Sabtu, 24 Oktober 2009

Pengidam Umno Dalam Kepemimpinan PAS


Oleh: Nash Ar-Rawy
Pengidam Umno ini ada di mana mana, baik di dalam PAS maupun PKR. Dalam PKR , siapa sangka pejuang anti rasuah antara yang terhebat dan berani ; iaitu , Ezam masuk Umno. Dalam sejarah perjuangan PAS , Presiden PAS yang pertama , Ustaz Fuad bisa masuk Umno dan kemudian Dato Asri juga pernah menjadi Presiden menjejaki Ustaz Fuad masuk Umno. Dato’ Muhammad Nasir, bekas MB Kelantan keluar PAS , buka Berjasa ; masuk UBN juga akhirnya. Naib Prersiden PAS , pengarah kitab usrah PAS akhirnya mengusrahkan diri masuk Umno dan di petisejukkan , dipusatkan di Pusat Islam. Bahkan PAS satu jemaah pernah masuk BN dan akhirnya di tendang keluar BN setelah melepaskan ‘anjing tersepit’.Bukankah PAS pernah menjadi talian hayat bagi UBN ? Sebagaimana Anwar pernah memberikan nafas baharu kepada Umno apabila keluar Abim masuk Umno dan mengkantoikan PAS?
Ini semua adalah pengajaran dan i’tibar yang paling pahit dan pengalaman getir dan ‘Gerhana Bulan” yang paling dahsyat pernah dialami oleh perjuangan PAS.
PAS juga pernah melupakan permasalahan dengan pemimpin Umno dan bekerjasama dengan Semangat 46’ yang akhirnya dikhianati apabila Ku Li dan Rais Yatim masuk Umno. Anuar pun pernah diidami semula Umno untuk menyambung talian hajatnya yang di penghujung sekarang ini . Sehingga terpaksa ambil slogon yahudi : One Malaysia ( One Israel ), Umno For All ( ciplak “PAS for all ) dan keadilan ( ciplak “Justice for all dari DAP dan Keadilan dari PKR.
Kesemua tahalluf as-siayasi dalam politik PAS ini, membuktikan bahawa PAS ini terbuka tetapi berpendirian yakni, tiada berlaku ‘derailment” daripada perjuangan asalnya yang di pantau dan pandu oleh Dewan Ulamaknya dan sekarang ini oleh Badan Tertingg di dalam PAS , iaitu, Majlis Syura Ulamak untuk memastikan perjalanan PAS tidak terkeluar daripada landasan kitabullah dan assunnah, kias, ijmak dan sirah rasulillahu. Pendekatan yang terkini sudah disepakati sesuai dengan iklim dan waqi’( realitas ) siasah sekarang ; iaitu bersama dengan Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk tumbangkan UBN ‘insya Allahu sebagai “ Government in waiting” dan Pakatan sebagai satu-satunya PAKATAN PILIHAN RAKYAT sebagaimana penegasan Presidennya DS Hadi Awang.
Penegasan demi penegasan juga pernah di wawarkan di Muktamar PAS di Ipoh , iaitu, Perkukuhkan Pakatan dan kenyataan TGNA dalam Harakah bahawa .” selagi beliau hidup , beliau akan pastikan PAS tidak masuk semula UBN ( kerna terasa sangat PAS di tendang keluar setelah Umno merasa kuat dan PAS tinggal satu kerusi sahaja di Parlimen) Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali juga pernah membuat kenyataan Akbar bahawa isu UG dan PAS masuk UBN sekarang selesai dan tertutup sepenuhnya .Yakni, tiada timbul lagi perkara tersebut. Diperkukuhkan lagi dengan tanda tangan tiga pemimpin utama parti; iaitu , Anuar, Hadi dan Kit Siang ; penegasan mengukuhkan PAKATAN PILIHAN RAKYAT( PPR) untuk menumbangkan UBN pada PRU 13 .insyaAllahu.
Gabungan parti dalam Pakatan Pilihan Rakyat ( PPR) iatu , PAS , PKR dan DAP , dijangka pendaftarannya pada penghujung tahun ini dan penubuhan Dewan ( sayap) baru PAS untuk KPP (Kelab Penyokong PAS ) yang berjumlah 5,000 ahli ketika ini sangat memberangsangkan momentum sokongan massa pada PAS dan PPR( Pakatan Pilihan Rakyat) tanpa mengira bangsa dan agama
Namun demikian, pengidam –pengidam PAS ini masih tidak kecewa dan terus mengintai jika ada peluang dan ruang di dalam kepimpinan PAS itu sendiri untuk kembali ke pankuannya selaku ‘janda’ nya;diminati dan ‘diterima semula’ Apakah akan ada lagi zat-zat mereka yang keluar PAS dan masuk Umno atau masuk UBN ini dalam kepemimpinan PAS dewasa ini.? Apakah kesemua saf kepemimpinan sedar dan insaf serta mengambil iktibar perlakuan-perlakuan lalu oleh bekas-bekas pemimpinn-pemimpinnya sehingg berlaku ‘Anti-Clockwise” memontem perubahan massa dan “ Kegerhanaan Semula “ PAS; sebagaimana yang digusari TGNA. Manusia bisa berubah kerna manusia itu tidak sempurna dan bisa melakukan kesilapan dalam kehidupannya.
Sungguhpun zat-zat tersebut sudah tiada lagi dalam PAS . Tetapi , jangan lupa sifat-sifat yang bersekongkol dengan zat-zat tersebut tetap ada sepanjang zaman dan sepanjang perjuangan sehinggalah hari akhirat . Siapakah zat-zat yang di cari-cari sifat ‘Melompat” itu ? Apakah memang ada dan cuba menyembunyikan diri selaku pengidam-pengidam Umno atau UBN; yang tahan-diri dulu seberapa boleh untuk masuk Umno atau merancang dalam diam untuk bawa PAS ke dalam UBN semula?
Justeru itu , telahan Prof. Aziz mengenai adanya pemimpin dalam kepemimpinan tertinggi PAS yang cenderung kepada Umno atau UBN tiada bisa dipandang enteng dan tiada bisa dianggap sebagai cetusan kutipan jalanan ;sekalipun beliau adalah seorang akademis bukan orang yang berada di medan perjuangan . Bahkan ‘post-mortem’ sifat yang tercari-cari zat –zat dalam saf pemimpin PAS Pusat ; yang kepingin ‘Melompot”dan MENGIDAM Umno seperti pemimpin PAS pelompat yang terdahulu itu perlulah di tangani dengan cermat dan bijaksana oleh PAS. Sebagai persediaan yang lebih utuh dan mantap ; memberikan keyakinan yang jitu dan utuh kepada massa , tanpa sebarang keraguan lagi ; termasuk dari kalangan rakan seperjuangannya ; PKR dan DAP.
Ini penting untuk mendapatkan kepercayaan semula rakyat setelah kantoi di Bagan Pinang. Tumpuan utama PAS/PAKATAN kali ini ialah untuk memerintah Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri pada PRU 13.
Untuk itu TGNA selaku Ketua Majlis Syura Ulamak , Badan Tertinggi dalam PAS tiada perlulah memanggil AGM untuk menyelesai polimik UG dan kemelut pengidaman masuk Umno atau UBN dari kalangan saf pimpinan PAS; jika benar-benar ada zat-zat tersebut yang telah pun menemui sifat yang memburu ‘mangsanya’ itu . Bukankah Badan Tertinggi PAS ini yang berotoriti menentukan dasar, hala-tuju dan ‘approach” PAS selama ini yang dipertanggungjawapkan kepada Mursyidul Amnya. Justeru untuk, wajarlah kesemua anggotanya di panggil berserta dengan zat-zat yang dipertuduhkan itu secara terbuka untuk membela diri dan membersihkan segala fitnahnya demi untuk memperkasakan jemaah dan tidak menghampakan para pejuang ‘parti workers’ (amilin) yang 100 persen memang IKLAS dalam perjuangan , tetapi “Pemimpin” bagaimanai? Jangan pisang bebuah dua kali dan tiada selayaknya orang mukmin dipatuk ular dua kali dalam satu lubang yang sama(UBN) ; maksud hadis.
Kenyataan akhbar hendaklah dibuat oleh Mursyidul Am ; yakni penegasan muktamad yang diambil oleh mesyuawarah Majlis Syura Ulamak membersihkan telahan sekaligus menangani secara tepat dan tegas akan pertuduhan dan telahan Prof . Aziz itu ; kerana ketulusan beliau itu sebenarnya untuk kebaikan PAS . Justeru, cuma ada tiga(3) tahun lagi untuk PAS melakukan lonjakan paradigma yang bisa disertai massa yang sudah muak dengan gelagat ketidakisiqamahan beberapa pemimpin PAS; jika sudah ada sifat yang sudah bertemu zat-zat tersebut.
Akhir kalam; jangan ‘Policy Statement” mendahalui Mursyidul Am dan hormatilah Majlis Syura Ulamak Gerakan Islam PAS ; selaku penentu dasar PAS . Walaupun tiada pemimpin yang sempurna dan pemimpin pergi dan datang, Akan tetapi, biarlah Badan yang tertinggi di dalam PAS itu berfungsi dengan sempurna dan selayaknya secara prinsip berjemaah yang bisa koreksi diri , tanpa malu mengakui kesilapan atau keterlanjuran kerna tiada manusia yang ‘perfect’ agar PAS bisa menjadi contoh Gerakan Islam sedunia dan memerintah Malaysia bersama PAKATAN PILIHAN RAKYAT(PPR) insyaAllahu .
Justeru itu , penegasan dari Mursyidul Am itu nanti setelah kemelut tersebut selesai dan Sidang Akbar mengenainya sangatlah diharap isu ini selesai ‘for good and final “ insyaAllahu ALLAH HU AKBAR!

