleh waris jari hantu hadhari dan 1malaysia.

Dan terkini aku dah mula menyampah pula dengan PAS.

PRU-13 aku ingat nak pangkah umno pulak... dan jemaah kat tempat aku pun dah ramai yang boring giler dengan cerita ceriti PAS semenjak kebelakangan ini, depa pun dah mula bersungut silap haribulan PRU-13 ni pun depa nak ikut pangkah umno sama, dah alang-alang nak ambik wudhuk baik terus mandi hadas.

Depa pun kata pi mampuih la dengan PAS... PAS hanya layak jadi pembangkang saja... kepimpinan ulama...??? hhmmm... ulama taik kucing (yang ni aku bercakap atas dasar Ulama terbahagi kepada 2 golongan, yang ada dalam PAS tu golongan Ulama HAMPAS *Geng Ulama Pemegang Kad Keahlian Umno*)

Sokong PAS pun apa dapat..., Mat Spek Gelap jugak yang kaya boleh buat Banglo, Hadi pulak bertambah Boroi dan terbang sana sini... Hasan Ali dah terhutang body RM1juta sponsor untuk buat PHD, Mustapha Ali... gila nak jadi Menteri sebelum mati... yang lain-lain tu pi mampuih la kat depa.

Jemaah/ahli bawahan berjuang sampai tidur/baring atas jalan, keluar duit poket sendiri demi perjuangan parti. Pemimpin pulak buat parti macam mak bapak diorang yang punya.... cehhh... binawe betul...

Baik berjuang untuk umno... kurang cekai pun kena angkut naik bas untuk meramaikan perhimpunan/majlis ada juga huluran seratus dua ratus... lepas belanja dapur seminggu dua... pandai bodek sikit masyuk lagi... kalau dengan PAS...?

Mula dari sekarang dah kena mula buat baik dengan Kak Mah.... ha..ha...ha... untung..untung boleh jadi tauke karpet.... atau pi karaoke dengan Kak Mah... ok pe.. satu lagu RM5 riban pergghhhh.... kena 20 lagu, 30 lagu... sekejap jer... aku boleh buat banglo macam Nasha... apa ada hal... nanti Raya Haji boleh buat grand open house... kambing golek 20 ekoq... babi golek 20 ekoq... 1Malaysia maaa...

Hidup... umno... hidup 1Malaysia... bila nak race kat sepang... tak sabar dah ni...

Isa: Jangan salahkan Ibu yang mengandung, salahkan Bapak... aahhh... korang sambung la sendiri...

Muktamar Agung Khas mungkin tak jadi - Cenangau

Kalau tanya pendapat peribadi aku, aku kurang setuju dengan cadangan TG Nik Aziz tu, tapi tu isu lain. Kalau rajin lain kali aku tulis.

Muktamar Agung Khas mungkin tak jadi tu sekadar pendapat aku. Walaupun aku rasa ada jugak keberangkaliannya akan jadi tapi yang banyaknya lebih kepada tak jadi. Pasai apa? Jom kita tengok apa Perlembagaan Pas kata berkenaan Muktamar Khas ni?
(b) Muktamar Khas – Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan. [link]

Kalau ikut Bab 5 Fasal 16 (1) (b) macam kat atas tu, hanya 3 pihak ja yang boleh panggil Muktamar Khas
  1. Presiden Pas sendiri
  2. Sekurang²nya 1/3 Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
  3. Sekurang²nya 1/3 Pas Kawasan-kawasan
Untuk pilihan 1. dan 2. aku yakin sangat 'akan dipengaruhi' oleh keputusan mesyuarat Majlis Syura' Ulama. Kalau jadi macam yang disuarakan oleh Timbalan Presiden supaya Majlis Syura' Ulama bermesyuarat berkenaan hal ini aku rasa keputusannya lebih kepada tak jadi.

Walaupun TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am adalah pengerusi mesyuarat tapi melihatkan senarai keahlian Majlis Syura' Ulama tu aku rasa keputusannya lebih berat kepada tak akan dibuat.

Walaupun aku dah senaraikan sebelum ni, elok aku senaraikan sekali lagi di sini

Ahli Majlis Syura
Ketua - TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan - Prof. Dr Harun Din
Setiausaha - Haji Abdul Ghani Shamsudin
AJK Terdiri daripada:
1. TG Haji Abdul Hadi Haji Awang
2. Ustaz Nasarudin Mat Isa
3. Ustaz Ahmad Awang
4. Ustaz Muhamad Daud Iraqi
5. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
6. Ustaz Harun bin Taib
7. Ustaz Hasim bin Jasin
8. Ustaz Hj Maffoz Mohamad
9. Ustaz Hj Abdul Halim Abd Rahman
10. Dr. Sanusi Daeng Meriok
11. Ustaz Haji Hasan bin Shukri
12. Ustaz Ahmad bin Yaakub

Untuk pilihan ke 3 pun aku kurang yakin. Mungkin ada kawasan-kawasan yang akan bersetuju tapi aku yakin kebanyakkannya akan tak setuju. Tambah pulak kalau dimainkan isu 'Muktamar Khas ni untuk tukar pimpinan termasuk residen kalau perlu." Memang confirm kawasan-kawasan tak setuju punya.

Kecuali lah kalau pihak-pihak yang berkenaan tengok dari sudut lain macam aku tengok, macam yang member aku, Budak Ipoh Timor tulis kat sini.
"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar. [link]
Berdasarkan pengalaman aku yang tak la lama mana dan pemerhatian aku kepada pimpinan PAS yang ada di kawasan-kawasan yang bakal menjadi perwakilan masa Muktamar Khas, kalau jadi, aku semacam terpaksa bersetuju dengan pendapat Pak Bakar macam yang dia tulis kat sini.

