Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membentangkan Belanjawan 2010 di Parlimen hari ini. Semalam, kerajaan mengwar-warkan belanjawan tersebut sebagai Badjet Harapan Rakyat.
Perbentangan itu tentunya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak kerana ia adalah belanjawan sulung bagi Perdana Menteri ke-6 Malaysia.
Perbentangan itu juga sudah tentu menjadi aras tanda utama (KPi) bagi Najib sendiri berbanding beberapa Perdana Menteri sebelumnya kerana badjet kali ini dirangka dalam suasana ekonomi global dan domestik sedang mengalami pengucupan.
Semalam, Bloomberg telah meramalkan Najib menarik semula beberapa sabsidi, termasuk sabsidi minyak pada penghujung tahun ini.