I AM PRACTISING TO THROW MY SHOES AT SOME ON THE BENCH

THIS SUBJECT DOES NOT DESERVE GOOD LANGUAGE.
LET THE GRAPHICS DESCRIBE  THIS DESPICABLE LOT.


IF THE LEFT HAND STRANGLES
THE RIGHT HAND DOES MORE DOWN WHERE IT HURTS, YES?






LET'S SEE HOW THIS UNFOLDS.

MCA kalah sebelum PRU ke-13

Lim Hong Siang

 
2,380 perwakilan MCA diperbodohkan apabila Presidennya, Ong Tee Keat bersama bekas Timbalannya, Chua Soi Lek, dan Timbalan barunya Liow Tiong Lai berjabat tangan di depan kamera, mengumumkan untuk bekerjasama sebagai satu pasukan di bawah "pelan perpaduan".
Walaupun dinafikan oleh Ong sendiri, namun mustahil untuk "pelan perpaduan" sedemikian disempurnakan tanpa campur tangan dan tekanan daripada Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan BN, Najib Razak.
Kesudahan yang lebih dramatik daripada keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 10 Oktober ini, semestinya disambut dengan "sindiran" dan "kritikan" kerana segala-galanya kembali kepada titik asal, setelah pertelingkahan dan perbalahan terbuka sekian lama.
Malah, hampir semua pemimpin MCA menonjolkan wajah sebenar di depan masyarakat Cina -- saling mengkhianati kerana gelojoh kuasa, lantas menggadaikan kredibiliti pimpinan (sekiranya masih ada).  Persoalannya, sejauh manakah pendamaian ini mewujudkan suasana "feel good" dalam masyarakat Cina?
Saling membaling najis
Sekali imbas, Ong sebelum ini menyifatkan Chua sebagai seorang pemimpin yang tidak bermoral, kerana tercalit dengan skandal seks.  Malah, pada peringkat akhir ketika "berkempen" untuk EGM, Chua dituduh mengundang campur tangan UMNO, malah dengan berlapik Chua dikaitkan dengan Tiong King Sing, Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd yang terlibat dalam skandal PKFZ.
Selepas EGM, Ong berdepan pula dengan tekanan untuk mengundur diri kerana usul "undi tidak percaya kepadanya" telah diluluskan.  Ong yang akhirnya enggan meletak jawatan mendakwa dirinya dikhianati oleh AJK pusat yang bersuhabat untuk menggulingkannya.
Selepas 10 Oktober, pelbagai berita/cerita terbongkar melalui sumber yang berlainan.  Misalnya bagaimana Ong mengingkari janjinya untuk meletak jawatan, biarpun sudah memesan agar surat letak jawatannya dirangka.  Malah, seorang pemimpin wanita yang dilihat sebagai orang kepercayaan Ong selama ini, telah memaki Ong dalam satu mesyuarat tertutup yang tidak dihadiri Ong.
Cerita/berita sedemikian menyarat dada media cetak bahasa Cina yang bersaing untuk mendapatkan laporan "eksklusif".  Justeru itu, "satu mesyuarat tertutup" yang diadakan dilaporkan dalam beberapa "versi" mengikut siapa sumber maklumatnya.  Yang paling penting, semua pimpinan tertinggi yang terlibat telah dicalitkan dengan najis yang dibaling antara satu sama lain.  Ong, misalnya disifatkan sebagai ditaktor, punca kemelut MCA, "cakap tak serupa bikin", malah belum membersihkan nama sepenuhnya daripada tuduhan Tiong King Sing.
Sanggup berselimut dengan musuh?
Ironinya, Ong kini sanggup berselimut dengan "bintang filem lucah", "pengkhianat" kerana tunduk kepada tekanan UMNO, walaupun beliau cuba menampilkan dirinya sebagai pemimpin MCA yang berani untuk "menentang kuasa UMNO".  Chua pula kelihatan meludah ke langit apabila sudi bekerjasama dengan "punca kemelut MCA" tanpa syarat, sementara Liow menampar muka sendiri kerana tunduk kepada Ong yang dilihat "gagal menyatu-padukan MCA" atas alasan "demi perpaduan MCA".
Malah, ada yang cuba menganalisa pergelutan Ong-Chua sebagai pergelutan dua idea, sama ada untuk memilih Ong yang menjadi lambang untuk "membanteras rasuah", atau mengekalkan "kuasa lama" seperti Chua, yang dilihat mewarisi budaya politik lama.  Kini, hujah sedemikian menjadi lucu di bawah payung "perpaduan" yang ditaja Najib Razak.
Apa yang lebih dahsyat, keputusan EGM telah dinafikan begitu sahaja, walaupun "mesyuarat agung" menduduki status tertinggi dalam struktur organisasi, menurut perlembagaan MCA.  Ramai yang tertanya-tanya, jikalau inilah kesudahannya, apa perlunya, atau maknanya untuk mengadakan EGM?
Pergelutan ini bukan bertemakan kepentingan rakyat sebermulanya, semakin memuakkan di pertengahannya, menjadi dramatik apabila EGM melabuh tirai, dan kini dijadikan komedi lucu yang gagal mencungkil minat audien.
Apa yang mujarab kepada UMNO...
Falsafah di sebalik jalan penyelesaian sedemikian tidak berbeza dengan apa yang berlaku di UMNO.  Mungkin untuk Najib, apa yang mujarab untuk mengubati UMNO semestinya mujarab untuk MCA.  Justeru itu, "formula perpaduan" dihidangkan untuk mengambil hati masyarakat Cina, sebagaimana gambar "Muhyiddin-Najib-Mahathir-Abdullah mengangkat tangan" diperbesarkan di depan akhbar untuk mewujudkan suasana "perpaduan" dalam masyarakat Melayu.