Muktamar khas: Putar belit kata-kata..!!

Orang kata, nak kenal orang yang sokong Umno senang ja. Yang hebat-hebat, dia akan kata dia sokong Umno. Yang kurang hebat akan kata, dia tak sokong mana pun, undi rahsia dan macam-macam lagi. Ada juga yang tak nak sebut Umno. Tapi dia akan kata bahawa dia "bimbangkang hok-hok istimewa Melayu". Dia tak mahu menerima hakikat bahawa Umno pengkhianat Melayu.

Apa pun, mereka pandai berahsia. Tak macam kebanyakan penyokong PAS, mereka bukan sahaja tak pandai berahsia tetapi kadang-kadang bersemangat sakan.

Tetapi, sesama PAS terbalik pula. Yang ketagih Umno seperti pecacai parti penipu Melayu itu di Selangor atau berperangai mengalahkan Umno dan kuat pula menghina orang-orang PAS seperti Mamat di Kedah berani berterus terang menolak muktamar khas (EGM) yang dicadangkan oleh Tok Guru Mursyidul Am. Yang tidak dapat diingati oleh begitu ramai orang bilakah dia pernah berada di barisan hadapan berlawan dengan Umno (kecuali jadi calon pilihan raya) seperti Pesuruhjaya PAS Terengganu pula putar-putar kata yang entah apa-apa. Yang menolak kelab pencinta Umno seperti Pesuruhjaya PAS Johor pula teragak-agak bahasanya.

Saya tulis perkara di atas kerana terbaca liputan dalam muka depan Mingguan Malaysia hari ini.

Berita-berita dalam Mingguan Malaysia hari ini:
'Tiada siapa jadi dalang'
Pas tak perlu ada EGM
Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat
Hadi, Harun mahu dengar penjelasan dahulu
Mustafa Ali berdiam diri
Nik Aziz dan EGM Pas

Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat


SALAHUDDIN Ayub menyatakan sesuatu kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pertemuan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 24 Okt. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini ekoran kenyataan mengejutkan oleh Mursyidul Am parti itu.
Dalam pertemuan kira-kira 30 minit di kediaman Nik Abdul Aziz, beliau mendapatkan penjelasan mengenai pendirian pemimpin itu dan akan memanjangkan persoalan berbangkit kepada pimpinan Pusat dalam masa terdekat ini.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan butir-butir perbincangan mereka sebaliknya menganggap ia sebagai amanah yang hanya akan diumumkan selepas dibincangkan di peringkat Pusat.
"Saya telah bertemu dengannya dan dengar dari mulut dia sendiri. Beliau telah meminta saya membawa amanah ini untuk disampaikan ke peringkat Pusat.
"Saya tidak boleh dedahkan amanah ini buat masa ini. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan maklumkan kepada pimpinan tertinggi mungkin esok atau lusa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Politik dalaman Pas bergolak semula dengan tiba-tiba apabila Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melalui blognya mencadangkan agar Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.
Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin prokerajaan yang bermasalah dan perlu dibersihkan melalui EGM iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Nik Abdul Aziz yang mengesahkan pendiriannya kepada pihak media semalam berkata, perubahan itu dianggap perlu kerana ia juga sebahagian daripada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sementara itu, Salahuddin menolak tanggapan beberapa pihak bahawa wujud masalah dalaman dalam parti itu yang membawa kepada penulisan artikel berkenaan.
"Saya rasa tidak wujud masalah perpecahan dan tidak wujud isu dalaman parti. Saya telah mendengar sendiri apa yang beliau katakan dan tunggulah sehingga keputusan rasmi diumumkan kepada keseluruhan parti," jelasnya.
Ditanya sama ada pendirian Nik Abdul Aziz itu mempunyai asas yang kukuh, Salahuddin sekali lagi enggan mengulas mengenainya dan meminta semua pihak bersabar.

'Tiada siapa jadi dalang'



KOTA BHARU 24 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan.
Sambil mempertahankan pendiriannya, beliau menegaskan isu yang tercetus daripada apa yang dianggapnya sebagai cadangan itu diluahkan dengan ikhlas demi masa depan parti yang telah dipupuk sekian lama.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas.
''Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang.
Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila," katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu.
Ramai kalangan ahli Pas tidak percaya bahawa beliau membuat pertimbangan sendiri dalam mengemukakan gesaan itu melainkan dipengaruhi oleh pihak tertentu.
Menurut Nik Abdul Aziz, tidak perlu lagi baginya untuk terus menjelaskan persoalan itu dan terserah kepada parti sama ada menerima atau tidak.
''Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor dekat sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui EGM walaupun ia mungkin menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.
Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya.
Ditanya apakah tiada pendekatan lain untuk menyelesaikan persoalan berbangkit, beliau berkata: ''Saya tak mahu buat benda lain, saya sebut sekali. Terima. Alhamdulillah, tak terima tak apa.. saya tidak memaksa.
''Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama."
Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.
Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuatnya itu sebagai langkah terakhir untuk menyiapkan kepimpinan sebelum melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.
''Selagi umur saya ada, banyak lagi yang terakhir," ujarnya.
Menyentuh mengenai kemungkinan perubahan barisan kepimpinan melalui EGM tidak akan tercapai sekiranya perwakilan mahu mereka terus dikekalkan, beliau berkata:
''Saya tak perlu jawab, jawab yang ini timbul yang lain pula."
Namun beliau mengulangi bahawa sekiranya apa yang dimahukan tidak diterima oleh parti, ia tidak akan mengecewakannya kerana beliau cuma memberikan buah fikiran.
''Saya tak kecewa kalau orang tak terima... dalam dunia ini kalau nak kecewa, selama-lamanya kecewa," ujarnya.