Persoalannya, apakah kemelut terbesar MCA ialah "pergelutan kuasa yang memecah belahkan perpaduan"?  Perebutan kuasa hanyalah kemelut dalaman MCA, tetapi kemelut MCA yang lebih besar ketika menghadapi masyarakat Cina adalah, parti ini telah kehilangan idea untuk memimpin masyarakat Cina, malah semakin tidak relevan, bukan sahaja untuk komuniti Cina, tetapi masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Malah, Ong kini menjadi lambang pemimpin yang tidak berpegang kepada janji, Chua kekal dihantui wataknya dalam vcd seks, Liow Tiong Lai pula ditonjolkan sebagai "pengkhianat" yang tidak sabar untuk merampas kuasa.  MCA dilihatkan sebagai parti yang gagal menyelesaikan masalah sendiri dan hilang "kedaulatan" kerana mengundang campur tangan UMNO, memperlekehkan keputusan perwakilan dalam EGM, dan pucuk pimpinan pula dianggap gelojoh kuasa tanpa semangat setiakawan antara satu sama lain.
Oleh itu, apabila gambar "Chua-Ong-Liow berjabat tangan" terpampang di depan mata pembaca Cina pada keesokkan harinya, ia semestinya bukan ubat untuk menyembuhkan MCA, tetapi lebih kepada racun untuk menghentikan nafas parti yang sudah berusia 60 tahun itu, mungkin sebelum PRU ke-13.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Belanjawan untuk hadapi PRU ke-13?

MerdekaReview

 
Belanjawan tahun 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak memperlihatkan bagaimana kerajaan Barisan Nasional mula mengatur langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Selain pengagihan peruntukan yang cuba mengambil hati setiap kaum, Belanjawan 2010 yang bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" ini juga menyahut beberapa tuntutan politik, misalnya mengambil langkah memerangi rasuah dengan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan mahkamah khas kes rasuah.
Jelas, belanjawan sulung Najib selaku PM ini bakal ditampilkan sebagai belanjawan yang pragmatik oleh media arus perdana, lebih-lebih lagi apabila pembangkang mahupun pemimpin Pakatan Rakyat memerlukan lebih masa untuk mengkajinya.  Najib bakal diraih dengan tepukan sekali lagi, selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-60 yang melabuh tirai pada minggu lalu.
Menyentuh keperluan kaum
Dalam persepektif masyarakat Cina yang berpendidikan Cina, pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sama ada Cina mahupun Tamil, telah dijadikan kayu ukur sama ada kerajaan BN berlaku adil atau tidak kepada komuniti etnik lain.  Malah, peruntukan untuk pembinaan SRJK (c) baru (bukan sekadar pemindahan) menjadi kayu ukur sama ada MCA berperanan/berpengaruh atau tidak dalam kabinet.
Menambah-bina SRJK(c) hanyalah janji yang ditaburkan ketika pilihan raya selama ini.  Selepas tamatnya penggal kerajaan, janji kekal sebagai janji, kemudian diulang sebagai janji baru (manifesto) untuk mengaut undi.  Adegan ini terbongkar juga pada akhirnya, menjadi antara faktor yang menjurus kepada tsunami politik pada 8 Mac 2008.
Kali ini, Najib mengambil langkah bijak apabila mengumumkan sejumlah RM 1.6 bilion disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah.  Malah dinyatakan bahawa peruntukan ini adalah untuk Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school), walaupun tanpa dinyatakan nisbahnya.
Najib tidak lupa untuk memberi reaksi kepada tuntutan Parti Hak Asasi Manusia (PAHAM) yang diketuai pemimpin Hindraf P. Uthayakumar, apabila RM 20 juta disediakan khas untuk usahawan kecil India (tambahan kepada RM15 juta yang sedia ada).  Pada 13 Oktober, P.Uthayakumar mencadangkan kepada kerajaan Najib agar menambah peruntukan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana kaum India.
PRU ke-12 yang menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat menyapu 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut disentuh keperluannya.  "Tsunami politik" yang melanda ibu kota ini lebih dijuruskan beban ekonomi yang menekan, masalah yang melangkaui semua kaum, daripada hanya sentimen masyarakat bukan Melayu.
Justeru itu, peruntukan RM48 juta disalurkan, bahkan kementerian yang bakal bergelar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program membasmi kemiskinan bandar, malah mensasarkan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.
Namun, Najib tidak lupa untuk menabur peruntukan di kawasan luar bandar, lebih-lebih lagi apabila kawasan ini merupakan kubu BN untuk mengekalkan kuasa kerajaan di genggaman.  RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur kawasan luar bandar, malah RM857 juta daripadanya telah disalurkan kepada Sarawak dan Sabah.
Menyahut tuntutan politik
Bukan sekadar memenuhi keperluan ekonomi komuniti masing-masing, Najib yang selama ini dikritik tidak bertekad untuk mereformasikan sistem politik, seperti usaha membanteras rasuah, membuka ruang demokrasi, telah mengumumkan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah, sebagai tambahan kepada 4 buah mahkamah yang sedia ada di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Pakatan Rakyat sememangnya boleh mempertikaikan bahawa langkah "reformasi politik" Najib terlalu kurang untuk menjawab tuntutan masyarakat umum.  Malah, PR akan terus mempersoalkan keikhlasan dan keberkesanan kerajaan Najib untuk menangani masalah rasuah kerana tidak bertekad untuk "membebaskan" sistem kehakiman dari kawalan.  Kes yang dirujuk adalah kes Tian Chua, ahli parlimen Batu PKR yang dijatuhkan hukuman kerana "menggigit polis", dan keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam Lingam Tape.
Malah, PR boleh terus dengan perjuangan "Akta Gaji Minima", namun ia mungkin tidak "populist" kerana bukan semua kelas terutamanya peniaga menyetujuinya, walaupun isu ini meresap ke dalam denyutan nadi golongan buruh yang terlibat.
Oleh itu, tidak keterlaluan bahawa Belanjawan 2010 ini dikatakan sebagai Belanjawan PRU ke-13, seandainya dibaca dalam konteks politik Malaysia.  PR berdepan dengan cabaran apabila tuntutan, dasar malah slogan mereka diambil-alih oleh kerajaan Najib, walaupun pernah dikritik tidak lama dahulu.
Apakah langkah PRU ke-13 semakin menghampiri?
*Analisa ini disusun daripada laporan-laporan MerdekaReview.

UG Team Bohong Sunat.... Tak Apa...!!!



Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri... (harta rakyat)

Masih ingatkah lagi pantun lama ini? Sejak kecil, kita sering diajar bahawa bohong adalah perbuatan yang tidak baik atau dalam istilah yang paling mudah difahami, “bohong itu jahat”. Namun dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi orang dewasa, bohong kadangkala menjadi suatu perkara yang biasa yang tidak dapat dielakkan. Namun, betulkah kita memang tidak dapat mengelak daripada berbohong?

Mengapa berbohong? Jawapan yang paling tepat, kerana mahu menyelamatkan diri sendiri daripada sesuatu keadaan! Yang biasa berlaku, kita tersepit dalam sesuatu situasi dan situasi itu berlaku kerana kelalaian atau kesalahan sendiri. Sekiranya kesulitan itu berlaku kerana kesilapan orang lain, tentulah kita tidak berbohong kerana kita dapat mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan itu.

Tetapi sebaliknya apabila kesalahan itu berpunca daripada kita sendiri, maka kita terpaksa mereka-reka alasan supaya kita tidka dipersalahkan. Apabila ‘terlalu bijak’, mereka-reka alasan, maka terjadilah pembohongan. Nampak mudah, bukan?

Bohong bermaksud memberitahu susuatu yang tidak benar dan kita tahu bahawa hal itu tidak benar. Atau dengan kata lain, berdusta. Dari sudut pandangan Islam, sudah tentu hukumnya haram. Jika kita memberitahu orang sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu bahawa hal itu tidak benar, perbuatan itu bukanlah bohong namanya.

Jangan Berbohong

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: Saya dengar Rasulullah SAW bersabda, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak..” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya, “Hanya dengan satu perkara: ‘Laa Takzib! (Jangan berbohong!).

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu. “Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum,” fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.”(Ustaz Nasharudin Mat Isa kalau berfikiran seperti ini dahulu, sudah tentu selamat)

Kalangan orang munafik

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah).” (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada hadis yang disebutkan di atas, dapat kita fahami bahawa pembohong dikategorikan sebagai seorang munafik dan tempat mereka dalam neraka paling bawah. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam hadis riwayat Abdullah Umar, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai empat sifat orang munafik iaitu:

1.Apabila diamanahkan, dia mengkhianati amanah itu.
2.Apabila bercakap, dia berbohong.
3.Apabila berjanji, dia mungkiri.
4.Apabila berkelahi, dia berlaku zalim atau melampau-lampau

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Benar itu membawa kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga. Yang bercakap benar, akan ditulis benar, yang bohong akan mendorong seseorang itu kepada kejahatan. Kejahatan itu akan membawa seseorang ke neraka dan apabila orang itu bercakap bohong, maka dia akan ditulis sebagai seorang yang pembohong.”

Selain itu, hayati juga firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, “Jangan kamu mengikuti sesuatu kamu tidak tahu mengenainya. Pendengaran dan penglihatan serta hati – semua anggota itu akan tetap ditanya mengenai segala yang dilakukannya.”

Oleh itu, secara moralnya, jika kita tidak tahu sesuatu perkara dengan jelas atau tidak sahih akan kebenarannya, jangan pandai-pandai bercakap apa-apa, kerana kita berkemungkinan boleh dituduh berbohong.

Bohong yang dibolehkan

Walaupun pada prinsipnya, berbohong hukumnya haram, tetapi dalam keadaan tertentu, Islam memberikan kelonggaran. Namun, ia bukan dalam konteks yang terlalu ketat. Rasulullah SAW ada menyatakan, seseorang yang berbohong dengan niat ingin mendamaikan orang lain atau untuk tujuan kebaikan dalam masyarakat, dia tidak dikira berbohong.

Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara :

1.Ketika peperangan.
2.Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah.
3.Dalam perhubungan suami isteri.

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam pada hari ini masih lagi terumbang-ambing, lemah, miskin dan berpecah belah meskipun Islam sesungguhnya amat menggalakkan perpaduan, kesatuan, persefahaman dan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Dalam erti kata lain, Islam melarang umatnya bergaduh, berperang apalagi bertengkar sesama sendiri sehingga melibatkan perbuatan mencederakan, membunuh dan sebagainya.

Inilah sebabnya mengapa Islam memuliakan seorang manusia yang berusaha untuk mendamaikan orang yang bertelagah meskipun terpaksa dilaksanakan dengan cara menipu (perkara yang harus) demi menjalinkan semula ikatan persaudaraan tersebut agar keadaan kembali menjadi aman dan damai.

Begitu juga untuk menjaga akidah, sekiranya seseorang dipaksa untuk mengucapkan sesuatu yang berlawanan dengan akidah, maka dia boleh berbohong. Namun, pembohongan itu dengan syarat, hatinya tetap dalam Islam. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah yang menimpa Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selepas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah.

Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai kedudukan Ammar selepas itu, menyatakan bahawa Ammar tetap terpelihara akidahnya kerana dia dipaksa berbuat begitu dan hal itu di luar kerelaannya.

Berkata Imam an-Nawawi yang mengulas hadis ini, “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulama telah membuat batasan bagi pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu.

Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong, maka ketika itu berbohong adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya).

Contohnya ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya).

Contoh lain kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali, jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Suami isteri berbohong

Berbohong antara suami isteri pula, hanya dalam keadaan tertentu sahaja, maksudnya dalam perkara yang tidak menyentuh prinsip. Umpamanya, suami memuji masakan isteri kerana ingin ambil hati isteri, sedangkan masakan isterinya tidak kena langsung dengan seleranya. Atau isteri puji suaminya kacak, walaupun hakikatnya suami tidak setampan mana. Tetapi asalkan dengan niat menjaga keharmonian rumahtangga dan eratkan hubungan suami isteri, hal itu dibenarkan.

Kelonggaran dalam berbohong diistilahkan terutamanya oleh orang Melayu sebagai ‘bohong sunat’. Hakikatnya, dalam Islam tiada istilah ‘bohong sunat’, yang ada hanya kelonggaran yang diharuskan dalam keadaan tertentu. Sekiranya dapat mengelak daripada bohong, hal itu lebih digalakkan. Justeru, kelonggaran yang diberi atau dibenarkan untuk berbohong harus digunakan secara tepat untuk menyelesaikan hal rumahtangga.

Namun sebenarnya ramai yang menggunakan kelonggaran ini untuk tujuan yang salah. Umpamanya suami berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri dan mengambil pendekatan ‘bohong sunat’, kononnya supaya mereka suami isteri tidak bertelagah.

Berbohong satu pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafik.

Selaku ibu bapa/pemimpin adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak/pengikutnya dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Jangan dibudayakan

Dalam konteks hubungan majikan atau ketua denga para pekerja, bohong boleh berlaku jika majikan tidak menjelaskan hal sebenarnya mengenai pentadbiran syarikat yang merosot. Tetapi jika majikan berbuat demikian kerana tidak mahu para pekerja bimbang dan pada masa yang sama ingin mencari jalan untuk membaiki keadaan, hal itu dianggap satu kelonggaran.

Namun sekiranya keadaan gagal dikendalikan, tidak wajar majikan atau ketua terus berbohong dan menyembunyikan hal sebenar kerana itu seperti menganiaya pekerja.

Tidak kurang juga yang sering berlaku dalam organisasi, perbalahan sesama pekerja yang mungkin akan membawa mudarat jika tidak ditangani dengan segera. Justeru, jika pembohongan tertentu dapat menyelamatkan keadaan dan mewujudkan keharmonian sesama pekerja, ia dibolehkan.

Namun, bohong jangan dibudayakan kerana ia lambat-laun akan merosakkan keharmonian dan boleh meruntuhkan masyarakat. Walaupun ada kelonggaran berbohong, jika boleh ianya dielakkan, adalah lebih baik dielakkan!

Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

Belanjawan 2010 Cermin Kerapuhan Kewangan BN


Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.

Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.

“Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak.

“Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar.

Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara.

“Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi.

“Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya.

Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, petang tadi.

Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.

"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini.
"Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka.

"Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas," katanya. -TVS




Sidang 28hb Okt : Nizar dedah rencana jahat BN..!!!

Ds. Nizar didampingi oleh Dato' Ngeh dan Speaker V.Sivakumar merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini.

LUMUT,24 Okt :- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.

Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami.

"Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar.

Mesra berbincang sambil duduk bersila Ds. Nizar,Dato' Ngeh,Drs. Khalil dan YB Chan Lih Kang berbincang sesuatu selepas acara perasmian.

"Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang. Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi.

Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia.

Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.

Cadangan EGM khas tunjukkan PAS hadapi masalah kepimpinan - Muhyiddin



MUAR: Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat agar PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan pro-kerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri.
Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu "masalah dalaman" PAS, tetapi berkata ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.
"Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam PAs). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam PAS. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa," katanya pada kepada pemberita hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden Umno, berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tulisan Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itu diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin PAS yang bermasalah.
Nik Aziz menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Mursyidul Am PAS itu berkata beliau sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Agung PAS di Ipoh, Perak tahun lalu yang menolak kerjasama dengan UMNO.
Muhyiddin berkata secara zahirnya PAS nampak bersatu tetapi sebenarnya ia tidak, memandangkan terdapat kumpulan di dalamnya yang bersetuju dan ada yang tidak dengan cadangan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan Umno.
"Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang barubaru ini, masyarakat tahu keadaan sebenar bahawa mereka (PAS) tidak sepakat kerana di dalam parti terdapat banyak masalah," katanya.
Beliau berkata Umno sebagaimana diperkatakan oleh Presidennya Datuk Seri Najib Tun ketika berucap pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, memandang serius tentang isu perpaduan ummah di kalangan umat Islam negara ini.
Bagaimanapun, katanya banyak pihak di dalam PAS memandang sepi usaha Umno untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam menerusi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di antara keduadua parti itu.
Mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam "kurang terperinci," Muhyiddin menafikannya.
Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Bajet 2010 itu amat terperinci membabitkan semua golongan dan kumpulan di dalam negara ini.
"Semua golongan dan kumpulan sama ada dalam dan luar bandar menerima faedah daripada Bajet 2010 semalam, tidak ada golongan yang terpinggir. Semuanya disentuh oleh Perdana Menteri," kata Timbalan Perdana Menteri itu.BERNAMA

Sebuah pemerintahan Islam perlu adil dalam semua perkara - Ustaz Mahathir..!!!



MELAKA: Sebuah pemerintahan yang cekap dan adil yang diterajui oleh orang Islam perlu bertunjangkan kepada nilainilai Islam iaitu adil dalam semua perkara, bersih daripada rasuah, menghormati undang-undang serta prihatin kepada semua kaum.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata justeru, mendirikan pemerintahan yang baik apabila berkuasa amatlah penting untuk menentukan Islam berkembang dengan baik dan mereka yang bukan Islam tidak menjauhkan diri daripada orang Islam.
"Percayalah jika kita dapat dirikan pemerintahan seperti ini (nilai-nilai Islam), banyak manafaat akan diperoleh antaranya kefahaman tentang ajaran Islam akan meningkat di samping masyarakat lebih bersedia menerima saranan pemerintahan," katanya ketika berucap di mesyuarat agung tahunan kebangsaan ke-48, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.
Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Perkim sejak 2006, berkata apabila pemerintahan orang Islam dicemar dengan kebengisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kurang kecekapan dan penindasan terhadap orang lain, maka persepsi orang lain terhadap agama Islam juga akan menjadi buruk.
"Hari ini tidak ada satu pun negara Islam yang boleh ditakrif sebagai negara maju di dunia ini. Sekali lagi ada yang berpendapat kemajuan negara Islam tidak penting.
"Tetapi kita tahu nasib buruk ramai negara Islam kerana mereka tidak maju. Mereka terpaksa mengemis, memintaminta bantuan daripada orang lain dan akibatnya mereka sering ditekan oleh orang yang membantu mereka yang mungkin sebenarnya musuh mereka," katanya.
Sebaliknya, kata beliau, kemajuan negara Islam akan menjana penghormatan kepada Islam dan segala ajarannya sebagaimana berlaku pada zaman tamadun kegemilangan Islam.
"Betapa pentingnya orang Islam berjaya dalam semua bidang, sosial, ekonomi, politik dan lainlain sebagai satu daripada cara menarik perhatian, menambahkan kefahaman dan kehormatan, bahkan menawan hati orang bukan Islam untuk mengenali agama Islam dan kebaikannya," katanya.BERNAMA

Cadangan EGM PAS Mungkin Ada Hikmah - Zahid



KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan kumpulan prokerajaan perpaduan mungkin ada hikmah, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid bagaimanapun menganggap bahawa cadangan itu menunjukkan wujudnya masalah dalam PAS.

"Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti PAS tetapi saya fikir doa mereka (PAS) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno dan Barisan Nasional berpecah.

"Saya percaya doa yang tidak baik itu kembali kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di sini Sabtu.

Mursyidul Am PAS itu dalam blognya baru-baru ini mencadangkan agar parti itu mengadakan EGM bagi menentukan masa depan beberapa pemimpin parti berkenaan yang dikatakan bermasalah.

"Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengalu-alukan EGM MCA berikutan masalah dalaman parti itu. Jadi kali ini apa yang beliau sebut itu terkena pada batang hidung sendiri," katanya.

-- BERNAMA

Jangan buat PAS macam mak bapak hangpa punya ?

Oleh : albanjari
Hari ini hari ke-3 selepas TGNA mengeluarkan cadangan Muktamar Khas. Tidak sedikit yg melatah, dan bukan kurang juga yg seperti kurang percaya. Benarkah TG Hj Nik Aziz mencadangkan agar PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan segala permasalahan yang dihadapi PAS muktahir ini ?

Jika dilihat dari entri yg dipostingkan oleh sahabat di blog ini, [1] [2] [3] [4] [5] [6], tidak kurang 100 komen telah dilontarkan oleh pembaca berhubung kemelut yg melanda kepimpinan PAS sekarang yang mana dilihat makin hari makin berat. Saya sedikit bersetuju dengan apa yg diluahkan oleh penulis blog SN2M saudara pemburu syahid, malah dari apa yg saya dan beliau bincangkan melalui telefon, harus ada keterbukaan tanpa menjejaskan wala' dan pemimpin juga berhak ditegur.

Jika ditanya pandangan saya, ia sangat wajar diadakan, malah harus juga kewajaran itu dilakukan dengan sikap penuh sederhana, pragmatik dan memahami urutan keutamaan isu yang berkait, yang menjadi pendekatan kita dalam jemaah menangani masalah. Persoalannya bukanlah sama ada seseorang itu menyokong atau menentang, tetapi kaedah atau metodologi apa yg harus diambil untuk lebih mendamaikan kecelaruan yg timbul. Jika kaedah Muktamar Khas sebagai mana yg disarankan oleh TGNA boleh menjadi pemutus kepada semua persoalan, mengapa harus ditolak. Walaupun PAS Selangor telah jelas menolak EGM ini [link], tetapi berbeza dengan PAS T'gganu yg cukup berlapang dada mempersetujuinya.

Atau apakah kita harus menggunakan metodologi khusus melalui ruang yang 'lain' yang mampu meredakan kemuncak isu kepimpinan yang begitu parah ? Mungkin kita masih punya beribu metodologi yg serasi untuk diguna pakai, tak kisahlah..ambil mana yg mampu dimurnikan agar kemelut ini segera berakhir, apa yg pasti KPP Pusat, Tantawi telah pun mula sedar dan dikhabarkan akan memanggil satu sidang khas mesyuarat khusus Pemuda, setelah merasakan isu itu sudah dilihat mula memberat sekarang. Terima kasih kerana ustaz telah terjaga dari tidur yg nyenyak.

Ujar pemburu syahid, [..] Sama ada kita bersetuju atau tidak, punca masalah tersebut berpunca daripada persoalan pimpinan dan kepimpinan. Bukanlah niat TG Hj Nik Aziz untuk menyatakan kepimpinan yang ada ini lemah dan lembab. Niat TG Hj Nik Aziz hanyalah mahu menyedarkan kita semua untuk memperbaiki segala kebocoran yang ada pada bahtera yang bernama PAS ini.

Jadi, janganlah kita menimbulkan soal TG Hj Nik Aziz ingin membalas dendam di atas kekalahan pimpinan PAS Kelantan ketika pemilihan pada muktamar yang lalu. Cuba kita baca, fahami dan hayati apa yang TG Hj Nik Aziz tuliskan. Buang jauh soal sentimen dan soal prejudis yang bersarang di dalam hati kita.

Kita semua sayangkan jemaah ini. TG Hj Nik Aziz juga begitu. TG Hj Hadi juga begitu. Sayangnya mereka kepada jemaah ini tentulah tidak dapat ditandingi oleh kita kerana hati dan jiwa raga mereka adalah untuk jemaah ini berbanding kita yang hanya berjuang secara "part-time" dan "suka suka"ini.

Ibarat pesakit kencing manis. Kaki yang sudah membusuk itu perlu dipotong bagi menyelamatkan batang tubuh pemilik kaki tersebut. Adakah itu menunjukkan pemilik batang tubuh tersebut tidak sayangkan kakinya? Tentu tidak, bukan?

Begitu juga PAS. Pimpinan tertentu dalam PAS perlu direhatkan atas beberapa alasan. Tidak kiralah sama ada pimpinan itu perlu direhatkan atas alasan kurang komited, atas alasan pemikiran tidak selari dengan era globalisasi, atas alasan mewujudkan jemaah dalam jemaah, mahupun apa alasan sekalipun, kita wajib bersikap terbuka dalam menghayati cadangan TG Hj Nik Aziz ini.

Kita turunkan mereka bukan kerana kita bencikan mereka tetapi kerana kita lebih sayangkan jemaah ini. Jemaah ini adalah iman dan keyakinan kita kerana Islam adalah pegangan kita. Genggam erat bai'ah kita dengan Allah swt dan Rasul-Nya. InsyaAllah, kita akan nampak jalan keluar daripada segala kekusutan ini.

Peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah kertas kerja Allah swt untuk mengasingkan mu'min dan munafik di Mekah. Begitu juga dengan segala kekusutan yang sedang kita hadapi ini. Muktamar khas ini juga bertujuan untuk membersihkan daki-daki munafik daripada terus menerus membusuk dalam PAS.

Masalah kepimpinan dalam PAS telah dikesan sejak Pilihanraya Umum Ke 10 lagi. Banyak pihak telah cuba untuk mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah ini. Malangnya, penasihat penasihat yang bersekolah tinggi tetapi berotak tepu yang ada itu tetap menyapu segala-galanya ke bawah karpet.

Apabila timbul masalah, hujah yang akan disajikan kepada kita hanyalah - "ini hanyalah ribut di dalam cawan". Soalnya, sampai bila nak tutup ? Sampai bila nak "bersilat" dan nak menafikan?

Kenapa sekarang baru Ketua Pemuda PAS Pusat nak "tersedar" bahawa PAS memang bermasalah? Adakah para penasihat di sekeliling beliau tersalah memberi nasihat? Atau adakah beliau memang jenis yang pekak badak ? Hangpa jangan buat PAS macam mak bapak hangpa punya [..]

Untuk pengetahuan pembaca, satu pertemuan bersama Presiden PAS sedang diusahakan oleh wakil Albanjari Online di Kuala Lumpur untuk berjumpa secara 4 mata dengan TGHH. InsyaAllah, mungkin dalam minggu ini pihak kami akan menerima tarikh dan masa terbaik untuk perjumpaan itu kelak menerusi wakil yg diamanahkan yg mana beberapa orang bloggers akan terlibat secara langsung. Ia wajar dilakukan segera bagi mengelakkan keadaan makin rumit dan celaru. Isu yg berputar harus dileraikan.

Kepada pembaca sekelian, mohon kerjasama agar dapat mengemailkan beberapa soalan dan pertanyaan juga isu yg berkaitan untuk kita sama-sama tanyakan kepada Dato' Seri Presiden kelak. Emailkan soalan-soalan itu kepada albanjari_online@yahoo.com, kita harap semua soalan2 yg kita kumpul dan bawakan kelak dapat dijawab oleh TGHH dengan penuh keterbukaan. InsyaAllah !!
Sekadar renungan'

' wahai ayah ! Mengapa tidak dilaksanakan perubahan dan keadilan seperti yang ayah inginkan (maksud Abdul Malik ialah membetulkan kepincangan dan ketidakadilan yg dilakukan oleh pemerintah bani Umaiyyah sebelumnya). Demi Allah saya tidak gentar dalam menegakkan keadilan sekalipun direbus dalam belanga..'

Khalifah Umar Abdul Aziz menjawab,
' wahai anakku, jangan gopoh. Tidakkah kamu sedar bahawa Allah Taala mencela arak di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Pada kali ketiga baru diharamkan. Aku bimbang manusia akan menolak kebenaran dan berlaku kacau bilau jika aku tegakkan kebenaran secara mendadak '.

Bukti-Bukti Ali Rustam Membazir Duit Rakyat RM 962 807.40..!!!


Pertanyaan YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh kepada Ketua Menteri Melaka mengenai kos sewa dan kos penyengaraan rumah rasmi Ketua Menteri:


Soalan 1:
Nyatakan jumlah perbelanjaan sewa kos serta kos penyengaraan (maintenance) bulanan bagi rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.


Soalan 2:
Nyatakan jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom rumah rasmi Ketua Menteri sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009.


Soalan 3:
Nyatakan bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah rasmi Ketua Menteri dan tugas masing-masing.
Setelah ditanya dan inilah jawapan Ali Rustam kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat


Jawapan 1:
Kos penyengaraan RM595 098.40.


Jawapan 2:
Jumlah bil elektrik, bil air serta bil telekom sejak Januari 2008 sehingga Jun 2009 adalah:
Bil elektrik – RM301 025.00
Bil telefon – RM27 585.00
Bil air – RM39 099.00


Jawapan 3:
Bilangan pembantu rumah yang terdapat di rumah ini dan tugas masing-masing:
2 orang – Tukang Masak
2 orang – Tukang Kemas
3 orang – Pelayan
3 orang – Tukang Kebun


Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan sejak Jan 2008 sehingga Jun 2009 adalah RM 962 807.40. Adakah pembaca rasakan ini relevan sehingga mencecah RM1 juta dalam masa setahun setengah sahaja kos penyengaraan mencecah angka yang begitu besar? Renung-renunglah kepada rakyat Melaka yang mengundi Ali Rustam dan pada masa sama menindas rakyat.


by kijang59

Bajet besar tapi gagal lahir manusia berakhlak ..!!!

Harakahdaily



KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Walaupun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2010, namun gagal melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana mereka yang menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan tidak melaksanakannya dengan betul.
"Belanjawan (Bajet 2010) besar, duit banyak, tapi (kerajaan) yang jalankan tugas tak betul, punca gagal untuk melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman," ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bagi Mengisi Tabung Pembinaan Madrasah Darul Iman (MDI) di sebuah resort di sini, malam tadi.
Turut berucap ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team itu.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ringkas Bajet 2010 dengan peruntukan RM191.5 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang semalam.
Abdul Hadi yang juga Penasihat PAS negeri menambah, kegagalan melahirkan manusia yang berguna itu berpunca daripada kerajaan meninggalkan perintah Allah.
Sehubungan itu, beliau menggesa para hadirin supaya melibatkan diri dengan usaha mendirikan pusat pengajian Islam bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MDI, Ahmad Maarof Ismail memberitahu, pihaknya dapat mengumpul sekitar RM100,000 melalui majlis yang diadakan itu.
Namun begitu, katanya, pihak MDI masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi menyiapkan pembinaan bangunan empat tingkat di Kampung Titian Baru, Marang yang berharga lebih RM1 juta.

Bajet sulung Najib: Macam ada tak kena ..???

Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor


ANALISIS YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang semalam. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia  Kemakmuran Bersama'.


Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.
Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.
Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.
Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.
Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.
Image
(Gambar: Penulis, Dr Dzulkefli Ahmad)
Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.
Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.
Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.
Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.
Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.
Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara regular atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.
Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.
Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu  kanser otak.
Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.
Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.
Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.
Image Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.
Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana "knowledge workers" adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.
Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.
Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.
Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.
Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.
Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?
Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.
Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?
Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts'  bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara.

Teoh dibunuh: Exco lapor polis, mahu suruhanjaya diraja

Nazri Abdullah

SERI KEMBANGAN, 24 Okt : Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.

Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.
"saya berasa sangat kecewa, pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal. Sudut ini telah menghadkan skop siasatan polis dan telah melepaskan peluang emas untuk mencari bukti. Adakah pihak polis sengaja mahu melindungi SPRM pada hari pertama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan.
Beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera dan menghentikan Inkues yang didakwa tidak telus dan membazirkan wang rakyat.
"Jangan bazirkan wang rakyat, keluarga dan juga pegawai-pegawai, kerajaan pusat harus tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.
"Saya lihat inkues ini berjalan dengan tidak baik, dan tidak telus, mereka hanya menyiasat berdasarkan laporan polis dan patologi tempatan, itu telah mengecewakan rakyat." katanya lagi
Image Beliau turut mendakwa terdapat sesetengah pihak cuba untuk menyembunyikan kisah sebenar disebalik kematian Teoh ini.
Rakyat Malaysia katanya mahu melihat keadilan ditegakkan dan Teoh tidak boleh mati sia-sia sahaja.
"Ini peluang untuk pihak polis membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh menjalankan tugas dengan profesional dan bebas," katanya lagi.
Patologi terkenal antarabangsa dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand Rabu lalu telah memberi keterangan sebagai saksi pakar di Inkues mengenai kematian Teoh dan membuat kesimpulan kematian mendiang disebabkan dibunuh.
Ianya berikutan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.
ImageTeo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari selepas menjalani soal siasat.
Mendiang adalah setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Aku kenai siapa Mustafa Ali


Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Aku bukan orang Terengganu yang pernah duduk bawah ketika Mustafa Ali. Tapi aku kenai dia sebab aku pernah kerja di Harakah. Organ parti yang sebenarnya dianak tirikan oleh PAS. Siapa Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah? Mustafa Ali la…sapa lagi!
Sebenarnya, PAS memang tak layak mentadbir negara ni sorang diri…sebab apa? Sebab ciri-ciri unggul kepimpinan Islam yang PAS dok lagang sana sini, masih tak dipraktikkan oleh kebanyakan pemimpin PAS sendiri. Toksah cerita la kisah Umar Abd Aziz…ramai lagi yang tak reti jaga akhlak sebagai pemimpin dalam PAS. Bahkan…dengan perangai huduh mereka, maka aku yakin menjadi punca Allah SWT tahan kemenangan untuk PAS dan tarik balik Terengganu. Dan aku yakin, PAS Kelantan mampu bertahan hingga kini pun, sebab TGNA masih dok ada lagi…dia adalah punca datangnya pertolongan daripada Allah SWT. Aku takut sangat jika dia dah tak ada…
Aku pernah kerja kat Harakah…makan tahun jugak la. Masa tu, kami kakitangan Harakah memang berbulu habis dengan perangai Cikgu Pa. Siapa tak percaya, pergi Harakah…temuramah la orang lama…Ust Masyhudi, Abu Hanifah dan ramai lagi. Zul Sulong pun pernah kena bahana dengan Cikgu Pa. Lutfi pun tahu…jangan kata aku karang sendiri story ni…pi la…depa dok bernyawa lagi tu…
Untuk makluman, PAS mempunyai beberapa buah syarikat bagi menerbitkan bahan-bahan bercetak yang menjadi media PAS. Ini kisah dulu la…sekarang mana aku tahu. Kisah ini era 1990-an. Jika nak tahu, selain Harakah…ada beberapa buah anak syarikat yang dimiliki oleh PAS, yang aku ingat PMSB dan Dewan Muslimat Sdn Bhd. Semuanya memfokuskan kepada pengeluaran bahan bercetak – akhbar Harakah, majalah Muslimah (dah kantoi dah…), majalah Tamadun (pinjam permit Muttaqin Amaludin) dan sebuah majalah budak-budak…tak silap aku nama dia Mari Membaca. Ada la lagi beberapa bisnes lain…aku tak payah habaq…
Aku nak bagi tau, masa tu Kelantan ‘dah bagi cuti dua hari seminggu kepada kakitangan kerajaan negeri, kami kat Harakah dan anak-anak syarikat…hampeh!!! Aku cuma nak tanya, awat cikgu Pa ketegaq sangat tak nak bagi cuti kat kami seperti mana Kelantan…sepatutntya piawailah…kan PAS tu satu, la ni..PAS for All…ceh!!! Jangan harap la…Tu aku baru bagi satu contoh. Aku tak sentuh lagi bab gaji, kemudahan kakitangan parti, kemudahan rawatan dan sebagainya…he….ngeri beb!!!
Sebab tu aku kata, selagi Cikgu Pa ni ‘tak dibetulkan’ (kot suka hangpa la nak tafsir kot mana…nak buang ka, nak disiplinkan ka…) maka…PAS payah nak betul. Nak betul macam mana, sebab di dah kontrol Hj Hadi. Dulu, zaman almarhum Datuk Fadzil Noor, dia cuba kontrol jugak, tapi orang tua tu pemikiran dia lain…dia lebih open minded dan mungkin akrabnya hubungan Datuk Fadzil dengan DSAI memberikan satu kesan lain dalam approachnya yang akhirnya memberikan kebaikan kepada PAS sendiri.
Ingat! Aku takkan lupa betapa Cikgu Pa dan gengnya di Lembaga Pengarah Harakah khususnya Dato’ Hisham, menjadikan Harakah macam mak bapak depa yang punya. Harakah untung berganda…isu DSAI akhir 1990-an melonjak jualan Harakah…sampai dicetak beratus ribu naskah. Kami dapat apa? Letih ada la…
Siapa-siapa tak percaya, aku nasihatkan pergi cari Zul Sulong…temuramah dia, bukak kes dia kena saman pasai artikel Dr Chandra Muzaffar…dan apa yang Harakah bantu dia? Siapa yang kena dan siapa yang terlepas…Cikgu Pa terlepas…dia yang kena…amik!!! Jika tidak, ada pembaca kata aku karang cerita…hei…aku pun tau dosa pahala jugak!
Apa hangpa jangan tak tau, kronisme pun wujud jugak dalam Harakah. Aku masih ingat Cikgu Pa bawak masuk anak lelaki dia ke dalam Harakah…nama apa aku dah lupa. Alasannya untuk bantu mantapkan pengurusanlah, itulah…inilah…cis…awat tak buat open interview…cari candidate yang really talented…bila Umno tak buat open tender beli kapai selam…bising…cis!!! Ni yang aku kata, CAKAP TAK SAMA BIKIN!
Banyak la lagi…tapi aku dah malas nak ingat. Jika aku terjumpa staff Harakah atau mana-mana anak syarikat dia, sampai la ni masalah masih sama. Kebajikan kakitangan masih corot…gaji masih ciput…so, engkorang bayang sendiri la…cara PAS layan warga kerja sendiri…pas tu kecoh pasai Negara Berkebajikan! Woi…Mustafa Ali…it’s enough…bila TGNA dah bersuara…baru hang tahu langit tinggi ka rendah!
P/s: Ha tengok…artikel aku kali ini, langsung tak sentuh Hasan Ali…puas hati kome?

Iskandar rocked by CEO’s resignation ..??? Why...why....???


KUALA LUMPUR, Oct 24 — The country’s showpiece economic corridor, Iskandar Malaysia, has been rocked with the sudden resignation of chief executive officer Harun Johari just months after his appointment.
He also becomes the second CEO to exit the Iskandar Regional Development Authority (IRDA) since it was set up in November 2006, following the footsteps of Datuk Ikmal Hijaz. Harun’s departure will raise more red flags over a project which has been long on announcements and master plans but painfully short on visible changes on the ground.
It also calls into question Khazanah Nasional’s acumen in picking senior officials to drive this ambitious project.
The Malaysian Insider understands that Harun tendered his resignation on Thursday but talk of his possible departure has been swirling since it became apparent that he was not on the same page as senior Johor officials including the Johor mentri besar, the co-chairman of IRDA.
A stalwart at Shell for more than two decades, he was the CEO of the Port of Tanjung Pelepas before being tapped for the IRDA spot. An introvert, he brought in a clutch of former executives from Shell to shake up the lacklustre IRDA and focus the staff on achieving goals. His strength at Shell was to get the processes right but his critics argued that he lacked charisma and confidence for the senior position.
Powerful Johor civil service officials complained that he did not engage them directly. He also faced some resistance from IRDA staff who were loyal to Ikmal. In July, he became the target of a blog called IRDA Watch.
It is unclear who will replace Harun but Johor politicians feel that the position should be given to a senior official of the Johor civil service, instead of leaving the head-hunting to Khazanah Nasional.
In the Budget unveiled yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced an attractive tax structure for those working in Iskandar in an attempt to kick start a project which showed much promise when launched from Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2006.
But bureaucracy, politicking and lack of leadership has seen confidence about turning Iskandar Malaysia into a global metropolis and the country’s next engine of growth curdle into cynicism.